tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · pdf filetokoh pilihan kp (kualiti ... sufi an...

6
168 Suan dan keluarga SUFIAN HAMSAN TOKOH PILIHAN KP (KUALITI KEMAHIRAN TERUNGGUL) SI TANGAN EMAS Tokoh pilihan KP bagi Kategori Kualiti Kemahiran Terunggul ialah Suan Hamsan. BIODATA En Suan Hamsan dilahirkan pada 4 Februari 1964 di No. 4, Parit Haji Ali, Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak. Suan merupakan anak ketiga daripada sembilan orang adik-beradik. Suan mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Teluk Medan, Bagan Serai, Perak (1971–1976) sebelum meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Alang Iskandar, Bagan Serai dari tahun 1977–1981. Suan kemudian melanjutkan pengajiannya ke Institut Kemahiran Mara di Sri Manjung, Lumut, Perak dari tahun 1983–1985 dalam bidang pertukangan kayu dan tanggam. Suan telah berumah tangga dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Suan mula bekerja sebagai pembuat perabot di kilang Paharudin Perabot di Langkap, Perak pada tahun 1985 hingga 1987 sebelum ditawarkan berkhidmat di FRIM mulai 1 Mac 1987. Ketika bertugas sebagai Tukang Kayu K3, Suan mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Tinggi dalam bidang kayu dan telah lulus dengan jayanya pada tahun 1993. Suan kemudian dinaikkan pangkat secara lantikan kepada Tukang K2 (R11) pada tahun 1993 dan Tukang K2 (R22) pada 2003. SUMBANGAN ISTIMEWA Suan dilantik sebagai Hakim Pertandingan Kemahiran Malaysia sejak tahun 2003 sehingga kini. Suan ditugaskan sebagai panel penilaian dan pemilihan peserta Malaysia di bawah umur 22 tahun yang berkelayakan untuk mewakili negara ke Asean Skill Competition sebelum bertanding ke peringkat World Skill Competition. Suan juga pernah dilantik sebagai Hakim MySkill pada tahun 2008 dan 2009; dengan tugasan utama sebagai panel pemilih dan penilai

Upload: lephuc

Post on 10-Mar-2018

227 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF fileTOKOH PILIHAN KP (KUALITI ... Sufi an mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia ... bahawa warga FRIM boleh berjaya dan cemerlang di

168

Sufi an dan keluarga

SUFIAN HAMSAN

TOKOH PILIHAN KP (KUALITI KEMAHIRAN TERUNGGUL)SI TANGAN EMAS Tokoh pilihan KP bagi Kategori Kualiti Kemahiran Terunggul ialah Sufi an Hamsan.

BIODATA

En Sufi an Hamsan dilahirkan pada 4 Februari 1964 di No. 4, Parit Haji Ali, Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak. Sufi an

merupakan anak ketiga daripada sembilan orang adik-beradik. Sufi an mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Teluk Medan, Bagan Serai, Perak (1971–1976) sebelum meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Alang Iskandar, Bagan Serai dari tahun 1977–1981. Sufi an kemudian melanjutkan pengajiannya ke Institut Kemahiran Mara di Sri Manjung, Lumut, Perak dari tahun 1983–1985 dalam bidang pertukangan kayu dan tanggam. Sufi an telah berumah tangga dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sufi an mula bekerja sebagai pembuat perabot di kilang Paharudin Perabot di Langkap, Perak pada tahun 1985 hingga 1987 sebelum ditawarkan berkhidmat di FRIM mulai 1 Mac 1987. Ketika bertugas sebagai Tukang Kayu K3, Sufi an mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Tinggi dalam bidang kayu dan telah lulus dengan jayanya pada tahun 1993. Sufi an kemudian dinaikkan pangkat secara lantikan kepada Tukang K2 (R11) pada tahun 1993 dan Tukang K2 (R22) pada 2003.

SUMBANGAN ISTIMEWA Sufi an dilantik sebagai Hakim Pertandingan Kemahiran Malaysia sejak tahun 2003 sehingga kini. Sufi an ditugaskan sebagai panel penilaian dan pemilihan peserta Malaysia di bawah umur 22 tahun yang berkelayakan untuk mewakili negara ke Asean Skill Competition sebelum bertanding ke peringkat World Skill Competition. Sufi an juga pernah dilantik sebagai Hakim MySkill pada tahun 2008 dan 2009; dengan tugasan utama sebagai panel pemilih dan penilai

Page 2: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF fileTOKOH PILIHAN KP (KUALITI ... Sufi an mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia ... bahawa warga FRIM boleh berjaya dan cemerlang di

169

kemahiran tenaga pengajar bagi semua pusat latihan kemahiran di Malaysia agar dapat melahirkan pelajar-pelajar berkemahiran tinggi. Selain itu, Sufi an diiktiraf sebagai Pakar Industri Negara dan Pegawai Pengesah Luaran sebanyak lima kali oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Sumber Manusia dari tahun 2007 hingga 2011. Beliau ditugaskan untuk mengawas peperiksaan dan menjadi penilai projek bagi peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia. Sufi an juga dilantik sebagai Hakim Pertandingan Kemahiran Malaysia di Kementerian Kerja Raya dari tahun 2003 hingga 2010. Di samping itu, Sufi an merupakan Shop Master dan dipertanggungjawab untuk mengawas serta menyelenggara mesin-mesin, menyedia peralatan dan bahan untuk pertandingan Asean Skill Competition yang diadakan di Kuala Lumpur sebagai tuan rumah pada tahun 2008. Sufi an turut dilantik sebagai AJK Pembangunan Kemahiran Pertukangan Kayu untuk National Occupation Skill Standard (NOSS) di bawah seliaan CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) bagi sesi 2009–2010. Seterusnya, Sufi an dilantik sebagai AJK Pembangunan Soalan Akreditasi bagi menilai kecekapan dan kemahiran pekerja Malaysia dan pekerja asing dalam bidang pertukangan kayu ajuran CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) tahun 2010.

PENCAPAIAN

Kemahiran Sufi an bukanlah calang-calang dan telah diiktiraf oleh pelbagai pihak melalui pelbagai hadiah, antaranya: 1 Tempat ketiga Pertandingan Kemahiran Malaysia (1992 dan 1994). 2 Naib Johan Pertandingan Kemahiran Malaysia (1993) 3 Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri di Pertandingan Kemahiran

Malaysia peringkat terbuka pada tahun 1995 4 Pergerakan gaji melintang (1996) 5 Anugerah Khidmat Cemerlang (2003) 6 Pengiktirafan sebagai Pakar Industri Negara untuk kakitangan kerajaan

bukan pengajar oleh Kementerian Sumber Manusia (2006) 7 Anjakan Gaji (2007) 8 Anugerah Pekerja Terbaik Kumpulan Sokongan (2008) 9 Anugerah Ketua Pengarah (2010)

Page 3: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF fileTOKOH PILIHAN KP (KUALITI ... Sufi an mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia ... bahawa warga FRIM boleh berjaya dan cemerlang di

170

Dato’ KP sedang menemu bual sambil meneliti sijil, surat dan anugerah yang diterima oleh Sufi an

Surat-surat pelantikan sebagai Pakar Industri Negara dan Pakar Pengesah Luaran oleh Kementerian Sumber Manusia

Page 4: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF fileTOKOH PILIHAN KP (KUALITI ... Sufi an mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia ... bahawa warga FRIM boleh berjaya dan cemerlang di

171

Sebahagian sijil dan anugerah yang diterima

Sufi an menunjukkan surat-surat pelantikan dan pengiktirafan yang diperoleh

Page 5: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF fileTOKOH PILIHAN KP (KUALITI ... Sufi an mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia ... bahawa warga FRIM boleh berjaya dan cemerlang di

172

Bagi Sufi an, semua anugerah dan pengiktirafan yang diterima adalah kerana minat yang mendalam dalam seni pertukangan kayu dan ini merupakan suatu kepuasan dan kebanggaan bagi Sufi an untuk melihat sendiri hasil tangan yang terpamer tegak di khalayak ramai.

KENANGAN PAHIT DAN MANIS Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh Sufi an ialah ketika diberikan peluang untuk mengikuti Program Nilai Murni ke negara Syria, Jordan dan Turki pada 2008. Semasa berada di negara Jordan, Sufi an berpeluang melihat sebatang pokok di tengah-tengah padang pasir yang tandus dan kering. Sejarahnya pokok itu tumbuh subur sehingga sekarang sebab di situlah tempat berteduhnya Nabi Muhamad saw (ketika kecil) semasa berulang-alik berniaga dari Mekah ke Syam. Di negara Syria pula Sufi an telah memanjat bukit dalam cuaca pagi yang dingin untuk melihat kesan-kesan pembunuhan manusia pertama di dunia (kisah Qabil dan Habil). Kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan Sufi an ialah saat-saat pedih, pilu dan hiba ketika menghadap dan menatapi wajah saat-saat akhir kembalinya ke alam barzah kedua-dua ibu dan bapanya. PRINSIP HIDUP DAN PESANAN KEPADA WARGA FRIM

Pegangan hidup Sufi an mudah sahaja iaitu membuat sesuatu kerja itu hendaklah dengan penuh minat dan keikhlasan hati. Setiap kerja yang kita buat haruslah dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan nikmatilah kerja itu dengan penuh rasa keseronokan. Insya-Allah kita akan menghasilkan kerja yang berkualiti. ULASAN KETUA PENGARAH Saudara Sufi an merupakan individu luar biasa yang belum ada penggantinya sejak kewujudan FRI dan FRIM. Minat dan dedikasi Sufi an dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik merupakan testimoni bahawa warga FRIM boleh berjaya dan cemerlang di persada negara. Kecemerlangan pencapaian dan sumbangan Sufi an juga nyata sekali mampu mempertingkatkan imej FRIM sebagai agensi terunggul dalam bidang pertukangan berasaskan kayu dan hasilan hutan. Secara peribadi, saya merasakan bahawa rekod pencapaian Sufi an mungkin terlalu sukar untuk dicabar dan situasi ini mengekalkan statusnya yang merupakan antara aset yang perlu dijaga, dihormati dan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh warga FRIM, generasi baharu mahupun oleh teman seangkatan.

Page 6: Tokoh dan jejak pewaris 1-41 - frim.gov.my · PDF fileTOKOH PILIHAN KP (KUALITI ... Sufi an mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia ... bahawa warga FRIM boleh berjaya dan cemerlang di

173

Sufi an bersama-sama Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri yang diterima pada 1995

Sesungguhnya, tabik hormat saya buat Saudara Sufi an yang layak dinobatkan sebagai Tokoh Pilihan KP (Kualiti Kemahiran Terunggul)—Si Tangan Emas.

Seperti rakan-rakannya yang lain; semangat, iltizam dan mutu kerja yang juga ditunjukkan oleh saudara Sufi an merupakan bukti keunggulan mutu kerja mereka yang perlu diteladani oleh semua. Salam takzim, salam kualiti dan salam keunggulan daripada saya!