titas bab_1_-_pengenalan_ilmu_ketamadunan

99
TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA (TITAS) 1.1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 1

Upload: pei-shan-choong

Post on 21-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA (TITAS)

1.1 PENGENALAN ILMU

KETAMADUNAN 1

Page 2: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

2

Ke

pe

ntin

ga

n T

aju

k

1. Keperluan mengkaji/memahami ilmu dan

isu-isu ketamadunan hari ini, dalam

konteks Malaysia dan konteks global

2. Hubungkait dengan idea pembinaan

Negara Malaysia

3. Bidang ini sebagai wahana pewacanaan isu-isu seperti kepelbagaian budaya,

jihad, hegemoni barat dan lain-lain

4. Idea ”clash of civilisation”, peri

pentingnya dialog, cabaran globalisasi

dan pembinaan serta pemerkasaan

jatidiri bangsa.

Page 3: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

3

Persoalan

Mengenai Tamadun

1. Apakah tamadun?

2. Apakah yang menjadi landasan

dalam memahami pengertian

dan konsep tamadun?

3. Apakah ukuran, nilai atau

penanda aras bagi menentukan

tahap pencapaian ketamadunan

bagi sesuatu tamadun?

4. apakah yang menjadi rujukan

bagi

5. menentukan suatu bangsa atau

sesuatu masyarakat itu

bertamadun atau sebaliknya?

Page 4: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

4

1.2 PENGAJIAN KETAMADUNAN & SEJARAH TAMADUN

• "History is for human self-knowledge ... the only clue

to what man can do is what man has done. The

value of history, then, is that it teaches us what man

has done and thus what man is."

Robin G. Collingwood (1946)

Page 5: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

5

1.2 PENGAJIAN KETAMADUNAN & SEJARAH TAMADUN

Pengajian ketamadunan

membicarakan teori, konsep

asas, ciri serta sifat tamadun

secara konseptual, teoretikal

dan abstrak.

Secara amnya pengajian

ketamadunan tidaklah

begitu terikat kepada batasan masa/zaman

Sejarah tamadun merujuk kepada pengalaman yang

dilalui oleh sesuatu tamadun

daripada segi pencapaian,

jatuh bangun, kemajuan dan

kemundurannya (kajian

mengenai masa lampau).

sejarah tamadun lazimnya

dibatasi oleh faktor masa.

Page 6: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

6

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Perkataan ‘tamadun’ digunakan bagi

menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat

khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal.

• Dari perspektif semasa, perkataan ‘tamadun’

merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam

sains dan teknologi (S&T) selari dengan

penonjolannya dalam tamadun.

• Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa

Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa

Melayu yang bermaksud peradaban (lebih popular

digunakan di Indonesia).

Page 7: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

7

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Dari sudut etimologinya ia berasal daripada

kalimah maddana iaitu kata kerja merujuk kepada

perbuatan membuka bandar atau kota serta

perbuatan memperhalus budi pekerti.

• Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan

madani yang merujuk kepada sifat sesuatu yang

berkaitan dengan pembangunan perbandaran

serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.

• Perkataan maddana dan madani sendiri berasal

daripada deen yang bermaksud agama iaitu

menggambarkan kehidupan beragama.

Page 8: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

8

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Perkataan yang sering digunakan dalam bahasa

Inggeris untuk memberi maksud tamadun ialah

civilization. Perkataan ini berasal daripada

perkataan civitas dalam bahasa Latin yang

bermaksud bandar atau kota.

• Dalam bahasa Arab dipanggil hadarah manakala

dalam bahasa Melayu pula digunakan perkataan

peradaban, yang juga membawa maksud yang

menekankan penggabungan antara ketinggian

budaya dan kemajuan kebendaan.

Page 9: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

9

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Tokoh falsafah Greek iaitu Plato mengemukakan

konsep polis dalam karyanya The Republic yang

merujuk kepada bentuk dan jenis masyarakat yang

mencapai tahap kemajuan dan juga kewujudan

institusi-institusi budaya, politik dan kemasyarakatan

dalam rangka jalinan hubungan sosialnya.

• Tokoh falsafah Islam iaitu Ibn Khaldun

mengemukakan teori umran badawi dan umran

hadhari bagi menjelaskan makna dan maksud

tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan

budaya.

Page 10: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

10

konsep tamadun Islam

Puan Nazirah Ismail

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

Syed Muhammad Naquib al-Attas:

Tamadun:Keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai

taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh

masyarakatnya

Abu al- A’la al-Maududi

Hadharah: segala apa yang dihasilkan oleh sesuatu bangsa yang

bersumberkan ilmu pengetahuan, adab, kesenian yang indah,

pembuatan, ciptaan, perkembangan terhadap kehidupan peribadi

dan masyarakat serta cara-cara yang digunakan dalam kehidupan

politik.

Page 11: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

11

konsep tamadun Islam

Puan Nazirah Ismail

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

Ibn Khaldun

Umran: masyarakat yang telah mencapai tahap kemajuan

dalam pelbagai segi kehidupan.

Sayyid Qutb

Tamadun: Kemajuan berteraskan syariat AllahSWT bercirikan

nilai moral Islam. Nilai moral yang tidak berlandaskan Islam dan bertentangan dengan ajaran Islam ditolak sama sekali.

Abu Nazir Al-Farabi

Madaniyah: Pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu, iaitu akidah, syariat dan akhlak..

Page 12: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

12

Syed Naquib al-Attas

Keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat dan

telah mencapai taraf kehalusan tatasusila serta

kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.

Ahmad Tarmiza Talib(1997))

Tamadun merangkumi kebudayaan, peradaban,

kemajuan (kebendaan dan kerohanian) dan sopan

santun. Manusia tidak akan mencapai satu etika

tamadun jika tidak mempunyai masayarakat

bermoral.

Ukuran: berlandaskan wahyu dan sunah di samping

penggunaan akal fikiran yang dianugerahkan oleh

Allah.

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

Page 13: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

13

Edward B Toylor dan Clyde Kluchohn (1980)

3 kemajuan asas:

1. Kemunculan bandar-bandar.

2. Penciptaan skrip-skrip sebagai media

perhubungan mental.

3. Tugu peringatan

A.S. Hornby dan E.C. Pornwell (1972)

Civilization: meningkatkan pencapaian hidup

manusia daripada kemunduran kepada

kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi,

politik dan moral.

konsep tamadun barat

Puan Nazirah Ismail

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

Page 14: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

14

Edward L. Farmer (1977)

Tamadun sebagai unit budaya yang terbesar

dalam organisasi manusia yang terdiri daripada

perkongsian norma-norma sosial, tradisi dan

institusi-institusi yang berterusan dari satu generasi

ke satu generasi.

Arnold J. Toynbee (1972)

Civilization: satu pemikiran dan gaya kebudayaan

yang melahirkan institusi politik, undang-undang,

kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak.

Ukuran: pemikiran dan akal serta kebendaan

konsep tamadun barat

Puan Nazirah Ismail

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

Page 15: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

15

Perkataan civilization sama makna dengan tamadun dalam bahasa Arab. PERBEZAAN Civilization – menekankan kepada pencapaian material Tamadun – menekankan kepada pencapaian material dan spritual dalam sesebuah masyarakat

Perbezaan konsep tamadun barat & Islam

Puan Nazirah Ismail

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

Page 16: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

16

Takrif bahasa Melayu

Kamus Dewan “ keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya, atau cara hidup”

Page 17: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

17

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Dalam korpus penulisan berbahasa Melayu,

sebelum kedatangan Islam perkataan yang

digunakan bagi maksud peradaban adalah

budaya yang bertunjang kepada ketinggian nilai

dan kehalusan budi.

• Namun ketika ini perkataan yang sering digunakan

bagi menggambarkan peningkatan kehidupan

masyarakat ini adalah kemajuan atau

pembangunan

Page 18: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

18

1.3 TAKRIF & CIRI-CIRI TAMADUN

• Kesimpulannya tamadun boleh ditakrifkan sebagai

sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam

segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti

sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dan

lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah

pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki

personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji

untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara

bangsa.

Page 19: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

19

1.4 AGAMA & TAMADUN

• Agama adalah satu aspek yang tidak boleh

diabaikan dalam kajian ketamadunan.

• Fenomena agama penting difahami kerana ia

merupakan sebahagian daripada kehidupan

manusia.

• Berasaskan fahaman sekular agama melibatkan

kepercayaan (belief) terhadap suatu yang bersifat

“transcendent” dan “beyond”.

Page 20: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

20

1.4 AGAMA & TAMADUN

• Hal yang demikian ini dapat dibuktikan melalui

singkapan sejarah tamadun-tamadun besar dunia.

• Tamadun-tamadun dunia seperti:

• Aztec

• Sumeria/Babylonia

• Mesir Purba

• China

• Indus-Ganges

• Semuanya mempunyai tradisi sistem kepercayaan

yang mendominasi malah menentukan imej

tersendiri.

Page 21: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

21

• Kehidupan berbudi pekerti mulia dan bermoral

tinggi merupakan perkara penting dalam

kehidupan bertamadun.

• Pembinaan sifat tersebut pada diri seseorang

berkait rapat dengan kepercayaan beragama

dalam kehidupan seorang manusia.

• Agama berperanan membentuk pandangan

semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta

perilaku tindakan mereka dalam kehidupan.

1.4 AGAMA & TAMADUN

Page 22: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

22

• Daripada bukti tamadun-tamadun silam, dapat

dilihat bagaimana agama mempunyai kaitan yang

begitu rapat dengan tamadun.

• Bukti-bukti peninggalan dan barangan tamadun-

tamadun silam yang dapat dilihat sehingga ke hari

ini menggambarkan penghayatan yang tinggi

terhadap kehidupan beragama.

• Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi

dengan kuat oleh agama sebagaimana tamadun

Barat kontemporari yang lebih memencilkan nilai-

nilai keagamaan dalam kehidupan masyarakat.

1.4 AGAMA & TAMADUN

Page 23: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

23

• Arnold Toynbee - “in the course if its evolution, a

civilization produced, among other things, a

universal state and higher form of religion”.

• Edward Sullivan - “Muslim civilization was the

product of Muslim religion”.

• Thomas Berry berpendapat tamadun ketimuran

(oriental civilisation) seperti China dan India tidak

dapat difahami sepenuhnya kecuali dengan

merujuk kepada agama-agama besar Asia.

1.4 AGAMA & TAMADUN

Page 24: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

24

1.5 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA

• Dalam kehidupan bertamadun, masyarakat

dicirikan sebagai memiliki budaya yang tinggi dan

terpuji.

• Budaya merujuk kepada tatacara mereka

bertindak ke atas persekitarannya dalam

menguruskan kehidupan secara kolektif.

• Berbudaya tinggi dan terpuji pula merujuk kepada

kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang

dipaparkan dalam kehidupan mereka.

Page 25: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

25

1.5 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA

• Bagaimanapun tamadun berbeza daripada

budaya apabila dilihat dari dua keadaan berikut:

1. Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dan natijah budaya.

2. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan

wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu.

Page 26: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

26

TAMADUN & BANGSA

• Lazimnya sesuatu bangsa mempunyai pertalian

yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya

kawasan geografi tertentu.

• Manakala tamadun pula bersifat universal melintasi

sempadan geografi yang secara langsung

melampaui batasan bangsa dan kebangsaan.

• Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki oleh

lebih daripada satu bangsa atau kaum seperti

tamadun Barat yang mengandungi beberapa

bangsa atau kaum di Eropah dan Amerika Utara.

Page 27: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

27

TAMADUN & BANGSA

• Tamadun Islam pula telah bangun dan

berkembang dengan dilatari oleh pelbagai

budaya dan bangsa.

• Secara teorinya, tamadun dan bangsa mempunyai

kaitan walaupun selalunya tamadun melampaui

batasan kebangsaan.

• Namun demikian imej sesuatu tamadun itu banyak

ditentukan oleh bangsa yang menerajui tamadun

itu seperti Tamadun Cina dan Tamadun Islam di

Alam Melayu/Nusantara.

Page 28: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

28

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

• Clive Bell dalam bukunya Civilization melihat

tamadun sebagai manifestasi kejayaan

menyediakan suatu keadaan di mana anggota

masyarakat itu mempunyai masa untuk melakukan

aktiviti berhibur dengan adanya masa senggang.

• Ini selari dengan pandangan yang melihat bahawa

antara ciri masyarakat bertamadun adalah yang

dapat menzahirkan kreativitinya melalui aktiviti

masa senggang seperti merekacipta hasil seni dan

berkarya.

Page 29: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

29

• Tamadun merupakan evolusi yang berlaku dalam

sesuatu masyarakat daripada kehidupan desa

kepada kehidupan bandar, daripada kehidupan

tidak tetap kepada kehidupan menetap.

• Proses inilah yang menjadi asas pembentukan dan

pemikiran mengenai tamadun manusia.

• Peringkat-peringkat proses ini menjadi fokus

pelbagai bidang ilmu berkaitan pengajian

ketamadunan yang mana tiap-tiap peringkat

proses itu merupakan peringkat yang

mempengaruhi peringkat seterusnya.

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

Page 30: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

30

• Masyarakat tamadun akan meningkatkan usaha memenuhi keperluan asas sehinggalah kepada keupayaan memenuhi keperluan-keperluan yang bersifat ”mewah” dan yang bukan lagi bersifat asas.

• Dalam proses peningkatan ini manusia melalui berbagai lapisan taraf hidup yang mana melibatkan peningkatan dan penambahan bagi keperluan asas.

• Peningkatan prasarana dalam kehidupan dan perubahan konsep tentang apa yang dikatakan asas dan apa yang dikatakan mewah.

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

Page 31: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

31

• Aspek kehidupan yang lain juga bergerak selari

dengan pergerakan tamadun seperti pendidikan.

• Pada masa lampau kebolehan menulis adalah

suatu yang jarang-jarang dimiliki oleh seseorang

dan ianya merupakan suatu keistimewaan kepada

sesiapa yang memiliki kebolehan itu.

• Tetapi perkembangan hari ini meunjukkan bahawa

kebolehan yang seumpama itu bukan lagi sesuatu

yang istimewa, malahan mereka yang tidak

memiliki keupayaan itu pula dianggap ketinggalan

atau kekurangan.

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

Page 32: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

32

• Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri atau

penonjolan yang tersendiri seperti:

• Tamadun Yunani - terkenal dengan kesusasteraan falsafah

dan kesenian

• Tamadun Cina - kemahiran kraf

• Tamadun Islam - perspektif pandangan dunia yang

menyeluruh dan perkembangan sains dan teknologi

• Secara umum tamadun mempunyai ciri-ciri dasar

dan asas yang bersifat sejagat seperti berikut:

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

Page 33: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

33

1. Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan

membentuk kota, bandar, kepolisan atau madinah.

2. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna, seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat penghidupan

yang lebih stabil dan panjang.

3. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang

sempurna dan teratur.

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

Page 34: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

34

4. Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi

menjadi perantaraan komunikasi, perakaman,

penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam

pelbagai bidang ilmu.

5. Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem

nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan

untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

Page 35: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

35

6. Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan bagi

menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.

7. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai

estetika yang tersendiri.

PROSES & KARAKTERISTIK TAMADUN

Page 36: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

Agama yang kuat

Sistem kenegaraa

n yang tersusun

Kehidupan bandar

Sistem tulisan yang tinggi

Kepakaran dalam seni

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

(IBN KHALDUN)

Page 37: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

Agama yang rapi

kota

politik

agama

Undang-undang

Kesenian & seni bina

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

(MAJ BEG, 1985)

Page 38: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

DARCY

RIBERIO

Penciptaan

alatan

pertanian Pengkhusus

an

kerja

Pertumbuhan

kota

Revolusi

pengairan

Revolusi

teknologi

logam

Revolusi

penternakan

Revolusi

perdagangan

Revolusi

teknologi

Revolusi

industri

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

Page 39: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

39

Page 40: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

40

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

KITARAN

TAMADUN

Page 41: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

Puan Nazirah Ismail 41

1.6 Kitaran Tamadun

Model Carroll Quigley (1960), tujuh tahap proses berikut:

Tahap 1. Mixture

Tahap 2. Gestation

Tahap 3. Expansion

Tahap 4. Conflict

Tahap 5. Universal Empire

Tahap 6. Decay

Tahap 7. Invasion

Page 42: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

Puan Nazirah Ismail 42

1.6 Kitaran Tamadun : Kelahiran

Peringkat 1. Mixture

Bermula dengan percampuran daripada dua atau

lebih budaya.

Biasanya berlaku di kawasan sempadan (border)

atau pinggir (the peripheral area) tamadun terdahulu.

Di pinggir Tamadun Klasik (Tamadun Rom), lahir

Tamadun Barat, Tamadun Rusia dan Tamadun Islam

Page 43: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

Puan Nazirah Ismail 43

1.6 Kitaran Tamadun : Kelahiran

Peringkat 2. Gestation

1. Sistem yang menggalakkan penciptaan perkara

perkara baru.

2. Sistem yang boleh meningkatkan hasil melebihi

keperluan.

Sistem yang mampu memanfaatkan lebihan hasil (di no

2) untuk membiayai dan menggunakan penciptaan baru

tersebut (di no 1). (umpamanya, keteguhan ekonomi

dilaburkan untuk memajukan sains, teknologi dan

ketenteraan).

Page 44: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

Puan Nazirah Ismail 44

1.6 Kitaran Tamadun : Perkembangan

Peringkat 3, Tahap Perkembangan (The Stage of Expansion) pula

melibatkan empat jenis seperti berikut:

1. Peningkatan produktiviti barangan yang menggambarkan

peningkatan taraf hidup.

2. Pertambahan penduduk umumnya kerana penurunan kadar

kematian.

3. Perluasan geografi tamadun ekoran ekspolarasi dan penjajahan.

4. Peningkatan pengetahuan.

Page 45: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

Puan Nazirah Ismail 45

1.6 Kitaran Tamadun : Kemerosotan

Tahap ke 4, Tempoh Konflik, apabila menunjukkan ciri-ciri

berikut:

1. Kemerosotan kadar pengembangannya.

2. Peningkatan ketegangan dan konflik antara ‘kelas’

(kelompok) masyarakat terutama di kawasan induknya

(the core area) akibat percanggahan kepentingan.

3. Peperangan yang bersifat imperialis semakin kerap dan

ganas.

4. Kemerosotan pemikiran dengan percambahan

pemikiran yang tidak rasional dan pessimism.

Page 46: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

Puan Nazirah Ismail 46

1.6 Kitaran Tamadun : Kemerosotan

Tahap 5, Universal Empire

Kawasan induk (the core area ) akan ditakluki oleh satu negara,

seterusnya seluruh tamadun dikuasai sebuah empayar sejagat.

Page 47: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

Puan Nazirah Ismail 47

1.6 Kitaran Tamadun : Kemerosotan

Tahap 6, Zaman Kemerosotan (Decay)

Ekonomi meleset,

Taraf hidup menurun,

Perang saudara

Kadar buta huruf meningkat.

Keprihatinan rakyat ramai terhadap agama, kehidupan

intelektual, kemasyarakatan dan politik hilang begitu ketara

sekali.

Gerakan-gerakan agama baru turut muncul mempengaruhi

orang ramai.

Usaha untuk mengatasi menjadi sia-sia sahaja.

Page 48: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

48

Teori Kitaran Tamadun Ibn Khaldun

Page 49: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

49

Tahap 1: Kelahiran

Kejayaan menumpaskan dinasti sebelumnya

Semangat kekitaan yang kuat

Tahap 2 Kedewasaan

Raja mengenepikan rakyat dan halangan dalam mengambil bahagian dalam pemerintahan

Tahap 3 kematangan

Bersenang-lenang

Tahap 4 kemerosotan

Kepuasan dan kedamaian

Tahap 5 kejatuhan

Pembaziran dan pemborosan

Ibn

khaldun

Page 50: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

50

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

• Faktor-faktor pendorong kepada kemunculan

tamadun-tamadun dunia sebelum ini.

1. Kedudukan yang strategik.

2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian

3. Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai

4. Tekanan kehidupan.

5. Interaksi dengan tamadun lain.

Page 51: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

51

Kedudukan Yang Strategik

• Kedudukan yang sesuai dapat membantu membangunkan sesebuah penempatan dan memperoleh sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan.

• Faktor kesesuaian lokasi telah menyebabkan kemunculan tamadun Cina di lembah Huang-He dan Yang Tze, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates, dan tamadun Mesir di Lembah Nil.

• Begitu juga dengan tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka.

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

Page 52: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

52

Rangsangan Keagamaan & Kerohanian

• Ajaran agama dan amalan rohani mendorong

manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan

yang tulus dan suci, seterusnya membawa

kepada kehidupan bertamadun.

• Sesebuah masyarakat yang menghayati

kehidupan beragama akan berusaha

memastikan kehidupan mereka mencapai

kesempurnaan kemanusiaan, agar dapat

melahirkan ketinggian budaya hinggalah

membawa kepada kehidupan bertamadun.

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

Page 53: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

53

Penghayatan

yang tinggi

terhadap moral dan nilai

terpuji

masyarakat

pastinya menggalakkan kecintaan

kepada ilmu dan nilai-nilai murni

yang lain seperti kreativiti,

ketekunan, kerajinan, semangat

berdisiplin dan sebagainya.

pemimpin

pula sudah pasti

menggalakkan kepimpinan

yang berhemat,

bertanggungjawab dan jujur

yang seterusnya mendorong

rakyatnya berganding bahu

untuk membangunkan

negara.

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

Page 54: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

54

• Penghayatan nilai-nilai murni telah direalisasi oleh

kesemua tokoh tamadun silam seperti:

• Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani

• Lao Tze dan Kung Fu-Tze dalam tamadun Cina

• Kautilya dan Samkara dalam tamadun India

• Al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam

tamadun Islam.

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

Page 55: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

55

Tekanan Kehidupan

• Kesengsaraan hidup yang dialami oleh sesebuah masyarakat boleh mendorong masyarakat bekerjasama menggemblengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut serta menjadikan mereka itu lebih berdisiplin dan kreatif untuk membangunkan kehidupan mereka.

• Pepatah Inggeris yang menyatakan ‘necessity is the mother of invention’.

• Kemajuan negara Jepun sering kali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan merekadalam Perang Dunia Kedua.

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

Page 56: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

56

Interaksi Dengan Tamadun Lain

• Toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain mewujudkan interaksi antara tamadun yang merupakan satu rangsangan dan dorongan kepada pemupukan kehidupan bertamadun.

• Toleransi menggambarkan sikap keterbukaan untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada tamadun-tamadun lain, yang akhirnya dapat membantu kemunculan tamadun baru.

• Cth: T Islam bersikap terbuka untuk menerima sumber-sumber ilmu daripada Tamadun Yunani, Tamadun Parsi, T India dan Tamadun Cina

1.6 KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN

Page 57: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

57

KEGEMILANGAN TAMADUN

• Memperolehi pencapaian yang luar biasa di

dalam pelbagai bidang seperti:

• Kesenian.

• Kesusasteraan.

• Pemikiran dan falsafah.

• Penciptaan teknologi.

Page 58: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

58

KEMEROSOTAN TAMADUN • Setelah melalui zaman kecemerlangan, sesebuah

tamadun itu pasti juga akan mengalami zaman kemerosotan.

• Menurut Ibnu Khaldun kemerosotan sesebuah tamadun itu adalah putaran sejarah. Pada peringkat permulaan ia berjaya kerana nilai-nilai yang baik tetapi slps mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan.

• Terdapat tamadun mampu bertahan dalam satu

• tempoh masa yang begitu panjang namun tetap mengalami kejatuhan seperti:

• Tamadun Romawi - dari zaman Augustas sehingga ke zaman Aurelius (30 SM -180 M).

• Tamadun Islam Uthmaniyyah (tahun 1299 – 1922) iaitu lebih daripada enam kurun.

Page 59: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

59

• Faktor-faktor kemerosotan sesebuah tamadun:

1. Berlaku.

2. Berleluasa.

3. Keruntuhan.

4. Wujud yang tertutup.

Page 60: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

60

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

• Dari sudut teologi, sering perlaku perbezaan antara tamadun.

• Contoh - konsep monoteisme Islam dan Kristian begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta.

• Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi.

• Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain.

Page 61: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

61

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

• Dari sudut etika, kontrovesi dilihat agak kurang

berlaku malah berlaku persamaan antara tamadun

terhadap perkara-perkara seperti:

• Alam Sekitar.

• Keluarga.

• Komuniti.

• Kerajaan.

• Ekonomi.

• Pendidikan.

• Kesihatan.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 62: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

62

Alam Sekitar

• Hidup secara harmoni dengan alam sekitar

merupakan satu prinsip yang diterima oleh

kesemua agama.

• Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam

sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan dan

manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai

khalifah, custodian atau steward yang berperanan

sebagai penjaga alam sekitar.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 63: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

63

Alam Sekitar

• Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian

memelihara alam sekitar bermakna menggunakan

anugerah Tuhan secara bertanggungjawab.

• Tetapi dalam beberapa tamadun tertentu,

memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif

sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat

sebagai Divine Power.

• Sungguhpun terdapat perbezaan pandangan ini,

namun tamadun-tamadun tradisional secara

umumnya tidak memusnahkan alam sekitar.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 64: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

64

Keluarga

• Tamadun-tamadun tradisional begitu menghayati

prinsip keluarga sebagai asas pembentukan

masyarakat.

• Keluarga yang dimaksudkan pada lazimnya ialah

keluarga extended.

• Dalam sesebuah keluarga tradisional, telah menjadi

warisan turun-temurun amalan menentukan

kedudukan antara kaum lelaki dan kaum

perempuan melalui hierarki kuasa.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 65: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

65

Keluarga

• Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian

yang erat melalui konsep kekeluargaan sebegini

merupakan penafian hak seseorang dan

bertentangan dengan keadilan.

• Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula

begitu mementingkan kasih sayang dan hormat

menghormati.

• Setiap ahli keluarga harus menunaikan peranan

dan tanggungjawab masing-masing dalam

lingkungan kasih sayang serta hormat-

menghormati.

Page 66: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

66

Komuniti

• Komuniti sangat penting dan berpengaruh dalam

menentukan personaliti dan identiti seseorang

manusia.

• Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai

dan norma-norma murni dalam masyarakat

sentiasa dihormati.

• Komuniti dapat memberi sokongan moral, material

dan psikologikal kepada anggota-anggotanya.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 67: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

67

Kerajaan

• Falsafah tamadun-tamadun tradisional amat

menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai

dasar sesebuah kerajaan.

• Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan

melalui peranan dan tanggungjawab seseorang

raja.

• Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan

tema utama tamadun-tamadun silam.

• Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang

diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan

dimensi penting kerajaan dalam sebuah tamadun.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 68: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

68

Kerajaan

• Tamadun Cina - tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu-

Tze & Meng Tze menekankan tentang

tanggungjawab pemerintah.

• Tamadun India - Kautilya membincangkan ciri-ciri

kepimpinan yang adil.

• Tamadun Islam - al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali &

Ibn Khaldun menumpukan perhatian kepada

persoalan yang sama.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 69: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

69

Ekonomi

• Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan

ekonomi berlaku dalam konteks ‘Moral Semesta’

(Moral Universe).

• Dalam ajaran Buddhisme, wujud konsep hak-hak

kehidupan sebagaimana yang termaktub dalam

salah satu daripada eightfold path.

• Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan

halal dan haram mempunyai hubungan yang

rapat dengan persoalan akhlak.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 70: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

70

Ekonomi

• Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan

ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap

moral manusia dan juga yang boleh merosakkan

moral manusia.

• Konsep ‘wang’, ‘laba’, ‘ganjaran’, ‘pasaran’ dan

sebagainya sangat dipengaruhi oleh

pertimbangan moral.

• Namun, terdapat juga unsur-unsur penipuan,

rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang

lain seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi

moden.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 71: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

71

Pendidikan

• Dalam tamadun-tamadun tradisional, matlamat

utama pendidikan adalah untuk pembinaan sifat-

sifat mulia seseorang (character-building) melalui

proses pengajaran ilmu.

• Menyedari akan perkara tersebut, dimensi inner-

Being diberi penekanan penting dalam konsep

pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-

agama yang lain.

• Manusia perlu mengetahui dan menguasai dirinya

dahulu sebelum mampu menguasai persekitaran

luaran melalui pengetahuannya tentang alam.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 72: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

72

Pendidikan

• Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari

satu tradisi ke tradisi yang lain.

• Dalam tradisi Islam persoalan tauhid memainkan

peranan penting dalam transformasi manusia,

tetapi dalam tradisi Buddha dan beberapa aliran

tradisi Hindu, transformasi sifat dapat dicapai

melalui proses mencari diri sendiri.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 73: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

73

Kesihatan

• Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun

tradisional ialah pandangan dan pendekatan

holistiknya iaitu suatu pandangan yang mengakui

bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh

alam sekitarnya yang lebih luas, lebih menyeluruh

dan saling berhubungan.

• Mengubati penyakit, menurut konsep holistik

bermakna memulihkan keseimbangan seseorang

dan melalui proses ini dapat dipulihkan

keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan

seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 74: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

74

1.8 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

• Perbincangan mengenai interaksi antara tamadun

merujuk kepada beberapa jenis interaksi yang

wujud iaitu:

• Interaksi Dalam Lingkungan Budaya Yang Sama

• Interaksi Dengan Budaya Dan Peradaban Yang Berbeza

• Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang

Tidak Dominan

• Contoh Interaksi Dalam Sejarah

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 75: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

75

Interaksi Dalam Lingkungan Budaya Yang Sama

• Merujuk kepada hubungan satu budaya dalam

sesuatu kaum.

• Contoh orang Melayu - orang Jawa, Banjar, Bugis,

Mandaling dan sebagainya.

• Orang Cina - Hakka, Kantonis, Hainan, Teochew

dan sebagainya.

• Orang India seperti Malayalam, Punjabi dan

sebagainya.

• Mempamerkan kepelbagaian budaya dan adat

resam keturunannya.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 76: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

76

Interaksi Dalam Lingkungan Budaya Yang Sama

• pegangan agama yang berbeza tetapi dari

segi budaya sama, contoh

• golongan masyarakat Hindu di India Utara menerima

unsur-unsur keislaman dalam budaya berpakaian,

pemakanan dan seni bina.

• Manakala masyarakat Muslim di India pula menerima

unsur-unsur tertentu termasuk seni bina, muzik,

pemakanan dan gaya hidup masyarakat Hindu.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 77: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

77

Interaksi Dengan Budaya Dan Peradaban Yang Berbeza

• antara satu kaum yang berlainan budaya dan

kepercayaan agama dapat saling berinteraksi

walaupun tinggal di satu lokasi atau negara yang

sama.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Cth: Interaksi antara masyarakat Muslim dan Buddha di Asia Tenggara

Dalam konteks hubungan sosial, masyarakat Muslim berinteraksi

dengan masyarakat Buddha di Thailand, Kemboja, Indonesia

(Jawa) dan Malaysia sebelum zaman kolonial lagi.

Page 78: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

78

Interaksi Dengan Budaya Dan Peradaban Yang Berbeza

• Meskipun agama dan

budaya hidup berbeza

dari segi metafizik dan

teologi, hak-hak

masyarakat untuk

mengamalkan agama

mereka begitu

dihormati di negara-

negara yang

kebanyakan

penduduknya terdiri

berbeza agama.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Kewujudan kuil-kuil

seperti Borobudur di

Pulau Jawa yang majoriti

penduduknya penganut-

penganut Islam serta

kewujudan masjid-masjid

di tengah-tengah kota

Bangkok yang

penduduknya penganut

Buddha merupakan

lambang kepada sikap

toleransi seperti ini.

Page 79: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

79

Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang Tidak Dominan

• Interaksi antara Islam dengan Yahudi dan Kristian

pada saat kelahiran Islam di Semenanjung Arab

memperlihatkan bagaimana interaksi antara

peradaban yang dominan dengan yang tidak

dominan.

• Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kelompok-

kelompok kaum yang lain diberi jaminan

perlindungan dalam Piagam Madinah yang

digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 80: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

80

Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang Tidak Dominan

• Tempat-tempat peribadatan kedua-dua kaum ini

diberi perlindungan, malah penganut agama

Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan agama

mereka tanpa sebarang ketakutan.

• Pengiktirafan hak agama lain untuk mengamalkan

agama mereka selagi mereka tidak mengganggu

atau menceroboh Islam atau masyarakat Muslim

merupakan salah satu prinsip yang penting dalam

sistem keadilan Islam.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 81: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

81

Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang Tidak Dominan

• Menyingkap sejarah ketamadunan Islam pada zaman pemerintahan Umayyah sehingga Uthmaniyyah, masyarakat Yahudi dan Kristian hidup harmoni dan damai di tengah-tengah masyarakat Muslim yang merupakan majoriti.

• Selain bebas mengamalkan agama, beberapa tokoh Yahudi dan Kristian diberi kepercayaan menduduki jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan Islam, khususnya di Andalusia (Sepanyol).

• Penulis dan sarjana Yahudi dan Kristian turut memberi sumbangan kepada perkembangan tamadun Islam.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 82: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

82

Contoh Interaksi Dalam Sejarah

• Terdapat banyak contoh sejarah berkaitan interaksi

tamadun.

• Antaranya interaksi antara tamadun Hinduisme dan

tamadun Buddhisme pada zaman silam.

• Buddhisme sebagai sebuah agama yang lahir

dalam masyarakat Hindu, memiliki ciri-ciri tertentu

dan falsafah Hinduisme, termasuklah Karma

(Rebirth), Dhamma (Righteousness) dan Mokhsa

(Liberation).

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 83: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

83

Contoh Interaksi Dalam Sejarah

• Selepas Buddha dan misinya, reformasi Hinduisme

dipengaruhi pula oleh pemikiran-pemikiran tertentu

dan Buddhisme termasuklah kritikannya terhadap

sistem kasta, pemusatan kuasa rohaniah dengan

golongan Brahmin, penafian hak-hak tertentu kaum

wanita dan lain-lain.

• Situasi seperti ini menunjukkan kedua-dua pihak

memperoleh manfaat daripada kewujudan

interaksi antara tamadun.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 84: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

84

Contoh Interaksi Dalam Sejarah

• Hubungan dan interaksi antara Islam dan

Konfusianisme telah bermula sejak kurun ke 7

Masehi.

• Pada peringkat awal, ia berlaku dalam bentuk

perdagangan, iaitu antara saudagar-saudagar

Arab dan Parsi dengan saudagar-saudagar Cina.

• Terdapat saudagar-saudagar Arab dan Parsi yang

bermastautin di China, dan melalui proses interaksi

termasuklah perkahwinan, mereka menjadi

sebahagian daripada masyarakat tempatan.

1.7 PERSAMAAN & PERBEZAAN TAMADUN

Page 85: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

85

Contoh Interaksi Dalam Sejarah

• Dalam Dinasti Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, beberapa tokoh-tokoh Islam muncul memberikan sumbangan kepada perkembangan tamadun Cina.

• Terdapat di kalangan mereka yang menjadi gabenor wilayah dan ada yang ditugaskan menjadi panglima tentera laut seperti Zheng He.

• Beberapa tokoh Islam yang lain turut memberi sumbangan kepada pemikiran Konfusianisme seperti Liu Zhi dan Ma Zhu di samping sumbangan kepada bidang astronomi, seni bina dan juga penghasilan peralatan ketenteraan.

Page 86: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

86

Contoh Interaksi Dalam Sejarah

• Sarjana-sarjana Cina yang beragama Islam

mendapati bahawa dalam bidang etika, terdapat

banyak kesejajaran antara pengajaran Islam dan

pengajaran Konfusianisme.

• Ini mendorong beberapa sarjana Islam berbangsa

Cina mempelajari Konfusianisme seperti juga

terdapat sarjana-sarjana Konfusianisme

menunjukkan minat mempelajari Islam.

• Kesemuanya ini dapat menggambarkan kesan

yang positif daripada interaksi antara tamadun.

Page 87: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

87

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

• Pengertian Dialog Dan Perkara-perkara Yang

Berkaitan Dengannya

• Bagaimana Membudayakan Dialog? Bentuk Dan

Praktik Dialog Di Malaysia

• Prinsip-Prinsip Dialog

• Halangan Kepada Dialog.

• Situasi Dialog Di Malaysia Dan Di Peringkat Global

Page 88: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

88

Pengertian Dialog Dan Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengannya

• Dialog ialah sebuah komunikasi dua hala antara

individu (pihak) yang mempunyai pegangan atau

pandangan yang berbeza rnengenai sesuatu

subjek atau perkara yang tertentu, dengan tujuan

ingin mencapai kebenaran yang bertambah lagi

daripada pihak yang satu lagi itu.

• Hari ini pakar bidang ini menggelarkan zaman ini

sebagai Zaman Dialog (The Age of Dialogue) yang

menggantikan Zaman Monolog yang telah pun

berlalu

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 89: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

89

Pengertian Dialog Dan Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengannya

• Untuk dialog menjadi mekanisme perpaduan yang berkesan, pendedahan ilmiah diperlukan untuk memungkinkan membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing.

• Penilaian yang tepat ini bukan hanya akan membantu meneruskan perasaan muhibbah antara tamadun (sekalipun diakui wujud jurang perbezaan), tetapi apa yang penting dapat membantu memampankan konsep tamadun Malaysia.

• Melalui dialog kita bolehmembincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 90: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

90

Pengertian Dialog Dan Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengannya

• Idea dan prinsip asas tamadun Malaysia perlu

dihayati bukan melalui stance atau pendekatan

yang apologetic mahu pun defensive tetapi

rnelalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan

fakta sejarah dan realiti kehidupan, keadaan dan

sifat negara yang sebenarnya.

• Melalui dialog, kita boleh memanfaatkan keadaan

dimana nilai-nilai tamadun-tamadun yang diwarisi

rakyat Malaysia banyak mempunyai persamaan

dari segi adab, kemanusiaan, kepentingan alam

sekitar dan keperluan hidup berharmoni.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 91: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

91

Bagaimana Membudayakan Dialog? Bentuk Dan Praktik Dialog Di Malaysia

Dialog Kehidupan Seharian

• Di dalam kehidupan seharian masyarakat dari

pelbagai kaum dan agama saling memperkaya

fahaman masing-masing dengan mempraktikkan

nilai-nilai peradaban dan tradisi mereka melalui

proses bekerjasama, bekomunikasi dan hidup

bersama-sama di dalam konteks pekerjaan,

sekolah, penggunaan hospital, transportasi awam

dan lain-lain.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 92: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

92

Bagaimana Membudayakan Dialog? Bentuk Dan Praktik Dialog Di Malaysia

Dialog Kemasyarakatan

• Di sini ‘dialog’ lebih berbentuk praktikal melalui

sesuatu kerja atau tugas secara bersama.

• Para pendialog disatukan oleh matlamat sepunya

yang ingin dicapai walaupun mereka mempunyai

latarbelakang yang berbeza.

• Contoh projek mengutip derma mangsa bencana

alam seperti Tsunami atau projek menghapuskan

kemiskinan di mana motivasi membuat sumbangan

tidak perlu penghuraian secara ‘race-specific’ atau

‘religion-specific’.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 93: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

93

Prinsip-Prinsip Dialog

• Sebab utama dialog diadakan ialah untuk kedua-

dua pihak mempelajari sesuatu.

• Dialog khasnya dialog agama atau peradaban

mestilah merupakan projek yang bermanfaat

kepada kedua buah pihak.

• Setiap perserta dialog hadir dalam keadaan yang

ikhlas.

• Setiap peserta mestilah berupaya mendefinisikan

diri dan pandangan yang dipegangnya dengan

jelas.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 94: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

94

Prinsip-Prinsip Dialog

• Peserta dialog mestilah cuba memahami persepsi

dan pengalaman rakan dialognya.

• Peserta dialog mestilah bersifat kritikal secara

minima terhadap interpretasinya terhadap tradisi

orang lain.

• Peserta dialog tak perlu mempunyai pra-andaian

yang tidak boleh diubah lagi tentang apakah

perkara-perkara yang tidak akan dipersetujui.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 95: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

95

Halangan Kepada Dialog

• Conversion - ramai orang beranggapan bahawa dialog tidak wajar diadakan kerana ia boleh mengakibatkan pendialog mengubah agamanya.

• Rasa rendah diri (inferiority complex) - perasaan rasa rendah diri dan tidak bersedia untuk berdialog.

• Innuendo sosial — perasaan tidak senang apabila ada pihak yang mempersoalkan keteguhan seseorang terhadap agamanya sekiranya ia berbaik-baik dengan penganut agama lain.

• Syak wasangka - sering wujud rasa curiga terhadap para penganjur dan pendialog terhadap tujuan dialog diadakan.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 96: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

96

Situasi Dialog Di Malaysia Dan Di Peringkat Global

• Di peringkat global bolehlah dikatakan bahawa semangat dan praktik dialog sebenarnya telah pun banyak dibangkitkan.

• Pada tahun 1999 misalnya di dalam The Islamic Symposium on Dialogue, negara-negara O1C misalnya telah menerbitkan sebuah deklarasi mengenai dialog peradaban.

• Deklarasi ini telah diterima sebagai satu resolusi semasa perhimpunan agung Bangsa-Bangsa Bersatu 53/22 yang telah mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Antara Peradaban Sedunia.

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 97: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

97

Situasi Dialog Di Malaysia Dan Di Peringkat Global

• Di peringkat nasional Perdana Menteri Malaysia ke

5 dalam ucapannya di Oxford Centre of Islamic

Studies telah menawarkan Kuala Lumpur sebagai

‘pusat’ dialog peradaban antarabangsa.

• Secara intra peradaban gagasan Islam Hadhari

pula dilihat sebagai satu usaha tulen dan konkrit ke

arah penyatuan, perpaduan dan pengukuhan

tamadun dalam konteks peradaban Malaysia

1.9 DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

Page 98: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

98

1.10 KESIMPULAN

• Demi kesinambungan negara bangsa Kumpulan-

kumpulan Etnik di Malaysia perlu bersatu di atas

nilai-nilai sepunya serta bersikap patriotik dan TITAS

adalah satu wahana dalam memberi pengisian ke

arah tersebut.

• Pendedahan terhadap mengenali latar belakang

tamadun masing-masing boleh memupuk rasa

kesalingfahaman di antara satu sama lain

khususnya buat rakyat Malaysia yang berbilang

bangsa.

Page 99: TITAS BAB_1_-_Pengenalan_ilmu_Ketamadunan

99

RUJUKAN

Rujukan

Beg, M.A.J., (1985). Islamic and Western Concepts of Civilization. Kuala

Lumpur: Universiti Malaya Press.

Mohd Razimi Husin (2013) Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala

Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad (2012). Modul

Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti

Malaya

Quigley, Carrol (1961). The Evolution of Civilization : An Introduction to

Historical Analysis. Macmillan . New York.

Sivachandralingam Sundra Raja. (2001). Tamadun Dunia. Shah Alam:

Fajar Bakti Sdn. Bhd.