dewan undangan negeri terengganu mesyuarat...

82
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015 DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT YANG KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS Pada PADA 8 SEPTEMBER 2015 Bersamaan 24 ZULKAEDAH 1436 Dikeluarkan oleh: Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu 1

Upload: doannga

Post on 06-Aug-2019

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU MESYUARAT YANG KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI

KETIGA BELAS Pada

PADA 8 SEPTEMBER 2015

Bersamaan

24 ZULKAEDAH 1436

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu

1

DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU

MESYUARAT YANG KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS

PADA 8 SEPTEMBER 2015

bersamaan

24 ZULKAEDAH 1436

Dikeluarkan oleh:

Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

daiiftada:

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI

TERENGGANU

MESYUARAT YANG KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS

KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. Nama Ahli-ahli. 1

2. Doa. 5

3. Ucapan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.

4. Kertas-Kertas Kerja Dan Laporan-Laporan.

5. Soalan-Soalan Yang Telah Diberi Notis:

(i) Soalan-soalan Bertulis (ii) Soalan-soalan Lisan

6. Cadangan Usul Di Bawah Fasal 30, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri.

7. Usul Yang Telah Diberi Notis:

Usul Pelantikan Tribunal Pengurusan Strata Di Bawah Akta Pengurusan Strata 2013.

8. Rang Undang-Undang:

Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan)(No.2) 2015.

9. Tangguhan

10. Lampiran [Soalan-soalan dan Jawapan-jawapan Bertulis]

PERSIDANGAN

PADA HARI SELASA, 8 SEPTEMBER 2015

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BERMULA PADA PUKUL 9.30 PAGI

HADIR

YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA Dato' Haji Mohd Zubir bin Embong, DPMT.,PJK.

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR TERENGGANU Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, SSMZ.,DPMT. WAKIL SEBERANG TAKIR

Yang Berhormat Dato' Haji Tengku Putera bin Tengku Awang, DPMT. WAKIL KUALA BERANG

Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, DPMT.,DMSM.,KMN. WAKIL PERMAISURI

Yang Berhormat Dato' Haji Rozi bin Mamat, DPMT.,SMZ. WAKIL TELEMONG

Yang Berhormat Ir. Rosli bin Othman, AMN. WAKIL KEMASIK

Yang Berhormat Haji Nawi bin Mohamad, SMT.,PJK. WAKIL HULU BESUT

Yang Berhormat A. Latiff bin Awang, PJC.,PJK. WAKIL PENGKALAN BERANGAN

Yang Berhormat Roslee bin Daud, AMZ.,PPN. WAKIL BUKIT BESI

2

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

Yang Berhormat Ghazali bin Taib, AMZ. WAKIL AJIL

Yang Berhormat Dato' Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, DPMT.,PPN. WAKIL JERTIH

Yang Berhormat Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar, AMT. WAKIL AIR PUTIH

Yang Berhormat Dato' Sabri bin Mohd Noor, DIMP.,PPN.,PJK. WAKIL LANGKAP

Yang Berhormat Mohd Mahdi bin Musa, AMT. WAKIL KOTA PUTERA

Yang Berhormat Haji Bazlan bin Abd. Rahman, AMT.,PJK. WAKIL BATU RAKIT

Yang Berhormat Mohd Iskandar bin Jaafar, PJK. WAKIL JABI

Yang Berhormat Tengku Zaihan bin Che Ku Abd. Rahman, PJK. WAKIL KUALA BESUT

Yang Berhormat Haji Satiful Bahari bin Mamat WAKIL PAKA

Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, SSMT. WAKIL RHU RENDANG

Yang Berhormat Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi, AMT. WAKIL BATU BUROK

Yang Berhormat Haji Mohd Abdul Wahid bin Endut, PJC. WAKIL WAKAF MEMPELAM

3

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

Yang Berhormat Dr. Haji Alias bin Razak WAKIL BUKIT TUNGGAL

Yang Berhormat Azan bin Ismail WAKIL BANDAR

Yang Berhormat Mohd Nor bin Hamzah WAKIL BUKIT PAYONG

Yang Berhormat Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, DPMT.,PJC.,PJK.,BLB. WAKIL LADANG

Yang Berhormat Ariffin bin Deraman WAKIL ALUR LIMBAT

Yang Berhormat Haji Hanafiah bin Mat WAKIL CUKAI

Yang Berhormat Haji Ridzuan bin Hashim WAKIL TELUK PASU

Yang Berhormat Haji Hishamuddin bin Abdul Karim WAKIL TEPOH

Yang Berhormat Haji Wan Hapandi bin Wan Nik WAKIL SURA

Yang Berhormat Haji Hilmi bin Harun WAKIL MANIR

Yang Berhormat Haji Alias bin Harun WAKIL RANTAU ABANG

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF):

Yang Berhormat Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK. WAKIL KIJAL

4

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

HADIR MENURUT FASAL XIII(3) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU (BAB YANG PERTAMA)

YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN Dato' Haji Osman bin Muda, DPMT.,SMZ.,PJC.,PJK.

YANG BERHORMAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI Dato' Azhar bin Abdul Hamid, DSAP.,AMK.

YANG BERHORMAT PEGAWAI KEWANGAN NEGERI Dato' Haji Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail, DPMT.,SMZ.,PJC.,PJK.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI Encik Zulkifli bin Ali, SMT.,AMN.,PJK.

5

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

PUKUL 9.30 PAGI

SETIAUSAHA DEWAN: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Marilah kita sama-sama memulakan majlis ini dengan membaca Ummul Kitab, Al-Fatihah.

DOA

UCAPAN YANG BERHORMAT YANG DIPERTUA DEWAN

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 10.50 PAGI.

[Minit 59.58] YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Soalan apa ni Yang Dipertua. Soalan, soalannya?

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Batu Burok

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Itu soalan dia.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Batu Burok, terima kasih Air Putih.

6

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

YANG BERHORMAT DATO' HAJI MOHD JIDIN BIN SHAFEE (Wakil Permaisuri): Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Burok sebenar sekalinya sekarang ini kita tak rugi apa-apa lagi, kita sedang bina, jual tidak, apa-apapun tidak. Kat mana yang dikatakan rugi? Jadi apa-apa perkembangan kita terpaksa siapkan. Jadi kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif bagi menentukan bahawa hasrat awal membantu pembangunan pelancongan dan juga ekonomi di Negeri Terengganu kita teruskan. Jadi Yang Berhormat Batu Burok harap-harap bersabarlah dan juga membantu sebab perkara ini masih lagi dalam perjalanan. Dan harapan kita untuk menentukan bahawa projek ini akan berjaya pasti ada.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Permaisuri. Soalan tambahan kedua. Ya, sila.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Ya, soalan tambahan kedua. Saya, Dato' Yang Dipertua, ingin membantu Kerajaan Negeri Terengganu. Kalau kita lihat kepada pembangunan di Tasik Kenyir ini. Kita tengok saja Taman Burung

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Masuk duk alik ni lah kalau nak bantu, boleh.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Taman Burung sahaja kita membelanjakan hampir RM10 juta. Di mana pergi Taman Burung? Taman Orkid, kita membelanjakan hampir RM8.6 juta. Di mana perginya Taman Orkid? Taman Rama-Rama kita membelanjakan hampir RM8 juta jugak. Di mana perginya Taman Rama-Rama?

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Dato' Yang Dipertua, soalan dia. Kita dah tahu semuanya tu, kita nak tahu soalannya sebab lewat dah ni.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Dato' Yang Dipertua, itu bukan soalan, itu sudah bahas Dato' Yang Dipertua. Soalannya terus.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Y.B. Batu Burok. Y.B 7

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Ya, saya nak pergi kepada soalan dah ni.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Soalanlah sebab kita peraturan Fasal 27 kena jelaslah sebab saya boleh tolak, tolong pergi kepada soalannya lah.

YANG BERHORMAT DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI (Wakil Batu Burok): Saya pohon penjelasan kepada apa viabilitinya kepada perlunya kerajaan yang bertukar Menteri Besar ini meneruskan projek yang sebegini, yang merupakan perbelanjaan yang begitu besar, yang mungkin meningkat kepada hampir RM300 juta ataupun RM400 juta.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Batu Burok, panjang dah soalan. Soalan ni UPSR susah nak jawab ni. Sila.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI MOHD JIDIN BIN SHAFEE (Wakil Permaisuri): Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Saya, pertamanya, ingin mengucapkan berbanyak terima kasihlah kepada Y.B. Batu Burok yang berhasrat untuk membantu Kerajaan Negeri Terengganu. Dan kitapun rasa dah pada masa ini sudah sampai masanya sebelah sini dan sebelah sana semakin erat. Jadi untuk makluman projek yang disebut tadi saya sekali lagilah memaklumkan bahawa:-

Bil. Projek Nilai/Kos

1. Taman Burung RM5.5 juta

2. Taman Orkid RM7.6085 juta

3. Taman Tropika RM7.6 juta

4. Taman Rama-Rama RM7.399 juta

Jadi projek-projek ini sekarang ini sebenarnya mendapat sambutan cumanya baru-baru ini Taman Rama-Rama sahaja yang terkena banjir. Walau bagaimanapun, kerajaan telahpun mengambil tindakan kerana permintaan untuk ke Pulau Rama-Rama ini sangat tinggi. Dan Taman Orkid juga mendapat permintaan yang agak tinggi dan ramai yang hadir. Dan kalau tidak disebut tadi oleh Wakil Batu Burok,

8

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

Perkampungan Gajah pun sama telah mendapat permintaan yang tinggi daripada pelancong. Insya-Allah, saya merasakan tidak ada pembaziran cumanya dalam jangka panjang semua sekali taman-taman yang kita sediakan untuk generasi akan datang bagi membolehkan Terengganu menjadi tempat pilihan pelancong datang ke sini. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih kepada Y.B. Permaisuri yang menjawab soalan. Sila satu soalan terakhir, Y.B. Wakaf Mempelam.

YANG BERHORMAT HAJI MOHD ABDUL WAHID BIN ENDUT (Wakil Wakaf Mempelam): Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Sebenarnya apabila soalan dikemukakan berhubung dengan kes kematian burung semua sekali tu, kawan-kawan kita pergi tengok dan memang mati sungguh, itu yang kita tanya tu.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya bila kata Pulau Bebas Cukai ini, saya nak tanyalah kerana ia melibatkan Kastam, melibatkan agensi Pusat. Apakah jenis barang-barang yang dikatakan akan ditawarkan bebas cukai. Adakah macam kalau pergi ke tempat-tempat tertentu macam airport ke, Langkawi ke? Kalau macam mana-mana airport atau lapangan terbang tu, rokok yang bebas cukai, arak bebas cukai. Jadi kalau boleh kita nak tahu barang-barang tu yang boleh memberikan semacam motivasi untuk menarik orang pergi. Kalau sekadar arak dan rokok orang dok gi walau bebas cukai pun melainkan hak suka hisap rokoklah. Saya tanya ni bimbang takut berlaku macam di Kijal, nak buat Kijal macam Nilai, di Negeri Sembilan tapi akhirnya takdok orang gi, kosong.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Y.B. Wakaf Mempelam, soalan. Panjang dah ni, soalan dia.

YANG BERHORMAT HAJI MOHD ABDUL WAHID BIN ENDUT (Wakil Wakaf Mempelam): Panjang sokmo kalau kita bercakap.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Panjang (Dewan gelak) Terima kasih Y.B. Wakaf Mempelam. Terima kasih banyak.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI MOHD JIDIN BIN SHAFEE (Wakil Permaisuri): Okey, terima kasih Yang Berhormat Wakaf Mempelam. Saya pun setuju waktu

9

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

banjir baru-baru ini memanglah banyak burung yang mati dengan ayam cumanya tinggal 22 spesis yang masih hidup. Tetapi sebahagiannya itu kita telah bawa untuk kita perelokkan di Zoo Kemaman.

Dan mengenai barang-barang, kita ada beberapa cadangan. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Wakaf Mempelam oleh kerana kita dok jual lagi, saya nak jawab payahlah, arak ke, mungkin kain batik ke. Yang saya difahamkan kasut ada, baju ada, beg tangan pun ada, arak pun ada, pinggan mangkuk pun ada dan beberapa lagi trading baru yang kita tidak pernah fikirkan. Jadi kalau Yang Berhormat Wakaf Mempelam nak tahu betul-betul nanti siaplah kekgi, boleh tanya soalan lagi dan saya akan jawab apakah perniagaan yang akan diadakan di Bebas Cukai di Pulau Bayas ini. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Permaisuri yang telah menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan. Terima kasih kepada Y.B. yang bertanya, Y.B. Batu Burok dan Y.B. Wakaf Mempelam. Seterusnya, saya mempersilakan Y.B. DUN Batu Rakit untuk mengemukakan soalan.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, soalan saya soalan nombor satu -

Masa lah pengangguran d i ka langan be l ia . Apakah usaha yang

te lah d iamb i l o leh ke ra jaan un tuk mengatas i masa lah in i?

YANG BERHORMAT DATO' HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat dan hadirin yang saya hormati sekalian. Berkaitan soalan yang pertama iaitu apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan belia?

Untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan belia di negeri kita, Kerajaan Negeri Terengganu telah mengambil beberapa langkah terutamanya sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja yang berada di peringkat daerah di Negeri Terengganu iaitu Jabatan Tenaga Kerja Kuala Terengganu, Kemaman,

10

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

Dungun, Besut dan juga Setiu. Dan Kerajaan Negeri juga melalui Unit Sumber Manusia di bawah UPEN Negeri Terengganu telah mengadakan beberapa program iaitu program latihan dan juga kursus kepada para belia-belia di Negeri Terengganu untuk menghadapi terutamanya kepada belia-belia yang masih menganggur di negeri ini. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Telemong. Sila, soalan tambahan.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Soalan tambahan saya yang pertama. Apakah kaedah yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengekang kemasukan pekerja asing yang semakin ramai di Terengganu? Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Batu Rakit. 10 perkataan itu baru dipanggil soalan. Terima kasih banyak.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Terima kasih Yang Berhormat Batu Rakit. Untuk mengekang kemasukan pekerja asing ke negeri kita secara totalnya juga menimbulkan beberapa masalah. Pertamanya, berhubung dengan masalah pekerja buruh kasar yang mana ianya kebanyakannya dilakukan oleh pekerja-pekerja asing ini yang tidak dipenuhi oleh penduduk dan juga para belia-belia kita terutamanya kerja-kerja bahagian perladangan dan juga pembinaan bangunan-bangunan di seluruh Negeri Terengganu ini. Walau bagaimanapun, bagi sektor-sektor yang akan melabur di Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri telah mengambil dan juga telah membuat satu dasar dan juga peraturan kepada semua pelabur-pelabur tempatan dan juga asing yang ingin melabur dan mendirikan kilang-kilang mereka di Negeri Terengganu dan kawasan industri di Negeri Terengganu supaya mengamalkan 70 peratus daripada semua jawatan dan juga peringkat pekerjaan dalam satu-satu sektor hendaklah terdiri daripada rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dan juga 30 peratus lagi dari kalangan pekerja-pekerja asing. Contoh-contohnya, syarikat yang telah mengambil inisiatif ini adalah syarikat yang baru masuk ke Negeri Terengganu iaitu Syarikat Tosoh Corporation. Yang kedua, Syarikat Eastern Steel yang membuat besi dan juga beberapa lagi syarikat di Negeri Terengganu ini. Terima kasih, Dato' Yang Dipertua.

11

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Telemong. Sila soalan tambahan seterusnya. Sila Batu Rakit.

YANG BERHORMAT HAJI BAZLAN BIN ABD. RAHMAN (Wakil Batu Rakit): Soalan tambahan saya yang seterusnya ialah apakah yang dilaksanakan oleh kerajaan kepada belia-belia yang tercicir dalam pelajaran?

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Sila Y.B. Telemong.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Terima kasih Yang Berhormat Batu Rakit. Kepada belia-belia yang masih lagi tidak dapat dan juga tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi sama ada swasta dan juga kerajaan. Kerajaan Negeri telah mewujudkan beberapa siri pendedahan dan juga kursus awalan kepada mereka untuk mereka memenuhi kehendak keperluan tuntutan pekerjaan semasa. Dan mereka ini digalakkan untuk memasuki pusat-pusat latihan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan seperti TESDEC iaitu di bawah Kerajaan Negeri sendiri, ILP, IKBN, CIDB di bawah MARA dan juga RANACO iaitu agensi latihan yang diwujudkan oleh pihak swasta tapi juga dibantu oleh Kerajaan Negeri untuk memasukkan anak-anak Terengganu untuk keperluan tuntutan semasa ini. Kerajaan Negeri juga telah membuat atau melaksanakan beberapa Program Transformasi Siswazah Terengganu (TST) yang dikawal selia oleh TESDEC yang mana pengambilannya terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan sekolah dan juga lepasan graduan di mana 25 orang peserta telah menjalani latihan separa pekerjaan di syarikat-syarikat swasta di seluruh negara kita ini.

Selain daripada itu juga, Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa program dan juga aktiviti seperti Karnival Kerjaya yang mana kita sentiasa mengadakan kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja yang kita lancarkan di seluruh daerah di Negeri Terengganu ini melalui program-program dan juga karnival-karnival seperti Karnival TTB, Karnival Jom Masuk Kerja, Temu Duga Terbuka, Walk-in Interview, dengan izin Dato' Yang Dipertua, dan sebagainya. Kerajaan Negeri juga mengadakan Perkongsian Pintar (Smart Partnership) dengan rakan-rakan strategik kita dalam sektor kerajaan, swasta dan juga GLC-GLC, juga NGO-NGO Kerajaan Negeri untuk tujuan pendanaan, penajaan, pembiayaan dan lain-lain yang melengkapkan lagi belia dengan kemahiran, kepimpinan, vokasional,

12

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

keusahawanan dan sekali gus menyerapkan mereka dalam pekerjaan pada masa akan datang. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Telemong. Soalan tambahan yang ketiga. Sila Y.B. Bandar.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Dato' Yang Dipertua, apa yang dikhabor tadi tu memang betul belaka kerana pengangguran dalam level orang kata natural unemployment. Tapi saya nak tanya ni, sebab Dato' Yang Dipertua, tiga-empat hari lepas pihak MITTI ada keluar satu Indeks Pengeluaran Industri untuk bulan Ogos, 2015. Dia khabor pengeluaran dia menurun secara mendadak. Jadi kesan dia dijangka akan berlaku pembuangan pekerja atau pemberhentian pekerja kerana mengecilkan operasi. Oleh kerana Terengganu tu banyak industri, saya nak tanya Exco ada tak maklumat ini atau dalam pengetahuan maklumat Yang Berhormat Exco ataupun perancangan Yang Berhormat Exco nak buat guana kalau perkara ini berlaku di Negeri Terengganu maknanya biasanya kita takkan tunggu masalah baru nak cari penyelesaian dok? Kot-kot adalah apa-apa yang kita nak buat dulu kerana ini maklumat daripada MITTI berkenaan dengan indeks di bulan Ogos. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Bandar. Sila Y.B. Telemong.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI ROZI BIN MAMAT (Wakil Telemong): Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Dia sebarang dasar dan juga sebarang apa yang nak berlaku di Negeri Terengganu ini mesti melalui keputusan Kerajaan Negeri. Walaupun diumum, saya rasa data ini belum sahih dan belum tepat lagi, saya pun nak umum lebih-lebih pun dok boleh jugak benda hak dok jelas lagi. Terima kasih, Dato' Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Telemong. Terima kasih kepada Y.B. Batu Rakit, Y.B. Bandar yang telah mengemukakan soalan.

Alhamdulillah wa syukurillah. Saya rasa masa dan melebihi satu jam untuk sesi Soalan-soalan Lisan. Saya berhasrat untuk menangguhkan sementara Dewan ini

13

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Ya, Y.B. Jabi, ada apa?

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Dato' Yang Dipertua, saya Mohd Iskandar bin Jaafar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jabi mohon mencadangkan bahawa Persidangan pada hari ini hendaklah ditangguhkan mengikut Fasal 30, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan Dewan yang mulia ini merundingkan satu isu penghinaan terhadap kedaulatan agama Islam dan bangsa Melayu melalui sebaran-sebaran fitnah di media-media sosial

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Y.B. Jabi baca tajuk dah, panjang sangat dah. Saya, hari ini tak benarlah baca semua.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Tak boleh nak baca belaka ni? Nak sebut nama-nama ni, tak boleh baca? Kan tak jelas pulak.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Baca sikit jer, yang lain saya baca.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Dok panjang mana ni.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Baca sikit jer. Baca yang depan saja, baca yang gist saja.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Gist jer. Iaitu perlakuan buruk yang jelas berniat tidak menghormati pemimpin-pemimpin Melayu Islam yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat. Itu ajelah gistnya.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Okey, terima kasih Y.B. Jabi. Saya perlu masa untuk meneliti, sila Bentara untuk ambil Fasal 30 tu dan serahkan kepada saya.

YANG BERHORMAT ARIFFIN BIN DERAMAN (Wakil Alur Limbat): Kita faham belaka dah .... Faham belaka dah.

14

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Ada sebut nama ni, Tok Guru apa semua ni.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Y.B. Alur Limbat!

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Nak puji pun dok beri jugak, tengok hor. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Jabi. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ada menerima Usul Di Bawah Fasal 30 dan saya perlu masa sedikit untuk baca ni, jadi saya akan buat keputusan selepas pada rehat ini.

Yang Amat Berhormat

YANG BERHORMAT HAJI ALIAS BIN RAZAK (Wakil Bukit Tunggal): Dato' Yang Dipertua, boleh tumpang tanya sikit aje. Saya ada menerima surat jemputan tapi saya tidak tahu siapa yang hantar, majlis dia pada pukul 10.00 pagi.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Sabar, sabar. Innallaha maas-sobirin. Sabar, sabar. Dok tangguh lagi ni, baru nak buat pengumuman nak jemput dulu ni ...(Dewan gelak) .... Tak apa, Bukit Tunggal belum makan pagi, saya tahu, tak apa. Nanti sama-sama kita makan.

Sebelum saya tangguhkan Dewan ini, saya bagi pihak Kerajaan Negeri menjemput semua Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan para Pemerhati sekalian ke Majlis Pelancaran T'Dagang oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar di Perkarangan U2, Dewan Undangan Negeri bagi menyaksikan gimik Pelancaran T'Dagang Frozen dan Demonstrasi Nasi Dagang Frozen (Heat & Eat).

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, maka saya tangguhkan sementara Dewan yang mulia ini dan kita sambung semula pada pukul 11.30 pagi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 12.55 TENGAH HARI.

15

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

PUKUL 11.45 PAGI

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, mesyuarat disambung semula.

Sebelum kita menangguh mesyuarat kita sebentar tadi, saya ada menerima Cadangan Di Bawah Fasal 30 dan saya telah teliti, baca dan sebagainya maka saya menolak Usul Di Bawah Fasal 30.

USUL YANG TELAH DIBERI NOTIS

Pelantikan Anggota Tribunal Strata Di Bawah Akta Pengurusan Strata 2013

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam IMalaysia. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil jabatan, para Pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudara dan saudari-saudari yang dihormati sekalian.

Saya mohon mencadangkan:-

"Bahawa Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada hari ini membuat KETETAPAN bersetuju sebagaimana berikut:

a) Memberi kuasa Eksekutif kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan, dengan persetujuan Kerajaan Negeri untuk melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Anggota, Pegawai dan semua kakitangan Tribunal Pengurusan Strata di bawah Akta Pengurusan Strata 2013.

16

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

b) Suatu mekanisme diwujudkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan bagi memastikan Kerajaan Negeri dirundingi terlebih dahulu sebelum pelantikan Anggota Tribunal Pengurusan Strata dibuat."

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Sila Y.B. untuk menyokong.

YANG BERHORMAT MOHD MAHDI BIN MUSA (Wakil Kota Putera): Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon menyokong usul itu.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Usul ini telah mendapat sokongan, sekarang saya buka kepada perbahasan sekiranya ada. Kalau tak ada saya nak

Sila Y.B. Ladang.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan semua yang hadir. Boleh tak sikit beri pencerahan berkenaan dengan apa yang nak dibentangkan ini. Mengapa perlunya ada tribunal ini dan apakah masalah dengan Negeri Terengganu jika adanya tribunal ini? Dan yang berkaitan juga adalah tentang strata, apakah kedudukan Title Strata atau Strata Title di Negeri Terengganu ini, apakah masih banyak yang belum dapat Strata Title ini, apakah flat-flat kita, flat-flat Ladang contohnya telah mendapat Strata Title ataupun bagaimana keadaannya sekarang? Apakah dia mempunyai masalah untuk mendapatkan Title Strata ini? Mohon sedikit pencerahan tentang perkara ini sebelum kita sokong. Terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Ladang. Jadi sebenarnya penubuhan Tribunal Pengurusan Strata ini adalah kita nak menyelesaikan kerana sebelum ini kita dapati banyak sangat berlakunya pertikaian. Pertikaian di antara beberapa pihak kerana memandangkan dari segi strata ini, pemiliknya adalah lebih daripada seorang, jadi dia ada ramai. Jadi yang ini kadang-kadang menimbulkan banyak masalah yang

17

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

tak boleh diselesaikan dan akhirnya dari segi kelulusan Strata tidak dapat diperolehi. Oleh kerana itu, perlu ada satu badan ataupun tribunal yang boleh membuat suatu keputusan yang semestinya diterima oleh semua pihak bagi menyelesaikan permasalahan strata ini. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Terima kasih. Sambung sikit lagi. Apakah setakat ini di negeri kita, Terengganu ini telah ada sistem berkomputer, sistem elektronik berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan pemberian Strata Title ini ataupun masih dibuat secara manualatau bagaimana? Terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Baik, terima kasih kepada Yang Berhormat Wakil Ladang. Setakat ini masih lagi dengan kaedah manual. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Minta maaflah, soal-jawab sikit, tak ada masalah dok?

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Sepatutnya perbahasan ini dia satu hala terus, lepas tu kita gulung. Itu lebih baik, sekali guslah (Dewan gelak)

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Tak, bukan, soalan berbangkitkan.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Yang Dipertua, saya ada sikit.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Nantilah dulu, bangun dah ni, sabarlah.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Tak boleh?

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Sekejap aje. Pendek aje. Apakah kita berhasrat untuk mengikut sesetengah negeri atau membuat Sistem e-Tanah yang juga merangkumi e-Strata

18

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

seperti yang telah dibuat di Pulau Pinang dan juga sedang dibuat di beberapa buah negeri yang lain? Mintak sedikit pencerahan tentang itu.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Saya buka lagi kepada perbahasan. Sila Y.B. Bandar.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih. Tuan Yang Dipertua

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Saya dulu tadi Tuan Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Kita bagi Y.B. Bandar dulu. Sila Y.B. Bandar. Lepas ni saya bagi kepada Y.B. Jabi.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih. Saya cuma nak mendapat penjelasan kerana perkara ini dibuat dalam bentuk usul dan dengan notis untuk menyerah kuasa atau memberi kuasa eksekutif kepada Menteri Kesejahteraan Bandar. Maksudnya kita meminta Dewan pada hari ini untuk mengangkat kedudukan perbuatan keputusan berkenaan dengan isu strata di Negeri Terengganu kepada pihak Menteri ataupun Kementerian di peringkat Pusat. Adakah kaedah ini sesuai dengan kaedah penyerahan kuasa hubungan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. Adakah kita mengikut referendum yang betul? Adakah lebih sesuai ataupun lebih bertepatan dengan cara mengemukakan rang undang-undang ataupun membentuk satu enakmen yang baru kerana ini melibatkan kedudukan hakmilikan dan juga kedudukan tanah ataupun strata tanah dalam negeri kita?

Yang kedua, Perkara B iaitu mewujudkan satu Majlis Perundingan iaitu pelantikan di antara anggota-anggota tribunal. Seingat saya amalan di peringkat Pusat, mewujudkan satu tribunal memerlukan satu pembentukan akta ataupun enakmen yang baru diluluskan, barulah secara sah atau absah, legitimatenya sesuatu pembentukan tribunal ataupun kuasa yang dimaksudkan dalam Akta Pengurusan Strata 2013. Selain daripada kedudukan pemberian kuasa, keabsahan kuasa tersebut, perkara yang kedua yang saya nak bangkitkan ialah pengalaman negeri-negeri Pantai Barat yang jauh lebih maju berbanding dengan negeri kita Terengganu. Elemen pemberian strata memerlukan suatu penyusunan semula

19

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

secara berperingkat-peringkat asas pemilikan dan juga melibatkan isu pembayaran ataupun tuntutan-tuntutan yang dikenakan terhadap penghuni-penghuni yang berkaitan dalam isu hakmilikan secara strata. Adakah di Negeri Terengganu, saya percaya isu strata ini hanya melibatkan di kawasan Bandar, di kawasan luar bandar seingat saya di negeri kita ini tidaklah begitu kritikal ataupun wujud lagi keperluan untuk kita melihat wujudnya satu pembentukan tribunal selalunya ada pilihan dan saluran yang lain yang dipilih untuk penyelesaian. Jadi adakah maksud memberi kuasa eksekutif kepada pihak Menteri di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar ini bermakna kita menyerah hak secara seluruhnya, so, kalau di sini dikata memberi hak secara eksekutif, minta maaf, hak eksklusif, maksudnya eksklusif ini hak keseluruhannya diberi dan diserahkan kepada peringkat Pusat ataupun peringkat Kementerian. Adakah kita Kerajaan Negeri terfikir sama ada perlunya kita protect atau melindungi sebahagian daripada hak kita ataupun kuasa kita di peringkat negeri untuk pembentukan di bawah tribunal ini. Saya faham mengikut notis ini atau usul ini kita memberi kuasa eksklusif maksudnya secara keseluruhan.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Saya nak perbetulkan balik. Dia bukan eksklusif, dia memberi kuasa eksekutif kepada Menteri Kesejahteraan. Eksekutif ini pentadbiran bukan eksklusif. Terima kasih.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih. Saya pun minta maaf jugak, sebenarnya 'eksekutif'. Eksekutif bermaknanya kuasa pentad bi ran la h. Jadi sama jugaklah maknanya sekira kuasa eksekutif diberi kepada Menteri di peringkat Pusat adakah di peringkat negeri kita mengusahakan satu bidang kuasa yang kita ambil atau kita pertahankan untuk melindungi kepentingan orang tempatan ataupun rakyat negeri kita ataupun Pentabir Tanah ataupun paling kurang Penguasa Tempatan di negeri kita. Sudah tentu isu berkenaan dengan pungutan hasil dan sebagainya jugak terlibat dalam kedudukan ini. Dato' Yang Dipertua, setakat itu. Terima kasih banyak.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Bandar. Saya buka lagi sebelum saya bagi kepada pihak Kerajaan untuk membuat penggulungan. Sila Y.B. Jabi.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan sidang

20

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

Dewan sekalian. Saya bangun tidak bertujuan untuk mempersoalkan tapi mungkin ada sedikit-sebanyak dari segi sebagaimana yang dipersoalkan oleh Wakil Bandar tadi dari segi teknikalnya mungkin boleh diperhalusi lagi. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawasanya apa yang akan kita luluskan pada hari ini adalah suatu perkara yang pada akhirnya ialah memberi kesejahteraan ataupun membela nasib kepada pengguna itu sendiri ataupun kalau dalam hal ini iaitu orang yang akan dapat pemilikan itu sendiri dari segi konsep perumahan dan sebagainya. Kerana kalau kita tengok perkara yang pertama berkaitan dengan pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sebagainya ini yang kita memberi kuasa eksekutif kepada Menteri ini, ada satu akta yang berkuatkuasa yang dinamakan Akta Pengurusan Strata 2013 atau Akta 757. Dan saya melihat di dalam perkara ini ada dua keadaan di mana keperluan kepada penyelarasan sebagaimana yang kita usulkan pada hari ini kerana dia mencakupi dua keadaan yang saya lihat iaitu sebagai contoh fenomenanya kalau katakan disebut oleh Wakil Bandar tadi, mungkin pada masa ini kita tidak melihat satu keperluan yang begitu detail ataupun begitu terperinci tapi pada masa hadapan, keperluan-keperluan kepada perumahan-perumahan yang tidak lagi mampu untuk kita sediakan dengan secara tradisi, tetapi lebih kepada perumahan-perumahan yang wujud di kawasan-kawasan bandar besar di Pantai Barat, contohnya di Kuala Lumpur dan di bandar-bandar lain. Tetapi kita di Negeri Terengganu pun saya rasa pada suatu masa nanti kita akan berhadapan dengan situasi yang sama. Jadi elok sangat kalau kita dahulukan perkara ini kerana pada jangka masa panjang dia akan memberikan orang kata suatu kelebihan di pihak pemilik-pemilik nanti di mana kalau kita tengok dari segi sejarah apa yang berlaku pada hari ini, walaupun ada akta yang berkuatkuasa tetapi kita tengok dari segi menguruskan apa nama ni .... Ini statistik yang saya ada ni, contohnya pada hari ini sehingga tahun 2014, Pemajuan Berstrata di seluruh negara ini ada 14,998 melibatkan 5.9 juta penghuni. Dan Unit-unit Perumahan Berstrata yang terlibat lebih daripada hampir 1.5 juta unit (1,467,721). Masalah yang timbul ialah apabila ketiga-tiga badan yang bertanggungjawab dalam tempoh interim ataupun tempoh pemilikan strata ini, Pesuruhjaya Bangunan yang pertama, Commissioner of Building dengan izin, kemudian Badan Pengurusan Bersama (Joint Management of Building) dan Badan Pengurusan. Ketiga-tiga ini kita lihat daripada masalah-masalah yang berlaku sehingga dibawa ke tribunal dan sebagainya ini ialah hasil daripada ketidakselarasan pengurusan-pengurusan di antara ketiga-tiga badan ini. Sebab itu kalau kita ambil contoh sebagaimana kita lihat dalam paparan-paparan media banyak perkara-perkara yang melibatkan kepentingan pemilikan pemilik-pemilik ini

21

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

terabai sedangkan dalam akta tersebut beberapa perkara yang diberi penekanan sebagai contohnya ialah dari segi maintenancenya, Program Penyelenggaraan Perumahan itu, kena baiki lif ataupun ganti tangki air, paip sanitary, bumbung, tangga ataupun handrail dan mengecat bangunan setiap 10 tahun sekali dan lain-lain kemudahan awam. Jadi kalau dilihat dengan berkuatkuasanya Akta 757 ini pun sebenarnya banyak lagi kecacatan-kecacatan ataupun kekurangan-kekurangan yang akhirnya memberikan bebanan ataupun yang menjadi mangsanya ialah rakyat.

Jadi, maka dengan sebab itu perkara ini sangat perlu dan mungkin pada masa ini kita tidak nampak kepentingan ini tetapi pada masa hadapan apabila semakin berkembang dan kita tidak mampu lagi menyediakan kawasan-kawasan perumahan secara tradisi yang kita ada pada hari ini, kita akan pergi kepada apa yang dibuat seperti di Pantai-pantai Barat juga dan kita akan berhadapan dengan masalah ini.

Yang kedua, Dato' Yang Dipertua, saya melihat jugak selain daripada itu, masalah-masalah yang berlaku bukan juga disebabkan oleh ketidakselarasan ketiga-tiga pihak yang saya sebut tadi tetapi pada sikap pada orang-orang kita itu jugak, pemilik-pemilik itu. Selepas diberi pemilikan strata, kalau dilihat contoh statistik yang saya ada ini, contohnya di Kuala Lumpur, di DBKL melaporkan bahawasanya sehingga tahun 2014, tunggakan kutipan untuk maintenance RM19 juta. Kemudian hutang sewa rumah RM57 juta yang tak bayar, duduk tak boleh bayar sewa, dia lari. Jadi ini di antara perkara-perkara

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Boleh tanya sikit?

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Saya nak habis sikit lagi ni.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Mencelah sikit.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Dah nak duduklah ni.

22

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Dokleh arah duduk begitu, biar Speaker arah.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Saya dok arah Dato' Ku, saya kata saya nak duduk dah ni, saya nak habis sikit lagi dah.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Y.B. Ladang, Y.B. Jabi, kita ikut peraturan. Y.B. Ladang bangun, Y.B. Jabi tengah bercakap, Y.B. Jabi kalau beri laluan barulah boleh.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Jadi saya rasa Dato' Yang Dipertua, dua perkara yang saya sebut tadi

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Y.B. Ladang mintak duduk dulu. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Nanti kejap.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Y.B. Ladang duduk, duduk dulu.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Speaker beri laluan ke tidak?

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Saya tak beri laluan, sebab di sana yang beri laluan.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Saya nak dengar itu ajelah.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Ladang.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Saya dok beri sebab saya nak habis dah ni. Jadi di antara perkara-perkara yang kita lihat keperluan kepada apa yang kita buat dalam Dewan pada hari ini ialah suatu perkara yang sangat kita perlukanlah walaupun mungkin tidak pada masa

23

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

sekarang tapi pada masa hadapan. Sekian, Dato' Yang Dipertua. Saya mohon menyokong.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Okey, terima kasih Y.B. Jabi. Kita buka lagi kepada perbahasan sekiranya ada. Kalau tak ada, saya mintak pihak Kerajaan untuk buat penggulungan. Sila Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, pertamanya, saya nak maklumkan sikit, saya takut, saya bimbang anak-anak saya yang di atas tu dia tak faham apa yang dibincangkan ini iaitu tentang 'strata'. Jadi untuk makluman Pemerhati, Akta Strata ini adalah untuk memastikan keseragaman undang-undang dan dasar berkenaan Kerajaan Tempatan berhubung dengan penyenggaraan, pengurusan bangunan dan harta bersama. Itu yang dikatakan tentang 'strata'.

Dan yang kedua, saya nak menjawab pertamanya yang ditanya oleh Yang Berhormat Bandar kenapa tidak dimasukkan dalam enakmen, kenapa dibuat dalam bentuk usul. Jadi kalau mengikut kepada Fasal 3 Perkara 80, Perlembagaan Persekutuan: "Setakat yang sesuatu undang-undang yang dibuat di bawah Fasal 4 Perkara 76, membuat peruntukan bagi memberikan Kuasa Eksekutif kepada Persekutuan, undang-undang itu tidak boleh berkuatkuasa di mana-mana negeri melainkan jika diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri itu melalui sesuatu ketetapan". Jadi kita mengambil kira atas sesuatu ketetapan.

Dan yang ketiga, saya juga nak maklumkan tentang pembahagian Kuasa Eksekutif:-

1. Pembahagian Kuasa Eksekutif ini tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam perkara ini Kuasa Eksekutif Persekutuan meliputi segala perkara yang mengenainya Parlimen boleh membuat undang-undang dan Kuasa Eksekutif suatu negeri meliputi segala perkara yang mengenainya Badan Perundangan Negeri itu boleh membuat undang-undang.

2. Kuasa Eksekutif Persekutuan tidak meliputi apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam senarai negeri kecuali setakat yang diperuntukkan

24

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

dalam Perkara 93 hingga 95 dan juga tidak meliputi apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam senarai bersama kecuali setakat yang diperuntukkan oleh Undang-undang Persekutuan atau Undang-undang Negeri dan setakat yang Undang-undang Persekutuan atau Undang-undang Negeri memberikan Kuasa Eksekutif kepada Persekutuan mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam senarai bersama, undang-undang itu boleh berbuat demikian dengan menyingkirkan Kuasa Eksekutif Negeri itu.

Jadi itu makluman tentang Eksekutif. Dan saya juga nak maklumkan kepada Yang Berhormat Bandar, bahawa setakat ini sudah empat negeri yang telah meluluskan usul ini iaitu Pahang, Melaka, Perak dan Selangor yang telah melalui cara yang sama iaitu melalui resolusi ataupun ketetapan DUN. Tetapi yang bagusnya, satu-satunya negeri yang kita tambahkan lagi '(b)' itu, hanyalah Terengganu sahaja yang telah menambah satu lagi iaitu: "Suatu mekanisme diwujudkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bagi memastikan Kerajaan Negeri dirundingi terlebih dahulu." Yang ini tidak ada di Selangor dan tidak ada di negeri-negeri lain. Tetapi kita menambahkan lagi dari segi 'protect' dengan izin, iaitu dirundingi terlebih dahulu sebelum pelantikan Anggota Tribunal Pengurusan Strata dibuat. Jadi kita lebih kemas lagilah berbanding dengan empat negeri yang telah meluluskan ketetapan ini.

Dan juga untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Ladang. Dia ada banyak bidang kuasa tribunal ini. Jadi salah satu yang saya maksudkan ini ialah sesuatu pertikaian atau aduan yang berkenaan dengan sesuatu perjalanan atau perlaksanaan atau kegagalan untuk menjalankan atau melaksanakan sesuatu fungsi kewajipan atau kuasa yang diberikan atau dikenakan oleh akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah akta ini kecuali bagi yang diperuntukkan secara khusus dalam bahagian ini. Jadi kita memang melihat selalunya dalam mendapat Strata Title ini dia selalunya akan banyak menimbulkan pertikaian. Dan satu lagi yang bagusnya usul yang dibawa ini kerana Strata Title ini boleh diberi secara langsung ataupun secara immediately dengan izin, setelah pelan bangunan dihantar kepada pihak yang berkenaan kerana sebelum ini Strata Title ini diperolehi setelah bangunan itu siap, ini yang banyak menimbulkan pertikaian. Tetapi Strata Title ini telah boleh diberi sewaktu permohonan pelan bangunan itu dibuat. Itu dari segi memastikan bahawa pengguna itu dapat

25

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

dilindungi kerana bidang kuasa tribunal ini sebenarnya adalah untuk melindungi pengguna supaya pengguna tidak dimanupulasi oleh pihak-pihak yang melaksanakan projek tersebut. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Penjelasan, penjelasan.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Cukuplah dok? Cukuplah tu.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Penjelasan, boleh?

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Saya rasa padan dah sebab Selangor pun ikut kita, Yang Berhormat Bandar. Terima kasih.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Saya cuma nak bagi pencerahan sikit.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Y.B. Bandar saya rasa dah cukup dah sebab tadi dah digulung dah, cukup dah.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Sebab pelantikan ini kita yang buat kan?

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Y.B. Bandar!

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Pelantikan ini akan dirundingi oleh pihak Kerajaan Negeri dengan Kementerian KBPKT. Terima kasih.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Saya nak tanya berkenaan dengan

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Y.B. Bandar saya rasa dah cukup dah, tadi saya bagi masa yang panjang dah.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Tak, sikit lagi. Saya rasa Menteri Besar bersedia untuk memberi penjelasan. Ini bagus untuk Kerajaan

26

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

Negeri untuk memberi penjelasan supaya orang di luar boleh tahu terutamanya yang duduk di flat. Saya nak tanya berkenaan dengan jawatan yang kita lantik ini siapa yang bayar dia orang punya emolumennya sekarang? Kita ada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha apa semuanya. Terima kasih.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Ini adalah daripada cadangan Pusat maka emolumen dan sebagainya akan dibayar oleh pihak Kementerian. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, bagi pihak Kerajaan yang telah membuat penggulungan. Saya sekarang nak buka kepada undian -

Usu i i n i kemud ian d ihadapkan kepada mesyuara t dan

d iperse tu ju i dengan suara te rbanyak .

USUL INI DITERIMA.

27

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

PELANTIKAN AHLI DEWAN NEGARA

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah memberi notis kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu bahawa terdapat satu kekosongan Ahli Dewan Negara yang telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Kekosongan ini ialah disebabkan tamatnya tempoh perkhidmatan seorang Ahli Dewan Negara yang lepas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu telah menitahkan supaya diadakan pemilihan seorang Ahli Dewan Negara dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri bagi memenuhi kekosongan itu.

Oleh itu, Dewan Undangan Negeri Terengganu dikehendaki memilih seorang Ahli Dewan Negara menurut Perkara 45(1)(a) Perlembagaan Persekutuan mengikut Jadual Ketujuh.

Maka saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar mengemukakan cadangan. Sila Yang Amat Berhormat Dato' Seri.

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam IMalaysia.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat, ketua-ketua dan wakil-wakil jabatan, para Pemerhati, rakan media, tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudara dan saudari-saudari yang dihormati sekalian. Saya ingin mengemukakan cadangan pemilihan seorang calon dan mohon mencadangkan:-

"Bahawa Dewan Undangan Negeri in i bersetuju memil ih Yang Mul ia Engku Naimah bint i Engku Taib sebagai Ahl i Dewan Negara untuk mewaki l i Dewan Undangan Negeri Terengganu di dalam Dewan Negara Malaysia menurut

2 8

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

Perkara 45(1)(a) Per lembagaan Persekutuan bagi mengisi kekosongan."

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya ingin menyampaikan sedikit ringkasan dan latar belakang mengenai dengan calon yang saya kemukakan untuk mewakili Dewan Undangan Negeri ini di Dewan Negara.

BIODATA CALON

Yang Mulia Engku Naimah binti Engku Taib adalah anak kelahiran Kampung Raja, Besut, Terengganu. Sudah mempunyai keluarga dan mempunyai lima orang cahaya mata. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Besut, Terengganu dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut.

Yang Mulia Engku Naimah, adalah seorang wanita yang sangat berminat di dalam bidang pendidikan. Bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik, beliau seterusnya menyambung pelajarannya ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dan mendapat Diploma Perguruan Malaysia. Seterusnya, beliau mendalami lagi di dalam bidang ini dengan menyambung pelajarannya di Universiti Putra Malaysia dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Teaching English As A Second Language (TESL).

Selain daripada mempunyai minat sebagai seorang pendidik dan berpengalaman luas sebagai seorang pendidik selama 33 tahun, Yang Mulia Engku Naimah juga sangat berminat dan aktif di dalam bidang politik. Beliau telah berkecimpung dalam politik sejak dari tahun 1989 dan dilantik menjadi:-

1. Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kota Putera (1996 - 2004).

2. Pengerusi Tetap Wanita UMNO Bahagian Besut (1996 - 2007).

29

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

3. Ketua Wanita UMNO Bahagian Besut (2008 - Sekarang).

4. Ahli Jawatankuasa Sekretariat Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Wanita UMNO Malaysia (2013 - Sekarang).

5. Ahli Jawatankuasa Sekretariat Kesihatan Wanita UMNO Malaysia (2013 - Sekarang).

6. Timbalan Pengerusi Penerangan Wanita UMNO Perhubungan Negeri Terengganu.

Sebagai seorang pendidik yang petah berkata-kata, beliau juga telah dilantik menjadi Jurucakap bagi Wanita UMNO Malaysia di Persidangan Agong Wanita UMNO Malaysia. Jurucakap di Konvensyen Barisan Nasional Negeri Terengganu. Jurucakap di Konvensyen UMNO Negeri Terengganu. Serta pernah dilantik menjadi Pengacara Jamboree Asia Pasifik Ke-18.

Beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) pada tahun 2013 dan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) pada tahun 1998.

Dan di dalam karier beliau sebagai seorang pendidik, beliau telah dua kali dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 1998 dan 2013. Anugerah Tokoh Guru Daerah Besut pada tahun 2014 dan Anugerah Guru Besar Cemerlang Daerah Besut pada tahun 2008.

Saya mohon mencadangkan Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon menyokong cadangan itu. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk memilih seorang Ahli Dewan Negara menurut Perkara 45(1)(a) Perlembagaan Persekutuan mengikut Jadual Ketujuh bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu telah diterima dan mendapat sokongan. Sekarang saya kemukakan kepada undian -

30

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

Usu i i n i kemud ian d ihadapkan kepada mesyuara t dan

d iperse tu ju i dengan suara te rbanyak .

USUL INI DITERIMA.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Yang Mulia Engku Naimah binti Engku Taib telah dipilih menjadi Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi mengisi kekosongan yang ada. Saya ucapkan tahniah dan syabas, selamat bertugas untuk kecemerlangan negeri dan rakyat Terengganu.

31

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

RANG UNDANG-UNDANG

ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN

NEGERI (SARAAN)(PINDAAN)(NO.2) 2015

Bacaan Kali Yang Pertama

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Rang Undang-Undang yang saya nak cadangkan ini adalah turutan daripada kelulusan ke atas enakmen yang sama pada Sidang DUN yang lepas, Dato' Yang Dipertua.

Dato' Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980, dibaca bagi kali yang pertama.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua Dewan, saya mohon menyokong cadangan itu.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980, DIBACA BAGI KALI YANG PERTAMA.

Bacaan Kali Yang Kedua

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua Dewan, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980, dibaca bagi kali yang kedua.

32

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 [Enakmen Tr.9/80].

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

3. Fasal 2 dan 3 bertujuan untuk meminda seksyen 4 dan 6 Enakmen Tr. 9/80 untuk mengadakan peruntukan bagi kenaikan saraan bulanan Yang Dipertua dan Anggota Pentadbiran.

Implikasi Kewangan

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang ini.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua Dewan, saya mohon menyokong cadangan tersebut.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Rang Enakmen ini telah mendapat sokongan bagi bacaan kali yang kedua. Sekarang saya buka untuk perbahasan sekiranya ada. Ada sesiapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas/ berucap? Silakan.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Sila Y.B. Bandar.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih. Saya nak dapatkan kepastian bahawa Rang Undang-Undang yang dibentangkan kepada Dewan pada hari ini, perkara 2 dan 3, ada dua pindaan sahaja. Satu adalah untuk Ahli Pentadbiran yang merujuk kepada EXCO dan yang kedua, merujuk kepada kedudukan Menteri Besar dan juga Yang Dipertua Dewan kerana tidak dibacakan

33

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

secara terang-terangan tadi, tapi tak apa. Kita faham bahawa rang undang-undang yang sama telahpun diluluskan terlebih awal iaitu menyentuh tentang kedudukan semua Ahli-ahli Dewan. Dalam keadaan kedudukan semasa sekarang dan perbandingannya dengan negeri-negeri lain secara relatifnya, saya rasa adalah sangat munasabah pada masa rang undang-undang ini digubal atau hendak dibawa kepada pertimbangan Dewan. Cuma Dato' Yang Dipertua, pada saat ini keadaan ekonomi ataupun keadaan suasana terutama di Negeri Terengganu sudah berubah secara drastik dan saya juga menerima banyak feedback daripada rakan-rakan kita di luar sana, warga negeri kita dan juga kedudukan-kedudukan yang agak kredibel untuk kita rujuk tentang suasana terkini khususnya tentang pendapatan, perbelanjaan, kos sara hidup dan sebagainya untuk kedudukannya di Negeri Terengganu. Dan apa yang berlaku dan feedback yang kita dapat sebenarnya tidaklah sangat memberangsangkan terutama dalam kedudukan tiga bulan terakhir. Pagi tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar telahpun memberi penerangan tentang kedudukan semasa, semasa menjawab dalam sesi soal jawab pagi tadi dan beberapa rakan Ahli Dewan kita jugak menimbulkan perkara yang sama. Jadi merujuk kepada Perkara 2 dan 3, saya tidak bermaksud untuk membangkang rang undang-undang ini, jauh sekali untuk meminta Dewan untuk menolak rang undang-undang yang dibawa ini tetapi sebelum kita beramai-ramai meluluskan rang undang-undang ini ada lebih baik kalau kita berbincang dan berbahas menunjukkan sikap atau rasa keprihatinan kita. Rakyat Negeri Terengganu juga tidak terkecuali merasa susah, merasa kesempitan hidup yang bertambah, apatah lagi dalam jumlah yang teramai, majority kedudukan mereka ini memang sedia ada kita ketahui bahawa Terengganu antara negeri yang tertinggi mempunyai kos hidup yang agak kurang munasabah berbanding dengan pendapatan isi rumah di negeri-negeri dalam negara kita. Ini diketahui umum dan tidak ada pertikaian tentang perkara ini berkenaan dengan kos sara hidup, makanan, perkhidmatan dan sebagainya memang kita tahu dan telahpun diiktiraf oleh kedudukan di negara kita, kita antara yang tertinggi. Jadi sekali saya katakan, sebelum kita luluskan rang undang-undang ini, maksudnya kita meluluskan peningkatan gaji kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, EXCO-EXCO dan juga Dato' Yang Dipertua, tidak ketinggalan. Apalah salahnya kita bincang dan kita rasionalisasikan kenapa keperluan kita nak berbuat demikian. Dan saya juga ingin menyatakan rasa terharu kerana Dewan sanggup berbincang terlebih awal dahulu untuk menimbang kenaikan gaji kepada semua Ahli Yang Berhormat yang berada dalam Dewan pada hari ini. Walaupun dalam penuh rasa kesedaran bahawa rakyat Negeri Terengganu tidaklah sama bernasib baik dengan kita semua yang berada

34

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

dalam Dewan. Maka kenaikan ini sebenarnya bukanlah suatu yang perlu kita raikan, kita sambut ataupun kita meriahkan. Saya rasa perlu kita nyatakan bahawa kita rasa agak kesal kerana terpaksa menaikkan gaji di kalangan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri kerana apa yang ada di depan kita tidak mencukupi. Dalam masa yang sama kita nyatakan hasrat Dewan Undangan Negeri Terengganu pada hari ini amat sedar bahawa kos kehidupan di Negeri Terengganu sedang meningkat naik secara drastik dan kita jugak memasang satu iltizam untuk memperbaiki kehidupan orang ramai masyarakat di Negeri Terengganu bukan sahaja kita memikirkan tentang kebaikan yang Dewan ini sediakan kepada kita. Jumlah kenaikan walaupun 30%, 40% ataupun 50% dan mungkin 100% tidak membawa apa-apa makna kepada kita kerana kita hanya dipilih untuk duduk di dalam Dewan mewakili rakyat Negeri Terengganu menggubal undang-undang yang ada kena mengena dengan pentadbiran Negeri Terengganu. Dan salah satu undang-undang yang kita gubal hari ini ialah undang-undang untuk menaikkan gaji, menambah elaun kepada Pentadbir termasuk kita semua. Jadi saya mintak dengan rasa penuh kesedaran dan rasa rendah diri sebenarnya ini bukan perkara yang perlu kita raikan yang kita rasa suatu pencapaian, tidak. Saya tidak mahu dilihat sebagai salah seorang yang merasa bersyukur dan meraikan kenaikan elaun ini, tidak Dato' Yang Dipertua tapi malangnya saya tidak merasa ada sesiapa yang akan menyokong

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Penjelasan Dato' Yang Dipertua. Mintak laluan boleh dok?

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Boleh.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Sila Y.B. Jabi.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Terima kasih. Jadi dalam perbahasan oleh Wakil Bandar tadi, adakah Wakil Bandar bermaksud bahawasanya apabila kita luluskan kenaikan kepada Anggota Pentadbiran ini yang termasuk juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Dato' Yang Dipertua Dewan dan juga bekas-bekas Anggota Pentadbiran termasuk juga pada zaman kerajaan tahun 1999. Dan adakah maksud Yang Berhormat Wakil Bandar tadi, kita semua yang ada dalam Dewan ini kerana saya faham seolah-olah memberi gambaran mungkin tidak ada satu perbincangan yang khusus bersama dengan Wakil pihak di sebelah sana tapi adakah maksud Yang Berhormat tadi kita

35

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

menyambut perkara ini dengan satu rasa yang sangat sukacita kerana yang saya faham daripada ucapan perbahasan tadi, daripada ayat tadi ialah seolah-olah di pihak Kerajaan ini beria-ia sangat nak kepada kenaikan ini dan lupa langsung terus kepada masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat. Sedangkan kita sendiri pun tahu tugas-tugas Yang Berhormat sebagai Anggota Pentadbiran Kerajaan ini sebenarnya kalau nak ikutkan hampir 24 jam pun bekerja. Jadi tidak timbul satu keadaan di mana seolah-olah kita tidak insaf bahawasanya di luar sana rakyat sedang dalam keadaan susah dan kita beria-ria nak menaikkan elaun dan sebagainya. Minta penjelasan Dato' Yang Dipertua.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih. Dato' Yang Dipertua, saya sebenarnya tidak berhajat untuk mengulas tentang perkara itu. Dah Jabi tanya tak apalah, saya beri ulasanlah. Sebenarnya, spesifik untuk Jabi kerana Jabi membangkitkan saya supaya beri ulasan. Begini, spesifik kepada Yang Berhormat Jabi, kita dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan mengangkat sumpah. Memang kita telah membuat ikrar untuk menjalankan tugas kita seperti yang digariskan dalam bidang kuasa ataupun tanggungjawab sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang berada di dalam Dewan, itu tidak dapat kita pertikaikan lagi. Soal maksud untuk menyokong atau tidak menyokong, saya dah ulas panjang, sebenarnya itu bukan dalam skop yang kita nak bawa, menolak ataupun menerima cadangan ini. Rasanya semua orang faham bahawa tidak ada siapa yang mempertikaikan rang undang-undang ini perlu dibawa sekarang tapi saya minta supaya Jabi memahami bahawa hasrat saya ialah untuk Jabi jugak turut meneliti keadaan semasa sekarang ini. Maksudnya sekarang ini berbeza dengan tiga bulan dulu atau lima bulan dulu semasa Persidangan Pertama sesi tahun ini. Berbeza dari segi apa? Dari segi kedudukan dia. Saya dah sebut tadi kedudukan semasa, kosnya peningkatan daripada perbelanjaan rumah tangganya, perbelanjaan pendidikannya, kesihatannya dan nilai pendapatan yang kita dapat. Bukan kita sahaja, seluruh rakyat Negeri Terengganu. Ini yang perlu kita teliti dan saya tegaskan lagi sekali Wakil Jabi, kita jangan tonjolkan elemen seolah-olah perkara ini sangat baik untuk kita raikan, syok sangat sebab naik gaji, tidak. Kalau boleh kita perlu fahami yang ada bezanya

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Penjelasan Dato' Yang Dipertua.

36

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Jabi, saya tak benarkan Jabi berdiri.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Saya ingat takdokpun orang yang menonjolkan elemen sebagaimana yang disebutkan tadi.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Tak apalah, kalau tak bagi laluan ke dia

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Itu saya ingat tak betul. Satu perkara yang lebih berupa prejudis.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Y.B. Jabi! Y.B. Jabi duduk, tidak diberi laluan. Terima kasih Y.B. Jabi.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Tak apa kita boleh bincang

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Panjang lagi ke Y.B. Bandar?

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Sikit jer. Naik gaji ni takdok makna gapo Jabi. Sikit ja, naikpun RM5,000 - RM6,000 ja. Ada bezanya di antara rakan kita di sebelah sana dengan di sebelah sini, jauh beza. Di sebelah sana Dato' Yang Dipertua, selain daripada pendapatan hakiki dia ada pendapatan ataupun elaun-elaun lain yang dibantu oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri, ini tidak dapat kita nafikan berbeza dengan kita di peringkat Pembangkang. Kita hanya menerima elaun hakiki sebanyak itu dan tidak ada lagi sumber lain. Kalau nak dibandingkan sebagai contoh kalau Jabi nak faham macam saya sebagai ADUN Bandar. Dulu saya hanya menerima RM4,112 dicampur dengan elaun semua jadi RM7,016 sebulan pada masa itu.

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Boleh mencelah sikit?

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Kita minum air kita cerita di luar kekgi.

37

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Dah sedap dengor kecek Besut tu.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Betul dah royat tadi 7,016 rial dok?

YANG BERHORMAT TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD. RAHMAN (Wakil Kuala Besut): Boleh celah sikit?

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Esok ah, esok. Terima kasih deh.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Cerita pasal Anggota Pentadbiran ini dengan Pembangkang, dulu hak sebelah sini pun pernah duduk di sebelah sana jugak. Jangan ulang satu keadaan yang sama saja.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Bangun seorang lagi biar cukup tiga. ...(Sambil gelak) ....

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Tak apalah, kita minum air luarlah.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Jadi maksudnya

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Wakil Jabi dan Wakil Kuala Besut, sila duduk. Tak panjang dah Y.B. Bandar kan?

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Kalau dikacau panjanglah.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Tak apa, teruskan Y.B. Bandar.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Jadi maksudnya Dato' Yang Dipertua, maksudnya kita penuh rasa kesedaran, kenaikan gaji pada kita tidak membawa maksud apa-apa dan memang ada perbezaan dia, kenaikan gaji di sebelah Pentadbiran Kerajaan ada jauh beza, kesannya berbanding dengan kita. Kita semua ini boleh dikatakan habiskan kesemua keseluruhan elaun kita untuk tujuan berkhidmat kepada kawasan kita yang kita wakili, ini tidak dapat dinafikan.

38

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

Kalau perlu Dato' Yang Dipertua, kita boleh serah kepada Dato' Yang Dipertua secara terperinci perbelanjaan dan pendapatan yang kita dapat daripada kedudukan kita sebagai ADUN. Kita tidak merasa ralat untuk serahkan orang kata detail

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Kita serah besok masa minum air, Insya-Allah.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Insya-Allah, boleh. Jadi sebab itulah kalau boleh kita nyatakanlah pendirian kita setiap orang daripada Ahli Dewan kita nyatakan sebenarnya kita merasa amat sedarlah tentang kedudukan ini.

YANG BERHORMAT MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR (Wakil Jabi): Saya sokonglah, kita sedar tentang kedudukan itu Yang Berhormat Bandar. Kalau saya angkat tangan kekgi saya angkat tangan dengan rasa kesal dan menyokong dengan apa keperluan dan keperitan rakyat.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih, terima kasih. Comel, comel. Satu perkara lain Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, dalam pindaan Seksyen 4 ini, saya tak pasti kalau pengalaman saya melihat rang undang-undang yang dibawa di peringkat Parlimen menyebut tentang imbuhan ataupun bayaran ataupun kenaan-kenaan selalunya dia merujuk kepada Ringgit Malaysia, selalunya. Tapi di sini ada disebut tentang kenaikan daripada "Enam Ribu Satu Ratus Sembilan Ringgit dan Dua Puluh Sembilan Sen" dengan perkataan dinaikkan kepada "Empat Belas Ribu Ringgit". Tidakkah lebih bertepatan kalau disebut secara nyata ringgit itu ialah Ringgit Malaysia selain merujuk ringgit-ringgit di beberapa negara lain jugak yang mempunyai kedudukan barangkali yang hampir sama dengan kita. Begitu jugak dengan Seksyen 6(1), kenaikan daripada

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Y.B. Bandar, panjang dah ni. Cuma saya nak tanya selain Malaysia ni, negara mana yang pakai ringgit?

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Err... Sebab itu saya kata pengalaman saya, kalau Y.B. Penasihat Undang-Undang boleh memberi

39

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Tak apa, panjang dah Y.B. Kita faham maksud Y.B. Bandar.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Itu kita perlu tambah sajalah, masukkan sedikit, ya. Sebab saya begini Dato' Yang Dipertua, saya menerima pesanan ringkas di telefon saya mintak tolong bertanya ada di antara perkara yang perlu kita baiki dari segi typonya, dari segi pelaporannya kerana Dewan ini melibatkan kertas-kertas statute Dato' Yang Dipertua. Sebagai contoh Dato' Yang Dipertua, ya. Benarkan saya setengah minit aje kerana pesanan ringkas ini saya terima. Pada penggal yang lalu Dato' Yang Dipertua, kalau Dato' Yang Dipertua rujuk kepada Penyata Rasmi ni yang ada pada kita ini muka surat 90 - 91, ada pengumuman yang penting, permintaan yang sangat penting oleh mantan Menteri Besar yang mengingatkan kita ada laporan-laporan kewangan dan penyata-penyata kewangan yang silap berkenaan dengan gambar dia, kedudukan dia dan sebagainya dan ini adalah kertas statute. Kertas statute ini ialah kertas yang mempunyai aplikasi undang-undang sebab itu saya mohon kerana kebetulan

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Saya rasa tak payah disentuh dah sebab saya dah jawab dah pada sidang yang lalu kerana gambar-gambar tu tidak berkaitan yang mustahak adalah dari segi statement dia. Statement atau penyata kewangan itu sendiri adalah menjelaskan kepada tahun semasa tersebut. Terima kasih.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Tapi adakah kita ulang cetak dan edarkan ataupun kita tarik balik cetakan-cetakan yang telah kita edarkan

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Dia tak payah diulang cetak, tak payah, kita terima dan kita telah rujuk kepada perundangan tak ada masalah, cuma gambar aje. Kalau katakan gambar tu bubuh gambar P. Ramlee pun tak ada masalah, dia tak ada berkaitan dengan penyata. Yang mustahak adalah kita menerima penyata dan jika sekiranya tak ada gambar pun tak apa. Ini tidak memberikan suatu implikasi kepada keputusan persidangan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Tapi adalah lebih elok Dato' Yang Dipertua oleh kerana berlaku teguran yang sangat bertepatan dengan

40

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

kedudukan dia sendiri sebab rujukan ataupun barang-barang kertas statute itu diedarkan untuk rujukan di jabatan-jabatan kerajaan, saya rasa amalan prinsip berdemokrasi

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Y.B. Bandar kita hanya bincang apa yang telah diusulkan, tak payah pergi panjang ke lainlah.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Ya, betul-betul. Saya harap

YANG BERHORMAT DATO'YANG DIPERTUA: Kalau tidak saya minta berhentilah, panjang sangat dah.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Saya harap apa yang disebut tadi telahpun berlaku dan kita tarik baliklah apa yang silap itu dan kalau perlu kita sebut ralat. Biasanya amalan biasa ni, Yang Berhormat

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Dia Yang Berhormat Bandar, tidak ada ralat, tidak ada salah, jadi tak ada masalah, maka kertas itu diterima, cuma gambar aje, itu sahaja tak ada masalah sebab yang kita terima adalah penyata, kita tidak terima gambar. Kita terima adalah Penyata Kewangan semasa yang telah diaudit dan ditandatangani iaitu sewaktu siapa yang pada masa ketika itu. Terima kasih.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Jadi perkara itu telah diumumkan kepada public maksudnya? Okey

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Bandar, saya rasa panjang dah. Boleh landinglah.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Ya, maksudnya kalau perkara itu telah diumumkan secara rasmi maka sepatutnya saya jugak kena tahu kerana saya tidak nampak ada ralat ataupun ada pengumuman semula yang dibuat

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Yang Berhormat, saya ingin mencelah Yang Berhormat.

41

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Ya.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Duduklah dulu. Dato' Yang Dipertua, apa yang dibangkitkan oleh Bandar itu sebenarnya dah dijelas dalam sidang yang lepas

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Ya, tidak perlu diulang semula pada sidang ini.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Pada sidang yang lepas barangkali Bandar tidak ada pada ketika itu di mana Kijal membangkitkan bahawa Laporan Tahunan PMINT yang seolah-olah nak melenyapkan sejarah dia kata, bukan soal tidak sah sebab gambar tu laporannya tahun 2013 sebelum pertukaran Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan begitu juga Pengurus Besar sekarang an sebagainya. Jadi dia tidak berkait sama sekali dengan laporan itu sendiri dan tidak salah dan tidak perlu diperbetulkan sebab dia dah betul dan kitapun dah lulus. Yang kita tegur itu hari dalam Dewan ini jugak kepada Pentadbir, kita tak naklah perkara lenyapkan sejarah apa semua itu, kita tegur. Kita tegur di sini, di Dewan ini. Jadi saya ingat tak perlu kita bangkitkan di sinilah kalau anak-anak kita di atas tengok, seolah-olah kita nak mencari apa yang kalau nak memanjang-manjangkan isu saya ingat tak perlu Yang Berhormat Bandar. Terima kasih.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih Dato' Yang Dipertua dan juga EXCO Kerajaan Negeri. Saya membangkitkan perkara ini kerana dalam laporan yang kita edarkan kepada semua orang di muka surat 90 dan 91 ada menyebut tentang Akuan Bersumpah, Akuan Bersumpah bukannya atas statute biasa Yang Berhormat EXCO.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Y.B. Bandar, saya tak benar bincang perkara lain, kita bincang perbahasan pada hari ini. Kita tengok buku merah, Buku Peraturan, patuhi Buku Peraturan itu, mudah jadinya. Kalau kita pergi ambil yang lama, 10 tahun dulu, jadi benda yang

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Saya cuma nak beritahu Penyata Rasmi

42

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Okey, tutup.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): ... Saya bam dapat hari ini, semua Ahli Dewan dapat hari ini

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Ya, saya tahu. Tapi hari ini kita hanya usulkan untuk membincangkan enakmen yang kita bentangkan tadi, itu sahaja.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Okey, saya faham. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Jadi kalau ikut Peraturan 47 itu jelas, bincang sahaja. Terima kasih banyak. Boleh rumus tak?

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih. Saya tidak ada venue lain Dato' Yang Dipertua untuk membangkitkan perkara ini. Membangkitkan perkara ini di luar adalah tidak sah kerana penyata ini yang diedarkan di dalam Dewan, Penyata Rasmi Dewan Undangan Negeri Terengganu.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Kita faham, mengikut Peraturan 47 itu jelas.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Di mana lagi venue untuk

YANG BERHORMAT GHAZALI BIN TAIB (Wakil Ajil): Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua ....

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Kita mesti ikut peraturan Y.B. Bandar. Y.B. Ajil, Y.B. Bandar tolong duduk, saya rasa cukup dah, memadai dah. Saya mintak Y.B. Bandar duduk. Y.B. Ajil duduk. Cukup, cukup. Terima kasih.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Saya ulang lagi sekali, kita tidak ada venue lain kecuali dalam Dewan untuk sebut perkara ini dan saya telah menjalankan tugas saya.

43

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Tak apa, terima kasih banyak. Terima kasih Y.B. Bandar.

YANG BERHORMAT AZAN BIN ISMAIL (Wakil Bandar): Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Seterusnya kita buka kepada perbahasan lagi sekiranya ada kalau tidak kita nak bagi kepada pihak Kerajaan untuk buat penggulungan. Okey tidak ada, saya buka kepada pihak Kerajaan untuk buat penggulungan.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Terima kasih kepada rakan-rakan, Ladang, Jabi, Kuala Besut bangun jugak tapi dokdang bercakap. Kita pun sedar Dato' Yang Dipertua, sebenarnya saya pun sangat faham perasaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar apabila penggal yang lepas kita ke Dewan ini untuk kita luluskan enakmen yang sama untuk 32 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga untuk rakan-rakan kita, mantan-mantan Yang Berhormat. Saya panjang lebar itu hari dan alhamdulillah disokong oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Kemudian apabila dilihat kembali seolah-olah, ini Pentadbir jugak, rakan-rakan Pentadbiran Negeri melihat seolah-olah tertinggal soal Pentadbiran yang menyebabkan, kalau Dewan Undangan Negeri lain Yang Berhormat dia bawa sekali gus, lulus sekali gus, Kedah, Selangor, Sabah dan Pahang yang terbaru pun sekali gus tetapi Yang Amat Berhormat lepas memikir banyak kali dan perkara ini nak, tak nakpun kita kena bawa maka hari ini sepatutnya Yang Amat Berhormat sendiri sebagaimana sidang yang lepas membentangkan rang undang-undang ini, jadi tanggungjawab ini diberikan kepada saya, perasaannya barangkali sama yang dikatakan oleh Ladang tadi. Tapi saya tak setuju seperti Ladang kata tadi walaupun Ladang tak berhasrat begitu ...

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR (Wakil Ladang): Eh! Ladang kata bila pulok? Salah tu.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Err. Batu Burok. Err.. Bandar, Bandar. Maaf Ladang. ..(Dewan gelak) .... Dia berahi sebut ke Ladang tu sebab sama seh. Bandar sebut tadi seolah-olah ada pihak yang ingin apa tu, meraikan dengan begitu, tapi

44

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

saya rasa ini tak timbul. Tak timbul sama sekali malah pembawaan itu diakhirkan, tak patut itu, begini baru dipertimbangkan oleh Yang Amat Berhormat dan dibawa ke sini. Dan dibawa ke sini pun sama juga dengan negeri-negeri yang lain, kita tengok Pahang dulu, kita tengok Kedah dulu. Yang Berhormat kita sedar perkara ini dan inilah tanggungjawab sebenarnya. Saya berterima kasih kepada Bandar tapi Bandar sendiri kena ingat apabila kita luluskan enakmen ini untuk ADUN atau Ahli Dewan pada sidang yang lepas, saya memerhati benar, Bandar keluar pada waktu atau ketika itu, lepas tu selepas lulus baru masuk Bandar. Jadi saya nampak seolah-olah Begitu jugak sebutan yang disebut tadi kita tak mahu sama sekali sebutan itu seolah-olah kita membakar di luar, naik begini, begini dan sebagainya. Saya nak beritahu kepada Sidang Dewan dan juga Pemerhati, kita naik ni atas gaji Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Dipertua Dewan dan juga EXCO. Kalau kita bandingkan dengan kenaikan yang lepas, pada tahun '80, 25 tahun yang lalu, kemudian gaji Menteri Besar sama dengan Gred Utama C Pegawai Kerajaan, Dato' Yang Dipertua ataupun ada sikit B lah, hak bawah-bawah B. Jadi saya rasa tidak wajar sebagai negeri yang berdaulat, negeri yang berkhidmat kepada rakyat dan kita fikir siang-malam kepada raykat. Saya percaya macam negeri yang lain jugak inilah kewajarannya walaupun keadaan ketika tapi kita di Terengganu ini bijaksana daripada pucuk pimpinannya dan sekian rakyatnya saya percaya akan faham dan seterusnya kita maklum bahawa pembentangan rang undang-undang ini adalah untuk menyelaras bersama dengan enakmen yang lepas di mana ADUN-ADUN kita dah dapat lebih, kalau nak sebut gaji lebih daripada EXCO, tak munasabah langsung, Dato' Yang Dipertua. Contohnya, kerani dapat bukan saya nak kata ADUN tu Kerani, Kerani dapat lebih tinggi gajinya daripada Pengurus, jadi itulah ibarat perbandingan. Saya tidak mahu dibandingkan dengan begitu. Jadi Dato' Yang Dipertua, saya ingin jelaskan kepada perkara yang kita bincang ini dan bersetuju dengan apa yang dikata oleh Bandar, saya harap Bandar ikhlas dan kita harap rakyat faham bahawa perkara ini perlu dibawa ke Dewan dan kita luluskan ini adalah untuk kesejahteraan negeri kita ini, Dato' Yang Dipertua. Terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Terima kasih Y.B. Kuala Berang bagi pihak Kerajaan membuat penggulungan. Seterusnya saya buka lagi kalau ada? Tak ada. Terima kasih banyak.

Kita telahpun selesai membahaskan Rang Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan)(Pindaan)(No.2) 2015. Sekarang saya buka kepada undian -

45

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

Cadangan supaya Rang Enakmen in i d ibaca bag i ka l i yang

kedua d ihadapkan kepada mesyuara t dan d iperse tu ju i dengan

suara te rbanyak .

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980, DIBACA BAGI KALI YANG KEDUA.

Dalam Jawatankuasa

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Mesyuarat sekarang menjadi Jawatankuasa.

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980, TELAH DITIMBANGKAN DARI SATU FASAL KE SATU FASAL DAN TELAH DIPERSETUJUI DENGAN TIADA PINDAAN DENGAN SUARA TERBANYAK.

Mesyuarat balik semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

YANG BERHORMAT DATO' HAJI TENGKU PUTERA BIN TENGKU AWANG (Wakil Kuala Berang): Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya maklumkan bahawa Rang Enakmen ini telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tiada pindaan. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Enakmen ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Terima kasih.

YANG BERHORMAT HAJI WAN ABDUL HAKIM BIN WAN MOKHTAR (Wakil Air Putih): Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon menyokong cadangan itu.

46

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

Cadangan supaya Rang Enakmen in i d ibaca bag i ka l i yang ke t iga

d ihadapkan kepada mesyuara t dan d iperse tu ju i dengan suara

te rbanyak .

RANG UNDANG-UNDANG BERNAMA SUATU ENAKMEN UNTUK MEMINDA ENAKMEN ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AH LI DEWAN UNDANGAN NEGERI (SARAAN) 1980, DIBACA BAGI KALI YANG KETIGA DAN DILULUSKAN.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Rang Enakmen ini diluluskan dan menjadi Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan)(Pindaan)(No.2) 2015.

47

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 8 September 2015

TANGGUHAN

YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI MENTERI BESAR: Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua Dewan, saya mohon mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan kemudian. Sekian, terima kasih.

YANG BERHORMAT DATO' YANG DIPERTUA: Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum saya menangguhkan Dewan ini, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua Ahli Yang Berhormat yang dimuliakan dalam Dewan ini. Dan sebelum itu saya menjemput semua Ahli Yang Berhormat untuk menikmati Jamuan Makan Tengah Hari di Damai Lounge dan kepada ketua-ketua jabatan dan para Pemerhati, dijemput Makan Tengah Hari di Perkarangan U2.

Sekarang saya tangguhkan Persidangan Dewan ini ke suatu masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan marilah sama-sama kita membaca Surah Al-Asr.

DEWAN DITANGGUHKAN PADA PUKUL 1.00 TENGAH HARI.

48

LAMPIRAN

JAWAPAN-JAWAPAN BERTULIS BAGI

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA

DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS

PADA 8 SEPTEMBER 2015

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 08 SEPTEMBER 2015

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.1

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. TENGKU ZAIHAN BIN CHE KU ABD RAHMAN WAKIL KUALA BESUT

SOALAN 1 : Adakah cadangan pelaksanaan bagi menaik taraf landskap dan pencahayaan di Pekan Kuala Besut yang merupakan pintu masuk utama ke Pulau Perhentian?

JAWAPAN : Cadangan menaik taraf landskap di Pekan Kuala Besut akan dilaksanakan berdasarkan konsep jaringan laluan pejalan kaki yang bersambungan dengan tempat-tempat tumpuan dan jalan-jalan kecil dalam bandar. Dicadangkan juga satu mercu tanda dibina sebagai "Focal Point" bagi membolehkan pelancong bergambar kenangan semasa lawatan mereka ke Kuala Besut.

Bagi pencahayaan pula lampu-lampu hiasan dan lampu taman akan dipasang di sepanjang laluan utama dan pejalan kaki berserta dengan lampu-lampu antik di kawasan-kawasan tumpuan bagi menambahkan lagi keceriaan Pekan Kuala Besut.

SOALAN 2 : Apakah usaha-usaha untuk meningkatkan lagi Industri Agrotourism di Terengganu?

JAWAPAN : Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui agensi di bawah Portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri dalam meningkatkan Industri Agrotourism di Negeri Terengganu. Di antara usaha atau program yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan ialah:

253

i. Jabatan Pertanian Negeri Terengganu

a) My Kampung My Future di Kampung Durian Telor, Besut

b) Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu

ii. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

a) Program Inap Desa di Kampung Rhu 10, Penarik, Setiu

b) Restoran / Medan Ikan Bakar berkonsepkan "Masakan Ikan Segar" di Kemasik, Kemaman, Kampung Rhu 10, Penarik, Setiu dan Kampung Kuala Besut, Besut

iii. Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu

a) Mempromosikan Projek Ternakan Ikan Air Tawar di PPK Kuala Berang di Sungai Como, Hulu Terengganu

b) Mempromosikan Setiu Agro Resort, Setiu

iv. Jabatan Perikanan Malaysia

a) Pusat Santuari Ikan di Sungai Loh, Dungun, Sungai Pelong, Setiu dan Santuari Kelah di Sungai Petang, Tasir Kenyir

b) Pusat Santuari Penyu di Rantau Abang, Dungun dan Kemaman

v. Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

a) Projek Akuapolitan Kuala Nerus b) Pembangunan Ladang Integrasi Kluster Herba

Pasir Raja

254

SOALAN 3 : Apakah usaha untuk menangani isu pelupusan sampah di Pulau Perhentian?

JAWAPAN : 1. Kerja-kerja kebersihan di Pulau Perhentian masih dilaksanakan oleh kontraktor kebersihan yang telah dilantik oleh Majlis Daerah Besut dengan kos RM77,540.00 berserta 40 orang pekerja.

2. Menyediakan tongkang - menempatkan sampah kerana bot kargo sudah tidak dapat menampung sampah yang ada sekarang (terutama pada Peak Season).

3. Sampah dari Pulau Perhentian ke darat diangkut sekali sehari tiap-tiap hari.

4. Setakat ini tiada aduan yang diterima.

SOALAN 4 : Apakah status permohonan cadangan menaik taraf jalan raya dari Kg. Pachakan ke Jambatan Kuala Besut kepada 4 lorong?

JAWAPAN : Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun memohon peruntukan daripada Kementerian Kerja Raya bagi cadangan tersebut. Namun begitu, sehingga kini ianya masih belum diluluskan.

SOALAN 5 : Adakah program-program yang dilaksanakan bagi meningkatkan jati diri dan sahsiah diri untuk belia dan anak muda Terengganu oleh pihak Kerajaan Negeri?

JAWAPAN : Antara program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah :-

i. Program Cakna Belia dan Sukan - Program Skuad Sukarelawan TTB (kenegaraan,

kesihatan dan pertolongan cemas, kebajikan dan sebagainya)

- Program Mingguan Sukan Permotoran

255

- 'Dinner Talk' & Santai Bersama Belia - Program "Community Policing" dengan kerjasama

dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

ii. Dalam masa yang sama juga, pihak Kerajaan melaksanakan program latihan khusus untuk golongan belia seperti berikut :-

- Seminar Kerjaya Sehari - Program / Seminar / Latihan Kemahiran, Kepimpinan &

Kerjaya Keusahawanan

256

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 8 SEPTEMBER 2015

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.2

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. DATO' SERI HAJI ABDUL HADI BIN HAJI AWANG WAKIL RHU RENDANG

SOALAN 1 : Apakah perkembangan terhadap Projek Industri Petrokimia di Pulau Kerengga yang telah dirancang sejak 1993 melalui perjanjian persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Asia Pacific Refinery (APR). Adakah ianya akan diteruskan dan bilakah jangkaan tarikh permulaannya. Sekiranya ia dibatalkan apakah sebab-sebabnya?

JAWAPAN : Kelulusan bagi cadangan projek yang dikenali sebagai Kompleks Petrokimia Bersepadu Terengganu (TIPC) di Mukim Pulau Kerengga, Marang oleh Asia Pacific Refinery Sdn.Bhd. telah ditarikbalik sebagaimana keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali Ke-10 Tahun 2001 yang bersidang pada 11 April 2001.

Kawasan tanah Kerajaan seluas 400 hektar di Pulau Kerengga dikenalpasti seterusnya dirizabkan untuk pembangunan industri masa hadapan.

Sebab-sebab pembatalan :-

i. Kegagalan APR menjelaskan pembayaran premium tanah berjumlah RM 16,728,300.00 dan cukai tahun pertama berjumlah RM669,140.00 kepada Pentadbir Tanah Marang sebagaimana Jadual 5A bertarikh 21 Februari 1998 yang dikeluarkan kepada mereka.

ii. APR juga gagal menyiapkan pembangunan dalam tempoh yang ditetapkan sebagaimana komitmen yang dinyatakan oleh mereka melalui surat-surat kepada Kerajaan Negeri.

257

iii. UPEN sering menerima aduan dan pertanyaan daripada pihak-pihak lain yang berminat untuk terlibat sama dalam projek ini dan terdapat tanda-tanda bahawa ada pihak yang mungkin terlibat dengan aktiviti-aktiviti penipuan mengenai projek ini dan ianya sekaligus menjejaskan imej Kerajaan Negeri.

iv. APR gagal menyediakan maklumat sumber pembiayaan untuk projek ini dan juga sumber bahan mentah yang akan diperolehi termasuk tidak mendapat sebarang bukti kukuh yang menunjukkan APR mendapat sokongan logistik yang diperlukan untuk melaksana projek ini.

SOALAN 2 : Sila nyatakan senarai IPT yang akan dibangunkan di Kawasan Perindustrian Bukit Kor dan bilakah akan bermula proses pembangunannya?

Senarai IPT yang akan dibangunkan di Kawasan Perindustrian Bukit Kor adalah sebagaimana berikut :

i. Universiti Malaysia Terengganu ii. Institusi Latihan Kemahiran SAFA iii. Open University Malaysia (UNITEM) iv. Akademi Caddcam Sdn. Bhd. v. Nilam Healthcare Education vi. Kolej Teras Timur vii. Cosmo Mercantile Sdn. Bhd.

Proses pembangunannya adalah bergantung kepada pihak IPT tersebut.

258

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 8 SEPTEMBER 2015

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.3

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. DR. SYED AZMAN BIN SYED AHMAD NAWAWI WAKIL BATU BUROK

SOALAN 1 Nyatakan kedudukan terkini Projek Taman Ilmu di Besut, Terengganu?

JAWAPAN DITOLAK Menurut Perkara 26(2)(g) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 2 Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah 'Mat Rempit' yang berleluasa di Terengganu ?

JAWAPAN Di antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah :-

Program Cakna Belia dan Sukan

- Program Mingguan (Sukan Bermotor - Sprint Test) untuk mengurangkan 'mat rempit' mengganggu laluan utama kepada orang awam di atas jalan raya sekitar Kuala Terengganu.

- Penganjuran 'Terengganu City Night Game'.

ii. Penguatkuasaan bersama agensi yang berkaitan (PDRM - Cawangan Trafik & JPJ)

- Operasi Bersepadu Mencegah Lumba Haram & Mat Rempit serta sekatan jalan raya setiap hujung minggu dan Cuti Umum.

259

- Rondaan Berkereta (MPV) & Motosikal oleh pihak Polis Trafik.

- Melakukan tangkapan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 - Menunggang Dengan Cara Melulu & Merbahaya.

iii. Program 'Community Policing'

- Mengadakan ceramah/pameran/kempen keselamatan jalan raya di sekolah dan di tempat awam.

- Pengiklanan dan promosi yang strategik melalui media massa dan media elektronik.

- Mewujudkan rangkaian maya mengenai maklumat keselamatan jalan raya serta kesan-kesan daripada menunggang dengan cara bahaya melalui laman web sosial (Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain).

iv. Konsep 'Enginering'

- Membuat 'Yellow Tranverse Bar' di atas jalan.

- Meninggikan pembahagi jalan.

- Membina bonggol CBump').

260

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 8 SEPTEMBER 2015

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.4

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI MOHD ABDUL WAHID BIN ENDUT WAKIL WAKAF MEMPELAM

SOALAN 1 : Adakah Kerajaan akan berlaku telus dan adil dengan menyalurkan dana peruntukan (Dana Pembangunan Projek Kecil dan Dana Bantuan Am Kebajikan DUN) kepada semua Adun di negeri ini termasuklah dari Parti Pembangkang?

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(2)(c) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 2 : Sila nyatakan jumlah pemberian dan Geran Kerajaan Persekutuan yang diterima oleh Negeri Terengganu dari tahun 2010 hingga pertengahan tahun 2015 mengikut jenis-jenisnya di bawah Peruntukan Perbendaharaan.

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(4A)(a) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 3 : Sila nyatakan jumlah loji rawatan air bersih yang terdapat di negeri ini mengikut pecahan daerah dan adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambahkan jumlah bilangannya bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan?

JAWAPAN : Terdapat 12 buah loji rawatan air bersih di Negeri Terengganu.

261

DAERAH BIL. NAMA LOJI AIR KEUPAYAAN

REKABENTUK (MLD)

Kemaman 1. Bukit Sah 227.0 Kemaman

2. Cherul 14.0

Kemaman

JUMLAH 241.0 K.Terengganu 1. Kepong I 90.0 K.Terengganu

2. Kepong II 180.0

K.Terengganu

3. Losong 43.0

K.Terengganu

JUMLAH 313.0 Dungun 1. Bukit Bauk 64.0 Dungun

2. Serdang 18.0

Dungun

JUMLAH 82.0

Hulu Terengganu

1. Hulu Terengganu 55.0 Hulu Terengganu 2. Jerangau 10.0 Hulu Terengganu

JUMLAH 65.0 Besut 1. Bukit Bunga 97.0 Besut

JUMLAH 97.0

Setiu 1. Sungai Tong 37.0 Setiu JUMLAH 37.0

Ketengah 1. Tepus 11.0 Ketengah JUMLAH 11.0

JUMLAH BESAR 846.0

Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membina 2 buah loji rawatan air baru bagi menampung permintaan bekalan air iaitu di Bukit Berapit, Kuala Nerus dan di Bukit Sah, Kemaman.

262

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 8 SEPTEMBER 2015

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.5

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. DR. HAJI ALIAS BIN RAZAK WAKIL BUKIT TUNGGAL

SOALAN 1 : Sila nyatakan agensi Kerajaan Negeri yang membeli saham FGV (Felda Global Venture) dan jumlah saham yang dimiliki oleh setiap agensi tersebut?

JAWAPAN : Agensi Kerajaan Negeri yang membeli saham FGV ialah:

1) Yayasan Islam Terengganu - 16,455,100 unit 2) PTB Ventures Sdn. Bhd. - 60,000 unit

263

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 08 SEPTEMBER 2015

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.6

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. AZAN BIN ISMAIL WAKIL BANDAR

SOALAN 1 : Apakah rancangan negeri untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Terengganu dari segi semua aspek perindustrian, pelancongan dan pertanian melainkan hanya projek pembinaan bangunan yang besar memandangkan keadaan ekonomi negara yang merosot dengan mendadak. Rakyat merasa keperitan hidup ditambah pula dengan pelaksanaan cukai GST dan susut nilai ringgit yang lemah?

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(2)(c) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 2 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan keselamatan negeri yang amat membimbangkan dengan kes ragut dan kecurian yang meningkat saban hari?

JAWAPAN : 1. Secara umumnya, kadar terutama Jenayah Indeks yang meliputi jenayah kekerasan rogol, bunuh, samun, mendatangkan cedera, curi, ragut dan pecah rumah bagi tempoh 1 Januari hingga 23 Ogos 2015 berbanding tempoh yang sama tahun 2014 adalah memberangsangkan dengan penurunan sebanyak 168 kes bersamaan dengan -8.47%.

264

2. Dari keseluruhan kes Jenayah Indeks tersebut, kes melibatkan jenayah curi termasuk curi motosikal, motokar, van, lori, jentera berat dan lain-lain curi juga didapati menurun sebanyak 106 kes bersamaan -6.2%.

3. Namun begitu, kesedaran di kalangan masyarakat berhubung mencegah dari menjadi mangsa ragut didapati masih berada di tahap yang rendah, dan perkara ini dapat dilihat melalui peningkatan kes melibatkan jenayah ragut dalam tempoh Januari hingga 23 Ogos tahun 2015 berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas, iaitu meningkat sebanyak 9 kes menjadi 20 kes, berbanding hanya 11 kes pada tahun lepas. Namun, jika dibandingkan dengan lain-lain kontinjen peningkatan jenayah ragut tidaklah ketara.

4. Daripada pemerhatian yang dijalankan, boleh dikatakan hampir keseluruhan mangsa dalam kes ragut yang dilaporkan tidak mengikuti langkah-langkah mencegah jenayah ragut yang sering diwar-warkan dalam ceramah serta kempen yang dilaksanakan seperti :-

4.1 Elakkan memakai barang kemas yang berlebihan ketika keluar dari rumah.

4.2 Elakkan melalui lorong-lorong sunyi.

4.3 Jangan memakai beg sandang di sebelah kiri/kanan atau diletakkan di dalam raga motosikal jika sedang menunggang/membonceng motosikal.

Serta lain-lain tindakan yang boleh memberikan peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah.

5. Bagi menangani masalah ini, Polis DiRaja Malaysia akan meneruskan dan memperhebatkan lagi strategi bagi mengekang kadar jenayah terus meningkat di negeri ini, iaitu melalui tindakan pencegahan dan juga penguatkuasaan.

265

6. Melalui penguatkuasaan (Conventional Policing), PDRM dari semasa ke semasa mempergiatkan operasi-operasi bersepadu melibatkan kolaborasi dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Hal Ehwal Agama, RELA serta lain-lain agensi termasuk Pihak Berkuasa Tempatan.

7. Selain itu, operasi dalam bentuk omni-presence atau keberadaan polis di pusat tumpuan orang ramai juga diperhebat dengan :-

7.1 Rondaan bermotosikal oleh anggota polis balai.

7.2 Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

7.3 Rondaan Kereta Peronda (MPV).

7.4 Rondaan Unit Polis Pelancong.

7.5 Three-men patrol (Polis, Rela, JPAM) serta

7.6 AMANITA (Anggota Polis Wanita).

7.7 Rondaan RAPAT (Rondaan Orang Awam, Polis dan Angkatan Tentera).

Malah, semasa rondaan ini dibuat pihak polis akan sentiasa berinteraksi dengan orang ramai demi mengeratkan hubungan dengan orang ramai serta mendapatkan apa juga maklumat daripada mereka untuk membantu penugasan.

8. Satu lagi pendekatan yang dijalankan adalah mengadakan kempen serta penerangan atau ceramah kepada orang ramai dari pelbagai lapisan, bermula daripada pihak sekolah hingga ke peringkat profesional. Pendekatan yang diambil :-

8.1 PIBG, Sekolah dan IPTA/IPTS (melalui Pegawai Perhubungan Sekolah dan Program Sekolah Angkat).

266

8.2 Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO).

8.3 Persatuan-persatuan.

8.4 Institusi Masjid (melalui Program 1Masjid 1Polis).

8.5 Penduduk Kampung (melalui Program 1JKKK 1Polis).

8.6 Taman-taman Perumahan (melalui Program Taman Angkat AMANITA dan Persatuan Kepolisan Komuniti).

9. Akhir sekali, PDRM turut menyediakan platform media sosial untuk perhubungan antara masyarakat dan pihak polis bagi sama-sama bertindak mencegah dan memerangi jenayah melalui penyaluran maklumat. Ini termasuklah penggunaan laman rasmi aplikasi facebook 'Polis Terengganu' dan juga Rakan COP. Melalui pendekatan ini, orang ramai boleh menghantar maklumat kepada pihak polis walau di mana jua mereka berada dan tanpa perlu pergi ke balai polis.

10. Kesimpulannya, pendekatan utama yang digunakan oleh PDRM bagi mencegah serta mengekang peningkatan kadar jenayah di negeri ini adalah melalui engagement atau perhubungan yang rapat dengan masyarakat itu sendiri. Hubungan baik dengan masyarakat ibarat satu 'jambatan' yang akan memudahkan proses kolaborasi, penyaluran maklumat dua hala antara Polis dan Masyarakat dan seterusnya membudayakan sikap bertanggungjawab dalam diri setiap masyarakat bagi mencegah dan memerangi jenayah.

267

11. Dalam konteks ini, polis di negeri ini telah berjaya meyakinkan masyarakat secara keseluruhannya tentang keupayaan dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman di negeri ini dengan penurunan kadar jenayah secara keseluruhannya, melalui satu dapatan kajian Persepsi Masyarakat Terhadap Dimensi Praktik dan Amalan Kerja Polis oleh pihak perunding UNITEN yang dijalankan dari 15 Oktober 2013 hingga 21 Julai 2014.

12. Kajian ini telah mengkaji pelbagai dimensi amalan kerja polis dan mendapati dimensi tahap keyakinan (percaya) masyarakat terhadap PDRM meningkat dan Kontinjen Terengganu merupakan salah satu kontinjen yang mempunyai tahap keyakinan tinggi melebihi 50%.

SOALAN 3 : Adakah pihak Kerajaan Negeri menyediakan tapak perniagaan kekal sederhana murah kepada peniaga yang diarah pindah? Contohnya peniaga di Paya Keladi?

JAWAPAN : Adalah dimaklumkan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mempunyai 11 unit kekosongan kedai/gerai di Taman Selera Tanjung bagi tujuan menempatkan peniaga-peniaga di Paya Keladi yang diarahkan berpindah tertakluk kepada kesesuaian jenis perniagaan.

268

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 8 SEPTEMBER 2015

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.7

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. MOHD NOR BIN HAMZAH WAKIL BUKIT PAYONG

SOALAN 1

JAWAPAN

Berapakah keluasan dan bayaran pengambilan tanah untuk cadangan projek pembinaan Sekolah Menengah Sains Marang di Bukit Kor, Marang, Terengganu?

DITOLAK Menurut Perkara 26(6) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 2

JAWAPAN

Apakah tindakan yang telah diambil kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir di Pekan Bukit Payong khusus di simpang masuk LPT2 sehingga kini?

Pihak JKR Negeri mempunyai perancangan untuk menaik taraf dan membaiki sistem saliran bagi mengatasi masalah banjir di persimpangan LPT2 Bukit Payong.

Pada tahun 2015, pihak JKR Negeri telah memohon peruntukan dan menunggu kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya untuk membaiki sistem saliran dan menaik taraf jalan.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran negeri sedang melaksanakan projek membina dan menyiapkan Projek Tebatan Banjir dan Sistem Saliran Kawasan Tadahan Sungai Buaya (Fasa 1) dan Sungai Seluang, Bukit Payong, Marang bagi mengatasi masalah banjir di kawasan sekitar Bukit Payong.

269

SOALAN 3

JAWAPAN

SOALAN 4

JAWAPAN

SOALAN 5

JAWAPAN

Keadaan Pusat Akuatik MBKT yang dikatakan tidak selamat dan ketika mula-mula dibina, ia sudah dinyatakan tidak mengikut piawai oleh Menteri Kerjaraya Datuk Shazmiman Mansor dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR). Sudah ada laporan tentang pembinaannya yang tidak mengikut piawai dan jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan oleh JKR sekitar tahun 2009 setahun selepas ia siap dibina. Apa yang telah dilakukan dengan laporan dan jawatankuasa itu? Apakah tindakan undang-undang yang telah kerajaan negeri ambil ke atas pihak terbabit dan jika PAMBKT ini perlu dibaiki, siapa yang akan menanggungnya?

DITOLAK Menurut Perkara 26(4A)(a) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Berapakah harga pembelian Chicken Cottage di London yang telah dibayar oleh kerajaan negeri dan pihak manakah yang menjadi perunding bagi pembelian tersebut?

DITOLAK Menurut Perkara 26(3) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Berapakah kerugian yang telah ditangung oleh kerajaan dalam program e-Book dan apa yang kerajaan bercadang akan dilakukan dengan e-Book yang telah diedarkan jika program ini diganti.

DITOLAK Menurut Perkara 26(2)(c) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

270

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 8 SEPTEMBER 2015

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.8

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. DATO' TENGKU HASSAN BIN TENGKU OMAR WAKIL LADANG

SOALAN 1

JAWAPAN

Sila nyatakan kemajuan Pembangunan Bandar Baru Bukit Besar sehingga ini. Apakah komponen pembangunan yang dicadangkan di Bandar baru ini. Bilakah pembangunan yang telah dirancang akan terlaksana sepenuhnya?

DITOLAK Menurut Perkara 26(2)(h) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 2

JAWAPAN

Berapakah unit kedai yang telah siap dibina oleh Kerajaan Negeri melalui agensi kerajaan atau usahasama dengan pihak swasta sejak 2010 hingga sekarang di kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Berapakah unjuran unit kedai yang akan dibina sehingga Orang Melayu/Bumiputera tidak terpinggir di Bandar?

DITOLAK Menurut Perkara 26(4A)(a) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 3 : Difahamkan Institusi Pengajian Tinggi seperti UNISZA dan UMT ada membuat kajian/penyelidikan di dalam berbagai bidang yang berkaitan dengan Negeri Terengganu. Apakah Kerajaan Negeri ada mengambil kira atau mengguna pakai hasil-hasil kajian tersebut? Sila sebutkan.

271

JAWAPAN : DITOLAK Menurut Perkara 26(2)(c) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

SOALAN 4 Kerajaan Negeri telah membina tiga bangunan pangsapuri di kawasan Kg. Ladang yang diberi nama Pangsapuri Ladang Gemilang 1 dan Ladang Gemilang 2. Satu lagi ialah di Ladang Tok Pelam. Sila nyatakan jumlah unit, kos, harga sewaan dan harga jualan setiap unit di pangsapuri tersebut. Apakah kriteria pemilihan untuk menyewa/ membeli pangsapuri berkenaan?

JAWAPAN Jumlah unit, kos, harga sewaan dan harga jualan bagi ketiga-tiga bangunan pangsapuri berkenaan adalah sebagaimana berikut:-

1. Pangsapuri Ladang Gemilang Fasa I (Kos Rendah)

. Unit i. Kos ii. Harga Sewaan v. Harga Jualan

192 RM23,423,188.50 RM300.00/BULAN RM75,000.00

2. Pangsapuri Ladang Gemilang Fasa I (Kos Sederhana)

. Unit i. Kos ii. Harga Sewaan v. Harga Jualan

88 RM16,044,238.43 RM850.00/BULAN RM260,000.00

3. Pangsapuri Ladang Gemilang Fasa II (Kos Rendah)

. Unit i. Kos ii. Harga Sewaan v. Harga Jualan

192 RM42,301,986.40 RM320.00/BULAN RM80,000.00

4. Pangsapuri Ladang Tok Pelam (Komersial)

i. Unit - 407

272

ii. Harga Sewaan v. Harga Jualan

Kos RM101,358,235.00 Tiada Dari RM225,000.00 hingga RM248,000.00

Kriteria pemilihan untuk menyewa/membeli bagi ketiga-tiga pangsapuri berkenaan adalah sebagaimana berikut:-

1. Kategori pemohon Pangsapuri Ladang Gemilang Fasa I dan II

P1 - Pemilik Tanah, Tuan Rumah dan Didiami sendiri P2 - Rumah Sendiri, Tanah Menyewa/Tanah

Kerajaan P3 - Keluarga Besar 'Extended Family' kepada P1 P4 - Keluarga Besar 'Extended Family' kepada P2 P5 - Penyewa Rumah P6 - Lain-lain

2. Kategori pemohon Pangsapuri Ladang Tok Pelam

i. Kakitangan Jabatan/Agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Negeri.

ii. Rakyat Bumiputera Negeri Terengganu

iii. Rakyat Negeri Terengganu berdasarkan kepada tempat kelahiran ayah/ibu atau pemohon yang telah bermastautin di negeri ini melebihi 10 tahun dan mempunyai bukti untuk terus menetap di Negeri Terengganu sahaja.

iv. Keutamaan diberikan kepada yang telah berkahwin dan berkeluarga.

v. Keutamaan kepada yang belum memiliki rumah kediaman (menyewa atau menumpang).

vi. Kemampuan kewangan diukur berdasarkan kepada jumlah pendapatan bulanan pemohon dan mampu mendapatkan pinjaman atau mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan mampu menjelaskan bayaran baki beza.

273

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN YANG KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 8 SEPTEMBER 2015

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.9.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI HANAFIAH BIN MAT WAKIL CUKAI

SOALAN 1 Memandangkan pekerja-pekerja Perwaja Steel yang diberhentikan secara sukarela oleh pihak Perwaja Steel Sdn. Bhd. melalui Sistem VSS telah lama berlalu, namun para pekerja tersebut tidak lagi menerima pampasan, apakah tindakan kerajaan negeri dalam menangani permasalahan ini?

JAWAPAN DITOLAK Menurut Perkara 26(4) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

274

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 8 SEPTEMBER 2015

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.10

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HISHAMUDDIN BIN ABDUL KARIM WAKIL TEPUH

SOALAN 1

JAWAPAN

Apakah perkembangan pembangunan Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring? Berapakah kos yang telah digunakan dan bilakah anggaran projek ini disiapkan?

Projek Tebatan Banjir Baroh Tok Jiring telah dilaksanakan bermula pada 15 Mac 2015. Status kemajuan Fizikal adalah 1.22%. Projek ini dilaksanakan dengan jumlah kos RM87 juta dan dianggarkan akan disiapkan pada 11 Mac 2018.

SOALAN 2 Apakah cadangan pihak kerajaan untuk menanggani banjir di persimpangan lampu isyarat Universiti Malaysia Terengganu dan dalam Unisza?

JAWAPAN : Bagi menangani masalah banjir di persimpangan lampu isyarat Universiti Malaysia Terengganu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melantik perundingan swasta untuk melaksanakan kajian dan rekabentuk sistem pengairan untuk menangani masalah banjir di kawasan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), kawasan lapangan terbang Sultan Mahmud dan kawasan sekitar. Kajian ini sedang dijalankan dan dijangka siap pada tahun 2016.

Bagi mengatasi masalah banjir di dalam UNISZA, Kerajaan Negeri melalui JPS juga telah mengeluarkan tender di bawah sistem saliran Q6c-Q6a, Gong Pak Jin dan kini dalam proses penilaian tender.

275

SOALAN 3

JAWAPAN

SOALAN 4

JAWAPAN

Apakah perkembangan projek pembinaan benteng pemecah ombak yang dilaksanakan di kawasan belakang Universiti Malaysia Terengganu? Bilakah anggaran projek ini siap sepenuhnya? Berapakah jumlah benteng pemecah ombak yang dibina di kawasan ini? Pohon nyatakan jumlah kos projek yang dilaksanakan ini.

Projek ini dalam pelaksanaan dan kemajuan fizikal adalah 63.65% sebenar manakala jadual 69.80%. Projek ini dijangka siap 7 April 2016 dan sebanyak empat (4) bilangan pemecah ombak akan dibina dan kos projek adalah RM70,576,614.50.

Apakah status cadangan pembinaan litar lumba? Bilakah dijangka siap dan berapakah kos yang akan digunakan?

DITOLAK Menurut Perkara 26(4) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

276

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN YANG KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 8 SEPTEMBER 2015

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.11.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI WAN HAFANDI BIN WAN NIK WAKIL SURA

SOALAN 1 : Apakah pihak kerajaan sedar jalan susur keluar LPT2 ke Kuala Dungun melalui Kampung Serdang sempit dan sering berlaku kemalangan. Apakah tindakan kerajaan.

JAWAPAN : DITOLAK menurut perkara 26 (2)(c) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu.

277

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN YANG KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIGA BELAS PADA 8 SEPTEMBER 2015

TERTIB PEKERJAAN DEWAN UNDANGAN NEGERI BILANGAN 4.1.12.

SOALAN-SOALAN BAGI JAWAPAN BERTULIS OLEH Y.B. HAJI ALIAS BIN HARUN WAKIL RANTAU ABANG

SOALAN 1 Apakah usaha kerajaan Terengganu dalam menangani kekosongan jawatan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mempercepatkan proses tindakan sesuatu kes atau bencana. Berapakah kekosongan jawatan baru dan lama yang sepatutnya diisi mengikut gred jawatan?

JAWAPAN a) Kerajaan negeri Terengganu sentiasa berusaha dengan mengambil tindakan segera mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

b) Kekosongan jawatan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah sebagaimana berikut:-

i) Kekosogan jawatan Perkhidmatan Awam:-

yang diisi oleh Jabatan

Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Waran 2

Isi 1

Kosong 1

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27

4 4 0

278

ii) Kekosongan jawatan yang diisi oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan dalam proses pengambilan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.

Waran Isi Kosong Pembantu Awam H11 7 2 5

Pembantu Operasi N11 10 7 3

Pemandu H11 7 6 1

279