tokoh dan jejak pewaris 1-41.indd

13
306 ABDUL RAHMAN ABU BAKAR BIODATA En Abdul Rahman Abu Bakar merupakan anak jati negeri Selangor lulusan Darjah VI Sekolah Melayu, Batu Village, Kuala Lumpur serta berjaya menamatkan Kursus Pembuatan Kabinet dan Penggunaan Mesin Kerja Kayu (Cabinet Making & Woodwork Machine) selama tiga tahun. Abdul Rahman mulai bertugas pada 15 Februari 1956 sebagai seorang pekerja mesin bergaji harian di Bengkel Kerja Kayu, Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI) Kepong. Pada 1 Januari 1963 status gaji Abdul Rahman dinaik taraf kepada gaji bulanan sebanyak RM139.32 sebulan. Gred jawatan Abdul Rahman ketika mula-mula masuk kerja ialah Gred 5. Abdul Rahman dinaikkan pangkat daripada Tukang Kadar Khas (D33) ke tukang Kemahiran Tinggi Kadar Biasa (D32) pada 18 September 1984. Pada 1 Januari 1987 Abdul Rahman telah dinaikkan pangkat secara lantikan ke jawatan Tukang K2 Tingkatan Tertinggi III. Melalui penyusunan semula struktur baharu Perkhidmatan Teknikal, jawatan tersebut ditukar kepada Tukang K2 Tingkatan Kanan (Penjaga Jentera) pada 1 November 1989. Abdul Rahman telah bersara wajib pada 9 Ogos 1993 pada usia 55 tahun. Jawatan terakhir beliau ialah Tukang K2 Gred R2. Alamat terkini Abdul Rahman ialah di Lot 9841, Kampung Melayu, Kepong, Kuala Lumpur dan nombor telefon rumah ialah: 03-62749046. PERKHIDMATAN Abdul Rahman Abu Bakar yang lebih senang dipanggil Abang Rahman mula berkhidmat di FRI sebagai buruh dalam kumpulan IMG (Industrial Manual Group) pada tahun 1956. Hj Abdul Rahman Abu Bakar di pejabatnya

Upload: phamliem

Post on 18-Dec-2016

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh dan jejak pewaris 1-41.indd

306

ABDUL RAHMAN ABU BAKAR

BIODATA

En Abdul Rahman Abu Bakar merupakan anak jati negeri Selangor lulusan Darjah VI Sekolah Melayu, Batu Village, Kuala Lumpur serta berjaya menamatkan Kursus Pembuatan Kabinet dan Penggunaan Mesin Kerja Kayu (Cabinet Making & Woodwork Machine) selama tiga tahun. Abdul Rahman mulai bertugas pada 15 Februari 1956 sebagai

seorang pekerja mesin bergaji harian di Bengkel Kerja Kayu, Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI) Kepong.

Pada 1 Januari 1963 status gaji Abdul Rahman dinaik taraf kepada gaji bulanan sebanyak RM139.32 sebulan. Gred jawatan Abdul Rahman ketika mula-mula masuk kerja ialah Gred 5. Abdul Rahman dinaikkan pangkat daripada Tukang Kadar Khas (D33) ke tukang Kemahiran Tinggi Kadar Biasa (D32) pada 18 September 1984.

Pada 1 Januari 1987 Abdul Rahman telah dinaikkan pangkat secara lantikan ke jawatan Tukang K2 Tingkatan Tertinggi III. Melalui penyusunan semula struktur baharu Perkhidmatan Teknikal, jawatan tersebut ditukar kepada Tukang K2 Tingkatan Kanan (Penjaga Jentera) pada 1 November 1989.

Abdul Rahman telah bersara wajib pada 9 Ogos 1993 pada usia 55 tahun. Jawatan terakhir beliau ialah Tukang K2 Gred R2. Alamat terkini Abdul Rahman ialah di Lot 9841, Kampung Melayu, Kepong, Kuala Lumpur dan nombor telefon rumah ialah: 03-62749046.

PERKHIDMATAN

Abdul Rahman Abu Bakar yang lebih senang dipanggil Abang Rahman mula berkhidmat di FRI sebagai buruh dalam kumpulan IMG (Industrial Manual Group) pada tahun 1956.

Hj Abdul Rahman Abu Bakar di pejabatnya

Page 2: Tokoh dan jejak pewaris 1-41.indd

307

Menurut Abdul Rahman, “IMG” merupakan satu kumpulan perkhidmatan yang paling rendah iaitu bertaraf buruh kasar. Ramai yang paling takut untuk berada di dalam kumpulan itu kerana tiada sebarang keistimewaan dari segi kemudahan jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain. Sebagai contoh, sebuah rumah kuarters bagi pekerja IMG hanya mempunyai satu bilik, tidak kira sama ada seseorang itu memiliki ramai anak atau tidak. Sesetengah kuarters tidak dilengkapi bilik mandi tetapi terdapat hanya satu bilik mandi yang terletak di luar dan dikongsi di kalangan penghuni-penghuni yang lain. ”Demikianlah keadaan kami ketika itu, namun kami sangat rapat antara satu sama lain kerana telah sama-sama mengalami kesusahan dan keinsafan telah mengajar kami untuk lebih banyak bersabar dan bersyukur,” Ujar Abdul Rahman.

“Kami sentiasa bergotong-royong apabila ada yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa dan agama. Semuanya kami layan sama rata dan membantu sesama sendiri. Masya-Allah, rupa-rupanya nikmat yang dirasai hasil daripada kerja gotong-royong itu lebih enak,” tambah Abdul Rahman.

Abdul Rahman tiada pilihan lain untuk memulakan penghidupan walaupun dibayar gaji harian sebanyak RM4.52 sehari. Abdul Rahman bersyukur apabila gajinya diubah ke gaji bulanan pada 1 Januari 1963 dengan gaji bulanan pertama sebanyak RM139.32. Dari situlah Abdul Rahman belajar merancang bagi mencukupkan keperluan kehidupan seadanya.

SUMBANGAN ISTIMEWA

Terpegun melihat Abdul Rahman masih menyimpan sampel-sampel jenis kayu miliknya dengan buku panduan di dalamnya. Bila ditanya sebab Abdul Rahman masih menyimpannya, begini jawab beliau, “Dalam

Abdul Rahman dan keluarga

Page 3: Tokoh dan jejak pewaris 1-41.indd

308

Abdul Rahman (No 16, berdiri di belakang) bersama-sama warga kerja Bahagian Keluaran Hutan. Turut kelihatan ialah mantan KP Tan Sri Dr Salleh

Mohd Nor dan En Peh Teik Bin (Pengarah Bahagian Kimia). Dato’ Dr Abd Latif Mohmod (KP FRIM kini) (berdiri nombor 5 dari kiri). Di sinilah lahirnya antara

peneraju teknologi dalam industri perkayuan dan produk keluaran hutan negara.

semua tugas yang berkaitan dengan kayu mestilah bermula dengan mengenalinya terlebih dahulu, bak kata pepatah Melayu, hanya jauhari yang mengenal manikam, barulah segala urusan menjadi mudah dan betul.”

Mengikut Abdul Rahman, antara kemahiran yang beliau miliki ketika bertugas di Unit Bengkel Kayu ialah berupaya mengendalikan mesin melarik (Manual Wood Turnoming), mesin ketam-mengetam Robinson, mesin gergaji, mengerat dan membuat tanggam jejari. Di samping itu Abdul Rahman amat berhati-hati dalam penggunaan mesin-mesin dan mengambil tumpuan khas dalam menjaga alat-alat kelengkapan kerja supaya sentiasa diletakkan di tempat yang sepatutnya. Itulah antara disiplin atau etika kerja di makmal atau di bengkel kerana mengikut Abdul Rahman anggaplah orang lain juga akan menggunakan peralatan tersebut; jadi semuanya mesti berada dalam kedudukan yang sentiasa teratur dan betul.

Page 4: Tokoh dan jejak pewaris 1-41.indd

309

Sampel–sampel kayu untuk pembelajaran pengecaman spesies kayu

Mesin pemotong balak di Unit Pemprosesan Balak.Di sinilah kerja mula pemotongan balak dilakukan

Page 5: Tokoh dan jejak pewaris 1-41.indd

310

Mesin pelarik di Unit Bengkel Kayu yang banyak membantu Abdul Rahman menghasilkan pelbagai larikan produk kayu

Beberapa produk kayu yang dilarik oleh Abdul Rahman

Page 6: Tokoh dan jejak pewaris 1-41.indd

311

Abdul Rahman memilih dan mengopek kayu bakau minyak untuk dibawa balik ke FRIM sebagai bahan ukiran dan produk larik

Gabungan reja kayu bakau minyak dan jati sebagai produk tepak sirih

Page 7: Tokoh dan jejak pewaris 1-41.indd

312

Abdul Rahman bersama-sama warga kerja Unit Keluaran Industri Kecil ketika lawatan sambil belajar ke sebuah kilang industri perabot

Abdul Rahman (kiri) bersama-sama Omar (pemandu jentera forklift) di atas jambatan buatan laminasi/perekat kayu mengkulang yang dihasilkan

oleh pekerja-pekerja Unit Perekat yang diketuai oleh Dr Tan Yu Eng

Page 8: Tokoh dan jejak pewaris 1-41.indd

313

Wajah Masjid Jamek FRI 1977

Seni ukiran kayu hasil kerja Talib Kundor

Page 9: Tokoh dan jejak pewaris 1-41.indd

314

Abdul Rahman menceritakan betapa sukarnya ketika beliau dan rakan-rakan di TRL ditugaskan untuk memasang rasuk bangunan masjid FRIM yang diperbuat daripada kayu mengkulang. Memandangkan ketiadaan jentera-jentera moden di FRI, mereka mengambil inisiatif mencipta kereta troli (tiada kemudahan jentera forklift) untuk mengangkut kayu rasuk dari makmal ke tapak masjid dan menggunakan chain block (tiada kemudahan jentera kren) untuk menaikkan rasuk tersebut. Bahagian atapnya diperbuat daripada cantuman kayu belian. Namun atas semangat kerjasama antara kakitangan di TRL maka segala kerja dapat dilakukan dengan mudah. Menurut Abdul Rahman, pekerja-pekerja di TRL sering digelar sebagai “orang urat dawai, tulang besi” menandakan mereka orang yang kuat bekerja.

Ukiran mimbar masjid FRIM Tongkat

Gandingan kerja melarik dan ukiran pada Mimbar Masjid Jamek FRIM, hasil kerja Unit Bengkel Kayu FRIM

Page 10: Tokoh dan jejak pewaris 1-41.indd

315

Abdul Rahman ketika mengadap DYMM Sultan Selangor yang melawat FRIM dan diabadikan di dalam bingkai gambar yang dibuat sendiri

Abdul Rahman (no. 2 dari kanan) sebagai AJK Kesatuan Sekerja FRI, bersama-sama T Suppiah (Pengerusi Kesatuan Sekerja FRI), mengiringi Dato’ Ujang Ulis (Timbalan Menteri Perusahaan Utama) bagi perasmian

Mesyuarat Agung Kesatuan Sekerja FRI

Page 11: Tokoh dan jejak pewaris 1-41.indd

316

Gambar kenang-kenangan Abdul Rahman (kiri) dengan sahabat rapat beliau (Allahyarham) Talib Kundor seorang pakar seni ukiran kayu di

Unit Bengkel Kayu FRIM

Kepakaran Abdul Rahman telah digunakan bagi mengajar pelajar-pelajar jurusan Diploma in Wood Technology dari Institut Teknologi Mara. Malah Abdul Rahman pernah mengajar penuntut-penuntut ITM pada bulan puasa, kadangkala melewati pukul satu pagi kerana mahu menyempurnakan sukatan pelajaran kursus mereka.

Abdul Rahman mengatakan bahawa sebagai seorang pesara kadang kala dia menjadi resah tatklala mengimbau zaman bekerjanya hingga membuatkannya terasa rindu untuk datang ke FRIM. Abdul Rahman bersyukur kerana masih dapat melepaskan rindunya pada kawan-kawan kerana sering mengerjakan solat Jumaat di Masjid Jamek FRIM. Abdul Rahman berasa amat tenang ketika berada di dalam masjid FRIM, seolah-olah berada di dalam rumahnya sendiri.

AKTIVITI LUAR

Di samping menjalankan tugas utama di FRIM, Abdul Rahman juga tidak terlepas daripada tanggungjawabnya kepada masyarakat.

SUKAN

Abdul Rahman juga turut terlibat secara aktif dalam aktiviti bersukan. Pertandingan sukan di FRI dibahagikan kepada tiga Zon utama iaitu Zon Bahagian Pentadbiran, Zon Bahagian Ladang dan Zon Bahagian TRL. Abdul Rahman terlibat dalam sukan bola sepak mewakili Bahagian TRL. Pelbagai acara sukan lain dipertandingkan seperti bola jaring dan sepak takraw. Disiplin para pemain amat tinggi dan sikap sedemikian diterapkan ke dalam pekerjaan harian di FRI. Malah ahli-ahli sukan FRI ketika itu merupakan antara pekerja FRI yang berdisiplin tinggi dan tekun bekerja serta sering dilantik sebagai AJK dalam pelbagai pertubuhan sosial maupun politik.

Page 12: Tokoh dan jejak pewaris 1-41.indd

317

PESANAN KEPADA WARGA FRIM Titipan nasihat daripada Abdul Rahman, antara lain:

• Abdul Rahman menekankan pentingnya setiap pekerja bengkel mempunyai keyakinan diri dalam melaksanakan apa juga kerja. Sekali gagal untuk menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti bukan bererti berakhir semuanya malah lakukan berulang kali sehingga mendapat hasil yang diingini.

• Sifat kesabaran dan kejujuran dan setiakawan dapat memperkukuh tahap kerja berpasukan kita.

• Hindari perasaan hasad dengki sesama kawan sekerja kerana kesudahannya kawan-kawan akan dapat menilai kebaikan yang kita telah lakukan.

• Kikiskan tabiat dan sikap kerja hanya untuk ”makan gaji sahaja” tetapi semestinya tanamkan semangat yang kita bekerja sambil berbakti kepada negara.

• Jadikanlah apa jua kelebihan jawatan yang disandang sama ada di FRIM atau mana-mana pertubuhan sukarela sebagai satu pemudah cara untuk orang di bawah jagaan kita dan bukan untuk diambil kesempatan daripadanya.

• Yang berpengetahuan jangan kedekut dan lupa untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki dengan sesiapa jua yang memerlukannya kerana itu juga merupakan suatu amanah dan fardu kifayah yang dituntut.

FRIM kini mempunyai kakitangan dan pegawai serta peralatan yang lebih moden bagi menghasilkan pelbagai jenis produk keluaran hutan. Menurut Abdul Rahman, memandangkan peralatan dan kemudahan di FRIM kini jauh lebih baik dari dulu, sudah seharusnyalah menerusi idea-idea yang bernas dapat menghasilkan produk-produk bercorak baharu dan lebih berkualiti.

”Semoga FRIM terus memperkaya keluaran produk barangan yang bermutu tinggi serta dapat menjadi model kepada industri pengeluaran barangan industri kecil. Insya-Allah”.

Page 13: Tokoh dan jejak pewaris 1-41.indd

318

Abdul Rahman menunjukkan tanda nama dan jawatan terakhir semasa berkhidmat dengan FRIM yang masih disimpan walaupun semuanya

sudah menjadi kenang kenangan

ULASAN KETUA PENGARAH

Abang Rahman, yang saya kenali sejak saya menjejakkan kaki memulakan kerjaya di FRI/FRIM pada 1985, merupakan seorang insan dan warga kerja yang dihormati. Sifat peramah dan suka berkongsi pendapat dan pandangan membayangkan keprihatinan dan kemurahan hatinya dalam menjayakan sesuatu tugasan secara jemaah atau “team work”.

Seorang warga kerja yang tekun dan sentiasa mencuba sesuatu yang baharu dalam bidang dan kemahiran khususnya dalam kerja pertukangan dan larikan, sehingga kini banyak dijadikan contoh penghasilan barangan cenderahati berasaskan bahan dan sisa kayu. Pastinya yang menjadi ingatan saya setiap kali melangkah masuk ke ruang mimbar Masjid FRIM ialah apabila melihat tongkat khutbah hasil larikan beliau dan ukiran mimbar yang dikaryakan realitinya oleh (Allahyarham) Talib Kundor.

Semoga Abang Rahman sentiasa diberkati dan dalam peliharaan-Nya jua. Salam hormat dari saya.