struktur organisasi kpm [tot].ppt

46
1 Kursus Induksi STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Upload: premabun

Post on 25-Oct-2015

199 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

struktur organisasi

TRANSCRIPT

Page 1: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

1

Kursus Induksi

STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN

MALAYSIA

Page 2: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

2

Pengenalan kepada struktur dan organisasi

Definisi struktur

• Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan mempunyai hirarki tertentu.

• Susunan itu menjelaskan “ranking” jawatan, fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab.

• Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin banyak fungsinya, semakin besar bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan.

Page 3: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

3

Definisi organisasi

• Satu kumpulan individu yang telah setuju bekerjasama untuk satu-satu tujuan yang tertentu.

• Jentera yang menggembleng kerja dan tenaga manusia untuk mencapai sesuatu matlamat.

• Mempunyai 5 unsur seperti :• 1. dasar yang tegas, • 2. tujuan yang jelas, • 3. adanya kepimpinan wakilan, • 4. anggota yang konkrit serta • 5. usaha yang positif dan kreatif.

Page 4: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

4

Model organisasi dan struktur. • Kementerian Pelajaran Malaysia ; satu organisasi formal terbentuk dari unit-unit sosial yang kompleks mengandungi peraturan, peranan, dan matlamat, yang

berasaskan kepada pola-pola kewibawaan. • Setiap unit yang terdapat di dalam gabungan yang kompleks

itu adalah penting; ia memberi makna ke arah memahami Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu organisasi.

• Perhubungan di antara unsur atau unit di dalamnya ialah strukturnya.

Misalnya perhubungan di antara Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dengan Pengarah Bahagian atau di antara Pengetua dengan guru-gurunya.

Page 5: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

5

Model Organisasi dan Struktur.

 8

 7

   6

   5

2

3

  4

1 Petunjuk 1-8 : unit-unit yang terdapat di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia

                     Rajah 1 : Model Struktur dan Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 6: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

6

Rasional Struktur dan Organisasi

• Berdasarkan Rajah 1.

• mencapai matlamat-matlamat yang khusus.

• setiap individu atau unit dapat memainkan peranan masing-masing secara berkesan.

• matlamatnya menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu dari semua aspek, iaitu jasmani, akal, emosi, sosial dan moral.

• maka individu yang terdapat di dalam organisasi akan menjalankan tugas masing-masing demi kepentingan masyarakat dan negara.

Page 7: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

7

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia.

• Proses pendidikan menggalakkan; perkembangan diri individu dan orentasi terhadap masyarakat

dan negara. menjadi warganegara yang berguna, patriotik dan

bertanggungjawab.

• Paksinya Falsafah Pendidikan Kebangsaan.• Bertindak mengikut misi dan objektif yang telah ditetapkan.

Page 8: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

8

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

• Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 9: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

9

Misi Kementerian Pelajaran Malaysia.

• Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara

Malaysia.

Page 10: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

10

Objektif Kementerian Pelajaran Malaysia

• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.

Page 11: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

11

Carta organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

• Perlembagaan Persekutuan telah menentukan bahawa pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan.

• Di negara kita, sistem pentadbiran pendidikan diawasi sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan.

• Ketua Kementerian Pelajaran ialah Menteri Pelajaran. ahli kabinet dan bertanggungjawab kepada Parlimen. memastikan dasar pendidikan serta pentadbiran ke seluruh

sistem pendidikan itu berjalan dengan berkesan.

Page 12: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

12

CARTA ORGANISASI JABATAN PELAJARAN NEGERI

PengarahPelajaran Negeri

Tim. PengarahPelajaran Negeri

1,2 3,4 5,6 7,8 9,

SekolahPengetua / Guru Besar

                        

 

 

 

Petunjuk :1. SPA2. SPS3. SPIM4. SPPK5. SPP6. SPS/PKhas7. SJK8. SKPP(2P)9. Unit ICT10. Pegawai Pelajaran Daerah (11 )

Page 13: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

13

CARTA ORGANISASI PEJABAT PELAJARAN DAERAH

PegawaiPelajaran Daerah

Sektor Pengurusan

Sekolah

Sektor PengurusanAkademik

Sektor Pengurusan

PembangunanKemanusiaan dan Khidmat

Sokongan

SekolahPengetua / Guru Besar

                        

 

 

 

Sektor Pengurusan

Perkhidmatan Pendidikan

Page 14: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

14

CARTA ORGANISASI SEKOLAH

 

 

Pengetua/Guru Besar Lembaga Pengelola Sekolah

PIBG

Lembaga Tatatertib

Guru-guru Penolong Kanan

Penyelia Petang

Guru

Ketua Bidang

Guru Guru

Kakitangan sokongan Kakitangan sokongan

Guru

                        

 

Page 15: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

15

JABATAN-JABATAN UTAMA DI BAWAH

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Page 16: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

16

JABATAN SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 17: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

17

CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN SEKOLAH

Timbalan Ketua PengarahJabatan Pendidikan Sekolah

Pengarah Bahagian

Sekolah

PengarahBahagian

Pendidikan Guru

PengarahPusat

Perkembangan Kurikulum

Pengarah Bahagian Buku Teks

Pengarah Bahagian

Sukan

Page 18: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

18

FUNGSIJABATAN SEKOLAH

Tim. Ketua Pengarah Jabatan Sekolah

1. Bahagian Sekolah melaksanakan dasar pendidikan melalui perancangan, penggubalan, penyelarasan, pemantauan pelbagai program persekolahan dan pengurusan persekolahan, guru dan pelajar.

2. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) bertanggungjawab menggubal kurikulum kebangsaan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Usaha ini adalah bagi mencapai tahap kurikulum yang relevan kepada keperluan negara, koheren dan berkualiti secara berterusan, berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.

3. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) merupakan bahagian yang bertanggungjawab untuk mengendalikan Program dan Kursus Pendidikan Perguruan Perkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan.

4. Bahagian Buku Teks bertanggungjawab menguruskan pemerakuan buku teks, menetapkan harga dan mengawal mutu fizikal buku teks, melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat, memastikan murid di luar SPBT mendapat bekalan, mengawal penggunaan buku teks di sekolah bantuan kerajaan dan menyemak semula buku teks.

5. Bahagian Sukan berperanan melaksanakan pengurusan Sukan Untuk Semua, Sukan Untuk Kecemerlangan Dan Sukan Untuk Integrasi Nasional di sekolah-sekolah.

Page 19: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

19

JABATAN

PENDIDIKAN TEKNIKAL

Page 20: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

20

CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL

Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal

Pengarah Bahagian

Pengurusan Teknikal

dan Vokasional

Pengarah Bahagian Kurikulu

m Teknikal

& Vokasion

al

Pengarah Bahagian

Pengurusan

Politeknik

Pengarah Bahagian

Perancangan & Penyelidikan

Teknikal & Vokasional

Pengarah Bahagian Latihan & Kemajuan

Staf

Pengarah Bahagian

Kolej Komuniti

Page 21: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

21

FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN

TEKNIKAL

Tim. Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal

Bertanggungjawab mengawal selia;

Bahagian Pengurusan Teknikal dan Vokasional, Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional, Bahagian Pengurusan Politeknik, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Teknikal

dan Vokasional, Bahagian Latihan dan Kemajuan Staf Bahagian

Kolej Komuniti.

Page 22: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

22

JABATAN

JABATAN PENDIDIKAN AGAMA DAN MORAL

Page 23: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

23

CARTA FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan

Islam dan Moral

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam

dan Moral

Pengarah Bahagian

Pendaftaran & Piawaian

Pengarah Bahagian

Penguatkuasaan

Page 24: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

24

FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN

MORAL

Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Islam

dan Moral

Bertanggungjawab mengendalikan : pengurusan dasar Pendidikan Islam dan Bahasa

Arab dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Tanggungjawab tersebut meliputi : perancangan pembangunan dan

penyelenggaraan kemajuan pendidikan Islam dan Bahasa Arab di semua peringkat persekolahan, selaras dengan falsafah dan aspirasi pendidikan negara.

Page 25: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

25

JABATAN

PENDIDIKAN SWASTA

Page 26: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

26

CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN

SWASTA

Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan

Swasta

Pengarah Bahagian Perancangan & Penyelidikan

Pengarah Bahagian Pendaftaran &

Piawaian

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan

Page 27: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

27

FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN

SWASTATim. Ketua Pengarah

Jabatan Pendidikan Swasta

1. Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) berperanan; menguruskan penubuhan dan pendaftaran semua jenis institusi

pendidikan swasta (IPS) menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan untuk memastikan

dasar dan peruntukan perundangan dipatuhi.

2. Juga dipertanggungjawabkan untuk; mengubal peruntukan perundangan yang berkaitan, menguruskan data dan maklumat pendidikan swasta, menjalankan penyelidikan ke arah penggubalan dasar dan

mempromosikan pendidikan swasta ke luar negara. 3. Pelaksanaan semua fungsi dan tanggungjawab tersebut dijuruskan

kepada pencapaian matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

Page 28: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

28

JABATAN

PENDIDIKAN KHAS

Page 29: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

29

CARTA FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan

Khas

Pengarah Bahagian Perancangan &

Penyelidikan Khas

Pengarah Latihan &

Khidmat Bantu

Pengarah Bahagian Perkhidmatan

Pendidikan Khas

Page 30: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

30

FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHAS

Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas

Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aspek-aspek yang berkaitan;

perancangan dan pengurusan dasar, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan murid, pembangunan, penyenggaraan dan perolehan, latihan dan perkembangan staf, khidmat sokongan, pengurusan dan pentadbiran, dan pengurusan kewangan bagi murid-murid kurang

upaya.

Page 31: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

31

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR

PENDIDIKAN(EPRD)

Page 32: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

32

FUNGSI BAHAGIAN PERANCANGAN DAN

PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN (EPRD)

PengarahBahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan berperanan sebagai urusetia Jawatankuasa Perancangan Pendidikan dan perancangan perkembangan dan pembangunan pendidikan.

Page 33: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

33

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Page 34: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

34

FUNGSI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia

1. Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai badan peperiksaan kebangsaan dengan mengendalikan peperiksaan UPSR, PMR, SPM (Bertulis), STAM (Bertulis) dan SPM (Matematik dan B. Melayu). Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga diperkenalkan mulai tahun 2000.

2. Lembaga Peperiksaan Malaysia mengendalikan peperiksaan-peperiksaan luar negeri iaitu University of London, Associated Board of the Royal School of Musics (ABRSM), City and Guilds of London Institute, Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA), The Chartered Association of Certified Accountants (CACA), Institute of Transport, Institute of Fire Engineers, London Chamber of Commerce and Industry (LCCI), Association of Certified Accountants (London), Association of Business Executives (ABE), University of Michigan, Institute of Building, Institute of Chartered Shipbrokers, Institute of Quantity Surveyors dan Institute of Statisticians.

Page 35: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

35

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Page 36: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

36

FUNGSIBAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bertanggungjawab: meningkatkan akses bagi pelajar-pelajar khususnya di luar

bandar kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media yang bermutu;

memperkayakan persekitaran pembelajaran khususnya di sekolah-sekolah luar bandar dengan media dan teknologi pendidikan;

meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memastikan guru-guru dan pelajar-pelajar menggunakan media dan teknologi pendidikan.

Page 37: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

37

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Page 38: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

38

FUNGSI INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Pengarah Institut Aminuddin Baki

Institut Aminuddin Baki (IAB) bertanggungjawab: memperbaiki kualiti pendidikan di samping

mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi sistem pendidikan negara.

IAB turut membina dan membangunkan profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan pendidikan dalam semua program latihan yang dilaksanakan setiap tahun.

IAB menyediakan program-program latihan berkualiti, khidmat perundingan, penerbitan, penyelidikan serta berusaha secara berterusan mempertingkat tahap pengurusan dan kepemimpinan pendidikan di kalangan pemimpinan-pemimpinan di pelbagai peringkat sistem pendidikan.

Page 39: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

39

JABATANPELAJARAN NEGERI

Page 40: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

40

FUNGSI JABATAN PELAJARAN NEGERI

PENGARAH PELAJARAN NEGERI

Jabatan Pelajaran Negeri adalah bertanggungjawab: melaksanakan dasar pendidikan Malaysia serta

menyelaraskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum, sukatan pelaqjaran, kokurikulum, pinjaman buku teks, perpustakaan, pendidikan radio dan tv, majlis sukan sekolah-sekolah, bantuan kewangan, pembangunan , penempatan, guru serta pencalonan guru untuk latihan dan pelbagai kursus.

Diperingkat daerah pula diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah yang bertanggung jawabdidalam semua hal pentadbiran dan semua sekolah di satu-satu daerah

Page 41: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

41

BIDANG TUGASKETUA SETIAUSAHA

Page 42: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

42

BIDANG TUGAS• Sebagai Ketua Eksekutif dan Pegawai Pengawal:• Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran bertanggungjawab: menentukan pengurusan dan pentadbiran Kementerian

Pelajaran berada pada tahap kualiti yang tinggi. Untuk tujuan ini, tugas utama Ketua Setiausaha Kementerian

Pelajaran adalah seperti berikut:• Penggubalan, Perancangan dan Pelaksanaan Dasar • Pengurusan kewangan• Pengurusan Pembangunan dan Bekalan• Pengurusan dan Pembangunan Personel• Lain-lain tugas

Page 43: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

43

BIDANG TUGASKETUA PENGARAH

PELAJARAN MALAYSIA

Page 44: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

44

BIDANG TUGAS

• Penasihat utama Menteri Pelajaran berhubung dengan dasar pendidikan negara dan pelaksanaannya serta hal ehwal pendidikan pada amnya.

• Merancang dan mengubal kurikulum persekolahan kebangsaan, rancangan perkembangan keiktisasan dan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan.

• Menentukan fungsi Jabatan Pelajaran Negeri di semua negeri di Malaysia berjalan lancar.

• Bertanggungjawab menentukan semua Jabatan dan Bahagian-Bahagian Profesional Kementerian Pelajaran berfungsi dan berjalan lancar selaras dengan keperluan negara.

• Lain-lain tugas.

Page 45: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

45

SOALAN-SOALAN LATIHAN

• 1.   Bina semula carta organisasi Kementerian Pelajaran di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah.

• 2.   Senaraikan 2 (dua) fungsi dari setiap Jabatan utama Kementerian Pelajaran Malaysia.

• 3.   Anda memohon pertukaran antara negeri dengan mengikut saluran yang ditetapkan. Untuk mengetahui status permohonan tersebut, Jabatan manakah anda perlu membuat rujukan.

• 4.   Nyatakan tugas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

• 5.  Jika anda bertugas di sekolah, siapakah Ketua Jabatan anda?

Page 46: STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT].PPT

46