sekolah alam shah jalan yaakob latif, bandar tun …

26
1 Nama: Tingkatan: SULIT Sains Kertas 1 1½ jam Tingkatan 3 SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN RAZAK 56000 KUALA LUMPUR PEPERIKSAAN PERTAMA 2001 SAINS Satu jam tiga puluh minit Bagi soalan 1 hingga 50, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda. 1. Isipadu purata sebiji guli ialah 2.5 cm 3 . 20 biji guli diletakkan ke dalam suatu silinder penyukat yang mengandungi 100 cm 3 air. Berapakah isipadu air yang disesarkan oleh 20 biji guli itu. A 30 cm 3 B 40 cm 3 C 50 cm 3 D 60 cm 3 P Q R Rajah 1 2. Simbol P, Q dan R dalam Rajah 1 adalah simbol amaran bagi tiga bahan

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

1

Nama: Tingkatan:

SULIT Sains Kertas 1 1½ jam Tingkatan 3

SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN RAZAK

56000 KUALA LUMPUR

PEPERIKSAAN PERTAMA 2001

SAINS Satu jam tiga puluh minit

Bagi soalan 1 hingga 50, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda. 1. Isipadu purata sebiji guli ialah 2.5 cm3. 20 biji guli diletakkan ke dalam suatu

silinder penyukat yang mengandungi 100 cm3 air. Berapakah isipadu air yang disesarkan oleh 20 biji guli itu. A 30 cm3 B 40 cm3 C 50 cm3 D 60 cm3

P Q R Rajah 1

2. Simbol P, Q dan R dalam Rajah 1 adalah simbol amaran bagi tiga bahan

Page 2: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

2

kimia. Tiga buah botol reagen yang masing-masing asid hidoklorik pekat, karbon tetraklorida dan etanol telah hilang simbol amarannya. Antara berikut, simbol yang manakah harus dilabelkan pada botol bahan kimianya?

Asid hidroklorik pekat Karbon tetraklorida Etanol

A R P Q B P R Q C P Q R D Q R P 3. J, K dan L dalam maklumat di atas menunjukkan peringkat-peringkat dalam

binaan organisasi sel satu organisma. Antara berikut yang manakah contoh bagi binaan organisasi sel J, K dan L?

J K L

A Ovum Perut Otot B Perut Otot Ovum C Otot Ovum Perut D Otot Perut Ovum

4. Seekor haiwan mempunyai sifat-sifat

• Berdarah sejuk • Persenyawaan dalam badan • Mempunyai telur bercangkerang • Badan bersisik

Haiwan itu paling mungkin adalah A buaya B landak C katak D ikan

J - Kumpulan beberapa jenis tisu yang menjalankan fungsi tertentu

K - Kumpulan sel yang sama untuk menjalankan fungsi yang sama

L - Unit asas benda hidup

Page 3: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

3

Dawai logamyang halus

Pemberat

Rajah 2

5. Dawai logam dalam Rajah 2 akan menjadi semakin panjang apabila jisim pemberat ditambah. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini? A Logam bersifat mulur B Logam mudah ditempa C Logam merupakan konduktor haba yang baik D Logam mempunyai kekuatan regangan yang tinggi

Y

Z Rajah 3

6. Objek Y mempunyai jisim 12 g dan isipadu 60 cm3 manakala cecair Z

mempunyai jisim 40 g dan isipadau 50 cm3. Apakah yang dijangka akan berlaku jika objek Y diletakkan ke dalam bekas yang berisi dengan cecair Z seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3? A Objek Y akan tenggelam pada dasar bikar B Objek Y akan terapung di atas permukaan cecair Z C Objek Y akan berada di lapisan tengah cecair Z D Objek Y akan memindahkan haba kepada cecair Z

Page 4: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

4

7. M menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik manakala N mengubahkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik. Apakah alat yang diwakili oleh M dan N? M N A Telefon Mikrofon B Mikrofon Telefon C Dinamo Motor elektrik D Motor elektrik Dinamo

8. Seorang pelajar sedang mendaki bukit dengan menunggang basikal.

Perubahan tenaga yang berlaku pada pelajar itu ialah A tenaga kimia → tenaga kinetik → tenaga keupayaan B tenaga kinetik → tenaga keupayaan C tenaga kimia → tenaga mekanik → tenaga kinetik → tenaga

keupayaan D tenaga kimia → tenaga mekanik → tenaga haba → tenaga

kinetik → tenaga keupayaan

Tekanan

Selaput getahyang regang

Penitis

Air

Balang

Rajah 4

9. Pada rajah 4 di atas, sebuah penitis yang berisi sedikit air sekadar terapung

dalam air di dalam balang itu. Apabila selaput getah yang diregangkan itu ditekan ke bawah, A air memenuhi penitis itu dan penitis itu kemudian timbul B air keluar daripada penitis itu dan penitis itu kemudian tenggelam C lebih banyak lagi air masuk ke dalam penitis itu dan penitis itu pegun D lebih banyak lagi air masuk ke dalam penitis itu dan penitis itu kemudian

tenggelam

Page 5: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

5

Cahaya matahari

Cahaya matahari

Minyak Air didihyang disejukkan

Rumpai air

Air + NatriumBikarbonat

Bikar X Bikar Y Rajah 5

10. Rajah 5 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji faktor yang

mempengaruhi proses fotosintesis. Antara berikut yang manakah merupakan faktor yang dikaji? A Air B Karbon dioksida C Klorofil D Cahaya matahari Q

P R

Rajah 6 11. Rajah 6 menunjukkan proses untuk menguji kehadiran kanji dalam daun

hijau. Proses P, Q dan R dilakukan untuk, P Q R A mengeluarkan klorofil melembutkan daun memecahkan

dinding B melembutkan daun mengeluarkan

klorofil memecahkan dinding sel

C memecahkan dinding sel

mengeluarkan klorofil

melembutkan daun

D mengeluarkan klorofil memecahkan dinding sel

melembutkan daun

Daun direbus dalam air didih

Daun diuji dengan larutan iodin

Daun dimasukkan dalam tabung uji yang mengandungi alkohol dan direndam dalam kukus air

Daun direndam dalam air panas selama 2 minit

Page 6: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

6

12. Dawai-dawai telefon mengecut pada hari hujan kerana pada hari sejuk

zarah-zarah dawai A. berhenti bergetar B. bergetar dengan lebih lambat C. berkurang jisimnya D. berkurang saiznya

Haba

Ais

AisHaba

Haba Haba

Kasa dawai

Ais

Ais

Kasa dawai

P Q R S

Rajah 7 13. Rajah 7 menunjukkan satu eksperimen mengkaji pemindahan haba dalam

air. Ketulan ais dalam tabung uji yang manakah paling lambat mencair? A P B Q C R D S

14. Dua gelas yang sama saiz tertindih dan tidak dipisahkan. Antara tindakan

berikut, yang manakah boleh menyelesaikan masalah ini?

Air panas

A.

B.

C.

D.

Air panas

Air panas

Air panas

Air sejuk

Page 7: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

7

Tangan tersentuhair panas

Tangan menjauhiair panas

Tangan mengambil epal

Mata melihat epaldi meja

S

TV U

Rajah 8

15. Rajah 8 menunjukkan rajah skema tentang pengesanan rangsangan luar

pada manusia. Antara berikut yang manakah mewakili S, T, U dan V?

S T U V

A Efektor Saraf tunjang Otak Reseptor B Reseptor Saraf tunjang Otak Efektor C Efektor Otak Saraf tunjang Reseptor D Reseptor Otak Saraf tunjang Efektor

16. Susunan yang manakah berikut adalah BENAR mengenai pergerakan

gelombang bunyi dalam telinga manusia ? A Cuping telinga → tulang osikel → gegendang telinga → saraf

auditori → otak B Cuping telinga → otak → saraf auditori → gegendang telinga → tulang osikel C Cuping telinga → gegendang telinga → tulang osikel → saraf

auditori → otak D Tulang osikel → cuping telinga → gegendang telinga → saraf

auditori → otak

Page 8: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

8

Rajah 9 17. Pernyataan yang manakah antara berikut BENAR mengenai kecacatan mata

yang ditunjukkan dalam Rajah 9? Kecacatan mata ini A mungkin disebabkan oleh kanta mata terlalu tebal B mungkin disebabkan oleh bola mata terlalu panjang C menyebabkan seseorang tidak dapat melihat benda-benda yang jauh

dengan jelas D boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata berkanta cembung

18. Seorang pemancing ikan melihat seekor ikan di dalam sungai. Ikan itu

kelihatan A lebih dekat di permukaan air kerana cahaya dari ikan itu terbias ke arah

normal B lebih dekat di permukaan air kerana cahaya dari ikan itu terbias jauh dari

normal C lebih dalam di permukaan air kerana cahaya dari ikan itu terbias ke arah

normal D lebih dalam di permukaan air kerana cahaya dari ikan itu terbias jauh dari

normal. 19. Antara berikut yang manakah BENAR tentang serbuk asid sitrik kontang?

A mengakis tangan yang basah B menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah C membebas gas hidrogen apabila dicampur dengan serbuk magnesium D membebaskan gas karbon dioksida apabila dicampur dengan serbuk

kalsium karbonat.

Page 9: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

9

A

Tabung Uji P

Anodkarbon

Katodkarbon

Air suling + asid

Tabung Uji Q

Rajah 10 20. Rajah 10 menunjukkan susunan radas bagi elektrolisis air suling berasid.

Selepas suis dihidupkan beberapa minit, didapati gas terkumpul dalam tabung uji P dan Q. Antara berikut yang manakah merupakan isipadu gas yang mungkin terkumpul dalam tabung uji P dan Q?

P Q A 10 cm3 20 cm3 B 20 cm3 10 cm3 C 40 cm3 10 cm3 D 10 cm3 40 cm3

10cm3 natrium hidroksida+ 3 titis penunjuk semesta

Rajah 11 21. Rajah 11 menunjukkan sebuah kelalang kon yang mengandungi 10 cm3

larutan natrium hidroksida dan tiga titis penunjuk semesta. Seorang pelajar menambahkan asid hidroklorik cair dengan perlahan-lahan ke dalam kelalang kon itu. Perubahan warna dicatatkan apabila 0 cm3, 10 cm3 dan 15 cm3 asid ditambahkan. Antara perubahan warna berikut, yang manakah BENAR jika asid dan alkali mempunyai kepekatan yang sama?

Page 10: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

10

0 cm3 10 cm3 15 cm3 A Hijau Kuning Ungu B Kuning Hijau Ungu C Ungu Hijau Kuning D Ungu Kuning Hijau

22. Organisma J tinggal dalam badan organisma K dan mendatangkan kerugian

kepada organisma K. Hubungan ini dipanggil A simbiosis B parasitisme C pemangsaan D persaingan

P

Rajah 12 23. Rajah 12 menunjukkan peringkat-peringkat perkumuhan air kencing. Antara

berikut yang manakah diwakili oleh P? A Uretra B Ginjal C Tiub Fallopio D Zakar

Ruang Jantung P Q

Kandungan darah Beroksigen Beroksigen Ketebalan dinding Tebal Nipis

24. Jadual di atas menunjukkan perbandingan antara dua ruang jantung

manusia. Antara ruang jantung berikut, yang manakah mewakili P dan Q? P Q

A Aurikel kiri Aurikel kanan B Aurikel kanan Aurikel kiri C Aurikel kanan Ventrikel kanan D Ventrikel kiri Aurikel kiri

Air Urea Garam Mineral

Ureter Pundi kencing Air kencing

Page 11: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

11

Q

Rajah 13 25. Rajah 13 menunjukkan sebahagian daripada sistem pencernaan manusia

dan organ-organ yang berkaitan dengannya. Jika bahagian Q seseorang telah dikeluarkan, antara kelas manakan berikut, yang manakah TIDAK boleh diambil oleh orang itu? A Protein B Lemak C Karbohidrat D Vitamin

W40%

X30%

Y20%

Z10%

Rajah 14

26. Rajah 14 menunjukkan peratusan populasi W, X, Y dan Z yang hidup dalam

suatu habitat. Antara rantaian makanan berikut, yang manakah menunjukkan hubungan yang betul?

A Y → X → Z → W B Z → Y → X → W C W → X → Y → Z D Z → W → X → Y

Page 12: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

12

27. Maklumat di atas adalah penyesuaian bagi suatu tumbuhan. Antara berikut

yang manakah sesuai untuk tumbuhan itu tumbuh? A Kawasan tundra B kawasan tropika C kawasan iklim sederhana D kawasan gurun

Daya

2 kg

Rajah 15 28. Rajah 15 menunjukkan sebatang pancing ikan yang panjangnya 2.5m.

Berapakah daya yang diperlukan untuk memancing seekor ikan yang jisimnya 2 kg? (Anggap daya graviti yang bertindak ke atas jisim 1 kg ialah 10 N) A 8 N B 10 N C 80 N D 100 N

• Saiz daun yang halus • Batang sukulen • Akar yang panjang • Lapisan kutikel yang

tebal

Page 13: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

13

Pemberat Panjang spring

Tiada pemberat 6 cm Pemberat 50 g 11 cm

Pemberat Panjang spring

10 keping duit syiling 12 cm

29. Jadual di atas menunjukkan panjang satu spring apabila pemberat-pemberat

yang berlainan digantung padanya. Berapakah jisim sekeping duit syiling? A 1 g B 5 g C 6 g D 50 g

30. Tujuan rancangan pengimunan bayi adalah untuk

A menjamin kesihatan bayi B menentang jangkitan penyakit pada bayi C memenuhi keperluan nutrisi bayi D menjalinkan hubungan erat antara ibu dan bayi

V

W

X

Z

Y

Rajah 16

31. Rajah 16 menunjukkan sendi pada tulang lengan manusia. V, W, X, Y dan Z

menunjukkan kawasan pada tulang itu. Hujung otot triseps melekat pada kawasan berlabel. A V dan X B W dan X C V dan Y D W dan Z

Page 14: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

14

32. Di antara bahagian-bahagian bunga berikut, yang manakah BUKAN satu

daripada bahagian organ pembiakan betina? A Ovari B Ovul C Anter D Stigma

33. Berdasarkan jenis-jenis tumbuhan berikut, yang manakah SALAH

dipadankan dengan cara pembiakan vegetatifnya? A Pegaga - Batang rayap B Kunyit - Rizom C Ubi kentang - Tuber D Pokok bunga raya - Anak pokok

XY

Z

Rajah 17 34. Rajah 17 menunjukkan sistem pembiakan perempuan. Antara proses berikut

yang manakah berlaku di X, Y dan Z?

X Y Z A Persenyawaan Pengovulan Penempelan B Persenyawaan Penempelan Pengovulan C Penempelan Persenyawaan Pengovulan D Penempelan Pengovulan Persenyawaan

Page 15: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

15

S

Rajah 18

35. Di antara berikut, pernyataan yang manakah BENAR mengenai struktur S pada Rajah 18 di atas? A Ia membekalkan butir-butir debunga B Ia menerima butir debunga C Ia adalah tempat sel jantan dan sel betina bercantum D Ia adalah salur untuk gamet jantan bergerak melaluinya

36. Di antara haiwan-haiwan berikut, yang manakah TIDAK menjalankan

persenyawaan dalam ? A Cacing tanah B Ikan haruan C Lalat D Kura-kura

37. Tumbuhan boleh mengatasi kesesakan dalam habitatnya dengan

A mengeluarkan sedikit bunga B menggulungkan daunnya C menyebarkan biji benihnya jauh daripada tumbuhan induk D mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang berlainan

38. Struktur yang manakah menghalang darah fetus daripada bercampur dengan

darah ibu? A Plasenta B Tali pusat C Dinding uterus D Tiub Fallopio

Page 16: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

16

Umur/tahun

Tinggi/cm

2 4 6 8 10 12 14 16 18

Lelaki 72.0 100.0 109.5 123.0 125.5 130.5 138.0 148.0 165.5 Perempuan 72.0 92.5 102.0 120.0 128.5 132.0 138.0 148.0 158.0 39. Jadual di atas menunjukkan purata tinggi lelaki dan perempuan mengikut

umur. Berdasarkan jadual itu kesimpulan yang manakah benar? A Sepanjang tempoh kajian, lelaki sentiasa lebih tinggi daripada perempuan B Perempuan mengalami kadar pertumbuhan tinggi lebih besar daripada

lelaki C Ketinggian lelaki dan perempuan tidak bertambah pada umur antara 14

hingga 16 tahun D Kadar pertumbuhan lelaki dan perempuan yang paling pesat berlaku antara

umur 2 hingga 4. 40. Antara pernyataan berikut, yang manakah BUKAN mengenai sperma

manusia? A Ia mempunyai nukleus B Ia merupakan sel yang paling kecil dalam badan C Ia tersimpan dalam vesikel semen sebelum dibebaskan D Ia mengandungi simpanan makanan

Kotiledonmengecut

Biji benih

Rajah 19

41. Rajah 19 menunjukkan peringkat-peringkat percambahan biji benih suatu tumbuhan. Antara tumbuhan berikut, yang manakah menunjukkan jenis percambahan seperti di atas? A Pokok bunga matahari B Pokok jagung C Pokok getah D Pokok kelapa

Page 17: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

17

42. Antara berikut yang manakah merupakan turutan yang betul bagi perjalanan

sperma di dalam badan perempuan?

A Faraj → Serviks → Tiub Fallopio → Uterus B Faraj → Serviks → Uterus → Tiub Fallopio C Serviks → Faraj → Tiub Fallopio → Uterus D Uterus → Tiub Fallopio → Serviks → Faraj

43. Antara berikut yang manakah menunjukkan kitar hidup seekor lebah?

Imago

Larva Telur

Pupa

Telur

Imago Nimfa

Imago

Telur Pupa

Larva

Telur

Imago Nimfa

A. C.

B. D.

44. Berikut adalah ciri-ciri bunga sejenis tumbuhan:

• Mempunyai ranggi yang kecil • Mempunyai anter yang besar • Mempunyai butir debunga yang kecil dan ringan • Mempunyai stigma yang berbulu Antara tumbuhan berikut, yang manakah mempunyai ciri bunga di atas? A Teratai B Orkid C Jagung D Durian

45. Antara berikut yang manakah BENAR bagi pasangan struktur biji benih dan

fungsinya? A Testa - membekalkan makanan B Plumul - menjadi akar C Radikel - menjadi pucuk D Mikropil - membenarkan kemasukan air dan udara

Page 18: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

18

46. Pokok betik TIDAK dapat menjalankan pendebungaan sendiri kerana A ia mempunyai pistil dan stamen pada pokok yang berasingan B ia mempunyai pistil dan stamen pada bunga yang berlainan pada pokok

yang sama C kedudukan stigma bunganya lebih tinggi daripada anter D pistil biasanya matang lebih awal daripada stamen pada pokok yang sama

47. Lapisan ozon dalam atmosfera bumi terletak di

A eksosfera B ionosfera C stratosfera D troposfera

48. Kerak bumi mempunyai lapisan luar bumi yang terdiri daripada tiga

komponen X,Y dan Z seperti berikut:

Komponen Huraian X Terdiri daripada air Y Membina benua dan dasar lautan Z Terdiri daripada pelbagai jenis gas

Apakah yang diwakili oleh X,Y dan Z? X Y Z A Litosfera Hidrosfera Atmosfera B Atmosfera Litosfera Hidrosfera C Hidrosfera Atmosfera Litosfera D Hidrosfera Litosfera Atmosfera

49. Berdasarkan contoh-contoh jenisi batuan yang berikut, yang manakah adalah

BETUL

Batu igneus Batu enapan Batu metamorfik A granit batu kapur marmar B marmar granit batu kapur C batu kapur marmar granit D granit marmar batu kapur

50. Antara berikut yang manakah menyebabkan batuan enapan dan batuan

igneus bertukar menjadi batuan metamorfik? A Lapisan-lapisan batuan yang lama B Mendapan bahan kimia dalam liang batuan C Penyejukan dan pembekuan magma dalam kerak bumi D Haba panas daripada magma dan tekanan daripada kerak bumi

Page 19: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

19

Bagi soalan 51 hingga 75, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul. Tentukan tiap-tiap cadangan jawapan itu betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan yang betul daripada pilihan A, B, C dan D seperti berikut:

A jika semua I, II dan III betul B jika I dan II sahaja betul C jika II dan III sahaja betul D jika I sahaja betul

Ringkasan Arahan A

I, II, III B I, II

sahaja

C II, III

sahaja

D I sahaja

51. Seorang pelajar disuruh menghitung isipadu bagi sebatang rod logam.

Panjang dan diameter bagi rod logam itu ialah 80 cm dan 2 cm masing-masing. Antara alat ukur berikut, yang manakah harus digunakan oleh pelajar itu?

I Angkup luar II Pembaris meter III Angkup dalam

52. Di antara ciri-ciri berikut yang manakah dipunyai oleh kelawar?

I Badan yang berbulu II Haiwan yang berdarah panas III Kepak yang terbentuk daripada kulit

53. Apakah yang berlaku apabila stim terkena pada permukaan yang sejuk?

I Zarah-zarah stim bergetar lebih cepat II Zarah-zarah stim itu kehilangan tenaga III Stim bertukar menjadi air

54. Dua belon, satu diisi dengan air dan satu lagi dengan gas metana, digantung

dalam makmal. Setelah tiga jam, belon yang berisi gas metana didapati kecil sedangkan belon berisi air tidak berubah saiznya. Ini kerana

I Zarah-zarah gas dapat keluar melalui dinding belon II zarah-zarah gas dalam belon menjadi lebih kecil III suhu gas dalam belon bertambah tinggi

Page 20: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

20

55. Yang manakah di antara keadaan berikut akan menambahkan kandungan tenaga kimia objek itu?

I Pokok durian yang sedang tumbuh dalam cahaya matahari II Sebuah bateri yang sedang dicas III Sebuah jam randik yang sedang dikunci

56. Pernyataan manakah di antara berikut benar mengenai udara yang

dihembus keluar oleh haiwan?

I Ia mengeruhkan air kapur II Ia menukarkan warna penunjuk bikarbonat menjadi kuning III Ia bersifat alkali

Lubang

Lubang

Lubang

Air

X Y

Z

Rajah 20 57. Air dalam tabung uji yang ditunjukkan dalam Rajah 20 di atas boleh disedut

keluar melalui tiub

I X II Y III Z

58. Memakai pakaian yang berwarna gelap lebih panas daripada memakai

pakaian yang berwarna putih. Ini kerana permukaan yang gelap

I menyerapkan lebih banyak haba II menyinarkan lebih banyak haba III mengkonduksikan lebih banyak haba

59. Sebiji botol kaca diisikan dengan air sehingga penuh dan kemudian ditutup

ketat dengan penutup skru. Selepas itu ia diletakkan di ruang sejuk beku dalam peti sejuk. Setelah beberapa lama, botol itu didapati pecah. IIni berlaku kerana

Page 21: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

21

I udara yang terlarut di dalam air itu mengembang II air dalam botol mengembang III botol kaca mengecut

kayu

kertas hitam

kotak

pin

kapas lembab

anak benih

Rajah 21 60. Rajah 21 di atas menunjukkan satu anak benih yang dipinkan mengufuk dan

disimpan dalam sebuah kotak yang mengandungi kapas lembap. Dalam masa 24 jam yang manakah di antara berikut dapat diperhatikan?

I Pucuk dan akar akan bertambah panjang II Pucuk akan tumbesar ke arah atas III Akar akan tumbesar ke arah bawah

1m

RP Q

Rajah 22 61. Sekerat wayar diregang di P dan Q seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 22

di atas. Apabila wayar ini dipetik seperti tadi juga, apakah ciri-ciri bunyi yang terhasil? I langsing nada bunyi itu lebih tinggi II Frekuensi bunyi itu lebih tinggi III Bunyi itu lebih kuat

Page 22: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

22

62. Satu wabak taun telah berlaku dalam sebuah kampung di mana

penduduknya menggunakan air telaga. Di antara langkah-langkah berikut yang manakah patut diamalkan untuk menjadikan air itu selamat untuk diminum?

I Menuraskan air itu dengan kain II Mendidihkan air itu III Mengklorinkan air itu

10

0 20 40 60suhu (oC)

bahan X bahan Y

bahan Z

80 100

20

3040

50

60

70

Rajah 23 63. Graf dalam Rajah 23 di atas menunjukkan bagaimana keterlarutan bahan X,

Y dan Z dalam 100 cm3 air berubah dengan suhu. Di antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai keterlarutan bahan-bahan X, Y dan Z?

I Bahan Z mempunyai keterlarutan yang rendah II Bahan X mempunyai keterlarutan yang sama dengan bahan Y pada suhu

600C III Keterlarutan bahan-bahan X,Y dan Z bertambah dengan bertambahnya

suhu

Page 23: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

23

64. Antara berikut yang manakah benar tentang kegigian kambing?

I Diastema menyimpan rumput sebelum dicerna II Pedap keras membantu semasa pemotongan rumput III Jumlah gigi geraham lebih banyak daripada jumlah gigi kacip dan gigi

taring 65. Transpirasi dalam tumbuh-tumbuhan menolong

I menyejukkan tumbuh-tumbuhan itu II menyingkirkan air yang berlebihan dari tumbuh-tumbuhan itu III menyingkirkan karbon dioksida dari tumbuh-tumbuhan itu

66. Cara kawalan biologi adalah lebih baik daripada penggunaan racun perosak

untuk mengawal perosak kerana I tidak mencemarkan alam sekitar II tidak menjejaskan keseimbangan antara organisma III biasanya melibatkan kos yang lebih rendah

Takal

Daya

Beban

Rajah 24 67. Rajah 24 menunjukkan beban yang diangkat dengan menggunakan takal.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?

I Nilai daya sama dengan nilai beban II Jarak daya bergerak sama dengan jarak beban bergerak III Kerja yang dilakukan oleh beban sama dengan kerja yang dilakukan oleh

daya

Page 24: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

24

68. Badan zirafah menjadi lebih stabil apabila zirafah itu berdiri dengan mengangkangkan keempat-empat kakinya. Ini akan

I mengurangkan berat badannya II merendahkan pusat gravitinya III menyebarkan berat badannya sekata kepada kawasan sokongan yang

lebih luas 69. Oviduktus seorang wanita telah dibedah dan diikat. Tujuan pembedahan ini

ialah untuk

I menghalang ovum daripada menuruni oviduktus II menghalang wanita daripada hamil III memberhentikan kitar haidnya

70. Antara berikut manakah campuran bahan kimia dalam larutan kultur yang

dapat membekalkan unsur nitrogen, fosforus dan kalium dalam tumbuhan?

I Kalium nitrat II Kalium fofat III Kalsium sulfat

71. Fungsi uterus manusia termasuk untuk

I menyediakan tempat bagi zigot menempel II melindungi fetus daripada kecederaan III membantu menolak bayi semasa kelahiran

Page 25: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

25

X

Rajah 25 72. Rajah 25 menunjukkan keratan membujur buah mangga. Fungsi bahagian

yang berlabel X ialah untuk

I menyimpan makanan bagi embrio II menarik perhatian serangga III menyerap air

Dewasa

Masa / hari

Panjang badan / cm

Rajah 26 73. Rajah 26 di atas menunjukkan pola pertumbuhan serangga. Antara berikut

yang manakah merupakan sifat serangga itu?

I Serangga itu mempunyai rangka ular II Serangga itu mengalami metamorfosis tak lengkap III Serangga itu mengalami empat kali penyalinan kulit

Page 26: SEKOLAH ALAM SHAH JALAN YAAKOB LATIF, BANDAR TUN …

26

74. Berdasarkan jenis-jenis batuan yang berikut, yang manakah mengandungi mineral-mineral dalam bentuk hablur?

I Batu granit II Batu marmar III Batu konglomerat

G

Bumi

Angkasa lepas

Rajah 27 75. Rajah 27 menunjukkan lapisan-lapisan atmosfera Bumi. Antara berikut yang

manakah berlaku di lapisan G?

I Gelombang radio dipantulkan II Pembentukan awan III Penyerapan sinar ultra-ungu daripada matahari

KERTAS SOALAN TAMAT