transformasi masyarakat

Upload: fizz-crimlnz

Post on 08-Apr-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    1/32

    TRANSFORMASI MASYARAKAT

    KANDUNGAN TEMA:

    BAB 5 Penjelajahan dan Campur Tangan Barat Tema 2.1BAB 6 Migrasi dan Proses Pembentukan Masyarakat Tema 2.2

    BAB 7 Penentangan Terhadap Campur Tangan Barat Tema 2.3BAB 8 Penerimaan dan Pengubahsuaian Tema 2.4

    PENJELAJAHAN DAN CAMPUR TANGAN BARAT

    5.1 Pengenalan

    1. Penjelajahan kuasa-kuasa Barat ke Asia bermula pada abad ke-15 dan 16. Pada masa

    itu, penjelajahan mereka berkait rapat dengan konsep mekantilisme iaitu usaha untukmendapatkan keistimewaan dari segi perdagangan. Hal ini berlaku kerana pada masa itu

    orang Eropah terpaksa bergantung kepada orang Arab untuk mendapatkan rempah yang

    amat diperlukan di Eropah. Mereka berhasrat untuk mendapatkan terus rempah dariKepulauan Melayu yang akan dapat memaksimumkan keuntungan mereka.

    2. Dasar mekantilisme kemudiannya berubah menjadi dasar imperialisme apabila kuasa-

    kuasa Eropah lebih agresif dan berlumba-lumba untuk menguasai wilayah-wilayah

    tertentu untuk kepentingan ekonomi dan politik.3. Dasar imperialisme berkait pula dengan dasar kolonialisme atau penjajahan iaitu

    proses untuk mendapatkan kawasan atau wilayah baru, biasanya melalui peperangan.

    Seterusnya kuasa Barat itu memulakan system pentadbiran di kawasan tersebut.Kolonialisme membawa kepada penindasan politik, ekonomi dan sosial ke atas penduduk

    tempatan.4.Subtopik ini menumpukan kepada dua perkara iaitu faktor-faktor yang menjadi

    pendorong campur tangan Barat di ketiga-tiga rantau Asia yang kita pelajari, dan yang

    kedua pula ialah cara kuasa Barat campur tangan sama ada melalui perjanjian,peperangan dan pengilhakan.

    5.2 Faktor-faktor Campur tangan Kuasa Barat

    Faktor Ekonomi

    1.Perkembangan Revolusi Perusahaan di Eropah menyebabkan kuasa Eropah mula

    mencari dan menguasai kawasan yang mempunyai bahan mentah untuk dibekalkankepada perusahaan kilang dan untuk dijadikan tempat pemasaran barangan kilang

    mereka. Bijih timah diperlukan untuk membuat tin bagi menyimpan makanan dan

    minuman. Perusahaan bijih timah di Cornwall England telah merosot. Begitu juga dengankeperluan membuat enjin kereta. Getah pula diperlukan bagi menghasilkan tayar-tayar

    kereta.1

    1 Getah asli

    Kewujudan perusahaan baru di Eropah seperti perusahaan penjanaan kuasa elektrik memerlukan getah asli

    yang banyak kerana getah paling sesuai digunakan untuk menyalut dawai elektrik. Kemunculan perusahaan

    automobile dan ciptaan tayar angina getah telah menambahkan lagi permintaan untuk getah.

    1

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    2/32

    2.. Sasaran mereka ialah benua Asia yang kaya dengan pelbagai bahan mentah yangdiperlukan serta mempunyai bilangan penduduk yang ramai. Lantaran itu wujud

    persaingan dalam menguasai kawasan yang kaya dengan bahan mentah bagi menjamin

    bekalan yang berterusan. Antara kuasa-kuasa Barat tersebut ialah Britain, Perancis,Belanda, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jerman.

    3. Di Myanmar, British ingin menguasai perdagangan kayu jati. Jika saingannya,

    Perancis menguasai Myanmar terlebih dulu, hasrat British untuk menguasai kayu jati

    tidak tercapai. Kayu jati digunakan untuk membina dan membaiki kapal.

    4. Selain itu itu British juga ingin menggunakan Myanmar sebagai pangkalankepentingan perniagaannya dengan Negara China. Berdasarkan kepentingan inilah

    British menghantar Kapten Michael Symes ke Myanmar untuk berunding dengan Raja

    Bodawpaya untuk berunding tentang sempadan Arakan, mengadakan perjanjianperdagangan dengan Myanmar dan meminta Myanmar menutup pelabuhan kepada

    saudagar Perancis. Myanmar hanya bersetuju menerima seorang Residen British

    manakala syarat lain ditolak.5. Perancis berhasrat menguasai perdagangan di China melalui Sungai Mekong dan

    Wilayah Tongking di Vietnam. Disebabkan oleh kepentingan ekonomi dan bimbang

    Tongking akan dikuasai oleh kuasa Barat lain seperti Itali, Jerman dan Amerika Syarikat,

    Perancis menakluk Tongking pada tahun 1883.6. Indonesia pula kaya dengan rempah-ratus terutamanya Acheh dan Maluku

    (terutamanya Ternate dan Tidore). British mahu menguasai hasil barangan India kerana

    hasil barangan India mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara Barat.7.British memerlukan hasil keluaran China untuk diperdagangkan di Eropah seperti teh

    dan sutera, dan menjadikan China sebagai pasaran barangannya. Bagaimanapun Chinamenjalankan dasar tutup pintu dan perdagangan hanya dijalankan melalui Co Hong

    melalui pelabuhan Canton.

    8.Kegiatan menangkap ikan paus di Lautan Pasifik kadangkala menyebabkan nelayanAmerika Syarikat terdampar di Jepun. Mereka dibawa ke Nagasaki dengan usungan

    tertutup yang sempit. Selepas disoalsiasat dan diseksa dan nelayan-nelayan itu terpaksa

    menunggu dalam tempoh yang lama sebelum dihantar ke Amerika Syarikat menerusiorang Belanda. 2

    9.Perdagangan antara Amerika Syarikat dan China semakin berkembang. Justeru

    Amerika Syarikat perlu mencari tempat persinggahan untuk mendapatkan batu arang dan

    membaiki kapal. Jepun sesuai untuk tujuan ini.

    Faktor Politik

    2Mengikut Richard Storry, kapal-kapal asing seperti dari Rusia, British dan Amerika yang tiba di perairan

    Jepun apabila meminta sebarang bekalan, kadang-kadang tidak diberi. Anak-anak kapal yang singgah itu

    disuruh beredar dari pelabuhan itu secepat mungkin. Kapal dari Rusia berada beberapa bulan di Nagasaki

    cuba memujuk pihak berkuasa Jepun menerima utusan tetapi ditolak. Malah mereka diberitahu supaya

    jangan lagi menghantar kapal-kapal ke negeri Jepun.

    2

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    3/32

    1.Zaman imperialisme Barat yang berlaku pada abad ke-19 memperlihatkan kuasa-kuasaBarat seperti Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Belanda dan Sepanyol berlumba-lumba

    antara satu sama lain untuk menguasai tanah jajahan demi kepentingan ekonomi mereka.

    2.Di samping itu, ada dua lagi kuasa Eropah baru yang cuba menjalankan dasarimperialisme di Asia dan Afrika. Kuasa baru itu ialah Jerman dan Itali. Jerman yang

    disatukan Otto Von Bismark dan Itali pula disatukan Camilio de Cavour mampu menjadipesaing untuk mendapatkan tanah jajahan. Jerman misalnya sudah menjalin hubunganperdagangan di Asia Tenggara melalui syarikat-syarikat Jerman dan orang perseorangan.

    3.Kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa Barat yang lain menyebabkan kuasa-kuasa

    tertentu tidak mengambil masa yang lama untuk campur tangan. Di Myanmar misalnya,

    Raja Mindon Minh telah berbaik-baik dengan Perancis dan Itali bagi melindungikepentingannya daripada ancaman British. Berikutan itu, beberapa utusan diplomatik

    telah dihantar ke Itali, Perancis dan Amerika Syarikat.

    4. British juga bimbang Perancis akan menguasai Myanmar Hulu. British semakin cemasapabila pengganti Mindon Minh, Raja Thibaw meneruskan dasar Mindon Minh yang

    berbaik-baik dengan kuasa Barat lain.

    5. Saudagar-saudagar British telah mendesak kerajaan mereka supaya menguasaiMyanmar Hulu. Akibatnya Gabenor Jeneral British di India membuat keputusan

    menakluki Myanmar Hulu.

    6. Kuasa-kuasa Barat juga bersaing sesame sendiri untuk menakluki tanah jajahan kerana

    mereka menyanjung tinggi kuasa yang mempunyai tanah jajahan yang luas. Orang Britishdan Belanda sering menggunakan slogan beban orang putih untuk mendapatkan tanah

    jajahan.

    7.Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Oleh itu, timbul rasatanggungjawab untuk memimpin orang timur kea rah kehidupan yang lebih sejahtera.

    Perancis pula menggunakan slogan tugas menyebarkan tamadun yang bermaksudmereka bertanggungjawab mentamadunkan orang timur.

    8. Kerajaan British di India telah mengilhakan wilayah Qudh dengan alasan untuk

    menjaga kebajikan dan faedah-faedah yang dibawa oleh pemerintahan British ke ataskawasan-kawasan yang menghadapi masalah penyelewengan pemerintah tempatan.

    Faktor Agama1.Salah satu aspek yang rapat dengan dasar imperialisme Barat ialah penyebaran agama

    Kristian di kalangan penduduk Asia. Penduduk Vietnam banyak yang memeluk agama

    Kristian ekoran kegiatan mubaligh Kristian Perancis. Kerajaan Vietnam menghalau

    keluar mubaligh Kristian dan menindas penduduk Vietnam yang beragama Kristian. Padamasa pemerintahan Maharaja Gia Long, baginda membenarkan agama Kristian, Buddha

    dan Confucius berkembang.

    2.Pengganti baginda, Minh Mang mengamalkan dasar anti-Kristian. Sesiapa yangmenganut agama Kristian dihukum bunuh. Pengganti baginda pula, Maharaja Thieu Tri3telah meluluskan undang-undang yang membuang negeri bagi sesiapa yang menganut

    3Rancangan Membunuh

    Pihak Perancis mengugut Thieu Tri supaya turun dari takhta. Baginda enggan melepaskan takhta dengan

    alas an ingin meyambut angkatan Perancis di Tourane pada tahun 1847. Sebenarnya baginda merancang

    menjemput wakil Perancis untuk menonton suatu pertunjukkan di istana dan kemudian membunuh mereka.

    Setelah itu, baginda merancang untuk menyerang kapal Perancis. Oleh sebab Perancis menolak pelawaan

    3

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    4/32

    agama Kristian dan sesiapa yang melindungi paderi akan dihukum bunuh serta paderiPerancis akan dibuang ke dalam sungai atau laut. Petempatan orang Kristian dibakar dan

    tanah mereka dirampas.

    3. Di antara tahun 1851-1852, permusuhan antara Perancis dengan Vietnam semakinkritikal sehingga Paderi Augustin Schoeffler dan Paderi Jean-Louis Bonnard dihukum

    bunuh. Kerajaan Vietnam seterusnya mengeluarkan undang-undang melarang kemasukanmubaligh-mubaligh Kristian dan memusnahkan gereja-gereja. Keadaan ini menyebabkanRaja Perancis, Napoleon III berazam menakluk Vietnam. Akibatnya Tourane, Saigon dan

    kemudiannya Vietnam Selatan jatuh ke tangan Perancis.

    Faktor Perhubungan dan Teknologi1.Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan meningkatkan lagi keinginan

    kuasa-kuasa Barat untuk mempercepatkan dasar imperialisme. Pembukaan Terusan Suez

    pada tahun 1869 menyebabkan jarak antara barat dan Timur dapat dipendekkan dan masaperjalanan dikurangkan. Oleh itu kos perdagangan dapat dijimatkan dan urusan

    perdagangan antara Barat dan Timur dapat dipercepatkan.4

    2..Perkembangan perhubungan laut khususnya penciptaan kapal berkuasa wapmendorong dan mempercepatkan imperialisme Barat di asia Tenggara. Kapal laut boleh

    membawa muatan yang banyak, lebih selamat dan mempercepatkan perjalanan.

    3. Selain itu ciptaan telegraf telah mempercepatkan lagi urusan perniagaan kerana

    peniaga-peniaga Eropah dapat menghubungi ejen-ejen mereka di kawasan lain dengancepat.

    5.3 Cara Kuasa Barat Campur Tangan1. Secara umumnya terdapat tiga cara kuasa-kuasa Barat campur tangan di rantau Asia

    Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Cara pertama ialah peperangan. Cara pertama inidapat dilihat di Myanmar, Vietnam, Indonesia, Vietnam, Filipina dan China.

    Bagaimanapun peperangan yang tercetus mempunyai sebab-sebab yang berbeza antara

    satu negara dengan negara yang lain.2. Cara kedua ialah melalui perjanjian. Meskipun begitu, cara termaktubnya perjanjian

    mempunyai persamaan dan perbezaan. Hal ini kerana di sesetengah negara, perjanjian

    yang ditandatangani tidak melibatkan peperangan, sementara di negara-negara tertentuperjanjian ditandatangani setelah berlakunya peperangan. Myanmar, China, Vietnam dan

    Indonesia adalah contoh negara yang menandatangani perjanjian setelah berlakunya

    peperangan.

    baginda, Thieu Tri telah menyerang kapal Perancis. Angkatan Perancis bertindak menenggelamkan kapal

    Vietnam sebelum meninggalkan Tourine.4

    Terusan Suez

    Terusan Suez telah dibina oleh pihak Perancis yang diketuai oleh juruteranya yang bernama Ferdinand de

    Lesseps. Selepas dibuka pada tahun 1869, British sangat berminat untuk menguasai terusan ini kerana

    sebilangan besar kapalnya menggunakan terusan ini untuk pergi ke India, China dan Asia Tenggara yang

    kaya dengan bahan mentah. Peluang untuk menguasai terusan ini terbuka apabila Gabenor Mesir, Khedif

    dan salah seorang pemegang saham terusan ini hamper muflis. Khedif terpaksa menjual sahamnya

    sebanyak 45 peratus dan kedua-dua pihak iaitu British dan Perancis mahu membeli saham tersebut.

    Disraeli, Perdana Menteri Britain ketika itu meminjam modal daripada bank antarabangsa dan berjaya

    membeli saham tersebut.

    4

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    5/32

    3. Cara ketiga ialah melalui pengilhakan. Pengilhakan dijalankan melalui kekerasanseperti ugutan. Ada kalanya cara ini juga membawa kepada peperangan. Cara ini dapat

    dilihat melalui perluasan kuasa Inggeris di India dan Kampuchea.

    A. Cara Peperangan dan Perjanjian (Melibatkan China, Myanmar, Vietnam, Indonesia,)

    CHINA

    Isu Perdagangan

    1. Pada abad ke-19, hubungan kuasa-kuasa Barat dengan China mengalami kesulitan

    pada pandangan orang-orang Barat. Hal ini timbul kerana kepentingan perdaganganantara kedua-dua pihak bercanggah. Percanggahan berlaku kerana orang Cina merasakan

    mereka tidak perlu barangan Barat disebabkan mereka mampu mengeluarkan sendiri

    segala keperluan yang dikehendaki. Negara China dianggap sebagai middle kingdomatau pusat tamadun dunia. Justeru semua kuasa hendaklah tunduk di bawah kuasanya. 5

    2. Bagi orang Barat pula, perdagangan menjadi semakin penting ekoran meletusnya

    Revolusi Perindustrian. Saudagar-saudagar Barat terutamanya Inggeris mengharapkankeuntungan perdagangan yang berlipat ganda dengan negara China, namun impian

    mereka tidak kesampaian. Keadaan ini disebabkan kerajaan Manchu mengamalkan dasar

    tutup pintu, kadang-kadang disebut dasar pemencilan atau isolasi.menganggap

    perdagangan sebagai pekerjaan hina. Justeru, perdagangan tidak digalakkan terutamadengan kuasa-kuasa Barat. Sebaliknya perhatian diberikan kepada pertanian sara diri.

    3. China mengenakan pelbagai sekatan ke atas saudagar asing. Saudagar asing

    dibenarkan melaksanakan urusniaga dengan China melalui pelabuhan Canton danberurusan dengan pedagang yang dikenali sebagai Co Hong. Mereka tidak dibenarkan

    tinggal sepanjang tahun di Canton. Mereka hanya boleh tinggal di musim sejuk danhanya di kawasan kilang mereka. Mereka juga tidak dibenarkan membawa ahli keluarga

    mereka ke Canton. Mereka perlu pulang ke Macao selepas berniaga dari bulan Oktober

    hingga Januari. Barang yang diniagakan juga ditentukan oleh Co Hong.4. Saudagar asing tidak dibenarkan membawa wanita dan senjata ke China. Mereka juga

    dilarang berkahwin dengan wanita tempatan. Kapal perang tidak dibenarkan masuk.

    Orang asing juga hanya boleh bergerak dalam satu kumpulan melebihi 10 orang danmereka dilarang mempelajari bahasa Cina.

    Isu Undang-undang

    1.Faktor perundangan turut menjadi isu yang merenggangkan lagi hubungan Chinadengan kuasa-kuasa Barat. Mengikut sistem keadilan China seseorang yang dituduh

    melakukan jenayah adalah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat

    dibuktikan(guilty until proven innocent) manakala sistem keadilan Barat menegaskan

    5Pusat tamadun dunia

    Masyarakat China menganggap negara mereka sebagai Chung Kao atau pusat tamadun dunia. Mereka

    mempunyai tamadun yang lebih superior daripada tamadun lain. Mereka keberatan menjalin hubungan

    diplomatik dengan orang Barat kerana taraf mereka tidak sama. Orang China menganggap orang Barat

    sebagai orang gasar (fan len) dan hantu asing (fan Kwae).

    5

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    6/32

    seseorang yang dituduh melakukan kesalahan adalah dianggap tidak bersalahsehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas (innocent until proven guilty). 6

    2. Begitu juga dengan falsafah undang-undang yang dianuti di China amat berbeza

    dengan falsafah undang-undang yang diamalkan di Barat. Undang-undang Baratberdasarkan konsep tanggungjawab individu iaitu hukuman hanya akan dijatuhkan

    kepada individu yang melakukan kesalahan sahaja. Sebaliknya di China, doktrintanggungjawab berkumpulan diamalkan. Menurut doktrin ini, sekiranya seseorangindividu melakukan kesalahan atau tidak dapat dikesan maka kumpulannya

    bertanggungjawab secara kolektif untuk menyerahkan salah seorang daripada mereka

    untuk menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh ahli

    kumpulan itu.3.Hal ini dapat dilihat dalam kes Terranova yang berlaku pada tahun 1821. Dalam kes

    ini, Terranova yang berbangsa Itali, merupakan kelasi milik Amerika telah dituduh

    membunuh wanita Cina Kelasi kapal Emily itu diserahkan kepada kerajaan Chinademi menjaga hubungan perdagangan China-Amerika. Beliau dijatuhkan hukuman cekik

    sampai mati.

    4. Dalam kes lain, beberapa kelasi British yang mabuk terlibat dalam pembunuhan LinWei Hsi di Kowloon. Penguasa British di Kowloon, Charles Elliot mereka dibicarakan

    mengikut undang-undang British. Mereka didapati bersalah dan denda 50 paun dan tiga

    bulan penjara.

    5. Pihak berkuasa China tetap menuntut agar pesalah-pesalah tersebut diserahkan kepadamereka untuk diadili mengikut undang-undang negara China. Keengganan Inggeris

    memenuhi tuntutan itu menyebabkan hubungan antara kedua-dua pihak semakin

    renggang dan seterusnya membawa kepada meletusnya Perang Inggeris-China Pertama.

    Isu Candu

    1.Saudagar-saudagar Inggeris amat memerlukan teh dan sutera dari China yang mendapat

    permintaan tinggi di Eropah. Keengganan China untuk membeli barangan dari Britainmenyebabkan wujudnya perdagangan satu hala yang merugikan kerajaan Inggeris.

    Matlamat pihak Inggeris untuk menjadikan China untuk memasarkan barangan kilang

    mereka juga tidak tercapai. Akibatnya berlaku imbangan perdagangan yang tidakseimbang. Tambahan pula pedagang Inggeris hanya dibenarkan menggunakan wang

    emas dan perak untuk berdagang di negara China. Keadaan ini menyebabkan berlakunya

    pengaliran keluar wang emas dan perak yang banyak dari Britain ke China.

    2. Bagi mengimbangi perdagangan yang berat sebelah itu, pedagang Inggeris membawamasuk candu dari India dan Turki ke China. Candu kemudiannya menjadi barangan yang

    paling digemari oleh masyarakat China tidak kira golongan bawahan dan atasan. Sekitar

    tahun 1839, terdapat kira-kira 4 juta orang China yang menjadi penagih candu.3.Kemasukan candu yang banyak mengakibatkan pengaliran wang keluar yang banyak

    kerana nilai import candu melebihi nilai eksport the dan sutera. Pada tahun 1838 dan

    6 Nyawa dibalas nyawa

    Dalam system mahkamah di negara China, tidak wujud Badan Penasihat Undang-Undang(Advice of

    Council) seperti yang diamalkan oleh orang-orang Barat manakala badan keadilan pula tertakluk kepada

    kuasa kerajaan semata-mata. Dalam kes bunuh, undang-undang China menuntut nyawa dibalas nyawa

    6

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    7/32

    1839, pengaliran keluar wangperak bernilai 37.9 juta pound. Keadaan ini telahmenjejaskan ekonomi China.7

    4.Maharaja Tao Kuang pada tahun 1838 telah mengeluarkan perintah yang

    mengharamkan penggunaan dan perniagaan candu. Baginda mengawal rapi aktivitipenyeludupan candu.

    5.Kerajaan China melantik Lin Tsu-hse sebagai Pesuruhjaya Canton. Beliaumengarahkan supaya candu tidak boleh dibawa masuk ke China. Saudagar asingdikehendaki menandatangani surat akuan yang menyatakan mereka tidak akan

    menjalankan perdagangan candu.

    6. Candu hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa China dan jumlah candu yang

    diserahkan itu akan dibayar dengan teh bergantung kepada jumlah teh yang diserahkan.Baqgaimanapun arahan tersebut tidak dihiraukan oleh Penguasa Perniagaan British di

    Canton, Kapten Charles Elliot. Lin Tsu-hse bertindakbalas dengan mengarahkan tentera

    mengawal kediaman saudagar asing dan memutuskan hubungan perdagangan denganpihak British.8

    7. Untuk memelihara keselamatan para pedagang Inggeris, Kapten Charles Elliot

    menyerahkan lebih 20 000 peti candu. Seterusnya Pesuruhjaya canton itu memintasaudagar-saudagar asing menandatangani akuan yang mereka tidak akan menjual candu

    di China lagi.

    8.Kapten Charles Elliot pula menuntut supaya pihak China membayar ganti rugi candu

    yang dimusnahkan, tetapi tidak dilayan oleh pihak China.9.Kedegilan kedua-dua pihak untuk memenuhi tuntutan masing-masing dirumitkan lagi

    dengan pembunuhan rakyat China bernama Lin Wei Hsi oleh beberapa kelasi Inggeris

    yang mabuk. Pihak berkuasa China mendesak supaya kelasi-kelasi tersebut diserahkepada mereka tetapi Kapten Elliot menolak kerana tidak mahu peristiwa Kapal Lady

    Hughes9 dan peristiwa Terranova berulang kembali.

    7 Jumlah import candu di China1800-1820 = 4500 peti candu

    1820-1830 = 10 000 peti

    1838-1839 = 40 000 peti8 Belot

    Pada 3 November 1839, pertempuran telah berlaku antara Kapal Perang Inggeris HMS Volage yang

    membedil kapal Royal Saxon yang juga milik Inggeris. Kapal Royal Saxon tidak sependapat dengan Elliot

    dan secara sulit menandatangani surat akuan dengan pihak berkuasa China untuk menghentikan penjualan

    candu di China. Sebagai balasan, mereka diberi kebenaran untuk berdagang di China. Kapal Perang China

    telah membalas bedilan HMS Volage bagi melindungi Royal Saxon. Peristiwa ini telah menandakan

    Perang inggeris-China yang pertama.

    7

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    8/32

    10. Peperangan tidak dapat dielakkan lagi dan pada awal November meletuslah PerangInggeris-China 1 atau Perang Candu. Peperangan yang bermula pada tahun 1839 itu

    berakhir pada tahun 1842 setelah tentera Inggeris berjaya menawan Nanking dan selepas

    itu kedua-dua pihak bersetuju mengadakan rundingan pada bulan Ogos 1842.11. Antara syarat-syarat Perjanjian Nanking ialah STPM 1998 K2/S8

    i)Lima buah pelabuhan dibuka kepada rakyat dan saudagar British(Canton, Amoy,Foochow, Ningpo dan Shanghai)ii)China bersetuju membatalkan perniagaan antara saudagar asing dengan Co-hong.

    Saudagar British boleh berniaga dengan sesiapa sahaja yang mereka suka.

    iii)Konsol British ditempatkan di lima pelabuhan itu untuk mengawal warganegara

    British dan harta mereka.iv)Hong Kong diserahkan kepada British.

    v)Kerajaan China dikehendaki membayar 21 juta tael sebagai ganti rugi.

    vi)Kerajaan China mengakui British setaraf dengan mereka.vii)Kerajaan China bersetuju menyelaraskan cukai eksport pada kadar lima peratus dan

    cukai import pada kadar tiga peratus.

    12.China tidak berpuas hati terhadap Perjanjian Nanking. Masalah saudagar asing, candu,

    perdagangan bebas tidak selesai. Tuntutan British untuk menyemak semula Perjanjian

    Nanking disokong oleh Perancis dan Amerika Syarakat. Pada tahun 1844, China

    menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat yang dinamakan Perjanjian Wang-Hsia dan dalam tahun yang sama China menandatangani perjanjian dengan Perancis yang

    dinamakan Perjanjian Whampoa.

    13.Perasaan anti asing bertambah kerana kegiatan mubaligh Kristian di kawasanpedalaman, luar dari Canton. Ramai juga rakyat China yang berjaya dikristiankan.

    Perkembangan ini mengancam kebudayaan dan tradisi orang yang berpegang kepadakepercayaan nenek moyang, ajaran Confucius dan Taoisme. Seorang mubaligh Perancis,

    9Peristiwa Kapal Lady Hughes

    Peristiwa ini berlaku pada tahun 1784. Ketika kapal ini tiba di pelabuhan Whampoa, seperti biasa tembakan

    penghormatan telah dilepaskan. Secara tidak sengaja tembakan itu terkena dua orang Cina yang

    menyebabkan kematian. Seorang lagi tercedera. Pihak berkuasa di Canton mendesak supaya anak kapal

    yang terlibat diserahkan kepada mereka untuk dibicarakan mengikut system perundangan Cina. Kerajaan

    Manchu juga mengugut akan menyerang kilang-kilang Inggeris dan memutuskan hubungan perdagangan

    dengan dengan orang asing sekiranya individu yang melakukan itu tidak diserahkan kepada mereka.

    Inggeris terpaksa menyerahkan anak kapal tersebut. Anak kapal itu dicekik sampai mati tanpa dibicarakan.

    8

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    9/32

    Auguste Chapdelaine dihukum bunuh kerana didapati bersubahat dengan pemberontakyang menentang kerajaan China.

    14.Peristiwa Lorcha Arrow membawa kepada Perang Candu Kedua 1856. Kapal ini milik

    pedagang China yang didaftarkan di Hong Kong. Kapten kapal berbangsa Inggeris.12 kelasi kapal ini ditangkap oleh polis dan askar Canton kerana dituduh melindungi

    seorang lanun yang diburu kerajaan China. Polis dan askar Canton mengoyakkan benderaBritish. Tindakan ini dianggap sebagai satu penghinaan.15. Konsol British di China, Harry Parkes mengemukakan bantahan mendesak kerajaan

    China membebaskan kelasi yang ditahan dan meminta maaf secara terbuka. Kerajaan

    China membebaskan tahanan tetapi tidak meminta maaf.

    16. Parkes menjadikan peristiwa kapal Lorcha Arrow untuk melancarkan serangan keatas China British membedil Canton pada Oktober 1856 dan bermulalah Perang Inggeris-

    China Kedua.Akhirnya China menandatangani Perjanjian Tientsin dengan British,

    Amerika Syarikat (USA), Perancis dan Rusia pada bulan Jun 1858.17. Antara syarat-syarat Perjanjian Tientsin ialah STPM 2001 K2/S8

    i) Perwakilan asing yang terdiri daripada orang Inggeris, Perancis, USA dan Rusia

    dibenarkan menetap di Peking dan atas dasar persamaan taraf.ii)Orang asing dibenarkan bergerak bebas dan mempunyai hak melawat semua bahagian

    pedalaman dengan passport yang dikeluarkan oleh konsol asing dan ditandatangani oleh

    pegawai China tempatan.

    iii)Kapal asing mempunyai hak berniaga di Sungai Yang-tze hingga Hankow kira-kira100 km.

    iv) Kerajaan China bersetuju untuk membuka pelabuhan tambahan untuk perdagangan

    asing iaitu Nanking, Hankow, Chingkiang dan Kiuching.v) Mubaligh Perancis bebas menjalankan kegiatan agama Kristian dan mempunyai hak

    perlindungan daripada pihak berkuasa negara China.vi)Orang asing yang melakukan jenayah di China akan diadili mengikut undang-undang

    Barat.

    vii)China dikehendaki membayar ganti rugi perang sebanyak empat juta tael kepadaInggeris dan dua juta tael kepada Perancis.

    vii)Tarif baru ke atas barangan import dan eksport ditetapkan sebanyak lima peratus ad

    valorem kecuali candu, teh dan sutera.18. Perjanjian Tientsin tidak dapat menyelesaikan ketegangan antara kuasa-kuasa Barat

    dengan China. Kerajaan Manchu enggan mengiktiraf perjanjian tersebut. Cara diplomatik

    tidak dapat berfungsi lagi bagi memulihkan hubungan antara China dengan kuasa-kuasa

    Barat.19. Pada bulan Jun 1860, Tentera Bersekutu telah menyerang Tientsin dan Peking. dan

    seterusnya merosakkan Istana Musim Panas Peking. Maharaja melarikan diri ke Jehol

    bersama permaisurinya Maharani Dowager.20. Baginda melantik adiknya Putera Kung sebagai penggantinya. Akhirnya Putera Kung

    bersetuju mengadakan perundingan damai dengan pihak Inggeris. Perang Inggeris-China

    Kedua tamat pada bulan Oktober 1860 setelah Konvensyen Peking ditandatangani.10

    10 Kesan Konvensyen Peking jelas membuktikan kelemahan kerajaan Manchu. Peluang ini digunakan oleh

    kuasa-kuasa Barat untuk terus menekan China. Melalui perjanjian yang dibuat dengan Rusia, China

    kehilangan Semenanjung Siberia kepada Rusia. Penyebaran agama Kristian juga terus berlaku secara bebas

    sehingga mencemari adapt resam dan kepercayaan masyarakat tempatan.

    9

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    10/32

    21.Kesan konvensyen ini menyebabkan China bersetuju mengiktiraf semua syarat-syaratPerjanjian Tientsin. ganti rugi perang ditambah kepada lapan juta tael kepada Inggeris

    dan Perancis.

    22. Mubaligh Perancis boleh membeli dan menyewa tanah serta membina bangunan diChina. Pelabuhan Tientsin dibuka kepada perdagangan asing. Buruh Cina boleh dibawa

    ke luar negara.23.Orang asing bebas ke kawasan pedalaman negara China dengan surat kebenaran yangditandatangani oleh konsol mereka dan pegawai China.

    24.Selain itu China telah membuka 11 buah pelabuhan untuk perniagaan dan penempatan

    wakil asing. Dengan itu dasar pemencilan negara China pun berakhir.

    MYANMAR

    Inggeris menguasai Myanmar setelah melalui tiga siri peperangan iatu Perang Inggeris-

    Myanmar I (1824-1826), Perang Inggeris-Myanmar II (1852-1853) dan Perang Inggeris-Myanmar III (1885-1886).11

    Perang Inggeris-Myanmar I (1824-1826)

    Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan

    Isu Pelarian Orang Arakan1.Raja Bodawpaya menjalankan usaha meluaskan kekuasaan Myanmar di kawasan

    sempadan Myanmar. Baginda menyerang dan menakluk Arakan yang bersempadan

    British-India. Arakan telah dikalahkan dan diletakkan di bawah penguasaan Myanmar.2. Bodawpaya telah bertindak kejam terhadap penduduk Arakan. Harta penduduk

    tempatan dirampas. Penduduk Arakan lari ke Chittagong. Bodawpaya juga memaksapenduduk Arakan memasuki tentera menentang Siam dan menjadi buruh membina

    pagoda. Mereka sekali beramai-ramai lari ke Chittagong. Dalam usaha menggempur

    pemberontak Arakan, tentera Myanmar memasuki sempadan British.3.Kehadiran pelarian Arakan ke wilayah Chittagong kurang disenangi oleh pentadbiran

    Inggeris kerana mencetuskan masalah sempadan antara Myanmar dan Inggeris di India.

    Raja Bodawpaya mendesak pihak Inggeris menyerahkan pemberontak Arakan yangmendapat perlindungan Inggeris di wilayah berkenaan. Pihak Inggeris enggan memenuhi

    tuntutan tersebut. Hal ini menyebabkan tentera Myanmar memasuki wilayah Inggeris

    bagi memburu dan menangkap pemberontak-pemberontak tersebut. Pihak Inggeris

    merasa tercabar dengan tindakan tersebut.

    Pemberontakan Chin Byan(1811)

    1.Hubungan British-Myanmar bertambah runcing apabila timbulnya pemberontakan ChinByan, ketua pemberontak Arakan. Myanmar menuduh British bersubahat dengan Chin

    11 Pemerintah Myanmar pada abad ke-19

    1. Raja Bodawpaya (1782-1819)2. Raja Bagyidaw (1819-1837)3. Raja Tharrawaddy (1837-1846)4. Raja Pagan Min (1846-1853)5. Raja Mindon Min (1853-1878)6. Raja Thibaw (1878-1885)

    10

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    11/32

    Byan. Chin Byan dikatakan telah mempunyai pangkalan tentera di kawasan Chittagongdari telah melancarkan beberapa serangan ke atas Myanmar.

    2.Tentera Myanmar cuba menangkapnya tetapi gagal. Untuk meyakinkan Myanmar,

    pihak Inggeris juga melncarkan gerakan menangkap Chin Byan tetapi tidak berjaya.Kegagalan tersebut menyebabkan Myanmar tidak puas hati dengan Inggeris dan

    menambahkan lagi ketegangan hubungan Myanmar dengan pihak Inggeris.

    Dasar campur tangan Myanmar di Manipur, Chachar, Assam dan Pulau Shahpuri.

    1.Raja Bodawpaya melibatkan diri dalam hal-ehwal Manipur, Chachar dan Assam.

    Baginda membantu Manjit Singh menjadi Raja di Manipur setelah berjaya merampas

    kuasa daripada abang-abangnya. Saudaranya yang kalah meminta bantuan British.2.Pada hari pertabalan Raja Bagyidaw, cucu Bodawpaya sebagai pemerintah keeanam

    Dinasti Konbaung, Raja Manipur tidak hadir dalam upacara tersebut. Alasan tersebut

    telah digunakan oleh panglima tentera Myanmar, Maha Bandula untuk menyerangManipur.

    3. Raja Manipur melarikan diri ke Chachar bersama sebahagian besar rakyatnya. Tentera

    Myanmar memburunya sehingga ke Chachar. Keadaan ini memaksa pemerintah Chacharlari ke Chittagong untuk mendapatkan bantuan Inggeris.

    4. Pihak Inggeris seterusnya mengisytiharkan kekuasaannya ke atas ketiga-tiga kawasan

    tersebut iaitu Manipur, Chachar dan Assam.

    5.Pulau Shahpuri ialah kepunyaan Inggeris. Sebuah kubu pertahanan telah didirikan dipulau tersebut. Pada tahun 1823, Myanmar telah menyerang pulau itu. Pihak Inggeris

    mendesak tentera Myanmar meninggalkan pulau itu

    6. Sungguhpun Inggeris berjaya menguasai semula Pulau Shahpuri, namun apabila MahaBandula cuba menyerang Chittagong menyebabkan Inggeris mengisytiharkan perang ke

    atas Myanmar pada bulan Mac 1824. Dengan itu bermulalah Perang Inggeris-Myanmar I.7. Raja Bagyidaw akhirnya menyerah kalah dan bersetuju menandatangani perjanjian

    dengan pihak Inggeris. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Yandabo yang dimeterai

    pada bulan Februari 1826.12

    8.Syarat-syarat perjanjian ini ialah:

    i)Myanmar dikehendaki menyerahkan wilayah Arakan, Assam dan Tenasserim kepada

    British.ii)Myanmar tidak boleh campur tangan dalam wilayah Assam, Jaintia, Chachar dan

    Manipur.

    iii)Myanmar tidak boleh melakukan serangan ke atas Siam.

    iv)Myanmar diwajibkan membayar ganti rugi peperangan kepada British sebanyak 10juta rupi.

    v)British akan menempatkan seorang Residen di ibu kota Myanmar.

    vi)Myanmar akan menempatkan seorang duta di Culcutta.vii)Satu perjanjian perdagangan yang berasingan akan dibuat antara Myanmar dengan

    British.

    9. Selepas perjanjian ini, British menguasai Hilir Burma.

    12 Kesan Perjanjian Yandabo

    a)Memalukan dan menjatuhkan maruah orang Myanmar

    b)British berjaya menguasai Myanmar Hilir

    c)Meletakkan asas campur tangan British ke seluruh Myanmar

    11

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    12/32

    Perang Inggeris-Myanmar II (1852-1853)

    Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan

    Kesan Perjanjian Yandabo1. Raja Bagyidaw berpendapat Perjanjian Yandabo berat sebelah dan menjatuhkanmaruah Myanmar. Myanmar telah kehilangan wilayah-wilayah penting seperti Arakan

    dan Tenasserim.

    2.Pengambilan kedua-dua wilayah itu dianggap sebagai satu rampasan terhadap hak

    rakyat Myanmar dan Myanmar masih menganggapnya sebagai tidak sah. Baginda tidakmenghormati wakil British yang dihantar ke Myanmar dan enggan menubuhkan pejabat

    perwakilan Myanmar ke Culcutta serta tidak menghantar wakilnya ke situ.Tindakan

    baginda telah merenggangkan lagi hubungan Inggeris-Myanmar.3. Pengambilan Arakan dan Tenasserim merugikan Myanmar. Hal ini kerana kawasan-

    kawasan tersebut kaya dengan pelbagai sumber seperti beras dan kayu jati.

    4. Pihak Inngeris pula tidak berpuas hati dengan Perjanjian Yandabo kerana Myanmarmengengkari perjanjian ini Menurut Perjanjian Yandabo, Myanmar dikehendaki

    membayar 1000 juta rupee kepada Inggeris tetapi Myanmar enggan menyerahkan ganti

    rugi itu kepada pihak Inggeris.

    Layanan buruk terhadap pegawai British

    1. John Crawford telah dihantar ke Myanmar (1826) untuk mengadakan rundingan

    tentang isu perdagangan. Hal ini termaktub dalam Perjanjian Yandabo yang menyatakankedua-dua pihak akan membincangkan isu perdagangan secara berasingan. Kedatangan

    Crawford bertujuan mendapatkan kebenaran Raja Bagyidaw untuk mengeksport berasdari Ranggon. Utusan Crawford tidak mendapat layanan yang sewajarnya kerana Raja

    Bagyidaw enggan memberi kebenaran mengeksport beras dan perak.

    2. Henry Burney dihantar ke Myanmar (1830) sebagai Residen Inggeris yang pertama.Beliau ditugaskan untuk berunding tentang ganti rugi perang, masalah sempadan dan hak

    perdagangan. Bagaimanapun tugasnya itu tidak kesampaian kerana Raja Bagyidaw

    menjadi tidak siuman.3.Pengganti Bagyidaw, Raja Tharawaddy juga memberi layan buruk kepada Burney.

    Atas sebab keselamatan, pihak Inggeris telah menindahkan pejabat Residennya dari

    Amarapura ke Rangoon.

    4.Pengganti Burney iaitu Richard Benson dan Wilham Mcleod juga tidak dilayan denganbaik. Akhirnya pentadbiran British terpaksa menutup pejabat Residennya di Myanmar

    pada tahun 1840.

    Layanan buruk terhadap saudagar Inggeris

    1. Raja Pagan Min bersikap anti-British. Baginda memberi kuasa kepada gabenor Pegu,

    Maung Ok berurusan dengan British. Maung Ok juga anti-British. Beliau menghalangperniagaan saudagar British di bandar-bandar Myanmar. British pula mahukan kebenaran

    berniaga di kawasan pedalaman.

    2.Maung Ok menuduh Kapten Shepperd dan Lewis melakukan penipuan dan terlibatdalam satu kes pembunuhan. Walaupun tiada bukti yang jelas, Mereka dipaksa

    12

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    13/32

    membayar ganti rugi sebanyak 1000 rupi. Pagan Min melucutkan jawatan Maung Oktetapi enggan berunding tentang ganti rugi.

    3.Komander Lambert menenggelamkan beberapa buah kapal di pelabuhan Myanmar.

    Pasukan tentera dihantar dan menuntut ganti rugi sebanyak 100 000 paun. Britishmengisytiharkan perang pada tahun 1852.

    4.Kesan Perang Inggeris-Myanmar II ini menyebabkan British berjaya menguasaiArakan, Tenasserim dan Hilir Myanmar. Raja Myanmar hanya berkuasa di bahagianHulu Myanmar sahaja(Myanmar Utara).

    5.British juga menguasai hutan kayu jati yang banyak hasilnya. British meneruskan usaha

    untuk menguasai seluruh Myanmar. Myanmar pula cuba mempertahankan maruah dan

    kedaulatannya.

    Perang Inggeris-Myanmar III (1885-1886)

    Faktor-faktor yang mencetuskan peperangan

    Isu kasut1.Walaupun Mindon Minh melaksanakan pelbagai pembaharuan, namun baginda masih

    berpegang kepada adat dan nilai-nilai tempatan. Antara tradisi yang masih dipegang kuat

    oleh Mindon Minh ialah adat menanggalkan kasut sebelum memasuki istana atau biara.

    2.Mindon Minh turut mengarahkan wakil-wakil Inggeris yang ingin mengadap bagindamenanggalkan kasut ketika memasuki istana. Peraturan tersebut dianggap menjatuhkan

    maruah bagi pihak Inggeris.

    3.Pentadbiran Inggeris di India mengarahkan supaya pegawai-pegawai Inggeris tidakmematuhi peraturan berkenaan. Perkara tersebut membangkitkan kemarahan Raja

    Mindon Minh dan baginda bertindak mengusir wakil Inggeris itu dan memutuskanhubungan diplomatik dengan Inggeris. Peristiwa ini menjejaskan hubungan antara kedua-

    dua pihak.

    Keengganan Inggeris memulangkan wilayah Myanmar

    1.Raja Mindon Minh kuat berpegang kepada agama. Baginda juga sukakan kedamaian

    dan bencikan peperangan. Oleh itu cuba berdiplomasi dalam hubungannya denga kuasa-kuasa Barat.

    2. Pada peringkat awal, baginda berbaik-baik dengan pihak Inggeris dengan harapan agar

    pihak Inggeris memulangkan semula wilayah-wilayah Myanmar khususnya wilayah Pegu

    kepada Myanmar.3.Kedegilan pihak Inggeris untuk berunding tentang isu tersebut menyebabkan Raja

    Mindon bersikap dingin terhadap Inggeris. Baginda mula mengubah dasar luarnya

    dengan menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa Barat lain seperti Perancis, Itali danAmerika Syarikat.

    4.Oleh kerana tidak puas hati apabila pihak British tidak mengendahkan tuntutannya,

    baginda menghantar wakilnya ke London (Kuliwun Mungyi) untuk berbincang denganQueen. Bagaimanapun wakilnya itu hanya dibawa berjumpa Setiausaha Luar Negeri

    British. British juga tidak senang dengan sikap Raja Mindon yang membuat hubungan

    dengan Perancis.

    13

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    14/32

    5. Lanjutan daripada itu, Raja Mindon telah menghantar utusan ke Paris untukmenandatangani perjanjian sulit bagi mendapatkan senjata. Inggeris cukup marah dengan

    tindakan baginda itu kerana jika Perancis membantu Myanmar, cita-cita Inggeris untuk

    menguasai politik dan ekonomi Myanmar akan terjejas.Perjanjian 1862, Myanmar berjanji menghapuskan cukai ke atas barangan yang dibawa

    ke Hilir Myanmar dan Irriwady. Myanmar juga memberi kebebasan kepada saudagarBritish menjalankan perniagaan sepanjang Sungai Irriwady. Myanmar juga bersetujumenempatkan seorang ejen British ditempatkan di Mandalay. British juga menuntut

    bahawa dalam Perjanjian 1867, Raja Myanmar hanya boleh memonopoli batu permata,

    kayu jati dan minyak. Bagaimanapun Raja Myanmar turut memonopoli perniagaan gula,

    gading dan gandum.

    Kekacauan politik dalaman Myanmar.

    1.Raja Thibaw telah membunuh lebih 80 ahli keluarganya untuk mengelakkan cubaanrampasan kuasa. Keadaan yang tidak aman ini menyebabkan British menjadikannya

    sebagai alasan untuk menguasai Myanmar.

    2.Kekacauan politik juga berlaku dan memburukkan lagi keadaaan di Myanmar.Misalnya terdapat cubaan untuk merampas takhta kerajaan oleh Putera Byingun.

    3.Golongan saudagar di Rangoon bimbang dengan keadaan tersebut dan mendesak pihak

    Inggeris campur tangan dan menawan Myanmar Hulu. Pihak Inggeris juga mengambil

    keputusan menutup pejabat Residen di Mandalay pada tahun 1879.

    Hubungan Myanmar dengan Perancis

    Raja Thibaw turut membuat hubungan dengan Perancis. Baginda menghantar wakilnyake Paris untuk menguruskan perjanjian perdagangan dengan Perancis.

    2. Melalui perjanjian tersebut, Konsul Perancis dilantik di Mandalay. Syarikat Perancisdibenarkan membuka bank dan membina landasan kereta api di Mandalay. Perancis juga

    dibenarkan membina konsulnya di Mandalay.

    3. Apa yang mengejutkan pihak Inggeris ialah pemerintah Myanmar telah memberikebenaran kepada Perancis untuk mengendalikan beberapa perkhidmatan di Myanmar

    seperti perkhidmatan pos, mengendalikan kapal-kapal wap dan mengambil alih monopoli

    diraja.4.Sesungguhnya hubungan baik Raja Thibaw dengan Perancis telah merenggangkan lagi

    hubungan Inggeris dan Myanmar.

    Isu Syarikat Perdagangan Bombay-Burma1.. Syarikat Perdagangan Bombay-Burma dimiliki oleh Inggeris. Syarikat ini diberi

    konsesi menjalankan operasi pembalakan dan perdagangan kayu jati di Myanmar.

    2. Raja Thibaw mendakwa syarikat ini mengambil kayu jati melebihi peruntukan yangdiberikan dan menjalankan operasi di luar kawasan yang ditetapkan.Syarikat ini juga

    didakwa memberi rasuah kepada pegawai Myanmar dan tidak membayar gaji kepada

    pekerja Myanmar.3.Syarikat ini dibicarakan oleh Hlutdaw dan didapati bersalah. Syarikat ini dikenakan

    membayar denda sebanyak 23 juta rupee kepada Raja Thibaw dan merampas hak

    pembalakan.13

    13 Ratu Suyalat

    14

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    15/32

    4.Syarikat tersebut membantah keputusan tersebut dan mendesak supaya Raja Thibawmengadakan rundingan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Permintaan itu tidak

    dilayan oleh Raja Thibaw.

    5.Pada Oktober 1885, pihak Inggeris memberi arahan kepada Raja Thibaw iaituRaja Myanmar perlu mencari orang tengah untuk menyelesaikan masalah Syarikat

    Perdagangan Bombay-Burma dan dasar luar Myanmar akan ditentukan oleh British padamasa akan datang.6. Raja Thibaw diberi tempoh lebih kurang sebulan untuk menjawab arahan atau

    permintaan tersebut. Sementara itu pihak British menghantar kira-kira 10 000 tentera dan

    memberi amaran kepada Raja Thibaw sekiranya jawapan yang diberikan kepada baginda

    tidak memuaskan.7.Raja Thibaw mengemukakan jawapan seperti berikut:

    i) Baginda bersetuju membatalkan denda yang dikenakan kepada Syarikat Perdagangan

    Bombay-Burma sekiranya ada rayuan.ii) Myanmar juga bersetuju menerima wakil British dan ditempatkan di ibu kota

    Myanmar tetapi dasar luar Myanmar dikendalikan oleh Myanmar..

    iii) Myanmar mahu meneruskan hubungan dengan Perancis dan kuasa-kuasa Barat lain.iv)Semua kuasa Barat akan diberikan hak perdagangan yang sama.

    8.British tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut dan pada November 1885 British

    menyerang Myanmar. Setelah bertempur selama dua minggu, tentera British berjaya

    menguasai Myanmar Hulu.14

    9.Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan mangkat di sana pada tahun

    1905. Dengan itu berakhirlah pemerintahan Dinasti Konbaung yang memerintah selama

    130 tahun.10. Myanmar menjadi tanah jajahan British sehingga diberi kemerdekaan pada tahun

    1948..

    VIETNAM STPM 2003 K2/S9

    1.Perancis menjadikan isu agama sebagai alasan untuk menguasai Vietnam. Maharaja

    Gia Long telah menjalin hubungan yang baik dengan Perancis. Baginda telah menerima

    kemasukan agama Kristian di Vietnam. Dikatakan pada tahun 1800, lebih 300 000penduduk Vietnam menganut agama Kristian.

    2.Kemangkatan Maharaja Gia Long pada tahun 1820 menjejaskan hubungan Perancis-

    Vietnam. Penggantinya, Minh Mang bersikap anti-Barat. Baginda juga berpegang teguh

    kepada fahaman Confucius dan menentang agama Kristian. Dasarnya bercanggah dengandasar ayahanda, Maharaja Gia Long.

    Raja Thibaw sering dipengaruhi oleh permaisurinya Ratu Supayalat dalam setiap tindakan baginda. Ratu

    tersebut telah mengarahkan baginda menyingkirkan ramai menterinya, memenjara dan membunuh kerabat

    diraja yang boleh mendatangkan masalah kepada baginda. Ratu ini mempengaruhi Thibaw supaya melantik

    saudara maranya serta tokoh-tokoh yang disukainya memegang jawatan-jawatan penting dengan

    membelakangkan kerabat diraja Myanmar.14 Kesan Perjanjian Inggeris-Myanmar III

    a) Seluruh Myanmar jatuh ke tangan Britishb) Myanmar dijadikan wilayah Indiac) Berakhirnya pemerintahan Dinasti Konbaung yang diasaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1752

    15

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    16/32

    3.Baginda berpendapat kehadiran orang Barat dan agama Kristian menyebabkanberlakunya perpecahan di kalangan masyarakat Vietnam. Penganut agama Kristian mula

    mengasingkan diri dan meninggalkan adat dan tradisi orang Vietnam.

    4.Baginda mula mengambil tindakan tegas terhadap penganut agama Kristian danmubaligh-mubaligh Kristian. Baginda menangkap pendakwah Kristian dan menggubal

    undang-undang yang melarang kemasukan mubaligh Kristian ke Vietnam. Sesiapa yangmenganut agama Kristian akan dihukum bunuh. Angkatan tentera Perancis pernahcampur tangan dalam isu agama ini apabila berjaya membebaskan lima pendakwah

    Kristian yang ditahan dipenjara sementara menunggu hukuman bunuh ke atas mereka.

    5. Selain itu, baginda juga mengambil tindakan memusnahkan gereja, melucutkan

    pegawai Perancis dan mengetatkan hubungan luar dengan orang-orang Barat selarasdengan pengamalan dasar tutup pintu.

    6.Dasar anti-Kristian diteruskan oleh pengganti Minh Mang iaitu Maharaja Thien Tri dan

    Maharaja Tu Duc. Pada masa pemerintahan Tu Duc, gerakan anti-Kristian semakin kuat.Baginda meluluskan undang-undang yang mencatatkan bahawa sesiapa yang menganut

    agama Kristian akan dibuang negeri dan sesiapa yang melindungi paderi akan dihukum

    bunuh. Paderi Perancis pula akan dihukum buang ke dalam sungai atau laut.7. Selain itu petempatan orang Kristian turut dibakar.Tanah mereka dirampas dan

    dibahagikan kepada mereka yang bukan beragama Kristian.

    8. Hubungan antara kedua-dua pihak semakin tegang apabila dua paderi Perancis telah

    dibunuh iaitu Augustine Schoeffer dan Jean Louis Bonnard. Perancis membantah danmelancarkan serangan ke atas Vietnam. Perancis menguasai Saigon dan akhirnya pada

    tahun 1862, Maharaja Tu Duc mengaku kalah.

    9.Satu perjanjian telah ditandatangani antara Perancis dan Vietnam. Syarat-syaratperjanjian tersebut ialah

    i) Orang Vietnam dibenarkan bebas beragama. Penganut Kristian bebas mengamalkanagama dan mubaligh Kristian bebas menyebarkan agama Kristian di seluruh Vietnam.

    ii)Perancis dibenarkan berdagang dan tinggal di tiga pelabuhan(Da Nang, Dalat dan

    Quang Yen)iii)Kapal-kapal Perancis boleh menggunakan Sungai Mekong untuk ke Kemboja.

    Kerajaan Vietnam dikehendaki membayar ganti rugi perang berjumlah empat juta piatres

    dalam tempoh 10 tahun. Sebahagiannya dibayar kepada pihak Sepanyol.iv)Kerajaan Vietnam tidak dibenarkan menyerahkan sebarang wilayahnya kepada mana-

    mana kuasa lain kecuali mendapat kebenaran Perancis.

    v) Perancis tidak wajib membantu Vietnam sekiranya berlaku peperangan.

    vi) Tiga wilayah diserahkan kepada Perancis(My Tha, Pulau Condore dan Hoa Gra Dinh)10.Maharaja Tu Duc masih berdendam dengan Perancis. Baginda terus melakukan

    penindasan ke atas penganut Kristian. Alasan ini digunakan oleh Perancis untuk

    menakluk Tongking.11. Selepas kemangkatan Maharaja Tu Duc, tentera Vietnam semakin lemah.

    Pemerintahan Vietnam diambil alih oleh Maharaja Hiep Hoe dan baginda bersetuju untuk

    menandatangani perjanjian dengan Perancis pada tahun 1883.12. Antara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah

    i) Vietnam diiktiraf sebagai negeri lindungan Perancis. Segala hal ehwal Vietnam

    dikuasai Perancis.

    16

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    17/32

    ii)Vietnam bersetuju menarik balik tenteranya di wilayah Tongking dan ini bermaknaseluruh Vietnam berada di bawah kuasa Perancis.15

    INDONESIA

    1.Perang Napoleon yang berlangsung di Eropah pada tahun 1793 di Eropah memaksaBelanda menyerahkan empayar mereka di Hindia Timur kepada British. MelaluiPerjanjian Surat-Surat Kew yang ditandatangani anatara kedua-dua pihak, British

    dikehendaki memerintah buat sementara waktu dan menyerahkan kembali wilayah-

    wilayah berkenaan apabila Perang Napoleon tamat.

    2. Sebaik sahaja Perang Napoleon tamat pada tahun 1816, Belanda kembali ke HindiaTimur dan bermulalah campur tangan di Indonesia.

    3.Perluasan kuasa Belanda bermula pada abad ke-19 di Sumatera. Belanda ingin

    menguasai hasil bijih timah dan lada. Kerajaan Palembang di bawah Sultan Badaruddinmelancarkan serangan ke atas 87 orang Belanda dan 27 orang daripadanya terbunuh dan

    markas mereka dirobohkan.

    2.Palembang juga menghadapi saingan dengan British. British menyerang Palembangpada tahun 1812. British melantik adik Sultan Badaruddin sebagai sultan. Sultan

    Badaruddin menyerah diri dan ditabalkan semula sebagai sultan.

    3.Bagaimanapun selepas itu Sultan Najmuddin diiktiraf sebagai Sultan Persaingan terus

    berlaku antara kedua-dua saudara itu dan akhirnya angkatan Belanda datang kePalembang 1818 menahan Sultan Najmuddin dan dibuang negeri ke Betawi.

    4. Perluasan kuasa Belanda di Sumatera dilakukan berperingkat-peringkat kerana mereka

    mengamalkan dasar yang lebih berhati-hati yang berpandukan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

    5.Untuk melindungi kepentingan dan kedudukan mereka, Belanda terpaksa mematahkankegiatan lanun pemerintah-pemerintah yang masih mempunyai hubungan dengan pihak

    British.

    6.Sultan Siak misalnya telah meminta bantuan seorang pedagang British yang bernamaWilson apabila diancam oleh musuhnya. Wilson berjaya menumpaskan musuh Sultan

    Siak itu. Namun Wilson kemudiannya merampas Siak untuk dirinya.

    7. Tindakan Wilson membimbangkan pihak Belanda. Belanda mengusir Wilson.Akhirnya Belanda menandatangani satu perjanjian dengan Sultan Siak yang

    menghendaki Sultak Siak meletakkan Siak dan tanah jajahannya di bawah pengaruh

    Belanda.

    8. Perjanjian Sumatera 1871 ditandatangani antara British dan Belanda yang memberikebebasan kepada Belanda untuk mengukuhkan kedudukannya di seluruh Sumatera.

    9.Kedudukan Belanda di Indonesia semakin kukh selepas kemenangannya dalam Perang

    Jawa (1825-1830). Belanda ketika itu menghadapi krisis kewangan yang serius. Hal ini

    15Peperangan di Filipina.

    -Sepanyol menguasai Filipina sejak abad ke-16 lagi. Penguasaan Filipina berterusan sehingga tahun 1898.apabila

    dikalahkan oleh USA. USA menguasai Filipina melalui peperangan. Peperangan yang berlaku adalah antara tenteraSepanyol dan USA. Peperangan ini dikaitkan dengan letupan kapal USA yang bernama Maine, yang disyaki dilakukanoleh pihak Sepanyol. Angkatan USA menyerang Sepanyol di Filipina Oleh kerana tentangan yang hebat daripadaSepanyol, USA dikatakan meminta bantuan pemimpin tempatan iaitu Aguinaldo. Akhirnya Sepanyol mengaku kalah

    pada tahun 1898.

    17

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    18/32

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    19/32

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    20/32

    1. Wilayah Brunei iaitu Sarawak diduduki oleh James Brooke, rakyat British. Brooke

    mendapat Sarawak setelah terlibat dalam membantu Pangeran Muda Hashim dalam

    mengatasi kekacauan yang disebabkan oleh penentangan penduduk tempatan terhadappemerintahan Pangeran Indera Mahkota.

    2.Pangeran Muda Hashim menyerahkan Sarawak kepada James Brooke melaluiperjanjian pada tahun 1841. James Brooke kemudiannya mengembangkan pengaruh danmenguasai daerah Brunei di Sarawak.

    3.Kegiatan James Brooke telah mengancam kedudukan dan keselamatan Brunei. Justeru

    Brunei menandatangani perjanjian dengan British 1847 untuk mendapat perlindungan.

    Pada tahun 1888 sekali lagi Brunei menandatangani perjanjian dengan British.4.Syarat-syarat perjanjian:

    i)Brunei akan terus diperintah oleh sultan dan penggantinya sebagai negeri yang

    merdeka, di bawah perlindungan Great Britain.ii).Sekiranya ada sebarang persoalan tentang hak mewarisi takhta Brunei, persoalan itu

    hendaklah diputuskan oleh baginda Queen.

    iii) Hubungan Brunei dengan semua negeri asing akan diputuskan oleh kerajaan BagindaQueen.

    iv)Kerajaan baginda Queen berhak menempatkan pegawai-pegawai Konsul British di

    sebarang tempat di Brunei.

    v)Penyerahan sebarang bahagian wilayah Brunei mestilah dipersetujui oleh kerajaanQueen.

    vi)Pengadilan awam dan jenayah terhadap rakyat British atau harta benda mereka dalam

    Brunei adalah terserah kepada Baginda Queen.

    C Campur Tangan Melalui Pengilhakan

    1.Walaupun cara pengilhakan bukan melalui proses peperangan tetapi kuasa-kuasa Baratturut menggunakan kekerasan iaitu memeras ugut pemerintah tempatan bagi meluaskan

    pengaruh mereka. Adakalanya cara ini juga melibatkan peperangan.

    2. Cara ini digunakan di India, Kampuchea dan Vietnam.

    INDIA STPM 2003 K2/S9

    1. Proses pengilhakan di India dilakukan oleh British pada abad ke-19 melalui tiga zaman

    iaitu zaman Lord William Bentick(1825-1835), zaman Lord Ellenborough(1836-1846)dan zaman Lord Dalhousie(1846-1856).

    2.Bentick yang menjadi Gabenor India telah mengilhakan beberapa wilayah seperti

    Cachar, Coorg dan Mysore. Raja Chachar mangkat tanpa waris. Atas permintaanpenduduk tempatan Bentik mengilhakan kawasan tersebut.

    3. Di Coorg dan Mysore, beliau telah menggunakan alasan penyalahtadbiran pembesar

    tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil. Penduduk tempatan jugadikatakan menyokong beliau.

    4.Lord Ellenborough ingin merampas Sind. Beliau membuat beberapa tuduhan terhadap

    amir-amir di Sind. Amir-amir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih besar wilayah-

    20

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    21/32

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    22/32

    6. Satu perjanjian telah ditandatangani oleh Raja Norodom dengan Perancis pada tahun1863 selepas dipaksa oleh pihak Perancis. Perjanjian ini ialah untuk menghentikan

    penghantaran ufti ke Vietnam dan Siam.

    Rumusan

    Kuasa Barat meminati benua Asia atas faktor ekonomi walaupun terdapat sebab-sebabpolitik dan agama. Demi mencapai matlamat ekonomi, kuasa-kuasa Barat sanggup

    melakukan apa saja yang termampu termasuk kehilangan nyawa. Tiga cara mereka

    lakukan untuk menguasai negara-negara berdaulat di Asia iaitu cara peperangan,

    perjanjian dan pengilhakan. Di negara Thai, walaupun British campur tangan melaluiPerjanjian Bowring tetapi tidak diakhiri dengan penjajahan kerana kebijaksanaan

    pemerintah Thai yang rela menerima Barat sebelum Barat menggunakan kekerasan.

    Jepun juga bernasib baik kerana tidak banyak karenah kepada Barat.

    Biarpun begitu, campur tangan Barat telah memulakan gerakan untuk membebaskan

    tanah air khususnya untuk memerdekakan negara masing-masing ataupun pemodenanseperti yang berlaku di Thailand dan Jepun.

    Soalan latihan

    1.Sejauh manakah masalah candu menjadi faktor utama yang mencetuskan Perang Candu1839-1842?. Bincangkan.

    2. Sejauh manakah faktor ekonomi menjadi dorongan utama penglibatan British di China

    dan Myanmar? Bincangkan.3.Bincangkan cara perjanjian yang digunakan untuk menguasai China dan Jepun oleh

    kuasa-kuasa Barat.4.Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa Barat campur tangan di

    Indonesia dan Vietnam.

    5. Bincangkan penglibatan pihak Inggeris di India pada abad ke-19.6.Bandingkan kejayaan campur tangan Inggeris di China dan Myanmar sehingga

    penghujung abad ke-19.

    22

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    23/32

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    24/32

    Bab 6 : Migrasi dan Proses Pembentukan Masyarakat.

    .

    6.1 Pengenalan.

    1.Kedatangan serta penguasaan penjajah Barat di negara-negara di Asia Tenggara telahmemberikan impak yang cukup mendalam, ketara dan berpanjangan. Dasar-dasar yang

    dilaksanakan oleh kuasa-kuasa Barat telah menyediakan satu ruang yang cukup sesuai

    untuk menarik minat masyarakat luar rantau ini berhijrah ke Asia Tenggara.2.Kedatangan orang Cina dan India bukan sebagai pedagang atau mubaligh seperti

    sebelum ini sebaliknya sebagai imigran ekonomi. Satu sistem membawa masuk imigran

    ke Asia Tenggara telah diwujudkan dan telah dikendalikan oleh ejen-ejen Barat.

    3.Golongan imigran inilah kemudiannya dipertanggungjawabkan oleh penjajah untukmenjalankan sektor ekonomi di sesebuah negara. Untuk menghalalkan kemasukan

    mereka, penjajah melahirkan idea bahawa masyarakat tempatan tidak mahu bekerja

    dalam sektor ekonomi yang telah diwujudkan seperti sektor perlombongan danperladangan.

    4.Mereka juga mendakwa masyarakat tempatan sangat sukar untuk dikawal atau engganmematuhi arahan yang diberikan. Kemasukan imigran telah membantu menjayakan motif

    penguasaan ekonomi kuasa penjajah.

    5.Migrasi sering dirujuk sebagai faktor penting yang membawa kepada perubahankependudukan di satu-satu negara. Migrasi boleh didefinisikan sebagai suatu bentuk

    mobiliti ruang yang berlaku antara satu unit atau kawasan yang membabitkan perubahan

    tempat tinggal ke tempat yang baru.6.Migrasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu migrasi tetap dan migrasi sementara.

    Migrasi di Asia Tenggara telah menyebabkan struktur masyarakat sesebuah negara

    berubah. Masyarakat di Asia Tenggara tidak lagi hanya mempunyai satu bangsa sahaja..

    7.Kesan lain ialah wujudnya perbezaan agama, budaya dan cara hidup dalam masyarakattersebut. Seringkali juga migrasi telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan

    penduduk tempatan.

    8.Dari abad ke-19 hingga Perang Dunia Kedua, kebanyakan imigran yang memasukiAsia Tenggara adalah bersifat persinggahan sementara untuk memperoleh rezeki yang

    baik.

    9.Di samping itu wujud juga kemasukan imigran dari sebuah negara ke negara lain yangmerupakan rancangan untuk memindahkan sebahagian daripada penduduk di kawasan

    yang padat. Dasar ini dilakukan oleh Belanda dilakukan di Pulau Jawa oleh Belanda

    manakala British juga melaksanakannya di Myanmar dengan membawa masuk imigranIndia.

    24

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    25/32

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    26/32

    7.Masalah timbul apabila orang India menceburkan diri dalam bidang pertanian yangsebelum ini dikuasai oleh orang Myanmar. Keadaan semakin meruncing apabila orang

    Myanmar melibatkan diri dalam perindustrian dan perkhidmatan awam yang akhirnya

    membawa kepada ketegangan antara kaum pada tahun 1920-an.8. Penduduk tempatan dikatakan tidak mampu menyaingi orang India dan keadaan ini

    disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:i) Orang India biasa hidup susah dan taraf hidup yang rendah menyebabkan merekasanggup menerima gaji yang rendah. Jadi pengusaha memilih buruh dari India.

    ii) Kebanyakan pengusaha terdiri daripada orang India termasuk golongan chettiar.

    Mereka bersedia memberi pinjaman wang kepada para petani dan menjadikan tanah

    sebagai cagaran.9. Pada tahun 1930-an, golongan chettiar telah memberikan dua pertiga pinjaman kepada

    para petani di Hilir Myanmar. Pergaduhan sengit berlaku di Rangoon hingga membawa

    jumlah kematian yang besar kepada kedua-dua kaum.23

    10. Proses kemasukan orang India ke Myanmar berkurangan pada tahun 1930-an apabila

    golongan nasionalis Myanmar menuntut peranan dan hak ekonomi serta politik penduduk

    tempatan.11.Sehingga serangan Jepun ke Myanmar, ramai orang India melarikan diri dari

    Myanmar dan balik ke India. Sebilangan kecil sahaja yang masih kekal.

    12.Orang Cina juga datang ke Myanmar. Meskipun jumlahnya kecil iaitu di sekitar 200

    000 orang yang berada di Myanmar pada tahun 1931. Kedatangan orang Cina berlaku dibahagian utara iaitu kawasan yang bersempadan dengan China.

    13.Orang Cina terbabit dalam aktiviti perdagangan, perindustrian serta perlombongan.

    Aktiviti perlombongan merupakan aktiviti utama. Berbanding dengan orang India, orangCina tidak dimusuhi orang Myanmar kerana orang Cina menganut agama Buddha

    sebagaimana kebanyakan orang Myanmar.

    Pembentukan Masyarakat Negara Thai

    1.Sejak abad ke-13, Negara Thai sudah mempunyai hubungan diplomatik dengan China.

    Utusan diplomatik dan ufti dari Negara Thai dihantar ke China untuk mendapatkanbantuan daripada negara tersebut bagi mengembangkan industri tembikar. Hubungan

    tersebut berlaku dari zaman berzaman.

    2.Beberapa faktor menyebabkan orang Cina berhijrah ke Thailand.. Tarikan utama ialah

    terdapatnya permintaan tenaga buruh yang besar dan pembabitan mereka dalam aktivitiperdagangan. Perdagangan import-eksport telah menempatkan orang Cina dalam

    kedudukan sosial yang lebih baik daripada penduduk tempatan.

    3. Di Negara Thai peluang terbuka luas terutama dalam sektor perlombongan danpertanian. Aktiviti pertanian seperti penanaman tebu dan padi, perusahaan beras, dan

    perlombongan bijih timah adalah antara aktiviti ekonomi yang didominasi oleh orang

    Cina.

    23 Pergaduhan

    Kemuncak kegelisahan orang Myanmar terhadap ceti-ceti India ini ialah tercetusnya Pemberontakan Saya

    San (1930-1931) yang bertujuan mendapatkan semula tanah-tanah mereka daripada golongan ceti.

    26

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    27/32

    4.Selain itu Negara Thai juga dikatakan memberi upah yang paling tinggi berbandingdengan negara lain. Dasar kerajaan Dinasti Chakri sendiri yang menggalakkan orang

    Cina menetap di Negara Thai dan wujudnya hubungan perdagangan yang erat antara

    Bangkok dan Canton telah membantu kepesatan kemasukan orang Cina.5.Faktor fizikal seperti halangan perjalanan yang jauh, kehidupan yang belum menentu

    menjadi faktor penting kaum wanita tidak dibawa bersama dalam perjalanan ke luarnegeri. Hal ini berlaku kerana orang Cina hanya mahu mencari keuntungan danpenghijrahan mereka adalah berbentuk sementara.

    6.Kekurangan kaum wanita Cina di Negara Thai menyebabkan kaum lelaki Cina

    memilih wanita tempatan sebagai isteri mereka dan lahirlah golongan lukchin yang

    berjumlah kira-kira 80 000 orang pada tahun 1820-an.7.Sejajar dengan pembabitan orang Cina dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan,

    tumpuan kependudukan mereka ialah di kawasan bandar. Bangkok menjadi tumpuan

    mereka di samping bandar-bandar lain seperti Sukhotai dan Korat.8.Orang Cina juga bertumpu di kawasan utara iaitu Chiengmai, seiring dengan

    perkembangan sistem pengangkutan terutama jalan raya dan jalan kereta api yang

    menghubungkan bandar ini dengan bahagian selatan Thailand.9.Terdapat empat suku kaum Cina utama yang berhijrah ke Thailand iaitu Hokkien,

    Hakka, Teochew dan Kantonis. Pada mulanya orang Hokkien dan Kantonis lebih

    dominan di Thailand tetapi selepas pertengahan abad ke-18 hingga 1930-an orang

    Teochew lebih dominan dan mereka terlibat secara serius dalam aktiviti perniagaan danperdagangan beras. Mereka menjadi pengimport dan pengeksport beras dan pengilang

    padi. Golongan ini mempunyai hubungan istimewa dengan keluarga diraja Thai terutama

    mempunyai hubungan baik dengan Phya Taksin, malah beliau telah memusatkan orangTeochew dari Thonburi ke Bangkok.

    10.Orang Hokkien terbabit dalam perlombongan bijih timah manakala kelompokKantonis terlibat dalam sektor profesional termasuklah pengurusan dan kejuruteraan.

    Berdasarkan sumbangan ini, orang Cina dikatakan menjadi penggerak ekonomi Thai..

    11.Orang Cina menerima banyak keistimewaan di Negara Thai. Sehingga awal abad ke-20, mereka dibenarkan bergerak bebas tanpa sebarang sekatan imigresen.Mereka

    dikecualikan daripada kerahan buruh dan cukai kepala. Mereka juga dibenarkan

    membuka tanah dan memiliki kawasan perlombongan, malah mereka sebenarnyamemonopoli perdagangan diraja..

    12.Seiring dengan kedatangan orang Barat pada pertengahan abad ke-19, orang Cina

    memperoleh pula monopoli judi, arak, penjualan candu dan loteri. Kebebasan yang

    dimiliki oleh orang Cina bukan sahaja kesan daripada dasar perlindungan diraja yangdiberikan oleh Mongkut dan Chulalongkorn, tetapi juga kerana persepsi masyarakat Thai

    terhadap orang Cina tidaklah seperti persepsi mereka terhadap orang Eropah.

    13.Hal ini berlaku kerana orang Cina mudah menyesuaikan diri dengan keadaantempatan. Mereka juga merupakan penganut agama yang sama iaitu agama Buddha,

    meskipun mazhab yang berbeza. Terdapat juga di kalangan kerabat diraja yang

    berkahwin dengan orang Cina seperti Raja Vajiravuth yang berdarah Cina dari sebalahibunya.

    14.Masyarakat Cina menjalankan kehidupan meraka secara terpisah daripada masyarakat

    tempatan. Mereka telah memperkenalkan sistem pendidikan mereka tersendiri. Sistem

    27

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    28/32

    pendidikan adalah seperti yang diamalkan di Negara China yang menjadikan bahasa Cinasebagai bahasa pengantar.

    15. Sekolah-sekolah ini didirikan hasil daripada derma saudagar-saudagar Cina yang

    kaya. Pada tahun 1937-1939, terdapat 197 sekolah rendah Cina dan 20 sekolah menengahCina. Bagaimanapun selepas itu perkembangan sekolah Cina mula merosot kerana

    masyarakat tempatan kurang senang dengan perkembangan pesat sistem pendidikan Cina.16.Pada tahun 1940, terdapat hanya enam buah sekolah rendah Cina dan dua buahsekolah menengah Cina. Selepas Perang Dunia Kedua, semua sekolah Cina ditamatkan

    operasinya dan diganti dengan sekolah kerajaan.

    17.Sikap dan persepsi orang tempatan terhadap orang Cina mula berubah pada abad ke-

    20. Mereka melihat penguasaan ekonomi orang Cina telah menyebabkan penduduktempatan kekurangan peluang untuk mengumpul kekayaan di negara mereka sendiri.24Keadaan ini timbul pada masa pemerintahan Raja Vajiravuth. Isu penguasaan orang

    Cina dikaitkan sebagai salah satu faktor yang menyemarakkan semangat nasionalismeThai. 18.Akta Kewarganegaraan diwujudkan dan dipraktikkan pada tahun 1913. Begitu

    juga dengan kawalan terhadap kemasukan orang Cina juga telah dilakukan pada tahun

    1926-1927 dan diperketatkan pada tahun 1930. Phibun Songram berusaha menjalankandasar anti-Cina dan cuba mengsiamkan orang Cina di Negara Thai.

    19.Beberapa peraturan dikenakan seperti pendaftaran perusahaan Cina, buku akaun

    dalam bahasa Thai, penetapan syarat hak milik dan nisbah pekerja. Orang Cina juga

    didesak menggunakan nama Thai dan bertutur dalam bahasa Thai. Dasar Siamization iniberjaya melahirkan rakyat Thai yang kekal hingga hari ini.

    Pembentukan Masyarakat Indonesia1. Jumlah penduduk Cina meningkat dengan ketara pada pertengahan abad ke-19 dan

    mencecah angka 1.25 juta pada tahun 1930. Secara purata, penghijrahan orang Cina keIndonesia ialah 40 000 setahun dari tahun 1920 hingga 1930.Perubahan secara mendadak

    ini berlaku kerana dasar Belanda yang memerlukan tenaga buruh bekerja dalam sektor

    perladangan dan perlombongan.2.Penghijrahan mereka ke Indonesia disebabkan kekacauan politik yang berlaku di

    Negara China seperti penghapusan golongan taat setia kepada kerajaan Ming oleh

    Kerajaan Manchu.3.Untuk menjaga kebajikan orang Cina khususnya di kawasan ladang, diwujudkan

    jawatan Inspektor Buruh bagi mengelakkan penganiayaan ke atas buruh ladang.

    Penghijrahan ramai orang Cina ke Indonesia membimbangkan penduduk Indonesia.

    4.Pada tahun 1932, terdapat usul yang dibawa ke Volksraad untuk menaikkan yurankemasukan orang Cina ke Indonesia dari 50-100 florin kepada 250 florin. Usul ini

    ditentang oleh orang Cina dan mengancam akan memboikot eksport gula Jawa ke China.

    Usul ini terpaksa ditolak.5.Golongan China di Indonesia dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan Singkeh

    (tetamu baru) yang disebut Cina Totokoleh penduduk tempatan.Golongan ini tinggal di

    kawasn luar bandar. Golongan kedua dikenali sebagai Cina Peranakan. Merekamerupakan penduduk Cina awal yang datang ke Indonesia dan telah terdedah kepada

    24 Pada tahun 1941, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada penduduk Negara Thai adalah terdiri daripada

    kaum Cina.70 peratus daripada orang Cina terlibat dalam bidang perniagaan dan perdagangan. Mereka juga

    menguasai 80 peratus dalam perusahaan beras negara.

    28

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    29/32

    persekitaran tempatan. Golongan ini tinggal di kawasan bandar.Mereka juga terlibatdalam kahwin campur dengan penduduk tempatan.

    6.Imigran Cina di Indonesia terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Selain sektor buruh,

    orang Cina mendapat hak melibatkan diri dalam penjualan candu, perjudian, feri, pajakgadai, rumah penyembelihan dan memungut sarang burung

    7.Mereka juga bebas bergerak ke kawasan pedalaman dan menetap di hampir semuabandar utama di Indonesia.25

    8.Pihak Belanda cuba menghapuskan monopoli orang Cina dalam bidang perniagaan. Hal

    ini berlaku kerana kritikan daripada penduduk tempatan. Kerajaan Belanda mulamengambil alih peranan orang Cina dalam bidang perniagaan dan mengharamkan

    penanaman candu.

    9.Kerajaan juga cuba memiliki kedai pajak gadai. Orang Cina dipandang sebagaimerbahaya dalam bidang ekonomi. Ketua-ketua orang Cina yang kaya dilantik sebagai

    mewakili orang Cina dan gelaran tentera diberikan kepada mereka seperti major, kapten

    dan leftenan. Mereka diarah untuk menjaga keamanan dan kemakmuran di kawasan

    orang Cina.10.Dalam bidang pendidikan, perkembangannya tidaklah menggalakkan seperti di

    Thailand. Pada peringkat awal pendidikan Cina adalah pada tahap yang rendah dan tidak

    mendapat bantuan kerajaan. Biasanya kanak-kanak Cina mendapat pendidikan di sekolahrendah penduduk tempatan. Menjelang awal abad ke-20 hanya terdapat sebuah sahaja

    sekolah rendah Cina. Pada tahun 1908 sekolah Cina-Belanda ditubuhkan dengan bahasaBelanda sebagai bahasa pengantar.

    11.Masyarakat Cina di Indonesia kebanyakannya kaya daripada masyarakat peribumi. Di

    Jawa, kebanyakan orang Cina terlibat dalam aktiviti perniagaan, pertanian danperlombongan

    12.Hubungan antara orang Cina dengan penduduk tempatan dan pihak Belanda tidaklah

    begitu baik. Hal ini berlaku kerana penduduk tempatan menganggap orang Cina memerasdan mengeksploitasi mereka. Orang Belanda pula menganggap orang Cina tidak

    menjalankan perniagaan dengan jujur dengan pedagang Eropah. Orang Cina juga dituduh

    memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan.

    13.Kebangkitan anti-Cina ditunjukkan oleh Syarikat Dagang Islam yang cuba membantupedagang-pedagang batik Indonesia daripada persaingan peniaga Cina. Semasa

    pendudukan Jepun, orang Cina terhimpit antara menyokong pejuang kemerdekaan

    Indonesia dengan pihak penjajah Belanda. Perang kemerdekaan Indonesia menjadikanorang Cina sebagai mangsa pembunuhan kerana sikap mereka yang neutral itu.

    25Terdapat juga sebilangan kecil orang Cina di Indonesia yang menjadi orang tengah yang mengutip cukai

    bagi pihak Belanda. Sebagai orang tengah, orang-orang Cina telah melakukan pelbagai penindasan ke atas

    masyarakat tempatan. Antaranya termasuklah mengutip cukai daripada penduduk dengan kadar yang lebih

    tinggi daripada yang ditetapkan, memberi pinjaman wang kepada petani dan mengenakan kadar faedah

    yang tinggi serta membeli barangan penduduk tempatan dengan harga yang murah.

    29

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    30/32

    14.Pada tahun 1909, Negara China mengenakanprinsip jus sanginis menyebabkan orangCina Indonesia mempunyai dua warganegara. Perkara ini menjadi masalah besar kepada

    kerajaan Belanda. Pada tahun 1962 perkara ini diselesaikan semasa Persidangan Afro-

    Asia di Bandung apabila mereka dikehendaki memilih satu kewarganegaraan sahaja.

    Pembentukan Masyarakat Filipina

    1.Masyarakat Cina semasa penjajahan Sepanyol disebut Sanley iaitu gabungan daripada

    perkataanxiang dan ley yang membawa maksud pedagang yang mengembara.

    2.Penghijrahan orang Cina ke Filipina dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat

    pertama ialah sebaik sahaja Manila dibuka kepada perdagangan dunia pada tahun 1834dan kedua antara tahun 1876 hingga 1886.

    3.Sepanyol mengamalkan dasar terhadap orang Cina di Filipina berdasarkan dua faktor

    iaitu keperluan ekonomi dan kebijaksanaan politik. Pemerintah Sepanyol membenarkanorang Cina tinggal di mana-mana tempat namun apabila timbul kesangsian atau masalah,

    beberapa sekatan atau peraturan telah dibuat.

    4.Penjajah Sepanyol telah mewujudkan jawatan Gobernadorcillos untuk mengawalkegiatan orang Cina. Untuk menghalang kemasukan orang Cina ke Filipina, pihak

    Sepanyol mengenakan cukai kepada imigran yang ingin tinggal di Filipina iaitu 64 real

    wang perak . Mereka juga dikenakan 5 real untuk tujuan ufti dan 12 real lagi untuk tujuan

    memiliki rumah.5.Di Manila, orang Cina tinggal di Parian yang menjadi Chinatown. Mereka hidup

    mengikut corak dan cara hidup tradisi China. Selain itu orang Cina dikenakan beberapa

    sekatan seperti hanya dibenarkan berada di Manila pada waktu siang dan diarah pulangpada waktu malam.Orang Cina juga tidak dibenarkan memiliki tanah sehingga akhir

    pemerintahan Sepanyol. Masyarakat tempatan Cina juga tidak dibenarkan memakaipakaian orang Cina.

    6.Gabenor Sepanyol di Filipina menyokong usaha mengusir orang Cina di Filipina dan

    kempen ini dilanjutkan sehingga 1899. Peniaga Sepanyol turut menyahut kempen inidengan menyaingi peniaga Cina, menghalang peniaga asing berurusan dengan orang Cina

    dan menyekat kemasukan orang Cina dari Kepulauan Sulu. Dalam keadaan tertentu,

    halangan dan penindasan oleh pihak pemerintah Sepanyol menyebabkan orang Cinamemberontak, misalnya yang berlaku pada tahun 1819.

    7.Bagaimanapun pihak Gereja Roman Katolik tidak menyokong usaha menyingkirkan

    orang Cina kerana menganggap orang Cina penting dari segi penyebaran agama Kristian

    dan ekonomi. Justeru mereka mencadangkan kepada pemerintah Sepanyol di Filipinasupaya mengkristian penduduk Cina dan memberi layanan yang baik kepada mereka.

    8.Penduduk Cina yang memeluk agama Kristian dibenarkan menjalankan perniagaan

    tanpa sekatan dan mereka juga diasingkan daripada masyarakat Cina yang lain. Malahmereka diberi penempatan khas iaitu di Binondo. Golongan ini dikenali sebagai mestizo.

    9. Golongan mestizo diletakkan taraf yang sama dengan penduduk tempatan Filipina.

    Mereka diberi hak untuk bergerak dengan bebas, boleh memiliki harta dan menyertaikerajaan tempatan. Jumlah mereka di sekitar 200 000 orang. Kebanyakan golongan

    mestizo terdapat di Manila. Mereka memainkan peranan penting dalam ekonomi Filipina.

    10. Mereka juga berperanan sebagai orang tengah antara pengimport-pengimport Baratdengan penduduk tempatan Filipina. Golongan mestizo menguasai perniagaan antara

    30

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    31/32

    pulau sebagai pemborong,ceti dan orang tengah. Pergaulan mereka dengan pemerintahSepanyol dan penduduk tempatan serta pendidikan yang diterima telah membawa kepada

    kemunculan golonan berpendidikan yang dikenali sebagai illustrados, yang akhirnya

    melahirkan tokoh-tokoh nasionalisme Filipina seperti Jose Rizal, Sergio Osmena, danManuel Lim.

    11.Semasa USA memerintah Filipina, dasar terhadap orang Cina berpandukan dasar yangdiamalkan di USA. Orang Cina tetap dipandang sebagai penduduk asing dan tidak diberitaraf kewarganegaraan atau memiliki tanah. Tujuan USA berbuat demikian ialah untuk

    meredakan semangat nasionalisme yang berlaku di Filipina.

    12. Pengenalan undang-undang imigresen untuk mengawal kemasukan orang Cina

    mendapat sokongan daripada penduduk tempatan. Perasaan anti-Cina oleh penduduktempatan bukan sahaja orang Cina tulen tetapi juga terhadap golongan mestizo. Orang

    mestizo memandang rendah penduduk tempatan. Penduduk tempatan menganggap orang

    mestizo sebagai sombong dan angkuh. Konflik antara kedua-dua kumpulan membawakepada pertumpahan darah.

    13.Pemerintah USA telah mewujudkan beberapa undang-undang untuk menyekat aktiviti

    orang Cina seperti Akta Buku Simpanan Kira-Kira yang menghalang tulisan Cinadalam penyimpanan akaun. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada peniaga-peniaga

    Cina yang rata-rata yang tidak tahu menulis dalam bahasa Inggeris. Isu ini dibawa ke

    mahkamah di USA dan akhirnya undang-undang ini diisytiharkan tidak sah.

    14.Beberapa sekatan dikenakan kepada orang Cina seperti undang-undangkerakyatan(1939) yang menghalang penduduk asing yang tinggal di Filipina mendapat

    kerakyatan selagi tidak menyesuaikan diri dengan pendudduk tempatan, tidak ikhlas

    untuk menunjukkan keinginannya mempelajari dan menerima adat resam, tradisi danidealisme rakyat Filipina.

    15.Pada tahun 1941, Lembaga Perbandaran Manila telah melarang orang asing menyertaipasar-pasar awam di Manila. Walaupun terdapat usaha-usaha untuk menyekat penduduk

    Cina namun mereka masih menjadi kuasa penting dalam ekonomi Filipina. Undang-

    undang Imigresen Filipina gagal mengawal kemasukan orang Cina secara haram keFilipina.

    16.Dominasi orang Cina dapat dilihat dalam perniagaan borong dan runcit. Dalam

    perniagaan beras misalnya, mereka menguasai lebih daripada 2000 daripada 2500 kilangberas yang terdapat di Filipina. Mereka juga memonopoli industri pembalakan, kilang

    garam dan sejumlah besar kilang-kilang kecil dan sederhana yang mengeluarkan

    barangan kulit, pemprosesan makanan dan kilang tembakau.

    17.Dalam bidang perbankan pula, mereka menjadi pemodal kedua terbanyak selepaspemodal USA dengan modal sebanyak 100 juta dolar US. Orang Cina juga berani

    meneroka tanah-tanah di kawasan sungai, kampung-kampung tepi pantai terutamanya di

    kepulauan selatan Filipina.18.Penduduk Cina di Filipina mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dan ini

    dapat dibuktikan apabila Jepun menyerang Manchuria. Orang Cina Filipina melalui

    Dewan Perniagaan Umum Cina telah menyeru puak-puak bertelagah di Negara Chinasupaya bersatu melawan Jepun. Malah mereka turut menghantar bantuan kewangan dan

    tenaga manusia kepada pihak yang mahu mempertahankan Manchuria daripada serangan

    Jepun.

    31

  • 8/6/2019 TRANSFORMASI MASYARAKAT

    32/32

    19.Masyarakat Cina turut menitikberatkan soal pendidikan terhadap genarasi mudamereka. Semasa penjajahan Sepanyol terdapat dua jenis pendidikan Cina iaitu sekolah

    yang didirikan mubaligh Kristian dan kedua, sekolah yang didirikan oleh orang Cina

    sendiri. Semasa pemerintahan USA di Filipina, sekolah Anglo-Chinese menjelang 1900.Sekolah ini dibiayai oleh masyarakat Cina dan kebanyakan pelajarnya adalah golongan

    mestizo. Bagaimanapun sekolah ini tidak mempunyai sukatan pelajaran yang standard.Pelajar hanya diajar tulisan Cina dan buku-buku klasik Cina. Selepas itu, bahasa Inggerisdimasukkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah tersebut.

    20.Sehingga 1935, terdapat lebih 58 buah sekolah Cina di Filipina. Kebanyakan sekolah

    tersebut mendapat bantuan daripada Dewan Perniagaan Cina. Sekolah-sekolah Cina turut

    menerima kanak-kanak tempatan Filipina.

    Rumusan

    Campur tangan kuasa Barat di Asia Tenggara mendatangkan banyak perubahan sosial.

    Salah satu perubahan tersebut ialah ialah pertambahan jumlah penduduk dari luar rantauini seperti dari China, India dan Eropah. Dasar penjajah yang mementingkan kepentingan

    ekonomi mereka menyebabkan jumlah pendatang semakin ramai. Keadaan seperti ini

    akhirnya telah mewujudkan masyarakat majmuk. Kedatangan mereka ke negara-negara

    di Asia Tenggara menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan yang membawakepada pengeseran dan perselisihan kaum. Kesan daripada dasar penjajah itu, negara-

    negara di Asia Tenggara terpaksa menerima golongan pendatang itu menjadi

    warganegara khususnya selepas negara mencapai kemerdekaan atau pembebasan Barat.

    Soalan latihan1. Bincangkan sikap penduduk tempatan terhadap kehadiran orang Cina di Filipina

    dan Indonesia pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

    2. Jelaskan hubungan antara orang Cina dengan penduduk tempatan di Thailand danIndonesia.

    3. Kedatangan orang Cina dan India telah merubah struktur masyarakat di Myanmardan Thailand. Bincangkan.

    4. Masyarakat majmuk jelas kelihatan dalam masyarakat di Myanmar dan Thailand.5. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kemasukan orang Cina dan India ke

    Thailand dan Myanmar pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.