transformasi profesion keguruan.doc

2
Transformasi profesion keguruan Oleh ASSIM HASSAN PELAKSANAAN Pakej Kerjaya Guru baru yang dicadangkan Kementerian Pelajaran bakal melalui tiga gelombang dalam mentransformasi keguruan menjadi profesion pilihan. Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme serta penambahbaikan sistem sokongan dan persekitaran kerja sedia ada. Katanya, empat langkah yang akan diambil adalah meningkatkan standard kemasukan, mengukur pretasi berdasarkan kecekapan, meningkatkan jumlah peruntukan dalam pembangunan profesionalisme berterusan dan mengurangkan bebas tugas pentadbiran guru. "Secara keseluruhan, langkah ini dilaksanakan bertujuan menyediakan peluang dan sokongan yang diperlukan oleh guru bagi menggalakkan peningkatan kemahiran dan kecemerlangan mereka dalam pekerjaan," kata laporan awal itu. Selain itu, tambah laporan awal tersebut, bagi gelombang kedua (2016- 2020) pula, Pakej Kerjaya Guru baru akan dibina atas kejayaan gelombang pertama dan akan menyediakan pelaksanaan laluan kerjaya yang dimantapkan dengan tawaran pelbagai pengkhususan bergantung kepada minat guru. Kemajuan kerjaya yang lebih pantas disediakan untuk guru berprestasi tinggi manakala guru yang konsisten pada prestasi rendah diberi pilihan bagi penempatan semula. Semua kerja awal perubahan ini perlu bermula semasa pelaksanaan gelombang pertama bagi membolehkan inisiatif yang dirancang dilaksanakan segera pada tahun 2016. Bagi gelombang ketiga, laporan awal itu memaklumkan, menjelang tahun 2021, semua elemen Pakej Kerjaya Guru baru diharap akan dapat dilaksanakan. Profesion itu akan berubah apabila guru dapat menikmati pelbagai laluan kerjaya berbeza selain menerima kesan daripada pelan induk pembangunan profesionalisme yang dirangka khusus serta pemberian ganjaran berdasarkan prestasi, bukannya tempoh perkhidmatan.

Upload: alice-joy

Post on 13-Jul-2016

12 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Transformasi profesion keguruan

TRANSCRIPT

Page 1: Transformasi profesion keguruan.doc

Transformasi profesion keguruan

 

Oleh ASSIM HASSAN

PELAKSANAAN Pakej Kerjaya Guru baru yang dicadangkan Kementerian Pelajaran bakal melalui tiga gelombang dalam mentransformasi keguruan menjadi profesion pilihan.

Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme serta penambahbaikan sistem sokongan dan persekitaran kerja sedia ada.

Katanya, empat langkah yang akan diambil adalah meningkatkan standard kemasukan, mengukur pretasi berdasarkan kecekapan, meningkatkan jumlah peruntukan dalam pembangunan profesionalisme berterusan dan mengurangkan bebas tugas pentadbiran guru.

"Secara keseluruhan, langkah ini dilaksanakan bertujuan menyediakan peluang dan sokongan yang diperlukan oleh guru bagi menggalakkan peningkatan kemahiran dan kecemerlangan mereka dalam pekerjaan," kata laporan awal itu.

Selain itu, tambah laporan awal tersebut, bagi gelombang kedua (2016-2020) pula, Pakej Kerjaya Guru baru akan dibina atas kejayaan gelombang pertama dan akan menyediakan pelaksanaan laluan kerjaya yang dimantapkan dengan tawaran pelbagai pengkhususan bergantung kepada minat guru.

Kemajuan kerjaya yang lebih pantas disediakan untuk guru berprestasi tinggi manakala guru yang konsisten pada prestasi rendah diberi pilihan bagi penempatan semula.

Semua kerja awal perubahan ini perlu bermula semasa pelaksanaan gelombang pertama bagi membolehkan inisiatif yang dirancang dilaksanakan segera pada tahun 2016.

Bagi gelombang ketiga, laporan awal itu memaklumkan, menjelang tahun 2021, semua elemen Pakej Kerjaya Guru baru diharap akan dapat dilaksanakan. Profesion itu akan berubah apabila guru dapat menikmati pelbagai laluan kerjaya berbeza selain menerima kesan daripada pelan induk pembangunan profesionalisme yang dirangka khusus serta pemberian ganjaran berdasarkan prestasi, bukannya tempoh perkhidmatan.

Jelas laporan awal itu, sepanjang tempoh itu, kementerian akan menumpukan kepada usaha memastikan semua guru memanfaatkan keadaan fleksibel dalam hal-hal profesionalisme berkaitan jadual waktu kurikulum dan susunan pengajaran, pendekatan kaedah dan prinsip pengajaran serta pentaksiran berasaskan sekolah.

''Kementerian berhasrat untuk mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme teladan rakan setugas, iaitu guru membimbing satu sama lain, dan saling memberi inspirasi, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mengamalkan nilai kebertanggungjawaban untuk memenuhi standard profesional.

"Kementerian juga mempertimbangkan cadangan bagi mewujudkan skim pensijilan berdasarkan penguasaan kecekapan keguruan seperti ditetapkan dalam gelombang pertama selain mewujudkan jalinan bekerjasama dengan wakil kesatuan guru untuk mencapai semua matlamat ini," katanya.

- UTUSAN

Page 2: Transformasi profesion keguruan.doc

http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=264%3Atransformasi-profesion-keguruan&lang=en