topik 9 perancangan kewangan

14
PENGENALAN Topik 9 membincangkan kepentingan perancangan kewangan, penyediaan belanjawan tunai dan penyediaan pro forma penyata pendapatan. Topik ini juga membincangkan kepentingan pengurusan modal kerja dan jenis pembiayaan jangka pendek. Selain itu, topik ini akan memberi tumpuan kepada asas pengurusan tunai. Ia menerangkan kitaran pertukaran tunai dan komponen serta jenis sekuriti yang boleh dipasarkan yang terdapat di pasaran. Ia juga menyentuh mengenai pengurusan akaun belum terima yang merupakan sebahagian daripada aset semasa syarikat atau modal kerja syarikat. Akhir sekali, ia membincangkan pengurusan aset semasa dengan tahap kecairan paling rendah iaitu inventori. PERANCANGAN KEWANGAN 9.1 T T o o p p i i k k 9 9 Perancangan Kewangan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan kepentingan belanjawan tunai dan pro forma penyata pendapatan dalam pengurusan kewangan; dan 2. Sediakan belanjawan tunai dan pro forma penyata pendapatan. SEMAK KENDIRI 9.1 Perancangan kewangan yang praktikal dan berkesan adalah sangat penting dalam operasi syarikat. Siapakah yang bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan panduan ini? Adakah menjadi tanggungjawab seorang individu atau melalui perbincangan kolektif?

Upload: mohdilham

Post on 23-May-2017

252 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 9 Perancangan Kewangan

� PENGENALAN

Topik 9 membincangkan kepentingan perancangan kewangan, penyediaan belanjawan tunai dan penyediaan pro forma penyata pendapatan. Topik ini juga membincangkan kepentingan pengurusan modal kerja dan jenis pembiayaan jangka pendek. Selain itu, topik ini akan memberi tumpuan kepada asas pengurusan tunai. Ia menerangkan kitaran pertukaran tunai dan komponen serta jenis sekuriti yang boleh dipasarkan yang terdapat di pasaran. Ia juga menyentuh mengenai pengurusan akaun belum terima yang merupakan sebahagian daripada aset semasa syarikat atau modal kerja syarikat. Akhir sekali, ia membincangkan pengurusan aset semasa dengan tahap kecairan paling rendah iaitu inventori.

PERANCANGAN KEWANGAN

9.1

TTooppiikk

99

� Perancangan Kewangan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan kepentingan belanjawan tunai dan pro forma penyatapendapatan dalam pengurusan kewangan; dan

2. Sediakan belanjawan tunai dan pro forma penyata pendapatan.

SEMAK KENDIRI 9.1

Perancangan kewangan yang praktikal dan berkesan adalah sangatpenting dalam operasi syarikat. Siapakah yang bertanggungjawabuntuk merancang dan melaksanakan panduan ini? Adakah menjaditanggungjawab seorang individu atau melalui perbincangan kolektif?

Page 2: Topik 9 Perancangan Kewangan

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN �

275

Sebelum memahami penyata pendapatan dengan lebih lanjut, kita perlu lihat panduan untuk menyediakan perancangan kewangan yang betul. Secara umumnya, perancangan kewangan yang betul dan lengkap hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut:

(a) Objektif, strategi dan perancangan operasi yang jelas;

(b) Andaian yang digunakan bagi menyediakan perancangan kewangan;

(c) Belanjawan yang diklasifikasikan berdasarkan mengikut tempoh dan jenis;

(d) Pembiayaan projek yang diklasifikasikan berdasarkan jenis dan tempoh masa; dan

(e) Pro forma penyata kewangan sepanjang tempoh perancangan.

Selepas mendapat beberapa gambaran mengenai langkah awal penyediaan perancangan kewangan, langkah seterusnya adalah memahami kaedah penyediaan belanjawan tunai.

BELANJAWAN TUNAI

Pengurusan tunai yang cekap melibatkan ramalan keperluan tunai pada masa akan datang. Salah satu kaedah biasa yang digunakan untuk membuat anggaran keperluan tunai pada masa akan datang adalah menyediakan belanjawan tunai.

Belanjawan tunai adalah ringkasan penerimaan dan pembayaran tunai yang dijangkakan untuk tempoh yang singkat. Biasanya, ia disediakan untuk perancangan bagi tempoh enam bulan atau satu tahun. Ia boleh menunjukkan bagaimana aliran tunai dirancang bagi tempoh tertentu, sama ada aliran masuk tunai atau aliran keluar tunai.

9.2

SEMAK KENDIRI 9.2

Apakah yang anda faham mengenai belanjawan tunai?

Page 3: Topik 9 Perancangan Kewangan

� TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN 276

Selain itu, belanjawan tunai sangat penting kepada syarikat kerana jualan dan keuntungan diperoleh tidak dapat memastikan syarikat mempunyai tunai yang cukup bagi memenuhi obligasi kewangan. Sebaliknya, belanjawan tunai boleh membantu syarikat mengetahui kedudukan tunai syarikat, di samping berusaha untuk memastikan aliran tunai syarikat adalah kukuh dan memberangsangkan. Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan dalam belanjawan tunai:

(a) PPenerimaan Tunai atau Aliran Masuk Tunai Wang tunai yang diterima adalah aliran masuk tunai keseluruhan untuk tempoh kewangan yang diberikan. Contohnya, jualan tunai dan kutipan akaun belum terima.

(b) BBayaran Tunai atau Aliran Keluar Tunai Pembayaran tunai adalah aliran keluar tunai keseluruhan bagi tempoh kewangan yang diberikan. Contohnya, membeli peralatan, upah dan gaji, sewa, bayaran faedah, dividen, cukai dan perbelanjaan modal. Susut nilai dan lain-lain caj bukan kewangan tidak termasuk dalam belanjawan tunai.

(c) PPerubahan dalam Tunai Bersih Perubahan dalam tunai bersih boleh diperoleh sebagai hasil perbandingan yang dibuat antara aliran masuk tunai dengan aliran keluar tunai dan dengan baki mula aliran tunai untuk tempoh tersebut (lihat Rajah 9.1). Selain itu, kos kewangan tambahan yang diramalkan pada awal tempoh tersebut, faedah juga akan diambil kira.

(d) LLebihan Tunai atau Keperluan Kewangan Tambahan Jumlah lebihan tunai atau keperluan kewangan tambahan bergantung kepada perubahan tunai bersih dan baki sasaran yang ditentukan oleh syarikat. Jumlah yang positif menunjukkan bahawa syarikat mempunyai lebihan tunai manakala jumlah yang negatif menunjukkan bahawa syarikat memerlukan kewangan tambahan.

Rajah 9.1: Perbandingan perubahan dalam aliran tunai bersih

Page 4: Topik 9 Perancangan Kewangan

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN �

277

Contoh 9.1 Contoh di bawah menunjukkan bagaimana belanjawan tunai disediakan. Berikut adalah maklumat dan andaian untuk penyediaan belanjawan tunai Syarikat Nuri.

(a) Belanjawan tunai akan disediakan untuk bulan Mac, April dan Mei. Maklumat diperlukan adalah seperti berikut:

(i) Jualan sebenar bagi bulan Januari dan Februari.

(ii) Ramalan jualan untuk bulan Mar, April dan Mei.

(iii) Jualan tunai adalah 25% dan baki adalah jualan kredit. Bagi jualan kredit, 80% daripada jualan tersebut akan dikutip pada bulan seterusnya dan 20% akan dikutip 2 bulan selepas jualan.

Bulan Jualan (RM)

Januari Februari Mac April Mei

45,000 65,000 60,000 90,000 85,000

(b) Pembelian bahan mentah diramalkan 60% daripada jualan dan pembayaran akan dibuat pada bulan seterusnya.

(c) Sewa pejabat dan gudang sebanyak RM4,500 sebulan.

(d) Bayaran upah sebanyak RM5,000 sebulan.

(e) Syarikat akan bayar insurans premium sebanyak RM2,800 dalam bulan Mac.

(f) Pembelian aset baru melibatkan kos sebanyak RM25,000 akan dibuat dalam bulan Mac.

(g) Pembukaan baki tunai bagi bulan Mac sebanyak RM15,000.

(h) Syarikat berhasrat untuk memegang baki tunai setiap bulan sebanyak RM10,000.

Page 5: Topik 9 Perancangan Kewangan

� TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN 278

Penyelesaian

Langkah 1: Lengkapkan jadual bagi tunai yang diterima untuk bulan-bulan Mac sehingga Mei.

Jumlah jualan Kredit jualan (75%) Kutipan: Jualan tunai (25%) 80% jualan bulan lepas 20% jualan dua bulan lepas Jumlah aliran masuk tunai

Jan Feb MMac Apr Mei 45,00033,750

65,00048,750

60,00045,000

15,000 39,000 6,750

90,000 67,500

22,500 36,000 9,750

85,000 63,750

21,250 54,000 9,000

60,750 68,250 84,250

Langkah 2: Lengkapkan jadual pembayaran tunai bagi bulan-bulan Mac hingga Mei.

Jumlah pembelian bahan mentah Pembelian kredit bahan mentah Bayaran sebulan selepas pembelian Sewa Upah Insurans premium Pembelian aset baru Jumlah aliran keluar tunai

Feb MMac Apr Mei 39,00039,000

36,00036,000

39,000 4,500 5,000 2,800

25,000

54,00054,000

36,000 4,500 5,000

51,000 51,000

54,000 4,500 5,000

76,300 45,500 63,500

Langkah 3: Sediakan belanjawan tunai

Jadual 9.1: Belanjawan Tunai

Jumlah penerimaan tunai Jumlah bayaran tunai Perubahan tunai Baki mula Baki akhir tunai (tanpa pinjaman) Baki tunai terkumpul Minimum baki diperlukan Keperluan pembiayaan (bayar balik) Penutupan baki tunai

Mac Apr Mei 60,750

76,300 (15,550) 15,000

(550) (550)

10,000 10,550

68,25045,500 22,750 10,000 32,750 32,750 10,000

(10,550)

84,250 63,500 20,750 22,200 42,950 42,950 10,000

10,000 222,2200 442,950

Page 6: Topik 9 Perancangan Kewangan

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN �

279

Seterusnya, kita akan membuat ramalan kewangan bagi tujuan membentuk pro forma siri penyata kewangan:

(a) Syarikat boleh menganggarkan tahap akaun belum terima, inventori, akaun perlu bayar dan lain-lain akaun pada masa akan datang untuk memenuhi keperluan pinjaman dan jangkaan keuntungan;

(b) Pegawai kewangan boleh membuat penilaian terperinci ke atas penyata kewangan sebenar yang telah dirancang dan membuat pelarasan daripada penyata tersebut; dan

(c) Pengurus kewangan dan pemiutang boleh menilai terlebih dahulu tahap keberuntungan syarikat dan pencapaian keseluruhan syarikat.

Belanjawan adalah ramalan dan ramalan sering tidak tepat. Apakahcara untuk memastikan ramalan dalam menganggarkan aliran tunaisyarikat boleh mencapai objektif tanpa ada percanggahan ataukesilapan?

AKTIVITI 9.1

LATIHAN 9.1

1. Apakah tempoh masa yang sesuai untuk belanjawan tunai?

2. Salah satu tugas anda sebagai pekerja Syarikat Zitroe ialahmenyediakan belanjawan tunai bagi tempoh dari 1 Januari hingga30 Jun 2011.

Sila sediakan item yang berikut:

(a) Jadual Ramalan Tunai yang Diterima;

(b) Jadual Ramalan Pembayaran Tunai Bulanan; dan

(c) Belanjawan Tunai dari 1 Januari hingga 30 Jun 2011.

Page 7: Topik 9 Perancangan Kewangan

� TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN 280

Gunakan maklumat di bawah untuk membantu andamenyediakan belanjawan.

(i) 80% adalah jualan kredit; 80% jualan kredit akandikutip dalam bulan seterusnya; 15% akan dikutip60 hari selepas jualan dan 4% lagi akan dikutip 90 hariselepas jualan. Syarikat terpaksa menanggung 1%jualan kredit sebagai hutang yang tidak dapat dikutip(hutang lapuk).

(ii) Pembelian yang dibuat setiap bulan adalah 65%daripada ramalan jualan untuk bulan depan. Bayaranpembelian ini akan dibuat hanya sebulan selepaspembelian.

(iii) Syarikat berhasrat untuk mengekalkan minimum bakitunai sebanyak RM300,000. Baki tunai pada 1 Januariadalah sebanyak RM300,000.

(iv) Syarikat menjangkakan penghantaran mesin baru padabulan April. Pembayaran sebanyak RM400,000 akandibuat selepas penghantaran.

(v) Pembayaran untuk cukai sebanyak RM500,000 akandibuat pada bulan Mac dan Jun.

(vi) Sewa sebanyak RM100,000 sebulan. Lain-lainperbelanjaan tunai adalah 3% daripada jualan.

(vii) Perbelanjaan susut nilai adalah RM150,000 sebulan.

(viii) Perbelanjaan buruh adalah 10% daripada jualan bulandepan.

(ix) Lembaga Pengarah syarikat berhasrat untukmengekalkan pembayaran dividen sebanyak RM450,000yang akan diberikan pada bulan Jun.

(x) Jualan pada bulan Oktober adalah sebanyakRM3,000,000 dan RM2,000,000 pada bulan Novemberserta Disember 2010.

Page 8: Topik 9 Perancangan Kewangan

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN �

281

PRO FORMA PENYATA PENDAPATAN

Pro forma penyata pendapatan menyediakan ramalan bagi jumlah keberuntungan yang boleh diperoleh daripada syarikat bagi sepanjang tempoh masa tertentu. Dua langkah utama dalam menyediakan pro forma penyata kewangan adalah:

(a) PPenyediaan Ramalan Jualan Brigham (1995) mentakrifkan ramalan jualan sebagai ramalan bagi unit dan jumlah jualan di masa depan. Ramalan jualan adalah aktiviti utama pra-syarat dalam proses perancangan kewangan. Beberapa sumber diperlukan untuk membuat ramalan ini (lihat Rajah 9.2). Ramalan jualan sekurang-kurangnya berdasarkan kepada:

(i) Sebarang arah aliran jualan syarikat dijangkakan akan berulang pada tahun akan datang; dan

(ii) Faktor atau kejadian yang boleh memberi kesan besar ke atas arah aliran jualan syarikat.

9.3

(xi) Ramalan jualan dalam tempoh tujuh bulan pertama bagi tahun 2011 adalah seperti berikut:

Bulan Jualan (RM)

Januari Februari Mac April Mei Jun Julai

3,000,000 5,000,000 5,000,000 6,000,000 3,000,000 2,000,000 2,000,000

(xii) Syarikat akan membuat bayaran faedah dalam bulan Jun sebanyak RM310,000.

Page 9: Topik 9 Perancangan Kewangan

� TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN 282

Rajah 9.2: Faktor yang mempengaruhi ramalan jualan

Hasil daripada maklumat ini, pengurus kewangan boleh menganggarkan aliran masuk dan aliran keluar tunai yang berkaitan dengan operasi jualan dan inventori. Selain itu, maklumat ini juga boleh membantu pengurus kewangan dalam menentukan aset yang digunakan dan jumlah yang diperlukan untuk membiaya tahap pengeluaran yang diramalkan.

(b) RRamalan Pemboleh Ubah Kewangan Pemboleh ubah kewangan adalah item daripada perbelanjaan, aset semasa dan aset tetap, liabiliti dan ekuiti (Scott, Keown et al., 1996). Selepas anda berjaya menganggarkan peningkatan dalam jualan, tentukan kesan peningkatan tersebut dalam pemboleh ubah kewangan.

Secara umumnya, pemboleh ubah ini berubah mengikut perubahan dalam jualan. Contohnya, jika jualan meningkat, maka semestinya perbelanjaan, terutamanya kos akan berubah; akan meningkat dengan peningkatan dalam jualan. Aset hendaklah meningkat lebih banyak lagi, sama ada aset semasa atau aset tetap diperlukan bagi membantu untuk menyokong peningkatan dalam jualan dan pemboleh ubah kewangan.

Page 10: Topik 9 Perancangan Kewangan

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN �

283

Proses penyediaan pro forma penyata kewangan seperti berikut:

Langkah 1 Sediakan ramalan jualan.

Langkah 2 Tentukan jadual pengeluaran dan keperluan seperti bahan, buruh dan perbelanjaan.

(a) TTentukan Jumlah Unit yang akan Dihasilkan Jumlah unit yang dihasilkan bergantung kepada inventori pembukaan, ramalan jualan dan tahap penutupan inventori yang disasarkan

Jangkaan jualan unit

+ Penutupan inventori

– Pembukaan inventori

= Keperluan pengeluaran

(b) TTentukan Kos Pengeluaran Seunit

Kos seunit = Bahan + Upah + Kos pasti

Jumlah kos produk = Bilangan unit yang dihasilkan � Kos seunit

Kira kos jualan barang

(i) Anggaran unit jualan; dan

(ii) Kos barangan yang dijual = Jualan unit � Kos seunit.

(c) KKira Penutupan Inventori

Pembukaan inventori RM xxxx + Jumlah kos pengeluaran xxx

= Jumlah inventori untuk jual xxxx

– Kos barangan yang dijual xxx

= Penutupan inventori xxxx

Page 11: Topik 9 Perancangan Kewangan

� TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN 284

Langkah 3 Kira perbelanjaan lain

(a) Pentadbiran dan perbelanjaan am; dan

(b) Perbelanjaan faedah.

Langkah 4 Sediakan pro forma penyata pendapatan

Hasil jualan RM xxxx

– Kos barangan yang dijual xxx

– Susut nilai xxx

= Keuntungan kasar xxxx

– Pentadbiran dan perbelanjaan am xxx

= Keuntungan operasi (keuntungan sebelum faedah dan cukai) xxx

– Perbelanjaan faedah xx

= Perolehan sebelum cukai xxx

– Cukai xx

= Perolehan selepas cukai xxx

– Dividen saham biasa (tunai) xx

= Meningkat (menurun) dalam penerapan perolehan xxx

Contoh 9.2 Dengan menggunakan maklumat dalam Contoh 9.1, sediakan pro forma penyata pendapatan untuk Syarikat Nuri bagi bulan Mei. Berikut adalah maklumat tambahan:

Jumlah aset tetap = RM300,000

Susut nilai = 10% daripada jumlah aset tetap

Inventori pada 30 April = RM20,000

Inventori pada 30 Mei = RM40,000

Kadar cukai = 30%

Page 12: Topik 9 Perancangan Kewangan

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN �

285

Syarikat Nuri Pro Forma Penyata Pendapatan

bagi bulan Mei Hasil jualan Kos jualan barang Pembukaan inventori Pembelian (60% � 85,000) Penutupan inventori Kos jualan barang Keuntungan kasar Perbelanjaan operasi Pejabat dan perbelanjaan sewa gudang Perbelanjaan upah Perbelanjaan operasi Keuntungan operasi sebelum faedah dan cukai Cukai Perolehan selepas cukai

(RM)

20,000 51,000 71,000

(40,000)

4,500 5,000

(RM)

85,000

(31,000) 54,000

(9,500) 44,500

(13,350) 31,150

Juruaudit dapat mengesan perbezaan yang ketara dalam aliran tunaibersih daripada fail perakaunan syarikat anda untuk tempoh dua tahunlepas. Wujud kemungkinan yang disebabkan oleh kesilapan semasamembuat rekod atau percanggahan dengan pekerja syarikat. Apakahtindakan yang perlu diambil?

AKTIVITI 9.2

Page 13: Topik 9 Perancangan Kewangan

� TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN 286

� Anda didedahkan kepada kepentingan perancangan kewangan dengan

menyediakan pro forma penyata pendapatan dan belanjawan tunai dalam Topik 9. Syarikat boleh membuat penilaian dan pelarasan terperinci untuk maksimumkan keuntungan melalui perbandingan aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai.

� Belanjawan tunai adalah rumusan penerimaan dan bayaran tunai yang dijangka untuk jangka masa yang singkat.

LATIHAN 9.2

1. Apakah kegunaan pro forma penyata pendapatan?

2. Nyatakan empat bahagian yang terdapat dalam belanjawan tunai.

3. Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan pro forma penyatapendapatan Syarikat Tulip bagi tahun 2011.

Ramalan jualan RM10,000,000

Kos jualan barang 60% jualan

Pentadbiran dan perbelanjaan jualan RM100,000 sebulan

Perbelanjaan susut nilai RM140,000 sebulan

Perbelanjaan faedah RM120,000

Kadar cukai 34%

Kadar bayaran dividen 50%

Page 14: Topik 9 Perancangan Kewangan

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN �

287

� Terma yang digunakan dalam belanjawan tunai adalah seperti berikut:

– Penerimaan tunai;

– Bayaran tunai;

– Perubahan tunai bersih; dan

– Lebihan tunai.

� Pro forma penyata pendapatan menyediakan ramalan bagi jumlah keberuntungan yang boleh didapati daripada syarikat melalui tempoh masa yang tertentu.

Belanjawan tunai

Aliran masuk tunai

Aliran keluar tunai

Lebihan tunai

Perancangan kewangan

Tunai bersih

Pro forma penyata pendapatan