transkrip temubual

4
Bi l Soalan Yang Dikemukan Kepada Guru Pemulihan 1 Adakah murid pemulihan dapat memahami sesuatu konsep matematik sekiranya guru menggunakan bahan konkrit atau semi konkrit? Jawapan: Murid pemulihan lebih memahami apabila saya menggunakan bahan konkrit semasa mengajar sesuatu kemahiran dalam subjek Matematik. Mereka lebih suka untuk memegang dan merasai bahan konkrit yang diguna bagi sesi p&p seperti bola, alat pembilang, abakus, blok asas dan sebagainya. Selain itu, murid-murid pemulihan suka menerokai sesuatu benda yang baru dengan pengalaman sendiri. 2 Adakah cikgu menggunakan bahan konkrit? Jawapan: Ya. Saya menggunakan semasa memperkenalkan topik baru. Tetapi, biasanya saya akan menggunakan bahan-bahan semi konkrit mengikut keperluan sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanakah respon murid semasa menggunakan bahan

Upload: trevor-riley

Post on 08-Dec-2015

246 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

temubual

TRANSCRIPT

Page 1: transkrip temubual

Bil Soalan Yang Dikemukan Kepada Guru Pemulihan

1 Adakah murid pemulihan dapat memahami sesuatu konsep matematik sekiranya

guru menggunakan bahan konkrit atau semi konkrit?

Jawapan:

Murid pemulihan lebih memahami apabila saya menggunakan bahan konkrit

semasa mengajar sesuatu kemahiran dalam subjek Matematik. Mereka lebih suka

untuk memegang dan merasai bahan konkrit yang diguna bagi sesi p&p seperti bola,

alat pembilang, abakus, blok asas dan sebagainya. Selain itu, murid-murid

pemulihan suka menerokai sesuatu benda yang baru dengan pengalaman sendiri.

2 Adakah cikgu menggunakan bahan konkrit?

Jawapan:

Ya. Saya menggunakan semasa memperkenalkan topik baru. Tetapi, biasanya saya

akan menggunakan bahan-bahan semi konkrit mengikut keperluan sesi pengajaran

dan pembelajaran.

3

Bagaimanakah respon murid semasa menggunakan bahan konkrit?

Jawapan:

Mereka akan melibatkan diri dengan aktif. Mereka lebih suka apabila mereka dapat

memegang dan menyentuh bahan konkrit tersebut. Murid pemulihan juga lebih

berminat apabila sesi P&P dijalankan dengan permainan-permainan yang mereka

minati.

4 Adakah murid rajin menyiapkan lembaran atau kerja rumah yang diberikan?

Page 2: transkrip temubual

Jawapan:

Tidak. Mereka tidak menyiapkan lembaran apabila saya memberi kerja rumah

kepada mereka. Mereka sangat malas bagi menyiapkan kerja rumah mereka.

Mereka tidak mengambil berat tentang pelajaran mereka dan sentiasa memberi

alasan sekiranya tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi.

5 Adakah cikgu menggunakan kaedah lain bagi membantu mereka untuk menguasai

konsep penambahan ini?

Jawapan:

Saya pernah melaksanakan aktiviti seperti kuiz tetapi ia tetap tidak berjaya bagi

murid-murid tersebut. Mereka akan mengingati dalam jangka masa yang pendek

sahaja. Sekiranya ditanya semula slepas dua hari mereka pasti melupakan cara

menambah yag diajar.

6 Pada pandangan cikgu, mengapa kedua-dua murid ini tidak dapat menguasai

kemahiran ini dengan cepat sedangkan murid-murid lain dapat menguasai konsep

tambah ini dengan cepat?

Jawapan:

Prestasi akademik kedua-dua murid sangat rendah. Mereka juga sangat lemah dalam

matapelajaran Matematik. Mereka juga cepat lupa dan malas untuk menyiapkan

lembaran yang diberi. Kedua-dua murid ini kurang membuat latih tubi di kelas.

Page 3: transkrip temubual

Soalan Yang Dikemukan Kepada Murid

1 Awak tahu tak bagaimana menulis dalam bentuk lazim?

Jawapan: Bentuk lazim cikgu? Apa itu? Saya tidak tahu cikgu?

2 Seronok atau tidak menggunakan “ Kit Cool Stick” ini?

Jawapan: Ya..cikgu. Seronok. Saya faham dan suka menggunakannya kerana ia

cantik.