tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my fileabdull rashih ialah menjalankan kerja-kerja...

10
144 ABDULL RASHIH AHMAD BIODATA Abdull Rashih dilahirkan pada 4 Jun 1954 di Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Kajang dan pendidikan menengah di sekolah Dato’ Onn Simpang Lima, Bagan (tingkatan I hingga III), Sekolah Menengah Datuk Bentara Luar (Tingkatan IV hingga V) di Batu Pahat, dan Sekolah Menengah Dato’ Sri Amar Di Raja (Tingkatan VI), di Muar, Johor. Abdull Rashih mula berkhidmat di FRI sebagai Pembantu Makmal pada 2 Januari 1975 dan ditempatkan di Makmal Kimia. Tugas utama yang diamanahkan kepada Abdull Rashih ialah menjalankan kerja- kerja penyelidikan berhubung dengan analisis kimia, pembuatan dan pengujian kertas daripada kayu-kayu tempatan. Selain itu, Abdull Rashih juga mempunyai pengalaman dalam penyelidikan pembuatan papan serpai dan penggunaan bahan perekat daripada kulit kayu bakau. Satu unit baharu yang dipanggil Unit Ekstraktif Kayu telah ditubuhkan pada waktu itu dan Abdull Rashih telah dipindahkan ke Unit tersebut. Abdull Rashih ditugaskan menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan bahan-bahan ekstraktif menggunakan alat-alat analisis moden seperti kromatogracecair berprestasi tinggi (HPLC), gas kromatogra, infra-merah, spektrofotometer ultraungu, elemental analyzer, neuclear magnetic resonance (NMR), gas chromatography mass spectrometer (GCMS), Antara kajian yang dipertanggungjawabkan ialah mengkaji kandungan gula di dalam batang kayu getah menggunakan alat HPLC dengan kerjasama teknikal dari negara Jerman (GTZ). Hasil kajian tersebut telah membantu meningkatkan kualiti penggunaan kayu getah yang sebelum

Upload: truongthien

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my fileAbdull Rashih ialah menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan analisis kimia, pembuatan dan pengujian kertas daripada kayu-kayu

144

ABDULL RASHIH AHMAD BIODATA

Abdull Rashih dilahirkan pada 4 Jun 1954 di Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Kajang dan pendidikan menengah di sekolah Dato’ Onn Simpang Lima, Bagan (tingkatan I hingga III), Sekolah Menengah Datuk Bentara Luar (Tingkatan IV hingga V) di Batu Pahat, dan Sekolah Menengah Dato’ Sri Amar Di Raja (Tingkatan VI), di Muar, Johor.

Abdull Rashih mula berkhidmat di FRI sebagai Pembantu Makmal pada 2 Januari 1975 dan ditempatkan di Makmal Kimia. Tugas utama yang diamanahkan kepada Abdull Rashih ialah menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan

analisis kimia, pembuatan dan pengujian kertas daripada kayu-kayu tempatan. Selain itu, Abdull Rashih juga mempunyai pengalaman dalam penyelidikan pembuatan papan serpai dan penggunaan bahan perekat daripada kulit kayu bakau.

Satu unit baharu yang dipanggil Unit Ekstraktif Kayu telah ditubuhkan pada waktu itu dan Abdull Rashih telah dipindahkan ke Unit tersebut. Abdull Rashih ditugaskan menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan bahan-bahan ekstraktif menggunakan alat-alat analisis moden seperti kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC), gas kromatografi , infra-merah, spektrofotometer ultraungu, elemental analyzer, neuclear magnetic resonance (NMR), gas chromatography mass spectrometer (GCMS),

Antara kajian yang dipertanggungjawabkan ialah mengkaji kandungan gula di dalam batang kayu getah menggunakan alat HPLC dengan kerjasama teknikal dari negara Jerman (GTZ). Hasil kajian tersebut telah membantu meningkatkan kualiti penggunaan kayu getah yang sebelum

Page 2: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my fileAbdull Rashih ialah menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan analisis kimia, pembuatan dan pengujian kertas daripada kayu-kayu

145

itu tidak diyakini penggunaannya, kerana mudah diserang kulat dan cepat reput, disebabkan kandungan kanji dan gula yang tinggi.

Dengan ketekunan serta kesungguhannya bekerja, Abdull Rashih telah dihantar berkursus di Institut of Wood Chemistry, Reinbek, Jerman selama dua bulan pada tahun 1986, yang ditaja oleh kerajaan Jerman.

Pekerja Terbaik Kumpulan Sokongan 1 (2008)

Page 3: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my fileAbdull Rashih ialah menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan analisis kimia, pembuatan dan pengujian kertas daripada kayu-kayu

146

Bersama-sama keluarga

Pingat PPN 2009

Page 4: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my fileAbdull Rashih ialah menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan analisis kimia, pembuatan dan pengujian kertas daripada kayu-kayu

147

Unit Ekstraktif telah dikembangkan menjadi Bahagian Tumbuhan Ubatan pada 1995. Selain melakukan kajian terhadap sebatian semula jadi termasuklah kajian berhubung dengan minyak keruing dan minyak pati daripada tumbuhan tempatan dengan penggunaan alat-alat moden yang terdapat di makmal.

Pada tahun 1995 Abdull Rashih ditempatkan pula di Bahagian Tumbuhan Ubatan. Di bahagian ini Abdull Rashih menjalankan kerja-kerja pengekstrakan serta pengasingan bahan-bahan sebatian semula jadi menggunakan pelarut-pelarut organik serta teknik kromatograpi turus dan kromatograpi lapisan tipis terhadap herba tempatan. Dalam waktu yang sama Abdull Rashih menumpukan kemahiran penggunaan alat HPLC dalam kerja-kerja sehariannya.

Hingga ke saat ini Abdull Rashih memainkan peranan penting dalam membuat kajian menggunakan alat HPLC bagi membantu pegawai penyelidik lain membuat profi l kandungan kimia di dalam ekstrak herba di samping membantu industri herba, pelajar-pelajar universiti dan orang perseorangan dalam penggunaan HPLC dan juga perkhidmatan analisis. Salah satu kejayaan yang dicapai oleh Abdull Rashih ialah ketika memberikan perkhidmatan kepada penuntut UiTM untuk menentukan kandungan komponen di dalam kacang soya yang berjaya menjana pendapatan sebanyak RM5000 dalam tempoh seminggu sebagai bayaran ke atas khidmat tersebut.

Khidmat Cemerlang Kumpulan 2008

Page 5: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my fileAbdull Rashih ialah menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan analisis kimia, pembuatan dan pengujian kertas daripada kayu-kayu

148

Promosi jus manggis

Kerjaya yang disandang iaitu sebagai Pembantu Makmal kemudiannya telah ditukar kepada Pembantu Penyelidik. Abdull Rashih telah dinaikkan pangkat menjadi Pembantu Penyelidik Kanan, seterusnya Penolong Pegawai Penyelidik, dan jawatan terkini ialah Penolong Pegawai Penyelidik Kanan (Q32).

Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan Abdull Rashih bersama-sama Pegawai Penyelidik dan kakitangan lain, sebanyak 90 kertas kerja telah dihasilkan oleh mereka. Abdull Rashih turut terlibat dalam penerbitan dua buah buku hasil daripada kajian yang dilakukan iaitu:

1 Nature’s Choice To Wellness: Antioxidant Vegetables/Ulam oleh Vimala S., Mohd Ilham A., Abdull Rashih A. & Rohana S. 2003.

2 Manual IDB—COMSTECH-INTROM-IMR Workshop on Herbal Medicine oleh Mohd Ilham A., Nurhanan M.Y., Asiah O., Rafedah A., Abdull Rashih A. & Mohd Radzi A. 2004.

Buku Nature’s Choice To Wellness merupakan salah satu buku yang terlaris jualannya. Berdasarkan perkhidmatan terbaik yang telah ditunjukkan, Abdull Rashih telah dianugerahi Sijil Khidmat Cemerlang

Page 6: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my fileAbdull Rashih ialah menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan analisis kimia, pembuatan dan pengujian kertas daripada kayu-kayu

149

pada tahun 1986 oleh FRIM dan Anugerah Pekerja Terbaik FRIM pada tahun 2008. Beliau juga aktif membantu penyelidik menghasilkan reka cipta (inovasi) dan telah membantu memenangi 12 anugerah sama ada di peringkat FRIM, mahupun di pertandingan reka cipta (ITEX) serta Malaysian Teknologi Expo (MTE). Antara anugerah yang diterima oleh kumpulan penyelidik yang turut disertai oleh Abdull Rashih ialah Sijil Reka Cipta (FRIM)—1993 dan 1994; Pingat Perak dan Gangsa ITEX—2005; 2 Pingat Emas dan 2 Gangsa ITEX—2006; Pingat Perak (MTE) —2006; Pingat Perak ITEX—2007; Pingat Emas KIK peringkat FRIM—2009 serta Pingat Gangsa ITEX—2009.

Pelbagai produk daripada kulit manggis dan daun jambu batu adalah antara inovasi yang telah memenangi pelbagai pingat dan anugerah di dalam pertandingan inovasi yang telah diadakan. Jus manggis yang dijual oleh salah sebuah syarikat tempatan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Abdull Rashih berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada pasukan penyelidikan tersebut.

Abdull Rashih bersama-sama ahli kumpulannya pernah menerima anugerah Penerbitan Terbaik (1997). Abdull Rashih juga menerima Anugerah Khidmat Lama (1975–2004) dan Anugerah Khidmat Cemerlang Kumpulan (2008). Di samping itu, Abdull Rashih bersama-sama dengan pegawai penyelidik, Dr Ibrahim Jantan dan rakan kerja yang lain berjaya memperoleh satu paten MY 110201A (1988)—An Improved Distillation Still. Pada tahun 2009 Abdull Rashih telah dianugerahi Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda.

AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Abdull Rashih tidak hanya menumpukan pada kerja-kerja penyelidikan semata-mata, malah beliau juga menyumbang bakti kepada masyarakat di dalam dan luar FRIM. Beliau aktif di dalam koperasi FRIM. Pada peringkat awal Abdull Rashih dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan dipertanggungjawab menyelia pasar mini koperasi sehinggalah dilantik sebagai bendahari, selama hampir sepuluh tahun beliau berkecimpung dalam koperasi FRIM. Antara peranan yang telah disumbangkan oleh Abdull Rashih ialah membuat kertas kerja penyediaan awal cadangan menubuhkan stesen minyak berhampiran FRIM yang sekarang ini dipajak oleh syarikat SHELL. Hasil ketekunan dan kesungguhannya memajukan koperasi, Abdull Rashih dipilih menerima Anugerah Khidmat Masyarakat oleh FRIM pada tahun 1990. Pengalaman Abdull Rashih

Page 7: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my fileAbdull Rashih ialah menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan analisis kimia, pembuatan dan pengujian kertas daripada kayu-kayu

150

dalam koperasi FRIM membolehkan beliau berkecimpung dalam kegiatan koperasi-koperasi lain di sekitar Lembah Klang, seperti Koperasi Kakitangan Kerajaan Selangor (KOSWIP dan jawatan terakhir sebagai Naib Pengerusi); Koperasi Insurans Malaysia Berhad (MCIS);Koperasi Pasaraya Malaysia Berhad (KOPASAR); Koperasi Bas Mini Wilayah Berhad; Koperasi Pengguna Malaysia Berhad dan Koperasi Pergudangan Malaysia Berhad (KOPEMA).

Kegiatan berkoperasi telah memberi peluang kepada Abdull Rashih menimba pengalaman melawat koperasi di negara-negara lain seperti di Filipina, Indonesia, China, United Kingdom, Jerman dan menghadiri persidangan koperasi antarabangsa di Berlin, Jerman pada tahun 1991.

Dalam bidang sukan Abdull Rashih juga merupakan salah seorang bekas pemain tenis dan telah mewakili kelab FRIM dalam pelbagai pertandingan terbuka dan persahabatan antara jabatan kerajaan dan syarikat swasta.

Kini Abdull Rashih masih lagi menyumbang bakti terhadap masyarakat di FRIM sebagai juruaudit dalam Badan Kebajikan Islam FRIM (BKI), Ahli Jawatankuasa Aset FRIM (Pegawai Pemeriksa Aset) dan Bendahari Tabung Kebajikan Bahagian Hasilan Semula Jadi FRIM.

PESANAN KEPADA WARGA FRIM

Kata Abdull Rashih, “Sesiapa yang bekerja di FRIM sangatlah bertuah dan patut bersyukur. Selain kemudahan-kemudahan kerja dan kenaikan pangkat yang dinikmati, bekerja di FRIM memberikan peluang untuk memberi sumbangan bakti kepada masyarakat sama ada dalam sukan (kelab FRIM), kegiatan dakwah (BKI dan masjid), kesenian (PESENI), koperasi FRIM dan lain-lain lagi. Bandingkan dengan sesetengah warga kerja jabatan kerajaan yang bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang sahaja, setelah itu kakitangan akan balik ke tempat tinggal masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Inilah uniknya bekerja di FRIM.”

Kata Abdull Rashih lagi, “Selain menikmati alam sekitar yang nyaman, warga kerja FRIM tidak perlu membayar tempat letak kereta, malah terdapat sekolah rendah, sekolah agama, taman asuhan kanak-kanak (TAKIPP) dan taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA), masjid, kelab sukan, koperasi (dahulu ada pasar mini) serta disediakan klinik kerajaan (dahulu); semua kemudahan ada di dalam kampus FRIM.”

“Jika semua kemudahan yang ada dikira dalam bentuk kewangan yang perlu dibayar sudah tentu akan meningkatkan lagi kos sara hidup.

Page 8: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my fileAbdull Rashih ialah menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan analisis kimia, pembuatan dan pengujian kertas daripada kayu-kayu

151

Kumpulan penyelidik yang turut disertai Abdul Rashih berjaya menghasilkan produk berasaskan kulit manggis

Produk berasaskan daun jambu batu, satu lagi produk hasil inovasi kumpulan penyelidik yang turut disertai Abdull Rashih

Page 9: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my fileAbdull Rashih ialah menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan analisis kimia, pembuatan dan pengujian kertas daripada kayu-kayu

152

Pertandingan Inovasi FRIM 2009

Menghadiri Persidangan Koperasi Antarabangsa (ICA) Berlin 1991

Page 10: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my fileAbdull Rashih ialah menjalankan kerja-kerja penyelidikan berhubung dengan analisis kimia, pembuatan dan pengujian kertas daripada kayu-kayu

153

Bandingkan dengan mereka yang bekerja di Kuala Lumpur yang terpaksa membayar semua kos yang terpaksa ditanggung. Alangkah bertuahnya menjadi warga FRIM, apatah lagi jika kita tinggal di dalam kampus FRIM!”

ULASAN KETUA PENGARAH

Saudara Rashih yang saya kenali sejak 1985 merupakan antara individu yang tidak boleh saya lupakan. Di mana sahaja kami bersua atau tersua, beliau tetap mengambil berat terhadap kemajuan kerjaya saya; sering memberikan nasihat dalam semua perkara baik kerja mahupun ibadah.

Saudara Rashih merupakan seorang individu yang sangat berpengalaman dalam membantu kerja-kerja penyelidikan khususnya dalam penggunaan alat HPLC yang telah dikendalikannya sejak sekian lama. Di samping itu, beliau aktif sehingga kini dalam aktiviti koperasi termasuk di luar FRIM malah turut memainkan peranan yang besar dalam memajukan koperasi FRIM.

Moga rahmat dan reda-Nya selalu mengiringi saudara Rashih. Amin!