topik 2 analisispenyata kewangaa

69
PENGENALAN Penyata kewangan merupakan rumusan data ke atas aset, liabiliti dan ekuiti serta pendapatan dan perbelanjaan perniagaan untuk tempoh tertentu. Penyata kewangan digunakan oleh pengurus kewangan untuk menilai status syarikat dan merancang masa depan syarikat. Dalam topik ini, anda akan mempelajari tentang empat penyata kewangan utama iaitu penyata pendapatan, kunci kira-kira, penyata perolehan tertahan dan penyata aliran tunai. Pada peringkat permulaan, anda akan didedahkan kepada format asas penyata kewangan. Selepas itu, anda akan mempelajari bagaimana menyediakan setiap penyata kewangan tersebut. Pemahaman tentang penyata kewangan adalah penting kerana penyata kewangan akan membantu dalam menilai prestasi syarikat. T T o o p p i i k k 2 2 Analisis Penyata Kewangan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan kepentingan penyata kewangan kepada kumpulan pengguna yang berbeza; 2. Menyediakan penyata perolehan tertahan dan penyata aliran tunai; 3. Mengira nisbah kecairan, pengurusan aset, leveraj kewangan, keberuntungan dan nilai pasaran; 4. Menilai prestasi syarikat berdasarkan nisbah kewangan dan analisis DuPont; dan 5. Menjelaskan kekurangan analisis nisbah kewangan.

Upload: mohdilham

Post on 23-May-2017

463 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� PENGENALAN

Penyata kewangan merupakan rumusan data ke atas aset, liabiliti dan ekuiti serta pendapatan dan perbelanjaan perniagaan untuk tempoh tertentu. Penyata kewangan digunakan oleh pengurus kewangan untuk menilai status syarikat dan merancang masa depan syarikat.

Dalam topik ini, anda akan mempelajari tentang empat penyata kewangan utama iaitu penyata pendapatan, kunci kira-kira, penyata perolehan tertahan dan penyata aliran tunai. Pada peringkat permulaan, anda akan didedahkan kepada format asas penyata kewangan. Selepas itu, anda akan mempelajari bagaimana menyediakan setiap penyata kewangan tersebut. Pemahaman tentang penyata kewangan adalah penting kerana penyata kewangan akan membantu dalam menilai prestasi syarikat.

TTooppiikk

22

� Analisis Penyata Kewangan

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan kepentingan penyata kewangan kepada kumpulanpengguna yang berbeza;

2. Menyediakan penyata perolehan tertahan dan penyata aliran tunai;

3. Mengira nisbah kecairan, pengurusan aset, leveraj kewangan,keberuntungan dan nilai pasaran;

4. Menilai prestasi syarikat berdasarkan nisbah kewangan dananalisis DuPont; dan

5. Menjelaskan kekurangan analisis nisbah kewangan.

Page 2: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 25

Analisis kewangan merupakan penilaian pencapaian kewangan syarikat bagi tahun-tahun kebelakangan dan prospek pada masa hadapan. Kebiasaannya, penilaian akan melibatkan analisis penyata kewangan syarikat. Maklumat daripada penyata kewangan digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan syarikat berbanding dengan pesaing dan memberi petunjuk kepada bahagian yang perlu diselidik dan diperbaiki.

Pengurus kewangan menggunakan analisis kewangan untuk perancangan masa depan syarikat. Contohnya, pemegang saham dan pelabur yang berpotensi berminat dalam pulangan pelaburan dan risiko syarikat. Pemiutang berminat dalam tahap kecairan jangka pendek dan keupayaan syarikat untuk menyelesaikan kadar faedah dan hutang. Mereka juga akan memberi penekanan kepada keuntungan syarikat agar memastikan prestasi syarikat dalam keadaan baik dan akan berjaya. Oleh itu, pengurus kewangan hendaklah mengetahui keseluruhan aspek analisis kewangan yang diberi perhatian oleh beberapa pihak yang mempunyai kepentingan sendiri dalam menilai syarikat.

Selain pengurus kewangan, pengurusan juga menggunakan analisis kewangan untuk memantau pencapaian syarikat dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan di luar jangkaan akan dikaji untuk mengenal pasti masalah yang perlu ditangani bersama.

LAPORAN TAHUNAN DAN PENGGUNA PENYATA KEWANGAN

Syarikat dikehendaki melaporkan status kewangan perniagaan mereka pada akhir setiap tempoh perakaunan dalam laporan tahunan.

Laporan tahunan biasanya mengandungi pesanan daripada pengerusi, penyata kewangan dan nota yang menerangkan amalan dan polisi yang diguna pakai dalam laporan akaun syarikat (lihat Rajah 2.1).

2.1

SEMAK KENDIRI 2.1

Siapakah pengguna penyata kewangan? Apakah jenis maklumat yangdiperlukan oleh mereka?

Page 3: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 26

Rajah 2.1: Maklumat dalam laporan tahunan

Ada dua jenis maklumat dalam laporan tahunan. Bahagian pertama adalah pesanan daripada pengerusi. Ia melaporkan prestasi syarikat sepanjang tahun dan perbincangan mengenai perkembangan terbaru yang akan memberi kesan kepada operasi masa depan syarikat. Bahagian kedua pula melaporkan tentang asas penyata kewangan seperti penyata pendapatan, kunci kira-kira, penyata perolehan tertahan dan penyata aliran tunai.

Penyata kewangan menggambarkan operasi dan kedudukan kewangan syarikat. Data terperinci disediakan untuk dua atau tiga tahun yang lepas bersama dengan ringkasan statistik utama bagi lima atau sepuluh tahun yang lepas. Biasanya, penyata kewangan diikuti dengan nota yang menjelaskan perkara-perkara yang terdapat dalam penyata secara terperinci. Nota ini menyatakan polisi atau amalan perakaunan yang digunakan dalam menyediakan penyata kewangan. Contohnya, nota lanjutan ke atas inventori mungkin menjelaskan kaedah laporan inventori yang diguna pakai oleh syarikat.

Beberapa kumpulan pengguna berminat dengan maklumat yang terkandung dalam penyata kewangan. Mereka mengkaji dan mentafsir maklumat berdasarkan kepentingan masing-masing secara terperinci. Objektif analisis adalah membuat penilaian ke atas aspek tertentu terhadap prestasi syarikat. Maklumat yang diperlukan oleh pengguna bergantung kepada jenis keputusan yang dikehendaki. Kita boleh membahagikan pengguna penyata kewangan kepada dua kumpulan (lihat Rajah 2.2).

Page 4: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 27

Rajah 2.2: Dua kumpulan pengguna penyata kewangan

Sekarang, mari kita lihat setiap kumpulan satu persatu.

(a) PPengguna dalaman termasuk pengurus dan pegawai lain yang mengendalikan perniagaan. Mereka bertanggungjawab dalam merancang strategi dan operasi syarikat. Oleh itu, mereka menggunakan penyata kewangan untuk mendapatkan maklumat mengenai prestasi syarikat secara keseluruhannya; dan

(b) PPengguna luaran syarikat tidak terlibat secara langsung dalam operasi syarikat. Mereka terdiri daripada pengguna yang mempunyai kepentingan secara langsung dalam syarikat (seperti pemegang saham, pelabur dan pemiutang) dan pengguna yang mempunyai kepentingan tidak langsung dalam syarikat (seperti pelanggan, ejen cukai dan organisasi buruh).

Pemegang saham dan pelabur yang berpotensi menggunakan penyata kewangan untuk membantu mereka mentafsir apa yang akan berlaku kepada syarikat pada masa hadapan. Pemiutang jangka pendek akan melihat kecairan syarikat, manakala pemiutang jangka panjang pula melihat keupayaan syarikat untuk menyelesaikan kepentingan dan pembayaran hutang prinsipal jangka panjang.

Akta Syarikat 1965 menetapkan bahawa sekurang-kurangnya empat daripada penyata kewangan berikut hendaklah dimasukkan dalam laporan tahunan iaitu:

(a) Penyata pendapatan;

(b) Kunci kira-kira;

(c) Penyata perolehan tertahan; dan

(d) Penyata aliran tunai.

Mari kita lihat penyata kewangan dan hubungan antara setiap penyata tersebut berdasarkan penyata kewangan Syarikat FAZ sebagai contoh.

Page 5: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 28

PENYATA PENDAPATAN

Penyata pendapatan mengukur prestasi operasi syarikat dalam tempoh tertentu, biasanya dalam tempoh berakhir satu tahun pada tarikh tertentu kebiasaannya 31 Disember.

Penyata bulanan juga disediakan untuk kegunaan pihak pengurusan yang memerlukan maklumat yang kerap bagi membolehkan keputusan lebih bijak dibuat. Penyata suku tahunan juga disediakan untuk pemegang saham syarikat awam.

Maklumat yang disediakan dalam penyata pendapatan adalah untuk menilai prestasi firma. Bagi mengukur prestasi firma, beberapa aspek penting dalam penyata pendapatan hendaklah diberi keutamaan:

(a) Angka jualan boleh dibandingkan dengan jualan syarikat bagi tahun sebelumnya dan jualan jangkaan untuk masa depan. Maklumat ini boleh digunakan untuk perancangan masa depan firma;

(b) Keuntungan kasar/rugi kasar boleh dibandingkan dengan angka jualan untuk menunjukkan keuntungan daripada produk/perkhidmatan yang dijual; dan

(c) Perbelanjaan firma boleh dibandingkan dengan perbelanjaan firma tersebut bagi tahun sebelumnya untuk melihat polisi mana yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan kos.

Jadual 2.1 merupakan penyata pendapatan Syarikat FAZ untuk tahun berakhir 31 Disember 2012. Penyata ini bermula dengan hhasil jualan yang nilai jualan dalam ringgit sepanjang tempoh perakaunan. KKos jualan barang ditolak daripada hasil jualan untuk mendapatkan kkeuntungan kasar sebanyak RM70,000. Jumlah ini merupakan hasil jualan yang diperoleh daripada jualan untuk menampung kos operasi kewangan dan cukai.

2.2

SEMAK KENDIRI 2.2

Apakah kegunaan penyata pendapatan terhadap operasi kewangansyarikat?

Page 6: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 29

Jadual 2.1: Penyata Pendapatan

Syarikat FAZ Penyata Pendapatan

bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012

RM Jualan 170,000 Tolak: Kos jualan barang 100,000

Keuntungan kasar 70,000 Tolak: Perbelanjaan operasi Perbelanjaan jualan 8,000 Perbelanjaan pentadbiran dan am 15,000 Perbelanjaan susut nilai 10,000

Jumlah perbelanjaan operasi 33,000

Keuntungan sebelum faedah dan cukai 37,000 Faedah 7,000

Keuntungan sebelum cukai 30,000 Cukai (40%) 12,000

Keuntungan selepas cukai 18,000 Tolak: Dividen saham keutamaan 1,000

Keuntungan bersih (atau keuntungan disediakan untuk pemegang saham biasa)

17,000

Perolehan sesaham = Keuntungan bersih/Jumlah saham biasa 0.17

Semua perbelanjaan operasi seperti perbelanjaan jualan, perbelanjaan am dan pentadbiran serta perbelanjaan susut nilai akan disenaraikan dan dijumlahkan semua untuk mendapatkan jumlah pperbelanjaan operasi. Jumlah ini akan ditolak daripada keuntungan kasar untuk mendapatkan kkeuntungan daripada operasi berjumlah RM37,000. Keuntungan daripada operasi adalah keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti pembuatan dan penjualan produk; ia tidak mengambil kira kos kewangan dan cukai. Keuntungan daripada operasi juga dikenali sebagai keuntungan sebelum faedah dan cukai.

Kemudian, kos kewangan iaitu perbelanjaan faedah sebanyak RM7,000 akan ditolak daripada keuntungan operasi untuk mendapatkan keuntungan yang sebelum cukai berjumlah sebanyak RM30,000. Selepas ditolak cukai, kita akan mendapat keuntungan selepas cukai (atau keuntungan sebelum saham keutamaan) sebanyak RM18,000.

Page 7: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 30

Sebarang dividen saham keutamaan hendaklah ditolak daripada keuntungan selepas cukai untuk mendapatkan keuntungan bersih. Jumlah ini juga dikenali sebagai keuntungan yang disediakan kepada pemegang saham biasa dan jumlah yang diperoleh oleh syarikat itu bagi pihak pemegang saham biasa sepanjang tempoh tertentu. Biasanya, laporan ke atas perolehan sesaham disediakan pada bahagian terakhir penyata pendapatan. Perolehan sesaham menunjukkan jumlah yang diperoleh oleh syarikat sepanjang tempoh tertentu untuk setiap saham biasa. Pada tahun 2012, Syarikat FAZ memperoleh RM17,000 untuk pemegang saham biasa atau RM0.17 setiap terbitan saham (jumlah saham biasa ialah 100,000). Perolehan sesaham sering dirujuk sebagai „garis bawah‰untuk menunjukkan perolehan sesaham adalah perkara yang paling penting dalam penyata pendapatan berbanding perkara lain (lihat Rajah 2.3).

Rajah 2.3: Objektif syarikat untuk meningkatkan pendapatan dan memaksimumkan

keuntungan

SEMAK KENDIRI 2.3

Jika anda salah seorang daripada pemegang saham keutamaandalam Syarikat FAZ, bagaimanakah maklumat yang terkandung dalampenyata kewangan syarikat itu berguna untuk anda?

Page 8: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 31

KUNCI KIRA-KIRA

Kunci kira-kira merupakan penyata yang meringkaskan kedudukan syarikat pada satu masa tertentu. Kunci kira-kira menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti. Ia mengimbangi aset syarikat (apa yang dimiliki) dengan pembiayaan, sama ada hutang (disediakan oleh pemiutang) atau ekuiti (disediakan oleh pemilik). Kunci kira-kira Syarikat FAZ seperti pada 31 Disember 2011 dan 31 Disember 2012 yang ditunjukkan dalam Jadual 2.2.

Table 2.2: Kunci Kira-kira

Syarikat FAZ Kunci Kira-kira

pada 31 Disember 2011 dan 2012

331-12-2012 31-12-2011 RRM RM

Aset Aset Semasa Tunai 40,000 30,000 Sekuriti boleh pasar 60,000 20,000 Akaun belum terima 40,000 50,000 Inventori 60,000 90,000 Jumlah aset semasa 200,000 190,000 Aset jangka panjang Tanah dan bangunan 120,000 105,000 Mesin dan peralatan 85,000 80,000 Lekapan dan kelengkapan 30,000 22,000 Kenderaan 10,000 8,000 Lain-lain (termasuk pajakan) 5,000 5,000 Jumlah aset tetap 250,000 220,000 Tolak: Susut nilai terkumpul 130,000 120,000 Aset tetap, bersih 120,000 100,000

JUMLAH ASET 3320,000 2290,000

2.3

SEMAK KENDIRI 2.4

Jelaskan perbezaan antara aset, liabiliti dan ekuiti secara terperinci.

Page 9: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 32

Liabiliti dan Ekuiti

Liabiliti semasa Akaun yang perlu dibayar 70,000 50,000 Nota belum bayar 60,000 70,000 Akruan cukai 10,000 20,000 Jumlah liabiliti semasa 140,000 140,000 Hutang jangka panjang 60,000 40,000 Jumlah liabiliti 200,000 180,000

Ekuiti Saham keutamaan 10,000 10,000 Saham biasa, RM10 nilai tara saham 4,500 12,000 12,000 Modal berbayar atas par 38,000 38,000 Perolehan tertahan 60,000 50,000 Jumlah ekuiti 120,000 110,000

JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 3320,000 2290,000

2.3.1 Aset Aset adalah sumber ekonomi berharga yang dimiliki oleh perniagaan. Ia boleh digunakan dalam beberapa aktiviti seperti pembuatan, kegunaan dan pertukaran. Aset mempunyai „perkhidmatan yang berpotensi‰ atau akan „membawa faedah ekonomi pada masa akan datang‰. Aset mempunyai keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan atau menjana manfaat kepada entiti perniagaan yang dimiliki. Dalam perniagaan, perkhidmatan atau faedah ekonomi akan menjana aliran masuk tunai (menerima wang tunai) kepada perniagaan.

Aset boleh dikategorikan kepada aset semasa dan aset jangka panjang. Aset disenaraikan dalam kunci kira-kira mengikut tahap kecairan daripada yang paling cair kepada yang kurang cair. Oleh itu, aaset semasa disusun dahulu, diikuti oleh aset tetap.

(a) AAset Semasa Aset semasa adalah aset yang boleh ditukar kepada nilai dalam tempoh

yang singkat iaitu dalam tempoh setahun atau kurang. Aset semasa untuk Syarikat FAZ terdiri daripada:

(i) Tunai;

(ii) Sekuriti boleh pasar;

(iii) Akaun belum terima; dan

(iv) Inventori.

Page 10: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 33

Tunai adalah aset semasa yang paling cair. SSekuriti boleh pasar seperti bil kerajaan atau sijil deposit adalah pelaburan jangka pendek yang amat cair. Sekuriti boleh pasar kadang-kadang boleh dilihat dalam bentuk wang tunai kerana kecairan yang tinggi. AAkaun belum terima adalah hutang yang terhutang oleh pelanggan yang membeli barang secara kredit daripada syarikat. IInventori terdiri daripada bahan mentah, masih dalam proses dan barangan siap yang dipegang oleh syarikat.

Aset semasa lain yang tidak berada dalam kunci kira-kira Syarikat FAZ adalah pperbelanjaan prabayar (prabayaran). Perbelanjaan prabayar merupakan perbelanjaan yang dibayar terlebih dahulu secara tunai tetapi faedah daripada perbelanjaan belum diterima. Contoh perbelanjaan prabayar adalah prabayar sewa, prabayar insurans dan bekalan pejabat.

(b) Aset Jangka Panjang Aset jangka panjang adalah aset yang dipegang oleh syarikat itu untuk

tempoh yang agak lama iaitu melebihi setahun. Aset jangka panjang dikategorikan sebagai aset tetap, lain-lain aset jangka panjang dan aset tidak ketara. Aset jangka panjang Syarikat FAZ hanya terdiri daripada aset tetap.

Aset tetap adalah tanah dan bangunan, mesin dan peralatan, lekapan dan kelengkapan serta kenderaan. Biasanya, syarikat akan melaporkan jjumlah aset tetap di mana kos asal aset tetap dimiliki oleh syarikat tersebut. Berdasarkan jumlah tersebut, syarikat akan menolak susut nilai terkumpul aset tetap untuk mendapatkan aaset tetap bersih. Semua aset tetap hendaklah disusut nilaikan kecuali tanah. Ini kerana nilai tanah akan sentiasa meningkat, manakala nilai aset tetap yang lain seperti mesin dan peralatan, dan juga kenderaan akan menurun apabila jangka hayat aset meningkat.

Aset jangka panjang lain terdiri daripada pelaburan jangka panjang (seperti bon dan saham), perbelanjaan prabayaran dan akaun belum terima yang melibatkan tempoh melebihi setahun.

Selain aset semasa dan aset tetap, perniagaan mungkin menunjukkan aset tidak ketara dalam kunci kira-kira. Aset tidak ketara adalah aset jangka panjang yang tidak boleh dilihat secara fizikal dan biasanya memberi kelebihan daya saing kepada firma. Contoh aset tidak ketara adalah paten, lesen francais, lesen, tanda dagangan, hak cipta dan muhibah. Walaupun aset-aset ini tidak boleh dilihat secara fizikal, ia direkodkan menggunakan kaedah yang sama seperti aset-aset tetap yang lain. Ini bermakna asetkan direkodkan dengan kos asal dan kos ini akan dilunaskan sepanjang hayatnya. Antara aset tidak ketara adalah paten Polaroid, francais McDonaldÊs dan tanda dagangan Kentucky Fried Chicken Kolonel Sander.

Page 11: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 34

2.3.2 Liabiliti

Kebanyakan perniagaan berada dalam keadaan di mana mereka perlu membuat pinjaman untuk membiayai aset perniagaan atau membeli aset seperti bahan mentah secara kredit. Dengan kata lain, liabiliti adalah hutang dan segala tanggungan syarikat. Liabiliti terdiri daripada liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang.

Jika keadaan berlaku di mana syarikat tidak mampu membayar liabiliti perniagaan, pemiutang boleh memaksa syarikat untuk dibubarkan. Dalam keadaan ini, tuntutan pemiutang hendaklah diselesaikan sebelum syarikat itu boleh menyelesaikan tuntutan pemegang saham.

(a) Liabiliti Semasa Liabiliti semasa adalah hutang jangka pendek atau hutang yang akan

matang dalam tempoh satu tahun atau kurang. Liabiliti semasa Syarikat FAZ adalah:

(i) Akaun belum bayar;

(ii) Nota belum bayar; dan

(iii) Akruan cukai.

Akaun belum bayar ialah tanggungjawab syarikat terhadap pembekal apabila syarikat membeli bahan mentah dan barangan siap secara kredit. Nota belum bayar merupakan obligasi bertulis oleh Syarikat FAZ. Obligasi adalah dengan bank bagi membuat pinjaman membeli kenderaan untuk kegunaan syarikat. Syarikat juga mempunyai akruan cukai iaitu cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan tetapi masih tertunggak.

Liabiliti semasa lain yang tidak ada dalam kunci kira-kira Syarikat FAZ adalah pendapatan tertangguh. Pendapatan tertangguh adalah wang tunai yang diterima daripada pelanggan tetapi perkhidmatan atau produk yang dibayar tidak disediakan. Contoh pendapatan tertunda adalah sewa tertunda dan deposit daripada pelanggan.

AKTIVITI 2.1

Jika anda menggunakan kenderaan persendirian untuk mengendalikanperniagaan syarikat, adakah kenderaan tersebut dianggap sebagai asetsyarikat? Bincangkan dengan tutor anda.

Page 12: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 35

(b) Liabiliti Jangka Panjang Liabiliti jangka panjang adalah tanggungjawab atau tanggungan yang matang dalam tempoh melebihi satu tahun. Tuntutan ini mungkin dalam bentuk bon, nota belum bayar jangka panjang dan pajakan.

Bon adalah sejenis sekuriti pendapatan tetap yang dikeluarkan oleh syarikat. Nota belum bayar adalah sejenis urus niaga kredit yang melibatkan perjanjian bertulis antara syarikat dan pemiutang. Pinjaman gadai janji jangka panjang yang digunakan (seperti tanah dan bangunan) sebagai gadai janji bagi pinjaman tersebut. Nota belum bayar boleh dicagarkan dengan aset lain sebagai cagaran pinjaman. Pajakan adalah perjanjian kontrak antara pemajak dan penerima pajak. Pemajak memberikan hak kepada penerima pajak untuk menggunakan aset bagi tempoh tertentu dan akan mengenakan caj bagi penggunaan aset.

2.3.3 Ekuiti Pemilik atau Ekuiti Pemegang Saham

Tuntutan pemilik atau pemegang saham ke atas aset dikenali sebagai ekuiti pemilik atau ekuiti pemegang saham. Dalam kunci kira-kira Syarikat FAZ, ekuiti pemilik terdiri daripada:

� Saham keutamaan;

� Saham biasa;

� Modal berbayar atas par; dan

� Perolehan tertahan.

(a) SSaham keutamaan adalah sekuriti yang memberikan pulangan tetap dividen kepada pemegang tersebut. Pemegang saham keutamaan tidak mempunyai pemilikan dalam syarikat;

(b) SSaham biasa adalah sekuriti yang mencerminkan pemilikan syarikat. Pemegang saham biasa adalah pemilik asal syarikat. Mereka akan menerima pulangan dalam bentuk dividen yang akan dibayar secara tunai atau saham (terbitan bonus);

Page 13: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 36

(c) Terdapat keadaan di mana nilai par (nilai dinyatakan) tidak sama dengan harga pasaran saham biasa pada masa terbitan. Perolehan tunai daripada terbitan saham mungkin sama, lebih atau kurang daripada nilai par. Apabila keadaan ini berlaku, syarikat akan mencatat terbitan saham pada nilai par dalam akaun Saham Biasa dan perbezaan antara nilai par dan harga jualan saham (pendapatan lebihan) akan direkodkan dalam akaun berasingan yang dikenali sebagai MModal Berbayar atas Par; dan

(d) PPerolehan tertahan merupakan jumlah pendapatan terkumpul sejak penubuhannya yang tidak diagihkan kepada pemegang saham sebagai dividen tetapi saham yang telah dilaburkan dalam syarikat. Ia penting sebagai peringatan bahawa perolehan tertahan bukanlah wang tunai tetapi pendapatan yang telah digunakan untuk membiayai aset syarikat.

2.3.4 Ringkasan Asas Perakaunan

Andaikan bahawa perniagaan yang baru bermula dibiayai sendiri oleh pemilik perniagaan. Ini bermakna, semua aset syarikat adalah milik atau dituntut oleh pemilik syarikat.

Hubungan ini boleh ditunjukkan oleh persamaan seperti berikut:

Aset = Ekuiti Pemilik

Walau bagaimanapun, perniagaan biasanya dibiayai oleh pemilik perniagaan dan pemiutang. Oleh itu, tuntutan ke atas aset adalah sama kepada tuntutan oleh pemiutang (liabiliti) ditambah dengan tuntutan oleh pemilik syarikat (ekuiti pemilik) terhadap aset. Hubungan ini boleh ditunjukkan oleh persamaan seperti berikut:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

Persamaan di atas dikenali sebagai rringkasan asas perakaunan di mana jumlah aset hendaklah sama dengan jumlah liabiliti serta ekuiti pemilik. Ekuiti pemilik adalah sama dengan jumlah aset tolak jumlah liabiliti. Ini kerana aset perniagaan dibiayai oleh sama ada pemiutang atau pemilik. Bagi menentukan bahagian pemilik (ekuiti pemilik), kita perlu tolak bahagian pemiutang (liabiliti) daripada aset. Baki akan menjadi tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan. Apabila tuntutan pemiutang diberikan keutamaan ke atas tuntutan pemilik semasa pembubaran, tuntutan pemilik juga dikenali sebagai eekuiti baki.

Page 14: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 37

AKTIVITI 2.2

LATIHAN 2.1

Dengan menggunakan ringkasan asas perakaunan, kaitkan hubunganantara tunai, akaun yang perlu dibayar, akaun belum terima, perolehantertahan, sekuriti boleh pasar dan saham biasa.

Jawab setiap soalan berikut.

1. Kunci kira-kira adalah penyata ke atas kedudukan kewangansyarikat bagi tempoh tertentu.

(a) Betul (b) Salah

2. Penyata pendapatan adalah penyata yang digunakan untukmengukur hasil daripada keputusan operasi syarikat pada satumasa tertentu.

(a) Betul (b) Salah

3. Aset tetap adalah perkara yang tidak boleh ditukarkan kepadawang tunai dalam tempoh satu tahun.

(a) Betul (b) Salah

4. Pelaburan dalam sekuriti kewangan adalah dianggap sebagai asettetap.

(a) Betul (b) Salah

5. Yang manakah SSALAH?

A. Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

B. Aset – Liabiliti = Ekuiti Pemilik

C. Aset + Liabiliti = Ekuiti Pemilik

D. Aset – Ekuiti Pemilik = Liabiliti

Page 15: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 38

6. Tandakan pada setiap akaun yang disenaraikan di bawah seperti berikut:

(a) Dalam ruang (1), jelaskan kenyataan sesuai – sama ada akaun tersebut adalah Penyata Pendapatan (IS) atau Kunci Kira-kira (BS); dan

(b) Dalam ruang (2), jelaskan sama ada akaun tersebut aset semasa (CA), aset tetap (FA), liabiliti semasa (CL), liabiliti jangka panjang (LTL), ekuiti pemegang saham (SE), pendapatan (I) atau perbelanjaan (EX).

Akaun (1) Penyata (2) Jenis Akaun Akaun yang perlu dibayar ____________ ___________________ Akaun belum terima ____________ ___________________ Akruan ____________ ___________________ Bangunan ____________ ___________________ Perbelanjaan am ____________ ___________________ Perbelanjaan faedah ____________ ___________________ Perbelanjaan jualan ____________ ___________________ Perbelanjaan operasi ____________ ___________________ Perbelanjaan pentadbiran ____________ ___________________ Cukai ____________ ___________________ Dividen saham keutamaan ____________ ___________________ Hasil jualan ____________ ___________________ Pinjaman jangka panjang ____________ ___________________ Inventori ____________ ___________________ Kos jualan barangan ____________ ___________________ Modal berbayar atas par ____________ ___________________ Nota belum bayar ____________ ___________________ Perolehan tertahan ____________ ___________________ Peralatan ____________ ___________________ Saham biasa ____________ ___________________ Saham keutamaan ____________ ___________________ Sekuriti boleh pasar ____________ ___________________ Susut nilai ____________ ___________________ Susut nilai terkumpul ____________ ___________________ Tanah ____________ ___________________ Wang tunai ____________ ___________________

Page 16: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 39

7. Gunakan item sesuai yang tersenarai di bawah untuk menyediakan penyata pendapatan untuk Syarikat PC bagi tempoh berakhir 31 Disember 2011.

Perkara Nilai pada 31 Disember 2011 (RM Â000) Akaun belum terima 3,500 Susut nilai terkumpul 2,050 Kos jualan barangan 2,850 Perbelanjaan susut nilai 550 Perbelanjaan am dan pentadbiran 600 Perbelanjaan faedah 250 Dividen saham keutamaan 100 Hasil jualan 5,250 Perbelanjaan jualan 350 Ekuiti pemegang saham 2,650 Kadar cukai = 30%

8. Gunakan perkara-perkara yang relevan di bawah untuk menyediakan kunci kira-kira untuk Syarikat ODC pada 31 Disember 2011.

Perkara Akaun perlu dibayar Akaun belum terima Akruan Bangunan Perbelanjaan am Perbelanjaan susut nilai Hasil jualan Pinjaman jangka panjang Inventori Peralatan Kos jualan barangan Mesin Modal berbayar atas par Nota belum bayar Perolehan tertahan Saham biasa (atas par) Saham keutamaan Sekuriti boleh pasar Susut nilai terkumpul Tanah Wang Tunai

Nilai pada 31 Disember 2011 (RM Â000)

2,200 4,500

550 2,250 3,200

450 3,600 4,200 3,750 2,350

25,000 4,200 3,600 4,750 2,100

900 1,000

750 2,650 2,000 2,150

Page 17: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 40

PENYATA PEROLEHAN TERTAHAN

Penyata perolehan tertahan menunjukkan bagaimana perolehan tertahan dalam kunci kira-kira diselaraskan antara kedua-dua tarikh kunci kira-kira. Penyata perolehan tertahan akan menjana keuntungan bersih sepanjang tempoh dan mana-mana dividen yang dibayar dengan perubahan dalam perolehan tertahan pada awal dan akhir tahun. Jadual 2.3 menunjukkan penyata perolehan tertahan untuk Syarikat FAZ bagi tahun berakhir 31 Disember 2012.

Kenyataan menunjukkan bahawa syarikat tersebut bermula dengan perolehan tertahan sebanyak RM50,000 pada 31 Disember 2011 atau 1 Januari 2012 dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM18,000 (data diperoleh daripada penyata pendapatan). Berdasarkan jumlah ini, syarikat telah membayar dividen sebanyak RM1,000 untuk saham keutamaan dan dividen sebanyak RM7,000 untuk saham biasa. Oleh itu, perolehan tertahan telah meningkat sebanyak RM10,000 daripada RM50,000 pada 1 Januari 2012 kepada RM60,000 pada 31 Disember 2012.

Jadual 2.3: Penyata Perolehan Tertahan

Syarikat FAZ Penyata Perolehan Tertahan

bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012

Perolehan tertahan, 1 Januari 2012 RM50,000 + Keuntungan bersih (sepanjang tahun 2012) 18,000

Bayaran dividen (sepanjang tahun 2012)

Saham keutamaan RM1,000

Saham biasa 7,000 8,000

Perolehan tertahan, 31 Disember 2012 RM60,000

2.4

Page 18: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 41

PENYATA ALIRAN TUNAI

Penyata aliran tunai menunjukkan bagaimana aktiviti syarikat seperti operasi, pelaburan dan aktiviti kewangan boleh mempengaruhi kedudukan tunai dan sekuriti boleh pasar. Penyata aliran tunai adalah penyata ringkasan aliran tunai sepanjang tempoh tertentu, biasanya bagi tahun semasa berakhir. Data daripada kunci kira-kira dan penyata pendapatan digunakan untuk menyediakan penyata aliran tunai.

Penyata aliran tunai boleh membantu pengurus kewangan untuk:

� Menilai keupayaan syarikat untuk menjana aliran tunai yang positif pada masa akan datang; dan

� Menilai keupayaan syarikat untuk menyelesaikan hutang, membayar dividen dan memberi pinjaman.

(a) Aktiviti Operasi Aktiviti operasi merujuk kepada aktiviti secara langsung yang berkaitan

dengan produk, jualan dan perkhidmatan syarikat seperti jualan dan pembelian barangan/perkhidmatan, pendapatan sewa, pendapatan yuran, upah dan gaji pekerja, perbelanjaan utiliti dan perbelanjaan sewa.

(b) Aktiviti Pelaburan Aktiviti pelaburan merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan

pembelian dan jualan aset jangka panjang seperti jual dan beli aset tetap, jualan pelaburan, pembelian saham dan bon (pelaburan) dan pinjaman entiti lain.

(c) AAktiviti Kewangan Aktiviti kewangan merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan liabiliti

semasa dan liabiliti jangka panjang serta pemilikan ekuiti seperti pembayaran balik pinjaman, pinjaman jangka pendek dan jangka panjang serta pembelian balik saham.

2.5

AKTIVITI 2.3

Apakah yang akan menjejaskan kedudukan tunai dan sekuritibolehpasar syarikat? Bincangkan dengan tutor anda.

Page 19: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 42

2.5.1 Penyediaan Penyata Aliran Tunai

Data diperoleh daripada kunci kira-kira beserta dengan keuntungan bersih, susut nilai dan dividen yang diperoleh daripada penyata pendapatan boleh digunakan untuk menyediakan penyata aliran tunai. Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan tiga langkah berikut:

Langkah 1: Mengklasifikasikan data ke dalam salah satu daripada tiga komponen:

(a) Aliran tunai daripada aktiviti operasi;

(b) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan; dan

(c) Aliran tunai daripada aktiviti kewangan.

Langkah 2: Senaraikan data mengikut susunan dalam Jadual 2.4. Semua sumber dan keuntungan bersih termasuk susut nilai aliran tunai yang positif merupakan aliran tunai masuk, manakala semua kegunaan, sebarang kerugian dan dividen yang perlu dibayar adalah aliran tunai negatif yang merupakan aliran tunai keluar. Jumlah diperoleh bagi perkara-perkara dalam setiap komponen tersebut.

Langkah 3: Tambah jumlah daripada setiap komponen untuk mendapatkan peningkatan (atau penurunan) tunai bersih dan sekuriti boleh pasar. Bagi menyemak sama ada anda telah menyediakan penyata dengan betul, pastikan nilai adalah sama dengan perubahan dalam tunai dan sekuriti boleh pasar bagi tahun berkenaan dengan melihat pembukaan dan penutupan baki tunai dan sekuriti boleh pasar dalam kunci kira-kira.

Page 20: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 43

Jadual 2.4: Komponen dan Sumber Data yang Mesti Dimasukkan dalam Penyata Aliran Tunai

RM

Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi Keuntungan bersih (Kerugian bersih) IS Susut nilai dan lain-lain caj bukan tunai IS Perubahan dalam semua aset semasa BS (kecuali tunai dan sekuriti boleh pasar) Perubahan dalam semua liabiliti semasa BS (kecuali nota belum bayar)

Aliran tunai daripada aktiviti operasi xx Aliran Tunai daripada Aktiviti Pelaburan

Perubahan dalam jumlah aset tetap BS Perubahan dalam faedah syarikat BS

Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan xx Aliran Tunai daripada Aktiviti Kewangan

Perubahan dalam nota belum bayar BS Perubahan dalam pinjaman jangka panjang BS Perubahan dalam pemegang saham ekuiti BS (selain daripada perolehan tertahan)

Aliran tunai daripada aktiviti kewangan xx Meningkat (atau menurun) dalam tunai dan sekuriti boleh pasar

XX

Sumber data BS = Kunci Kira-kira IS = Penyata Pendapatan

Contoh Penyata Aliran Tunai: Syarikat FAZ Penyata aliran tunai Syarikat FAZ bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 ditunjukkan dalam Jadual 2.5. Berdasarkan penyata aliran tunai ini, syarikat telah menikmati peningkatan sebanyak RM50,000 dalam bentuk tunai dan sekuriti boleh pasar bagi tahun 2012 (rujuk Jadual 2.5). Tunai syarikat meningkat sebanyak RM10,000, manakala sekuriti boleh pasar meningkat sebanyak RM40,000 antara kedua-dua tarikh.

Page 21: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 44

Jadual 2.5: Penyata Aliran Tunai Syarikat FAZ

Syarikat FAZ Penyata Aliran Tunai

pada 31 Disember 2012

RRM RRM Aliran Tunai daripada Aktiviti Operasi

Keuntungan bersih 18,000 Susut nilai 10,000 Menurun dalam akaun belum terima 10,000 Menurun dalam inventori 30,000 Meningkat dalam akaun perlu dibayar 20,000 Menurun dalam akruan cukai (10,000) Aliran tunai daripada perkhidmatan operasi 78,000

Aliran tunai daripada Aktiviti Pelaburan

Meningkat dalam jumlah aset tetap (30,000) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan (30,000)

Aliran Tunai daripada Aktiviti Kewangan

Menurun dalam nota belum bayar jangka pendek (10,000) Meningkat dalam pinjaman jangka panjang 20,000 Perubahan dalam ekuiti pemegang saham – Bayaran dividen (8,000) Aliran tunai daripada aktiviti kewangan 2,000

Peningkatan bersih dalam tunai dan sekuriti boleh pasar 50,000

Page 22: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 45

Mari kita bincangkan Langkah 1 dengan lebih terperinci.

(a) AAliran Tunai daripada Aktiviti Operasi Aktiviti operasi dalam penyata aliran tunai menunjukkan keuntungan

selepas cukai bagi Syarikat FAZ sebanyak RM18,000 untuk tahun 2012. Perbelanjaan susut nilai sebanyak RM10,000 ditolak daripada penyata pendapatan setelah ditambah dalam penyata aliran tunai kerana ia bukan aliran tunai keluar.

Akaun belum terima telah berkurangan sebanyak RM10,000 di mana syarikat telah mengumpul akaun kredit daripada pelanggan. Inventori juga telah menurun daripada RM90,000 dalam tahun 2011 kepada RM60,000 dalam tahun 2012, mewakili sumber tunai sebanyak RM30,000 kepada syarikat. Dalam bahagian liabiliti, notis bahawa akaun yang perlu dibayar telah meningkat sebanyak RM20,000. Ini bermakna, syarikat telah meningkatkan hutang daripada pembekal dan ini membawa aliran masuk tunai. Akruan cukai telah berkurangan sebanyak RM10,000 yang menunjukkan bahawa syarikat telah menggunakan sebanyak RM10,000 untuk membayar cukai.

(b) AAliran Tunai daripada Aktiviti Pelaburan Aset tetap Syarikat FAZ telah meningkat sebanyak RM30,000 antara

31 Disember 2011 dan 31 Disember 2012. Peningkatan ini menggambarkan bahawa aliran keluar tunai digunakan untuk membeli aset tambahan.

(c) AAktiviti Tunai daripada Aktiviti Pembiayaan Nota belum bayar bagi Syarikat FAZ telah menurun sebanyak RM10,000

yang menunjukkan aliran tunai keluar apabila syarikat membayar pinjaman jangka pendek. Liabiliti jangka panjang meningkat sebanyak RM20,000 yang menunjukkan aliran masuk tunai. Syarikat mendapat pinjaman untuk memperoleh wang tunai tambahan.

2.5.2 Perbezaan Sumber Tunai dan Penggunaannya

Sebelum kita menyediakan aliran tunai, kita perlu mengklasifikasikan aliran tunai daripada operasi, pelaburan dan aktiviti kewangan dalam sumber tunai atau kegunaan. Jadual 2.6 menyenaraikan sumber tunai asas dan penggunaannya.

Page 23: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 46

Beberapa isu boleh membantu anda untuk mengklasifikasikan antara sumber tunai dan penggunaannya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.6.

Jadual 2.6:Sumber Tunai dan Penggunaan

Sumber Tunai Penggunaan Wang Tunai

Pengurangan dalam aset Peningkatan dalam liabiliti Keuntungan bersih Susut nilai Penjualan saham

Peningkatan dalam aset Pengurangan dalam liabiliti Kerugian bersih Bayaran dividen Pembelian balik saham

(a) PPengurangan dalam akaun aset ialah ssumber aliran masuk tunai manakala peningkatan dalam akaun aset ialah ppenggunaan wang tunai atau aliran tunai keluar.

Syarikat membeli aset dengan wang tunai. Oleh itu, sebarang peningkatan dalam item aset antara kedua-dua tarikh kunci kira-kira akan menunjukkan aliran tunai keluar telah berlaku. Sebarang pengurangan dalam item aset akan menunjukkan aliran tunai masuk kerana syarikat telah menjual aset untuk mendapatkan wang tunai;

(b) PPeningkatan dalam akaun liabiliti dan ekuiti pemilik adalah ssumber aliran masuk tunai dan ppengurangan dalam akaun liabiliti adalah ppenggunaan wang tunai.

Syarikat mungkin menggunakan wang tunai untuk menyelesaikan liabiliti dan tuntutan ke atas aset. Oleh itu, sebarang pengurangan dalam item liabiliti, saham keutamaan dan saham biasa antara kedua-dua tarikh kunci kira-kira menunjukkan aliran keluar tunai. Bagi mendapatkan wang tunai tambahan, syarikat tersebut boleh membuat pinjaman. Oleh itu, sebarang peningkatan dalam item liabiliti, saham keutamaan atau saham biasa menunjukkan aliran tunai masuk;

(c) Susut nilai ialah sumber aliran tunai kerana ia bukan perbelanjaan tunai (caj bukan tunai). Perbelanjaan bukan tunai adalah semua perbelanjaan yang ditolak daripada jualan dalam penyata pendapatan tetapi sebenarnya tidak boleh melibatkan sebarang aliran keluar tunai sepanjang tempoh tersebut. Susut nilai dan pelunasan adalah contoh bagi perbelanjaan bukan tunai; dan

Page 24: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 47

(d) Perubahan langsung dalam perolehan tertahan tidak termasuk dalam penyata aliran tunai kerana butiran ini menjejaskan perolehan tertahan dan ditunjukkan sebagai keuntungan selepas cukai (atau kerugian selepas cukai) dan dividen tunai.

Jadual 2.7 menunjukkan perubahan dalam butiran kunci kira-kira Syarikat FAZ antara 31 Disember 2011 dan 31 Disember 2012.

Jadual 2.7: Perubahan dalam Butiran Kunci Kira-kira

Syarikat FAZ Perubahan dalam Butiran Kunci Kira-kira antara 31 Disember 2011

dan 31 Disember 2012

KKlasifikasi 331-12-11 31-12-12 Perubahan Sumber Penggunaan

Aset RRM RRM RM RM RRM Tunai 30,000 40,000 +10,000 10,000 Sekuriti boleh pasar 20,000 60,000 +40,000 40,000 Akaun belum terima

50,000 40,000 –10,000 10,000

Inventori 90,000 60,000 –30,000 30,000 Jumlah aset tetap 220,000 250,000 +30,000 30,000 Tolak: Susut nilai terkumpul

(120,000) (130,000) –10,000 10,000

Liabiliti Akaun yang perlu dibayar

50,000 70,000 +20,000 20,000

Nota belum bayar 70,000 60,000 –10,000 10,000 Akruan cukai 20,000 10,000 –10,000 10,000 Pinjaman jangka panjang

40,000 60,000 +20,000 20,000

Ekuiti Saham keutamaan 10,000 10,000 0 Saham asal atas par 12,000 12,000 0 Modal berbayar 38,000 38,000 0 Perolehan tertahan 50,000 60,000 +10,000 10,000 JUMLAH 100,000 100,000

Page 25: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 48

Merujuk pada Jadual 2.7, kita mendapati bahawa:

(a) Akaun belum terima menurun sebanyak RM10,000 dan ini dianggap sebagai sumber tunai apabila hutang yang dikumpulkan, syarikat memperoleh tunai;

(b) Inventori menurun sebanyak RM30,000 dan ini dianggap sebagai sumber tunai kerana syarikat memperoleh tunai daripada jualan produk;

(c) Jumlah aset tetap meningkat sebanyak RM30,000 dan ini dianggap sebagai penggunaan wang tunai kerana syarikat menggunakan wang tunai untuk membeli aset tetap;

(d) Peningkatan dalam akaun perlu dibayar dan pinjaman jangka panjang sebanyak RM20,000 dianggap sumber tunai dimana syarikat meningkatkan hutang dengan pembekal; dan

(e) Nota belum bayar dan akruan cukai menurun sebanyak RM10,000 dan ini dianggap sebagai penggunaan wang tunai digunakan untuk menyelesaikan hutang kepada pemiutang dan cukai kepada kerajaan.

Jenis klasifikasi ini (berdasarkan Jadual 2.6) dibuat pada setiap butiran dalam kunci kira-kira. Keputusan klasifikasi ini akan dijumlahkan untuk mendapatkan jumlah sumber tunai dan jumlah penggunaan wang tunai. Jika klasifikasi ini dilakukan dengan betul, jumlah sumber tunai akan sama dengan penggunaan wang tunai.

AKTIVITI 2.4

Pelbagai jenis bantuan sokongan dan pinjaman telah disediakan olehkerajaan melalui organisasi seperti Perbadanan Usahawan NasionalBerhad (PUNB) untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalambidang keusahawanan. Ramai yang meraih peluang ini untukmelibatkan diri dalam perniagaan sendiri yang meliputi pelbagaisektor ekonomi tetapi tidak semua yang berjaya. Apakah pendapatanda tentang perkara ini?

Page 26: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 49

LATIHAN 2.2

1. Dalam penyata aliran tunai, anda akan lihat kedua-duaperbelanjaan faedah dan dividen yang dibayar dalam bahagianaktiviti kewangan.

(a) Betul (b) Salah

2. Belanja susut nilai adalah salah satu perkara yang akan ditolakdaripada keuntungan bersih untuk menentukan aliran tunaidaripada aktiviti operasi.

(a) Betul (b) Salah

3. Keuntungan daripada jualan aset tetap akan ditolak daripadakeuntungan bersih untuk memastikan aliran tunai daripadaaktiviti operasi.

(a) Betul (b) Salah

4. Bayaran kepada pembekal bagi pembelian bahan akandimasukkan dalam penyata aliran tunai pada bahagian tunaidaripada aktiviti kewangan.

(a) Betul (b) Salah

5. Maklumat yang dimasukkan dalam penyata aliran tunai adalahdaripada _______________.

A. Penyata pendapatan

B. Kunci kira-kira

C. Kunci kira-kira dan penyata pendapatan

6. Perbelanjaan faedah dianggap sebagai _________________ dalampenyata pendapatan dan ___________ dalam penyata aliran tunai.

A. Perbelanjaan operasi; butiran daripada aktiviti operasi

B. Perbelanjaan kewangan; butiran daripada aktiviti kewangan

C. Perbelanjaan operasi; butiran daripada aktiviti kewangan

D. Perbelanjaan kewangan; butiran daripada aktiviti operasi

Page 27: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 50

7. Hugo Enterprise bermula tahun 2010 dengan perolehan tertahan sebanyak RM92,800. Sepanjang tahun 2010, syarikat telah mendapat keuntungan sebanyak RM37,700 selepas cukai. Berdasarkan jumlah ini, pemegang saham keutamaan telah membayar dividen sebanyak RM4,700. Pada akhir tahun 2010, perolehan tertahan syarikat berjumlah RM104,800. 14,000 unit saham biasa telah diterbitkan sepanjang tahun 2010.

(a) Sediakan penyata perolehan tertahan bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 (pastikan anda kira dan masukkan jumlah dividen saham biasa yang dibayar dalam tahun 2010);

(b) Kira pendapatan sesaham bagi tahun 2010; dan

(c) Berapakah dividen sesaham yang telah dibayar oleh syarikat kepada pemegang saham biasa bagi tahun 2010?

8. Keuntungan selepas cukai tahun 2011 untuk Syarikat Ceria ialah sebanyak RM186,000. Baki tertutup bagi perolehan tertahan tahun 2011 dan 2010 sewajarnya adalah masing-masing sebanyak RM812,000 dan RM736,000. Berapakah dividen yang syarikat telah bayar pada tahun 2010?

9. Klasifikasikan setiap perkara di bawah sebagai sumber dana (R), penggunaan (U) atau tidak berkenaan (N).

Perkara Perubahan (RM) Aliran Tunai

Tunai +1,000 ________________ Akaun perlu dibayar –10,000 ________________ Nota belum bayar +5,000 ________________ Pinjaman jangka panjang –20,000 ________________ Inventori +2,000 ________________ Aset tetap +4,000 ________________ Akaun belum terima –7,000 ________________ Keuntungan bersih +6,000 ________________ Susut nilai +1,000 ________________ Pembelian balik saham +6,000 ________________ Dividen tunai +8,000 ________________ Penjualan saham +10,000 ________________

Page 28: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 51

10. Gunakan data daripada kunci kira-kira dan beberapa itemdaripada penyata pendapatan Suresh Corporation untukmenyediakan penyata aliran tunai bagi tahun berakhir31 Disember 2011.

Suresh Corporation Kunci Kira-kira

pada 31 Disember 2011

Aset RM RM Tunai 15,000 10,000 Sekuriti boleh pasar 18,000 12,000 Akaun perlu dibayar 20,000 18,000 Inventori 29,000 28,000 Jumlah aset semasa 82,000 68,000 Jumlah aset tetap 295,000 281,000 Tolak: susut nilai terkumpul 147,000 131,000 Aset tetap bersih 148,000 150,000 Jumlah Aset 230,000 218,000

Liabiliti Liabiliti semasa Akaun perlu dibayar 16,000 15,000 Notes belum bayar 28,000 22,000 Gaji akruan 2,000 3,000 Jumlah liabiliti semasa 46,000 40,000 Pinjaman jangka panjang 50,000 50,000

Ekuiti Pemilik Saham biasa 100,000 100,000 Perolehan tertahan 34,000 28,000 Jumlah ekuiti pemegang saham 134,000 128,000 Jumlah liabiliti dan ekuiti pemegang saham 230,000 218,000

Data daripada Penyata Pendapatan (2011)

Perbelanjaan susut nilai RM16,000 Keuntungan bersih RM14,000

Page 29: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 52

ANALISIS NISBAH KEWANGAN

Analisis nisbah kewangan melibatkan pengiraan beberapa nisbah yang membolehkan pengurus menilai prestasi dan kedudukan kewangan dalam syarikat dengan membandingkan nisbah kewangan dengan nisbah kewangan syarikat lain. Nisbah ini dibahagikan kepada lima kumpulan atau kategori iaitu:

(a) NNisbah Kecairan Nisbah kecairan merujuk pada keupayaan syarikat untuk memenuhi

tuntutan kematangan jangka pendek atau obligasi.

(b) NNisbah Pengurusan Aset Nisbah pengurusan aset merujuk pada kecekapan syarikat untuk

menggunakan aset dan berapa cepat akaun tertentu boleh ditukarkan kepada jualan atau tunai.

(c) NNisbah Leveraj Nisbah leveraj merujuk pada tahap penggunaan hutang atau keupayaan

syarikat untuk memenuhi tuntutan kewangan seperti tuntutan faedah.

(d) NNisbah Keberuntungan Nisbah keberuntungan merujuk kepada keberkesanan syarikat dalam

menjana pulangan daripada pelaburan dan jualan. Contohnya, margin keuntungan kasar, margin keuntungan bersih, margin keuntungan operasi, pulangan daripada aset dan pulangan daripada ekuiti.

(e) NNisbah Nilai Pasaran Nisbah nilai pasaran merujuk kepada kebolehan syarikat untuk

mewujudkan nilai pasaran melebihi kos pelaburan. Kecairan, pengurusan aset dan nisbah leveraj mengukur risiko syarikat tersebut, manakala nisbah keberuntungan mengukur pulangan syarikat.

2.6

SEMAK KENDIRI 2.5

Apakah kaitan dalam pengiraan nisbah kewangan untuk operasi jangkapendek dan jangka panjang? Perlukah nilai tersebut mengikut prestasipurata industri? Jelaskan.

Page 30: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 53

Dalam tempoh jangka pendek, kecairan, pengurusan aset dan nisbah keberuntungan adalah penting dalam pengurusan syarikat kerana nisbah ini menyediakan maklumat kritikal bagi operasi jangka pendek syarikat. Jika perniagaan tidak dapat bertahan dalam tempoh jangka pendek, maka adalah sia-sia untuk membincangkan prospek jangka panjang.

Sebelum menyediakan analisis nisbah, pengurus kewangan harus mengambil kira isu seperti berikut:

(a) Satu nisbah tidak dapat memberikan maklumat lengkap tentang kedudukan kewangan. Ini bermakna, beberapa kategori nisbah hendaklah dilihat secara serentak sebelum sebarang keputusan dibuat;

(b) Perbandingan antara nisbah kewangan bagi satu syarikat dengan syarikat lain dalam industri hendaklah dibuat pada masa yang sama. Purata pencapaian syarikat dalam industri bukanlah angka yang perlu dibanggakan. Terdapat banyak syarikat yang telah diuruskan dengan cekap tetapi prestasi nisbah kewangan mereka adalah lebih tinggi atau lebih rendah berbanding dengan prestasi purata industri. Perbezaan yang ketara antara nisbah kewangan syarikat dan purata industri adalah petunjuk kepada penganalisis untuk menyemak nisbah lebih lanjut;

(c) Gunakan penyata kewangan yang telah diaudit. Ini akan menunjukkan kedudukan sebenar syarikat tersebut; dan

(d) Gunakan kaedah yang sama untuk menilai item dalam penyata kewangan yang akan dibandingkan. Sebagai contoh, untuk merekod inventori, syarikat mungkin akan menggunakan kaedah perakaunan yang berbeza seperti kaedah masuk dulu keluar dulu, masuk dulu keluar kemudian dan purata bergerak. Hanya pilih salah satu kaedah untuk tujuan perbandingan. Kaedah perbandingan akan memberikan nilai nisbah yang berbeza. Oleh itu, penilaian sebenar tidak dapat dilakukan.

Penyata kewangan syarikat adalah input utama bagi pengurus yang berhasrat untuk menyediakan analisis nisbah syarikat. Setiap contoh bagi nisbah yang akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya akan merujuk kepada maklumat kewangan yang diambil daripada penyata pendapatan dan kunci kira-kira Syarikat ABC (rujuk Jadual 2.8 dan Jadual 2.9).

Page 31: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 54

Jadual 2.8:Penyata Pendapatan Syarikat ABC

Syarikat ABC Penyata Pendapatan

bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 dan 2010

2011 2010 RM RM Jualan 307,400 256,700 Tolak: Kos jualan barang 208,800 171,000 Keuntungan kasar 98,600 85,700 Tolak: Perbelanjaan operasi Perbelanjaan jualan 10,000 10,800 Perbelanjaan pentadbiran dan am 19,400 18,700 Perbelanjaan pajakan 3,500 3,500 Perbelanjaan susut nilai 23,900 22,300 Jumlah perbelanjaan operasi 56,800 55,300 Keuntungan sebelum faedah dan cukai (keuntungan operasi) 41,800 30,400 Tolak: Perbelanjaan faedah 9,300 9,100 Keuntungan sebelum cukai 32,500 21,300 Tolak: Cukai (29%) 9,425 6,177 Keuntungan selepas cukai 23,075 15,123 Tolak: Dividen saham keutamaan 1,000 1,000 Keuntungan pemegang saham biasa 22,075 14,123 Perolehan sesaham 0.29 0.18

Page 32: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 55

Jadual 2.9: Kunci Kira-kira

Syarikat ABC Kunci Kira-kira

pada 31 Disember 2011 dan 31 Disember 2010

22011 22010 RRM RRM

Aset Aset Semasa

Tunai 36,300 28,800 Sekuriti boleh pasar 6,800 5,100 Akaun belum terima 50,300 36,500 Inventori 28,900 30,000

Jumlah aset semasa 122,300 100,400 Aset Tetap Bersih 237,400 226,600 Jumlah Aset 3359,700 3327,000 Liabiliti dan Ekuiti Liabiliti semasa Akaun perlu dibayar 38,200 27,000

Nota belum bayar 7,900 9,900 Akruan 15,900 11,400

Jumlah liabiliti semasa 48,300 62,000 Pinjaman jangka panjang 102,300 96,700 Jumlah liabiliti 164,300 145,000 Ekuiti Saham keutamaan 20,000 20,000 Saham biasa, RM2.50 par nilai, 19,100 19,000 100,000 terbitan saham 2011: 76,262; 2010: 76,244 Modal berbayar atas par 42,800 41,800 Perolehan tertahan 113,500 101,200 Jumlah ekuiti 195,400 182,000 Jumlah liabiliti dan ekuiti pemegang saham 3359,700 3327,000

Page 33: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 56

2.6.1 Penyata Pendapatan

Penyata pendapatan untuk Syarikat ABC bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 dan 31 Disember 2011 ditunjukkan dalam Jadual 2.8. Penyata pendapatan menunjukkan prestasi syarikat bagi tempoh tertentu.

2.6.2 Kunci Kira-kira

Kunci kira-kira menunjukkan nilai keseluruhan pelbagai aset dan tuntutan ke atas aset bagi tempoh masa tertentu. Bagi Syarikat ABC, kunci kira-kira menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pada 31 Disember 2011 dan 31 Disember 2010 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.9.

NISBAH KECAIRAN

Kecairan merujuk kepada keupayaan aset yang hendak ditukar dengan mudah dalam bentuk tunai tanpa menjejaskan nilai aset. Nisbah kecairan merujuk kepada keupayaan syarikat untuk menunaikan tuntutan atau obligasi jangka pendek secara tunai dan aset yang boleh ditukar dalam bentuk tunai untuk tempoh yang singkat. Kecairan adalah penting dalam mengendalikan aktiviti perniagaan. Kedudukan kecairan yang teruk adalah petunjuk awal bahawa syarikat menghadapi masalah asas. Nisbah kecairan ditunjukkan dalam Rajah 2.4.

Rajah 2.4: Nisbah kecairan

2.7.1 Modal Kerja Bersih

Modal kerja bersih adalah perbezaan antara jumlah aset semasa dengan jumlah liabiliti semasa. Ia mengukur dana (tunai dan butiran yang mudah ditukarkan kepada tunai) yang boleh dimiliki oleh syarikat dalam menguruskan aktiviti operasi harian syarikat. Semakin tinggi nilai modal kerja adalah lebih baik kerana ini menunjukkan syarikat mampu menyelesaikan hutang jangka pendek yang mempunyai lebihan dana untuk aktiviti operasi harian syarikat.

2.7

Page 34: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 57

Modal kerja bersih Syarikat ABC bagi tahun 2011 dikira seperti berikut:

Modal kerja bersih Aset semasa Liabiliti semasa

RM122,300 RM62,000

RM60,300

Purata industri RM42,700

� �

� �

(2.1)

Berdasarkan pengiraan di atas, modal kerja bersih Syarikat ABC adalah lebih tinggi berbanding dengan purata industri. Ini menunjukkan bahawa Syarikat ABC mampu menyelesaikan hutang jangka pendek dan mempunyai dana lebihan yang lebih tinggi daripada syarikat lain dalam industri untuk menguruskan operasi harian.

2.7.2 Nisbah Semasa

Nisbah semasa mengukur kebolehan syarikat untuk memenuhi pinjaman jangka pendek dengan menggunakan aset semasa. Semakin tinggi nilai nisbah tersebut, semakin baik kedudukan kecairan syarikat. Ini menunjukkan bahawa syarikat tersebut mampu untuk menyelesaikan hutang jangka pendek dengan menggunakan aset semasa.

Nisbah semasa boleh diperoleh dengan membahagikan aset semasa dengan liabiliti semasa. Nisbah semasa Syarikat ABC (tahun 2011) adalah seperti berikut:

Aset semasaNisbah Semasa

Liabiliti Semasa

RM122,300RM62,000

1.97

Purata Industri 2.05

(2.2)

Nisbah semasa Syarikat ABC adalah 1.97 iaitu lebih rendah berbanding dengan purata industri sebanyak 2.05. Ini menunjukkan bahawa setiap ringgit liabiliti semasa, syarikat hanya mempunyai RM1.97 aset semasa untuk pembayaran berbanding dengan syarikat lain dalam industri yang mempunyai RM2.05 untuk menyelesaikan liabiliti semasa mereka. Walau bagaimanapun, nisbah semasa syarikat tidak terlalu rendah untuk diberi perhatian.

Page 35: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 58

Nisbah semasa sebanyak 2.0 kali boleh diterima. Namun, penerimaan ini bergantung kepada jenis industri. Sebagai contoh, nisbah semasa sebanyak 1.0 memuaskan bagi industri seperti utiliti yang mempunyai perniagaan yang agak stabil tetapi ia tidak memuaskan bagi industri seperti sektor perkilangan disebabkan oleh turun naik perniagaan mereka.

Nisbah semasa boleh dikaitkan dengan modal kerja bersih jika:

(a) Nisbah semasa adalah sama dengan 1.0, modal kerja bersih adalah sifar;

(b) Nisbah semasa adalah kurang daripada1.0, modal kerja bersih adalah negatif; dan

(c) Nisbah semasa adalah melebihi daripada 1.0, modal kerja bersih adalah positif.

2.7.3 Nisbah Cepat

Nisbah cepat mengukur keupayaan syarikat untuk membayar pinjaman jangka pendek dengan pantas. Nisbah cepat adalah ujian kecairan yang lebih ketat berbanding dengan modal kerja bersih dan nisbah semasa. Ini kerana nisbah cepat hanya mengambil kira tunai dan aset yang boleh ditukar dengan mudah dalam bentuk tunai. Inventori tidak termasuk dalam aset cair yang lain kerana tempoh yang lama bagi inventori yang hendak ditukarkan kepada tunai. Perbelanjaan prabayar juga tidak termasuk kerana ia tidak boleh ditukar kepada tunai. Oleh itu, ia tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan liabiliti semasa.

Nisbah cepat diperoleh apabila aset cair semasa (tunai, sekuriti boleh pasar dan akaun perlu dibayar) dibahagikan dengan liabiliti semasa. Jika nisbah aset cepat lebih tinggi berbanding dengan liabiliti semasa, lebih baik tahap kecairan syarikat untuk menyelesaikan pinjaman jangka pendek dibuat dengan cepat.

Pengiraan nisbah cepat untuk Syarikat ABC (tahun 2011) adalah seperti berikut:

Aset semasa (Inventori + Prabayaran)Nisbah cepat

Liabiliti semasa

RM122,300 RM28,900RM62,000

1.51 kali

Purata industri 1.43 kali

��

��

(2.3)

Page 36: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 59

Nisbah cepat Syarikat ABC ialah 1.51 kali di mana nilai nisbah ini lebih tinggi berbanding dengan purata industri sebanyak 1.43 kali. Ini bermakna, tahap kecairan syarikat adalah lebih baik berbanding dengan syarikat lain dalam industri. Bagi setiap ringgit liabiliti semasa, syarikat mempunyai RM1.51 dalam bentuk tunai dan aset yang mudah ditukarkan kepada tunai untuk membayar hutang jangka pendek dengan segera. Ini adalah lebih baik berbanding dengan syarikat lain dalam industri yang hanya mempunyai sebanyak RM1.43 untuk membayar hutang jangka pendek dengan segera.

LATIHAN 2.3

1. Data berikut diambil daripada penyata kewangan Syarikat Fazrul: 2009 2008

Jualan RM640,000 RM560,000 Kos jualan barang 380,000 360,000 Tunai 30,000 26,000 Sekuriti boleh pasar 40,000 52,000 Akaun belum terima 70,000 62,000 Inventori 150,000 140,000 Item pendahuluan 10,000 10,000 Aset tetap bersih 300,000 260,000 Liabiliti semasa 120,000 140,000

Berdasarkan data di atas, kira nisbah kecairan berikut untuk tahun 2008dan 2009:

(a) Modal kerja bersih;

(b) Nisbah semasa; dan

(c) Nisbah cepat.

Page 37: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 60

NISBAH PENGURUSAN ASET

Nisbah pengurusan aset mengukur kecekapan pengurusan dalam menggunakan aset dan akaun tertentu untuk menjana jualan atau tunai.

Nisbah yang boleh digunakan untuk mengukur kecekapan dalam pengurusan aset ditunjukkan dalam Rajah 2.5.

Rajah 2.5: Nisbah pengurusan aset

2.8.1 Pusing Ganti Akaun Belum Terima

Pusing ganti akaun belum terima mengukur kebolehan syarikat untuk mengutip hutang daripada pelanggan. Ia menyediakan jumlah akaun belum terima yang dikutip sepanjang tahun. Semakin tinggi nisbah, ia menunjukkan kemampuan syarikat yang semakin baik kerana:

(a) Syarikat boleh mengutip hutang daripada pelanggan dengan cepat;

(b) Syarikat mempunyai hutang lapuk yang rendah; dan

(c) Syarikat boleh menggunakan dana untuk pelaburan masa depan.

Pusing ganti akaun belum terima adalah hasil jualan kredit bersih (jika tiada, gunakan jumlah jualan) dibahagikan dengan akaun belum terima (atau purata akaun belum terima).

2.8

Page 38: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 61

Kredit jualanPusing ganti akaun belum terima

Akaun belum terima

RM307,400RM50,300

6.11 kali

Purata industri 8.24 kali

(2.4)

Pusing ganti akaun belum terima untuk syarikat tidak memuaskan berbanding dengan purata industri. Ini mungkin menunjukkan ketidak cekapan bahagian kredit dalam kutipan kredit.

2.8.2 Purata Tempoh Kutipan

Purata tempoh kutipan menunjukkan purata bilangan hari yang diambil oleh syarikat untuk mengutip akaun belum terima. Andaikan ada 360 hari diambil dalam setahun. Perbandingan antara tempoh purata dengan terma kredit syarikat boleh mengukur kecekapan syarikat dalam mengutip hutang daripada pelanggan.

Purata tempoh kutipan Syarikat ABC adalah seperti berikut:

360Pusing ganti akaun belum terima

3606.11

58.92 hari

Purata industri 44.3 hari

(2.5)

Purata tempoh kutipan Syarikat ABC selama 58.92 hari tidak memuaskan berbanding dengan prestasi purata industri sebanyak 44.3 hari. Secara purata, Syarikat ABC mengambil 58.92 hari untuk mengutip akaun belum terima manakala syarikat lain dalam industri hanya mengambil purata sebanyak 44.3 hari untuk mengutip hutang daripada pelanggan.

Jika tempoh kredit bagi Syarikat ABC ialah 30 hari, purata tempoh kutipan sebanyak 58.2 hari tidak memuaskan. Ini bermakna, secara purata, pelanggan tidak menjelaskan bayaran mereka dalam tempoh tertentu. Ini juga dapat menunjukkan bahawa pengurusan kredit atau bahagian kredit adalah tidak cekap atau kedua-duanya. Jika tempoh kutipan berlanjutan untuk beberapa tahun tanpa perubahan kepada dasar kredit, syarikat harus mengambil tindakan

Page 39: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 62

untuk mempercepatkan pengumpulan kutipan akaun belum terima. Walau bagaimanapun, jika tempoh kredit syarikat adalah 60 hari dan tempoh kutipan adalah 58.92 hari, ini menunjukkan bahawa purata tempoh kutipan adalah kritikal.

Purata tempoh kutipan juga boleh dikira menggunakan formula 2.6.

Akaun belum terimaTempoh purata kutipan

Jualan tahunan/360

RM50,300RM307,400/360

58.92 hari

(2.6)

2.8.3 Pusing Ganti Inventori

Pusing ganti inventori mengukur kecekapan pengurusan inventori. Ia menunjukkan berapa kali inventori boleh dijual dalam satu tahun. Semakin tinggi pusing ganti inventori, ia adalah lebih baik kerana ia menunjukkan bahawa syarikat mampu menjual inventori dengan pantas dan mengurangkan peluang inventori usang.

Pusing ganti inventori diperoleh dengan membahagikan kos jualan dengan inventori. Pengiraan pusing ganti inventori untuk Syarikat ABC adalah seperti berikut:

Kos jualan baranganPusing ganti inventori

Inventori

RM208,800RM28,900

7.22 kali

Purata industri 6.6 kali

(2.7)

Pusing ganti inventori untuk Syarikat ABC adalah sebanyak 7.22 kali lebih baik jika ia dibandingkan dengan purata industri sebanyak 6.6 kali. Ini bermakna, syarikat boleh menjual inventori sebanyak 7.22 kali dalam setahun berbanding dengan syarikat lain dalam industri yang hanya boleh menjual inventori mereka sebanyak 6.6 kali dalam satu tahun. Ini mungkin kerana syarikat tidak menyimpan inventori lebihan. Inventori lebihan adalah tidak produktif dan merupakan pelaburan yang tidak memberikan sebarang pulangan.

Page 40: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 63

Jika syarikat memegang inventori yang tinggi, dana yang boleh dilaburkan di tempat lain akan dipegang oleh inventori. Tambahan pula, pengangkutan dan kos pegangan inventori akan menjadi tinggi dan syarikat menanggung risiko bagi barang yang akan rosak atau usang. Walau bagaimanapun, syarikat mungkin akan kehilangan jualan jika tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan disebabkan oleh penyimpanan inventori yang rendah. Oleh itu, pengurus hendaklah cekap dalam menguruskan inventori.

Beberapa isu yang perlu diambil kira dalam pengiraan pusing ganti inventori:

(a) Notis bahawa kos jualan barangan dan tidak dijual (seperti yang mungkin dilakukan oleh beberapa syarikat) digunakan sebagai angka yang direkodkan dalam inventori sebagai kos;

(b) Penggunaan jualan sebagai angka pembahagi adalah tidak sesuai kerana ia akan meningkatkan nilai pada pusing ganti inventori;

(c) Ingat bahawa untuk perbandingan, syarikat hendaklah memastikan kaedah merekod inventori hendaklah sama antara syarikat dan industri; dan

(d) Pusing ganti inventori boleh diubah beberapa hari apabila dibahagikan kepada 360 hari (purata bilangan hari satu tahun). Nilai ini dikenali sebagai purata tempoh jualan inventori yang dibincangkan dalam bahagian seterusnya.

2.8.4 Purata Tempoh Jualan Inventori

Purata tempoh jualan inventori menunjukkan bilangan hari yang diambil untuk membuat satu pusingan jualan inventori. Purata tempoh jualan inventori yang tinggi adalah kurang memuaskan sepertimana yang dinyatakan bahawa syarikat mengambil masa yang lama untuk menjual inventori.

Bagi Syarikat ABC, purata tempoh jualan inventori sebanyak 50 hari seperti yang dikira di bawah:

360 Pusing ganti inventori

3607.22

49.86 hari

Purata industri 55.30 hari

(2.8)

Page 41: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 64

Purata tempoh jualan inventori bagi Syarikat ABC sebanyak 49.86 hari adalah baik berbanding dengan prestasi industri sebanyak 55.3 hari. Ini menunjukkan bahawa syarikat mengambil masa yang singkat untuk menjual inventori berbanding dengan syarikat-syarikat dalam industri.

Nisbah juga boleh dikira menggunakan formula seperti di bawah:

InventoriKos jualan barangan/360

RM28,900RM208,800/360

49.83 hari

Purata industri 55.30 hari

(2.9)

2.8.5 Pusing Ganti Aset Tetap

Pusing ganti aset tetap menunjukkan bahawa kecekapan syarikat dalam menggunakan aset tetap untuk menjana jualan. Nisbah yang semakin tinggi adalah lebih baik kerana ia menunjukkan kecekapan pengurusan aset.

Nisbah ini diperoleh apabila jualan dibahagikan dengan aset tetap bersih. Pengiraan pusing ganti aset tetap bagi Syarikat ABC adalah seperti berikut:

JualanPusing ganti aset tetap

Keuntungan aset tetap

RM307,400RM237,400

1.29 kali

Purata industri 1.35 kali

(2.10)

Nisbah pusing ganti aset tetap untuk Syarikat ABC adalah lebih rendah berbanding dengan syarikat lain dalam industri. Ini menunjukkan pengurusan aset syarikat dalam menjana jualan adalah kurang cekap berbanding dengan syarikat lain. Situasi ini terjadi kerana syarikat mempunyai banyak aset tetap atau jualan tidak memuaskan.

Page 42: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 65

2.8.6 Pusing Ganti Jumlah Aset

Jumlah pusing ganti aset menunjukkan kecekapan syarikat dalam menggunakan semua aset untuk menjana jualan. Biasanya, semakin tinggi nisbah, semakin cekap penggunaan aset. Nisbah ini mungkin nisbah yang lebih kerap dirujuk oleh pihak pengurusan kerana ia boleh menunjukkan kecekapan operasi syarikat secara keseluruhannya.

Jumlah pusing ganti aset Syarikat ABC adalah seperti berikut:

Jualan Jumlah aset

RM307,400RM359,700

0.85 kali

Purata industri 0.75 kali

(2.11)

Prestasi ini lebih memuaskan berbanding dengan purata industri. Walau bagaimanapun, penganalisis hendaklah berhati-hati dalam menggunakan pusing ganti aset tetap dan jumlah nisbah pusing ganti aset kerana pengiraan nisbah menggunakan kos sejarah aset.

Beberapa syarikat mungkin mempunyai aset lama atau aset baru. Oleh itu, ia mungkin tidak sesuai dibandingkan dengan nisbah aset tetap. Syarikat yang memiliki aset tetap baru biasanya akan menunjukkan pusing ganti aset yang lebih rendah. Oleh itu, perbezaan prestasi pusing ganti aset mungkin disebabkan oleh kos aset dan bukan kecekapan pengurusan operasi.

AKTIVITI 2.5

Taraf ekonomi dan teknologi akan mempengaruhi operasi perniagaan.Bagi memastikan syarikat kekal berdaya saing dan berkembang,apakah tindakan efektif yang boleh diambil?

Page 43: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 66

LATIHAN 2.4

Data berikut diambil daripada penyata kewangan Syarikat Fazrul. Berdasarkan data di bawah, kira nisbah pengurusan aset bagi tahun 2008 dan 2009. Andaikan terdapat 365 hari dalam setahun.

Jualan Kos jualan barang Tunai Sekuriti boleh pasar Akaun belum terima Inventori Item prabayaran Aset tetap bersih Liabiliti semasa

2009RM640,000

380,00030,00040,00070,000

150,00010,000

300,000120,000

2008 RM560,000

360,000 26,000 52,000 62,000

140,000 10,000

260,000 140,000

(a) Pusing ganti akaun belum terima;

(b) Purata tempoh kutipan;

(c) Purata inventori;

(d) Purata tempoh jualan inventori;

(e) Pusing ganti aset tetap; dan

(f) Jumlah pusing ganti aset.

Page 44: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 67

NISBAH LEVERAJ

Nisbah leveraj mengukur tahap pembiayaan hutang syarikat dan keupayaan syarikat untuk memenuhi kehendak kewangan seperti tuntutan faedah. Nisbah leveraj ditunjukkan dalam Rajah 2.6.

Rajah 2.6: Nisbah Leveraj

Leveraj berlaku apabila syarikat dibiayai oleh hutang. Hutang termasuk semua liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang. Hutang juga adalah salah satu sumber utama pembiayaan. Ia memberikan kebaikan sebagai faedah bagi item cukai yang boleh ditolak. Kos urus niaga hutang juga lebih rendah iaitu hutang itu mudah diperoleh berbanding dengan terbitan saham. Biasanya, lebih banyak hutang dalam hubungan atas jumlah aset, semakin tinggi leveraj kewangan syarikat.

Nisbah leveraj boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:

(a) Nisbah untuk menilai tahap hutang yang digunakan oleh syarikat seperti nisbah hutang, nisbah hutang atas ekuiti dan penggandaan ekuiti; dan

(b) Nisbah untuk melihat kebolehan syarikat dalam memenuhi tuntutan atau obligasi kepada pemiutang seperti nisbah liputan faedah.

Biasanya, penganalisis akan menumpukan perhatian mereka ke atas pinjaman jangka panjang syarikat yang terikat dengan bayaran faedah untuk tempoh yang lama dan pada akhir tempoh tersebut, syarikat perlu membayar balik jumlah pinjaman prinsipal. Oleh kerana tuntutan pemiutang perlulah diselesaikan dahulu sebelum perolehan boleh diagihkan kepada pemegang saham, pemegang saham berpotensi akan melihat tahap hutang dan kebolehan syarikat untuk membayar balik hutang syarikat.

Pemiutang juga akan memberi perhatian pada nisbah leveraj kerana merupakan tahap hutang yang tinggi, semakin tinggi kebarangkalian syarikat tidak mampu

2.9

Page 45: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 68

menyelesaikan kesemua hutang kepada pemiutang. Oleh itu, pihak pengurusan syarikat harus mengutamakan nisbah leveraj kerana ia menarik perhatian beberapa pihak yang prihatin akan tahap hutang syarikat.

2.9.1 Nisbah Hutang

Nisbah hutang mengukur peratusan jumlah aset yang dibiayai oleh hutang. Pemiutang memilih nisbah hutang yang lebih rendah kerana lagi rendah nisbah hutang, semakin tinggi perlindungan syarikat, maka kerugian dapat dikurangkan apabila dibubarkan. Tidak seperti keutamaan pemiutang bagi nisbah hutang yang lebih rendah, pihak pengurusan boleh memilih leveraj yang lebih tinggi untuk meningkatkan pendapatan. Ini kerana mereka tidak suka mengeluarkan ekuiti baru memandangkan mereka tahu tahap kawalan dalam syarikat akan berkurangan. Semakin tinggi nisbah hutang, semakin tinggi juga peratusan aset yang dibiayai oleh hutang.

Nisbah hutang Syarikat ABC adalah:

Jumlah liabilitiPurata hutang 100

Jumlah aset

RM164,300100

RM359,700

45.7%

Purata industri 40.0%

� �

� �

Nisbah hutang syarikat sebanyak 45.7% dan ini adalah lebih tinggi daripada purata industri sebanyak 40%. Pemiutang yang berpotensi mungkin keberatan untuk memberikan pinjaman tambahan kepada syarikat kerana bimbang syarikat tidak mampu menyelesaikan faedah dan bayaran utama memandangkan nisbah hutang yang agak tinggi.

2.9.2 Nisbah Hutang atas Ekuiti

Nisbah hutang atas ekuiti mengukur jumlah hutang jangka panjang setiap ringgit atas ekuiti. Semakin rendah nisbah, semakin baik kerana ia menunjukkan jumlah ekuiti yang dimiliki oleh syarikat melebihi hutang jangka panjang.

Page 46: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 69

Nisbah hutang atas ekuiti Syarikat ABC ialah:

Liabiliti jangkaNisbah hutang ekuiti

Ekuiti pemegang saham

RM102,300100

RM195,400

52.4%

Purata industri 50%

� �

(2.13)

Nisbah hutang atas ekuiti syarikat adalah lebih tinggi berbanding dengan purata industri. Ini menunjukkan bahawa peratusan hutang jangka panjang relatif terhadap jumlah ekuiti syarikat adalah lebih tinggi berbanding dengan purata industri. Semakin tinggi nisbah menunjukkan bahawa syarikat bergantung pada dana jangka panjang yang diberikan kepada pemiutang berbanding dana yang diberikan oleh pemilik.

2.9.3 Penggandaan Ekuiti

Penggandaan ekuiti menunjukkan bahawa pemilikan aset bagi setiap ringgit ekuiti. Nisbah hutang dan penggandaan ekuiti memerlukan maklumat yang sama tetapi pendekatan yang berbeza. Nisbah hutang sebanyak 40% bermaksud syarikat dibiayai sebanyak 40% hutang. Berdasarkan identiti kunci kira-kira:

Aset = Liabiliti + Ekuiti

Berdasarkan maklumat ini, kita tahu bahawa syarikat dibiayai sebanyak 60% ekuiti. Penggandaan ekuiti sebanyak 100/60 = 1.67 kali. Oleh itu, apabila nisbah hutang Syarikat ABC adalah 45.7%, maka penggandaan ekuiti adalah sebanyak 100/54.3 = 1.84 kali.

Secara amnya,

1Penggandaan ekuiti

1-nisbah hutang

Jumlah asetJumlah ekuiti

RM359,700RM195,400

Purata industri 1.67 kali

(2.14)

Page 47: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 70

Penggandaan ekuiti syarikat lebih tinggi berbanding dengan purata industri. Ini menunjukkan bahawa pembiayaan aset syarikat melalui ekuiti adalah lebih tinggi berbanding dengan syarikat lain dalam industri.

2.9.4 Nisbah Liputan Faedah

Pemiutang dan pihak lain seharusnya tahu akan keupayaan syarikat untuk membuat bayaran faedah secara berkala menggunakan pendapatan operasi semasa. Nisbah liputan faedah digunakan untuk menentukan bilangan jumlah yang boleh dibayar balik oleh syarikat bagi semua perbelanjaan faedah dengan pendapatan semasa. Nisbah ini boleh diperoleh dengan membahagikan keuntungan operasi dan perbelanjaan faedah.

Nisbah liputan faedah Syarikat ABC adalah:

Keuntungan sebelum faedah dan cukai Pembelanjaan faedah

RM41,800RM9,300

4.49 kali

Purata industri 4.3 kali

(2.15)

Nisbah liputan faedah sebanyak 4.49 kali lebih memuaskan berbanding dengan purata prestasi industri sebanyak 4.3 kali. Ini menunjukkan margin perbelanjaan faedah dengan pendapatan semasa.

Nisbah liputan faedah juga boleh dikira menggunakan formula seperti berikut:

Keuntungan bersih Perbelanjaan faedah Perbelanjaan cukaiNisbah liputan faedah

Perbelanjaan faedah

RM22,100 RM9,300 RM9,400RM9,300

4.39 kali

� ��

� ��

� (2.16)

Page 48: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 71

LATIHAN 2.5

Ringkasan kunci kira-kira dan penyata pendapatan Adiy Corporationseperti ditunjukkan di bawah:

Adiy Corporation

Kunci kira-kira Penyata Pendapatan Aset: Jualan (semua kredit) RM6,000,000 Tunai RM150,000 Kos jualan barang 3,000,000 Akaun belum terima 450,000 Perbelanjaan operasi 750,000 Inventori 600,000 Perbelanjaan faedah 750,000 Aset tetap bersih 1,800,000 Cukai 420,000 Keuntungan bersih 1,080,000

Liabiliti dan Ekuiti: Akaun belum bayar 150,000 Nota belum bayar 150,000 Liabiliti jangka panjang 1,200,000 Ekuiti 1,500,000

Kira nisbah kewangan bagi Adiy Corporation berdasarkan maklumatyang diberikan di atas. Andaikan terdapat 365 hari dalam setahun.

(a) Nisbah hutang;

(b) Nisbah liputan faedah;

(c) Pulangan aset;

(d) Purata tempoh kutipan; dan

(e) Jumlah pusing ganti aset.

Page 49: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 72

NISBAH KEBERUNTUNGAN

Nisbah keberuntungan mengukur keberkesanan syarikat dalam menjana pulangan daripada pelaburan dan jualan. Ia digunakan sebagai tanda menentukan kecekapan perniagaan dan keberkesanan dalam mencapai objektif keuntungan. Nisbah keberuntungan ditunjukkan dalam Rajah 2.7.

Rajah 2.7: Nisbah keberuntungan

2.10.1 Margin Keuntungan Kasar

Margin keuntungan kasar mengukur keuntungan setiap ringgit jualan yang boleh digunakan untuk membayar jualan dan perbelanjaan pentadbiran. Semakin tinggi margin keuntungan kasar, semakin baik kedudukan syarikat kerana ia menunjukkan perbelanjaan yang lebih rendah atau kos yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti jualan.

Margin keuntungan kasar boleh diperoleh dengan membahagikan keuntungan kasar dan jualan. Ini menunjukkan bahawa peratusan baki untuk setiap ringgit jualan selepas syarikat membayar semua kos barang.

Keuntungan kasarMargin keuntungan kasar 100

Jualan

RM98,600100

RM307,400

32.1%

Purata industri 30%

� �

� �

(2.17)

2.10

Page 50: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 73

Margin keuntungan kasar sebanyak 32.1% lebih tinggi berbanding dengan purata industri sebanyak 30%. Ini menunjukkan bahawa pengurusan pembelian dan kos syarikat adalah lebih baik berbanding dengan purata industri. Syarikat menjana 32.1sen keuntungan kasar selepas ditolak semua kos jualan bagi setiap ringgit jualan.

2.10.2 Margin Keuntungan Bersih

Margin keuntungan bersih mengukur kebolehan syarikat menjana keuntungan bersih daripada setiap ringgit jualan selepas ditolak semua perbelanjaan termasuk kos jualan barang, perbelanjaan jualan, perbelanjaan pentadbiran dan am, perbelanjaan susut nilai, perbelanjaan faedah dan cukai. Lebih tinggi margin keuntungan bersih, lebih baik kedudukan syarikat kerana ia menunjukkan pengurusan pembelian yang cekap dengan kos pembelian yang rendah.

Margin keuntungan bersih dikira dengan membahagikan keuntungan selepas cukai dengan jualan. Oleh itu, margin keuntungan bersih Syarikat ABC adalah seperti berikut:

Keuntungan selepas cukaiMargin keuntungan bersih 100

Jualan

RM23,100100

RM307,400

7.5%

Purata industri 6.4%

� �

� �

(2.18)

Margin keuntungan bersih syarikat sebanyak 7.5% lebih tinggi berbanding dengan prestasi industri sebanyak 6.4%. Ini menunjukkan bahawa pengurusan pembelian dan kos pembelian yang berkaitan adalah lebih baik berbanding dengan purata industri. Syarikat telah berjaya menjana 7.5 sen keuntungan bersih untuk setiap ringgit jualan berbanding dengan purata industri yang hanya berjaya menjana 6.4 sen untuk setiap ringgit jualan.

Page 51: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 74

2.10.3 Margin Keuntungan Operasi

Margin keuntungan operasi mengukur kecekapan syarikat dalam mengurangkan kos dan meningkatkan pulangan sebelum faedah dan cukai. Margin keuntungan operasi yang tinggi adalah lebih baik kerana ia menunjukkan bahawa syarikat mampu beroperasi dengan cekap. Margin keuntungan operasi Syarikat ABC adalah:

Keuntungan OperasiMargin Keuntungan Operasi 100

Jualan

RM41,800100

RM307,400

13.6%

Purata industri 10%

� �

� �

(2.19)

Margin keuntungan operasi Syarikat ABC lebih baik berbanding dengan purata industri. Ini menunjukkan bahawa syarikat lebih cekap dalam operasi dan kawalan bagi perbelanjaan operasi dalam menjana pendapatan yang lebih tinggi sebelum faedah dan cukai.

2.10.4 Pulangan Aset

Pulangan aset atau pulangan atas pelaburan mengukur keberkesanan syarikat dalam menggunakan aset untuk menjana pelaburan. Semakin tinggi nisbah, semakin baik kedudukan syarikat kerana ia menunjukkan bahawa kecekapan pengurusan dalam menggunakan aset untuk menjana keuntungan.

Keuntungan selepas cukaiPulangan aset 100

Jumlah aset

RM23,100100

RM359,700

6.42%

Purata industri 4.8%

� �

� �

(2.20)

Pulangan aset syarikat adalah lebih baik berbanding dengan purata industri yang hanya menyumbang sebanyak 4.8%. Ini menunjukkan syarikat lebih baik dalam menguruskan aset untuk menjana keuntungan berbanding dengan syarikat lain dalam industri.

Page 52: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 75

2.10.5 Pulangan Ekuiti

Pulangan ekuiti mengukur kecekapan syarikat dalam menjana keuntungan bagi pemegang saham biasa. Semakin tinggi nisbah adalah lebih baik kerana syarikat mampu menjana keuntungan yang tinggi untuk pemiliknya.

Keuntungan selepas cukaiPulangan ekuiti 100

Ekuiti pemegang saham

RM23,100100

RM195,400

11.8%

Purata industri 8%

� �

� �

(2.21)

Pulangan ekuiti syarikat adalah 11.8% dan ini lebih memuaskan berbanding dengan 8% bagi purata industri. Ini menunjukkan bahawa pengurusan syarikat lebih cekap berbanding dengan purata industri. Pengiraan pulangan ekuiti akan dibincangkan lebih lanjut apabila kita membincangkan analisis DuPont.

2.10.6 Perolehan Sesaham

Perolehan sesaham mengira keuntungan bersih yang dihasilkan daripada setiap saham biasa. Maklumat ini sering diberikan keutamaan oleh pihak pengurusan dan pelabur kerana ia dianggap sebagai petunjuk penting bagi kejayaan syarikat. Oleh itu, semakin besar nilai nisbah, maka lebih baik kedudukan pemegang saham.

Perolehan sesaham diperoleh daripada pembahagian keuntungan bersih dengan bilangan terbitan saham.

Keuntungan tersedia bagi pemegang saham biasaPendapatan sesaham

Bilangan saham biasa yang diterbitkan

RM22,10076,262

RM0.29

Purata industri RM0.26

� (2.22)

Page 53: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 76

Syarikat memperoleh sebanyak RM0.29 untuk setiap unit terbitan saham berbanding dengan purata industri hanya sebanyak RM0.26. Nilai perbezaan ini adalah kecil dan menjadi amalan biasa, nilai ini mewakili jumlah sebenar yang akan diagihkan oleh pemegang saham.

NISBAH NILAI PASARAN

Nisbah nilai pasaran mengukur kebolehan syarikat untuk menjana nilai pasaran melebihi kos pelaburan. Aspek ini sangat penting kerana nisbah nilai pasaran secara langsung berkaitan dengan objektif syarikat iaitu memaksimumkan kekayaan pemegang saham dan nilai syarikat. Oleh itu, ia boleh dinyatakan bahawa nilai bagi nisbah nilai pasaran mempengaruhi tindak balas pasaran dan keyakinan pelabur terhadap keupayaan pengurusan syarikat dalam menjana keuntungan yang cekap dan berkesan.

Nisbah nilai pasaran ditunjukkan dalam Rajah 2.8.

Rajah 2.8: Nisbah nilai pasaran

2.11.1 Nisbah Harga Perolehan

Nisbah harga perolehan menunjukkan jumlah ringgit yang pelabur sanggup bayar bagi setiap ringgit keuntungan yang dilaporkan oleh syarikat. Tahap nisbah harga perolehan menunjukkan tahap keyakinan pelabur terhadap prestasi masa depan syarikat. Semakin tinggi nisbah harga perolehan, semakin tinggi keyakinan pelabur terhadap masa depan syarikat.

2.11

SEMAK KENDIRI 2.6

Berikan perbezaan antara nisbah perolehan harga dan nisbah hasildividen.

Page 54: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 77

Nisbah harga perolehan boleh didapati apabila harga pasaran sesaham dibahagikan dengan perolehan sesaham. Bagi mengira harga perolehan Syarikat ABC, kami andaikan bahawa harga pasaran saham syarikat adalah sebanyak RM3.23.

Harga pasaran sesahamNisbah harga perolehan

Pendapatan sesaham

RM3.23RM0.29

11.1

Purata industri 1.25

(2.23)

Nisbah menunjukkan tahap keyakinan pelabur terhadap syarikat adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan purata industri kerana pelabur bersedia membayar 11.1 kali lebih untuk setiap saham syarikat berbanding dengan 1.25 untuk setiap saham dalam purata industri.

Anda boleh lihat nisbah harga perolehan pada bahagian harga saham dalam akhbar. Walau bagaimanapun, akhbar menyediakan nisbah harga semasa dan bukannya keuntungan terkini. Pelabur memberi keutamaan lebih kepada harga relatif untuk perolehan masa depan.

2.11.2 Nisbah Hasil Dividen

Sesetengah pelabur akan membeli saham biasa untuk menerima dividen, manakala yang lain lebih berminat dalam perkembangan nilai pasaran saham mereka. Nisbah hasil dividen mengukur kadar pulangan dalam bentuk dividen yang diterima daripada pelaburan saham. Andaikan Syarikat ABC mengamalkan polisi dividen yang stabil dan membayar dividen sebanyak RM0.15 sesaham. Ini bermakna, pelabur akan menerima pulangan daripada dividen sebanyak 4.6%.

Kebanyakan syarikat cuba mengekalkan untuk membayar dividen yang stabil dan jika boleh, mereka akan cuba untuk meningkatkan dividen supaya pelabur akan menerima lebih banyak pulangan daripada pegangan saham mereka. Sesetengah syarikat membayar dividen sedikit manakala ada yang tidak membayar sebarang dividen langsung kepada pemegang saham. Ini kerana mereka telah berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaan dengan mengekalkan dan melabur semula keuntungan yang diperoleh.

Page 55: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 78

Dividen sesahamHasil dividen

Harga pasaran sesaham

RM0.15100

RM3.23

4.6%

� �

(2.24)

LATIHAN 2.6

1. _________ adalah keupayaan syarikat memenuhi obligasi liabilitisemasa dengan menggunakan aset semasa.

2. Nisbah semasa adalah sama seperti _________ dibahagikandengan ___________.

3. _________ termasuk dalam pengiraan nisbah semasa tetapi tidaktermasuk pengkiraan nisbah cepat.

4. Pusing ganti inventori diperoleh dengan membahagikan_________ dengan _________.

5. Nisbah jumlah liabiliti kepada ____________ digunakan untukmemastikan tahap hutang dalam struktur modal.

6. Pulangan ekuiti didapati apabila _________ dibahagikan dengan_________.

7. Nisbah harga perolehan adalah sama dengan _________ sesahamdibahagikan dengan _________ sesaham.

Page 56: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 79

EXERCISE 2.6 8. X-Cell dan N-Hance adalah dua syarikat yang beroperasi dalam

industri yang sama. Maklumat kewangan untuk kedua-dua syarikat pada 31 Disember 2010 adalah seperti berikut:

Jumlah aset Jumlah liabiliti Jumlah ekuiti Jualan bersih Perbelanjaan faedah Perbelanjaan cukai Keuntungan bersih Perolehan sesaham Harga pasaran sesaham bagi saham biasa Dividen sesaham bagi saham biasa

X-CellRM3,000,000

1,800,0001,200,0003,700,000

90,000240,000380,000

5.6035.002.40

N-Hance RM1,600,000

960,000 640,000

1,880,000 38,000

100,000 180,000

2.10 26.50 0.50

Kira nisbah bagi setiap syarikat berikut:

XX-Cell N-Hance

(a) Pulangan aset _______________ _______________

(b) Pulangan ekuiti _______________ _______________

(c) Margin keuntungan bersih _______________ _______________

(d) Jumlah pusing ganti aset _______________ _______________

(e) Nisbah hutang _______________ _______________

(f) Penggandaan ekuiti _______________ _______________

(g) Nisbah liputan faedah _______________ _______________

(h) Nisbah harga perolehan _______________ _______________

(i) Nisbah hasil dividen _______________ _______________

Page 57: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 80

PENGENDALIAN NISBAH ANALISIS LENGKAP

Seperti yang dinyatakan di atas, satu nisbah tidak mencukupi untuk menilai semua aspek kedudukan kewangan syarikat. Oleh itu, pengurus hendaklah menjalankan analisis nisbah lengkap untuk meliputi semua aspek kecairan, pengurusan aset, leveraj, keberuntungan dan nisbah nilai pasaran.

Dua pendekatan yang boleh dijalankan adalah:

(a) Analisis DuPont – lihat pada bahagian utama yang menyumbang kepada prestasi kewangan syarikat; dan

(b) Ringkasan analisis nisbah kewangan – lihat pada semua aspek kewangan syarikat untuk mengenal pasti bahagian yang memerlukan siasatan lanjutan atau penambahbaikan.

2.12.1 Analisis DuPont

Analisis DuPont digunakan oleh pengurus kewangan untuk menilai kedudukan kewangan syarikat. Analisis DuPont menggabungkan penyata pendapatan dan kunci kira-kira untuk menjadi dua ukuran keberuntungan.

(a) Pulangan aset; dan

(b) Pulangan ekuiti.

Langkah pertama dalam analisis DuPont adalah untuk menunjukkan formula DuPont:

Pulangan aset Margin keuntungan bersih Jumlah pusing ganti asetKeuntungan selepas cukai Jualan

Jualan Jumlah aset

7.5% 0.85 kali

6.4%

� �

� �

� �

2.12

Page 58: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 81

Dalam formula DuPont, margin keuntungan bersih mengukur keberuntungan jualan, manakala jumlah pusing ganti aset menunjukkan kecekapan pengurusan dalam menggunakan aset untuk menjana jualan.

Nilai pulangan aset dikira menggunakan formula DuPont iaitu sama dengan nilai pulangan aset dikira secara berasingan seperti Topik 2.10.4. Walau bagaimanapun, formula DuPont membenarkan syarikat menilai pulangan aset secara berasingan dalam dua komponen yang berbeza iaitu keuntungan atas jualan dan kecekapan pengurusan aset.

Langkah kedua dalam analisis DuPont adalah dengan mengaitkan pulangan aset dengan pulangan ekuiti. Hubungan ini ditunjukkan di bawah:

Pulangan ekuiti Pulangan aset Penggandaan ekuitiKeuntungan selepas cukai Jumlah aset

Jumlah aset Jumlah ekuiti

6.4% 1.84 kali

11.8%

� �

� �

� �

Apabila nilai pulangan aset dan penggandaan ekuiti digantikan dengan formula di atas, keputusan adalah 11.8%, sama seperti yang dikira secara langsung dalam subtopik 2.10.5. Walau bagaimanapun, analisis DuPont mempunyai kelebihan untuk membenarkan pengurus menilai pulangan ekuiti dengan melihat tiga komponen berasingan iaitu:

(a) Keuntungan atas jualan;

(b) Kecekapan pengurusan aset; dan

(c) Kesan menggunakan hutang dalam pembiayaan aset.

Page 59: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 82

Sekiranya analisis DuPont dilanjutkan, pulangan kepada pemilik boleh dinilai dengan melihat setiap dimensi penting seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.9.

Rajah 2.9:Analisis DuPont yang dilanjutkan

Berdasarkan Rajah 2.9, kita dapati bahawa pulangan ekuiti bagi Syarikat ABC (11.8%) lebih tinggi berbanding dengan purata industri (8%). Semakin tinggi pulangan ekuiti dipengaruhi oleh pulangan aset syarikat yang lebih tinggi berbanding dengan industri dan kurang dipengaruhi oleh corak pembiayaan seperti yang ditunjukkan dalam penggandaan ekuiti (pulangan aset syarikat sebanyak 6.41%, manakala pulangan aset industri hanya sebanyak 4.8%. Perbezaan dalam penggandaan ekuiti antara syarikat dengan industri adalah agak kecil, 1.84 kali bagi syarikat dan 1.67 kali bagi industri).

Page 60: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 83

Perbezaan dalam pulangan antara syarikat dan industri dipengaruhi oleh perbezaan dalam margin keuntungan bersih berbanding dengan jumlah pusing ganti aset. Perbezaan dalam margin keuntungan antara syarikat dan industri adalah penting (7.5% untuk syarikat dan 6.4% untuk industri) berbanding dengan perbezaan jumlah pusingan aset (0.85 kali untuk syarikat dan 0.75 kali untuk industri).

Margin keuntungan bersih syarikat dipengaruhi oleh margin keuntungan operasi yang lebih tinggi berbanding dengan margin keuntungan kasar. Oleh itu, pulangan ekuiti syarikat lebih tinggi disebabkan kecekapan pengurusan dalam menguruskan operasi.

2.12.2 Ringkasan Semua Nisbah Kewangan

Prestasi Syarikat ABC diukur berdasarkan lima kumpulan nisbah iaitu:

(a) Kecairan;

(b) Pengurusan aset;

(c) Leveraj;

(d) Keberuntungan; dan

(e) Nilai pasaran.

Nisbah kewangan syarikat boleh dibandingkan dengan nisbah syarikat lain yang ketara atau dengan purata industri pada masa yang tertentu. Perbandingan ini memberi penjelasan tentang kedudukan kewangan relatif dan prestasi syarikat berbanding dengan pesaing. Analisis ini menggunakan purata industri sebagai penanda aras atau piawaian perbandingan.

Apabila purata industri tidak boleh diperoleh, perbandingan biasanya dibuat dengan syarikat lain dalam industri yang sama. Penanda aras ini dianggap sebagai nilai yang sesuai bagi syarikat dalam industri yang sama. Andaian di sini ialah bagi syarikat dalam industri yang sama, mempunyai nisbah kewangan hampir sama. Jika nisbah syarikat menunjukkan perbezaan yang ketara dengan nisbah piawaian, maka siasatan lanjutan perlu dilakukan untuk mencari punca perbezaan tersebut.

Page 61: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 84

Bagi penilaian, nisbah kewangan syarikat dibandingkan dengan nisbah industri satu persatu dan kemudian diklasifikasikan sebagai memuaskan atau tidak memuaskan, bergantung kepada hala tuju dan sejauh mana ia tersasar dari anggaran.

Jadual 2.10 merumuskan perbezaan antara nisbah kewangan Syarikat ABC dengan purata industri bagi tahun 2011.

Jadual 2.10:RingkasanAnalisis Nisbah bagi Syarikat ABC Berbanding dengan Purata Industri bagi Tahun 2011

Syarikat ABC Purata Industri Nota*

Nisbah Kecairan Nisbah semasa Nisbah cepat Nisbah Pengurusan Aset Pusing ganti akaun belum terima Purata tempoh kutipan Pusing ganti inventori Purata tempoh jualan inventori Pusing ganti aset tetap Jumlah pusing ganti aset Nisbah Leveraj Nisbah hutang Nisbah hutang atas ekuiti Nisbah liputan faedah Nisbah Keberuntungan Margin keuntungan kasar Margin keuntungan bersih Pulangan aset Pulangan ekuiti Perolehan sesaham Nisbah Nilai Pasaran Nisbah harga perolehan Nisbah hasil dividen

1.97 kali 1.51 kali 6.11 kali 58.92 hari 7.22 kali 49.86 hari 1.29 kali 0.85 kali 45.7% 52.4% 4.49 kali 32.1% 7.5% 6.42% 11.80% RM0.29 11.1 RM0.046

2.05 kali 1.43 kali 8.24 kali 44.3 hari 6.6 kali 55.30 hari 1.35 kali 0.75 kali 40.0% 50% 4.3 kali 30% 6.4% 4.8% 8.0% RM0.26 1.25 RM0.50

US US US US S US US S US S S S S S S S US US

*S = Memuaskan US = Tidak memuaskan

Page 62: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 85

Berdasarkan Jadual 2.10, kita boleh merumuskan bahawa:

(a) KKecairan Pencapaian syarikat dalam nisbah semasa dan nisbah cepat adalah sangat berbeza dibandingkan dengan industri. Secara keseluruhannya, kecairan syarikat agak memuaskan.

(b) PPengurusan Aset Pengurusan inventori syarikat agak memuaskan. Syarikat mungkin menghadapi masalah dengan akaun belum terima kerana tempoh kutipan bagi syarikat lebih tinggi berbanding dengan industri. Oleh itu, perhatian harus diberikan kepada pengurusan akaun belum terima.

(c) LLeveraj Tahap hutang syarikat adalah lebih tinggi berbanding dengan purata industri. Walau bagaimanapun, keupayaan syarikat untuk membayar faedah adalah lebih baik berbanding dengan industri.

(d) KKeberuntungan Keberuntungan, relatif kepada pelabur (seperti dilihat dalam pulangan aset

dan nisbah pulangan ekuiti) syarikat adalah lebih baik berbanding dengan industri. Ini adalah sama dengan margin keuntungan kasar dan margin keuntungan bersih.

(e) NNilai Pasaran Saham syarikat dijual kepada harga perolehan yang lebih tinggi berbanding dengan industri. Ini adalah sama bagi nisbah hasil dividen di mana adalah lebih kecil berbanding dengan industri.

KEKURANGAN NISBAH KEWANGAN

Nisbah kewangan adalah alat yang penting dalam analisis kewangan tetapi apabila pengguna mengaplikasikan dalam nisbah kewangan, mereka haruslah mengambil kira kekurangan yang berkaitan dengan nisbah kewangan. Antara kekurangannya adalah:

(a) Ketepatan nisbah kewangan bergantung kepada ketepatan data yang diperolehi dalam penyata kewangan;

2.13

Page 63: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 86

(b) Dengan menggunakan nisbah kewangan untuk tujuan perbandingan industri, pengguna haruslah mengambil kira bahawa nisbah industri hanya anggaran kasar. Ini kerana kesukaran untuk mendapatkan keseluruhan firma yang sama dalam industri yang sama;

(c) Nisbah kewangan adalah ukuran yang relatif dan tidak menunjukkan saiz sebenar firma; dan

(d) Nisbah kewangan digunakan untuk mengukur kedudukan firma tetapi tidak boleh memaparkan isu yang menyebabkan situasi tersebut.

Layari laman web di bawah untuk mendapatkan maklumat tambahanberkenaan perkara yang dibincangkan dalam topik ini.

http://www.ppkm.net/ Deskripsi: Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia ditubuhkan denganobjektif untuk menyediakan organisasi bagi individu yang terlibatsecara aktif dalam pertukaran mata wang asing dan pasaran kewangandi Malaysia.

http://www.finpipe.com/equity/finratan.htm Deskripsi: Pengenalan kepada analisis nisbah kewangan.

http://www.investopedia.com/university/ratios/ Deskripsi: Langkah dan penjelasan mengenai pengiraan analisis nisbahkewangan.

http://www.credit-to-cash-advisor.com/Document.asp?lid=120 Deskripsi: Penjelasan secara terperinci ke atas analisis DuPont. Ia jugatermasuk kalkulator web mudah.

AKTIVITI 2.6

Page 64: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 87

1. Apabila nisbah perbandingan menunjukkan perubahan yangketara dalam kedudukan kewangan syarikat, pengurus haruslahmembuat siasatan lebih lanjut.

(a) Betul (b) Salah

2. Dalam analisis DuPont, pulangan ekuiti adalah hasil daripadagandaan tiga nisbah lain: margin keuntungan bersih, jumlahpusing ganti aset dan pulangan aset.

(a) Betul (b) Salah

3. Keuntungan bersih dibahagikan dengan jumlah aset ialah nisbah___________.

A. Pulangan ekuiti

B. Nisbah semasa

C. Margin keuntungan kasar

D. Pulangan aset

4. Nisbah hasil dividen ialah:

A. Jumlah wang yang diagihkan kepada pemegang saham.

B. Dividen berbayar kepada pemegang saham dibahagikandengan perolehan tertahan.

C. Dividen sesaham dibahagikan dengan harga sesaham.

D. Perolehan tertahan dibahagikan dengan jualan.

LATIHAN 2.7

Page 65: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 88

5. Gunakan maklumat yang diberikan untuk mengira keuntungan bersih.

Pulangan aset = 2%

Jumlah pusing ganti aset = 0.5 kali

Kos jualan barang = RM105,000

Margin keuntungan kasar = 30%

6. Kira pulangan ekuiti berdasarkan pada maklumat di bawah:

Jualan = RM100,000

Keuntungan bersih = RM3,000

Jumlah aset = RM150,000

Jumlah liabiliti = RM75,000

7. Senarai di bawah adalah beberapa urus niaga yang dibuat oleh Fima Corporation beserta dengan nisbah kewangan.

Bagi setiap urus niaga, nyatakan sama ada terdapat peningkatan, pengurangan atau tiada perubahan kepada nisbah yang disenaraikan di sebelah transaksi berkaitan.

Urus Niaga Nisbah Kewangan

(a) Jualan kredit atas inventori Nisbah semasa

(b) Terbitan saham biasa bagi kutipan tunai

Pulangan ekuiti

(c) Terbitan bon jangka panjang bagi tunai

Nisbah hutang

(d) Isytihar dan bayar dividen tunai bagi saham biasa

Hasil dividen

(e) Kutipan akaun belum terima Pusing ganti akaun belum terima

(f) Membuat pinjaman wang tunai bagi terbitan jangka panjang nota belum bayar

Pulangan aset

Page 66: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 89

8. Pengurus kewangan Lily Corporation menyediakan maklumat kewangan berikut untuk anda supaya anda dapat menyediakan analisis kewangan syarikat.

Lily Corporation Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2010

RM RM Tunai 1,000 Akaun perlu dibayar 9,000 Akaun belum terima 8,900 Akruan akaun 6,675 Inventori 4,350 Jumlah liabiliti semasa 15,675 Jumlah aset semasa 14,250

Jumlah aset tetap 35,000 Pinjaman jangka panjang 4,125 Susutnilai terkumpul 13,250 Aset tetap bersih 21,750 Jumlah liabiliti 19,800

Saham biasa 1,000 Perolehan tertahan 15,200 Jumlah ekuiti 16,200 Jumlah aset 36,000 Jumlah liabiliti dan ekuiti 36,000

Jualan Kos jualan barang Keuntungan kasar Perbelanjaan operasi Keuntungan operasi Perbelanjaan faedah Keuntungan sebelum cukai Cukai Keuntungan bersih

RM 100,000

87,000 13,000 11,000 2,000

500 1,500

420 1,080

Page 67: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 90

Berdasarkan maklumat kewangan di atas, kira nisbah kewanganberikut:

(a) Nisbah semasa __________________

(b) Nisbah cepat __________________

(c) Tempoh purata kutipan __________________

(d) Pusing ganti inventori __________________

(e) Pusing ganti aset tetap __________________

(f) Jumlah pusing ganti aset __________________

(g) Nisbah hutang __________________

(h) Nisbah liputan faedah __________________

(i) Margin keuntungan kasar __________________

(j) Margin keuntungan operasi __________________

(k) Margin keuntungan bersih __________________

(l) Pulangan aset __________________

(m) Pulangan ekuiti __________________

9. Lengkapkan kunci kira-kira Syarikat Amri berdasarkan maklumatberikut. Andaikan terdapat 360 hari dalam setahun.

Margin keuntungan kasar = 38.7%

Pusing ganti inventori = 6 kali

Tempoh purata kutipan = 31 hari

Jualan = RM720,000

Nisbah semasa = 2.35 kali

Jumlah pusing ganti aset = 2.81 kali

Nisbah hutang = 49.4%

Page 68: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN � 91

� Analisis nisbah kewangan sesuai digunakan apabila syarikat hendak

mentafsirkan penyata kewangan syarikat.

� Nisbah kecairan seperti modal kerja bersih, nisbah semasa dan nisbah cepat membolehkan pengukuran keupayaan syarikat untuk memenuhi tuntutan jangka pendek yang telah matang.

� Nisbah pengurusan aset mengukur keberkesanan syarikat dalam menggunakan aset. Contoh nisbah termasuk pusing ganti akaun belum terima, tempoh purata kutipan, pusing ganti inventori, tempoh purata jualan inventori, pusing ganti aset tetap dan jumlah pusing ganti aset.

� Nisbah leveraj mengukur tahap syarikat dibiayai hutang atau keupayaan syarikat untuk memenuhi tuntutan kewangan seperti tuntutan faedah.

Syarikat Amri Kunci Kira-kira

RRM RRM Aset LLiabiliti dan Ekuiti Pemilik Aset semasa Liabiliti semasa Tunai 8,005 Akaun perlu dibayar 28,800 Sekuriti boleh pasar Nota belum bayar

Akaun belum terima Akruan 18,800

Inventori Jumlah liabiliti semasa Jumlah aset semasa 159,56

5

LLiabiliti jangka panjang

Jumlah aset tetap Jumlah liabiliti

Susut nilai terkumpul 50,000

Aset tetap bersih PPemegang saham ekuiti Saham keutamaan 2,451 Saham biasa 30,000 Modal berbayar 6,400 Perolehan tertahan 90,800 Total assets JJumlah ekuiti

JJumlah liabiliti dan ekuiti

Page 69: Topik 2 AnalisisPenyata Kewangaa

� TOPIK 2 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 92

� Nisbah keberuntungan mengukur keberkesanan syarikat dalam menjana pulangan daripada pelaburan dan jualan. Contohnya, margin keuntungan kasar, margin keuntungan bersih, pulangan aset dan pulangan ekuiti.

� Nisbah nilai pasaran seperti nisbah harga perolehan dan nisbah hasil dividen, mengukur keupayaan syarikat untuk mewujudkan nilai dalam pasaran melebihi kos pelaburan. Aspek ini adalah sangat penting kerana nisbah ini secara langsung berkaitan dengan objektif syarikat untuk memaksimumkan kekayaan pemegang saham dan nilai syarikat.

� Analisis DuPont digunakan oleh pengurus kewangan untuk menilai kedudukan kewangan syarikat dengan mengukur kedua-dua nisbah penting iaitu nisbah pulangan aset dan nisbah pulangan ekuiti, manakala pendekatan ringkasan untuk analisis nisbah kewangan adalah untuk menunjukkan semua aspek kedudukan kewangan syarikat untuk mengenal pasti sektor yang memerlukan siasatan lanjutan.

Analisis DuPont

Analisis nisbah kewangan

Kunci kira-kira

Laporan tahunan

Nisbah keberuntungan

Nisbah kecairan

Nisbah leveraj

Nisbah nilai pasaran

Nisbah pengurusan aset

Penyata aliran tunai

Penyata kewangan

Penyata pendapatan

Penyata perolehan tertahan