teks ucapan menggulung perbahasan usul titah...

217
1 TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH DIRAJA PADA 11 JULAI 2013 DI DEWAN RAKYAT Y.B. MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI ------------------------------------------------------------------------------------- Tuan Yang di-Pertua, Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam semasa perbahasan Titah Diraja ini. Saya telah meneliti semua isu-isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Pertamanya saya ingin memberi penjelasan mengenai isu-isu yang berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Sabak Bernam menyarankan TH menyediakan mesin ATM (Automatic Teller Machine) bagi urusan pengerluaran wang dan CDM (Cash Deposit Machine) bagi urusan penyimpanan di pejabat TH dan diperingkat awal ditempatkan di ibu pejabat TH negeri-negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mesin ATM/CDM telah disediakan di Pejabat TH Negeri di seluruh negara. Pada masa yang sama, mesin-mesin ATM/CDM juga telah ditempatkan di 32 Pejabat Cawangan TH terpilihdi seluruh Malaysia. Insya-Allah perancangan selepas ini, banyak lagi lokasi Pejabat Cawangan TH akan ditempatkan dengan mesin ATM/CDM. Bagi meningkatkan kecekapan dan memudahkan pendeposit melakukan transaksi TH selaras dengan gagasan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, saluran perkhidmatan TH telah diperluaskan melalui hubungan kerjasama strategik

Upload: lynguyet

Post on 07-Mar-2019

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

1

TEKS UCAPAN

MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH DIRAJAPADA 11 JULAI 2013 DI DEWAN RAKYAT

Y.B. MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B),MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

-------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam

semasa perbahasan Titah Diraja ini. Saya telah meneliti semua isu-isu yang

dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan,

teguran dan cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua,

Pertamanya saya ingin memberi penjelasan mengenai isu-isu yang berkaitan

Lembaga Tabung Haji (TH) yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang

Berhormat. Yang Berhormat Sabak Bernam menyarankan TH menyediakanmesin ATM (Automatic Teller Machine) bagi urusan pengerluaran wang dan CDM(Cash Deposit Machine) bagi urusan penyimpanan di pejabat TH dan diperingkatawal ditempatkan di ibu pejabat TH negeri-negeri. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, mesin ATM/CDM telah disediakan di Pejabat TH Negeri di seluruh negara.

Pada masa yang sama, mesin-mesin ATM/CDM juga telah ditempatkan di 32 Pejabat

Cawangan TH terpilihdi seluruh Malaysia. Insya-Allah perancangan selepas ini,

banyak lagi lokasi Pejabat Cawangan TH akan ditempatkan dengan mesin ATM/CDM.

Bagi meningkatkan kecekapan dan memudahkan pendeposit melakukan

transaksi TH selaras dengan gagasan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’,

saluran perkhidmatan TH telah diperluaskan melalui hubungan kerjasama strategik

Page 2: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

2

dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

(BKRM) dan Maybank Islamik (MIB). Jalinan kerjasama strategik sejak 2008 dengan

BIMB dan BKRM serta MIB pada 2012 membolehkan transaksi simpanan dan

pengeluaran TH dilakukan melalui mesin ATM/CDM di bank-bank tersebut.

Pada masa sekarang, para pendeposit TH boleh berurusan melalui mesin ATM

sebanyak 4,128 mesin dan mesin CDMpula sebanyak 1,599 mesin yang beroperasi di

seluruh negara, sekali gus memberi kemudahan untuk berurusan dengan TH sepanjang

masa/24 jam setiap hari.

Ahli Yang Berhormat juga minta penjelasan mengenai jumlah penyimpanTH masa kini dan penyimpan TH yang mendaftar haji pada 2013.Sehingga 5 Julai2013, pendeposit Tabung Haji (TH) adalah berjumlah 8.3 juta orang dan daripada

jumlah tersebut, bilangan pendeposit TH yang telah mendaftar untuk menunaikan

fardhu haji adalah berjumlah 1.2 juta orang.

Berhubung dengan langkah-langkah bagi memastikan penyimpan THuntuk pergi haji tanpa menunggu lama khususnya warga emas,TH telah

mengambil langkah-langkah seperti berikut:-

i. pendaftaran semula bakal haji hanya boleh dilakukan selepas lima (5)

tahun dari tarikh kali terakhir menunaikan fardhu haji;

ii. tidak menawarkan tempat untuk menunaikan fardhu haji kepada kanak-

kanak di bawah 15 tahun walaupun telah berdaftar; dan

iii. bakal jemaah haji untuk kali kedua (sebagai mahram/ pembantu bakal

jemaah haji lanjut usia terpilih) dikenakan bayaran penuh wang belanja haji,

tanpa ditanggung oleh TH.

Page 3: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

3

Bagi warga emas iaitu berusia 75 tahun ke atas, pertimbangan yang khusus

diberikan kepada bakal-bakal haji untuk ke tanah suci lebih awal dari tempoh yang

ditetapkan. Namun, keutamaan diberikan kepada bakal jemaah yang belum pernah

menunaikan fardhu haji serta telah lulus pemeriksaan kesihatan.

Yang Berhormat Marang menyarankan supayaLembaga Tabung Haji(TH)memberi keutamaan kepada perkhidmatan kepada jemaah haji tanpa mengirasama ada mereka melalui TH atau pun persendirian/ swasta. Lembaga Tabung

Haji (TH) sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada

keseluruhan jemaah haji Malaysia yang menunaikan haji pada setiap tahun. Dengan

kerjasama dan kebenaran kementerian dan agensi Kerajaan Arab Saudi, pihak THakan menyediakan perkhidmatan kepada semua jemaah haji di bawah kuota rasmi

Malaysia tidak kira daripada pakej muassasah atau pakej swasta.

Semua perkhidmatan yang disediakan oleh TH di Tanah Suci terikat kepada

peraturan-peraturan Kerajaan Arab Saudi, antaranya mensyaratkan perkhidmatan

hanya boleh diberikan kepada jemaah haji di dalam senarai kuota rasmi Malaysia

sahaja.

Menyentuh contoh perkhidmatan perubatan yang diutarakan oleh Ahli Yang

Berhormat, walaupun ada rakyat Malaysia yang menunaikan haji dengan tidak melalui

TH, petugas-petugas perubatan akan memberi rawatan kecemasan dan pesakit luar

("out-patient") sahaja. TH membantu menghantar jemaah haji berkenaan ke Hospital

Arab Saudi jika perlu kepada rawatan lanjutan.

Walau bagaimanapun, terdapat jemaah haji yang menunaikan ibadah haji tidakmelalui TH (kuota rasmi Malaysia) seperti tinggal melebihi tempoh (over stay) visa

umrah, menggunakan premit masuk melalui negara lain, mengggunakan pakej swasta

yang tidak dilesenkan dan diiktiraf serta jemputan khas daripada pihak-pihak di Arab

Saudi yang tidak dimaklumkan dan diluar pengetahuan TH. Kes-kes sebegini akan

Page 4: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

4

mengalami masalah seperti imigrasi di lapangan terbang, kesihatan, tempat tinggal,

hotel dan sebagainya.

Peraturan pihak berkuasa Arab Saudi ini mesti dipatuhi supaya TH tidak diambil

tindakan dan seterusnya akan menyusahkan semua pihak termasuk 28,000 jemaah haji

rasmi Malaysia. TH sentiasa memberi kerjasama kepada pejabat Kedutaan Malaysia di

Arab Saudi dalam usaha membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah di

Tanah Suci.

Yang Berhormat Kuala Langat pula menyeru supaya TH memberi peluangkepada pekerja tempatan disektor perladangan termasuk pengurusannya. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat,penglibatan TH dalam sektor perladangan adalah

melalui anak syarikat iaituTH Plantations Berhad (THP) yang mempunyai ladang

beroperasi di Malaysia dan Indonesia.

Di Malaysia, THP mempunyai tenaga kerja berjumlah 6,000 orang yang mana

35% daripadanya adalah rakyat Malaysia yang memegang portfolio pengurus dan ke

atas. Seperti mana juga ladang-ladang lain, bagi jawatan buruh kasar (pemungut

kelapa sawit) dan pekerja am yang mewakili 65% adalah terdiri daripada pekerja warga

negara asing. Ini memandangkan kekurangan tenaga buruh rakyat tempatan untuk

melakukan pekerjaan sedemikian.

Bagi ladang-ladang di Indonesia pula, Kerajaan Indonesia telah menetapkan

pengambilan tenaga kerja luar adalah untuk pihak pengurusan kanan (Pengurus Besar)

dan ke atas sahaja. Justeru itu, THP mempunyai kakitangan kerakyatan Malaysia

menjawat jawatan dalam kategori pengurusan kanan.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya saya beralih kepada isu-isu yang berkaitan dengan Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Yang Berhormat Sabak Bernam bertanya

Page 5: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

5

sejauhmanakah Kerajaan mengambil tindakan kepada gerakan memurtadkanumat Islam termasuk gerakan di media sosial. Bagi menangani isu ini, Kerajaan

melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama

Islam Negeri (JAIN) serta agensi Kerajaan yang lain sentiasa bersama-sama

menggembleng tenagabagi mencegah gerakan ini daripada berleluasa.

Pemantauan yang berterusan dijalankan disamping mengadakan beberapa

program bagi memantapkan lagi akidah umat Islam. JAKIM juga sentiasa memantau

gerakan murtad yang disebarkan melalui media baru. Berdasarkan penelitian yang

dibuat oleh JAKIM daripada keseluruhan medium media baharu yang dikaji sehingga

Jun 2013 ini, hanya segelintir kecil sahaja medium media baharu bermasalah yang

melibatkan gerakan murtad ini. Sungguh pun begitu Kerajaan sentiasa memberi

perhatian terhadap perkara ini. JAKIM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia (SKMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Agama Islam

Negeri-negeri (JAIN) telah mempersetujui satu mekanisma khusus bagi mengatasi

masalah ini.

Sebarang maklumat mengenai Islam yang disebarkan melalui media

baharu/media sosial yang menyalahi undang-undang, JAKIM dengan mendapat

persetujuan dari JAIN akan memanjangkan perkara ini kepada SKMM bagi tujuan

menyekat daripada terus tersebar dan langkah-langkah lain yang berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Ipoh Barat dan Tuaran membangkitkan mengenai isukebenaran memeluk agama Islam bagi orang yang berumur bawah 18 tahun yangdiperuntukkan dalam Fasal 107 (b), Rang Undang-Undang Pentadbiran AgamaIslam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013. Kerajaan mengambil perhatian serius

terhadap respon daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan pelbagai pihak ke atas

peruntukan tersebut. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan menyedari

permasalahan yang berbangkit dari penukaran agama oleh salah satu pasangan

Page 6: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

6

kepada perkahwinan bukan Islam. Sama ada pihak bukan Islam atau pihak yang

beragama Islam, masing-masing telah mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan

permasalahan tersebut.

Dalam hal ini, apa-apa penyelesaian yang hendak dibuat hendaklah merujuk

kepada peruntukan dalam Perlembagaan. Oleh itu, pertimbangan Kerajaan dalam

menggubal undang-undang untuk menyelesaikan permasalahan adalah sentiasa

berpandukan kepada sama ada undang-undang itu selaras dengan kehendak

Perlembagaan Persekutuan.

Dimana Fasal (4) Perkara 12, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan

bahawa agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah

ditetapkan oleh his parent or guardian. Sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan

dalam kes Subashini a/p Rajasingam vs Saravanan a/l Thangathoray [2008] 2 MLJ

[Malayan Law Journal] 147 telah mentafsirkan perkataan ‘parent’ sebagai mufrad(singular). Justeru, perlu diperjelaskan bahawa seksyen 107(b) Rang Undang-Undang

ini adalah digubal berdasarkan Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan dan

kes Subashini.

Kerajaan percaya Islam adalah agama yang adil kepada umat manusia, maka

isu pertikaian status agama anak juga perlu diselesaikan secara adil berdasarkan

prinsip keadilan dalam Islam.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Marang minta Kerajaan melihat semula kuasa untukmengambil tindakan ke atas ajaran Qadiyani sebagai usaha memperkasakanIslam. Kerajaan, melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24 hingga 25 September

1984 telah membincangkan penyelewengan Qadiani/Ahmadiah. Muzakarah telah

memutuskan bahawa kumpulan ini terkeluar daripada Islam dan tidak boleh

Page 7: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

7

menerima hak-hak sebagai seorang Islam seperti pewarisan dan pewalian. Oleh itu,

Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa dalam menangani isu tersebut

memandangkan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam

sahaja.

Yang Berhormat Marang juga menyarankan kesalahan rasuah dimasukkandalam undang-undang syariah. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum,jenayah berkaitan rasuah telah diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan merupakan bidang kuasa Persekutuan

sebagaimana yang diperuntukkan dalam Butiran 4(f) Senarai 1 Jadual Kesembilan

Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, sekiranya jenayah tersebut diletakkan di bawah undang-undang

Syariah, akan berlaku konflik bidang kuasa antara Persekutuan dan Negeri. Di

samping itu, jenayah rasuah termasuk dalam kategori hukuman takzir dan pihak

Kerajaan diberi kuasa untuk menetapkan apa-apa hukuman yang sesuai dan setimpal

dengan kesalahan yang dilakukan. Hukuman atau penalti bagi kesalahan memberi atau

menerima suapan apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi

dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai

suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau

berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi,

sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 24 Akta 694. Dalam hal ini, jelas

menunjukkan bahawa hukuman bagi jenayah rasuah adalah lebih tinggi berbanding

dengan hukuman yang boleh dilaksanakan di bawah undang-undang Syariah yang

berkuatkuasa di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Marang juga minta JAKIM supaya memain peranan bagimembina roh insan dengan agenda yang lebih luas. Dalam usaha melaksanakan

pembangunan insan dengan sebaik-baiknya, Kerajaan melalui JAKIM telah berusaha

Page 8: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

8

memartabatkan pembangunan insan misalnya melalui pendidikan. Darul Quran

merupakan pusat pendidikan yang melahirkan generasi Al-Quran yang bertaqwa,

berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan Negara dan Ummah. Objektif

penubuhannya yang mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan

golongan professional yang hafiz, mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan

ummah dan Negara di samping menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan

cendikiawan yang berkemampuan untuk mengembalikan tradisi zaman kegemilangan

keilmuan Islam.

Disamping itu, Kerajaan juga mengiktiraf Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)

adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan

memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas- asas Fardhu

Ain. Manakala, pusat-pusat latihan Dakwah yang dikendalikan oleh JAKIM merupakan

pusat yang memberikan pendidikan kepada masyarakat untuk menjadi pendakwah.

Kerajaan juga berusaha memperkasakan pengurusan Islam dengan menaiktaraf

sistem perundangan Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat. Di

samping itu, industri halal Malaysia juga semakin berkembang dan Malaysia telah

dijadikan pusat rujukan oleh kebanyakan negara dalam pembangunan industri halal

kerana telah mendahului negara-negara lain daripada segi penglibatannya dalam

industri ini. Kerajaan juga menitikberatkan dalam hal ehwal pembangunan institusi

keluarga Islam dengan mempertingkatkan model keluarga sakinah.

Yang Berhormat Ampang menyarankan supaya dikaji semula gaji guruKelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan bukan sekadar elaun. Sebagaimana

Ahli Yang Berhormat sedia maklum, konsep pengajian kelas KAFA diasaskan kepada

pengukuhan sistem pendidikan Islam yang dilaksanakan di sekolah kebangsaan melalui

pendekatan secara amali. Berdasarkan pelaksanaan semasa, kelas KAFA hanya

dilaksanakan dalam tempoh 36 jam sebulan dan guru KAFA dibayar elaun. Kerajaan

telah pun menaikkan elaun guru-guru KAFA dari RM 500 kepada RM 800 sebulan

bermula pada tahun 2011 dan Kerajaan akan sentiasa mengkaji kadar elaun guru-guru

Page 9: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

9

KAFA ini dari semasa kesemasa. Selain itu, Kerajaan juga telah memberi tumpuan

yang lebih sistematik untuk anak-anak Islam melalui kelas J-Qaf (Jawi. Al-Quran,

Bahasa Arab dan Fardhu Ain) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan di

seluruh sekolah kebangsaan.

Mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat supaya dibina Sekolah MenegahAgama di sekitar kawasan Ampang, Pandan dan Gombak, dimaklumkan

penubuhan Sekolah Menegah Agama adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Sik menyarankan supaya sistem sekolah pondok diintergrasikan dan diikembangkan dari peringkat rendah hingga peringkat tinggi.Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sedang berusaha untuk

mengitergrasikan sistem sekolah pondok diperingkat rendah hingga peringkat tinggi.

Ianya termasuk dibawah rancangan Kerajaan untuk mewujudkan kurikulum bersepadu

bagi sekolah Sekolah Menegah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menegah Agama

Rakyat (SMAR) yang berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Ini

bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar tersebut setaraf dengan pelajar yang

mengikuti sistem pendidikan kebangsaan.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Kuala Nerus membangkitkan mengenai larangan tazkirahberselang antara rakaat atau selepas solat terawih adalah bercanggah denganIslam. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, larangan untuk mengadakan

tazkirah ketika tarawih adalah di bawah bidang kuasa negeri masing-masing. Amalan

yang dilaksanakan di masjid utama negara seperti Masjid Negara dan Masjid Putra

ialah tarawih 20 rakaat tanpa tazkirah. Banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum

melaksanakan tazkirah ketika solat tarawih. Ini bagi memastikan keselesaan makmum

yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Page 10: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

10

Yang Berhormat Rantau Panjang mahu Kerajaan mengambil tindakanserius bagi mengatasi kadar perceraian yang tinggi dikalangan pasangan Islam .

Menegah perceraian adalah suatu isu yang sangat subjektif bagi sesebuah

perkahwinan dalam Islam kerana ia diharuskan atas sebab-sebab yang munasabah.

Justeru, Kerajaan melalui pelbagai agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam

Maaysa (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Majlis Agama

Islam Negeri/Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN) telah melaksanakan pelbagai

usaha untuk mengurangkan kadar cerai serta mengukuhkan institusi keluarga.

Antaranya ialah :

1. mengadakan Kursus Pra Perkahwinan Islam kepada bakal pengantin dengan

menerapkan ilmu pengetahuan asas merangkumi 11 tajuk termasuk akidah,

syariah, akhlak, kewangan dan kesihatan;

2. telah membangunkan Modul Pasca Perkahwinan Islam dan akan melaksanakan

Kursus Pasca Perkawinan kepada pasangan yang telah berkahwin mengikut fasa

tempoh perkahwinan;

3. mengadakan pelbagai seminar kekeluargaan seperti seminar Rumahku

Syurgaku, Kempen Sah Nikah, Sah Nasab, Seminar Bapa Sebagai Wali, Seminar

Kemahiran Keibubapaan, Program Ibu Tunggal, lawatan dan ziarah kepada

keluarga bermasalah dan lain-lain;

4. melaksanakan Program Pusat Pembangunan Keluarga (PPKI) dan Pusat

Pembangunan Sosial (PPS) di negeri-negeri dengan melaksanakan sembilan

Modul PPKI dan PPS yang disediakan oleh JAKIM; dan

5. mengadakan pelbagai program pengukuhan kekeluargaan melalui media,

elektronik dan media baru

Page 11: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

11

Pada masa yang sama, penglibatan pemimpin masyarakat di pelbagai peringkat

seperti Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Penghulu, Ketua Masyarakat,

Ketua Kampung dan anggota masyarakat juga memainkan peranan penting dalam

usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan masyarakat Islam di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Akhirnya mengenai seruan Yang Berhormat Pasir Mas agar Kerajaan tidaktunduk kepada pelobi-pelobi hak asasi luar negara yang menuntut pelaksanaanhak-hak asasi manusia yang nyata bertentangan dengan Islam. Karajaan

menghargai keperhatinan dan sokongan Ahli Yang Berhormat. Sesungguhnya

Kerajaan secara konsisten berpendirian bahawa sekiranya terdapat mana-mana anasir

yang cuba untuk menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama serta keluhuran

Perlembagaan di negara ini, Kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Dalam usaha menangani tuntutan-tuntutan berhubung hak asasi manusia pula,

Kerajaan sentiasa dibantu oleh golongan ulama dan intelektual Islam supaya apa-apa

keputusan yang dibuat oleh Kerajaan sentiasa selaras dengan Hukum Syarak dan

menghormati peruntukan Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hal ini, tuntutan sesetengah pihak yang berhujah menggunakan Perkara

11 Perlembagaan untuk hak kebebasan beragama secara bebas tanpa mempedulikan

undang-undang Islam jelas merupakan satu bentuk pencabulan kerana Perkara 11(5)

pula melarang sebarang bentuk amalan agama atau perbuatan yang berlawanan

dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Misalnya mengenai gerakan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan

Transeksual (LGBT) seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, pendirian

Kerajaan dalam hal ini adalah berdasarkan kenyataan Muzakarah Majlis Fatwa

Kebangsaan pada 6 Mei 2012 yang menyebut seperti berikut:

Page 12: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

12

“…..Muzakarah menegaskan bahawa isu LGBT ini secara qatie dan jelas telah

diharamkan oleh Islam dan tidak memerlukan sebarang fatwa dikeluarkan. Oleh itu,

sebagai sebuah negara yang berpaksikan Islam sebagai agama negara, adalah wajib

bagi umat Islam menentang dan menghapuskan amalan seksual songsang yang telah

jelas diharamkan oleh Islam..”.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-mana

perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil

tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri, khususnya agensi-agensi yang

berkaitan.

Sekian, terima kasih.

8 Julai 2013 -- Teks Gulung Titah DR 1 -2013

Page 13: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

13

TEKS UCAPAN

MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH DIRAJAPADA 30 JULAI 2013 DI DEWAN NEGARA

Y.B. MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B),MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

-------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, saya mengucapkan terima kasih

kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah membangkitkan isu-isu

yang berkaitan dengan tanggung jawab Jabatan Perdana Menteri. Saya telah

meneliti dan akan menjawab isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam semasa

perbahasan Titah Diraja ini. Manakala isu-isu lain akan di jawab oleh YBMenteri/Timbalan Menteri mengikut portfolio masing-masing.

Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan

cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin mintapenjelasan Kerajaan mengenai langkah yang diambil bagi mengatasimasalah perpecahan umat Islam sehingga merosakkan akidah danmencadangkan supaya diadakan muzakarah khas untuk menyatukanumat Islam. Dalam menangani hal ini, Kerajaan telah bertindak melalui

pelbagai pendekatan dan melibatkan banyak pihak. Beberapa langkah telah

diambil oleh pihak Kerajaan, antaranya ialah :

i. menganjurkan seminar, muzakarah dan perbincangan yang

melibatkan Ulama, Umara’, ahli akademik dan pertubuhan bukan

Kerajaan (NGO) Islam dalam usaha membincangkan hal yang

berkaitan dengan perpaduan dan permasalahan masyarakat Islam di

Malaysia; dan

Page 14: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

14

ii. mengadakan sesi penjelasan mengenai isu-isu dan ancaman akidah

semasa kepada masyarakat sebagai pencegahan awal dan

pembendungan penyebaran ajaran selain daripada Ahli Sunnah Wal

Jamaah yangtelah dikenalpasti sebagai salah satu punca yang boleh

menyebabkan perpecahan umat Islam seterusnya mengancam

keselamatan serta keharmonian negara.

Disamping itu, Kerajaan turut menyelaras tindakan bersama pihak

berkuasa agama negeri yang bertanggungjawab secara langsung dalam hal

ehwal agama Islam dan agensi berkaitan bagi memantau ajaran-ajaran atau

fahaman yang telah difatwakan menyeleweng di negeri terbabit.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya isu berkaitan Syiah, ajaran sesat dan penyelewengan akidah

telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat PuanHajah Rohani binti Abdullah, Yang Berhormat Dato’ Dr. Mashitah bintiIbrahim dan Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat telahmembangkitkan mengenai penyebaran ajaran Syiah dan menyarankanKerajaan mengambil tindakan tegas. Kerajaan telah bertindak membuat

pencegahan awal melalui pembendungan aliran Syiah dari terus menular dan

mempengaruhi umat Islam di negara ini melalui usaha-usaha berikut :

i. menyebarluaskan fatwa-fatwa yang telah dibuat tentang pengharaman

Syiah kepada masyarakat;

ii. sesi penjelasan kepada masyarakat melalui program-program ceramah

dan penyebaran maklumat pengharaman ini menerusi media cetak dan

elektronik;

Page 15: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

15

iii program pemantauan dan mengawal bahan-bahan media cetak dan

elektronik dari tersebarnya fahaman Syiah menerusi media-media

berkenaan; dan

iv.meningkatkan kerjasama antara agensi agama dengan agensi

keselamatan dalam menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat

fahaman Syiah daripada berleluasa dan tersebar kepada masyarakat.

Yang Berhormat Puan Hajah Rohani binti Abdullah menyatakansekiranya ajaran Syiah dibenarkan, apakah jaminan Kerajaan bahawaajaran ini tidak disebarkan. Saya suka dijelaskan bahawa tidak timbul

Kerajaan membenarkan fahaman Syiah, ini berdasarkan keputusan

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1996 yang antara lain bersetuju :-

i. menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut

ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari

segi akidah, syariah dan akhlak; dan

ii. memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli

Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan

Undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa

ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah

dilarang.

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini kemudiannya telah

disusuli dengan fatwa pengharaman Syiah di kesemua empat belas buah

negeri di Malaysia. Daripada empat belas buah negeri tersebut hanya Pahang,

Kelantan, Sarawak dan Sabah yang sedang dalam proses mewartakannya,

manakala sepuluh yang lain telah berbuat demikian.

Yang Berhormat Dato’ Dr Johari biin Mat juga minta pihak yang diberitanggung jawab supaya memikir ke hadapan, dimana jika tidak

Page 16: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

16

dibenarkan dahulu, maka syiah tidak tersebar seperti sekarang. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, kesemua ajaran Syiah tidak dibenarkan

kecuali Syiah Ja’fariyah dan Zaidiyahdalam Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

pada tahun 1984. Namun ianya telah dimansuhkan dengan keputusan

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai Syiah pada

tahun 1996. Berasaskan keputusan tersebut, Kerajaan telah mengambil

beberapa langkah tegas dalam menangani pengaruh Syiah di negara ini

termasuk dengan menahan seramai 10 orang aktivis Syiah di bawah Akta

Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1999.

Walau bagaimanapun, arus kebangkitan Syiah yang sedang berlaku di

seluruh dunia, sedikit sebanyak memberi pengaruh terhadap masyarakat Islam

di negara ini lebih-lebih lagi dengan kepesatan teknologi maklumat masa kini

yang memudahkan sebarang ajaran untuk disebarkan. Oleh itu, penyebaran

ajaran Syiah pada masa kini, bukanlah berpunca semata-mata kerana fatwa

yang pernah membenarkan kedua-dua Syiah tersebut, sebaliknya ia lebih

kepada pengaruh Syiah di peringkat global.

Berhubung dengan pertanyaan adakah benar telah wujud sekolahSyiah di negara ini, setakat pemantauan dan kajian yang dilakukan oleh

JAKIM, perkara ini hanyalah dakwaan tidak berasas dan memerlukan bukti.

Walau bagaimanapun, JAKIM sentiasa bekerjasama erat dengan pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan tiada sebarang

penubuhan sekolah beraliran Syiah diluluskan di negara ini.

Mengenai pertanyaan adakah dikenal pasti pelajar antarabangsa(dari Iran ) tidak menyebarkan ajaran Syiah, dimaklumkan bahawa setakat

ini JAKIM tidak mendapat apa-apa aduan berkenaan hal tersebut kecuali

pengaruh dalam bentuk kebudayaan seperti sambutan Hari Nairuz dan lain-

lain. Sebaliknya pemantauan mendapati, penyebaran Syiah pada waktu ini

giat dijalankan oleh warganegara Malaysia sendiri terutamanya dalam

kalangan mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di Iran.

Page 17: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

17

Berkaitan peranan Kerajaan Pusat dalam memberi kefahamanmengenai penyelewengan ajaran Syiah sebagaimana saranan YangBerhormat Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, sememangnya fokus Kerajaan

Pusat melalui agensi-agensinya pada ketika ini adalah memberi kefahaman

kepada masyarakat berkenaan aliran Syiah. Oleh yang demikian, JAKIM

dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan agensi-agensi berkaitan

termasuk pihak media telah dan sedang melaksanakan pelbagai program

berbentuk penjelasan untuk mendedahkan kepada masyarakat berkenaan

bahaya Syiah terhadap akidah, syariah, akhlak dan keselamatan negara.

Mengenai saranan supaya memperkasakan pihak berkuasa untukmemperkenalkan satu makenisma bagi menangani ajaran sesat danpemikiran yang menyeleweng, Kerajaan sememangnya prihatin terhadap

ancaman ajaran dan pemikiran menyeleweng yang bukan sahaja boleh

meruntuhkan akidah malah membawa kepada perpecahan dalam masyarakat.

Menyedari hal itu, Kerajaan mengambil beberapa langkah bagi membendung

gejala ini dari terus berleluasa antaranya seperti berikut:

i. melakukan pemantauan dan kajian terhadap apa jua program yang dibuat

oleh organisasi atau individu tertentu yang mempunyai unsur-unsur

penyelewengan terhadap agama;

ii. mengkaji dan seterusnya menfatwakan mana-mana ajaran yang disahkan

sesat atau bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;

iii. mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri bagi

mengambil tindakan undang-undang mengikut peruntukan yang sedia ada

melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri-negeri dan juga dengan agensi

berkaitan bagi mengambil tindakan dibawah peruntukan undang-undang

dan bidangkuasa masing-masing;

Page 18: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

18

iv. mengadakan majlis penjelasan akidah dari semasa ke semasa kepada

masyarakat berkenaan ancaman dan isu-isu akidah semasa; dan

v. memberi kaunseling agama kepada mereka yang terlibat bagi membantu

mengembalikan akidah dan kehidupan mereka kepada kehidupan normal

masyarakat.

Disamping itu, pada masa yang sama, kerjasama ditingkatkan antara

JAKIM dengan agensi-agensi berkaitan melalui jawatankuasa sedia ada

antaranya Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat PeringkatKebangsaan (JAPAS), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan IslamKebangsaan (JAPPIS), Panel Pakar Akidah (PPA) dan juga MesyuaratKhas Isu-Isu Semasa Akidah (Taskforce/ Pasukan Petugas).

Berhubung dengan cadangan supaya dipertimbangkanakta/peruntukan khusus bagi menangani isu pemesongan dankeselamatan akidah umat Islam, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia

maklum, Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan

bahawa undang-undang negeri dan Persekutuan boleh digubal untuk

mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan

agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Selaras dengan

peruntukkan ini, beberapa buah negeri telah mempunyai undang-undang yang

dinamakan sebagai Enakmen Kawalan dan Sekatan PengembanganAgama Bukan Islam Kepada Orang Islam. Dimana undang-undang ini

diwujudkan adalah bertujuan untuk mengawal dan menyekat pengembangan

doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang yang

menganuti agama Islam demi menjamin kehormatan dan kesucian Islam.

Antara kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam undang-undang

ini adalah seperti berikut :

Page 19: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

19

(i) kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang

beragama Islam supaya mengubah keimanan;

(ii) kesalahan mendedahkan orang belum dewasa beragama Islam

kepada pengaruh agama bukan Islam;

(iii) kesalahan mendekati orang Islam untuk mendedahkannya kepada

apa-apa ucapan atau pertunjukan sesuatu mengenai agama

bukan Islam;

(iv) kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan mengenai apa-

apa agama bukan Islam kepada orang beragama Islam;

(v) kesalahan membahagikan di tempat awam terbitan mengenai

agama bukan Islam kepada orang beragama Islam; dan

(vi) kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan dan

perbahasan tertentu yang bersumber Islam.

Oleh yang demikian, Kerajaan belum berhasrat untuk mewujudkan

undang-undang yang khusus berkenaan perkara tersebut buat masa sekarang

dan akan memperkasakan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada.

Di samping itu,Kerajaan juga boleh menggunakan undang-undang lain

dalam menangani isu memesongkan akidah umat Islam kerana ia boleh

dianggap sebagai mencetuskan sensitiviti umat Islam yang boleh

memudaratkan keadaan yang harmoni atau perpaduan atas alasan

keagamaan. Sebagai contoh, tindakan boleh diambil kepada sesiapa yang

menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan,

benci membenci, sakit hati atau memudaratkan keadaan yang harmoni atau

perpaduan atas alasan keagamaan hendaklah dihukum dengan hukuman

penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari lima tahun

Page 20: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

20

sebagaimana yang dijelaskan dalam Seksyen 298A(1) Kanun Keseksaan(Disemak) 1997.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Puan Hajah Rohani binti Abdullah ingin tahuapakah peranan JAKIM dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM)dalam memberi penjelasan tentang Maqasid al-Syariah. Untuk makluman

Dewan Yang Mulia, maksud Maqasid al- Syariah ialah tujuan, natijah atau

maksud yang dikehendaki oleh syarak dalam semua aspek pengurusan

kehidupan. Ia adalah bertujuan untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan

dan harta.. Berteraskan hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan telah

meletakan Islam agama bagi Persekutuan Malaysia, maka Maqasid Syariah

penting difahami oleh umum akan maksud dan penggunaannya dalam semua

perancangan, pelaksanaan dan pemantauan sistem penyampaian di negara

ini, maka JAKIM telah merancang supaya pemahaman tentang Maqasid

Syariah ini dikongsikan dengan pihak awam melalui program dan aktiviti yang

bersesuaian dengan tujuan tersebut.

Manakala YADIM pula membuat pejelasan mengenai MaqasidSyariah melalui penerbitan majalah Dakwah setiap dua bulan sekali dan

menggunakan media baru seperti web, laman sosial, blog. Disamping itu,

program-program berkala sedang dirancang yang menekankan aspek-aspek

maqasid syariah seperti berikut:-

a. aspek memelihara akidah melalui siri-siri Wacana Ilmu

bertujuan untuk memastikan masyarakat mempertahankan

akidah serta menekankan pemurniaan akidah; dan

b. aspek memelihara nasab keturunan melalui program

Keluarga Mithali. Program ini menampilkan contoh-contoh

Page 21: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

21

terbaik yang boleh diikuti oleh generasi muda mengenai

aspek kekeluargaan.

Yang Berhormat Puan Hajah Rohani binti Abdullah juga mintapenjelasan apakah tindakan yang diambil terhadap terhadap pelakunlelaki berpakaian perempuan atau sebaliknya distesen TV. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, seorang lelaki yang memakai pakaian

perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam

tanpa alasan yang munasabah adalah melakukan satu kesalahan dan

apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu

ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-

duanya sekali. Berdasarkan laporan daripada Jabatan Agama Islam Negeri-

Negeri, terdapat 199 kes melibatkan kesalahan lelaki yang berlagak seperti

perempuan pada tahun 2012 di seluruh negara.

Berdasarkan interpretasi literal terhadap peruntukan undang-undang

syariah yang melarang mana-mana lelaki daripada berlagak seperti

perempuan, tindakan terhadap pelakon lelaki tersebut boleh diambil dengan

syarat ia dilakukan di tempat awam seperti yang diperuntukan dalam

Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri. Walau bagaimana

pun, perbuatan tersebut perlulah disertai dengan tujuan yang tidak bermoral

dan bukan lakonan semata-mata.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya saya beralih kepada isu-isu lain yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim. Ahli Yang Berhormatmencadangkan supaya kursus pra-perkahwinan dikaji semula dandimasukkan modul kemahiran keibubapaan. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, sesi semakan semula bagi Modul Bersepadu Kursus Pra

Perkahwinan telah diadakan pada Oktober 2011. Antara penambahbaikan

yang telah dibuat adalah dari sudut persembahan modul dan penyampaian

Page 22: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

22

fasilitator dan penceramah kursus. Untuk Kandungan Modul pula, Panel

Penggubal telah bersetuju untuk mengekalkan kandungan Modul yang sedia

ada. Mengikut kajian dari 540 orang peserta yang telah mengikuti kursus ini,

97.6% bersetuju bahawa modul ini lengkap dan menepati tajuk.

Mengenai Modul Kemahiran Keibubapaan pula, modul ini telah ada

dan dilaksanakan melalui Program Pembangunan Keluarga Islam dan

Program Pembangunan Sosial (PPKI & PPS).

Selain itu, pengisian kemahiran keibubapaan juga telah dimasukkan

kedalam Kursus Pasca Perkahwinan melalui Modul Pengurusan Psikologi

Pasangan, Pengurusan Kesihatan Pasangan dan Pengurusan Stress

Pasangan. Masing-masing menyentuh berkenaan tanggungjawab pasangan

ebagai ibu bapa, penjagaan si kecil, pendidikan anak-anak, pergaulan dan

komunikasi ibu, bapa dan anak. Dimana Kursus Pasca Perkahwinan akan

diadakan mulai tahun ini dan diadakan selama 3 hari 2 malam ini yang

melibatkan pasangan berkahwin (sama ada melibatkan pasangan bermasalah

yang sedang dalam proses rundingcara keluarga di Jabatan Agama Islam

Negeri atau pasangan yang tidak bermasalah).

Ahli Yang Berhormat juga minta penjelasan apakah rasionaldiwujudkan panel bagi menjawab persoalan fatwa dengan segera. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan felo atau pakar dalam bidang

kefatwaan adalah bagi membantu Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) untuk meneliti dan mengkaji isu-

isu hukum yang bersifat segera dan semasa daripada pelbagai pihak yang

memerlukan kepakaran serta membimbing masyarakat dengan pandangan

hukum yang disepakati secara jama’ie sama ada secara atas talian,

bersemuka atau melalui bahan penulisan.

Keperluan melantik felo atau pakar fatwa ini juga adalah bagi membantu

Jawatankuasa Fatwa MKI membimbing masyarakat mengenai persoalan

Page 23: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

23

hukum hakam yang banyak tersebar melalui media-media sosial yang perlu

diperjelaskan segera oleh pihak yang berautoriti. Cadangan untuk perlantikan

ini adaah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa MKI yang dipengerusikan oleh

Tan Sri Abd. Shukor bin Haji Husin sendiri. Oleh itu, tidak timbul pertindihan

fungsi antara Jawatankuasa Fatwa MKI dengan tugas felo atau pakar yang

akan diwujudkan.

Ahli Yang Berhormat juga menyeru supaya Kerajaan bertegasberhubung Perkara 12(4), Perlembagaan Persekutuan dan penarikan balikRang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-WilayahPersekutuan) 2013 dan dua Rang Undang-Undang pindaan yangberkaitan. Kerajaan akur dengan peruntukan Fasal (4) Perkara 12

Perlembagaan Persekutuan yang telah menetapkan bahawa agama anak di

bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh “parent”. Kerajaan

juga menyedari bahawa masalah tafsiran terhadap perkataan “parent” tersebut

telah diperjelaskan dalam kes Subashini Rajasingam lwn SaravananThangathoray.

Walau bagaimanapun, Kerajaan berpandangan bahawa penarikan balik

terhadap kesemua Rang Undang-Undang tersebut adalah wajar dibuat pada

keadaan sekarang bagi memberi ruang kepada Kerajaan untuk meneliti,

memperhalusi dan membuat pertimbangan yang sewajarnya terhadap rang

undang-undang berkenaan demi keadilan kepada semua pihak.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia, penarikan balik Rang Undang-

Undang tersebut tidak menjejaskan bidang kuasa Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan dan kelayakan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun untuk

memeluk agama Islam dengan keizinan ibu atau bapa atau penjaganya. Oleh

itu, tidak timbul anggapan bahawa tindakan itu tidak menghormati Yang di-

Pertuan Agong yang telah memperkenankan Rang Undang-Undang

berkenaan.

Page 24: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

24

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat ingin tahu apakahrancangan yang telah dibuat oleh Institut Wasatiyah. Untuk makluman Ahli

Yang Berhormat, Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) yang ditubuhkan di

bawah Jabatan Perdana Menteri telah memulakan operasinya pada 3

Disember 2012 dan telah dilancarkan pada 8 Mac 2013 oleh YAB Perdana

Menteri. Seminar Pendekatan Wasatiyyah Peringkat Kebangsaan juga telah

diadakan pada 8 Mac 2013 melibatkan 1200 orang peserta daripada

kementerian dan jabatan kerajaan, badan berkanun dan swasta, pertubuhan

bukan kerajaan, institut pengajian tinggi, pemimpin-pemimpin masyarakat dan

belia. Manakala pelancaran Pendekatan Wasatiyyah dan seminar peringkat

negeri akan diadakan selepas Ramadhan nanti.

Perancangan aktiviti-aktiviti Institut Wasatiyyah Malaysia adalah

merangkumi empat strategi berikut:

1) Mempromosikan Pendekatan Wasatiyyah dan InstitutWasatiyyah Malaysia (IWM) kepada umum

Mewujudkan kesedaran dan menarik perhatian masyarakat kepada

kepentingan pendekatan Wasatiyyah adalah antara agenda utama

IWM. Usaha ini akan dibuat dengan mempromosi dan mewujudkan

kesedaran melalui media cetak dan media elektronik seperti iklan

pendek, penerbitan artikel di akhbar dan poster serta kempen.

Laman sesawang rasmi IWM juga sedang dibangunkan dan akan

beroperasi dalam masa yang terdekat. Selain itu IWM juga akan

memanfaatkan penggunaan laman sosial sebagai salah satu wadah

yang berkesan dalam promosi dan penyebaran maklumat.

Page 25: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

25

IWM juga akan turun padang mendekati masyarakat melalui program

outreach seperti menganjurkan karnival wasatiyyah atau menyertai

karnival-karnival yang dianjurkan oleh pihak-pihak lain dengan

mengadakan pameran dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.

2) Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang PendekatanWasatiyyah

Sebagai usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman

masyarakat tentang Pendekatan Wasatiyyah maka IWM akan

menganjurkan persidangan, seminar, dialog dan siri latihan berkaitan

Pendekatan Wasatiyyah di pelbagai peringkat. Siri Syarahan Perdana

Wasatiyyah dan Luncheon Talk yang akan menampilkan tokoh-tokoh

terkenal dalam Negara dan luar Negara juga akan dianjurkan bagi

meningkatkan kefahaman masyarakat.

Selain itu IWM juga akan menerbitkan buku-buku, monograf, jurnal

dan majalah untuk diedarkan kepada kumpulan-kumpulan strategik

dan peserta-peserta program anjuran IWM.

3) Menggalakkan penghayatan amalan kesederhanaan dankeseimbangan dalam aktiviti harian

Bagi menggalakkan amalan kesederhanaan dan keseimbangan

dalam aktiviti harian, maka siri kempen akan diadakan dengan

kerjasama beberapa kementerian dan jabatan kerajaan seperti

Kementerian Pelajaran, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

dan lain-lain lagi.

Program seperti tarbiah, kursus dan lawatan juga akan dijalankan di

peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan kepada masyarakat

bagi menggalakkan penghayatan amalan kesederhanaan dan

keseimbangan dalam amalan kehidupan seharian..

Page 26: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

26

4) Memperkasakan sumber rujukan dan bahan ilmiah berkaitanwasatiyyah

Bagi tujuan memperkukuhkan bahan ilmiah dan memantapkan bahan

rujukan maka penyelidikan dan kajian tentang kesederhanaan dan

keseimbangan dalam bidang agama, undang-undang, pendidikan dan

sosial akan turut dijalankan. Selain itu usaha-usaha mengumpul dan

mengkatalog bahan-bahan berkaitan wasatiyyah akan turut dibuat

bagi memantapkan bahan rujukan.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat juga menyarankan supaya pihakberautoriti sahaja memberi penjelasan mengenai mati syahid dalam peristiwaLahad Datu dan tidak dijadikan polimik. Kerajaan bersetuju dengan pandangan

Ahli Yang Berhormat supaya perkara ini tidak dijadikan polimik. Jawatankuasa Fatwa

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berpandangan kematian

mereka dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan negara adalah sangat mulia di

sisi agama. Jasa dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan tersebut sangat

besar kepada negara kerana mereka terkorban dalam mempertahankan keselamatan

nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.

Dalam hal ini, Jawatankuasa berpendirian bahawa kematian anggota-anggota

keselamatan terbabit adalah tergolong sebagai Syahid Akhirat dan kita berdoa

mudah-mudahan Allah swt memberikan ganjaran yang setimpal di atas jasa dan

pengorbanan besar yang telah mereka lakukan serta menempatkan mereka bersama

orang-orang yang solehin. Oleh itu, pendirian Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia adalah jelas tidak perlu

dipertikaikan demi menjaga kesucian Agama Islam di negara ini.

Ahli Yang Berhormat juga bertanya bagaimana Kerajaan menyelesaikanmasalah anak tak sah taraf yang disebabkan penikahan ibubapanya di Thailandyang tidak didaftarkan di negara ini. Bagi pasangan yang bernikah di luar negara

Page 27: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

27

termasuk di Thailand, mereka hendaklah mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka di

Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) sebagaimana prosedur yang ditetapkan.

Sebagai satu langkah Kerajaan bagi mengurangkan permasalahan kelahiran

anak yang lahir sedemikian, JAKIM dengan kerjasama JAIN telah melancarkan

Kempen Sah Nikah Sah Nasab pada 18 Mac 2013. Kempen ini diadakan bertujuan

untuk memberi kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai tanggungjawab dan

kepentingan menjaga nasab/keturunan dalam membina institusi keluarga yang

sejahtera. Pelaksanaan kempen ini juga telah diadakan berterusan di peringkat negeri.

Selain itu, kempen berterusan ini juga dibuat melalui siaran iklan Sah Nikah, Sah

Nasab di stesen televisyen dan radio serta YouTube.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Puan Khairiah binti Mohamad minta Kerajaanmembuat kajian terperinci tentang statistik umat Islam yangmengerjakan solat. Sejauh sekarang tiada kajian khusus atau mengumpul

maklumat terperinci mengenai peratusan umat Islam yang menyempurnakan

solat 5 kali sehari semalam di negara ini. Walau bagaimanapun, JAKIM dari

semasa ke semasa memberi penjelasan, maklumat serta hukum menunaikan

ibadat solat. Selain itu, JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Negeri/Majlis

Aghama Islam Negeri (JAIN/MAIN) proaktif mengadakan pelbagai program

bagi menyedarkan umat Islam tentang kepentingan dan manfaat ibadat solat

dan pendidikan al-Quran selain ianya sebagai satu kewajipan terhadap setiap

umat Islam. Antara program yang dilaksanakan ialah Kem Ibadat Solat

kepada Kanak-kanak dan Remaja, Seminar Sains Solat, Seminar Solat

Menurut Perspektif Perubatan, Kelas Pengajian KAFA kepada pelajar-pelajar

serta kelas-kelas fardu ain kepada orang ramai yang dilaksanakan di masjid-

masjid seluruh negara.

Mengenai saranan supayamemperkasakan dan membudayakansolat sebagai suatu kaedah pencegahan untuk membanteras masalah

Page 28: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

28

sosial, Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah mengambil langkah-langkah

berikut :

i. menyediakan kemudahan masjid (6,119 buah) dan surau ( 16,333

buah) serta imam-imam yang berkelayakan berjumlah 14,254

orang di peringkat negeri, daerah dan kariah untuk melaksanakan

tanggungjawab menunaikan solat;

ii. mengadakan program bagi menggalakkan masyarakat Islam

menunaikan solat;

iii. program keagamaan secara langsung atau tidak langsung melalui

guru KAFA yang berjumlah 32,766 orang;

iv. program takmir untuk golongan dewasa di masjid yang melibatkan

3,759 ..orang guru takmir;

v. penyelarasan program di masjid/surau oleh Pegawai Penyelaras

Masjid Daerah (PPMD) yang melibatkan 171 orang pegawai; dan

vi. pengajaran asas tulisan jawi, al-Quran dan fardhu ain di sekolah-

sekolah oleh 21,000 orang guru J-Qaf.

Selain itu, peranan pimpinan tertinggi seperti Wakil Rakyat di Peringkat

Parlimen dan DUN, pimpinan di peringkat negeri, daerah dan kampung juga

perlu ditingkatkan dalam usaha membudayakan solat dalam komuniti.

Manakala berhubung dengan saranan supaya Kerajaanmemastikan azan berkumandang pada setiap waktu solat terutama dipejabat kerajaan/swasta termasuk tempat awam dan pusat membelibelah, Kerajaan bersetuju dengan saranan Ahli Yang Berhormat dan ia

adalah suatu perkara yang baik serta boleh menjadi tarikan kepada umat Islam

Page 29: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

29

untuk menunaikan solat. Pada masa sekarang, azan dikumandangkan setiap

waktu solat di sebahagian jabatan-jabatan Kerajaan. Bagi sektor swasta,

tempat awam dan pusat membeli belah, perkara tersebut sedang berjalan

dan ditambah baik dari masa kesemasa.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Puan Norliza binti Abdul Rahim berpandangantindakan juga hendaklah diambil terhadap penganjur pertandingan RatuCantik dan bukan kepada peserta wanita Islam sahaja. Untuk makluman

Ahli Yang Berhormat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah

mengambil tindakan dan siasatan dibuat di bawah seksyen 7 Akta Kesalahan

Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) iaitu di

bawah tajuk “ Menghina atau atau menyebabkan Agama Islam dipandang

hina”. Siasatan akan dibuat secara menyeluruh dan sekiranya bukti

mencukupi, sesiapa sahaja yang terlibat akan didakwa di Mahkamah Syariah

dengan mengambil kira setakat bidangkuasa yang diberikan iaitu terhad

kepada orang-orang Islam sahaja.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah mempersoalkanjawapan bercanggah pembinaan masjid di Brickfield dimana Dewan Bandar RayaKuala Lumpur ( DBKL) masih belum menerima sebarang permohonan mengenaiprojek ini. Sebagaimana dalam jawapan bertulis saya pada 10 Disember 2012,

pihak perunding yang dilantik telah mengemukakan permohonan kebenaran merancang

kepada Jabatan Perancang Bandar, DBKL pada 24 April 2012. Walau bagaimanapun,

permohonan tersebut tidak dapat diproses oleh pihak DBKL berikutan isu pertindihan

tapak. Permohonan tersebut hanya akan diproses oleh pihak DBKL sekiranya isu

tapak berkenaan diselesaikan oleh pihak jabatan.

Walau bagaimana pun, pada masa ini tapak baru cadangan masjid tersebut telah

pun diluluskan oleh Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

(PTGWPKL) di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan

Page 30: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

30

pada Mac 2013 yang di iurusetiakan oleh PTGWPKL dan dipengerusikan oleh YB

Menteri Wilayah Persekutuan. Pihak JAWI masih menunggu keputusan rasmi

secara bertulis mengenai tapak cadangan berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Akhirnya mengenai saranan Yang Berhomat Tuan Baharudin bin Haji AbuBakar supaya fatwa pengharaman shisha diselaraskan dan diperundangkanuntuk boleh dikuatkuasakan. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Kebangsaan pada 17 Julai 2013 mengenai pengharaman Shisha telah disalurkan

kepada kepada negeri-negeri untuk diterima pakai sebagai fatwa negeri masing-

masing dan seterusnya diwartakan bagi membolehkan ianya dikuatkuasakan. Proses

menerima pakai keputusan tersebut sebagai fatwa negeri dan proses pewartaan adalah

dibawah bidang kuasa negeri masing-masing. Apabila fatwa itu diwartakan maka

barulah ianya boleh dikuatkuasakan.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat Senator mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-

mana perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan

diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri, khususnya agensi-agensi

yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.Teks Gulung Titah DN 1 -2013

Page 31: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

31

TEKS UCAPANJAWAPAN KEATAS USUL UCAPAN PENANGGUHAN

PADA 24 SEPTEMBER 2013, JAM 5.30 PTGDI DEWAN RAKYAT

Y.B. MEJAR JENERAL DATO' SRI JAMIL KHIR BIN HAJIBAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA ENTERI------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput

yang telah membangkitkan mengenai isu permohonan pengisytiharanstatus agama oleh Puan Loganayagi dan tindakan Kerajaan

mengendalikan kes sedemikian. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri

menghargai pandangan dan keperhatinan Ahli Yang Berhormat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa ini penentuan status agama seseorang Islam adalah

berdasarkan status agama yang terdapat dalam sijil kelahiran atau kad

pengenalan atau sijil akuan memeluk Islam yang dikeluarkan oleh Jabatan

Agama Islam negeri-negeri. Dokumen-dokumen ini merupakan dokumen

awam yang tidak boleh dipertikaikan kerana dikeluarkan oleh pihak

berkuasa yang diiktiraf oleh undang-undang. Oleh yang demikian status

agama Islam seseorang yang terdapat dalam dokumen tersebut adalah

bukti yang sah kecuali dibuktikan sebaliknya di mahkamah atau

dimansuhkan oleh mahkamah.

Page 32: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

32

Sebagai contoh, jika dalam kad pengenalan seseorang dicatatkan status

agama sebagai Islam, sedangkan sejak lahir tidak pernah mengamalkan

ajaran Islam. Maka berdasarkan status tersebut individu berkenaan masih

dianggap sebagai seorang Islam di sisi undang- undang berdasarkandokumen rasmi tersebutsehingga dibuktikan sebaliknya di mahkamah

syariah.

Penentuan dan pengisytiharanstatus agama seseorang Islam adalah

terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu sebarang kes

yang melibatkan penentuan dan pengisytiharan status agama Islam

hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah dan bukan ukuran serta

pandangan individu.

Tusn Yang di-Pertua,

Merujuk kepada kes yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Behormat,

berdasarkan rekod di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh, Perak, permohonan

Puan Normala bt. Abdul Aziz hanya di daftarkan pada 5 Ogos 2009,bersama dua orang saudara lelaki dan perempuannya iaitu Hazna bt.

Abdul Aziz dan Mohd Rafi b. Abdul Aziz. Kesemua pemohon telah mula

memberi keterangan bermula pada 9 Disember 2009 – 6 Oktober 2010.

Sesi penghujahan bermula pada 1 November 2010 – 1 Jun 2011.

Pemohon telah diberikan tempoh selama 7 bulan untuk memfailkan hujjah,

namun pemohon tetap gagal mengemukakan hujjah. Mahkamah Tinggi

Syariah telah memberikan keputusannya pada 7 Jun 2011 dengan

menolak permohonan pemohon-pemohon untuk menukar status

agamanya.

Page 33: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

33

Oleh kerana permohonan pemohon tersebut telah ditolak oleh Mahkamah,

maka status agama pemohon masih lagi seorang Islam dan pada 7 Jun

2011 juga Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintahkan pemohon untuk

menjalani proses Istitabah (kaunseling dan nasihat ) di bawah seliaan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak selama 3 bulan .

Laporan sesi Istitabah pertama dikemukakan kepada Mahkamah pada 5

Mac 2012.

Semasa mendengar pembentangan laporan sesi Istitabah yang pertama,

iaitu pada 19 Mac 2012, Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintahkan

sekali lagi agar pemohon menjalani sesi Istitabah kali kedua selama 6

bulan dan menasihati pemohon memberi kerjasama hadir ketika sesi

Istitabah yang ditetapkan. Laporan sesi Istitabah yang kedua juga

mendapati pemohon sering tidak hadir dan tidak memberi kerjasama

sepanjang proses Istitabah berjalan.

Oleh kerana kes yang berbangkit ini melibatkan suatu hak yang perlu

dipohon di Mahkamah menurut ketetapan undang-undang, pihak Kerajaantidak boleh campurtangan untuk menyelesaikannya di luarmahkamah. Perkara berkaitan status agama seseorang juga tidak boleh

diselesaikan melalui jalan perundingan sebagaimana hak-hak individu yang

lain. Apa yang boleh dilakukan oleh pihak yang terlibat ialah memfailkan

permohonannya sekali lagi di Mahkamah dan mengemukakan keterangan,

bukti dan hujah yang baru sebagaimana proses lazim perbicaraan sesuatu

kes. Selain itu, pemohon juga boleh membuat rayuan kepada Mahkamah

yang lebih tinggi melalui permohonan pelanjutan tempoh masa terlebih

dahulu.Sekian, terima kasih.

Page 34: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

34

TEKS UCAPAN

Y.B. MEJAR JENERAL DATO' SERIJAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B)

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERISEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN BAJET 2014 DI PERINGKAT DASAR, DI

DEWAN RAKYAT PADA HARI ISNIN,11 NOVEMBER 2013

--------------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dalam

perbahasan Bajet 2014 di Peringkat Dasar. Saya telah meneliti dan akan menjawab

semua isu-isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri

menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang

Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua,

Pertamanya saya ingin memberi penjelasan keatas beberapa isu berkaitan

pelaksanaan undang-undang Syariah yang dibangkitkan oleh Yang BerhormatMarang dan Yang Berhormat Bachok.

Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan mengapa tidak dikaji undang-undangjenayah sekarang yang tidak tepat dengan Islam seperti hukuman tali gantungdan sebatan. Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah yang positif bagi

mengatasi masalah jenayah menerusi penguatkuasaan undang-undang termasuklah

Kanun Keseksaan (Disemak-1997) [Akta 574], Akta Dadah Berbahaya 1952 (Disemak-

1981) [Akta 234], Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] dan sebagainya.

Undang-undang yang berkenaan diwujudkan bagi tujuan membantu Kerajaan dalam

menjamin keamanan negara. Dalam hal ini, pewujudan undang-undang tersebut

Page 35: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

35

adalah selaras dengan Maqasid Syariah yang, antara lain, menekankan kepentingan

menjaga keselamatan nyawa, harta benda dan kesihatan akal.

Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, berdasarkan Fasal (2) Perkara

74 dan Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan,

undang-undang Islam diletakkan di bawah bidang kuasa Negeri. Kuasa Negeri

berkenaan dengan pewujudan dan penghukuman kesalahan terhadap perintah agama

Islam hanya terpakai bagi orang yang menganut agama Islam sahaja dan setakat yang

dibenarkan oleh undang-undang Persekutuan.

Dalam hal ini, Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965[Akta 355] yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan

hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit

atau sebatan tidak melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman tersebut

hendaklah dipatuhi oleh semua negeri. Sekiranya hukuman yang lebih tinggi ingin

dilaksanakan bagi kesalahan jenayah Syariah, pindaan perlu dibuat terhadap Akta355 ini terlebih dahulu.

Menyedari kesesuaian syariat Islam untuk digunapakai dalam semua zaman, tempat

dan keadaan, Kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan

Sivil, dari semasa ke semasa sentiasa berusaha untuk memperbaiki undang-undang

Islam sedia ada termasuklah hukuman terhadap pesalah undang-undang jenayah

Syariah dan mengharmonikan undang-undang sedia ada supaya selaras denganmaqasid Syariah dan bersifat patuh Syariah (Syariah compliant).

Oleh itu, Kerajaan meminta semua pihak agar bersikap rasional dan terus menyokong

agenda untuk membangunkan institusi perundangan Syariah secara holistik. Komitmen

Kerajaan dalam hal ini adalah jelas dan ia memerlukan sokongan padu dari semua

pihak bagi memastikan usaha ini dapat dijayakan.

Page 36: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

36

Bahkan buat masa sekarang Kerajaan sedang diperingkat akhir berdasarkan

persetujuan negeri-negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri telah bersetuju untuk

Mahkamah Syariah dipertingkatkan dari 3 tingkat ( iaitu Mahkamah Rendah Syariah,Mahkamah Tinggi Syariah, dan Mahkamah Rayuan Syariah) kepada 5 tingkat iaituMahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah TinggiSyariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis Rayuan Syariah). Disamping masa

yang sama, Kerajaan juga sedang berusaha mengkaji untuk menaikkan kadarhukuman di Mahkamah Syariah 3,5,6 (3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kalisebatan kepada kadar hukuman yang lebih tinggi ). Jika perkara ini dapat

direalisasikan, ia bakal membawa rahmat kepasda umat Islam dan Mahkamah Syariah

menjadi lebih baik masa hadapan.

Yang Berhormat Marang juga membangkitkan walaupun Islam agamaPersekutuan tetapi masih ada sekatan, dimana khutbah/ ceramah hendaklah adatauliah, dan untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Syariah perlu rujukkepada had-had dalam peruntukan Jadual Kesembilan. Kedudukan Islam

sebagai agama bagi Persekutuan perlu dilihat dalam kerangka Perlembagaan

Persekutuan secara menyeluruh dan tidak hanya dilihat dalam ruang lingkup Perkara

3(1) semata-mata. Ini adalah kerana peruntukan tersebut diperkukuhkan dengan

kewujudan peruntukan-peruntukan lain yang menjamin kedudukan Islam, antara lain,

seperti Perkara 11(4), Perkara 12(2), Perkara 121(1A), Butiran 1, Senarai Negeri,

Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan dan ikrar Yang di-Pertuan Agong

dalam Jadual Keempat, Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan peruntukan-peruntukan itu, jelas bahawa pemakaian agama Islam di

bawah Perlembagaan Persekutuan tidak terhad kepada amalan-amalan yangberbentuk keagamaan dan ritual semata-mata tetapi turut terpakai bagi perkara-

perkara yang melibatkan dasar dan undang-undang negara seperti pemerintahan,

perundangan, kehakiman, ekonomi, kebebasan asasi, pendidikan, moral dan

kekeluargaan.

Page 37: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

37

Mengenai tauliah penceramah/khutbah pula, ianya adalah untuk memastikan

penyebaran ajaran Islam sebenar bersandarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Disamping

itu, sebagai makanisma kawalan yang berkesan untuk menyekat ajaran salah tersebar

dikalangan masyarakat Islam serta mengekang aliran pemikiran yang mengelirukan,

dimana masyarakat Islam mudah terdedah dalam suasana dunia tanpa sempadan

sekarang ini. Tauliah tidak harus dilihat sebagai kekangan dan halangan, namun ianya

sebagai satu kaedah memastikan sebarang khutbah dan pengajaran yang menyimpang

boleh disekat lebih awal, lebih-lebih lagi soal ajaran sesat, menyeleweng dan

bersalahan agama.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Kota Kinabalu dan YangBerhormat Julau menyarankan supaya penganut Kristian boleh menggunakankalimah Allah untuk rujuk nama Tuhan mereka, terutamanya di Sabah danSarawak. Dalam hal ini adalah jelas bahawa perkataan Allah adalah termasuk

antara kalimah-kalimah yang hanya diperuntukkan kepada umat islam. Malah

penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya

eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN.

S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986.

Apapun berdasarkan suasana dan ‘uruf di Malaysia, penggunaan nama Allah adalah

untuk umat Islam sahaja. Di dalam ucapan kalimah tauhid, lafaz mengiyakan

ketuhanan disertakan dalam masa yang sama mengisbatkan/menyandarkan

ketuhanan yang sebenar iaitu kepada Allah semata-mata. Kemaslahatan ammah atau

kepentingan umum perlu dipelihara. Justeru, pemerintah dengan kuasa yang ada

padanya melalui kaedah Sa’d al-Zarai’ (pencegahan) boleh menyekat penggunaan

kalimah Allah kepada yang bukan Islam supaya masyarakat tidak berada didalam

keadaan saling mencurigai dan membenci. Kerajaan berpadangan soal ini telah dibawa

ke pertimbangan mahkamah dan semua pihak mestilah menghormati segala keputusan

mahkamah kerana disitu tempat pertimbangan setiap perkara yang menjadi pertikaian.

Page 38: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

38

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Tenom dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain telah

membangkitkan isu tuntutan hak asasi manusia khususnya yang berkaitan umat Islam

oleh Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat/UPR*[COMANGO] di Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) / The Coalition ofMalaysia NGO’s in the UPR Process.[catatan: * UPR – the Universal Periodic Review]

Ahli-ahli Yang Berhormat bertanya setakat manakah Kerajaan menangkistohmahan-tohmahan dan tuntutan oleh COMANGO di Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam mendepani tuntutan-tuntutan berhubung hak asasi

manusia, Kerajaan sentiasa dibantu oleh golongan ulama dan intelektual Islam supaya

apa-apa keputusan yang dibuat oleh Kerajaan sentiasa selaras dengan Hukum Syarak

dan menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, tuntutan-

tuntutan pihak COMANGO tersebut jelas merupakan satu bentuk pencabulan kepada

Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam secara khususnya.

Justeru, Kerajaan secara konsisten berpendirian bahawa sekiranya terdapat mana-

mana anasir yang cuba untuk menjejaskan keharmonian dan mencabar keluhuran

Perlembagaan di negara ini, Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil

tindakan yang sewajarnya menurut undang-undang yang berkuat kuasa.

Oleh yang demikian, Kerajaan telah menghantar wakil bagi menghadiri MesyuaratSemakan Berkala Sejagat (UPR) Sesi Ke-17 oleh Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi

Manusia di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober 2013. Delegasi Malaysia diketuai

oleh oleh Kementerian Luar Negeri dan JAKIM serta pelbagai agensi lain telah

bekerjasama rapat dalam Delegasi Malaysia ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) ini.

Sebanyak 15 negara, termasuk Malaysia, Monaco, China, Arab Saudi dan Israel

dijadualkan untuk disemak rekod hak asasinya dalam sesi ini. Semua negara ini hadir

untuk UPR mereka. Semakan dibuat berdasarkan tiga (3) sumber laporan iaitu negara,

Page 39: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

39

PBB dan masyarakat madani seperti COMANGO. [Sebenarnya COMANGO

merupakan satu pertubuhan yang tidak berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Syarikat

Malaysia dan tidak sah dari segi undang-undang yang berkuatkuasa di negara ini.]

Antara tuntutan COMANGO ialah mengenai undang-undang Syariah, kebebasan

beragama termasuk murtad, Syiah, pengiktirafan terhadap zina, LGBT dan konsep

gender ala Barat. Semua isu-isu tersebut diberi perhatian serius dan maklum balas

mengenainya telah dikemukakan. Hasilnya,sebahagian besar tuntutan COMANGOtidak mendapat perhatian dunia antarabangsa dalam UPR Malaysia Kedua kali ini.

Yang Berhormat Tenom juga minta JAKIM menyiasat Sister in Islam (SIS)berada dalam kelompok COMANGO . Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Laporan COMANGO untuk UPR Malaysia Kedua 2013 mengesahkan bahawa SIS

Forum (Malaysia) Berhad ialah satu daripada 54 NGO yang didakwa menggangotai

COMANGO dalam proses UPR tersebut. Badan ini turut menganggotainya semasa

UPR Malaysia Pertama 2009 atas nama Sisters in Islam. Nama yang sama juga

diklasifikasikan sebagai “organisasi dan sekutu” oleh International Gay and Lesbian

Human Rights Commission.

Berhubung dengan usaha-usaha Kerajaan bagi menangani isu tersebut,Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama

Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta agensi Kerajaan yang lain sentiasa bersama-

sama mengatur langkah dan strategi bagi mencegah aliran-aliran pemikiran yang

bertentangan dengan Islam daripada berleluasa.

Pemantauan yang berterusan terhadap aktiviti-aktiviti oleh individu atau kumpulan yang

terlibat dengan pemikiran yang menyeleweng dan terkeluar daripada syariat Islam juga

dijalankan disamping mengadakan beberapa program bagi memantapkan lagi akidah

umat Islam.

Page 40: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

40

Antara tindakan pencegahanyang diambil adalah seperti mengadakan program

pemantapan akidah, memantau dan menjalankan kajian serta mengesan pendekatan

berkesan bagi mengawal elemen yang memesongkan akidah ummat Islam,

memantapkan program pendidikan formal dan tidak formal ke arah umat Islam lebih

celik agama, melaksanakan tindakan undang-undang secara bersepadu antara

pelbagai agensi Kerajaan peringkat pusat dan negeri serta menerbit dan menyebarkan

buku atau risalah berkaitan fahaman akidah serta menyiarkannya menerusi media

massa dan elektronik.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya beralih kepada isu-su berkaitan surau dan masjid yang dibangkitkan oleh

beberapa Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Baling mencadangkan supayadiperbanyakkan aktiviti di surau/masjid serta memberi peluang golongan anakmuda mengimarahkan masjid. JAKIM selaku agensi pusat bekerjasama dengan

Majlis Agama Islam Negeri/Jabatan Agama Islam Negeri dalam menambah nilai dan

meningkatkan aktiviti di surau/masjid. Antaranya melalui program pengajian takmir,

dimana guru takmir diberi elaun bulanan.

Bagi menarik golongan muda ke surau dan masjid, JAKIM dan Majlis Agama

Islam Negeri mengadakan beberapa program untuk menarik golongan ini ke masjid.

Pihak masjid dan surau juga turut mengadakan pelbagai aktiviti remaja di masjid.

Antara programnya seperti kem smart solat, kem remaja masjid, kelas tusyen,kelas

komputer, kelab takwando, futsal remaja dan sebagainya

Sebagai contoh, di Wilayah Persekutuan, aktiviti pengimarahan yang dilaksanakan di

masjid/surau melibatkan penyertaan semua golongan lapisan masyarakat termasuk

juga golongan muda. Antara program/aktiviti kepada golongan ini seperti Program

Imam Muda Qaryah, Kem Remaja, Seminar Motivasi Untuk Menghadapi Peperiksaan,

Kem Rehlah Remaja dan pelbagai lagi aktiviti yang dianjurkan mengikut keperluan.

Page 41: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

41

Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Lenggong mencadangkan agar bilelektrik dan air surau/masjid dibayar oleh Kerajaan dan tarif bil tidak berdasarkankadar komersil. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, bil-bil elektrik

dan air di masjid/surau adalah diurus dan dibayar oleh jawatankuasa pengurusan

masjid/surau masing-masing. Bagi bil elektrik, jawatankuasa pengurusan

masjid/surau boleh memohon diskaun daripada pihak Tenaga Nasional Berhad

(TNB), dimana TNB ada memberi diskaun kepada rumah-rumah ibadat.

Misalnya, di Wilayah Persekutuan, Tenaga Nasional Berhad TNB) telah memberikan

potongan sebanyak 10% (tarif rumah ibadah) terhadap bil elektrik bagi semua masjid di

Wilayah Persekutuan.

Yang Berhormat Sabak Bernam pula berharap Kerajaan Pusat melalui JabatanKemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diberikan peruntukan bagi membantumenyelenggara masjid dan surau di seluruh negara termasuklah di ParlimenSabak Bernam. Kerajaan sentiasa mengambil berat mengenai semua keperluan

masjid dan surau di seluruh negara. Walau bagaimana pun, semua urusan berkaitan

pembinaan atau menaiktaraf dan penyelenggaraan masjid dan surauadalah berada di

bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) /Majlis Agama Islam Negeri

(MAIN). JAKIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

melaksanakan projek penyelenggaraan, pembinaan atau naiktaraf masjid dan surau di

Wilayah Persekutuan sahaja. Bagi permohonan daripada negeri-negeri lain, JAKIM

bertindak sebagai penyelaras dan mengemukakan permohonan tersebut kepada Unit

Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) untuk pertimbangan.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Tanah Merah minta supayaperuntukan RM 50 juta untuk Sekolah Agama Rakyat hendaklah juga termasukperuntukan kepada sekolah pondok dan tahfiz. Kerajaan sentiasa prihatin dan

mengambil berat terhadap Sekolah Agama Rakyat (SAR) dengan memberi sejumlah

Page 42: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

42

peruntukan diberi setiap tahun dengan jumlah tertentu berdasarkan kepada kelulusan

bajet tahunan dan dalam Bajet 2014 ini telah diberi peruntukan khas yang

disalurkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Oleh yang demikian,

sekolah-sekolah pondok dan pusat-pusat tahfiz persendirian bolehlah membuat

permohonan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seterusnya Yang Berhormat Rantau Panjang bertanya berapa jumlah orang Asliyang telah masuk Islam dan apakah program bagi memastikan mereka tidakkembali kepada agama asal mereka? Untuk makluman Ahli Yang berhormat, bagi

tahun 2013(sehingga bulan September), jumlah Orang Asli di negara ini yang

memeluk agama Islam ialah seramai 534orang. Pelbagai program dilaksanakan oleh

JAKIM bagi meningkatkan keyakinan dan kefahaman mereka terhadap Islam,

antaranya Program Pemantapan Akidah Masyarakat Orang Asli; Kelas-Kelas Asas

Fardhu Ain yang dikendalikan oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli, JAKIM;

Program Ihya’ Ramadhan di perkampungan Orang Asli dan Kursus Pemantapan Asas

Fardhu Ain Anak-Anak Masyarakat Orang Asli.

Disamping itu, bagi mendekati dan bersama masyarakat Orang Asli, program-

program berikut juga dilaksanakan, iaitu:-

i. Ziarah Ukhuwwah & Program Ramah Mesra bersama Masyarakat Orang

Asli;

ii. Majlis Sambutan Hari Kebesaran Islam seperti Maal Hijrah, Maulidur

Rasul, Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan AidilAdha;

iii. Meraikan perkahwinan beramai-ramai Masyarakat Orang Asli Islam;

iv. Program Ramah Mesra Masyarakat Orang Asli; dan

v. Simposium Kepimpinan Tok Batin/ Penghulu Orang Asli Islam Peringkat

Kebangsaan.

Page 43: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

43

Tuan Yang di-Pertua,

Akhirnya mengenai isu zakat. Yang Berhormat Sabak Bernam, bertanya sejauhmanakah kutipan zakat telah berjaya diagihkan secara berkesan kepada asnaf-asnaf bagi mencapai matlamat asalnya untuk membantu umat Islam termasuksaudara baru dan digunakan bagi kepentingan umat Islam di negaraini.Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, di bawah Butiran 1, Senarai 2,

Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, bahawa urusan zakat terletak di

bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Kutipan dan agihan zakat dikendalikan

sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing.

Di Wilayah Persekutuan, zakat yang dikutip dimanfaatkan oleh Majlis Agama Islam

Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi pelbagai program agihan kepada umat Islam.

Program agihan tersebut dilaksanakan dalam bentuk agihan secara langsung di mana

asnaf yang layak akan menerima bantuan-bantuan menerusi 28 skim bantuan yang

merangkumi aspek keperluan asasi, pendidikan, keusahawanan, kebajikan dan

dakwah. Skim-skim bantuan ini telah membolehkan penerima menikmati kehidupan

dengan lebih baik dan antaranya berjaya dalam pendidikan dan perniagaan.

Bantuan-bantuan tersebut turut meliputi bantuan kepada muallaf yang merupakan

salah satu asnaf zakat. Sebaik sahaja mereka memeluk agama Islam, bantuan terus

disalurkan kepada mereka disusuli dengan bantuan-bantuan yang berkaitan agar

mereka terus dibela.

Selain agihan menerusi skim-skim bantuan berkenaan, MAIWP juga telah

memanfaatkan zakat yang dikutip dengan menubuh dan membangunkaninfrastruktur dan prasarana yang boleh dimanfaatkan untuk jangka masa panjang.

Antaranya dalam bidang pendidikan, MAIWP telah membangunkan Institut Kemahiran

Baitulmal, Institut Profesional Baitulmal, Sekolah Menengah Agama MAIWP, Sekolah

Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) dan Kolej Antarabangsa Sains Perubatan

PUSRAWI.

Page 44: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

44

Dalam aspek perlindungan dan kebajikan, wang zakat telah digunakan untuk

membangunkan beberapa kompleks seperti Darul Kifayah untuk anak-anak yatim

termasuk anak-anak asnaf fakir & miskin dan Dar Assaadah untuk wanita yang

terjebak dalam gejala sosial. Bagi golongan muallaf pula, MAIWP kini sedang

membangunkan kompleks Darul Hidayah yang akan dapat memberikan bimbingan

secara intensif kepada golongan ini.

Dalam bidang kesihatan pula, MAIWP juga menubuhkan Pusat Bersalin Berisiko

Rendah 1 Malaysia MAIWP- Hospital Putrajaya, Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-

Hospital Selayang dan Kedai Rakyat MAIWP. Penubuhan kemudahan-kemudahan ini

telah mendatangkan manfaat dan memberi kemudahan yang besar kepada rakyat

khususnya umat Islam.

Disamping itu, bagi memastikan tiada asnaf yang tertinggal atau tercicir daripada

menerima bantuan zakat yang disediakan, MAIWP melaksanakan aktiviti turun padang

melalui Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP. Skuad ini bergerak ke seluruh Wilayah

Persekutuan dengan kerjasama wakil penduduk dan mengenalpasti mereka yang layak

tetapi masih belum menerima bantuan zakat daripada MAIWP.

Yang Berhormat Parit pula menyarankan penyelarasan zakat koporat dancadangan penubuhan Lembaga Zakat Negara. Menyedari tentang tanggung jawab

berkaitan zakat sepenuhnya dibawah bidang kuasa pihak berkuasa Agama Islam

Negeri, maka Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)

adalah sebagai pemudahcara diperingkat nasional dalam membantu MAIN

memperkasakan institusi zakat negeri-negeri ke tahap yang lebih baik.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, individu yang membayar zakat

diberikan rebat cukai pendapatan mengikut Seksyen 6A(3) Akta Cukai Pendapatan

1967. Manakala bagi syarikat yang membayar zakat pula, potongan cukai tidak

Page 45: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

45

melebihi 2.5% daripada pendapatan agregat diberikan mengikut Seksyen 44(11A) Akta

Cukai Pendapatan 1967.

Mengenai saranan supaya rebat cukai diberikan kepada zakatkorporat/perniagaan, dimaklumkan bahawa sejak tahun 2005, JAWHAR telah

berunding dan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan untuk mendapatkan

pertimbangan pemberian rebat cukai pendapatan ke atas zakat perniagaanyang

dibayar oleh syarikat, institusi dan lain-lain organisasi.

Berhubung cadangan penubuhan Lembaga Zakat Negara, untuk makluman Ahli

Yang Berhormat, pada awal 1990-an terdapat cadangan supaya ditubuhkan sebuah

institusi di peringkat nasional iaitu Lembaga Urusan Zakat Malaysia (LUZAM).Namun begitu, cadangan ini tidak dilaksanakan disebabkan urusan zakat adalah

merupakan pentadbiran agama terletak di bawah bidang kuasa Raja-raja atau Kerajaan

Negeri.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-mana

perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil

tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri, khususnya oleh agensi-agensi

yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

Page 46: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

46

TEKS UCAPAN

MENGGULUNG PERBAHASANBAJET 2014 DI DEWAN NEGARA.

16 DISEMBER 2013 (ISNIN)

YB MEJAR JENERAL DATO' SERIJAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B)

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI--------------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet

2014 dan menyentuh perkara-perkara berkaitan hal ehwal Islam. Saya telah

meneliti semua isu-isu yang telah dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan

Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta

saranan Ahli-ahli Yang Berhormat

Tuan Yang di-Pertua,

Pertamanya saya ingin memberi penjelasan kepada saranan Yang

Berhormat Dato’ Haji Muhamad Yusof bin Husin dan Yang Berhormat Puan

Hajah Khairiah binti Mohamed supaya perlu ada kerjasama diantaraKerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terutama dalammelaksanakan hudud di Kelantan. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat

sedia maklum, Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan mengenai

bidang kuasa untuk membuat undang-undang. Peruntukan tersebut

menyatakan bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-

apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Persekutuan atau

Senarai Bersama (iaitu Senarai Pertama atau Ketiga yang dinyatakan dalam

Jadual Kesembilan), manakala Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh

membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu

Page 47: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

47

persatu dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam

Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama. Oleh itu, perkara-perkara berkaitan

dengan agama Islam merupakan bidang kuasa Kerajaan Negeri sebagaimana

yang diperuntukkan dalam Butiran I Senarai II Jadual Kesembilan

Perlembagaan Persekutuan.

Tanggungjawab bagi memperkasa dan memartabatkan undang-undang

Syariah dipikul bersama oleh Kerajaan Persekutuan dengan Pihak Berkuasa

Agama Negeri-Negeri. Sehubungan dengan itu, Kerajaan sentiasa menjalinkan

kerjasama yang baik dengan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri bagi

melaksanakan usaha tersebut. Di antara sekretariat dan jawatankuasa yang

dibentuk bagi jalinan kerjasama antara negeri-negeri dan Kerajaan

Persekutuan adalah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

Malaysia, Majlis Perundingan Islam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Persidangan Pengerusi-

pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Persidangan

Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia dan

Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil.

Dimaklumkan juga pada masa ini, usaha meningkatkan had bidangkuasa Mahkamah Syariah,yang terhad kepada hukuman pemenjaraan

selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, denda yang tidak melebihi lima ribu

ringgit dan sebatan yang tidak melebihi enam kali atau apa-apa gabungan

hukuman-hukuman tersebut, Kerajaan sedang dalam proses membuat

pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta

355]. Di samping itu, Kerajaan juga bercadang untuk meneliti akan keperluanmeminda Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1997 [Akta 559] dan undang-undang lain yang berkaitan

selaras dengan pindaan kepada Akta 355 tersebut.

Page 48: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

48

Dalam hal ini, usaha tersebut djalankan selaras dengan komitmen

Kerajaan untuk menaik taraf sistem kehakiman Syariah di negara ini

susulan daripada pembentangan Kertas Cadangan Menaik Taraf Kedudukan

Mahkamah Syariah Dan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah di Malaysia dalam

Mesyuarat Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 22

Ogos 2011 yang lalu. Buat masa sekarang Kerajaan sedang diperingkat

akhir berdasarkan persetujuan negeri-negeri melalui Majlis Agama Islam

Negeri telah bersetuju untuk Mahkamah Syariah dipertingkatkan dari 3 tingkat

(iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, danMahkamah Rayuan Syariah) kepada 5 tingkat iaitu Mahkamah RendahSyariah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah,Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis Rayuan Syariah). Jika kedua-dua

perkara ini dapat direalisasikan, ia bakal membawa rahmat kepada umat Islam

dan Mahkamah Syariah menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Justeru itu, Kerajaan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri

sentiasa berusaha dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi

memastikan penambahbaikan yang berterusan dibuat terhadap pentadbiran

agama Islam khususnya pelaksanaan undang-undang Syariah, selaras dengan

kedudukannya yang istimewa di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Yang Berhormat Dato’ Haji Muhamad Yusof bin Husin jugamencadangkan ditubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjaga Islamdinegara ini dalam melaksanakan maqasid Syariah. Dimaklumkan

bahawa JAKIM telah pun menubuhkan beberapa Panel, antaranya seperti

Panel Pakar Syariah yang terdiri daripada beberapa orang pakar dalam

agama seperti mufti negeri dan pensyarah IPTA. Panel ini bertanggungjawab

bagi menasihati agensi kerajaan dalam aspek berkaitan dengan ibadat,

munakahat, muamalat dan ehwal syakhsiah masyarakat Islam termasuklah

sistem kewangan Islam dan pelaburan agar perlaksanaannya patuh syariah

sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran Islam.

Page 49: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

49

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya isu penyebaran fahaman Syiah di negara ini. YangBerhormat Datuk Haji Saat bin Haji Abu dan Yang Berhormat Dato’ AbdulRahman bin Bakarbertanya apakah langkah JAKIM menangani Syiahtermasuk dikalangan pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) danmenyarankan Kerajaan perangi Syiah habis-habisan. Kerajaan telah

bertindak membuat pencegahan awal melalui pembendungan aliran Syiah dari

terus menular dan mempengaruhi umat Islam di negara ini melalui usaha-

usaha berikut :

i. menyebarluaskan fatwa-fatwa yang telah dibuat tentang

pengharaman Syiah kepada masyarakat;

ii. sesi penjelasan kepada masyarakat melalui program-program

ceramah dan penyebaran maklumat pengharaman ini menerusi

media cetak dan elektronik;

iii. program pemantauan dan mengawal bahan-bahan media cetak dan

elektronik dari tersebarnya fahaman Syiah menerusi media-media

berkenaan; dan

iv. meningkatkan kerjasama antara agensi agama dengan agensi

keselamatan dalam menguatkuasakan undang-undang untuk

menyekat fahaman Syiah daripada berleluasa dan tersebar kepada

masyarakat.

Berkenaan penyebaran fahaman Syiah dan apa jua fahamanmenyeleweng diinstitut pengajian tinggi (IPT), JAKIM mengadakan

kerjasama dengan agensi dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi

mendapatkan maklumat berkenaan individu dan pergerakan Syiah tersebut.

Page 50: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

50

Maklumat tersebut akan dipanjangkan kepada IPT bagi mengambil tindakan

dibawah bidang kuasa masing-masing.

Disamping itu, Kerajaan menerusi JAKIM dan JAIN turut giat

menjalankan program-program penjelasan isu syiah dan program kefahaman

Islam berasaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada mahasiswa-

mahasiswi di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) melalui

ceramah, diskusi ilmu, seminar dan mengedarkan risalah mengenai bahaya

syiah. Program-program ini dilaksanakan secara berterusan dengan kerjasama

pihak universiti melalui Pusat Islam IPTA/IPTS, Bahagian Hal Ehwal Pelajar

(HEP) IPTA/IPTS, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan persatuan-persatuan

mahasiswa.

Berhubung pertanyaan sejauhmana kerjasama JAKIM danKementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memastikan golongan Syiahtidak menjadikan Malaysia sebagai pusat penyebaran Syiah di AsiaTenggara. Berdasarkan kajian JAKIM, penyebaran Syiah pada ketika ini

kebanyakannya dilakukan oleh pelbagai pihak. Walau bagaimanapun, tidak

dinafikan kehadiran warga Iran yang agak ramai mungkin membawa unsur-

unsur Syiah ke dalam masyarakat terutamanya yang berbentuk kebudayaan

seperti sambutan Hari Karbala. Namun begitu, adalah tidak adil untuk

menuduh kesemua pelancong dan pelajar warga Iran yang datang ke Malaysia

berfahaman Syiah atau menyebarkan fahaman Syiah. Bahkan terdapat di

kalangan mereka yang menganut fahaman Sunni dan liberal atau tidak

cenderung kepada mana-mana aliran.

Meskipun demikian, Kerajaan akan sentiasa memantau setiap aktiviti

mereka untuk memastikan tiada penyebaran Syiah dilakukan terhadap warga

tempatan. JAKIM dan JAIN amat menyedari pergerakan Syiah yang cuba

untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat penyebaran Syiah di Nusantara.

Dalam beberapa operasi yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Page 51: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

51

(JAIS), kumpulan ini dikesan telah merancang untuk membina sebuah

kompleks Syiah di Malaysia.

Oleh kerana pergerakan Syiah sentiasa dipantau dan disekat oleh pihak

berkuasa agama di Malaysia, difahamkan pihak Syiah telah merancang untuk

memindahkan pusat pergerakan mereka ke Satun Thailand. Walau

bagaimanapun, sehingga kini pihak Majlis Agama Islam Wilayah Satun

memaklumkan mereka belum menerima apa-apa permohonan untuk

mendirikan kompleks tersebut di Satun dan berjanji akan berusaha agar

penyebaran Syiah di selatan Thailand dapat disekat.

Ahli Yang Berhormat juga ingin penjelasan mengenai tindakanterhadap penyebaran kitab/buku-buku berkaitan Syiah. Pada masa ini

terdapat 18 tajuk buku-buku yang mengandungi unsur Syiah yang telah ditapis

dan dikaji oleh JAKIM termasuklah buku bertajuk “Meniti Titian Kebenaran”

dan “Menyingkap Kebenaran Ahlul Bait”. Buku-buku ini telah diperaku oleh

Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam

supaya pihak Kemeneterian Dalam Negeri (KDN) mengenakan perintah

larangan bagi buku-buku Syiah ini. Keputusan dan laporan kajian terhadap

buku-buku ini telah dihantar ke KDN bagi tujuan pewartaan perintah larangan.

Yang Berhormat Datuk Hajah Noriah binti Mahat pula bertanyakenapakah ajaran Syiah tidak dapat dibendung. Berdasarkan tindakan-

tindakan bersepadu dan berterusan, penyebaran serta pengembangan

fahaman ini dapat dikawal dan dalam pemerhatian pihak berkuasa. Program-

program Syiah serta cubaan-cubaan untuk mengembangkan fahaman ini

melalui pelbagai program dan tindakan mereka telah berjaya disekat pihak

berkuasa. Bagaimanapun tidak dinafikan cabaran semasa di dalam dunia

tanpa sempadan ini membolehkan fahaman-fahaman ini tersebar dengan

pantas. Kerjasama semua pihak termasuk masyarakat awam dalam

membantu pihak berkuasa seperti menyalurkan maklumat-maklumat kegiatan

Page 52: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

52

setempat amat dialu-alukan agar isu ini dapat ditangani dengan lebih

berkesan.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya beralih kepada isu ajaran sesatyang dibangkitkan olehYang Berhormat Datuk Hajah Noriah binti Mahat. Untuk membendung

aktiviti kumpulan ajaran sesat di negara ini, Kerajaan melalui Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan kerjasama strategik

dengan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan agensi-agensi yang

berkaitan di peringkat pusat, iaitu kementerian-kementerian dan jabatan-

jabatan lain yang turut sama memikul tugas dan tanggungjawab terhadap

perkara ini.

Penjelasan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh adalah

seperti berikut:

1. Jumlah ajaran sesat yang aktif dan penjelasan mengenaikesesatannya.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 98 ajaran sesat di seluruh Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, terdapat (5) lima ajaran sesat dikenal pasti

masih aktif pada masa ini, iaitu Syiah, Al-Arqam /Rufaqa’/GlobalIkhwan Sdn. Bhd. (GISB), Pertubuhan Kerabat Raja Sakti (PKRS)iaitu penjenamaan semula dari Ajaran Azhar Wahab atau al-Mansur,Ajaran Tuhan Harun dan Ajaran Ilmu Makrifat Tok Kenali PimpinanHj. Shaari bin Mohd Yusof.

Ajaran sesat ini boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis dan kategori

iaitu:

Page 53: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

53

i. mistik dan kultus;

ii. pemikiran yang bertentangan dengan Islam seperti

liberalisme, pluralisme dan sekularisme;

iii. perbomohan;

iv. amalan kebatinan;

v. berpegang kepada teosofi dan falsafah; dan

vi. menyelewengkan tafsir Al-Quran atau Al-Hadis demi

mencapai kepentingan kumpulan mereka sahaja.

2. Jumlah kes ajaran sesat yang didakwa dalam tempoh 5 tahun yanglalu.

Berdasarkan rekod daripada tahun 2007 hingga 2012, pendakwaan bagi

kes yang melibatkan ajaran salah adalah sebanyak 442 kes di seluruh

negara.

3. Kenapakah penguatkuasaan dan pendakwaan agak lambat.

Penguatkuasaan dan pendakwaan yang berkaitan dengan ajaran sesat

memerlukan siasatan terperinci. Menuduh seseorang sesat adalah

mudah tetapi membuktikannya adalah satu bebanan. Penyediaan Kertas

Siasatan yang lengkap dan sempurna mestilah melalui proses-proses

tertentu seperti pengumpulan barang kes dan keterangan saksi, analisis

barang kes yang melibatkan agensi lain seperti Jabatan Kimia dan

Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta banyak lagi.

Selepas itu, barulah kertas siasatan ini diserahkan kepada pendakwaan

untuk dianalisis bagi penambahbaikan yang perlu sebelum sesuatu kes

didakwa di Mahkamah. Kertas siasatan perlu penelitian pihak

pendakwaan dan ia amat bergantung kepada keyakinan pendakwaraya

terhadap kertas siasatan yang dibawa kepadanya. Pendakwa perlu

meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan bagi menentukan

Page 54: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

54

wujudnya kes ‘prima facie’. Keterangan dalam kes perlu mencapai tahap

keraguan yang munasabah (beyond any reasonable doubt). Hal ini

penting bagi memastikan penyediaan sesuatu kertas siasatan adalah

bebas daripada sebarang pengaruh atau tekanan daripada mana-mana

pihak.

Di samping itu, berdasarkan Seksyen 58(2) Akta Pentadbiran Undang-

Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505), dimana

Ketua Pendakwa Syarie mempunyai kuasa bagi memulakan,

menjalankan dan memberhentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan di

hadapan Mahkamah Syariah.

Selain itu, tindakan terhadap mana-mana kumpulan ajaran sesat hanya

boleh dilaksanakan selepas fatwa pengharaman ajaran tersebut

diwartakan di negeri berkenaan.

4. Apakah program untuk didik rakyat hindari ajaran sesat.

Kerajaan melalui JAKIM dan JAIN melaksanakan program pendidikan,

penjelasan dan pengukuhan terhadap pegangan akidah Ahli Sunnah wal-

Jamaah kepada semua lapisan masyarakat secara berterusan melalui

pelbagai program dan pendekatan yang melibatkan pelbagai agensi

secara bersepadu dengan cara :.

i. meluaskan pengajaran dan pendidikan Islam;

ii. memberi penerangan dan penjelasan mengenai penyelewengan

akidah kepada umum; dan

iii. menerbit dan menyebarkan buku atau risalah berkaitan

akidah dan disiarkan dalam media elektronik

Antaranya termasuklah melalui kaedah bersemuka seperti kursus,

seminar, forum dan sebagainya, serta melalui media cetak, media

Page 55: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

55

elektronik dan media baharu. Matlamat program ini adalah untuk

membina benteng akidah yang kukuh di kalangan masyarakat supaya

tidak terpengaruh dengan sesuatu ajaran sesat.

5. Apakah tindakan Kerajaan untuk menyekat penyebaran ajaran sesatmelalui buku dan media massa/media sosial.

Kerajaan menerusi JAKIM sentiasa menjalankan pemantauan terhadap

bahan-bahan penerbitan berunsur Islam yang bercanggah dengan akidah

dan syariah. Buku-buku dan bahan penerbitan ajaran sesat akan dikaji

dan disemak oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Bahan

Penerbitan Berunsur Islam. Keputusan dan laporan kajian terhadap

buku-buku ajaran sesat seterusnya dikemukakakan kepada Kementerian

Dalam Negeri bagi tujuan pewartaan perintah larangan dan tindakan

yang berkaitan.

Dalam usaha menyekat penyebaran ajaran sesat melalui internet danmedia sosial, JAKIM Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN)

dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)

telah mempersetujui satu mekanisma khusus bagi mengatasi masalah ini.

Sebarang maklumat yang disebarkan melalui media baharu yang

bercanggah dengan ajaran Islam dan menyalahi undang-undang, JAKIM

dengan mendapat persetujuan dari JAIN akan memanjangkan perkara ini

kepada SKMM bagi tujuan menyekat media tersebut dan melaksanakan

langkah-langkah lain daripada ia terus tersebar.

6. Mencadangkan Kerajaan sewajarnya mewujudkan JawatankuasaKhas termasuk JAKIM bagi memantau ajaran sesat, bertindakpantas dan tuntas serta menggunakan media baru.

Page 56: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

56

Pada masa ini, JAKIM telah mewujudkan jawatankuasa dan pasukan

petugas khas yang melibatkan agensi-agensi yang berkaitan bagi

meneliti, memantau dan mengambil tindakan sewajarnya.

Jawatankuasa/pasukan petugas tersebut adalah seperti berikut:

i. Jawatankuasa Pemandu Menangani Ajaran Sesat Peringkat

Kebangsaan;

ii. Jawatankuasa Induk Penyelarasan Penguatkuasaan

Undang-Undang Syariah Malaysia;

iii. Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Penguatkuasaan

Undang-Undang Syariah Malaysia;

iv. Panel Pakar Akidah; dan

v. Pasukan Petugas Khas Ajaran Sesat (mengikut sesuatu

kumpulan atau ajaran).

7. Mengadakan talian khas agar rakyat boleh rujuk dan supaya JAKIMboleh bertindak segera

Kerajaaan khususnya JAKIM menyambut baik cadangan Ahli Yang

Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JAKIM telah

mewujudkan Felo Fatwa yang bermula pada bulan Oktober 2013, dimana

pelantikan felo atau pakar dalam bidang kefatwaan bagi membantu

Jawatankuasa Fatwa MKI meneliti dan mengkaji isu-isu hukum yang

bersifat segera dan semasa daripada pelbagai pihak yang memerlukan

kepakaran serta membimbing masyarakat dengan pandangan hukum

Page 57: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

57

yang disepakati secara jama’ie sama ada secara atas talian, bersemuka

atau melalui bahan penulisan.

Portal e-fatwa juga telah dinaiktaraf melalui integrasi dengan lamansosial blog-blog, facebook dan twitter. Buat masa ini, beberapa saluran

media sosial telah dibuka untuk memudahkan maklumat fatwa

disebarkan dan juga bagi masyarakat awam berhubung langsung secara

maya dengan Felo Fatwa. Saluran-saluran tersebut ialah e-fatwa,

Facebook Fatwa Malaysia, emel [email protected] dan twitterFelo Fatwa. Hash tag #fatwamalaysia telah didaftar di twubs.com.

http://twubs.com/fatwamalaysia. Semua jawapan dan penjelasan yang

disediakan oleh Felo Fatwa akan dipaparkan terus di saluran-saluran

berkenaan.

Selain itu, beberapa JAIN telah mewujudkan hotline agar maklumat dan

aduan lebih cepat dan tepat. Aduan dan persoalan juga boleh disalurkan

melalui portal IslamGrid, emel projakim dan panggilan terus ke unit

berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat menyarankan supayaAhli Sunnah Wal-Jamaah di definisikan secara benar, tepat dan tiadapercanggahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Panel

Kajian Aqidah JAKIM pada 28 Disember 2010 telah memutuskan bahawa

definisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah:

“Golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Qur’an dan

Sunnah Nabi SAW menerusi para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in

yang setia bersama mereka dalam prinsip-prinsip aqidah, syariah

dan akhlak”.

Page 58: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

58

Selanjutnya dijelaskan golongan Ahli Sunnah Wal-Jamaah adalah

seperti berikut:

a) mereka adalah golongan yang memahami dan berpegang kepada

al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW mengikut manhaj dan kaedah

salaf dan khalaf (Asya’irah dan Maturidiyyah);

b) mereka adalah golongan berfahaman sederhana (wasatiyyah),

tidak melampau dan tidak terlalu longgar, ini mengeluarkan

Khawarij, Syi’ah Rafidhah, Qadariyyah, Jabariyyah, Mu’tazilah,

Anti-Hadith, Islam liberal, pluralisme agama dan seumpamanya;

dan

c) mereka ialah golongan yang mengutamakan perpaduan dan

persaudaraan Islam bukan permusuhan, perdamaian bukan

peperangan, berpegang kepada prinsip tidak memuja pemimpin,

tidak taksub sehingga mengkafir atau menyesatkan sesama Islam.

Berhubung dengan peraturan perkahwinan antara Ahli Sunnah walJamaah dengan pengikut ajaran Syiah, dimaklumkan bahawa urusan

perkahwinan mereka adalah tertakluk kepada pihak pentadbiran agama Islam

negeri-negeri sama ada ingin membuat peraturan untuk melarang perkahwinan

dengan penganut Syiah atau tidak. Walau bagaimanapun, jika terdapat

keperluan mendesak, kerajaan akan menimbangkan untuk menyelaraskan

perkara ini menerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atau forum

lain yang diwujudkan di peringkat pusat.

Mengenai saranan supaya pihak berkuasa menyaringpenggunaan hadis palsu dalam seruan menyayangi negara, pada masa

ini, Kerajaan menerusi JAKIM sentiasa menjalankan pemantauan terhadap

Page 59: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

59

bahan-bahan penerbitan berunsur Islam yang bercanggah dengan akidah dan

syariah termasuk menapis penyebaran hadis-hadis palsu. Manakala

penyebaran hadis-hadis palsu dalam bentuk-bentuk yang lain, memerlukan

penglibatan semua pihak termasuk para sarjana yang pakar di dalam ilmu

hadis bagi menyaring penyebarannya dalam masyarakat sebagai

tanggungjawab bersama

Tuan Yang di-Pertua,

Beberapa Ahli Yang Berhormat membangkitkan isu berkaitanpusat

Tahfiz dan sekolah pondok. Yang Berhormat Dato’ Haji Muhamad Yusof binHusin minta Kerajaan memberi perhatian dan bantuan kepada PusatTahfiz persendirian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui

Pembentangan Bajet 2014 yang lalu, YAB Perdana Menteri telah

mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta dikhususkan kepada Sekolah

Agama Rakyat (SAR) di bawah Tabung Khas Pembinaan Penambahbaikan

dan Penyelenggaraan, Pembelian Peralatan dan Pembinaan Blok Tambahan

yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pusat Tahfiz

persendirian juga adalah termasuk dalam kategori Sekolah Agama Rakyat

dan tertakluk kepada Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah agama di negeri-

negeri. Oleh itu, bagi melayakkan bantuan disalurkan kepada pusat Tahfiz

persendirian, adalah dicadangkan supaya pihak pentadbir pusat tahfiz tersebut

berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri atau Sekolah Agama Bantuan

Kerajaan (SABK).

Yang Berhormat Dato Dr. Mashitah binti Ibrahim pulamencadangkan supaya sekolah pondok menerima bantuan tetap, samaseperti sekolah-sekolah lain. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia

maklum, sekolah-sekolah yang tertakluk di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-

sekolah agama di negeri-negeri adalah sekolah-sekolah yang dwikurikulumiaitu kurikulum perdana dan Azhari. Walau bagaimanapun, JAKIM sentiasa

Page 60: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

60

berusaha agar menjadikan Institusi pondok yang bernaung di bawah Yayasan

Pondok Malaysia akan dipertimbangkan juga sebagai langkah galakan

Kerajaan terhadap pembelajaran sepanjang hayat.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya isu hiburan dan industri perfileman yang tidak patuh syariah.

Dalam konteks mengawal hiburan yang melampau sebagaimana yangdibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Muhamad Yusof bin Husin,

dimaklumkan bahawa JAKIM menganggotai Jawatankuasa Agensi Pusat

Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar (JK-PUSPAL)

dan Lembaga Penapisan Filem agar persembahan artis dan penayangan

filem berkaitan agama tidak bercanggah dengan nilai-nilai akhlak masyarakat

Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim pula bertanyaadakah pihak Kerajaan bersedia dengan mewujudkan undang-undang/peraturan untuk terbit drama dan filem yang patuh syariah.Kerajaan melalui JAKIM perlu meneliti secara mendalam cadangan mengenai

undang-undang syariah dalam industri perfileman yang dihasilkan oleh

syarikat-syarikat industri tersebut. Ini kerana Garis Panduan Hiburan Dalam

Islam yang sedia ada, sudah memadai dan semua pihak yang terlibat dengan

industri perfileman, perlu akur dan mematuhi garis panduan tersebut untuk

kebaikan bersama.

Pada masa ini, JAKIM dengan kerjasama pelbagai agensi yang

berkaitan seperti Lembaga Penapis Filem, Kementerian Dalam Negeri (LPF,

KDN), dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah

mengadakan sesi taklimat, perbincangan dan dialog dengan pihak stesyen

televisyen dan syarikat serta penerbit-penerbit filem bagi membincangkan isu

Page 61: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

61

yang berkaitan agama dan panduan yang perlu dipatuhi dalam menyiar dan

menyediakn rancangan televisyen dan filem.

Dari segi perundangan, kuasa dalam menentukan suatu rancangan

televisyen ini adalah terletak dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia serta

Akta Penapisan Filem. Pihak yang berkaitan dalam menguatkuasa akta ini

sering merujuk kepada JAKIM dalam isu yang berkaitan agama dan garis

panduan yang disediakan dijadikan sandaran oleh pihak yang

bertanggungjawab dalam menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua,

Beralih kepada isu berkaitan Pegawai Penguatkuasa Agama yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim. AhliYang Berhormat menyarankan supaya Kerajaan Persekutuanmenyalurkan bajet kepada negeri khusus berkaitan keselamatanPegawai Penguatkuasa Agama. Kerajaan sememangnya memandang

serius isu keselamatan dan kebajikan Pegawai Penguatkuasa Agama yang

melaksanakan tugas untuk menguatkuasakan undang-undang syariah di

negara ini. Kerajaan tidak menafikan bahawa penggunaan senjata api amat

penting bagi memastikan keselamatan anggota dan pegawai yang terlibat lebih

terjamin, khususnya ketika menjalankan operasi. Setakat ini, hanya

Terengganu telah melengkapkan anggota penguatkuasa Syariah dan

Pendakwa Syariah dengan senjata api.

Suatu kajian sedang dijalankan untuk meneliti keperluan untuk

dibekalkan senjata api sewaktu menjalankan operasi penguatkuasaan. Walau

bagaimanapun, pandangan dan nasihat pelbagai pihak dalam isu ini

khususnya daripada agensi tertentu seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN)

akan diminta.

Page 62: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

62

Berhubung pemasangan CCTV dan membekalkan telifon wireless dirumah Pegawai Penguatkuasa Agama, Kerajaan melalui JAKIM bersama

agensi terlibat juga sedang meneliti kepentingan mekanisme lain bagi

memastikan keselamatan pegawai penguatkuasa agama termasuklah

meningkatkan operasi bersama dengan PDRM, rondaan berkala dan

pemasangan CCTV dirumah, pembinaan kuaters khas, telefon wireless bagi

membolehkan berhubung terus dengan pihak polis dan beberapa aspek lain.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Datuk Haji Saat bin Haji Abu membangkitkanperuntukan RM20 juta bagi aktiviti pembangunan insan, JAKIM danminta penjelasan apakah objektif dan matlamatnya. Obkjektif dan

matlamat aktiviti pembangunan insan tersebut adalah :-

a) melahirkan kader-kader pendakwah dan ilmuwan Islam melalui

program latihan di institusi-institusi latihan Islam;

b) memantau dan menyelaras pelaksanaan dasar-dasar Islam;

c) meningkatkan kolaborasi rangkaian dakwah dengan badan-badan

bukan Kerajaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan

d) menerajui gerakan dakwah secara bersepadu dengan kumpulan

sasar melalui dakwah bil-hal, media cetak, media elektronik dan

media-media baru.

Objektif tersebut dicapai melalui pelaksanaan program yang

merangkumi :i. program dakwah,

Page 63: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

63

ii. penerbitan dan penyiaran rancangan TV dan radio;

iii. penerbitan majalah, buku dan risalah dakwah;

iv. program pembangunan keluarga Islam dan pembangunan

sosial;

v. kursus asas dan induksi, program pembangunan dan

pemantuan Standard Kualiti Pengurusan Pusat Latihan dan

Pusat Akademik.

Seterusnya mengenai saranan supaya JAKIM berperananmemastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat dangerakan dakwah secara bersepadu termasuk melalui media cetak, mediaelektronik dan media baru. Pada masa ini, JAKIM telah merangka gerak

kerja dakwah dengan perancangan melalui pewujudan Dasar Dakwah Negara

(DDN) yang merupakan dokumen penjelasan usaha pelaksanaan gerak kerja

dakwah secara berterusan di Malaysia yang bersifat holistik dan terancang

serta dilakukan melalui pelbagai pendekatan yang bijaksana lagi berkesan.

Pelaksanaan Dasar Dakwah Negara (DDN) akan direalisasikan melalui

pewujudan Pelan Tindakan Dakwah Negara (PTDN) yang akan menggerakkan

DDN melalui strategi khas yang dikenali sebagai Agenda Transformasi

Dakwah Negara yang merangkumi aspek pengukuhan dan pemerkasaan

pengurusan hal ehwal Islam.

Yang Berhormat Tuan Khalid bin Ahmad pula mencadangkansupaya pegawai agama yang bertugas di Jabatan Penjara hendaklahberkelulusan agama yang tinggi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

pegawai agama di Jabatan Penjara pada masa ini adalah jawatan kader dari

JAKIM. Mereka adalah Pegawai Hal Ehwal Islam, Penolong Pegawai Hal

Ehwal Islam (Gred S44, S41, S32 dan S27) dan Pembantu Hal Ehwal Islam

Page 64: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

64

(Gred S17) yang berkelulusan diploma dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Sehubungan itu, JAKIM menghargai cadangan Ahli Yang Berhormat dan

berpandangan adalah wajar gred yang lebih tinggi bagi pegawai agama di

Jabatan Penjara untuk menjalankan fungsi pembangunan tahanan di penjara.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Dato’ Jamilah binti Sulaiman mohon penjelasan,apakah langkah yang perlu diambil bagi mengatasi kekeliruanmemandangkan ada percanggahan antara undang-undang Syariahdengan resolusi Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatu mengenai perkahwinan bawah umur. Dalam menjaga maslahah

kanak-kanak di bawah umur (18 tahun bagi lelaki/16 tahun bagi perempuan) ,

telah di peruntukkan prosedur yang ketat bagi mana-mana individu bawah

umur yang ingin berkahwin di mana ia memerlukan kebenaran Mahkamah. Ini

dapat dilihat menerusi Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)1984 [Akta 303] yang memperuntukkan seperti

berikut:

“Seksyen 8. Umur minimum untuk perkahwinanTiada suatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika

lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu

berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie

telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan

tertentu.”.

Bagi pasangan bawah umur tidak kira sama ada salah satu pihak atau

kedua-duanya, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada hakim Syarie

di tempat mereka bermastautin terlebih dahulu sebelum melangsungkan

perkahwinan. Seksyen 18 Akta 303 memperuntukkan sebagaimana berikut:

Page 65: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

65

“Seksyen 18. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syarie(1) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu—

(a) jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu

adalah di bawah umur yang dinyatakan dalam seksyen 8; ...

maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah

seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syarie yang

mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin.

(2) Hakim Syarie, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-

perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya

perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang

mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud seksyen 8, atau

kebenaran bagi maksud subseksyen 14(3), atau persetujuannya

terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oleh wali Raja bagi maksud

subseksyen perenggan 13(b), mengikut mana-mana yang berkenaan,

hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan

kepadanya dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan

kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang

ditetapkan.”.

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada penjelasan yang diberikan,

Kerajaan berpandangan bahawa tidak timbul percanggahan antara undang-

undang Syariah di negeri-negeri dengan resolusi Majlis Hak Asasi Manusia

mengenai isu kahwin paksa kerana undang-undang yang diguna pakai pada

masa ini adalah bertepatan dan selari dengan resolusi yang telah diputuskan

oleh Majlis Hak Asasi Manusia, Bangsa-Bangsa Bersatu, sebagaimana yang

dijelaskan dalam Perkara16 (2)Deklarasi Hak Asasi Manusia (UDHR) seperti

berikut:

“Marriage shall be entered into only with the free and full consent of the

intending spouses.”

Page 66: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

66

Disamping itu, sebagai sebahagian daripada Dunia Islam, Malaysia

menyokong “Kovenan Hak Kanak-kanak Islam” ( “Covenant on the Rights of

the Child in Islam”) yang diluluskan di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada

tahun 2004. Antara lain menyebut, Artikel 1: Untuk tujuan kovenan ini, kanak-

kanak bererti setiap manusia, yang menurut undang-undang yang sah ke atas

dirinya, belum mencapai umur baligh (atau matang). Kovenen ini turut tidak

meletakkan had umur antara dewasa dan kanak-kanak.

Undang-undang antarabangsa dan undang-undang hak asasi

antarabangsa juga mengiktiraf konsep kedaulatan negara di mana dalam

konteks Malaysia, Artikel 74(1) dan Artikel 76(1)(a) Perlembagaan

Persekutuan menetapkan bahawa suatu triti, persetujuan atau konvensyen

akan mempunyai ikatan undang-undang ke atas negara di peringkat

Persekutuan dan Negeri-negeri setelah menjalani proses perundangan.

Justeru, undang-undang yang terpakai di Malaysia ialah undang-undang

Malaysia sendiri.

Kesimpulannya, Islam sangat menjaga hak dan keadilan ummahnya

termasuk dalam urusan perkahwinan. Dalam perkahwinan bawah umur,

mengikut hukum syara’ sebenarnya tiada halangan bagi perempuan Islam

yang telah baligh untuk berkahwin sekiranya mendapat keizinan daripada

walinya. Walaupun pasangan telah mendapat kebenaran Mahkamah untuk

bernikah pada usia muda, pasangan tetap dikehendaki mengikuti Kursus

Praperkahwinan Islam sebagai maklumat asas kepada pasangan berkenaan

dalam pengurusan rumahtangga. Termasuk juga mematuhi prosedur yang lain

seperti melaksanakan ujian saringan HIV/AIDS serta prosedur-prosedur yang

lain. Selain itu, JAKIM juga melaksanakan Modul Kursus Pasca Perkahwinan

sebagai lanjutan kepada pasangan suami isteri.

Page 67: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

67

Tuan Yang di-Pertua,

Akhirnya mengenai isu berkaitan zakat dan baitulmal. YangBerhormat Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim bertanya dimanakah perananpusat zakat dan baitulmal bagi memperkasa dan membantu golonganwarga emas terbiar / tunggal /tanpa waris yang ditinggalkan bersendirian.Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, zakat hendaklah diagihkan

kepada lapan golongan asnaf iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, ar-riqab atau

hamba, al-gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil. Warga emas secara umumnya

tidak disebut sebagai salah satu asnaf. Namun sekiranya mereka termasuk

dalam salah satu golongan asnaf yang dinyatakan, mereka layak menerima

bantuan-bantuan zakat yang disediakan.

Bagi golongan warga emas yang tidak lagi produktif/tidak boleh berkerja

dan tiada perlindungan/bantuan ahli keluarga terdekat setelah memenuhi

syarat-syarat yang diperlukan sebagai penerima bantuan zakat, Majlis Agama

Islam Negeri (MAIN) memberikan pelbagai bantuan seperti bantuan sara

hidup, bantuan kewangan bulanan, bantuan perubatan, bantuan hemodialisis,

bantuan membaiki/membina rumah, dan juga bantuan modal perniagaan bagi

ibu tunggal yang masih boleh berkerja. Walau bagaimanapun semua bantuan

tersebut adalah tertakluk kepada prosedur dan syarat-syarat yang telah

ditentukan oleh MAIN.

Di Wilayah Persekutuan, terdapat 28 skim bantuan zakat di Majlis

Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang boleh dipohon oleh

golongan asnaf termasuk warga emas yang tergolong dalam mana-mana

kelompok asnaf. Sebagai contoh, kepada warga emas dan ibu tunggal yang

tergolong dalam golongan fakir dan miskin, MAIWP menyalurkan Bantuan

Kewangan Bulanan berjumlah antara RM200 hingga RM500 sebulan kepada

mereka. MAIWP juga menganjurkan kursus-kursus kemahiran seperti

masakan dan jahitan kepada asnaf khususnya wanita bertujuan membolehkan

Page 68: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

68

mereka memanfaatkannya untuk mencari pendapatan tambahan. Selain itu,

MAIWP turut menyediakan peluang kepada warga emas yang ingin mengikuti

pengajian agama secara intensif melalui Pusat Pengajian Warga Emas Dar

Assakinah.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-

ahli Yang Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan

mana-mana perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat

dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri,

khususnya oleh agensi-agensi yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

13 Disember 2013

Page 69: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

69

TEKS UCAPAN

MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH DIRAJAPADA 27 MAC 2014 DI DEWAN RAKYAT

YB MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B),MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

-------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah

membangkitkan isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam semasa perbahasan Titah

Diraja. Saya telah meneliti semua isu-isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan

Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta saranan Ahli-

ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua,

Pertamanya saya ingin memberi penjelasan mengenai isu-isu yang berkaitan

perundangan Islam. Yang Berhormat Lumut menyarankan supaya undang-undangIslam di laksanakan bagi mengurangkan jenayah. Dalamkesempatan ini, saya

ingin memberi penjelasan, sesungguhnya Kerajaan menyedari kesesuaian syariah

Islam untuk digunapakai dalam semua zaman, tempat dan keadaan. Secara asasnya,

kanun jenayah Syariah terbahagi kepada tiga iaitu hudud, qisas dan takzir. Ianya

bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam iaitu agama, nyawa, akal fikiran,

keturunan dan harta benda. Mengenai hudud, dari segi segi istilah, ditakrifkan

sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As Sunnah yang

wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda

sama ada dikurang atau ditambah. Jenis-jenis jenayah hududialahzina, qazaf,minum

arak, mencuri,merompak dan murtad.

Page 70: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

70

Dalam konteks ini, Kerajaan sentiasa dari semasa ke semasa berusaha

mengharmonikan undang-undang sedia ada supaya selaras dengan maqasid Syariah.

Undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini seperti Kanun Keseksaan

(Disemak-1997) [Akta 574], Akta Dadah Berbahaya 1952 (Disemak-1981) [Akta

234],dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] diwujudkan

bagi membantu Kerajaan dalam menjamin keamanan negara. Oleh yang demikian,

walaupun ia tidak dinamakan undang-undang Islam, ia boleh dikuatkuasakan ke

atas semua lapisan masyarakat dan diyakini mampu menangani masalah jenayah yang

berlaku sekaligus menjamin keamanan negara.

Di samping itu, berdasarkan Fasal (2) Perkara 74 dan Butiran 1, Senarai Negeri,

Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang Islam diletakkan di

bawah bidang kuasa negeri. Kuasa negeri, berkenaan dengan pewujudan dan

penghukuman kesalahan terhadap perintah agama Islam hanya terpakai bagi orang

yang menganut agama Islam sahaja dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang

Persekutuan.

Dalam hal ini, berdasarkan seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa

Jenayah) 1965 [Akta 355], bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah di negara ini

adalah terhad kepada hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun,

denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit dan sebatan yang tidak melebihi enam kali

atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut. Dalam perkembangan terkini,

Kerajaan telah selesai meneliti cadangan pindaan untuk meningkatkan had hukumanyang boleh dijatuhkan oleh mahkamah Syariah melalui pindaan kepada Akta 355

tersebut. Menerusi pindaan yang dicadangkan, had bidang kuasa Mahkamah Syariah

untuk menjatuhkan hukuman akan diperluaskan dan dipertingkatkan sesuai dengan

maqasid Syariah.

Kerajaan juga terus berusaha untuk memartabatkan pelaksanaan undang-

undang Islam ini dengan menaik taraf sistem kehakiman Syariah di negara ini.

Mahkamah Syariah akan dinaik taraf daripada tiga (3) peringkat mahkamah

Page 71: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

71

kepada lima (5) peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tengah

Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri dan Majlis

Rayuan Syariah. Kedudukan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah juga akan disemak

semula dan dinaik taraf.Komitmen Kerajaan dalam hal ini adalah jelas dan ia

memerlukan sokongan padu dari semua pihak bagi memastikan usaha ini dapat

dijayakan.

Yang Berhormat Marang pula menyarankan supaya Jadual 9,Perlembagaan Persekutuan dipinda kerana bidang kuasa yang terhad bagimembolehkan negeri-negeri melaksanakan Islam secara menyeluruh. Kedudukan

Islam sebagai agama bagi Persekutuan perlu dilihat dalam kerangka Perlembagaan

Persekutuan secara menyeluruh dan tidak hanya dilihat dalam ruang lingkup Perkara

3(1) semata-mata. Ini adalah kerana peruntukan tersebut diperkukuhkan dengan

kewujudan peruntukan-peruntukan lain yang menjamin kedudukan Islam, antara lain,

seperti Perkara 11(4), Perkara 12(2), Perkara 121(1A), Butiran 1 Senarai Negeri Jadual

Kesembilan dan ikrar Yang diPertuan Agong dalam Jadual Keempat Perlembagaan

Persekutuan.

Berdasarkan peruntukan-peruntukan itu, jelas bahawa pemakaian agama Islam

di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak terhad kepada amalan-amalan yangberbentuk keagamaan dan ritual semata-mata tetapi turut terpakai bagi perkara-

perkara yang melibatkan dasar dan undang-undang negara seperti pemerintahan,

perundangan, kehakiman, ekonomi, kebebasan asasi, pendidikan, moral dan

kekeluargaan. Dalam aspek perundangan, Kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa

berusaha mengharmonikan undang-undang sedia ada supaya selaras dengan maqasid

Syariah dan bersifat patuh Syariah (Syariah compliant) seperti yang saya jelaskan tadi.

Kesimpulannya, Kerajaan akan sentiasa berusaha dan mengambil langkah-

langkah yang positif sewajarnya bagi memastikan pentadbiran undang-undang

bertepatan dengan Syariat Islam.

Page 72: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

72

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Pasir Mas bertanya apakah reaksi Kerajaan/PerdanaMenteri terhadap Enakmen Jenayah Syariah II di negeri Kelantan bagimelaksanakan hukuman hudud di Kelantan. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat

sedia maklum, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam ialah

agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan

damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan

sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 37 Perlembagaan

Persekutuan untuk memeliharakan agama Islam pada setiap masa. Selaras dengan

perkara tersebut, menegakkan dan mempertahankan undang-undang Syariah yang

syumul adalah tanggungjawab setiap orang Islam di negara ini.

Dalam hal ini, orang Islam perlu bersepakat untuk melaksanakan undang-

undang hudud, di tambah lagi bila mana keadaan dan maslahah negara menuntut

kepada undang-undang tersebut. Penelitian perlu dibuat bagi penggubalan peruntukan

undang-undang hudud yang lengkap, komprehensif dan seragam antara negeri-negeri.

Sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan telah bersedia untuk melaksanakan hukum

hudud, pihak Kerajaan Persekutuan akan bersedia bersama-sama dan terpulang

kepada pihak Ahli Yang Berhormat untuk membawa Usul Persendirian bagi

membentang Rang Undang-Undang daripada ahli yang bukan ahli Kerajaan di Dewan

Yang Mulia ini. [ Dimana sebagaimana Ahli yang Berhormat sedia maklum, Ahli-ahli

yang Berhormat dari Barisan Nasional/UMNO telah memberi sokongan kepada

Enakmen Jenayah Syariah II di Dewan Undangan Negeri Kelantan.]

Berhubung tindakan terhadap pihak yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan mempersendakan agama Islam sebagaimana yang dibangkitkan olehYang Berhormat Masjid Tanah, Kerajaan sentiasa peka dan mengambil perhatian

terhadap mana-mana kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam

yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak. Walaupun Perkara 11(1) Perlembagaan

Page 73: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

73

Persekutuan memberikan kebebasan untuk semua orang menganuti dan mengamalkan

agamanya, namun hak tersebut masih tertakluk kepada Perkara 11(4) dan 11(5)

Perlembagaan Persekutuan. Justeru, semua pihak tidak sewajarnya mengeluarkan

pernyataan yang boleh menyinggung perasaan atau sensitiviti penganut ajaran mana-

mana agama di negara ini.

Mengenai isu orang bukan Islam menggunakan ayat-ayat al-Quran,

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah

membincangkan isu tersebut dalam Muzakarah Khas yang telah diadakan pada 3

Disember 2010 memutuskan seperti yang berikut :

“ Bahawa pada dasarnya bagi tujuan untuk mempelajari, memahami dan

mendekatkan diri kepada ajaran Islam atau bagi tujuan untuk menjadikannya

panduan hidup di dunia dan akhirat atau bagi tujuan dakwah, Islam tidak pernah

menghalang mana-mana pihak termasuk bukan Islam untuk membaca dan

mendalami teks-teks suci Islam termasuk al-Quran dan tafsirannya. Tetapi ia

hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas bagi tujuan tersebut dan bukan

untuk kepentingan dan tujuan tertentu/peribadi, apatah lagi jika ianya dilakukan

dengan kesalahan sama ada pembacaan atau huraiannya yang menyimpang

dari kehendak sebenar teks-teks tersebut kerana perbuatan seperti ini boleh

mencemarkan kesucian al-Quran dan Islam serta sekaligus menimbulkan

keraguan, keresahan dan fitnah kepada masyarakat.”

Di samping itu, ahli-ahli muzakarah sebulat suara berpendapat bahawa

berdasarkan situasi dan konteks semasa, tindakan pemimpin-pemimpin politik bukan

Islam menggunakan teks suci Islam termasuk al-Quran secara sewenang-wenangnya

dan tidak menepati maksud yang sebenar, boleh mendatangkan penghinaan

berterusan terhadap kesucian Islam khususnya al-Quran sekiranya dibiarkan.

Justeru, bersesuaian dengan kaedah Usul al-Fiqh Sadd az- Zarai’, Muzakarah

bersetuju bahawa perbuatan orang-orang bukan Islam membaca dan menghuraikan

Page 74: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

74

teks-teks al-Quran sewenang-wenangnya mengikut fahaman sendiri dengan tidak

menepati maksud yang sebenar di samping tidak terdapat unsur-unsur keikhlasan dan

kejujuran adalah merupakan suatu penghinaan terhadap kesucian al-Quran dan boleh

mendatangkan keraguan dan fitnah di dalam masyarakat. Oleh itu, ianya perlu

dihentikan dengan segera.

Yang Berhormat Batu dan Penampang membangkitkan isu penggunaankalimah ”Allah”. Dalam menangani dan menguruskan isu penggunaan kalimah

“Allah”, Kerajaan berpendirian bahawa bagi menjaga kerukunan dan keharmonian

antara agama, semua pihak wajar untuk menghormati sensitiviti beragama bagi

penganut agama berkenaan dengan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan.

Semua pihak dinasihatkan supaya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan

berkenaan dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sehinggalah Mahkamah

Persekutuan membuat keputusan. Sehubungan itu, saya tidak memanjangkan isu ini,

kerana ia boleh dianggap sebagai sub judice.

Tuan Yang di-Pertua,

Beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyentuh isu-isu berkaitan halal.Yang Berhormat Grik berharap JAKIM memperluaskan sijil halal kepada setiapbarangan kepenggunaan. Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) telah melaksanakan pensijilan halal bagi tujuh (7) skim/bidang utama iaitu:

i. produk makanan/ minuman/ makanan tambahan;

ii. premis makanan;

iii. barang gunaan;

iv. kosmetik dan dandanan diri;

v. rumah sembelih;

vi. logistik; dan

vii. farmaseutikal.

Page 75: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

75

Walau bagaimanapun, permohonan pensijilan halal di Malaysia bagi mana-

mana skim/bidang tersebut adalah bersifat sukarela.

Yang Berhormat Grik dan Yang Berhormat Sabak Bernam inginpenjelasan bagaimana JAKIM pantau sijil dan logo yang dikeluarkan bagimemastikan produk itu benar-benar halal. Untuk makluman Ahli-ahli Yang

Berhormat, pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) adalah secara berkala ke atas pemegang Sijil Pengesahan HalalMalaysiadan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh sah laku sijil

halal tersebut atau sekurang-kurangnya sekali setahun. Sekiranya pemegang sijil

halal tersebut didapati telah dengan sengaja tidak mematuhi piawaian pensijilan halal

yang ditetapkan, maka sijil halalnya boleh digantung/ ditarik balik oleh JAKIM.

Disamping itu, JAKIM juga memantau aduan yang dilaporkan oleh orang awam

bagi memastikan ianya tidak menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011, di bawah

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011.

Untuk tujuanpemantauan dan penguatkuasaan halal, seramai 160 pegawai JAKIM dan

JAIN telah dilantik sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan oleh Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Perlantikan ini

telah membolehkan pegawai-pegawai JAKIM dan JAIN tersebut bertindak dengan

kuasa yang sama dengan pegawai-pegawai KPDNKK , yang mana mereka boleh

menjalankan siasatan, membuat serbuan, sitaan, rampasan dan lain-lain kuasa di

bawah Akta berkenaan.

JAKIM juga turut melakukan operasi/penguatkuasaan bersama agensi-

agensi lain yang berkaitan sekiranya terdapat aduan yang memerlukan tindakanbersepadu diambil. Agensi-agensi yang terlibat ialah Bahagian Penguatkuasa,

Kementerian Perdagangangan Dalam Negeri, Kepunggunaan dan Koperasi (KPDNKK);

pihak berkuasa tempatan (PBT); Kementerian Kesihatan Malaysia; dan Jabatan

Perkhidmatan Veterinar.

Page 76: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

76

Selain itu. dalam usaha memperkasakan pemantauan halal di Malaysia, JAKIM

telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan aplikasi-aplikasi ditelefon pintar seperti Halal Square, myJakim dan Direktori Halal Malaysia bagi

tujuan mengesan dan memantau restoran/ premis/ produk yang menggunakan logo

halal Malaysia hendaklah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Yang Berhormat Padang Besar dan Sabak Bernam membangkitkanpemantauan kepada pusat penyembelihan dan juga mencadangkan supayaMajlis Agama Islam menyediakan pusat penyembelihan halal bagimengatasi keraguan dikalangan pengguna Islam. Untuk makluman Ahli-ahli

Yang Berhormat,JAKIM/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) merupakan agensi

yang berwibawa untuk mengeluarkan sijil halal di Malaysia bagi rumah sembelih

sama ada ianya di bawah milikan bumiputera atau bukan bumiputera. Walau

bagaimanapun, sebagaimana yang saya jelaskan tadi,JAKIM/JAIN hanya

berbidangkuasa untuk memantau pusat-pusat/premis sembelihan yang mempunyai

Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana premis yang menyalahi Akta

Perihal Dagangan 2011 di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) dan

(Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Bagi bukan pemegang Sijil Pengesahan

Halal Malaysia, premis-premis yang melakukan kesalahan berkaitan boleh dikenakan

tindakan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga Kementerian Kesihatan

Malaysia .

Berhubung penyediaan pusat sembelihan di Wilayah Persekutuan, Majlis

Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengkaji untuk mewujudkan pusat

sembelihan di Kuala Lumpur dengan kerjasama JAKIM, Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur (DBKL) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan (KPDNKK). Walau bagaimanapun perkara tersebut perlu diperincikan

terlebih dahulu agar ia benar-benar dapat memenuhi keperluan umat Islam

khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Page 77: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

77

Yang Berhormat Pasir Gudang membangkitkan isu vaksin yang diraguihalal. Untuk makluman Ahli Yang berhormat, Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia telah

membangunkan Standard Halal Malaysia untuk produk farmaseutikal yang dikenali

dengan MS2424:2012: Halal Pharmaceuticals-General Guidelines. Berdasarkan

standard berkenaan, JAKIM telah memulakan skim pensijilan halal bagi produk

farmaseutikal mulai 04 Oktober 2012. Permohonan berkaitan farmaseutikal yang

diberikan pensijilan halal sebelum pelancaran MS2424:2012 adalah diproses

menggunapakai MS1500:2009 di mana standard tersebut merangkumi makanan

tambahan dan produk herba tradisional.

Oleh yang demikian, semua produk farmaseutikal termasuk vaksin dari luar

negara perlu mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal

Kebangsaan (BPFK) terlebih dahulu sebelum dipasarkan di Malaysia. Ini bertujuan

bagi memastikan produk yang diimport adalah selamat, berkesan dan berkualiti.

Justeru, sekiranya produk-produk tersebut telah mendapat kelulusan daripada BPFK,

maka permohonan halal boleh dikemukakan kepada JAKIM/JAIN. Manakala, bagi

produk yang telah disahkan halal oleh Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang

Diiktiraf JAKIM, kelulusan BPFK perlu diperolehi terlebih dahulu dan logo halal badan

pensijilan tersebut boleh digunakan serta tidak perlu mendapat pengesahan halal

daripada negara Malaysia.

Ahli Yang Berhormat juga membangkitkan mengenai kesukaran pihakindustri kotej dan pengusaha di luar bandar mendapatkan sijil halal. Pensijilan

halal yang dilakukan oleh JAKIM/JAIN adalah menggunapakai Malaysia Standard

(MS1500:2009) dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPHHM) serta fatwa

kebangsaan sebagai rujukan utama selain undang-undang lain yang berkaitan. Justeru,

setiap pemohon pensijilan halal Malaysia hendaklah mematuhi piawaian pensijilan

seperti yang telah ditetapkan termasuklah bagi industri kotej (pengusaha berskala kecil

di kampung/di luar bandar). Walau bagaimanapun, JAKIM bersama agensi-agensi

pembimbing seperti Halal Development Corporation (HDC), FAMA, MARDI, RISDA,

Page 78: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

78

FELDA dan lain-lain agensi yang berkaitan telah bekerjasama bagi membantu

peguasaha industri kotej ini supaya dapat mematuhi piawaian pensijilan halal seperti

yang ditetapkan. Sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, Sijil Pengesahan

Halal Malaysia akan di beri dalam tempoh 30 hari berkerja dari tarikh pembayaran

dibuat dan tiada notis ketidakakuran dikeluarkan semasa audit pematuhan dijalankan

ke atas premis pemohon.

Yang Berhormat Sik pula minta Kerajaan mewajibkan restoranmendapatkan sijil dan logo halal. Sebagaimana saya jelaskan tadi, pada masa ini,

permohonan untuk mendapatkan sijil pengesahan halal adalah bersifat sukarela dan

tidak menjadi suatu kewajipan kepada para pengusaha industri. Namun begitu,

sebahagian besar pengusaha restoran telah memohon dan berjaya mendapat sijil

pengesahan halal daripada JAKIM/MAIN. Bagi restoran-restoran yang masih belum

mendapat pengesahan halal, adalah digalakkan agar segera memohon sijil dan logo

halal di premis-premis mereka bagi menjaga kepentingan para pengguna khususnya

pengguna Islam.

Walau bagaimanapun, Kerajaan sentiasa berusaha dan mengambil langkah-

langkah yang proaktif dalam mengawalselia dan memastikan pengusaha-pengusaha

restoran menepati piawaian serta standard yang telah ditetapkan. Dalam melaksanakan

usaha dan matlamat tersebut, JAKIM, dengan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan lain

seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

(KPDNKK), Kementerian Kesihatan, Jabatan Veterinar dan sebagainya telah berjaya

mencipta suatu sinergi kerjasama yang amat cemerlang. Di peringkat negeri pula,

JAKIM telah mendapat sokongan dan kepercayaan yang amat baik daripada

Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Hasil daripada kesepakatan kesemua pihak

tersebut, logo halal JAKIM telah mendapat kepercayaan yang amat tinggi di kalangan

pengusaha industri.

Tuan Yang di-Pertua,

Page 79: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

79

Seterusnya Yang Berhormat Sabak Bernam juga mencadangkan gredPegawai Tadbir Agama Daerah di naikkan dari Gred 48 kepada Gred 52. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah bersetuju untuk memperkasa peranan

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) melalui penaiktarafan struktur perjawatannya di

seluruh negara. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 1 Oktober 2013 telah

meluluskan dua (2) model perjawatan PAID iaitu:

Model A diketuai oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) Gred S48;

dan

Model B diketuai oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) Gred S44.

Memandangkan pelaksanaan Model Perjawatan PAID ini masih baru, JAKIM

berpandangan kajian semula gred jawatan Pegawai Tadbir Agama Daerah di PAID

daripada Gred S48 ke Gred S52 akan dilaksanakan setelah dinilai keberkesanan

pelaksanaan Model Perjawatan PAID sedia ada.

Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Bukit Gantang dan beberapaAhli Yang Berhormat yang lain, membangkitkan isu penggunaan bomoh dalamusaha mengesan MH370 dan minta pihak berwajib tidak membiarkannya. Untuk

makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak mengarahkan mana-mana pihak

untuk menggunakan bomoh dalam usaha mengesan MH370.Kerajaan juga menyelar

usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh yang melanggar batasan syarak

dalam usaha pencarian pesawat MH370, yang secara jelas adalah bertentangan

dengan Islam. [Juga ingin saya jelaskan mengenai isu ini dalam berita yang disiarkan

dalam akhbar Utusan Malaysia pada 12 Mac 2014, berita tersebut hendaklah dibaca

sepenuhnya sebelum membuat sebarang andaian kerana dengan jelas dinyatakan

pada perenggan kedua "mendoakan kebaikan kepada misi mencari dan menyelamat itu

amat diperlukan namun mestilah berlandaskan syarak yang ditetapkan olehIslam".]

Page 80: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

80

Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama dengan

pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri menjalankan pemantauan dan siasatan

yang berterusan berhubung perkara ini dan tindakan undang-undang boleh diambil

terhadap mana-mana pihak yang terlibat. Setakat ini, siasatan telah dijalankan oleh

Pihak Berkuasa Agama Negeri, iaitu Selangor dan Perak. Status siasatan adalah

seperti berikut:-

(i) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melaksanakan tindakan

penyiasatan di peringkat akhir. Penyiasatan dibuat mengikut peruntukan

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995; iaitu Seksyen 7 berkaitan

pemujaan dan amalan bertentangan dengan hukum syarak; dan

(ii) Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengeluarkan perintah hadir

kepada Ibrahim Mat Zin pada 16 April 2014 bagi tujuan rakaman

percakapan dan siasatan dibawah Seksyen 9, berkaitan ajaran atau

amalan salah, Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992 tetapi beliau gagal

hadir. Pada masa ini, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama sedang

berbincang dengan Ketua Pendakwa Syarie untuk mendapatkan Waran

Tangkap terhadapnya.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli

Yang Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-mana

perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil

tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri, khususnya agensi-agensi yang

berkaitan.

Sekian, terima kasih.

Teks Gulung Titah DR 1 -2014

Page 81: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

81

TEKS UCAPAN

MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH DIRAJAPADA 29 APRIL 2014 [SELASA] DI DEWAN NEGARA

Y.B. MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B),MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

-------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat Senator yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam

semasa perbahasan Titah Diraja. Saya telah meneliti semua isu-isu yang dibangkitkan.

Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, cadangan dan

saranan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua,

Pertamanya saya ingin memberi penjelasan berkaitan isu penyebaran Syiah

dinegara ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd

Rustam. Ahli Yang Berhormat minta supaya pihak berkuasa tidak memandangremeh terhadap ancaman ini dan apakah langkah-langkah membendungnya.Sesungguhnya Kerajaan memandang serius apa sahaja ancaman yang boleh

menjejaskan akidah umat Islam dan memecah belahkan perpaduan masyarakat dalam

negara ini. Justeru, apa sahaja ajaran yang didapati menyeleweng daripada akidah Ahli

Sunnah wal-Jamaah (ASWJ) disekat agar tidak menular dalam masyarakat.

Bagi membendung penyebaran ajaran Syiah ini, Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri iaitu Jabatan-

Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta agensi-agensi yang terbabit berterusan

menjalankan pelbagai langkah bersepadu dalam menanganinya. Antara langkah-

langkah yang diambil adalah seperti berikut:

Page 82: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

82

(i) menyebarluaskan penjelasan berkenaan ajaran Syiah kepada masyarakat

melalui pelbagai medium, iaitu media cetak, elektronik, media baharu dan

program-program bersemuka seperti ceramah, forum dan sebagainya.

Kandungan penjelasan tersebut termasuklah fatwa terhadap ajaran ini

yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

(ii) melaksanakan program pemantauan dan pengawalan bahan-bahan media

cetak, media elektronik dan media baharu berkaitan fahaman Syiah

melalui kerjasama pintar antara agensi penguatkuasa seperti Pihak

Berkuasa Agama Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian

Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia;

(iii) meningkatkan kerjasama strategik antara agensi agama dengan

kementerian-kementerian yang berkaitan dalam menangani fahaman

Syiah daripada berleluasa; dan

(iv) melaksanakan penguatkuasaan undang-undang melalui Pihak Berkuasa

Agama Negeri.

Ahli Yang Berhormat juga ingin penjelasan mengenai penilaian Kerajaanterhadap ancaman penyebaran fahaman Syiah dinegara ini. Berdasarkan

tindakan-tindakan bersepadu dan berterusan, penyebaran serta pengembangan

fahaman ini dapat dibendung. Dimana program-program Syiah serta cubaan-cubaan

untuk mengembangkan fahaman ini melalui pelbagai program dan tindakan mereka,

telah berjaya disekat oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, tidak dinafikan cabaran semasa dalam dunia tanpa sempadan

ini, membolehkan fahaman-fahaman ini tersebar dengan pantas. Kerjasama semua

Page 83: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

83

pihak termasuk masyarakat awam dalam membantu pihak berkuasa seperti

menyalurkan maklumat-maklumat kegiatan setempat amat dialu-alukan agar isu ini

dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya isu pelaksanaan hukuman hudud telah disentuh oleh ramai Ahli-ahli

Yang Berhormat. Antaranya Yang Berhormat Dato’ Jaspal Singh a/l GurbakhesSingh, Yang Berhomat Puan Hajah Khairiah binti Mohamad, Yang BerhormatTuan Chong Sin Woon, Yang Berhormat Dato’ Lim Nget Yoon, Yang BerhormatDato Dr. Johari bin Mat, Yang Berhormat Datuk Rahimah binti Haji Mahamad danYang Berhormat Tuan Baharudin bin Haji Abu Bakar. Kerajaan amat menghargai

keperhatinan, pandangan dan peringatan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap

cadangan pelaksanaan hukuman hudud di negara ini, khususnya yang di cadangkan

oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Dalamkesempatan ini, saya ingin memberi penjelasan, sesungguhnya Kerajaan

menyedari kesesuaian syariah Islam untuk digunapakai dalam semua zaman, tempat

dan keadaan. Secara asasnya, kanun jenayah Syariah terbahagi kepada tiga iaituhudud, qisas dan takzir. Ianya bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam

iaitu agama, nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta benda. Mengenai hudud, dari

segi segi istilah, ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-

Quran dan As Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar

hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. Jenis-jenis

jenayah hududialahzina, qazaf,minum arak, mencuri,merompak dan murtad. Kerajaan

akan sentiasa berusaha dan mengambil langkah-langkah yang positif sewajarnya bagi

memastikan pentadbiran undang-undang bertepatan dengan Syariat Islam.

Yang Berhormat Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh dan YangBerhormat Dato’ Lim Nget Yoon minta penjelasan mengenai pelaksananhukuman hudud yang akan mewujudkan dua sistem undang-undang dan adakah

Page 84: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

84

ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebagaimana Ahli-ahli

Yang Berhormat sedia maklum, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan

agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Perkara ini

diperkukuhkan lagi dengan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara

37 Perlembagaan Persekutuan untuk memeliharakan agama Islam pada setiap masa.

Selaras dengan perkara tersebut, menegakkan dan mempertahankan undang-

undang Syariah yang menyeluruh (syumul) adalah tanggungjawab setiap orang Islam di

negara ini tanpa mengira fahaman politik atau kepentingan peribadi. Dalam hal ini,

orang Islam perlu bersepakat untuk melaksanakan undang-undang hudud, di tambah

lagi bila mana keadaan dan maslahah negara menuntut kepada undang-undang

tersebut. Penelitian perlu dibuat bagi penggubalan peruntukan undang-undang hudud

yang lengkap, komprehensif dan seragam antara negeri-negeri.

Berdasarkan Fasal (2) Perkara 74 dan butiran 1, Senarai Negeri, Jadual

Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang Islam diletakkan di bawah

bidang kuasa Negeri. Kuasa Negeri berkenaan dengan pewujudan dan penghukuman

kesalahan terhadap perintah agama Islam hanya terpakai bagi orang yang menganut

agama Islam sahaja dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang Persekutuan.

Selanjutnya, berdasarkan seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa

Jenayah) 1965 [Akta 355], bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah di negara ini

adalah terhad kepada hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun,

denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit dan sebatan yang tidak melebihi enam kali

atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.

Oleh itu, bagi memastikan pelaksanaan undang-undang hudud ini tidakbertentangan dengan dengan PerlembagaanPersekutuan, peruntukan undang-

undang sedia ada perlu diteliti sebelum hasrat tersebut dapat dilaksanakan. Dalam

masa yang sama, Kerajaan-kerajaan negeri perlu memandang serius terhadap prinsip

Page 85: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

85

keadilan dan kesaksamaan dalam penghukuman. Pelaksanaan undang-undang hudud

memerlukan tahap pembuktian yang tinggi dan penuh ketelitian sebelum sesuatu

hukuman itu dijatuhkan. Sebarang keraguan yang wujud atau berjaya ditimbulkan akan

menyebabkan hukuman hudud itu tidak kenakan terhadap pesalah.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh juga mintaKerajaan menyelesaikan isu pertukaran agama seseorang minor seperti dalamkes S. Deepa.Kerajaan sentiasa memberi pertimbangan terhadap kebajikan dan

kemaslahatan kanak-kanak dalam yang melibatkan kes-kes pertukaran agama. Dalam

aspek hak penjagaan anak, kepentingan anak adalah mengatasi kepentingan pihak-

pihak yang lain. Menurut prinsip hadhanah Islam, ibu adalah yang paling berhak bagi

menjaga anak kecilnya sama ada masih dalam perkahwinan atau selepas perkahwinan

dibubarkan selagi tidak hilang kelayakan.

Bagi menyelesaikan masalah yang timbul apabila seorang daripada pasangan

suami isteri bukan Islam memeluk Agama Islam, Kerajaan sedang mencari mekanisma

terbaik dengan mengambil kira kedudukan kedua-dua mahkamah (Sivil dan Syariah)

dan penyelesaian terbaik melalui saluran undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua,

Isu Maqasid al-Syari’ah telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat To’ Puan

Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin. Beliau ingin penjelasan, sejauhmanakah Kerajaanmelaksanakan pendekatan dan konsep Maqasid al-Syari’ah masakini danperancangan masa hadapan. Suka saya jelaskan, bahawa Kerajaan menyedari dan

bertangungjawab akan keperluan mengurus tadbir negara berasaskan Maqasid al-

Syari‘ah. Malahan Kerajaan sentiasa memberi keutamaan dan mengambil perhatian

berat dalam melaksanakan pentadbiran negara supaya dapat direalisasikan selaras

dengan tuntutan Islam.

Page 86: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

86

Kerajaan juga terus berusaha dalam memastikan lima prinsip teras Maqasid al-

Syari‘ah sentiasa terpelihara dan terjamin. Lima prinsip teras ini ialah:

Pertama: Memelihara agama Islam dengan menjadikan nilai-nilai agama Islam

sebagai tunjang pentadbiran dan pembangunan negara. Pelbagai program,

institusi, agensi dan prasarana dirancang, disediakan dan dilaksanakan oleh

Kerajaan sejak dahulu hingga sekarang, dan seterusnya pada masa akan

datang. Pada masa yang sama, agama-agama lain tetap bebas dianuti dan

diamalkan di mana-mana bahagian negara Malaysia dalam keadaan aman dan

harmoni seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan

Persekutuan.

Kedua: Memelihara jiwa dengan menghormati hak-hak asasi manusia, tanpa

membezakan agama, kaum, etnik, golongan dan darjat dalam masyarakat.

Penguatkuasaan undang-undang seperti undang-undang keselamatan jalan raya

merupakan sebahagian daripada aplikasi Maqasid al-Syari‘ah dalam pentadbiran

negara bagi memastikan keselamatan nyawa para pengguna jalan raya sentiasa

berada pada tahap optimum.

Ketiga: Memelihara akal dengan memberi peluang pendidikan yang berkualiti

dan mencukupi bagi memartabatkan ilmu pengetahuan tanpa membezakan

antara ilmu agama dan ilmu dunia atau ilmu fardu ‘ain dan ilmu fardu kifayah.

Pandangan hukum di Peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berkaitan pengharaman

dadah dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan penyalahgunaan dadah

merupakan antara aplikasi Maqasid al-Syari‘ah bertujuan memelihara akal

manusia daripada kerosakan.

Keempat: Memelihara kehormatan dan keturunan dengan mempertahankan

bahawa dasar pembinaan keluarga pada sisi Islam adalah dimulai dengan akad

Page 87: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

87

nikah yang rasmi kerana institusi keluarga sebagai tunjang pembangunan sosial,

di samping berpegang teguh kepada nilai-nilai murni kemasyarakatan yang

berteraskan akhlak mulia. Kerajaan juga sentiasa bertegas terhadap golongan

yang mendokong ideologi liberalisme termasuk golongan yang menghalalkan

pergaulan bebas dan perkahwinan sesama jenis seperti lelaki dengan lelaki

(homoseksual) dan wanita sesama wanita (lesbian) atas dasar hak individu

kerana jelas ia berlawanan dengan sunnatullah dan merosakkan keturunan.

Kelima: Memelihara harta dengan memperkasakan ekonomi ummah melalui

peningkatan kemahiran, keterampilan dan peluang pekerjaan. Kerajaan tegas

dan komited dalam memerangi secara berkesan perkara-perkara yang boleh

menghalang perkembangan ekonomi seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa,

pengurusan yang tidak cekap dan mengelak pembaziran.

Disamping itu, antaralangkah-langkah dan pendekatan yang diambil oleh

Kerajaan menerusi perancangan dan pelaksanaan program secara berterusan dan

berperingkat, ialah:

i. penganjuran Wacana Pakar Maqasid al-Syari‘ah Dalam Istinbat Hukum yang

dilaksanakan kepada para pegawai penyelidik. Ia bertujuan menjelaskan prinsip-

prinsip teras dalam Maqasid al-Syari‘ah dan memahami aplikasi prinsip Maqasid

al-Syari‘ah sebagai satu kaedah dalam istinbat hukum;

ii. penganjuran wacana pakar ini akan diperluaskan kepada masyarakat awam

keseluruhannya untuk memberi kefahaman dan penjelasan secara menyeluruh

berhubung pendekatan dan aplikasi Maqasid al-Syari‘ah dalam urus tadbir

negara supaya ia dapat difahami dan diterima dengan baik; dan

iii. penjelasan berhubung aplikasi prinsip Maqasid al-Syari‘ah juga akan diadakan

secara berterusan menerusi media elektronik dan media cetak.

Page 88: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

88

Tegasnya, Kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensi telah berusaha

mengambil langkah memenuhi tuntutan Maqasid al-Syari‘ah ini melalui perancangan

dan pelaksanaan pentadbiran negara pada semua peringkat. Usaha-usaha dan

langkah-langkah tersebut, sama ada atas jenama “Islam”, ataupun yang tidak

dijenamakan dengan nama “Islam” tetapi selari dengan prinsip-prinsip “membawa

kepada kebaikan dan menjauhi keburukan” adalah sebenarnya untuk mencapai

Maqasid al-Syari‘ah yang menjadi prinsip dan dasar Kerajaan.

Berhubung persoalan bagaimanakah Kerajaan mendepani pelbagai cabaranpelaksanaan Maqasid al- Syariah dalam tuntutan hak kebebasan, dimaklumkan

bahawa tuntutan hak kebebasan beragama dan lesbian, gay, biseksual dan

transgender (LGBT) telah diurus berasaskan prinsip yang dinyatakan di atas. Begitu

juga dengan tuntutan pindaan bagi kesalahan jenayah Syariah semuanya perlu

diuruskan atas terma dapat memberi jaminan 5 prinsip tersebut, yang sememangnya

di pandu oleh Maqasid al-Syariah dan Perlembagaan Persekutuan. Perancangan

untuk memberi penjelasan mengenainya dipergiat supaya semua rakyat negara ini

hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni.

Ahli Yang Berhormat juga bertanya bagaimanakah konsep wasatiyyahdisampaikan ke peringkat individu, keluarga dan masyarakat. Dalam hal ini, bagi

tujuan menggalakkan amalan kesederhanaan dan keseimbangan dalam aktiviti harian,

maka siri kempen akan diadakan dengan kerjasama beberapa kementerian dan

jabatan kerajaan seperti Kementerian Pendidikan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia dan lain-lain lagi. Program seperti kursus dan lawatan juga akan dijalankan

di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan kepada masyarakat bagi

menggalakkan penghayatan amalan kesederhanaan dan keseimbangan dalam amalan

kehidupan seharian.

Tuan Yang di-Pertua,

Page 89: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

89

Yang Berhaormat To’ Puan Hajah Zaitun binti Mat Amin jugamencadangkan supaya dibuat kajian menyeluruh perjawatan dan struktur gajipegawai dan kakitangan JAKIM, MAIN dan JAIN. Kerajaan mengalu-alukan

cadangan daripada Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

JAKIM sedang melaksanakan kajian penambahbaikan skim Perkhidmatan Hal Ehwal

Islam. Melalui kajian ini, penambahbaikan Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam dapat

dilaksanakan termasuk penetapan klasifikasi skim perkhidmatan yang berbeza dan gaji

permulaan yang lebih tinggi. Kajian ini akan dikemukakan kepada Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) apabila selesai. (sebelum 30 April 2014). Kerajaan

sangat mengalu-alukan supaya hasil daripada kajian ini boleh dijadikan model bagi

kegunaan negeri yang berminat kelak.

Berhubung dengan jawatan Pegawai Tadbir Agama Daerah, Kerajaan

memberi perhatian yang serius terhadap cabaran yang dihadapi oleh semua Pegawai

Kerajaan yang bertugas di Daerah termasuk Pegawai Agama Daerah. Walau

bagaimanapun, gred Pegawai Agama Daerah yang telah dinaik taraf adalah setara

dengan skop, beban dan kompleksiti tugas Pegawai Agama berdasarkan kajian dan

semakan yang telah dilaksanakan.

Sehubungan itu, bermula 1 Oktober 2013, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

telah meluluskan dua bentuk model perjawatan seperti berikut:

a. Model A : diketuai oleh Pegawai Tadbir Agama Gred S48; dan

b. Model B : diketuai oleh Pegawai Tadbir Agama Gred S44.

Memandangkan pelaksanaan struktur perjawatan Pejabat Tadbir Agama Daerah ini

masih baru, maka penambahbaikan kepada struktur akan dipertimbangkan setelah

kajian keberkesanan stuktur sedia ada dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua,

Page 90: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

90

Yang Berhormat Dr. Ariffin SM Omar dan Yang Berhormat Tuan ChandraMohan a/l S. Thambirajah membangkitkan isu penggunaan bomoh dalam usahamengesan MH370 yang menjejaskan imej negara. Untuk makluman Ahli-ahli Yang

Berhormat, Kerajaan tidak mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan bomoh

dalam usaha mengesan MH370. Kerajaan juga menyelar usaha pihak-pihak yang

mendapatkan khidmat bomoh yang melanggar batasan syarak dalam usaha pencarian

pesawat MH370, yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam.

[Juga ingin saya jelaskan mengenai isu ini dalam berita yang disiarkan dalam

akhbar Utusan Malaysia pada 12 Mac 2014, berita tersebut hendaklah dibaca

sepenuhnya sebelum membuat sebarang andaian kerana dengan jelas dinyatakan

pada perenggan kedua "mendoakan kebaikan kepada misi mencari dan menyelamat itu

amat diperlukan namun mestilah berlandaskan syarak yang ditetapkan olehIslam".]

Kerajaan melalui JAKIM bersama dengan pihak berkuasa Jabatan Agama

Islam Negeri menjalankan pemantauan dan siasatan yang berterusan berhubung

perkara ini dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak

yang terlibat. Setakat ini, siasatan telah dijalankan oleh Pihak Berkuasa Agama

Negeri, iaitu Selangor dan Perak. Status siasatan adalah seperti berikut:-

(iii) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melaksanakan tindakan

penyiasatan di peringkat akhir. Penyiasatan dibuat mengikut peruntukan

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995; iaitu Seksyen 7 berkaitan

pemujaan dan amalan bertentangan dengan hukum syarak; dan

(iv) Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengeluarkan perintah hadir

kepada Ibrahim Mat Zin pada 16 April 2014 bagi tujuan rakaman

percakapan dan siasatan dibawah Seksyen 9, berkaitan ajaran atau

amalan salah, Enakmen Jenayah (Syariah) Perak 1992 tetapi beliau gagal

Page 91: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

91

hadir. Pada masa ini, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama sedang

berbincang dengan Ketua Pendakwa Syarie untuk mendapatkan Waran

Tangkap terhadapnya.

Tuan Yang di- Pertua,

Seterusnya Yang Berhormat Dr. Ariffin bin S.M. Omar telah mempersoalkan

penangkapan pengikut kelompok Jemaah Ahmadiah yang telah difatwakanbukan Islam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, asas tangkapan adalah merujuk

kepada status agama dalam kad pengenalan diri yang dikeluarkan oleh Jabatan

Pendaftaran Negara, di mana status agama mereka yang tertera adalah Islam. Oleh

itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Mahkamah Syariah mempunyai bidang

kuasa terhadap mereka.

Ahli Yang Berhormat juga mempersoalkan mengapa Kassim Ahmadditangkap dan menyarankan pegawai agama bersikap terbuka. Untuk makluman

Ahli Yang Berhormat, tindakan yang diambil oleh Pegawai Penguatkuasa Agama

Islam (PPA) dan Pendakwa Syarie (PS) Wilayah Persekutuan terhadap Kassim Ahmad

adalah berdasarkan peruntukan Undang-undang Syariah yang sedang berkuatkuasa di

Wilayah persekutuan. Pegawai Penguatkuasa Agama Islam (PPA) telah menerima

maklumat bahawa Kassim Ahmad telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yangbertentangan dengan akidah umat islam dan boleh dikatogerikan sebagaimenghina Agama Islam di dalam satu seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu

Penilaian bertarikh 15-16 Febuari 2014 bertempat di Yayasan Pimpinan Perdana,

Putrajaya.

Berdasarkan maklumat tersebut, siasatan telah dijalankan oleh Pegawai

Penguatkuasa Agama Islam (PPA) di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan )1997 (Akta 559) iaitu peruntukan seksyen 7- menghina

atau menyebabkan dipandang hina; dan seksyen 9 -menghina atau mengingkari pihak

Page 92: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

92

berkuasa agama.

Berhubung proses tahanan/tangkapan dan siasatan yang dikatakan olehAhli Yang Berhormat sebagai di luar batasan perikemanusiaan, suka saya

membuat penjelasan di Dewan Yang Mulia ini, bahawa beliau telah tiba di Jabatan

Agama Islam (JAWI) jam 1.50 pagi dari LCCT Sepang akibat kelewatan atau

penerbangan yang tertunda. Beliau telah disoal siasat dalam tempoh tidak melebihi

sejam dan kemudiannya telah dibawa ke rumah penginapan yang selesa di Kuarters

Jalan Duta untuk berehat dan di bawah jagaan Pegawai Penguatkuasa Agama Islam

KL. . ..

Malahan sewaktu ditahan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Islam Kulim, budi

bicara telah digunakan dengan membawa beliau menaiki kapal terbang dari Lapangan

Terbang Bayan Lepas ke LCCT Sepang memandangkan kesihatan beliau tidak

mengizinkan beliau menaiki kereta untuk jarak jauh. Beliau telah dilayan dengan baik

dan tiada apa-apa kekasaran berlaku sepanjang beliau ditahan dan disoal siasat.

Berdasarkan Bukti-bukti dan keterangan saksi-saksi diperolehi semasa siasatan

dijalankan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Islam maka tindakan pendakwaan oleh

pihak pendakwaan Syarie Wilayah Persekutuan ke atas Kassim Ahmad telah

dijalankan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya di bawah

seksyen 7 dan seksyen 9 Akta 559. Kes terhadap Kassim Ahmad ini telah disebut kali

pertama pada 27 Mac 2014 dan kali kedua pada 7 April 2014 dan ditangguh untuk

perbicaraan pada 6 dan 7 Mei 2014. Memandangkan kes ini sedang dibicarakan di

Mahkamah, saya tidak berhasrat untuk menghuraikan lebih lanjut di Dewan Yang

Mulia ini.

Selain itu, juga perlu dijelaskan bahawa di Wilayah Persekutuan, fatwa

mengenai anti hadith telah diwartakan pada 8 Februari 1996. Oleh itu, tidak timbul isusamada pandangan yang berbeza merupakan suatu kesalahan jenayah (criminaloffence)kerana umat Islam di negara ini adalah terikat kepada fatwa yang telah

Page 93: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

93

diwartakan. Sebarang tindakan yang bertentangan dengan fatwa tersebut merupakan

satu kesalahan jenayah syariah (offences relating to precept of Islam) yang boleh

dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat mencadangkan supaya dilihatsemula hujah kelahiran yang berusia kurang 6 bulan 2 lahzah sebagai anak taksah taraf. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Seksyen 2 Akta Undang-Undang

Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] mentakrifkan “tak sah

taraf” ertinya berhubung dengan seseorang anak, dilahirkan di luar nikah dan bukan

anak dari persetubuhan syubhah. Perincian mengenai nafkah anak tak sah taraf

dinyatakan dalam seksyen 80 dan 85 dalam Akta yang sama.

Selain itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah

membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah telah memutuskan seperti

berikut:

a. Anak Tak Sah Taraf ialah:

(i) Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia

bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak

perhambaan.

(ii) Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim

Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).

b. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan

kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak

Page 94: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

94

tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi

mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Dalam hal ini, Islam tidak pernah meminggirkan kedudukan anak tak sah taraf

tetapi haknya tertakluk kepada had yang telah ditetapkan oleh undang-undang Islam.

Matlamat perundangan Islam menitikberatkan perkara berkaitan agama, nyawa, akal,

keturunan, harta benda dan maruah. Justeru, dalam menjaga keturunan atau nasab

seseorang itu, anak luar nikah itu tidak boleh dinasabkan seperti anak yang lahir

daripada pernikahan sah. Walaupun ada cadangan supaya anak luar nikah dibinkan

kepada pelaku lelaki sebagai bapa biologi, ia tidak akan menyelesaikan semua masalah

berbangkit malah mungkin memberi kesan lebih buruk terutama dari sudut hukum

Syarak.

Jika perkara ini dibenarkan maka banyak implikasi akan berlaku membabitkan soal

pewarisan, keturunan dan sebagainya.

Ahli Yang Berhormat juga bertanya mengapa kurikulum Azhari di Sekolah-sekolah Arab di ganti dengan kurikulum baru. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, pelaksanaan kurikulum Azhari adalah diperingkat Sekolah Menengah

Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah

Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Bagi kurikulum azhari yang dilaksanakan

diperingkat SABK, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju untuk

menjadikan kurikulum bersepadu Dini dan kurikulum bersepadu Tahfiz sebagai

kurikulum kebangsaan.

Tujuan penggubalan kurikulum ini adalah untuk penyelarasan dari segi subjek,

masa pengajaran serta kandungan kurikulum yang sama untuk semua SABK.

Kurikukulum bersepadu dini dan kurikulum bersepadu tahfiz akan dilaksanakan di

SABK bermula dengan Tingkatan 1 tahun 2015. Pihak Kementerian Pendidikan

Maklaysia (KPM) akan menyediakan bekalan buku teks dan penjawatan guru yang

sesuai untuk perlaksanaan kurikulum tersebut di SABK.

Page 95: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

95

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Puan Norliza binti Abdul Rahim minta pandangan JAKIMmengenai bacaan doa agama lain selepas dibacakan doa agama Islam dalamsatu majlis. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, bahawa doa adalah

termasuk dalam perkara ibadat. Perbuatan mencampuradukkan doa adalah samadengan maksud mengiktiraf ‘ibadat’ agama mereka. Perbuatan tersebut dilarangkeras menurut Syariat Islam, kecuali mereka melakukannya tanpa sebarang arahan

atau cadangan daripada umat Islam. Jika mereka memohon (berdoa) melalui agama

mereka secara sendiri tanpa ada jemputan atau permintaan daripada orang Islam,

maka ianya tidak menjadi masalah dan tidak berkaitan dengan orang Islam.

Berhubung fungsi Mufti sebagaimana dibangkitkan oleh Ahli Yangberhormat, fungsinya adalah memberi nasihat dalam semua perkara yang berkaitan

dengan Hukum Syarakdan merupakanpihak berkuasa utama dalam hal yang

berkenaan selepas Ketua Agama Negeri. Jika dirujuk kepada Enakmen Pentadbiran

Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, Seksyen 45 menyatakan Fungsi Mufti seperti

berikut:

“Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan

dengan semua perkara Hukum Syarak, dan dalam semua perkara sedemikian

hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Pulau Pinang selepas

Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen

ini”.

Oleh itu, sekiranya ada perkara-perkara yang berkaitan dengan Hukum Syarak,

semua pihak (termasuk Kerajaan Negeri) adalah dinasihatkan supaya merujuk dan

mendapatkan nasihat daripada Mufti yang mempunyai autoriti dalam bidang berkenaan.

Berhubung dengan doa dalam khutbah Jumaat sebagaimana yang

dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, Islam menggalakkan doa untuk kebaikan

umatnya.

Page 96: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

96

Mengenai wujudnya lambang parti di masjid, Kerajaan memandang serius

tentang wujudnya penyalahgunaan masjid bagi tujuan politik kepartian. Berdasarkan

kepada wujudnya lambang-lambang parti di dalam masjid, haruslah dihindarkan demi

menjaga kesucian masjid. Namun, berdasarkan kepada bidang kuasa Agama yang

terletak di bawah negeri masing-masing, maka pihak kerajaan negeri boleh mengambil

tindakan bagi mengelak masjid di jadikan tempat politik kepartian.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Puan Bathmavathi Krisnnan pula menyarankankemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) di masjid/surau ditingkatkan. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, masjid-masjid di Persekutuan khususnya masjid

utama di bawah JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan

Zainal Abidin di Putrajaya mempunyai kemudahan kepada OKU dalam aspek berikut:

i. penyediaan tempat parking;

ii. laluan keluar masuk untuk OKU ke tempat solat;

iii. penyediaan kerusi roda;

iv. tandas khas OKU; dan

v. tempat wuduk yang boleh dilalui dengan mudah dan tempat pemegang khas

untuk OKU.

Selaras dengan saranan Ahli Yang Berhormat, dimaklumkan juga bahawa

dalam pembinaan masjid/surau, Jabatan Kerja Raya mempunyai skop kerja yang

boleh dijadikan rujukan dalam pembangunan rumah ibadat berkenaan khususnya

kemudahan bagi OKU seperti tempat wuduk dan tandas. Pada masa akan datang,

pembangunan masjid/surau oleh pihak pihak berkuasa tempatan (PBT), perbadanan,

pemaju dan lain-lain hendaklah merujuk kepada Jabatan Kerja Raya dan mengambil

kira prasarana tersebut dalam perancangan sesuatu bangunan bagi menjadikan masjid

sebagai mesra OKU.

Page 97: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

97

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya beralih kepada isu berkaitan wakaf. Yang Berhormat To’ PuanHajah Zaitun binti Haji Mat Amin membangkitkan beberapa perkara berkaitan wakaf

dan penjelasannya adalah sepeti berikut:

1. Apakah langkah Kerajaan bagi mengumpulkan wang wakaf seperti wangtunai dan sejauhmanakah peranan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).

Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang ditubuhkan pada bulan Julai 2008

telah mewujudkan skim wakaf tunai yang dijenamakan sebagai Wakaf

Tunai Malaysia. Dalam usaha memperkenalkan Wakaf Tunai Malaysia,

YWM telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi memupuk kesedaran

masyarakat tentang potensi amalan berwakaf, antaranya menyertai

pameran, mengadakan taklimat dan melaksanakan program promosi di

media elektronik serta cetak.

Bagi tujuan kutipan Wakaf Tunai Malaysia pula, YWM telah

membangunkan sistem Wakaf Tunai Malaysia di mana penyertaan

Wakaf Tunai Malaysia boleh dilakukan secara atas talian (online)

menggunakan FPX dan MIGS gateway. Kewujudan sistem ini sekaligus

dapat memberi kemudahan kepada pengguna untuk melaksanakan

ibadah wakaf. Selain itu, pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah

meluluskan kod potongan gaji Wakaf Tunai Malaysia bagi memudahkan

kakitangan awam peringkat Persekutuan untuk berwakaf secara

berkala (bulanan).

Pada masa kini, dana wakaf yang telah dikutip melalui Wakaf Tunai Malaysia

masih belum di tahap yang memuaskan untuk membiayai projek-projek yang

memberi impak kepada masyarakat.

Page 98: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

98

YWM juga sedang memuktamadkan Laporan Akhir Kajian Pelan Induk

Transformasi Pembangunan Hartanah Wakaf di Malaysia di mana hasil kajian ini

kelak akan dijadikan sebagai rujukan utama pihak Majlis-majlis Agama Islam

Negeri, JAWHAR dan YWM dalam merencanakan pembangunan hartanah

wakaf yang lestari.

2. Apakah nilai harta wakaf sedia ada masa kini dan langkah Kerajaan bagimemanfaatkan harta ini untuk kepentingan ummah.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Majlis Agama Islam

Negeri-negeri (MAIN), keluasan tanah wakaf di seluruh Malaysia adalah

berjumlah 11,091.82 hektar. Sebagai usaha bagi memanfaatkan harta

ini demi kepentingan ummah, Kerajaan Persekutuan telah

memperuntukkan satu dana khas berjumlah RM256.4 juta di bawah

RMKe-9 dan RM167.040 juta RMKe-10 bagi melaksanakan program

Pembangunan Hartanah Wakaf di atas tanah-tanah wakaf strategik yang

kebanyakannya masih belum dibangunkan lagi oleh MAIN akibat

kekurangan dana. Hasil daripada peruntukan ini, beberapa projek

pembangunan seperti kompleks pendidikan, premis kediaman, hotel,

rumah kedai, pusat hemodialisis, pusat perlindungan wanita dan pusat

saudara baru telah dan sedang dilaksanakan di atas tanah-tanah wakaf

milik MAIN tersebut. Pembangunan yang dilaksanakan turut menjana

pulangan kepada MAIN dalam bentuk dana wakaf.

3. Cadangan supaya menjadikan wakaf sebagai sumber untuk pendidikanpengajian tinggi.

Projek-projek pembangunan hartanah wakaf yang dijalankan telah

menjana pulangan hasil dana wakaf yang boleh dimanfaatkan bagi

pelbagai tujuan kemaslahatan ummah termasuklah pendidikan. Walau

Page 99: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

99

bagaimanapun, dana wakaf yang ada pada ketika ini masih belum

mencukupi untuk digunakan bagi tujuan khusus seperti dana pendidikan

pelajar-pelajar di universiti.

4. Saranan agar semangat wakaf dapat diterjemahkan dalam kehidupan umatIslam.

Secara keseluruhannya, usaha bagi meningkatkan kesedaran berwakaf

di kalangan umat Islam negara ini sedang giat dijalankan bagi

mengumpulkan dana yang lebih besar untuk pembangunan wakaf

secara intensif.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya Yang Berhormat Puan Hajah Rohani binti Abdullah minta

penjelasan jumlah agihan zakat bagi Wilayah Persekutuan tahun 2012 dan 2013.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, agihan zakat di Wilayah Persekutuan pada

tahun 2012 adalah sebanyak RM401.2 juta dan pada tahun 2013 sebanyak RM435.44

juta. Agihan terbanyak adalah kepada asnaf fisabilillah, diikuti fakir dan miskin..

Sebahagian kecil dari agihan tersebut adalah perbelanjaan mengurus yang berkaitandengan urusan asnaf termasuk elaun tambahan imam, guru takmir dan guruKAFA serta elaun guru KAFA, Sekolah Menegah Agama, Sekeolah RendahAgama dan kakitangan kontrak. Manakala bagi tujuan perbelajaan mengurusuntuk emolumen kakitangan tetap dan pentadbiran am adalah di peruntukkan dalam

bajet tahunan Kerajaan sebanyak RM14 juta setiap tahun.

Mengenai agihan zakatkepada saudara baru, agihan ini dibuat selari dengan

tuntutan Islam bertujuan mengukuhkan lagi pegangan mereka kepada agama Islam dan

sebagai motivasi serta dorongan kepada mereka yang sebahagiannya menghadapi

cabaran dan kesulitan setelah memeluk agama Islam. Di Wilayah Persekutuan, agihan

kepada saudara baru (muallaf) dibuat melalui skim-skim bantuan zakat yang disediakan

Page 100: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

100

oleh MAIWP. Selain itu, MAIWP turut menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Agama

Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi pemberian insentif kepada mereka yang

memeluk agama Islam. Peruntukan tersebut juga disalurkan bagi mengadakan kelas-

kelas fardhu Ain kepada saudara baru. Ia dilaksanakan bertujuan memantapkan aqidah

mereka selain mendekatkan mereka kepada agama Islam. MAIWP kini juga sedang

membangunkan Kompleks Darul Hidayah di Jalan Sentul, Kuala Lumpur bagi

menempatkan saudara-saudara baru dan memberikan kelas-kelas pengajian kepada

mereka.

Ahli Yang Berhormat juga bertanya sejauhmanakah kutipan zakat membantufakir miskin dan asnaf untuk berdikari. Pengagihan zakat di Wilayah Persekutuan

secara umumnya dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu secara langsung dan secara

tidak langsung. Melalui agihan secara langsung, golongan asnaf akan menerima

bantuan-bantuan menerusi skim-skim bantuan yang merangkumi aspek keperluan

asasi, pendidikan, keusahawanan, kebajikan dan dakwah. Sehingga kini, terdapat 28

skim bantuan yang disediakan oleh MAIWP iaitu:

1. Bantuan Kewangan Bulanan

2. Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan

3. Bantuan Membina / Membaiki Rumah / Deposit Rumah

4. Bantuan Perubatan

5. Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)

6. Bantuan Perniagaan

7. Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi

8. Bantuan Deposit Van/ Bas Sekolah

9. Bantuan Pertanian

10. Bantuan Am Persekolahan

11. Bantuan Am Pelajaran IPT

12. Bantuan Peralatan dan Kecemasan Persekolahan

13. Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam dan Luar Negara

14. Bantuan Persediaan IPT

Page 101: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

101

15. Bantuan Tuisyen

16. Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)

17. Bantuan Pelajar IPB

18. Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran

19. Bantuan Musibah

20. Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan (NGO) & Institusi Pendidikan

21. Bantuan Perkahwinan

22. Bantuan Deposit Membeli Motosikal OKU

23. Bantuan Guaman Syarie

24. Bantuan Ibnu Sabil

25. Bantuan Ramadhan

26. Bantuan Kecemasan

27. Bantuan Takaful Asnaf

28. Bantuan Ar-Riqab

Bantuan-bantuan tersebut telah dapat membantu asnaf mengembang dan

mengukuhkan perniagaan mereka serta seterusnya membolehkan mereka menjana

tambahan pendapatan dan keuntungan. Dengan demikian, dapat memperbaiki taraf

kehidupan mereka serta mampu berdikari dan ada pula yang menjadi pembayar

zakat.

Agihan secara tidak langsung pula dilaksanakan MAIWP melalui penubuhan

dan pembangunan infrastruktur dan prasarana yang boleh dimanfaatkan untuk jangka

masa panjang. Antaranya dalam bidang pendidikan, MAIWP telah membangunkan

Institut Kemahiran Baitulmal, Institut Profesional Baitulmal, Sekolah Menengah Agama

MAIWP, Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz SMISTA) dan Kolej Antarabangsa

Sains Perubatan PUSRAWI.

Disamping itu, dalam aspek perlindungan dan kebajikan, wang zakat telah

digunakan untuk membangunkan beberapa kompleks seperti Darul Kifayah untuk anak-

anak yatim termasuk anak-anak asnaf fakir & miskin dan Dar Assaadah untuk wanita

Page 102: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

102

yang terjebak dalam gejala sosial. Penubuhan kemudahan-kemudahan ini telah

mendatangkan manfaat dan memberi kemudahan yang besar kepada rakyat khususnya

umat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Ahli Yang Berhormat juga ingin mendapat penjelasan adakah Kerajaanbercadang melaksanakan penswastaan kutipan/agihan zakat bagi negeri-negeriyang belum laksanakannya dan masih ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri.Sebagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, mengikut Butiran 1, Senarai 2,

Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, hal ehwal agama Islam termasuklah

kutipan dan agihan zakat adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang

dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing. Sehubungan itu,

pelaksanaan pengurusan zakat secara profesional adalah tertakluk kepada MAIN

masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua,

Akhirnya, Yang Berhormat Tuan Baharudin bin Abu Bakar mintapenjelasan mengapa Lembaga Tabung Haji (TH) membuat pelaburan /pembelianbangunan di London dan tidakkah bertentangan dengan asas penubuhannya.Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penubuhan TH dikuatkuasakan di bawah

Akta 8 Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dan Akta A168 Akta Lembaga

Urusan dan Tabung Haji (Pindaan) 1973. Seterusnya akta tersebut dipinda dan diganti

dengan Akta 535, Akta Tabung Haji 1995 yang telah memansuhkan akta terdahulu.

Fungsi-fungsi Lembaga Tabung Haji(TH) adalah seperti yang termaktub di Bahagian II,

Perkara 4(1) iaitu mentadbirkan Kumpulan Wang,mentadbirkan segala perkarayang berkenaan dengan kebajikan jemaah haji dan untuk merumuskan dasaryang berkaitan dengannya dan melakukan apa-apa urusan lain yang dikehendakiatau dibenarkan dilakukan di bawah Akta ini.

Peruntukan di bawah Seksyen16 (2b), Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), THadalah dibenarkan untuk menggunakan simpanan pendeposit untuk tujuan

Page 103: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

103

pelaburan. Sehubungan itu, TH mengambil inisiatif melabur di luar negara bertujuan

untuk menjana pendapatan pelaburan yang lebih tinggi, stabil dan berterusan di

samping mengagihkan risiko pelaburan agar portfolionya tidak terhad di dalam negara

sahaja.

Pelaburan dalam pembelian hartanah di London adalah amat terkenal

dikalangan para pelabur memandangkan pelaburan tersebut berdaya maju, hartanah

tersebut mempunyai permintaan tinggi daripada pelabur, profil penghunian yang baik,

kadar sewaan dan pajakan yang menarik serta bangunan-bangunan berkualiti tinggi.

Kini TH telah memiliki 2 bangunan di London dengan purata pulangan bersih sebanyak

6.1%. Pulangan bersih pelaburan ini setanding dengan pulangan pelaburan hartanah

GLIC yang lain seperti KWSP, KWAP dan PNB.

Selain daripada pulangan sewa yang baik, terdapat potensi peningkatan harga

hartanah yang dapat memberikan pulangan yang lebih tinggi sekiranya hartanah ini

dijual pada masa hadapan.

Pelaburan sedemikian menjana pendapatan yang berulang, berterusan dan

kompetitif kepada TH serta memberikan manfaat yang dinikmati bersama-sama

dengan pihak-pihak berkepentingan khususnya para pendeposit. Kekukuhan

kedudukan kewangan membolehkan TH memberikan pulangan dalam bentuk bonus

yang tinggi pada kadar 3 mata asas lebih tinggi daripada bank-bank komersil.

Selain daripada itu, pulangan tersebut membolehkan TH mengekalkan kos haji

sebanyak RM9,980 bagi setiap jemaah, berbanding kos sebenar RM16,155. Suka saya

maklumkan, pada Musim Haji 2014M/1435H ini, TH menanggung kos bagi bayaran

menunaikan haji sebanyak RM6,175 bagi setiap jemaah sebagai Tanggungjawab

Sosial Koperatnya (CSR). Pada musim haji yang lalu, TH telah memperuntukan lebih

daripada RM90 juta bagi menampung kos yang di tanggung tersebut.

Tuan Yang di-Pertua,

Page 104: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

104

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-mana

perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil

tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri, khususnya agensi-agensi yang

berkaitan.

Sekian, terima kasih.

Teks Gulung Titah DN 1 -2014

TEKS UCAPAN

YB MEJAR JENERAL DATO' SERIJAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B)

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERISEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN BAJET 2015

Page 105: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

105

PERINGKAT DASAR, DI DEWAN RAKYAT3 NOVEMBER 2014 (ISNIN)

-------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2015 di peringkat dasar dan

menyentuh perkara-perkara berkaitan hal ehwal Islam. Saya telah meneliti semua isu-

isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai

pandangan, teguran dan cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat .

Tuan Yang di-Pertua,

Pertamanya saya ingin memberikan penjelasan berkaitan isu Sekolah Pondok dan

Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang

Berhormat. Yang Berhormat Rantau Panjang membangkitkan peruntukan RM25juta kepada sekolah pondok tidak mencukupi dan ingin penjelasan - berapajumlah pelajar yang terlibat dan berapa peruntukan mengikut kepala.Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, bahawa pengajian pondok

masih tetap utuh dan berkembang dengan sistem yang lebih tersusun. Walaupun

begitu, sekolah-sekolah pondok ini perlu kepada bantuan berterusan sama ada dari

sumbangan masyarakat dan juga pihak Kerajaan. Justeru, peruntukan dalam Bajet

2015 adalah bagi memastikan kelangsungan sekolah-sekolah pondok yang berdaftar

supaya dapat seiring dengan sekolah-sekolah arus perdana. Peruntukan ini akan

disalurkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada masa ini, sebanyak 91 buahsekolah pondok yang berdaftar dengan Jabatan

Agama Islam Negeri di seluruh negara dan melibatkan 3,475 orang pelajar.

Berasaskan jumlah ini, maka peruntukan dalam Bajet 2015 adalah memadai untuk

memenuhi keperluan warga sekolah pondok dari segi kemudahan pembelajaran,

menyelenggara fasiliti sekolah dan latihan guru.

Page 106: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

106

Yang Berhormat Pasir Puteh dan Kubang Kerian pula menyarankan supayaKerajaan bersikap lebih terbuka dan beri lebih peruntukan kepada sekolahagama negeri/swasta, serta peruntukan perkapita diberi semula kepada sekolahagama Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, pentadbiran dan

pembangunan Sekolah Agama Negeri (SAN) adalah di bawah Enakmen Pengawalan

Sekolah-Sekolah Agama meliputi aspek kewangan, penjawatan dan lain-lain.

Manakala bagi sekolah-sekolah agama swasta, juga tertakluk di bawah Enakmen

Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama serta pengurusan sekolah negeri berkenaan.

Sesungguhnya Kerajaan tidak pernah meminggirkan Sekolah Agama Rakyat

(SAR)/pondok di seluruh negara dan sentiasa mengambil berat terhadap

pembangunannya dengan menyediakan peruntukan kewangan melalui bajet tahunansecara khusus sejak tahun 2011 hingga sekarang.Dimana peruntukan ini adalah

bagi membantu pembangunan SAR meliputi bantuan, latihan dan baik pulih SAR di

seluruh negara yang disalurkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada tahun 2014 , Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta, dimana

agihan dibuat mengikut skala murid seperti RM350,000 bagi lebih 1,000 murid,

RM250,000 bagi 501 – 600 murid dan sebagainya. Peruntukan ini bertujuan untuk

pembangunan dan baik pulih SAR di seluruh negara. Disamping itu, bantuan SAR

KAFA bagi tahun 2014 juga turut diperuntukkan oleh Kerajaan yang berjumlah

RM9.48 juta. Dalam pembentangan Bajet 2015 baru-baru ini seperti yang

dinyatakan diawal tadi, peruntukkan RM25 juta telah disediakan bagi memastikan

kelangsungan pembangunan Sekolah Pondok yang berdaftar di seluruh negara.

Disamping itu juga, Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

sentiasa memastikan kelangsungan pembangunan SAR/SAN dengan memberikan

latihan guru, pentadbir, pelajar serta bantuan buku Bahasa Arab dari semasa ke

semasa. Bagi SAN yang menggunakan kurikulum kebangsaan, Kerajaan

memperuntukkan skim pinjaman buku teks secara percuma. Di samping itu, SAR

Page 107: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

107

yang berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), akan mendapat

bantuan dan peruntukan seperti sekolah-sekolah arus perdana.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Kubang Kerian juga menyeru JAKIM/pihak berwajib melakukansesuatu yang lebih baik dalam menjaga keharmonian dan penyampaianberkaitan agama di negara ini. Kerajaan melalui JAKIM sebagai agensi penyelaras

bagi hal ehwal Islam, bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian masyarakat

umum yang diterjemahkan melalui penjelasan terhadap isu-isu berkaitan akidah,

syariah, muamalat, isu-isu halal, kefatwaan dan lain-lain. Penerangan dan

penyampaian tersebut telah disebarluaskan melalui pelbagai medium seperti

penggunaan media cetak dan media eletronik, penganjuran seminar, forum, dialog,

multaqa dan sebagainya bagi memberi kefahaman yang jitu dan tuntas kepada

masyarakat awam berhubung isu-isu yang dibangkitkan.

JAKIM juga turut merangka program yang menjurus kepada perhubungan antara

masyarakat Islam dengan bukan Islam. Antara program yang dilaksanakan ialah

seperti ziarah dan lawatan ke rumah-rumah dan institusi-institusi berkaitan,

menjalankan aktiviti pengukuhan agama melalui kelas-kelas pengajian, seminar dan

diskusi agama serta program Penerapan Nilai-nilai Islam kepada agensi-agensi

Kerajaan dan masyarakat Islam.

JAKIM juga telah memperkemaskan hubungan kerjasama pintar (smart partnership)

dengan badan bukan Kerajaan (NGO) Islam agar segala gerak kerja dakwah dapat

dilaksanakan lebih berkesan berteraskan konsep wahdatul fikr (kesatuan fikiran) dan

wahdatul amal (kesatuan amal). Atas keperluan ini, JAKIM telah mengambil

pendekatan dengan menubuhkan Sekretariat NGO Islam yang akan menjadi platform

ke arah mewujudkan kerjasama pintar dalam program-program dan tugas-tugas

dakwah.

Page 108: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

108

Usaha-usaha tersebut bertepatan dan selaras dengan konsep kesyumulan Islam dalam

memelihara kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Justeru, program-program yang

dilaksanakan adalah berteraskan konsep wasatiyyah dapat memperkukuh dan

membantu Kerajaan bagi mencapai hasrat untuk menjaga keharmonian dan perpaduan

masyarakat di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Ipoh Barat membangkitkan isu pertukaran agama anak bawahumur 18 tahun dan jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan pada 11 Jun 2014dan 17 Jun 2014 yang dikatakan berbeza serta apakah komitmen Kerajaan danbilakah undang-undang berkaitan dipinda. Suka saya jelaskan, bahawa

pertanyaan lisan oleh Yang Berhormat Puchong pada 11 Jun 2014 adalah berkaitan

tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah kes-kes ceraian sivil dan hak

penjagaan anak di mana salah seorang suami atau isteri memeluk agama Islam.Saya

telah menyatakan, memandangkan ketiga-tiga undang-undang berkaitan iaitu Akta

Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]; Akta

Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta

505]; dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

[Akta 303] melibatkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri serta

menyentuh kepentingan masyarakat beragama Islam dan bukan Islam, maka

Kerajaan berusaha mengujudkan mekanisma terbaik bagi menyelesaikan masalah

tersebut, dengan mengambil kira kedudukan kedua-kedua mahkamah sivil dan Syariah,

disamping tetap memelihara kuasa-kuasa negeri dalam hal berkaitan agama Islam

sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Manakala pertanyaan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat pada 17 Jun 2014 pula,

bertanya bilakah Kerajaan akan membuat perubahan undang-undang yang akan

mengimplementasi ke atas keputusan Kabinet pada tahun 2009 supaya tidak

membenarkan pengislaman anak-anak tanpa mendapat keizinan daripada ibu dan

bapa. Saya telah menjawab bahawa Kerajaan menyedari permasalahan agama anak

Page 109: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

109

yang berbangkit dari pemelukan agama Islam oleh salah seorang ibu atau bapa

berkenaan dengan pemelukan Islam anak-anak yang berumur bawah 18 tahun .

Dalam hal ini, apa-apa penyelesaian yang hendak dibuat perlu merujuk kepada

peruntukan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan di mana agama bagi kanak-

kanak yang berumur di bawah 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau

penjaganya. Dalam kes Subashinia/p Rajasingam lawan Saravanan a/lThangathoray [2008] 2 MLJ 147 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa

berdasarkan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, persetujuan salah satu pihak

sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana

perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) ini adalah parent or guardian

bukannya parents or guardian, yang mana bermaksud ibu atau bapa atau penjaga].

Merujuk kepada jawapan terhadap pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Puchong dan Ipoh Barat tersebut, maka tidak timbul isu perbezaan

jawapan kerana jawapan yang diberikan adalah berdasarkan kepada perkara/persoalan

yang berbeza.

Berhubung dengan pindaan undang-undang berkaitan iaitu Akta

Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]; Akta

Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta

505] ;dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984

[Akta 303)], pada masa ini, usaha rundingan semula sedang dijalankan dengan

negeri-negeri dalam usaha mencari penyelesaian terhadap kes-kes hak penjagaan

anak membabitkan pasangan di mana salah satu daripada ibu atau bapanya memeluk

agama Islam. Dalam kes hak jagaan anak, pertimbangan utama yang perlu diambil

perhatian adalah kebajikan kanak-kanak tersebut. Walaupun pihak ibu atau bapa yang

terlibat juga turut mempunyai kepentingan dalam penjagaan kanak-kanak, kepentingan

kanak-kanak lebih mengatasi kepentingan pihak-pihak yang lain sama ada ibu atau

bapa atau penjaga. Dalam hal ini, Kerajaan sedang meneliti semua sudut secara

Page 110: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

110

holistik dengan mengambil kira kepentingan dan keadilan semua pihak demi menjaga

kepentingan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Walau bagaimanapun, suka saya menarik perhatian Ahli Yang Berhormat bahawa

segala pandangan dan cadangan perkara berkaitan agama Islam adalah hak muktlak

pihak berkuasa negeri sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya saya beralih kepada isu yang berkaitan Mahkamah Syariah. YangBerhormat Kuala Nerus minta penjelasan sejauh mana Kerajaan telah bertindakdan pada tahap manakah usaha dalam memartabatkan Mahkamah Syariah.Sebagaimana penjelasan saya dalam persidangan Dewan yang lalu, persiapan yang

menyeluruh kearah memperkasakan lagi Mahkamah Syariah adalah perlu bagi menaik

taraf Mahkamah Syariah. Usaha naik taraf tersebut akan melibatkan pertambahan

hirarki Mahkamah Syariah daripada tiga peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah,

Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah kepada lima peringkat iaitu

Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah TinggiSyariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis Rayuan Syariah. Usaha ini juga

akan melibatkan naik taraf perjawatan dan emolumen para hakim Mahkamah Syariah

supaya setaraf dengan mahkamah sivil. Perkara ini telah diputuskan dalam Mesyuarat

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-51 (MKI) yang

dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri , selaku pengerusi MKI pada 22 Ogos 2011,

Berikutan itu, pada tahun 2012, Kertas Cadangan Naik Taraf Mahkamah Syariah ini

telah dibentangkan di 14 Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) di seluruh Malaysia

dan beberapa isu perundangan serta cadangan telah dibangkitkan. Isu-isu ini perlu

diperhalusi kerana ia melibatkan agama Islam, maka Majlis Agama Islam Negeri-

Negeri perlu dirundingi sebelum dimuktamadkan.

Page 111: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

111

Pada 26 Jun 2012, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak

dan Sivil (Jawatankuasa Teknikal) telah bersetuju untuk membuat kajian penyelidikan

komprehensif mengenai cadangan MAIN tersebut.

Seterusnya, pada 7 Ogos 2014, JAKIM dan Jabatan Peguam Negara telah

mengadakan perbincangan bagi membincangkan hasil kajian tersebut dan

memutuskan untuk mengadakan rundingan semula dengan pihak-pihak berkenaanbagi menyelesaikan beberapa isu yang berbangkit mengenai naik taraf Mahkamah

Syariah ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya isu-isu yang menyentuh Lembaga Tabung Haji(TH). Yang Berhormat KotaBharu mencadangkan TH merangka menubuhkan sebuah Universiti al-Quran/Universiti TH di Malaysiasebagai pusat ilmu-ilmu Islam. TH menghargai

cadangan Ahli Yang Berhormat dan akan mengambil perhatian cadangan tersebut.

Namun suka saya jelaskan bahawa buat masa sekarang pihak JAKIM dan Kementerian

Pendidikan Malaysia sedang dalam proses akhir menaik taraf Darul Quran, JAKIM

kepada Kolej Universiti Darul Quran.

Yang Berhormat Sabak Bernam pula menyarankan supaya peruntukan RM200juta oleh TH untuk kredit kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) agardigunakan untuk memajukan PKS Bumiputra dalam pelbagai sektor ekonomiberstatus halal. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan RM200 juta ini

adalah melalui usahasama antara TH dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

dalam pembangunan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS). Setiap permohonan

adalah tertakluk kepada penilaian pihak bank dan TH di dalam mandatnya kepada

BIMB, menekankan bahawa dana ini dijuruskan kepada pengusaha PKS Bumiputera

dalam pelbagai sektor ekonomi berstatus industri halal. Langkah ini adalah sejajar

dengan misi dan visi TH dalam memperkasakan ekonomi ummah, di samping

Page 112: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

112

menggembleng dan memperkaya modal pendeposit bagi menjana pulangan

berterusan.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-mana

perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil

tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri, khususnya oleh agensi-agensi

yang berkaitan..

Sekian, terima kasih.

31 Oktober 2014

Page 113: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

113

TEKS UCAPANMENGGULUNG PERBAHASAN BAJET 2015

DI DEWAN NEGARA. PADA HARI ISNIN, 15 DISEMBER 2014

YB MEJAR JENERAL DATO' SERIJAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B)

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI--------------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah

mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2015 dan menyentuh perkara-perkara

berkaitan hal ehwal Islam. Saya telah meneliti semua isu-isu yang telah dibangkitkan.

Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan

cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat .

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari membangkitkan isu salafi wahabi yangdibincangkan dalam seminar di Muzakarah Jawatankuasa Fatwa di Terengganubaru-baru ini. Kerajaan berpandangan bahawa isu berkaitan Wahabi ini adalah

merupakan isu khilaf di kalangan ulama’ khususnya bersangkut paut dengan masalah

furu’iyyah. Ini adalah selaras dengan hasil daripada perbincangan beberapa kali di

dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali

ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44

(1998).

Pendirian Kerajaan ini telah saya jelaskan beberapa kali di Dewan Yang Mulia ini.

Justeru ditegaskan sekali lagi, bahawa Kerajaan amat prihatin dan sentiasa mengambil

berat isu-isu furu’iyyah (masalah-masalah cabang) yang sering dikaitkan dengan

pendokong fahaman ini supaya ia tidak menggugatkan keamanan serta perpaduan

masyarakat Islam yang selama ini dinikmati di negara ini.

Page 114: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

114

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari Mat juga menyarankan supaya ruanglingkup/skop zakat diperluaskan kepada selain padi seperti buah-buahan,sayuran, kelapa sawit atau hasil bumi yang lain. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat

sedia maklum, bahawa hukum kewajipan zakat tanaman adalah sedia dimaklumi oleh

semua pihak. Walau bagaimanapun penentuan jenis tanaman dan sumber zakat baru

yang hendak dikenakan zakat adalah bergantung kepada pihak Majlis Agama Islam

Negeri yang bertanggungjawab melaksanakan kutipan melalui pusat pungutan zakat

masing-masing. Ini adalah selaras dengan peruntukkan Butiran 1, Senarai 2, Jadual

Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, dimana hal-ehwal Agama Islam termasuklah

urusan zakat terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Pihak Majlis Agama

Islam boleh meminta pandangan hukum/fatwa daripada Jawatankuasa Fatwa negeri

masing-masing setelah menetapkan jenis-jenis tanaman/buahan yang hendak

dikenakan zakat.

Dalam konteks ini, saya mengambil contoh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

(MAIWP) yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, MAIWP dari

masa ke semasa sentiasa memperluaskan sumber zakat baru. Misalnya mengenakan

zakat ke atas bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasil penulisan, penerbitan,

aktiviti seni seperti lukisan dan sebagainya dan mengenakan zakat ke ataspelaburan

emas.

Ahli Yang Berhormat juga menyarankan Majlis Agama Islam Negeriberpadu/berkerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga danMasyarakat bagi membantu orang fakir miskin keluar dari masalah kemiskinan.Sebagaimana sedia maklum, zakat adalah merupakan suatu tuntutan kefardhuan yang

digariskan di dalam Rukun Islam dan di dalam konteks Malaysia, ia termaktub di dalam

Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri. Mengenai cadangan supaya

Page 115: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

115

bantuan zakat dipadukan dengan skim bantuan Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu diteliti dengan mendalam khususnya dari

segi perundangan memandangkan ia melibatkan peruntukan dalam Perlembagaan

Persekutuan yang menetapkan zakat sebagai salah satu perkara di bawah kuasa

negeri. Walau bagaimanapun, pada masa ini, tiada sebarang halangan bagi Majlis

Agama Islam Negeri untuk mengagihkan bantuan zakat kepada golongan yang

memerlukan termasuk kepada penerima skim bantuan KPWKM dan begitu juga

sebaliknya.

Bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), sentiasa berusaha

membantu golongan fakir dan miskin menerusi pelbagai bantuan zakat termasuk

program-program agihan berbentuk keusahawanan yang dapat mengeluarkan

penerima bantuan zakat daripada kemiskinan. Antaranya MAIWP menawarkan Bantuan

Perniagaan, Bantuan Pertanian, Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi dan Bantuan Deposit

Van/ Bas Sekolah.

Dari aspek kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM), MAIWP sentiasa menjalin kerjasama dan membuat

penyelarasan dengan pelbagai pihak termasuk KPWKM dalam menyalurkan bantuan

zakat. Agensi-agensi lain yang terlibat dalam penyelarasan tersebut ialah Pejabat

Pembangunan Persekutuan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Dato’ Khairudin bin E.S. Abd. Samad membangkitkantindakan tidak diambil terhadap lakonan pondan di stesen TV sedangkania bertentangan dengan ajaran agama. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, seorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak

seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral

adalah melakukan satu kesalahan mengikut Akta/Enakmen Kesalahan

Page 116: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

116

Jenayah Syariah. Misalnya Seksyen 28, Akta Kesalahan Jenayah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan tersebut

dan apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu

ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau

kedua-duanya sekali. Berdasarkan peruntukan tersebut, tindakan terhadap

mana-mana lelaki termasuk pelakon lelaki tersebut boleh diambil dengan

syarat ia dilakukan di tempat awam dan dengan tujuan yang tidakbermoral. Dalam hal ini, tindakan penguatkuasaan adalah di bawah bidang

kuasa pihak berkuasa agama negeri masing-masing. Bagi tujuan lakonan yang

bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat. JAKIM sentiasa

memantau agar ia tidak bercanggah dengan Islam.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Dato’ Boon Som a/l Inong minta supaya dikaji semula EnakmenUgama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Bukan Islam)Negeri Kedah yang melarang penggunaan 15 perkataan oleh orang bukan Islam.Sesungguhnya Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat berhubung isu-isu yang

boleh mencetuskan sensitiviti umat Islam di negara ini, khususnya dari sudut

penggunaan perkataan-perkataan tertentu yang berkaitan dengan kesucian Islam.

Sehubungan itu, tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah selaras dengan

Perlembagaan Persekutuan demi mengekalkan suasana aman dan damai antara

penganut agama yang dikecapi sejak sekian lama di negara ini.

Suka dijelaskan bahawa Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan telah memberi

kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau

menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang

yang menganuti agama Islam. Selain negeri Kedah, Undang-Undang Kawalan Dan

Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam juga terdapat di

Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan, Perlis dan

Selangor. Melalui penggubalan undang-undang ini,orang bukan Islam adalah dilarang

Page 117: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

117

daripada menggunakan perkataan-perkataan tertentu yang bersumberkan Islam.

Memandangkan undang-undang mengenai perkara ini telah diluluskan di Dewan

Undangan Negeri dan dalam bidang kuasa negeri masing-masing, semua pihak

hendaklah mematuhi dan tertakluk kepada undang-undang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-mana

perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil

tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri, khususnya oleh agensi-agensi

yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

12 Disember 2014

TEKS UCAPAN

MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH DIRAJAPADA 26 MAC 2015 DI DEWAN RAKYAT

YB MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B),MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

-------------------------------------------------------------------------------------

Page 118: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

118

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah

membangkitkan isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam semasa perbahasan Titah

Diraja. Saya telah meneliti semua isu-isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan

Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta saranan Ahli-

ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua,

Pertamanya saya ingin memberi penjelasan kepada isu-isu berkaitan Indeks

Syariah Malaysia dan Maqasid al-Syariah yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang

Berhormat. Yang Berhormat Lembah Pantai minta penjelasan mengenai objektifpemerkasaan bangsa dalam Indeks Syariah Malaysia. Sebagaimana jawapan

saya dalam pertanyaan lisan di Dewan Yang Mulia ini pada 11 Mac 2015 yang lalu,

bahawa Indeks Syariah Malaysia (ISM) merupakan satu indeks yang dibangunkan

untuk mengukur dan menilai tahap keseriusan Malaysia dalam mencapai lima

maqasid al-Syariah (objektif Syariah) iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan

dan harta. Pelaksanaan indeks ini tertumpu kepada lapan sektor utama iaitu

perundangan islam, politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana dan

persekitaransosial. Mengenai objektif pemerkasaan bangsa dalam Indeks ini, ia

adalah terangkum dalam sektor persekitaran, iaitu:

- pewujudan persekitaran sosial yang kondusif;

- pemerkasaan institusi perkahwinan dan keluarga;

- pemerkasaan sisitem sokongan;

- pengukuhan jati iman dan jati diri masyarakat;

- pemeliharaan kebajikan umat; dan

- pengagihan hak berdasarkan kontrak sosial

Page 119: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

119

Suka saya jelaskan bahawa kontrak sosial adalah asasnya diambil dari Islam itu

sendiri, dengan menghormati sesama manusia yang merupakan ajaran agama tanpa

mengira perbezaan agama, bangsa, kaum, bahasa, adat, warna kulit dan sebagainya

sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat yang ke 13.

یا أیھا الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أك علیم خبیر رمكم عند هللا أتقاكم إن هللا

Ertinya,

“Wahai sekelian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki

dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku

supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara

kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya

Allah Maha Mengetahui lagi Maha luas pengentahuan nya.”

Dalam ayat ini Allah menggunakan lafaz “Wahai sekelian manusia” yang merujuk

kepada seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, kaum,

bahasa, adat, warna kulit dan sebagainya. Justeru itu, Islam memandang tinggi dan

mengambil berat perhubungan antara seorang manusia dengan seorang manusia yang

lain, antara kaum dengan kaum yang lain semuanya mempunyai kedudukan yang sama

pada pandangan Islam sebagai seorang manusia yang mempunyai hak dan perlu

dihormati. Maka menjadi kewajipan memelihara perhubungan ini dan menjadikan nya

sebagai satu perintah yang wajib dipatuhi sebagai mana perintah Allah SWT.

Yang Berhormat Raub menyatakan tiada dalam Maqasid al-Syariah untukmenjaga institusi Raja. Penjagaan terhadap institusi Raja-Raja tidak dinyatakan

secara spesifik di dalam Maqasid al-Syariah kerana ia merupakan dasar umum yang

ditetapkan oleh Islam dalam menjaga kemaslahatan manusia secara keseluruhannya

iaitumemelihara agama, jiwa, akal, keturunan, dan harta. Sehubungan itu, penjagaan

terhadap institusi Raja juga tidak terkecuali dan termasuk dalam dasar-dasar umum

yang telah digariskan tersebut, iaitu dalam konsep menjaga keturunan.

Page 120: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

120

Yang Berhormat Sabak Bernam minta penjelasan mengenai langkahKerajaan bagi memastikan kejayaan Indeks Syariah Malaysia. Bagimemastikan

kejayaan Indeks Syariah Malaysia, Kerajaan telah menggariskan beberapa langkah

seperti berikut:

1. Mewujudkan Panel Jawatankuasa Tadbir Urus Indeks Syariah Malaysiayang terdiri dari pakar dalam bidang-bidang berkaitan untuk memastikan Indeks

Syariah Malaysia terus berjalan secara berterusan dan lancar. Tujuannya

adalah bagi menggerakkan usaha kerajaan dalam menilai semua aktiviti dan

program yang dilaksanakan mematuhi kehendak syariah.

2. Antara fungsi Panel Jawatankuasa Tadbir Urus tersebut ialah:

i. menjana pemikiran dan idea dalam bidang kepakaran mengikut

lapan sektor yang telah ditetapkan;

ii. memastikan pelaksanaan dan pemantauan ISM tersebut dapat

berjalan dengan sistematik dan berkesan; dan

iii. pihak yang diberi kuasa menjadi badan menilai tahap kesungguhan

semua pihak yang terbabit dalam menjayakan agenda pelaksanaan

berasaskan maqasid al-syariah

3. Satu laporan Indeks Syariah Malaysia yang lebih komprehensif dan lengkap

dijangka dapat disiapkan setahun selepas pelancarannya.

Yang Berhormat Bukit Katil pula membangkitkan pelancaran Indeks SyariahMalaysia adalah sama dengan tarikh Yang Berhormat Permatang Pauh dijatuhkanhukuman pada 10 Februari 2015. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelancaran

Indeks Syariah Malaysia tersebut diadakan sempena Majlis Perdana Ulama - Umara

2015 bersama YAB Perdana Menteri yang diadakan setiap tahun dan telah dirancang

serta diputuskan di dalam mesyuarat jawatankuasa induk majlis tersebut pada 13

Page 121: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

121

Januari 2015 yang lalu. Sedangkan keputusan mahkamah dibuat pada 26 Januari 2015

yang menetapkan 10 Februari 2015 sebagai tarikh keputusan rayuan akhir kes

tersebut. Oleh itu, ditegaskan bahawa pelancaran indeks tersebut tidak ditujukan

kepada mana-mana individu sebaliknya disusun bagi tujuan maslahat umum seluruh

rakyat Malaysia.

Berhubung dengan kebimbangan Yang Berhormat Bachok terhadap indeksSyariah Malaysia sebagai alat menutup kelemahan yang ada, sesungguhnya

Kerajaan serius dalam melaksanakan perinsip syariah dalam pentadbiran negara untuk

kesejahteraan rakyatnya. Kesanggupan Kerajaan melaksanakan kajian indeks ini

sendiri membuktikan betapa Kerajaan komited dalam menyuburkan dan memajukan

Islam dalam melaksanakn pentadbiran Islam di negara ini. Dimana pengukuran indeks

ini dibuat untuk menjadi penanda aras sejauh mana dan setakat mana, Kerajaan pada

hari ini telah melaksanakan prinsip-prinsip syariah dalam pemerintahan, dan ia juga

bertujuan untuk perancangan pada masa hadapan agar segala kekurangan dalam

pelaksanaan Kerajaan berkaitan tuntutan syariah yang ada pada hari ini dapat

dipertingkatkan dan ditambah baik. Pengukuran pencapaian ini dilakukan ke atas tiga

komponen iaitu penggubal dasar (pemerintah), pelaksana dasar (agensi-agensi

pelaksana) dan masyarakat awam keseluruhannnya. Justeru persoalan intergriti dan

kebimbangan Ahli Yang Berhormat tidak timbul dalam pelaksananan indeks ini, kerana

kajian dilakukan secara telus kepada semua peringkat.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Lembah Pantai juga membangkitkan mengenai samanyang dikemukakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh di Mahkamah RayuanSyariah Kuala Lumpur bagi melucutkan peguam yang mewakili Jabatan AgamaIslam Wilayah Persekutuan (JAWI). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam

kes tersebut, Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

(MRSWP) yang bersidang pada 26 September 2012 telah memutuskan bahawa

responden tidak dilucutkan dan dibenarkan mewakili serta menjadi Peguam Syarie

Page 122: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

122

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Walau bagaimanapun, responden

telah menfailkan suatu notis penarikan diri bagi mewakili JAWI kepada MRSWP.

MRSWP yang bersidang pada 24 Mac 2015 telah menetapkan 27 April 2015 untuk

memutuskan mengenai pengesahan notis penarikan diri tersebut.

Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai juga juga minta supaya laporan qazaf(terhadap Tan Sri Shafee Abdullah) di Selangor dan Pulau Pinang, disiasat dibawah seksyen 36, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Selangor 1966dan seksyen 41, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang1966. Perkara ini hendaklah dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri yang

berkenaan memandangkan enakmen dan perkara berkaitan hal ehwal agama Islam

adalah terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri, sebagaimana

yang diperuntukkan dalam Butiran 1, Senarai 2, Jadual Kesembilan Perlembagaan

Persekutuan. Ini bermakna, tidak ada bidang kuasa di pihak Kerajaan Persekutuan

termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Yang Berhormat Bukit Katil pula menuntut supaya pendakwaan qazafditeruskan, dimana jawapan bertulis pada 27 Oktober 2009 menyatakanpendakwaan tidak diteruskan kerana kes sedang berjalan di mahkamah sivil.Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum,bahawa jawapan bertulis tersebut

adalah jawapan kepada pertanyaan Yang Berhormat Kulim Bandar Baru ketika itu,

seperti berikut:’

“.. Ketua Pendakwa Syarie, Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam

Wilayah Persekutuan (JAWI) berpendapat bahawa pendakwaan qazaf ke atas Mohd.

Saiful b. Bukhari perlu diuruskan secara berperingkat untuk mengelakkan konflik

undang-undang kerana dalam masa yang sama kes ini sedang berjalan di mahkamah

sivil. “.

Walau bagaimanapun, selepas itu saya ada menjawab secara bertulis pada 14

Jun 2011 kepada pertanyaan YB Kuala Kedah dan juga di Dewan Yang Mulia ini pada

Page 123: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

123

29 Jun 2011 [rujuk Penyata Rasmi Parlimen, halaman 121 – 122], ketika menjawab

Usul Ucapan Penangguhan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah, seperti berikut:

“…Merujuk pada aduan qazaf, …. Selepas penelitian terhadap kertas siasatan,

Ketua Pendakwa Syarie telah membuat keputusan bahawa tuduhan liwat

terhadap pengadu adalah tidak termasuk kesalahan qazaf di bawah peruntukan

seksyen 41 Akta 559.Pendakwaan di Mahkamah Syariah tidak diteruskan dan

mengarahkan kertas siasatan ditutup..”

Ingin saya jelaskan sekali lagi, bahawa kes qazaf tersebut yang diadukan pada

9 Julai 2008 telahpun diambil tindakan oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan

Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Ketua Pendakwa Syarie WilayahPersekutuansetelah meneliti hasil siasatan tersebut dan peruntukan seksyen 41, Akta

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan ) 1997 [Akta 559 ] dan juga

tafsiran di bawah subseksyen 2 (1), Akta 559, maka Ketua Pendakwa Syarie WilayahPersekutuan atas kuasa yang diberikan dibawah peruntukan subseksyen 58 (2), Akta

Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505 ]

dan seksyen 181, Akta Tatacara Jenayah Syariah ( Wilayah-wilayah Persekutuan )

1997 [ Akta 560 ] ( Pindaan 2005) [ Akta A1252 ] telahpun membuat keputusan dan

ketetapan pada 19 Januari 2011 adalah membuat ketetapan untuk tidak membuat

pendakwaan.

Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan telah membuat ketetapan dan

keputusan tersebut atas pertimbangan dan alasan berikut:-

i- Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah ( Wilayah-wilayah Persekutuan )

1997 [ Akta 559 ] hanya terpakai terhadap mana-mana orang yang menuduh

orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak,

empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh.

ii- Berdasarkan tafsiran dalam subseksyen 2 (1), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (

Wilayah-wilayah Persekutuan ) 1997 [ Akta 559 ] adalah jelas bahawa

Page 124: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

124

perundangan di negara ini telah memilih untuk mengkanunkan pendapat yang

mengatakan zina itu bukan liwat. Subseksyen 2 (1), Akta Kesalahan Jenayah

Syariah ( Wilayah-wilayah Persekutuan ) 1997 [ Akta 559 ] dengan jelas

memperuntukkan:

“ zina “ ertinya persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpanikah; dan

“liwat” ertinya perhubungan seks sesama lelaki.

Berdasarkan peruntukan-peruntukan tersebut, bahawa tuduhan qazaf tidak boleh

dikenakan terhadap mana-mana orang yang menuduh seseorang melakukan liwat

dibawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan ) 1997 [ Akta

559 ] .

Berhubung dengan konsep qazaf mengikut Mazhab Shafie, Kerajaan

menyedari ulama berbeza pendapat di dalam membuat penafsiran bahawa qazaf ini

bukan sahaja menuduh zina bahkan juga menuduh liwat. Walau bagaimanapun dalam

perkara ini, tindakan Ketua Pendakwa Syarie untuk tidak membuat pendakwaan adalah

merujuk kepada pendapat ulama’ yang telah disepakati dan dikanunkan oleh

pemerintah untuk digunakan di negara ini dalam bentuk undang-undang bertulis.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya berkaitan fatwa Islamic State (IS) dan penjelasan konsep jihad.

Yang Berhormat Sekijang mencadangkanagarfatwa khusus mengharamkanRakyat Malaysia menyertai Islamic State (IS) dikeluarkan oleh JawatankuasaFatwa Kebangsaan. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, keputusan

dan pandangan hukum yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa,

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-106 pada 21

hingga 22 Oktober 2014 menegaskan “bahawa tindakan umat Islam dari Malaysia yang

telah ataupun yang ingin berjuang atas nama jihad di bumi Syria bagi menyokong

golongan IS adalah sia-sia dan tidak tergolong sebagai jihad”. Ketegasan hukum ini

Page 125: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

125

dikeluarkan adalah bagi menghalang umat Islam di Malaysia terjebak dengan

keganasan dan propaganda perjuangan kumpulan ini yang bertentangan dengan

ajaran Islam.

Walau bagaimanapun, sekiranya didapati pandangan hukum yang telah

diputuskan ini masih belum mampu menyekat kecenderungan umat Islam di Malaysia

untuk menyertai IS, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI akan meneliti semula

keperluan untuk mengharamkan umat Islam menyertai IS berdasarkan fakta-fakta

terkini daripada pihak keselamatan negara.

Yang Berhormat Sipitang dan Yang Berhormat Tanah Merah menyarankansupaya langkah diambil dan mengadakan program khas ke seluruh negara bagimembetulkan kefahaman dan pengertian mengenai konsep jihad. Untuk

makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi menyusun dan menyelaras program

penerangan tentang isu tersebut secara lengkap dan menyeluruh, Jabatan KemajuanIslam Malaysia (JAKIM) menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Penjelasan KonsepJihadyang dipengerusikan oleh’ Ketua Pengarah, JAKIM dan dianggotai oleh:

(i) Kementerian Dalam Negeri;

(ii) Kementerian Pendidikan Malaysia;

(iii) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia;

(iv) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri;

(v) Majlis Agama Islam Negeri / Jabatan Agama Islam Negeri;

(vi) Polis DiRaja Malaysia;

(vii) Institut Kefahaman Islam Malaysia; dan

(viii) Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).

Jawatankuasa ini adalah berfungsi seperti berikut:-

(i) berkongsi maklumat dan pengalaman antara agensi yang berkaitan bagi

memudahkan perancangan dan pelaksanaan program;

Page 126: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

126

(ii) merangka dan menyediakan pelan tindakan yang jelas dan menyeluruh

bagi mengatasi salah faham dan kekeliruan tentang konsep jihad;

(iii) membuat penyelarasan pelaksanaan program dan aktiviti berdasarkan

peranan dan fungsi agensi yang terlibat; dan

(iv) melaksanakan program dan aktiviti secara kerjasama melalui National

Blue Ocean Strategy (NBOS) agar pelaksanaannya lebih cekap dan

menyeluruh.

Antara usaha-usaha yang dilaksanakan bagi menjelaskan pengertian dan

konsep jihad ialah :

(i) menganjurkan siri-siri seminar / wacana / dialog / persidangan bagi

menjelaskan konsep jihad yang sebenar kepada pelajar dan pensyarah

IPT, penjawat awam, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO’s) dan

masyarakat awam;

(ii) menyediakan teks khutbah Jumaat khas yang menjelaskan konsep jihad

dan isu-isu yang berkaitan dengannya untuk dibacakan di masjid-masjid

utama negara dan siarkan secara langsung melalui TV1;

(iii) kempen dan kesedaran fatwa melalui keputusan Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

kali ke-106 pada 21 - 22hb Oktober 2014 yang bersidang di Kuala

Terengganu yang telah memutuskan bahawa “Perjuangan mujahidin

Negara Islam (IS) adalah bertentangan dengan syarak dan kematiannya

juga tidak dikira syahid.” ;

Page 127: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

127

(iv) menerbit dan menyiarkan program ceramah dan forum melalui penerbitan

media elektronik TV dan Radio seperti Forum Perdana Ehwal Islam dan

sebagainya;

(v) menerbitkan risalah khas mengenai konsep jihad dalam Islam; dan

(vi) berkongsi maklumat dan membantu Majlis Agama Islam Negeri dan

Jabatan Agama Islam Negeri dalam memantau dan menyelia sekolah-

sekolah agama, pusat-pusat pendidikan agama/pondok seluruh negara

bagi memastikan keperluan kemudahan memuaskan serta para pelajar

dan warga pendidik tidak terlibat dengan sebarang unsur-unsur

penyelewengan dan keganasan.

Usaha-usaha seumpama ini akan diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke

semasa agar masyarakat Islam memahami dengan baik konsep jihad yang sebenar

dalam konteks negara pada masa ini.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Kuala Nerus menyatakan fatwa pengharusan GST adalahlonggar dan minta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan supaya menyemak semulafatwa tersebut. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bertarikh 21-22 Oktober 2014 telah memutuskan

bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukaiseperti

Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan

Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan

pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:

i. Negara komited melaksanakan Syariat Islam;

Page 128: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

128

ii. Negara memerlukan sumber kewangan;

iii. cukai yang dikutip hanya untuk memenuhi maslahah dharuriyat dan

hajiyat;

iv. bebanan cukai dikutip secara adil;

v. cukai dibelanjakan untuk maslahah ummah bukan untuk maksiat; dan

vi. agihan cukai hendaklah bertepatan dengan ijtihad ulama semasa dan

setempat.

Sebelum keputusan tersebut dibuat, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Kebangsaan telah meminta satu kajian terperinci dijalankan dan kajian telah

dilaksanakan secara intensif oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) yang terdiri daripada pakar-pakar syariah dan ekonomi. Berdasarkan

hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapatibahawa:

i. sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada

dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah Syar'iyahyang

bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara

dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding

zaman yang lain;

ii. cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah

diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai

bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk

memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk

keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan;

Page 129: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

129

iii. sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-

Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni

membenarkanKerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar

untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara ; dan

iv. majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada

rakyat. Namun “ jika terdapat keperluan yang mendesak”, maka Kerajaan

dibenarkan mengenakan cukaibagi memenuhi maslahah umum rakyat

berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah: “Syariat dilaksanakan untuk kemaslahatan

manusia dan menolak kerosakkan kepada mereka “

الشریعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنھم

Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan

bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujudkemudharatankhusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip,

banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu,

berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:

“Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan

umum”, رر الخاص ل الض ألجل دفع ضرر العام , یتحم maka Kerajaan dibenarkan untuk mengutipcukai demi untuk memenuhi maslahah umum. “ Justeru, keputusan yang telah

dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap isu GST ini adalah

bertepatan dengan kehendak Islam,.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Kinabatangan minta JAKIM memantau aktiviti penyebaranajaran/fahaman berkaitan Syiah dan Wahabi. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, pelbagai tindakan telah diambil oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)

bagi menangani penyebaran ajaran Syiah. Antaranya seperti yang berikut:

Tindakan Jumlah Negeri

Page 130: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

130

Tangkapan 125 Selangor

17 Johor

6 Perak

1 Pahang

Pendakwaan 5 Perak

2 Selangor

1 Pahang

Bagi membendung fahaman Syiah daripada terus menular dan mempengaruhi

umat Islam di negara ini, Kerajaan telah dan sedang mengambil langkah-langkah,

antaranya seperti berikut:

i. menyebarluaskan fatwa-fatwa yang telah dibuat tentang ajaran Syiah kepada

masyarakat termasuk dengan mencetak poster, risalah dan pamplet anti Syiah

untuk sebaran umum;

ii. mengadakan sesi penjelasan kepada masyarakat melalui program-program

ceramah dan penyebaran maklumat tentang kesesatan ajaran Syiah menerusi

media cetak dan elektronik termasuk dengan melibatkan stesen-stesen televisyen

swasta, kerajaan dan majalah-majalah;

iii. melaksanakan program pemantauan dan mengawal bahan-bahan media cetak dan

elektronik berkaitan fahaman Syiah menerusi media-media berkenaan; dan

iv. meningkatkan kerjasama antara agensi agama dengan kementerian-kementerian

yang berkaitan dalam menangani fahaman Syiah daripada berleluasa.

Berkaitan fahaman Wahabi, Kerajaan amat prihatin dan sentiasa mengambil berat

isu-isu furu’iyyah (masalah-masalah cabang) yang sering dikaitkan dengan pendokong

fahaman ini supaya ia tidak menjejaskan perpaduan masyarakat Islam di negara ini.

Page 131: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

131

Bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat berkenaan fahaman ini, Kerajaan sentiasa

mengambil pendekatan ke arah mengharmonikan semua pihak seperti berikut:

i. mengadakan sesi penjelasan kepada masyarakat melalui program-program

ceramah dan penyebaran maklumat berkenaan akidah Ahli Sunnah Wal

Jamaah yang diamalkan di Malaysia;

ii. sentiasa mengadakan perbincangan dengan semua pihak bagi berbincang

berkenaan tumpuan dakwah sebenar ke arah melahirkan masyarakat yang

harmoni; dan

iii. memantau dan mengawal bahan-bahan media cetak dan elektronik dari

sebarang ajaran yang bercanggah.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Tenom mencadangkan supaya wasatiyyah ataukesederhanaan dijadikan panduan dalam proses melaksanakan rekonsilitasi /pemuafakatan. Kerajaan memperkenalkan Pendekatan Wasatiyyah adalah untuk

masyarakat Malaysia yang harmoni iaitu yang jauh daripada sikap ekstrem dan liberal.

Masyarakat yang bersatu padu dan saling sayang menyayangi serta hormat-

menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya.

Wasatiyyah ditakrifkan sebagai kesederhanaan, keseimbangan, keadilan dan

kecemerlangan merupakan satu pendekatan yang dianjurkan oleh Islam dan amat

bersesuaian untuk dilaksanakan oleh semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada

pelbagai agama, bangsa dan budaya. Kesederhanaan yang sebenar ialah berada di

tengah-tengah antara ekstrem dan cuai. Ini kerana melakukan perbuatan yang lebih

dari yang sepatutnya dianggap melampau, begitu juga perbuatan yang kurang daripada

Page 132: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

132

yang sepatutnya dilakukan dianggap sebagai suatu kecuaian. Justeru, kita tidak boleh

rigid dan ekstrem begitu juga kita tidak boleh terlalu bebas atau longgar atau dalam

bahasa modennya liberal. Dengan lain perkataan, konsep wasatiyyah adalah

bermaksud sederhana, pertengahan dan berimbang sebagai pemangkin kepada

Gagasan 1Malaysia.

Oleh yang demikian, memang tidak dapat dinafikan bahawa pendekatan

wasatiyyah merupakan salah satu asas yang amat penting ke arah melaksanakan

rekonsilitasi/pemuafakatan di negara ini. Ini kerana dengan penghayatan Wasatiyyah

akan melahirkan rakyat yang sederhana, saling hormat-menghormati dan bertimbang

rasa antara satu sama lain.

Yang Berhormat Simpang Renggam pula menyarankan supaya Kerajaanmengatasi jurang antara Islam dengan bukan Islam. Sememangnya Kerajaan

sentiasa berusaha untuk mewujudkan keharmonian dan kesepaduan antara rakyat

dinegara ini yang pelbagai agama dan kaum melalui pelbagai kementerian/agensinya.

Bagi memperteguhkannya, Kerajaan telah menubuhkan Institut Wasatiyyah Malaysia

bagi memperkenalkan dan mempromosikan konsep wasatiyyah yang bermaksud

sederhana, pertengahan dan berimbang seperti yang dijelaskan diatas tadi.

Dalam hal ini, JAKIM merangka banyak program yang menjurus kepada

keharmonian masyarakat Islam dan non muslim. Antara program dilaksanakan ialah

ziarah dan lawatan kerumah-rumah/institusi institusi berkaitan, mengadakan Forum

Perdana serta Majlis Silaturrahim sempena sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat

Kebangsaan dan Peringkat Negeri yang dihadiri oleh muslim dan non muslim dengan

tujuan mengeratkan hubungan di antara agensi agama khususnya JAKIM dengan

Saudara Muslim Cina di samping menarik perhatian dan minat di kalangan keluarga

dan sahabat mereka yang bukan Islam.

Disamping itu, Kerajaan telah mewujudkan Dasar Dakwah Negara yang

dilaksanakan oleh JAKIM dengan meletakkan usaha tersebut di bawah Agenda

Page 133: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

133

Transformasi Dakwah Negara 3, Pelan Tindakan Dakwah Negara 2015 - 2019 iaitu

“meningkatkan usaha penyebaran kefahaman Islam secara harmoni kepada

masyarakat Islam dan bukan Islam”.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Ipoh Barat bertanya adakah Kerajaan ambil kira danmelaksanakan saranan Kerajaan Negeri Sembilan supaya diselesaikan masalahperkahwinan sebelum seorang itu menukar agama. Kerajaan menyedari timbulnya

pertikaian apabila salah seorang daripada pasangan bukan Islam memeluk agama

Islam dan Kerajaan berusaha menyelesaikan masalah tersebut sebaik mungkin.

Sebagaimana yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kuasa berkaitan hal ehwal

Islam termasuk undang-undang Islam adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan

Negeri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Butiran 1, Senarai 2, Jadual

Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Berhubung dengan cadangan Kerajaan Negeri Sembilan supaya seseorang

bukan Islam perlu mengemukakan permohonan cerai dan menyelesaikan semua

kewajipannya di Mahkamah Sivil sebelum memeluk agama Islam, Kerajaan

Persekutuan mengalu-alukan cadangan tersebut dibawa kedalam Dewan

UndanganNegeri (DUN) walaupun diperingkat Negeri Sembilan.

Yang Berhormat Parit menyarankan undang-undang Syariahdiperkukuhkan dan Kerajaan mengambil langkah bagi menghalang campurtangan Mahkamah Sivil dalam keputusan Mahkamah Syariah. Sebagaimana Ahli

Yang Berhormat sedia maklum, dalam konteks sistem perundangan dan kehakiman di

Malaysia, ia terbahagi kepada dua sistem, iaitu perundangan sivil (Mahkamah Sivil) dan

perundangan Syariah (Mahkamah Syariah) dan bidang kuasa bagi kedua-dua

mahkamah tersebut telah diperuntukkan secara jelas iaitu Perkara 121(1A) dalam

Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang berkaitan.

Page 134: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

134

Kerajaan sentiasa memastikan bahawa penggubalan sesuatu undang-undang di

negara ini adalah selaras dengan prinsip Hukum Syarak dan maqasid Syariah. Bagi

tujuan ini, Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil telah ditubuhkan

pada tahun 1988, yang diurus setiakan oleh JAKIM Antara fungsi Jawatankuasa ini

ialah untuk mengkaji, menyemak dan menggubal undang-undang Islam yang seragam

untuk pemakaian seluruh negara. Usaha ini dijalankan secara bersama antara Kerajaan

Persekutuan dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Kerajaan juga sedang dalam tindakan aktif membuat cadangan pindaan

terhadap undang-undang yang berkaitan, yang bakal menjadi satu landasan untuk

mencari jalan penyelesaian secara holistik dengan mengambil kira kepentingan,

kebajikan dan keadilan semua pihak.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Parit Sulong mencadangkan Kerajaan memberi perhatiankhusus kepada pengusaha-pengusaha kecil / Industri Kecil dan Sederhana (IKS)untuk memperolehi Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Sememangnya menjadi

hasrat Kerajaan melalui JAKIM untuk membantu IKS memperolehi Sijil Pengesahan

Halal Malaysia. Secara umumnya, pemohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia perlu

mematuhi garis panduan keselamatan dan kebersihan makanan seperti Good

Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) dan

sebagainya. Bagi Industri Kecil Sederhana (IKS), asas kebersihan dan keselamatan

makanan perlu dipatuhi walaupun tidak memperolehi pensijilan GMP atau HACCP.

Agensi pembimbing seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

(MARDI), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Institut Piawaian dan Penyelidikan

Perindustrian Malaysia (SIRIM), Jabatan Pertanian dan seumpamanya dapat

membantu pihak IKS dalam mematuhi syarat Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Ingin

saya jelaskan, walaupun sumber yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha kecil

tersebut adalah halal secara zahir, namun begitu ianya masih perlu kepada

Page 135: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

135

pengesahan pihak berkuasa terhadap ramuan yang digunakan. Proses ini melibatkan

pemeriksaan lapangan dan pembuktian berasaskan dokumentasi.

Yang Berhormat Lumut minta penjelasan mengenai peluang dan bantuankepada guru-guru KAFA dan Sekolah Agama rakyat (SAR) meneruskan pengajianke peringkat diploma dan IPTA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa

guru-guru KAFA adalah di bawah bidang kuasa agensi bertanggungjawab di peringkat

negeri masing-masing dan menerima elaun berdasarkan jumlah jam mengajar serta

tidak terikat dengan agensi bertanggungjawab tersebut. Manakala pelantikan guru

Sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah dibawah bidang kuasa Lembaga Pengelola

Sekolah berkenaan. Sehubungan itu, tiada halangan guru-guru KAFA dan SAR untuk

meneruskan pengajian ke peringkat diploma atau IPTA jika memenuhi syarat-syarat

yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun,

mereka terikat dengan kontark perkhidmatan semasa melapor diri.

Yang Berhormat Batu Gajah bertanya apakah pendirian Kerajaan terhadapprojek mencetak 1 juta al-Quran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa

projek ini adalah bukan projek Kerajaan, tetapi ia adalah projek yang dibuat oleh

pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) . Kerajaan difahamkan projek mencetak 1 juta al-

Quran yang kini dijenamakan sebagai ’One Soul One Qur’an’ merupakan usaha

terjemahan Al-Qur’an ke dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Mandarin, Tamil dan

Bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh Islamic Information and ServicesFoundation (IIS). Antara matlamat projek yang telah dilaksanakan sejak tahun 2003 ini

adalah untuk memberi penjelasan dan kefahaman mengenai al-Quran dan Islam

kepada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai ajaran Islam. Ia juga

merupakan usaha bagi memantapkan pengetahuan dan maklumat umum kepada

masyarakat tentang Al-Qur’an sebagai sumber utama agama Islam.IIS dalam

kenyataan media menjelaskan bahawa program tersebut bertujuan memerangi

Islamophobia dengan merujuk kitab utama agama Islam yang membuktikan agama ini

adalah anti kepada keganasan.

Page 136: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

136

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya saya beralih kepada isu berkaitan TV AlHijrah. Yang BerhormatKuala Nerus menyarankan supaya peruntukan TV AlHijrah ditambah.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan telah mengumumkan

semakan semula Bajet 2015, dan telah mengumumkan langkah rasionalisasi

perbelanjaan dengan mengurangkan Perbelanjaan Mengurus (OE). Rasionalisasi

perbelanjaan ini adalah melibatkan semua kementerian, jabatan dan agensi-agensi

Kerajaan, termasuk juga TV AlHijrah dimana langkah rasionalisasi itu adalah

melibatkan pengurangan peruntukan tahunan TV AlHijrah dari RM40 juta yang

diumumkan sebelum ini kepada RM30 juta iaitu pengurangan berjumlah RM10 juta.

Rasionalisasi ini merupakan langkah sementara dan akan disemak semula dari semasa

ke semasa.

Pada masa yang sama, TV AlHijrah, sebagai sebuah organisasi yang berdaftar

di bawah Akta Syarikat 1965, adalah dibenarkan untuk menjana pendapatan sendiri

melalui iklan, tajaan dan lain-lain pendapatan yang bersesuaian. Bagi tahun 2015 ini,

TV AlHijrah mensasarkan pendapatan berjumlah RM 30 juta yang akan digunakan bagi

menampung kos operasi tahunan TV AlHijrah. Ini juga selaras dengan perancangan

jangka panjang TV AlHijrah untuk menjadi ke arah sebuah stesen yang mandiri.

Justeru, TV AlHijrah mengalu-alukan mana-mana agensi Kerajaan, pihak swasta dan

perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berminat untuk mengiklan atau

membuat penajaan di TV AlHijrah tertakluk kepada garis panduan sedia ada

Tuan Yang di-Pertua,

Akhirnya isu-isu berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat Sabak Bernam. Penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan adalah

seperti berikut:

Page 137: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

137

1) Bidang pelaburan TH masa kini dan perancangan bagi memastikanpulangan/bonus terus mampan.

Kerajaan, khususnya TH merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Yang

Berhormat atas penghargaan terhadap usaha dan inisiatif TH. Untuk makluman

Ahli Yang Berhormat, TH menumpukan inisiatif dan usaha kepada peluang

pelaburan domestik dan meneroka lebih banyak peluang pelaburan dalam

negara sejajar dengan saranan pihak Kerajaan baru-baru ini. Strategi pelaburan

TH sentiasa memberikan keutamaan agar sumber pulangan yang diperoleh

adalah halal dan toyyiban, serta mengekal nilai simpanan para pendeposit. THakan terus melabur dalam instrumen patuh syariah yang berisiko sederhana dan

stabil.

Pada masa kini, pelaburan-pelaburan TH tertumpu kepada sektor-sektor seperti

berikut :

Pelaburan ekuiti

Pelaburan sekuriti hutang

Pasaran wang dan instrumen kewangan

Hartanah

Perladangan

Kewangan Islam

Hospitaliti

Minyak dan gas

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, akaun simpanan di TH adalah

berlandaskan konsep Al Wadiah Yad Dhamanah, di mana simpanan tersebut

dijamin oleh Kerajaan. Berdasarkan konsep simpanan ini, tiada jaminan terhadap

kadar pulangan (bonus) tahunan bagi simpanan tersebut boleh diberikan oleh

pihak TH. Namun, sekiranya ada pulangan maka kadar pulangan adalah

Page 138: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

138

bergantung kepada prestasi kewangan tahun semasa serta berteraskan konsep

hibah (hadiah) daripada TH kepada para pendeposit.

2) Bilangan penyimpan TH

Sehingga kini jumlah pendeposit TH adalah lebih kurang 8.6 juta orang dan

daripada jumlah tersebut, mereka yang telah mendaftar dan sedang menunggu

giliran untuk menunaikan fardhu haji adalah 1.7 juta orang.

Jumlah pendeposit yang berumur di bawah 14 tahun adalah 1.8 juta orang dan

10.9 peratus daripadanya telah mendaftar untuk menunaikan fardhu haji.

Jumlah pendeposit dalam lingkungan umur 15 sehingga 59 tahun adalah 5.9 juta

orang dan 21.0 peratus daripadanya telah mendaftar untuk menunaikan fardhu

haji. Manakala, jumlah pendeposit dalam lingkungan umur 60 tahun dan ke atas

adalah 836,064 orang dan 26.9 peratus daripadanya telah mendaftar untuk

menunaikan fardhu

3) Cadangan untuk mengatasi tempoh menunggu yang lama bagi menunaikanhaji iaitu pendaftaran haji hanya dibuka kepada pendeposit yang berusia12 tahun keatasdan menetapkan tabungan minimum sebanyak RM5,000.

TH mengucapkan terimakasih atas dua cadangan tersebut. Pada masa ini, bagi

menangani masalah tempoh giliran menunaikan fardhu haji, TH sentiasa prihatin

dan telah mengambil langkah-langkah sewajarnya seperti berikut:-

i. pendaftaran semula bakal haji hanya boleh dilakukan selepas lima (5)

tahun dari tarikh kali terakhir menunaikan fardhu haji, namum tidak

menjadi keutamaan sebagaimana haji kali pertama;

Page 139: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

139

ii. tidak menawarkan tempat untuk menunaikan fardhu haji kepada kanak-

kanak 15 tahun dan ke bawah, walaupun telah berdaftar dan telah tiba

giliran untuk menunaikan farhu haji;

iii. keutamaan, keistimewaan serta pertimbangan yang sewajarnya diberikan

kepada bakal-bakal haji yang berusia 75 tahun khususnya kepada bakal

jemaah yang belum pernah menunaikan fardhu haji serta telah lulus

pemeriksaan kesihatan, walaupun mereka baharu mendaftar untuk

menunaikan haji; dan

iv. bakal haji untuk kali kedua (sebagai mahram / pembantu / pengiring bakal

haji terpilih), dikenakan bayaran penuh wang Belanja Haji tanpa

ditanggung oleh TH.

Dalam kesempatan ini, suka saya untuk memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, bahawa setiap tahun TH memberikan subsidi kos

haji kepada para jemaah sebagai salah satu program tanggungjawab sosial

korporatnya. Pada musim haji 2015 (1436H) ini, TH dijangka akan terus memberikan

subsidi haji dengan kos keseluruhannya melebihi RM140 juta. TH akan mengekalkan

kos yang perlu dibayar oleh setiap bakal haji Malaysia dengan bayaran haji sebanyak

RM9,980. Kos ini kekal selama tujuh (7) tahun berturut-turut, iaitu semenjak musim

haji 2009 (1430H), walaupun kos sebenar haji bagi setiap jemaah meningkat setiap

tahun. Kos sebenar haji bagi seorang jemaah pada musim haji tahun ini adalah

RM17,270, berbanding bayaran haji RM9,980 di mana perbezaan RM7,290 bagi setiap

jemaah adalah ditanggung oleh TH.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-mana

perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil

Page 140: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

140

tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri, khususnya agensi-agensi yang

berkaitan.

Sekian, terima kasih.Teks Gulung Titah DR 1 -2015

TEKS UCAPAN

MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH DIRAJAPADA 21 APRIL 2015 DI DEWAN NEGARA

Page 141: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

141

Y.B. MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B),MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

-------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang

telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam semasa perbahasan

Titah Diraja. Saya telah meneliti semua isu-isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya

Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta

saranan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua,

Pertamanya saya ingin menjelaskan isu Indeks Syariah Malaysia (ISM) yangdibangkitkan oleh Yang Berhormat Tan Sri Haji Mohd. Ali bin Mohd. Rustam yangmenyarankan agar pelaksanaan bidang ISM diperluaskan kepada semua jenteraKerajaan dan juga digalakkan di sektor swasta. Suka saya jelaskan,

bahawaIndeks Syariah Malaysia (ISM) merupakan satu kaedah pengukuran saintifik

untuk menilai keseriusan usaha kerajaan dalam melaksanakan dasar dan program agar

menepati piawaian Islam, serta mengenal pasti ruang-ruang pembaikan yang perlu

diberi fokus oleh Kerajaan, agar rakyat dapat menerima lebih banyak manfaat hasil dari

penerapan nilai-nilai sejagat dalam Islam.

Penilaian ISM adalah berteraskan lima prinsip Maqasid al-Syari’ah iaitu menjaga

agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, yang diukur berasaskan kepada lapan sektor

utama dalam pengurusan dan pentadbiran negara iaitu perundangan Islam, politik,

ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana dan persekitaran, serta sosial.

Pengukuran pencapaian ini dilakukan ke atas tiga komponen iaitu penggubal dasar

Page 142: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

142

(pemerintah), pelaksana dasar (agensi-agensi pelaksana) dan masyarakat awam

keseluruhannya.

Berhubung perluasan bidang kajian, lapan bidang yang telah dikenalpasti

tersebut adalah merupakan bidang-bidang utama dalam pentadbiran sesebuah negara.

Pengukurannya melibatkan agensi-agensi kerajaan sebagai pelaksana dasar-dasar

yang telah diputuskan Kerajaan. ISM bukanlah suatu skim galakan untuk melibatkan

pihak swasta atau sebagainya, tetapi ia merupakan inisiatif pihak kerajaan untuk

melihat sejauhmana komitmen negara dalam melindungi, menyubur dan mencapai

dasar-dasar negara berasaskan prinsip-prinsip Islam yang berpaksikan objektif syarak

(maqasid al-syariah). Adalah diharapkan ianya akan menjadikan negara kita sebagai

penanda aras (bench mark) khususnya negara Islam dalam mengukur Indeks Syariah

agar ia boleh diimplementasikan di negara mereka.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas dan YangBerhormat Puan Norliza binti Abdul Rahim minta Kerajaan perlu bertindak tegasdan perkukuhkan undang-undang bagi menangani pihak yang mempertikaikandan mempolimikkan perkara yang berkaitan agama Islam. Kerajaan sama ada

Persekutuan dan Negeri bersama-sama bertanggungjawab untuk memastikan bahawa

prinsip-prinsip Islam dihormati dalam sebarang isu yang berkait langsung dengan hal

ehwal agama Islam bagi memastikan keharmonian hidup dalam kepelbagaian agama di

negara ini. Islam juga mengajar agar agama-agama lain dihormati.

Justeru, Kerajaan melalui pelbagai kementerian/agensi yang berbidang kuasa

telah mengambil pendekatan yang sewajarnya dalam memastikan perpaduan dan

keharmonian hidup bermasyarakat dapat dikekalkan. Antara langkah-langkah yang

diambil adalah seperti yang berikut:

Page 143: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

143

(a) penubuhan Jawatankuasa Promosi Persefahaman dan Keharmonian

Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang berperanan dalam

melaksanakan program-program ke arah mewujudkan persefahaman

antara penganut-penganut agama dan keharmonian hidup

bermasyarakat;

(b) penganjuran program yang bersifat pendidikan dan memberi kefahaman

kepada masyarakat seperti dialog agama oleh institusi pengajian tinggi,

agensi dan kementerian seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

dan TV Alhijrah; dan

(c) memperkukuhkan mekanisme penyelarasan dan penguatkuasaan untuk

mengekang penyebaran provokasi terhadap isu hal ehwal Islam melalui

media masa dan media baharu.

Oleh itu, selaras dengan komitmen Kerajaan untuk memastikan kestabilan dan

keharmonian amalan beragama di negara ini terus terpelihara, peruntukan undang-

undang sedia ada sentiasa diperkemaskan dari semasa ke semasa dan tindakan

sewajarnya diambil kepada pihak-pihak berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua,

Beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan berkaitan isu fatwa. YangBerhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamad mencadangkan fatwa anak taksah taraf dikaji semula. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2012,

kumpulan penyelidik daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dilantik

untuk menjalankankajian mengenai isu ini bertajuk “Mem ‘bin/bintikan’ Anak TidakSah

Taraf Menurut Perspektif Syarak, Undang-undang dan Sosial” dengan menggunakan

dana khas Penyelidikan Fatwa. Hasil daripada kajian berkenaan, Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-103 pada 18-20 Februari 2013 telah

memutuskan bahawa keputusan fatwa mengenai isu anak tak sah taraf yang telah

Page 144: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

144

diputuskan pada tahun 1981 dan 2003 dikekalkan. Selain itu, Mesyuarat Panel Pakar

Syariah JAKIM yang bersidang pada 1 hingga 3 April 2015 baru-baru ini, juga telah

membincangkan isu ini dan telah bersetuju keputusan Fatwa Anak Tak Sah Taraf yang

dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini dikekalkan.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat pula minta penjelasan pandanganhukum / fatwa berkaitan tragedi MH370 khususnya berkaitan pewarisan danperkahwinan.Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Muzakarah Jawatankuasa

Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang

pada 25 Mac 2014 telah membincangkan mengenai tragedi MH370. Muzakarah telah

membuat keputusan seperti berikut:

“… Muzakarah bersetuju bahawa semua penumpang pesawat MH 370 adalah

dikategorikan sebagai “Mafqud (orang yang hilang) yang secara zahir dan

kebarangkalian kuatnya telah dianggap terkorban”. Oleh itu, memandangkan

usaha-usaha mencari telah dijalankan dalam tempoh yang munasabah bagi

mafqud dengan penggunaan pelbagai aset dan alat komunikasi berteknologi

tinggi serta kewujudan keterangan (qarinah) yang boleh diambilkira, maka

Muzakarah berpendapat bahawa penumpang pesawat MH370 tersebut boleh

dianggap telah terkorban.”

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia pula yang bersidang pada 20 April 2015 (semalam) telah

membuat keputusan berikut:

“... Muzakarah telah memutuskan bahawa tarikh anggapan mati bagi mangsa-

mangsa Tragedi MH370 ialah pada 29 Januari 2015 berdasarkan pengumuman

yang telah dibuat oleh Kerajaan melalui Ketua Pengarah, Jabatan Penerbangan

Awam (DCA). Berikutan itu, pihak-pihak yang berkenaan perlu mengemukakan

kepada mahkamah bagi tujuan pengesahan atau pensabitan tarikh kematian

seperti yang diisytharkan..”

Page 145: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

145

Mengenai hal-hal berkaitan pengagihan harta pusaka, status perkahwinandan kedudukan anak-anak mangsa mangsa atau hukum-hukum lain yang

bersangkutan daripada tragedi ini, Muzakarah menegaskan “ bahawa ianya

hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan berasaskan peruntukan undang-

undang yang sedia ada setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh

mahkamah . “

Ahli Yang Berhormat juga bertanya, adakah menjadi dasar bahawa semuamayat perlu dibawa pulang. Dimaklumkan setakat ini, tiada dasar khusus yang

menetapkan semua mayat perlu dibawa pulang ke tempat asal untuk dikebumikan.

Jumhur ulama bersependapat bahawa mayat hendaklah disegerakan

pengkebumiannya. Walau bagaimanapun dalam soal pemindahan mayat dari satu

tempat ke tempat yang lain atau dari satu negara ke negara lain, menurut pandangan

mazhab-mazhab dalam Islam adalah berbeza-beza. Sehubungan itu, Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali

ke-8 yang bersidang pada 24 hingga 25 September 1984 telah membincangkan isu

Garis Panduan Bagi pengurusan Jenazah Orang-orang Islam Luar Negeri dan telah

memutuskan antaranya bahawa pemindahan mayat dari satu negeri ke satu negeri

yang lain adalah harus sekiranya keadaan memerlukan (darurat) tetapi mestilah

dipastikan si mati dipindahkan dalam keadaan yang baik dan sempurna.

Ahli Yang Berhormat juga menyeru supaya pandangan Islam/ulama dimintadahulu sebelum RMKe-11 dan pelbagai perkara dilaksanakan. Kerajaan akan

sentiasa merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mahupun JAKIM selaku

agensi yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Islam di Malaysia mengenai satu-satu

isu yang melibatkan hukum sebelum dimuktamadkan sebagai dasar Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua,

Page 146: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

146

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat juga mintapenjelasan sekali lagi berhubung fahaman Wahabi. Sebagaimana penjelasan saya

di Dewan ini pada beberapa persidangan yang lalu,Kerajaan berpandangan bahawa isu

berkaitan Wahabi ini adalah merupakan isu khilaf di kalangan ulama’ khususnya

bersangkut paut dengan masalah furu’iyyah. Ini adalah selaras dengan hasil daripada

perbincangan beberapa kali Ini di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali

ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1988). Isu ini jugadibincangkan dalam Mesyuarat Panel

Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 (2000), ke-20 (2002) dan ke-23 (2003).

Dalam hubungan ini, Kerajaan amat prihatin dan sentiasa mengambil berat isu-

isu furu’iyyah (masalah-masalah cabang) yang sering dikaitkan dengan pendokong

fahaman ini supaya ia tidak menjejaskan perpaduan masyarakat Islam di negara ini.

Bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat berkenaan fahaman ini, Kerajaan sentiasa

mengambil pendekatan ke arah mengharmonikan semua pihak seperti berikut:

iv. mengadakan sesi penjelasan kepada masyarakat melalui program-program

ceramah dan penyebaran maklumat berkenaan akidah Ahli Sunnah Wal

Jamaah yang diamalkan di Malaysia;

v. sentiasa mengadakan perbincangan dengan semua pihak bagi berbincang

berkenaan tumpuan dakwah sebenar ke arah melahirkan masyarakat yang

harmoni; dan

vi. memantau dan mengawal bahan-bahan media cetak dan elektronik dari

sebarang ajaran yang bercanggah.

AhliYang Berhormat juga minta penjelasan mengenaiamalan berzikirsambil menari. JAKIM telah mengeluarkan bukuGaris Panduan Mengadakan Majlis

Maulid, Selawat, Haul, Zikir Atau Seumpama Dengannya pada tahun 2014. Garis

Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi panduan dan rujukan kepada pihak yang

Page 147: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

147

terlibat dalam penganjuran program maulid, selawat, haul, zikir atau seumpamanya

agar pengisian program menepati dengan kehendak syariat Islam dan tidak

mendatangkan suasana tidak baik/tidak harmoni kepada masyarakat Islam. Antaranya

sebagaimana yang dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa semalam (20 April 2015) bahawa zikiryang ada tari menari dan sebagainya tidak melampau, tidak bergaul lelaki danperempuan, tidak bergelap, tidak melompat seperti tarian break dance dansebagai adalah dibolehkan. Pergerakan yang munasabah seperti gerak kepala ituboleh tetapi tidak dibuat berlebihan sangat-sangat”. Sehubungan itu, semua umat

Islam di negara ini diseru untuk mematuhi garis panduan berkenaan. Garis Panduan ini

telah dipaparkan di laman web JAKIM www.islam.gov.my.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki pula bertanyaapakah puncanya ajaran Millah Abraham mempunyai pengikut yang ramaiwalaupun ketuanya di Indonesia. Kajian awal mendapati mereka yang tertarik

dengan ajaran Millah Ibrahim @ Abraham adalah terdiri daripada individu yang ingin

perubahan kehidupan daripada terlibat dengan perkara-perkara maksiat kepada

kehidupan yang beragama yang lebih baik. Dengan demikian apabila diperkenalkan

dengan ajaran yang sesuai dengan jiwa mereka dan berpandukan logik akal dalam

mentafsirkan ayat Al-Quran, mereka dengan mudah tertarik dengan ajaran ini.

Tambahan pula pendekatan yang digunakan oleh pengerak ajaran ini disampaikan

secara santai dengan mendekati golongan remaja dan semua peringkat umur.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki juga inginpenjelasan apakah perancangan Kerajaan untuk mengukuhkan Wasatiyyahdalam konteks negara kita dan juga ASEAN. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat

sedia maklum, Kerajaan memperkenalkan pendekatan Wasatiyyah adalah untuk

masyarakat Malaysia yang harmoni iaitu yang jauh daripada sikap ekstrem dan liberal.

Page 148: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

148

Masyarakat yang bersatu padu dan saling sayang menyayangi serta hormat-

menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Justeru, Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) ditubuhkan sejajar dengan iltizam

YAB Perdana Menteri yang telah mengetengahkan pendekatan wasatiyyah ataupun

kesederhanaan dalam mengemudi ummah dan negara bagi menghadapi cabaran pada

masa sekarang dan akan datang. Bagi tempoh 5 tahun, IWM telah menggariskan 4

strategi utama yang perlu dilaksanakan iaitu:-

i. mempromosikan pendekatan Wasatiyyah dan IWM kepada umum;

ii. meningkatkan pengetahuan dan kefahaman rakyat Malaysia tentang

pendekatan Wasatiyyah;

iii. menggalakkan penghayatan amalan kesederhanaan dan

keseimbangan dalam aktiviti harian; dan

iv. memperkasakan sumber rujukan dan bahan ilmiah berkaitan

Wasatiyyah.

Kerajaan juga telah berusaha untuk menjadikan pendekatan wasatiyyah sebagai

dasar negara yang akan dilaksanakan secara menyeluruh dan holistik. Untuk itu, IWM

dengan kejasama JAKIM telah bertindak menyediakan kertas cadangan lengkap untuk

melaksanakan Wasatiyyah dalam setiap bidang strategik seperti pendidikan, ekonomi

dan pembangunan, pentadbiran dan perundangan, perpaduan dan sosial, politik dan

kenegaraan, pertahanan dan keselamatan. yang melibatkan pakar-pakar dalam bidang-

bidang tersebut. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) kali ke-58 yang

dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri telah bersetuju untuk menjadikan

Wasatiyyah sebagai dasar negara. MKI juga telah bersetuju ditubuhkan jawatankuasa-

jawatankuasa berikut:

Page 149: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

149

i. Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah Peringkat

Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

ii. Jawatankuasa Pelaksana Pendekatan Wasatiyyah Antara Agensi

yang dipengerusikan oleh Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia

merangkap Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri.

iii. Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Wasatiyyah

Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Menteri

Besar/Ketua Menteri setiap negeri.

Dengan usaha tersebut, adalah diharapkan Malaysia akan menjadi sebagai

sebuah negara yang amat menekankan kepada usaha-usaha keharmonian sejagat

antara rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya. Seterusnya

akan menjadi contoh kepada negara-negara lain khususnya ASEAN.

Dalam usaha menyebarluas pendekatan Wasatiyyah di rantau ASEAN, satu

sekretariat iaitu “Sekretariat Kerjasama Islam Nusantara (SUTERA)” telah diwujudkan

hasil daripada resolusi seminar Antarabangsa “Penghayatan Wasatiyyah dalam

Kerangka Maqasid Syariah” yang dianjurkan oleh IWM pada 8 April 2014. Sekretariat

ini ialah badan penggerak dan penghubung secara langsung dengan institusi-institusi di

Nusantara dan Timur Tengah.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Datuk Hajah Noriah binti Mahat meminta supaya Kerajaanmelaksanakan usaha kukuh dan bersepadu untuk menjelaskan kumpulan IS(Islamic State) agar orang ramai tidak terpengaruh. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, selain tindakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian

Dalam Negeri bagi menangani ancaman kumpulan IS dalam aspek keselamatan,

Page 150: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

150

Kerajaan melalui kementerian/agensi berkaitan telah menyusun dan menyelaras

program penerangan tentang kumpulan IS secara lengkap dan menyeluruh.

Suka saya maklumkan bahawa Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa

Kebangsaan semalam (20 April 2015) telah memutuskan bahawa umat Islam di negara

ini haram membantu, memihak apatah lagi menyertai gerakan kumpulan militan IS.

Dalam hubungan ini, JAKIM telah menubuhkan Jawatankuasa Penerangan Jihad

Peringkat Kebangsaandengan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah, JAKIMdan

dianggotai oleh kementerian/agensiberikut:-

(ix) Kementerian Dalam Negeri;

(x) Kementerian Pendidikan Malaysia;

(xi) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia;

(xii) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri;

(xiii) Majlis Agama Islam Negeri /Jabatan Agama Islam Negeri;

(xiv) Institut Kefahaman Islam Malaysia;

(xv) Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri.

(xvi) Polis DiRaja Malaysia; dan

(xvii) Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).

Jawatankuasa ini adalah berfungsi untuk:

(v) berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan isu-isu jihad dan

ekstremisme antara agensi-agensi berkaitan bagi memudahkan

perancangan dan pelaksanaan program;

(vi) merangka dan menyediakan pelan tindakan yang jelas dan menyeluruh

bagi mengatasi salah faham dan kekeliruan tentang konsep jihad;

(vii) membuat penyelarasan pelaksanaan program dan aktiviti berdasarkan

peranan dan fungsi agensi yang terlibat; dan

Page 151: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

151

(viii) melaksanakan program dan aktiviti secara kerjasama melalui National

Blue Ocean Strategy (NBOS) agar pelaksanaannya lebih cekap dan

menyeluruh.

Juga turut dipersetujui, bahawa ahli jawatankuasa atau agensi-agensi yang

berkaitan juga boleh mengambil pendekatan proaktif dengan melaksanakan program-

program penerangan masing-masing. Misalnya, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

mengeluarkan penulisan mengenai jihad dan kumpulan IS yang dipaparkan dalam

laman webnya. TV al-Hijrah dan Radio IKIMfm pula telah menerbit dan menyiarkan

beberapa siri program yang menerangkan tentang konsep jihad dan bahaya ancaman

kumpulan IS.

Disamping itu, antara usaha-usaha yang dilaksanakan oleh JAKIM ialah:

i. Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Islam Nasional di ILIM Bangi pada 14

– 15 Mac 2015 yang melibatkan seramai 300 orang pemimpin pelajar

universiti seluruh Malaysia;

ii. Seminar Penjelasan Isu Jihad kepada pegawai JAKIM dan JAIN Seluruh

Malaysia pada 20 Mac 2015 di Masjid Putra, Putrajaya;

iii. Wacana Intelektual Akidah : Ancaman Ideologi Semasa dan Kesannya

kepada Ummah dan Perlembagaan Negara dengan kerjasama Jabatan

Agama Islam Pahang (JAIP) dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

(KIPSAS) pada 23 Mac 2015 di KIPSAS, Pahang kepada 800 orang

pegawai dan kakitangan JAIP, Pensyarah dan pelajar serta guru-guru

takmir masjid;

iv. menyediakan teks khutbah Jumaat khas yang menjelaskan konsep jihad

dan isu-isu yang berkaitan dengannya untuk dibacakan di masjid-masjid

utama negara dan siarkan secara langsung melalui TV1;

Page 152: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

152

v. kempen dan kesedaran fatwa melalui keputusan Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

kali ke-106 pada 21 - 22hb Oktober 2014 yang bersidang di Kuala

Terengganu yang telah memutuskan bahawa “Perjuangan mujahidin

Negara Islam (IS) adalah bertentangan dengan syarak dan kematiannya

juga tidak dikira syahid”;

vi. menerbit dan menyiarkan program ceramah dan forum melalui penerbitan

media elektronik TV dan Radio seperti Forum Perdana Ehwal Islam dan

sebagainya ; dan

vii. Seminar Kelestarian Keselamatan Negara dengan kerjasama INTAN Bukit

Kiara pada 16 April 2015.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya beralih kepada isu yang berkaitan Mahkamah Syariah. YangBerhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamad dan Yang Berhormat Dato’ Dr,Johari bin Mat menyarankan supaya meningkatkan bidang kuasa serta naiktarafhakim Mahkamah Syariah dan kaji semula Akta Mahkamah Syariah (BidangKuasa Jenayah) 1965 [Akta 355]. Kerajaan menyedari had bidang kuasa jenayah

Mahkamah Syariah pada masa sekarang adalah terhad kepada hukuman pemenjaraan

selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit

dan sebatan yang tidak melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman

tersebut berdasarkan seksyen 2 Akta 355 sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli-

ahli Yang Berhormat.

Kerajaan juga sentiasa berusaha dan mengambil langkah-langkah yang positif

dalam melaksanakan hukum Islam dan mengamalkan prinsip-prinsipnya (maqasid

Syariah) dalam sistem perundangan negara selaras dengan kedudukan Islam sebagai

agama bagi Persekutuan. Justeru, Kerajaan sedang meneliti cadangan pindaan

Page 153: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

153

kepada Akta 355 yang bertujuan untuk memperluaskan bidang kuasa jenayah

Mahkamah Syariah yang sedia ada. Usaha ini juga adalah selaras dengan cadangan

untuk menaik taraf dan mewujudkan lima peringkat mahkamah Syariah di negara ini

iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi

Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri dan Majlis Rayuan Syariah. Dalam masa

yang sama, kedudukan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah juga akan disemak semula

dan dinaik taraf.

Oleh keranainstitusi kehakiman Syariah adalah terletak di bawah bidang kuasa

Kerajaan Negeri sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan di bawah Butiran 1,

Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan

telah mengadakan rundingan dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri agar cadangan

untuk menaik taraf kedudukan Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil

dapat dilaksanakan. Pada masa ini, Kerajaan dari semasa ke semasa, sedang dalam

tindakan aktif untuk melaksanakan cadangan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua,

Akhirnya isu yang berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH). Yang BerhormatTuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta penjelasan bilangan penyimpan TH yangberumur bawah 15 tahun dan 60 tahun keatas yang telah mendaftar haji.Sehingga kini, jumlah pendeposit TH adalah lebih kurang 8.6 juta orang dan daripada

jumlah tersebut, mereka yang telah mendaftar dan sedang menunggu giliran untuk

menunaikan fardhu haji adalah 1.7 juta orang (19.7 peratus). Jumlah pendeposit yang

berumur 14 tahun dan ke bawah adalah 1.8 juta orang dan 210,869 orang (11.4

peratus) daripadanya telah mendaftar untuk menunaikan fardhu haji. Manakala, jumlah

pendeposit dalam lingkungan umur 60 tahun dan ke atas adalah lebih kurang satu juta

orang dan 229,415 orang (22.3 peratus) daripadanya telah mendaftar untuk

menunaikan fardhu haji.

Page 154: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

154

Ahli Yang Berhormat juga mencadangkan pendaftaran haji hanya dibukakepada penyimpan yang berusia 12 tahun keatasdan menetapkan tabunganminimum sebanyak RM5,000. TH mengucapkan terima kasih atas cadangan tersebut.

Pada masa ini, bagi menangani masalah tempoh giliran menunaikan fardhu haji, THsentiasa prihatin dan telah mengambil langkah-langkah sewajarnya seperti berikut:-

i. pendaftaran semula bakal haji hanya boleh dilakukan selepas lima (5)

tahun dari tarikh kali terakhir menunaikan fardhu haji, namum tidak

menjadi keutamaan sebagaimana haji kali pertama;

ii. tidak menawarkan tempat untuk menunaikan fardhu haji kepada kanak-

kanak 15 tahun dan ke bawah, walaupun telah berdaftar dan telah tiba

giliran untuk menunaikan farhu haji;

iii. keutamaan, keistimewaan serta pertimbangan yang sewajarnya diberikan

kepada bakal-bakal haji yang berusia 75 tahun khususnya kepada bakal

jemaah yang belum pernah menunaikan fardhu haji serta telah lulus

pemeriksaan kesihatan, walaupun mereka baharu mendaftar untuk

menunaikan haji; dan

iv. bakal haji untuk kali kedua (sebagai mahram / pembantu / pengiring bakal

haji terpilih), dikenakan bayaran penuh wang Belanja Haji tanpa

ditanggung oleh TH.

Dalam kesempatan ini, suka saya untuk memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang

Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, bahawa setiap tahun TH memberikan subsidi kos

haji kepada para jemaah sebagai salah satu program tanggungjawab sosial

korporatnya. Pada musim haji 2015 (1436H) ini, TH dijangka akan terus memberikan

subsidi haji dengan kos keseluruhannya melebihi RM140 juta. TH akan mengekalkan

kos yang perlu dibayar oleh setiap bakal haji Malaysia dengan bayaran haji sebanyak

RM9,980. Kos ini kekal selama tujuh (7) tahun berturut-turut, iaitu semenjak musim

Page 155: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

155

haji 2009 (1430H), walaupun kos sebenar haji bagi setiap jemaah meningkat setiap

tahun. Kos sebenar haji bagi seorang jemaah pada musim haji tahun ini adalah

RM17,270, berbanding bayaran haji RM9,980 di mana perbezaan RM7,290 bagi setiap

jemaah adalah ditanggung oleh TH.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-mana

perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil

tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri, khususnya agensi-agensi yang

berkaitan.

Sekian, terima kasih.

20 April 2015Teks Gulung Titah DN 1 -201

Page 156: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

156

TEKS UCAPAN

MENGGULUNG PERBAHASAN USUL RMKe-11PADA 15 JUN 2011 DI DEWAN RAKYAT

YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BINHAJI BAHAROM (B),

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI-------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam semasa

perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) di Dewan yang mulia ini.

Saya telah meneliti semua isu-isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana

Menteri khususnya jabatan/agensi berkaitan telah mengambil perhatian dan

menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang

Berhormat itu.

Tuan Yang di-Pertua;

Pertamanya saya ingin memberi penjelasan kepada cadangan oleh YangBerhormat Rompin supaya dibentuk Tribunal Keluarga di Mahkamah Syariah bagimenyelesaikan pertikaian apabila salah seorang pasangan masuk Islam.

Kerajaan menyedari timbulnya pertikaian apabila salah seorang daripada pasangan

bukan Islam memeluk agama Islamdan Kerajaan bersama-sama Majlis Agama Islam

Negeri-negeri (MAIN) sedang mencari mekanisma terbaik bagi menyelesaikan masalah

tersebut. Sebagaimana yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kuasa berkaitan hal

ehwal Islam termasuk undang-undang Islam adalah terletak di bawah bidang kuasa

Kerajaan Negeri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Butiran 1, Senarai 2, Jadual

Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Page 157: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

157

Berhubung dengan cadangan penubuhan sebuah Tribunal Keluarga, ia perlu

diperhalusi dan diteliti dengan lebih mendalam dari semua aspek bagi memastikan

cadangan tersebut selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang

yang sedang berkuat kuasa seperti Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan

dan Penceraian) 1976 [Akta 164] dan Undang-undang Pentadbiran dan Undang-

undang Keluarga Islam serta undang-undang Prosedur Mal Negeri-Negeri. Justeru itu,

Kerajaan sedang dalam tindakan aktif bagi mencari jalan penyelesaian secara holistik

dengan mengambil kira kepentingan, kebajikan dan keadilan semua pihak.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya Yang Berhormat Bachok membangkitkan pihak berkuasa agama tidakmenyelesaikan isu Islamophobia dan “hudud phobia”, termasuk oleh TVAlHijrah. Sebagaimana AhIi Yang Berhormat sedia maklum isu Islamophobia adalah

merupakan isu global yang berlaku di peringkat antarabangsa dan negara kita tidak

terkecuali. Dalam menangani Islamophobia di negara ini, Kerajaan melalui Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari semasa ke semasa sentiasa bekerjasama

dengan pihak berkuasa agama negeri dan pelbagai pihak dalam memberi kefahaman

berkaitan dengan ajaran Islam secara umum kepada rakyat Malaysia dan

melaksanakan program-program yang berteraskan prinsip kesederhanaan atau

wasatiyyah dan juga termasuklah hukum-hukum jenayah syariah. Dalam program-

program tersebut diperjelaskan ciri-ciri kesederhanaan, kasih sayang dan keindahan

Islam dalam program-program yang dijalankan.

Dalam konteks dakwah, pelbagai program dakwah telah dilaksanakan samada melalui

dakwah bil hal, dakwah bil lisan dan juga penerbitan program agama di radio dan

televisyen. Selain itu, Kerajaan juga telah melaksanakan Program Transformasi

Institusi Masjid yang melibatkan bukan Islam dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO)

yang dapat menyampaikan maklumat sebenar tentang ajaran Islam bagi mengurangkan

salah tanggap terhadap agama Islam. Program muhibbah seperti lawatan muhibbah

antara ketua-ketua agama juga dianjurkan bersama pihak pertubuhan bukan Kerajaan

Page 158: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

158

(NGO), program berbuka puasa dengan pelancong bukan Islam serta lawatan

pertubuhan-pertubuhan masyarakat bukan Islam dari dalam/luar negara.

Manakala langkah oleh TV AlHijrah dalam menangani Islamophobia, suka

dimaklumkan bahawa TV AlHijrah sentiasa berterusan untuk memberikan kefahaman

yang sahih mengenai Islam kepada orang Islam dan bukan Islam selaras dengan

objektif penubuhan TV Alhijrah itu sendiri. Dalam konteks ini, TV AlHijrah telah

menerbitkan pelbagai rancangan seperti berikut:

a) The Truth – satu siri dokumentari 13 episod berbahasa Inggeris yang

menjelaskan serta membetulkan penyelewengan fakta sejarah mengenai

Islam. Satu musim telah disiarkan dan musim kedua bakal bersiaran;

b) Dialog Harmoni – Satu rancangan melibatkan dialog antara agama yang

diterbitkan di dalam Bahasa Melayu untuk menyemai perpaduan dan

keharmonian antara agama; dan

c) Tonight with Zakir Naik – satu rancangan syarahan di dalam bahasa Inggeris

dari pendakwah terkemuka antarabangsa, Dr. Zakir Naik yang amat baik bagi

membina kefahaman mengenai Islam.

Berkaitan penjelasan undang-undang jenayah syariah [menangani ”hududphobia”], selain daripada penggunaan media cetak dan media eletronik, JAKIM turut

mengadakan seminar-seminar berkaitan jenayah syariah yang memberi pemahaman

kepada masyarakat awam tentang undang-undang jenayah Syariah yang sedang

berkuatkuasa pada ketika ini. Penjelasan kepada masyarakat bukan Islam pula,

peranan ini dilaksanakan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Majlis Dakwah

Negara (MDN), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Pertubuhan Kebajikan

Islam Malaysia (PERKIM) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang lain.

Bahkan YADIM telah menerbitkan sebuah buku bagi menjelaskan berkaitan hudud,

yang berjudul ” Perlaksanaan Hudud di Malaysia ; Satu Analisis ”. Pewujudan badan-

Page 159: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

159

badan bukan kerajaan seumpama ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman Islam

yang tepat termasuk undang-undang jenayah syariah kepada masyarakat umum

melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, dialog, bengkel,

forum, perundingan, latihan dan penerbitan. TV AlHijrah juga telah membuat

penerangan secara khusus mengenai perkara ini di dalam rancangan Assalamualaikum

dan rancangan Pentas Dakwah bagi memberikan gambaran jelas dan sahih mengenai

isu ini.

Ingin saya tegaskan disini, sesungguhnya menangani isu Islamophobia adalah

tanggungjawab bersama umat Islam di Malaysia dan dunia.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Tasek Gelugor menyarankan supaya JAKIM diperkasakan dalamRMKe-11 dengan peruntukan khusus kepada pendakwah dan menangani ajaransalah. Saya amat menghargai keperhatinan Ahli Yang Berhormat. Saya juga amat

bersetuju supaya peruntukkan untuk perkara ini ditambah memandangkan di masa ini

terdapat pelbagai perdekatan yang mencabar.

Dalam hubungan ini, Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

sentiasa mengadakan usaha-usaha pengukuhan, antaranya:

(i) meningkatkan usaha penyelarasan dengan pihak-pihak berkuasa agama negeri

dan pihak keselamatan bagi mengkaji perkembangan ajaran-ajaran salah yang

berlaku di negara ini;

(ii) mengadakan kursus-kursus kepada pegawai-pegawai hal ehwal Islam pusat dan

negeri di dalam negara khususnya di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM);

(iii) menghantar pegawai-pegawai dalam program wacana dan seminar yang

berkaitan;

Page 160: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

160

(iv) menggalakkan pegawai-pegawai melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan

doktor falsafah;

(v) menubuhkan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM);

(vi) mengkaji lebih mendalam terhadap sesuatu ajaran salah dan mengenal pasti

siapa pihak di belakangnya;

(vii) memperkukuhkan pegangan akidah Ahli sunnah Wal Jamaah dalam kalangan

masyarakat melalui sesi penjelasan dalam sesi seminar, ceramah, kaedah

penyebaran di media cetak, media massa dan media baharu;

(viii) memantau makumat di internet berhubung sesuatu ajaran dan mengadakan

langkah-langkah pengawalan dengan kerjasama JAIN dan Suruhanjaya

Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) ; dan

(ix) memantau program-program ceramah dengan kerjasama JAIN.

Disamping itu, Pusat Pemantapan Akidah, JAKIM telah dinaiktaraf kepada Institut

Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPPAM) dan akan dilancarkan pada

bulan September akan datang. Manakala bagi tujuan penaiktarafan pembangunan

fizikal juga telah dibuat permohonan di bawah peruntukan RMKe-11. Pusat tersebut

telah dan sedang melaksanakan kursus dan latihan kepada kader-kader akidah yang

terdiri daripada Guru Pendidikan Islam, Guru-guru Takmir, imam-imam, pelajar-pelajar

IPTA/IPTS, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA, PDRM), Penggerak Masyarakat

Orang Asli, pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan kader-kader JAKIM di

semua kementerian.

Dalam konteks penguatkuasaan, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang (BPUU)

JAKIM, berperanan sebagai institusi pusat yang menyelaras penguatkuasaan undang-

undang syariah di negeri-negeri. Antara tindakan pengukuhan penguatkuasaan yang

dilaksanakan terhadap ajaran salah adalah melalui mekanisma berikut :

Page 161: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

161

i) Pelan Pencegahan Jenayah Syariah yang turut merangkumi pencegahan dan pelan

tindakan menangani ajaran salah;

ii) latihan kepada pegawai penguatkuasa agama khusus bagi menangani kes-kes

ajaran salah;

iii) bengkel mock trial kes ajaran salah;

iv) pengemaskinian SOP/Arahan Tetap Pengarah JAIN, Arahan Ketua Pendakwa

Syarie, serta garis panduan berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan sebagai

dokumen rujukan dalam menjalankan tugas; dan

v) operasi bersama dengan agensi penguatkuasaan bagi kes ajaran salah iaitu Polis

Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan

agensi penguatkuasaan negeri.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya Yang Berhormat Kuala Kangsar mencadangkan supaya diwujudkanprofesion/kerjaya baru sebagai pengantara/penyelaras antara JAKIM/JAIN denganpihak syarikat/pemain dalam industri halal. Kerajaan menyambut baik cadangan

tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prosedur Pensijilan Halal Malaysia

yang diguna pakai pada masa kini telah mensyaratkan setiap syarikat/pemohon dalam

kategori multinasional dan kategori sederhana perlu melantik Eksekutif Halal yang

bertanggungjawab dalam memastikan pematuhan halal di syarikat masing-masing. Di

samping itu, syarikat/pemohon Pensijilan Halal Malaysia juga perlu melantik seorang

penyelia Muslim. Manakala bagi Pensijilan Halal Malaysia skim rumah sembelih pula,

syarikat/ pemohon perlu melantik penyembelih Muslim dan pemeriksa halal Muslim

(Muslim halal checker).

Selain itu, dimaklumkan juga Kerajaan telah meluluskan pewujudan Halal Professional

Board (HPB) melalui Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI)

Page 162: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

162

kali ke-58. HPB bermatlamat meningkatkan tahap profesionalisme di kalangan

pemain-pemain dalam industri halal. HPB juga berperanan sebagai satu badan yang

mengawal selia jaminan kualiti latihan halal dan mendaftar setiap pemain dalam industri

halal seperti jurulatih halal (halal trainer), konsultan halal (halal consultant), pusat

latihan halal (halal training centre), eksekutif halal (halal executive) dan lain-lain yang

berkaitan.

Yang Berhormat Kuala Kangsar juga mencadangkan supaya meletakkan danberkerjasama dengan pakar-pakar/pelatih-pelatih yang mempunyai kepakaranbagi memastikan pengagihan zakat di peringkat negeri-negeri dapatdilaksanakan pengagihannya yang lebih sempurna. Ingin saya tegaskan sekali lagi

bahawa berdasarkan Butiran 1, Senarai 2, Jadual Kesembilan, Perlembagaan

Persekutuan, hal-ehwal Agama Islam termasuklah urusan zakat terletak di bawah

bidang kuasa Kerajaan Negeri. Mekanisme agihan zakat di setiap negeri dikendalikan

sepenuhnya oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing dan di luar bidang

kuasa Kerajaan Persekutuan. Pihak berkuasa agama negeri mempunyai mekanisme

agihan zakat yang baik dalam memanfaatkan kutipan zakat di negeri masing-masing.

Dalam perkataan lain, kutipan dan agihan zakat adalah hak sepenuhnya negeri masing-

masing dan tidak melibatkan Kerajaan Persekutuan termasuk JAKIM.

Dalam konteks ini, di Wilayah Persekutuan yang diletakkan di bawah tanggungjawab

Kerajaan Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah

melaksanakan pelbagai aktiviti agihan zakat merangkumi agihan zakat secara langsung

menerusi 28 skim bantuan zakat dan agihan zakat secara tidak langsung menerusi

penubuhan institusi pendidikan, perlindungan dan kebajikan, kesihatan, pembinaan dan

penambahbaikan prasarana umat Islam seperti masjid, surau dan tanah perkuburan.

Selain itu, zakat juga telah digunakan bagi menampung pembayaran elaun imam, bilal,

noja, guru-guru KAFA dan Tadika-tadika Islam di Wilayah Persekutuan.

Mengenai cadangan supaya mengadakan kerjasama dengan pakar-pakar danpelatih yang mempunyai kepakaran dalam pengagihan zakat, ia adalah merupakan

Page 163: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

163

cadangan yang baik dan sememangnya sedang berjalan dan sentiasa diteruskan.

Dalam hal ini, MAIWP sentiasa bekerjasama dengan mereka yang mempunyai

pengalaman dan kepakaran di kalangan agensi mengurus zakat sendiri dan tokoh

akademik untuk mendapatkan cadangan dan pandangan dalam menambahbaik aktiviti

agihan zakat. Cadangan ini juga bolehlah dipanjangkan kepada negeri-negeri

termasuklah menerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing untuk

dipertimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Kuala Nerus membangkitkan sehingga kini Petronas tidak bayarzakat dan mencadangkan supaya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan membuatsatu kajian hukum tentang zakat petroleum sebagai pendapatan negara. Untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, persoalan sama ada PETRONAS dikenakan zakat

atau pun tidak telah dibincangkan beberapa kali oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Dimana Muzakarah Jawatankuasa

Fatwa Kebangsaan Bagi Hal EhwalUgama Islam Malaysia Kali Ke-6 yang bersidang

pada 10 Oktober 1983 telah membincangkan Hukum Zakat Perniagaan ke atas

Petronas. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

“Minyak mentah dipandang dari segi sifatnya sebagai bahan galian adalah wajib

dikenakan zakat apabila ia dikeluarkan dari bumi. Ini adalah berdasarkan kepada

pendapat Mazhab Hanbali dan disokong kuat oleh pendapat Profesor Dr.

Yusuf al-Qaradhawi yang disertakan dengan hujah yang kuat”

1. PETRONAS tidak wajib dikenakan zakat kerana zakat hanya dikenakan

kepada individu. Syarat wajib zakat oleh individu:

a) Islam;

b) merdeka;

c) cukup haul;

d) cukup kadar sukatan atau timbangan atau bilangan; dan

e) milik sempurna

Page 164: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

164

2. PETRONAS bukanlah tergolong didalam maksud syarikat seperti yang

dikehendaki oleh syarikat Islam meskipun ia didaftarkan di bawahAkta Syarikat

1965. Ini adalah kerana PETRONAS tidak mengadakan apa-apa perkongsian

dengan mana-mana pihak dalam masa penubuhannya, sedangkan syarikat

dalam Islam membawa maksud adalah berlakunya perkongsian antara dua

pihak atau lebih. Oleh itu PETRONAS terkeluar dari perbincangan mengenai

syarikat Islam khususnya dalam konteks untuk mengeluarkan zakat.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 juga telah membincangkan

Hukum Zakat Ke atas PETRONAS. Muzakarah mengambil perhatian terhadap laporan

kajian yang dikemukakan oleh Bahagian Penyelidikan, JAKIM mengenai kedudukan

organisasi dan operasi PETRONAS sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan atau

government linked-company (GLC). Berdasarkan laporan yang dikemukakan, didapati

PETRONAS adalah merupakan sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh

Kerajaan di mana 99.9% saham Petronas dimiliki oleh Kerajaan Malaysia melalui

Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan 0.01% saham dimiliki oleh Pesuruhjaya

Tanah Persekutuan. Berdasarkan laporan tersebut, Muzakarah bersetuju supaya

keputusan yang telah dicapai pada Muzakarah Kali Ke-6 bertarikh 10 Oktober 1983

yang memutuskan bahawa PETRONAS tidak wajib dikenakan zakat dikekalkan.

Tuan Yang di-Pertua,

Akhirnya berkaitan isu Lembaga Tabung Haji. Yang Berhormat Bagan, YangBerhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Pokok Sena dan Yang BerhormatKuala Terengganu menyentuh isu pembelian tanah di pusat kewangan TunRazak Exchange (TRX) oleh TH. Dalam kesempatan ini, ingin saya jelaskan sekali

lagi bahawa penubuhan TH dikuatkuasakan di bawah Akta Lembaga Urusan dan

Tabung Haji 1969 (Akta 8) dan Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji (Pindaan) 1973

Page 165: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

165

(Akta A168). Seterusnya akta tersebut dipinda dan diganti dengan Akta Tabung Haji

1995 (Akta 535), yang telah memansuhkan akta terdahulu.

Fungsi-fungsi Lembaga Tabung Haji(TH) adalah seperti yang termaktub di Bahagian II,

Perkara 4(1) iaitu mentadbirkan Kumpulan Wang,mentadbirkan segala perkara yang

berkenaan dengan kebajikan jemaah haji dan untuk merumuskan dasar yang berkaitan

dengannya dan melakukan apa-apa urusan lain yang dikehendaki atau dibenarkan

dilakukan di bawah Akta ini.Peruntukan di bawah Seksyen16 (2b), Akta Tabung Haji

1995 (Akta 535), TH adalah dibenarkan untuk menggunakan simpanan pendeposit

untuk tujuan pelaburan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai pelabur hartanah jangka panjang,

TH sememangnya giat melabur dan kini telah memiliki beberapa bangunan secara

langsung dan tidak langsung di segi tiga emas (golden triangle) Kuala Lumpur.

Antaranya adalah Platinum Park, TH Selborn, Menara Bank Islam dan di KL Sentral.

Berhubung denganpelaburan hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange(TRX), dimaklumkan ia adalah melibatkan satu plot tanah yang akan dibangunkan

sebagai menara kediaman (pangsapuri). Pelaburan ini merupakan keputusan komersil

dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci. Pembelian

hartanah pada harga RM188.5 juta (RM2,774) satu kaki persegi untuk 1.6 ekar adalah

pada kadar nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas

profesional.

Ahli Lembaga Pengarah (ALP) TH, menekankan bahawa TH mempunyai urustadbir

korporat yang baik dan tinggi. Semua proses keputusan pelaburan akan melalui

pelbagai peringkat yang turut mengambil kira isu percanggahan kepentingan (conflict of

interest) selain daya maju pelaburan tersebut. ALP TH telah membuat keputusan untuk

memproses penjualan semula tanah tersebut. Keputusan ini dibuat setelah mengambil

kira semua sentimen dan pandangan dari pihak berkepentingan sebagai jalan untuk

mengelakkan fitnah berleluasa dan melampau. Jika perkara ini dibiarkan berlarutan, ia

Page 166: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

166

mampu menggugat keadaan sosio-politik di Malaysia khususnya di kalangan

masyarakat Islam Bumiputra. TH telah menerima tawaran pembelian tanah dan

sedang mengkaji tawaran tersebut. Tawaran untuk membeli tanah tersebut

membuktikan tanah itu bernilai dan sememangnya berpotensi.

Mengenai kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam isu pembelian tanahtersebut sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena,dimaklumkan bahawa kuasa pelaburan TH adalah diperuntukkan di bawah Seksyen

20(1) bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), aset Kumpulan Wang hendaklah,

setakat yang tidakdikehendaki dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini,

dilaburkan keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam Malaysia atau luar Malaysia

dan mengikut cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-mana

perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil

tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri khususnya jabatan/agensi yang

berkaitan.

Sekian, terima kasih.Teks Gulung RMKe-11. DR2 -2015

Page 167: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

167

TEKS UCAPANMENGGULUNG PERBAHASAN USUL RMKe-11

PADA 30 JUN 2015 DI DEWAN NEGARA

YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BINHAJI BAHAROM (B),

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI-------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

Senator yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam semasa

perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) di Dewan yang mulia ini.

Saya telah meneliti semua isu-isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana

Menteri khususnya jabatan/agensi berkaitan telah mengambil perhatian dan

menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang

Berhormat itu.

Tuan Yang di-Pertua,

Pertamanya saya ingin memberi penjelasan terhadap isu-isu yang berkaitan Lembaga

Tabung Haji (TH). Yang Berhormat Dato’ Dr. Asraf Wajdi bin Dato’ Dusukimembangkitkan isu pembelian tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange(TRX) dan menyarankan supaya TH tidak menjual semula tanah tersebut. Dalam

kesempatan ini, ingin saya jelaskan di Dewan Yang Mulia ini, bahawa penubuhan

TH dikuatkuasakan di bawah Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 (Akta 8)

dan Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji (Pindaan) 1973 (Akta A168). Seterusnya

akta tersebut dipinda dan diganti dengan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), yang

telah memansuhkan akta terdahulu.

Fungsi-fungsi Lembaga Tabung Haji(TH) adalah seperti yang termaktub di Bahagian II,

Perkara 4(1) iaitu mentadbirkan Kumpulan Wang,mentadbirkan segala perkara yang

berkenaan dengan kebajikan jemaah haji dan untuk merumuskan dasar yang berkaitan

Page 168: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

168

dengannya dan melakukan apa-apa urusan lain yang dikehendaki atau dibenarkan

dilakukan di bawah Akta ini.Peruntukan di bawah Seksyen16 (2b), Akta Tabung Haji

1995 (Akta 535), TH adalah dibenarkan untuk menggunakan simpanan pendeposit

untuk tujuan pelaburan.

Berhubung dengan isu pembelian tanah di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpuroleh TH, sebagaimana jawapan saya kepada soalan tambahan semasa menjawap

pertanyaan lisan nombor 1 pada 25 Jun 2015 di Dewan ini, ditegaskan bahawa

pembelian tanah tersebut merupakan satu keputusan pelaburan komersial sejajar

dengan strategi pelaburan TH yang memberi tumpuan kepada sektor hartanah

domestik. Pembelian tanah tersebut memenuhi kepatuhan syariah, selera risiko serta

potensi unjuran pulangan yang positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.

Dengan perkataan lain, pembelian tanah tersebut adalah urusan perniagaan

sepenuhnya.

Cadangan penjualan semula tanah tersebut kepada pihak yang berminat telah

diumumkan di sidang media pada 9 Mei 2015. TH telah menerima tawaran pembelian

dan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan. Penilaian

yang teliti adalah perlu memandangkan potensi tanah tersebut yang bernilai tinggi serta

memastikan keterlibatan umat Islam secara berkumpulan dalam pembangunan

ekonomi di kawasan berkenaan.

Dalam masa sama, TH juga mengambil perhatian terhadap semua pandangan Ahli-ahli

Yang Berhormat di Dewan Negara dan juga sebelum ini di Dewan Rakyat, serta pihak-

pihak berkepentingan agar TH membuat semakan semula terhadap cadangan

penjualan tanah tersebut. Keputusan muktamad mengenai perkara ini akan dirujuk

kembali kepada Ahli Lembaga Pengarah TH. Disini, ingin saya tegaskan bahawaTHsentiasa berusaha memastikan setiap pelaburan adalah patuh syariah dan memperoleh

pulangan yang kompetitif demi kepentingan para pendeposit.

Page 169: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

169

Yang Berhormat Datuk Hajah Noriah binti Mahat pula mengalu-alukan siasatanyang telus dapat dilakukan. Pada masa kini siasatan terhadap isu-isu pembelian

tanah tersebut masih dijalankan oleh pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia

(PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Akauntan

Negara. Tindakan yang sewajarnya akan diambil setelah hasil siasatan diperoleh

kelak.

Ahli Yang Berhormat juga bertanya berapakah kos yang ditanggung oleh TH bagiuntuk membawa pendeposit ke Mekah setiap musim haji. Untuk makluman Ahli

Yang Berhormat, pada tahun ini TH akan menanggung kos keseluruhan operasi haji

merangkumi Tanah Suci dan Tanah Air dengan anggaran berjumlah RM 378 juta,

termasuk keseluruhan kos subsidi haji berjumlah RM180 juta. Suka dimaklumkan juga

bahawa TH telah mengekalkan kos bayaran haji sebanyak RM9,980 selama tujuh (7)

tahun berturut-turut, iaitu semenjak musim haji 2009M/1430H hingga 2015M/1436H,

walaupun kos sebenar bagi setiap jemaah meningkat setiap tahun. Pada musim haji

tahun ini (2015H/1436M), kos sebenar menunaikan haji bagi seorang jemaah adalah

RM17,270 dan perbezaan sebanyak RM7,290 adalah ditanggung oleh TH.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat ingin tahu, sejauhmanapelaksanaan Indeks Syariah Malaysia dalam sektor-sektor yang telah ditentukan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyelidikan Indeks Syariah Malaysia ini akan

mencakupi 8 bidang utama yang telah ditentukan iaitu perundangan Islam, politik,

ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, prasarana dan persekitaran, serta sosial.

Penyelidikan ini akan dilaksanakan oleh 8 pasukan penyelidik daripada universiti awam

yang telah dipilih mengikut bidang/sektor penyelidikan dan kepakaran Universiti

berkenaan.

Pada masa ini, kerangka penyelidikan Indeks Syariah Malaysia ini telah pun disiapkan

dan sebahagian kerja telah pun dilaksanakan. Penyelidikan dan pengukuran akan

Page 170: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

170

melibatkan semua peringkat bermula dari pembuat dasar, pelaksana dasar dan

masyarakat awam. Kerajaan berharap pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia ini yang

berasaskan kepada prinsip Maqasid Syariah (iaitumenjaga agama, nyawa, akal,

keturunan dan harta), akan memberi manfaat kepada semua golongan dan lapisan

masyarakat di negara ini serta menyerlahkan kesejagatan Islam kepada seluruh umat

manusia tanpa mengira batas agama.

Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat juga menyarankan supaya dikajisemula definisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan penjelasan mengenainyakepada masyarakat. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh Ahli Yang

Berhormat dalam perbahasan Bajet 2014 dan saya telah jelaskan semasa

penggulungan pada 16 disember 2013. Suka saya jelaskan sekali lagi bahawa

Mesyuarat Panel Kajian Aqidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

pada 28 Disember 2010 telah memutuskan bahawa definisi Ahli Sunnah Wal-

Jamaah ialah:

“Golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Qur’an dan

Sunnah Nabi SAW menerusi para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in

yang setia bersama mereka dalam prinsip-prinsip aqidah, syariah

dan akhlak”.

Penjelasan definisi tersebut adalah seperti yang berikut:

d) mereka adalah golongan yang memahami dan berpegang kepada

al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW mengikut manhaj dan kaedah

salaf dan khalaf (Asya’irah dan Maturidiyyah);

e) mereka adalah golongan berfahaman sederhana (wasatiyyah),

tidak melampau dan tidak terlalu longgar, ini mengeluarkan

Khawarij, Syi’ah Rafidhah, Qadariyyah, Jabariyyah, Mu’tazilah,

Anti-Hadith, Islam liberal, pluralisme agama dan seumpamanya;

dan

Page 171: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

171

f) mereka ialah golongan yang mengutamakan perpaduan dan

persaudaraan Islam bukan permusuhan, perdamaian bukan

peperangan, berpegang kepada prinsip tidak memuja pemimpin,

tidak taksub sehingga mengkafir atau menyesatkan sesama Islam.

Disamping itu, kebanyakkan Enakmen Keluarga Islam Negeri-Negeri secara jelas telah

mentakrifkan Hukum Syarak ertinya mengikut mazhab Syafi’i atau mana-mana mazhab

Maliki, Hanafi dan Hanbali. Walau bagaimanapun penekanan diberikan kepada mazhab

Syafi’i, dan mazhab-mazhab sunni yang lain boleh dirujuk sekiranya terdapat keperluan

kemaslahatan dan kepentingan awam.

Namun demikian, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa

masyarakat Islam di Malaysia secara tradisinya sejak sebelum dan selepas merdeka

lagi, telah berpegang kepada mazhab Syafi’i sebagai mazhabnya, dan kaedahal-

Asya’irah sebagai akidahnya, dan ianya telah sekian lama telah diterima secara majoriti

sebagai pegangan arus perdana masyarakat Islam di negara ini.

Berhubung penjelasan definisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah kepada masyarakat,dimaklumkan bahawa penjelasan berhubung perkara ini sentiasa diberikan kepada

masyarakat melalui pelbagai medium seperti media cetak, media elektronik, seminar,

kursus, khutbah, ceramah dan lain-lain yang melibatkan pelbagai pihak termasuk

agensi kerajaan dan swasta. Antaranya adalah seperti berikut:

i. Penerbitan buku oleh JAKIM : “Bagaimana Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah “.

ii. Pelbagai seminar di adakan bagi menjelaskan mengenai perbezaan yang

terdapat di antara ciri-ciri akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ciri-ciri akidah

yang selain daripada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antaranya:

Page 172: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

172

a) Siri Jelajah Seminar Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah 2011 di empat buah

daerah di negeri Sabah iaitu Sandakan, Semporna, Tawau dan Keningau,

dari 6 hingga 18 Oktober 2011, anjuran JAKIM Cawangan Sabah dengan

kerjasama Pejabat Mufti Negeri Sabah;

b) Seminar Sufi Menurut Pendekatan Wasatiyyah (6-8 September 2015)

melibatkan peserta dari JAIN/MAIN dan Pejabat Mufti Negeri-negeri; dan

c) Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Aqidah (SKPJA 2014) pada

25 November 2014 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),

Bandar Baru Bangi, Selangor.

iii. Menganjurkan “ Wacana Intelektual Akidah: Ancaman Ideologi Semasa

di Malaysia Serta Kesannya Kepada Perundangan Negara pada 23 Mac

2015 anjuran JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang

(JAIP) dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) bertempat

di Dewan Utama, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Kuantan,

Antara Objektif program ini adalah adalah memberi penjelasan yang

tepat kepada masyarakat berkaitan ciri-ciri Akidah Islamiah yang

bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Tuan Yang di-Pertua,

Akhirnya, Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamed telah menyarankanagar pindaan segera dibuat ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang KuasaJenayah) 1965 [Akta 355] bagi memartabatkan Islam dan Mahkamah Syariah.

Sesungguhnya Kerajaan menyedari had bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah

adalah terhad kepada hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun,

denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit dan sebatan yang tidak melebihi enam kali

atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut berdasarkan seksyen 2 Akta

Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].

Page 173: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

173

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan dalam tindakan aktif meneliti

cadangan pindaan kepada Akta 355 yang bertujuan untuk memperluaskan bidang

kuasa jenayah mahkamah Syariah yang sedia ada. Ini adalah untuk memastikan

cadangan pindaan kepada Akta 355 tersebut dibuat secara teratur mengikut kerangka

Perlembagaan Persekutuan.

Memandangkan perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama Islam adalah terletak di

bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah

Butiran I, Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, justeru rundingan

dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan

dan pertimbangan negeri-negeri.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-mana

perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil

tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri khususnya jabatan/agensi yang

berkaitan.

Sekian, terima kasih.Teks Gulung RMKe-11. DN2 -2015

Page 174: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

174

TEKS UCAPANYB MEJAR JENERAL DATO' SERI

JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B)MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

SEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN BAJET 2016 PERINGKAT DASAR, DIDEWAN RAKYAT

4 NOVEMBER 2015-------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2016 di peringkat dasar dan

menyentuh perkara-perkara berkaitan hal ehwal Islam. Saya telah meneliti semua isu-

isu yang telah dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai

pandangan, teguran dan cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat .

Tuan Yang di-Pertua,

Pertamanya saya ingin memberi penjelasan mengenai isu pensijilan halal. YangBerhormat Parit Sulong minta pencerahan apakah usaha-usaha JAKIM bagimengatasi kelewatan pengeluaran sijil halal. Sebagaimanapenjelasan saya

beberapa kali di Dewan Yang Mulia ini pada persidangan yang lalu, bahawa tempoh

proses pengeluaran pensijilan halal yang disasarkan dalam sesuatu permohonan

adalah selama 30 hari bekerja daripada tarikh bayaran diterimadengan syarat bayaran

dalam tempoh 14 hari berkerja dan tiada notis ketidakakuran semasa audit pematuhan

dijalankan.

Bagi mempercepatkan proses pensijilan halal, Kerajaan turut menyediakan beberapa

inisiatif dengan mekanisme-mekanisme berikut:

i. pembangunan SistemHalal Verified Engine (HVE) iaitu sistem semakan

sijil pengesahan halal bagi bahan ramuan kritikal yang diimport daripada

Page 175: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

175

luar negara dan telah disahkan halal oleh badan pensijilan halal luar

negara yang diiktiraf. Sistem ini telah dibangunkan mulai tahun 2012.

Sehingga kini, data sebanyak 97,574 produk / 28,674 sijil pengesahan

halal boleh didapati daripada sistem berkenaan;

ii. pemprosesan segera iaitu kelulusan sijil halal dalam tempoh 7 hari

bekerja bagi permohonan pembaharuan tanpa pertukaran bahan

ramuan atau pembekal dan bayaran pensijilan dibuat dalam tempoh 14

hari bekerja; dan

iii. pemprosesan segera iaitu kelulusan sijil halal dalam tempoh 7 hari

bekerja bagi permohonan kontrak pengilangan (OEM) yang melibatkan

produk sedia ada yang telah disahkan halal dan bayaran pensijilan dibuat

dalam tempoh 14 hari bekerja.

Namun demikian, dalam kebanyakkan kes permohonan yang terpaksa mengambil

masa yang lama untuk diselesaikan adalah disebabkan faktor-faktor berikut:

i. kurang kefahaman di pihak pemohon berkaitan prosedur permohonan

Pensijilan Halal Malaysia, Standard Malaysia yang berkaitan, syarat-syarat

dan keperluan pensijilan;

ii. pemohon membuat permohonan tanpa persediaan dan perancangan yang

teratur; dan

iii. tiada komitmen oleh pemohon untuk mengambil tindakan pembetulan

(corrective action) terhadap notis ketidakakuran yang telah dikeluarkan

semasa pemeriksaan dijalankan.

Page 176: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

176

Peranan untuk membimbing pihak industri ini telah diberikan mandat oleh kerajaan

kepada Halal Development Corporation (HDC) sebagai badan yang bertanggungjawab

dalam pembangunan industri halal di negara ini.

Di samping itu, bagi memantapkan pengurusan dalam Pensijilan Halal Malaysia,

usaha-usaha berikut telah dirancang dan dilaksanakan iaitu:-

i. cadangan penstrukturan semula Bahagian Hab Halal JAKIM dengan

mengambil kira penambahan kakitangan yang mahir dalam setiap bidang

yang berkaitan dengan industri halal. Penambahan tenaga kerja ini bukan

sahaja yang mahir dalam aspek syariah, malah termasuk juga mereka juga

terdiri dari pegawai teknologi makanan dan pegawai sains yang

berkemahiran; dan

ii. Penubuhan Pusat Analisis Halal Malaysia (Malaysia Halal Analysis Center –

MyHAC) di Bandar Baru Enstek, Nilai, Negeri Sembilan yang akan

beroperasi pada penghujung tahun 2015. Ia juga turut melibatkan

pengambilan kakitangan yang berkemahiran dalam sains kimia serta

teknologi makanan. Pusat Analisis Halal ini adalah bagi menganalisa produk

dan ramuan kritikal dalam proses pensijilan halal dan JAKIM tidak lagi

bergantung secara sepenuhnya kepada pihak ketiga bagi proses

penganilasaan produk.

Mengenai kepakaran staf JAKIM, dimaklumkan bahawa mengikut prosedur Pensijilan

Halal Malaysia, setiap pemeriksaan bagi tujuan Pensijilan Halal Malaysia dijalankan

oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai iaitu seorang pegawai hal ehwal Islam

dan seorang pegawai sains. Setiap pegawai yang dilantik sebagai pegawai pemeriksa

oleh JAKIM dan JAIN merupakan pegawai yang berkelayakan dan kompeten dalam

menjalankan pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia. Setiap pegawai perlu melepasi

satu tahap kompetensi yang telah ditetapkan sebelum layak menjalankan pemeriksaan

Pensijilan Halal Malaysia. Pegawai-pegawai ini telah dilatih dan didedahkan dalam

Page 177: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

177

semua aspek meliputi pengetahuan berkaitan Syariah, teknologi pemprosesan dan

pembuatan, analisa makmal dan perundangan yang berkaitan.

Ahli Yang Berhormat juga bertanya apakah bentuk pendidikan dan promosi yangdijalankan oleh JAKIM bagi mendidik pelbagai kaum agar memahami produkhalal dan menjadikan produk halal sebagai way of life. Suka dijelaskan bahawa

pensijilan halal yang dilaksanakan sekarang adalah berasaskan konsep Halalan

Toyyiba yang merangkumi produk yang halal, bersih, selamat dan berkualiti.

Konsep inilah yang telah menarik minat termasuk masyarakat non-muslim terhadap

halal, bukan sahaja untuk menjadi pengeluar, malah turut menjadi pengguna produk

yang dipersijilkan. Mengikut data pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia pada

tahun 2014, sebanyak 71.6% daripada jumlah pemegang Sijil Pengesahan Halal

Malaysia adalah golongan non-muslim, manakala 28.4% adalah golongan muslim.

Sesungguhnya promosi dan kempen kesedaran pensijilan Halal Malaysia terus giat

dijalankan oleh JAKIM bersama Majlis Agama Islam Negeri/Jabatan Agama Islam

Negeri (MAIN/JAIN) dari masa ke semasa. Pelancaran Kempen Yakini Halal Malaysia

pada 22 Ogos 2015 yang lalu telah menyemarakkan lagi promosi pensijilan halal. Ianya

diikuti dengan pelbagai kempen seluruh negara yang disertai oleh JAKIM, antaranya

ialah Mentari Halal Fest, Ekspo Halal Perlis, Karnival Halal, Halal Fest Selangor,

Karnival Halalan Toyyiban Kedah, Program Halal Fun Ride Putrajaya dan seminar

Yakinilah Halal Malaysia di Kelantan. Bagi tahun 2016, JAKIM telah mengatur pelan

perancangan untuk mempergiatkan promosi dan kempen berkaitan halal Malaysia

kepada semua masyarakat.

Selain itu, JAKIM juga menganjurkan kursus dan latihan Pensijilan Halal bagi memberi

bimbingan kepada pengusaha-pengusaha yang ingin mendapatkan sijil Halal. Kursus

ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi pembimbing seperti MARA, HDC,

SMI Malaysia, Urusetia Khas Memperkasakan Usahawan India (SEED), Sekretariat

Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME), Persatuan Pedagang dan Pengusaha

Melayu Malaysia (PERDASAMA), YAPIEM dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Page 178: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

178

Disamping masa yang sama, promosi juga dibuat menerusi media-media cetak dan

elektronik bagi mempromosikan Pensijilan Halal.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Rantau Panjang minta penjelasan mengenai cadanganpenambahbaikan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta355]. Sesungguhnya usaha ke arah memartabatkan undang-undang Syariah sentiasa

menjadi keutamaan Kerajaan selaras dengan Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan

Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan.

Dalam hal ini, Kerajaan dengan kerjasama negeri-negeri, sentiasa berusaha bagi

memastikan undang-undang Syariah dapat dilaksanakan melalui cadangan untuk

memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah, menaik taraf sistem kehakiman

Syariah dan menyemak semula kedudukan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah. Buat

masa sekarang, Kerajaan sedang meneliti cadangan pindaan kepada Akta 355 yang

bertujuan untuk memperluaskan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah yang sedia

ada. Ini adalah untuk memastikan cadangan pindaan kepada Akta 355 tersebut dibuat

secara teratur mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya beralih kepada isu berkaitan zakat. Yang Berhormat Kuala Kraimenyarankan supaya pihak berkuasa agama negeri membenarkan dana zakatdigunakan untuk membiayai sepenuhnya pendidikan sehingga pendidikan tinggibagi anak-anak asnaf. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, di bawah

Butiran 1, Senarai 2, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, hal-ehwal

Agama Islam termasuklah urusan zakat terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan

Negeriyang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Maka

pelaksanaan aktiviti agihan zakat adalah mengikut dasar dan pertimbangan pihak

berkuasa agama Islam negeri masing-masing dan Kerajaan Persekutuan tidak boleh

mencampuri urusan dalam perkara berkenaan. Oleh itu, persoalan mengenai

Page 179: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

179

mekanisme pelaksanaan agihan zakat di negeri-negeri perlu dirujuk kepada pihak

berkuasa agama negeri masing-masing. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil

tindakan terbaik bagi mengendalikan dan meningkatkan perkhidmatan pengurusan

zakat masing-masing terutamanya dalam aspek agihan kepada mereka yang berhak.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya isu berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH). Yang Berhormat Tanah Merahberharap supaya Tabung Haji mengadakan rundingan secepat mungkin denganKerajaan Arab Saudi bagi memastikan pampasan kepada keluarga/warisberikutan insiden kren tumbang dapat dilaksanakan. Sebagaimana jawapan saya

semasa pertanyaan lisan di Dewan Yang Mulia ini pada 21 Oktober yang lalu, bahawa

Kerajaan khususnya pihak TH membuat susulan berkenaan pampasan sepertimana

yang diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi mewakili waris-waris mangsa

terkorban dan tercedera demi kebajikan dan kepentingan mereka. Dimaklumkan juga,

senarai nama semua mangsa terkorban dan tercedera telah diserahkan kepada

Kerajaan Arab Saudi. Kini, Kerajaan masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak

Kerajaan Arab Saudi mengenai mekanisme pembayaran pampasan dan bantuan

tersebut.

Ahli Yang Berhormat juga mencadangkan supaya dibenarkan pencarum KWSPmenggunakan Akaun 2 sepenuhnya untuk menunaikan haji. TH mengalu-alukan

cadangan tersebut, namun, pelaksanaan cadangan ini adalah tertakluk kepada pihak

KWSP.

Dalam kesempatan ini, ingin saya jelaskan bahawa semenjak 2012, TH bekerjasama

dengan KWSP dalam melaksanakan Pendaftaran Haji Ahli KWSP. Inisiatif ini

merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang pencarum beragama Islam

yang mempunyai caruman Akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM1,300 membuat

pendaftaran haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minima RM1,300 dalam akaun

TH. Pencarum hanya perlu hadir di mana-mana cawangan TH, Bank Rakyat dan Bank

Page 180: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

180

Islam dengan membawa kad pengenalan (MyKad) dan Penyata Ahli KWSP.

Kemudahan ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan giliran menunaikan haji

sahaja, bukannya untuk tujuan pengeluaran caruman.

Sebagai tambahan kepada inisiatif tersebut, mulai tahun 2013, pihak KWSP

membenarkan para pencarumnya yang telah terpilih dan memperoleh surat tawaran

menunaikan haji pada tahun semasa dapat mengeluarkan caruman sehingga maksima

RM3,000 dari akaun 2 KWSP bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji mereka. Para

pencarum perlu membawa surat tawaran menunaikan haji kepada pihak KWSP semasa

membuat permohonan pengeluaran. Pihak KWSP akan membuat pembayaran terus

kepada TH bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan wang tersebut oleh para

pencarum. Walau bagaimanapun, inisiatif berkaitan pengeluaran caruman KWSP untuk

menunaikan haji adalah tertakluk kepada bidang kuasa dan peraturan semasa KWSP.

Bagi TH, cadangan diatas adalah disokong dengan syarat diluluskan oleh pihak KWSP.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-mana

perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil

tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri, khususnya oleh agensi-agensi

yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.4 November 2015

Page 181: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

181

TEKS UCAPANMENGGULUNG PERBAHASAN BAJET 2016

DI DEWAN NEGARA. 14 DISEMBER 2015

YB MEJAR JENERAL DATO' SERIJAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B)

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI-------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

Senator yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam semasa

perbahasan Bajet 2016 di Dewan yang mulia ini. Saya telah meneliti semua isu-isu

yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri khususnya jabatan/agensi

berkaitan telah mengambil perhatian dan menghargai pandangan, teguran dan

cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat itu.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat menyarankan Kerajaan menggunakankepakaran golongan agama untuk memberi input Maqasid Syariah dalampentadbiran Kerajaan. Sememangnya Kerajaan telah menggunakan kepakaran ramai

pakar-pakar dari pelbagai disiplin ilmu Islam bagi membantu pembangunan dan

pentadbiran negara agar selari mengikut kerangka Maqasid Syariah. Misalnya, dalam

pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia yang diperkenalkan oleh Kerajaan, ianya

melibatkan ramai pakar dan ahli akademik dalam pelbagai bidang termasuk bidang

agama daripada lima universiti awam. Pakar-pakar ini telah dilantik oleh Kerajaan untuk

menjalankan penyelidikan dan mengukur usaha-usaha dalam pelaksanaan dasar-dasar

negara secara telus dalam lapan bidang utama pentadbiran negara iaitu perundangan

Islam, politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan, budaya, sosial dan prasarana dan

persekitaran. Dapatan penyelidikan ini akan dapat mengenalpasti sejauhmana dasar

Kerajaan yang dilaksanakan menepati prinsip Maqasid Syariah.

Page 182: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

182

Sehubungan itu, saranan Ahli Yang Berhormat agar golongan pakar di universiti awam

dilibatkan dalam pentadbiran Kerajaan serta diletakkan dalam mana-mana

jawatankuasa untuk memberi input Maqasid Syariah, amatlah dihargai dan

sememangnya telah dilaksanakan oleh Kerajaan. Ianya akan terus diberi perhatian

serius agar penambahbaikan pentadbiran negara dapat dilaksanakan dari masa ke

semasa.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya saranan untuk menyegerakan tindakan bagi memperkasa dan menaiktaraf Mahkamah Syariah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr.Johari bin Mat dan Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamad.Sebagaimana penjelasan saya beberapa kali di Dewan Yang Mulia ini pada

persidangan yang lalu, sesungguhnya usaha-usaha ke arah memperkasakan

Mahkamah Syariah dan bidang kuasanya sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan

selaras dengan Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan

bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Pada masa ini, Kerajaan sedang

meneliti cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)

1965 [Akta 355] yang bertujuan untuk memperluaskan bidang kuasa jenayah

mahkamah Syariah yang sedia ada. Ini adalah untuk memastikan cadangan pindaan

kepada Akta 355 tersebut dibuat secara teratur mengikut kerangka Perlembagaan

Persekutuan. Disamping yang sama, perlu difahami akta ini hanya melibatkan orang-

orang Islam sahaja.

Mengenai cadangan untuk menaik taraf Mahkamah Syariah, Kerajaan bercadang untuk

mewujudkan lima peringkat mahkamah Syariah di negara ini iaitu Mahkamah Rendah

Syariah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan

Syariah Negeri dan Majlis Rayuan Syariah. Pada masa ini Kerajaan sedang

menjalankan rundingan dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri bagi mendapatkan

pandangan dan pertimbangan, memandangkan perkara-perkara berkaitan hal ehwal

Page 183: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

183

agama Islam adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri sebagaimana

yang diperuntukkan di bawah Butiran I, Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan

Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Datuk Abdullah bin Mat Yassin menyarankan supaya disemaksemula kaedah pembayaran peruntukkan bagi membiayai imbuhan imam-imam.Untuk makluman Ahli yang Berhormat,Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) telah memperuntukkan hampir RM500 juta secara tahunan untuk

disalurkan ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi

membiayai imbuhan imam, elaun guru takmir dan KAFA serta Penyelaras Pentadbiran

Masjid Daerah. Peruntukan yang bertujuan untuk menghargai sumbangan mereka

dalam memartabatkan syiar Islam telah disalurkan ke negeri-negeri melalui Pihak

Berkuasa Agama Negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk

diuruskan hingga sampai kepada penerima. Segala bentuk penyaluran peruntukan dan

urusan pembayaran adalah di bawah pemantauan JAKIM dan Jawatankuasa yang

dilantik di peringkat persekutuan dan negeri berdasarkan garis panduan yang telah

ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Bagi negeri Kelantan, pada tahun 2015

sebanyak RM65.6 juta telah disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan

untuk pembiayaan imbuhan imam, guru takmir, guru KAFA dan penyelaras masjid di

seluruh negeri Kelantan.

Bagi menyampaikan maklumat berhubung peranan Kerajaan Persekutuan ini, JAKIM

bersama Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri (JAIN/MAIN) serta agensi yang berkenaan

telah bekerjasama menghimpunkan mereka dalam program Multaqa Imam, Guru

Takmir, Guru KAFA dan Jawatankuasa Masjid yang diadakan secara tahunan di negeri-

negeri seluruh Malaysia. Program ini antaranya bertujuan untuk merapatkan

hubungan pihak Kerajaan Persekutuan dengan golongan pemimpin masyarakat serta

memaklumkan kepada mereka berhubung peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan

Persekutuan kepada JAIN, MAIN dan JPP. Pada tahun 2015 Multaqa diadakan di

Page 184: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

184

lapan (8) buah negeri, termasuk negeri Kelantan pada bulan Mei 2015 dengan

kehadiran 1,200 orang peserta. Sehubungan itu, pelaksanaan sedia ada wajar

diteruskan berdasarkan persetujuan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan

Pihak Berkuasa Agama Negeri kerana bidang kuasa agama tertakluk di bawah kuasa

negeri.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya beralih kepada isu-isu berkaitan peranan Pusat Zakat dan kutipan serta

agihan zakat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohd

Yusoff. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Butiran 1, Senarai 2,

Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, menetapkan hal-ehwal Agama Islam

termasuklah urusan zakat terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeriyang

dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing. Maka

pelaksanaan aktiviti agihan zakat adalah mengikut dasar dan pertimbangan pihak

berkuasa agama Islam negeri masing-masing dan Kerajaan Persekutuan tidak boleh

mencampuri urusan dalam perkara berkenaan. Saya yakin, Kerajaan Negeri sentiasa

mengambil tindakan terbaik bagi mengendalikan dan meningkatkan perkhidmatan

pengurusan zakat masing-masing terutamanya dalam aspek agihan kepada mereka

yang berhak.

Oleh yang demikian, penjelasan saya adalah berdasarkan peranan Majlis Agama Islam

Wilayah Persekutuan (MAIWP) selaku agensi yang menguruskan zakat di Wilayah

Persekutuan. Sehubungan itu, penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli

Yang Berhormat adalah seperti berikut:

1) Disyorkan surau-surau dan masjid-masjid berkerjasama dengan JKK dalammengenal pasti bantuan dari pelbagai demensi.

Sememangnya MAIWP sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk

pihak pengurusan masjid, surau dan badan-badan bukan Kerajaan, Institusi

Page 185: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

185

Pengajian Tinggi dan sebagainya untuk mewarwarkan tentang bantuan zakat yang

ditawarkan.

2) Isu birokrasi dikalangan pentadbir zakat.

Dimaklumkan prosedur permohonan bantuan zakat di Bahagian Baitulmal MAIWP

sentiasa dipermudahkan dari masa ke semasa tanpa ada birokrasi yang

menyukarkan. Sebagai contoh, borang permohonan diringkaskan daripada 8

halaman kepada 2 halaman, dan borang serta dokumen sokongan tidak lagi

memerlukan pengesahan atau sokongan daripada mana-mana pihak kecuali bagi

pengesahan pendapatan sahaja.

Setiap permohonan akan diproses berdasarkan kepada syarat yang telah ditetapkan

dan akan dipertimbangkan mengikut pengiraan Had Al-Kifayah yang melihat kepada

pendapatan dan tanggungan pemohon. Permohonan yang layak akan

dipertimbangkan tanpa memerlukan surat sokongan daripada mana-mana individu

atau pihak tertentu. Oleh itu, kenyataan Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan

5 orang sahaja yang disokong diterima dalam sehari tidak timbul di MAIWP. Ini

kerana sebanyak 200 hingga 300 permohonan diproses oleh Baitulmal MAIWP

dalam sehari.

3) Saranan supaya pentadbir zakat perlu kerap turun padang dan tidak tunggusemata-mata.

Sememangnya saranan Ahli Yang Berhormat itu telah dilaksanakan oleh MAIWP.

Bagi memastikan tiada asnaf yang tercicir daripada menerima bantuan zakat,

MAIWP telah menubuhkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP yang turun

padang mencari dan menyantuni asnaf di seluruh Wilayah Persekutuan. Setiap

Skuad Jejak Asnaf ini diberikan tanggungjawab untuk mencari dan menjejaki asnaf

mengikut kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan. Sehingga kini, seramai 2,959

orang asnaf telah berjaya dijejaki oleh skuad ini.

Page 186: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

186

Skuad ini secara rutinnya akan turun padang ke kawasan-kawasan yang

kebiasaannya terdapat golongan yang memerlukan seperti di PPR hampir setiap

hari termasuk di hujung minggu. Skuad juga akan bertindak apabila mendapat

laporan atau aduan daripada orang awam melalui maklumat yang boleh disalurkan

menerusi hotline 0125127614 / 0125183614 , talian bebas tol 1800885222 atau

menerusi media sosial seperti facebook.

MAIWP juga turut mempunyai kaunter bergerak yang turun ke lokasi-lokasi

strategik bagi memudahkan orang ramai memohon bantuan zakat dan

mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan yang ditawarkan.

Bagi menyantuni golongan gelandangan pula, Skuad ini turut turun padang pada

waktu malam bagi menyantuni golongan tersebut. MAIWP juga membantu

golongan ini dengan bantuan secara "one off" iaitu melalui Bantuan Kecemasan

secara tunai di 8 kaunter agihan Baitulmal MAIWP sebelum bantuan-bantuan lain

disalurkan.

4) Bantuan kepada gelandangan tidak diberi kerana tidak memenuhi syarat -tiada alamat tetap.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP

adalah kepada pemastautin di Wilayah Persekutuan iaitu yang menetap di Wilayah

Persekutuan selama setahun dan masih lagi menetap semasa permohonan dibuat.

Perkara ini dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak

Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Syarat

yang sama juga diletakkan oleh agensi yang menguruskan zakat di negeri-negeri

lain yang menawarkan bantuan zakat kepada pemastautin di negeri masing-

masing.

Page 187: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

187

Aspek pemastautin gelandangan menyukarkan bantuan diberikan kepada mereka.

Ini kerana golongan gelandangan tidak menetap di satu-satu tempat serta kerap

kali berpindah dan bertukar ke tempat lain. Gelandangan ini kerap kali bertukar dan

mereka tidak lama bergelandangan di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk membantu mereka, Baitulmal MAIWP

bekerjasama dengan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO). Surat

pengesahan bergelandangan yang dikeluarkan daripada NGO ini turut digunapakai

oleh Baitulmal MAIWP dalam menawarkan bantuan secara bulanan kepada

gelandangan yang layak dengan keutamaan kepada yang berkeluarga.

Baitulmal MAIWP juga telah menyediakan rumah transit bagi menempatkan

gelandangan ini secara sementara sebelum bantuan-bantuan zakat dapat

disalurkan kepada mereka.

5) Sepatutnya umur asnaf tidak dihadkan kepada pemohon yang berusia 45 tahunke atas.

MAIWP tidak meletakkan had umur dalam menyalurkan bantuan zakat di mana

sekiranya pengiraan Had al-Kifayah melayakkan mereka menerima bantuan zakat,

maka bantuan zakat akan disalurkan.

6) Jumlah anak-anak miskin di IPTA/IPTS yang terima bantuan zakat sepanjangtahun ini.

Bantuan kepada anak-anak asnaf yang belajar di IPTA/IPTS juga turut menjadi

keutamaan semua MAIN dalam menyediakan peruntukan yang besar bagi tujuan

tersebut sama ada melalui asnaf fisabilillah atau lain-lain asnaf mengikut dasar dan

pertimbangan MAIN. Bilangan pelajar yang dapat diabiayai adalah tertakluk kepada

jumlah kutipan zakat yang dipungut oleh MAIN masing-masing.

Page 188: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

188

Bagi Wilayah Persekutuan, sepanjang tahun 2015 MAIWP telah membantu

12,795 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS sama ada di

dalam negara dan luar negara. Bantuan ini melibatkan perbelanjaan sebanyak

RM42.91 juta.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya isu berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH). Yang Berhormat Datuk

Abdullah bin Mat Yassin minta TH membuat kajian keatas perkhidmatan pakej hajisupaya setimpal dengan bayaran yang mahal. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, Pakej Zamrud dan Almas bagi menunaikan haji adalah ditawarkan oleh THTravel and Services Sdn Bhd, iaitu anak syarikat TH. Manakala pakej-pakej haji lain

ditawarlan oleh agensi-gensi Pengelola Jemaah Haji yang lain.

Para jemaah haji yang mengikuti Pakej Zamrud dan Almas ini tiba di Jeddah pada 18

September 2015M/4 Zulhijjah 1436H iaitu dalam tempoh waktu kemuncak pergerakan

masuk jemaah haji ke Tanah Suci yang melibatkan semua negara di dunia

termasuklah negara-negara Teluk. Dalam tempoh waktu kemuncak ini, lazimnya pihak

Imigresen Kerajaan Arab Saudi mengambil masa yang lama bagi pemprosesan

kemasukan jemaah haji ke Tanah Suci. Tempoh menunggu kadang kala mencecah

antara 8 hingga sepuluh 10 jam bagi melepasi pemeriksaan pihak Imigresen Kerajaan

Arab Saudi sehinggalah selesai dan keluar daripada terminal. Kekangan-kekangan

seumpama ini telah diperjelaskan dengan terperinci semasa sesi taklimat kepada para

jemaah tersebut pada 23 Ogos 2015 di JW Marriot, Kuala Lumpur agar mereka

bersedia dari segi mental dan fizikal.

Semasa sesi taklimat berkenaan, pihak TH Travel and Services Sdn Bhd juga

mengambil inisiatif memaparkan gambar-gambar situasi yang bakal dihadapi sewaktu

ketibaan di Lapangan Terbang Jeddah agar para jemaah lebih memahami situasi yang

mungkin dihadapi dan membuat persediaan sewajarnya.

Page 189: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

189

Bagi para jemaah yang uzur dan berkerusi roda, pihak TH Travel And Services Sdn

Bhd telah meminta waris / pengiring membawa bersama-sama kerusi roda tersebut dari

Tanah Air. Waris / pengiring disaran untuk sentiasa berdampingan dan membantu

jemaah uzur berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua,

Akhirnya Yang Berhormat Datuk Norliza binti Abdul Rahim minta Kerajaanmembangunkan rumah mampu milik atastanah wakaf dan apakah perancanganpembangunan tanah wakaf khususnya di Pulau Pinang.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, perancangan pembangunan tanah

wakaf adalah tertakluk kepada pertimbangan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN)

selaku pemegang amanah tunggal tanah wakaf di negeri masing-masing dan

pembangunannya pula adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan yang sedia ada

di MAIN masing-masing. Sehubungan itu, perancangan pembanguan tanah wakaf di

Pulau Pinang adalah dibawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Walau

bagaimanapun, kerajaan khususnya Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)

mengambil maklum dan mengalu-alukan cadangan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-mana

perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil

tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri, khususnya oleh agensi-agensi

yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.11 Disember 2015

Page 190: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

190

TEKS UCAPAN

MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH DIRAJAPADA 24 MAC 2016 DI DEWAN RAKYAT

Y.B. MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B),MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

-------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah

membangkitkan isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam semasa perbahasan Titah

Diraja. Saya telah meneliti semua isu-isu yang dibangkitkan. Sesungguhnya Jabatan

Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan cadangan serta saranan Ahli-

ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua,

Pertamanya isu berkaitan Mahkamah Syariah. Yang Berhormat Marang dan YangBerhormat Gerik membangkitkan isu meningkatkan dan memperkasakanMahkamah Syariah. Kerajaan amat menghargai keperhatinan dan saranan Ahli-ahli

Yang Berhormat. Sebagaimana penjelasan saya beberapa kali di Dewan ini,

sesungguhnya Kerajaan dengan kerjasama negeri-negeri sedang giat berusaha bagi

memastikan undang-undang Syariah dapat dilaksanakan melalui cadangan untuk

memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah, menaik taraf sistem kehakiman

Syariah dan menyemak semula kedudukan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah.

Mengenai cadangan untuk menaik taraf Mahkamah Syariah, Kerajaan bercadang

untuk mewujudkan lima peringkat mahkamah Syariah di negara ini iaitu Mahkamah

Rendah Syariah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah

Rayuan Syariah Negeri dan Majlis Rayuan Syariah.

Page 191: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

191

Pada masa ini, Kerajaan masih menjalankan rundingan dengan Majlis Agama Islam

Negeri-Negeri bagi mendapatkan pandangan dan pertimbangan, memandangkan

perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama Islam adalah terletak di bawah bidang

kuasa Kerajaan Negeri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Butiran I, Senarai II,

Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

Berhubung dengan saranan Yang Berhormat Temerloh supaya meningkatkanbidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah, dimaklumkanKerajaan sedang meneliti

cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965

[Akta 355] yang bertujuan untuk memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah

Syariah yang sedia ada. Ini adalah untuk memastikan cadangan pindaan kepada Akta

355 tersebut dibuat secara teratur mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan, dari semasa ke semasa sentiasa berusaha untuk memperbaiki undang-

undang Islam sedia ada termasuklah hukuman terhadap pesalah undang-undang

jenayah Syariah dan mengharmonikan undang-undang sedia ada supaya selaras

dengan maqasid Syariah dan bersifat patuh Syariah (Syariah compliant).

Yang Berhormat Tanah Merah mencadangkan supaya diambil tindakan tegaskepada pihak yang mempertikaikan keputusan kes-kes Mahkamah Syariah.Tindakan pihak-pihak yang mempertikaikan keputusan kes-kes Mahkamah Syariah

adalah merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan berdasarkan undang-

undang. Sebagai contoh, di dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) 1997 [Akta 559], telah diperuntukkan di bawah seksyen 10 iaitu:

“Mengingkari perintah Mahkamah.Mana-mana orang yang mengingkari, melanggar, mempertikaikan,

mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina apa-apa perintah

Hakim atau Mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila

disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan

selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”

Page 192: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

192

Sehubungan itu, sekiranya mana-mana pihak yang melakukan perbuatan

mempertikaikan keputusan atau penghinaaan mahkamah telah dilakukan di hadapan

hakim di Mahkamah, seseorang hakim boleh mengambil tindakan serta-merta terhadap

pihak-pihak yang melakukan perbuatan tersebut. Mana-mana pihak yang melakukan

perbuatan tersebut diluar mahkamah, tindakan boleh diambill melalui tatacara yang

telah ditetapkan oleh undang-undang. Dalam hal ini, Jabatan Kehakiman Syariah

Malaysia (JKSM) telah mengambil langkah dengan mengeluarkan Arahan Amalan

No.13 Tahun 2004, mengenai Penghinaan Di Luar Mahkamah bagi menjelaskan

prosedur dan carta aliran kerja bagi kes penghinaan mahkamah. Amat jelas bahawa

pihak-pihak tidak boleh sewenang-wenangnya mempersendakan, mempertikaikan atau

menghina keputusan yang diputuskan oleh Hakim Syarie bagi menjaga kredibiliti dan

kewibawaan Mahkamah Syariah.

Berhubung saranan YB Gerik supaya kes perkahwinan dan perceraiandipercepatkan, dimaklumkan bahawa JKSM dan Mahkamah Syariah di negeri-

negeri sentiasa melaksanakan usaha-usaha untuk mempertingkatkan serta

mempercepatkan kes-kes perkahwinan dan perceraian di Mahkamah Syariah bagi

mengelakkan daripada berlakunya kes tertunggak. Antara langkah-langkah

tersebut ialah :

i. Melaksanakan penyelesaian kes-kes cerai melalui persetujuan bersama atau

“Fast Track” oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dalam tempoh

6 jam bermula dari kes didaftarkan sehingga memperolehi perintah. Bermula

dari program ini dilancarkan pada bulan Jun 2015 sehingga Februari 2016,

sebanyak 1550 kes perceraian telah diselesaikan dalam tempoh masa 6 jam

sahaja.

ii. Program yang hampir sama turut dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman

Syariah Negeri Pulau Pinang iaitu sistem E-SIAP (E-Shariah Instant Access

Procedure) bagi mempercepatkan penyelesaian kes-kes persetujuan

Page 193: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

193

bersama dalam tempoh masa 1 hari, iaitu bermula dari proses penyediaan

dokumentasi tuntutan untuk didaftar di mahkamah (Pliding) sehingga

pengeluaran Perintah Mahkamah.

Demikian juga usaha yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah Wilayah

Persekutuan yang memperkenalkan program “Sifar Kes Tertunggak” (SiKeT).

Program tersebut dilaksanakan bermula 1hb Mac 2016 yang bertujuan bagi

mempercepatkan penyelesaian kes dan mengatasi kes-kes yang tertunggak.

JKSM sentiasa mendorong dan bekerjasama dengan Mahkamah Syariah

Negeri-Negeri bagi mengadakan lebih banyak lagi program-program yang

hampir serupa bagi meningkatkan kecekapan penyelesaian kes-kes di

Mahkamah Syariah.

iii. JKSM juga turut mengambil langkah membina dan mewujudkan Arahan

Amalan kepada Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Sejak dari tahun 2000

sehingga kini, sebanyak 168 arahan amalan dikeluarkan oleh JKSM yang

sebahagian besarnya bertujuan mempercepatkan dan melicinkan

pengendalian kes di Mahkamah Syariah.

iv. JKSM telah mengadakan program untuk memperkenalkan dan memberi

pendedahan kepada perbicaraan inquisitorial bagi membolehkan hakim-

hakim di Mahkamah Syariah memainkan peranan aktif di peringkat

perbicaraan bagi mempercepatkan proses perbicaraan.

v. JKSM dan Mahkamah Syariah Negeri-Negeri juga telah menetapkan

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi penyelesaian kes-kes perceraian

bermula pada tahun 2015. Memandangkan KPI tersebut telah mencapai

sasaran yang ditetapkan, ianya telah diteruskan pada tahun ini yang

bertujuan untuk mempercepatkan dan menyelesaikan kes-kes tertunggak di

Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia.

Page 194: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

194

Berdasarkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh JKSM dan Mahkamah Syariah

Negeri-Negeri, adalah bagi memastikan bahawa penyelesaian kes-kes di Mahkamah

Syariah dapat diselesaikan dengan cepat, pantas dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya beralih kepada isu yang berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH). Yang Berhormat

Pandan telah membangkitkan tujuh isu dan penjelasan saya adalah seperti berikut:

1) Isu surat Bank Negara Malaysia (BNM) - Rezab TH dan pembayaran bonus.Isu ini telah saya jelaskan panjang lebar semasa menjawab pertanyaan lisan

Yang Berhormat Bagan di Dewan Yang Mulia ini pada 14 Mac yang lalu. Namun

demikian, saya ingin mengulanginya dan sekali lagi menegaskan bahawa surat

BNM bertarikh 23 Disember 2015 menyarankan agar TH merumuskan dasar

rizab yang lebih komprehensif bagi mengharungi situasi ekonomi yang tidak

menentu serta menangani ekspektasi pendeposit terhadap kadar bonus tinggi

daripada TH setiap tahun. Surat tersebut hendaklah dibaca secara bersama

dengan kenyataan akhbar yang dikeluarkan BNM pada 26 Januari 2016 yang

memaklumkan bahawa TH secara proaktif melalui inisiatifnya sendiri telah

mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memperkukuhkan pengurusan

risiko dan kedudukan kewangan TH.

Selain itu, saya jelaskan disini, bahawa pemberian bonus kepada pendeposit

adalah daripada keuntungan yang dijana oleh TH dan bukannya daripada

simpanan pendeposit. Justeru itu, analisis Ahli Yang Berhormat adalah tidak

betul dan janganlah mengelirukan para pendeposit dengan tatacara pembayaran

bonus yang salah.

Dimaklumkan juga Penyata Kewangan TH mematuhi piawaian perakaunan

Lembaga Piawaian Perakauan Malaysia (MASB) dan diselaraskan menurut

prinsip-prinsip syariah serta mematuhi Akta Audit 1957 dan piawaian

pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Oleh yang demikian, saya

Page 195: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

195

menegaskan bahawa, prestasi kewangan TH adalah baik dan tidak mengalami

kerugian malah mencatatkan keuntungan yang tertinggi sejak penubuhannya.

2) Pelaburan dalam Silver Bird Group Berhad (SBGB)Isu ini telah saya jawab secara bertulis kepada pertanyaan lisan Yang

Berhormat Pandan pada 9 Mac yang lalu. Ahli Yang Berhormat

petik/baca jawapan tersebut semasa perbahasan tempoh hari, tetapi

kenyataan dan analisis yang dibuat adalah tidak tepat. Ahli Yang

berhormat tidak sebut/baca perenggan terakhir jawapan tersebut yang

berbunyi.. “…pada 3 Oktober 2013,TH telah menjual keseluruhan

pegangan sahamnya di dalam SBGB. Hasil daripada penjualan tersebut,

TH telah memperolehi keuntungan sebanyak RM9.13 juta. Oleh itu,

jumlah kerugian yang berkaitan dengan pelaburan SBGB adalah

sebanyak RM48.87 juta setelah mengambilkira keuntungan sebanyak

RM9.32 juta sepanjang tempoh pelaburan.” Ini bermakna pada masa ini

dan sejak 3 Oktober 2013, TH tiada lagi pegangan dalam SBGB.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam pengendalian portfolio pelaburan,

TH mengambilkira keseluruhan pelaburannya. Setiap pelaburan ada yang

menguntungkan, rugi atau pulang modal. Yang penting keseluruhan portfolio

pelaburan adalah menguntungkan.

(nota: Isu-isu lain TH tidak dibaca/dijawab..kerana telah berlarutan dengan

pencelahan dan suasana ising..Pandan berulang kali mencelah dan bertelagah

dng YBM dan ahli-ahli lain - Jasin, Kota Tinggi, dan Bandar Tun Razak. Yang di-

Pertua menggunakan kuasanya PM 32 (7) – tidak membenarkan pencelahan

dan beralih kepada isu lain)

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Gerik juga menyarankan supaya ditubuhkan Pusat DakwahOrang Asli di Gerik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembangunan

infrastruktur sama ada membina atau membaik pulih pusat dakwah diuruskan sama

Page 196: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

196

ada melalui peruntukan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam

Negeri (JAIN). Walau bagaimanapun, berkaitan dakwah kepada orang Asli, Kerajaan

melalui JAKIM telah melantik seramai 242 orang Penggerak Masyarakat Orang Asli

yang ditugaskan untuk menyampaikan dakwah dan pendidikan Islam kepada

masyarakat Orang Asli Islam di negara ini. Seramai 58 orang Penggerak Masyarakat

Orang Asli telah ditempatkan untuk bertugas di perkampungan Orang Asli negeri Perak.

Dalam memastikan dakwah berterusan kepada masyarakat Orang Asli Islam, JAKIM

dengan kerjasama MAIN/JAIN dan masyarakat setempat telah membina surau dan

rumah Penggerak Masyarakat Orang Asli di perkampungan Orang Asli. Walau

bagaimanapun, tidak semua perkampungan Orang Asli disediakan dengan surau dan

rumah penggerak kerana pembinaannya adalah berdasarkan peruntukan tahunan.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) juga bersama-sama membantu melaksanakan

program tersebut khususnya melibatkan kewangan, kemudahan dan penyertaan .

Yang Berhormat Tanah Merah juga menyarankan sesi peneranganpenyelewengan doktrin IS di sekolah-sekolah dan universiti-iniversiti bagimengelakkan golongan belia/ remaja terjebak. Dalam hal ini, JAKIM telah

mengambil inisiatif dengan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Penjelasan Konsep

Jihad Peringkat Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM dan

dianggotai oleh wakil daripada Kementerian Dalam Negeri,Kementerian Pendidikan

Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Majlis Keselamatan

Negara (MKN), Majlis Agama Islam Negeri /Jabatan Agama Islam Negeri, Institut

Kefahaman Islam Malaysia, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Polis

DiRaja Malaysia; danInstitut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).

Program dilaksanakan melalui kaedah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

antara JAKIM dan agensi-agensi berkaitan yang turut serta memberikan penjelasan

mengikut bidang dan kepakaran agensi masing-masing. Program Penjelasan Konsep

Jihad yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :

Page 197: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

197

i. Program Penerangan Bersemuka – iaitu merangkumi program seperti

seminar, taklimat, ceramah dan forum. Ini termasuk khutbah Jumaat

sekuran-kurangnya sebulan sekali akan dibaca khutbah berkaitan

pengertian jihad serta ancaman IS dan juga khutbah tersebut

digunapakai serta di baca di negeri-negeri.

ii. Program Penerangan Melalui Media Massa (Radio dan TV)- iaitu

penerbitan program radio dan TV RTM, TV al-Hijrah, IKIM FM dan al-

Jazeera Channel.

iii. Program Penerangan Melalui Media Cetak dan Baru- iaitu penerbitan

artikel, temu bual, dan laporan berita melalui pelbagai akhbar harian, FB

dan web laman berita online.

Sasaran program-program penerangan tersebut merangkumi penjawat awam

Persekutuan dan Negeri, imam-imam, pegawai takmir, guru KAFA, pemimpin pelajar,

pelajar IPTA/IPTS, kakitangan swasta, pertubuhan bukan Kerajaan (NGOs), syarikat

berkaitan Kerajaan (GLCs), pensyarah universiti, ahli Majlis Professor Negara,

pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) dan guru-guru

pondok.

Tuan Yang di-Pertua,

Isu-isu berkaitan ajaran sesat telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit. AhliYang Berhormat berharap tindakan bersepadu dan kerjasama pelbagaikementerian/agensi untuk menangani ajaran sesat. Sebagaimana Ahli Yang

Berhormat sedia maklum, bahawa bidangkuasa untuk menguatkuasakan kesalahan

yang berhubung dengan aqidah termasuk ajaran sesat adalah berada di bawah

bidangkuasa negeri seperti yang dijelaskan di bawah Butiran I Senarai II Jadual

Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, Kerajaan Persekutuan

sentiasa mengambil perhatian berat mengenai bahaya ajaran sesat di Malaysia.

Page 198: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

198

JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), agensi keselamatan

khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri dan juga

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sama-sama berganding bahu

dalam memastikan ajaran yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dapat

dikawal daripada terus tersebar. Bagi meningkatkan tindakan bersepadu yang

melibatkan pelbagai agensi tersebut, maka Jawatankuasa Pemandu Menangani

Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan telah ditubuhkan.

Sehubungan itu, langkah-langkah bagi mengawal penularan fahaman-fahaman

menyeleweng ini adalah seperti berikut:

i. Pencegahan

Menyebarluaskan fatwa-fatwa yang berkaitan dan mengadakan program-

program penjelasan fahaman-fahaman yang menyeleweng dari akidah

Ahli Sunnah Wal-Jamaah melalui ceramah, seminar dan menerusi media

cetak dan elektronik.

ii. Pemantauan dan risikan

Menjalankan program pemantauan terhadap gerakan kumpulan

berfahaman menyeleweng dan menapis bahan-bahan penerbitan sama

ada bercetak atau elektronik. Juga kawalan terhadap kurikulum sekolah-

sekolah agama dan pondok.

iii. Penguatkuasaan undang-undang

Meningkatkan kerjasama antara pihak berkuasa agama dan agensi

keselamatan terhadap fahaman-fahaman yang telah diwartakan

menyeleweng daripada akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

iv. Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS)

Page 199: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

199

Mengadakan kerjasama dengan Jabatan Mufti, JAIN dan agensi-agensi

keselamatan bagi sesi perbincangan dan dialog dengan pihak-pihak yang

dikaitkan dengan fahaman yang telah difatwakan menyeleweng. Ini

termasuk untuk memberi kaunseling agama dan memanggil guru-guru

ajaran sesat yang terlibat.

Bagi menangani penularan fahaman yang menyeleweng kepada pelajar, JAKIM

juga sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian

Pengajian Tinggi dalam mengawal penularan ajaran selain Ahli Sunnah Wal Jamaah

dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah atau di institusi pengajian tinggi.

Sehingga kini, ramai pengikut-pengikut ajaran sesat telah diambil tindakan

penguatkuasaan oleh pihak berkuasa agama di negeri-negeri dengan kerjasama

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak-pihak berkuasa lain yang berkaitan.

Antaranya ialah ajaran al-Arqam, kerajaan Langit (Ayah Pin), Rasul Melayu, Tuhan

Harun, Millah Ibrahim/Abraham dan lain-lain.

Yang Berhormat Bachok menyeru Kerajaan perlu menangani isu label melabeldikalangan umat Islam di negara ini. Dalam hal ini, Kerajaan telah menerapkan

konsep Wasatiyyah yang bermaksud kesederhanaan, keseimbangan dan keadilan

dalam pelaksanaan dasar-dasar negara dan kehidupan bermasyarakat. . Pendekatan

Wasatiyyah mampu membawa masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar,

ajaran yang jauh daripada sikap ekstrem dan melampau. Ini kerana ajaran Islam yang

berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunah amat menekankan kepada kesederhanaan

dan keseimbangan.

Fahaman ekstrim dalam agama merupakan satu ancaman terhadap sesebuah negara

dan umat Islam khususnya. Penularan fahaman ekstrim ini juga telah menggalakkan

sesetengah pihak bertindak di luar batas kesederhanaan, menjejaskan sosiopolitik dan

kestabilan sesebuah negara dan masyarakat.

Page 200: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

200

Oleh itu, Kerajaan membendung fahaman ekstrim dari terus menular dari

mempengaruhi umat Islam termasuk berkaitan dengan hal kafir mengkafir. Ini adalah

pendekatan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang tidak melabelkan kafir kepada orang lain

dan memberi penekanan kepada pendekatan dakwah secara berhemah dan bukan

melabel atau mengkafir. Maka Kerajaan, melalui jabatan-jabatan berkaitan dan juga

kerjasama dengan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) hendaklah melihat serta

memberi penekanan kepada pendekatan Wassatiyyah dan menghindarkan dari

pendekatan melabelkan atau mengkafirkan pihak lain. Justeru semua pihak harus

memainkan peranan masing-masing serta bertanggungjawab terhadap memelihara

keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dan negara, termasuklah para pendakwah

serta anggota masyarakat keseluruhannya.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya isu-isu berkaitan pensijilan halal. Yang Berhormat Parit Sulong mintapenjelasan mengenai inisiatif Kerajaanbagi meningkatkan penglibatan PrusahaanKecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera dalam mendapatkan pensijilan halal.Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, usaha menambah PKS Bumiputera

untuk mendapatkan sijil halal adalah usaha bersama pelbagai pihak termasuk JAKIM.

Peranan JAKIM lebih tertumpu kepada pensijilan halal Malaysia iaitu menjalankan

pengauditan, pengeluaran sijil halal, pemantauan dan penguatkuasaan halal di

Malaysia. Manakala Agensi-agensi lain seperti Halal Development Corporation (HDC)

dan SME Corporation perlu memainkan peranan dan tanggungjawab untuk

menggerakkan usahawan PKS Bumiputera dalam industri halal dengan lebih aktif. Di

samping itu, kerjasama daripada pelbagai agensi pembimbing seperti Institut

Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Majlis Amanah Rakyat

(MARA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Piawaian dan

Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan lain-lain amat penting ke arah

mempertingkatkan jumlah pemegang sijil halal di kalangan PKS Bumiputera.

Page 201: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

201

Yang Berhormat Parit Sulong telah mengemukakan beberapa cadangan dan

penjelasannya adalah seperti berikut:

1) Menyarankan Kerajaan menyediakan satu Facility Green Lane bagimendapatkan sijil halal bagi syarikat-syarikat kepunyaan orang Islam.

Pensijilan Halal Malaysia adalah bersifat sukarela dan terbuka kepada semua

pemohon sama ada pengusahanya orang Islam mahupun bukan Islam.

Pensijilan yang dijalankan berdasarkan hukum Syarak serta tertakluk kepada

aspek pematuhan kepada standard dan garis panduan tertentu. Ini termasuklah

mematuhi garis panduan keselamatan dan kebersihan sepertimana yang

dikuatkuasakan oleh agensi bertanggungjawab seperti Kementerian Kesihatan

Malaysia, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar

(JPV) dan lain-lain agensi.

Prosedur dan peraturan yang ditetapkan terpakai kepada semua pemohon sama

ada Islam dan bukan Islam. JAKIM sedaya upaya mempercepatkan semua

permohonan sama ada permohonan daripada bumiputera atau bukan

bumiputera. Maka adalah tidak wajar untuk diberikan sijil halal secara mudah

kepada sesetengah pemohon kerana ianya akan mencemarkan nama baik

pensijilan halal Malaysia. Prosedur dan peraturan yang ditetapkan ini adalah bagi

memastikan supaya pemegang Sijil Pengesahan Halal bukan sahaja

mengeluarkan produk halal dari sudut Syarak tetapi juga menghasilkan produk

yang berkualiti, bersih dan selamat sesuai dengan konsep Halalan Toyyiba.

2) Meletakkan semula pengiktirafan pensijilan halal kepada HDC.

Kerajaan telah menggariskan peranan dan fungsi JAKIM dan HDC dalam bidang

halal di Malaysia. JAKIM dan MAIN/JAIN adalah pihak berkuasa berwibawa

dalam urusan pensijilan halal di Malaysia berdasarkan peruntukan Akta Perihal

Page 202: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

202

Dagangan 2011 (APD 2011). Selain menguruskan permohonan pengeluaran Sijil

Pengesahan Halal Malaysia, JAKIM dan MAIN/JAIN turut berperanan

menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pemegang Sijil

Pengesahan Halal Malaysia.

Manakala HDC perlu fokus pada pembangunan industri halal. Oleh yang

demikian, cadangan meletakkan semula pengiktirafan sijil halal kepada HDC

adalah tidak wajar memandangkan isu pensijilan halal turut melibatkan pihak

berkuasa agama negeri sesuai dengan peruntukan dalam Jadual Kesembilan,

Senarai II Perlembagan Persekutuan.

Pelaksanaan pensijilan halal oleh JAKIM dan MAIN/JAIN juga telah melalui

proses persetujuan bersama oleh kedua-dua pihak sebagai pihak berkuasa

berwibawa dan diperuntukkan secara jelas dalam Perintah Perihal Dagangan

(Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Bidang pensijilan halal perlu dilihat

bukan sahaja dari sudut industri halal, malah perkara yang sangat penting iaitu

isu-isu berkaitan hukum syarak serta integriti dan kemampuan JAKIM dalam

menjalankan pensijilan halal yang menjadi keyakinan masyarakat terhadap

status halal produk tersebut.JAKIM dan JAIN juga mampu menjalankan peranan

dan fungsi dengan baik berbanding dengan syarikat swasta yang pernah dilantik

untuk mengeluarkan sijil pengesahan halal pada tahun 1998.

3) Cadangan untuk menambah kepakaran yang berkaitan sijil halal agarproses sijil dapat disegerakan.

Mengikut prosedur Pensijilan Halal Malaysia, setiap pemeriksaan bagi tujuan

Pensijilan Halal Malaysia perlulah dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua(2)

orang pegawai iaitu seorang pegawai hal ehwal Islam dan seorang pegawai

teknikal. Setiap pegawai yang dilantik sebagai pegawai pemeriksa oleh JAKIM

dan JAIN merupakan pegawai yang berkelayakan dan kompeten dalam

menjalankan pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia. Setiap pegawai perlu

melepasi satu tahap kompetensi yang telah ditetapkan sebelum layak

Page 203: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

203

menjalankan pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia. Pegawai-pegawai ini telah

dilatih dan didedahkan dalam semua aspek meliputi pengetahuan berkaitan

Syariah, teknologi pemprosesan dan pembuatan, analisa makmal dan

perundangan yang berkaitan.

Piagam Pelanggan JAKIM dalam mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal

Malaysia bagi permohonan yang memenuhi syarat adalah dalam tempoh 50 hari

bekerja selepas permohonan diterima. Tempoh ini ditetapkan selepas

mengambil kira tempoh masa untuk menjalankan penelitian terhadap bahan

ramuan & dokumen sokongan, pemeriksaan lapangan, penyediaan laporan,

mesyuarat Panel Pengesahan Halal dan pengeluaran Sijil Pengesahan Halal.

Walau bagaimanapun, sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, Sijil

Pengesahan Halal Malaysia akan di beri dalam tempoh 30 hari berkerja selepas

pembayaran dibuat dan tiada notis ketidakakuran dikeluarkan semasa audit

pematuhan dijalankan ke atas premis pemohon.

Namun demikian, dalam kebanyakan kes permohonan yang terpaksa mengambil

masa yang lama untuk diselesaikan adalah disebabkan faktor-faktor berikut;

i) kurang kefahaman di pihak pemohon berkaitan prosedur permohonan

Pensijilan Halal Malaysia, Standard Malaysia yang berkaitan, syarat-

syarat dan keperluan pensijilan;

ii) pemohon membuat permohonan tanpa persediaan dan perancangan

yang teratur; dan

iii) tiada komitmen oleh pemohon untuk mengambil tindakan pembetulan

(corrective action) terhadap notis ketidakakuran yang telah dikeluarkan

semasa pemeriksaan dijalankan.

Page 204: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

204

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-mana

perkara yang tidak sempat dijawab akan dijawab secara bertulis, perkara tersebut telah

dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri,

khususnya agensi-agensi yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.Teks GulungTitah DR 1 -2016-24 mac 2016

Page 205: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

205

TEKS UCAPANMENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH DIRAJA

PADA 26 APRIL 2016 DI DEWAN NEGARA

YB MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B),MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

-------------------------------------------------------------------------------------

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat

Senator yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan hal ehwal Islam semasa

perbahasan Titah Diraja. Saya telah meneliti semua isu-isu yang dibangkitkan.

Sesungguhnya Jabatan Perdana Menteri menghargai pandangan, teguran dan

cadangan serta saranan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua,

Pertamanya isu-isu yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah. Yang BerhormatDato’ Dr. Johari bin Mat dan Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamedminta disegerakan usaha bagi meningkatkan dan memertabatkan MahkamahSyariah. Usaha ke arah memartabatkan undang-undang Syariah sentiasa menjadi

keutamaan Kerajaan selaras dengan Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan

yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan.

Sebagaimana penjelasan saya beberapa kali di Dewan ini, bahawa Kerajaan dengan

kerjasama negeri-negeri sentiasa berusaha bagi memastikan undang-undang Syariah

dapat dilaksanakan melalui cadangan untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah

Syariah, menaik taraf sistem kehakiman Syariah dan menyemak semula kedudukan

Hakim-Hakim Mahkamah Syariah.

Mengenai cadangan untuk menaik taraf Mahkamah Syariah, Kerajaan bercadang

untuk mewujudkan lima peringkat mahkamah Syariah di negara ini iaitu Mahkamah

Page 206: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

206

Rendah Syariah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah

Rayuan Syariah Negeri dan Majlis Rayuan Syariah. Pada masa ini Kerajaan sedang

dan terus menjalankan rundingan dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri bagi

mendapatkan pandangan dan pertimbangan, memandangkan perkara-perkara

berkaitan hal ehwal agama Islam adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan

Negeri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Butiran I, Senarai 2, Jadual

Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Dalam erti kata lain, peningkatan

Mahkamah Syariah hanya akan dapat diteruskan sehingga semua Majlis Agama islam

Negeri-negeri bersetuju dengan cadangan tersebut,

Manakala pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta355] pula, pada masa ini, Kerajaan sedang meneliti cadangan pindaan kepada Akta

355 yang bertujuan untuk memperluaskan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah

yang sedia ada. Ini adalah untuk memastikan cadangan pindaan kepada Akta 355

tersebut dibuat secara teratur mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan.Oleh

yang demikian, Kerajaan sedang menyediakanRang Undang-Undang MahkamahSyariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) bagi memastikan bidang kuasa

Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman hendaklah dihadkan kepada

kesalahan jenayah syariah. Memandangkan perkara-perkara berkaitan hal ehwal

agama Islam adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, maka rundingan

dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri jugaadalah perlu memandangkan negeri-

negeri juga mempunyai kepentingan terhadap Rang Undang-Undang ini.

Bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran undang-undang di MahkamahSyariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah melaksanakan langkah-

langkah menaik taraf dan menyeragamkan pentadbiran mahkamah-mahkamah Syariah

di Malaysia yang sesuai dengan perkembangan dalam masyarakat, antaranya seperti

berikut :

Page 207: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

207

i. mewujudkan sistem e-syariah untuk menyelaras dan menyeragamkan

sistem pengurusan dan pendaftaran kes-kes di Mahkamah Syariah di

seluruh Malaysia;

ii. mengeluarkan Arahan Amalan Mahkamah Syariah untuk menyelaraskan

sistem pentadbiran dan pengurusan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia;

iii. membangunkan kaedah Sulh bagi mempercepatkan penyelesaian

sesuatu kes;

iv. mewujudkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di semua negeri-negeri

seluruh Malaysia bagi melicinkan proses penguatkuasaan perintah-

perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah;

v. melantik Pegawai Syariah wanita ke jawatan Hakim Syarie di Mahkamah

Syariah. Sehingga kini antara negeri-negeri yang telah melantik Hakim

Syarie Wanita ialah Kelantan, Perlis, Wilayah Persekutuan, Melaka,

Sabah dan Pahang;

vi. mewujudkan infrastruktur dengan membina Kompleks Mahkamah Syariah

yang baru di negeri Kelantan, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan

Melaka. Manakala kompleks Mahkamah Syariah baru yang dalam proses

pembinaan adalah di negeri Sabah dan Pulau Pinang; dan

vii. menambah baik sistem e-syariah dengan pembinaan sistem e-faraid dan

k-faraid yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamed juga membangkitkanmengenai pengasingan jabatan pendakwaan dari jabatan agama danmenyarankan diperkemaskan penguatkuasaan. Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, pada dasarnya semua Majlis Agama Islam Negeri telah bersetuju dengan

Page 208: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

208

pengasingan Bahagian Pendakwaan Syariah daripada Jabatan Agama Islam Negeri.

Kerajaan kini sedang dalam dalam fasa terakhir untuk menubuhkan Jabatan

Pendakwaan Syariah di tiga buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor dan

Terengganu yang kini dalam proses penelitian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA). Manakala bagi negeri-negeri lain permohonan akan dipanjangkan kepada JPA

setelah selesai proses penyediaan dokumentasi di peringkat negeri masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua,

Isu pertikaian dan keputusan yang berbeza antara Mahkamah Syariah danMahkamah Sivil telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dr. Mohd Nor binMonutty . Kerajaan menyedari, mengambil berat dan peka dengan isu-isu atau kes-

kes yang mengaitkan Mahkamah Sivil dan Syariah seperti isu perceraian, hak

penjagaan anak dan, perwarisan harta. Dalam konteks sistem perundangan dan

kehakiman di Malaysia, ia terbahagi kepada dua sistem, iaitu perundangan sivil

(Mahkamah Sivil) dan perundangan Syariah (Mahkamah Syariah).

Mahkamah sama ada Sivil atau Syariah berpegang kepada prinsip keadilan dalam

memastikan hak pihak-pihak dalam isu perceraian, hak penjagaan anak dan,

perwarisan harta terbela dan terjaga. Bagi maksud tersebut, pihak-pihak yang terlibat

bertanggungjawab secara kolektif untuk memberi kerjasama bagi memastikan prosiding

mahkamah dapat berjalan lancar dan kes yang dibicarakan dapat diselesaikan dengan

adil dan dipatuhi.

Berhubung dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya khas bagimenyelesaikan pertikaian dalam kes kekeluargaan antara Mahkamah Syariah danMahkamah Sivil,Kerajaan melihat pandangan ini secara mendalam. Walau

bagaimanapun, kerajaan juga melihat kepada cadangan-cadangan lain bagi

menyelesaikan isu pertindihan bidang kuasa mengenai kes penceraian, penjagaan

anak, pewarisan harta dan lain-lain.

Page 209: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

209

Tuan Yan di-Pertua,

Yang Berhormat Dr. Mohd Nor bin Monutty juga menyarankan JAKIM dan jabatan-jabatan agama sewajarnya menyediakan modul-modul yang komprehensif danefektif tentang kewajipan memahami konsep jihad. Di samping tindakan yang

diambil oleh Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa yang lain,Kerajaan melalui

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menubuhkan Jawatankuasa (Task-

force) Penerangan Jihad Peringkat Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Ketua

Pengarah JAKIM yang turut dianggotai oleh agensi-agensi keselamatan seperti

Kementerian Dalam Negeri, Polisa Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Agama Islam Negeri

dan lain-lain.

Melalui Jawatankuasa Khas ini, JAKIM bersama-sama agensi-agensi yang berkaitan

telah melaksanakan pelbagai program penerangan dan kesedaran mengenai konsep

Jihad, bahaya ancaman kumpulan militan IS/DAEISH dan isu-isu keselamatan negara.

Pelbagai saluran mekanisme dilaksanakan seperti melalui penulisan di dalam akhbar,

program TV dan Radio, media baharu, termasuk melalui program penerangan sehala

seperti seminar, dialog, forum, khutbah jumaat dan lain-lain. Program-program

penerangan dan penjelasan ini akan terus dilaksanakan sehingga Kerajaan berpuas

hati bahawa isu tersebut tidak lagi menjadi ancaman keselamatan negara dan

keharmonian seluruh warga dapat dinikmati dengan selesa.

Ahli Yang Berhormat juga menyarankan supaya karya Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi seperti Fiqh al-Jihad dan Feqah Kenegaraan Islam wajar dijadikanrujukan penting. Kerajaan telah mengambil inisiatif melaksanakan program-program

penerangan dan penjelasan di seluruh negara mengenai konsep jihad dalam Islam.

Dalam hal ini, karya tersebut adalah antara rujukan selain kitab-kitab dan pandangan-

pandangan ulama yang lain. JAKIM telah menerbitkan satu risalah khas tentang konsep

jihad dalam Islam yang disediakan oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan

yang memuatkan pandangan ulama-ulama muktabar. Kerajaan berpendapat semua

Page 210: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

210

rujukan yang sesuai akan dimanfaat dan digunakan dengan sebaik mungkin dan

rujukan utama ialah keterangan daripada al-Quran dan al-Hadis.

Ahli Yang Berhormat juga menyarankan authority agama di negara ini hendaklahmenguasai dengan mendalam keilmuan Islam - ilmu-ilmu naqli (revealedknowledge) dan juga ilmu-ilmu aqli (rational sciences).Kerajaan melalui JAKIM dan

Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa mengambil berat untuk meningkatkan

penguasaan ilmu naqli dan aqli di kalangan pegawai-pegawai hal ehwal Islam. Walau

bagaimanapun, di peringkat negeri usaha-usaha tersebut adalah di bawah bidang

kuasa negeri dan memerlukan sokongan bajet di negeri masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnyaisu berkaitan dakwah dan penceramah. Yang Berhormat Engku Naimahbinti Engku Taib berharap pihak berkuasa tidak membatalkan siri ceramah dansyarahan seperti ceramah Dr. Zakir Naik. Kerajaan mengalu-alukan mana-mana

pihak yang ingin masuk ke negara ini atas tujuan yang baik. Namun, ianya perlulah

mengikut undang-undang dan peraturan yang ada di negara ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Khairudin bin E.S. Abd Samad mencadangkan supayapenceramah luar diberitahu mengenai sensitiviti masyarakat di negara ini.Kerajaan amat bersetuju dengan cadangan Ahli Yang Berhormat dan sewajarnya pihak

penganjur yang menjemput penceramah dari luar perlu memberi penerangan atau

taklimat kepada penceramah tersebut selepas memperoleh kebenaran daripada pihak

berkuasa tempatan dan mendapat tauliah sementara daripada Pejabat Mufti Negeri.

Yang Berhormat Datuk Seri Boon Som a/l Inong pula bertanya adakah salam daribukan Islam boleh dijawab. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, majoriti ulama

Page 211: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

211

berpegang dengan hukum harus menjawab salam dari seorang yang bukan Islam. Ini

berdasarkan ayat al-Qur’an, Surah al-Nisa’:86, sebagaimana yang disebut oleh Yang

Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat, yang maksudnya “Apabila kamu diberi

penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu

dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang

serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.”

Tuan Yang di-Pertua,

Beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan Maqasid Syariah

dan Indeks Syariah Malaysia (ISM). Yang Berhormat Datuk Hajah Noriah bintiMahat minta penjelasan apakah peranan Maqasid Syariah dalam pembinaannegara yang pelbagai bangsa/agama, dan sejauhmana ke arah mengujudkanmasyarakat Wasatiyyah.

Sesungguhnya Maqasid Syariah yang dijadikan asas pengukuran Indeks Syariah

Malaysia (ISM) sebenarnya menyerlahkan kesejagatan Islam kepada seluruh umat

manusia tanpa mengira batas agama termasuk yang bukan Islam. Ia memberi manfaat

kepada semua golongan masyarakat sekiranya dilaksanakan dengan penuh ketelusan

dan kecekapan berdasarkan lima Maqasid Syariah tersebut iaitu penjagaan agama,

nyawa, akal, keturunan dan harta.

Penerapan Maqasid Syariah dalam pentadbiran negara juga menunjukkan

kesederhanaan Islam (wasatiyyah) dan keadilan Islam terhadap semua bangsa dan

agama dalam kehidupan bernegara, di mana semua orang akan mendapat hak dan

kebebasan dalam mengamalkan ajaran masing-masing, hak untuk hidup aman,

mendapat pendidikan, mengumpul harta kekayaan dan sebagainya secara saksama

berpandukan garis panduan Maqasid Syariah.

Apabila kesejahteraan dan kemakmuran ini dapat dinikmati secara bersama dengan

panduan prinsip Maqasid Syariah yang bersifat sejagat, maka aktiviti ekstremisme

Page 212: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

212

dapat dibendung melalui perpaduan dan sikap toleransi yang wujud dalam anggota

masyarakat ke arah kebaikan bersama.

Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamed membangkitkan dapatankajian Indeks Syariah Malysia (ISM) dan penjelasannya adalah seperti berikut:

1) Mengapa dapatan kajian bagi responden penerima dasar (masyarakat)lebih rendah berbanding penilaian pembuat dan pelaksana dasar.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, keputusan penyelidikan ISM

telah mendapati skor keseluruhan ialah sebanyak 75.42 peratus dengan

mengambil kira purata keseluruhan skor bidang-bidang yang dikaji.

Sememangnya diakui bahawa penilaian responden kategori masyarakat pada

keseluruhannya lebih rendah berbanding responden kategori pembuat dasar dan

pelaksana dasar. Ini kerana masyarakat melihat dari sudut persepsi berbanding

pembuat dasar dan pelaksana dasar yang merangka danmelaksanakan secara

langsung dasar-dasar yang telah dilaksanakan Kerajaan dalam bidang-bidang

tersebut.

2) Skor dalam bidang ekonomi, budaya, prasana / persekitaran dan sosiallebih rendah dari jumleh skor keseluruhan .

Skor yang rendah dalam beberapa bidang seperti ekonomi, budaya dan

prasarana/persekitaran menunjukkan masih ada keperluan yang perlu dipenuhi

dan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam bidang-bidang yang

dinyatakan.

3) Apakah kajian ISM akan dibuat di negeri-negeri.

Penentuan untuk melaksanakan ISM di mana-mana negeri adalah di bawah

bidang kuasa dan kelulusan pentadbiran kerajaan negeri berkenaan. Kerajaan

Page 213: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

213

Persekutuan sentiasa mengalu-alukan dan bersedia membantu mana-mana

negeri yang berhasrat untuk melaksanakan ISM secara khusus di peringkat

negeri.

Mengenai permohonan negeri Terengganubagi melaksanakan ISM seperti yangdibangkitkan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin,dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu telah pun menjemput JAKIM selaku

agensi yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan dan penyelarasan ISM untuk

memberikan taklimat mengenai pelaksanaan ISM kepada Jawatankuasa Indeks

Syariah Negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa

Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Tugas-tugas Khas Negeri pada 17 Mac 2016 yang

lalu.

Tuan Yang di-Pertua,

Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mat Yasin juga bertanya apakahlangkah-langkah Kerajaan/JAKIM untuk menyokong program pengajian bagimelahirkan ulama yang pakar dalam bidang agama/professional danhafaz al-Quran serta apakah peranan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.SebenarnyaSekolah Menengah Imtiaz Terengganu yang dinyatakan oleh Ahli Yang

Berhormat adalah dalam kategori Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) yang

telah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Sekolah Agama

Bantuan Kerajaan (SABK).Bagi Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan

Sekolah Menegah Agama Rakyat (SMAR) yang berdaftar sebagai SABK, akan

mendapat banyak kebaikan seperti menerima bantuan bagi urusan pentadbiran

sekolah, bantuan modal bagi pembangunan fizikal sekolah, jawatan hakiki guru,

menerima guru yang terlatih, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) percuma bagi yang

melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz

(KBT).

Page 214: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

214

Sehubungan itu, bagi SMAN dan SMAR yang menggunakan kurikulum tahfiz dan

kurikulum kebangsaan akan memberi peluang yang lebih luas kepada para pelajar

mereka untuk menceburi pelbagai bidang profesional di samping ilmu-ilmu al-Quran

seterusnya dapat melahirkan modal insan yang profesional dan memiliki jiwa Islam

yang tinggi.

Berhubung dengan pendidikan tahfiz, bermula tahun 1993, Kerajaan melalui Darul

Quran, JAKIM telah menawarkan program diploma dengan kerjasama Maahad Tahfiz

al-Quran seluruh negara serta program pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UIAM dan

JAKIM-UNITEN. Sehingga kini sebanyak 14 buah Maahad Tahfiz al-Quran Negeri

(MTQN) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan JAKIM bagi

melaksanakan Diploma Tahfiz al-Quran. Bilangan hafiz yang telah dilahirkan sehingga

tahun 2015 ialah seramai 5,942. Jumlah tersebut merangkumi4,562 orang daripada

program diploma Darul Quran JAKIM dan MTQN, 1,326 orang bagi pensijilan Tahfiz al-

Quran JAKIM-UIAM dan 54 orang bagi program JAKIM-UNITEN. Jumlah tersebut

tidak termasuk para hafiz yang dihasilkan oleh institusi pengajian tahfiz swasta dan

persendirian.

Manakala program di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mulai tahun 2009, JAKIM juga

telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Quran dan Sunnah dan sedang merancang untuk

berkerjasama dengan universiti-universiti lain dalam program yang berkaitan dengan al-

Quran.

Dalam masa yang sama, terdapat beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di

bawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi telah menawarkan Kursus “Double

Major” iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains atau teknologi

maklumat dan lain-lain bidang profesional yang ditawarkan seperti Universiti Malaya

(UM) dan USIM.

Page 215: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

215

Manakala Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN)yang telah diumumkan oleh YAB

Perdana Menteri pada 20 Mac 2016 lalu, sedang giat digubal yang bertujuan

menambahbaik dan menyelaras pelaksanaan pendidikan tahfiz di seluruh negara

berdasarkan kepada skop iaitu dasar dan perundangan, kurikulum, tadbir urus,

pengiktirafan dan pensijilan, serta konsep/model tahfiz . Dasar ini diharapkan dapat

menjamin pengurusan tahfiz yang lebih sistematik melalui penyelarasan garis panduan

sedia ada di negeri dan penambahbaikan aspek-aspek yang berkaitan. Dasar ini akan

diserahkan kepada Kerajaan Negeri-negeri untuk dilaksanakan kerana ia termasuk

dalam bidang kuasa negeri masing-masing.

Yang Berhormat Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff pula menyarankan JAKIMmenyelaraskan Solat Sunat Istisqa serentak di seluruh negara.. JAKIM telah

mengusulkan kepada Majlis Agama Islam Negeri/Jabatan Agama Islam Negeri

(MAIN/JAIN) untuk mengadakan Solat Sunat Istisqa’ di masjid-masjid di seluruh negara

dan terdapat negeri-negeri yang telah melaksanakannya.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya beralih kepadaisu berkaitan zakat. Yang Berhormat Puan Hajah Azizah bintiHaji Harun membangkitkan isu bantuan zakat dengan merujuk kepada PejabatZakat di Sepang. Sebagaimana penjelasan dan jawapan di Dewan ini pada

persidangan-persidangan yang lalu, saya ulangi bahawa bahawa hal-ehwal agama

Islam termasuklah urusan zakat terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti

ketetapan di bawah Butiran 1, Senarai 2, Jadual Kesembilan, Perlembagaan

Persekutuan. Setiap Kerajaan Negeri mempunyai sistem pengurusan zakat mengikut

ketetapan atau peraturan yang telah ditetapkan oleh MAIN masing-masing sama ada

dalam agihan mahupun pungutan zakat. Saya percaya Kerajaan Negeri sentiasa

mengambil tindakan terbaik dari semasa ke semasa bagi mengendalikan dan

meningkatkan perkhidmatan pengurusan zakat. Justeru persoalan mengenai sistem,

syarat dan prosedur perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama negeri yang

berkenaan.

Page 216: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

216

Begitu juga dengan cadangan pemantauan kepada Pejabat Zakat di Sepang danlain-lain di Selangor, perkara ini hendaklah dirujuk dan diajukan kepada pihak-pihak

berkuasa yang berkaitan iaitu Lembaga Zakat Selangor dan Majlis Agama Islam

Selangor

Tuan Yang di-Pertua,

Akhirnya isu berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH). Yang Berhormat Puan HajahKhairiah binti Mohamed menyarankan perlu ada tindakan lain bagi memendekkantempoh menunggu menunaikan haji dan menggalakkan umat Islam menunaikanhaji pada usia muda. Sebagaimana penjelasan saya pada persidangan-persidangan

yang lalu di Dewan ini,sememangnya TH telah mengambil langkah-langkah yang

sewajarnya bagi menangani tempoh menunggu lama untuk menunaikan fardhu haji

seperti berikut:-

i. pendaftaran semula bakal haji hanya boleh dilakukan selepas lima (5) tahun

dari tarikh kali terakhir menunaikan fardhu haji;

ii. tidak menawarkan tempat untuk menunaikan fardhu haji kepada kanak-kanak

di bawah 15 tahun walaupun telah berdaftar;

iii. pertimbangan yang sewajarnya diberikan kepada bakal-bakal haji yang berusia

75 tahun ke atas untuk ke tanah suci lebih awal dari giliran. Namun, keutamaan

diberikan kepada bakal jemaah yang belum pernah menunaikan fardhu haji

serta telah lulus pemeriksaan kesihatan; dan

iv. bakal haji untuk kali kedua (sebagai mahram / pembantu / pengiring bakal haji

terpilih) tetapi dikenakan bayaran penuh tanpa ditanggung oleh TH.

Page 217: TEKS UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN USUL TITAH …eparlimen.islam.gov.my/doc/KOMPILASI_TEKS_UCAPAN_PENGGULUNGAN.pdf · beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia, THP mempunyai

217

Walau apapun usaha-usaha untuk memendekkan tempoh menunggu menunaikan haji,

ia tidak boleh lari dari keputusan pihak Kerajaan Arab saudi meluluskan tambahan

kouta haji untuk semua negara termasuk Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya rasa itu sajalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai hal ehwal Islam yang sempat saya jawab, dan mana-mana

perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatat dan akan diambil

tindakan sewajarnya oleh Jabatan Perdana Menteri, khususnya agensi-agensi yang

berkaitan.

Sekian, terima kasih.