topik 11

8

Click here to load reader

Upload: blurrmie

Post on 25-Nov-2015

77 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

science

TRANSCRIPT

  • Sinopsis

    Perkumuhan tumbuhan melibatkan dua proses iaitu transpirasi dan gutasi. Proses

    kehilangan air secara pemeluwapan bagi menyejukkan tumbuhan dikenali sebagai

    transpirasi. Transpirasi mempunyai kepentingan tertentu iaitu memberikan satu daya

    tarikan air dari akar ke daun. Ini membolehkan daun memperoleh bekalan air untuk

    fotosintesis dan mineral bagi proses biosintesis. Selain itu, turut mempunyai

    kepentingan untuk menyejukkan tumbuhan kerana hanya 1-2% sahaja air pada daun

    digunakan untuk fotosintesis. Transpirasi dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti

    suhu persekitaran, pergerakan angin, kelembapan tanah, kelembapan udara, keamatan

    cahaya dan tekanan atmosfera. Manakala gutasi ialah kehilangan air yang berlebihan

    melalui titisan air pada liang hidatod pada daun tumbuhan. Gutasi berlaku disebabkan

    oleh kelembapan tanah yang tinggi dan kadar transpirasi yang minimum atau tiada

    menyebabkan tumbuhan mengalami tekanan air yang tinggi dalam xilem tisu vaskular.

    Tekanan ini dapat diseimbangkan dengan pengeluaran air berlebihan di liang hidatod

    pada daun.

    Hasil Pembelajaran

    1. Jelaskan proses transpirasi dan gutasi pada tumbuhan.

    2. Menyatakan kepentingan transpirasi tumbuhan.

    3. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi proses transpirasi tumbuhan.

    TOPIK 11 PERKUMUHAN TUMBUHAN

  • Ringkasan Topik

    11.1 Proses Transpirasi dan Gutasi

    Transpirasi Transpirasi ialah proses kehilangan air oleh tumbuhan melalui proses pengewapan air

    untuk mengawal suhu tumbuhan. Proses transpirasi berlaku sebanyak 80% pada stoma

    di daun, sebahagiannya pada lentisel di batang dan dalam peratusan kecil pada kutikel

    daun. Proses transpirasi berlaku dengan kehadiran cahaya seperti pada waktu siang

    untuk membolehkan proses fotosintesis berlaku bagi membantu proses pembukaan

    stoma untuk mengewapan air berlaku melalui liang stoma yang terbuka. Stoma yang

    berbentuk seperti dua biji kekacang yang dikenali sebagai sel pengawal dengan

    mempunyai lapisan dinding luar yang nipis dan dinding dalam yang tebal (Rajah

    11.1).

    Perkumuhan Tumbuhan

    Proses Transpirasi dan Gutasi

    Kepentingan Transpirasi

    Faktor-faktor yang Mempengaruhi

    Proses Transpirasi

  • Rajah 11.1 Sel Stoma pada Daun [Sumber:http://www. sciencevogel.wikispaces.com]

    Kloroplas yang terdapat pada sel pengawal akan menjalani proses fotosintesis sehingga

    berlaku pengumpulan produk akhir fotosintesis iaitu glukosa yang mana berlaku

    peningkatan kepekatan osmosis di sel pengawal. Kecerunan kepekatan osmosis yang

    berbeza antara sel epidermis yang berhampiran dengan sel pengawal menyebabkan air

    dari sel epidermis masuk ke dalam sel pengawal. Sel pengawal mengalami tekanan

    segah yang tinggi hasil daripada kemasukan air telah menolak dinding nipis keluar

    seterusnya turut menarik dinding tebal sel pengawal ke arah luar, maka liang stoma

    terbuka. Air daripada sel mesofil terpeluwap menyebabkan ruang udara antara sel

    mesofil berkepekatan tinggi berbanding dengan persekitaran menyebabkan wap air

    meresap keluar daripada daun melalui liang stoma yang terbuka (Rajah 11.2). Dalam

    keadaan tiada cahaya seperti pada waktu malam, proses fotosintesis tidak berlaku dan

    sel stoma akan tertutup maka tiada proses transpirasi berlaku.

    Sel Pengawal

    Liang Stomata

    Dinding Nipis Dinding Tebal

    Mikrofibril Selulose

    Vakuol

    Kloroplas

  • Rajah 11.2 Keratan Rentas Daun [Sumber: http://www.tutorvista.com] Gutasi Gutasi ialah proses pengeluaran air yang berlebihan oleh tumbuhan dengan cara

    pengeluaran titisan air (air gutasi) melalui liang hidatod pada daun bagi mengimbangkan

    tekanan air yang tinggi dalam tumbuhan yang diakibatkan oleh tekanan air pada xilem

    akar (Rajah 11.3). Hidatod ialah liang pada hujung urat daun. Biasanya gutasi berlaku

    pada waktu malam apabila proses transpirasi adalah minimum.

    Rajah 11.3 Gutasi [Sumber: http://www.countrysideinfo.co.uk/gutation.htm]

    Kutikel

    Epidermis atas

    Epidermis bawah

    Klorofil

    Tisu Palisad

    Tisu Mesofil

    Ruang udara

    Sel Pengawal Wap air

  • Tekanan akar menjadi tinggi apabila tanah berada dalam keadaan lembab atau

    sebarang keadaan yang meminimumkan kadar transpirasi yang mana akan

    merendahkan kehilangan air oleh tumbuhan. Dalam keadaan tanah lembab, tekanan

    osmosis tanah menjadi lebih tinggi daripada sel dalam akar menyebabkan akar meresap

    secara osmosis ke dalam sel akar. Pada sel endodermis terdapat jalur kasperian yang

    menghalang air berbalik semula ke sel epidermis. Ini akan meningkatkan tekanan air di

    akar menyebabkan air ditolak naik ke daun melalui xilem. Jika daun mengalami kadar

    transpirasi yang minimum, yang mana akan meningkatkan tekanan air di xilem, air akan

    terdesak keluar melalui liang hidatod dan tekanan dalam tumbuhan kembali normal.

    Rajah 11.4 Keratan Rentas Akar Yang Menunjukkan Jalur Kasperian. [Sumber: http://www.uic.edu]

    Latihan

    Berdasarkan pada pembacaan dan pemahaman anda, nyatakan perbezaan antara transpirasi dan gutasi.

  • 11.2 Kepentingan Transpirasi Transpirasi mempunyai beberapa kepentingan kepada tumbuhan: 1. Proses transpirasi yang berlaku pada daun menghasilkan satu daya yang dikenali

    sebagai daya tarikan transpirasi (transpiration pull). Daya tarikan transpirasi

    dapat mempastikan air dapat diangkut dalam satu pengaliran berterusan dari

    akar ke daun melalui xilem di tisu vaskular. Daya tarikan transpirasi dapat

    mempastikan bekalan air digunakan untuk proses fotosintesis.

    2. Selain daripada air diangkut ke daun, begitu juga bahan mineral yang larut

    bersama air akan dibekalkan pada daun untuk digunakan bagi proses biosintesis

    pada daun.

    3. Hanya 1-2% sahaja air yang diangkut dari akar ke daun digunakan untuk

    fotosintesis. Selebihnya, air terpeluwap dalam proses transpirasi yang

    mempunyai kepentingan untuk menyejukkan tumbuhan.

    11.3 Faktor yang Mempengaruhi Proses Transpirasi Faktor Persekitaran yang Mempengaruhi Kadar Transpirasi ialah: a) Suhu Persekitaran Suhu yang tinggi akan meningkatkan kadar pemeluwapan air pada sel mesofil,

    dengan itu peningkatan suhu akan meningkatkan kadar transpirasi. Tambahan

    lagi, suhu persekitaran yang tinggi dapat meningkatkan kapasiti atmosfera

    untuk meningkatkan proses pemeluwapan lebih banyak air.

    b) Kelembapan udara Kelembapan udara yang tinggi menyebabkan kadar transpirasi menjadi rendah

    disebabkan persekitaran telah menjadi tepu dengan wap air. Kelembapan udara

    yang rendah membolehkan wap air yang terbebas dapat memenuhi ruang-ruang

    udara.

  • c) Pergerakan Angin Apabila adanya pergerakan angin, kadar transpirasi menjadi tinggi kerana angin

    meniup wap air yang terpeluwap menjauhi persekitaran daun dengan itu

    memberikan lebih ruang untuk lebih banyak air untuk terpeluwap. Sekiranya tiada

    pergerakan angin, maka udara di persekitaran daun akan menjadi tepu dengan

    wap air.

    d) Keamatan Cahaya Keamatan cahaya akan mempengaruhi mekanisme penutupan dan bukaan

    bukaan stoma. Keamatan cahaya yang tinggi akan meningkatkan kadar proses

    fotosintesis pada sel pengawal, seterusnya merangsang bukaan stoma akibat

    tekanan segahan yang dialami oleh sel pengawal. Stoma yang terbuka akan

    meningkatkan kadar transpirasi. Sebaliknya berlaku jika keamatan cahaya

    rendah maka kadar fotosintesis rendah dengan itu stoma akan tertutup.

    Penutupan stoma menghalang daripada wap yang terpeluwap, dengan demikian

    kadar transpirasi akan menurun.

    e) Kelembapan Tanah Tumbuhan tidak boleh terus melakukan proses transpirasi jika air yang hilang

    tidak dapat diganti semula melalui penyerapan air di tanah oleh akar. Jika

    penyerapan air oleh akar tidak pada kadar yang sama dengan kadar transpirasi.

    dan menjadi daun layu dan stoma akan tertutup. Seterusnya akan merendahkan

    kadar transpirasi dan juga fotosintesis. Jika kelembapan air di tanah tinggi dan

    kadar penyerapan air berterusan berlaku, maka kadar transpirasi tinggi selagi

    tidak ada faktor persekitaran yang merencat kadar transpirasi.

  • Rujukan

    Lee Ching and Arunasalam,J. (2007). Pre-U text STPM Biology. Shah Alam: Pearson Malaysia. Sdn. Bhd.

    Raven, P.H. Johnson, G.B., Losos, J.B. and Singer, S.R. (2005). Biology. Boston: McGraw Hill

    Higher Education.

    Untuk pembacaan lebih lanjut, sila rujuk laman web di bawah:

    http://www.users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/.../T/Transpiration.html http://www.techalive.mtu.edu/meec/module01/Transpiration.htm http://www.users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologyPages/X/Xylem.html http://www.medconditions.net/plant-transpiration.html - United States