titas

20
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Upload: eric-adreec

Post on 11-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tamadun islam dan tamadun asia

TRANSCRIPT

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

KONSEP TAMADUNDEFINISICIRI-CIRIOBJEKTIFKONSEP TAMADUNSuatu ciri yang memisahkan antara manusia yang hidup tanpa sistem, adab dan kemajuan, dengan manusia yang telah mengalami transformasi.Perubahan daripada yang buruk kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang lebih baik.Merujuk kepada tahap yang tinggi dan dicapai oleh sekelompok manusia yang sudah meninggalkan tatacara cara hidup nomad.Berbeza antara manusia prasejarah yang tidak mengenal peraturan.DEFINISI TAMADUNPencapaian manusia dalam bidang kebendaan disamping tidak mengabaikan tentang aspek-aspek kerohanian yang menjadi panduan kearah kesempurnaan kehidupan di dunia dan di akhirat.

PENGERTIAN TAMADUN DARI SUDUT BAHASA Bahasa Latin : Civitas, civilis, civis dan civilitas = Civilization. Bererti warganegara, undang-undang dan sistem pemerintahan Rom.

Bahasa Greek : Kei yang bererti kediaman (rumah) dan sesuatu yang datang kepada kita. Keimelion bererti khazanah atau harta yang disimpan.

Bahasa Inggeris: Istilah civilization diambil daripada perkataan Latin civitas yang bermakna BANDAR.

Bahasa Melayu: tamadun dan peradaban. Kedua-dua istilah itu juga bukanlah kata asal bahasa Melayu. Kedua-dua adalah pinjaman daripada Perkataan Arab.Kamus Dewan : Tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan atau peradaban. Manakala peradaban berasal daripada perkataan adab yang merujuk kepada tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan) dan ditakrif juga sebagai telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), iaitu bertamadun.

Bahasa Tamil : Nakarikam, nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan bandar.

Bahasa Cina : Wen Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Juga merujuk kpd. unsur-unsurmaterial dan spiritual yang. muncul daripada pencapaian sejarah perkembangan manusia.

Bahasa ArabTerdapat lima istilah yang boleh dihubungkan denagn maksud tamadun Iaitu umran,hadharah,tamaddun,madinah dan madaniah.umranHadharah Tamadun madinahMadaniyyah Tokoh yang menggunakan ialah Abdul Ibnu khaldun(1332-1406M) dan Profesor Rosenthal menterjemahkan umran sebagai urbanization (perbandaran) dan kemakmuran bandar.Digunakkan oleh Ibn Khaldun. Bermaksud kehidupan menetap, suatu wilayah, daerah atau ibu kota, bandar atau kampung dan kawasan tanah yang ditanami.Berasal daripada perkataan madana yang bermaksud membina dan membangunkan bandar.Berasal daripada perkataan madana,jamaknya mudun atau madain bererti bandar-bandar atau nama kepada Yathrib yang kemudian ya diberi nama oleh Rasulullah SAW dengan Madinah-al-MunawwarahBandar dan kehidupan Bandar.Pada akhir abad ke 19 dan permulaan ke-20 istilah ini dipopularkan semula oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Farid Wajdi dengan maksud tamadun Keseluruhannya, istilah tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus sopan santun bagi pembentukan peribadi, aklah, tingkah laku, serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa.Arnold ToynbeeTamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun ialah satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral. (Mustafa Haji Daud: Tamadun Islam) Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

A.S. Hornby dan E.C. Parnwell Menyatakan dalam bukunya The Progressive English Dictionary tamadun bermaksud meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.

Pendapat Sarjana Barat & Islam

J. R. Strayer Menerangkan dalam bukunya The Mainstream of civilization menjelaskan perkataan tamadun amat rapat hubungan dengan perbandaran. Beliau mengatakan tamadun itu lahir di bandar. (Mustafa Haji Daud: Pengantar Tamadun Islam)

J.K. FieblemanTamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.

E.B. TaylorTamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

Oswarld SpenglerTamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan.

Will Durat Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

Ibnu Khaldun menerangkan tamadun ialah sekumpulanmanusia yang mendiami sebidang tanah yangmempunyai perbekalan ekonomi yangmencukupi, keselamatan nyawa dan harta yangterjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.

Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi Mengatakan tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.

Muhammad Rasyid RedhaAgama adalah asas tamadun, Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebanyakan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.

Sayyid QutbTamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat.

Said Hawa Tamadun terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.

Umar Audah al-KhatibTamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.

Muhammad al-BahiyTamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.

Mahayudin Hj.Yahaya tamadun itu tidak boleh dilihat dari aspek pembangunan fizikal sahaja, tetapi termasuk juga aspek keadilan, moral dan kerjasama serta kesefahaman dalam kalangan anggota masyarakat yang wujud di kota dan di desa.

Syed Naquib al-AttasKeadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

Mahmood Mohd. Taib an-Najmi suatu peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluaran dari segi tamadun.

Penempatan kekalPenempatan kekal bermula apabila masyarakat mengetahui cara bercucuk tanam dan menternak dan tidak lagi hidup pindah randah.

Perkembangan bandar dan perbandaranPertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan petempatan kekal berkembang menjadi sebuah bandar. Kemunculan bandar-bandar memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran, ekonomi, pusat ibadat dan lain-lain lagi.

Bahasa dan tulisanPeranan bahasa dalam tamadun awal ialah sebagi alat penyebaran ilmu pengetahuan, alat perhubungan dalam sesuatu masyarakat. Tulisan memberikan sesuatu masyarakat unsur peringatan yang membolehkan penerusan kebudayaan manusia.

Kemajuan sains dan teknologiCiptaan ciptaan baru telah dihasilkan seperti roda, kapal, peralatan pertanian, penemuan-penemuan sains seperti astronomi, matematik dan sebagainya.

Agama dan kepercayaanManusia percaya agama dan kepercayaan memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Agama dan kepercayaan mempengaruhi perkembangan kesenian, kesusasteraan, politik, ekonomi, dan sosial manusia.

Sistem pemerintahan dan pentadbiranKelompok manusia memerlukan pemerintah bagi mencapai kemajuan dalam ekonomi, pentadbiran dan politik.

Membuka minda tentang tamadun dunia dan memahami aspek aspek tentang ketamadunan.Menyatupadukan rakyat Malaysia dan menerapkan nilai-nilai murni yang ada pada setiap tamadun di negara kita.Meningkatkan persefahaman dan menimbulkan rasa hormat antara kaum di Malaysia.Pendedahan fikiran kearah toleransi, kasih sayang dan keamanan sejagat.Merintis jalan kearah pemikiran global, kritis, rasional dan terbuka.Pengisian minda kearah mencapai wawasan 2020.

Objektif

KESIMPULANNYA

Tamadun dapatlah dikatakan sebagai suatu perubahanatau pembangunan atau kemajuan yang berlaku dalamsetiap bidang kehidupan masyarakat samada berbentukfizikal, peraturan, pentadbiran atau sebagainya dan jugapembangunan spiritual. Tamadun mementingkan kedua dua aspek kehidupannamun pembangunan akhlak dan spiritual adalahdiutamakan.

Soalan1. Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang perlu dimiliki untuk mencapai tamadun yang tinggi dan disegani. Bincangkan dalam kumpulan.