sidang jumaat yang dirahmati allah, segala sifat-sifat kesempurnaan. justeru peristiwa nuzul...

7
1 IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA NUZUL AL-QURAN" (01 Jun 2018 / 16 Ramadan 1439) _______________________________________________________________________ ﴿ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢSIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam rahmat serta mendapat perlindungan Allah SWT demi mencari redha-Nya di dunia ini, mahu pun di akhirat nanti. Mimbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk, Iktibar Daripada Peristiwa Nuzul Al-Quran. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi SAW dan kewujudan Allah SWT dengan

Upload: phamcong

Post on 21-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, segala sifat-sifat kesempurnaan. Justeru peristiwa Nuzul Al-Quran memberi makna yang amat besar kepada umat Islam di sepanjang zaman. Al-Quran adalah

1

“IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA NUZUL AL-QURAN"

(01 Jun 2018 / 16 Ramadan 1439) _______________________________________________________________________

ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ﴿

﴾ڻ

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat sekalian,

marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan

melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam rahmat serta mendapat

perlindungan Allah SWT demi mencari redha-Nya di dunia ini, mahu pun di

akhirat nanti. Mimbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan khutbah

bertajuk, “Iktibar Daripada Peristiwa Nuzul Al-Quran”.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai mukjizat terbesar yang

membuktikan kerasulan Nabi SAW dan kewujudan Allah SWT dengan

Page 2: SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, segala sifat-sifat kesempurnaan. Justeru peristiwa Nuzul Al-Quran memberi makna yang amat besar kepada umat Islam di sepanjang zaman. Al-Quran adalah

2

segala sifat-sifat kesempurnaan. Justeru peristiwa Nuzul Al-Quran memberi

makna yang amat besar kepada umat Islam di sepanjang zaman. Al-Quran

adalah sumber hidayah, rahmat, syifa’ (penawar) dan pemberi penjelasan

kepada manusia. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur (cahaya) yang

menerangi dan Al-Furqan (yang dapat membezakan) di antara yang hak dan

batil, Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 185:

ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ﴿

﴾ڻMaksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an,

menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-

keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar

dan yang salah)”.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN

Peristiwa Nuzul al-Quran ini, mengajar umat Islam betapa kita perlu

menghayati ajaran Al-Quran dengan sebenar-benarnya. Al-Quran bukan

sekadar dibaca dan dihafaz sahaja, bahkan lebih penting adalah menginsafi

maqasid atau tujuan ia diturunkan. Di dalamnya penuh dengan pelbagai

panduan dan falsafah kehidupan yang tinggi nilainya seperti beramanah,

berdisiplin, bersatu padu yang perlu menjadi amalan kita seharian.

Ini bertepatan dengan tujuan penurunan al-Quran itu sendiri iaitu

pertama, sebagai keterangan dan panduan kepada manusia. Firman Allah

SWT dalam surah al-Nahl, ayat 44:

﴾ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ﴿

Maksudnya: "Dan Kami turunkan kepada mu (Wahai Muhammad) al-

Quran yang memberi peringatan supaya engkau menerangkan kepada umat

manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka

memikirkannya."

Page 3: SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, segala sifat-sifat kesempurnaan. Justeru peristiwa Nuzul Al-Quran memberi makna yang amat besar kepada umat Islam di sepanjang zaman. Al-Quran adalah

3

Yang kedua, sebagai hukum yang membawa kebenaran dan keadilan

kepada manusia. Firman-Nya dalam surah al-Nisa', ayat 105:

ې ې ى ى ائ ائ ەئ ەئ وئ وئ ۇئ ۇئۆئ ۆئ ﴿

﴾ۈئۈئ

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami menurunkan kepada mu (Wahai

Muhammad) kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau

menghukum dalam kalangan manusia menurut apa yang Allah telah

tunjukkan kepada mu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi

pembela bagi orang yang khianat."

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN

Apa yang jelas, pengajaran isi Al-Quran ini telah mengangkat Islam sebagai

sebuah agama yang lengkap bersifat rahmat, selamat, adil, sederhana dan

toleransi sebagai panduan untuk kehidupan manusia seluruhnya. Firman

Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 16:

ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ﴿

﴾ک ک ک گ گ گ گ ڳ

Maksudnya: "Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan

keselamatan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya, dan dengannya

(al-Quran), Tuhan keluarkan mereka dari gelap gelita kepada cahaya yang

terang-benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga – al-Quran)

Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus".

Justeru, menjadi tanggungjawab kita semua untuk membuktikan

bahawa Islam bukan agama kekerasan, keganasan, atau kezaliman dalam

memperkenalkan ajarannya. Islam bukan tempat melahirkan golongan yang

sempit pemikirannya dan berjuang secara ekstrem tanpa menghormati hak-

hak kemanusiaan. Sebaliknya kita berpegang berasaskan kefahaman yang

Page 4: SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, segala sifat-sifat kesempurnaan. Justeru peristiwa Nuzul Al-Quran memberi makna yang amat besar kepada umat Islam di sepanjang zaman. Al-Quran adalah

4

jelas berpandukan ajaran al-Quran dan as-Sunnah yang disepakati oleh

ulamak Ahli Sunnah wal Jamaah. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan

oleh Imam Malik:

Mafhumnya:"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang

kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada

keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Kitab al-Quran yang ada pada kita adalah satu-satunya panduan utama bagi

manusia yang kekal terpelihara. Allah SWT telah menjamin bahawa al-

Quran ini terpelihara hingga ke hari kiamat. Al-Quran adalah panduan

harian, yang membimbing kita dalam menghadapi kemelut dan cabaran

kehidupan.

Bersempena peristiwa Nuzul al-Quran pada Ramadan kali ini, khatib

mengajak sidang jemaah sekalian untuk sama-sama merenung kembali,

sejauh manakah Al-Quran dapat kita hayati dan amalkan secara tuntas.

Ingatlah, asas kemuliaan umat Islam terdapat pada al-Quran sebagai sumber

utama yang mampu mendatangkan kebaikan dalam kehidupan. Mudah-

mudahan kita mengambil peluang dalam bulan penuh barakah ini untuk

meningkatkan mutu dan nilai ibadah seharian dengan al-Quran. Mengakhiri

khutbah kali ini, khatib ingin merumuskan hikmah Nuzul al-Quran adalah

seperti berikut:

Pertama: Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW dan

panduan hidup bagi umat Islam sepanjang zaman.

Kedua : Al-Quran menjadi rujukan dan penawar diri bagi umat Islam

yang inginkan kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan

akhirat.

Page 5: SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, segala sifat-sifat kesempurnaan. Justeru peristiwa Nuzul Al-Quran memberi makna yang amat besar kepada umat Islam di sepanjang zaman. Al-Quran adalah

5

Ketiga : Kandungan ajaran al-Quran adalah bersifat mukjizat (I'jaz al-

'Ilmi) sehingga merentasi zaman dan tempat sekali pun telah

diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ﴿

﴾ڤ ڤ ڤ ڦ

Maksudnya: "Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang

amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan

orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka

beroleh pahala yang besar." (Surah al-Isra': 9)

Page 6: SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, segala sifat-sifat kesempurnaan. Justeru peristiwa Nuzul Al-Quran memberi makna yang amat besar kepada umat Islam di sepanjang zaman. Al-Quran adalah

6

KHUTBAH KEDUA

_____________________________________________________________

Page 7: SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, segala sifat-sifat kesempurnaan. Justeru peristiwa Nuzul Al-Quran memberi makna yang amat besar kepada umat Islam di sepanjang zaman. Al-Quran adalah

7

Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu,

negara kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan

kesejahteraan. Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan

di kalangan kami. Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai,

sejahtera dan selamat sepanjang zaman.