topik 6 kepemimipinan guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan...

72
Topik 6 (6 jam) Kepemimpinan Guru Dr. Madzniyah Md.Jaafar Jabatan R&I / Ilmu Pendidikan IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Upload: others

Post on 18-Oct-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Topik 6 (6 jam)

Kepemimpinan Guru

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Jabatan R&I / Ilmu Pendidikan

IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

EDU 3108

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Page 2: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Konsep Asas Kepemimpinan

Konsep kepemimpinan merupakan unsur penting dalam

sesebuah organisasi formal. Dalam kerangka sesebuah

organisasi, kepemimpinan merangkumi segala bentuk

aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan

dan motivasi ahli-ahli dalamnya.

Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

disebabkan oleh pucuk kepemimpinannya. Sekolah yang

berkesan dapat diwujudkan dengan terdapat seorang

pemimpin yang berwibawa

Page 3: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Definisi

•Kepemimpinan ialah keupayaan untuk memimpin.

--- Kamus Dewan (2002)

•Kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli

kumpulannya untuk mencapai sesuatu matlamat.

--- Robbins (2003)

•Kebolehan seseorang untuk menginspirasikan

keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan

manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat

organisasi. --- Kim & Maubourgne (1992)

•Keupayaan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan,

tindakan dan pegangan nilai ahli-ahli dalam

kumpulannya. --- Leithwood & Janti (1999)

Page 4: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Kesimpulan

Kesan kepemimpinan dapat

diperlihatkan dari aspek kemampunan

serta kebijaksanaan pemimpin

mempengaruhi perasaan, keyakinan dan

tindakan pengikut-pengikutnya ke arah

mencapai matlamat yang dikongsi

bersama.

Page 5: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Jenis-jenis Kepemimpinan

• Kepemimpinan Semula Jadi

• Kepemimpinan Berkarisma

• Kepemimpinan Birokratik

• Kepemimpinan Teragih

Page 6: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Kepemimpinan Semula Jadi

• Dalam mana-mana bentuk kumpulan manusia, akan

muncul seorang yang berpengaruh untuk

mengetuanya, walaupun beliau bukannya dilantik

secara formal.

• Seringkali, anggota kumpulan yang tertua, paling

berpengalaman, serta mempunyai kemahiran

interpersonal yang tinggi akan secara semula jadi

dianggap dan diterima oleh ahli-ahli kumpulannya

sebagai ketua mereka.

Page 7: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Kepemimpinan Berkarisma

• Konsep kepemimpinan berkarisma mula-mula

diutarakan oleh Max Weber (1947)

• Anggota-anggota kumpulan mempersepsi ketua

mereka sebagai orang yang mempunyai kualiti

istimewa atau luar biasa.

• Pemimpin berkarisma mempamerkan

kemampuannya untuk menyelesaikan masalah atau

mengharungi sesuatu krisis dengan berjaya.

• Apabila hal ini berlaku, pengikut-pengikutnya akan

mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi

terhadap pemimpin berkarisma ini.

Page 8: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Menurut House dan Howell (1992), pemimpin

berkarisma mempunyai tret-tret personaliti seperti

berikut :

• Berorientasi pencapaian

• Berorientasi kreativiti dan inovasi

• Amat bertenaga dan penglibatan diri yang tinggi

• Keyakinan diri yang tinggi

• Keperluan untuk menggunakan pengaruhnya

terhadap orang lain

• Sanggup menanggung risika

• Membina (nurturing), bertimbang rasa dan sensitif

Page 9: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Pada suatu ketika dahulu, pemimpin berkarisma

diterima ramai kerana terdapat pemimpin-pemimpin

utama dunia seperti Gandhi, Hitler, Napolean dan

Mother Theresa.

Pemimpin berkarisma tidak semestinya

pemimpin yang berkesan ataupun yang boleh

membawa pencapaian dan perubahan secara positif

dalam organisasi atau komunitinya. Jika pegangan atau

prinsip perjuangan pemimpin terpesong maka situasi

ini akan membawa malapetaka kepada kumpulannya.

Page 10: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Dalam abad ke 21, pemimpin berkarisma sukar

muncul disebabkan oleh globalisasi, proses

demokratik dan peluang pendidikan yang lebih luas.

Pandangan ‘Leader are born, not made’ tidak

menjadi pernyataan yang popular lagi dengan

munculnya perkembangan dalam penyelidikan serta

kemahiran-kemahiran untuk menjadi seorang

pemimpin yang berkesan boleh dipelajari melalui

latihan dan kursus formal.

Page 11: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Kepemimpinan Birokratik

• Kepemimpinan birokratik amat berstruktur dan berfungsi mengikut prosedur-prosedur tertentu seperti mana yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi.

• Pemimpin birokratik menggunakan kuasa rasmi yang diberi kepadanya melalui pelantikan jawatan untuk menerajui sesebuah organisasi.

• Tujuan kepemimpinan birokratik dalam sesebuah organisasi formal bertujuan memaksimakan kecekapan melalui pengurusan dengan menggunakan pendekatan rasional.

Page 12: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Model kepemimpinan birokratik tulen

mengikut Weber (1989), memberikan penekanan

kepada aspek-aspek seperti :

• Organisasi yang berorientasikan matlamat

• Pembahagian bidang pengkhususan

• Struktur berhierarki

• Mementingkan peraturan dan tatatertib

• Mempunyai prosedur kerja yang amat teknikal

• Perjawatan berdasarkan kelayakan dan kecekapan

bidang

Page 13: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Aplikasi kepemimpinan birokratik agak nyata dalam

organisasi sekolah dan institusi pendidikan. Antara ciri

kepemimpinan birokratik dalam organisasi sekolah adalah :

• Struktur organisasi sekolah yang berheirarki dengan

Guru Besar atau Pengetua di pucuk kepemimpinan.

• Guru-guru mempunyai bidang kepakaran masing-masing.

• Terdapat peraturan sekolah dan jadual waktu akademik

untuk dipatuhi.

• Ketua bidang/panitia mata pelajaran bertanggungjawab

dalam memastikan aktiviti kurikulum dilaksankan mengikut

garis panduan dan sukatan yang telah ditetapkan.

Page 14: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Kepemimpinan Teragih

• Aktiviti kepemimpinan diagih dalam suatu jaringan interaktif antara pemimpin dengan ahli-ahli di dalamnya.

• Kepemimpinan teragih dapat menimbulkan semangat kerjasama dan keakraban antara rakan sekerja.

• Kepemimpinan teragih paling sesuai untuk organisasi sekolah dan institut pendidikan.

• Guru-guru profesional mempunyai autoriti dalam bidang kepakaran masing-masing.

• Melalui kolaborasi dan amalan taulan sekerja (collegiality), mereka dapat manfaat daripada sokongan dan kepelbagaian kepakaran rakan sekerja.

Page 15: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

• Keputusan yang dibuat merupakan keputusan

bersama berdasarkan maklumat yang lebih

menyeluruh.

• Situasi ini akan membawa kepada peningkatan

keberkesanan pelaksanaannya.

• Visi bersama ( shared vision ) merupakan asas

kepada hasil keputusan bersama.

• Kepemimpinan teragih berkait rapat dengan konsep

sekolah berkesan dan kemajuan sekolah.

• Kepemimpinan teragih boleh digolongkan di bawah

jenis kepemimpinan demokratik dan kepemimpinan

participative.

Page 16: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Teori-teori Kepemimpinan

Pengenalan

• Teori kepemimpinan awal memberikan tumpuan kepada ciri-ciri yang membezakan antara pemimpin dengan pengikut mengakibatkan munculnya teori tradisional seperti teori tret, teori tingkah laku dan teori situasi.

• Fokus teori awal adalah pada ‘apa’ ciri pemimpin berkesan manakala teori semasa mengalih tumpuan kepada ‘bagaimana’ memimpin dengan berkesan.

• Teori semasa : Teori Transformasi, Kepemimpinan Moral.

Page 17: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Teori Tradisional – Teori Tret

• Teori ini mengandaikan manusia sedia memiliki ciri-

ciri atau tret-tret yang diwarisi dan tret-tret tertentu

sahaja sesuai untuk menjadi seorang pemimpin yang

berkesan.

• Teori tret memberikan perhatian kepada mengenal

pasti apakah tret-tret seorang pemimpin yang

berkesan.

• Dengan mengkaji tret-tret pemimpin-pemimpin

yang berjaya, maka orang lain yang memiliki tret-tret

sama diandaikan akan menjadi seorang pemimpin

yang berjaya juga.

Page 18: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Tret dan Kemahiran Seorang Pemimpin – Stogdill (1974)

Tret Kemahiran

•Menyesuaikan diri dalam pelbagai

situasi

•Peka kepada persekitaran sosial

•Cita-cita tinggi dan berorientasikan

pencapaian

•Asertif

•Dapat bekerjasama

•Boleh membuat keputusan

•Boleh diharapkan (dependable)

•Dominasi (ingin mempengaruhi

orang lain)

•Bertenaga

•Tidak mudah putus asa

•Keyakinan diri

•Daya tahan tinggi terhadap tekanan

•Rela menerima tanggungjawab

•Kecerdasan yang tinggi

•Berkemahiran konseptual

•Kreatif

•Diplomatik dan tactful

•Petah bertutur

•Berpengetahuan tentang tugas

kumpulan

•Teratur (kemampuan mentadbir)

•Daya pujuk

•Berkemahiran sosial

Page 19: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Kerangka yang digunakan oleh Yukl untuk membina

satu set ciri-ciri peribadi dan kemahiran

kepemimpinan termasuklah :

• Keperluan untuk kejayaan

• Keperluan untuk kuasa

• Keyakinan diri

• Kematangan emosi

• Kemahiran teknikal

• Kemahiran konseptual

• Kemahiran interpersonal

Page 20: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Teori Tradisional – Teori Tingkah Laku

• Teori ini memberi tumpuan kepada bagaimana pemimpin bertingkah laku dalam proses kepemimpinan (terutamanya terhadap pengikut mereka)

• Teori ini mengandaikan kepemimpinan yang berjaya merupakan tingkah laku yang boleh dilatih atau dipelajari secara formal dan tidak formal.

• Antara teori tingkah laku adalah :

- Teori X dan Teori Y oleh Douglas McGregor (1960)

- Grid Pengurusan (Managerial Grid) oleh Blake & Mouton (1964, 1978)

Page 21: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Teori X dan Teori Y – Douglas McGregor

Teori X dan teori Y mewakili perbezaan dalam cara seseorang pemimpin beranggapan terhadap stafnya dalam sesebuah organisasi.

• Teori X, pemimpin beranggapan stafnya dimotivasikan oleh wang ringgit, malas dan akan mengelakkan tugas kecuali dipaksa, tidak akan memberikan kerjasama kecuali diarah dan dikawal.

• Pemimpin akan bertingkah laku lebih autokratik, bertindak mengarah dan mengawal stafnya dalam proses kerja.

• Organisasi tidak akan mempunyai ruang dan peluang untuk stafnya memaksimumkan kebolehan dan potensi mereka.

Page 22: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Teori Y

• Pemimpin Teori Y beranggapan stafnya sebagai rajin,

melihat kerja sebagai suatu perkara semula jadi spt

bermain atau beristirehat akan memupuk kerjasama,

bercita-cita tinggi dan mempunyai sikap positif

terhadap kerja.

• Pekerja sememangnya mencari dan mahukan

tanggungjawab kerana sifat itu membawa kepuasan

kepada dirinya.

• Pemimpin akan mengurangkan kawalan malah

mengupayakan mereka (empower) dalam pelaksanaan

tugas.

Page 23: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Grid Pengurusan (Managerial Grid) – Blake

& Mouton

Grid Pengurusan menjelaskan dua dimensi yang

berbeza berkaitan dengan keperihatinan pemimpin

(leadership concern), iaitu:

• Keperihatinan terhadap penghasilan – Pemimpin

menunjukkan keperihatinannya terhadap tugas dan

produktiviti pekerja demi mencapai matlamat

organisasi.

• Keperihatinan terhadap manusia – Pemimpin

memberi perhatian dan penekanan terhadap

perhubungan baiknya dengan pekerja-pekerja dalam

organisasi.

Page 24: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Grid Pengurusan Blake dan Moutan

Kelab

Rekreasi

(1-9)

Berpasukan

(9-9)

Tinggi

Rendah

Berorientasikan

Tugas (9-1)

Keperihatinan

Terhadap

Manusia

Papa

(1-1)

Di Pertengahan

Jalan (5-5)

Rendah

Keperihatinan Terhadap Penghasilan

Page 25: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Grid Pengurusan mengukur jenis-jenis tingkah laku

pemimpin berdasarkan dua paksi, iaitu :

- Paksi mendatar(Keperihatinan Terhadap Penghasilan)

- Paksi menegak (Keperhatinan Terhadap Manusia)

• Ia menggunakan skala sembilan-poin

• Pada teorinya, pemimpin yang ideal akan memperoleh

ukuran 9-9, iaitu berskala tinggi untuk Keperihatinan

Terhadap Penghasilan dan Keperihatinan Terhadap Manusia

(Pengurusan Berpasukan).

Page 26: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Grid Pengurusan mengutarakan lima jenis tindakan

kepemimpinan, iaitu :

• Kelab Rekreasi (Country Club)

Penekanan diberi kepada keperluan manusia,

perhubungan manusia dan budaya kerja yang harmoni

dan menyenangkan.

• Papa (Impoverished)

Pemimpin menyumbangkan usaha yang amat minimum,

sama ada terhadap kebajikan pekerja (unsur manusia)

mahupun pencapaian matlamat organisasi (unsur

penghasilan)

Page 27: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

•Berpasukan (Team)

Memberikan penekanan kepada semangat saling

bergantung yang positif antara ahli dan komitmen

terhadap matlamat organisasi.

•Berorientasikan Tugas (Task)

Memberikan penekanan kepada keefisienan kerja

tanpa mengambil kira faktor kemanusiaan.

•Di Pertengahan Jalan (Middle Road)

Pemimpin cuba menyeimbangkan keperluan untuk

memastikan kerja disempurnakan di samping

mengekalkan harga diri manusia pada aras yang

sederhana.

Page 28: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

• Grid Pengurusan Blake dan Mouton mungkin

memperlihatkan seolah-olah terdapat satu tindakan

kepemimpinan yang terbaik.

• Sebenarnya, keberkesanan setiap gaya

kepemimpinan bergantung pada keadaan yang

berbeza-beza.

• Contohnya, anda pasti mahukan kapten kapal

terbang yang anda naiki lebih berorientasikan tugas,

sementara pemandu pelancong patut memperlihatkan

gaya kepemimpinan kelab rekreasi.

Page 29: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Moorhead dan Griffin (1998) merumuskan

kombinasi dua bentuk tingkah laku kepemimpinan

yang membawa kepada keberkesanan prestasi

kumpulan seperti berikut :

•Pemimpin yang lebih berkesan berkecenderungan

membina hubungan mesra dengan pekerjanya yang

juga menyokong pucuk pimpinan. Hal ini akan

meningkatkan harga diri.

•Pemimpin yang lebih berkesan menggunakan kaedah

penyeliaan dan proses membuat keputusan berbentuk

kumpulan lebih daripada bentuk individu.

•Pemimpin yang berkesan berkecenderungan

menetapkan matlamat organisasi yang lebih tinggi.

Page 30: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Kesimpulan

Teori tingkah laku kepemimpinan menganalisa

kepelbagaian tindakan pemimpin tanpa mengambil

kira kepelbagaian situasi yang mungkin berbeza dari

satu organisasi ke organisasi yang lain.

Page 31: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Teori Tradisional – Teori Situasi

•Teori situasi beranggapan bahawa persekitaran

organisasi yang berbeza memerlukan cara

kepemimpinan yang berbeza jika keberkesanan ingin

dirasakan.

•Kepemimpinan yang berkesan bergantung pada

faktor seperti faktor pengikut, faktor pemimpin dan

faktor situasi yang saling mempengaruhi.

•Antara teori situasi adalah :

Teori Kontinjensi Fiedler (1967)

Teori Situasi Hersey dan Blanchard (1977)

Page 32: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Teori Kontinjensi

• Tidak terdapat satu cara terbaik dalam memimpin sesebuah organisasi.

• Sesuatu gaya kepemimpinan mungkin bekesan dalam satu situasi tetapi sebaliknya berlaku dalam situasi yang lain.

• Kepemimpinan optimal tertakluk kepada orientasi psikologikal pemimpin dan tuntutan persekitaran yang terdiri daripada :

Saiz organisasi, bagaimana pemimpin menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Sumber dan cara pengoperasian yang berbeza

Tanggapan pemimpin terhadap staf dan sebagainya

Penggunaan teknologi dan sebagainya.

Page 33: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

• Fiedler merumuskan keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kesepadanan di antara dua variable :

Gaya kepemimpinan

Tahap sokongan persekitaran (situatonal favorableness)

Tingkah laku pemimpin digerakkan dalam tiga dimensi kritikal, iaitu :

Hubungan pemimpin – ahli (leader-member relation)

Sejauh manakah pemimpin diterima dan disokong

oleh ahli.

Struktu tugasan (task structure)

Ia merujuk kepada kejelasan tugas dan kejelasan

peranan ahli dalam melaksanakan tugas tersebut.

Kedudukan kuasa (position power)

Sekiranya pemimpin mempunyai kuasa rasmi yang kuat

(untuk melantik, mendisplin,menukar,menentuka naik

pangkat), maka situasi menyokong proses kepemimpinan.

Page 34: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Teori Situasi Hersey dan Blanchard

•Ia menggabungkan dan meluaskan idea Grid

Pengurusan Blake & Mouton serta Model Kontinjensi

Fiedler.

•Empat gaya kepemimpinan diutarakan, iaitu :

Memberitahu (telling)

Menjual (selling)

Mengambil bahagian (participating)

Menurun tanggungjawab (delegating)

•Penggunaan gaya kepemimpinan yang berbeza-beza

perlu disepadankan dengan tahap kematangan ahli

dalam kumpulannya.

Page 35: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

•Tahap kematangan ahli ditafsirkan berdasarkan dua

aspek khusus, iaitu :

Kematangan psikologikal

keyakinan, kebolehan dan kesediaan ahli untuk

menerima tanggungjawab yang diberikan.

Kematangan pengendalian tugas

kemahiran dan pengetahuan teknikal yang dimiliki.

Page 36: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Kumpulan Kematangan Rendah

• Motivasi yang rendah, kurang kemahiran, kurang

pasti matlamat organisasi, kurang kejelekitan

kumpulan.

• Pemimpin perlu meluangkan masa untuk

memperjelas peranan ahli dan matlamat organisasi.

• Membuat penyeliaan yang lebih rapi serta

mengalakkan ahli untuk ‘menerima’ tugas mereka

melalui cara ‘pujukan’.

• Gaya kepemimpinan yang sesuai bagi kumplan ini

ialah memberitahu dan menjual.

Page 37: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Kumpulan Kematangan Tinggi

• Motivasi yang tinggi, mempunyai kemahiran tinggi,

komited kepada matlamat organisasi, ahli kumpulan

dan pemimpin saling mempercayai.

•Peranan pemimpin sebagai pemudah cara dan

mengekalkan komunikasi yang baik.

• Gaya kepemimpinan mengambil bahagian sesuai

diamalkan untuk kumpulan ahli yang berkemahiran

tinggi tetapi kurang bersemangat.

• Gaya menurunkan tanggungjawab adalah sesuai

diamalkan bagi kumpulan yang mempunyai tahap

kematangan dan kemahiran yang tinggi.

Page 38: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Delegating Participating Selling Telling

Tinggi Rendah

Tahap Kematangan Ahli

Berkebolehan

Rela

Yakin

Berkebolehan

Tak Rela

Kurang yakin

Kurang mahir

Rela

Yakin

Kurang mahir

Tak Rela

Kurang yakin

ARAHAN AHLI ARAHAN PEMIMPIN

Empat Gaya Kepemimpinan Hersey dan Blanchard

Page 39: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Isu yang perlu diambil kira

1. Faktor budaya sesuatu kelompok masyarakat akan

mempengaruhi cara kerja dan gaya kepemmpinan.

2. Pemimpin lelaki lebih berorientasikan tugas,

manakala pemimpin wanita bersifat prihatin dan

sensitif, iaitu lebih berorientasikan perhubungan

manusia.

3. Model situasi hanya membincangkan hubungan

pemimpin dan ahli-ahli dibawah jagaannya, isu

struktur, politik dan simbol tidak diperbincangkan.

Page 40: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Teori Kontinjensi dan Teori Situasi

PERSAMAAN

Kedua-dua menyatakan bahawa tidak terdapat satu

cara terbaik dalam memimpin sesebuah organisasi.

Page 41: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Teori Kontinjensi dan Teori Situasi

PERBEZAAN

Teori Situasi

•Lebih berfokuskan pelbagai gaya kepemimpinan yang

perlu diamalkan berdasarkan faktor persekitaran

(lebih kepada kematangan ahli)

Teori Kontinjensi

•Faktor-faktor penentu keberkesanan kepemimpinan

tertakluk kepada kebolehan pemimpin itu sendiri

serta faktor-faktor sokongan persekitaran yang lain.

Page 42: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Teori Semasa – Teori Transformasi

• Ia dipelopori oleh James Mac-Gregor pada tahun 1978.

• Pemimpin transformasi berupaya menggerakkan pengikut-pengikutnya untuk bertindak mencapai matlamat tertentu berdasarkan nilai dan motivasi, keperluan dan kehendak, aspirasi dan jangkaan kedua-dua pihak, iaitu pemimpin dan pengikut.

• Pemimpin transformasi bijak menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk memujuk pengikutnya supaya membawa perubahan dalam organisasi.

Page 43: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

• Pemimpin transformasi menjadi pemangkin kepada perubahan, mencabar daya berfikir dalam kalangan pengikutnya agar melihat sesuatu masalah dari pelbagai perspektif, berunding sebelum bertindak serta meningkat kesedaran dan keprihatinan pengikut terhadap kepentingan dan nilai matlamat organisasi.

• Bagi pemimpin transformasi, perubahan serta inovasi dalam organisasi tidak dapat dielakkan.

• Peranan pemimpin transformasi bertujuan membawa organisasi dan pengikutnya ke aras tindakan moral yang lebih tinggi.

• Apabila pemimpin tansformasi berada di situasi menang-kalah (win-lose) , beliau mungkin cuba menukarnya kepada situasi menang-menang (win-win) melalui rundingan dan tawar-menawar.

Page 44: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Teori Semasa – Kepemimpinan Moral

• Memberikan perhatian kepada nilai dan etika

pemimpin di mana penggunaan kuasa dan pengaruh

adalah atas pertimbangan yang baik dan benar.

• Sergiovanni (1992) mendefinisikan kepemimpinan

moral sebagai suatu bentuk bimbingan yang

memotivasikan orang lain melalui prinsip-prinsip dan

pegangan nilai yang terpuji.

• Pemimpin moral tidak mencari ikhtiar untuk

mendapatkan manfaat diri tetapi bertindak demi

kebaikan sejagat.

Page 45: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

• Melalui amalan prinsip-prinsip dan pegangan nilai, pemimpin moral memperoleh kepercayaan ahli-ahli organisasi secara beransur-ansur dan menginspirasikan kesetiaan terhadap gaya kepemimpinannya.

•Unsur-unsur kemoralan harus disebatikan dalam cara hidup seseorang pemimpin moral.

•Pemimpin sekolah harus mempamerkan nilai etika yang boleh dicontohi oleh pelajar, ibu bapa dan komunitinya.

•Pemimpin moral diharapakan untuk melindung hak, nilai sosial dan budaya semua pelajar serta membawa transformasi positif melalui proses pendidikan.

Page 46: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Implikasi Kepemimpinan kepada Sekolah

Implikasi Teori Tret

• Terdorong oleh misi dan berjiwa guru (Mission-driven and passionate).

• Pemimpin guru (Teacher Leader) – Memimpin pelajar, ibu bapa, rakan sejawat, mempunyai unsur pengaruh.

• With-it-ness – Kemahiran pengurusan bilik darjah, mengekalkan penglibatan pelajar dalam tugasan.

• Gaya guru – gaya tersendiri, unsur kecindan, kreatif, berpengetahuan.

• Pakar motivasi – Efikasi pengajaran guru.

Page 47: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

•Keberkesanan pengajaran – kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengajar, berorientasikan penyelidikan, berkemampuan memilih kaedah pengajaran dan mengaplikasikan prinsip pembelajaran.

•Berpengetahuan (pembelajaran dari buku) – Pengetahuan isi kandungan, pengetahuan tentang hasil pembelajaran, mengetahui secara mendalam dan menyeluruh.

•Street smart – membaca untuk belajar, mendengar untuk belajar.

•Berdaya fikiran – Metakognitif, strategik, reflektif, komunikatif, responsif.

Page 48: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Implikasi Teori X dan Teori Y

• Perkembangan semasa dalam kajian psikologi menunjukkan Teori X adalah kurang tepat untuk menjelaskan tingkah manusia dalam konteks kepemimpinan hari ini.

• Pengurus sekolah ataupun guru tidak harus menganggap kakitangan atau murid pada asasnya malas dan cuba mengelakkan tugas dan tanggungjawab mereka.

• Murid kekurangan motivasi untuk belajar bukannya sesuatu yang semula jadi.

• Untuk meningkatkan aras motivasi guru, pengurus sekolah perlu melibatkan guru-guru dalam proses membuat keputusan organisasi, mengamalkan keuapayaan guru di dalam bilik darjah, menggalakkan kesepaduan kerja dan menunjukkan penghargaan kepada tugas-tugas yang dilaksanakan.

Page 49: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Implikasi Teori Tingkah Laku

•Seseorang pemimpin sekolah perlu bijak menganalisa dan menunjukkan keprihatinannya terhadap aspek tugas dan perhubungan manusia.

•Pengurus sekolah membina hubungan mesra dengan guru akan memperoleh sokongan daripada mereka dalam pelaksanaan aktiviti atau program sekolah.

•Mewujudkan perasaan bahawa diri mereka dihargai.

•Pengurus sekolah perlu berusaha mencipta ruang dan peluang untuk menimbulkan semangat kerjasama dan keakraban antara rakan sekerja ke arah mencapai matlamat organisasi.

Page 50: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Implikasi Teori Situasi

•Adakan aktiviti sosial, iaitu berpeluang menjalinkan

hubungan pemimpin – ahli dan mengawal warga

sekolah dengan lebih rapat.

•Guru besar yang mendapat sokongan daripada

stafnya akan berasa dirinya dihoramti dan terdorong

untuk memimpin mereka ke aras yang lebih tinggi.

•Kejelasan struktur tugasan mempunyai pengaruh

terhadap keberkesanan kepemimpinan.

•Apabila ahli mengetahui bidang tugas masing-masing,

maka situasi akan menyokong proses kepemimpinan.

Page 51: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Implikasi Teori Transformasi

•Guru berkepemimpinan transformasi mampu

merangsang pelajar bersama-sama menhayati dan

menerima nilai ideologi dan visi ke arah menzahirkan

wawasan sekolah.

•Di samping itu, guru menonjolkan imej pemimpin

yang dapat menjadi sumber inspirasi kepada pelajar

untuk dijadikan ikutan.

•Pemimpin transformasi menetapkan harapan

memperoleh pencapaian yang tinggi kepada pelajarnya

melalui kata-kata motivasi, amalan hidup pemimpin itu

sendiri dan bimbingan yang berterusan.

Page 52: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

•Pemimpin transformasi menjana permuafakatan,

menggalakkan kerja kolaboratif, memperjelas

kepentingan kerja berpasukan sehingga pelajar berjaya

menghasilkan sesuatu yang menjangkaui kemampuan

diri.

•Pemimpin transformasi mempamerkan keprihatinan,

menghormati keunikan dan kepelbagaian kebolehan

individu untuk berkembang ke arah pencapaian

pontensi tertinggi.

•Pemimpin transformasi memberikan penekanan

kepada prestasi cemerlang dan ganjaran kontinjensi

diberi atas usaha-usaha cemerlang yang ditunjukkan.

Page 53: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Sambungan

Page 54: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Kepemimpinan Sekolah dan Guru

Kepemimpinan Sekolah

•Kejayaan sesebuah sekolah mencapai status berkesan

atau sekolah cemerlang bergantung kepada kebolehan

kepemimpinan Pengetua atau Guru Besar sekolah

berkenaan.

•Desentralisasi, budaya cemerlang dan prinsip amalan

terbaik merupakan cabaran baharu dalam

kepemimpinan sesebuah sekolah pada masa kini.

•Kepemimpinan sekolah dilihat sebagai usaha

kolaboratif, menjalin keakraban rakan sejawat sebagai

cara meningkatkan amalan profesional.

Page 55: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Kepemimpinan Guru

•Peranan guru sebagai ‘pemimpin’ dalam pendidikan

amat ketara kerana pengaruh mereka tidak terbatas

di dalam bilik darjah sahaja.

•Pemimpin guru ialah guru biasa tetapi mampu

membimbing atau mendorong guru lain untuk

bersama-sama berusaha meningkatkan amalan

profesional dan peringkat pencapaian pelajar.

•Program ‘Guru Cemerlang’ diperkenalkan sebagai

peluang kenaikan pangkat bagi pemimpin guru

gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Page 56: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Antara peranan dan tanggungjawab guru

cemerlang dalam kepemimpinan guru adalah :

•Membuat perancangan, melaksanakan pengajaran

mata pelajaran kepakaran dan pembentukan serta

pembangunan diri pelajar mengikut tahap tertinggi

yang ditetapkan oleh KPM.

•Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum

dan kokurikulum yang berkaitan dengan mata

pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.

Page 57: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

•Menjadi pakar rujuk, memberikan khidmat nasihat

dan membimbing guru dalam mata pelajaran

kepakaran atau bidang pengkhususan.

•Menjalankan kajian, menghasilkan penulsan ilmiah dan

penyelidikan, meneroka inovasi dan penemuan baharu

dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang

pengkhususan dan membentangkan hasilnya.

•Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh

Pegawai Pelajaran Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri

dan Pengarah Bahagian di Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Page 58: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Cabaran Kepemimpinan

•Abad ke 21membawa bersama perubahan yang serba

canggih serta menjanjikan satu zaman yang penuh

dengan cabaran.

•Peranan pemimpin kini menjadi semakin rumit dan

harus mengambil pendekatan yang lebih relevan agar

keberkesanan kepemimpinan dapat dikekalkan.

•Setiap pemimpin guru harus bersifat dinamik serta

mampu menyesuiakan diri dengan kemahiran untuk

menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku

dari semasa ke semasa.

Page 59: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

•Keterbukaan kepada idea baharu, kesediaan mengubahsuai corak dan gaya kepemimpinan dan kerelaan mempelajari semula ilmu pengetahuan untuk bekerja dalam persekitaran yang berpandukkan teknologi canggih merupakan antara cabaran yang perlu ditangani.

•Transformasi berlaku begitu mendadak dan meluas sehingga perubahan tersebut menghasilkan ketidaktentuan.

•Antara perubahan yang telah mempengaruhi pelaksanaan proses pendidikan adalah Wawasan Pendidikan Negara, Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dan PIPP dan transformasi kurikulum.

Page 60: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Wawasan Pendidikan Negara

Wawasan Pendidikan Negara bertujuan memberi hala tuju kepada pemimpin pendidikan untuk bersama-sama melaksanakan peranan dan t/jawab untuk menjayakan matlamat Wawasan 2020. Wawasan Pendidikan diamalkan disetiap peringkat pendidikan melalui tujuh aspek :

• Perpaduan dalam semua lapisan organisasi dan masyarakat.

• Stail pengurusan dan kepemimpinan yang berkualiti mencapai tahap tiada kecacatan.

• Perkhidmatan penyayang untuk merapatkan hubungan dan keakraban serta melahirkan warga pendidik yang prihatin.

Page 61: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

•Empowerment atau pengupayaan di mana penurunan kuasa dari pusat ke pinggiran, daripada kawalan kepada pengongsian kuasa dan technical rationality kepada reflective rationality.

•Budaya ilmu melalui budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya.

•Sekolah penyayang yang memupuk harga diri pelajar supaya komitmen dan perasaan cintakan sekolah dapat diwujudkan.

•Budaya cemerlang, mempunyai sikap berusaha ke arah kecemerlangan.

Page 62: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Ibunda

• PPSMI diperkenalkan mulai Januari 2003.

• Pemimpin guru menghadapi cabaran tersebut dengan tabah untuk meningkatkan usaha penggunaan dan penguasaan B. Inggeris.

• Dalam tempoh transisi ini, bentuk kepemimpinan transformasional memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan PPSMI.

• Pada Julai 2009, KPM telah mengambil keputusan untuk mengembalikan dasar penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar kedua m/pelajaran disamping memartabatkan BM dan memantapkan pengajaran B. Inggeris.

Page 63: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah

•Setiap kurikulum harus melalui perubahan, KBSR dikaji

semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak

terlalu akademik.

•Mulai tahun 2011, KBSR akan diganti dengan KSSR

(Kurikulum Standard Sekolah Rendah) bagi pelajar Tahun 1

dan KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan).

•Transformasi kurikulum merupakan proses perubahan

yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia

ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan

perubahan kepada aspek asas kurikulum, iaitu struktur

kandungan, pedagodi, peruntukan masa, kaedah

pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah.

Page 64: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

• Dalam tempoh transformasi, kepemimpinan pihak

atasan memainkan peranan penting dalam menentukan

keberkesanan pelaksanaan kurikulum KSSR.

• Visi, misi dan matlamat perlu diperjelaskan kepada

semua lapisan staf dalam organisasi sekolah.

• Perlu mengutamakan program latihan pembangunan

staf, sumber-sumber sokongan P&P, galakkan kerja

berpasukan dan peruntukkan kewangan.

• Pemimpin sekolah dan pemimpin guru yang

menunjukkan komitmen tinggi merupakan langkah

positif pertama ke arah kejayaan KSSR.

Page 65: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

2006-2010

• PIPP merupakan satu dokumen perancangan

pembangunan yang meliputi tiga aspek utama, iaitu

infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia.

• PIPP bertujuan menghasilkan pendidikan berkualiti

untuk semua.

• Kepemimpinan pendidikan KPM mempunyai

tanggungjawab yang amat besar dalam

membangunankan modal insan yang bersifat

menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi

selain melahirkan modal insan yang berilmu

pengetahuan celik ICT dan berkemahiran tinggi.

Page 66: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

ASAS PEMBANGUNAN

•Misi Nasional

•Dasar-dasar Negara

P/gnan Negara

•Dasar Pend. Keb.

•Islam Hadhari

•Pelan Integriti Nasional

TERAS ASAS

PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN

•Akses

•Ekuiti

•Kualiti

•Kecekapan dan

Keberkesanan

Pengurusan Pendidikan

PENDEKATAN

•Kesamarataan Peluang

•Kecemerlangan Institusi

Pendidikan

____________________

TERAS STRATEGIK PIPP

•Membina Negara Bangsa

•Membangunkan Modal

Insan

•Memperkasarkan Sek. Keb.

•Merapatkan Jurang Pend.

•Mermatabatkan Profesion

Keguruan

Melonjakkan

Kecemerlangan Institusi

Pendidikan

____________________

FAKTOR KRITIKAL

KEJAYAAN

•Kerjasama & Komitmen

Warga Pendidik

•Kerjasama & Komitmen

Pihak Berkepentingan

•Sistem Penyampaian

Pendidikan

•Sistem Pemantauan &

Penilaian

MATLAMAT

Pendidikan

Berkualiti

untuk Semua

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010

Page 67: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Cabaran Kepemimpinan

• Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

• Meningkatkan kreativiti, inovasi dan budaya ilmu pelajar.

• Membudayakan sains dan teknologi dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

• Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia.

• Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

• Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Page 68: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Antara aspek keterampilan diri seseorang

pemimpin pengajaran perlu miliki agar hasrat

pendidikan bertaraf dunia dapat direalisasikan adalah :

• Kebolehan menganalisis masalah dan membuat

keputusan

• Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis

• Mengesan kehendak dan motivasi orang lain

• Kebolehan bekerja di bawah tekanan

• Berpandangan jauh, bersifat berani dan kuat

semangat.

Page 69: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Rumusan

Pemimpin masa kini harus bersikap responsif

kepada arus-arus perubahan yang dibawa oleh

ledakan maklumat dan teknologi agar dapat

menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku

dengan menggunakan kemahiran-kemahiran ababd ke

21.

Page 70: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Aktiviti

Anda dilantik sebagai Ketua Panitia mata

pelajaran. Apakah cabaran-cabaran

kepemimpinan yang akan anda hadapi

semasa menjalankan tugas tersebut?

Page 71: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Perbincangan

Kepemimpinan boleh dibahagikan kepada

kepemimpinan semulajadi, karismatik,

birokratik dan teragih.

i. Apakah perbezaan yang ketara antara

kepemimpinan birokratik dengan teragih?

ii. Gambarkan senario bilik darjah apabila guru

TIDAK mengamalkan gaya kepemimpinan

demokratik.

Page 72: Topik 6 Kepemimipinan Guru€¦ · aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli dalamnya. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi

Sekian, Terima Kasih