tindakan awal sebelum pelaksanaan ujian

2
TINDAKAN AWAL SEBELUM PELAKSANAAN UJIAN Pada 2 Julai 2014, pelajar PISMP PJ Jan 2012 telah mengadakan satu mesyuarat kali pertama dan bertempat di bilik kuliah PISMP PJ. Ini adalah bertujuan untuk melantik dan membentuk ahli jawatankuasa pelaksana pengelolaan Program Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Jasmani dan Sukan. Sebelum pelantikan tersebut, penyelaras program Encik Dzul Fikar Awang Anak telah memberikan ucapan dan taklimat ringkas berkaitan dengan pemilihan dan pelaksanaan program. Di samping itu, enam buah kumpulan harus dibahagikan untuk mengurus bateri ujian yang akan dilaksanakan. Dalam mesyuarat tersebut juga, Encik Dzul Fikar selaku penyelaras telah memaklumkan kepada kami semua apa keperluan dan kehendak pelaksanaan program Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Jasmani dan Sukan. Pelaksanaan program ini diadakan adalah kerana mengikuti dan melengkapkan Pro-Forma Kursus Program Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJM 3142 ) serta tugasan projek yang terdapat dalam kerja kursus pada semester ini. Pembentukan ahli jawatankuasa boleh dirujuk dalam kertas kerja (Lampiran 1). Setiap peserta kursus ini, iaitu PISMP Pendidikan Jasmani telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa. Mesyuarat ditangguhkan dan keputusan telah dilakukan, iaitu program ini dipengerusikan oleh Timothy Nyanggau Anak Tedong dan dibantu oleh Ag Ku Mohd Fariezz. Manakala setiausaha adalah Bilinica Laapan dibantu oleh Jessica Bojit. Pelantikan ini dibuat secara demokrasi bagi mendapatkan ahli jawatankuasa tertinggi. Beberapa AJK Pelaksana juga turut dilantik menjadi ketua setiap AJK. Setiap ahli jawatankuasa ini mempunyai ketua mereka tersendiri. Pangkat dalam sesuatu jawatankuasa ialah pengerusi, dimana pengerusi akan bertindak sebagai ketua, selain daripada mempengerusikan mesyuarat, membuat keputusan, dan merancang aktiviti. Selepas merancang program ini, maka tindakan selanjutnya ialah mengadakan mesyuarat. Mengadakan mesyuarat adalah sangat penting. Begitu juga menghadiri mesyuarat yang diadakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan sesuatu perkara, menyelesaikan masalah yang timbul, juga membuat perbincangan untuk sesuatu agenda atau perkara.

Upload: hazell-erdawaty

Post on 21-Jul-2015

57 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tindakan awal sebelum pelaksanaan ujian

TINDAKAN AWAL SEBELUM PELAKSANAAN UJIAN

Pada 2 Julai 2014, pelajar PISMP PJ Jan 2012 telah mengadakan satu mesyuarat

kali pertama dan bertempat di bilik kuliah PISMP PJ. Ini adalah bertujuan untuk melantik

dan membentuk ahli jawatankuasa pelaksana pengelolaan Program Pengukuran dan

Penilaian Pendidikan Jasmani dan Sukan. Sebelum pelantikan tersebut, penyelaras

program Encik Dzul Fikar Awang Anak telah memberikan ucapan dan taklimat ringkas

berkaitan dengan pemilihan dan pelaksanaan program. Di samping itu, enam buah

kumpulan harus dibahagikan untuk mengurus bateri ujian yang akan dilaksanakan.

Dalam mesyuarat tersebut juga, Encik Dzul Fikar selaku penyelaras telah

memaklumkan kepada kami semua apa keperluan dan kehendak pelaksanaan program

Pengukuran dan Penilaian Pendidikan Jasmani dan Sukan.

Pelaksanaan program ini diadakan adalah kerana mengikuti dan melengkapkan

Pro-Forma Kursus Program Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani dan

Sukan (PJM 3142 ) serta tugasan projek yang terdapat dalam kerja kursus pada

semester ini. Pembentukan ahli jawatankuasa boleh dirujuk dalam kertas kerja

(Lampiran 1). Setiap peserta kursus ini, iaitu PISMP Pendidikan Jasmani telah dilantik

menjadi ahli jawatankuasa.

Mesyuarat ditangguhkan dan keputusan telah dilakukan, iaitu program ini

dipengerusikan oleh Timothy Nyanggau Anak Tedong dan dibantu oleh Ag Ku Mohd

Fariezz. Manakala setiausaha adalah Bilinica Laapan dibantu oleh Jessica Bojit.

Pelantikan ini dibuat secara demokrasi bagi mendapatkan ahli jawatankuasa tertinggi.

Beberapa AJK Pelaksana juga turut dilantik menjadi ketua setiap AJK.

Setiap ahli jawatankuasa ini mempunyai ketua mereka tersendiri. Pangkat dalam

sesuatu jawatankuasa ialah pengerusi, dimana pengerusi akan bertindak sebagai ketua,

selain daripada mempengerusikan mesyuarat, membuat keputusan, dan merancang

aktiviti. Selepas merancang program ini, maka tindakan selanjutnya ialah mengadakan

mesyuarat. Mengadakan mesyuarat adalah sangat penting. Begitu juga menghadiri

mesyuarat yang diadakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan sesuatu perkara,

menyelesaikan masalah yang timbul, juga membuat perbincangan untuk sesuatu

agenda atau perkara.

Page 2: Tindakan awal sebelum pelaksanaan ujian

Selain itu, perkara utama yang perlu diambil sebelum melaksanakan sesuatu

ujian adalah menyediakan pelan tindakan dalam setiap perancangan yang dilakukan.

Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan segala yang dirancang berjalan dengan

efektif dan efisien. Pelan tindakan juga penting dalam melaksanakan apa yang perlu

sebelum, semasa dan selepas sesuatu ujian itu. Di samping itu, dokumen yang penting

juga adalah dengan menyediakan kelulusan surat menyurat sebelum melaksanakan

ujian. Hal ini bertujuan untuk mendapat kelulusan daripada pihak tertentu serta

memaklumkan butiran berkaitan dengan ujian yang akan dilaksanakan.

Butiran subjek atau maklumat yang terperinci perlu dilakukan sebelum

melaksanakan ujian tersebut. Seorang pengkaji perlu menyediakan butiran mengenai

subjek yang akan digunakan dalam sesuatu uijan. Selain itu, surat kebenaran ibu, bapa

atau penjaga subjek perlu dikeluarkan untuk diberikan kepada setiap penjaga subjek. Ini

adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada penjaga subjek bahawa anak mereka

akan dijadikan subjek ujian.

Seterusnya, aspek yang perlu ditekankan sebelum melaksanakan sesuatu ujian

adalah mengadakan perbincangan dengan guru besar, penolong kanan, guru sukan

atau mana-mana guru yang berkenaan. Pengkaji juga hendaklah menghantar kertas

kerja atau cadangan berkaitan dengan ujian yang akan dilaksanakan. Hal ini bertujuan

untuk memaklumkan kepada pihak sekolah jika kawasan sekolah digunakan untuk

melaksanakan sesuatu ujian itu. Selain itu, mendapatkan kebenaran daripada guru

besar untuk memilih murid-murid yang akan dijadikan subjek ujian.

Setelah mendapat kebenaran daripada pihak ibu bapa dan pihak sekolah,

seorang pengkaji itu haruslah menyediakan manual prosedur ujian bertulis yang lengkap

untuk digunakan semasa melaksanakan ujian. Ini adalah aspek yang sangat penting

kerana manual prosedur ujian merupakan panduan pengkaji bagaimana untuk

melaksanakan sesuatu ujian supaya ujian tersebut tekal. Tuntasnya, kesemua aspek ini

perlu dilaksanakan sebelum melaksanakan sesuatu ujian.