tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · pdf filesebuah institusi yang terkenal bukan...

10
296 IBRAHIM MAAROF BIODATA En Ibrahim Maarof atau lebih dikenali sebagai Pak Ibrahim atau Ibrahim CC (Chief Clerk) dilahirkan pada 13 Mac 1933 di Simpang Tiga Talang, Kuala Kangsar, Perak. Ibrahim mendapat pendidikan awal di Malay School Talang, Kuala Kangsar sehingga Darjah V dan meneruskan pelajaran ke Darjah VI di Clifford School Kuala Kangsar. Ibrahim mula berkhidmat di FRIM pada 1 September 1952 sebagai Kerani Perkhidmatan Am. Pada 1 Februari 1975, Ibrahim dinaikkan pangkat kepada Pegawai Kerani Kanan Am Persekutuan dengan gaji sebanyak RM720 sebulan dan bersara wajib pada 12 Mac 1988 pada usia 55 tahun. Jawatan terakhir Ibrahim ialah Pegawai Kerani Kanan (Gaji terakhir ialah RM1255). Ibrahim dikurniakan seramai 12 orang anak bersama-sama isteri beliau, Zainab Long. Alamat terkini Ibrahim ialah No. 40, Jalan 40, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. SUMBANGAN ISTIMEWA Kedatangan Ibrahim ke FRI pada mulanya adalah dengan niat untuk mencari pekerjaan sebagai forester kerana minat yang amat mendalam terhadap jawatan berpakaian seragam dan melibatkan kerja-kerja di lapangan. Pada mulanya Ibrahim bertugas sebagai buruh hutan di Bahagian Ladang kerana syarat utama untuk menjadi seorang forester ketika itu haruslah bermula dengan pekerjaan di ladang hutan dan di hutan. Namun peristiwa yang memerlukan Ibrahim menggantikan ”budak pejabat” yang bercuti (ketika itu En Tambiah sebagai Ketua Kerani) telah mengubah pekerjaan beliau. En Tambiah tidak mahu melepaskan Ibrahim untuk kembali bertugas di ladang. Ibrahim kemudiannya dilantik sebagai Pekerja Stor di samping melakukan kerja menaip surat-menyurat Ibrahim CC, namanya yang sangat dikenali di FRIM

Upload: doannhu

Post on 03-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF filesebuah institusi yang terkenal bukan sahaja di dalam malah di luar negara ... mereka kenal Pak ... bergambar dengan pemain dan

296

IBRAHIM MAAROF

BIODATA

En Ibrahim Maarof atau lebih dikenali sebagai Pak Ibrahim atau Ibrahim CC (Chief Clerk) dilahirkan pada 13 Mac 1933 di Simpang Tiga Talang, Kuala Kangsar, Perak. Ibrahim mendapat pendidikan awal di Malay School Talang, Kuala Kangsar sehingga Darjah V dan meneruskan pelajaran ke Darjah VI di Clifford School Kuala Kangsar.

Ibrahim mula berkhidmat di FRIM pada 1 September 1952 sebagai Kerani Perkhidmatan Am. Pada 1 Februari 1975, Ibrahim dinaikkan pangkat kepada Pegawai Kerani Kanan

Am Persekutuan dengan gaji sebanyak RM720 sebulan dan bersara wajib pada 12 Mac 1988 pada usia 55 tahun. Jawatan terakhir Ibrahim ialah Pegawai Kerani Kanan (Gaji terakhir ialah RM1255). Ibrahim dikurniakan seramai 12 orang anak bersama-sama isteri beliau, Zainab Long. Alamat terkini Ibrahim ialah No. 40, Jalan 40, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur.

SUMBANGAN ISTIMEWA

Kedatangan Ibrahim ke FRI pada mulanya adalah dengan niat untuk mencari pekerjaan sebagai forester kerana minat yang amat mendalam terhadap jawatan berpakaian seragam dan melibatkan kerja-kerja di lapangan. Pada mulanya Ibrahim bertugas sebagai buruh hutan di Bahagian Ladang kerana syarat utama untuk menjadi seorang forester ketika itu haruslah bermula dengan pekerjaan di ladang hutan dan di hutan. Namun peristiwa yang memerlukan Ibrahim menggantikan ”budak pejabat” yang bercuti (ketika itu En Tambiah sebagai Ketua Kerani) telah mengubah pekerjaan beliau. En Tambiah tidak mahu melepaskan Ibrahim untuk kembali bertugas di ladang. Ibrahim kemudiannya dilantik sebagai Pekerja Stor di samping melakukan kerja menaip surat-menyurat

Ibrahim CC, namanya yang sangat dikenali di FRIM

Page 2: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF filesebuah institusi yang terkenal bukan sahaja di dalam malah di luar negara ... mereka kenal Pak ... bergambar dengan pemain dan

297

Gambar terkini Ibrahim Maarof bersama-sama isteri, Zainab Long

di pejabat FRI. Malah Ibrahim dipertanggungjawabkan oleh En Ironside (ketika itu merupakan The Principal of Forest Science ) untuk menaip soalan-soalan peperiksaan bagi kakitangan sokongan terutama pekerja hutan dan Forester. Kata Pak Ibrahim, ”kalaulah saya tidak amanah, saya boleh mencari keuntungan dengan cara membuat salinan (fotostat atau stensil) soalan-soalan peperiksaan tersebut dan menjualnya”. Namun, semua itu tidak terlintas di sanubari Ibrahim kerana baginya, amanah tetap amanah.

Page 3: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF filesebuah institusi yang terkenal bukan sahaja di dalam malah di luar negara ... mereka kenal Pak ... bergambar dengan pemain dan

298

Ibrahim gemar memakai topi sejak zaman mudanya lagi

Ibrahim ketika bertugas sebagai Pegawai Kerani Kanan di FRI

Page 4: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF filesebuah institusi yang terkenal bukan sahaja di dalam malah di luar negara ... mereka kenal Pak ... bergambar dengan pemain dan

299

Ibrahim kemudian dilantik sebagai Kerani Sementara di Unit Pentadbiran dengan penambahan tugas sebagai Penjaga Stor.

Ketika bertugas sebagai Kerani Sementara di Bahagian Stor, Ibrahim telah memulakan sistem pemfailan bagi stok barangan, mengemas kini lejar dan memastikan segala urusan pembelian dan penyimpanan dokumen bahan kimia makmal, alat tulis, perabot rumah dan pejabat FRI disimpan untuk rujukan dengan teratur. Untuk itu Ibrahim banyak mengendalikan urusan pembelian keperluan jabatan dengan Public Works Department (JKR). Ibrahim juga sentiasa berulang alik ke Port Klang bagi urusan pengambilan barangan yang dibeli atau diimport dari London terutama mesin-mesin untuk kegunaan di TRL (Timber Research Laboratory) dan makmal-makmal kimia FRI. Hal yang demikian membuatkan Ibrahim sering berhubung secara terus dengan ketua-ketua jabatan, JKR, orang awam dan pengurus-pengurus syarikat.

Setelah Laporan Al Bakri dilaksanakan yang membolehkan penjawat kerani sementara mengisi jawatan tetap, Ibrahim diminta menduduki peperiksaan terlebih dahulu. Mengikut Ibrahim, daripada 1700 orang calon yang menduduki peperiksaan tersebut, beliau mendapat Gred A dengan kedudukan nombor 223. Ibrahim kemudian diterima menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Perkeranian Am dan dilantik sebagai Kerani Surat-Menyurat. Bermula dari sinilah, Ibrahim berjaya mengemas kini sistem fail di pejabat pentadbiran FRI.

Ibrahim menyatakan, beliau agak bernasib baik bertugas di FRI ketika itu di bawah pentadbiran pegawai-pegawai Inggeris seperti Direktor FH London, Setten Bernard (Ahli Silvikultur), Vincent (Mensurasi), En Burgess (TRL) dan Wyattt-Smith (Botanis). Pegawai-pegawai Inggeris ini, menurut Ibrahim, amat berdisiplin dalam menjalankan tugasan mereka dan kriteria inilah secara tidak langsung turut membentuk sahsiah Ibrahim untuk cukup berdisiplin terutama dari segi ketepatan masa dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Sikap hanya menumpukan pada kerja yang berada di atas meja sahaja tidak wujud ketika itu; sebaliknya sentiasa mencari kerja-kerja lain menjadi amalan beliau.

Kemasukan Dr Salleh Mohd Nor (kini Tan Sri) sebagai Ketua Pegawai Penyelidik (CRO-Chief Research Offi cer) membuatkan Ibrahim sangat gembira; justeru semangat untuk terus berkhidmat dengan ketua anak watan sendiri menjadi lebih tinggi. Sikap Dr Salleh yang suka turun padang untuk melihat sendiri kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja dan pegawai FRI sekali gus menukar wajah FRI daripada keadaan ”sleepy hollow” kepada sebuah institusi yang terkenal bukan sahaja di dalam malah di luar negara.

Page 5: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF filesebuah institusi yang terkenal bukan sahaja di dalam malah di luar negara ... mereka kenal Pak ... bergambar dengan pemain dan

300

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di rumah Pak Ibrahim di FRISatu ketika dahulu Pak Ibrahim menyatakan bahawa rumah beliau di FRI

sangat meriah didatangi kenalan untuk berbabagai keraian tambahan isteri beliau (Mak Cik Zainab) memang pandai memasak masakan tradisional

Melayu

Dr Salleh telah memastikan supaya lebih ramai pegawai penyelidik FRIM memiliki PhD agar FRIM dapat menjadi institusi penyelidikan perhutanan yang unggul di rantau ini dan terkenal di persada dunia.

Sesuatu yang paling menyeronokkan ialah apabila terdapat penjawat awam baharu melaporkan diri untuk bertugas di FRI ketika Ibrahim memegang jawatan Ketua Kerani. Soalan lazim yang dikemukakan oleh penjawat baharu ialah ”Saya tidak ada rumah. Di mana saya nak tinggal?” Jadi Ibrahim bukan sahaja menguruskan pendaftaran kakitangan baharu malah juga hal kebajikan awal mereka. Inilah yang membuatkan Ibrahim menjadi popular di awal-awal lagi di kalangan kakitangan FRI/FRIM. Dalam erti kata yang lain, mereka kenal Pak Ibrahim terlebih dahulu sebelum mengenali Dr Salleh Md Nor ketika itu.

Page 6: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF filesebuah institusi yang terkenal bukan sahaja di dalam malah di luar negara ... mereka kenal Pak ... bergambar dengan pemain dan

301

Ibrahim menerima pendaftaran seorang penjawat FRI yang baru melaporkan diri. Beliau berbangga kerana kakitangan ini pada mulanya bertugas sebagai seorang Jurutaip kini telah menjawat jawatan sebagai

Setiausaha Pejabat Satu peningkatan berkat usaha gigih penjawat tersebut malah lebih daripada itu dengan beralihnya status FRI kepada FRIM.

AKTIVITI LUAR

Sukan

Pada era 60-an, bola sepak merupakan salah satu acara sukan yang banyak memberikan kesan dan hiburan terhadap warga FRI yang 90% menghuni di kuarters FRI. Ibrahim aktif dalam permainan bola sepak di FRI bersama-sama kakitangan lain. Malah Tuan Imam Surau FRI ketika itu yang dikenali sebagai Ustaz Nordin juga merupakan salah seorang pemain pasukan bola sepak FRI. Ibrahim mengatakan ketika itu sukan terutama bola sepak disertai oleh seluruh lapisan warga kerja FRI dari peringkat buruh hinggalah pegawai termasuklah Tan Sri Dr Salleh dan juga pegawai-pegawai bukan Melayu seperti En Kandasami dan En Wong Tuck Meng.

Page 7: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF filesebuah institusi yang terkenal bukan sahaja di dalam malah di luar negara ... mereka kenal Pak ... bergambar dengan pemain dan

302

Ibrahim Maarof (No. 2 berdiri dari kiri) bergambar dengan pemain dan trofi bola sepak di hadapan Bangunan Kelab lama FRI (1954)

Pak Ibrahim (berdiri No. 5 dari kanan) bergambar di padang FRI dengan pemain-pemain pasukan bola sepak dan trofi serta Pengetua Sekolah

Perhutanan Kepong (J.E.Cousen) dan Che Gu Mahmud pada tahun 1954

Page 8: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF filesebuah institusi yang terkenal bukan sahaja di dalam malah di luar negara ... mereka kenal Pak ... bergambar dengan pemain dan

303

KEMASYARAKATAN

Sebagai AJK Kelab FRI, Ibrahim sering menguruskan pertunjukan wayang gambar khusus bagi menghiburkan penduduk-penduduk FRI yang ditayangkan di padang bola sepak atau di dalam muzium jika hari hujan. Ibrahim mengatakan, walaupun ketika itu kemudahan asas di dalam kampus FRI amat susah dan berkurangan, persahabatan dan kekeluargaan baik di peringkat bawahan maupun atasan begitu erat dan inilah antara intipati yang menjadikan penduduk-penduduk seronok tinggal di dalam kampus FRI.

Oleh kerana ketika itu tiada masjid yang berdekatan, pengurusan FRI telah menyediakan kemudahan bas bagi membawa penduduk FRI untuk mengerjakan solat Jumaat di Masjid Batu 5, Kuala Lumpur. Ini menambahkan lagi keakraban di kalangan kakitangan.

PESANAN KEPADA WARGA FRIM

• Sentiasa mengamalkan disiplin diri yang tinggi dan berpanjangan, bekerja bersungguh-sungguh dan selalu menepati masa

• Jangan rendahkan kebolehan anak bangsa sendiri• Di dalam FRIM, mesti komited dengan bergaul menerusi aktiviti-

aktiviti anjuran kelab, masjid, majlis kenduri, rumah terbuka dan juga urusan kematian.

• Jika terdapat pertelingkahan atau pergaduhan, masyarakat FRIM seharusnya sentiasa tolong-menolong untuk menyelesaikan masalah demi keharmonian masyarakat.

• FRIM mampu untuk terus maju kerana telah diterajui oleh Ketua Pengarah dan mantan-mantan yang berjaya meletakkan FRIM ke persada dunia. Kesinambungan kejayaan FRIM terletak pada kegigihan generasi akan datang untuk terus mencipta sejarah dan menjadi legasi dalam penyelidikan dan pembangunan. FRIM kini begitu dikenali.

Menurut Ibrahim, setahun sekali Sekolah Kebangsaan FRI akan mengadakan acara sukan tahunannya. Yang menyeronokkan, kata Ibrahim, acara sukan sekolah itu bukan sahaja disertai oleh murid-murid malah acara-acara khas kepada ibu bapa juga disediakan bagi memeriahkan sukan tersebut. Ibrahim yang menjadi Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan FRI bersama Setiausahanya Cikgu Arshad berusaha gigih untuk mendapatkan sumber kewangan bagi PIBG sekolah berkenaan.

Page 9: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF filesebuah institusi yang terkenal bukan sahaja di dalam malah di luar negara ... mereka kenal Pak ... bergambar dengan pemain dan

304

Ibrahim di majlis persaraan Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Turut kelihatan ialah Dr Azizol Abdul Kadir

(Allahyarham) (Pengarah Bahagian Kimia, FRI) dan En Zulkifl i Sharrif (Pegawai Kerani Stor, FRI) serta dua pegawai dari Ibu Pejabat Perhutanan

ULASAN KETUA PENGARAH

Terkenang kepada Pak Ibrahim atau lebih mesra saya panggil Pak Ibrahim CC hingga sekarang, akan terkenang jugalah waktu saya mula datang meninjau ke FRI (tiga hari sebelum saya ditemu duga) pada November 1984. Pak Ibrahimlah insan pertama yang sudi bertanya tujuan saya datang ke FRI. Apabila dijelaskan maksud kedatangan ke FRI adalah sebagai arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk ditemu duga kesesuaian bekerja sementara di FRI, IMR (Institut Perubatan Malaysia) atau Universiti Pertanian Malaysia (UPM) sebelum sampai masa bagi mengikuti pengajian lanjutan di School of Surgery, Dublin atas arahan JPA (sepatutnya hampir sembilan bulan kemudian), tangan saya terus ditarik untuk duduk semeja dengan beliau di Bahagian Pentadbiran. Sambil menyemak daftar temu duga, Pak Ibrahim menceritakan tentang keunikan dan potensi kerjaya di FRI. Pak Ibrahim ketika itu, mungkin bergurau, meminta saya hadir temu duga dan terus bekerja di FRI. Ketika berbincang tentang FRI, beliau juga memperkenalkan saya dengan En Sebastian dan insan istimewa bagi saya Cik Ruziah Begum (Pegawai Perpustakaan).

Page 10: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF filesebuah institusi yang terkenal bukan sahaja di dalam malah di luar negara ... mereka kenal Pak ... bergambar dengan pemain dan

305

Sebelum meninggalkan saya bersama-sama dengan Cik Ruziah Begum, Pak Ibrahim CC sempat berpesan, ”Dik, jangan tak datang temu duga. Dan jangan lupa potong rambut ya!!” (rambut saya panjang melepasi bahu ketika itu).Ketika saya memulakan tugas di FRI, Pak Ibrahim juga orang pertama yang saya cari (selain Cik Ruziah). Dengan senyum gembira, beliau berkata, ”Dah agak dah! Ramai orang bercerita kisah awak ketika ditemu duga”. Pak Ibrahim turut menasihati saya untuk bekerja dengan amanah, tekun dan memberikan yang terbaik walaupun akan hanya ditempatkan sementara sahaja di FRI. Teringat juga pesan Pak Ibrahim, ”Buat baik berpada-pada, buat tidak baik jangan sesekali” banyak menambahkan semangat saya untuk meneruskan kehidupan dengan amanah. Sehingga sekarang pun, setiap kali berjumpa, kami pastinya berpelukan.

Pak Ibrahim merupakan seorang individu yang ramah, baik hati, tenang dan mudah mesra namun amat berdisiplin khususnya dalam menepati masa. Seorang tokoh masyarakat yang serba boleh dan menjadi rujukan hampir seluruh warga FRI, juga saya, dalam banyak perkara—jasa dan bakti Pak Ibrahim akan selalu dikenang dan menjadi sebahagian daripada warna-warni perjalanan dan kesejahteran FRI dan FRIM.

Moga beliau dan keluarga terus diberkati dengan kesihatan yang baik dan diberkati Allah selama-lamanya. Amin.