nuzul al quran power point
TRANSCRIPT
NUZUL AL-QURAN
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhamad SAW
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. Kitab Al-Quran merupakan kitab terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W
ERTI NUZUL AL-QURAN
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah
ERTI AL-QURAN ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan
atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
KEHEBATAN AL-QURAN 1 . Orang yang membaca, menghafaz
dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
2 . Al-Quran sumber hidayah bagi
kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
3. Tidak sesiapa pun sama ada di
kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran.
SAMBUNGAN…… 4. Al -Quran merupakan mukjizat tertinggi
dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw.
5. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang.
6. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya .
PERINGATAN 1- Al-Quran untuk dibaca, bukan
dijadikan perhiasan. 2- Al-Quran tidak menjadi syifa’
(ubat) bagi orang yang ingkar dan
zalim. 3- Al-Quran menjadi petunjuk
kepada orang-orang yang bertakwa. 4- Hati yang keras boleh
dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
SOALAN KUIZ (TAHAP 1 PRA – THN1)
1 – Bilakah peristiwa Nuzul Al-Quran?
2 – Apakah kitab yang terakhir
diturunkan oleh Allah?
SOALAN KUIZ (TAHAP 1 PRA – THN1)
3 – Siapakah nama nabi yang menerima kitab Al-Quran?
SOALAN KUIZ (TAHAP 1 PRA – THN1)
4 – Kitab Al-Quran diturunkan pada bulan apa?
SOALAN KUIZ (TAHAP 1 PRA – THN1)
5 – Pada hari apakah peristiwa nuzul Al- Quran berlaku?
SOALAN KUIZ (TAHAP 1 PRA – THN1)
SOALAN KUIZ (TAHAP 1 THN 2-3)
1. Beriman dengan Al-Quran termasuk dalam
rukun apa?
SOALAN KUIZ (TAHAP 1 THN 2-3)
2. Rukun yang ke berapa dalam rukun iman?
SOALAN KUIZ (TAHAP 1 THN 2-3)
3. Berapakah umur nabi ketika peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku?
SOALAN KUIZ (TAHAP 1 THN 2-3)
4. Apakah mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada nabi Muhammad S.A.W?
SOALAN KUIZ (TAHAP 1 THN 2-3)
5.Berapa buah kitab yang diturunkan oleh Allah sebelum Al-quran diturunkan.
SOALAN KUIZ (TAHAP 2 THN 4-6)
1. Sebutkan kehebatan Al-Quran 5 jawapan (5 orang)
SOALAN KUIZ (TAHAP 2 THN 4-6)
6.Apakah yang disebutkan dalam Al-Quran?
SOALAN KUIZ (TAHAP 2 THN 4-6)
7. Al-Quran diturunkan secara------------
SOALAN KUIZ (TAHAP 2 THN 4-6)
8.Apakah malaikat yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W
SOALAN KUIZ (TAHAP 2 THN 4-6)
9.Sebutkan 4 buah kitab yang diturunkan oleh Allah beserta Nabi yang menerimanya.
SOALAN BONUS