asbabul nuzul dan kepentingannya

29
ASBABUN NUZUL DAN KEPENTINGANNYA DISEDIAKAN OLEH: NORAINI BINTI AHMAD NOR HAZWANI BINTI MOHD AB GHAFAR

Upload: husna-humaira

Post on 06-Dec-2015

127 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

mengulas sebab-sebab penurunan ayat dan kepentingannya,salah satu subjek bagi pismp pendidikan islam ipg

TRANSCRIPT

Page 1: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

ASBABUN NUZUL DAN

KEPENTINGANNYA

DISEDIAKAN OLEH:

NORAINI BINTI AHMADNOR HAZWANI BINTI MOHD AB GHAFAR

Page 2: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

ASBABUN NUZUL

TAKRIF

USLUB

KEPENTINGAN

Page 3: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

TAKRIF AL-QURAN

Al-Quran - Merupakan kitab Allah S.W.T / kalam

Allah yang diwahyukan kepada NabiMuhammad

S.A.W. melalui perantaraan Malaikat Jibrail ,sebagai

panduan dan pedoman kepada sekalian umat

manusia, bermula dari surah Al-Fatihah dan diakhiri

surah An-Naas,kitab terakhir yang diturunkan

selepas kitab samawi yang sebelumnya iaitu

Injil,Taurat, dan Zabur.

Page 4: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

DEFINISI ASBABUN NUZUL

Penurunan ayat untuk menjelaskan peristiwa yang berlaku

atau menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepada Nabi

atau memberi penjelasan hukum terhadap sesuatu peristiwa

yang berlaku, seperti firman Allah SWT dalam surah

Maryam: 77-80.

Untuk menjawab pertanyaan para sahabat kepada Nabi

Muhammad SAW tentang hukum syarak atau meminta

penjelasan tentang perkara-perkara agama, seoerti firman

Allah SWT dalam surah al-Baqarah: 189).

Page 5: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

• USLUB-USLUB ASBAB AL-NUZUL

• Ulama menggunakan uslub berbeza-beza untuk menunjukkan

sebab nuzul. Kadang-kadang digunakan :

• 1-Uslub yang secara terang menggunakan kata sebab, misalnya

dikatakan “ sebab nuzul ayat ini begini dan begini.” Uslub seperti

ini adalah teks yang jelas dalam menyatakan sebab dan tidak

mengandungi gambaran-gambaran lain.

2-Kadang-kadang tidak digunakan uslub yang secara jelas tetapi

digunakan kata fa’ yang termasuk ayat yang turun setelah

menjelaskan sesuatu peristiwa.

Page 6: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

3- Pada masa lain Rasulullah S.A.W ditanya , lalu wahyu turun dan

beliau menjawab pertanyaan itu dengan wahyu tersebut tanpa ada uslub

yang mengandungi kata sebab dan tanpa ada kata fa’. tetapi makna

sebab dapat difahami daripada konteks ayat itu.

4-Kadang-kadang tidak digunakan uslub yang secara jelas

mengandungi kata sebab, tidak disertai dengan kata fa’ dan juga tidak

berkaitan dengan jawapan terhadap soalan yang ditujukan kepada

Rasulullah tetapi dikatakan ; Ayat ini turun mengenai masalah ini

(misalnya). Uslub seperti ini tidak merupakan uslub yang secara jelas

menunjukkan sebab nuzul tetapi mungkin menunjukkannya dan

mungkin juga menunjukkan yang lain, iaitu penjelasan kandungan

hukumnya dan pengertiannya. Hanya petanda-petanda yang ada yang

menegaskan mana di antara dua kemungkinan itu yang paling tepat dan

kuat.

Page 7: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

•Dari sini kita dapat ketahui bahawa apabila terdapat dua uslub mengenai ayat yang sama iaitu:-

I. yang pertama secara jelas menunjukkan sebab nuzul ayat atau beberapa ayat dan yang kedua pula tidak menunjukkan secara jelas. Maka yang jelas itulah yang kita ambil sebagai sebab nuzul.

II. Manakala yang tidak menunjukkannya secara jelas, kita fahaminya sebagai penjelasan terhadap kandungan ayat yang berkaitan kerana yang menunjukkan sebab secara jelas lebih kuat daripada yang tidak jelas.

Misalnya: Riwayat yang ditakhrij oleh Imam Muslim dari Jabir katanya : Kaum Yahudi mengatakan , “Siapa yang menyutubuhi isterinya dari arah belakang ke dalam (qubul), maka anaknya akan juling (matanya).

Page 8: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

Allah SWT menurunkan firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud :

Maksudnya: Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman

kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara Yang

kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal Yang baik) untuk diri

kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah

Sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak)

dan berilah khabar gembira Wahai Muhammad kepada orang-orang

Yang beriman.

(Surah Al-Baqarah ,223)

Page 9: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

Dalam riwayat yang ditakhrij oleh Imam Bukhari dari Ibnu Umar

katanya: Ayat di atas diturunkan berkenaan masalah menyetubuhi

isteri melalui duburnya.

Ayat yang digunakan ketika menjelaskan sebab nuzul ayat itu

adalah riwayat Jabir kerana secara terang menunjukkan sebab

nuzul. Manakala riwayat Ibnu Umar diertikan sebagai penjelasan

tentang hukum menyutubuhi isteri melalui dubur adalah haram

kerana mengambil daripada pengertian itu.

Page 10: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

Apabila perbezaan terjadi atau beberapa riwayat yang tidak

memiliki uslub jelas walaupun sedikit, misalnya sebahagian mufassir

mengatakan : Ayat ini turun mengenai hal ini sedang yang lain

mengatakan: Ayat ini turun mengenai hal ini , juga tidak ada

indikator yang menunjukkan salah satunya kepada makna sebab

nuzul.

Maka kedua riwayat itu difahami sebagai penjelasan

kandungan hukum ayat yang bersangkutan dan tidak ada alasan sedikit

pun untuk memahami salah satunya sebagai yang menunjukkan makna

sebab.

Page 11: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

PEMBAHAGIAN NUZUL AL-QU’RAN

Penurunan dan sebab turun al-Qur’an secara umumnya dapat

dibahagikan kepada dua jenis:

1- Penurunan al-Qur’an Tanpa Sebab

2- Penurunan al-Qur’an Bersebab

Page 12: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

PEMBAHAGIAN NUZUL AL-QURAN

TANPA SEBAB

1- Penurunan semata-mata untuk memberi panduan ke jalan yang benar

2- Menceritakan tentang umat dahulu ,menenangkan serta menghibur Nabi

BERSEBAB

1- Jelas sesuatu hukum

2- Menjawab pertanyaan yang diaju kepada Rasulullah

3- Apabila nabi ditanya sesuatu perkara

4- Apabila berlaku sesuatu peristiwa

Page 13: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

1-PENURUNAN AL-QURAN TANPA SEBAB

•Wahyu dan ayat yang diturunkan tanpa sebab pada umumnya

memperkatakan tentang perkara dan soal penghidupan harian

atau perkara yang sering berlaku.

•Selain itu juga, menyatakan tentang perkara yang telah diketahui

maklumatnya seperti akhlak mulia.

• Wahyu dan al-Quran ini diturunkan untuk memberi maklumat

tambahan, penjelasan yang kurang, serta membetulkan kekeliruan.

+Wahyu jenis ini banyak berlaku dan jumlahnya terdapat dalam al-

Quran yang melebihi jumlah ayat yang diturunkan tanpa sebab

iaitu:

Page 14: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

•Pertama: Penurunannya semata-mata untuk memberi panduan

ke jalan yang benar, tanpa menjelaskan peristiwa atau

pertanyaan .

•Kedua : Penurunannya untuk menceritakan tentang umat

terdahulu, menenangkan serta menghiburkan Nabi serta

sahabat. Contohnya wahyu dan ayat menceritakan tentang Nabi

Yusuf dan saudara-saudaranya. Sebagaimana firman Allah :-

Page 15: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

Maksudnya: Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) seindah-

indah kisah Dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini,

padahal sebenarnya Engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah

dari orang-orang Yang tidak pernah menyedari akan halnya. (ingatlah

peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku!

Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta

bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah Engkau ceritakan

mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana Aku khuatir mereka

akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu.

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh Yang nyata bagi manusia.

(Surah Yusuf : 3-5)

Page 16: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

Huraian ayat :

• Ayat ini menceritakan tentang mimpi nabi Yusuf.

• Nabi Yusuf telah menceritakan mimpinya kepada nabi Ibrahim.

Beliau bermimpi mengenai sebelas bintang,matahari dan bulan

yang sujud padanya.

• Nabi Ibrahim tidak membenarkannya untuk menceritakan mimpi

itu kepada saudaranya yang lain.

• Ayahnya khuatir saudara-saudaranya akan membuat rancangan

jahat kepadanya.

Page 17: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

2. PENURUNAN AL-QURAN BERSEBABSebagaimana dimaklumi, penurunan al-Quran itu ada yang

bersebab dan ada yang tidak bersebab. Antara contoh penurunan wahyu dan al-Quran dengan bersebab ialah:

•Pertama : Sebab Nuzul untuk menjelaskan sesuatu hukum dan membetulkan kesilapan. Sebagaimana firman Allah :-

Maksudnya:Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu

hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu Dalam

keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa

Yang kamu katakan.

( Surah al-Nisa’ ayat 43)

Page 18: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

SAMBUNGAN

Ayat tersebut turun disebabkan ada sahabat yang sembahyang

dalam keadaan mabuk, menyebabkan beliau tersilap ketika

membaca Surah al-Kafirun ( الكافرون Ayat dan wahyu . (سورة

tersebut diturunkan untuk menjelaskan supaya jangan sembahyang

dalam keadaan mabuk.

Page 19: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

•Kedua: Penurunan wahyu dan al-Quran untuk menjawab

pertanyaan yang diajukan kepada Baginda. Sebagaimana

firman Allah S.W.T:

Maksudnya: dan mereka bertanya kepadamu (Wahai

Muhammad), mengenai Zulkarnain. katakanlah: "Aku akan

bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah Yang menerangkan)

sedikit tentang perihalnya".(Surah al-Kahfi ayat 83)

Ayat tersebut diturunkan kerana ada orang Yahudi yang

bertanya kepada Nabi tentang kisah Zul Qarnain.

Page 20: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

•Ketiga : Penurunan wahyu apabila Nabi ditanya tentang

sesuatu perkara, maka turunlah ayat yang menerangkan

hukumnya.

• Contohnya ialah : Khaulah Binti Tha’labah telah diziharkan oleh

suaminya Aus Ibn Samit. Lalu Khaulah datang menemui Rasulullah

dan mengadu tentang perkara tersebut.

•Sebagaimana hadis daripada Aisyah yang diriwayatkan oleh Ibn

Majah dan Ibn Abi Hatim.

• Aisyah berkata yang bermaksud: ‘Maha Suci Allah yang mana

pendengaran- Nya meliputi segalanya. Aku mendengar ucapan

dan aduan Khaulah Binti Tha’labah itu, meskipun tidak semuanya.

Page 21: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

•Ia mengadu tentang suaminya kepada Rasulullah, dengan

katanya: ‘ Wahai Rasulullah! Suamiku telah lama hidup

bersamaku dan aku juga telah beberapa kali mengandung

kerananya tetapi sekarang setelah aku tua dan tidak beranak

lagi, dia telah mengziharkan daku.

• Ya Allah sesungguhnya daku mengadu kepada-Mu ‘. Aisyah

berkata : “ Tiba-tiba malaikat Jibril turun membawa ayat. :

Page 22: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

Sebagaimana firman-Nya :

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan

memperkenan) aduan perempuan Yang bersoal jawab

denganmu (Wahai Muhammad) mengenai suaminya,

sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara

Yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar

perbincangan kamu berdua. ..

(Surah al-Mujadalah ayat 1)

Page 23: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

•Keempat : Penurunan wahyu dan al-Quran apabila berlaku

sesuatu peristiwa. Hal ini sebagaimana hadis daripada Bukhari

dan Muslim yang mana Ibn Abbas berkata yang bermaksud:

• Ketika turunnya ayat 214 Surah al-Syu’ara’ yang bermaksud :

Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu

yang dekat.

• Nabi telah pergi menaiki bukit Safa, lalu baginda berseru:

“Wahai kaumku sekalian! Maka mereka semua berkumpul

berhampiran dengan nabi.

•Baginda berseru lagi: “Bagaimana pendapat kamu apabila aku

memberitahu kepada kamu bahawa di sebalik bukit ini ada

sepasukan berkuda yang akan menyerang kamu,Percayakah

kamu dengan kata-kataku ini?

Page 24: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

•Mereka menjawab: ‘Kami belum pernah mendapati kamu

berdusta

•. Lantaran itu nabi menyambung kata-katanya. ‘Aku

memperingatkan kepada kamu tentang azab yang pedih’.

• Maka ketika itu Abu Lahab bangun lantas berkata: Celakalah

engkau: Apakah engkau mengumpulkan kami ini hanya untuk

urusan ini? Maka turunlah Surah al-Masad. Sebagaimana

firman Allah:

Page 25: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

Maksudnya:

1. binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia

bersama!

2. hartanya dan Segala Yang diusahakannya, tidak dapat

menolongnya.

3. ia akan menderita bakaran api neraka Yang marak

menjulang.

4. dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu

api.

5. di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal.

Page 26: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

KEPENTINGAN Mengetahui hukum Allah secara tertentu terhadap

apa yang disyari’atkan. Menjadi penolong dalam memahami makna ayat

dalam menghilngkan kemusykilan di sekitar ayat itu.

Ibnu Taimiyah berkata:

العلم فان االية فهم على تعين النزول سبب معرفةبالمسبب العلم يورث .بالسبب

Mengetahui sebab nuzul menolong untuk memahami ayat, sesungguhnya mengetahui sebab menghasilkan pengetahuan tentang yang disebabkan (akibat).

Page 27: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

Abu Fath Al Qusyairi berkata:

معانى فهم فى قوي طريق النزول سبب بيانلقرئى للصحابة محيصل امر وهو العزيز الكتاب

بالقضايا .تحتحى- Menerangkan sebab nuzul, adalah jalan yang kuat dala

memahami makna-makna al-Quran. Hal itu adalah suatu urusan yang diperoleh pada sahabat kerana qarinah-qarinah yang mengelilingi kejadian-kejadian itu.

Page 28: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

 •Muhammad Ali Ash Shabuny menerangkan bahawa:

• Mengetahui dari segi hikmah yang mendorong dilaksanakannya suatu hukum.

• Mengkhususkan hukum (takhsis) dengan adanya sebab menurut orang yang berpendapat bahawa ibadah itu ditanyakan berdasarkan sebab khusus.

• Menghindarkan prasangka yang menyatakan erti hasyr dalam suatu ayat yang zahirnya hashr.

• Mengetahui siapa orangnya yang menjadi sebab turunnya ayat serta memberikan ketegasan bila terdapat keraguan.

Page 29: Asbabul Nuzul Dan Kepentingannya

SEKIAN, TERIMA KASIH.