topik 1 (bermain).pptx penddkn awl knk2

12
TOPIK 1 KONSEP DAN PRINSIP BERMAIN

Upload: raravvia

Post on 06-Oct-2015

93 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penddkan awl knk2

TRANSCRIPT

TOPIK 1

TOPIK 1KONSEP DAN PRINSIP BERMAINHASIL PEMBELAJARANPelajar dapat mengetahui tentang definisi bermain dan kanak-kanak

Pelajar dapat menghuraikan teori-teori bermain dengan baik

APA ITU BERMAIN??

DEFINISIPenglibatan seseorang dengan sesuatu AKTIVITI yang menarik secara berkumpulan atau individu dengan menggunakan bahan atau sebaliknya, sama ada untuk tujuan bersukan,berekreasi atau hanya untuk bergembira seperti permainan tertentu.

Bermain juga merupakan aktiviti yang memberi kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak

Bermain dianggap satu pekerjaan yang tidak memerlukan hasil atau tujuan tertentu

Menurut Kraus (1990), bermain merupakan keinginan semula jadi kanak-kanak.Menurut Carr, bermain dapat membantu kanak-kanak meluahkan emosi yang negatif

Contoh: kanak kanak yang baru mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang daripada ibu bapa. Oleh itu, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.

KONSEP BERMAINBermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi ( Marrison, 2000; & Spodek, 1973, Piaget, 1962)

Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala undang- undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main.( Isenberg & Jolongo, 1997)DEFINISI PERMAINANPermainan adalah ALAT PENGUKUHAN yang melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal.

Permainan dapat merangsang pembelajaran atau penguasaan sesuatu kemahiran.

TEORI BERMAINSurplus energy ( H. Spencer)Surplus energy ialah kelebihan tenaga yang dimiliki oleh seseorang (yang belum digunakan/tersimpan) akan disalurkan atau dikeluarkan melalui aktiviti bermain atau permainan.

Keadaan ini dapat dilihat apabila kanak-kanak yang baru balik dari sekolah begitu bersemangat untuk keluar bermain semula walaupun sudah seharian berada di sekolah.

Relaxation (Patricle 1919)Teori ini mengaitkan main sebagai sesuatu yang mempunyai hubungkait dengan pelepasan tekanan. Main dapat mengurangkan beban kerja dimana kerja memerlukan seseorang untuk berfikir dan fokus.

Manipulative (Patty Smith Hill, 1932)- Bermain sebagai bekerja bermain di mana kanak-kanak bebas mengeksplorasikan benda-benda serta alat permaianan dilingkungannya.

Psychodynamic (Sigmund Freud dan Adler)- Dikenali juga sebagai Teori Psikologi Dalam. Menurut Freud, permainan merupakan penyataan nafsu-nafsu yang terdapat dibawah sedar, berasal dari dorongan nafsu seksual. Permainan merupakan usaha untuk menutup perasaan harga diri kurang.The instinct theory (Gross 1896)Teori ini menekankan main sebagai satu latihan untuk seseorang mencapai kematangan apabila dewasa.

Cognitive development (Jean Piaget 1926)- Piaget mendapati bahawa main dapat membantu kanak-kanak menguasai pengetahuan dan membantu tahap perkembangan mereka. kanak-kanak yang bermain tanpa menghadkn aktivitinya dapat belajar dari persekitaran. Contohnya seperti sabar, bertolak ansur dan bersosial.

PERSOALAN..KENAPA KANAK-KANAK BERMAIN?

KESIMPULANAlam kanak-kanak merupakan alam yang sangat menggembirakan.Bermain boleh mengurangkan tekanan kanak-kanak serta memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak.Galakkan kanak-kanak bermain supaya minda, sosial dan fizikal mereka dapat berkembang dengan lebih baik.