6.7 sistem respiratori

Download 6.7 sistem respiratori

If you can't read please download the document

Upload: shareshare

Post on 12-Jun-2015

1.921 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

nota sains sukan penggal 2 STPM baharu

TRANSCRIPT

  • 1. SAINS SUKAN PENGGAL 2 Disediakan oleh :- NurHayati binti Sutekno Khadijah binti Mat Salleh

2. Definisi Respirasi merujuk kepada proses pertukaran gas di dalam badan. Sistem respiratori merupakan sistem yang penting bagi hidupan seperti manusia dan haiwan untuk terus menerima oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dari tubuh badan. Manusia dewasa memerlukan 95 % pernafasan oksigen di dalam darah. Pernafasan ini adalah penting untuk membekalkan oksigen dan menyingkirkan karbon dioksida dan mengekalkan kestabilan keadaan dan persekitaran tubuh badan iaitu homeostasis. 3. Hidung (salur nasal) Farinks Trakea Bronkus Bronkiul Alveolus Paru-paru Diafragma a) Komponen utama sistem respiratori 4. Lubang hidung terdiri daripada dua saluran yang dipisahkan oleh septum Berfungsi untuk memanaskan, melembab dan menapis udara yang masuk ke dalam badan Udara yang masuk ke paru-paru ini dapat dilembapkan kerana penghasilan mukus yang banyak iaitu satu liter sehari. Terdiri daripada daripada tulang dan rawan(kartilej) Juga berperanan untuk menghidu bau di sekeliling kita Hidung 5. Farinks Juga dikenali sebagai tekak Bertindak sebagai laluan udara ke larinks(peti suara) dan saluran penghadaman Berbentuk seperti corong yang bermula dari bahagian dalam hidung dan memanjang ke arah leher Panjang farinks ini adalah kira-kira 13 cm 6. Larinks Dikenali juga sebagai peti suara yang berada di bahagian bawah farinks. Mengandungi tiga tulang rawan major termasuklah tiriod,korikoid, dan epiglottis. Apabila larinks dimasuki oleh sesuatu benda, kita akan berasa tersedak. Tersedak itu merupakan satu refleks perlindungan bagi mengelakkan benda asing masuk ke dalam paru-paru. 7. Trakea Udara akan memasuki ruangan trakea pula selepas melalui hidung, farinks, dan larinks Trake merupakan saluran udara yang bersambung dengan bronkus Menyalur dan membersihkan udara yang masuk ke dalam bronkus dan bronkiul Di dalam dinding trakea, terdapat sel-sel epithelium yang mempunyai peranan untuk memerangkap habuk. Kalenjar perembes mukus juga terdapat di dalam trakea untuk membersihkan udara yang disedut masuk ke dalam paru-paru. 8. Bronkus Merupakan saluran bercabang dua yang menuju ke paru-paru(kiri dan kanan) Terdiri daripada tisu epitilium yang mengandungi unjuran rambut halus diatas permukaannya. Berfungsi untuk menyalurkan udara yang masuk ke bronkiul 9. Bronkiul Terdiri daripada salur udara yang paling halus yang terkandung dalam paru-paru. Merupakan cabang bronkus yang menyebarkan udara ke alveolus 10. Paru-paru Merupakan sepasang organ yang terletak di dada Berfungsi untuk pernafasan dalam proses pertukaran karbon dioksida dengan oksigen dari udara Paru-paru adalah lembut dan berongga Terletak di dalam rongga vakum Semasa menarik nafas, paru-paru akan mengembang Sebaliknya, sewaktu menghembus nafas, paru- paru akan menguncup 11. Diafragma Akan mengecut dan mengendur apabila berlakunya mekanisme pernafasan Mekanisme pernafasan manusia ialah proses mekanikal memasukkan udara ke dalam paru-paru (semasa tarikan nafas) dan menghembus semula ke udara ( semasa hembusan nafas) Semasa tarikan nafas berlaku, otot difragma mengecut dan menyebabkan diafragma mendatar Pada masa yang sama, otot interkosta luar mengecut dan mengakibatkan tulang rusuk naik ke atas dan ke depan Hal ini akan meningkatkan isipadu rongga toraks dan menurunkan tekanan di dalam paru-paru Udara atmosfera yang mempunyai tekanan yang tinggi akan merempuh masuk ke dalam paru-paru. 12. Manakala, hembusan nafas akan berlaku apabila otot interkosta luar mengendur Tulang rusuk pula akan kembali ke kedudukan asal Pada masa yang sama, otot diafragma akan mengendur untuk membenarkan organ-organ abdomen menolaknya kembali kepada bentuk kubah yang asal Hal ini akan mengurangkan isipadu rongga toraks dan membenarkan paru-paru yang kenyal mengempis lalu memaksa udara keluar darinya semasa hembusan nafas. 13. Fungsi sistem respiratori: 1. Mengangkut bekalan darah beroksigen agar kandungan oksigen tersebut dapat disalurkan dan digunakan ke seluruh bahagian tubuh badan 2. Menyediakan struktur untuk pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam tubuh. 3. Membekalkan/mengambil oksigen ke dalam rongga badan 4. Menyingkirkan/mengeluarkan karbon dioksida daripada badan 5. Mengekalkan kestabilan keadaan dan persekitaran tubuh badan iaitu homeostasis/meregulasikan komposisi relatif dari darah 6. Bertanggungjawab menghasilkan bunyi(larinks). 14. Proses Inspirasi (Respirasi Dalaman) Syaifuddin, (1996) menyatakan bahawa proses mengambil oksigen(O2) dikenali sebagai inspirasi (inhalation) Melibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara darah dan sel-sel tisu Pertukaran ini akan melibatkan pemindahan oksigen daripada darah ke sel-sel tisu dan karbon dioksida daripada sel-sel tisu kepada darah Oksigen yang diangkut dalam bentuk oksihaemoglobin(H2O) oleh darah akan dibebaskan daripada sebatian(H2O) tersebut dan meresap ke dalam sel-sel tisu Pada masa yang sama karbon dioksida(CO2) akan meresap ke dalam darah untuk membentuk asid karbonik Asid ini membebaskan ion-ion bikarbonat ke dalan plasma darah yang diangkut oleh sistem peredaran darah untuk dikumuh Respirasi dalaman menyebabkan darah pada vena lebih banyak dengan karbon dioksida berbanding dengan darah yang meninggalkan paru-paru untuk ke jantung 15. Bronkiul Alveolus ke jantung dari jantung Kapilari darah Sel darah merah 16. Proses Ekspirasi (Respirasi Luaran) Syaifuddin, (1996) menyatakan bahawa proses mengeluarkan CO2 dipanggil ekspirasi(exhalation) Definisi respirasi luaran ialah pertukaran gas (oksigen masuk dan karbon dioksida keluar) antara alveolus dan darah (pertukaran gas pulmonari) Pertukaran gas di dalam badan berlaku mengikut hukum penyerapan Respirasi luar berlaku apabila menarik nafas (oksigen diambil) dan membuang (karbon dioksida dibuang). 17. Proses Ekspirasi Semasa respirasi luar berlaku, darah yang kurang oksigen melalui sistem pulmonari dan membentuk scarlet river yang akan kembali semula kepada jantung Jantung akan mengangkut/mengepam darah yang banyak oksigen ke seluruh badan menggunakan sistem sistemik Pada masa yang sama, karbon dioksida diangkut daripada darah Oleh sebab sel pada badan manusia menggunakan oksigen secara berterusan, maka kandungan oksigen dalam darah lebih rendah berbanding kandungan oksigen di alveolus Pada masa yang sama, sistem sitemik - sel tisu menyerap oksigen daripada darah dan membuang karbon dioksida daripada sel ke dalam darah Kepekatan kandungan karbon dioksida yang tinggi pada kapilari pulmonari berbanding pada alveolus menyebabkan karbon dioksida di dalam darah keluar ke alveolus dan karbon dioksida dibuang oleh paru-paru-paru semasa menghembuskan udara(exhaled) 18. Ketika darah membuang karbon dioksida, darah daripada paru-paru yang masuk ke dalam vena pulmonari mengandungi oksigen yang tinggi dan kandungan karbon dioksida kurang bersedia untuk dipam oleh jantung ke sistem sistemik Maka oksigen daripada alveolus melalui membran pernafasan ke dalam darah kurang oksigen pada kapilari pulmonari Pada masa yang sama, sel tisu mengambil oksigen daripada darah pada sistem sistemik dan membuang karbon dioksida daripada sel tisu ke dalam darah Oleh sebab kepekatan kandungan karbon dioksida yang tinggi pada kapilari pulmonari berbanding pada alveolus, karbon dioksida di dalam darah keluar ke alveolus dan karbon dioksida dibuang oleh paru-paru-paru semasa menghembus udara Ketika darah membuang karbon dioksida, darah daripada paru-paru yang masuk ke dalam vena pulmonari mengandungi oksigen yang tinggi dan kandungan karbon dioksida kurang bersedia untuk dipam oleh jantung ke sistem sistemik 19. Aliran darah Kantung alveolus pulmonari vena Pulmonari arteri bronkiul alveoli Pulmonari arteri Pulmonari vena Pertukaran darah 20. Fungsi hemoglobin dalam pengangkutan gas : Darah beroksigen diangkut ke sel-sel tubuh badan. Sel-sel akan menggunakan oksigen. Sel-sel tisu badan akan membebaskan karbon dioksida ke dalam darah dan diangkut ke paru-paru. Pengangkutan oksigen boleh diangkut melalui dua cara. Pertama, oksigen tersebut akan larut di dalam plasma. Manakala, cara kedua ialah melalui pelarutan haemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin. Oksihemoglobin adalah satu kompound yang tidak stabil. Oleh itu, ia mudah untuk menghuraikan oksigen tersebut. Faktor-faktor yang mempengaruhi penghuraian tersebut adalah tahap oksigen yang rendaH, pH rendah, suhu yang tinggi dan peningkatan pengeluaran karbon dioksida dalam badan. Pengangkutan karbon dioksida pula ialah diangkut melalui tiga cara. Cara pertama ialah melalui pelarutan dalam plasma. Kedua, melalui ion bikarbonat. Seterusnya ialah melalui gabungan dengan hemoglobin untuk membentuk karbominohemoglobin. 21. Proses pertukaran gas respirasi di peparu dan tisu 22. Di Paru-paru Darah yang meninggalkan kapilari darah untuk kembali ke peparu yang mempunyai tekanan separa oksigen (PO2) rendah dan tekanan separa karbon dioksida (PO2) tinggi. Pertukaran gas berlaku semula antara darah dan udara alveolus. Darah yang sampai ke tisu kapilari mempunyai tekanan separa oksigen yang lebih tinggi daripada tekanan separa oksigen sel badan. Oksigen meresap dari darah ke dalam sel di tisu. Pada masa yang sama, PO2 yang lebih tinggi dalam sel di tisu menyebabkan karbon dioksida meresap dari sel ke dalam kapilari darah yang mempunyai PCO2 yang lebih rendah. 23. O2 dan CO2 bergerak di antara darah kapilari sistemik dan sel tisu melakui resapan mudah sama seperti pergerakan gas di antara darah kapilari dan gas alveolus di dalam paru-paru. Kadar pemindahan gas melalui satu lapisan tisu berkadar terus dengan luas kawasan tisu dan perbezaan tekanan separa gas di antara kedua-dua bahagian dan berkadar songsang dengan ketebalan tisu. Ketebalan sekatan darah dan gas ialah kurang daripada 0.5 mikron, tetapi jarak di antara kapilari terbuka di dalam otot rehat ialah dalam lingkungan 50 mikron. Semasa melakukan senaman, apabila buka, dan mengurangkan jarak resapan serta meningkatkan luas kawasan untuk resapan. Oleh sebab CO2 meresap melalui tisu dalam anggaran 20 kali lebih cepat daripada O2. Maka penyingkiran CO2 adalah kurang rumit jika dibandingkan dengan penghantaran O2. 24. Aktiviti menentukan ukuran lilit dada semasa inspirasi, istirehat dan maksimum Aktiviti menentukan kapasiti peparu dan kadar hembusan tertinggi (peak flow rate) 25. Sekian, terima kasih