kemasan kayu

15
A. Tepung Penyumbat Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat ira kayu dan liang kayu yang tidak rata. Ia boleh didapati dalam dua bentuk: o tepung serbuk putih yang perlu dibancuh terlebih dahuludengan air dan pewarna sebelum digunakan o siap bancuh dengan pewarna Pengikis dan kain digunakan untuk menyapu tepung penyumbat pada permukaan projek. Setelah tepung penyumbat kering, bersihkan dan licinkan permukaan projek dengan kertas las. B. Kertas Las Kertas las juga dikenali sebagai kertas kaca atau kertas pasir. Digunakan untuk: merata dan melicinkan permukaan kayu sebelum disapu bahan kemasan membersihkan calar, garisan dan tanda pada permukaan bahan Ia dijual dalam bentuk kepingan yang berukuran 23 cm x 28 cm (9" x 11"). Kertas las digredkan daripada nombor 00 (paling halus) hingga nombor 3 (paling kasar). Untuk kerja am, mulakan dengan kertas las gred 1½ dan untuk permukaan lebih licin, gunakan kertas las gred 0 diikuti dengan yang paling halus iaitu gred 00.

Upload: arina1210

Post on 27-Jan-2016

289 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kemasan

TRANSCRIPT

A. Tepung Penyumbat

Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat ira kayu dan liang kayu yang tidak rata.

Ia boleh didapati dalam dua bentuk:

o tepung serbuk putih yang perlu dibancuh terlebih dahuludengan air dan

pewarna sebelum digunakano siap bancuh dengan pewarna

Pengikis dan kain digunakan untuk menyapu tepung penyumbat pada permukaan projek.

Setelah tepung penyumbat kering, bersihkan dan licinkan permukaan projek dengan kertas las.

 B. Kertas Las

Kertas las juga dikenali sebagai kertas kaca atau kertas pasir. Digunakan untuk: merata dan melicinkan permukaan kayu sebelum disapu bahan kemasan membersihkan calar, garisan dan tanda pada permukaan bahan Ia dijual dalam bentuk kepingan yang berukuran 23 cm x 28 cm (9" x 11"). Kertas las digredkan daripada nombor 00 (paling halus) hingga nombor 3 (paling

kasar). Untuk kerja am, mulakan dengan kertas las gred 1½ dan untuk permukaan lebih licin,

gunakan kertas las gred 0 diikuti dengan yang paling halus iaitu gred 00.

Langkah menggunakan kertas las: 

o balutkan kertas las ke satu bongkah kayu lembut.

o mula menggosok dengan kertas las gred kasar secra bersudut sedikit dengan

urat kayu.o kemudian, gosok selari dengan urat kayu dengan gosokan yang bertindih-

tindih dengan menggunakan kertas las gred sederhana dan gred halus.

C. Cat Licau 

Digunakan sebagai lapisan penyudah projek supaya kelihatan cantik dan berkilat. Ia juga memberikan perlindungan dan mencegah logam daripada berkarat. Cat licau disapu menggunakan berus cat setelah benda kerja disapu dengan cat alas. Turpentin digunakan untuk membersihkan berus cat, mencairkan cat dan bertindak

sebagai pelarut cat.

 

D. Cat Sembur 

Cat sembur memberikan kemasan yang lebih cantik dan berkilat berbanding dengan cat licau yang disapu dengan berus cat.

Cat sembur dicairkan dengan pelarut thinner supaya lebih cair dan cepat kering. Cat sembur biasa digunakan pada kemasan badan motosikal, kereta dan lain-lain

kenderaan. Cat sembur dalam tin boleh digunakan untuk kemasan projek kecil.

 

E. Syelek 

Syelek digunakan sebagai kemasan pada permukaan kayu supaya kecantikan urat kayu jelas kelihatan.

Syelek menjadikan permukaan kayu licin, senang dibersihkandan tahan lebih lama. Spirit metil digunakan untuk:

o membersihkan berus syelek

o mencairkan syelek dan bertindak sebagai pelarut syelek

  

5. Bahan-bahan Lain Yang Boleh Digunakan Untuk Mencantikkan Projek

A. Tona Kayu 

Tona kayu ialah sejenis kemasan berkilat yang memaparkan warna kayu asal. Ia digunakan untuk memberi warna seragam kepada cantuman projek yang terdiri dari

pelbagai jenis dan warna kayu.

 B. Semburan Lekar Jernih

Lekar yang disembur pada permukaan bahan lebih cantik dan berkilat berbanding dengan lekar yang disapu dengan berus.

Lekar untuk kerja menyembur dicairkan dengan pelarut thinner supaya menjadi lekar jernih.

Lekar jernih lebih cair dan boleh disemburkan dengan mudah serta cepat kering. Lekar jernih dalam tin boleh digunakan untuk kemasan projek kecil.

 C. Pelekat

Terdapat 2 jenis pelekat, iaitu jenis keras seperti formika dan jenis lembut seperti sticker.

Ia boleh didapati dalam pelbagai warna. Kemasan ini dibuat secara menampal pada permukaan bahan.

  

6. Langkah Kemasan Cat

Bersihkan permukaan kayu dengan kertas las diikuti dengan berus. Sapu satu lapisan cat alas selari dengan urat kayu dan biarkan kering. Gunakan kertas las gred halus untuk meratakan dan melicinkan lapisan cat alas.

Bersihkan permukaan dengan kain.

Sapukan cat licau dan biarkan kering.

7. Langkah Kemasan Syelek dan Lekar

Licinkan permukaan benda kerja dengan kertas las yang dibalut pada bongkah kayu, kemudian bersihkan dengan berus atau kain.

Sapukan pewarna kayu yang dipilih pada permukaan benda kerja dengan berus dan biarkan kering.

Sapu syelek lapisan pertama pada benda kerja dengan berus syelek dan biarkan kering. Setelah itu, gosok dengan kertas las gred 00 dan bersihkan permukaan kayu.

Sapu lapisan yang kedua dan biarkan kering. Pastikan setiap lapisan itu kering sebelum memulakan lapisan lain.

Lekar disapu sebagai bahan kemasan terakhir. Lekar lebih keras daripada syelek dan tidak mudah calar. Biarkan lekar kering sendiri.

BAHAN KEMASAN

AHAN KEMASAN

PELARUT BAHAN PROJEK PENERANGAN

TEPUNG PENYUMBAT Air,

pewarna

kayu

Kayu Menutup liang

kayu atau

kecacatan pada

kayu

CAT LICAU Turpentin Kayu, keluli

lembut,

perspek,PVC,MDF,

Papan lapis

Memberi

perlindungan dan

mencegah logam

daripada berkarat

Kalis air dan

haba

Disapu

menggunakan

berus atau

semburan

CAT SEMBUR Thinner Kayu, keluli

lembut,

perspek,PVC,MDF,

Papan lapis

Cat sembur

sesuai untuk

kemasan

permukaan yang

kecil.

Boleh didapati

dalam pelbagai

warna, cepat

kering dan

mudah

digunakan.

SYELEK Spirit

Methil

Kayu, MDF,

Papan lapis

Digunakan pada

perabot kayu,

tidak kalis air

dan haba

Disapu

menggunakan

berus syelek atau

semburan

Terdapat dalam

bentuk kepingan

atau dibancuh

TONA KAYU Turpentin Kayu, MDF Memberikan

warna asli kayu

yang dipilih

Disapu dengan

berus dan

semburan

Bersifat kalis air

dan haba serta

berkilat

LEKAR JERNIH Thinner Kayu, keluli

lembut,MDF

Memberi

kemasan terakhir

pada kayu

Melindungi

permukaan

bahan daripada

lembapan

Disapu dengan

berus atau

semburan

Bersifat kalis

haba dan berkilat