tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my pewaris_khoo.pdf · pernah menanggung kerja sebagai...

8
190 KHOO KEAN CHOON BIODATA En Khoo Kean Choon dilahirkan pada 19 April 1942 di Pulau Pinang sewaktu pihak Jepun dan pesawat pengebom bersekutu berkejaran di awangan, sebagaimana diberitahu oleh ibu beliau. Khoo mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan sekolah menengah di Pulau Pinang dan sekolah terakhir Khoo ialah Penang Free School. Selepas itu, Khoo menyambung pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Memandangkan ini kali pertama Khoo berjauhan dari rumah dan keluarga, sikap seperti katak di bawah tempurung terpaksa ditinggalkannya bermula pada waktu itu. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Diploma, Khoo menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sains. Dalam tempoh tersebut, Khoo berada dalam dilema apabila ditawarkan satu jawatan yang menarik—sebagai guru di tempat kelahiran beliau dan pada masa yang sama, ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Ahli Kimia di Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI). Khoo dikenali dengan pelbagai nama, bermula daripada panggilan formal seperti En Khoo atau Mr Khoo sehinggalah kepada panggilan tidak formal seperti Abang Khoo atau Brother Khoo, ataupun Khoo sahaja daripada rakan-rakan sejawat dan teman-teman rapat. Khoo kemudian dipanggil dengan panggilan Uncle Khoo oleh anak-anak muda seiring dengan pertambahan usia beliau ketika itu. Walau apapun panggilan yang diberi, beliau ialah Khoo, seorang ahli entomologi yang berkhidmat di FRIM. Keluarga menasihati beliau memilih pekerjaan sebagai seorang guru daripada berada di Kepong yang dahulunya dikenali sebagai ‘Pekan Koboi’ dengan kadar jenayah yang tinggi. Ini ditambah pula dengan kedudukan institusi FRI yang dianggap sebagai sebuah hutan dan pada ketika itu dilihat tidak mempunyai kepentingan langsung. Sebenarnya FRI Mr Khoo atau kadang-kadang dipanggil Abang Khoo

Upload: buicong

Post on 03-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my PEWARIS_Khoo.pdf · pernah menanggung kerja sebagai Pengarah Bahagian Kimia mulai ... Pulpa dan Kertas Khoo ... Penerbitan dan kenalan di

190

KHOO KEAN CHOON

BIODATA

En Khoo Kean Choon dilahirkan pada 19 April 1942 di Pulau Pinang sewaktu pihak Jepun dan pesawat pengebom bersekutu berkejaran di awangan, sebagaimana diberitahu oleh ibu beliau. Khoo mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan sekolah menengah di Pulau Pinang dan sekolah terakhir Khoo ialah Penang Free School. Selepas itu, Khoo menyambung pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Memandangkan ini kali pertama Khoo berjauhan dari rumah dan keluarga, sikap seperti katak di bawah tempurung terpaksa ditinggalkannya bermula pada waktu itu. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Diploma, Khoo menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sains. Dalam tempoh tersebut, Khoo berada dalam dilema apabila ditawarkan satu jawatan yang menarik—sebagai guru di tempat kelahiran beliau dan pada masa yang sama, ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Ahli Kimia di Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI).

Khoo dikenali dengan pelbagai nama, bermula daripada panggilan formal seperti En Khoo atau Mr Khoo sehinggalah kepada panggilan tidak formal seperti Abang Khoo atau Brother Khoo, ataupun Khoo sahaja daripada rakan-rakan sejawat dan teman-teman rapat. Khoo kemudian dipanggil dengan panggilan Uncle Khoo oleh anak-anak muda seiring dengan pertambahan usia beliau ketika itu. Walau apapun panggilan yang diberi, beliau ialah Khoo, seorang ahli entomologi yang berkhidmat di FRIM.

Keluarga menasihati beliau memilih pekerjaan sebagai seorang guru daripada berada di Kepong yang dahulunya dikenali sebagai ‘Pekan Koboi’ dengan kadar jenayah yang tinggi. Ini ditambah pula dengan kedudukan institusi FRI yang dianggap sebagai sebuah hutan dan pada ketika itu dilihat tidak mempunyai kepentingan langsung. Sebenarnya FRI

Mr Khoo atau kadang-kadang dipanggil Abang Khoo

Page 2: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my PEWARIS_Khoo.pdf · pernah menanggung kerja sebagai Pengarah Bahagian Kimia mulai ... Pulpa dan Kertas Khoo ... Penerbitan dan kenalan di

191

pada masa dahulu tidak terletak di dalam hutan tetapi lebih cenderung sebagai taman persekitaran. Dengan faktor itu, Khoo membuat keputusan untuk memilih berkhidmat di FRI, sekaligus mengatasi perasaan was-was yang wujud di dalam dirinya. Faktor yang mempengaruhi Khoo ialah ketuanya, Encik Peh Teik Bein (Pengarah Bahagian Kimia pada ketika itu), yang sangat menyayangi Khoo dan menjaganya seperti ahli keluarga sendiri. Khoo turut rapat dan diterima oleh ahli keluarga Peh.

PERKHIDMATAN

Khoo mula berkhidmat dengan FRI sebagai Penolong Ahli Kimia pada 21 Januari 1967. Pada tahun 1970 hingga 1972 Khoo telah menyertai latihan Teknologi Kertas dan Pulpa di Jerman. Pada 15 Januari 1979 Khoo dilantik sebagai Pegawai Penyelidik Tingkatan Biasa (A-20). Khoo kemudiannya diberi kelulusan bercuti sambil belajar di Jepun sebagai Hadiah Latihan untuk mengikuti kursus ”Counterpart Training-Forest Products Research” iaitu satu projek di bawah Rancangan Jepun dengan Rancangan Colombo mulai 25 Mac –1 Julai 1986. Sekembalinya dari Jepun Khoo dinaikkan pangkat pada 1 Ogos 1986 ke jawatan Pegawai Penyelidik Tingkatan Kanan (A-11). Pada tahun 1988 Khoo telah menghadiri kursus ”training-cum-research” selama empat bulan di Jerman.

Di sepanjang perkhidmatannya di Bahagian Kimia, Khoo pernah dilantik sebagai Ketua Projek ”Utilization of Oil Palm Trunks and Fronds” bermula 1 April 1991. Pada 29 April–12 Mei 1991 Khoo menghadiri kursus ”Appita Annual General Conference and Exhibition” di Australia. Khoo juga pernah menanggung kerja sebagai Pengarah Bahagian Kimia mulai 12 Jun–20 Julai 1991. Pada 21 April 1997 jawatan Khoo telah dinaik taraf sebagai Pegawai Penyelidik Gred Q2. Pada Februari 1993 Khoo dilantik sebagai editor sepenuh masa di FRIM dan juga sebagai Ketua Unit Penerbitan. Khoo bersara wajib pada Januari 1997. Bermula Januari 1997–Disember 1999 perkhidmatan Khoo selaku editor Journal of Tropical Forest Science telah disambung secara kontrak di Unit Penerbitan FRIM. Kini, Khoo menumpukan khidmat sebagai editor bebas kepada para saintis khususnya penuntut-penuntut peringkat Sarjana dan Kedoktoran yang memerlukan perkhidmatan beliau dalam urusan penyediaan tesis pengajian mereka, di samping kerja-kerja penyuntingan yang lain. Khoo boleh dihubungi di talian telefon 012-9149946.

KHOO SEBAGAI EDITOR

Khoo sangat aktif sebagai editor dalam penerbitan The Journal of Tropical Forest Science (JTFS). Journal ini mula dilancarkan oleh FRIM pada

Page 3: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my PEWARIS_Khoo.pdf · pernah menanggung kerja sebagai Pengarah Bahagian Kimia mulai ... Pulpa dan Kertas Khoo ... Penerbitan dan kenalan di

192

tahun 1986 yang pada mulanya dibiayai oleh Winrock International, GTZ, FAO, IDRC dan UNESCO. Diterbitkan empat kali setahun, antara jilid jurnal yang melibatkan Khoo sebagai editor termasuklah:

1 Vol 1 (1988–89): S Appanah & KC Khoo2 Vol 2 (1989–90): S Appanah & KC Khoo3 Vol 3 (1990–91): S Appanah & KC Khoo4 Vol 4 (1991–92): KC Khoo & Darus A 5 Vol 5 (1992–93): KC Khoo & Darus A 6 Vol 6 (1993–94): KC Khoo, Darus Ahmad & Faridah AM 7 Vol 7 (1994–95): KC Khoo & Faridah AM8 Vol 8 (1995–96): KC Khoo & Nik Zanariah NM9 Vol 9 (1996–97): KC Khoo & Nik Zanariah NM10 Vol 10 (1997–98): KC Khoo & Nik Zanariah NM11 Vol 11 (1999): KC Khoo & Nik Zanariah NM12 Vol 12 (2000): KC Khoo & Nik Zanariah NM13 Vol 13 (2001): KC Khoo, Nik Zanariah NM & Sarifah K.A

Khoo juga menjadi editor bersama bagi The Journal of Tropical Forest Products yang diterbitkan pada tahun tahun 1995–2003. Jilid-lilid tersebut ialah:

1 Vol 1 (1995): KC Khoo & Abdul Rashid AM2 Vol 2 (1996–97): KC Khoo, Abdul Rashid AM & Ho YF3 Vol 3 (1997): KC Khoo & Ho YF

KENANGAN

Sejak perpindahan ke Kuala Lumpur dan mula bekerja di FRIM bahkan pada saat persaraan beliau, Khoo telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai rumah keduanya dan menetap di bandar-bandar berdekatan bagi memudahkannya berulang-alik ke FRIM. Pada masa ini, Khoo menetap di Sri Damansara dan di Bukit Manjalara dan kedua-dua lokasi tersebut cukup dekat dengan FRIM. Sehingga ke hari ini, hubungan antara Khoo dengan institusi masih lagi erat dan masih lagi berhubung dengan bekas rakan-rakan sejawat yang masih bekerja di FRIM, baik secara rasmi atau tidak rasmi. Tetapi sayangnya, seiring dengan waktu, wajah-wajah rakan akrab yang sentiasa terpahat di ingatan telah diganti dengan wajah-wajah baharu yang meneruskan perjuangan mereka yang telah lama berkhidmat di institusi, yang lebih mendengar nama Khoo tetapi tidak pernah bersua muka. Khoo merasakan kunjungannya ke FRIM bagaikan orang asing kecuali apabila satu atau dua rakan sejawat yang sama-sama berkhidmat datang bertegur sapa. Namun, ini merupakan satu kitaran semula jadi—

Page 4: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my PEWARIS_Khoo.pdf · pernah menanggung kerja sebagai Pengarah Bahagian Kimia mulai ... Pulpa dan Kertas Khoo ... Penerbitan dan kenalan di

193

Khoo (paling kanan), di musim bunga tahun 1988 di Jerman, bersama-sama Muhammad Deraman dan Koh Mok Poh ketika menjalani kursus Teknologi

Pulpa dan Kertas

Khoo (duduk dua dari kiri) bergambar dengan pegawai dan warga kerja Makmal Kimia

golongan senior yang telah lama berkhidmat harus membuka ruang untuk diberikan kepada golongan yang lebih muda.

Page 5: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my PEWARIS_Khoo.pdf · pernah menanggung kerja sebagai Pengarah Bahagian Kimia mulai ... Pulpa dan Kertas Khoo ... Penerbitan dan kenalan di

194

Khoo Kean Choon (berdiri paling kiri) bersama-sama warga Unit Penerbitan

Khoo, (berdiri, paling kanan) bersama-sama dengan warga kerja Unit Penerbitan dan kenalan di majlis perpisahan Puan Faridah seorang pegawai

penerangan FRIM

Page 6: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my PEWARIS_Khoo.pdf · pernah menanggung kerja sebagai Pengarah Bahagian Kimia mulai ... Pulpa dan Kertas Khoo ... Penerbitan dan kenalan di

195

Kuarters di Jalan Jelutung ini pernah menjadi tempat tinggal Khoo pada tahun-tahun awal beliau berkhidmat di FRI

Berbanding awal Januari 1967 ketika Khoo pertama kali menjejakkan kaki ke FRIM, institut ini dilihatnya telah berkembang pesat, antaranya bekas kuarters lama yang terletak di Jalan Jelutung telah diubahsuai menjadi pejabat baharu (merupakan tempat tinggal Khoo semasa berkhidmat di FRI).

Di sepanjang perkhidmatannya di FRIM, Khoo telah bekerja di bawah beberapa pucuk pimpinan pentadbiran, pertama di bawah mendiang En KD Menon dan kemudian di bawah En Ismail Johari dan En Syeikh Ibrahim. Selepas itu, pentadbiran dikemudi oleh Dato’ Dr Salleh Mohd Nor (sekarang Tan Sri) yang bertanggungjawab menukar FRI kepada sebuah badan berkanun. Selepas persaraan Tan Sri Dr Salleh, Khoo berada di bawah pentadbiran Dato’ Dr Abdul Razak Mohd Ali dan berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Kimia. Ketua Pengarah pada masa ini, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah mengambil alih pucuk pimpinan sebaik sahaja Khoo bersara. Meskipun begitu, mereka sudah saling mengenali sejak Dato’ memegang jawatan sebagai Pegawai Penyelidik di Bengkel Penyelidikan Buluh.

Page 7: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my PEWARIS_Khoo.pdf · pernah menanggung kerja sebagai Pengarah Bahagian Kimia mulai ... Pulpa dan Kertas Khoo ... Penerbitan dan kenalan di

196

Gambar kenang-kenangan bersama-sama Dato’ Dr Abd Latif ketika menerima Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Semasa berkhidmat di FRIM, Khoo telah menjalin persahabatan dengan ramai rakan sejawat tetapi lama-kelamaan semakin berkurangan dan telah terputus hubungan dengan rakan-rakan sejawatnya yang lama. Namun begitu, Khoo masih lagi berhubungan dengan mantan ketuanya iaitu En Peh Teik Bin yang telah berumur hampir 80 tahun. FRIM merupakan satu-satunya tempat Khoo pernah berkhidmat dan kerana itulah dia mengambil keputusan untuk menetap di Kepong.

PESANAN KEPADA WARGA FRIM

Khoo berharap agar FRIM akan terus berkembang pesat dengan kejayaan setiap pucuk pimpinan melaksanakan visi dengan corak pengurusan dan pentadbiran masing-masing. Pegawai-pegawai penyelidik muda—kebanyakannya belum lagi lahir ketika Khoo mula-mula berkhidmat di FRIM, hendaklah memberikan perhatian yang serius dalam pekerjaan mereka. Ini merupakan perkara yang baik dengan matlamat yang mereka juga mempunyai aset yang berguna untuk ditunjukkan kepada generasi masa hadapan. Berlandaskan kepimpinan yang betul, perkara ini tentunya bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicapai dan FRIM haruslah berbangga kerana telah berdiri sebaris dengan institusi maju yang lain.

ULASAN KETUA PENGARAH

Saya mengenalinya secara rapat bermula dari tahun 1993 dan Mr Khoo kerap memanggil saya sebagai “my little brother” dan selalu mengatakan bahawa saya mempunyai jiwa yang lasak dan berketahanan tinggi. Mr Khoo banyak membantu dalam merencana penulisan saya di dalam pelbagai jurnal khususnya JTFS; dan kerap membisikkan, “ you are too fast in work”. Mr Khoo paling berbangga bila saya dapat menyempurnakan PhD selama lima semester secara separuh masa kerana dia juga membantu menyunting tesis selain ayah angkat saya Prof Walter Liese dari Universiti Hamburg dan penyelia saya Prof Nik Mohd Majid

Page 8: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my PEWARIS_Khoo.pdf · pernah menanggung kerja sebagai Pengarah Bahagian Kimia mulai ... Pulpa dan Kertas Khoo ... Penerbitan dan kenalan di

197

dari UPM, serta En Hong Lay Thong dan mendiang N Manokaran. Mr Khoo juga antara insan yang banyak membimbing saya dalam penulisan saintifi k tanpa mengenal erti kebosanan. Sesungguhnya saya banyak terhutang budi kepada Mr Khoo. Selain guru sekolah saya Miss Lim dan Prof Nik Mohd Majid, Mr Khoo juga sering mengingatkan saya tentang kesempurnaan ayat dalam penulisan dan perbuatan yang memerlukan penghayatan prinsip “4 W and 1 H”.

Seorang yang lembut, penyabar dan paling bersopan-santun bagi saya, keunggulan Mr Khoo dalam kerja-kerja penyuntingan sememangnya sukar ditandingi. Mr Khoo merupakan antara sifu saya dan mungkin juga sifu Puan Nik Zanariah, Puan Sarifah Kunju Ahmad dan Cik Ho Yuen Foon. Sangat sukar untuk melihat Mr Khoo marah. Setiap kali ke pejabatnya, pasti saya dihidangkan air dan kuih sambil terus memberikan nasihat-nasihat berguna kepada saya untuk lebih cemerlang dalam kerjaya. Mr Khoo tidak pernah kedekut dalam mengajar saya dan sampai kini pun, dia masih begitu.

Bagi saya, Mr Khoo tiada duanya. Jasa dan baktinya kepada FRIM dan khususnya JTFS adalah sesuatu yang perlu kita kenang, hargai dan hormati. Dan saya sememangnya kagum kepada ketelitian, kesungguhan dan kesabaran beliau sebagai seorang warga FRIM dan sebagai seorang editor.

Hormat saya buat Mr Khoo!!