tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my dr tanye.pdfdapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu...

13
47 TAN YU ENG BIODATA Dr Tan Yu Eng dilahirkan di Kluang, Johor pada 15 November 1957 dan mendapat pendidikan awal di sekolah rendah aliran Cina di Kluang dan Endau, Johor; Kelas Peralihan dan Tingkatan Satu (aliran Inggeris) di Endau dan kemudian Tingkatan Dua dan Tiga dalam aliran kebangsaan di Kuala Rompin, Pahang. Selepas peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Tan mendapat biasiswa persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur, salah sebuah sekolah berasrama penuh aliran kebangsaan yang terulung di Malaysia. Setelah tamat kursus Matrikulasi anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga bertempat di Sekolah Alam Shah, Tan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UKM dan menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fizik (1981). Tan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Kayu dari University of Brighton, U.K. pada tahun 1998. Mungkin berlainan daripada kebanyakan kita, ibu kandung Tan meninggal dunia akibat penyakit barah ketika beliau berusia kurang daripada dua bulan selepas dilahirkan. Tan kemudiannya diasuh dan dibesarkan oleh kakak iparnya. Kenangan manis ketika di Sekolah Alam Shah, Cheras

Upload: vuonghanh

Post on 18-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my dr tanye.pdfdapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu struktur glulam dengan mengaitkan sifat pergerakan air di dalam kayu, “moisture

47

TAN YU ENG

BIODATA

Dr Tan Yu Eng dilahirkan di Kluang, Johor pada 15 November 1957 dan mendapat pendidikan awal di sekolah rendah aliran Cina di Kluang dan Endau, Johor; Kelas Peralihan dan Tingkatan Satu (aliran Inggeris) di Endau dan kemudian Tingkatan Dua dan Tiga dalam aliran kebangsaan di Kuala Rompin, Pahang.

Selepas peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Tan mendapat biasiswa persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur, salah sebuah sekolah berasrama penuh aliran kebangsaan yang terulung di Malaysia. Setelah tamat kursus Matrikulasi anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga bertempat di Sekolah Alam Shah, Tan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UKM dan menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fizik (1981). Tan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Kayu dari University of Brighton, U.K. pada tahun 1998. Mungkin berlainan daripada kebanyakan kita, ibu kandung Tan meninggal dunia akibat penyakit barah ketika beliau berusia kurang daripada dua bulan selepas dilahirkan. Tan kemudiannya diasuh dan dibesarkan oleh kakak iparnya.

Kenangan manis ketika di Sekolah Alam Shah, Cheras

Page 2: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my dr tanye.pdfdapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu struktur glulam dengan mengaitkan sifat pergerakan air di dalam kayu, “moisture

48

Tan melanjutkan pengajian peringkat PhD di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti of Brighton, U.K. Dalam tempoh pengajiannya, Tan berjaya menghasilkan suatu model matematik yang pertama kalinya dapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu struktur glulam dengan mengaitkan sifat pergerakan air di dalam kayu, “moisture induced stress” dan “mechano-sorptive creep”. Cabaran terbesar yang terpaksa dihadapi oleh Tan ialah sekiranya ramalan tidak sejajar dengan fenomena nyata yang diperhatikan, ijazah PhD mungkin tidak diperoleh. Kejayaan membuktikan hipotesis dalam perkara ini telah melayakkan Tan untuk dianugerahi “The Outstanding Post-graduate Thesis Award” sempena “World Conference in Timber Engineering” (WCTE), suatu persidangan kejuruteraan kayu antarabangsa terulung yang buat pertama kalinya berlangsung di Malaysia pada tahun 2000.

Bagaimanapun, Tan menganggapnya lebih sebagai pencapaian atau kejayaan peribadi sementara hasrat sebenar beliau adalah untuk melakukan sesuatu yang berimpak buat FRIM yang dikasihi.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Tan merupakan segelintir kecil warga bukan Bumiputera yang memperoleh biasiswa kerajaan dari tingkatan empat (ketika di Sekolah Alam Shah) sehingga ke peringkat PhD. Latar belakang kelahiran, kehidupan ketika remaja dan penajaan pelajaran hampir sepanjang masa telah banyak mempengaruhi sikap dan persepsi beliau terhadap rakyat dan negara sehingga kini.

Peringkat Awal Kerjaya di FRI

Tan banyak memenangi hadiah kecemerlangan pelajaran di peringkat sekolah rendah, menengah, matrikulasi mahupun universiti. Mula menjalankan projek penyelidikan tahun akhirnya di Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI) pada tahun 1980, beliau kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Penyelidik sangkut oleh (Tan Sri Dato’) Dr Salleh Mohd Nor, KP FRIM ketika itu, pada awal April 1981. Apabila diserap ke jawatan tetap pada awal Jun 1981, Tan ditempatkan di bawah Seksyen Performans Kayu, Cawangan Sifat-Sifat Kayu di Bahagian Keluaran Hutan. Pegawai penyelia ketika itu ialah En Ser Cheng Sam (meletakkan jawatan pada tahun 1984 dan kini seorang peniaga yang berjaya) dan Penolong Pengarahnya ialah (Dr) Wong Tuck Meng (kini bertugas di MTC) manakala Timbalan Pengarah ialah En Peh Teck Bin. Pada tahun 2003, Tan dinaikkan pangkat ke gred Q54 dan dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pemprosesan dan Teknologi Kayu pada tahun 2004. Pada Mac 2009, Tan

Page 3: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my dr tanye.pdfdapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu struktur glulam dengan mengaitkan sifat pergerakan air di dalam kayu, “moisture

49

dilantik sebagai Ketua Program Pemprosesan Termaju dan Reka Bentuk sehingga sekarang.

Latihan Awal di luar Negara

Pada November 1985, Tan berlepas ke German untuk mengikuti Kursus Lanjutan Structural Glue-lamination bawah tajaan DSE (Deutsche Stiftung fuer Internationale Entwicklung; German Foundation for International Development) selama setahun. Antara pegawai FRIM yang turut bersama-sama beliau ke Jerman ketika itu ialah Dr Nur Supardi, Dr Aminah dan Dr Mohd Rasol (telah bersara secara pilihan) dalam bidang pengkhususan masing-masing. Selepas tamat berkursus di Jerman, Tan dihantar pula untuk “counterpart training” selama tiga bulan di Forestry and Forest Products Research Institute (FFPRI), Tsukuba, Jepun, juga dalam bidang Structural Glue-Lamination. Budaya kerja dan kerjasama institut penyelidikan dengan industri di Jepun juga banyak diperhati dan dipelajari sewaktu beliau di sana. Pendedahan awal ini membantu membentuk sikap ingin melakukan sesuatu yang berimpak apabila pulang ke tanah air.

Kenangan ketika menjalani kursus latihan di bawah program DSE di Jerman selama setahun

Page 4: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my dr tanye.pdfdapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu struktur glulam dengan mengaitkan sifat pergerakan air di dalam kayu, “moisture

50

Semasa menjalani latihan di FFPRI, Tsukuba, Jepun (1987)—mengenang rambut hitam beliau!

SUMBANGAN ISTIMEWA

Cabaran Industri Pertama—Rekod Malaysia dan Dunia

Tan menerima cabaran pertama darpada pihak industri apabila FRIM diminta membantu mencipta suatu rekod kebangsaan dan dunia pada tahun 2001. Bersama-sama dengan Lim Seng Choon, Tan telah menerajui suatu projek perundingan bagi menghasilkan replika sebatang pensil kayu berukuran kira-kira 800 mm garis pusat dengan kepanjangan atau ketinggian lebih kurang 20 m atau setinggi bangunan enam tingkat. Teknologi perekatan kayu atau glulam digunakan dengan merekat dan membentuk kepingan-kepingan pendek dan kecil kayu jelutung menjadi replika sebatang pensil gergasi dengan inti plumbum (garis pusat 0.15 m). Salah satu cabaran menarik yang dihadapi ialah kaedah untuk menajamkan plumbum gergasi pensil tersebut seperti pensil biasa. Dengan usaha gigih bersama-sama pasukan dari kilang pembuat yang terlibat, akhirnya replika pensil berkenaan disiapkan pada tahun 2002. Pensil tersebut kemudiannya mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Record di samping Guinness Book of World Record pada tahun tersebut Walaupun kejayaan dalam projek perundingan ini sesuatu yang boleh dijadikan kebanggaan dan kepuasan bagi setiap ahli pasukan yang terlibat, ia dilihat sebagai lebih memanfaatkan satu pihak. Dalam perkara ini, syarikat Faber Castel yang menjadi pemilik rasmi rekod tersebut.

Page 5: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my dr tanye.pdfdapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu struktur glulam dengan mengaitkan sifat pergerakan air di dalam kayu, “moisture

51

Replika pensel gergasi (ketinggian bangunan enam tingkat)

Rekod dunia—FRIM bertindak sebagai jururunding dalam usaha ini (2002)

Cabaran Industri yang Dinanti-nantikan

Peluang untuk melakukan sesuatu yang lebih berimpak tiba pada tahun 2003, apabila suatu dialog antara Malaysian Wood Industries Association (MWIA) dengan Bahagian Keluaran Hutan diadakan. Tan masih ingat lagi, sebanyak empat usul telah dibangkitkan oleh Persatuan tersebut yang meminta bantuan teknikal dari FRIM. Salah satunya ialah kaedah untuk meningkatkan mutu kerangka tingkap kayu berlaminasi yang lebih dikenali sebagai laminated window scantling atau lamscant agar lebih berdaya saing di pasaran Jerman dan Eropah. Lamscant ini bertujuan untuk diproses menjadi tetingkap penebat suhu oleh pekilang Eropah kelak (Foto 7). Perlu dimaklumkan bahawa produk lamscant dari Malaysia mulai dieksport pada tahun 1980-an lagi. Bagaimanapun, akibat peningkatan kos pengeluaran bahan dan tenaga kerja, pasaran “tradisi” kita telah diambil alih oleh pengeluar di kalangan negara jiran yang menghasilkan produk yang lebih murah. Fenomena ini, jika tidak ditangani dengan sewajarnya, akan menjadi fenomena berjangkit yang bakal dihadapi oleh setiap jenis produk laris yang sedang dihasilkan.

Page 6: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my dr tanye.pdfdapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu struktur glulam dengan mengaitkan sifat pergerakan air di dalam kayu, “moisture

52

Kerangka tetingkap berlaminasi—Nampak mudah tetapi kualiti produk amat bergantung pada factory production system yang baik.

Tetingkap kalis udara yang dihasilkan daripada kerangka tetingkap berlaminasi yang telah disediakan

Page 7: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my dr tanye.pdfdapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu struktur glulam dengan mengaitkan sifat pergerakan air di dalam kayu, “moisture

53

Projek Levi Mengenai Kerangka Tetingkap Berlaminasi untuk Pasaran Eropah

Lamtec Malaysia

Usul bagi menghasilkan lamscant bernilai telah dipertanggungjawabkan kepada Tan. Pada hemat Tan, projek sebegini amat sesuai dijadikan projek berimpak yang dicari-cari memandangkan ia sangat relevan kepada industri negara. Cabaran ketika itu adalah untuk menjadikannya satu model penyelidikan bersepadu melalui gabungan market intelligence, products development, quality assurance dan commercial production; masing-masing melibatkan Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), FRIM, Lembaga Industri Kayu-Kayan Malaysia (MTIB) dan Malaysian Wood Industries Association (MWIA). Perlu ditekankan bahawa dalam projek bersepadu ini, setiap agensi dan pihak terlibat telah bekerjasama dan kejayaan dikongsi bersama. Ini dipercayai akan dapat mewujudkan suatu sinergi bersepadu yang berlipat ganda impaknya berbanding jika hanya satu pihak membolot kejayaan tersebut.

Didapati bahawa pendekatan projek integrasi lamscant ini kemudiannya diiktiraf dan dijadikan model penyelidikan berorentasikan pasaran yang dirujuk dalam dokumen IMP3 (Industrial Master Plan ke-3) dan kemudiannya NATIP (National Timber Industry Policy).

Auditan ke atas kilang yang mengambil bahagian dalam projek kerangka tetingkap berlaminasi bagi menjamin kualiti produk yang dihasilkan

Page 8: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my dr tanye.pdfdapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu struktur glulam dengan mengaitkan sifat pergerakan air di dalam kayu, “moisture

54

Dengan bangganya pengusaha kilang tetingkap berlaminasi Jerman memaparkan tingkap yang sediakan dengan lamscant daripada bintangor yang dihasilkan oleh projek Malaysia

Pelaksanaan projek seterusnya membawa cabaran sebenar yang perlu ditangani oleh Tan dan semua pihak yang terlibat. Setiap agensi malah kilang-kilang yang bekerjasama mempunyai minda atau budaya kerja tersendiri yang kadangkala menghalang kelicinan pelaksanaan projek. Memandangkan projek ini melibatkan persaingan industri negara di pasaran antarabangsa, setiap hasil kajian penyelidikan terpaksa dirahsiakan dan tidak diterbitkan. Ini bercanggah dengan sistem penilaian prestasi pegawai penyelidik FRIM sebelum ini yang mengutamakan penerbitan di dalam jurnal. Tambahan pula, industri mementingkan pencapaian hasil dan keputusan segera dan ini secara tidak langsung menjejaskan tugasan Tan di FRIM. Cap dagang produk kali ini ialah Lamtec Malaysia yang kini memang terkenal di pasaran Eropah sebagai lamscant bermutu tinggi, berwarna seragam dan diperbuat daripada sumber hutan berkekalan.

Dengan usaha gigih semua ahli pasukan projek lamscant, hasil eksport lamscant negara yang berjumlah kira-kira RM 4 juta sahaja pada tahun 2004 telah meningkat ke tahap RM 60 juta menjelang 2007. Bagaimanapun, kegawatan ekonomi yang melanda dunia baru-baru ini banyak memberi kesan negatif kepada kilang-kilang terlibat; bukan setakat

Page 9: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my dr tanye.pdfdapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu struktur glulam dengan mengaitkan sifat pergerakan air di dalam kayu, “moisture

55

eksport lamscant sahaja, malah perniagaan teras mereka turut terjejas. Nilai hasil eksport keseluruhan industri berasaskan kayu negara pada tahun 2009 menyusut sehingga kira-kira 30% dan mengakibatkan jumlah eksport lamscant juga menurun ke paras RM 40 juta sahaja. Pada masa yang sama, kegawatan ekonomi di negara-negara Eropah juga memberi kesan negatif kepada permintaan pasaran lamscant bermutu dan bernilai sangat tinggi yang dilancarkan ketika projek lamscant fasa pertama.

Makmal Laminasi Kayu FRIM juga dilantik sebagai badan ujian kepada ift (Institute for Window Technology) Rosenheim, Germany yang merupakan pusat teknologi pintu dan tingkap yang terulung di Eropah). Tan dilantik sebagai juruaudit bagi skim pengeluaran lamscant ift.

Tan menegaskan bahawa beliau dan pasukan yang terlibat dalam usaha R&D&C-nya amat mementingkan hasil yang boleh diukur. Bagi Tan, ”Tidakkah tujuan utama negara melabur dalam kegiatan R&D adalah untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan?”

Projek Lam Select

Pasukan projek kemudiannya mencadangkan fasa kedua projek dengan melancarkan lamscant yang bermutu tinggi tetapi harganya lebih murah. Cap dagang yang bakal digunakan ialah LamSelect. Tabung Levi meluluskan sebanyak RM4.4 juta untuk pembangunan lamscant fasa kedua ini yang juga melibatkan aktiviti komersialisasi lamscant jenis konservatif tenaga yang baharu.

Takkan asyik bekerja je! Tan sempat menikmati keindahan persekitaran di Jerman untuk mempromosi produk Lamtec Malaysia pada 2009

Page 10: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my dr tanye.pdfdapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu struktur glulam dengan mengaitkan sifat pergerakan air di dalam kayu, “moisture

56

Projek lamscant fasa 1 dan 2 adalah sejajar dengan perancangan NATIP yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak, kira-kira dua tahun yang lalu yang memberi penekanan utama terhadap penghasilan produk bernilai tambah. Bagaimanapun, penglibatan FRIM secara langsung bersama-sama agensi lain sejajar dengan sasaran NATIP seperti dalam projek lamscant ini merupakan satu usaha murni yang amat membanggakan.

SUMBANGAN LAIN KEPADA FRIM DAN NEGARA

Bagi Tan, usaha membantu meningkatkan keserasian, relevan dan impak FRIM kepada pembangunan sosial ekonomi negara adalah antara keutamaan beliau. Ini dapat dilakukan sekiranya CUMBS di bawah seliaan beliau dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam pelbagai aspek terutama sekali yang berkaitan dengan fungsi CUMBS, Program dan Bahagian Keluaran Hutan.

Antara aktiviti R&D Tan yang lebih terkini dan berimpak sama ada sebagai penyelaras, penasihat atau ahli penyelidik, dapat diringkaskan seperti berikut:

1 Pembangunan High Temperature Drying System for Rubberwood— Diketuai oleh Choo Keng Ten dan Sik Huei Shing. Tan bertindak sebagai Penyelaras.

2 Perisian untuk Optimized Log-Cutting—Diketuai oleh Hj Arshad Saru dan Siti Zaleha Ali. Tan sebagai penasihat dan penyelaras dengan industri

3 Pembangunan mesin pemeringkatan kayu untuk menangani masalah keteguhan kayu struktur dalam binaan (Projek Levi)—Diketuai oleh Tan dan Ong Chee Beng

4 Improved utilisation and value-adding of plantation timbers from sustainable sources in Malaysia; ITTO Project, Serial No. PD 306/04 (I). —Tan sebagai National Project Director

5 Revision of Malaysian Standard on Doors and Windows—Tan sebagai Pengerusi

6 Projek pembangunan industri glulam Negara—Tan sebagai sumber teknikal bersama Ong Chee Beng

7 Projek pembangunan Industrial Building System daripada kayu—Tan sebagai AJK

8 Pembangunan Glue-Laminated and Finger-Jointed Door Frame for Fire Door —Diketuai oleh Gan Kee Seng (Tan pula menyumbang dari

Page 11: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my dr tanye.pdfdapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu struktur glulam dengan mengaitkan sifat pergerakan air di dalam kayu, “moisture

57

segi teknikal dalam perekatan dan fi nger-jointing) dan9 Pembangunan CE Marking untuk kayu struktur—Diketuai oleh Dr

Mohamad Omar Mohamad Khaidzir (Tan sebagai penyelaras).

Pemotongan kayu di kilang mengikut perancangan

Pemasangan struktur glulam projek MTIB di Tebrau, Johor Bharu—Dr Tan membantu menentukan kualiti komponen glulam yang dihasilkan

Page 12: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my dr tanye.pdfdapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu struktur glulam dengan mengaitkan sifat pergerakan air di dalam kayu, “moisture

58

Pelan konseptual struktur glulam komersial pertama setelah siap

PRINSIP HIDUP DAN PESANAN KEPADA WARGA FRIM

Pemulihan separa daripada penyakit kritikal yang dihidapinya sekarang, walaupun masih perlu menjalani rawatan secara berkala, amat disyukuri dan Tan berniat membalasnya melalui sumbangan yang berimpak kepada jabatan, industri dan negara. Tan percaya bahawa sekiranya terdapat sesuatu “jurang” teknikal yang menjejaskan daya saing industri tertentu, cabaran ini boleh ditangani dengan kerjasama semua pihak yang berkenaan. Di samping itu, strategi menang-menang selalu diutamakan dan setiap individu/pihak terlibat harus memainkan peranan masing-masing ke arah pencapaian yang gemilang, pragmatik lagi berimpak kepada kumpulan sasar. Perasaan ego cuba diminimumkan pada bila-bila masa sahaja!

Sikap-sikap sebegini dipercayai akan dapat membawa industri dan negara kita ke tahap pencapaian yang lebih cemerlang dan berdaya saing dalam masa terdekat. Kejayaan berimpak yang dihasilkan juga akan membantu meningkatkan status sosio-ekonomi rakyat jelata tanpa mengira latar belakang, kaum dan ugama, sejajar dengan semangat 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh kerajaan.

Page 13: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my dr tanye.pdfdapat menjelaskan fenomena delaminasi kayu struktur glulam dengan mengaitkan sifat pergerakan air di dalam kayu, “moisture

59

Dr Tan juga mengingatkan kita semua:

“Ask not what your country can do for you; ask what you can do for your country!”-President John Kennedy, USA.

ULASAN KETUA PENGARAH

Sumbangan dan jasa Dr Tan Yu Eng kepada FRIM, khsususnya Bahagian Keluaran Hutan ternyata amat signifi kan. Khidmat dan bakti beliau dalam menterjemahkan hasil penyelidikan kepada sesuatu yang nyata kepada negara seperti melalui projek-projek Tabung Industri Kayu-Kayan Malaysia juga merupakan hasil kerja beliau yang pastinya akan dikenang oleh generasi sekarang dan masa hadapan; terutamanya dalam menjayakan projek Lamscant yang menjadi antara produk kebanggaan FRIM dan Malaysia di Eropah. Kerjasama dengan Faber Castel, yang diterajui oleh Dr Tan, jelas menunjukkan bahawa produk kerja warga FRIM juga mampu menempa rekod negara dan dunia.

Bagi saya, nama Dr Tan begitu sinonim dengan istilah laminasi dan lamscant; begitu juga di kalangan para industri perkayuan di Malaysia. Saya juga merasakan bahawa beliau adalah antara aset berharga FRIM yang perlu diteladani, dihargai dan dihormati. Sebagai seorang kawan kepada Dr Tan, saya juga mengharapkan agar Dr Tan sentiasa tabah dalam menjalani kehidupan; serta terus berusaha menerajui penyelidikan dalam bidang laminasi. “Percayalah, apa yang kita usaha dan terajui, ialah peninggalan kita buat keindahan memori masa kini bagi kesinambungan sebuah kecemerlangan pewaris FRIM di masa hadapan”.

Saya dengan ini menobatkan Dr Tan Yu Eng sebagai Tokoh dan Pakar Laminasi FRIM dan Industri Laminasi Perkayuan Malaysia.

“Salam dan Tabik Hormat daripada saya”