tips exam n27

3
PANDUAN PEPERIKSAAN UNDANG-UNDANG KERAJAAN BAGI PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 2. Panduan Am 2.1 Persediaan Awal (i). Pastikan tarikh peperiksaan dan tarikh tutup permohonan daripada portal kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/# (ii). Isi borang permohonan secara online dan kemukakan permohonan anda dengan segera pada awal tahun bagi peperiksaan April dan pertengahan tahun bagi peperiksaan Oktober. Jangan sekali-kali menunggu hingga ke saat-saat akhir untuk mengemukakan permohonan anda. (iii).Dapatkan semua buku-buku rujukan yang berkenaan sebagaimana yang tertera dalam sukatan peperiksaan, dan juga Pekeliling/Surat Pekeliling berkaitan yang terkini. Baca bahan-bahan ini dan biasakan dengannya, tidak sehingga menghafal isi kandungannya kerana anda boleh merujuk kepadanya dalam dewan peperiksaan. Memadai dengan mengetahui dan memahami konsep-konsep dan prinsip-prinsip yang terdapat dalam bahan-bahan berkenaan. 2.2 Memilih Soalan (i). Daripada jumlah soalan yang dikemukakan dalam kertas soalan, pilih bilangan soalan yang perlu anda jawab dengan teliti dan dalam keadaan berhati-hati dan tenteram. (ii). Baca dengan teliti kesemua soalan sekurang-kurangnya dua kali. Pada bacaan pertama dapatkan gambaran kasar keperluan tiap-tiap soalan dan ini dapat membantu anda memilih soalan-soalan yang anda lebih yakin untuk menjawabnya. Tandakan soalan-soalan pilihan anda. Bagi bacaan kedua, tumpukan perhatian anda kepada soalan-soalan yang telah anda pilih itu sahaja. Semasa membaca soalan-soalan tersebut gariskan perkataan atau

Upload: mohd-noh-bin-md-yunus

Post on 24-Jun-2015

1.101 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Tips menghadapi exam undang-undang N27

TRANSCRIPT

Page 1: Tips Exam N27

PANDUAN PEPERIKSAAN UNDANG-UNDANG KERAJAANBAGI PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

2. Panduan Am

2.1 Persediaan Awal

(i). Pastikan tarikh peperiksaan dan tarikh tutup permohonan daripada portal kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). http://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/#

(ii). Isi borang permohonan secara online dan kemukakan permohonan anda dengan segera pada awal tahun bagi peperiksaan April dan pertengahan tahun bagi peperiksaan Oktober. Jangan sekali-kali menunggu hingga ke saat-saat akhir untuk mengemukakan permohonan anda.

(iii). Dapatkan semua buku-buku rujukan yang berkenaan sebagaimana yang tertera dalam sukatan peperiksaan, dan juga Pekeliling/Surat Pekeliling berkaitan yang terkini. Baca bahan-bahan ini dan biasakan dengannya, tidak sehingga menghafal isi kandungannya kerana anda boleh merujuk kepadanya dalam dewan peperiksaan. Memadai dengan mengetahui dan memahami konsep-konsep dan prinsip-prinsip yang terdapat dalam bahan-bahan berkenaan.

2.2 Memilih Soalan

(i). Daripada jumlah soalan yang dikemukakan dalam kertas soalan, pilih bilangan soalan yang perlu anda jawab dengan teliti dan dalam keadaan berhati-hati dan tenteram.

(ii). Baca dengan teliti kesemua soalan sekurang-kurangnya dua kali. Pada bacaan pertama dapatkan gambaran kasar keperluan tiap-tiap soalan dan ini dapat membantu anda memilih soalan-soalan yang anda lebih yakin untuk menjawabnya. Tandakan soalan-soalan pilihan anda. Bagi bacaan kedua, tumpukan perhatian anda kepada soalan-soalan yang telah anda pilih itu sahaja. Semasa membaca soalan-soalan tersebut gariskan perkataan atau rangkaikata penunjuk yang akan memandukan anda menjurus kepada rujukan seksyen yang tepat dalam bahan rujukan.

2.3 Cara Membuat Rujukan

(i). Kenalpasti bahan rujukan yang mana satu, di antara rujukan-rujukan bagi bahagian kertas berkenaan, yang perlu dirujuk.

(ii). Setelah ditentukan bahan rujukan berkenaan, lihat pula muka surat kandungannya dan tumpukan perhatian kepada tajuk-tajuk kecil yang disenaraikan itu.

(iii). Pilih tajuk kecil yang tepat dengan maksud dan kehendak soalan dan tandakan seksyennya.

Page 2: Tips Exam N27

(iv). Buka kepada muka surat di aman terdapat seksyen berkenaan dan teliti isi kandungannya termasuk seksyen lain yang berkaitan. Baca keseluruhan isi kandungan seksyen tersebut dan pilih ayat-ayat yang menjawab dengan tepat kehendak soalan. Tandakan ayat-ayat tersebut sebagai ayat-ayat pilihan anda, untuk diturunkan sebagai jawapan.

2.4 Cara Menentukan Asas-Asas Kes Serta Mempertimbangkannya

(i). Lihat semula perkataan, rangkaikata, dan ayat-ayat yang telah anda gariskan dalam kertas soalan, semasa anda membaca, dengan teliti dan kritikal, soalan bagi kali yang kedua itu.

(ii). Bagi perkataan-perkataan penunjuk yang telah digariskan itu, fikirkan maksud yang tersembunyi dan tersirat di dalamnya untuk mendapatkan fakta dan turunkan fakta itu.

(iii). Catitkan fakta-fakta jelas yang terdapat dalam kes.

(iv). Turunkan fakta-fakta tersirat dalam kes, setelah dikesan fakta-fakta itu.

(v). Rumuskan semua fakta-fakta tersebut dan hubungkaitkannya dengan seksyen-seksyen berkenaan yang telah anda kenalpasti itu.

(vi). Bahaskan sama ada terdapat atau tidak hubungkait antara fakta-fakta itu dengan kandungan peraturan dalam seksyen yang disemak itu dan juga seksyen-seksyen lain yang relevan yang dibaca bersamanya (‘cros-reference’).

(vii). Tentukan keputusan berasaskan fakta, kandungan peraturan yang dirujuk serta hujah-hujah yang kukuh.

2.5 Cara Menurunkan Jawapan

(i). Catatkan nombor jawapan anda mengikut nombor asal soalan dan pecahannya, sebagaimana yang tercatat dalam kertas soalan. Soalan asal tidak perlu disalin semula.

(ii). Salinkan atau ditulis dalam bahasa anda sendiri ayat-ayat yang dipetik daripada seksyen yang telah anda pastikan itu. Hanya turunkan ayat-ayat yang menepati tafsiran, maksud dan kehendak soalan sahaja. Tidak semestinya kesemua ayat dalam seksyen itu merupakan jawapan yang tepat.

(iii). Di hujung jawapan anda nyatakan dalam kurungan nombor seksyen (termasuk sub-seksyen jika perlu dan ada kaitan) serta nama bahan rujukan sama ada Perintah Am Bab B ataupun Arahan Keselamatan dan sebagainya, untuk menyokong petikan dalam jawapan anda.

(iv). Jawapan yang anda turunkan itu, hendaklah berasas dengan ertikata ianya bukanlah pemikiran secara logik, tetapi sebaliknya adalah berasaskan tafsiran yang mantap dan disokong pula oleh petikan daripada bahan rujukan yang dikenalpasti dengan tepat. Sertakan juga hujah-hujah yang menyokong jawapan anda.

Page 3: Tips Exam N27

(v). Dalam jawapan anda, tidak perlu ditulis tafsiran dan kefahaman anda terhadap soalan berkenaan, fakta-fakta kes, rasional jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Cukup jawapan anda sebagaimana yang telah dimaklumkan di atas.

Selamat maju jaya.