tot 2013 @ starpoints

42
TRAIN OF TRAINERS STARPOINTS HOTEL, KUALA LUMPUR 31 Mei – 2 Jun 2013 MOHAMAD BIN WAHID @ Pie (AHP) Presiden Pertubuhan Positive Warriors Malaysia

Upload: nichole-vega

Post on 11-Nov-2015

256 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

TRAINING OF TRAINERSSTARPOINTS HOTEL, KUALA LUMPUR31 Mei – 2 Jun 2013

TRANSCRIPT

Slide 1

TRAIN OF TRAINERSSTARPOINTS HOTEL, KUALA LUMPUR31 Mei 2 Jun 2013

MOHAMAD BIN WAHID @ Pie (AHP)PresidenPertubuhan Positive Warriors Malaysia

Tips Mudah Untuk Menentang Stigma, Diskriminasi, Dan Judgemental

MendepaniUMUM

HIV BUKANpenyakit!!!

APAKAH HIV?Virus adalah organisma yang boleh menyebabkan jangkitan.Virus ini hanya boleh hidup di dalam tubuh manusia.HIV adalah retrovirus yang menyerang sistem ketahanan penyakit kita dan memusnahkannya dalam tempoh tertentu.HIV hanya menjangkiti manusia.HIV hanya boleh dikesan melalui ujian antibodi HIV.Paling banyak virus terdapat dalam air mani, darah, dan bendalir faraj, dan sangat sedikit di dalam air mata dan air liur.Human (Manusia)Immunodeficiency (Mengurangkan imuniti)VirusHIV

APAKAH AIDS?AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan yang disebabkan oleh HIV.Jangkitan oportunistik adalah penyakit yang mengambil kesempatan daripada sistem daya tahan yang lemah.AI

D

S

Acquired (dijangkiti, tidak diwarisi)Immune (daya tahan penyakit; sistem daya tahan tubuh yang melindungi seseorang daripada penyakit)Deficiency (kekurangan iaitu tidak berfungsi dengan)Syndrome (sindrom adalah tanda-tanda atau gejala penyakit AIDS yang menunjukkan seseorang mempunyai suatu keadaan atau penyakit)

Statistik asasinfected dan affected people

98,000 didiagnos

anggaran 2 kali ganda belum didiagnos&kesan yang sama terhadapaffected people

5 GOLONGAN YANG TERDEDAHKEPADA RISIKO JANGKITANPengamal aktiviti berisikoBekas pengamal aktiviti berisikoPasangan kepada (1) dan (2)Anak kepada (1) dan (2)Pesakit yang menerima transfusi darah atau menjalani pemindahan organ yang tercemarKesemuanya berhak mendapat sokongan, bimbingan, dan rawatan. Kaitkan dengan kesan stigma, diskriminasi, dan judgemental.Penularan virus, penganiayaan dan golongan yang paling menunjukkan peningkatan kadar jangkitan.

4 CARA JANGKITAN HIV

CONTOH-CONTOH DISKRIMINASIPendidikanPekerjaanRawatanIbadah HajiKhatanAsnafPerkahwinan ZuriatPengurusan JenazahHak BermasyarakatPemulauan & Pemencilan

BEBERAPA ISTILAH YANG PERLU DIFAHAMISALAHBETULPenagih DadahPenyalahguna DadahPelacurPekerja SeksPondan / BapukMSM (Men Sex Men)Pesakit HIV/AIDSPembawa HIV/AIDSJangkitan Ibu Kepada AnakJangkitan Ibu Bapa Kepada Anak

MendepaniGOLONGAN AGAMAWAN&PEMIMPIN MASYARAKAT

Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali mereka yang berhubungan dengan tali Allah dan tali manusia.(Ali Imran: 112)TANGGUNGJAWABFARDHU KIFAYAH

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.(Surah al-Anbiya: 107)TANGGUNGJAWABFARDHU KIFAYAH

Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim.(Surah al-Hujurat: 11)

PANDANGAN ISLAM TERHADAPSTIGMA & DISKRIMINASI(AL-QURAN)

Hadis Rasulullah SAW:Seorang mukmin adalah cermin untuk seorang mukmin yang lain.(Hadis Riwayat Abu Daud)PANDANGAN ISLAM TERHADAPSTIGMA & DISKRIMINASI(HADIS)

TANGGUNGJAWAB SEORANG MUSLIMUNTUK BERUSAHA KEPADA KEBAIKAN DANBERKASIH SAYANGHadis Rasulullah SAW:

Sekasih-kasih manusia kepada Allah ialah mereka yang mereka yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.

(Hadis Riwayat at-Tabroni)

MUSIBAH SECARA UMUMMusibah balaadalah ujian yang dikenakan ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan dan diturunkan sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum dengan lebih berat lagi di akhirat kelak.Musibah kafarahberlaku ke atas orang baik tetapi ketika itu dia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian atau kealpaan dan gagal mengawal nafsu. Teguran / didikan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik.Musibah ibtilaberlaku ke atas orang baik ketika dia melakukan kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah bagi meninggikan darjat hamba-Nya yang beriman kepada-Nya.

STIGMASifat atau sesuatu yang menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban. (Kamus Dewan, 2007)Stigmatization adalah sikap merendahkan (mendiskreditkan atau menyebabkan orang hilang kepercayaan) terhadap seseorang atau kelompok yang memiliki atribut tertentu sehingga menimbulkan pandangan buruk masyarakat.Dalam konteks sosial, stigma memiliki makna yang menggambarkan ciri negatif yang melekat pada seseorang, biasanya kerana faktor persekitaran atau perbuatan yang pernah dilakukannya sehingga individu tersebut dianggap jijik orang ramai. Contoh: Seorang bekas seorang penyalahguna dadah, pekerja seks, atau seorang pembawa HIV.

DISKRIMINASIPerlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dan sebagainya. (Kamus Dewan, 2007)

Diskriminasi adalah tanggapan negatif, sikap pilih kasih atau perbuatan tidak adil yang dilakukan terhadap individu atau kelompok atas sikap jijik, hina dan berdosa yang dipandang jijik tersebut. Biasanya akibat dikaitkan dengan isu moral dan agama.

JUDGEMENTALAdjective: of or concerning the use of judgement: judgemental decisions about the likelihood of company survival.having or displaying an overly critical point of view: I dont like to sound judgemental, but it was a big mistake.(Oxford Dictionaries online)

Judgemental adalah suatu perilaku yang berkaitan dengan sifat menghakimi atau menilai. Ianya juga bermaksud mempunyai atau memaparkan sesuatu pandangan atau pendapat yang kritikal secara berlebihan atau melampau.

PARANOIAGangguan mental yang menyebabkan seseorang mengkhayalkan perkara yang aneh-aneh seperti merasa dirinya terlalu penting atau percaya bahawa orang lain sentiasa mengancamnya.

Perasaan takut, curiga, atau tidak percaya terhadap orang lain dengan berlebih-lebihan. (Kamus Dewan, 2007)

MendepaniORANG HIDUPDENGAN HIV(PLHIV)

KENAPA KITA DIUJI?Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.(Surah al-Ankabut: 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPATAPA YG AKU IDAM-IDAMKAN?Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.(Surah al-Baqarah: 216)

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.(Surah al-Baqarah: 286)

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.(Surah Ali-Imran: 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.(Surah al-Baqarah: 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mumin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka(Surah at-Taubah: 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.(Surah at-Taubah: 129)

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!! dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.(Surah Yusuf: 87)

UWAAA...TOLONGLAH TENANGKAN HATIKU!!!"Kami tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.(Surah al-Mukminun: 62)

APA PUNYA MUSIBAH YANG KAU TIMPAKAN INI?Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperolehi kecuali oleh orang yang mukmin. Apabila dia mendapat kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.(Imam Muslim)

KAJIANKES

KAJIAN KES 1Ali adalah seorang PLHIV dan berhasrat untuk berkahwin dengan non-PLHIV.

Bincang dan lakonkan (simulasi) bagaimana Ali mahu menerangkan kepada bakal isterinya bahawa tiada masalah kepada PLHIV yang berkemampuan untuk berkahwin.

KAJIAN KES 2Mary baru sahaja didiagnos HIV positif. Keluarga Mary risaukan risiko jangkitan kepada ahli keluarga yang lain dan memencilkan Mary.

Anda adalah wakil PPWM yang diminta untuk membantu memberikan kefahaman tentang cara jangkitan kepada keluarga Mary.

Bincang dan lakonkan.

KAJIAN KES 3Azman dan Aminah adalah pasangan PLHIV yang berhasrat memiliki zuriat sendiri. Mereka meminta pandangan anda untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Bincang dan lakonkan.

KAJIAN KES 4Atan adalah seorang PLHIV yang baru sahaja meninggal dunia. AJK masjid enggan menguruskan jenazah Allahyarham.

Anda diminta untuk berbincang dan menerangkan isu sebenar kepada Imam dan Ketua Kampung.

Bincang dan lakonkan.

KAJIAN KES 5Ucop adalah seorang kanak-kanak PLHIV yang pintar dalam tahun 1 sekolah kebangsaan/rendah. Ramai ibu bapa membantah Ucop dibenarkan belajar bersama anak-anak mereka.

Sebagai seorang Guru Besar yang memahami isu HIV, anda bertanggungjawab memberikan keadilan kepada Ucop.

Bincang dan lakonkan cara untuk menerangkannya kepada Yang DiPertua PIBG dan PPD.

KAJIAN KES 6Danish selalu dihina oleh rakan sekelasnya termasuk guru-guru kerana bapanya seorang PLHIV sehingga menyebabkan prestasi pelajarannya merosot.

Bincang dan lakonkan ucapan anda dalam memberikan kefahaman tentang isu tersebut semasa Mesyuarat Agung PIBG.

SEKIANTERIMA KASIHRUJUKAN

Manual Islam & HIV/AIDS, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)Dr. Iskandar Firzada bin Osmanhttp://akuhivpositif.blogspot.com/