topik 3 nuzul al-quran

Upload: fadil

Post on 07-Apr-2018

272 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    1/19

    30

    TOPIK 3NUZUL AL-QURAN

    OUM

    TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

    PENGENALAN

    Topik ini akan membincangkan mengenai perkara-perkara asas Nuzul al-Quran. Bertolakdaripada pengenalan makna nuzul, terus kepada cara dan tahap penurunan al-Quranberserta dengan dalil-dalil setiap tahap penurunannya. Topik ini juga membincangkanhikmat-hikmat penurunan al-Quran secara beransur-ansur kepada Rasulullah s.a.w.Berbincangan juga menyentuh tentang hakikat wahyu yang bertolak dari pengertianwahyu dan jenis-jenisnya serta jawapan terhadap keraguan yang ditimbulkan olehgolongan orientalis barat terhadap wahyu.

    OBJEKTIF

    Beberapa objektif utama di gariskan dalam topik perbincangan ini iaitu:-

    1. mendifinasikan makna nuzul segi bahasa dan istilah;

    2. menjelaskan tahap-tahap penurunan al-Quran beserta dalil-dalilnya;

    3. menghuraikan hikmat-hikmat penurunan al-Quran kepada Rasulullah s.a.w.secara beransur-ansur; dan

    4. membawa hujah-hujah untuk menolak keraguan yang ditimbulkan oleh musuhIslam khususnya golongan orientalis tentang hakikat kebenaran wahyu.

    3.1 PENGERTIAN DAN CARA PENURUNAN

    Al-Quran diturunkan untuk membawa petunjuk kepada seluruh penduduk dunia. Selaindari itu penurunan Al-Quran juga merupakan satu mukjizat yang terbesar kepada NabiMuhammad s.a.w. Penurunan Al-Quran dalam dua peringkat iaitu secara sekali gus dariLoh Mahfuz ke Baitul Izzah dan kemudiannya secara beransur-ansur kepada NabiMuhammad s.a.w. mempunyai hikmah yang besar serta untuk membezakan dengan kitab-kitab Rasul yang lain yang diturunkan secara sekali gus.

    Penurunan al-Quran memakan masa selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Al-Quran yangditurunkan itu mengandungi hikmat, petunjuk, penerangan, penjelasan dan ikutan, amalanserta untuk bacaan umat manusia dan penduduk bumi seluruhnya. Al-Quran jugamerupakan kalam Allah yang benar dan sesiapa yang mengingkarinya adalah kufur.Nuzul al-Quran ini memang jelas berlaku dan disebut beberapa akali di dalam al-Qurandengan lafaz atau perkataan yang berbeza. Antaranya ialah:

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    2/19

    31

    TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

    OUM

    (a) Perkataan Nazala )( Sebagaimana firman Allah:

    W$WsW5O[Tum%)]

    Maksudnya: Dia dibawa turun oleh Al-Ruh Al-Amin (Jibril).(Surah Al-Syuara ayat 193)

    (b) Perkataan Unzila )( Sebagaimana firman Allah:

    mM\WDW% XqsW$s5OjD Xm.........

    Maksudnya: (Beberapa yang ditentukan itu) Bulan Ramadhan bulan yang didalamnya diturunkan (Permulaan) Al-Quran....

    (Surah Al-Baqarah ayat 185)

    (c) Perkataan Nazzala )( Sebagaimana firman Allah:

    \ VlD UW$sW5_W)F\U

    Maksudnya: (Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah Taala telahmenurunkan kitab dengan (mengandungi) kebenaran (tetapi mereka berselisihdengannya).

    (Surah Al-Baqarah ayat 176)

    Walaupun penggunaan perkatan tersebut adalah berbeza dan ia disebut dalam Al-Quransebanyak hampir 307 kali, namun semuanya membawa maksud dan makna yang samaiaitu penurunan al-Quran.

    3.1.1 Pengertian Nuzul Al-Quran dan Cara Penurunannya

    Nuzul al-Quran dapat diberikan dengan pengertian berikut:

    (i) Pengertian bahasa(ii) Pengertian istilah

    (i) Pengertian BahasaNuzul atau penurunan wahyu menurut bahasa ialah turun dari tempat yang tinggi.Ini sebenarnya hanya sebagai majaz dan simbolik sahaja untuk menunjukkanketinggian al-Quran dan kemuliaannya.

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    3/19

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    4/19

    33

    TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

    OUM

    Hikmat Penurunan di Luh Mahfuz

    Turunnya al-Quran di Luh Mahfuz ada hikmatnya ,antaranya:

    (i) Untuk membezakan al-Quran dengan kitab Samawi lain, seperti Taurat, Zabur danInjil yang diturunkan sekali gus kepada rasul-Nya. Di mana al-Quran diturunkansecara beransur-ansur.

    (ii) Untuk menunjukkan dan membuktikan keunggulan dan ketinggian al-Quran danmartabat Nabi Muhammad s.a.w.

    (iii) Untuk menunjukkan Allah. Maha Berkuasa menjadikan langit dan Maha Mengetahuikedudukan Luh Mahfuz itu sendiri. Selain itu, untuk meletakkan al-Quran padatempat yang sesuai dengan ketinggiannya.

    Tahap Kedua: Turun al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Haltersebut berdasarkan firman Allah:

    (a) Sebagaimana firman Allah:

    5OR

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    5/19

    34

    TOPIK 3NUZUL AL-QURAN

    OUM

    Ketiga-tiga ayat tersebut menyatakan tentang penurunan Al-Quran pada malam Al-Qadar,Malam diberkati dan pada bulan Ramadhan, namun hakikatnya Al-Quran diturunkankepada Nabi lebih kurang selama 23 tahun. Untuk itu ulama berselisih pendapat, iaitu:

    Pendapat pertama: Pendapat ini ialah pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Abbas danmajoriti ulama. Di mana penurunan tahap ini juga berlaku sekaligus ke Baitul Izzah, Iaitupada malam yang diberkati dan malam kemuliaan, iaitu malam Al-Qadar di dalam bulanRamadhan. Kemudiannya Al-Quran diturunkan kepada Nabi secara berperingkat-peringkat. Hal ini brdasarkan hujah berikut:

    1. Ibn Abbas mengatakan diturunkan sekali gus ke Langit Dunia pada Malam Al-Qadar,selepas itu diturunkan secara beransur-ansur. Sebagaimana Hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, Al-hakim dan Al-Nasai, katanya sambilmembaca firman Allah:

    Terjemahan: Dan Al-Quran itu kami bahagi-bahagikan dia supaya engkaumembacakannya kepada manusia dengan lambat dan tenang: Dan Kamimenurunkan beransur-ansur.

    2. Ibn Abbas juga ada mengatakan sebagaimana Hadis daripada Ibn Abbas yangdiriwayatkan oleh Al-Tabarani, katanya:

    Terjemahan: Al-Quran diturunkan pada malam Al-Qadar dalam bulan Ramadhan keLangit Dunia secara sekaligus kemudian secara beransur-ansur.

    Pendapat kedua: Pendapat ini ialah pendapat yang dikemukakan oleh ulama Hadis danFekah kalangan Tabiin juga merupakan seorang guru Abu Hanifah, iaitu Amir IbnSyarahil yang terkenal dengan panggilan Al-Syabi yang meninggal pada tahun 109 Hijrah.Al Syabi berpendapat apa yang dimaksudkan dalam ketiga-tiga ayat tersebut di atas ialahpermulaan turunnya wahyu kepada Nabi pada malam Al-Qadar di bulan Ramadhan.Kemudian Al-Quran diturukan secara beransur-ansur selama 23 tahun.

    Justeru itu menurut pendapat Al-Syabi tersebut, penurunan Al-Quran pada hakikatnyadalam satu bentuksahaja. Iaitu secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w.Pendapat-pendapat tersebut berdasarkan dalil firman Allah:

    Maksudnya: Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkaumembacakannya kepada manusia dengan lambat tenang: Dan Kami menurunkannya

    beransur-ansur. (Surah Al-Isra ayat 106)

    Pendapat ketiga: Pendapat ini ialah pendapat ijtihad ulama tafsir. Berdasarkan ketiga-tigafirman Allah di atas, mereka berpendapat, penurunan Al-Quran ke Langit Dunia selama 23Malam Al-Qadar. Lantaran itu setiap Malam Al-Qadar itu Allah menentukan Al-Quran yangakan diturunkan kepada Nabi pada tahun tersebut.

    Sebagai rumusannya, pendapat yang lebih kukuh adalah pendapat yang dikemukakanoleh Ibn Abbas. Di mana Al-Quran itu diturunkan sekaligus pada Malam Al-Qadar ke BaitulIzzah di Langit Dunia, kemudiannya barulah ia diturunkan secara berperingkat-peringkatkepada Rasulullah selama 23 tahun.

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    6/19

    35

    TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

    OUM

    Hikmah Penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah

    Penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia mempunyai hikmah

    tertentu juga, antaranya ialah:

    1. Untuk membezakan Al-Quran dengan kitab Samawi yang lain seperti Turat, Zaburdan Injil yang diturunkan sekaligus kepada Rasul-Nya. Di mana Al-Quran mulanyaditurunkan sekaligus dalam bentuk kitab yang lengkap kemudian diturunkan pulasecara beransur-ansur.

    2. Untuk menunjukkan dan membuktikan keunggulan dan ketinggian Al-Quran danNabi Muhammad s.a.w.

    3. Untuk menjadikan langit dan sebaliknya tentang kedudukan Luh Mahfuz itu sendiridan menunjukkan Allah Maha Berkuasa serta Maha Mengetahui segala yang

    berlaku. Selain itu, meletakkan Al-Quran sebanding dan sesuai denganketinggiannya.

    4. Untuk memuliakan manusia atau Bani Adam pada pandangan malaikat sertamengumumkan bahawa Allah merahmati manusia.

    5. Supaya manusia mengambil pengajaran yang mana Al-Quran sesuatu yang amatbernilai melalui teknik penurunannya yang begitu rapi dan teliti serta terpelihara.

    Penurunan Beransur-ansur

    Selepas Al-Quran diturunkan sekali gus daripada Allah ke Luh Mahfuz, kemudianditurunkan tahap kedua sekali gus juga daripada Luh Mahfuz ke Baitil `Izzah di LangitDunia, selepas itu barulah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada NabiMuhammad s.a.w. daripada Baitil Izzah. Dalilnya ialah:

    (a) Sebagaimana firman Allah:

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    7/19

    36

    TOPIK 3NUZUL AL-QURAN

    OUM

    (b) Firman Allah:

    O5 XT#ct?W*VD!XqW+V!\W$ WsW5O[Tum%)]rQ"W\VWDSW*]C%Wqk=-

    Maksudnya: Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yangtersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun olehmalaikat Jibril yang amanah Ke dalam hatimu,supaya engkau (wahai Muhammad)menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).

    (Surah Al-Syuara ayat 192-194)

    (c) Firman Allah:

    W$VXTWTm[[YSVW$Js5OkQWDXm>V+F=O[ \j[UOR

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    8/19

    37

    TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

    OUM

    Sebagai rumusannya, bahawa adanya perselisihan tentang tempoh atau lama masapenurunan dan penerimaan wahyu Al-Quran oleh Rasulullah ialah kerana perselisihan danperbezaan mereka dalam membuat perhitungan atau perkiraan lama masa Nabi tinggal di

    Mekah setelah dibangkit menjadi Rasul, iaitu: Adakah selama 13 tahun atau 10 tahun atau15 tahun? Namun pun begitu, semua ulama telah sepakat mengatakan bahawa lamamasa Nabi menetap di Madinah selepas Hijrah ialah 10 tahun.

    Menurut sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanyayang bermaksud: Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan menjadi Rasul dalam usia 40 tahun,Baginda menetap di Mekah selama 13 tahun kemudian berhijrah dan menetap di Madinahselama 10 tahun, serta wafat dalam usia 63 tahun. Justeru itu dalam tempoh perutusansebagai Rasul hinnga wafat itulah Baginda menerima wahyu. Walaubagaimanapun,berdasarkan daripada empat pendapat tersebut, pendapat kedua adalah pendapat yangpaling tepat dan diterima umum.

    3.2 HIKMAT PENURUNAN SECARA BERANSUR-ANSUR

    Penurunan wahyu secara berperingkat-peringkat mempunyai hikmat tertentu, antaranyaialah:

    1. Untuk memudahkan Nabi mengahafal dan memahami maksud serta kandungannyasupaya mudah meresap ke dalam jiwa dan tetap hati Baginda. Contohnyasebagaimana turunnya ayat 32 Surah Al-Furqan ekoran pertanyaan orang Yahudikepada Nabi, mengapa Al-Quran tidak diturunkan secara sekali gus seperti kitabTaurat kepada Nabi Musa. Oleh sebab itu turunlah ayat, sebagaimana firman Allah:

    \0OV>= [kO[ \j[U

    Maksudnya: Begitulah keadaannya supaya Kami tetapkan hati engkau (WahaiMuhammad) dengan Al-Quran itu

    (Surah Al-Furqan ayat 32)

    2. Supaya Nabi sentiasa bergembira dan terhibur sesrta merasa hamper dengan Allahlantaran wahyu yang sentiasa turun kepadanya.Contohnya firman Allah:

    ZV| 5sVVf2ISV.....Maksudnya: Oleh kerana itu, janganlah engkau berdukacita dengan perkataan-perkataan mereka itu......

    (Surah Yasin ayat 76)

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    9/19

    38

    TOPIK 3NUZUL AL-QURAN

    OUM

    3. Nabi merasakan sentiasa mendapat perhatian dengan kedatangan Malaikat Jibrilserta mendapat penghargaan tinggi di sisi masyarakat dan Allah kerana seringmenerima wahyu.

    4. Sebagai senjata untuk menentang dan menandingi mereka yang tidak mempercayaibahawa Al-Quran itu wahyu daripada Allah.

    5. Memberi kemudahan serta memudahkan Nabi menyampaikan wahyu tersebutkepada umatnya kerana sebahagian besar bangsa Arab waktu itu tidak pandaimembaca dan menulis, termasuk Nabi sendiri.

    6. Membasmi dan membentul adat tradisi serta pegangan bangsa Arab waktu itusecara beransur-ansur dan perlahan-lahan, kerana peraturan hidup yang merekaamalkan sebelum penurunan wahyu sudah sebati dengan kehidupan mereka dandikuasai oleh hawa nafsu.

    7. Untuk disesuaikan dengan keadaan dan suasana semasa.

    8. Untuk membezakan pengurniaan kitab kepada Nabi dan Rasul sebelumnya. Rasul-rasul terdahulu dikurniakan kitab secara sekali gus. Contohnya Nabi Musa menerimakitab Taurat selepas Baginda bermunajat kepada Allah selama 40 hari.

    9. Untuk menysuai dan menjawab pertanyaan yang diajukan kepada Baginda.Contohnya, memberi jawapan kepada mereka yang bertanya tentang anak bulan.Sebagaimana firman Allah:

    | W5SWRdCWF)]#`qF0k XSW%

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    10/19

    39

    TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

    OUM

    12. Sebagai mukjizat dan senjata untuk menentang orang yang tidak mahu menerimakebenaran al-Quran dan dakwah Baginda. Sebagaimana firman Allah:

    Y XT\W5S"Wc"#V9\-Y\R

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    11/19

    40

    TOPIK 3NUZUL AL-QURAN

    OUM

    3.3 WAHYU

    Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk wahyu

    melalui perantaraan malaikat Jibril. Wahyu yang diturunkan mengandungi prinsipperundangan, peradaban, pertunjuk serta panduan kepada umat manusia dan segalamakhluk di dunia hingga hari Kiamat. Justeru itu, wahyu yang diturunkan oleh Allah dalambentuk al-Quran merupakan Kalam Allah yang azali, sebagaimana yang ditegaskan olehAllah, antaranya:

    1. Al-Quran terjamin kesuciannya hingga hari Kiamat sebagaimana firman Allah:

    5CVZ8X=sW5WmG5XTOVWDSSVP

    Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yangmemelihara dan menjaganya.

    (Surah al-Hijr : ayat 9)

    2. Al-Quran dijamin tidak berubah dan tidak dapat diubah. Sebagaimana firman Allah:

    #0\\-W*B50_qCHXTrQ"WD US"Wc#9-[k\FDXmYWDS"Wc:-SV XT|E[1MWW

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    12/19

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    13/19

    42

    TOPIK 3NUZUL AL-QURAN

    OUM

    Pengertian Istilah

    Wahyu menurut pengertian istilah ialah:

    (i) Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada para Nabi dan rasul-Nya, seperti Al-Quran dan Hadis.

    (ii) Wahyu membawa pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada pengertianAl-Quran. Hal itu kerana Al-Quran merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepadaNabi Muhammad, tetapi tidak semua wahyu itu berupa Al-Quran. Di mana ada yangberupa hadis, kitab Zabut, Taurat dan Injil adalah juga wahyu Allah.

    Sebagai rumusannya, penurunan wahyu mengikut pengertian istilah ialah penurunan dariLuh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia dan dari Langit Dunia kepada Nabi Muhammads.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril yang mengambil masa lebih kurang 23 tahun.

    3.3.2 Jenis- jenis Wahyu

    Berdasarkan pengertian bahasa dan istilah tersebut, wahyu itu dibahagikan kepadabeberapa jenis, iaitu:

    1. Wahyu itu termasuklah segala jenis percakapan di antara seorang hamba denganTuhannya, iaitu di sebalik hijab.Contohnya:

    Rasul mendengar kata-kata tersebut tetapi tidak melihat siapa yang menuturnya,seperti Allah bercakap dengan Nabi Musa. Sebagaimana firman Allah:

    ]1[XT\{S%8-jV"

    Maksudnya:. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata(secara langsung, tidak ada perantaraan).

    (Surah al-Nisa164)

    2. Wahyu itu juga melalui ilham atau dalam bentuk ilham. Iaitu Allah mencampakkan kedalam hati Rasul-Nya dalam bentuk ilmu dan pengetahuan yang benar.

    3. Wahyu juga dalam bentuk ilmu yang benar. Sebagai contohnya Nabi Ibrahimbermimpi akan menyembelih anaknya Ismail. Sebagaimana yang termaktub dalamAl-Quran melalui firman Allah:

    .....W$VRBWcrQ7s Xq Ur4X=\-rQ7U\VUl U........

    Maksudnya: Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya akumelihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu.

    (Surah al-Saffat: ayat 102)

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    14/19

    43

    TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

    OUM

    4. Wahyu datang dengan perantaraan Jibril. Sebagaimana firman Allah:

    W$WsW5O[Tum%)]rQ"W\VWDSW*]C%Wqk=-#D_ErWmWv%

    Maksudnya: Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah ke dalam hatimu,supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajarandan amaran (kepada umat manusia). Ia diturunkan dengan bahasa Arab yang fasihserta terang nyata.

    (Surah al-Syu`ara` ayat 163-165)

    5. Wahyu Allah kepada Nabi Muuhammad di atas Langit Ketujuh pada malam Isra danmiraj. Iaitu tentang sembahyang lima waktu. Martabat wahyu jenis ini tidak dapatdiketahui caranya, hanya Allah yang mengetahuinya. Namun ia adalah benarsebagaimana sabit dalam riwayat Bukhari dan Muslim.

    3.3.3 Cara Penurunan Wahyu

    Berdasarkan penjelasan berkaitan dengan jenis-jenis wahyu. secara lebih terperincidijelaskan berkaitan dengan cara penurunan wahyu. Apa yang dimaksudkan dengan carapenurunan wahyu di sini sebenarnya ialah penurunan Al-Quran. Untuk itu cara penurunanAl-Quran kepada nabi dalam dua cara:

    1. Penurunan wahyu dengan erti al-Ihaa )( . Iaitu memberi wahyu.

    2. Penurunan wahyu dengan erti al-Muhaa Bih ) ( . Iaitu yang diwahyukan.

    Penurunan Wahyu dengan Erti Al-Ihaa )(

    Wahyu mengikut konsep ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Sebagaimana yangterkandung dalam firman Allah:

    W% XTWD[#n _XD UO\-MVcYkO XTT UC%{Xq XT#!SIQT U#ymc

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    15/19

    44

    TOPIK 3NUZUL AL-QURAN

    OUM

    1. Perkhabaran atau wahyu yang diturunkan daripada Allah melalui ilham tanpasebarang perantaraan. Wahyu jenis ini juga termasuk mimpi-mimpi para nabi danRasul yang benar. Contohnya Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya Ismail.

    Sebagaimana firman Allah:

    .....W$VRBWcrQ7s Xq Ur4X=\-rQ7U\VUl U........

    Maksudnya: Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnyaaku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu

    (Surah al-Saffat: ayat 102)

    2. Nabi dan Rasul mendengar kalam Allah atau Allah berbicara dengan mereka disebalik hijab atau tabir. Contohnya, kisah Nabi Musa yang menerima perlantikan danperutusan kerasulannya. Sebagaimana firman Allah:

    Maksudnya: Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseruWahai Musa! Sesungguhnya aku Tuhanmu maka bukalah kasutmu, kerana engkausekarang berada di wadi Tuwa yang suci.

    Bahagian ini juga termasuk yang diterima oleh Nabi Muhammad pada malam Isradan Miraj supaya menunaikan sembahyang lima waktu secara langsung tanpasebarang perantaraan.

    3. Penerimaan wahyu melalui perantaraan malaikat Jibril. Wahyu jenis ini dapat

    dibahagikan kepada dua bentuk:

    (i) Nabi dapat melihat sendiri kehadiran malaikat Jibril. Wahyu melalui perantaranmalaikat Jibril ini pula dapat dibahagikan kepada dua bentuk pula:

    Pertama: Nabi dapat melihat malaikat Jibril dalam rupa bentuknya yang asli.Contohnya: Ketika Nabi keluar daripada rumahnya selepas kerinduan lamaterputus wahyu, selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira. Apabilamelihat malaikat Jibril yang begitu besar Nabi ketakutan dan pulang kerumahnya dan berselimut. Dengan itu turunlah ayat Surah Al- Muddaththir.Sebagai firman Allah:

    SM{iUWcmQ2i-2qk5 UV\ Xq XTnKVV :-

    Terjemahan: Wahai orang yang berelimut! Bangunlah serta berilah peringatandan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah daningatlah kebesaran-Nya!

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    16/19

    45

    TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

    OUM

    Kedua: Malaikat Jibril menemui Nabi dengan menyamar atau menyerupaibentuk manusia biasa. Contohnya: Sewaktu Nabi bersama sahabat dalam satumajlis kemudian malaikat Jibril datang dengan brpakaian serba putih dan

    bertanya dengan Nabi tentang iman, Islam dan Ihsan.

    (ii) Nabi tidak dapat melihat malaikat Jibril ketika menerima wahyu, tetapi Bagindahanya mendengar dan dapat mengetahui kedatangan malaikat Jibril melaluisuara seperti suara lebah atau bunyi loceng. Wahyu yang diterima dalambentuk ini merupakan yang paling berat bagi Nabi sehingga kadang-kadangBaginda mengeluarkan peluh yang banyak walaupun kedaan cuaca yangsejuk.

    Penurunan Wahyu dengan Erti Al Muuha Bih ) ( Wahyu jenis ini dapat dibahagikan kepada dua jenis:

    (i) Al-Quran(ii) Hadis

    Walaupun pada dasarnya Hadis adalah ucapan Nabi s.a.w., namun ia sebenarnya adalahwahyu daripada Allah. Maknanya daripada Allah, cuma dituturkan oleh Nabi melaluisusunan bahasa Baginda sendiri. Sebagaimana firman Allah:

    W% XT=WcCWs XSRNDXSFYT XT\TScMaksudnya: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam)

    menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama adaAl-Quran atau Hadis ) tidak lain adalah wahi yang diwahikan kepadanya).

    (Surah Al-Najm ayat 3 dan 4)

    3.3.4 Keraguan tentang Wahyu dan Jawapan Pendapat Ilmiah yangMenyokong Wujudnya Wahyu

    Dalam Islam, kita mempercayai bahawa semua ilmu adalah milik Allah. Kemudian Allahberikan ilmu itu kepada manusia mengikut tatacara tertentu, yang termasuk juga dayausaha manusia bekerja dan berfikir. Hirarki tersebut boleh digambarkan seperti berikut.

    1. Wahyu

    2. Ilham

    3. Intuisi

    4. Akal

    5. Pancaindera

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    17/19

    46

    TOPIK 3NUZUL AL-QURAN

    OUM

    Jelas dalam hirarki di atas Wahyu ialah sumber utama ilmu bagi orang Islam, khasnya ilmuyang berkaitan dengan ketuhanan, aqidah, hukum-hukum shari`at, seperti hukum haramdan halal, akhlak, hukum ibadat, munakahat, muamalat, jinayat dan sebagainya. Ilmu

    diturunkan kepada para rasul untuk menjadi panduan dan petunjuk bagi seluruh manusia.Wahyu termasuk juga Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi yang sahih. Ini berdasarkan firmanAllah di dalam surah An-Najmi ayat 3-4:

    Maksudnya: Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu berhubung denganagama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannyaitu (sama ada Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

    (Surah An-Najmi: ayat 3-4)

    Setiap orang Islam diwajibkan mengambil pengetahuan dan maklumat daripada wahyudan seterusnya mengawal diri dan menghayati arahan dan ajaran yang terdapat dalamwahyu.

    Bagi Islam Wahyu merupakan sumber segala ilmu. Ia berasal daripada Allah dandisampaikan kepada manusia dengan pelbagai cara untuk memberi ilmu yang tinggi.Rasul merupakan perantaraan antara Allah dengan manusia. Segala ilmu shari`atdisampaikan kepada Rasul dan Rasul pula menyampaikannya kepada manusia.

    Bagaimanapun terdapat golongan manusia tidak menerima, malah menentang kewujudanWAHYU dan menimbulkan keraguan mengenainya serta menafikannya sebagai sumberilmu. Penentang-penentang kewujudan wahyu ini berhujjah berdasarkan akal danpengetahuan yang ada pada mereka semata-mata. Ilmu bagi mereka ertinya maklumat-maklumat yang pasti dan diyakini yang wujud hasil dari kajian dan pengamatan terhadapalam. Kajian pengamatan ini bermula dari tanggapan awal (hipotesis) yang menggunakanbukti-bukti yang pasti yang didapatai melalui pancaindera (alat deria) sahaja.

    Jadi ilmu yang ada pada mereka, semuanya berdasarkan akal yang dibantu oleh alatderia. Semua maklumat atau pengetahuan yang wujud hasil dari pengamatan dan kajianberdasarkan alat deria ini akan diiktiraf oleh mereka, sedangkan maklumat ataupengetahuan yang idak dihasilkan oleh pancaindera tidak akan diiktiraf. Kerana itu merekatidak tertarik terhadap maklumat tentang ketuhanan, kerasulan dan termasuk jugaWAHYU.

    Lantaran itu, di sini dikemukakan dalil-dalil ilmiah yang boleh menolak pandangan mereka:

    Hujah 1

    HEPNOTISME ) ( atau disebut juga ) ( iaitu ilmu pukau. Perkaraini dtemui oleh Prof. Masmar dari Jerman dalam kurun ke-18. Ilmu pukau ini mendedahkanbeberapa fakta:

    1. Manusia mempunyai akal batin yang jauh lebih baik dari akal biasa.

    2. Semasa seseorang itu dipukau, dia dapat melihat dan mendengar lebih baik,membaca tanpa melihat, dan boleh memberitahu perkara-perkara yang akanberlaku. Semua keadaan ini tidak mungkin berlaku di alam nyata.

    3. Pemukauan ada bebagai tahap bergantung kepada kekuatan akal batin.

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    18/19

    47

    TOPIK 3 NUZUL AL-QURAN

    OUM

    4. Kadangkala pemukauan itu sampai ke peringkat di mana ruh orang yang dipukautadi keluar dari jasadnya dan berada di sekitar, tetapi tidak dapat dilihat, sementara jasad pula kelihatan seperti mati. Ini menunjukkan adanya hubungan yang halus

    antara roh dan jasad.

    5. Adanya roh bagi setiap jasad.

    6. Roh bebas dari jasad.7. Roh tidak musnah walaupun jasad musnah.

    8. Roh ada hubungan dengan ruh-ruh yang terdahulu, bila ia bercerai dari jasad

    Dari fakta-fakta ini dapat ditegaskan bahawa Allah akan memperlihatkan tanda-tandakewujudan-Nya seperti firmanNya:

    2Icn?\yX=)WcXrV)[r XT1M5U/\OWWR.Wc1IVO5 UrSV...Berdasarkan fakta-fakta ini juga dapat dikaitkan dengan wujudnya hubungan antaramalaikat dan rasul. Malaikat mempunyai kemampuan untuk mengajar dan mempengaruhirasul kerana ia adalah terdiri dari ruh sahaja (tanpa jasad). Rasul pula tentu ada ciri-cirikhusus untuk membolehkannya menerima ajaran daripada malaikat. Ciri ini ialah,kemurnian ruhnya dan kebersihan jiwanya yang sesuai dengan kemurnian dankebersihan diri malaikat. Ketika rasul menerima wahyu keadaannya bertukar kepada satukeadaan yang seolah-olah seperti dipukau sehinggalah baginda mendapat wahyu.

    Jadi, kalau manusia biasa seperti ahli pukau dapat memukau manusia lain, apakah tidaklojik malaikat boleh memukau rasul dan menyampaikan wahyu. Tetapi perlu diingatkanbahawa pemukauan malaikat terhadap rasul berlainan sama sekali dari pemukauanseorang ahli pukau terhadap orang lain.

    Hujah 2

    Rekaan-rekaan baru telah mewujudkan telefon, wireless, mikrofon, televisyen dan radioyang membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain dari jarak jauh. Kalaumanusia dapat mewujudkan keadaan sebegini, apakah tidak lojik Allah dapat mewujudkanwahyu?

    Hujah 3

    Rekaan-rekaan yang telah mewujudkan sistem rakaman yang dapat merakam segalasuara. Kalau manusia dapat mencipta demikian, apakah tidak munasabah Allah lebih lagidapat mewujudkan wahyu dan wahyu itu terlekat di hati rasul untuk kemudiannyadisampaikan kepada manusia?

    Hujah 4

    Kita dapati ada binatang yang cara hidupnya mempunyai keistimewaan tersendiri.Contohnya semut dan lebah. Secara lojiknya binatang ini tentulah mempunyai akal keranadapat mengatur hidup mereka dengan begitu rupa.

  • 8/6/2019 Topik 3 Nuzul Al-Quran

    19/19

    TOPIK 3NUZUL AL-QURAN

    Lebih jelas lagi cuba kita perhatikan sejenis binatang aneh yang bernama axiclub)(yang ditemui oleh Millan Edward seoang pensyarah di Universiti Surbone

    Perancis. Binatang tersebut hidup bersendirian sebaik sahaja ia bertelur. Anak axiclub ini

    bentuknya seperti ulat yang tidak ada kaki dan tidak berdaya menjaga dirinya dariserangan musuh dan juga tidak berupaya untuk mencari makanan. Ia hanya hidup selamasetahun di sarang yang tertutup dan tenang tidak ada gangguan. Kalau sarangnyaterdedah dan banyak gangguan ia akan mati.

    Bila sampai waktu untuk bertelur, axiclub tadi akan mendapatkan sebatang kayu. Kayutadi akan dikorek untuk dijadikan lubang sarang. Bila selesai membuat sarang ia punmendapatkan bekalan makanan yang cukup untuk seekor axiclub selama setahun.Bekalan makanan ialah kelopak bunga dan daun-daun manis. Kelopak bunga dan daun-daun manis tadi dihamparkan disarangnya itu. Kemudian ia bertelur sebiji. Sesudah itu iamendapatkan habuk-habuk kayu dan diadunkan hingga menjadi sebati seperti tepunguntuk dijadikan atap kepada telur tadi. Lepas itu ia akan mendapatkan kelopak bunga dan

    daun-daun manis yang lain pula untuk diletakkan di atas atap dari adunan habuk-habukkayu tadi di mana ia akan bertelur sebiji lagi. Begitulah seterunya hingga ia selesai bertelurdan sesudah itu ia pun mati. Siapakah yang mengajar ini semua untuk axiclub kalau tidakwahyu Allah?

    Jelas daripada huraian hujjah-hujjah di atas bahawa WAHYU adalah perkara yangsememangnya berlaku. Ini kerana wahyu adalah Kalamullah kalam pencipta, yangmenjadi panduan hidup manusia di bumi ini. Malah manusia sangat memerlukan wahyusebagai pembimbing kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Dengan sebab ituseluruh umat manusia daripada ADAM hingga MUHAMMAD disampaikan WAHYUsebagai panduan hidup mereka dan umat seluruhnya.