kesan senamrobik terhadap system respiratori

12
Latihan aerobik Latihan aerobik adalah aktiviti fizikal atau senaman progresif dan regular yang melibatkan otot-otot besar. Progresif bermaksud meningkatkan intensiti latihan untuk mendapatkan kesan kecergasan yang positif , manakala regular merujuk kepada kekerapan latihan . Senaman aerobik biasanya dijalankan berselang hari, tiga atau empat kali dalam seminggu. Latihan yang tidak regular menyebabkan kemerosotan. Selain itu, senaman aerobik hendaklah dijalankan dalam tempoh yang panjang untuk menghasilkan adaptasi fizikal dan psikologikal. Tempoh yang panjang juga bermaksud sesuatu sesi latihan aerobik hendaklan memakan masa minimum 30 minit dan keseluruhan tempoh latihan hendaklah melebihi 3 bulan bagi membolehkan adapdasi fisiologi berlaku. Senaman aerobik memberikan peningkatan kepada kecekapan sistem pengangkutan dan penggunaan oksigen dalam system respiratori yang melibatkan paru-paru dan saluran darah dalam tubuh badan. Pernafasan semasa senaman Senaman memberi kesan yang jelas terhadap penggunaan oksigen dan penghasilan karbon dioksida. Semasa bersenam, sel-sel otot memerlukan tenaga untuk menghasilkan kekuatan. Otot-otot dalam badan bertindak seperti sebuah motor biokimia, mereka menggunakan

Upload: holaifong

Post on 26-Jun-2015

340 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Senamrobik Terhadap System Respiratori

Latihan aerobik

Latihan aerobik adalah aktiviti fizikal atau senaman progresif dan regular yang

melibatkan otot-otot besar. Progresif bermaksud meningkatkan intensiti latihan untuk

mendapatkan kesan kecergasan yang positif , manakala regular merujuk kepada

kekerapan latihan . Senaman aerobik biasanya dijalankan berselang hari, tiga atau

empat kali dalam seminggu. Latihan yang tidak regular menyebabkan kemerosotan.

Selain itu, senaman aerobik hendaklah dijalankan dalam tempoh yang panjang untuk

menghasilkan adaptasi fizikal dan psikologikal. Tempoh yang panjang juga bermaksud

sesuatu sesi latihan aerobik hendaklan memakan masa minimum 30 minit dan

keseluruhan tempoh latihan hendaklah melebihi 3 bulan bagi membolehkan adapdasi

fisiologi berlaku.

Senaman aerobik memberikan peningkatan kepada kecekapan sistem

pengangkutan dan penggunaan oksigen dalam system respiratori yang melibatkan

paru-paru dan saluran darah dalam tubuh badan.

Pernafasan semasa senaman

Senaman memberi kesan yang jelas terhadap penggunaan oksigen dan penghasilan

karbon dioksida. Semasa bersenam, sel-sel otot memerlukan tenaga untuk

menghasilkan kekuatan. Otot-otot dalam badan bertindak seperti sebuah motor

biokimia, mereka menggunakan bahan kimia yang disebut Adennosin trifosfat (ATP)

sebagai sumber tenaga.

Glukosa + Oksigen tenaga + karbon dioksida + air

Adenosina trifosfat + Oksigen adenosine difosfat + fosfat bukan organic + tenaga

Semasa proses penghasilan ATP, otot memerlukan oksigen. Sekiranya senaman

diteruskan , oksigen yang diperlukan untuk penghasilan ATP semakin bertambah.

Paru-paru dan jantung akan bekerja dengan lebih kuat untuk mengangkut lebih

banyak oksigen ke dalam sel-sel badan. Kadar pernafasan akan bertambah laju dan

kuat , isipadu udara yang disedut ke dalam paru-paru bertambah untuk mendapatkan

oksigen sebanyak yang mungkin dan seterusnya meminimakan hutang oksigen yang

Page 2: Kesan Senamrobik Terhadap System Respiratori

berlaku dalam tubuh badan. Pada masa yang sama , karbon dioksida bertambah . Otak

akan mengesan pertambahan kandungan karbon dioksida dalam darah dan

menghantar maklumat kepada paru-paru untuk menambahkan kadar pernafasan.

Selain itu, otak juga menghantar maklumat ke jantung supaya bekerja lebih kuat , lebih

banyak darah di bawa ke paru-paru dan seterusnya ke sel-sel otot. Pertukaran gas

oksigen dan karbon dioksida di sel-sel otot dan salur darah bertambah cepat . Lebih

banyak karbon dioksida hasil pembakaran ATP di sel-sel otot diangkut ke paru-paru

dan seterusnya dihembus keluar.

ATP juga dijana tanpa oksigen daripada fosfat bertenaga tinggi iaitu

kreatin fosfat (CP)

Tenaga daripada CP amat penting ketika transisi daripada keperluan

tenaga rendah ke tinggi , seperti ketika permulaan latihan ketika keperluan

tenaga melebihi bekalan daripada pemecahan makronutrien yang

tersimpan

Page 3: Kesan Senamrobik Terhadap System Respiratori
Page 4: Kesan Senamrobik Terhadap System Respiratori
Page 5: Kesan Senamrobik Terhadap System Respiratori
Page 6: Kesan Senamrobik Terhadap System Respiratori

Perbezaan pernafasan semasa rehat dan semasa bersenam

Semasa rehat Semasa bersenam

Kadar pernafasan 14 pernafasan per minit 32 pernafasan per minit

Isipadu per pernafasan 0.4 liter 2.4 liter

Minute volume 5.6 liter 76.8 liter

Page 7: Kesan Senamrobik Terhadap System Respiratori

Kesan latihan senamrobik terhadap system respiratori

Kesan jangka pendek:

1 kadar pernafasan semasa senaman akan bertambah sebanyak 3 kali berbanding

dengan kadar pernafasan dalam keadaan rehat pasif .

2. Tital volume iaitu isipadu udara yang disedut masuk dan hembus keluar semasa

pernafasan akan bertambah.

3. Lebih banyak darah akan mengalir masuk dan juga keluar dari paru-paru. Ini

bermaksud lebih banyak oksigen akan dihantar ke sel-sel otot dan lebih banyak

karbon dioksida dihembus keluar.

Kesan jangka panjang :

1. Otot-otot yang terlibat dalam sistem pernafasan seperti interkostal dan diafragma

akan menjadi semakin kuat melalui senaman lantas menghasilkan rongga dada

yang lebih besar dan mengembang dengan lebih luas lagi. Rongga dada yang

besar membolehkan isipadu udara yang lebih banyak disedut masuk ke paru-paru

semasa inhalasi dan lebih banyak karbon dioksida di hembus keluar semasa

exhalasi , iaitu tital volume ( isipadu udara yang disedut masuk atau dihembus

keluar dalam setiap pernafasan ) bertambah.

2. Lebih banyak kapilari darah akan dibentuk di sekitar alveolus. Oleh itu ,lebih banyak

hemoglobin dalam darah terdedah kepada oksigen , lebih banyak oksigen dibawa ke

sel-sel otot. Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida di alveolus lebih cepat dan

berkesan . Terdapat peningkatan keupayaan membawa dan menggunakan

oksigen,iaitu VO2 Max bertambah.

Page 8: Kesan Senamrobik Terhadap System Respiratori

Semasa senaman, terdapat tiga sumber tenaga :

Tenaga Semerta: sistem ATP-CP

Tenaga Jangka Pendek: Sistem Asid Laktik

Tenaga Jangka Panjang : Sistem Aerobik

Secara relatif, sumbangan tenaga anaerobik dan aerobik semasa senaman

berubah mengikut jangka masa dan intensiti latihan

Memahami keperluan tenaga pelbagai aktiviti sukan dan membentuk sistem

yang betul adalah penting. Ia menjelaskan kenapa :

Pemegang rekod dunia dalam acara larian 1 batu tidak semestinya pelari

jarak jauh terhandal

Ramai pelari maraton yang tidak dapat menamatkan larian 1 batu dalam

tempoh kurang drpd 4 minit, tetapi dapat menamatkan larian 26 batu

pada purata kelajuan 5 batu sejam.

Bagaimanakah kandungan oksigen darah dikawalatur semasa bersenam?    - melibatkan sistem respirasi, sistem edaran dan sistem otot.    - fungsi sistem-sistem tersebut diselaraskan supaya kandungan oksigen disesuaikan        dengan keperluan sel semasa senaman, yakni kadar penggunaan oksigen bertambah.    Kandungan oksigen di persekitaran dalam dikesan oleh reseptor (sistem saraf periferal)    dan maklumat ini dibawa oleh saraf aferen ke pengawal iaitu otak (sistem saraf pusat).    Seterusnya, maklumat arahan dari otak dibawa melalui saraf eferen ke efektor (otot respirasi).    Di samping itu edaran darah ditingkatkan dengan meninggikan kadar denyutan jantung    supaya oksigen dapat diedarkan dengan lebih cekap.

Page 9: Kesan Senamrobik Terhadap System Respiratori

Sumber tenaga luar badan – nutrien daripada makanan

Sumber tenaga dalam badan – fosfat bertenaga tinggi iaitu ATP dan CP,

glikogen (glukos), lemak dan protein

Sistem tenaga – semerta, jangka pendek dan jangka panjang

Semerta – ATP-CP (anaerobik alaktik) utk 4 – 20 saat (intensiti amat tinggi)

Jangka pendek – Laktik asid drpd glikogen (anaerobik laktik) utk 20 – 60 saat

(intensiti tinggi)

Jangka panjang – oksigen (aerobik) utk 60 saat ke atas (intensiti sederhana –

rendah)

Sistem pernafasan juga turut menjadi lebih efisien dan isipadunya

meningkat kerana :

Page 10: Kesan Senamrobik Terhadap System Respiratori

i. Pengembangan dada menjadi lebih luas.

ii. Keupayaan paru-paru dalam proses penukaran oksigen dan karbon dioksida akan bertambah

iii. Kadar pernafasan untuk sesuatu aktiviti akan menjadi lebih rendah dan terkawal. Keadaan ini akan membuatkan seseorang itu tidak mudah mengalami sesak nafas.

iv. Kadar pemulihan pernafasan seperti sediakala akan menjadi lebih cepat.

Melalui peningkatan kemampuan sistem pernafasan dan kadiovaskular, daya tahan untuk melakukan sesuatu aktiviti juga turut meningkat. Antara kesan kepada tisu ialah :

i. Tonus, saiz dan kekuatan otot akan bertambah jika sering menggunakan otot yang besar dalam aktiviti seperti berenang, mendaki atau berkeno.

ii. Kelenturan yang meningkat akan memudahkan pergerakan sendi-sendi yang terlibat.

iii. Melalui aktiviti yang aktif dan terlatih, koordinasi badan akan bertambah baik dan memudahkan sesuatu pergerakan, walaupun pada peringkat awalnya agak agak susah.

iv. Proses serta tindak balas bahan biokimia juga menjadi lebih berkesan. Proses ini boleh mengekalkan kesihatan dan kekuatan terutama dalam proses kelicinan sistem pencernaan, pengembangan otot dan tulang serta mempercepatkan proses baik pulih daripada sebarang kecederaan.

v. Kelesuan dan keletihan dapat dikurangkaan secara menyeluruh.

Kesimpulannya, latihan aerobic secara berterusan dalam tempoh masa yang

agak panjang, memberikan manfaat. Program aerobic jangka masa panjang, melebihi

tiga atau empat bulan jika diamalkan mengikut prinsip-prinsip latihan pasti akan

meningkatkan kemampuan aerobik .

Page 11: Kesan Senamrobik Terhadap System Respiratori