transformasi pusat bandar shah alam

4
www.mbsa.gov.my ISU 012 2012 10 MEI 2012 - 31 MEI 2012 TRANSFORMASI PUSAT BANDAR SHAH ALAM KAWASAN SEKITAR MASJID NEGERI BAKAL BERUBAH (Dari kiri) YDH Dato’ Hj. Emran Kadir, YBhg. Dato’ Mohd Jaafar Mohd Atan, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, YBhg. Dato’ Noordin Sulaiman dan YB Tuan Dr. Shafie Abu Bakar, hadir bagi pelancaran Bengkel Pembangunan Bandar Raya Islam di Hotel Saujana, Seksyen U2, Shah Alam. Pembentangan jemputan khas dari Kuliah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Emeritus Dr. Ismawi B. Haji Zen. Turut hadir ke bengkel tersebut YM Raja Datuk Kamarul Bahrin (kiri) dan Datuk LAr. Shahoran Johan Ariffin. D alam usaha mencipta identiti untuk menuju kemahsyuran, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA ) dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor bakal dibangunkan semula (redevelop) tanah seluas 70 ekar sekitar pusat bandar Shah Alam. Kawasan yang dimaksudkan secara khususnya adalah terletak di sekitar Seksyen 5 dan sebahagian Seksyen 14 iaitu melibatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, bangunan Jabatan Agama Islam Selangor & Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Syariah Selangor dan Taman Seni Islam Selangor. Kedudukan Masjid Negeri, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang strategik akan menjadikan masjid berkubah biru itu sebagai fokus utama. Bagi merealisasikan hasrat ini, satu bengkel diadakan dengan menjemput beberapa agensi perancangan bandar terkemuka tanahair bagi tujuan pembentangan idea. Antara yang memberikan beberapa input- input bernas di dalam bengkel ini adalah Tetuan Iktisas Planners Sdn Bhd, Tetuan AJC Planning Consultants Sdn Bhd, Tetuan IZM Planning Consult dan Tetuan DPZ Asia Sdn Bhd. Percambahan minda bertambah menarik dengan pembentangan oleh Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen, dari Kuliah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, UIAM yang merupakan rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung dengan perancangan pembangunan semula Kota Mekah dan bandar-bandar baru yang terletak di pinggir Mekah. Malah beliau secara peribadi amat tertarik dan teruja dengan cadangan MBSA dan Kerajaan Negeri melakukan tranformasi ke atas pusat bandar Shah Alam. Bengkel sehari dengan kehadiran yang sangat menggalakkan ini dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor. YAB Dato Menteri Besar Selangor turut sama mendengar beberapa pembentangan bagi memastikan pembangunan ibu negeri Selangor ini dapat memberi kesan yang positif kepada pembangunan sosial serta ekonomi negeri Selangor. Tidak dapat dinafikan bengkel ini mempunyai kelainan tersendiri sehingga membuatkan hampir 120 tetamu jemputan terdiri dari kalangan profesional tidak berganjak sehingga tamat sesi pada sebelah petang.

Upload: vomien

Post on 21-Dec-2016

249 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TRANSFORMASI PUSAT BANDAR SHAH ALAM

www.mbsa.gov.my

ISU0122012

10 MEI 2012 - 31 MEI 2012

TRANSFORMASI PUSAT BANDAR SHAH ALAMKAWASAN SEKITAR MASJID NEGERI BAKAL BERUBAH

(Dari kiri) YDH Dato’ Hj. Emran Kadir, YBhg. Dato’ Mohd Jaafar Mohd Atan, YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, YBhg. Dato’ Noordin Sulaiman dan YB Tuan Dr. Shafie Abu Bakar, hadir bagi pelancaran Bengkel Pembangunan Bandar Raya Islam di Hotel Saujana, Seksyen U2, Shah Alam.

Pembentangan jemputan khas dari Kuliah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Emeritus Dr. Ismawi B. Haji Zen.

Turut hadir ke bengkel tersebut YM Raja Datuk Kamarul Bahrin (kiri) dan Datuk LAr. Shahoran Johan Ariffin.

Dalam usaha mencipta identiti untuk menuju kemahsyuran, Majlis

Bandaraya Shah Alam (MBSA ) dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor bakal dibangunkan semula (redevelop) tanah seluas 70 ekar sekitar pusat bandar Shah Alam. Kawasan yang dimaksudkan secara khususnya adalah terletak di sekitar Seksyen 5 dan sebahagian Seksyen 14 iaitu melibatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, bangunan Jabatan Agama Islam Selangor & Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Syariah Selangor dan Taman Seni Islam Selangor. Kedudukan Masjid Negeri, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang strategik akan menjadikan masjid berkubah biru itu sebagai fokus utama.

Bagi merealisasikan hasrat ini, satu bengkel diadakan dengan menjemput beberapa agensi perancangan bandar terkemuka tanahair bagi tujuan pembentangan idea. Antara yang memberikan beberapa input-input bernas di dalam bengkel ini adalah Tetuan Iktisas Planners Sdn Bhd, Tetuan AJC Planning Consultants Sdn Bhd, Tetuan IZM

Planning Consult dan Tetuan DPZ Asia Sdn Bhd.

Percambahan minda bertambah menarik dengan pembentangan oleh Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen, dari Kuliah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, UIAM yang merupakan rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung dengan perancangan pembangunan semula Kota Mekah dan bandar-bandar baru yang terletak di pinggir Mekah. Malah beliau secara peribadi amat tertarik dan teruja dengan cadangan MBSA dan Kerajaan Negeri melakukan tranformasi ke atas pusat bandar Shah Alam.

Bengkel sehari dengan kehadiran yang sangat menggalakkan ini dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor. YAB Dato Menteri Besar Selangor turut sama mendengar beberapa pembentangan bagi memastikan pembangunan ibu negeri Selangor ini dapat memberi kesan yang positif kepada pembangunan sosial serta ekonomi negeri Selangor.

Tidak dapat dinafikan bengkel ini mempunyai kelainan tersendiri sehingga

membuatkan hampir 120 tetamu jemputan terdiri dari kalangan

profesional tidak berganjak sehingga

tamat sesi padasebelah petang.

Page 2: TRANSFORMASI PUSAT BANDAR SHAH ALAM

www.mbsa.gov.my

Seramai 250 sukarelawan telah menyertai program penanaman pokok

“Shah Alam River & Trees For Life (SARTFL) 2012” anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 29 April 2012, bertempat di kompleks beli-belah Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Program SARTFL yang bermula sejak 2010, disertai lebih dari 4000 sukarelawan, merupakan program berterusan yang dilaksanakan oleh MBSA. Program kali ini melibatkan para sukarelawan terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta pelajar sekolah, antaranya SMK

Sri Permata, SK TUDM Subang, Universiti Malaya, Sunway College, Masterskill Universiti dan Kolej Tuanku Ja’far.

Lebih istimewa lagi, program pada kali ini disertai oleh YAB. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bersama-sama para sukarelawan menanam pokok di kawasan persekitaran kompleks beli belah, Space U8 dan di sepanjang Jalan Monfort dan Persiaran Tanjak Langit, Seksyen U8, Bukit Jelutong. Sebanyak 600 batang anak pokok ditanam terdiri daripada pokok Dammar, Merawan, Kelat Paya dan sebagainya.

Turut berlangsung, penyampaian cek sumbangan bernilai RM 5, 000 dari Ketua Pegawai Operasi Space U8, YM. Raja Ahmad Nizam Raja Razali kepada Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Hj. Mohd Jaafar b. Hj. Mohd Atan, sebagai tanda sokongan beliau terhadap usaha menghijaukan bandar raya Shah Alam.

Kelangsungan program seperti ini mampu memberikan impak yang amat positif terhadap alam sekitar. Justeru itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya kepada golongan belia dalam menanamkan sifat cintakan alam sekitar mampu memberikan impak positif yang berpanjangn dan berterusan bagi kesejahteraan generasi akan datang.

PROJEK ZON BERSIH 2012 HARI AHAD MINGGU KETIGA SETIAP BULAN ADALAH HARI ZON BERSIH

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menetapkan setiap hari Ahad minggu

ketiga adalah Hari Zon Bersih bermula pada bulan Mei ini. Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Majlis bagi menjayakan Projek Zon Bersih yang dilancarkan pada bulan April 2012 lalu.

Pada 20 Mei 2012 lalu, Majlis telah melaksanakan Projek Zon Bersih pertama iaitu program Gotong Royong Halaman Bersih yang memerlukan kerjasama antara Majlis dan wakil penduduk membersihkan kawasan masing-masing.

Majlis menjanjikan pelbagai program dan aktiviti sehingga bulan Oktober. MBSA akan menganjurkan program khusus kepada penduduk Shah Alam sempena Hari Alam Sekitar Sedunia iaitu Hari Zon Bersih Bulan Jun bertemakan alam sekitar, diadakan pada 24 Jun 2012, seawal jam 7.30 pagi. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival tersebut, bertempat di Padang Permainan, Seksyen 10, Shah Alam

HARI ZON BERSIH MBSA 2012

20MEI 2012

AHAD

24JUN 2012

AHAD

08JULAI 2012

AHAD

23SEPT 2012

AHAD

21OKT 2012

AHAD

SHAH ALAM BANDAR RAYA HIJAU250 SUKARELAWAN AMBIL BAHAGIAN TANAM

POKOK HIJAUKAN ALAM

Page 3: TRANSFORMASI PUSAT BANDAR SHAH ALAM

www.mbsa.gov.mywww.mbsa.gov.my

PEMAJU CONTOHI MBSALAKSANA PROGRAM “TREES TO GREEN”

(Dari kanan) DYMM Sultan Selangor, bersama YAB Menteri Besar Selangor, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Datuk Bandar Shah Alam, hadir bersama bagi melancarkan program Trees to Green yang diusahakan oleh I&P Group di bawah kawasan pentadbiran MBSA.

DYMM Sultan Selangor menanam pokok Tualang sebagai acara simbolik kepada program Trees to Green.

Antara pemandangan dan kemudahan seperti bangku bercorak disediakan di Taman Idaman ini.

“Adalah menjadi harapan Beta untuk melihat alam sekitar Negeri

Selangor diberi keutamaan seiring dengan pembangunan fizikal yang pesat”. Berikut adalah antara petikan titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, pada Majlis Pelancaran ‘Trees To Green’ yang dianjurkan oleh pemaju Island & Peninsular Group Sdn. Bhd. (I&P Group), pada 3 Mei 2012, bertempat di Taman Idaman, Alam Impian, Shah Alam.

DYMM Sultan Selangor menyampaikan hasrat baginda agar usaha-usaha untuk menyelamatkan alam sekitar dilaksanakan secara berterusan dapat memenuhi keperluan masa kini, tidak perlumengorbankan keperluan generasi akan datang. Baginda Sultan juga mentitahkan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk memantau dan mengawasi usaha-usaha ini agar ada kesinambungannya.

Impian Baginda Sultan adalah menjadikan Shah Alam sebagai sebuah bandar dalam taman tidak hanya dilihat menerusi pembangunan sahaja, tetapi juga mengutamakan sistem ekologi yang terpelihara dan mewujudkan suasana kondusif yang sesuai didiami oleh semua golongan rakyat.

Atas usaha yang giat dijalankan sejak tahun 2010, program penanaman pokok ‘Shah Alam Trees for Life’ yang dianjurkan oleh MBSA menjadi contoh kepada organisasi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, pemaju serta pengusaha-pengusaha perniagaan yang menjalankan operasi di Shah Alam.

Program ini dilaksanakan oleh I&P Group dengan kerjasama Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM). Sebelum ini, pemaju Sime Darby Property Sdn. Bhd. juga telah menjayakan program ini yang merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Program seperti ini semakin mendapat tempat di hati para pemaju dan syarikat-syarikat swasta bertujuan menghulurkan sumbangan dan sokongan mereka kepada masyarakat setempat.

Galakkan dan sokongan dari pihak-pihak pemaju melaksanakan program seperti ini

di kawasan pentadbiran Majlis, mampu mencapai matlamat dalam melahirkan Shah Alam ke arah bandar raya hijau. Majlis ini turut dihadiri oleh YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohammed Khusrin Munawi, YBhg. Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Mohd Jaafar Mohd Atan serta YBhg. Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hutan Malaysia , Dato’ Dr. Abd. Latif Mahmod.

Projek yang dijalankan di kawasan perumahan Alam Impian ini, dinamakan Taman Idaman, seluas 31 ekar dan pihak I&P Group bakal menanam sebanyak 1,500 batang pokok. Usahasama dengan pihak FRIM menjadikan kawasan taman ini sebagai kawasan demostrasi penyelidikan untuk mengkaji kesesuaian pelbagai jenis pokok hutan untuk ditanam di kawasan bandar.

INFO....BILIK GERAKAN OPERASI SAMPAH

Aduan boleh dibuat di talian: 03-5510 5461 / 03-5513 0878Beroperasi Isnin hingga Jumaat: 8.00 pagi-5.00 petang

BILIK GERAKAN BENCANATalian 24 jam bagi masalah setempat seperti banjir, tanah runtuh,

pembuangan sampah haram 03-5510 5811Aduan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) boleh disalurkan dengan menaip

<MBSA> <ADUAN> <(MESEJ)>HANTAR KE 15888

Page 4: TRANSFORMASI PUSAT BANDAR SHAH ALAM

www.mbsa.gov.my

BULETIN KOMUNITI INI DITERBITKAN OLEH : JABATAN KORPORAT, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

TINGKAT G, WISMA MBSA PETI SURAT 7200 PERSIARAN PERBANDARAN, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

: www.mbsa.gov.my: www.korporat-mbsa.blogspot.com

: fb.com/majlisbandarayashahalam: +603 5522 2743/2741

: [email protected]

: twitter.com/sacitycouncil

KEJOHANAN KELAYAKAN BOLA TAMPARLIGA MALAYSIA

Pada 1 Mei 2012 yang lalu, telah berlangsung Kejohanan Kelayakan

Bola Tampar Liga Malaysia bagi kategori lelaki, bertempat di Dewan Bunga Tanjung, Seksyen 19, Shah Alam. Kehebatan para pasukan berlumba meraih gelaran dengan mempamerkan mutu permainan yang cemerlang, amat mendebarkan para penonton.

Mempertandingkan dua (2) kategori iaitu kategori lelaki dan wanita, 8 pasukan lelaki dan wanita telah mempamerkan aksi pasukan mereka. Bagi kategori wanita, pasukan Kuala Lumpur Volleyball Club (KLVC) telah menumpaskan pasukan Selangor SUKMA Team, sekaligus melayakkan mereka

meraih gelaran juara bagi kejohanan tersebut. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Wanita, dan tempat keempat oleh Penang SUKMA Team.

Manakala bagi kategori lelaki pula, pasukan Selangor telah meraih tempat pertama menumpaskan pasukan lawan yang tidak kurang hebatnya iaitu pasukan ATM Lelaki. Manakal pasukan Bomba Malaysia telah mendapat tempat ketiga menumpaskan pasukan Segamat Volleyball Club.

Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Timbalan Datuk Bandar, Tuan Mohtar b. Hani. Hadir sama ke pertandingan tersebut Ahli Majlis MBSA, Puan Ruthira a/p Surasan.

Pasukan Selangor bergambar bersama pingat dan medal kejohanan setelah berjaya meraih gelaran juara.

Pasukan Selangor dan pasukan ATM mempamerkan aksi bagi merebut gelaran juara pada Kejohanan Kelayakan Bola Tampar Liga Malaysia.

KEPUTUSAN PEMENANG. Kategori lelaki juara : Selangor, kedua : ATM Lelaki, ketiga : Bomba Malaysia, keempat : Segamat Volleyball Club. Kategori wanita juara : KLVC,kedua : Selangor SUKMA Team, ketiga : ATM Wanita, keempat : Penang SUKMA Team