tokoh pemikir islam

2
Tokoh Pemikir Islam: Ismail Al-Faruqi.. Syahidnya dia kerna Penulisannya Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian, mungkin di kalangan kita ada yang pernah mengenali tokoh pemikiran Islam Ismail Al-Faruqi. Dan mungkin segelintir kita yang tidak pernah mendengar kisah pengorbanan Ismail Al-Faruqi. Saya pernah mendengar nama ini sejak saya kecil lagi apabila ibunda saya sering suka memanggil saya "Ismail Al-Faruqi". Masa itu saya tidak mengerti siapakah Ismail Al-Faruqi?.. Saya pelik juga kenapa ibu saya suka memanggil saya dengan gelaran itu.. Saya pun biarkan saja sebab saya pun tidak kesah dan gembira dengan gelaran itu. Namun setelah saya berada di Fakulti Pengajian Islam UKM dan mempelajari Pemikiran Islam Semasa yang diajar oleh Ustazah Anisah, akhirnya saya kembali bertemu dengan nama tokoh ini dan berminat mengetahui latar belakang dirinya dan jasanya terhadap Agama Allah yang tercinta. Akhirnya saya memahami kembali siapakah tokoh Islam ini. Jasa beliau adalah lebih kepada penulisan. Mari kita susuli secara ringkas latar belakang hidup tokoh ini. Semoga sama-sama mendapat pengajaran.amin.. :) Nama sebenar Ismail al-Faruqi ialah Ismail Raji bin Abd al-Huda al-Faruqi. Beliau dilahirkan di Jaffa, Palestin pada 1 Januari 1921M. Ayah beliau merupakan seorang ulama dan alim dalam bidang syariah. Maka tidak hairanlah jika Abd al- Huda telah diamanahkan menjawat jawatan qadi pada ketika itu. Ismail al-Faruqi menerima pendidikan awal di masjid dan kemudian di sebuah sekolah convent bernama College des Freres di Lubnan sejak tahun 1936. Sekolah ini menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa pengantar. Meskipun perubahan dari masjid ke convent adalah sesuatu yang mengharu-birukan,lantaran percanggahan antara kedua-duanya,namun keadaan ini sedikit pun tidak mengubah pendirian al-Faruqi terhadap barat. Malah perbezaan aliran pembelajaran ini telah memberi peluang kepada beliau memahami budaya yang berbeza-beza dan membentuk pemikiran yang lebih kritis untuk menganalisa ilmu-ilmu yang diperolehi. Seterusnya al-Faruqi mengikuti kuliah pertama di American University di Beirut hingga mendapat ijazah sajanamuda pada tahun 1941. Setelah itu beliau dilantik menjadi pegawai pemerintah Palestin dibawah mandate Inggeris selama emopat tahun (1941- 1945). Keamudian pada tahun 1945, ketika berusia 24 tahun, al- Faruqi al-Faruqi telah menjadi gabenor wilayah Galilee yang terakhir. Namun pada tahun 1947M, wilayah yang dipimpinnya jatuh ke tangan Israel dan memaksa beliau berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1948M. Penghijrahannya ke Amerika Syarikat telah mengubah haluan hidupnya.Beliau telah terlibat dalam dunia akademik. Pada tahun 1949, beliau telah mendapat ijazah MA dalam bidang falsafah dari Universiti Indiana. Seterusnya beliau mengikuti kursus di Universiti Havard,tetapi disebabkan masalah kewangan telah memaksa beliau menamatkan pengajiannya di Harvard setelah memperolehi ijazah sarjana buat kali ke 2 pada tahun 1951M. Namun demikian, hal ini tidak melemahkan semangatnya. Pengalamannya di Harvard menyakinkannya bahawa jalan untuk mencapai sesuatu yang bukan kebendaan ialah menerusi kemantapan kedudukan kewangan seseorang itu sendiri. Dengan wang seribu dolar yang diperolehi dari American Council of Learned societies kerana menterjemahkan karya-karya dari bahasa Arab, al-Faruqi menceburi bidang pembinaan, khususnya pembinaan rumah kediaman yang bermutu dengan perhiasan dan perabut ciptaannya sendiri. Hasil perniagaannya sungguh lumayan, namun wang ringgit bukanlah menjadi matlamat al-Faruqi. Sebaliknya, beliau lebih meminati dunia keserjanaan.Beliau kembali melanjutkan pengajiannya, sekali lagi ke Universiti Indiana di Bloomington dan menamatkan pengajian kedoktoran dalam bidang falsafah Barat pada tahun 1952M. Ternyata setelah 10 tahun al-Faruqi menceburkan diri dalam arena penerokaan ilmu telah berjaya menyerlahkan ketokohan dan keserjanaan beliau terutamanya dalam bidang falsafah

Upload: vaishnavi-krishnan

Post on 10-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

new

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh Pemikir Islam

Tokoh Pemikir Islam: Ismail Al-Faruqi.. Syahidnya dia kerna Penulisannya Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian, mungkin di kalangan kita ada yang pernah mengenali tokoh pemikiran Islam Ismail Al-Faruqi. Dan mungkin segelintir kita yang tidak pernah mendengar kisah pengorbanan Ismail Al-Faruqi. Saya pernah mendengar nama ini sejak saya kecil lagi apabila ibunda saya sering suka memanggil saya "Ismail Al-Faruqi". Masa itu saya tidak mengerti siapakah Ismail Al-Faruqi?.. Saya pelik juga kenapa ibu saya suka memanggil saya dengan gelaran itu.. Saya pun biarkan saja sebab saya pun tidak kesah dan gembira dengan gelaran itu. Namun setelah saya berada di Fakulti Pengajian Islam UKM dan mempelajari Pemikiran Islam Semasa yang diajar oleh Ustazah Anisah, akhirnya saya kembali bertemu dengan nama tokoh ini dan berminat mengetahui latar belakang dirinya dan jasanya terhadap Agama Allah yang tercinta. Akhirnya saya memahami kembali siapakah tokoh Islam ini. Jasa beliau adalah lebih kepada penulisan. Mari kita susuli secara ringkas latar belakang hidup tokoh ini. Semoga sama-sama mendapat pengajaran.amin.. :) Nama sebenar Ismail al-Faruqi ialah Ismail Raji bin Abd al-Huda al-Faruqi. Beliau dilahirkan di Jaffa, Palestin pada 1 Januari 1921M. Ayah beliau merupakan seorang ulama dan alim dalam bidang syariah. Maka tidak hairanlah jika Abd al- Huda telah diamanahkan menjawat jawatan qadi pada ketika itu. Ismail al-Faruqi menerima pendidikan awal di masjid dan kemudian di sebuah sekolah convent bernama College des Freres di Lubnan sejak tahun 1936. Sekolah ini menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa pengantar. Meskipun perubahan dari masjid ke convent adalah sesuatu yang mengharu-birukan,lantaran percanggahan antara kedua-duanya,namun keadaan ini sedikit pun tidak mengubah pendirian al-Faruqi terhadap barat. Malah perbezaan aliran pembelajaran ini telah memberi peluang kepada beliau memahami budaya yang berbeza-beza dan membentuk pemikiran yang lebih kritis untuk menganalisa ilmu-ilmu yang diperolehi. Seterusnya al-Faruqi mengikuti kuliah pertama di American University di Beirut hingga mendapat ijazah sajanamuda pada tahun 1941. Setelah itu beliau dilantik menjadi pegawai pemerintah Palestin dibawah mandate Inggeris selama emopat tahun (1941- 1945). Keamudian pada tahun 1945, ketika berusia 24 tahun, al-Faruqi al-Faruqi telah menjadi gabenor wilayah Galilee yang terakhir. Namun pada tahun 1947M, wilayah yang dipimpinnya jatuh ke tangan Israel dan memaksa beliau berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1948M. Penghijrahannya ke Amerika Syarikat telah mengubah haluan hidupnya.Beliau telah terlibat dalam dunia akademik. Pada tahun 1949, beliau telah mendapat ijazah MA dalam bidang falsafah dari Universiti Indiana. Seterusnya beliau mengikuti kursus di Universiti Havard,tetapi disebabkan masalah kewangan telah memaksa beliau menamatkan pengajiannya di Harvard setelah memperolehi ijazah sarjana buat kali ke 2 pada tahun 1951M. Namun demikian, hal ini tidak melemahkan semangatnya. Pengalamannya di Harvard menyakinkannya bahawa jalan untuk mencapai sesuatu yang bukan kebendaan ialah menerusi kemantapan kedudukan kewangan seseorang itu sendiri. Dengan wang seribu dolar yang diperolehi dari American Council of Learned societies kerana menterjemahkan karya-karya dari bahasa Arab, al-Faruqi menceburi bidang pembinaan, khususnya pembinaan rumah kediaman yang bermutu dengan perhiasan dan perabut ciptaannya sendiri. Hasil perniagaannya sungguh lumayan, namun wang ringgit bukanlah menjadi matlamat al-Faruqi. Sebaliknya, beliau lebih meminati dunia keserjanaan.Beliau kembali melanjutkan pengajiannya, sekali lagi ke Universiti Indiana di Bloomington dan menamatkan pengajian kedoktoran dalam bidang falsafah Barat pada tahun 1952M. Ternyata setelah 10 tahun al-Faruqi menceburkan diri dalam arena penerokaan ilmu telah berjaya menyerlahkan ketokohan dan keserjanaan beliau terutamanya dalam bidang falsafah klasik. Malahan, sepanjang beliau menjalani liku-liku kehidupan di beberapa buah Negara di Barat telah memberi banyak pengalaman dan pengetahuan kepada beliau mengenai budaya, pemikiran dan social masyarakat Barat. Oleh itu dalam usaha mendalami bidang ilmu dan pemikiran Islam telah membawa beliau kembali semula ke dunia Islam dengan menghabiskan masanya mendalami pengajian Islam di pelbagai buah Negara Islam sekitar Afrika dan Timur Tengah termasuk universiti tertua di dunia iaitu Universiti al-Azhar. Al-Faruqi telah berusaha mendapatkan khidmat tunjuk ajar dan bimbingan daripada para ulama' dalam pelbagai disiplin ilmu. Kegigihan al-Faruqi meneroka bidang ilmu di institusi-intitusi pengajian sama ada di Timur ataupun di Barat berserta kombinasi pengalaman hidup yang dilalui dalam pelbagai keadaan telah maembentuk daya intelektual beliau yang terserlah melalui penghasilan pelbagai karya ilmiah beliau. Umat Islam telah menerima faedah yang besar daripada kesarjanaan al-Faruqi,apabila beliau telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan ilmu ini. Sepanjang lebih kurang 30 tahun profesion kesarjanaan beliau, al-Faruqi telah menulis, menyunting serta menterjemahkan sebanyak 25 buah buku selain turut berjaya menerbitkan lebih daripada seratus artikel yang menyentuh pelbagai bidang ilmu dan pemikiran Islam. Ketokohan al-Faruqi dalam bidang akademik terserlah apabila beliau dilantik sebagai Prof. jemputan dalam bidang pengajian agama Islam di Universiti Mc Gill (1958-1961) sebagai Prof. dalam bidang pengajian Islam di Institut Pengajian Islam di Karachi (1961-1963). Seterusnya sebagai Prof. jemputan dalam bidang sejarah agama di Univ. Chicago, Prof. Kanan dalam bidang Pengajian Agama di Univ. Syracuse (1964-1968) dan Prof. dalam bidang Pengajian Agama di Univ. Temple (1968-1986), hingga akhir hayatnya 

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ