tonggak 12.doc

Upload: siti-fatimah-jabar

Post on 03-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 TONGGAK 12.doc

    1/2

    PENGENALAN

    Tonggak Dua Belas merupakan satu peringatan yang diamalkan dalam

    membentuk anggota pekhidmatan awam yang berperibadi mulia. Dalam konteks

    ini, Tonggak Dua Belas merujuk kepada dua belas perkara penting bagi semua

    anggota perkhidmatan awam untuk diamalkan dalam organisasi masing-masing.Tonggak ini mengandungi banyak nilai-nilai murni yang perlu dihayati untuk

    mewujudkan seorang anggota perkhidmatan awam yang unggul dan benar-

    benar berkualiti. Ia merupakan salah satu daripada usaha-usaha kerajaan untuk

    menerapkan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan telah

    mengetengahkan kepentingan dua belas nilai dan norma-norma kerja yang

    dikenali sebagai Tonggak Dua Belas. Ianya menjadi amalan kepada kakitangan

    awam di semua peringkat organisasi yang mengamalkan sikap yang baik dan

    menghindari sikap negatif. Ia juga merupakan satu dasar kepercayaan bahawa

    nilai-nilai penting akan membentuk peribadi yang akan membentuk sesebuah

    organisasi.

    Tonggak Dua Belas yang dimaksudkan ialah:

    Menghargai masa

    Ketekunan membawa kejayaan

    Keseronokan bekerja

    Kemuliaan kesederhanaan

    Ketinggian peribadi

    Kekuatan sifat baik hati

    Pengaruh teladan

    Kewajipan menjalankan tugas

    Kebijaksaan berkhidmat

    Keutamaan kesabaran

    Peningkatan bakat

    Nikmat mencipta

    Daripada tonggak dua belas di atas, lima elemen sahaja akan dihuraikan secara

    terperinci yang mana ia dapat dijadikan amalan dalam melaksanakan

    perkhidmatan sebagai penjawat awam khususnya bagi seorang pendidik bagi

    memenuhi akauntabiliti sebagai guru dalam proses pengajaran dan

    pembelajaaran serta pembentukan sahsiah murid.

  • 7/28/2019 TONGGAK 12.doc

    2/2