topik 2 mengenali pembinaan fabrik.pdf

16
PENGENALAN Fabrik ialah singkatan daripada perkataan 'textile fabric'. Lazimnya orang akan menggelarkan fabrik sebagai tekstil. Tetapi tekstil dan fabrik adalah dua benda yang berbeza namun ianya saling berkait. Perkataan tekstil sebenarnya sering disalahanggap dan hanya terhad kepada kain, benang dan jahitan sahaja. Tekstil berasal daripada perkataan Latin ÂtexeraÊ yang membawa maksud Âuntuk menenunÊ. Tekstil adalah material fleksibel yang terbuat daripada tenunan benang. Tekstil dibentuk dengan cara penyulaman, penjahitan, pengikatan, atau dan cara pressing. Istilah tekstil dalam penggunaannya sehari-hari sering disamakan dengan istilah 'kain' (fabrik). Namun ada sedikit perbezaan antara dua istilah ini, tekstil dapat digunakan untuk menyebut bahan apapun yang terbuat daripada tenunan benang, sedangkan 'kain'(fabrik) merupakan hasil jadinya. T T o o p p i i k k 2 2 Mengenali Pembinaan Fabrik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan maksud pembinaan fabrik; 2. Menyenaraikan kaedah-kaedah fabrik terbina; 3. Membeza bentuk rupa pembinaan fabrik; 4. Menerangkan maksud kemasan fabrik; dan 5. Menerangkan cara kemasan yang dilakukan ke atas fabrik.

Upload: akmalhabib-azlan

Post on 22-Nov-2015

250 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN Fabrik ialah singkatan daripada perkataan 'textile fabric'. Lazimnya orang akan menggelarkan fabrik sebagai tekstil. Tetapi tekstil dan fabrik adalah dua benda yang berbeza namun ianya saling berkait. Perkataan tekstil sebenarnya sering disalahanggap dan hanya terhad kepada kain, benang dan jahitan sahaja. Tekstil berasal daripada perkataan Latin texera yang membawa maksud untuk menenun. Tekstil adalah material fleksibel yang terbuat daripada tenunan benang. Tekstil dibentuk dengan cara penyulaman, penjahitan, pengikatan, atau dan cara pressing. Istilah tekstil dalam penggunaannya sehari-hari sering disamakan dengan istilah 'kain' (fabrik). Namun ada sedikit perbezaan antara dua istilah ini, tekstil dapat digunakan untuk menyebut bahan apapun yang terbuat daripada tenunan benang, sedangkan 'kain'(fabrik) merupakan hasil jadinya.

    TTooppiikk

    22

    Mengenali Pembinaan Fabrik

    HASIL PEMBELAJARANPada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menyatakan maksud pembinaan fabrik; 2. Menyenaraikan kaedah-kaedah fabrik terbina; 3. Membeza bentuk rupa pembinaan fabrik; 4. Menerangkan maksud kemasan fabrik; dan 5. Menerangkan cara kemasan yang dilakukan ke atas fabrik.

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK

    40

    PEMBINAAN FABRIK

    Dari gentian dijadikan yarn, dan dari yarn dijadikan fabrik. Fabrik dibina dengan cara tenun, kait atau tanpa tenun. Setiap cara ini menghasilkan fabrik yang berlainan rupa dan sifat. Sesuatu fabrik itu mempunyai tambah nilai jika ianya diberi kemasan. Kemasan ialah proses yang dilakukan kepada fabrik bagi membaiki kelemahan gentian fabrik itu. Terdapat 3 cara pembinaan fabrik iaitu:

    Tenun

    Kait

    Tanpa Tenun Setiap cara pembinaan fabrik itu mempunyai kepelbagaiannya tersendiri. Kepelbagaian ini menghasilkan fabrik yang berbeza-beza dari segi rupa, tekstur dan rasa (sentuhan). Gentian asli diproses untuk dijadikan serat yang panjang yang dinamakan yyarn. Proses pembinaan fabrik yarn berlaku apabila selembar serat panjang atau filamen itu boleh ditenun atau dikait. Serat diperolehi daripada sumber asli manakala filamen ialah daripada sumber buatan. Serat terdapat dalam pelbagai rupa mengikut sumber manakala semua filamen berbentuk seperti rod yang panjang dan licin. Rajah 2.1 menunjukkan beberapa contoh rupa filamen manakala Rajah 2.2 pula menunjukkan beberapa contoh serat gentian asli.

    Rajah 2.1: Beberapa rupa filamen

    2.1

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK 41

    Rajah 2.2: Serat gentian asli

    Sekarang, mari kita lihat bagaimana proses penghasilan fabrik berlaku. Ini boleh dilihat di dalam Rajah 2.3.

    Rajah 2.3: Proses penghasilan fabrik

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK

    42

    FABRIK TENUN

    Tenun dilakukan dengan menjalinkan dua set yarn iaitu yarn memanjang dan yarn melintang. Yarn memanjang akan menjadi asas kepada benang lungsin atau benang memanjang pada fabrik yang ditenun. Benang ini selari dengan tepi fabrik. Yarn melintang adalah yarn pengisi dalam fabrik tenun. Terdapat 3 jenis tenun:

    Biasa

    Kelarai

    Satin

    2.2.1 Tenun Biasa

    Rajah 2.4 menunjukkan bahawa fabrik tenun biasa mempunyai tiga jenis bentuk seperti berikut:

    Rajah 2.4: Tenun biasa

    Ciri fabrik tenun biasa:

    Mudah renyuk,

    Kurang daya drep

    Legap

    Poros

    Kurang daya serap Contoh fabrik tenun biasa adalah:

    Kain kasa

    Kain belacu

    Gingham

    2.2

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK 43

    Organdy

    Oxford

    Shantung

    (a) Tenun biasa 1/1 Yaran pakan akan menyusup di atas dan di bawah yarn longsin secara berselang-seli. Tenun ini dikenali sebagai tenun biasa 1/1. Lihat Rajah 2.5.

    Rajah 2.5: Rupa yarn tenunan biasa (b) TTenun Raga Tenun ini mempunyai 2 lembar benang yang diselang-seli seperti tenun

    biasa 1/1. Lihat Rajah 2.6.

    Rajah 2.6: Rupa yarn Tenunan Raga

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK

    44

    (c) TTenun Rib Saiz yarn longsin dan yarn pakan tidak sama. Lihat Rajah 2.7.

    Rajah 2.7: Rupa yarn tenunan rib

    2.2.2 Tenun Kelarai

    Dua lembar yarn pakan menyusup di atas dan di bawah dua lembar yarn lungsin. Di baris berikutnya pula yarn pakan bergerak/ beransur bertingkat-tingkat ke kiri atau ke kanan Rajah 2.8

    Rajah 2.8: Rupa yarn tenunan kelarai

    Ciri fabrik tenun kelarai:

    Drep dengan baik

    Tebal

    Legap

    Kukuh

    Kurang poros

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK 45

    Contoh fabrik:

    Denim

    Gaberdine

    Korduroi

    Dril

    2.2.3 Tenun Satin

    Yarn pakan menyusup di bawah 4 yarn longsin. Ia menghasilkan yarn longsing terapung. Di baris kedua dan seterusnya yarn pakan beralih bertingkat-tingkat secara beransur ke kiri atau ke kanan seperti tenun kelarai. Ini dapat dilihat dalam Rajah 2.9

    Rajah 2.9: Rupa yarn tenunan satin

    Ciri fabrik tenun satin:

    Fabrik licin dan berkilat efek dari 4 lembar yarn terapung

    Daya drep yang baik

    Mudah koyak hasil dari benang yang terapung Fabrik satin contohnya:

    Satin

    Sateen

    Crepe

    Broked

    Damask

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK

    46

    FABRIK KAIT

    Fabrik kait dihasilkan apabila yarn disambung secara berterusan dalam bentuk gelung. Fabrik kait boleh dibuat dengan cara tradisional menggunakan jarum kait tangan atau dengan menggunakan mesin. Rajah 2.10 menunjukkan rupa fabrik kait.

    Rajah 2.10: Rupa yarn kait

    Ciri fabrik kait adalah seperti berikut:

    Daya drep yang sangat baik

    Memberi dan mudah mengikut bentuk badan

    Tidak renyuk

    Peredaran udara yang baik

    Contoh fabrik kait adalah:

    Velour

    Jersey

    Net

    Renda

    2.3

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK 47

    FABRIK TANPA TENUN

    Fabrik ini tidak ditenun atau dikait. Gentian iaitu dalam bentuk stapel dan filamen dijadikan kepingan struktur sesawang melalui proses penjaruman, tindakan kimia dan tekanan suhu. Ciri fabrik tanpa tenun:

    Tidak fleksibel

    Keras dan kasar

    Tidak ada yarn melintang atau menegak

    Tidak berburai bila digunting Contoh fabrik tanpa tenun:

    Bahan pakai buang seperti lampin, uncang teh, kertas tisu

    Lapik dalam

    Kain lap

    2.4

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK

    48

    Amali 1. Hasilkan sampel pembinaan fabrik berikut:

    (i) Tenunan biasa

    (ii) Tenun kelarai

    (iii) Tenun satin

    (iv) Tenun rib

    Rajah 2.11: Kedudukan benang pada fabrik

    1. Ambil sekeping kain belacu berukuran 20cm x 20cm.

    2. Cabut benang memanjang dan benang melintang.

    3. Cuba rentap setiap helai benang itu.

    4. Ulangi beberapa kali dengan urat benang yang baru.

    5. Rasakan benang manakah yang lebih teguh? Benang memanjangatau melintang?

    6. Lakukan aktiviti ini dengan lain-lain jenis fabrik. Adakah hasilnya sama dengan kain belacu?

    AKTIVITI 2.1

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK 49

    Anda boleh guna pelbagai bahan yang anda fikirkan sesuai untuk tenunan ini seperti reben, kertas, pita dan lain-lain.

    2. Masukkan sampel ini ke dalam buku skrap KAJIAN FABRIK yang anda

    telah mulakan semasa topik Mengenali Sumber Gentian. 3. Seterusnya, letakkan contoh fabrik mengikut tenunan itu di sebelah sampel

    tenunan berkenaan. 4 Dapatkan sekeping sampel fabrik berikut:

    (i) Fabrik kait

    (ii) Fabrik tanpa tenun

    Letakkan sampel ini di dalam buku skrap KAJIAN FABRIK.

    Kriteria

    Tenunan

    Betul Bersih Kesesuaian Bahan

    Contoh fabrik adalah

    betul Jumlah Catatan

    12 3 2.5 5

    Tenun Biasa

    Tenun kelarai

    Tenun Satin

    Tenun Rib

    Kait

    Tanpa Tenun

    Jumlah markah

    Rajah 2.12: Kaedah pemarkahan untuk pembinaan fabrik

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK

    50

    2.4.1 Kemasan Fabrik

    Kemasan fabrik boleh dilakukan sebelum, semasa atau selepas proses pembinaan. Tujuan kemasan ini dilakukan dibahagikan kepada 4 sebab iaitu untuk:

    keselesaan

    kendalian

    keselamatan

    hiasan

    2.4.2 Keselesaan

    (a) Antistatik Terdapat fabrik yang apabila dipakai akan melekat ke badan atau berbunyi.

    Biasanya, kelemahan ini berlaku pada fabrik buatan seperti nilon, akrilik dan poliester. Fabrik sebegini diberikan kemasan antistatik supaya kelemahan itu tidak lagi terjadi.

    (b) KKalis Air Atas sebab keperluan penggunaannya, ada fabrik yang perlu diberi

    kemasan kalis air. Fabrik yang diberi kemasan ini tidak akan menyerap air dalam jangka masa yang pendek. Fabrik sebegini dibuat baju hujan, payung, khemah dan pakaian sukan.

    2.4.3 Kendalian

    (a) Tahan Renyuk Fabrik yang mudah berkedut atau renyuk seperti kapas dan rayon

    diberikan kemasan tahan renyuk supaya ia tidak lagi renyuk semasa dipakai.

    Kemasan fabrik ialah kaedah merawat fabrik untuk memperbaiki rupa dan meningkatkan kualiti fabrik tersebut.

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK 51

    (b) RRintang Kecut Kemasan ini akan menjadikan fabrik tidak mengecut. Kebiasaannya, fabrik

    kapas diberi kemasan rintang kecut kerana salah satu kelemahan kapas ialah ia mudah mengecut. Fabrik yang berlabel sanforized menandakan ia telah diberikan kemasan rintang kecut.

    Ujian Rintang Kecut

    1. Gunting 2 keping kain kapas yang sama, setiap keping berukuran 5cm x 5cm.

    2. Di atas kertas, lukiskan 2 kotak berukuran 5cm x 5cm bersebelahan.

    3. Letakkan sekeping daripada fabrik itu di atas kotak yang pertama. Lekatkan dengan gam.

    4. Rendam kepingan fabrik kedua, perah dan keringkan dengan menjemur/ sidai di ampaian.

    5. Apabila kering, letakkan di dalam kotak yang kedua.

    6. Adakah ukuran fabrik masih sama dengan kotak itu atau fabrik sudah mengecut dan terdapat ruang di sekeliling kotak?

    7. Lakukan aktiviti yang sama dengan fabrik lain.

    Rajah 2.13: Sebelum cucian RRajah 2.14: Selepas cucian

    AKTIVITI 2.2

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK

    52

    2.4.4 Untuk Keselamatan

    (a) Perencat Nyala Kemasan perencat nyala diberikan kepada fabrik yang mudah terbakar

    seperti kapas, linen dan viskosa. Dengan kemasan ini, fabrik tersebut tidak akan mudah terbakar.

    (b) Antiseptik Fabrik ini telah dirawat dengan menyalutkan fabrik dengan satu lapisan

    steril dan menjadikannya tidak menyerap peluh atau bau badan. Contohnya untuk membuat gauze dan bandage.

    2.4.5 Hiasan

    Kilat Fabrik diberi rawatan kilat dengan menggunakan lilin, kanji atau resin untuk mencantikkan dan menguatkan fabrik.

    Pembinaan fabrik dikategorikan kepada 3 kaedah iaitu tenun, kait dan tanpa

    tenun. Terdapat 3 jenis tenun dan setiap jenis menghasilkan ciri fabrik yang

    berbeza-beza. Fabrik kait menghasilkan fabrik yang memberi, daya drep yang baik dan

    tidak mudah renyuk. Fabrik tanpa tenun terhasil dengan menyusun stapel dan filamen gentian

    bersama. Kemasan ialah kaedah untuk memperbaiki kelemahan fabrik dan dengan itu

    kualiti fabrik bertambah baik.

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK 53

    Felt Braid

    Kait

    Kait Lungsin

    Kait pakan

    Tanpa Tenun

    Tenun

    Tenun biasa

    Tenun Kelarai

    Tenun Satin

    1. Apakah maksud pembinaan fabrik?

    A. Bagaimana fabrik ditenun B. Menghasilkan pakaian dari fabrik C. Dari yarn dihasilkan menjadi fabrik D. Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan fabrik

    2. Di antara berikut yang manakah sifat fabrik tenun?

    I. Legap II. Berkilau III. Mudah renyuk IV. Kurang daya drep A. I, II dan III sahaja B. I, II dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

    3. Daripada senarai di bawah, mana satukah fabrik kait?

    I. Jersey II. Kurduroi III. Satin IV. Net A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I dan IV sahaja D. III dan IV sahaja

  • TOPIK 2 MENGENALI PEMBINAAN FABRIK

    54

    4. Apakah kelemahan fabrik tanpa tenun? A. Susah didapati B. Keras dan tidak drep baik C. Susah mengendalikan D. Tepi mudah berburas

    5. Apakah maksud kemasan fabrik kalis air?

    A. Fabrik tidak akan basah B. Fabrik tidak akan menyerap air C. Fabrik boleh direndam dalam air D. Fabrik tidak boleh direndam dalam air

    Azmawati Abdul Aziz, Zaitun Zakian Mohd. Noor & Lamah Abdul Ghani.

    (2002). Pengurusan pakaian tingkatan 4: Bahan sumber pengajaran. Kuala Lumpur: Edu System.

    Colton, V. (Eds.). (1979). Readers Digest complete guide to needlework. New York, NY: Readers Digest Association.

    Kandolph, S. J., Longford, A. L., Hellen, N. & Saddler, J. (1988). Textiles. New York, NY: Macmillan.

    Mariam Abu Bakar. (2004). Panduan membuat pakaian, panduan lengkap langkah demi langkah teknik menjahit. Petaling Jaya: Alaf 21.

    Neal, M. M. (1961). Needlework for school. Glasgow: Blackie & Son.

    Noorhababiah Osman Etl. (2002). Pengajian pakaian tingkatan 5: Kuala Lumpur: Edusystem.