ting3.doc

71
Bidang : Akademik Tajuk : Orientasi Mata pelajaran - Kepentingan mata pelajaran Objektif : 1. Memberi maklumat tentang kepentingan mata pelajaran. 2. Mendedahkan peluang kerjaya dengan pilihan mata pelajaran yang sesuai. 3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid. Masa : 40 minit Sasaran : Murid Tingkatan Tiga Bahan : Kertas A4. Langkah-langkah 1. Set Induksi Guru Kaunseling membuka perbincangan mengenai kepentingan menguasai setiap mata pelajaran. 2. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mata pelajaran 3. Guru Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap Mata pelajaran Menengah Rendah ( Rujuk Jadual Waktu). Penilaian : Murid mencatat maklumat yang diberi oleh Guru Kaunseling. Rumusan : Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran dapat membolehkan murid memperoleh kemahiran asas, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni. 1

Upload: syikhin-osman

Post on 09-Nov-2015

256 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

AKADEMIK

Bidang: Akademik

Tajuk

:Orientasi Mata pelajaran - Kepentingan mata pelajaran

Objektif: 1. Memberi maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.

2. Mendedahkan peluang kerjaya dengan pilihan mata pelajaran yang sesuai.

3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa

:40 minit

Sasaran:Murid Tingkatan Tiga

Bahan:Kertas A4.

Langkah-langkah

1. Set Induksi

Guru Kaunseling membuka perbincangan mengenai kepentingan menguasai setiap mata pelajaran.

2. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mata pelajaran

3. Guru Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap Mata pelajaran Menengah Rendah ( Rujuk Jadual Waktu).

Penilaian:Murid mencatat maklumat yang diberi oleh Guru Kaunseling.

Rumusan:Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran dapat

membolehkan murid memperoleh kemahiran asas, ilmu

pengetahuan dan nilai-nilai murni.

Falsafah:Membaca Jambatan Ilmu.

Bidang:Akademik

Tajuk

:Kemahiran Belajar Berkumpulan 1

Objektif:1. Memberi teknik kemahiran belajar berkumpulan.

2. Meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid.

3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa

:40 minit

Sasaran:Murid Tingkatan 3

Bahan:Kertas A4, kertas sebak, alat tulis.

Langkah-langkah

1. Set Induksi

Guru Kaunseling membuka perbincangan mengenai

teknik-teknik belajar yang diamalkan oleh murid.

2. Guru Kaunseling berbincang tentang kepentingan belajar.

3. Murid menyenaraikan kepentingan belajar berkumpulan.

4. Guru Kaunseling menjelaskan syarat-syarat belajar

berkumpulan.

i. Bilangan ahli antara 3 5 orang

ii. Mempunyai jadual waktu belajar

iii. Mempunyai seorang ketua dan penolong ketua

Kumpulan

iv. Setiap kumpulan digalakkan mempunyai nama

kumpulan, etika kumpulan dan moto kumpulan.

5. Guru Kaunseling membentuk kumpulan belajar.

6. Murid dikehendaki :-

i. Memilih ahli kumpulan

ii. Duduk dalam kumpulan

iii. Melantik ketua dan penolong kumpulan

iv. Menentukan nama, etika dan moto kumpulan.

Penilaian:Guru Kaunseling membuat pemerhatian.

Rumusan:Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan bagi

meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.

Falsafah:1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

2. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana

Muafakat

LAMPIRAN

BELAJAR BERKUMPULAN (STUDY GROUP)

KELEBIHAN BELAJAR SECARA KUMPULAN: Bantu-membantu dalam memahami sesuatu matapelajaran

Menghilangkan rasa bosan dan mengantuk

Menjimatkan masa membaca

Membantu mengurangkan kefahaman yang berbeza mengenai sesuatu bab yang dipelajari

Mendapat dorongan dari ahli-ahli

BAHAN PERANCANGAN DALAM KUMPULAN

Soalan latihan untuk kerja rumah

Soalan bimbingan daripada akhbar dan majalah

Soalan yang diberikan oleh guru

Soalan-soalan ramalan

Pengumpulan nota

Perbincangan topik yang kurang jelas/tidak faham

Analisis soalan-soalan peperiksaan-buat ramalan

Soalan-soalan rakan negeri lain

Perbincangan soalan/bentuk soalan

Teknik menjawab soalan

Bidang:Akademik

Tajuk

:Kemahiran Mendengar I ( Proses Mendengar )

Objektif:1. Murid dapat mengetahui tentang peringkat-peringkat

dalam proses mendengar.

2. Murid dapat menjalankan aktiviti yang melibatkan berlakunya

proses mendengar yang betul.

Masa

:40 minit

Sasaran:Murid Tingkatan 3

Bahan:Petikan teks, alat Multimedia, alat tulis.

Langkah-langkah

1. Set induksi.

Guru Kaunseling menyampaikan maklumat (petikan) dengan nada suara yang perlahan.

2. Guru meminta pelajar menyenaraikan perkataan yang

bermula dengan huruf T

3. Guru Kaunseling menerangkan tentang langkah-langkah dalam proses mendengar.

Proses Mendengar :

i. Dengar

ii. Faham

iii. Buat Catatan

iv. Kemaskini Catatan

v. Buat Nota / Peta Minda

4. Murid diminta menjalankan aktiviti yang diberi oleh Guru Kaunseling.

Aktiviti :-

i.Menyampaikan maklumat sehala

ii.Menyampaikan maklumat 2 hala

Penilaian:Murid diberi ujian dengan menulis semula bahan yang

diperdengar daripada Guru Kaunseling.

Rumusan:Kemahiran mendengar adalah satu proses yang berterusan.

Komunikasi sehala boleh menyebabkan mesej berubah dan

tidak tepat dan mengikut tafsiran sendiri.

Falsafah:1. Komunikasi 2 hala lebih berkesan berbanding komunikasi

sehala.

2. Murid perlu bertanya Guru Kaunseling sekiranya kurang

jelas tentang sesuatu maklumat.

LAMPIRANCONTOH PETIKAN TEKS

Kebanyakan manusia tidak suka pada perubahan ketara. Mereka tahu dan mahu berubah tetapi merasakan ia adalah susah dan menakutkan

BENTUK KOMUNIKASI

1) SEHALA

- pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklumbalas penerima

- memerlukan tindakan dilakukan terus oleh penerima

2) DUA HALA - penerima memberikan maklumbalas pada pengirim

- membolehkan pengirim memperbaiki komunikasinya jika mesej yang diterima

kurang tepat

AKTIVITI MENYAMPAIKAN MAKLUMAT SEHALALangkah-langkah:

1) Setiap pelajar diberikan 2 helai kertas kosong.

2) Guru memberi arahan berikut untuk dilukis oleh peserta. Peserta tidak

dibenarkan bertanya. Arahan diulangi 2 kali sahaja.

Arahannya:

a) Lukis satu bulatan

b) Dalam bulatan itu, lukis 3 bulatan kecil

c) Di atas bulatan, lukis sebuah bentuk segiempat tepat.

d) Dikiri dan kanan bulatan, buat 2 garis panjang yang selari dan 1 bulatan di

hujung

e) Dibawah bulatan tadi, lukis 1 segi empat tepat.

f) Dibawah segi empat tepat tersebut, lukis 2 pasang garis panjang ke bawah

selari dan 2 bulatan di hujung 2 pasang garis panjang tadi.

3) Di atas kertas lain, pelajar diminta melukis kali kedua dengan arahan yang sama

tetapi kali ini, mereka dibenarkan bertanya.

4) Pelajar diminta mempamerkan kedua-dua lukisan mereka tadi dan diminta

membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan contoh.

5) Mereka diminta memberi respon berkenaan perbezaan perasaan mereka sewaktu

melukis kali pertama dan kali kedua.

KEMAHIRAN MENDENGAR

Definisi:

Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dalam pemprosesan maklumat yang didengarTEKNIK MENDENGAR BERKESAN Bersedia untuk mendengar

Tetapkan niat

Duduk di bahagian hadapan, banyak faedahnya

Kenalpasti idea-idea penting yang didengar

Buat bacaan awal

Catat nota semasa mendengar

Dengar dengan teliti dan

Tanamkan minat terhadap apa yang didengarBAGAIMANA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR1. Niat yang betul2. Berprasangka baik

3. Pandang kepada pengucap

4. Latih banyak mendengar dari bercakap

5. Fokus apa yang ditunjuk

6. Perhatian apa yang ditulis

7. Tumpuan yang tidak berbelah bahagi

Bidang:Akademik

Tajuk

:Kemahiran Mendengar ( Main Peranan )

Objektif:1. Murid dapat meningkatkan kemahiran mendengar,

mengingat dan menyampaikan dialog.

Masa

:40 minit

Sasaran:Murid Tingkatan 3

Bahan:Kertas A4, skrip dialog

Langkah-langkah

1. Set induksi.

Guru Kaunseling bercerita tentang sejarah penubuhan

Melaka.

2. Guru Kaunseling menyampaikan maklumat mengenai tajuk yang hendak diajar. Contoh Kejatuhan Portugis di Melaka tahun 1511.

3. Guru Kaunseling menyediakan garis panduan atau skrip untuk dilakonkan oleh sekumpulan murid.

4. Murid main peranan sebagai :

i. Sultan Mahmud Shah

ii. Tun Perak

iii. Al-Fonso deAlburque

iv. Rakyat.

5. Murid lain menyampaikan dialog apa yang didengar dan diingati selepas melihat lakonan rakan mereka.

Penilaian:Guru membuat pemerhatian dan meminta murid yang lain

membuat penilaian lakonan murid.

Rumusan:Maklumat tidak dapat disampaikan dengan tepat jika

Sesuatu fakta tidak jelas.

Falsafah : Kemahiran mendengar sangat penting dalam

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Lampiran : DialogTAHUN 1509 , di Portugal

Raja Henry : Beta mahu memulakan hubungan antara kerajaan Portugal dengan Melaka. Lopez de Sequeira , kamu di lantik untuk mengetuai utusan ke Melaka.

Lopez de Sequeira : Ampun tuanku ! Perintah di junjung tuanku . Patik bersama

Angkatan laut patik bersiap sedia untuk bertolak ke Melaka.

Semasa ketibaan rombongan itu di Melaka ..

Lopez de Sequeira :Tuanku , patik bernama Lopez de Sequeira . Patik adalah utusan

Raja Portugal . Raja Portugal mengirim salam.Sultan Mahmud Syah : Terima kasih . Beta mengalu- alukan kedatangan Tuan Lopez.

Orang portugis di benarkan berniaga di Melaka. Beta menjamin

keselamatan orang-orang Portugis di Melaka.

Lopez de Sequeira :Patik mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuanku.

Pada suatu hari , di istana Melaka .

Pedagang

: Ampun tuanku ,kita mesti berhati-hati dengan orang-orang

Portugis . Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat telah mendapat

Maklumat bahawa mereka mahu menguasai perdagangan dan

menentang agama Islam.

Sultan Mahmud Syah : Adakah ini benar ? ! Apakah yang harus beta lakukan ?

Pedagang :

: Tuanku , kita tangkap orang-orang Portugis terutamanya

Pegawai kanan rombongan itu iaitu Ruy de Aroujo.

Sultan Mahmud Syah : Kalau begitu , beta perintahkan mereka di tangkap dan

hukuman bunuh di jatuhkan kepada mereka.

Pedagang : Perintah di junjung Tuanku.Di Portugal , tahun 1510

Raja Henry

: Rombongan kita ke Melaka telah di tahan ! Ruy de Araujo

telah di tawan oleh mereka ! Bagaiman dengan Lopez de

Sequeira?

Pegawai : Tuanku dengarnya Lopez de Sequeira berjaya melarikan diri

ke Goa.Raja Henry

: Beta berasa lega mendengar berita ini. Arahkan Lopez de

Sequeira menyerang Melaka.

Pegawai

: Perintah di junjung tuanku !

Bidang:Akademik

Tajuk

:Kemahiran Membaca ( Skimming & Scanning )

Objektif: Murid dapat :

1. Memahami definisi membaca.

2. Menguji kepantasan membaca

3. Membaca secara skimming.

4. Membaca secara scanning.

Masa

:40 minit

Sasaran:Murid Tingkatan 3

Bahan:Alat Multimedia, , Bahan Power Point,

Buku teks, Buku nota pembelajaran

Langkah-langkah

1. Set induksi.

Guru Kaunseling berbincang dengan murid tentang teknik membaca yang diamalkan .

2. Guru Kaunseling menerangkan maksud membaca.

3. Membaca secara skimming ( sepintas lalu )

i. Guru Kaunseling menerangkan maksud bacaan secara skimming.

ii. Guru Kaunseling meminta murid membuat latihan

membaca secara skimming untuk mendapatkan

maklumat seperti isi kandungan, rujukan penulis,

rumusan buku dan lain-lain.

4. Membaca secara scanning ( sekali imbas )

i. Guru Kaunseling menerangkan teknik membaca secara scanning

ii. Murid diminta membaca sambil mencari maklumat yang diminta.

Penilaian:Murid diberi ujian pantas dengan membaca menggunakan

Teknik membaca yang betul.

Rumusan:Teknik membaca yang betul sangat membantu murid untuk

Dalam mencari isi-isi penting semasa membuat ulangkaji.

Falsafah:1. Membaca Jambatan Ilmu.

2. Penguasaan kemahiran membaca memudahkan murid memahami apa yang dibaca.

LAMPIRAN

DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran membaca adalah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu perkara. Ia adalah proses komunikasi antara pembaca dan penulis.

SKIMMING (LUNCURAN)

Kemahiran membaca untuk mendapatklan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat.

Tujuan:

Untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen

Mendapatkan pandangan umum mengenai maklumat segera

Bagaimana:

Membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen

Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat

Memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca

SCANNING (IMBASAN)Untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming

Tujuan: Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan lepada

sesuatu persoalan

Bagaimana:

Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam

Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci

Memberikan perhatian pada data, rajah dan grafik

Bidang:Akademik

Tajuk

:Pengurusan Masa II

Objektif: Murid dapat:

1. Melihat kaedah peruntukan masa harian.

2. Menentukan jumlah masa yang perlu digunakan

untuk mengulangkaji mata pelajaran.

3. Melihat kekerapan belajar bagi setiap mata

pelajaran.

Masa

:40 minit

Sasaran:Murid Tingkatan 3

Bahan:Lampiran 3A , alat Multimedia, kalkulator & alat tulis

Langkah-langkah

1. Set induksi

Guru Kaunseling bertanya kepada murid tentang cara dan amalan murid membahagikan masa untuk belajar.

2. Guru Kaunseling menerangkan tentang kepentingan pengurusan masa.

3. Murid melengkapkan Lampiran 3A dengan menentukan mata pelajaran yang akan diduduki dalam peperiksaan PMR

4. Guru Kaunseling meminta murid menentukan kekerapan belajar bagi setiap mata pelajaran ( minima 3 kali ).

5. Guru Kaunseling meminta setiap murid untuk

mengagihkan jumlah masa belajar untuk setiap mata

pelajaran mengikut keutamaan.

6. Guru Kaunseling mengarahkan murid supaya memastikan salah satu masa belajar ditetapkan mestilah sama dengan masa peperiksaan sebenar.

7. Guru Kaunseling meminta murid membentangkan hasil dan menggalakkan setiap ahli berkongsi.

8. Guru Kaunseling membuat rumusan dan kesimpulan.

Penilaian:Murid merekodkan hasil pembentangan terbaik untuk di

jadikan panduan mengurus masa.

Rumusan:Murid sedar akan kepentingan mengurus masa dengan baik.

Falsafah:Masa Itu Emas.

Lampiran : 3A.Kontrak BelajarBilMata pelajaranKekerapanPeruntukan Masa

Tarikh : _____________

Tandatangan :__________________

Bidang:Akademik

Tajuk

:Kemahiran Mengingat II (Peta Minda)

Objektif:Murid akan dapat :

1. Menggunakan kaedah mengingat dengan betul.

2. Menggunakan teknik mengingat dalam pembelajaran.

Masa

:40 minit

Sasaran:Murid Tingkatan 3

Bahan:Alat Multimedia, kertas A4, buku teks

Langkah-langkah

1. Set induksi

Guru Kaunseling menunjukkan 10 benda yang berlainan jenis daripada pelbagai kategori dan menyimpan semula dalam masa 1 minit. Murid menyebut benda tersebut.

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

3. Guru Kaunseling memberi satu petikan mudah dan membimbing murid mengenalpasti isi-isi penting, menggunakan teknik peta minda.

4. Guru Kaunseling memberi teks dan meminta murid menghuraikan isi dalam peta minda.

5. Setiap kumpulan di minta membentangkan hasil kumpulan masing-masing.

Penilaian:Guru Kaunseling membimbing dan memerhatikan cara murid

Menyediakan peta minda.

Rumusan:Teknik mengingat dapat membantu murid mencari isi penting.

Falsafah : Kemahiran ini dapat membantu murid mengekalkan daya

ingatan.

LAMPIRAN

KEMAHIRAN MENGINGAT

PETA MINDA MEMBANTU ANDA:

Mengambil nota dalam kelas atau dari teks bacaan

Ulangkaji cepat dan berkesan

Menjimatkan masa

Fokus berkesan

Lebih menarik, indah dan berseni

LAMPIRAN CONTOH 10 BENDA-BENDA DI SEKELILING KITA

BAHAN A

KERTAS LATIHAN 1_________________

__________________

_____________

_________________

__________________

_____________

_________________

__________________

_____________

_________________

__________________

_____________

_________________

__________________

_____________

_________________

__________________

_____________

KERTAS LATIHAN 2

KERTAS LATIHAN 3

Bidang:Akademik

Tajuk

:Penempatan Selepas PMR

Objektif:Murid dapat mengetahui tentang haluan selepas PMR.

Masa

:40 minit

Sasaran:Murid Tingkatan 3

Bahan:Lampiran maklumat, brosur, kertas sebak.

Langkah-langkah

1. Set induksi.

Guru Kaunseling bersoal jawab dengan murid tentang ke arah mana selepas PMR dan cita-cita selepas PMR.

2. Guru Kaunseling menerangkan tentang hala tuju selepas mendapat keputusan PMR.

3. Murid diminta menulis kembali hala tuju selepas PMR.

4. Murid-murid membentangkan hasil perbincangan mengikut kumpulan.

Penilaian:Murid membuat pembentangan dan menyatakan kembali

hala tuju selepas PMR.

Rumusan:Peperiksaan PMR menjadi penentu aliran pengajian ke

tingkatan 4.

Falsafah : Usaha Tangga Kejayaan.

Bidang :Kerjaya

Tajuk :Hala Tuju Selepas PMR

Objektif: Murid dapat:

1. Mengetahui tentang aliran pengajian di Menengah Atas.

2. Merancang pemilihan aliran pengajian di Menengah Atas

3. Mengetahui status sekolah-sekolah tertentu (SBP, Teknik,

MRSM dan lain-lain)

Masa : Ceramah

Sasaran:Murid Tingkatan 3

Bahan:1. Alat Multimedia

2. Edaran Bahan Pemilihan Aliran Sekolah

3. Lampiran 3B

Langkah-langkah

1. Set Induksi :

Guru Kaunseling menerangkan kepentingan memilih

sesuatu aliran. Contoh : Aliran Sains. Guru juga

menerangkan kepentingan aliran tersebut.

2. Guru Kaunseling mengedarkan bahan edaran pemilihan

pakej aliran selepas PMR.

3. Guru Kaunseling menyampaikan ceramah bertajuk Hala

Tuju Selepas PMR.

4. Memberi peluang kepada murid untuk bertanyakan soalan

(sesi soal jawab).

5. Guru Kaunseling membuat pengukuhan dan rumusan tentang tajuk yang dibincangkan).

Penilaian:Murid menyatakan sekolah pilihan mereka berdasarkan aliran-

aliran tertentu ( Lampiran 3B)

Rumusan:Pemilihan mata pelajaran dan aliran pengajian selepas PMR akan menentukan masa depan murid.

Falsafah:1. Untuk mendapat kejayaan perlulah berusaha daripada sekarang.

2. Kejayaan tidak datang secara mudah

3. Setiap yang berusaha akan memperoleh kejayaan.

4. Kita harus mengetahui hala tuju dan bagaimana untuk

mencapainya.

Lampiran 3B

HALA TUJU SELEPAS PMR

PMRSekolah Harian Biasa

Sekolah Menengah Agama

Sekolah Menengah Teknik (Vokasional)

Sekolah Menengah Teknik

Sekolah Menengah Berasrama Penuh (SBP)

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

ALIRAN PILIHAN SAYA

PENCAPAIAN PMR SAYA.... (TARGET)

MATA PELAJARANPENCAPAIAN (GRED)

SAYA AKAN MENYAMBUNG mata pelajaran MENENGAH ATAS DI SEKOLAH..

NAMA

TINGKATAN

TANDA TANGAN

Bidang:Kerjaya

Tajuk :Mengenali Potensi Diri

Objektif: Murid dapat:

1. Mengenali diri dan potensi diri

2. Perlunya membaiki kelemahan dan mempertingkatkan membina kekuatan diri

Masa : 40 minit

Sasaran: Murid tingkatan 3

Bahan: Lampiran 3C

Langkah-langkah

1. Set induksi

Guru Kaunseling berbincang dengan murid tentang

perbezaan bakat, kemahiran, pengalaman dan pencapaian

2. Guru Kaunseling mengedarkan lampiran 3C dan

memberi arahan kepada murid supaya menyenaraikan

kemahiran, bakat, minat, pengalaman dan pencapaian diri

murid.

5. Murid menjelaskan isi yang telah dicatatkan di dalam lampiran.

6. Murid seterusnya mengisi sasaran dan matlamat akademik

dalam lampiran.

7. Guru Kaunseling memberi peneguhan positif dan membuat

Rumusan

Penilaian:1. Pemerhatian aktiviti yang dijalankan

2. Kemahiran mengenal pasti potensi, bakat, merekod dan

kemahiran komunikasi

Rumusan:1. Setiap manusia mempunyai bakat dan potensi diri yang boleh dioptimakan untuk mencipta kecemerlangan dalam sesuatu bidang

Falsafah:1. Manusia itu unik dan mempunyai potensi diri yang pelbagai

2. Sesuatu kemahiran boleh dipupuk melalui ilmu dan latihan yang betul secara berterusan

Lampiran 3C

Contoh Borang Analisis Diri

Nama :

Tingkatan :

1. Kemahiran

(apa yang dipelajari)

2. Bakat (anugerah semulajadi)

3. Minat (hobi)

4. Pengalaman

5. Pencapaian

Bidang:Kerjaya

Tajuk :Hala tuju dan perancangan kerjaya

Objektif:Murid dapat:

1. Memahami kandungan buku teks

2. Mengetahui aliran pengajian di Menengah Atas

3. Mengenali diri dan potensi serta menggalakkan murid

meneroka alam kerjaya

Masa : 40 minit

Sasaran: Murid Tingkatan 3

Bahan: Buku teks, Lampiran 3D, Kertas sebak/Papan Tulis, Majalah/

Surat Khabar.

Langkah-Langkah

1. Set induksi

Guru Kaunseling memberi penerangan kepada murid

Berhubung tajuk yang akan dibincangkan.

2. Soal jawab secara lisan dengan murid

3. Mengedarkan lampiran 3D

4. Murid menjawab soalan dalam lampiran.

5. Berkongsi jawapan dengan rakan sekelas.

6. Guru Kaunseling membuat rumusan secara keseluruhan.

Penilaian:Murid dapat menyenaraikan jenis-jenis pekerjaan

Rumusan:Murid dapat memahami matlamat dan hala tuju kerjaya masing- masing dengan lebih jelas

Falsafah:1. Murid dapat mengoptimakan potensi diri dan menjuruskan diri ke alam kerjaya secara terancang

2. Menjadikan kehidupan murid lebih bermakna dengan

matlamat diri yang jelas

3. Dapat menyediakan diri untuk bersaing dalam dunia globalisasi.

Lampiran 3DPERANCANGAN DAN HALA TUJU KERJAYA

CITA-CITA SAYA ADALAH

ALIRAN YANG AKAN DI AMBIL DI TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

ALIRANSUBJEK

JURUSAN/BIDANG YANG AKAN SAYA AMBIL DI IPTA / IPTS

NAMA

TINGKATAN

Bidang :Kerjaya

Tajuk :Bidang yang diminati

Objektif : Murid dapat:

1. Mengenal pasti bidang kerjaya yang diminati

2. Menyediakan diri secara terancang ke arah

jurusan/bidang yang tepat

3. Sensitif terhadap bidang kerjaya yang diminanti

Masa : 40 minit

Sasaran: Murid Tingkatan 3

Bahan: Buku teks, Soal Selidik Bidang yang diminati

Langkah-Langkah

1. Set induksi

Guru Kaunseling memberi penerangan kepada murid

berhubung bidang kerjaya yang diminati

2. Guru Kaunseling mengedar soal selidik (sds) bidang yang

diminati

3. Guru Kaunseling memberi arahan mentadbir ujian

4. Murid menjawab soalan dalam edaran soal selidik

5. Guru Kaunseling membuat interpretasi terhadap dapatan

ujian

Guru Kaunseling membuat peneguhan positif terhadap rumusan secara keseluruhan.

Penilaian:Murid dapat menjawab soal selidik minat kerjaya (sds)

Ujian, Merekod dan Pemerhatian

Rumusan:Murid dapat mengenali minat kerjaya secara lebih dekat

Falsafah:1. Murid menyanyangi diri dan mengetahui bidang yang diminati

2. Melahirkan rasa syukur dengan anugerah bakat, potensi dan kemahiran yang dianugerahkan oleh Tuhan

3. Murid dapat menjawab soalan secara jujur dan telus

Bidang:Kerjaya

Tajuk :Maklumat Kerjaya

Objektif:Murid dapat:

1. Menghasilkan folio kerjaya yang diminati

2. Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber

4. Membina keyakinan diri melalui kemahiran komunikasi agar

dapat berhubung dengan agensi-agensi yang berkaitan

Masa : 40 minit

Sasaran: Murid Tingkatan 3

Bahan: Majalah, keratan akhbar, gambar, alat Multimedia.

Langkah-langkah

1. Set induksi

Guru Kaunseling memberi penerangan kepada murid tentang kepentingan mengetahui maklumat-maklumat sesuatu kerjaya.

2. Guru Kaunseling membimbing murid mendapatkan

maklumat kerjaya dari segi :

i. Diskripsi Tugas

ii. Kemudahan-kemudahan yang disediakan

3. Murid-murid merancang kerjaya pilihan untuk dijadikan tajuk folio.

4. Murid merancang strategi untuk mendapatkan maklumat kerjaya yang dipilih.

5. Murid menyedia dan menyiapkan folio mengenai satu kerjaya

6. Guru Kaunseling menggabungkan keseluruhan folio murid untuk dijadikan folio kerjaya kelas

7. Guru Kaunseling membuat rumusan secara keseluruhan.

Penilaian:Murid dapat menyampaikan jenis-jenis pekerjaan melalui penghasilan folio.

Rumusan:Maklumat kerjaya dapat mencetuskan rasa minat yang lebih mendalam terhadap kerjaya dan seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat kerjaya.

Falsafah:1. Murid dapat mengoptimakan potensi diri dan menjuruskan diri ke alam kerjaya secara terancang

2. Menjadikan kehidupan murid lebih bermakna dengan matlamat diri yang jelas

3. Dapat menyediakan diri untuk bersaing dalam dunia globalisasi .

Bidang :Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk :1. Perkembangan Remaja

1.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja

1.2 Cabaran Remaja

1.3 Gaya Hidup Remaja Sihat

Objektif:1. Meningkatkan kefahaman tentang perkembangan remaja

2. Menyedari cabaran seorang remaja

3. Mengamalkan gaya hidup sihat seorang remaja

Masa :80 minit (dua waktu)

Sasaran:Murid Tingkatan Tiga

Bahan:1. Folio

2. Brosur dan majalah tentang remaja

3. CD atau bahan tayang mengenai kehidupan remaja

4. Ceramah Mengenal Usia Remaja

5. Gunting

6. Gam

7. Lirik lagu Permata Biru oleh Ella

Langkah-langkah

1. Guru kaunseling memperdengarkan lagu Permata Biru kepada

pelajar.

1. Guru Kaunseling menerangkan maksud remaja kepada pelajar dan

cabaran yang perlu di hadapi oleh pelajar.

3. Guru mengumpulkan semua hasil kerja murid dan di tampal di dalam kelas

4.Murid menonton tayangan video ceramah berkaitan remaja dan

meminta murid menyatakan pengajaran secara lisan isi-isi penting

daripada tayangan tersebut.

5. Guru Kaunseling memecahkan murid kepada beberapa

kumpulan kecil

7. Setiap kumpulan diberi edaran brosur dan majalah berkaitan

keremajaan.

8. Murid diminta menyediakan folio REMAJA dengan menggunting

dan menampal bahan yang dipilih.

9. Folio yang siap dikutip dan dipamerkan di hadapan kelas.

Penilaian:1. Merekod

2. Pemerhatian

Rumusan:1. Usia remaja jika digunakan dengan sebaik mungkin akan

membantu seseorang menjadi insan mulia

2. Usia remaja merupakan proses antara kanak-kanak dan dewasa.

Falsafah:1. Zaman remaja itu indah, isikan keindahan dengan taqwa

2. Insan yang mensia-siakan usia remaja akan rugi

3. Ingatkan LIMA perkara sebelum datang LIMA perkara (Hadith)

Hidup sebelum Mati

Lapang sebelum Sibuk

Kaya(senang) sebelum Miskin (Payah)

Muda(remaja) sebelum Tua

Sihat sebelum SakitLAMPIRAN LIRIK LAGU PERMATA BIRU (ELLA)Permata biru usah biarkan dirimuDisaluti lumpur dan debu kota

Permata biru berhati-hatilah selalu

Usah kau lontarkan dirimu ke lembah hina

Engkau yang dinilaikan setinggi permata

Rela membiarkan dirimu tercela

Dengan jutaan sanjungan yang kau terima

Engkau mudah merasa bangga mengapa

Permata biru usah biarkan dirimu

Disaluti lumpur dan debu kotaPermata biru berhati-hatilah selalu

Usah kau lontarkan dirimu ke lembah hina

Seharusnya kau sedar

Dirimu sungguh berharga

Tiada dapat ditukarkan harta benda

Awasilah selalu segala tingkah dan laku

Demi kebahagiaanmu menunggumu

Usah kau terus mengkhayalkan dirimu

Dengan kata-kata pujian yang palsu

Segalanya akan serta merta pudar

Tiba waktu dan ketika sedarlahBidang: Keibubapaan

Tajuk :Komunikasi

1 Kepentingan Komunikasi.

1.1 Intrapersonel

1.2 Interpersonel

2 Tips Komunikasi Berkesan

Objektif:Murid dapat:

1 Menjelaskan dan mengamalkan kepentingan komunikasi dalam hubungan harian.

2 Menyatakan tips komunikasi berkesan.

Masa :1 jam

Sasaran:Murid Tingkatan 3

Bahan:Alat Multimedia, Ujian Psikologi

Langkah-langkah

1 Set Induksi.

Guru Kaunseling menunjukkan aksi komunikasi:-

i. Bercakap dengan diri sendiri

ii.Berinteraksi dengan murid

2 Guru Kaunseling memperkenalkan tajuk.

3 Guru Kaunseling memilih murid secara rawak untuk menjelaskan kepentingan komunikasi intrapersonel dan interpersonel.

4 Guru Kaunseling meminta murid duduk dalam kumpulan dan membincangkan tentang tips komunikasi berkesan.

4 Guru Kaunseling meminta ketua kumpulan membentangkan hasil kumpulan.

6 Guru Kaunseling dan murid membuat rumusan.

Penilaian: Murid mengetahui hubungan komunikasi yang berkesan dan positif.

Rumusan:Membolehkan murid dapat membezakan komunikasi intrapersonel dan interpersonel serta menyatakan tips komunikasi berkesan

Falsafah:1 Komunikasi yang baik akan mengujudkan suasana yang baik

2 Berhemah tinggi, bertanggungjawab, berkeyakinan, bijaksana.

LAMPIRAN KOMUNIKASI

Definisi

`.satu proses perpindahan maklumat ,perasaan , idea dan fikiran seseorang individu kepada individu /sekumpulan individu yang lain .

Kategori komunikasi

1. INTERPERSONAL

Proses komunikasi antara individu ( lebih dari seorang individu )

2. INTRAPERSONAL

Kontemplasi ,intuitif , pemikiran ( taakulan ) meditasi ( bercakap dengan diri sendiri )

KAEDAH KOMUNIKASI BERKESAN

Maklumat yang di sampaikan perlu jelas dan tepat . Menggunakan bahasa yang mudah di fahami dan terang maksudnya . Menggunakan alat bantu sekiranya perlu. Memastikan maklumat di sampaikan sesuai pada keadaan dan waktu. Memastikan kedua-dua pihak bersedia untuk memberi dan menerima maklumat.KOMUNIKASI

Komunikasi berkesan

Ia berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:

1) Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima2) Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima3) Peubahan yang berlaku(sekiranya di kehendaki) akibat dari mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki oleh penghantar

Definisi IntrapersonalFaktor dalaman remaja seperti faktor biologi(puberty), tahap transisi remaja daripada kanak-kanak ke alam dewasa.Definisi Interpersonal

Mengikut Adler, Rosenfeld dan Towne (1992:243) perhubungan interpersonal didefinisikan sebagai, cara manusia berhubung antara satu sama lain secara sosial. Kita mengukur kualiti perhubungan interpersonal melalui tahap kepuasan sosial kita dan ini berhubungkait dengan keperlua manusia itu sendiri.

Bagi mendapatkan kepuasan memenuhi keperluan sosial, remaja perlulah mencapai aspek iaitu (intimasi), afiniti, hormat dan kawalan.

Bidang:Keibubapaan

Tajuk :Perkembangan individu Menengah Rendah

Objektif:Murid dapat :

i. Meningkatkan pencapaian peperiksaan PMR.

ii. Mengenalpasti jenis pemakanan untuk meningkatkan

kecergasan minda.

Iii Menguruskan masa dengan berkesan semasa di rumah

selaras dengan matlamat dalam peperiksaan PMR.

Masa :1 jam

Sasaran:Murid Tingkatan 3

Bahan :Alat Multimedia

Langkah-langkah

1 Set induksi

Guru Kaunseling bertanya apa perasaan anda jika mendapat keputusan cemerlang dalam PMR.

2 Guru Kaunseling menerangkan ciri-ciri pelajar cemerlang

3 Guru Kaunseling bertanya jenis makanan yang dimakan di rumah dan di asrama. Murid menyenaraikannya.

4 Guru Kaunseling menerangkan pengurusan masa yang berkesan.

Penilaian:Murid melengkapkan borang pengurusan masa yang disediakan

oleh Guru Kaunseling.

Rumusan:Guru Kaunseling merumus borang pengurusan masa yang telah

diisi oleh murid.

Falsafah:1 Otak yang cergas datang dari badan yang sihat.

2 Tekun, sabar, bertanggungjawab.

LAMPIRANPERKEMBANGAN INDIVIDU (MENENGAH RENDAH)

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

1. Taat kepada Allah

2. Bermotivasi tinggi dan sentiasa menjalankan kegiatan dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan

3. Mempunyai cita-cita, visi dan misi yang jelas

4. Mahir dengan strategi dan teknik pembelajaran berkesan dan sentiasa tekun belajar

5. Mahir dengan strategi dan teknik menghadapi peperiksaan

6. Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka

7. Menghormati dan menyayangi guru dan tidak malu bertanya dan berinteraksi dengan semua guru

8. Suka dan minat pada setiap mata pelajaran yang di pelajari

9. Berkawan dengan pelajar yang bersikap positif dan komited pada pelajaran

10. Bersedia membantu rakan yang memerlukan bantuan atau pertolongan

11. Memiliki imej kendiri yang positif

12. Memberi ganjaran dan pengiktirafan pada diri sendiri

13. Menjalankan kegiatan riadah bagi menjaga kesihatan badan dan kesejahteraan mental

14. Mengamalkan kaedah pemakanan yang seimbang dan sihat serta mengelakkan bahan-bahan makanan atau sebarang anasir yang dapat melemahkan daya pemikiran dan ingatan

15. Sentiasa bersyukur dan bertawakkal kepada Allah.

PEMAKANAN YANG MENINGKATKAN KECERGASAN MINDA

1. Madu (2 sudu teh pada waktu pagi dan malam)

2. Kismis (Jangan dikunyah sebaliknya di kemam)

3. Susu Segar (sekurang-kurangnya 1 gelas sebelah pagi atau malam)

4. Telur (terutama telur kuning)

5. Halia (dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi) mujarab untuk kelupaan

6. Limau oren

7. Buah delima

8. Daging burung merpati

9. Daging ayam betina dara

10. Daging biri-biri

11. Kekacang

12. Zafaran(sejenis bahan berambu merah) di makan sedikit sahaja

13. Bunga kobis14. Bunga cengkih

15. Labu

16. Minyak sapi

17. sayuran dan buah segar

MAKANAN YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. Minuman berkarbonat

2. Buah-buahan masam seperti epal hijau, mangga muda

3. Jeruk

4. Makanan ringan

5. Makanan yang telah dicemari semutPANDUAN MERANCANG JADUAL WAKTUMembahagikan masa berdasarkan aktiviti

1. Semua aktiviti anda dapat dibahagikan kepada 3 jenis utama iaitu belajar, menguruskan diri dan tidur. Anda mempunyai 24 jam dalam sehari semalam dan masa itu dapat dibahagikan kepada:

Belajar

= 8 jam

Menguruskan diri

= 8 jam

Tidur

= 8 jam

Jumlah

= 24 jam

Waktu Belajar

1. Paling minimum adalah 8 jam. Jumlah waktu belajar peling sesuai adalah antara 8 11 jam sehari. Waktu belajar termasuklah waktu belajar di sekolah sebanyak 7 jam (7.30 2.30 petang). Masa selebihnya digunakan untuk belajar di rumah ataupun asrama.

2. Waktu belajar paling berkesan adalah pada waktu pagi (waktu perdana). Oleh itu, waktu perdana adalah waktu pembelajaran di sekolah (Isnin Jumaat). Waktu-waktu lain adalah antara pukul 4.00 5.00 petang dan 8.00 10.00 malam adalah waktu belajar secara bersendirian ataupun berkumpulan.

3. Waktu belajar di rumah ataupun asrama jangan disusun terlalu padat. Sebaik-baiknya gunakan satu jam atau kurang bagi setiap sesi aktiviti menelaah kecuali aktiviti membaca ataupun mencatat nota.

4. Selepas setiap sesi belajar, beri ganjaran ada diri sendiri seperti berehat, bersiar-siar mengambil udara bersih, melakukan senaman ringan (5 -10 minit) ataupun melakukan apa-apa sahaja aktiviti yang tidak membebankan minda anda sebelum memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran yang baru. Pelajar dinasihatkan meninggalkan meja belajar sepanjang waktu rehat atau senggang yang singkat itu.

5. Apabila waktu belajar bersendirian pada sebelah petang digunakan bagi aktiviti ko-kurikulum, maka waktu yang diambil perlu digantikan pada hari Sabtu, Ahad ataupun cuti umum.

6. Elakkan belajar sehingga larut malam kerana perbuatan begitu dapat mengganggu waktu tidur anda. Apabila tidur tidak mencukupi, kesihatan terganggu, badan dan minda menjadi letih, konsentrasi menurun dan menyebabkan anda mengantuk walaupun anda belajar pada waktu perdana. Apabila mengantuk, proses pembelajaran anda masuk angin keluar asap.

PANDUAN MERANGKA JADUAL WAKTU BELAJAR BERSENDIRIAN

ATAUPUN ASRAMA

HARIPAGIPETANGMALAM

ISNINPembelajaran di sekolah Kerja Rumah

Semak Nota

Persiapan Pelajaran esok

Buat Latihan

Ulangkaji

persiapan pelajaran esok

SELASA Kerja Rumah

Semak Nota

Persiapan Pelajaran esok

Buat Latihan

Ulangkaji

persiapan pelajaran esok

RAB U Kerja Rumah

Semak Nota

Persiapan Pelajaran esok

Buat Latihan

Ulangkaji

Persiapan pelajaran esok

KHAMIS Kerja Rumah

Semak Nota

Persiapan Pelajaran esok

Buat Latihan

Ulangkaji

Persiapan pelajaran esok

JUMAAT Kerja Rumah

Semak Nota

Persiapan Pelajaran esok

Buat Latihan

Ulangkaji

Persiapan pelajaran esok

SABTU Ulangkaji pelajaran tahun lepas

Latihan Mengingat

Latihan Menjawab Soalan

AHAD Ulangkaji pelajaran tahun lepas

Latihan Mengingat

Latihan Menjawab Soalan

BORANG PENGURUSAN MASA

Bidang:Keibubapaan

Tajuk :Kepimpinan

Peranan dan Tanggungjawab

Objektif:Memahami dan mengklasifikasikan peranan dan tanggungjawab

dalam kekeluargaan.

Masa :1 jam

Sasaran:Murid Tingkatan 3

Bahan:Kertas sebak, pen marker, kaset

Langkah-langkah

1 Set Induksi- Murid bernyanyi/bernasyid/bersajak yang

bertemakan Keluarga Bahagia/ Sayangi dan Bahagia

2 Murid diagihkan mengikut kumpulan.

3 Murid berbincang mengenai tajuk:

i. Peranan dan tanggungjawab remaja dalam keluarga

ii. Peranan dan tanggungjawab sebagai anak mengikut

umur dan kematangan/urutan adik beradik.

iii.Peranan dan tanggungjawab sebagai penyumbang idea.

4 Murid membentangkan hasil perbincangan secara

kumpulan.

5 Murid lain menyoal dan mencatat isi penting semasa pembentangan dijalankan.

6 Guru Kaunseling merumuskan hasil pembentangan .

Penilaian :Hasil pembentangan

Rumusan :Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya rujukan

awal dibuat

Falsafah : 1 Remaja mempunyai peranan dan tanggungjawab penting

dalam keluarga.

2 Bertanggungjawab,berkeyakinan, bekerjasama.

KELUARGA BAHAGIA (NYANYIAN OLEH SAUJANA)

Sedamai taman firdausi

Limpahan kasih sayang sejati

Seharum semerbak kasturi

Mengharumi hidup insani

Indah damainya

Keluarga yang bahagia

Itulah idaman impian setiap insan

Yang dahagakan belaian

Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia

Bersama keluarga

Namun kita masih meniti

Titik rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya

Mungkinkah kita seringkali melupakanNya

Ayuhlah bina semula

Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan

Dan luahan hatiku yang dahaga kasih

Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu

Marilah kita bina bersama-sama

Keluarga bahagiaAyah ibu

Luangkanlah sedikit masa bersamaku

Ku rindukan kemesraan

Dan belaianmuidang:Keibubapaan

Tajuk :Perkembangan Remaja

(Remaja dan masalah keretakan hubungan kekeluargaan)

Objektif:1 Murid memahami punca-punca keretakan hubungan

Kekeluargaan

2 Murid dapat memahami situasi rakan-rakan yang terlibat.

Masa :1 jam

Sasaran:Murid Tingkatan 3

Bahan:Alat tulis

Langkah-langkah

1 Murid dibahagikan kepada 5 orang sekumpulan.

2 Guru kaunseling menayangkan klip video berkaitan.

Guru Kaunseling mengedarkan soalan untuk perbincangan.

Guru bebas memberikan tajuk untuk perbincangan kumpulan

berkaitan dengan kekeluargaan.

3 Perbincangan dalam kumpulan.

4 Murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan.

5 Guru Kaunseling membuat rumusan

Penilaian :Pemerhatian dan penilaian hasil pembentangan murid.

Rumusan :Penyelesaian masalah hubungan dengan keluarga akan menjamin kebahagian keluarga.

Falsafah :Semua orang perlu menjalani kehidupan seperti biasa walaupun persekitaran tidak menggembirakan.

LAMPIRANPERKEMBANGAN REMAJA

Contoh soalan perbincangan:

1) Apakah punca masalah keretakan hubungan kekeluargaan

2) Apakah kesan keretakan hubungan kekeluargaan kepada anak-anak

3) Apakah langkah-langkah untuk mewujudkan keluarga yang bahagia

4) Apakah peranan rakan sebaya untuk membantu rakan-rakan yang menghadapi

masalah kekeluargaan

5) Apakah faktor-faktor yang membawa kebahagiaan di dalam institusi kekeluargaan.

6) Apakah tanggungjawab anda sebagai anak?

Bidang:Keibubapaan

Tajuk :Isu-isu keibubapaan :

Kerukunan dan kesejahteraan keluarga.

(Perayaan Hari Keluarga).

Objektif: Murid dapat:

1 Memberi penghargaan terhadap ahli keluarga seperti Hari

Ibu, Hari Bapa & Hari Lahir .

2 Menyatakan pentingnya kesejahteraan dan kerukunan keluarga melalu kandungan ucapan dalam kad ucapan.

Masa :1 jam

Sasaran:Murid Tingkatan 3

Bahan:Kertas lukisan, pensil, warna lilin, gunting dan beberapa keping

contoh kad ucapan

Langkah-langkah

1 Set Induksi

Guru Kaunseling bertanyakan bagaimana kita memberikan

penghargaan pada orang lain. Paling asasnya ialah mengucapkan perkataan terima kasih.

2 Penghargaan juga boleh dinyatakan melalui ucapan dengan

menyatakannya dalam bentuk visual contohnya melalui

kad ucapan .

3 Kandungan ucapan tersebut perlulah menyatakan rasa terima kasih atas pengorbanan yang telah dilakukan oleh

orang tua atau ahli keluarga kita. .

4 Elemen artistik juga boleh dimasukkan dalam persembahan mereka seperti guntingan, tampalan, lipatan dan sebagainya.

5 Murid diberi masa 30 minit untuk membuat Kad Ucapan

yang ditujukan kepada ahli keluarga mereka. Murid

memperlihatkan kad ucapan yang dihasilkan.

6 Murid diminta membacakan kandungan ucapan meraka.

7 Di akhir sesi murid menyatakan penghargaan meraka melalui kad yang telah mereka bina.

Penilaian :Murid menyatakan pentingnya penghargaan dalam keluarga

melalui Kad Ucapan.

Murid boleh menghasilkan kad ucapan karya mereka sendiri.

Rumusan :Homat menghormati amat perlu dalam keluarga dan orang persekitaran kita, bagi memupuk keharmonian dalam rumah tangga dan masyarakat.

Falsafah : Rumahku Syurgaku.

Bidang: Pembangunan Diri

Tajuk

: Nilai Diri dan Keluarga Salasilah Keluarga

Objektif: Murid dapat:

1 Mengenali salasilah keturunan kedua ibu bapa.

2 Menghargai tanggungjawab ibu bapa dan ahli keluarga.

3 Menyedari tanggungjawab diri terhadap keluarga

Masa

: 40 minit

Sasaran: Murid tingkatan tiga

Bahan: Bahan edaran, Lampiran 3E

Langkah-Langkah

1 Set induksi:

Guru Kaunseling menceritakan mengenai hal ehwal keluarga

sendiri. Guru Kaunseling bertanya murid mengenai keluarga mereka. Guru Kaunseling menegaskan ada orang yang

mempunyai keluarga dan ada orang yang tidak mempunyai keluarga. Guru Kaunseling menekankan konsep syukur dan kasih sayang. Guru kaunseling menayangkan klip video

Makan Besar di Tahun Baru Cina

2 Guru Kaunseling meminta beberapa orang murid bercerita mengenai nama-nama ahli keluarga bermula dari datuk dan nenek.

3 Guru Kaunseling meminta murid menulis nama ahli keluarga

mereka mengikut salasilah keluarga berpandukan kertas edaran.

4 Murid membina pokok salasilah keluarga mengikut sebelah bapa dan sebelah ibu.

5 Guru memilih beberapa contoh dan paparkan di papan putih.

6 Guru bersoaljawab mengenai hubungan kekeluargaan di dalam keluarga. .

7 Murid menulis sepucuk surat kepada ibu mereka sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan dan kasih sayang yang telah mereka berikan.

Penilaian:Murid dapat menyenaraikan dan membina salasilah

Keluarga

Rumusan: Pengetahuan mengenai keturunan dan kekeluargaan amat

penting dalam pembentukan masyarakat.

Falsafah : Keluarga bahagia asas pembentukan masyarakat hormoni

Keluarga cemerlang, masyarakat gemilang, negara terbilang.

Lampiran 3E.

1. Nama datuk sebelah bapa

:_______________________________

2. Nama nenek sebelah bapa

:_______________________________

3. Nama bapa sebelah ibu

:_______________________________

4. Nama nenek sebelah ibu

:_______________________________

5. Nama Bapa

:_______________________________

6. Nama Ibu

:_______________________________

7. Nama bapa saudara sebelah bapa:______________________________

8. Nama ibu saudara sebelah bapa:_______________________________

9. Nama bapa saudara sebelah ibu:_______________________________

10. Nama ibu saudara sebelah ibu:_______________________________

Contoh Pokok Keluarga: Datuk Nenek Datuk Nenek

Bapa Ibu

Adik beradik

anak saudara anak saudara

Bidang: Pembangunan Diri Murid

Tajuk

: Nilai Diri dan Keluarga

-Biodata Keluarga Saya

Objektif: Murid dapat :

1 Menyenaraikan biodata ahli keluarga

2 Menghormati dan menghargai ahli keluarga.

3 Merekacipta dan membina kad ucap selamat.

Masa

: 40 minit

Sasaran: Murid tingkatan tiga

Bahan: Lampiran 3F

Langkah-langkah

1 Set induksi: Guru Kaunseling bercerita mengenai kegemaran, hobi dan minat ahli keluarga

2 Murid menyenaraikan semua nama ahli keluarga yang tinggal bersama

3 Dengan menggunakan bahan edaran, murid mengisi tempat

kosong mengikut kriteria.

4 Guru Kaunseling berbincang dengan murid, apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila mengetahui maklumat atau

biodata mengenai ahli keluarga.

contohnya:Menyediakan hadiah hari jadi.

5 Aktiviti tambahan: Setelah murid selesai mengisi maklumat ahli keluarga, Guru Kaunseling bolehlah meminta murid melukis atau merekacipta kad ucap Selamat Hari Jadi.

Penilaian : Menyenaraikan matlamat berdasarkan jadual biodata keluarga.

Rumusan : Saling menghargai dan hormat menghormati sesama ahli keluarga.

Falsafah : Rasa hormat dan penghargaan akan lebih bermakna apabila

mengenali seseorang dengan lebih dekat.

Lampiran 3FAhliNamaTarikh

LahirHobiMakanan

KegemaranMinuman

KegemaranWarna

Datuk

Nenek

Ayah

Emak

Abang

Abang

Abang

Kakak

Kakak

Adik

*Kriteria tambahan:Pekerjaan, kenderaan, panggilan ringkas dll.

Bidang:Pembangunan Diri Murid

Tajuk

:Nilai Diri dan Keluarga

- Tegas Diri

Objektif:1. Menyenarai hak peribadi masing-masing

2. Meneliti hak asertif mereka

3. Dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi

Masa

:40 minit

Sasaran:Murid Tingkatan Tiga

Bahan:Kertas Latihan Diskriminasi Asertif (Lampiran 3G)

Langkah-Langkah

1 Set Induksi:Guru mencetuskan satu kes perbicaraan di

mahkamah yang berkaitan dengan hak-hak peribadi

contohnya kes perceraian.

2 Guru Kaunseling menerangkan kepada murid bahawa hak adalah kebebasan bagi seseorang untuk berbuat atau memiliki sesuatu. Tiap-tiap seseorang harus sedar akan wujudnya hak peribadi dan mereka harus menggunakannya.

3 Guru Kaunseling meminta murid menyenaraikan hak yang mereka perlu mereka dapati. Contohnya hak mendapatkan pendidikan, kasih sayang, keselamatan, kesihatan dan sebagainya.

4 Murid menuliskan hak-hak tersebut di papan tulis.

5 Guru Kaunseling mengedarkan lampiran 3G. Berikut ini ialah contoh hak peribadi:

i. Untuk mendapat pertolongan dan sokongan emosi

ii. Mengalami dan melahir rasa kesakitan.

iii. Bersendirian

iii. Menolak nasihat orang lain

iv. Didengar dan dianggap serius

v. Mendapat sesuatu yang setimpal dengan bayaran

vi. Mendapat ilmu dan maklumat

vii. Menentukan keutamaan peribadi

viii. Mengatakan saya tidak tahu.

ix. Membantah terhadap layanan dan teguran tidak adil.

x. Menghakim perasaan sendiri

xi. Tidak mahu bertanggungjawab terhadap masalah

orang lain.

Penilaian: Murid menjawab soalan bertulis dalam lampiran 3G.

Rumusan: Setiap murid mempunyai hak peribadi masing-masing

Falsafah : Mempertahankan hak peribadi yang berkaitan dengan

agama, moral, maruah, harta dan tanah air adalah menjadi

kewajiban setiap insan.

LAMPIRANDefinisi

Submisif/Permisif : Menghormati hak orang lain

Mengabaikan hak sendiri

Agresif : Menghormati hak sendiri

Mengabaikan hak orang lain

Asertif : Menghormati hak sendiri

Menghormati hak orang lainLampiran 3GLATIHAN DISKRIMINASI ASERTIF

Dibawah ini terdapat senarai situasi dan respon. Ditepi respon tandakan AS jika anda fikir responnya ASERTIF, S jika anda fikir ianya SUBMISIF dan AG jika anda fikir ianya AGRESIF

SITUASIRESPON

1. Seorang murid lain minta pinjam

kertas tulis dari anda

Awak selalu suka menipu.

2. Kawan anda menyampuk anda

bercakap.

Minta maaf, saya hendak bercakap lagi

3. Seorang ahli keluarga anda suruh

anda buat kerja rumah semasa anda

membuat kerja sekolah.

Ya, Ok, saya sedang membuat kerja sekolah sekarang..

4. Anda sedang menunggu layanan di

kaunter bila seorang melintas dan

pergi depan anda dan menerima

layanan lepas.

Anda terdiam, Cuma menarik nafas panjang.

5. Seorang ahli pasukan bola sepak /

bola jarring anda menuduh anda

tidak bermain bersungguh-sungguh

dalam pertandingan yang lepas.

Saya fakir ini bukanlah teguran yng sihat, saya fakir saya telah bermain dengan baik..

6. Seorang kawan meminta nasihat

atas masalah peribadinya.

Bagaimana saya tahu apa yang awak buat / itu adalah masalah anda....

7. Anda terlibat dalam lumba haram.

Seorang rakan telah menasihati

anda

Saya marah kerana dia mengambil tahu hal saya...........

8. Saya mendapat berita kematian

orang tersayang

Saya menangis hingga teresak-esak..............

9. Bapa saya telah memarahi saya

kerana bercinta dengan rakan di

sekolah

Saya fikir bapa saya keterlaluan kerana menghalang cinta saya..............

10. Seorang kawan telah bertanya

sesuatu semasa anda sedang

mendengar guru mengajarSaya berhenti mendengar guru mengajar untuk melayan pertanyaan rakan...............

Bidang:Pendidikan pencegahan

Tajuk :Konsep kendiri / penghargaan kendiri

Pembentukan jati diri remaja

Objektif:1 Membina ketahanan diri supaya murid menjauhi dan membenci dadah

2 Supaya murid mempunyai asertif kendiri yang bersepadu.

Masa :40 minit

Sasaran:Semua murid tingkatan 3

Bahan:1 Gambar gambar

2 Buku panduan

3 VCD berkaitan penyalahgunaan dadah atau perlakuan

negatif

4 Kertas edaran isu berkaitan remaja seperti remaja terlibat

dengan dadah, pil khayal

Langkah-langkah

1 Set induksi

Guru Kaunseling mendapatkan maklumbalas berdasarkan tajuk yang dipilih

2 Guru Kaunseling mendapatkan pandangan murid tentang imej jati diri remaja yang unggul

5 Murid mencadangkan bagaimana membina jati diri yang

cemerlang.

Penilaian: 1 Soal jawab

2 Pemerhatian

Rumusan: Murid digalakkan supaya mengenali diri mereka melalui perkongsian maklumat bersama rakan. Membina peribadi yang kental melalui rakan sebaya adalah penting.

Falsafah:Setiap murid mesti dipupuk daya tahan yang kental dalam diri supaya tabah dan dapat menangkis pengaruh salah guna dadah.

KERISKERETASELADANG

KANG KONGMOTOSIKALVAN

ZIRAFAHLANGSATPISAU

TEMBIKAIKAILANKAPAK

KAPAL TERBANGTERUNGBASIKAL

TOMBAKORENEPAL

BENDA-BENDA DI SEKELILING KITA

SAYURAN

BENDA-BENDA DI SEKELILING KITA

SAYURAN

1.

2.

3.

1.

2.

3.

1.

2.

3.

1.

2.

3.

1.

2.

3.

PAGE 35