titas

47
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (UWA 10302) NAMA PENSYARAH : TARIKH HANTAR : MINGGU KE-7 TAJUK : PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR NAMA KUMPULAN : NO NAMA NO.MATRIK 1. NOOR SHALIZA BINTI AWANG CB 130061 2. ROSSHEILA BINTI ROZUKI CB 130098 3. ROHAYU BINTI ABD GHANI CB 130045 4. FITRIHARIYANI BINTI ASMAR CB 130109 5. SITI AZMIERA BINTI SAIM CB 130047 6. NURFARIZA HIDAYU BINTI ZAWAWI CB 130072 7. AINE BINTI NORWAN CB 130104

Upload: rohayu-abd-ghani

Post on 04-Jan-2016

57 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

agama

TRANSCRIPT

Page 1: Titas

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

(UWA 10302)

NAMA PENSYARAH :

TARIKH HANTAR : MINGGU KE-7

TAJUK : PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

NAMA KUMPULAN :

NO NAMA NO.MATRIK

1. NOOR SHALIZA BINTI AWANG CB 130061

2. ROSSHEILA BINTI ROZUKI CB 130098

3. ROHAYU BINTI ABD GHANI CB 130045

4. FITRIHARIYANI BINTI ASMAR CB 130109

5. SITI AZMIERA BINTI SAIM CB 130047

6. NURFARIZA HIDAYU BINTI ZAWAWI CB 130072

7. AINE BINTI NORWAN CB 130104

8.

9.

Page 2: Titas

1.0 PENGENALAN

Alam sekitar merupakan segala elemen yang berada di sekeliling kita. Alam sekitar

menawar dan menyediakan tapak, sumber dan bahan semula jadi kepada manusia bagi

membolehkan mereka meneruskan kelangsangan hidup di muka bumi ini. Justeru, pemeliharaan

dan pemuliharaan alam sekitar merupakan konsep yang penting dan sering kali diperbincangkan

dalam aspek pengurusan alam sekitar.

Manusia dianggap sebagai agen yang mengubah alam sekitar dan perubahan ini perlu

dilakukan demi memastikan kelangsangan hidup mereka. Aktiviti manusia telah memberikan

kesan yang sangat ketara terhadap alam sekitar. Manusia telah menggunakan alam sekitar

sehingga mengubah keseimbangan dan kestabilan ekologi (mohaini 1989). Menurut ramasy dan

Anderson (1972), manusia yang mengubah alam sekitar secara disedari. Manusia menjadi lalai

untuk manjaga kualiti alam sekitar kerana begitu mementingkan pembangunan. Perkara ini

didorong oleh sifat semula jadi manusia yang rakus, tamak dan mementingkan diri sendiri dalam

usaha mereka memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terbatas telah menyebabkan mereka

seolah-olah terlupa menghargai, memelihara dan memulihara alam sekitar dengan sewajarnya

hingga menimbulkan tekanan kepada alam sekitar yang akhirnya memudaratkan manusia

kembali.

Kemerosotan kualiti alam sekitar bermula sebaik sahaja tekanan aktiviti manusia yang

mencetuskan perubahan terhadap persekitaran fizikal sudah tidak dapat ditampung oleh

persekitaran itu sehingga menimbulkan impak negative terhadap persekitaran fizikal dan

persekitaran buatan manusia (jamaluddin 1999). Alam sekitar pula membalas setiap perbuatan

jenayah manusia terhadapnya dengan peningkatan pelbagai bencana dan malapetaka seperti

banjir kilat, tanah runtuh, kemarau, jerebu, hujan asid serta pelbagai bencana alam sekitar lain

yang telah menggangu kehidupan serta kelesetan manusia.1

Alam sekitar merupakan anugerah Allah S.W.T bagi memudahkan umat manusia hidup

sebagai khalifah-Nya. Pada alam sekitar yang terentang luas, tersedia sumber-sumber asli seperti

hutan rimba menghijau yang boleh mengimbangi ekosistem dunia, lautan dalam yang

1 Haliza Abdul Rahman, 2010, Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar Di Malaysia, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Halaman Xi.

1 | P a g e

Page 3: Titas

menyejukkan suhu permukaan bumi sekaligus menjadi tempat tinggal hidupan akuatik, hasil-

hasil galian yang lumayan nilainya dan sebagainya. Dengan sumber-sumber asli tersebut,

manusia dapat memperbaiki cara hidup di samping mengangungkan Yang Maha Pemberi dan

Yang Maha Penyayang.2 Menerusi alam sekitar, manusia dapat mengetahui dan

mempergunakan zoology, botani, mikrobiologi, fizik, kimia, geologi, geografi, kosmologi,

hidrologi, hidraulik dan sebagainya. Akta kualiti alam sekeliling 1974 mendefinisikan alam

sekitar sebagai faktor-faktor di sekeliling manusia termasuklah tanah, air, atmosfera, iklim,

bunyi, bau, rasa, factor-faktor boilogi haiwan dan tumbuhan serta faktor-faktor sosial dan estetik

(internasional law book services 2007). Manusia dan alam sekitar sangat berhubungan kerana

kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain.3

Di Malaysia, laporan kualiti alam sekitar diumumkan hampir pada setiap tahun dan

begitu meluas liputannya dalam media massa sejak awal tahun 1980-an. Laporan tersebut

membolehkan masyarakat menilai keadaan alam sekitar menerusi kaedah kajian saintifik.

Laporan kualiti alam sekitar 1991 yang diumumkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia pada 23

julai 1992 menunjukkan betapa kualiti Alam Sekitar Malaysia kian parah tercemar, selari dengan

kepesatan projek-projek pembangunan.4

Dengan bertambahnya projek-projek pembangunan tanah seperti pembalakan, pertanian

dan perumahan yang menyebabkan berlakunya hakisan tanah, maka kualiti fizik, kimia dan

biologi sungai semakin menurun. Tanah yang terhakis akan masuk ke dalam aliran sungai

akibatnya, sungai dipenuhi tanah berlumpur atau pepejal terampai yang member kesan langsung

kepada aliran sungai tersebut yang kemudiannya menjadi semakin perlahn. Aliran sungai yang

perlahan itu akan melambatkan pengangkutan bahan-bahan buangan dan kelodak yang berada di

dalam sungai untuk sampai ke muara. Dengan kedaaan yang sedemikian hidupan air semakin

sukar untuk hidup disebabkan kekurangan oksigen dan makanan. Akhirnya, keseimbangan fizik,

kimia dan biologi sesebuah sungai akan tergugat. Maka berlakulah pencemaran sungai pada

tahap yang sukar untuk dipulihkan. 5

2.0 KEPENTINGAN ALAM SEKITAR

2 Zaini Ujang, 1993, Islam Dan Alam Sekitar,Percetakan Asni Sdn.Bhd,Halaman 213 Islam Dan Alam Sekitar,Percetakan Asni Sdn.Bhd,Halaman 214 Islam Dan Alam Sekitar,Percetakan Asni Sdn.Bhd,Halaman 45 Islam Dan Alam Sekitar,Percetakan Asni Sdn.Bhd,Halaman 5

2 | P a g e

Page 4: Titas

Alam sekitar adalah sangat penting kepada manusia kerana alam sekitar membekalkan

oksigen, makanan, air, tempat tinggal, dan lain-lain. Alam Sekitar merangkumi tanah, hutan,

gunung-ganang,bukit-bukau, sungai, tasik,dan lautan. Ia menjadi tanggungjawab kepada manusia

yang dikurniakan akal untuk menjaga alam sekitar. Setiap apa yang diciptakan Tuhan

mempunyai kepentingan dan fungsinya yang tertentu. Begitu juga dengan kewujudan alam

sekitar kita yang sememangnya berfungsi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pencipta.

Seperti mana yang diketahui, alam ini merupakan tempat tinggal segala kehidupan

termasuklah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Tanpa alam ini, kehidupan tidak akan

berlaku. Makhluk yang hidup memerlukan habitat atau tempat tinggal, tempat membiak dan

tempat untuk mendapatkan makanan. Keselesaan hidup manusia dan haiwan akan wujud dalam

alam sekitar yang berkualiti. Alam sekitar yang berkualiti juga amat penting untuk memelihara

hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain.

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora fauna. Kebersihan alam sekitar akan

menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia

akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai

kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara

semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya

menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun

itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini

dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik mahupun industri.

2.1 Kepentingan alam semulajadi terhadap Kualiti Hidup

3 | P a g e

Page 5: Titas

Kemajuan sesebuah negara diukur berdasarkan pencapaian tahap kualiti hidupnya kerana

rakyat berhak untuk mendapat manfaat pembangunan dan menjadi kewajipan bagi kerajaan

mewujudkan suasana persekitaran yang baik dan selesa kepada rakyat. Maka, faktor alam sekitar

adalah penting dalam penilaian Indeks Kualiti Hidup kerana alam sekitar berada paling hamper

dengan manusia dan ia akan memberikan kesan langsung terhadap kesejahteraan manusia.

Tidak boleh dinafikan lagi Alam sekitar merupakan kompenan penting yang berkait rapat

dengan Indeks Kualiti Hidup. Kepentingan alam sekitar dalam kehidupan seharian juga adalah

untuk meningkatkan kualiti hidup bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan ekonomi semata-

mata tetapi turut merangkumi aspek kesihatan dan persekitaran kerja.6

2.2 Kepentingan alam sekitar (Ekosistem Sungai)

Sungai memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia. Sungai dan

persekitarannya amat penting kepada manusia sama ada daripada segi sosial atau ekonomi. Di

Malaysia, peranan sungai tidak ternilai kerana ia merupakan sumber air terpenting.

Keperluan kepada bekalan air daripada sungai meningkat dari sehari ke sehari sejajar

dengan pertambahan bilangan manusia. Air dan sungai menjadi faktor terpenting untuk

pembangunan tidak kira dimana sahaja sama ada di Malaysia mahu pun di Negara lain. Sejarah

menunjukkan bahawa sungai digunakan oleh manusia terawal sebagai salah satu medium

pengangkutan. Penempatan terawal didapati bermula berhampiran dengan sungai. Apabila

jumlah manusia kian bertambah, penggunaan tanah turut meningkat dan keperluan bekalan air

juga bertambah.

Malaysia mempunyai lebih kurang 1800 batang sungai dan sungai terbesar ialah sungai

Rajang, Sarawak dengan kawasan tadahan seluas 51,000 km2. Sungai Pahang (kawasan tadahan

seluas 29,000km2) pula merupakan sungai yang terbesar di semenanjung Malaysia. Lebih kurang

6 Haliza Abdul Rahman, 2010, Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia, penerbit USM,

Halaman : xii - xiv

4 | P a g e

Page 6: Titas

100 sistem sungai mengairi kawasan tadahan semenanjung Malaysia manakala sabah dan

Sarawak mempunyai 50 sistem sungai (keizrul 2002). Sebanyak 96 peratus daripada sumber air

mentah disumbangkan oleh sungai dan 97 peratus air yang di perlukan untuk kegunaan domestic

datangnya dari kawasan hutan, hulu bukit (mohd. Hasmadi dan kamaruzaman 1999).7

2.3 Kepentingan alam sekitar (Ekosistem Marin)

Ekosistem marin didefinasikan sebagai ekosistem air masin yang merupakan ekosistem

akuatik yang terbesar di permukaan bumi (smith dan smith 2001). Secara keseluruhannya,

ekosistem marin meliputi hampir 70 peratus keseluruhan permukaan bumi. Ia merangkumi

kawasan pinggiran pantai dan kawasan lautan terbuka. Kawasan pinggiran pantai terdiri daripada

pelbagai jenis ekosistem iaitu pantai berpasi, pantai berbatu, pantai berselut terumbu karang,

muara dam kawasan bakau. Kawasan lautan terbuka pula terbahagi kepada kawasan pelagik

(permukaan lautan) dan bentik (dasar lautan).

Ekosistem marin merupakan habitat kepada pelbagai sepsis daripada spises plankton

yang mikroskopik hinggalah kepada organism yang bersaiz besar. Secara amnya, ekosistem

mempunyai satu rantaian makanan yang lengkap. Selain hidupan marin yang tinggal didalam

ekosistem tersebut, terdapat juga hidupan lain yang menjadikan ekosistem marin sebagai sumber

makanannya, contonnya sepsis burung. Oleh itu, kebanyakkan hidupan dibumi ini menjadikan

ekosistem marin ini sebagai kawasan perlindunagan daripada ancaman pemangsa dan juga

sumber mereka.

Ekosistem marin adalah sangat penting kepada kesuburan keseluruhan di kedua-dua

ekosistem marin dan daratan. Menurut kajian daripada World resoureces center, habitat pinggir

pantai menyumbangkan satu per tiga daripada keseluruhan produktiviti biologi (falkowski dan

7 Rohasliney Hashim, 2010, Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia, penerbit USM,

Halaman : 1

5 | P a g e

Page 7: Titas

raven 1998). Tambahan pula ekosistem bakau dan terumbu karang memberikan perlindungan

dan makanan kepada semua organisma marin (smith dan smith 2001).8

Ekosistem marin ini penting kerana ia merupakan rumah bagi flum yang tinggal khusus

di laut. Hidupan marin ini adalah penting kerana ia merupakan sistem sokongan kepada bumi ini.

Ia melindungi kawasan pinggir pantai daripada banjir, mengurai bahan buangan, mengekalkan

suhu dan mengimbangi atmosfera yang sihat. Tambahan pula majoriti hidupan marin merupakan

sumber kehidupan kepada manusia, iaitu sumber perubatan, bahan mentah, makanan dan

rekreasi.9

2.4 Kepentingan alam sekitar (Ekosistem Hutan Bakau)

Hutan bakau dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan spesies tumbuhan malar hijau yang

unik yang mempunyai penyesuaian tertentu bagi membolehkan ia meneruskan kelansungan

hidup di persekitaran yang kompleks, iaitu di antara zon pasang surut di muara, sungai dan di

persisiran pantai. Ekosistem hutan bakau merupakan satu daripada rupa bentuk utama di

kawasan tropika dan subtropika dan ia hanya boleh dijumpai di kawasan persisiran pantai

berlumpur yang mengalami air pasang dan surut, iaitu di antara latitud 32°U dan 38°S

(Hamilton dan Snedaker 1984). Bagi membolehkan tumbuhan bakau meneruskan kelansungan

hidupnya, kebanyakan spesies tumbuhan bakau mempunyai daun yang tebal, batang yang

mempunyai tektisel, kelenjar garam dan sistem akar yang dapat memproses air masin untuk

faedah pemakanan di samping turut mempunyai akar banir yang berjuntai, akar janjang atau

pneumatofor selain mempunyai sistem pembiakan secara vivipariti.

Ekosistem hutan bakau menawarkan pelbagai perkhidmatan serta memainkan peranan

yang sangat penting terhadap persekitarannya yang merangkumi sistem ekologi, ekonomi, sosial

dan budaya. Hutan bakau seperti juga ketogori hutan yang lain, merupakan kunci kepada

8 Sazlina Salleh dan Mahadi Mohammad, 2010, Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia,

penerbit USM, Halaman : 41,43,

9 Sazlina Salleh dan Mahadi Mohammad, 2010, Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia, penerbit USM, Halaman : 45

6 | P a g e

Page 8: Titas

kestabilan ekosistem dan hidupan keseluruhannya10. Ia bukan saja memainkan perana yang

sangat penting kepada persekitaran tempatan, tetapi juga turut menyumbang kepada kestabilan

bumi ini secara keseluruhannya. Menurut de la Cruz (1978), daripada sudut ekosistem, hutan

bakau berupaya menstabilkan kawasan pinggir pantai, membina dan menambahkan keluasan

delta, pelindung daripada tindakan ombak dan ribut, melindungi pantai dan sungai serta sumber

penghasilan kitar nitrogen dan sulfur yang penting. Selain itu, ia juga berpotensi sebagai

kawasan akuakultur, penghasilan garam dan tempat rekreasi yang menarik. Hasil hutannya pula

seperti kayu jaras dan kayu serpai mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam sumber

ekonomi negara.11

Ekosistem hutan bakau adalah kompleks, unik dan amat sensitive terhadap sebarang

perubahan atau kerosakkan pada persekitarannya. Menurut Berry (1972), ekologi hutan bakau

haruslah difahami dengan secukupnya sebelum melakukan sebarang tindakan. Walaupun hutan

bakau dapat bertahan daripada gangguan kecil tetapi ia amat sensitive terhadap kegiatan

pencerobohan, penebangan hutan dan penambakan tanah. Hutan bakau penting bagi mengelak

berlakunya hakisan tanah, pemendapan tanah ( sedimentasi), pencemaran air dan perubahan

kemasinan air.12

Sebahagian besar daripada kawasan tanah besar dan kepulauan di pantai barat Selangor

terdiri daripada pantai berlumpur yang mengandungi jaluran hutan bakau di sepanjang persisiran

pantai. Tumbuhan bakau utama di Selangor terdiri daripada spesies api –api putih ( Avicennia

alba ), api – api jambu ( Avicennia marina ), bakau kurap (Rhizophora mucronata), bakau

minyak (Rhizopora apiculata), tengar ( Ceriops tagal), berus (Brugueira cylindrical), tumu

(brugueira gymnorrhiza), lenggadai (Brugueira parviflora), nyireh batu (Xyloparcus

mollucencis) dan nyireh bunga (Xylocarpus granatum ). Kesemua spesies ini penting kerana

ianya digunakan untuk pengeluaran kayu arang, kayu api dan kayu jaras (Haliza 2005)13.

10 Haliza Abdul Rahman, 2010, Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia, Penerbit USM, Halaman : 54

11 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia, Penerbit USM, Halaman : 55

12 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia, 2010, Penerbit USM, Halaman : 56 dan 57

13 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia, 2010, Penerbit USM, Halaman : 58

7 | P a g e

Page 9: Titas

Sebagai kesimpulan. Ekosistem bakau di semenanjung Malaysia khususnya di negeri

Selangor sedang menghadapi kemerosotan dan kemusnahanyang ketara hasil aktiviti

pembagunan yang giat dijalankan. Eadaan ini berlaku disebabkan wujudnya tekanan terhadap

sumber hasil hutan bakau sehingga menimbulkan pertembungan di antara manusia sebagai agen

pembangunan dan persekitaran sebagai sumber pembangunan. Satu daripada ancaman utama

terhadap produk dan servis ekosistem seperti ekosistem hutan bakau ialah kurangnya kefahaman

mengenai fungsi secara khusus yang boleh berubah seiring dengan perubahan yang dialami oleh

ekosistem14

3.0 BENTUK BENTUK PENCEMARAN ALAM SEKITAR

3.1 FAKTOR FAKTOR PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran alam sekitar dapat dibahagikan kepada pelbagai bentuk pencemaran iaitu

14 Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia, 2010, Penerbit USM, Halaman : 65

8 | P a g e

Page 10: Titas

a) Pencemaran udara

b) Pencemaran air

c) Pencemaran bunyi

d) Pencemaran tanah

e) Pencemaran haba

f) Pencemaran laut

g) Pencemaran sungai dan kolam

Konsep pencemaran sangat bergantung kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah

ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa

pengukuran ini, konsep pencemaran menjadi kabur. Faktor-faktor yang menyebabkan

pencemaran ialah

a) Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah

yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yang menjejaskan

kehidupan atau bahan bahan lain. Pencemaran berlaku apabila terdapat bahan-

bahan pencemar di udara. Contoh bahan-bahan pencemar ialah habuk, debu, asap,

dan gas-gas beracun. Keadaan ini menyebabkan gangguan kepada kehidupan

manusia, haiwan, tumbuhan dan harta benda kita. Iklim dunia pun juga akan

terganggu. Pencemaran udara boleh dibahagikan kepada dua iaitu primer dan

sekunder. Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur

monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak

lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan

memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan

pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan

industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan arang atau

kayu yang tidak terkawal. Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada

tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.

9 | P a g e

Page 11: Titas

Contoh gambar pencemaran udara

b) Pencemaran Air

Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan,

keadaan, warna dan kualiti sehingga tidak sesuai digunakan dan memberi kesan

apabila digunakan. Punca utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada

bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan dengan sumber air tersebut.

Keadaan atau tahap pencemaran sumber air boleh dinilai berdasarkan faktor yang

mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen

biokimia, zat terlarut dalam air, pH, dan suhu. Pencemaran ini berlaku sama ada

dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam

pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di

mana-mana sahaja tempat berair.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

i. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis

oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah

pencemaran air.

10 | P a g e

Page 12: Titas

ii. Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam

sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini

dianggap mudah kerana tidak mermerlukan kos pelupusan.

Contoh gambar pencemaran air

c) Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi wujud hanya apabila bunyi yang berlebihan menganggu

keselesaan hidup. Pencemaran jenis ini berhubung rapat dengan kemajuan industri

dan pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya. Keamatan bunyi disukat

dalam unit desibel(dB) yang menggambarkan kadar tenaga bunyi menembusi satu

unit luas. Frekuensi yang selesa didengar oleh manusia ialah 500-2000 Hz

manakala keamatan bunyi yang selesa pula ialah 60dB. Bunyi yang berkeamatan

tinggi sehingga 85dB dan frekuensi lebih daripada 400 Hz dapat memberi kesan

kepada pendengaran seseorang. Misalnya, seseorang itu mungkin mengalami

kepekakkan sementara atau kekal. Selain itu, ia juga menimbulkan gangguan

emosi dalam seseorang dan dapat meninggikan tekanan darah

seseorang.Pencemaran ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebisingan

11 | P a g e

Page 13: Titas

selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan. Punca-

punca pencemaran ini ialah :

i. Bunyi yang berpunca daripada proses pembangunan.

ii. Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran

ini.

iii. Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.

Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan dan

sebagainya.

Contoh gambar pencemaran bunyi

d) Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah merupakan pencemaran yang dilakukan oleh manusia

secara sengaja atau tidak sengaja. Pencemaran tanah boleh dilihat sebagai

perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran

12 | P a g e

Page 14: Titas

warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan

sama ada berbentuk air atau pepejal. Pencemaran tanah menunjukkan tahap serius

apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah bertukar warna menjadi kehitaman

dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu. Bahan pencemar pula

terdiri daripada pencemar organic, kimia atau fizik. Pencemaran tanah juga

memberikan kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika hampir kesemua tempat

telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan

alam ini. Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah :

i. Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang

ii. Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke

arah pencemaran ini.

iii. Penggunaan racun seranggan secara berlebih-lebihan.

iv. Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-niali maksum yang

terdapat di kawasan menarik dan indah. Pembalakan yang bertujuan

untuk menggerakkan industry hiliran bagi mambangunkan ekonomi

juga mengubah rupa bumi di kawasan berkenaan.

Contoh gambar pencemaran tanah

13 | P a g e

Page 15: Titas

e) Pencemaran Haba

Pencemaran haba merupakan pencemaran yang diakibatkan oleh

peningkatan suhu terutamanya dalam proses-proses industri. Pencemaran haba

akan mengubah suhu air dan udara dan seterusnya akan memberi kesan

negatif terhadap organism akuatik. Sebagai contoh, haba yang dibebaskan dari

janakuasa, secara tidak langsung akan memanaskan air sungai. Ini akan

menyebabkan pertumbuhan bacteria dan mengurangkan jumlah oksigen di

dalam air dan ianya akan menyebabkan ikan-ikan di dalam sungai mati.

3.2 LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak

mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan

tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin

tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan

pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia

dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya

digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi.

Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam

sekitar perlulah diambil.

14 | P a g e

Page 16: Titas

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.

Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat

khabar. Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara

pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat

tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen.

Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap

keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia

atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan

perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar

dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam

sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini

dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak

menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar.

Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita,

kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini

masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara

menjaga alam sekitar seperti menguruskan  sisa pembuangan supaya kurang memberi

pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan

pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu,

masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar.

Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok

bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman

pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan

semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan

hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui

organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-

syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada

15 | P a g e

Page 17: Titas

peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah

khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui

kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah

bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting

supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar

melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di  antara kelas juga

perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar

dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar

dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini.

Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar           .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan

teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.

Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan

lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan

adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu,

dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula

bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan

bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu  akan dapat mengurangkan pencemaran yang

disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi

moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap

kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang

dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.

3.2.1 AMALAN GUNA SEMULA BAHAN

Antara amalan kitar semula yang boleh dilakukan :

Kitar semula mengikut jenis barang

Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca.

Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh

dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.

16 | P a g e

Page 18: Titas

Beli produk yang boleh dikitar semula

Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh

dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.

Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula

Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk

tersebut.

Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya

Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara

untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi

bahan-bahan toksik.

Tong kitar semula dan pusat pengumpulan

Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan

kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.

3.2.2 Penggunaan Semula

Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan

dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan.

Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai

pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula

bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa

pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita

dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.

3.2.3 Kepentingan Penggunaan Semula

17 | P a g e

Page 19: Titas

Dengan menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat

digunakan semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk

pengekstrakan, pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga

menurun, pembakaran bahan api fosil berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas

karbon dioksida (CO2) ke atmosfera dapat dikurangkan. Kelebihan-kelebihan

penggunaan semula adalah :

Pemeliharaan sumber semula jadi

Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang

tidak diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan

kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang

dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian

barang-barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di

pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan

barang baru.

Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya.

Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan

komponen lain yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang

berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan

untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia

berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan

menggunakan dalam kuantiti yang sedikit adalah cara mengurangkan penghasilan sisa

berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.

18 | P a g e

Page 20: Titas

Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya.

Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan

komponen lain yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang

berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan

untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia

berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan

menggunakan dalam kuantiti yang sedikit adalah cara mengurangkan penghasilan sisa

berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.

3.2.4 Penjimatan Kos

Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa

pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah dan

pengguna-pengguna individu.

Perniagaan sektor industri. Juga mempunyai insentif ekonomi dengan amalan

pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang – barang yang kurang

pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan. Pengurangan

dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar. Ia boleh

dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah.

Pengguna. Pengguna juga boleh berkongsi keuntungan ekonomi daripada pengurangan

sumber. Membeli barang secara pukal, dengan pembungkusan yang kurang atau yang

boleh digunakan semula dengan kerap membawa kepada penjimatan kos. Apa yang baik

untuk alam sekitar juga baik untuk poket anda! Kebanyakan barang yang dijumpai di

rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang

– barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut

merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang

berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

19 | P a g e

Page 21: Titas

Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh

itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh

digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-

barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

3.2.5 Bahan yang boleh digunakan semula

Beg jinjing (beg plastik) dan beg ikatan berpintal. Beg jinjing (beg plastik) boleh digunakan semula sebagai beg untuk membuang sampah sisa dapur di rumah. Beg kertas berguna sebagai kertas pembalut dan beg ikatan berpintal boleh digunakan untuk mengikat wayar komputer.

Sampul surat. Dengan melekatkan label baru pada alamat penerima anda dapat menggunakan semula sampul surat tersebut. Sampul surat yang lama boleh juga digunakan semula sebagai kertas untuk membuat nota.

Bekas botol kaca dan pasu. Dengan membersihkan botol kaca dan pasu kecil, anda boleh menggunakannya semula sebagai bekas makanan atau untuk menyimpan barang – barang lebihan yang tidak diperlukan.

20 | P a g e

Page 22: Titas

Surat khabar, kertas kadbod dan pembalut beg udara (bubble wrap). Boleh digunakan untuk membungkus barang – barang apabila berpindah rumah atau untuk menyimpan barang – barang yang mudah pecah.

Pakaian lama. Boleh dijadikan bahan tekstil lain seperti alas kusyen ataupun sarung tangan dapur.

Bungkusan. Bahan logam dan bekas telur boleh didermakan ke sekolah dan taman asuhan kanak – kanak, supaya dapat digunakan dalam kelas seni atau untuk projek kraftangan.

Kertas-kertas terpakai. Boleh digunakan untuk membuat nota dan lakaran. Jangan lupa untuk mengitar semula apabila anda tidak memerlukannya lagi

21 | P a g e

Page 23: Titas

Tayar. Tayar – tayar lama / buruk boleh dikitar semula atau untuk dijadikan buaian atau hiasan di taman permainan kanak-kanak.

Kayu-kayu terpakai. Boleh digunakan sebagai bahan kraftangan untuk membuat objek seperti rak rempah atau sangkar burung atau juga boleh digunakan sebagai kayu api.

4.0 KESAN-KESAN KEPADA MANUSIA

4.1 Kesan Negatif

o Kesan dari segi pencemaran udara

Kesan terhadap Kesihatan Manusia

Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan4. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.

o Kesan dari segi pencemaran air

22 | P a g e

Page 24: Titas

Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air, tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

o Kesan dari segi pencemaran bunyi

Masalah Pendengaran Manusia

Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku.

4.2 Kesan Positif

Kepentingan Terhadap Manusia

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya. Dan antara kepentingannya ialah:

23 | P a g e

Page 25: Titas

o Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah

di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.

o Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah

lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.o Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula

mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

5.0 ISU-ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia. Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan buruk kepada masyarakat dan dunia pada masa kini. Ini tidak dapat dinafikan lagi kerana terdapat banyak kes-kes yang terlibat termasuklah penipisan ozon,kejadian hujan asid,kesan terhadap rumah hijau dan banyak lagi. Kes sebegini tidak seharusnya dipandang remeh oleh semua golongan masyarakat bermula dari individu itu sendiri sehinggalah ke tahap dunia.

   Pencemaran ini haruslah ditangani segera kerana jika tidak,ia akan memberi kesan masa panjang.Jika kita dapat lihat sekarang ini,banyak kes-kes pencemaran yang di laporkan akibat daripada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Pada masa kini ,terdapat banyak kes pencemaran yang berlaku tak kurangnya di Malaysia.Jika ingin dilihat dari sudut pencemaran udara,sekarang ini banyak kes yang terjadi akibat daripada pembakaran hutan secara berleluasa. sebagai contoh,Indonesia adalah salah satu negara penyumbang kepada kes pencemaran udara yang terbesar di rantau ini.

24 | P a g e

Page 26: Titas

Isu  pertama yang ingin kami ketengahkan ialah kes pencemaran udara yang terjadi akibat daripada pembakaran sampah secara terbuka yang terjadi di kawasan Klebang,Melaka. Dengan wawasan ingin menjadikan Melaka sebagai negeri maju 2010, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk melupuskan pusat pelupusan sampah yang terdapat di negeri itu. Walaubagaimanapun,langkah yang ingin di ambil oleh pihak kerajaan negeri di anggap sebagai langkah yang kurang bijak kerana jika perkara ini terjadi, ia akan memberi kesan kepada penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasa tersebut. Jika kita sedar, benda yang terbuang ini mengandungi bahan yang berbahaya jika tidak di uruskan dengan baik. Maka, semua pihak seharusnya memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Melaka sebagai negeri yang bersih.

Isu kedua ialah tentang kerakusan pihak yang terlibat dalam kecurian  pasir di Taman Paya Indah Wetlands di  Dengkil,Selangor. Kawasan ini adalah tempat perlindungan untuk badak air dan juga buaya. Malah, tempat ini juga di ishtiharkan sebagai tempat persinggahan burung-burung yang berhijrah dari semua tempat. Seandainya tempat ini di perlakukan seperti ini,maka ekosistem di kawasan ini  akan musnah dan bertambah pupuslah keindahan alam yang terdapat di kawasan Wetlands. Punca berlakunya masalah ini adalah kerana permintaan yang tinggi kepada pasir yang terdapat  di kawasa itu.Pasir yang terdapat di situ ialah jenis pasir silika yang mana amat di perlukan di negara jiran kita,Singapura. Singapura memerlukan pasir jenis ini untuk membuat cip-cip mikro. Kesan kepada kes ini, habitat-habitat haiwan yang berlindung di kawasan itu mula tergugat. Pihak kerajaan haruslah mengambil berat tentang hal ini,jika tidak ia akan menyebabkan haiwan-haiwan ini pupus dari muka bumi ini.

25 | P a g e

Page 27: Titas

Isu yang ketiga ialah kes penggodolan tanah yang berlaku di Cameron Highland.Satu ketika dahulu,Cameron Highlands sangat terkenal dengan suasana sejuk di kalangan pelancong, sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Cameron Highlands juga adalah tempat yang paling sesuai untuk mendapatkan sayur-sayur dan buah-buahan segar.Menurut kajian yang di buat oleh Jabatan Geologi Cameron Highlands,pada tahun 1993,didapati hampir 77.5% kawasan itu masih dipenuhi oleh hutan,tetapi menjelang tahun 2002,hutan di kawasan itu hanya tinggal 54.2% hutan saja. Ini menunjukkan bahawa Cameron Highlands mula  menghadapi masalah.  Perkara sebegini terjadi di sebabkan oleh kerakusan pihak pengusaha hotel dan petani  yang ingin melipatkan gandakan pulangan mereka tanpa mengambil kira kesan kepada ekosistem yang terdapat di situ.Kejadian menggondolkan tanah untuk tujuan pertanian akan mengakibatkan tanah runtuh dan juga banjir lumpur. Sekiranya perkara sebegini berlaku, ia akan memberi impak yang besar kepada penduduk tempatan malah mungkin mengakibatkan kerugian kepada pengusaha hotel kerana pelancong mungkin tidak akan datang kerana khuatir akan tahap keselamatan di situ. Sekiranya anda pergi ke Cameron Highlands sekarang ini,anda akan dapat melihat batas-batas tanaman di bina hingga ke puncak bukit dengan kecerunan 25 darjah celcius. 

Kesan kepada kes ini, suhu Cameron Highlands mungkin akan meningkat dan itu akan menyebabkan kadar peratusan sektor pelancongan akan menurun. Selain itu, tanah runtuh dan banjir lumpur pasti akan berlaku kerana taburan hujan di Cameron Highlands adalah sekitar 3000 mm setahun. Tanaman seperti periuk kera,paku gajah dan pokok-pokok eksotik yang lain turut akan terjejas daripada aktiviti yang tidak sihat ini. Seharusnya pihak berkuasa mengambil langkah yang bijak dalam menengani masalah ini untukk memastikan tempat ini masih seperti dahulu tanpa ade sebarang penjejasan. Pihak pengusaha hotel dan juga tanaman haruslah memainkan peranan penting kerana  jika mereka mementingkan wang ringgit daripada kerosakan ekosistem,maka ini akan memberi kesan yang teruk kepada semua pihak.Malah.mereka akan turut di persalahkan di atas semuakejadian yang terjadi.

26 | P a g e

Page 28: Titas

1. Pemanasan Global

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih cepat menjadi panas berbanding dengan kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja. Mengikut model matematik, perubahan cuaca suhu purata global akan meningkat 1 hingga 2 darjah Celcius pada tahun 2030 disebabkan peningkatan dalam pelepasan gas-gas rumah hijau. Peningkatan purata suhu atmosfera bumi akan mengubah cuaca di bumi. Pemanasan global juga akan menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Artic dan Antartika. Aras laut pula dijangka meningkat 15cm pada tahun 2050 dan 34cm pada tahun 2100. Ini akan menyebabkan peningkatan dalam aras laut. Kawasan-kawasan dan bandar-bandar tepi laut seperti New York dan Rotterdam sudah mula mengalami kenaikan aras laut. Negara-negara pulau seperti Vanuatu telah kehilangan beberapa pulau-pulau kecil akibat kenaikan aras laut.

2. Sungai Paling Kotor Di Malaysia

Laporan Kualiti Alam Sekitar 2004 menyebut, Sungai Pinang adalah antara sungai paling tercemar sepanjang tahun itu sehinggakan airnya langsung tidak sesuai untuk tujuan minuman. Kajian hidrologi yang dilakukan mengkategorikan tiga sumber pencemaran sungai ialah pencemaran fizikal seperti sampah-sarap, pencemaran biologi seperti najis binatang yang menyebabkan kemunculan bakteria seperti E- Coli, pencemaran kimia yang terdiri daripada bahan kimia terlarut daripada pencemar fizikal

dan biologi dan pencemaran kimia. Walaupun kerja-kerja pembersihan Sungai Pinang sepanjang 3.6 kilometer sedang giat dijalankan sehingga mungkin mencecah RM500 juta kosnya, namun sehingga kini, masih banyak lagi sampah sarap yang terapung di permukaan sungai dan kualiti air yang begitu teruk tercemar. Bukan sahaja penduduk, malah pengusaha bengkel kereta juga menunjukkan sikap tidak beretika dengan membuang terus bahan buangan seperti sisa minyak hitam dan kepingan besi ke dalam sungai.

27 | P a g e

Page 29: Titas

3. Gempa Bumi 26 Disember 2004

Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku di Lautan Hindi lepas pantai barat Aceh yang mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia. Gempa bumi yang sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter. Ribuan telah terkorban akibat malapetaka ini. Gempa bumi ini mengakibatkan tsunami yang menelan korban nyawa yang sangat banyak. Angka sebenar korban kali ini mengkin tidak dapat diketahui namun sekurang-kurangnya 182,000 orang telah maut.

4. Pembalakan Haram

Aktiviti pembalakan di Lembah Belum-Temenggor yang tidak terkawal bukan sahaja menyebabkan kemusnahan hutan serta pencemaran sungai malah mengancam hidupan liar. Selain itu, pembalakan juga menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di hutan hujan tertua ini. Sekiranya usaha mengawal pembalakan tidak segera dilakukan, dikhuatiri hutan hujan tertua di dunia yang mempunyai keluasan seluas 300,000 hektar atau hampir empat kali ganda Singapura itu akan musnah begitu sahaja dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

28 | P a g e

Page 30: Titas

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar.Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang.Dalam menghadapi isu alam sekitar, antara peraturannya adalah "menerima hakikat" - hakikat bahawa manusia memiliki keperluan, dan alam sekitar memerlukan perlindungan. Jika kita dapat mencari titik pertemuan kedua-dua ini, dengan izin Tuhan bumi ini akan terus menjadi tempat hidup yang terbaik.

Akhir sekali, Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

29 | P a g e

Page 31: Titas

RUJUKAN

1. Kitab Pedoman Guru, Dussek dan Mohd Hashim Talib, 1929, Kitab Pertolongan Ilmu

Mengajar, Terjemahan Abd Aziz bin Din, 1948

2. Yusup Hashim (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti

3. Modul Teknologi Pendidikan, Uthm

4. Wikipedia

5. Domain penilaian dalam teknologi pendidikan/ Abd. Latif Haji Gapor

6. http://jamr2.brinkster.net/pendidikan/Media%20Pengajaran%203.pdf

7. Nota Teknologi Pendidikan ( Dalam CD )

8. http://hettymediapembelajaran.wordpress.com/2012/08/03/resume-buku-bab-1-

pengertian-dan-esensi-teknologi-pendidikan\

9. http://nadiraatika.edublogs.org/category/nothing/bab-02-reka-bentuk-pengajaran/

10. http://www.slideshare.net/avjaykhun/teknologi-pendidikan-15480079?from_search=3

11. http://mulyadiniarty.wordpress.com/2009/11/01/10-definisi-teknologi/

12. http://k0t4k87.blogspot.com/2010/08/isu-semasa-tentang-alam-sekitar.html

30 | P a g e