undang-undang bagi diri kerajaan terengganu …dun.terengganu.gov.my/files/link/undang2tubuh.pdf ·...

51
UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA) PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua Dewan Peraturan memilih Yang Dipertua Dewan 1. Biia-bila jawatan Yang Dipertua Dewan itu kosong, baik dengan kerana dibubarkan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Terengganu (selepas daripada ini disebut "Dewan") atau dengan lain-iain sebab, maka Dewan, sebaik-baik sahaja cukup korumnya, hendaklah memilih seorang Yang Dipertua Dewan. 2. Peraturan memilih Yang Dipertua Dewan hendakiah seperti yang tersebut di bawah ini:- (1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama orang yang hendak dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan hendaklah menetapkan terlebih dahulu iaitu ahli yang hendak dicadangkannya itu sanggup berkhidmat jika dia terpilih, dan hendaklah •memberitahu kepada Setiausaha Dewan sebelum mesyuarat. (2) Seseorang ahli yang berucap kepada Setiausaha Dewan hendaklah mencadangkan seorang ahli selain daripadanya yang hadir pada masa itu, supaya menjadi Yang Dipertua Dewan dan hendaklah bercadang "Bahawa saya cadangkan (sebutlah nama ahli itu) mengambil tempat di dalam Dewan ini sebagai Yang Dipertua Dewan'. Maka cadangan itu hendaklah disokong tetapi bahasan diatasnya tidaklah dibenarkan. . . (3) Jikalau hanya seorang ahli sahaja yang dicadangkan dan disokong menjadi Yang Dipertua Dewan maka Setiausaha Dewan hendaklah memasyhurkan dia dengan tiada dikemukakan apa-apa soal lagi, menjadi Yang Dipertua Dewan. Jika lebih daripada seorang ahli yang dicadang dan disokong menjadi Yang Dipertua Dewan, maka Dewan hendakiah menjalankan pilihan dengan undi bertulis. (4) Bagi maksud menjalankan undi bertulis, Setiausaha Dewan hendaklah memberi kepada tiap-tiap ahli yang hadir sekeping kertas undi dan ahli yang dapat kertas ini bolehlah menuliskan nama ahii yang hendak diundinya. Kertas-kertas undi hendaklah dilipat supaya nama orang yang tertulis di atasnya tidak boleh nampak dan hendakiah ditandatangani oleh ahli yang mengundi itu. -1 -

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

41 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)

PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU

PENDAHULUAN

Memilih Yang Dipertua Dewan

Peraturan memilih Yang Dipertua Dewan

1. Biia-bila jawatan Yang Dipertua Dewan itu kosong, baik dengan kerana dibubarkan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Terengganu (selepas daripada ini disebut "Dewan") atau dengan lain-iain sebab, maka Dewan, sebaik-baik sahaja cukup korumnya, hendaklah memilih seorang Yang Dipertua Dewan.

2. Peraturan memilih Yang Dipertua Dewan hendakiah seperti yang tersebut di bawah ini:-

(1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama orang yang hendak dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan hendaklah menetapkan terlebih dahulu iaitu ahli yang hendak dicadangkannya itu sanggup berkhidmat jika dia terpilih, dan hendaklah •memberitahu kepada Setiausaha Dewan sebelum mesyuarat.

(2) Seseorang ahli yang berucap kepada Setiausaha Dewan hendaklah mencadangkan seorang ahli selain daripadanya yang hadir pada masa itu, supaya

menjadi Yang Dipertua Dewan dan hendaklah bercadang "Bahawa saya cadangkan (sebutlah nama ahli itu) mengambil tempat di dalam Dewan ini sebagai Yang Dipertua Dewan'. Maka cadangan itu hendaklah disokong tetapi bahasan diatasnya tidaklah dibenarkan. • . .

(3) Jikalau hanya seorang ahli sahaja yang dicadangkan dan disokong menjadi Yang Dipertua Dewan maka Setiausaha Dewan hendaklah memasyhurkan dia

dengan tiada dikemukakan apa-apa soal lagi, menjadi Yang Dipertua Dewan. Jika lebih daripada seorang ahli yang dicadang dan disokong menjadi Yang Dipertua Dewan, maka Dewan hendakiah menjalankan pilihan dengan undi bertulis.

(4) Bagi maksud menjalankan undi bertulis, Setiausaha Dewan hendaklah memberi kepada tiap-tiap ahli yang hadir sekeping kertas undi dan ahli yang dapat kertas ini bolehlah menuliskan nama ahii yang hendak diundinya.

Kertas-kertas undi hendaklah dilipat supaya nama orang yang tertulis di atasnya tidak boleh nampak dan hendakiah ditandatangani oleh ahli yang mengundi itu.

-1 -

Page 2: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(5) Kertas-kertas undi hendaklah dipungut oleh Setiausaha Dewan atau oleh seorang Pegawai Dewan yang diwakilkan olehnya dan hendaklah dihitung oleh Setiausaha Dewan di meja mesyuarat. Keputusan undi itu hendaklah dimasyhurkan oleh Setiausaha Dewan.

(6) (a) Jika lebih daripada dua orang calon telah dicadangkan dan mendapat sokongan dan dalam undi yang pertama tidak ada calon yang mendapat suara lebih daripada jumlah bahagian suara calon-calon yang lain, maka calon yang mendapat rendah sekali undinya hendaklah dikeluarkan dia daripada pilihan. Lepas itu dijalankan undi sekali lagi, dengan ditinggalkan calon yang mendapat rendah sekali undi itu. Demikianlah hendak dijalankan berturut-turut sehingga satu orang calon

mendapat suara lebih daripada suara calon seorang lagi itu atau lebih daripada jumlah bahagian suara calon-calon yang ada itu.

(b) Dalam masa dijalankan undi diantara tiga atau lebih daripada Tiga orang calon, dua orang atau lebih daripada dua orang calon sama undinya dan seorang daripadanya terpaksa ditinggalkan menurut fasal (a) yang tersebut di atas, maka ketentuan berkenaan dengan siapa yang hendak ditinggalkan itu hendaklah dengan jalan undi cabutan mengikut aturan sebagaimana yang diputuskan oleh Setiausaha Dewan.

(c) Jika dalam undi antara dua orang calon, didapati sama banyak suara hendaklah diundi sekali lagi, dan jikalau sama juga suaranya maka keputusan hendaklah diperbuat dengan cara undi cabutan yang diperbuat mengikut cara yang diputus oleh Setiausaha Dewan,

(7) Apabila kertas-kertas undi itu telah dihitung, hendaklah dimasukkannya ke dalam sebuah peti dan apabila seorang ahli telah dimasyhurkan terpilih menjadi Yang Dipertua, maka peti itu hendaklah dikunci di hadapan ahli-ahli mesyuarat dan disimpan dalam jagaan Setiausaha Dewan selama tiga puluh hari dan lepas itu, dengan tertakluk kepada apa-apa jua perintah yang harus diterima oleh Setiausaha Dewan dari Dewan, maka Setiausaha Dewan hendaklah membakar kertas-kertas undi itu dan memberi akuan kepada Dewan mengatakan kertas-kertas itu telah dibakar.

SumpahAhli-Ahli 3. Maka ahli yang dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan hendaklah, selepas sahaja Undangan ailantik, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, di hadapan

Negeri

- 2 -

Page 3: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Yang Dipertua Dewan dan Pengerusi Mesyuarat

Bahasa Rasmi Dewan

Setiausaha Dewan menurut kehendak Fasal 45 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Selepas daripada ini disebutkan dengan sebutan

Perlembagaan") dan, melainkan dengan tujuan menyempurnakan kehendak-kehendak Fasal 45 di dalam perlembagaan tersebut, tidaklah boleh ahli-ahli yang lain itu menduduki ataupun mengundi di dalam Dewan melainkan ianya telah mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan atau, jika tiada Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan.

Syaratnya tiap-tiap orang yang dibenarkan oleh undang-undang boleh berikrardi dalam mana-mana pembicaraan undang-undang bolehlah berikrar dengan cara yang serupa itu baqi menggantikan sumpah tersebut.

4.(1) Yang Dipertua Dewan, jika hadir, hendaklah mengetuai Persidangan-persidangan Dewan dan jika ia tiada maka bolehlah Dewan dengan cadangan daripada seorang ahli meminta mana-mana ahli mengetahuinya. Cadangan itu hendaklah disokonq tetapi perbahasan tidaklah dibenarkan.

(2) Maka bolehlah Yang Dipertua pada bila-bila masa di dalam masa Persidangan, meminta seseorang ahli menjadi pengetua sementara dengan tiada payah memberitahu kepada Dewan dan ahli itu hendaklah mempunyai segala kuasa-kuasa sebagai Yang Dipertua Dewan sehingga Yang Dipertua Dewan itu kembali.

(3) Maka Yang Dipertua Dewan jika hadir, atau mana-mana ahli-ahli yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan seperti yang tersebut di atas, hendaklah menjadi Pengerusi apabila Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

5. Bahasa rasmi Dewan ialah Bahasa Melayu tersyarat di bawah ini tidaklah boleh mana-mana lain daripada Bahasa Melayu:

dan melainkan sebagaimana ahli berucap di dalam bahasa yang

Dengan syarat selama sepuluh tahun daripada Hari Merdeka dan selepas itu sehingga diputuskan oleh Parlimen Persekutuan, maka Bahasa Inggeris bolehlah digunakan di dalam Dewan: Dan dipersyaratkan lagi selama masa itu juqa naskhah-naskhah yang terpakai:-

(a) Bagi semua undang-undang hendak dicadangkan di dalam Dewan; dan

yang hendak dikemukakan atau pindaan yang

- 3 -

Page 4: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(b) Semua undang-undang Negeri dan segala undang-undang pecahan (subsid iary legislations) hendaklah di dalam Bahasa Inggeris.

5 A (1) Maka hendaklah ada satu Cokmar bagi Dewan Undangan Negeri.

(2) Setiap kali Duli Yang Maha Mulia berangkat ke Dewan atau beredardari Dewan, atau setiap kali Yang Dipertua Dewan masuk ke Dewan pada setiap mesyuarat, Cokmar itu hendaklah ditanggung diatas bahu kanan mendahului Duli Yang Maha Mulia atau Yang Dipertua Dewan, mengikut mana yang berkenaan.

PENGGAL PERSIDANGAN DAN MESYUARAT-MESYUARAT

pen99al 6- (1) Maka penggal Persidangan Dewan hendaklah diadakan pada masa dan tempat Dewan ^ ^ ditentukan oleh Yan9 Maha Mulia dari semasa ke semasa di dalam Warta Kerajaan.

(2) Maka hendaklah diadakan suatu penggal Persidangan Dewan sekurang-kurangnya sekali setahun supaya tempoh selama enam bulan tidak akan lampau (berselang) di antara mesyuarat yang akhir di dalam satu penggal dengan mesyuarat yang pertama di dalam penggal yang berikut:-

Masa mesyuarat- 7. (1) Masa mesyuarat-mesyuarat Dewan bagi Penggal Persidangan hendaklah diadakan pada mesyuarat hari-hari dan waktu yang ditentukan oleh Yang Dipertua Dewan Dewan. 3 r

(1A) Tiap-tiap Persidangan Dewan hendaklah dimulakan pada pukul 9.30 pagi dan diteruskan sehingga pukul 5.00 petang atau lebih awal lagi setelah selesai atau ditangguhkan pekerjaan dalam kertas Tertib Pekerjaan.

Dengan syarat bahawa Menteri Besar atau mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang lain boleh, dengan tiada notis, membuat pada bila-bila masa cadangan, yang akan diputuskan dengan tiada pindaan atau perbahasa, untuk mengubah waktu Persidangan Dewan.

(1B) Tertakluk kepada syarat-syarat perenggan (1 A), Yang Dipertua Dewan pada bila-bila masa jua boleh menempohkan Persidangan selama yang ditetapkan masanya.

- 4 -

Page 5: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(2) Notis bertulis berkenaan dengan mesyuarat-mesyuarat hendaklah dihantarkan oleh Setiausaha Dewan kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya dua puluh satu bersih sebelum hari mesyuarat, tetapi jika kecemasan bolehlah Yang Dipertua Dewan tinggalkan keperluan notis yang sebegitu. Jikalau keadaannya begitu hendaklah diberi notis yang sehabis panjang yang boleh diberi.

(3) Jika didapati ada kepayahan mengadakan mesyuarat pada mana-mana hari yang ditetapkan begitu, maka mesyuarat Dewan bolehlah ditangguhkan oleh Yang Dipertua Dewan kepada mana-mana hari dan jam yang ditetapkan olehnya. Keputusan Yang Dipertua Dewan hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap ahli dengan cara notis yang bertulis Yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan, jika boleh, tiada kurang daripada lima hari genap sebelum hari yang ditetapkan untuk mesyuarat itu.

K°rum 8. Maka tidaklah boleh apa-apa Pekerjaan Dewan dijalankan kecuali penangguhan mesyuarat jika ada bangkangan diperbuat oleh mana-mana ahli yang hadir menyatakan bilangan ahli-ahli yang hadir itu kurang daripada dilapan orang tiada termasuk Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan.

Penangguhan 9. Satu-satu mesyuarat Dewan bolehlah ditangguhkan pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan ataupun dengan kehendak kebanyakan daripada ahli-ahli yang hadir.

Penangguhan 10. Jika pada masa selesai Pekerjaan Dewan pada hari itu Dewan di dalam menangguhkan mesyuarat semasa di dalam Jawatankuasa maka Persidanqan semula Jawatankuasa hendaklah sebagai Dewan.

ORANG-ORANG LUAR

Orang-orang luar

Tanggungan-tanggungan Setiausaha Dewan terhadap Orang-orang luar

11. Setiausaha Dewan berkuasalah mengeluarkan kebenaran masuk kepada mana-mana orang yang disyorkan boleh masuk oleh mana-mana ahli Dewan dan, jikalau tempat-tempat yang ada sedia boleh mencukupi, kepada mana-mana orang yang pada fikirannya layak:

Dengan syarat tidaklah boleh kebenaran-kebenaran ini dikeluarkan lebih daripada tempat-tempat yang ada.

12. Maka Setiausaha Dewan bolehlah dengan sendirinya atau dengan memerintah mana-mana orang lain menahan mana-mana orang luar yang tiada kebenaran yang ternampak olehnya ataupun yang diberitahu kepadanya berada di mana-mana bahagian Dewan atau serambinya

- 5 -

Page 6: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(ga l lery) , dan juga mana-mana orang luar yang selepas dibenarkan masuk ke mana-mana bahagian Dewan atau serambinya, berkelakuan tidak sopan, atau enggan mengundurkan dirinya apabila orang-orang luar dikehendaki mengundurkan diri dalam masa Dewan atau Jawatankuasa seluruh Dewan bersidang.

Orang-orang luar 13. Jika pada mana-mana Persidangan Dewan, atau di dalam Jawatankuasa, mana-mana mengundurkan ahli didapati ada orang-orang luar hadir, maka Yang Dipertua Dewan atau ahli ln' yan9 menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi, mana-mana satu yang berkenaan, hendaklah

dengan serta merta mengemukakan "Oran-orang luar hendaklah diperintah mengundurkan diri" dengan tiada dibenarkan apa-apa bahasan atau pindaan:

Dengan syarat bahawa Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi bolehlah, jika difikir olehnya patut, memerintah supaya orang-orang luar mengundurkan diri daripada Dewan mesyuarat, dan bolehlah memerintahkan supaya pintu-pintu Dewan mesyuarat ditutup.

^khbar 14- Dengan tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Peraturan 13, maka bolehlah Yang Dipertua Dewan memberi kebenaran am kepada wakil mana-mana akhbar menghadiri Persidangan-persidangan Dewan: Dengan syarat, jika akhbar ini menyiarkan berita perjalanan-perjalanan Dewan yang pada pandangan Yang Dipertua Dewan tiada berpatutan, maka bolehlah kebenaran ini dibatalkan. '

TERTIB PEKERJAAN MESYUARAT

Perjalanan- 15. Pada hari yang pertama bagi sesuatu mesyuarat Dewan selepas Pilihan Raya perjalanan bagi Am, ahli yang telah berhimpun pada masa dan tempat yang telah ditetapkan serta

Pertama duduk men9ikut susunan yan9 diaturkan oleh Setiausaha Dewan maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran Duli Yang Maha Mulia memanggil mesyuarat ini dan kemudian daripada itu Tertib-tertib Pekerjaan Dewan pada hari ini hendaklah diikuti seperti di bawah ini:-

(a) Memilih Yang Dipertua Dewan;

(b) Yang Dipertua Dewan mengangkat sumpah secara yang ditetapkan menurut Fasal XLV di dalam Perlembagaan;

Page 7: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(c) Ahli-ahli lain yang hadir mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan secara yang ditetapkan

. menurut Fasal XLV di dalam Perlembagaan;

Dan apabila habis Pekerjaan maka Dewan hendaklah meneruskan Iain-Iain Tertib Pekerjaan, jika ada yang ditetapkan pada hari ini sebagaimana yang disyaratkan terkemudian daripada ini.

16.(1) Melainkan jika Dewan menetapkan Tertib yang lain maka Tertib Pekerjaan Pekerjaan bagi tiap-tiap Persidangan hendaklah dijalankan menurut susunan yang berikut:

(i) Doa;

(ii) Ahli-ahli baru mengangkat sumpah;

(iii) Titah atau Perutusan daripada Duli Yang Maha Mulia;

(iv) Ucapan Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan;

(v) Menyampaikan rayuan-rayuan dan peringatan-peringatan;

(vi) Menyampaikan kertas-kertas kerja dan laporan-laporan, termasuk laporan-laporan jawatankuasa, dengan cara dibentangkan di atas meja;

(vii) Notis cadangan-cadangan (dengan mulut);

(viii) Soalan-soalan (yang bertulis dan dengan mulut) yang telah diberi notis untuknya serta jawapan-jawapan kepadanya;

(ix) Meminta izin menangguhkan Persidangan Dewan disebabkan oleh perkara-perkara yang penting mengenai orang ramai;

(x) Mana-mana cadangan, Rang Undang-Undang atau apa-apa Pekerjaan yang lain yang, pada fikiran Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan patut didahulukan daripada Tertib-tertib Pekerjaan lain yang ditentukan pada hari itu;

(xi) Cadangan-cadangan yang telah diberi notis baginya;

(xii) Rang Undang-Undang.

(2) Maka Setiausaha Dewan hendaklah sekurang-kurangnya tujuh hari genap sebelum mesyuarat Dewan, menghantarkan kepada tiap-tiap ahli Dewan suatu kertas

- 7 -

Page 8: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Tertib Pekerjaan yang mengandungi senarai soalan-soalan, cadangan, Rang Undang-Undang dan perkara-perkara yang lain yang pada masa itu dicadangkan untuk selenggarakan pada mesyuarat Dewan yang akan datang:

Dengan syarat jika Yang Dipertua Dewan mengesahkan bahawa mana-mana perkara itu ialah satu perkara yang penting mengenai orang ramai atau mustahak maka bolehlah perkara itu dimasukkan ke dalam Tertib Pekerjaan walaupun tiada disebutkannya di dalam kertas Tertib Pekerjaan.

(3) Walaupun ada syarat-syarat lain di dalam peraturan ini, bolehlah Dewan dengan undian yang tertentu mengandungi suara yang terbanyak menentukan mengambil perjalanan di atas mana-mana Pekerjaan yang tertentu keluar dari susunan yang lazim, dan cadangan bagi undian yang seumpama itu bolehlah dibuat dengan tiada payah' diberi notis dan hendaklah didahulukan daripada segala Pekerjaan yang lain.

PERINGATAN-PERINGATAN

Peringatan-peringatan mesyuarat

Kandungan peringatan-peringatan mesyuarat

17. Peringatan mesyuarat Dewan hendaklah disimpan.

Buku Tertib Pekerjaan Mesyuarat

18. (1) Maka Setiausaha Dewan hendaklah menyimpan peringatan-peringatan mesyuarat Dewan dan Jawatankuasa Seluruh Dewan hendaklah, jika boleh, tujuh hari genap sebelum tiap-tiap mesyuarat, menghantar satu naskah salinan peringatan mesyuarat bagi mesyuarat yang lalu kepada tiap-tiap ahli.

(2) Peringatan-peringatan mesyuarat hendaklah menunjukkan nama-nama ahli yang hadir, dan kesemua keputusan-keputusan mesyuarat Dewan, sama ada yang diperbuat dengan rasmi ataupun tidak, dan hendaklah ditandatangani oleh Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan.

(3) Sekiranya ada berpihak-pihak di dalam Dewan atau di dalam Jawatankuasa Seluruh Dewan, maka peringatan mesyuarat hendaklah mengandungi bilangan ahli-ahli yang mengundi menyokong dan membangkang kepada soalan itu, atau yang enggan mengundi, dan nama-nama ahli yang mengundi atau yang enggan mengundi.

19. Setiausaha Dewan hendaklah menyediakan dari sehari ke sehari dan hendaklah menyimpan sebuah Buku Tertib Pekerjaan Mesyuarat menunjukkan kesemua pekerjaan-pekerjaan yang ditetapkan untuk hari mesyuarat yang akan datang, dan apa-apa notis

- 8 -

Page 9: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

soalan, cadangan-cadangan atau Iain-Iain pekerjaan yang telah ditetapkan bagi hari yang akan datang, sama ada hari itu ditentukan aiau tidak. Maka Buku Tertib Pekerjaan Mesyuarat itu hendaklah menunjukkan tarikh dan jam diterima notis di atas tiap-tiap butir pekerjaan dan hendaklah dizahirkan bagi pemeriksaan oleh ahli-ahli pada segala masa yang munasabah.

^ Setiausaha Dewan hendaklah bertanggungjawab menyimpan peringatan-peringatan rp n r° " mesyuarat, rekod-rekod, rang undang-undang dan Iain-Iain surat yang dibentangkan di dalam

Dewan dan hendaklah dizahirkan bagi pemeriksaan ahli-ahli Dewan dan orang-orang lain menurut cara-cara yang diizinkan oleh Yang Dipertua Dewan.

CADANGAN-CADANGAN UNTUK DIBAHAS

21. Tertakluk kepada syarat-syarat Perlembagaan dan di dalam Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah ini bolehlah mana-mana ahli Dewan mengemukakan apa-apa Rang Undang-Undang atau mencadangkan suatu cadangan supaya dibahaskan di dalam Dewan, atau mengangkatkan apa-apa rayuan kepada Dewan, dan perkara-perkara ini hendaklah dibahas dan diselesaikan mengikut Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah ini:-

Dengan syarat -

(a) Kecuali dengan syor atau persetujuan Kerajaan yang disampaikan oleh Menteri Besar, maka tidaklah boleh diterima atau dibahas oleh Dewan akan Rang Undang-Undang, pindaan, cadangan atau rayuan yang akan membelanjakan sebarang hasil mahsul Kerajaan atau wang Kerajaan Negeri atau membatal atau mengubahkan sebarang peruntukan daripadanya atau mengenakan, mengubah atau membatalkan sebarang cukai-cukai (rate, tax or duty); dan

(b) Kecuali dengan kebenaran Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan, maka tidaklah boleh Dewan mengambil perjalanan di atas mana-mana cadangan atau rayuan yang pada fikiran Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan akan menggantungkan Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Dewan, atau mana-mana syarat daripadanya.

Cadangan-cadangan untuk dibahas

- 9 -

Page 10: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

SURAT RAYUAN

Peraturan 22. (1) (a) Tiap-tiap permohonan berkenaan dengan dan tiap-tiap surat rayuan menyerahkan yang gkan bertanggungjawab rayuan yang beradab.

kepada Dewan hendaklah secara surat rayuan, itu hendaklah dikemukakan oleh seorang ahli, melihat supaya surat rayuan itu ditulis dengan cara

(b) Suatu surat rayuan memohon pemberian wang, peruntukan atau perbelanjaan wang Kerajaan atau menghapuskan hutang-hutang kepada kerajaan atau mengurangkan cukai-cukai yang kena dibayar oieh mana-mana orang atau ganti-rugi kerana kehilangan wang kerajaan tidaklah boieh diterima oleh Dewan melainkan dengan syor kerajaan yang disampaikan oleh Menteri Besar.

(2) (a) Jika tandatangan diturunkan ke atas lebih daripada satu naskah, maka butir permohonan hendaklah diulangi di kepala tiap-tiap naskah itu. Seseorang yang tidak boleh menulis bolehlah menurunkan tandanya dihadapan dua orang saksi.

(b) Di dalam sesuatu rayuan tidaklah boleh disebutkan apa-apa perbahasan di dalam Dewan atau merujukkan kepada mana-mana cadangan melainkan notis di atas cadangan itu telah dimasukkan ke dalam buku Tertib.pekerjaan Dewan.

(c) Seseorang ahli itu tidak berkelayakan mengemukakan apa-apa rayuan untuk dirinya atau pun rayuan-rayuan yang telah ditandatangani olehnya tetapi surat rayuan itu bolehlah dikemukakan oleh ahli yang lain.

(cf) Tiap-tiap surat rayuan, sebelum dikemukakan, hendaklah ditandatangani pada permulaan'nya oleh ahli yang bertanggungjawab diatasnya dan diserahkan sekurang-kurangnya satu hari genap kepada Setiausaha Dewan dan Setiausaha Dewan, setelah memeriksanya, hendaklah menyampaikan surat rayuan itu kepada Yang Dipertua Dewan bagi persetujuan dan tiadalah boleh mana-mana surat rayuan dikemukakan melainkan telah disealkan dengan perkataan-perkataan "Disahkan oleh Yang Dipertua Dewan".

(e) Tiap-tiap seorang ahli sebelum mengemukakan surat rayuan hendaklah menentukan dan menulis di kepala surat itu bilangan tanda-tanda tangan di atas dan hendaklah memuaskan hatinya bahawa surat itu tiada mengandungi bahas yang kurang adab kepada Dewan.

-10-

Page 11: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(3) Seseorang ahli yang mengemukakan surat rayuan kepada Dewan bolehlah menyatakan dengan ringkasnya tujuan surat rayuan itu.

(4) (a) Maka adalah menjadi kelayakan bagi mana-mana ahli mencadangkan supaya surat rayuan itu dibaca. Apabila membuat cadangan yang sebegitu hendaklah ia nyatakan dengan ringkasnya sebab-sebabnya yang hendak dibacakan surat rayuan itu.

(b) Tiadalah dibenarkan bahasan cadangan itu atau dibenarkan mana-mana ahli yang lain bercakap diatas atau berkaitan dengan surat rayuan tersebut, melainkan bagi maksud membuat sokongan diatasnya. '

(c) Apabila cadangan itu disokong, soalan hendaklah dihadapkan adakah surat rayuan itu hendak dibaca.

(d) Sesuatu surat rayuan, yang telah dikemukakan kepada Dewan menurut Perkara (3) hendaklah diedarkan kepada Jawatankuasa terpilih yang khas atau pun Jawatankuasa yang lain.

(e) Apabila mana-mana surat rayuan itu diedarkan kepada Jawatankuasa terpilih atau Jawatankuasa yang lain, maka kesemua orang yang hak atau faedahnya terbabit dengan mana-mana langkahan yang dicadangkan atau undang-undang negeri yang berkaitan'dengan surat rayuan itu bolehlah membuat kenyataan kepada Jawatankuasa itu, sama ada bersendirian, atau, mengikut timbangan Jawatankuasa, oleh peguam. '

KERTAS-KERTAS KERJA

Kertas-kertas kerja 23. (1) Kertas-kertas kerja hendaklah dikemukakan oleh Yang Dipertua Dewan, yang i enar an Menteri Besar atau pun Pengerusi sesuatu Jawatankuasa Dewan dan kertas-kertas

itu hendaklah dikirimkan kepada Setiausaha Dewan.

(2) Tiap-tiap kertas kerja apabila salinannya telah diterima oleh Setiausaha Dewan hendaklah disifatkan sebagai telah dikemukakan kepada Dewan, dan dibentangkan diatas mejanya.

(3) Sekalian kertas-kertas kerja yang dikemukakan hendaklah dimasukkan ke dalam Tertib Pekerjaan pada hari yang dikemukakan atau, jika Dewan belum lagi bersidang, di dalam tertib-tertib Pekerjaan Dewan yang akan datang selepas kertas itu dikemukakan.

-11-

Page 12: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

SOALAN-SOALAN

Notis bagi soalan- 24.(1) Maria-mana ahli yang berhajat membuat sesuatu soalan hendaklah (melainkan di dalam soalan perkara-perkara kecemasan dan dengan izin Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi

Pengetua Dewan) memberi notis untuknya dengan menyerahkan satu salinannya yang bertulis kepada Setiausaha Dewan sekurang-kurangnya dua puluh satu hari sebeium daripada hari yang ia berhajat membuat soalan itu.

Soalan-soalan (2) Mana-mana ahli boiehlah membuat soalan untuk mendapat jawapan dengan

rlnakas ^ mU'Ut dengan n°tis yang ringkas berkaitan den9aa apa-apa butir di dalam Tertib 9 Kertas Kerja Dewan untuk mesyuarat di mana soalan hendak diperbuat. Satu

salinan soalan yangdiberi notis ringkas hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Dewan sekurang-kurangnya tiga hari sebeium mesyuarat. Yang Dipertua Dewan seorang sahajalah yang boleh menentukan adakah boleh soalan yang diberi notis ringkas itu diterima.

Kepada siapa 25. (1) Soalan-soalan boiehlah dihadapkan kepada Menteri Besar berkenaan dengan hal ehwal SnIf! P oran9 ramai' Perjalanan-perjalanan yang belum selesai di dalam Dewan ataupun apa-apa perkara soaian-soaian pentadbiran.

(2) Soalan-soalan boiehlah juga dihadapkan kepada Menteri Besar ber-kenaan dengan sesuatu Rang Undang-Undang, cadangan-cadangan atau hal ehwai orang ramai yang bersangkutan dengan pekerjaan Dewan.

Tujuan-tujuan 26. (1) Maka maksud yang sebenar membuat sesuatu soalan ialah mendapatkan penerangan di waral1 JT Syaral a'as sesuatu perintah yang di dalam kandungan pekerjaan yang istimewa bagi Menteri Besar dan ditunaikan S6SUatU S°a'an itU tidaklah b°leh diJadikan helah ba9' sesuatu perbahasan.

(2) Dengan tiada mencacatkan apa-apa yang tersebut di atas, maka soalan-soalan hendaklah menurut syarat-syarat yang tersebut di bawah ini:-

(a) Sesuatu soalan tidaklah boleh mengandungi nama-nama sebarang orang atau kenyataan yang tidak begitu mustahak untuk menjelaskan soalan itu;

-12-

Page 13: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(b) Jika sesuatu soalan itu mengandungi kenyataan, maka ahli yang membuat soalan itu hendaklah ia sendiri bertanggungjawab di atas betulnya kenyataan itu;

(c) Sesuatu soalan tidaklah boleh mengandungi apa-apa perbahasan, ungkapan, pendapat, tohmah, gelaran atau kalimah-kalimah yang mengelirukan, menyindir atau mencela dan juga sesuatu soalan tidaklah boleh bersifat dangkal atau diperbuat untuk mendapatkan penerangan mengenai perkara-perkara remeh;

(d) Sesuatu soalan tidaklah boleh diperbuat untuk mendapat pandangan ataupun penyelesaian di atas masalah-masalah undang-undang yang remeh, ataupun soalan-soalan yang tiada berbukti;

(e) Sesuatu soalan tidaklah boleh diperbuat untuk bertanya di atas kelakuan atau perangai mana-mana orang kecuali yang mengenai jawatannya;

(/) Sesuatu soalan tidaklah boleh diperbuat bagi membayangkan kelakuan atau perangai seseorang jika kelakuan atau perangai orang itu cuma boleh disoal dengan soalan yang tertentu sahaja;

(g) Sesuatu soalan tidaklah boleh dikarangkan cakapannya secara yang mungkin akan memudaratkan sesuatu kes yang sedang dibicarakan atau diperbuat berkenaan dengan apa-apa perkara yang di dalam pertimbangan mahkamah

• ( sub jud ice) .

(h) Sesuatu soalan yang telah dijawab dengan jelas tidaklah boleh perbuat lagi di dalam persidangan itu juga.

(/) Sesuatu soalan tidaklah boleh menyebutkan perbahasan atau jawapan-jawapan kepada soalan-soalan dalam penggal Persidangan yang semasa;

(/) Sesuatu soalan tidaklah boleh menyebutkan pekerjaan dalam Jawatankuasa yang belum dimaklumkan kepada Dewan;

(k) Sesuatu soalan tidaklah boleh meminta penerangan berkenaan dengan apa-apa perkara rahsia sifatnya;

(I) Sesuatu soalan tidaklah boleh diperbuat tentang sama ada betul atau tidaknya kenyataan-kenyataan dalam surat-surat khabar atau kenyataan-kenyataan orang persendirian atau badan-badan kewangan;

-13-

Page 14: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(m) Sesuatu soalan tidaklah boleh mengandungi apa-apa sebutan kurang adab berkenaan dengan sesebuah negara asing yang baik perhubungannya dengan Malaysia;

(n) Sesuatu soalan tidaklah boleh diperbuat untuk mendapatkan penerangan yang ada dalam surat-surat atau buku-buku rujukkan biasa yang boleh didapati;

(o) Sesuatu soalan tidaklah boleh membuat atau membayangkan tuduhan yang bersifat peribadi;

(p) Sesuatu soalan tidaklah boleh diperbuat berhubung dengan apa-apa perkara yang termasuk dalam syarat-syarat Peraturan 46 (XVI);

(q) Sesuatu soalan tidaklah boleh diperbuat untuk mendapatkan butir-butir atau fakta-fakta dalam mana-mana perbicaraan kehakiman.

(3) Dengan tidak menghiraukan apa-apa yang terkandung dahuiu daripada ini, maka bolehlah Menteri Besar, dengan persetujuan Yang Dipertua Dewan, enggan daripada menjawab soalan-soalan dengan alasan memelihara faedah orang ramai dan keengganan itu tidaklah boleh dibahas atau disoal.

(4) Maka Yang Dipertua Dewan sahajalah yang boleh menentukan sama ada sesuatu soalan itu boleh diterima atau tidak di bawah peraturan-peraturan dan perintah-perintah tetap, dan bolehlah ia menolak, atau membenarkan tertakluk kepada apa-apa perubahan yang ia arahkan, mana-mana soalan yang berlawanan dengan mana-mana peraturan dan perintah tetap dan juga yang berlawanan dengan mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan 1948, dan lagi bolehlah ia menolak mana-mana soalan apabila difikirkan olehnya ialah suatu soalan yang menyalahgunakan hak bersoal atau yang disifatkan akan menyekat atau menggendalakan perjalanan dewan atau akan menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum atau kumpulan dengan satu kaum atau kumpulan dalam negeri atau Malaysia, atau yang samar-samar atau tidak dapat difahami atau tak logik.

(4A) Dengan tiada menyentuh keluasan kalimah itu, sesuatu soalan itu adalah suatu penyalahgunaan hak bersoal dalam erti Perenggan (4) jika -

(a) la bertujuan mendapatkan butir-butir, perincian-perincian, statistik-statistik atau data-data yang begitu panjang lebar hinggakan kirja yang terlebih

-14-

Page 15: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

dalam membekalnya tidak seimbang dengan kebergunaannya yang mungkin bagi ahli yang membuat soalan itu;

(b) la bertujuan mendapatkan butir-butir, perincian-perincian, statistik-statistik atau data-data berkenaan dengan orang-orang yang boleh dikenal pasti supaya mendedahkan, tanpa apa-apa justifikasi dari sudut pandangan kepentingan orang ramai, hal ehwal, urusan atau aktiviti-aktiviti orang-orang itu.

(5) Maka Yang Dipertua Dewan bolehlah, mengikut timbangannya, memerintah supaya mana-mana soalan dijawab pada persidangan yang lain yang ditetapkan olehnya dan bukan pada persidangan di dalam mana soalan itu dibuat.

(6) Apabila soalan yang dibuat itu terkena kepada apa-apa perkara yang, menurut Perlembagaan Persekutuan, ialah perkara yang di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana jabatannya, maka bolehlah Yang Dipertua Dewan, mengikut timbangannya, sama ada menolak soalan itu atau memerintahkan supaya dirujukkannya kepada Kerajaan Persekutuan dan jawapannya dibentangkan di atas meja di dalam mesyuarat Dewan yanq akan datang.

(7) Soalan-soalan tidaklah boleh dibenarkan apabila jawapannya sudah ada di dalam pengetahuan ahli itu sendiri dengan sebab kedudukannya di dalam mana-mana Jawatankuasa Dewan atau mengikut jawapan yang telah diberi kepada soalan-soalan yang sudah sama ada soalan itu diperbuat oleh ahli yang membuat pertanyaan itu atau tidak atau di dalam ucapan yang diperbuat oleh seseorang ahli atau pegawai bagi menjawab apa-apa cadangan atau ucapan penangguhan:

Dengan syarat, jika ahli. yang membuat soalan itu bukannya seorang ahli pada masa penerangan diberi, maka hendaklah Setiausaha Dewan memberi kepadanya satu salinan penerangan itu.

(8) Penolakan sesuatu soalan, berserta dengan sebab-sebabnya hendaklah diberitahu dengan surat oleh Setiausaha Dewan kepada ahli yang berkenaan.

(9) Setiausaha Dewan adalah diberi kuasa menyunting soalan-soalan dikemukakan.

-15-

Page 16: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(10) Jika ternyata kepada Setiausaha Dewan bahawa dalam sesuatu soalan tergolong beberapa soalan yang tidak ada kaitan secara langsung antara satu sama lain atau yang lebih sesuai jika dikemukakan sebagai soalan-soalan berasingan, maka Setiausaha Dewan bolehlah dengan izin Yang Dipertua Dewan, memecahkan soalan itu kepada beberapa soalan.

(11) Jika, hasil daripada pemecahan sesuatu soalan di bawah Perenggan (10), bilangan soalan-soalan daripada seseorang ahli melebihi had yang dinyatakan dalam Peraturan 27 (2) atau (2A). Yang Dipertua Dewan hendaklah memutuskan yang mana daripada soalan-soalan yang berhasil daripada pemecahan itu akan ditolak. Penolakan sesuatu soalan di bawah perenggan ini hendaklah diberitahu dengan surat berserta dengan penjelasan oleh Setiausaha Dewan kepada ahli yang berkenaan.

Caramembuat 27. (1) Sesuatu soalan tidaklah boleh diperbuat dengan tiada diberi notis soalan menurut Peraturan 24 daripada peraturan-peraturan dan perintah-perintah ini, melainkan jika

mustahak dan ahli itu telah mendapat izin daripada Yang Dipertua Dewan sebagaimana yang ditentukan di bawah peraturan ini.

(2) Seseorang ahli yang berkehendakkan kepada jawapan dengan mulut kepada suatu soalannya hendaklah menandakan notisnya dengan perkataan-perkataan "Jawapan Dengan Mulut'. Jika soalan itu tidak ditandakan sebegitu, maka hendaklah Menteri Besar membuat jawapan yang bertulis melalui Setiausaha Dewan. Tiadalah boleh lebih daripada tiga soalan ditanda "Jawapan Dengan Mulut" diperbuat oleh ahli pada sesuatu hari.

(2A) Seseorang ahli tidaklah boleh membuat lebih daripada lima soalan bagi jawapan yang bertulis, termasuk soalan-soalan yang tidak bertanda "Jawapan Dengan Mulut" yang disebut dalam Perenggan (2), dalam mana-mana satu mesyuarat dibuat.

(3) Apabila sampai masanya untuk diperbuat soalan maka Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan hendaklah meminta (menyeru) tiap-tiap ahli yang namanya tercatat di dalam Tertib Pekerjaan Dewan untuk mendapatkan jawapan dengan mulut itu ahli yang diminta sebegitu hendaklah bangun ditempatnya dan membuat soalan dengan menyebutkan bilangan di dalam Tertib Pekerjaan Dewan, dan Menteri Besar bolehlah memberi jawapannya, atau bolehlah seorang daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan menjawab soalan itu bagi pihaknya.

-16-

Page 17: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(4) Jika ahli yang berhak kepada jawapan dengan mulut itu tiada bangun membuat soalan, maka bolehlah ahli yang lain membuat soalan itu sebagai soalannya sendiri dan bolehlah bangun di tempatnya membuat soalan dengan cara yang ditetapkan di atas.

(5) Mana-mana ahli bolehlah membuat soalan tambahan untuk mendapat keterangan tambahan di atas apa-apa perintah yang berkaitan dengan jawapan dengan mulut yang telah diberi tetapi soalan tambahan itu janganlah dibenarkan untuk memasuki apa-apa perkara yang tidak termasuk di dalam soalan yang asal.

(6) Maka Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan hendaklah menolak soalan tambahan jika, pada fikirannya, soalan tambahan itu melanggar peraturan-peraturan dan perintah-perintah ini yang berkenaan dengan soalan-soalan dan lagi bolehlah ia menolak mana-mana soalan tambahan jika pada fikirannya soalan tambahan itu ialah mempersenda-sendakan hak-hak membuat soalan atau disifatkan menyekat atau menggendalakan peraturan-peraturan dewan.

Jawapan-jawapan 28. (1) Pada menjawab mana-mana pertanyaan, Menteri Besar tidaklah boleh membahas perkara soalan itu.

(2) Jawapan, kepada soalan-soalan bolehlah dibaca, dan jika dibaca, salinan jawapan yang bertulis hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Dewan dengan serta merta.

PENANGGUHAN

29. Sesuatu Mesyuarat Dewan bolehlah pada bila-bila masapun ditangguhkan oleh Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan dengan tiada menjadi bahasan, dan terutama sekali apabila terjadi apa-apa kekacauan yang besar di dalam Dewan, Yang Dipertua Dewan atau pun ahli yang menjadi Pengetua Dewan bolehlah menangguhkan Dewan dengan tiada apa-apa bahasan atau digantungkan mana-mana mesyuarat selama masa yang ditetapkan olehnya.

Penangguhan disebabkan oleh kekacauan dan sebagainya

-17-

Page 18: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

PERKARA-PERKARA YANG MUSTAHAK BAGI ORANG RAMAI

Cadangan 30. (1) Cadangan kerana menangguhkan Persidangan Dewan disebabkan oleh menanggu an sesuatu perkara yang tertentu dan mustahak bagi orang ramai tidaklah boleh merundinqankan ^iperbuat melainkan seseorang ahli pada masa permulaan pekerjaan am (iaitu perkara-perkara se'ePas sahaja soalan-soalan telah diselesaikan) bangun di tempatnya menyatakan yang ia yang mustahak meminta lz'n menangguhkan Persidangan Dewan bagi maksud merundingkan satu perkara bagi orang ramai ^anP tertentu dan mustahak bagi orang ramai dan selepas itu hendaklah ia menyatakan

perkara itu, dan menyampaikan kepada Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan suatu kenyataan yang bertulis dari hal perkara yang hendak dirundingkan itu.

(2) Maka Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan tatkala itu hendaklah, jika pada pandangannya cadangan itu tertentu, mustahak dan untuk kepentingan orang ramai, membacakan kenyataan yang telah disampaikan kepadanya dan meminta ahii-ahli yang menyokong cadangan ini berdiri di tempat masing-masing, dan jika tiada kurang daripada sembilan orang ahli berdiri sebegitu, hendaklah ia menyuruh ahli itu membuat cadangannya sama ada dengan serta merta ataupun pada bila-bila masa kemudian kelak di dalam perjalanan Persidangan Dewan pada hari itu, mengikut yang Yang Dipertua Dewan atau ahli yang .menjadi Pengetua Dewan, menurut timbangannya

- membuat perintah. '

(3) Selepas dibahas cadangan yang seumpama itu Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan bolehlah, dengan tiada soalan lagi, sama ada menangguhkan Persidangan Dewan atau memerintah supaya Pekerjaan Dewan dilangsungkan pada peringkat yang terganggu itu.

(4) Maka pada sesuatu perkara yang dihadapkan menurut peraturan dan Perintah ini yang tiada mendapat sokongan yang dikehendaki, tiadalah boleh di dalam tempoh dua belas bulan yang berikutan dibawa semula di bawah peraturan ini, dan tidaklah juga boleh dibangkitkan rundingan dengan cara ini di atas perkara-perkara yang telah dibahaskan oleh Dewan di dalam tempoh dua belas bulan yang lalu, sama ada di atas satu cadangan penangguhan yang lepas, di atas cadangan yang tertentu, di atas pindaan atau di atas Tertib Pekerjaan Dewan, demikian jua di atas perkara-perkara yang telah diberi notis untuk bahasan atau yang tercatit di atas Tertib Pekerjaan

-18-

Page 19: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Dewan, walaupun telah ditarik balik di dalam Persidangan itu juga, atau di atas sesuatu perkara kebebasan, atau di atas apa-apa perkara yang tidak boleh dibahaskan melainkan di atas cadangan yang tertentu.

(5) Tidaklah boleh cadangan yang kedua diperbuat di bawah peraturan ini pada satu mesyuarat.

CADANGAN-CADANGAN

Notis cadangan 31. (1) Syor-syor hendaklah dikemukakan kepada Dewan dengan jalan cadangan.

(2) Melainkan peraturan-peraturan dan perintah-perintah ini mengadakan syarat yang lain, atau melainkan dengan izin Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi, tidaklah boleh cadangan-cadangan asal selain daripada jenis yang tersebut di bawah Peraturan 33 dikemukakan melainkan notis yang bertulis untuk cadangan itu telah diberi kepada Setiausaha Dewan sekurang-kurangnya empat belas hari terlebih dahulu:

Dengan syarat apabila Dewan bersidang, notis , untuk sesuatu cadangan bolehlah diberi "dengan mulut jika didapati mustahak dengan izin Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan.

Notis tidak boleh 32. Tidaklah boleh diadakan bahasan di atas cadangan notis itu. dibahas

Cadangan- 33. Cadangan-cadangan yang berikut bolehlah diperbuat dengan tiada notis -cadangan yang tiada payah diberi notis

(i) Cadangan untuk memindakan mana-mana cadangan yang sedang dibahaskan di dalam Dewan;

(ii) Cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan atau bahasan-bahasan;

(iii) Cadangan untuk menggantungkan peraturan-peraturan dan perintah-perintah yang telah diperbuat dengan kebenaran Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan;

(iv) Cadangan supaya surat rayuan dibentangkan di atas meja, atau dicetak atau pun diedarkan kepada sesuatu jawatankuasa, atau pun ditolak;

(v) Cadangan mengeluarkan orang-orang iuar;

-19

Page 20: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(vi) Cadangan supaya Dewan bersidang sebagai jawatankuasa seluruh Dewan;

(vii) Cadangan yang diperbuat apabila Dewan bersidang sebagai jawatankuasa;

(viii) Cadangan yang diakui mustahak oleh Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan dan disokong oleh sembilan orang ahli yang berdiri di tempat masing-masing;

(ix) Cadangan untuk menggantungkan keahlian seseorang ahli;

(x) Cadangan yang diperbuat menurut peraturan-peraturan dan perintah-perintah berkenaan dengan susunan kerja yang berkaitan dengan Rang Undang-Undang;

(xi) Cadangan untuk menjalankan apa-apa pekerjaan yang tiada mengikut tertib yang biasa.

Cadangan- 34. (1) Apabila sesuatu cadangan yang telah diberi notis ada tercatat di dalam cadangan yang Tertib Pekerjaan Dewan, maka cadangan itu hendaklah diperbuat pada masa yang

seteteh diberi *ertentu atau Pada masa yan9 ditetapkan oleh Dewan dan, jika cadangan itu tiada notis diperbuat, bahasan tidaklah boleh diadakan dan cadangan itu hendaklah disifatkan

telah ditarik balik, dan satu peringatan yang cadangan itu telah ditarik., balik hendaklah dimasukkan di dalam peringatan-peringatan mesyuarat.

(2) Seseorang ahli bolehlah dengan notis yang bertulis kepada Setiausaha Dewan menarik balik sebarang notis cadangan yang telah diperbuat olehnya dahulu.

(3) Apabila notis cadangan telah ditarik balik pada masa cadangan itu tercatit di dalam Tertib Pekerjaan Dewan, maka hendaklah Setiausaha Dewan dengan seberapa segera memberitahu kepada tiap-tiap ahli akan notis iatu telah ditarik balik dan tatkala itu cadangan yang tersebut tidaklah boleh diperbuat tetapi hendaklah tinggal di dalam Kertas Kerja Dewan dan apabila sampai masa yang berkenaan hendaklah Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan mengemukakan bahawa cadangan itu hendaklah disifatkan sebagai telah ditarik balik dan catatan yang sebegitu hendaklah dimasukkan di dalam peringatan-peringatan mesyuarat.

-20-

Page 21: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Cadangan tiada mendapaf sokongan

Undian berkenaan dengan cadangan

35. Tiap-tiap cadangan, melainkan cadangan diperbuat di dalam jawatankuasa, hendaklah disokong. Jika tiada disokong, maka cadangan itu tidakiah boleh dibahas dan hendaklah disifatkan sebagai telah kaiah. Satu perinatan menyatakan bahawa cadangan telah kalah hendaklah dirnasukkan di dalam peringatan mesyuarat.

36. Apabila sesuatu cadangan telah diperbuat dan disokong serta dibahaskan, maka undian hendaklah dikemukakan kepada mesyuarat oleh Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan.

Menarik balik 37. Sesuatu cadangan yang telah diperbuat dan disokong bolehlah ditarik balik cadangan dengan kebenaran Dewan, tetapi jika ditarik balik sebegitu maka bolehlah cadangan

itu diperbuat di dalam mesyuarat-mesyuarat Dewan yang lain selepas diberi notis.

Cadangan yang 38. Apabila sesuatu cadangan telah diperbuat, dibahas dan diselesaikan, maka diselesaikan tidakiah berhak mana-mana ahli melainkan dengan kebenaran khas daripada Yang Dipertua

Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan membangkitkan sesuatu cadangan yang bersamaan hakikatnya di dalam persidangan yang sedang berjalan itu.

MEMINDA CADANGAN-CADANGAN

Meminda cadangan-cadangan

Peraturan-peraturan meminda cadangan

39. Jika seseorang ahli ingin hendak memindakan cadangan yang diperbuat olehnya, maka bolehlah ia mengemukakan ke dalam Dewan notis cadangan itu, pada pandangan Yang Dipertua Dewan atau ahli tidak mengubahkan apa-apa asas yang terkandung dasarnya. Notis cadangan ini hendaklah disifatkan tarikh yang notis untuk cadangan asal itu diberi.

"butir-butir di dalam sesuatu membuat pindaan ini dengan yang dipinda itu, asalkan pindaan yang menjadi Pengetua Dewan di dalam cadangan asal ataupun berjalan tempohnya daripada

40. (1) Sesuatu pindaan janganlah hendaknya terkeluar daripada masalah yang dikemukakan itu.

(2) Sesuatu pindaan tidakiah boleh menimbulkan apa-apa perkara yang cuma boleh ditimbulkan dengan cadangan yang tertentu selepas diberi notis.

(3) Sesuatu pindaan di atas sesuatu masalah janganlah hendaknya bertentangan dengan sesuatu keputusan yang telah diperbuat di atas masalah yang bersamaan yang diperbuat pada peringkat pertimbangan mana-mana Rang Undang-Undang atau perkara.

-21-

Page 22: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Pindaan kena diperbuat dengan cara bertulis

Kesempurnaan pindaan

Peraturan tentang mengundi di atas pindaan-pindaan

(4) Sesuatu pindaan janganlah hendaknya bersamaan tentang kandungannya dengan mana-mana pindaan yang dicadangkan oleh seorang ahli lain.

(5) Sesuatu pindaan janganlah hendaknya berlawanan dengan cadangan yang asal atau apa-apa pindaan kepadanya.

(6) Kepada mana-mana pindaan bolehlah diperbuat sesuatu pindaan yang lain.

41. Sebarang pindaan-pindaan yang dicadangkan dan disokong di dalam Dewan, atau dicadangkan di dalam jawatankuasa h endaklah, jika dikehendaki oleh Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi, diperbuat dengan cara bertulis oleh Pencadang dan diserahkannya kepada Setiausaha Dewan.

42. Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi, hendaklah berhak membuat keputusan yang muktamad di atas kesempurnaan mana-mana pindaan.

43. Pindaan-pindaan kepada sesuatu cadangan hendaklah diperbuat sebelum diperbuat cadangan yang asal. Jika pindaan-pindaan diperbuat kepada pindaan yang dicadangkan, maka cadangan pindaan yang penghabisan hendaklah ditimbangkan seolah-olah ia itu cadangan yang asal sehingga kesemua pindaan-pindaan kepadanya telah diselesaikan.

CARA MEMBERI NOTIS

Cara memberi notis 44. (1) Jika di bawah mana-mana peraturan dan perintah, notis dikehendaki, maka notis yang tersebut hendaklah (melainkan jika mana-mana peraturan dan perintah dengan khasnya membuat syarat yang lain) dengan cara bertulis dan hendaklah diserahkan dengan tangan kepada Setiausaha Dewan pada masa Dewan bersidang atau dengan cara disampaikan ke Pejabat Setiausaha Dewan di dalam masa waktu bekerja yang biasa dan dengan cara apa sekalipun hendaklah sekurang-kurangnya empat belas hari genap sebelum tarikh mesyuarat yang disebutkan di dalam notis.

(2) Maka Setiausaha Dewan hendaklah merekodkan tarikh dan jam yang notis itu diterima olehnya.

(3) Melainkan jika Yang Dipertua Dewan menentukan bahawa notis itu berlawanan dengan peraturan dan perintah, maka notis itu hendaklah dicetak, dipeturunkan (cyclostyled) atau ditaip dan dihantarkan kepada ahli-ahli Dewan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat Dewan akan datang.

-22-

Page 23: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(4) Dengan tertakluk kepada syarat yang disebutkan kemudian daripada ini, tiap-tiap notis hendaklah dicetak, dipeturunka (cyclostyled) atau ditaip dengan kaedah yang diserahkannya.

(5) Jika, pada fikiran Yang Dipertua Dewan, mana-mana notis ada mengandungi percakapan yang tiada senonoh atau perkataan-perkataan yang tiada terang, maka bolehlah ia menghantarkan notis itu balik kepada ahli yang berkenaan supaya dibuat pindaan atau perubahan sebagai yang diperintahkan oleh Yang Dipertua Dewan jika ahli itu berhajat hendak mengemukakan semula sebagai yang dipinda atau diubahkan maka hendaklah ia kembalikan notis itu kepada Setiausaha Dewan.

Mengecualikan 45. Maka pemberian notis tidaklah boleh dikecualikan, sama ada kesemuanya atau no'ls sebahagian daripadanya, jika mengenai sesuatu masalah atau cadangan atau berkenaan

dengan apa-apa perjalanan yang berkehendakkan notis, melainkan dengan kebenaran khas yang diberi oleh Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi, dengan alasan bahawa mengecualikan notis itu atau sebahagian daripadanya, ialah untuk kepentingan orang ramai.

PERATURAN BERBAHAS

Peraturan Berbahas

46. Tatakala membuat ucapa di atas mana-mana cadangan yang sedang ditimbangkan oleh Dewa ataupu jawatankuasa seluruh Dewan, peraturan-peraturan yang tersebut di bawah ini hendaklah ditaati -

Ahli-ahli yang berucap hendaklah berdiri

Gangguan ditegah

Duduk semula setelah tamat

(i) Tiap-tiap ahli, kecuali Yang -menjadi Pengetua Dewan atau apabila berucap dan. hendaklah kepada Yang Dipertua Dewan, ahli atau Pengerusi.

Dipertua Dewan, ahli Pengerusi, hendaklah berdiri

menghalakan pandangannya yang menjadi Pengetua Dewan

(ii) la tidak boleh diganggu melainkan ianya melanggar perintah.

(iii) Apabila ia telah tamat member pandangan-pandangannya, hendaklah ia duduk semula dan ahli-ahli yang lain yang berhajat hendak berucap kepada Dewan atau jawatankuasa bolehlah bangun.

-23-

Page 24: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Yang Dipertua Dewan memilih

Catatan-catatan

(iv) Jika lebih daripada seorang ahli bangun Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi atau Pengerusi hendaklah menjemput ahli terpandang olehnya.

Menepati atas masalah

Perkara-perkara di dalam timbangan mahkamah (Sub-Judice)

Perkara-perkara yang telah diputus.

Seseorang ahli tidak boleh berucap lebih daripada sekali

Hak menjawab

serentak, maka Pengetua Dewan yang mula-mula

(v) Seseorang ahli janganlah hendaknya membaca ucapannya, tetapi bolehlah ia membaca cabutan-cabutan daripada kertas yang bertulis atau bercetak sebagai menyokong hujah-hujahnya dan bolehlah ia memulihkan ingatannya dengan merujuk kepada catatan-catatannya.

(vi) Tiap-tiap ahli hendaklah menumpukan pandangan-pandangannya kepada perkara yang sedang dirunding dan, jika lebih daripada satu masalah telah dikemukakan, misalnya dengan cara pindaan, bahasan hendaklah menepati kepada masalah yang penghabisan yang dicadangkan sebegitu sehingga mendapat perselesaian.

(vii) Sebarang perkara di dalam timbangan mahkamah tidaklah boleh dikaitkan.

(viii) Maka adalah menjadi melanggar perintah jika dicuba membangkitkan semula di dalam perbahasan akan apa-apa perkara yang Dewan telah membuat keputusan di dalam persidangan yang sedang berjalan melainkan di atas suatu cadangan untuk membatal.

Tidaklah boleh di atas apa-apa untuk .memberi perintah atau

seseorang ahli berucap cadangan yang dihadapkan

penjelasan atau berkenaan kerana menjalankan hak

(ix) Tidaklah boleh seseorang ahli berucap lebih daripada sekali kepada Dewan, kecuali dengan patuh kepada

memberi jawapan atau apabila Dewan bersidang sebagai jawatankuasa. Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan bolehlah berucap kepada Dewan pada bila-bila masa pun.

(x) Ahli yang mulanya membuat sesuatu cadangan yang tertentu dan, dengan izin Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan, ahli yang mencadangkan pindaan, bolehlah membuat jawapan selepas ahli-ahli yang lain yang hadir berpeluang memberi pandangannya dan sebelum masalah itu

-24-

Page 25: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

diundi. Jawapan itu mestilah semata-mata berkaitan dengan pandangan-pandangan yang telah diberi dalam masa perbahasan itu dan janganlah hendaknya mengandungi apa-apa hajat yang baharu untuk menyokong cadangan. Apabila jawapan itu telah diberi, tidak boleh ahli-ahli yang lain berucap.

Cadangan untuk menutup bahasan

(xi) Dengan izin Yang Dipertua Dewan, atau ahli Pengetua Dewan, mana-mana ahli bolehlah, pada d i . d a l a m p e r b a h a s a n , c a d a n g k a n s u p a y a m a s a l a h perbahasan di atas cadangan itu tidaklah boleh jika cadangan itu hendaklah diberhentikan dan

dipersetujui, undian hendaklah

yang menjadi bila-bila masa

itu diundi dibenar, dan

bahasan-bahasan dijalankan.

tadi

Ahli-ahli yang menyokong cadangan

Peribadi sebagainya

Faedah diri sendiri

Pengaruh

(xii) Seseorang ahli yang cuma menyokongkan sesuatu cadangan dengan tidak memberi apa-apa pandangannya tiadalah meluputkan haknya untuk berucap kepada Dewan dalam masa perundingan cadangan.

dan (xiii) Seseorang ahli dilarang -

(a) Menyindir tujuan-tujuan yang menyerong terhadap ahli-ahli yang lain;

(b) Membuat tuduhan terhadap peribadi ahli yang lain;

(c) Menggunakan bahasa atau perkataan yang cemar atau mencela;

(d) Menimbul-nimbulkan peribadi-peribadi.

(xiv) Seseorang ahli tidaklah boleh berucap di atas apa-apa perkara yang ianya • ada mempunyai faedah diri sendiri dengan tiada menzahirkan sekadar mana faedahnya.

(xv) Nama Baginda Yang Dipertuan Agong, atau mana-mana Duli Yang Maha Mulia Raja Bagi Negeri-Negeri Melayu, atau salah seorang Yang Terutama Gabenor-Gabenor Pulau Pinang dan Melaka, atau mana-mana Pemangku Raja atau Ahli Jemaah Pemangku Raja bagi sesebuah negeri Melayu, tidaklah boleh digunakan untuk mempengaruhi Dewan.

-25-

Page 26: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Kesopanan dan tingkah laku Raja-Raja dan sebagainya

(xvi)

Had masa

i Tidak boleh menyebut nama

Menyebut kelakuan atau sifat ahli atau pegawai awam

Menggunakan perkataan-perkataan yang derhaka dan sebagainya

(xvii)

(xviii)

(xix)

Maka kesopanan atau tingkah laku Baginda Yang Dipertuan Agong atau Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja bagi Negeri-Negeri Melayu atau salah seorang Yang Terutama Gabenor-Gabenor Pulau Pinang dan Melaka atau Pemangku Raja atau Ahli Jumaah Pemangku Raja bagi sesebuah Negeri Melayu atau Ahli-ahli Parlimen atau Dewan atau Hakim-hakim atau orang-orang lain yang mentadbirkan keadilan atau ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan yang didirikan di bawah Bahagian 10, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri atau Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, janganlah hendaknya dibangkitkan kecuali di atas suatu cadangan yang tertentu; dan di dalam mana-mana seseorang ahli atau sebutan-sebutan di di atas sesuatu cadangan berkenaan dengan lain, sebutan berkenaan dengan kesopanan

pindaan, soalan kepada dalam sesuatu perbahasan

sebarang perkara yang atau tingkah laku

mana-mana orang yang tersebut itu hendaklah menjadi melanggar perintah.

Yang Dipertua Dewan, atau Pengerusi boleh dia fikirkan perlu.

ahli yang menghadkan

menjadi Pengetua Dewan masa bagi ucapan jika

Seseorang ahli tidak dibenarkan lain dengan menyebut namanya.

menyebut tentang ahli

Dalam mana-mana perbahasan, sebutan tidak boleh dibuat tentang kelakuan atau sifat mana-mana ahli atau pegawai awam, selain daripada kelakuan dalam kedudukan sebagai ahli atau pegawai awam, mengikut mana yang berkenaan.

(xx) Adalah menjadi melanggar perintah jika menggunakan -

(a) Perkataan-perkataan derhaka;

(b) Perkataan menghasut;

(c) Perkataan-perkataan yang mungkin akan menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum atau kumpulan dengan satu kaum atau kumpulan

-26-

Page 27: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Kuasa Yang Dipertua Dewan apakala bimbang tentang pelanggaran peraturan ini

Patuh kepada perintah

Cara apabila berbangkit perkara patuh kepada perintah

Ucapan yang terganggu diteruskan

Keputusan Dipertua muktamad

Yang Dewan

dalam negeri atau Malaysia atau akan berlawanan dengan mana-mana syarat dalam Akta Hasutan 1948.

(xxi) Jika pada pertimbangan Yang Dipertua Dewan apa-apa cadangan atau pindaan atau penerusan perbahasan di atas cadangan atau pindaan itu dianggar akan melanggar peraturan ini, ia bolehlah menolak cadangan atau pindaan itu atau, mengikut mana yang berkenaan, memberhentikan perbahasan itu dan memerintahkan supaya tiada apa-apa perjalanan lagi diambil atas cadangan atau pindaan itu.

47. (1) Mana-mana Ahli Dewan yang terpesong daripada Peraturan-Peraturan dan Perintah Dewan boiehlah dengan serta merta diminta patuh kepada perintah oleh Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi dan tatakaia itu ahli yang tersebut hendaklah duduk semula dengan segeranya.

(2) Apabila berbangkit perkara-perkara yang berkaitan dengan perintah-perintah, mana-mana ahli bolehlah berucap dan jika ia perbuat begitu dengan serta merta dan memulakan ucapannya dengan menyebut bahawa ia bangun berkenaan dengan perkara patuh kepada perintah maka ahli yang sedang berucap hendaklah duduk semula, begitu juga yang bangun berkenaan dengan patuh kepada perintah selepas ia tamat membuat rayuannya kepada Yang Dipertua Dewarr; ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi.

(3) Tidaklah boleh ahli-ahli yang lain, kecuali dengan izin Yang Dipertua, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi, berucap berkenaan dengan patuh kepada perintah dan Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi hendaklah, selepas kenyataan berkenaan dengan perkara itu tamat, memberi keputusan berkenaan dengan perkara itu, selepas itu ahli yang sedang berucap tadi tatakaia berbangkit perkara patuh kepada perintah itu berhaklah meneruskan ucapannya, dengan menurut perintah yang telah dibuat oleh Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi.

(4) Mana-mana masalah yang berbangkit berkenaan dengan adakah seseorang ahli itu patuh atau tidak kepada perintah hendaklah diputuskan oleh Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi, dan keputusan itu hendaklah

-27-

Page 28: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

hendaklah menjadi keputusan yang muktamad di atas masalah-masalah perintah dan susunan pekerjaan.

Penerangan 47 A.

Tidak mengganggu

boleh

Seseorang ahli boleh mengganggu ahli lain untuk menerangkan apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh ahli itu dalam ucapannya, dengan syarat ahli yang sedang bercakap itu mahu beralah dan duduk semula dan ahli yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi.

47 B. Kecuaii sebagaimana disyaratkan dalam Peraturan 47(2) dan 47A, seseorang ahli tidak boleh mengganggu ahli lain.

Duduk semula apabila 48. Apabila Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi Yang Dipertua Dewan berucap, mana-mana ahli yang sedang berucap hendaklah dengan serta merta duduk semula dan Iain-lain berucap '

Melanggar

Tamat Perbahasan

49. (1) Adalah menjadi melanggar perintah jika melangkau Tertib Pekerjaan Dewan dengan jalan membuat cadangan atau mencadangkan pindaan mengenai butir-butir sesuatu Rang Undang-Undang atau Tertib Perkara Mesyuarat yang lain yang ditetapkan untuk ditimbangkan kemudian; dan pindaan hendaklah menjadi melanggar perintah jika dia mengenai butir-butir sesuatu cadangan yang telah diberi notis.

(2) Sesuatu Tertib Perkara Mesyuarat, notis cadangan atau pindaan yang telah diberi notis, tidaklah boleh dilangkau di dalam sesuatu perbahasan di atas sesuatu cadangan untuk menangguhkan Dewan.

50. (1) Tidaklah boleh seseorang ahli berucap berkenaan dengan mana-mana masalah selepas perkara itu diperintah rundingkan oleh Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi.

(2) Sesuatu masalah sempurnalah undiannya, apabila Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi telah mengira undi-undi bersetuju dan membangkang.

-28-

Page 29: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Ketenteraman dalam 51. (1) Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi, selepas ^ewan membawa perhatian Dewan atau Jawatankuasa Dewan, berkenaan dengan kelakuan

seseorang ahli yang bertegang di dalam perkara yang tidak mengenai atau berulang alik sebutannya berkenaan dengan hujah-hujahnya sendiri atau hujah-hujah yang digunakan oleh ahli-ahli yang lain di dalam perbahasan, bolehlah memerintah supaya ia berhenti berucap.

(2) Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana ahli yang kelakuannya melampau-lampau supaya mengundurkan dirinya serta merta daripada permesyuaratan Dewan pada hari itu dan Setiausaha Dewan hendaklah mengambil tindakan di atas perintah-perintah yang diterima daripada Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi mengikut perintah ini; tetapi apabila pada bila-bila masa, Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi berpendapat bahawa kuasanya di bawah syarat-syarat perintah yang lalu itu tidak memadai, maka bolehlah ia menyeru nama ahli atau ahli-ahli, dan tatakala itu hendaklah ia menurut peraturan yang bersamaan seperti tersyarat di dalam perenggan-perenggan (3), (4), (5) dan (6).

(3) Apabila seseorang ahli telah diseru namanya oleh Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi selepas sahaja daripada melakukan kesalahan tidak mengendahkan kekuasaan Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi itu, atau berulang-ulang dengan sengaja mengganggu pekerjaan Dewan dengan jalan menyalahgunakan peraturan-perdturan Dewan itu, atau Iain-Iain, maka, jika kesalahan itu dilakukan oleh ahli itu di dalam Dewan hendaklah suatu cadangan dengan segeranya dibuat dan disokong oleh mana-mana dua orang ahli yang hadir " laitu perkhidmatan Encik di dalam Dewan digantungkan", dan Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi hendaklah dengan serta merta mengemukakan masalah itu kepada undian, pindaan, penangguhan atau perbahasan tidaklah boleh dibenarkan; dan jika kesalahan itu dilakukan di dalam Jawatankuasa Seluruh Dewan, Pengerusi dengan serta mertanya hendaklah memberhentikan sementara perjalanan-perjalanan jawatankuasa dan membuat laporan berkenaan dengan hal itu kepada Dewan; dan Yang Dipertua atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan hendaklah dengan serta merta mengemukakan masalah yang bersamaan untuk diundi, pindaan, penangguhan atau perbahasan tidaklah dibenarkan, seolah-olah kesalahan itu dilakukan di dalam Dewan itu sendiri.

-29-

Page 30: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(4) Tidaklah boleh lebih daripada seorang ahli diseru namanya pada satu masa, melainkan dua atau iebih ahli-ahli yang hadir dengan serentak tidak mengendahkan kekuasaan Yang Dipertua atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi.

(5) Jika keahlian seseorang ahli itu digantung menurut syarat perintah ini, ia hendaklah diperintah oleh Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan supaya mengundurkan dirinya dan pergantungannya tidaklah lucut sehingga tamat mesyuarat-mesyuarat itu.

(6) Jika seseorang ahli, atau dua atau lebih ahli yang bertindak serentak telah digantungkan keahliannya di bawah perintah ini daripada menjalankan perkhidmatannya di dalam Dewan, ingkar kepada perintah Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan untuk mengundurkan diri, apabila mereka itu berkali-kali disuruh oleh Setiausaha Dewan supaya menurut perintah itu, maka Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan hendaklah membawa perhatian Dewan kepada keadaan itu dan kekerasan wajib digunakan supaya perintahnya mesti ditaati. Apabila ahli atau ahli-ahli yang diseru namanya dengan sebab mengingkarkan perintah telah dikeluarkan daripada Dewan, mereka itu dengan tidak ada soalan lagi hendaklah digantung perkhidmatannya daripada Persidangan Dewan Negeri selama baki persidangan.

(7) Ahli-ahli yang telah diperintah mengundurkan diri di bawah Perenggan (2) atau yang telah digantungkan perkhidmatannya dengan Dewan dibawah perenggan-perenggan (3) dart (6) hendaklah dengan serta merta mengundurkan dirinya daripada kuasa Dewan dan hendaklah dikecualikan daripada baki persidangan atau selama masa pergantungannya mana-mana yang berkenaan.

(8) Jika berlaku kekacauan yang hebat di dalam Dewan, Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan, bolehlah jika didapati mustahak diperbuat begitu menangguhkan Persidangan Dewan dengan tiada payah diundi atau memberhentikan sementara selama masa yang ditetapkan olehnya; dan jika kekacauan yang hebat berlaku di dalam Jawatankuasa Seluruh Dewan maka bolehlah Pengerusi memberhentikan sementara perjalanan jawatankuasa dan melaporkan perkara itu kepada Dewan dan Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan bolehlah mengambil tindakan seolah-olah kekacauan itu berlaku di dalam Dewan. .

-30-

Page 31: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(9) Perintah ini tidaklah mengurangkan kekuasaan Dewan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli mengikut mana-mana usul yang diperbuat olehnya.

RANG UNDANG-UNDANG

Perkataan Mengundang 52. Semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan hendaklah digelarkan Undang-Undang (Enactment) dan perkataan mengundang itu hendaklah berbunyi "Diperbuat undang-undang ini oleh Kuasa Undangan Negeri Terengganu:"

Dengan syarat perkataan mengundang bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan menurut Syarat 3 Fasal 61 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) hendaklah berbunyi: "Diperbuat undang-undang ini oleh Kuasa Undangan Negeri Terengganu mengikut Syarat 3 Fasal 61 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama).

Dan syaratnya perkataan mengundang bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan menurut Syarat 3 Fasal 2 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Kedua) hendaklah berbunyi: "Diperbuat undang-undang ini oleh Kuasa Undangan Negeri Terengganu mengikut Syarat 4 Fasal 2 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan

„ Terengganu (Bab Yang Kedua)".

nnH^n'nlLn,, RanS 53' Tiap"tiap Rang Undang-Undang selain daripada Rang Undang-Undang Private, n annj inrion^, hendaklah, kecuali jika tersangat mustahak dan kemustahakan itu disahkan dengan bertulis

oleh Yang Dipertua Dewan, disiarkan bagi pengetahuan ramai di dalam Warta Kerajaan sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum Rang Undang-Undang itu dikemukakan kepada Dewan.

54. (1) Melainkan berkenaan dengan Rang Undang-Undang yang dikemukakan oleh Kerajaan, notis yang tempohnya sekurang-kurang sebulan hendaklah diberi menyatakan niat mana-mana ahli hendak mengemukakan mana-mana Rang Undang-Undang dan kandungan Rang Undang-Undang itu berserta dengan suatu huraian yang menerangkan tujuan-tujuannya hendaklah dihantarkan kepada Setiausaha Dewan sekurang-kurangnya sebulan sebelum Rang Undang-Undang itu dikemukakan.

(2) Tertakluk kepada Perenggan (1) peraturan ini, notis niat hendak mengemukakan sesuatu Rang Undang-Undang bolehlah diberi pada mesyuarat biasa Dewan atau bolehlah diberi dengan cara bertulis kepada Setiausaha Dewan.

Notis mengemukakan Rang Undang-Undang

-31-

Page 32: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Pekelilingan salinan-salinan Rang Undang-Undang

Bacaan Yang Pertama

Tidak dibenarkan dibincang dan diundi

Tajuk yang penuh dibacakan

BacaanYang Kedua

Bacaan-bacaan yang kedua dasar-dasar yang dibahaskan

55. Kecuali jika ada kemustahakan yang disahkan oleh Yang Dipertua Dewan, salinan-salinan Rang Undang-Undang yang bercetak hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Dewan kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Rang Undang-Undang itu dibaca bagi kali yang pertama, dan jika perbelanjaan wang Kerajaan terbabit, suatu anggaran perbelanjaan yang akan terkena kepada negeri disebabkan oleh adanya Rang Undang-Undang itu hendaklah jika boleh, diberi kepada ahli-ahli.

56. Ahli-ahli yang bertanggungjawab di atas Rang Undang-Undang itu hendaklah dengan rasminya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang itu dibaca bagi kali yang pertama.

57. Di atas cadangan supaya Rang Undang-Undang itu dibaca bagi kali yang pertama, perbincangan tidaklah boleh dibenarkan, dan jika cadangan itu disokong, Rang Undang-Undang itu hendaklah dibaca bagi kali yang pertama dengan tiada diundi.

58. Apabila dibaca Rang Undang-Undang bagi kali yang pertama Setiausaha Dewan hendaklah membaca tajuk yang penuh sahaja.

59. Selepas dibaca Rang Undang-Undang bagi kali yang pertama, kecuali ahli yang bertanggungjawab di atas Rang Undang-Undang berkenaan telah memberi notis akan cadangannya mencadangkan bacaan bagi kali yang kedua dalam mesyuarat yang akan datang atau mesyuarat yang kemudian daripada itu, cadangan bolehlah dibawa pada hari itu juga atau hari yang kemudian daripadanya, bahawa Rang Undang-Undang berkenaan dibaca bagi kali yang kedua.

60. (1) Di atas cadangan itu, "Bahawa sesuatu Rang Undang-Undang sekarang ini dibaca bagi kali yang kedua", dan jika disokong, perbahasan bolehlah dibangkitkan tetapi hendaklah ditumpukan kepada dasardan kelayakan Rang Undang-Undang itu sahaja.

(2) Pindaan yang dibenarkan hanyalah kepada masalah menangguhkan bacaan kali yang kedua kepada tarikh yang kemudian daripada itu atau masalah yang merujuk kepada Rang Undang-Undang itu atau sesuatu jawatankuasa yang dipilih atau jawatankuasa yang lain jikalau cadangan itu diterima, Setiausaha Dewan hendaklah membacakan tajuk penuh

-32-

Page 33: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Jawatankuasa menimbangkan Rang Undang-Undang

Rundingan jawatankuasa

dalam

Pindaan-pindaan

Pindaan hendaklah bertulis

Tr. P.U. 15/72

Tertib meminda

Rang Undang-Undang itu, dan tatakala itu suatu hari hendaklah ditetapkan untuk menimbangkan Rang Undang-Undang oleh jawatankuasa, dan masa itu bolehlah pada hari itu juga atau hari yang kemudian daripadanya.

(3) Pencadang bacaan yang kedua berhaklah memberi jawapan.

61. Apabila sampai masanya untuk menimbangkan Rang Undang-Undang di dalam jawatankuasa, Dewan hendaklah menjadi jawatankuasa bagi seluruh dewan itu untuk menimbangkan Rang Undang-Undang itu.

62. Apabila sesuatu Rang Undang-Undang itu dirunding oleh jawatankuasa seluruh dewan, Setiausaha Dewan bolehlah menyebutkan beberapa fasal-fasal mengikut tertib dengan membacakan bilangan tiap-tiap fasal itu.

63. (1) Pindaan-pindaan bolehlah dibuat kepada fasal-fasal atau fasal-fasal bolehlah dibatalkan, atau fasal-fasal baharu bolehlah ditambah dengan syarat ianya menepati dengan isi kandungan Rang Undang-Undang itu dan mengikut seperti yang dibenarkan oleh peraturan-peraturan dan perintah-perintah tetap.

(2) Notis bagi mencadangkan sesuatu fasal yang baru hendaklah diberi kepada Setiausaha Dewan sekurang-kurangnya dua hari sebelum diadakan mesyuarat, melainkan jika Pengerusi menimbangkan bahawa notis itu boleh dikecualikan.

64. Apabila seseorang ahli telah memberi notis ataupun menzahirkan hajatnya hendak mencadangkan sesuatu pindaan kepada sesuatu fasal dengan jalan mengganti atau membatal atau telah memberi notis supaya fasal baru ditambah, maka Pengerusi bolehlah meminta supaya disebutkan perkataan-perkataan yang hendak diganti atau dibatal atau fasal yang dikehendaki ditambah dan tiap-tiap cadangan bagi meminda atau menambah, jika . Pengerusi berkehendakkan demikian, hendaklah diberi dengan bertulis di dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris dan diserahkan kepada Setiausaha Dewan oleh ahli yang mencadangkannya.

65. Jika lebih daripada satu pindaan dicadangkan, Pengerusi hendaklah mengemukakan pindaan-pindaan itu mengikut tertibnya yang betul.

Syarat-syarat membuat 66. (1) Sesuatu pindaan mestilah menurut syarat-syarat yang berikut: pindaan

(a) Sesuatu pindaan mestilah menepati isi kandungan Rang Undang-Undang itu, dan isi kandungan fasal yang berkenaan;

-33-

Page 34: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(b) Sesuatu pindaan mestilah jangan berlawanan dengan mana-mana keputusan yang telah diperbuat oleh Jawatankuasa itu;

(c) Sesuatu pindaan mestilah jangan menjadikan fasal yang dicadangkan hendak dipinda itu tidak boleh difaham atau salah nahunya;

(d) Jika sesuatu pindaan itu merujukan kepada, atau tidak boleh difaham dengan tiada, sesuatu pindaan atau jadual yang terkemudian, notis berkenaan dengan pindaan yang terkemudian atau jadual itu hendaklah diberi sebelum, atau apabila, pindaan yang pertama itu dicadangkan supaya menjadikannya beberapa pindaan itu boleh difaham;

Masa untuk menimbangkan pindaan-pindaan yang berkaitan dengan fasal baharu

Undian

Jadual

(e) Sesuatu pindaan yang dicadangkan supaya ditinggalkan kesemua isi kandungan sesuatu fasal dengan tujuan hendak memasukkan syarat-syarat yang berlainan adalah tidak tertib maka jalan yang betulnya ialah memansuhkan fasal itu dan cadangan suatu fasal baharu yang menggantikannya.

(2) Pengerusi bolehlah menolak cadangan-cadangan berkenaan dengan masalah pindaan yang, pada fikirannya, kecil lagi tiada munasabah.

67. Mana-mana fasal baharu yang dicadangkan hendaklah ditimbang selepas sahaja fasal-fasal -kepada Rang Undang-Undang itu diseiesaikan dan sebelum ditimbang mana-mana jadual kepada Rang Undang-Undang:

Dengan syarat suatu fasal baharu yang dicadangkan untuk mengganti sesuatu fasal yang tidak dapat persetujuan bolehlah ditimbang selepas sahaja fasal itu ditolak.

68. Jika tidak ada pindaan yang dicadangkan kepada sesuatu fasal, Pengerusi hendaklah mengemukakan masalah "Bahawa fasal ini menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang". Jika fasal itu dipinda, maka hendaklah ia mengemukakan masalah iaitu "Fasal ini sebagai yang dipinda menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang".

69. Melainkan jika diperintahkan berlainan oleh Pengerusi, pertimbangan berkenaan dengan jadual atau jadual-jadual, jika ada, hendaklah mengikuti pertimbangan berkenaan dengan

-34-

Page 35: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

fasal-fasal. Jadual-jadual hendaklah dikemukakan oleh Setiausaha Dewan dan bolehlah dipinda, dan jadual-jadual baharu bolehlah ditambahkan, sebagaimana yang diperbuat kepada fasal-fasal.

Penangguhan

Membincangkan butir-butirnya sahaja

Pindaan-pindaan dengan izin

Tamatnya rundingan Jawatankuasa

Laporan kepada Dewan

Mengemukakan semula

Merujukkan kepada Jawatankuasa Terpilih atau lainnya

70. Jika pertimbangan berkenaan dengan Rang Undang-Undang oleh Jawatankuasa tidak dapat diselesaikan, bolehlah, jika ada cadangan, ditangguhkannya sehingga mesyuarat dewan yang akan datang atau kemudian daripada itu.

71. Dasar-dasar berkenaan dengan langkahan yang hendak diambil tidaklah boleh dibincangkan didalam Jawatankuasa Seluruh Dewan tetapi cuma butir-butirnya sahaja.

72. Selepas sesuatu Rang Undang-Undang ditimbangkan oleh Jawatankuasa, tetapi sebelum dimulakan Persidangan Dewan, mana-mana ahli bolehlah, dengan izin Jawatankuasa, mencadangkan pindaan kepada mana-mana fasal yang telah diluluskan. '

73. Apabila pertimbangan sesuatu Rang Undang-Undang oleh Jawatankuasa telah selesai, maka hendaklah Dewan bersidang semula dengan tiada diadakan undian lagi.

74. Apabila sesuatu Rang Undang-Undang telah selesai ditimbangkan oleh Jawatankuasa pencadang Rang Undang-Undang itu hendaklah membuat laporan kepada Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan mengatakan Rang Undang-Uqdang itu telah ditimbangkan oleh Jawatankuasa dengan pindaan atau dipersetujui dengan tiada pindaan-pindaan, mana-mana yang berkenaan.

75. Sesuatu Rang Undang-Undang, setelah diperbuat laporan kepada Dewan, bolehlah dikemukakan semula untuk pindaan selanjutnya.

76. Sesuatu Rang Undang-Undang bolehlah dirujukkan kepada Jawatankuasa Terpilih atau Iain-Iain Jawatankuasa pada mana-mana peringkat sekalipun termasuk masa dibuat pertimbangan oleh Jawatankuasa Seluruh Dewan, dan perujukkan kepada Jawatankuasa Terpilih atau lainnya bolehlah berkenaan dengan kesemua Rang Undang-Undang itu atau fasal-fasal yang tertentu.

-35-

Page 36: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Peraturan berkenaan dengan merujukkan Rang Undang-Undang kepada Jawatan-kuasa Terpilih atau Iain-Iain

77. Jika perujukan itu berkenaan dengan kesemua Rang Undang-Undang, maka peraturan yang dibawah ini hendaklah diikuti:

(1) Laporan Jawatankuasa Terpilih atau Iain-Iain Jawatankuasa hendaklah dibentangkan di atas meja dan satu salinan daripadanya hendaklah (kecuali jika amat mustahak) diedarkan kepada tiap-tiap ahli Dewan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum daripada mesyuarat Dewan. Sekurang-kurangnya notis selama sehari hendaklah diberi menyatakan niat hendak mencadangkan penerimaan laporan itu.

(2) Jika Rang Undang-Undang itu dilaporkan oleh Jawatankuasa Terpilih atau lainnya dengan pindaan-pindaan, maka pindaan-pindaan yang dicadangkan itu hendaklah disebutkan di dalam laporan Jawatankuasa itu.

(3) Di atas cadangan kerana menerima laporan Jawatankuasa Terpilih atau lainnya, laporan itu hendaklah dibahaskan di dalam Dewan; tetapi menurut arahan daripada Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau dengan permintaan mana-mana lima orang ahli yang hadir, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah dirujukkan kepada Jawatankuasa Seluruh Dewan.

Merujukkan berkenaan dengan fasal-fasal yang tertentu

Cadangan supaya dibaca bagi kali yang ketiga

(4) Apabila laporan Jawatankuasa Terpilih atau Iain-Iain Jawatankuasa telah diedarkan kepada ahli-ahli kurang daripada tujuh hari daripada tarikh mesyuarat Dewan, tidaklah boleh cadangan diperbuat untuk menerima laporan itu kecuali dengan kebenaran Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan.

78. Jika perujukan itu berkenaan dengan fasal-fasal yang tertentu, laporan Jawatankuasa Terpilih atau Iain-Iain Jawatankuasa hendaklah dibahaskan di dalam Dewan apakala diterima notis yang tidak kurang daripada satu hari di atas cadangan menerimanya. Rang Undang-Undang itu hendaklah selepas itu, atau pada suatu masa yang telah diaturkan, dirujuk atau dikembalikan kepada Jawatankuasa Seluruh Dewan.

79. Apabila berkenaan dengan sesuatu Rang Undang-Undang telah dibuat laporan kepada Jawatankuasa Seluruh Dewan dengan atau dengan tiada pindaan atau telah diberi laporan kepada Dewan oleh Jawatankuasa Terpilih atau Iain-Iain Jawatankuasa dan lapaoran itu telah diterima menurut Peraturan 77, maka masalah bolehlah dikemukakan, setelah dibuat cadangan dan disokong, sama ada dengan serta merta ataupun pada masa yang terkemudian, supaya Rang Undang-Undang itu dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

-36-

Page 37: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Pindaan pada masa bacaan yang ketiga

Pindaan-pindaan yang kecil-kecil

Bacaan Yang Ketiga

Menarik balik cadangan-cadangan atau pindaan-pindaan

80. Jika pada masa dibaca sesuatu Rang Undang-Undang bagi kali yang ketiga, mana-mana ahli yang berhajat hendak meminda atau membatalkan mana-mana syarat yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang atau memasukkan apa-apa syarat yang baharu maka boiehlah ia mencadangkan supaya Rang Undang-Undang itu dirujukkan semula dan, jika cadangan itu dipersetujui, apa-apa perubahan yang dicadangkan bolehiah dibahaskan di dalam Jawatankuasa Seluruh Dewan. Selepas itu Dewan boiehlah bersidang semula dan Rang Undang-Undang itu dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

81. Pindaan-pindaan yang pada fikiran Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan, hanya kecil sahaja, tersalah tulis atau berbangkit boiehlah dibuat sebelum Rang Undang-Undang itu dibaca bagi kali yang ketiga dengan tiada payah Rang Undang-Undang itu dirujukkan semula.

82. (1) Apabila cadangan supaya dibaca bagi kali ketiga telah diterima, Setiausaha Dewan hendaklah membaca tajuk yang pendek kepada Rang Undang-Undang itu dan pendahuluannya, jika ada, dan syarat yang membuat undang-undang itu.

(2) Jika cadangan supaya dibaca bagi kali yang ketiga tidak diluluskan maka Rang Undang-Undang itu hendaklah disifatkan telah ditolak.

83. Apabila mana-mana cadangan atau pindaan telah dicadangkan maka bolehiah ianya ditarik balik dengan permintaan Pencadang, jika, pada masa Yang Dipertua atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi, mana-mana yang berkenaan, bertanya adakah Dewan atau Jawatankuasa suka cadangan atau pindaan itu ditarik balik, suara membangkang tiada dikeluarkan.

Menarik balik Rang 84. Di dalam mana-mana peringkat pertimbangan Rang Undang-Undang yang sampai Undang-Undang menurut Tertib Pekerjaan Mesyuarat ahli yang bertanggungjawab berkenaan dengan Rang

Undang-Undang itu boiehlah, dengan tiada diberi apa-apa notis, membuat cadangan supaya Rang Undang-Undang itu ditarik balik.

MENGAMPUNI PERSETUJUAN KE AT AS RANG UNDANG-UNDANG

Rang Undang-Undang 85. Sesuatu Rang Undang-Undang, apabila diluluskan, hendaklah dipersembahkan Kebawah disembahkan untuk Duli Yang Maha Mulia bagi persetujuan. diampuni

-37-

Page 38: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

SIARAN

w3^0"^'31"30 ^ Cia'am ^en9an seberapa segera selepas Duli Yang Maha Mulia mengampuni persetujuannya Warta Kerajaan kepada Rang Undang-Undang itu, maka tiap-tiap undang-undang hendaklah disiarkan di

dalam Warta Kerajaan. Pada bila-bila masa sebelum disiarkannya, Penasihat Undang-Undang Negeri bolehlah membetulkan kesilapan nahu dan tulisan di dalam undang-undang itu, atau rujuk merujuk antara satu dengan lain (cross-references), tanda-tanda persuratan (punctuation), atau catatan-catatan tepi, dan, bagi maksud yang sebegitu bolehlah menambah, meninggal dan mengubahkan nahu-nahu.

HAK-HAK PRIVATE

Hak-Hak Private 87. (1) Jika sesuatu Rang Undang-Undang di dalam pertimbangan adalah menyentuh dengan khasnya faedah-faedah seseorang dan sesiapa yang faedah-faedahnya tersentuh sedemikian itu membuat permohonan dengan jalan rayuan, dengan sendirinya atau peguam dan untuk memeriksa saksi-saksi berkenaan dengan isi kandungan Rang Undang-Undang, suatu usul bolehlah diperbuat dengan cadangan seorang ahli membenarkan orang yang membuat rayuan itu membuat rayuannya kepada Dewan atau Jawatankuasa Terpilih atau Iain-Iain Jawatankuasa, dengan syarat surat rayuan itu diterima oleh Setiausaha Dewan sebelum Rang Undang-Undang itu telah dibaca bagi kali yang ketiga.

(2) Di dalam keadaan atau cara yang lain tidaklah boleh sebarang orang luar dengan sendirinya atau dengan Peguam meminta pertimbangan.

Memeriksa saksi-saksi 88. Apabila dikehendaki memeriksa sebarang saksi-saksi, maka ahli ataupun orang-orang yang membuat rayuan yang berkehendakan kepada saksi-saksi itu hendaklah memberi kepada Setiausaha Dewan satu senarai yang mengandungi nama-nama dan tempat-tempat kediaman saksi-saksi itu sebelum hari yang ditetapkan untuk memeriksa mereka itu dan di dalam masa diperiksanya keterangan tiap-tiap saksi yang sebegitu hendaklah dicatatkan dan ditandatangani oleh saksi-saksi itu.

AH LI-AH LI TIDAK DIBENARKAN MENGAMBIL PERJALANAN SEBAGAI PEGUAM

Ahli-ahli tidak boleh 89. Ahli-ahli Dewan tidaklah dibenarkan hadir di dalam Dewan mengambil bahagian sebagai hadir sebagai peguam Peguam berkenaan dengan apa-apa perkara yang ditimbangkan oleh Dewan.

-38-

Page 39: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

RANG UNDANG-UNDANG PRIVATE (PRIVATE BILLS)

90. Rang Undang-Undang Private ialah untuk faedah-faedah atau keuntungan mana-mana orang perseorangan, Persekutuan atau badan-badan pertubuhan (corporate body) atau yang menyentuhi dengan tepatnya hak kepunyaan perseorangan atau harta benda mana-mana orang, pertubuhan atau badan-badan pertubuhan (corporate body), tetapi tidaklah termasuk mana-mana Rang Undang-Undang yang dikemukakan oleh Kerajaan.

91. Dikecualikan apa-apa yang berlainan tersebut di dalam sesuatu Undang-undang Negeri, yang bukan menjadi rangkaian Kerajaan Negeri, dengan tujuan yang mengenai atau menguntungkan seseorang, Persekutuan atau badan pertubuhan yang tertentu, janganlah hendaknya mengenai hak-hak Bagina Yang Dipertuan Agong, atau hak Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan ganti-gantinya atau hak-hak Yang Terutama Gabenor-Gabenor Pulau Pinang dan Melaka, atau hak mana-mana badan politik atau pertubuhan, atau mana-mana orang lain.

Tafsiran Rang Undang-Undang Private

Rang Undang-Undang 92. Apabila mana-mana Rang Undang-Undang Private yang dicadangkan itu harus Private menyentuhi hak- menyentuhi tepat hak-hak perseorangan atau harta benda seseorang atau company, maka a perseorangan n0(js hendaklah diberi kepada semua pihak yang berkenaan akan isi dan tujuan-tujuan Rang

Undang-Undang itu dengan disiarkan di dalam Warta Kerajaan sebulan sebelum rayuan mengemukakan Rang Undang-Undang itu; dan siaran hendaklah sekurang-kurangnya disiarkan dua kali di dalam Warta Kerajaan sebelum ianya dikemukakan.

Mengemukakan rayuan 93. (1) Sesuatu Rang Undang-Undang Private tidaklah boleh dikemukakan kecuali dengan rayuan daripada penganjur-penganjurnya, menyatakan kandungan dan tujuan-tujuan Rang Undang-Undang itu dan menyatakan dengan terang apa-apa sebab yang berpatutan.

(2) Surat rayuan hendaklah dikemukakan dengan jalan diserahkannya kepada Setiausaha Dewan dan hendaklah dibaca di dalam mesyuarat biasa Dewan masa yang pertama selepas

. daripada diserahkannya itu dan tatakala itu Yang Dipertua atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan hendaklah, sebelum menyeru ahli-ahli yang telah memberi notis-notis cadangan, menghadapkan masalah membenarkan panganjur-penganjur itu mengambil perjalanan.

-39-

Page 40: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Rang Undang-Undang diserahkan kepada Setiausaha

Rang Undang-Undang mengadakan binaan-binaan dan sebagainya

Bacaan Yang Pertama

94. Apabila kebenaran telah diberi untuk mengambil perjalanan, suatu salinan Rang Undang-Undang hendaklah diberi kepada Setiausaha Dewan di dalam masa enam bulan selepas daripada kebenaran itu diberi, dan, tatakala diserahkan Rang Undang-Undang itu, penganjur-penganjurnya hendaklah menunjukkan suatu akuan yang ditandatangani oleh Pegawai Wang Negeri mengakui yang wang sebanyak seribu ringgit, atau suatu jumiah yang kurang daripada itu sebagairnana yang dibenarkan oleh Pegawai Wang Negeri dengan kelulusan yang bertulis untuk meliputi belanja-beianja siaran dan mencetak telah disimpan di dalam Pejabat Perbendaharaan Negeri dan suatu jaminan yang diperbuat oleh dua orang yang munasabah mengikatkan mereka membayar apakala diminta kepada Setiausaha Dewan apa-apa kelebihan daripada Wang Amanah yang dikehendaki bagi belanja-beianja itu.

95. Berkenaan dengan Rang Undang-Undang Private yang membenarkan pembinaan dan sebagainya, sebelum penganjur-penganjurnya dibenarkan mengambil perjalanan maka hendaklah mereka itu mengamanahkan kepada Setiausaha Dewan suatu anggaran belanja untuk pekerjaan itu, ditandatangani oleh orang yang membuatnya, dan hendaklah mereka itu mengamanahkan di Pejabat Perbendaharaan Negeri sebanyak tidak kurang daripada empat peratus daripada jumiah wang yang dianggarkan itu dan, di dalam tiap-tiap Rang Undang-Undang yang seumpama itu, hendaklah dimasukkan suatu fasal yang menyatakan, jika pekerjaan-pekerjaan yang dibenarkan hendak dibuat itu tidak disiapkan sebelum luput masa yang dihadkan oleh Rang Undang-Undang untuk disampaikannya, maka wang yang diamanahkan itu hendaklah menjadi rampasan.

96. Maka Setiausaha Dewan hendaklah mengambil langkahan mencetakkan, memperkelilingkan kepada ahli-ahli dan menyiarkan Rang Undang-Undang itu di dalam Warta Kerajaan dan, tatakala mesyuarat Dewan kali yang pertama yang diadakan tidak kurang daripada empat belas hari selepas siaran yang tersebut, Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan, jika ia berpuas hati siaran-siaran yang dikehendaki oleh Peraturan 92 itu telah disiarkan, hendaklah mengemukakan masalah dibacakan Rang Undang-Undang itu bagi kali yang pertama, tatakala itu perbincangan tidaklah dibenarkan. Selepas Rang Undang-Undang itu dibaca bagi kali yang pertama, penganjur-penganjurnya bolehlah membuat pindaan-pindaan yang difikirkan munasabah tetapi Setiausaha Dewan, jika difikirkan pindaan-pindaan itu terkeluar daripada isi kandungan rayuan bagi Rang Undang-Undang itu hendaklah menyatakan pandangannya kepada Dewan.

-40-

Page 41: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

BacaanYang.Kedua 97. Jika Rang Undang-Undang itu diperintah dibaca bagi kali yang pertama, Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan hendaklah, di dalam mesyuarat Dewan yang akan datang, melainkan ada perintah lain diberi oleh Dewan, mengemukakan masalah supaya Rang Undang-Undang itu dibaca bagi kali yang kedua. Jika ada usul menerima, Rang Undang-Undang itu hendaklah dirujukkan kepada Jawatankuasa yang menjadi Jawatankuasa Seluruh Dewan atau sesuatu Jawatankuasa Terpilih atau Iain-Iain Jawatankuasa mengikut ketetapan Dewan:

Dengan syarat tidaklah boleh seseorang ahli dibenarkan menjadi ahli sesuatu Jawatankuasa Terpilih atau Iain-Iain jawatankuasa melainkan setelah ia membuat dan menandatangani akuan yang ia tiada akan mengundi di atas apa-apa masalah yang harus berbangkit, dan berkenaan dengan apa-apa keterangan yang akan diberi, dengan tiada mendengar dan mengkaji keterangan-keterangan yang berkaitan dengannya.

Cara membangkang 98. Tidaklah boleh seseorang selain daripada ahli Dewan membuat bangkangan kepada Rang Undang-Undang mana-mana Rang Undang-Undang Private melainkan terlebih dahulu ia membuat rayuan

kepada Setiausaha Dewan dengan menyatakan isi kandungan bangkangannya kepada Rang Undang-Undang itu dan adakah bangkangannya itu meliputi seluruh atau sebahagian daripada pendahuluan atau fasal-fasal di dalam Rang Undang-Undang yang tersebut dan memohon supaya ia memberi penerangannya terhadap Rang Undang-Undang itu dengan sendiri atau melalui peguam. ,

99. Dengan tertakluk kepada apa-apa yang tersebut di dalam perintah-perintah ini, kesemua rayuan menentangi Rang Undang-Undang itu yang mengandungi permohonan supaya orang-orang yang membuat rayuan itu dapat memberi penerangannya dengan sendiri atau melalui peguamnya, hendaklah diedarkan kepada Jawatankuasa dan Jawatankuasa itu hendaklah mendengarkan pembangkang-pembangkang yang pada pandangannya berhak mengambil bahag ian ( locus s tandi ) .

Jawatankuasa mencatat keterangan pembangkang

Peraturan Kerja 100. Jawatankuasa hendaklah memeriksa Rang Undang-Undang itu dan membuat apa-apa Jawatankuasa pindaan kepadanya sebagaimana yang difikirkan munasabah dan hendaklah menyatakan

kepada Dewan bahawa ia telah memeriksa Rang Undang-Undang itu dan (jika sebenarnya begitu) telah membuat pindaan-pindaan di dalamnya, dan hendaklah membuat syor-syor kepada Dewan (jika ada) yang dipandang layak.

-41-

Page 42: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Bacaan Yang Ketiga 101. Selepas sahaja Laporan Jawatankuasa dikemukakan dan diterima maka Yang Dipertua Dewan atau ahii yang menjadi Pengetua Dewan hendaklah mengemukakan masalah Rang Undang-Undang itu dibaca bagi kali yang ketiga.

Belanja mencetak 102. Dengan seberapa cepat yang boleh selepas Rang Undang-Rang Undang Private itu diluluskan, ditolak atau ditinggalkan, Setiausaha Dewan hendaklah membuat suatu kira-kira menunjukkan, menurut kadar yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia, belanja-belanja percetakan dan siaran dan hendaklah menghantarkannya setelah ditandatangani olehnya kepada Pegawai Wang Negeri, dan tatakala itu hendaklah ia (Pegawai Wang Negeri), jika jumlah wang di dalam kira-kira itu terkurang daripada seribu ringgit, memindahkan jumlah itu daripada Wang Amanah sebanyak seribu ringgit kepada perolehan Negeri dan membayar bakinya kepada orang membuat amanah itu atau penguasa di bawah wasiat atau terikat atau penguasa-penguasa ( assigns ) jika kira-kira itu menunjukkan belanja percetakan dan siaran melebihi seribu ringgi, Pegawai Wang Negeri hendaklah memindahkan kesemua Wang Amanah itu kepada perolehan Negeri dan Setiausaha Dewan hendaklah mengambil langkahan yang dikehendaki untuk mendapat balik bakinya.

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA JAWATANKUASA TERPILIH

'"ant'kan 103. Suatu Jawatankuasa Terpilih hendaklah dilantik dengan cadangan oleh Dewan dan hendaklah mengandungi ahi-ahli sebagaimana yang dipilih oleh Dewan atau Jawatankuasa Seluruh Dewan.

Boleh dilantik pada 104. mana-mana peringkat pun

Suatu Jawatankuasa Terpilih bolehlah dilantik oleh Dewan pada mana-mana peringkat perjalanannya atau apabila Dewan itu bersidang sebagai Jawatankuasa Seluruh Dewan.

Pengerusi 105. Pada masa dilantik Jawatankuasa Terpilih bolehlah dinamakan seorang pengerusinya atau bolehlah jawatankuasa itu melantik pengerusinya sendiri. Yang Dipertua Dewan bolehlah, dan masa ke semasa, disebabkan oleh kematian atau ketiadaan hadir ahli-ahli dengan tidak dapat dielak, melantik seorang ahli Dewan yang lain bagi mengganti tempat ahli itu di dalam Jawatankuasa Terpilih.

Cukup Bilangan 106. Cukup bilangan bagi Jawatankuasa Terpilih ialah tiga orang ahli, terkecuali usul bagi melantikkan jawatankuasa itu membuat ketetapan yang berlainan.

-42-

Page 43: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Laporan Jawatankuasa

Laporan pihak yang sedikit

Laporan disampaikan oleh Pengerusi

Menyiarkan laporan-laporan

107. Maka laporan tiap-tiap Jawatankuasa Terpilih hendaklah ditandatangani oleh Pengerusinya atau jika ia tidak ada oleh ahli yang pertama menurut susunan lantikan dan oleh tiap-tiap ahli jawatankuasa yang bersetuju dengan laporan itu dan hendaklah dibentangkan di atas meja atau hendaklah diambil tindakan yang lain menurut perintah Dewan.

108. Mana-mana ahli atau ahli-ahli yang tiada bersetuju dengan pendapat ahli yang terbanyak di dalam Jawatankuasa Terpilih itu bolehlah memasukkan suatu kenyataan yang bertulis akan sebab-sebab tiada bersetuju itu dan kenyataan-kenyataan itu hendaklah, jika sempat diserahkan, diletakkan kepada laporan Jawatankuasa Terpilih itu. '

109. (1) Laporan sesuatu Jawatankuasa Terpilih hendaklah disampaikan kepada Dewan oleh Pengerusi atau oleh seorang ahli Jawatankuasa itu.

(2) Sesuatu Jawatankuasa Terpilih bolehlah, jika pada pandangannya kepentingan orang ramai berkehendakkan begitu, membenarkan laporan disiarkan sebelum dibentangkannya di atas meja Dewan, dengan syarat siaran itu janganlah diterbitkan sebelum sekurang-kurangnya tiga hari telah luput selepas satu salinan laporan itu dihantarkan kepada tiap-tiap orana ahli Dewan. B

JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGERI

Wann^pp333 ^ ̂ ^ ̂ Maka hendaklah diadakan suatu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kira-gen Kira Wan9 Negeri dan dilantik pada permulaan Dewan Negeri untuk memeriksa:-

(a) Kira-Kira Negeri dan peruntukan wang yang diberi oleh Dewan Negeri kerana perbelanjaan Negeri;

(b) Sebarang kira-kira badan-badan kuasa dan Iain-Iain badan yang mentadbirkan wang-wang orang ramai yang dibentangkan di dalam Dewan;

(c) Laporan Pemeriksaan Kira-Kira Negeri ( Audi tor -Genera l ) yang dibentangkan di dalam Dewan menurut Fasal 107 Perlembagaan Persekutuan;

(d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa, atau dirujuk kepada Jawatankuasa oleh Dewan. '

-43-

Page 44: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(2) Maka Jawatankuasa itu hendaklah mengandungi Pengerusi dan tidak lebih daripada enam orang ahli yang dilantik oleh Dewan, selepas sahaja dimulakan Persidangan Dewan.

(3) Tidaklah boleh seseorang ahli dilantik atau dinamakan sebagai atau memangku jawatan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri semasa ia menjadi seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(4) Maka berkuasalah Jawatankuasa itu memanggil orang-orang, meminta surat-surat dan peringatan (rekod), dan membuat laporan dari semasa ke semasa.

(5) Maka Pemeriksa Kira-Kira Negara ( Audi tor -Genera l ) hendaklah dijemput hadir pada tiap-tiap Persidangan Jawatankuasa dan berhak mengambil bahagian sendirinya atau oleh wakiinya, dan, dengan izin Pengerusi, membuat soalan-soalan kepada mana-mana orang yang dipanggil hadir di hadapan Jawatankuasa itu.

SYARAT-SYARAT KEWANGAN

Rang Undang-Undang 111. (1) Tiap-tiap tahun hendaklah dikemukakan kepada Dewan suatu Rang Undang-peruntukan: Undang peruntukan yang mengandungi anggaran wang yang dikehendaki untuk kepala-Dewan1 kePala perbelanjaan yang dikehendaki dimasukkan ke dalam Rang Undang-Undang

peruntukan menurut Fasal 53 Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab yang pertama) untuk tahun kewangan yang berikut. Butir-butir berkenaan dengan wang yang dikehendaki itu hendaklah terkandung di dalam anggaran-anggaran yang tersebut di dalam Peraturan 112.

(2) Selepas cadangan supaya dibaca bagi kali yang kedua akan Rang Undang-undang itu dibuat dan disokongkan, bahasan di atasnya hendaklah diadakan dan hendaklah menumpukan kepada dasar-dasar Kerajaan dan pentadbiran Kerajaan seperti yang dibayangkan oleh Rang Undang-undang dan anggaran-anggaran itu.

(3) Apabila Rang Undang-Undang telah dibaca bagi kali yang kedua hendaklah dihitung telah terserah kepada Jawatankuasa Seluruh Dewan: Pertimbangan-pertimbangan Jawatankuasa hendaklah terbuka kepada orang ramai.

(4) Jadual kepada Rang Undang-Undang itu hendaklah dikaji terlebih dahulu daripada Fasal-Fasalnya.

-44-

Page 45: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

(5) Pada masa menimbangkan sesuatu Jadual hendaklah Pengerusi membacakan tajuk tiap-tiap kepala perbelanjaan mengikut giliran, dan kecuali ada pindaan kepadanya tercatit di atas kertas notis, hendaklah mencadangkan masalah "Bahawa jumlah wang sebanyak $ untuk kepala perbelanjaan jadi sebahagian daripada jadual".

(6) Mana-mana ahli boleh membuat cadangan kepada jadual dengan mengurangkan sebanyak daripada jumlah wang yang diuntukkan kepada mana-mana kepala perbelanjaan yang berkaitan dengan kepala kecil atau butir-butir di dalamnya, tetapi sekurang-kurangnya dua hari notis hendak membuat pindaan itu hendaklah diberi.

(7) Apabila beberapa pindaan-pindaan dicadangkan kepada kepala kecil atau butir-butir itu juga, pindaan yang berkehendakkan dikurang kepada angka yang sehabis kecil hendaklah dicadangkan dahulu dan sesuatu pindaan hendak membatalkan kepala kecil atau butir-butir hendaklah dicadangkan selepas semua cadangan untuk mengurangkan itu diselesaikan.

(8) Sesuatu notis untuk mencadangkan tambahan kepada wang yang diuntukkan dibawah mana-mana kepala perbelanjaan tidaklah boleh diberi atau pindaan yang menimbulkan tambahan dicadangkan, kecuali oleh Menteri Besar atau seseorang ahli yang ditugaskan olehnya. •

(9) Apabila semua pindaan-pindaan yang tercatat di dalam kertas notis berkenaan dengan mana-mana kepala perbelanjaan yang tertentu telah diselesaikan, maka Pengerusi hendaklah mengemukakan masalah " bahawa jumlah wang sebanyak $ bagi kepala perbelanjaan menjadi sebahagian daripada jadual

(10) Di atas masalah, " bahawa jumlah wang sebanyak $ bagi kepala perbelanjaan menjadi sebahagian daripada jadual", perbahasan hendaklah tertumpu kepada dasar perkhidmatan yang hendak diuntukkan wang itu dan janganlah hendaknya membicarakan butir-butir perbelanjaan, tetapi bolehlah merujuk kepada butir-butir hasil mahsul atau kumpulan-kumpulan wang yang menjadi tanggungjawab perkhidmatan itu.

(11) Apabila Rang Undang-Undang telah diluluskan oleh Jawatankuasa, maka hendaklah diperbuat laporan dengan serta-merta kepada Dewan dan suatu cadangan supaya dibaca bagi kali yang ketiga hendaklah diperbuat oleh ahli yang tersebut

-45-

Page 46: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Anggaran-anggaran kewangan tiap-tiap tahun

di dalam perenggan (8) itu. Cadangan itu tiadalah payah disokong dan hendaklah diputuskan dengan tiada pindaan atau bahasan.

112. Maka rang anggaran-anggaran perbelanjaan negeri untuk tahun yang berikut hendaklah dibentangkan di atas meja sebelum dikemukakan kepada Dewan akan Rang Undang-Undang Peruntukan tiap-tiap tahun.

113. (1) Pada tiap-tiap kali mesyuarat Dewan hendaklah menjadi kewajipan Menteri Besar menyerahkan kepada Dewan suatu kenyataan yang membutirkan apa-apa perkara yang amat mustahak dan perbelanjaan yang tidak di sangka-sangka yang telah diberi wang pendahuluan daripada Kumpulan Wang Persediaan mengikut undang-undang kewangan tahun 1957 ( F i n a n c i a l P r o c e d u r e O r d i n a n c e , 1 9 5 7 ) .

(2) Jika mana-mana ahli berhajat meminta penerangan berkenaan dengan apa-apa butir perbelanjaan yang terkandung di dalam kenyataan yang diserahkan di bawah perintah ini, hendaklah ia beri kepada Setiausaha Dewan notis yang berpatutan akan niatnya hendak meminta penerangan itu, dan notis itu janganlah kurang daripada 24 jam.

Kenyataan mengenai 114. Perenggan (2) daripada Peraturan 113 hendaklah dipakai setakat mana yang berkenaan nlmLuLn ivimJLnte \ ^ mutat's muian(iis ) dengan kenyataan peralihan butir-butir peruntukan yang diperbuat peruntuKan (virements) menurut mana-mana undang-undang negeri.

Kenyataan pendahuluan-pendahuluan Kumpulan Persediaan

daripada Wang

( Cont ingencies Fund Undang-Undang Bilangan 62/57

Rang Undang-Undang 115. Jika berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan didapati jumlah wang yang peruntukan tambahan diuntukkan oleh undang-undang peruntukan bagi apa-apa maksud tiada mencukupi, atau

timbul suatu kepebecikan perbelanjaan untuk apa-apa maksud yang tiada diuntukkan oleh undang-undang peruntukan, atau mana-mana wang telah dibelanjakan bagi apa-apa maksud berlebihan daripada jumlah wang (jika ada) yang diuntukkan bagi maksud itu oleh undang-

• undang peruntukan, maka suatu Rang Undang-Undang peruntukan tambahan menunjukkan jumlah-jumlah wang yang dikehendaki atau dibelanjakan itu hendaklah dikemukakan ke dalam Dewan dan syarat-syarat di dalam peraturan dan perintah tetap bilangan 111 hendaklah dipakai.

UNDIAN

116. (1) Dikecualikan jika ada sebutan yang lain di dalam Fasal 61 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) dan Fasal 2 Undang-Undang Bagi

-46-

Page 47: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Diri Kerajaan Terengganu ( Bab Yang Kedua), Dewan hendaklah, jika tiada dengan sebulai suara, membuat keputusannya di atas undian suara terbanyak daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi; dan Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan hendaklah mengundi apabila dikehendaki untuk mengelakkan undian yang sama banyak, tetapi tidaklah boleh ia mengundi pada masa yang lain.

(2) Seseorang ahli janganlah hendaknya mengundi di atas mana-mana perkara yang ia mempunyai faedah kewangan yang tetap bagi dirinya sendiri ( selain daripada perkara-perkara imbuhan di bawah mana-mana syarat periembagaan), tetapi sesuatu cadangan untuk menolakkan undian seseorang ahli dengan alasan ini hanyalah boleh dibuat selepas sahaja bilangan ahli-ahli yang mengundi di atas masalah itu ditentukan. Jika cadangan untuk menolakkan undian mana-mana ahli itu dipersetujui, Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan hendaklah memerintah Setiausaha Dewan supaya membetulkan bilangan-bilangan undi di dalam pembahagian mengikut keadaannya.

Peraturan mengundi 117. Apabila sesuatu masalah itu dikemukakan oleh Yang Dipertua, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi, undian bolehlah dengan cara suara " bersetuju" dan " tidak bersetuju " dengan mengangkat tangan dan keputusannya hendaklah diisytiharkan oleh Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau

.Pengerusi, tetapi mana-mana ahli yang berkehendakkan kepada pembahagian bolehlah menyeru bahagikan tatakala itu, selepas diberi ingatan oleh Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi yang dipandang berpatutan, undian hendaklah dibilang oleh Setiausaha Dewan dengan sendirinya atau oleh penghitung yang dilantik olehnya, dengan meminta tiap-tiap seorang ahli berasingan-berasingan cara mana ia hendak mengundi. Undian Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi, hendaklah diambil kemudian sekali tiap-tiap ahli hendaklah, apabila diseru namanya, memberi undiannya dengan berkata" bersetuju" atau " tidak .bersetuju " atau " tidak mengundi Apabila undi-undi telah diambil oleh Setiausaha Dewan, Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi hendaklah mengisytiharkan keputusan undian itu dan Setiausaha Dewan hendaklah memasukkan undian tiap-tiap seorang ahli itu ke dalam peringatan (rekod) perjalanan-perjalanan Dewan.

-47-

Page 48: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

LAIN-LAIN HAL

Menyiarkan keterangan 118. Keterangan yang diambil di dalam mana-mana Jawatankuasa Dewan dan sebarang surat-surat yang dikemukakan kepada Jawatankuasa itu yang belum dinyatakan kepada Dewan tidaklah boleh disiarkan oleh mana-mana ahli Jawatankuasa itu atau oleh sesiapa pun.

119. Tidaklah boleh ahli atau sesiapa pun menyiarkan apa-apa laporan atau kenyataan yang merupakan sesuatu laporan berkenaan dengan perbahasan atau perjalanan-perjalanan Dewan terutama sekali apabila perbahasan-perbahasan atau perjalanan-perjalanan dijalankan selepas orang ramai dikeluarkan dengan perintah Dewan atau apabila siaran itu ditegah oleh Dewan dengan khasnya atau apabila laporan atau kenyataan itu menimbulkan kekeliruan yang sengaja dibuat akan perjalanan-perjalanan Dewan atau ucapan seseorang ahli yang tertentu atau tidak diperbuat atau disiarkan dengan niat yang baik oleh ahli itu atau orang lain.

120. (1) Tatakala cadangan dibuat, selepas tamat segala pekerjaan yang lain, untuk menangguhkan Dewan, seseorang ahli yang berhak berucap sebagaimana yang ditentukan kemudian daripada ini bolehlah, dengan tertakluk kepada peraturan-peraturan berbahas dan peraturan-peraturan berkenaan dengan ketetapan butir-butir perbahasan yang terkandung di dalam peraturan-peraturan dan perintah-perintah ini, berucap kepada Dewan di atas apa-apa perkara yang ia telah beri notis kepada Setiausaha Dewan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum daripada tarikh mesyuarat, tetapi berkenaan dengan mana-mana ucapan yang merujuk kepada apa-apa perkara di bawah jagaan Kerajaan Persekutuan sahaja, Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan bolehlah memerintahkan supaya ucapan atau sebahagian daripadanya yang berkenaan dengan perkara itu tidak dijawab tetapi diedarkan kepada Kerajaan Persekutuan dan jawapannya dibentangkan diatas meja pada mesyuarat yang kehadapan.

(2) Notis untuk membuat ucapan penangguhan hendaklah mengandungi gambaran yang terang akan maudho' dan isi kandungannya.

(3) Tidaklah dikehendaki Setiausaha Dewan mengedarkan notis-notis yang tersebut kepada ahli-ahli dengan tidak dihiraukan apa-apa • yang ditentukan di dalam peraturan-peraturan dan perintah-perintah ini.

Siaran berkenaan perjalanan-perjalanan Dewan

Ucapan-ucapan penangguhan

-48-

Page 49: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

^ (4) Apabila notis yang iersebut itu diberi oleh tidak lebih daripada lima orang ahli berkeriaan dengan mana-mana mesyuarat, tiap-tiap ahli yang memberi notis itu berhaklah berucap diatas cadangan penangguhan.

(5) Jika notis itu diberi oleh lebih daripada lima orang berkenaan dengan sesuatu mesyuarat, Setiausaha Dewan hendaklah, dengan undi bertulis, memilih lima orang daripada ahli-ahli yang memberi notis dan hendaklah memberitahu semua ahli yang termasuk di dalam undi bertulis itu akan keputusan undian itu :

Dengan syarat tidaklah boleh mana-mana ahli yang telah membuat ucapan penangguhan sesuatu mesyuarat di dalam mana-mana persidangan dimasukkan di dalam sebarang undi yang bertulis seumpama itu untuk persidangan itu juga yang akan mengeluarkan mana-mana ahli yang belum lagi membuat ucapan.

(6) Kecuali dengan kebenaran Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan, tidaklah boleh mana-mana ahli membuat ucapan penangguhan dengan cadangan selama lebih daripada sepuluh minit.

(7) Kepada mana-mana ucapan penangguhan diatas cadangan bolehlah dijawab oleh seorang ahli majlis mesyuarat Kerajaan bagi pihak Kerajaan.

Kelakuanahli-ahli -121. Di dalam masa sesuatu mesyuarat-

(a) Semua ahli hendaklah masuk dan meninggalkan Dewan dengan tertib berkenaan pakaian, kelakuan dan kesopanan;

(b) Tidaklah boleh mana-mana ahli melalu-lintas di dalam majlis Dewan dengan tiada apa-apa sebab;

(c) Ahli-ahli tidaklah boleh membaca surat khabar, buku-buku, surat-surat dan Iain-lain surat melainkan apa-apa perkara di dalamnya ada kena-mengena dengan perkara-perkara yang dibahaskan.

(d) Ahli-ahli tidaklah boleh menghisap rokok dan sebagainya di dalam majlis Dewan;

(e) Apabila seseorang ahli berucap maka ahli-ahli yang lain hendaklah mendiamkan diri dan janganlah hendaknya membuat gangguan yang melanggar

. tertib.

-49-

Page 50: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

121 A. (1) Jika sesuatu jenis pakaian tertentu ditetapkan secara rasmi untuk menghadiri mana-mana persidangan Dewan atau mana-mana istiadat yang diadakan berkaitan dengan mana-mana persidangan Dewan, tiap-tiap ahli dan orang lain yang menghadiri persidangan atau istiadat itu hendaklah berpakaian sebagaimana ditetapkan itu, dan jika mana-mana ahli atau orang lain tidak berpakaian sedemikian, maka Setiausaha Dewan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Yang Dipertua Dewan boleh -

(a) Enggan membenarkan ahli atau orang itu masuk ke kawasan di mana persidangan atau istiadat itu diadakan dan boleh menggunakan kekasaran untuk menghalang kemasukannya, atau

( b ) Meminta ahli atau orang itu supaya mengundur diri dari kawasan di mana persidangan atau istiadat itu diadakan dan boleh menggunakan kekasaran untuk mengalih ahli atau orang itu dari kawasan itu.

(2) Bagi maksud perenggan (1), " pakaian " termasuklah apa-apa benda yang ditetapkan supaya dipakai atau dibawa pada tubuh badan. "

Merentikan sementara 122. (1) Maka peraturan-peraturan dan perintah-perintah Dewan bolehlah direntikan Perintah-perintah Tetap sementara dengan kehendak undian suara ramai daripada ahli-ahli yang hadir di dalam

mana-mana mesyuarat, selepas dibuat cadangan dengan persetujuan Yang Dipertua Dewan, ahli yang menjadi Pengetua Dewan atau Pengerusi dengan tiada payah diberi notis.

(2) Jika cadangan itu dipersetujui, peraturan-peraturan dan perintah-perintah tetap hendaklah direntikan sementara setakat mana yang dikehendaki untuk melaksanakan tujuan-tujuan itu.

(3) Tidaklah boleh diadakan bahasan di atas cadangan itu.

-50-

Page 51: UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU …dun.terengganu.gov.my/files/LINK/Undang2Tubuh.pdf · DEWAN UNDANGAN NEGERI BAGI NEGERI TERENGGANU PENDAHULUAN Memilih Yang Dipertua

Perjalanan di atas Rang Undang- Undang, Cadangan dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Tetap dan lain-lainnya berjalan walau pun Dewan diberhentikan

123. Dengan tidak menghiraukan keberhentian Dewan

Hak pegawai-pegawai mengambil bahagian

Perkara-perkara yang tiada disyaratkan

Pembatalan

(i)

(ii)

Perjalanan di atas sesuatu Rang Undang-Undang atau cadangan yang belum diselesaikan di dalam sesuatu persidangan yang dikemukakannya bolehlah dijalankan semula di dalam persidangan yang berikut sahaja;

Tiap-tiap Jawatankuasa tetap Jawatankuasa yang lain telah sehingga Dewan dibubarkan;

hendaklah wujud sehingga suatu dilantik untuk menggantikannya atau

(iii) Sesuatu Jawatankuasa yang tiada terhad hayatnya apabila dilantik hendaklah wujud sehingga selesai pekerjaan yang ditugaskan kepadanya atau sehingga dibubarkan Dewan.

124. Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Wang Negeri bolehlah mengambil bahagian di dalam perjalanan Dewan seperti yang ditentukan Oleh Fasal 13 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu, (Bab Yang Pertama).

125. (1) Di dalam mana-mana perkara yang tiada disyaratkan di dalam peraturan-peraturan dan perintah-perintah tetap ini, cara perjalanan dan peraturan Dewan Rakyat Persekutuan Tanah Melayu hendaklah diturut, setakat yang tiada bertentangan dengan peraturan-peraturan dan perintah-perintah tetap ini. „

(2) Keputusan Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan di atas apa-apa perkara yang bertelingkah tentang tafsiran maknanya berkenaan dengan mana-mana satu daripada peraturan-peraturan dan perintah-perintah tetap ini hendaklah menjadi keputusan yang muktamad.

126. Peraturan-peraturan dan perintah-perintah tetap ini hendaklah membatal dan menggantikan mana-mana peraturan-peraturan dan perintah-perintah tetap majlis mesyuarat negeri atau Dewan yang dahulu.

Diperbuat dan diluluskan oleh Dewan Negeri Terengganu mengikut Fasal 62 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) pada hari ini Dua puluh empat haribulan April tahun 1960.

[S.U.K.T.R. 384/1958 ]

ABDUL AZIZ BIN HAJI ABBDULLAH, SETIAUSAHA DEWAN NEGERI,

TERENGGANU