topik 8 perancangan pengurusan kejohanan olahraga (teknikal)

28
X PENGENALAN Persiapan dan perancangan dalam menguruskan kejohanan olahraga dari segi teknikal memerlukan individu yang berkepakaran dan berpengalaman. Namun bagi mereka yang baru dalam bidang teknikal mereka perlu belajar dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan. Selain daripada itu mereka juga perlu menyertai kursus kepegawaian anjuran Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM) dan T T o o p p i i k k 8 8 X Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal) HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan cara melaksanakan upacara perasmian dan penutup dalam sesuatu kejohanan olahraga; 2. Menghuraikan peranan yang di mainkan oleh jawatan kuasa teknikal dalam sesuatu kejohanan olahraga; 3. Menyatakan kepentingan mengadakan post-mortem serta langkah untuk membuat post-mortem; dan 4. Menyatakan kepentingan laporan dan sub tajuk yang perlu ada dalam laporan serta jenis-jenis laporan.

Upload: east-smile

Post on 27-Nov-2015

128 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

dg

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

PENGENALAN

Persiapan dan perancangan dalam menguruskan kejohanan olahraga dari segi teknikal memerlukan individu yang berkepakaran dan berpengalaman. Namun bagi mereka yang baru dalam bidang teknikal mereka perlu belajar dari mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan. Selain daripada itu mereka juga perlu menyertai kursus kepegawaian anjuran Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM) dan

TTooppiikk 88 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan cara melaksanakan upacara perasmian dan penutup dalam sesuatu kejohanan olahraga;

2. Menghuraikan peranan yang di mainkan oleh jawatan kuasa teknikal dalam sesuatu kejohanan olahraga;

3. Menyatakan kepentingan mengadakan post-mortem serta langkah untuk membuat post-mortem; dan

4. Menyatakan kepentingan laporan dan sub tajuk yang perlu ada dalam laporan serta jenis-jenis laporan.

Page 2: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

142

kursus pengurusan anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) bagi menjadikan mereka bertauliah. Bagi menjadikan kejohanan olahraga yang dianjurkan berwibawa dan mencapai objektif kejohanan pihak pengelola olahraga perlu membentuk peraturan am kejohanan. Peraturan am perlu dirangka bertujuan untuk mengawal perjalanan kejohanan. Peraturan Am yang dibina seharusnya adil dan bebas daripada pengaruh luar termasuk pengaruh tuan rumah. Undang-undang dan peraturan di bina akan menjadi panduan dalam satu kejohanan olahraga. Pegawai-pegawai teknikal kejohanan seharusnya dilantik daripada mereka yang mempunyai tauliah daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Pegawai-pegawai teknikal merupakan mereka yang berperanan penting ketika acara olahraga berlangsung. Pegawai teknikal bertanggungjawab memastikan peserta dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi perjalanan sesuatu acara olahraga.

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN

Sebelum mengendalikan kejohanan jawatan kuasa teknikal dan induk perlu menyediakan satu set peraturan am kejohanan yang akan menjadi rujukan setiap pasukan yang menyertainya. Walaupun peraturan am adalah hak mutlak penganjur namun sebagai penganjur yang beretika kita perlu memastikan peraturan am yang dirangka jelas dan tidak menguntungkan mana-mana pihak. Sebaliknya peraturan am yang kita rangka dan bina bertujuan mengawal perjalanan kejohanan. Peraturan am adalah saling lengkap melengkapi dengan undang-undang permainan. Peraturan am kejohanan juga seharusnya tidak membelakangi undang-undang teknikal yang telah termaktub dalam undang-undang persatuan sukan dan badan teknikal sukan dunia. Sebagai contohnya dalam menganjurkan kejohanan olahraga undang bagi setiap acara perlulah mengikut spesifikasi yang telah di tetapkan oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

8.1.1 Contoh Peraturan Am

Berikut adalah contoh peraturan am yang di ambil dari peraturan Majlis sekolah-sekolah Malaysia:

8.1

Page 3: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 143

1.0 Peraturan Am 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan

dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan

akan diputuskan seperti berikut:

1.2.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

1.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada Undang-

Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). 2.0 Tarikh Pertandingan 09 Sept hingga 12 Sept, 2006 3.0 Tempat Pertandingan Kompleks Sukan Bandar Batu Pahat, Johor. 4.0 Penyertaan 4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah dalam daerah Batu Pahat

Johor yang berdaftar dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Batu Pahat. 4.2 Pegawai Satu (1) orang Pengurus Dua (2) orang Jurulatih Lelaki Dua (2) Jurulatih Wanita 4.3 Peserta

4.3.1 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk menyertai tiga (3) acara perseorangan dan dua (2) acara berpasukan.

4.3.2 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk satu kategori sahaja. 5.0 Kelayakan Peserta 5.1 Peserta hendaklah terdiri daripada pelajar yang menghadiri kursus penuh di

sekolah-sekolah yang berdaftar dan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Batu Pahat.

5.2 Pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM/STPM tidak

layak menyertai pertandingan ini.

Page 4: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

144

5.3 Mereka yang berdaftar di sekolah swasta selepas mendapat keputusan

SPM/STPM layak menyertai pertandingan ini dengan syarat mempunyai kedatangan tidak kurang daripada 75% kehadiran (kiraan bermula sebulan selepas pengumuman keputusan peperiksaan).

5.4 Peserta di bahagikan kepada enam kategori seperti Jadual 8.10:

Jadual 8.1: Kategori dan Syarat-syaratnya

Kategori Syarat Lelaki 12 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2006 Perempuan 12 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2006 Lelaki 15 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2006 Perempuan 15 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2006 Lelaki 20 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2006 Perempuan 20 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2006

5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan Kad Pengenalan

diri, dan tiga (3) keping gambar berukuran Pasport Antarabangsa bagi setiap peserta bersama Borang Pendaftaran peserta. Semua peserta yang menggunakan dokumen pendaftaran JPN 1/9 atau 1/11 mestilah disahkan oleh Pengerusi pertandingan.

5.4 Peserta-peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran/

semasa taklimat Pengurus Pasukan akan dikenakan Yuran Pendaftaran RM 20.00 seorang. Gantian peserta hanya boleh dilakukan kepada peserta yang telah didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran. Semua Yuran Pendaftaran peserta tidak akan dikembalikan.

5.5 Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara

20.11. 6.0 Mesyuarat Pengurus Pasukan 6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum

pertandingan pertama dijalankan. 6.2 Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama

peserta beserta dengan Kad Pengenalan atau Dokumen Pendaftaran JPN 1/9atau JPN 1/11 yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan.

Page 5: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 145

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

7.0 Acara-acara 7.1 Pertandingan ini terbahagi kepada acara-acara seperti berikut:- 7.1.1 Balapan dan Padang Lelaki 20 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA 1) 100M 13) 20,000M Jalan Kaki 2) 200M 14) 4 x 100M Lari Berganti 3) 400M 15) 4 x 400M Lari Berganti 4) 800M 16) Lompat Tinggi 5) 1,500M 17) Lompat Jauh 6) 5,000M 18) Lompat Kijang 7) 10,000M 19) Lompat Bergalah 8) Dekathlon 20) Lontar Peluru 9) 110M Lari Berpagar 21) Lontar Cakera 10) 400M Lari Berpagar 22) Merejam Lembing 11) 3,000M Lari Berhalang 23) Baling Tukul Besi 12) 10,000M Jalan Kaki

7.1.2 Balapan dan Padang Wanita 20 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA 1) 100M 12) 10,000M Jalan Kaki 2) 200M 13) 4 x 100M Lari Berganti 3) 400M 14) 4 x 400M Lari Berganti 4) 800M 15) Lompat Tinggi 5) 1,500M 16) Lompat Jauh 6) 10,000M 17) Lompat Kijang 7) Hepthathlon 18) Lompat Bergalah 8) 100M Lari Berpagar 19) Lontar Peluru 9) 400M Lari Berpagar 20) Lontar Cakera 10) 5,000M Lari Berhalangan 21) Merejam Lembing 11) 15,000M Jalan Kaki 22) Baling Tukul Besi

Page 6: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

146

7.1.3 Balapan dan Padang Lelaki 15 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA 1) 100M 10) Lompat Tinggi 2) 200M 11) Lompat Jauh 3) 400M 12) Lompat Kijang 4) 800M 13) Lompat Bergalah 5) 1,500M 14) Lontar Peluru 6) 110M Lari Berpagar 15) Lontar Cakera 7) 400M Lari Berpagar 16) Merejam Lembing 8) 4 x 100M Lari Berganti 17) Baling Tukul Besi 9) 4 x 400M Lari Berganti

7.1.4 Balapan dan Padang Wanita 15 tahun ke bawah. BIL ACARA BIL ACARA 1) 100M 10) Lompat Tinggi 2) 200M 11) Lompat Jauh 3) 400M 12) Lompat Kijang 4) 800M 13) Lompat Bergalah 5) 1,500M 14) Lontar Peluru 6) 100M Lari Berpagar 15) Lontar Cakera 7) 400M Lari Berpagar 16) Merejam Lembing 8) 4 x 100M Lari Berganti 17) Baling Tukul Besi 9) 4 x 400M Lari Berganti 7.1.5 Balapan dan Padang Lelaki 12 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA 1) 100M 6) Lompat Tinggi 2) 200M 7) Lompat Jauh 3) 400M 8) Lompat Kijang 4) 4 x 100M Lari Berganti 9) Lontar Peluru 5) 4 x 400M Lari Berganti 10) Merejam Lembing

7.1.6 Balapan dan Padang Wanita 12 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA 1) 100M 6) Lompat Tinggi 2) 200M 7) Lompat Jauh 3) 400M 8) Lompat Kijang 4) 4 x 100M Lari Berganti 9) Lontar Peluru 5) 4 x 400M Lari Berganti 10) Merejam Lembing

Page 7: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 147

8.0 Sistem Pertandingan 8.1 Bagi ketinggian pagar dalam acara berpagar Lelaki/Wanita akan

menggunakan had ketinggian seperti yang digunakan dalam mana-mana acara olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia yang telah ditetapkan.

8.2 Bagi berat alat-alatan sukan seperti Peluru, Cakera dan Lembing

Lelaki/Wanita dan acara Baling Tukul Besi juga akan menggunakan kategori berat yang digunakan dalam mana-mana acara olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia yang telah ditetapkan.

9.0 Masa Melaporkan Diri 9.1 Acara Balapan Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 30 minit

sebelum acara-acara mereka bermula. 9.2 Acara Padang Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 45 minit

sebelum acara-acara mereka bermula. 9.3 Sebarang perubahan atau pindaan mengenai perkara 9.1 dan 9.2 akan

dimaklumkan kelak. 10.0 Penggantian 10.1 Bagi acara Lari Berganti-ganti, penggantian pelari boleh dibuat dengan

peserta yang telah didaftarkan sahaja. Dengan itu semua nama peserta yang mengambil bahagian hendaklah diserahkan kepada Pegawai bertugas bersama dengan Borang Penyertaan.

10.2 Seseorang peserta yang diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil

bahagian dalam acara-acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang menarik diri dan hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

10.3 Bagi acara (perseorangan) dan berpasukan, peserta yang telah didaftarkan

sahaja yang layak mengambil bahagian. Peserta gantian tidak dibenarkan. 11.0 Pembatalan 11.1 Semua peserta yang telah melayakkan diri dari pusingan awal ke pusingan

berikutnya, tidak dibenarkan menarik diri daripada menyertai acara tersebut.

Page 8: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

148

11.2 Sekiranya berlaku, maka peserta berkenaan akan dibatalkan daripada pertandingan berikutnya kecuali dengan kebenaran daripada Pengadil atau Doktor (jika kecederaan).

12.0 Abjad/Nombor Peserta 12.1 Peserta tidak dibenarkan bertanding melainkan mereka memakai

Abjad/Nombor yang ditentukan di hadapan dan di belakang badan dan di pin atau dilekatkan dalam keadaan sempurna iaitu empat pin pada pepenjuru. Hanya peserta-peserta Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah sahaja dibenarkan memakai satu nombor.

13.0 Peralatan 13.1 Dalam acara Lompat Bergalah, seseorang peserta itu dibenarkan

menggunakan galah sendiri. Semua alat pertandingan termasuk Blok Permulaan (Starting Block) akan disediakan oleh Jawatan kuasa Teknikal dan Pertandingan.

13.2 Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan galah peserta yang lain

kecuali mendapat kebenaran daripada peserta berkenaan. 14.0 Saringan 14.1 Lima (5) Saringan Hanya dua (2) peserta dari setiap saringan dan enam (6)

lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari kelima-lima adalah layak memasuki peringkat Separuh Akhir.

14.2 Empat (4) Saringan Hanya tiga (3) peserta dari tiap-tiap saringan dan empat

(4) lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari keempat-empat saringan layak memasuki peringkat Separuh Akhir.

14.3 Tiga (3) Peringkat Separuh Akhir Hanya dua (2) peserta dari setiap separuh

akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa yang terbaik dari ketiga-tiga Separuh Akhir adalah layak memasuki peringkat Akhir.

14.4 Dua (2) Peringkat Separuh Akhir Hanya tiga (3) peserta dari tiap-tiap Separuh

Akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik dari kedua-dua Separuh Akhir adalah layak memasuki peringkat Akhir.

15.0 Pembahagian Lorong 15.1 Semua pembahagian lorong akan dijalankan oleh Jawatan kuasa Teknikal dan

Pertandingan Olahraga.

Page 9: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 149

15.2 Bagi pusingan pertama, setiap peserta akan diundi untuk menentukan lorong masing-masing.

15.3 Bagi pusingan berikutnya, maka dua (2) undian akan dibuat seperti berikut:-

15.3.1 Undian pertama adalah untuk empat peserta atau pasukan yang telah mencatat masa terpantas bagi memutuskan tempat-tempat mereka di lorong 3, 4, 5 dan 6.

15.3.2 Undian kedua adalah untuk empat peserta atau pasukan lain yang telah melayakkan diri bagi memutuskan tempat mereka di lorong 1, 2, 7 dan 8.

15.4 Peraturan 15 adalah menjadi tanggungjawab Jawatan kuasa Teknikal dan

Pertandingan. 16.0 Pengadil/Pegawai Pertandingan 16.1 Semua Pegawai Teknikal yang bertauliah akan dilantik oleh Kesatuan

Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk bertugas di sepanjang berlangsung.

16.2 Keputusan Pegawai Teknikal Dalam Setiap Pertandingan Adalah Muktamad. 17.0 Bantahan/Tatatertib 17.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja

dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00.

17.2 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati

tidak wajar. 17.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah/Pegawai Pertandingan

dalam masa tiga puluh (30) minit selepas pertandingan itu tamat. Walau bagaimanapun semua prosedur atur cara bantahan hendaklah mengikut amalan yang digunakan oleh KOAM.

18.0 Jawatan Kuasa Bantahan/Tatatertib 18.1 Pelantikan Jawatan kuasa Bantahan/Tatatertib dan prosedur atur cara

mesyuarat adalah mengikut yang digunakan oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.

Page 10: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

150

18.2 Jawatan kuasa Bantahan/Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.

18.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad. 19.0 Kawasan Pertandingan 19.1 Hanya pegawai-pegawai pertandingan yang bertugas dan peserta-peserta

yang sedang bertanding sahaja dalam acara masing-masing dibenarkan berada dalam kawasan pertandingan.

20.0 Hadiah-hadiah 20.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti Jadual 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6 dan 8.7.

Jadual 8.2: Pingkat untuk Lelaki Bawah 20 Tahun

LELAKI 20 Tahun EMAS PERAK GANGSA 100M 1 1 1 200M 1 1 1 400M 1 1 1 800M 1 1 1 1,500M 1 1 1 5,000M 1 1 1 10,000M 1 1 1 Dekathlon 1 1 1 110M Lari Berpagar 1 1 1 400M Lari Berpagar 1 1 1 3,000M Lari Berhalangan 1 1 1 10,000M Jalan Kaki 1 1 1 20,000M Jalan Kaki 1 1 1 4 x 100M Lari Berganti 1 1 1 4 x 400M Lari Berganti 1 1 1 Lompat Tinggi 1 1 1 Lompat Jauh 1 1 1 Lompat Kijang 1 1 1 Lompat Bergalah 1 1 1 Lontar Peluru 1 1 1 Lontar Cakera 1 1 1 Merejam Lembing 1 1 1 Baling Tukul Besi 1 1 1 JUMLAH 23 23 23

Page 11: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 151

Jadual 8.3: Pingkat untuk Wanita Bawah 20 Tahun

WANITA 20 tahun EMAS PERAK GANGSA

100M 1 1 1

200M 1 1 1

400M 1 1 1

800M 1 1 1

1,500M 1 1 1

10,000M 1 1 1

Hepthathlon 1 1 1

100M Lari Berpagar 1 1 1

400M Lari Berpagar 1 1 1

3,000M Lari Berhalangan 1 1 1

15,000M Jalan Kaki 1 1 1

10,000M Jalan Kaki 1 1 1

4 x 100M Lari Berganti 1 1 1

4 x 400M Lari Berganti 1 1 1

Lompat Tinggi 1 1 1

Lompat Jauh 1 1 1

Lompat Kijang 1 1 1

Lompat Bergalah 1 1 1

Lontar Peluru 1 1 1

Lontar Cakera 1 1 1

Merejam Lembing 1 1 1

Baling Tukul Besi 1 1 1

JUMLAH 22 22 22

Page 12: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

152

Jadual 8.4: Pingkat untuk Lelaki Bawah 16 Tahun

LELAKI 16 Tahun EMAS PERAK GANGSA

100M 1 1 1

200M 1 1 1

400M 1 1 1

800M 1 1 1

1,500M 1 1 1

110M Lari Berpagar 1 1 1

400M Lari Berpagar 1 1 1

4 x 100M Lari Berganti 1 1 1

4 x 400M Lari Berganti 1 1 1

Lompat Tinggi 1 1 1

Lompat Jauh 1 1 1

Lompat Kijang 1 1 1

Lompat Bergalah 1 1 1

Lontar Peluru 1 1 1

Lontar Cakera 1 1 1

Merejam Lembing 1 1 1

Baling Tukul Besi 1 1 1

Lompat Tinggi 1 1 1

JUMLAH 17 17 17

Jadual 8.5: Pingkat untuk Wanita Bawah 16 Tahun

WANITA 16 tahun EMAS PERAK GANGSA

100M 1 1 1

200M 1 1 1

400M 1 1 1

800M 1 1 1

1,500M 1 1 1

Page 13: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 153

110M Lari Berpagar 1 1 1

400M Lari Berpagar 1 1 1

4 x 100M Lari Berganti 1 1 1

4 x 400M Lari Berganti 1 1 1

Lompat Tinggi 1 1 1

Lompat Jauh 1 1 1

Lompat Kijang 1 1 1

Lompat Bergalah 1 1 1

Lontar Peluru 1 1 1

Lontar Cakera 1 1 1

Merejam Lembing 1 1 1

Baling Tukul Besi 1 1 1

Lompat Tinggi 1 1 1

JUMLAH 17 17 17

Jadual 8.6: Pingkat untuk Lelaki Bawah 14 Tahun

LELAKI 14 Tahun EMAS PERAK GANGSA

100M 1 1 1

200M 1 1 1

400M 1 1 1

4 x 100M Lari Berganti 1 1 1

4 x 400M Lari Berganti 1 1 1

Lompat Tinggi 1 1 1

Lompat Jauh 1 1 1

Lompat Kijang 1 1 1

Lontar Peluru 1 1 1

Merejam Lembing 1 1 1

JUMLAH 10 10 10

Page 14: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

154

Jadual 8.7: Pingkat untuk Wanita Bawah 16 Tahun

WANITA 14 Tahun EMAS PERAK GANGSA

100M 1 1 1

200M 1 1 1

400M 1 1 1

4 x 100M Lari Berganti 1 1 1

4 x 400M Lari Berganti 1 1 1

Lompat Tinggi 1 1 1

Lompat Jauh 1 1 1

Lompat Kijang 1 1 1

Lontar Peluru 1 1 1

Merejam Lembing 1 1 1

JUMLAH 10 10 10

PEGAWAI TEKNIKAL KEJOHANAN OLAHRAGA

Ketika anda menjadi pelajar sekolah satu ketika dulu sudah pasti anda pernah menyertai dan melihat kejohanan olahraga tidak kira sama ada di peringkat sekolah, Majlis Sukan Sekolah Daerah, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri atau Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Dalam kejohanan ini anda pasti akan dapat melihat

8.2

1. Apakah faktor yang utama harus kita fikirkan dalam membina peraturan am sebagai penganjur yang beretika?

2. Nyatakan tujuan utama peraturan am yang kita rangka.

3. Nyatakan tugas dan tanggungjawab pengadil dalam kejohanan olahraga.

4. Dalam mengendalikan kejohanan olahraga penganjur mesti mematuhi undang-undang teknikal yang di keluarkan oleh satu badan. Namakan badan tersebut di Malaysia.

SEMAK KENDIRI 8.1

Page 15: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 155

pegawai-pegawai yang bertugas ada antaranya duduk di tangga kayu untuk mencatat nama pemenang lumba lari, mengukur dan mencatat balingan dan lain-lain lagi. Apakah tugas mereka? Sebenarnya mereka bertugas sebagai pegawai teknikal kejohanan olahraga. Tahukah anda kebanyakan pegawai-pegawai ini ialah guru-guru yang telah didedahkan dalam tugas kepegawaian semenjak di Institusi Perguruan lagi iaitu dalam aktiviti Gerak Kerja Ko Kurikulum Olahraga atau Kejohanan Olahraga di peringkat Institusi perguruan. Sebagai seorang guru satu ketika nanti, sudah pasti anda akan di beri tugas sebagai pegawai teknikal. Keringat semua guru di peringkat sekolah ditagih dalam membantu urusan mengelola dan mengendalikan kejohanan olahraga peringkat sekolah. Dalam kejohanan peringkat sekolah-sekolah daerah, negeri dan negara kebanyakan guru-guru terlibat sebagai pegawai teknikal. Selain daripada itu terdapat juga guru-guru tertentu dilantik sebagai pengelola dan pengurus kejohanan. Dari pengalaman yang luas ini tidak hairanlah sekiranya dalam kejohanan olahraga peringkat kebangsaan seperti SUKMA, Kejohanan Olahraga Kebangsaan dan lain-lain lagi, kebanyakan guru-guru di beri penghormatan sebagai pegawainya teknik. Pegawai-pegawai teknikal kejohanan seharusnya dilantik daripada mereka yang mempunyai tauliah daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Pegawai-pegawai teknikal merupakan mereka yang berperanan penting ketika acara olahraga berlangsung. Pegawai teknikal bertanggungjawab memastikan peserta dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi perjalanan sesuatu acara olahraga. Tugas sebagai pegawai teknikal bukan satu tugas yang mudah, mereka yang bertugas dalam bidang ini perlulah berpengalaman dan berpengetahuan luas. Untuk mendapat pengiktirafan KOAM pegawai yang terbabit perlu melepasi ujian amali dan praktikal yang agak ketat. Merujuk kepada Teng (1994), secara amnya pegawai teknikal boleh di bahagikan kepada empat kumpulan umum iaitu: (a) Kumpulan Pengurusan

(a) Pengurus Kejohanan

(b) Pengurus Teknik

(c) Setiausaha Kejohanan (b) Kumpulan Juri Rayuan Dianggotai oleh tiga hingga lima orang ahli juri rayuan. Kalau di peringkat

sekolah juri rayuan di pengerusikan oleh pengetua sekolah dan setiausaha juri rayuan biasanya merupakan setiausaha sukan sekolah. Ahli juri rayuan biasanya orang yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam kejohanan

Page 16: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

156

olahraga. Juri rayuan juga perlu bebas atau tidak mempunyai kepentingan dengan mana-mana pasukan yang bertanding.

(c) Kumpulan Pertandingan

(i) Seorang pengadil bagi acara balapan

(ii) Seorang pengadil bagi acara padang

(iii) Seorang pengadil bagi acara jalan kaki

(iv) Hakim-hakim bagi acara balapan

(v) Hakim-hakim bagi acara padang

(vi) Hakim-hakim bagi acara jalan kaki

(vii) Pengadil-pengadil balapan

(viii) Seorang ketua penjaga masa

(ix) Penjaga-penjaga masa

(x) Pelepas

(xi) Penolong pelepas

(xii) Pencatat pusingan

(xiii) Perakam

(xiv) Pengawas-pengawas balapan

(xv) Penyelia peserta (d) Kumpulan Pegawai-pegawai Tambahan

(i) Juru acara

(ii) Seorang juru ukur rasmi

(iii) Juru teknik alat penyukat angin

(iv) Pasukan pembantu padang Tanggungjawab pegawai teknik secara amnya semasa kejohanan olahraga ialah:

Semua pegawai yang bertugas hendaklah hadir 20 minit sebelum kejohanan dimulakan bagi sesi taklimat.

Ketua pegawai teknikal perlu memberi taklimat kepada pegawai tentang masalah dan etika.

Ketua pegawai teknikal perlu memastikan dan mencatat kehadiran pegawai. Sekiranya ada pegawai yang tidak dapat hadir ketua pegawai teknikal boleh merujuk kepada urus setia untuk penggantian pegawai.

Page 17: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 157

Ketua pegawai teknikal perlu memastikan bahawa pegawai bertugas di setiap tempat pertandingan adalah mencukupi bagi melancarkan lagi kejohanan.

8.2.1 Bidang Tugas Pegawai Teknikal

Pegawai teknik biasanya di lantik daripada individu yang bertauliah, berpengetahuan dan mempunyai pengalaman luas dalam satu temasya olahraga. Sekiranya perlu pegawai yang dilantik hendaklah menjalani kursus sebelum kejohanan bagi melicinkan lagi pengelolaan kejohanan. Berikut di antara bidang tugas pegawai teknik: 1. Pengurus Kejohanan

Bertanggungjawab terhadap kelicinan dan kelancaran perjalanan kejohanan olahraga.

Berkuasa dalam menentukan dan mengendali keseluruhan perjalanan majlis.

Memastikan kehadiran pegawai teknikal yang bertugas serta mendapat pengganti sekiranya ada di antara pegawai teknikal tidak dapat hadir.

Memastikan keselamatan perjalanan kejohanan.

Mengaturkan perjumpaan dan taklimat dengan pegawai-pegawai pengurusan dan teknikal kejohanan olahraga.

Menentukan hanya mereka yang berkenaan sahaja dibenarkan berada di arena.

2. Penolong Pengurus Kejohanan

Membantu tugas- tugas Pengurus Kejohanan.

Mencatatkan kedatangan pegawai pada setiap sesi.

Mencatat masa mula dan berakhirnya setiap sesi.

Menilai tugas pegawai, kekuatan dan kelemahan-kelemahannya.

1. Nyatakan kumpulan pegawai teknikal kejohanan olahraga

2. Dengan ringkas, huraikan tanggungjawab mereka

SEMAK KENDIRI 8.2

Page 18: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

158

Membantu pengelolaan Majlis Penyampaian Hadiah.

Membantu pengagihan cenderamata jika ada.

Mengagihkan kain lengan pegawai. 3. Pengurus teknik

Memastikan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Memastikan ukuran gelanggang balapan dan padang menepati piawaian.

Memastikan alatan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Memastikan borang-borang teknikal untuk kegunaan pegawai-pegawai teknikal tersedia.

4. Setiausaha Kejohanan

Bertanggungjawab menguruskan urusan mesyuarat-mesyuarat jawatan kuasa induk dan mesyuarat yang berkaitan dengan pengelolaan kejohanan.

Membuat catatan dan penyediaan minit mesyuarat.

Menguruskan perjalanan surat-menyurat.

Menyediakan laporan perjalanan mesyuarat. 5. Juri Rayuan

Menerima masalah, bantahan dan rayuan daripada peserta dan pasukan yang bertanding.

Menyelesaikan masalah bantahan dan rayuan yang dikemukakan daripada peserta dan pasukan yang bertanding.

Keputusan juri rayuan adalah muktamad. 6. Pengadil

Memastikan dan menentukan peraturan pertandingan dipatuhi di dalam kejohanan olahraga.

Membuat keputusan dari aspek teknikal yang berbangkit terutama sekiranya masalah ini tiada terdapat dalam peraturan-peraturan pertandingan.

Merupakan orang yang di rujukan dan seterusnya membuat keputusan dalam satu pertelingkahan teknikal sekiranya hakim tidak dapat membuat keputusan.

Page 19: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 159

Pengadil perlu memastikan terdapat hakim yang bertugas bagi acara-acara tertentu, sekiranya belum terdapat lantikan hakim bagi acara-acara tertentu pengadil perlu membuat pelantikan.

Membuat taklimat kepada hakim-hakim dan pegawai teknikal tentang aspek teknikal sebelum memulakan kejohanan.

Mengawasi pengukuran yang dilakukan dalam acara padang dan memeriksa keputusan-keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.

Mengawasi cara mengambil masa dalam acara balapan dan seterusnya memeriksa keputusan-keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.

Mengesahkan semua catatan rekod dan menandatanganinya.

Memastikan semua keputusan dicatat dengan betul sebelum diserahkan kepada pencatat. (Ketua Hakim perlu membantu).

Pengadil berkuasa memberi amaran kad kuning dan kad merah dengan itu pengadil berkuasa untuk menyingkirkan peserta dari kejohanan atas sebab-sebab tertentu.

Pengadil berkuasa membatalkan acara dan mengatur semula pertandingan pada masa yang sama mengikut budi bicara.

Pengadil berkuasa menukarkan tempat pertandingan dalam acara padang jika pada pendapatnya keadaan memerlukan dengan syarat sesuatu pusingan itu ditamatkan dahulu.

Berkuasa menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak bersopan dan memutuskan semua bantahan mengenai seseorang peserta pada ketika itu juga.

7. Ketua Hakim Bagi membantu pengadil menjalankan tugas yang agak berat dari segi

teknikal ketua hakim biasanya dilantik bagi membantu pengadil. Ketua hakim akan membantu pengadil dari segi memantau dan memastikan perjalanan kejohanan olahraga di laksanakan dengan licin serta mengurangkan masalah teknikal. Di balapan ketua hakim akan mengumpulkan keputusan sebelum diserahkan kepada pengadil untuk ditandatangani.

8. Hakim Balapan Hakim balapan bertanggungjawab menghakimi semua acara balapan. Antara

tugasnya ialah:

Menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu acara.

Page 20: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

160

Mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan untuk tindakan ketua hakim.

Memerhati kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara jarak jauh dengan bantuan pencatat.

Mencatatkan nombor dan kedudukan peserta serat-merta sebaik sampai di garisan penamat.

Hakim balapan tidak digalakkan berbincang kedudukan peserta dengan hakim lain.

9. Hakim Padang Hakim padang akan bertugas di bawah seorang ketua hakim, di antara

tugasnya hakim padang ialah:

Menghakimi acara padang mengikut peraturan.

Mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh peserta

Menyemak catatan pada akhir setiap pusingan

Mengesahkan balingan atau lompatan 10. Pengadil Lorong Sentiasa berada di sesuatu tempat seperti yang telah ditetapkan oleh Pengadil

atau Ketua pengadil Lorong. Mereka bertugas dibawah seorang ketua pengadil dan membantu pengadil dalam membuat membuat sebarang keputusan dan melaksanakan undang-undang dalam sesuatu kejohanan. Namun pengadil lorong tiada mempunyai kuasa dalam pembatalan dan membuat keputusan. Sebaliknya tugasnya adalah melapurkan kesalahan kepada pengadil untuk diambil tindakan. Di antara tugasnya ialah:

Memerhati bahawa semua peserta yang bertanding tidak melanggar

peraturan ketika mengambil bahagian dalam perlumbaan Pengadil lorong perlu memastikan peserta berlari mengikut lorong

masing-masing dari mula sampai penamat Mengawasi kawasan pertukaran baton semasa acara lari berganti-ganti di

patuhi mengikut peraturan pertandingan Mengangkat bendera merah sebagai isyarat adabila berlaku pelanggaran

peraturan ketika bertugas Melapor kepada pengadil semua peristiwa atau kejadian yang berlaku

untuk membolehkan pengadil membuat keputusan 11. Penjaga Masa Tugas utama penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang di lakukan oleh

pelumba lari dan pelumba jalan kaki dari permulaan hingga ke penamat. Masa akan mula diambil daripada daripada kilat atau cahaya tembakan pistol

Page 21: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 161

(cahaya bergerak lebih cepat dari bunyi) sehingga detik badan (torso) peserta itu sampai ke garis penamat seperti yang di syarat dalam buku peraturan.

Memandangkan tugasnya yang memerlukan tumpuan sepenuhnya terhadap

pergerakan permulaan sehingga tamat seorang atlit bisanya penjaga-penjaga masa ditempatkan di luar balapan iaitu bertentangan dengan garisan penamat. Mereka duduk di atas pentas yang bertingkat dan mengadap barisan hakim balapan. Seorang ketua penjaga masa akan mengawasi para penjaga masa yang bertugas. Di antara tugasan penjaga masa ialah:

Sebelum bertugas penjaga masa perlu memeriksa dan memastikan jam yang digunakan dalam keadaan baik.

Setiap jam mempunyai butang arahan yang berlainan oleh itu penjaga masa perlu membuat latihan serta memahami fungsi butang yang terdapat pada jam.

Mengambil dan mencatat masa perlumbaan peserta yang di tetapkan oleh ketua penjaga masa dalam acara balapan

Mencatat maklumat ke dalam Âborang penjaga masaÊ untuk di serahkan kepada ketua penjaga masa

Untuk mengelakkan bias ketika menjalankan tugas penjaga masa hendaklah bertugas sendirian, mereka tidak di galakan berbincang, membanding atau menujukan masa yang dicatatkan kepada penjaga masa yang lain.

Penjaga masa perlu menunjukkan jamnya kepada ketua penjaga masa yang akan memeriksa jam untuk menentukan masa yang di laporkan sama dengan masa di jam. Oleh itu penjaga masa tidak di benarkan untuk balikkan jarum jam (reset) sehingga diperiksa atau diarah oleh Ketua Penjaga Masa.

12. Ketua Penjaga Masa Ketua penjaga masa bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkaitan

masa rasmi yang di catat oleh setiap peserta dengan mengisi semula maklumat yang di perlukan dalam borang laporan ketua penjaga masa. Biasanya terdapat tiga atau dua jam digunakan untuk mengambil masa seorang peserta. Dalam keadaan dua daripada tiga jam rasmi menunjukkan masa yang sama dan jam ketiga mencatatkan masa berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang di tunjukkan oleh dua jam yang sama. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berlainan maka jam yang menunjukkan masa di tengah-tengah di ambil sebagai masa rasmi. Sekiranya dua jam di gunakan masa jam yang lebih lambat di terima sebagai masa rasmi. Namun dalam keadaan tertentu ketua penjaga masa akan mengambil sendiri masa

Page 22: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

162

perlumbaan, sekiranya terdapat perbezaan yang nyata ketua penjaga masa boleh mengambil masa yang diambilnya sebagai masa rasmi.

13. Pelepas dan Pelepas Panggil Balik Pelepas dan pelepas panggil balik biasanya terdiri daripada individu yang

mempunyai lesen khas dalam mengendali pistol. Di antara tugas pelepas ialah:

Pelepas bertanggung jawab membuat pelepasan semua peserta bagi setiap acara balapan mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan.

Pelepas bersama-sama dengan pembantu perlu mengawal semua peserta yang bertanding dari sebelum masa ke garisan sehingga peserta berlepas.

Pelepas atau pelepas panggil balik boleh bertindak sekiranya terdapat pelanggaran peraturan ketika proses pelepasan.

Pelepas panggil semula bertugas membantu pelepas mengawasi peraturan pelepasan di patuhi oleh peserta.

Jika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol pelepas atau pelepas panggil semula perlu melepaskan tembakan sebagai syarat memanggil semula peserta-peserta yang berlepas

Amaran dan penyingkiran hanya boleh di berikan oleh pelepas

Pelepas perlu memastikan para hakim dan penjaga masa bersedia sebelum memulakan pelepasan.

Pelepas juga perlu memastikan arahan yang di berikan dapat di dengari oleh kesemua peserta.

Pelepas perlu mengambil masa yang bersesuaian ketika memberi arahan dalam keadaan Âke garisanÊ, danÊ "Sedia‰.

14. Penolong Pelepas

Penolong pelepas bertugas membantu pelepas, antara tugas ini ialah:

Memeriksa dan memastikan hanya peserta-peserta yang sah dan didaftarkan sahaja bertanding atau mengambil bahagian dalam sesuatu perlumbaan atau acara tertentu.

Menentukan peserta-peserta memakai nombor mengikut peraturan yang telah di tetapkan di bahagian hadapan dan belakang bajunya seseorang peserta.

Memastikan dan mengawas peserta-peserta sentiasa berada di lorong dan tempat permulaan yang betul seperti yang di tetapkan dalam borang pelepas (Borang laporan penyeliaan peserta).

Page 23: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 163

Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah pelepas memberi isyarat ke garisan. Jika ada, penolong pelepas hendaklah memberi isyarat kepada pelepas.

Memastikan baton-baton telah tersedia bagi pelari pertama dalam acara lari berganti-ganti.

Sekiranya segala peraturan pelepas sudah di patuhi penolong pelepas perlu memberi isyarat kepada pelepas bahawa semua peserta sudah sedia.

15. Pencatat Pusingan Dalam acara yang melibatkan pusingan yang banyak contohnya acara jarak

jauh seperti acara 5000m atau 10000m pencatat pusingan di perlukan bagi mengelak kekeliruan. Tugas utama pencatat ialah mencatat bilangan pusingan yang di buat oleh tiap-tiap peserta dan pencatat pusingan juga bertanggungjawab untuk memberitahu peserta bilangan pusingan yang perlu di sempurnakan. Catatan ini akan di buat dalam borang pencatat pusingan. Loceng akan di bunyikan sebagai tanda kepada peserta yang beliau perlu menghabis satu pusingan sahaja lagi. Biasanya seorang pencatat pusingan akan di tugaskan untuk mengawasi seorang peserta.

16. Perakam Perakam bertugas untuk membuat catatan terhadap keputusan dalam

kejohanan olahraga. Antara tugas perakam ialah:

Mendapatkan keputusan semua pertandingan daripada Ketua Hakim yang telah disahkan oleh Pengadil.

Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi yang akan menunjukkan masa, jarak atau ketinggian setelah menerima maklumat daripada pengadil atau ketua hakim dan maklumat dari juru teknik dan penyukat angin.

Menyediakan carta pungutan mata dan pingat bagi setiap pasukan yang bertanding.

Menyediakan carta pungutan mata mengikut tiap-tiap peringkat umur dan jantina bagi acara yang di pertandingkan.

Mencatat rekod baru kejohanan yang telah di pecahkan mengikut peringkat umur dan jantina.

Menyediakan senarai nama peserta yang layak ke peringkat seterusnya dan di edarkan kepada pengurus pasukan.

Menyediakan semua keputusan dari peringkat saringan ke peringkat akhir dan kedudukan peserta tersebut.

Menyediakan Buku Keputusan Rasmi keseluruhan kejohanan dan edarkan kepada semua pengurus pasukan.

Page 24: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

164

Menyediakan rekod pencapaian individu bagi setiap bahagian untuk memudahkan pemilihan olahragawan dan olahragawati kejohanan.

Setelah membuat catatan perakam hendaklah menyampai keputusan rasmi itu kepada juru acara.

17. Marsyal Marsyal merupakan orang yang bertanggung jawab terhadap keselamatan

gelanggang. Dengan kata lain marsyal berkuasa penuh mengawasi arena pertandingan dan tidak membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan berkumpul atau berada dalam kawasan pertandingan. Ini termasuk pegawai-pegawai teknik yang tidak bertugas dan sepatutnya berada di tempat yang dikhaskan kepada mereka. Antara tugas marsyal ialah:

Berkuasa penuh mengarahkan penonton dan pegawai yang tidak berkenaan supaya meninggalkan gelanggang.

Mengagihkan pembantu-pembantu padang dan memaklumkan tugas mereka.

Mengawas supaya tiada gangguan berlaku di tempat pertandingan.

Menyediakan prosedur keluar dan masuk peserta dan pegawai serta majlis penyampaian hadiah.

18. Pembantu Marsyal Pembantu marsyal biasanya terdiri daripada pelajar atau ahli-ahli badan-

badan uniform antara tugas pembantu marsyal:

Membantu marsyal menjalankan tugas-tugas mengawal keselamatan gelangang permainan.

Membantu pengelola peserta membawa dan mengiringi peserta-peserta ke tempat pertandingan dan balik.

Membantu pengelola jawatan kuasa hadiah membawa pemenang ke tempat penyampaian hadiah dan balik.

19. Penyelia Peserta

Di antara tugas penyelia peserta ialah:

Mendapatkan semua borang penyertaan daripada Pengerusi Teknik Pertandingan.

Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan bertanding dalam sesuatu acara.

Membuat panggilan dan mengumpulkan peserta untuk ke gelanggang.

Mendapat bantuan pembantu marsyal untuk menghantar peserta ke gelanggang.

Page 25: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 165

Menyusun peserta masuk ke padang mengikut lorong bagi memudahkan tugasan pelepas atau hakim.

Menulis di papan markah bertujuan mengingatkan pengurus pasukan menyediakan peserta untuk pertandingan.

Mencatat maklumat jika terdapat dalam borang penyelia peserta (misalnya peserta yang menarik diri) untuk makluman dan perhatian penolong pelepas.

Menjalankan tugas mengumpul pemenang-pemenang hadiah untuk upacara penyampaian hadiah.

Menyusun pemenang hadiah mengikut kedudukan tempat bagi memudahkan acara penyampaian hadiah.

20. Juru acara

Antara tugas juruacara ialah:

Juru acara akan membuat pengumuman kepada orang ramai maklumat yang berkaitan dengan peserta yang mengambil bahagian dalam satu acara.

Juru acara biasanya membuat pengumuman dalam bentuk nama peserta, nombor, pasukan, lorong dan saringan.

Juruacara juga akan menghebahkan keputusan sesuatu acara yang di pertandingkan sebaik saja menerima maklumat yang sah daripada perakam atau pencatat.

Juru acara juga perlu mengumumkan upacara penyampaian hadiah berdasarkan kenyataan pada borang penyampaian hadiah.

Juru acara akan membacakan keputusan dengan menyatakan acara, pemenang, pasukan dan pencapaian yang dibuat

Semasa membuat pengumuman- perhatikan di tempat-tempat pertandingan juru acara perlu mengelakkan dari membuat ulasan selari semasa peserta sedang bertanding.

Juru acara kejohanan juga tidak di galakan menggunakan bahasa yang berbunga- bunga dan berbelit-belit.

Umumkan sebarang kesilapan sebaik sahaja disedari.

Selain daripada maklumat berkaitan dengan pertandingan juru acara juga diarahkan untuk membuat pengumuman yang tertentu berkaitan dengan kejohanan atau perkara-perkara lain yang perlu di hebahkan.

21. Juru Ukur Rasmi Juru ukur bertugas sebelum kejohanan olahraga bermula:

Page 26: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

166

Beliau bertanggungjawab mengukur dan memastikan ukuran balapan dan semua bulatan lontaran termasuk sektornya memenuhi spesifikasi rasmi.

Beliau akan menyerahkan sijil pengesahan yang menyatakan semua ukuran kawasan pertandingan adalah betul kepada pengurus kejohanan, pengurus teknik dan pengadil setelah berpuas hati terhadap semua ukuran gelanggang pertandingan.

22. Pegawai Perubatan Pegawai perubatan yang di bantu oleh pasukan sukarela amat perlu untuk

memberi bantu mula dan merawat kecederaan kecil. Pegawai perubatan bertugas memberi rawatan kepada peserta-peserta yang tercedera atau memerlukan perhatian perubatan ketika kejohanan berlangsung.

23. Juru teknik Alat Penyukat Angin

Juru teknik perlu menempatkan alat penyukat angin di tempat yang sesuai seperti yang disyaratkan oleh pihak pengelola dan mengikut undang-undang KOAM.

Tugas rasmi beliau ialah memerhati dan mencatat kelajuan angin dan arah larian ketika sesuatu acara berlangsung.

Catatan ini akan di serahkan kepada ketua hakim balapan dan padang yang berkenaan bagi menentukan dan mengesahkan apakah terdapat bantuan angin dalam sesuatu acara. Ini penting dalam mengesahkan rekod kejohanan.

(Di antara acara olahraga yang memerlukan kelajuan di sukat ialah 100 meter,

200 meter, 100, 110 meter lompat pagar, lompat jauh dan lompat kijang). 24. Pengawas Wartawan

Dalam kejohanan besar seorang pegawai akan di lantik oleh pengelola sebagai pegawai perhubungan antara pihak pengelola kejohanan dengan pihak wartawan.

Maklumat untuk sebaran akan di hantar kepada pihak akhbar melalui pengawas wartawan.

25. Pengawas Pembantu Padang

Pengawas pembantu padang bertanggungjawab mengagihkan tugas kepada pembantu padang yang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah atau pertubuhan sukarela.

Pembantu padang ini akan membantu menguruskan hal-hal berkaitan dengan penyediaan perkakasan dan alatan untuk pertandingan dan menyimpannya selepas pertandingan.

Page 27: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL) 167

Sebelum mengendalikan kejohanan Jawatan kuasa teknikal dan induk perlu menyediakan satu set peraturan am kejohanan.

Peraturan am kejohanan akan menjadi rujukan setiap pasukan yang menyertainya.

Peraturan am adalah hak mutlak penganjur.

Penganjur yang beretika kita perlu memastikan peraturan am yang dirangka jelas dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Peraturan am adalah saling lengkap melengkapi dengan undang-undang permainan.

Peraturan am kejohanan perlu tidak membelakangi undang-undang teknikal yang telah termaktub dalam undang-undang persatuan sukan dan badan teknikal sukan dunia.

Ahli juri rayuan biasanya orang yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam kejohanan olahraga.

Juri rayuan juga perlu bebas atau tidak mempunyai kentingan dengan mana-mana pasukan yang bertanding.

Pegawai-pegawai teknikal kejohanan dilantik daripada mereka yang mempunyai tauliah daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

Pegawai teknikal bertanggungjawab memastikan peserta dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi perjalanan sesuatu acara olahraga.

Untuk mendapat pengiktirafan KOAM sebagai pegawai kejohanan yang bertauliah mereka perlu melepasi ujian amali dan pratikal yang agak ketat.

Pegawai teknik biasanya di lantik daripada individu yang bertauliah, berpengetahuan dan mempunyai pengalaman luas dalam satu temasya olahraga.

Page 28: Topik 8 Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal)

TOPIK 8 PERANCANGAN PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA (TEKNIKAL)

168

Bendahari Jawatan kuasa Alatan Jawatan kuasa Atur cara Jawatan kuasa Audio dan Visual Jawatan kuasa Bantu Mula Jawatan kuasa Buku Program Jawatan kuasa Disiplin dan KeselamatanJawatan kuasa Fotografi Jawatan kuasa Hadiah dan Cenderahati Jawatan kuasa Hiasan Astaka Jawatan kuasa induk Jawatan kuasa Jamuan/Makanan Jawatan kuasa Jemputan Jawatan kuasa Kebersihan Jawatan kuasa kecil Jawatan kuasa Kewangan Jawatan kuasa Khemah Peserta Jawatan kuasa Pendaftaran dan Peserta Jawatan kuasa Pengacaraan Jawatan kuasa Pengangkutan Jawatan kuasa Penginapan Jawatan kuasa Perbarisan

Jawatan kuasa Persembahan Jawatan kuasa Persiapan/Keceriaan Jawatan kuasa Promosi/Publisiti Jawatan kuasa Protokol Jawatan kuasa Sambutan Jawatan kuasa Teknik Kepegawaian Jawatan kuasa Teknik Pertandingan Jawatan kuasa Teknikal Alatan Jawatan kuasa tugas-tugas khas Laporan post-mortem Mesyuarat perancang Objektif pertandingan Pengarah Pengerusi Projek perancangan kejohanan post-mortem Setiausaha Timbalan Pengarah Timbalan Setiausaha Urus setia Kejohanan olahraga

Clarke, R., & Boyle, R. (1978). Successful Track and Field. Dubuque, Iowa: Walliam

C. Brown.

Darren Bennet (1992). Sports Facts Athletic Sports. London: Franklin Watts.

Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara Publications Sdn. Bhd.

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (2003). Undang-undang Kejohanan Olahraga 3.

Teng Bong Tong. (1994). Gerko: Panduan Pengajaran Olahraga. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti

Wee Eng Hoe (2002). Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan Kejurulatihan. Karisma Publication Sdn. Bhd.