title tatabahasa melayu sejak za’ba hingga zaman mutakhir ... · pdf file* pada masa...

9
Title Tatabahasa Melayu sejak Za’ba hingga zaman mutakhir Author(s) Muhammad Ariff Ahmad Source Jurnal PGBM, 1(1), 65-72 Published by Persatuan Guru-Guru Bahasa Melayu Copyright © 2000 Persatuan Guru-Guru Bahasa Melayu This document may be used for private study or research purpose only. This document or any part of it may not be duplicated and/or distributed without permission of the copyright owner. The Singapore Copyright Act applies to the use of this document. This document first appeared in: Muhammad Ariff Ahmad. (2000). Tatabahasa Melayu sejak Za’ba hingga zaman mutakhir. Jurnal Persatuan Guru-Guru Bahasa Melayu, 1(1), 65-72. This document was archived with permission from the copyright owner.

Upload: vandang

Post on 30-Mar-2018

238 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Title Tatabahasa Melayu sejak Za’ba hingga zaman mutakhir ... · PDF file* Pada masa pemelajaran bahasa Kebangsaan begitu rancak, lebih daripada 90% pelajar bahasa Kebangsaan ialah

Title Tatabahasa Melayu sejak Za’ba hingga zaman mutakhir Author(s) Muhammad Ariff Ahmad Source Jurnal PGBM, 1(1), 65-72 Published by Persatuan Guru-Guru Bahasa Melayu Copyright © 2000 Persatuan Guru-Guru Bahasa Melayu This document may be used for private study or research purpose only. This document or any part of it may not be duplicated and/or distributed without permission of the copyright owner. The Singapore Copyright Act applies to the use of this document. This document first appeared in: Muhammad Ariff Ahmad. (2000). Tatabahasa Melayu sejak Za’ba hingga zaman mutakhir. Jurnal Persatuan Guru-Guru Bahasa Melayu, 1(1), 65-72. This document was archived with permission from the copyright owner.

Page 2: Title Tatabahasa Melayu sejak Za’ba hingga zaman mutakhir ... · PDF file* Pada masa pemelajaran bahasa Kebangsaan begitu rancak, lebih daripada 90% pelajar bahasa Kebangsaan ialah

SIMPOSIUM BAHASA BERTEMAKAN TATABAHASA MELAYU, 15 & 16 FEBRUARI 92

TAT ABAHASA MELA YU SEJAK ZA'BA HINGGA ZAMAN MUT AKHIR

Muhd Ariff Ahmad SINGAPURA

Mukadimah

)aya diminta bercakap dalam si.mposium ini. tentang Tata Bahasa Melayu sejak Za 'ba 11ingga zama.n mutakhir, iaitu yang mengenai istilah-istilah tata bahasanya dan hubungan rata bahasa itu dengan pemelajaran bahasa Melayu, khususnya di Singapura. Bagairnanapun, baik juga rasanya kita singkap sedikit kisah-kisah nahu bahasa Melayu sebelum Za 'ba, setidak-tidaknya untuk melihat betapa orang berbahasa Melayu pada zama.n lampau tanpa tata bahasa.

Menerusi. bukunya 'Hikayat Abdullah' (1858), Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi berkata, saya nukil:

"Maka aku pun sehari-hari belajar daripada nahu bahasa Inggeris pada tiap­tiap hari, sebab pada fikiranku aku hendak jadikan dia ke dalam bahasa Melayu, sebab kudapati terlalu banyak gunanya, kerana perkara yang demikian tidak dalam bahasa Melayu. Maka sebab itulah kebanyakan orang Melayu pergi belajar bahasa Arab. Maka iaitu bukan barang-barang susahnya ..

"Adapun segala perkara yang tersebut itu pada fikiranya, jikalau ada bahasa Melayu alangkah baiknya dan kesenangan kepada orang Melayu dan diajar anak­anak di tempat bel ajar bahasa Melayu ..

''Adapun pekerjaan yang kukehendaki membuat nahu dalam bahasa Melayu iaitu hendaknya dikeluarkannya perkataan dari dalam bahasa Melayu juga, maka diaturkannya perkataan itu masing-masing dengan pangkatnya dan hukum ketentuannya dan masanya iaitu biar menurut jalan bahasa Melayu, supaya jangan masing-masing orang membuat pandai-pandainya sendiri, seorang kata begini betul dan kata pula seorang beginilah betul, tetapi kedua-duanya salah kerana masing-­masing menjadi hakim at as dirinya dan fahamnya sahaja .. "

Tatabahasa Melayu sebelum Za'ba

Pengakuan Abdullah tadi menunjukkan seolah-olah belum ada nahu atau tata bahasa Melayu ditulis orang pada zaman itu. Sebenamya, pada tahun 1857, sasterawan Melayu Raja Ali- Haji sudah menghasilkan sebuah buku nahu Melayu yang diberi nama Bustanul­katibin. Bagaimanapun, semua huraian nahu Melayu oleh Bustanul-katibin itu adalah dilakukan atas hukum nahu bahasa Arab. Bustanul-katibin menjeniskan atau mengelaskan kata-katanya kepada tiga kelas sahaja: nomina, verba dan partikal.

65

Page 3: Title Tatabahasa Melayu sejak Za’ba hingga zaman mutakhir ... · PDF file* Pada masa pemelajaran bahasa Kebangsaan begitu rancak, lebih daripada 90% pelajar bahasa Kebangsaan ialah

65

Hasrat Abdullah Munsyi mahukan adanya buku nahu Melayu yang dikeluarkan da.lam bahasa Melayu dengan perkataan yang diatur menurut hukum dan jalan bahasa Melayu baru tercapai apabila Za'ba berhasil menerbitkan buku nahunya yang diberi nama Pelita Bahasa Melayu pada tahun 1940, iaitu buku yang dikarang semenjak 1934. Bagaimanapun, menerusi pendahulun kepada Pelita Bahasa Melayu itu Za'ba mengakui:

"Bahawa kitab ini ialah cubaan yang pertama pada mengaturkan kaedah nahu Metayu dengan keadaan yang lebih lengkap daripada yang sudah-sudah dicuba orang dalam bahasa Melayu. Aturan dan rangkanya banyak ditirukan kepada acuan nahu Inggeris dan sedikit-sedikit nahu Arab. Tetapi isi yang memenuhkan rangka itu semua dipadankan dengan pembawaan tabiat sejati bahasa Metayu dan dengan kaedah-kaedahnya yang khas tersendiri daripada bahasa-bahasa lain. "

Sebelum Za'ba ada beberapa, buah oahu bahasa Melayu yang disusun oleh ahli-ahli bahasa Barat. Berdasarkan keterangan Dr Otto Karow, Harun Aminurrashid merakamkan dalam bukunya 'Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu' (1966):buku-buku oahu Melayu yang ditulis sarjana Barat itu:

1736: G H Werndly menghasilkan Maleische Spraakunt.

1812: William Marsden menghasilkan Grammar & Dictionary Malay Language.

1876: L'Abbe P Fabre menghasilkan Grammaire de Ia Langue Malaise.

1899: W G Shellabear mehghasilkan Practical Malay Grammar.

1914: WE Maxwell menghasilkan A Malay Mannual.

Dr Harimurti Kridalaksana, menerusi tulisannya dalam Jurnal Dewan Bahasa November 1989, berjudul Sejarah Pembahagian Kelas Kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, menderetkan tata bahasa Melayu/lndonesia sebagai berikut:

1653: karya Joannes Roman.

1736: karya G H Werndl y

1812: karya William Marsden.

1852: karya John Crawfurd.

1857: karya Raja Ali Haji.

1881: karya JJ de Hollander.

1889: karya Gerth van Wijk.

1910: karya Koewatin Sasrasoeganda.

1914: karya R 0 Winstedt. 1915: karya Ch A van Ophuijsen.

66

Page 4: Title Tatabahasa Melayu sejak Za’ba hingga zaman mutakhir ... · PDF file* Pada masa pemelajaran bahasa Kebangsaan begitu rancak, lebih daripada 90% pelajar bahasa Kebangsaan ialah

Temyata, sebelum Za'ba, sudah ada dua orang bahasawan Melayu yang menulis tata bahasa Melayu dalam bahasa Melayu seperti yang dihajati Abdullah Munsyi. Mereka itu ialah Raja Ali Haji yang menulis 'Bustanul-katibin' pada 1857, dan Koewatin Sasrasoeganda menulis 'Kitab jang Menjatakan Djalan Bahasa Melajoe' pada 1910.

Tatabahasa Melayu selepas Za'ba

Selepas tatabahasa Za'ba. yang bemama 'Pelita Bahasa Melayu' bertulis Jawi (1940) itu, terbit banyak lagi buku tata bahasa Melayu, antaranya:

1943: Djalan Bahasa Indonesia karya St Moehamad Zain [Indonesia].

1947: Pelita Bahasa Melayu I (rumi) karya Za'ba [Malaya]

1948: Pelita Bahasa Melayu 11 (rumi) karya Za'ba [Malaya]

1949: Pelita Bahasa Melayu III (rumi) karya Za'ba [Malaya].

1953: Tatabahasa Baru Bahasa Indonesia karya St Takdir Ali

1954: Pramasastra Landjut karya Madong Lubis [Indonesia]

1955: Tatabahasa Indonesia karya J R Poedjawijata dan P J Zootmulder.

1957: Kaedah Bahasa Indonesia karya Slametmuljana [Indonesia]

1960: Jalan Bahasa Mudah I karya Muhd Ariff Ahmad [Singapural.

1965: Asas Tatabahasa Melayu karya Muhd Ariff Ahmad [Singapural.

1980: Nahu Melayu Mutakhir karya ProfDr Asmah H Omar [Malaysia].

1985: Nahu Melayu Moden karya Dr Liaw Yock Fang [Singapura].

1987: Tatabahasa Dewan I karya Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim H Musa dan Abd Hamid Mahmood [Malaysia].

1988: Panduan Tatabahasa Melayu terbitan Kader Bros [Singapura].

1989: Tatabahasa Dewan 11 karya Nik Safiah Karim, Farid M Onn dan Hashim H Musa.

Pelita Bahasa Melayu [Za'ba]

Pel ita Bahasa Melayu ( 1940) bertulis Jawi. mengandungi 14 bab yang membicarakan tentang huruf Jawi., ejaa dan tulisannya; tentang jenis-jenis perkataan dan kerjanya; tentang huruf penambahan; tentang rangkai kata dan tentang pembentukan serta jenis-jenis ayat. Pelita Bahasa Melayu dimaksudkan untuk membimbing para pengguna bahasa Melayu. khususnya pelajar-pelajar sekolah Melayu untuk mengetahui ilmu bahasa dan menggunakan

67

bahasa M1 maktab pe ialah sekol Dal.am pe1

1.

2.

3.

4.

5.

Dalam pen penjenisan

Pada tahun tiga jilid. pembentuk berj enis-j er Manakala,

Pada Jun 11

menyusuli tahun 1957 Melayu. C tidak ada y tahun 1961 [terutama r untuk mem

Jalan Baha contohnya Istilah-istii< memudahk: 'Paramasas1 digunakan'

Jalan Baha! morfologi ~

itu, saya bir

Istilal

katat

Page 5: Title Tatabahasa Melayu sejak Za’ba hingga zaman mutakhir ... · PDF file* Pada masa pemelajaran bahasa Kebangsaan begitu rancak, lebih daripada 90% pelajar bahasa Kebangsaan ialah

bahasa Melayu yang betul. Pada masa Pelita Bahasa Melayu itu diwujudkan, kecuali maktab perguruan di -Tanjung Malim dan di- Melaka, sekolah-sekolah Melayu yang lain ialah sekolah rendah belaka. Dal.am penghuraianjenis-jenis perkataan, Za'ba menggunakan istilah-istilah:

1. nama dan ganti-nya [ dengan pecahan: nama benar, nama khas, nama am, gantinama diri, gantinama tempat, gantinama masa, gantinama umum dan gantinama pertanyaan].

2. perbuatan [ dengan pecahan: perbuatan tak melampau, perbuatan melampau, perbuatan bangun membuat dan perbuatan bangun kena buat].

3. sifat [dengan pecahan: sifat nama dan sifat kata].

4. sendi [dengan pecahan: sendi nama dan sendi kata].

5. seruan.

Dalam pembentukan ayat pula, Za'ba menggunakan istilah benda dan cerita dan dalam : penjenisan ayat digunakannya istilah ayat selapis, ayat berlapis dan ayat berkait.

Pada tahun 1947 hingga 1949, Pelita Bahasa Melayu (Jawi) itu telah di-rumikan menjadi tiga jilid. Jilid I membi.ncangkan ejaan dan tulisan Jawi, jenis-jenis perkataan dan pembentukan ayat-ayat. Jilid II membimbing pelajar mengarang dengan menggunakan be~enis-jenis ayat dan membincangkan tentang ayat cakap ajuk dan cakap pindah. Manakala, Jilid III-nya merupakan latihan lanjut mengarang dan menulis surat kiriman.

Pada Jun 1959, Bahasa Melayu telah diumumkan menjadi bahasa Kebangsaan di Singapura, menyusuli tindakan Persekutuan Tanah Melayu mendaulatkan bahasa Melayu itu pada tahun 1957. Berpuluh-puluh ribu orang bukan Melayu di Singapura masuk belajar bahasa Melayu. Guru-guru Melayu tidak cukup, buku pelajaran bahasa Melayu boleh dikatakan tidak ada yang sesuai untuk digunakan bagi pelajar-pelajar bukan Melayu itu; maka pada tahun 1960, di samping menulis buku pelajaran bahasa Melayu untuk murid-murid (terutama murid bukan Melayu di sekolah rendah, saya tulis buku 'Jalan Bahasa Mudah I' untuk membantu mereka mempelajari nahu ba.hasa Melayu.

Jalan Bahasa Mudah I menerangkan konsep nahu dengan bahasa yang mudah; contoh­contohnya mudah sesuai dengan pela.jar bukan Melayu dan pelajar di sekolah rendah. lstilah-istilah tata bahasanya saya pakai istilah Za'ba dengan padanan isti.lah lnggeris untuk memudahkan pelajar bukan Melayu memahami konsep istilah itu. Istilah yang dipakai 'Paramasastra Landjut' karangan Madong Lubis juga disebut sebagai bandingan istiah yang digunakan 'Jalan Bahasa Mudah 1'.

Jalan Bahasa Mudah I hanya. membincangkan jenis-jenis perkataan sahaja. Sintaksis dan morfologi serta masalah penggunaan bahasa di kalangan pelajar bukan Melayu pada masa itu, saya bincangkan menerusi Asas Tatabahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1965.

Istilah nahu yang terpakai dalam 'Asas Tatabahasa Melayu' ialah:

katanama bagi ·nama dan gantinya' [Za'ba].

68

Page 6: Title Tatabahasa Melayu sejak Za’ba hingga zaman mutakhir ... · PDF file* Pada masa pemelajaran bahasa Kebangsaan begitu rancak, lebih daripada 90% pelajar bahasa Kebangsaan ialah

gantinama kataperbuatan bagi 'perbuatan' [Za'ba]

*rupanama bagi 'sifat namal [Za'ba]

*rupakata bagi 'sifat nama' [Za'ba]

sendinama bagi 'sendi nama' [Za'ba]

sendikata bagi 'sendi. kata' [Za'ba]

kataseruan bagi 'seruan' [Za'ba]

bendayat bagi 'benda' [Za'ba]

ceritayat bagi 'ceri ta' [ Zal' a]

bentuk-me bagi 'bangun membuat' [Za'ba]

bentuk-di bagi 'bangun kena buat' [Za'ba]

imbuhan bagi 'perkataan penambahan' [Za'ba]

kataulang bagi 'perkataan berganda' [Za'ba]

* Pada masa pemelajaran bahasa Kebangsaan begitu rancak, lebih daripada 90% pelajar bahasa Kebangsaan ialah orang Cina. Khabamya dalam bahasa Ci.na, kata sifat itu bermakna anggota tubuh manusia yang tidak manis disebutkan, maka kata sifat nama dan sifat kata itu diubah menjadi 'rupanama' dan'Irupakata'.

Dalam tahun 1967, Kader Bros menerbitkan buku Nahu Bahasa Kita yang menghuraikan konsep-konsep grammamya da,lam bahasa Melayu dan Inggeris. Buku ini juga, dikatakan bertujua.n membantu pelajar-pelajar bukan Melayu supaya segera pandai berbahasa Kebangsaan. lstilah nahu yang dipakai buku ini ialah istilah Za'ba.

Perkembangan politik serantau dan pemajuan bahasa Melayu di rantau ini telah mendorong sarjana-sarjana bahasa Melayu menghasilkan buku-buku tata bahasa yang lebih sempuma, moden, sekini dan dengan istilah yang diperkemas menurut pendapat masing-masing. Antaranya:

1980 terbit Mahu Melayu Mutakhir karya Prof Dr Asmah Hj Omar.

1985 terbit Nahu Melayu Moden karya Dr Liaw Yock Fang.

1987 terbit Tatabahasa Dewan I karya Nik Safiah dan rakan-rakan.

1988 terbit Panduan Tatabahasa Melayu oleh Kader Bros.

1989 terbit Tatabahasa Dewan 11 karya Nik Safiah dan rakan-rakan.

Kecuali' atas ditul terperinc yang tida

me

'Pn Ind [tid

'Na dali obj obj

me1

'Par +pi

'Nal forr Mo~

dan

Apa yang digunakar berbeza. -

Perkemba pengajara.J sekolah-s( kepada pe

Sistem ter pertama, l diajarkan mereka yc: tarafpenci

Tahun 19' nama Par merupakru Bahasa M' istilah tata

Page 7: Title Tatabahasa Melayu sejak Za’ba hingga zaman mutakhir ... · PDF file* Pada masa pemelajaran bahasa Kebangsaan begitu rancak, lebih daripada 90% pelajar bahasa Kebangsaan ialah

69

Kecuali 'Panduan Tatabahasa Melayu' Kader Bros, semua buku tata bahasa 1980 - 1989 di. atas ditulis oleh sarjana bahasa; maka itu kandungan tata bahasanya lengkap, sempuma dan terperinci; menyeluruh dan mendetail hingga ke sudut yang seni-seni; penuh dengan teori. yang tidak terfikirkan oleh pengguna umum bahasa Melayu, misalnya:

mengenai katakerja pasip:

'Pramasastra Landjut' Pak Madong mencontohkan: "Gunung kudaki" [dalam bahasa Indonesia tidak boleh disebut: Gunung didaki olehku]; "Janjimu wajib kautepati" [tidak boleh disebut: .. ditepati olehmu] - lihat Pramasastra Land jut 1949:16.

'Nahu Melayu Mutakhir' Dr Asmah Hi Omar pula mengatakan: ada dua macam pasif dalam bahasa Melayu - pasif jati dan pasif semu. Pasif jati berpola: objek+perbuatan (di)+pelaku, manakala pasif semu pula berpola: objek+pelaku+perbuatan (tanpa awalan).- lihat Nahu Melayu Mutakhir 1982:89.

mengenai struktur ayat:

'Panduan Tatabahas Melayu' Kader Bros menerangkan komponan ayat ialah 'subjek + predikat'. -lihat Panduan Tatabahasa Melayu, 1988: 101-107.

'Nahu Melayu Moden' Dr Li-aw Yock Fang menghalusi komponan yang melahirkan formula SPOC (subjek + predicator + objek + komplemen). - lihat Nahu Melayu Moden 1985: 180-183. dan banyak Iagi.

Apa yang jelas kelihatan kelainannya antara karya mereka ialah tentang istilah-istilah yang digunakan dalam karyanya; walaupun banyak yang sama tetapi terdapat banyak juga yang berbeza.- lihat Nahu Melayu Moden 1985: 214-216.

Perkembangan politik dan pindaan-pindaan sistem pelajaran di Singapura telah menjejas pengajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Bahasa Kebangsaan tidak lagi diajarkan di sekolah-sekolah. Bahasa Melayu diajarkan sebagai bahasa kedua; sebagai bahasa ibunda kepada pelajar-pelaiar keturunan Melayu.

Sistem terbaru bahasa Melayu itu diajarkan kepada tiga peringkat pelajar. Sebagai bahasa. pertama, bahasa diajarkan kepada pelajar cemerlang [10% terbaik]; sebaga.i bahasa kedua diajarkan kepada pelajar biasa; dan sebagai bahasa ketiga bahasa itu diajarkan kepada mereka yang tidak pemah mempelajari bahasa itu di sekolah rendah. Dengan demikian taraf pencapaian bagi ketiga-tiga kumpulan pelajar itu pasti tidak sama.

Tahun 1979, buku 'Nahu Bahasa Kita' Kader Bros telah dibaiki dan diterbitkan dengan nama Panduan Tatabahasa Melayu. Edisi kedua 'Panduan Tatabahasa Melayu' itu merupakan perbaikan dan penyusunan semula yang berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah-sekolah menengah di Singapura. Istilah­istilah tatabahasa yang digunakan ialah:

katabenda kataganti

bukan: 'katanama' bukan: 'gantinama'

70

Page 8: Title Tatabahasa Melayu sejak Za’ba hingga zaman mutakhir ... · PDF file* Pada masa pemelajaran bahasa Kebangsaan begitu rancak, lebih daripada 90% pelajar bahasa Kebangsaan ialah

katakerja *katasifat kata keadaan katadepan kata penghubung kataseru subjek predikat ayat aktif ayat pasif

bukan: 'kataperbuatan' bukan: 'rupanama' bukan: 'rupakata' bukan: 'sendinama' bukan: 'sendikata' bukan: 'kataseruan' bukan: 'bendayat' bukan: 'ceritayat' bukan: 'ayat bentuk-me' bukan: 'ayat bentuk-di'

*Pelajar ML (bahasa Melayu pertama) dan ML2 (bahasa Melayu kedua) terdiri daripada anak-anak Melayu; maka masalah malu hendak menyebut kata 'sifat' itu tidak timbul. Jadi, istilah "katasifat" itu di pakai semula.

Kesimpulan dan saranan

Jstilah-istilah yang berbeza-beza terpakai dalam buku-buku tata bahasa, dan huraian yang mendalam lagi. Mendetail telah menyebabkan buku-buku tata bahasa yang ada itu hanya sesuai untuk menjadi buku rujukan guru-guru bahasa dan menjadi pegangan para pengkaji bahasa di peringkat tinggi sahaja.

Untuk menjadi panduan pelajar yang belajar bahasa Melayu di peringkat sekolah [sama ada pelajar bahasa pertama, bahasa kedua ataupun bahasa ketiga] semacam tatabahasa pedagogi yang selaras dengan kehendak kurikulum dan sukatan pelajaran adalah perlu.

Untuk kepentingan pelajar, barangkali ki.ta harus punya buku tatabahasa mudah, tata bahasa sederhana, dan tata bahasa. lanjut yang mengistilah yang sekata dengan keterangan yang terus terang. Pada hemat saya, Persatuan Guru-guru Bahasa Melayu yang menganjurkan simposium ini adalah kumpulan pakar yang paling layak untuk menyediakan buku-buku tatabahasa itu. Pengalaman mereka mengajarkan bahasa Melayu kepada pelajar tersebut pasti merupakan pertolongan besar untuk menghasilkan buku tatabahasa yang saya maksudkan.

Akhirnya, mudah-mudahan, dalam masa yang tidak lama selepas simposium ini, akan ada sekumpulan petugas PGBM yang menumpukan perhatian dan berusaha menjadikan saranan saya ini. suatu kenyataan. Insya AlLah.

Bacaan

1. Abdullah b Abdul Kadir Munshi, Hikayat Abdullah, Malaya Publishing House, Singapura. 1949.

2. Prof Dr Asmah Hj Oma,r, Nahu Melayu Mutakhir, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur 1982.

3. Dr Harimurti Kridalaksana, Kelas Kata dalam Bahasa Indonesia, PT Gramedia, Jakarta 1986.

4.

5.

6.

7. r

8. ~

9. ~

10. F

11. 1' L

12. !\ L

13. s D

] 4. z

15. Z:

16. Z:

17. Z<

Page 9: Title Tatabahasa Melayu sejak Za’ba hingga zaman mutakhir ... · PDF file* Pada masa pemelajaran bahasa Kebangsaan begitu rancak, lebih daripada 90% pelajar bahasa Kebangsaan ialah

Jadi,

71

Dr Harimurti Kridalaksana, Sejarah Pembahagian Kelas Kata dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia, Jumal Dewan Bahasa, Kuala Lumpur Nov 1989.

Harun Aminurrashid, Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Pustaka Melayu Si-ngapura 1966.

Dr Liaw Yock Fang, Nahu Melayu Moden, Pustaka Nasional Singapura 1985.

Madong Lubis, Pramasastra Landjut, Pustaka Srimpi Medan 1949.

Muhammad Ariff Ahmad, Jalan Bahasa Mudah I, Geliga Ltd Singapura 1960.

Muhammad Ariff Ahmad, Asas Tatabahasa, Pustaka Melayu Singapura 1965.

Panduan Tatabahasa Melayu, Kader Bros Singapura 1988.

I I. Nik Safiah Karim drr, Tatabahasa Dewan 1, Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur 1987.

I2. Nik Safiah Karim drr, Tatabahasa Dewan 11, Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur 1989.

I3. Sutan Takdir Alisjahbana, Tatabahasa Barn Bahasa Indonesia, PT Pustaka Rakjat, Djakarta 1958.

14. Za'ba, Pelita Bahasa Melayu (Jawi), Malaya Publishing House, Singapura 1948.

15. Za'ba, Pelita Bahasa Melayu 1, Malaya Publishing House, Singapura I 954.

16. Za'ba, Pelita Bahasa Melayu 11, MacMillan and Co, London I 957.

17. Za'ba, Pelita Bahasa Melayu 111, MacMillan and Co, London 1958.

72