(sebelum kerasulan hingga awal...

108
Siri Rujukan Cepat Tarbiyah Diringkas & disaring daripada Sirah Nabawiyah oleh Dr. Mustafa as-Siba’I Penyusun: EbookTarbiyah.Com SIRAH NABAWIYAH #1 (Sebelum Kerasulan hingga Awal Fasa Madinah)

Upload: hanhan

Post on 06-Feb-2018

276 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Siri Rujukan Cepat Tarbiyah

Diringkas & disaring daripadaSirah Nabawiyah oleh Dr. Mustafa as-Siba’I

Penyusun: EbookTarbiyah.Com

SIRAH NABAWIYAH

#1

(Sebelum Kerasulan hinggaAwal Fasa Madinah)

Page 2: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

AKAD PEMBELIAN

1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOKINI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHANISI KANDUNGAN EBOOK.

2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOKINI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN:

RM4.50 SAHAJA KEPADAAKAUN MAYBANK 164799081505

(AZRAAI BIN AHMAD)[email protected]

Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com

3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOKINI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA.

4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGISALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANGKEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZINBERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH.

5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI,AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKADPEMBELIAN INI.

SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT.

2Tarbiyah Made Easy!!

Page 3: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

KATA PENGANTAR

بسم اهللا الرحمن الرحيم

Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam.Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulupara Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atasahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian.

Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-Nya jua ebook “Sirah Nabawiyah: Sebelum Kerasulanhingga Awal Fasa Madinah” ini berpeluang untukdizahirkan dihadapan pembaca.

Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Pertamadaripada beberapa lagi siri ringkasan dan saringanterhadap Kitab Sirah Nabawiyah.

Kitab Sirah Nabawiyah: Durus wa ‘Ibar

Kitab Sirah tulisan Dr Mustafa as-Siba’I inimenurutnya adalah himpunan nota-notabeliau dalam beberapa siri kuliahbersama mahasiswa tahun pertamaFakulti Syariah.

Oleh demikian, ia sangat sesuai untukdijadikan bahan asas dalam membahasfiqh sirah Nabi Muhammad SAW bagiperingkat awal pentarbiyahan.

3Tarbiyah Made Easy!!

Page 4: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Kitab Sirah ini pada asalnya dirancang oleh penulisdengan 10 bahagian. Namun, beliau hanya sempatmembahaskan 6 bahagian daripadanya sahaja, keranaterlebih dahulu dijemput menghadap Ilahi.

Semoga Allah SWT mengampuni & merahmati ruh beliau.

Di antara keunikan Kitab Sirah Nabawiyah karangan DrMustafa as-Siba’I ini adalah:

1. Meringkaskan perbincangan fakta-fakta Sirah, hinggatidak meleret perbincangannya.

2. Melebihkan penekanan terhadap pelajaran (durus)dan pedoman (‘ibar) terhadap setiap peristiwa yangberlaku.

3. Mengaitkan peristiwa-peristiwa Sirah yang berlakudengan suasana moden, sehingga membuatkanpembaca terasa lebih dekat dengan realiti ketika itu.

4Tarbiyah Made Easy!!

Kenapa Ebook ini Ditulis?

Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab SirahNabawiyah yang asal. Sudah tentu membaca buku asaltidak sama dengan membaca ringkasan.

Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti disekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukantambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagairujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada.

Page 5: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Tarbiyah Made Easy!! 5

Konsep Istimewa Ebook Ini

Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini:

• Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada dikomputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Inimemudahkan proses ulangkaji dan penyampaian padabila-bila masa sahaja.

• Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkinagak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkankonsep ini agar pembaca berpuas hati dengankandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuashati, barulah anda membuat pembayaran.

• Meringkaskan Perbahasan. Membaca buku Sirah kadang-kala dianggap berat, disebabkan perbahasannya yangagak panjang. Oleh sebab itu, dalam ebook ini kamicuba sadaya upaya untuk menyaring dan meringkaskanfakta dan huraian penulis kepada bentuk-bentuk poindan gambarajah berwarna-warni.

• Objektif Khusus. Di awal setiap bahagian, diletakkanobjektif-objektif khusus (biasanya aspek kognitif) bagimembantu murabbi memberikan gambaran umumbahagian tersebut kepada mutarabbi.

• Pengajaran dan Pedoman. Buku asal meletakkan huraianpengajaran dan pedoman di akhir selepas semuaperistiwa diceritakan. Namun, kami meletakkan teruspengajaran selepas penceritaan peristiwa, semoga inidapat membantu kelancaran huraian.

Page 6: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

• Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warnauntuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil,soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dansebagainya.

Begitulah konsep yang kami gariskan dalam menghasilkanebook di tangan anda ini. Percubaan ini sudah pasti jauhdaripada kesempurnaan. Oleh itu, kami mengalu-alukansebarang kritikan dan saranan yang membina daripadapembaca.

Semoga Allah redha. Wallahua’lam.

EbookTarbiyah.ComMac 2015

6Tarbiyah Made Easy!!

Page 7: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

ISI KANDUNGAN

Akad Pembelian (#2)Kata Pengantar (#3)

Isi Kandungan (#7)

1. Pendahuluan (#8)2. Bahagian 1: Kehidupan Baginda Sebelum Diutuskan

sebagai Rasul (#27)3. Bahagian 2: Pemulaan Wahyu sehingga Hijrah ke

Habsyah (#45)3. Bahagian 3: Selepas Hijrah ke Habsyah hingga Hijrah

ke Madinah (#65)4. Bahagian 4: Hijrah hingga Nabi Stabil di Madinah (#79)

Sekian (#107)Akad Pembelian (#108)

p/s: # ialah mukasurat

7Tarbiyah Made Easy!!

Page 8: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

“KEISTIMEWAAN SIRAH NABAWIYAH & SUMBER RUJUKANNYA”

PENDAHULUAN

Objektif Khusus:

Selepas mengkaji tajuk ini, mutarabbidapat:

1. Menjelaskan keistimewaan mengkajiSirah Nabawiyah

2. Menjelaskan sumber-sumber rujukanSirah Nabawiyah

Page 9: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

1. KEISTIMEWAAN SIRAH NABI MUHAMMAD SAW

Apakah keistimewaan Sirah Nabi Muhammad SAW, sehingga penting untuk kita

mempelajari & mengkajinya?

Kita menerima riwayat hidup Nabi SAW daripadasusur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti(perbincangan lanjut selepas ini).

Kisah rasul-rasul terdahulu telah bercampur denganpemalsuan dan pindaan oleh pendeta kaum mereka.

Contohnya; kisah Nabi Musa AS dalam Taurat danNabi Isa dalam Bible tidak lagi dapat dipastikankebenarannya.

Sejarah kehidupan tokohagama lain seperti Buddha &Confucius telah pun ditokoktambah oleh pengikut merekapada setiap generasi.

Tiada disiplin ilmiah dalamperiwayatan kisah mereka.

i. Kisah Rasul Allah SWT dan tokoh pengislahan yangpaling sahih:

9Tarbiyah Made Easy!!

Page 10: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

ii. Kehidupan pada setiap peringkat kehidupan NabiMuhammad SAW terang seumpama sinaran mentari:

Diriwayatkan secara jelas setiap peringkat kehidupanbaginda;

seawal perkahwinan ibubapanya, zaman kanak-kanak & remaja, sumber pencarian sebelum kerasulan, saat kerasulan, dakwah di setiap fasa, sehinggalah kewafatan baginda.

Lebih daripada itu, kehidupan baginda yangterperinci turut diriwayatkan seperti;

keperibadian, gaya makan minum, bangun duduk, rupa paras fizikal, ibadah & muamalah akhlak pergaulan bersama sahabatnya.

Fenomena ini tidak terdapat dalam kisah rasul-rasulterdahulu.

Sebagai contoh, kita tidak tahu kisah Nabi Musa ASketika kanak-kanak, Nabi Isa AS juga begitu, malahNabi Yusuf AS juga tidak dicerita saat kewafatannya.

10Tarbiyah Made Easy!!

Page 11: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

iii. Kisah perjalanan manusia yang dimuliakan denganRisalahnya, namun tidak mengeluarkan bagindadaripada sifat-sifat kemanusiaan:

Kehidupan baginda tidak disertakan dongeng-dongeng atau ditokok tambah dengan sifatketuhanan.

Baginda menjalani kehidupan seperti manusia biasa,seperti makan dan minum, berkahwin danmempunyai anak, sakit, terluka dalam peperangandan sebagainya.

Ini berbeza dengan kisah Nabi Isa AS dan GauthamaBuddha yang telah diubah sifat kemanusiaan merekakepada sifat ketuhanan oleh pengikut-pengikutmereka.

Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW terusreleven untuk dijadikan model insan kamil kepadasetiap manusia.

GambaranGautama Buddha,

seorang tokoh perubahanyang akhirnya disembah

oleh pengikutnya.

11Tarbiyah Made Easy!!

Page 12: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Firman Allah SWT:

Á Â Ã Ä Å Æ Ç È É Ê Ë Ì Í Î

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diriRasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagiorang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allahdan (balasan baik) hari akhirat…

(Al-Ahzab 33: 21)

iv. Sirah Nabi Muhammad SAW meliputi setiap dimensikemanusiaan yang dimiliki oleh setiap insan yangingin mencontohinya:

Baginda mencontohkan teladan terbaikbagi manusia melalui dirinya sendiriperanan seorang:

pemuda, suami, bapa, pendakwah, murabbi, guru, panglima, ketua negara, politikus sahabat, jiran, ahli masyarakat dsb.

12Tarbiyah Made Easy!!

Page 13: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Kita tidak mendapati kesyumulan seperti ini dalamsirah kehidupan rasul-rasul terdahulu.

Di sebalik agungnya kehidupan para Rasul AS,namun tidak semua yang menjadi ketua negara,berperang, berkeluarga dan lain-lain.

Tokoh-tokoh seperti Buddha, Confucius, Aristotle,dan Napoleon hanya terserlah dan terkenal dalamsatu-satu bidang sahaja. Dalam aspek kehidupanyang lain, mungkin mereka gagal.

v. Memberi dalil yang tidak diragui lagi tentangkebenaran Risalah dan Kerasulan baginda kepada kita:

Rasulullah SAW memulakan dakwah berseorangan,namun setelah berjuang selama 23 tahun, hampirseluruh semenjang Arab memeluk Islam.

Baginda dibekali mukjizatAl-Quran yang sentiasamenjadi panduan dan hujahkepada baginda dalammenghadapi orang kafir.

Mukjizat baginda ini bukanlah berbentuk perkaraluar biasa yang menyalahi adat seperti mukjizat paraRasul lain, sebaliknya Al-Quran berdialog denganakal, hati dan pancaindera manusia agar mengenalikebesaran Allah SWT.

13Tarbiyah Made Easy!!

Page 14: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Manusia akhirnya beriman kepada dakwah bagindadengan penuh rasional, kesedaran, dan sukarelatanpa ada unsur paksaan.

Ini membuktikan betapa Risalah tersebut amat suci,dan datang daripada Pencipta manusia.

Baginda juga telah mendapat dokongan Ilahisepanjang perjalanan Dakwah dan peperangannya,ini menunjukkan kebenaran Risalah yang dibawa.

Tersebar luasnya Islam sehingga membentuk empayardalam masa yang singkat merupakan di antara bukti

kebenaran Risalah Nabi SAW.

14Tarbiyah Made Easy!!

Page 15: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

2. SUMBER RUJUKAN SIRAH NABI MUHAMMAD SAW

Apakah sumber-sumber rujukan asasi bagiSirah Nabi Muhammad SAW?

Hanya terdapat 4 sumber rujukan utama Sirah NabiMuhammad SAW yang diiktiraf iaitu:

Sumber-sumber rujukan asasi bagiSirah Nabawiyah yang diiktiraf

AL-QURAN AL-KARIM

SUNNAH YANG SAHIH

SYAIR ZAMAN

KERASULAN

KITAB-KITAB SIRAH

15Tarbiyah Made Easy!!

Page 16: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

i. Al-Quran Al-Karim

Al-Quran merupakan sumber asasi yang paling sahihtentang Sirah Nabi Muhammad SAW.

Al-Quran menceritakan kisah baginda secara ringkasdan tidak disertakan data-data terperinci.

Fokusnya adalah ‘Ibrah (Pengajaran dan Pedoman)yang boleh diambil dalam setiap peristiwa.

Contohnya ialah cerita keadaan baginda yangyatim piatu, firman Allah SWT:

Y Z [ \ ] Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, laluDia memberikan perlindungan?

^ _ ` aDan didapati-Nya engkau mencari-cari (jalan yangbenar), lalu Dia memberikan hidayah pertunjuk(dengan wahyu - Al-Quran)?

(Ad-Dhuha 93: 6-7)

16Tarbiyah Made Easy!!

Page 17: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Kemuliaan akhlak baginda; seperti firmanAllah SWT:

k l m n oDan bahawa sesungguhnya engkau mempunyaiakhlak yang sangat-sangat mulia.

(Al-Qalam 68: 4)

Al-Quran turut membicarakan tentang:

Keperitan dan sikap degil manusia yang dihadapioleh baginda di jalan dakwah

Beberapa gelaran yang diberikan orang musyrikkepada baginda demi menyekat penerimaandakwah

Perjalanan hijrah baginda dan para Sahabat

Pertempuran-pertempuran penting yang telahdihadapi seperti Perang Badar, Uhud, Azhab,Perjanjian Hudaibiyah, Fathu Makkah dan PerangHunain.

17Tarbiyah Made Easy!!

Page 18: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

ii. Sunnah yang Sahih

Sunnah-sunnah Nabi SAW diriwayatkan secarabersambung kepada baginda dan para Sahabat RAoleh para imam hadis yang diakui kejujuran danketsiqahan mereka.

Rujukan utama bagi sunnah Rasulullah SAW ialah:

Kitab Sunnan Sittah (6 Kitab Hadis) yang utama,iaitu Sahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan AbuDaud, Sunan An-Nasaie, Sunan At-Tirmidzi danSunan Ibnu Majah.

Juga termasuk Al-Muwatto’ Imam Malik danMusnad Imam Ahmad.

Sebahagian besar kehidupan Nabi SAW, peristiwa,peperangan dan amalannya terkandung di dalamkitab-kitab ini.

Para Sahabat RA yang telah meriwayatkan hadis-hadis ini hidup, bergaul dan ditarbiyah secaralangsung oleh Rasulullah SAW.

Mereka adalah generasi yang termulia, dan melaluimerekalah Allah SWT menangkan Islam. Oleh itu,riwayat dari mereka diterima tanpa ragu-ragu lagi.

18Tarbiyah Made Easy!!

Page 19: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

iii. Syair Zaman Kerasulan

Serangan orang Musyrikin Mekah kepada Nabi SAWmelalui syair-syair dibalas oleh para penyair Islamseperti:

Hasan bin Tsabit RA, dan Abdullah bin Rawwahah RA.

Kitab-kitab sastera dan Sirah yang ditulis selepaszaman itu mengandungi banyak syair-syair sebegini.

Melalui syair-syair tersebut, kita dapat membuatkesimpulan tentang fakta-fakta yang berkaitansuasana persekitaran ketika itu.

Asalnya Sirah Nabi SAW hanya berbentuk hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Sahabat RA.

Sesetengah Sahabat memberikan perhatian khususpada setiap peristiwa yang berlaku dalam Sirah NabiSAW dan perinciannya.

Para Tabi’in menukilkan riwayat-riwayat ini danmencatatnya dalam lembaran simpanan mereka,antaranya:

iv. Kitab-kitab Sirah

19Tarbiyah Made Easy!!

Page 20: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Aban bin Uthman bin ‘Affan (32 - 105 H) Urwah bin Az-Zubair bin Al-’Awwam (23 - 93 H) Abdullah bin Abu Bakar Al-Ansori (meninggal

135 H) Muhammad bin Muslim bin Syihab Az-Zuhri

(50 - 124 H) ‘Asim bin Umar bin Qatadah Al-Ansori

(meninggal 135 H)

Keperihatinan para Tabi’in ini berpindah ke generasiseterusnya yang mengasingkan penulisan Sirahdaripada bidang lain.

Antara pengarang awal Sirah yang paling terkenaltermasuklah:

IBNU ISHAK (Meninggal 152H)

IBNU HISYAM (Meninggal 213 /

218H)

IBNU SAAD (168 - 230H)

AT-TOBARI(224 - 310H)

20Tarbiyah Made Easy!!

Page 21: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Jumhur ulama dan para ahli hadis bersepakatmengatakan beliau Tsiqah, kecuali Malik danHisyam bin Urwah bin Az-Zubair.

Ulama muhaqqiqin tafsirkan tindakan dua alimbesar ini disebabkan persengketaan peribadiantara mereka dengan Ibnu Ishaq.

Ibnu Ishaq telah menulis kitab Al-Maghazi yangmengandungi riwayat-riwayat yang pernahdidengarnya sendiri di Madinah dan Mesir.

Sayangnya kitab tersebut telah hilang bersamawarisan ilmu silam yang lain.

a. Ibnu Ishak (Muhammad bin Ishaq)

Bagaimanapun, kandungandaripada kitab tersebuttelah diriwayatkan semulaoleh Ibnu Hisyam dalamkitab Sirahnya melaluigurunya, Al-Bakka’I (salahseorang daripada muridIbnu Ishaq yang terkenal)

Kitab Sirah Ibnu Ishaq

21Tarbiyah Made Easy!!

Page 22: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Beliau membesar di Basrah.

Beliau telah menulis kitab As-Sirah An-Nabawiyahyang mengandungi riwayat dari Al-Bakka’I danguru-gurunya yang lain.

b. Ibnu Hisyam (Abu Muhammad; Abdul Malikbin Ayyub al-Himyari)

Beliau menyebutkan riwayat Ibnu Ishaq yangtidak menetapi standard ilmunya, dan yangdikritiknya.

Kitab ini muncul sebagai sumber Sirah NabiMuhammad SAW yang paling amanah, palingsahih dan paling teliti.

Ia telah diterima oleh orang ramai dankemudiannya dinamakan Sirah Ibnu Hisyam.

Kitab ini telah disyarahkanoleh dua orang alim dariAndalus iaitu:

o As-Suhaili (508 - 581 H)o Al-Khusyaini (535 - 604 H)

Kitab Sirah Ibnu Hisham

22Tarbiyah Made Easy!!

Page 23: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Beliau dilahirkan di Basrah dan meninggal diBaghdad.

Merupakan seorang penulis kepada Muhammadbin Umar Al-Waqidi (130 - 207 H), seorang ahlisejarah yang terkenal dalam bidang peperangandan sirah.

c. Ibnu Saad (Muhammad bin Saad binMani’ Az-Zuhri)

Kitab ini dianggap antara sumber awal sirahyang paling dipercayai.

Faktanya paling terpelihara dengan dinyatakanlatarbelakang Sahabat dan Tabi’in.

Beliau telah menulis kitabAt-Tabaqot Ibnu Saad (iaituselepas menulis Sirah NabiSAW) dengan menyebutnama-nama para Sahabatdan Tabi’in mengikutlapisan generasi (Tabaqot),kabilah serta kawasanmereka.

Kitab Tabaqot Ibnu Saad

23Tarbiyah Made Easy!!

Page 24: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

d. Abu Ja’far; Muhammad bin Jarir At-Tobari

Seorang Imam, faqih, ahli hadis dan pengasasmazhab fiqh (namun kurang tersebar).

Riwayat-riwayat beliau boleh dijadikan hujahdan dipercayai. Namun, terdapat juga banyakriwayat dhaif atau batil yang disebut dengandisandarkan kepada perawinya.

Pada zaman beliau, orang mengenali perawiberkenaan. Contohnya Abu Mikhnaf, seorangpengikut Syiah yang taksub.

At-Tobari banyak memasukkan riwayat darinyake dalam tulisan beliau dengan menyandarkanriwayat tersebut kepada Abu Mikhnaf.

Dengan itu, beliau seolah-olah melepaskantanggungjawab terhadap riwayat tersebut danmeletakkannya ke bahu Abu Mikhnaf.

Menulis Tarikh At-Tobari yangtidak terbatas kepada SirahNabi SAW, bahkan sejarahumat-umat sebelumnya.

Terdapat bahagian khususuntuk Sirah Nabi SAW,seterusnya disambung tentangsejarah umat Islam hinggabeliau meninggal dunia. Tarikh At-Tobari

24Tarbiyah Made Easy!!

Page 25: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Penulisan Sirah terus berkembang dan sesetengahnyaditulis secara khusus dan berasingan, contohnya:

Dala-il An-Nubuwwah (Tanda-tanda Kenabian)oleh Al-Ashbahani.

As-Syamail Al-Muhammadiyyah (PerwatakanMuhammd) oleh At-Tirmidzi.

Zadul Ma’ad (Bekalan ke Tempat Kembali) olehIbnu Qayyim Al-Jauziyyah.

As-Syifa’ (Kesembuhan) oleh Qadhi ’Iyadh

Al-Mawahib Al-Laduniyah (Bakat-bakat KurniaanTuhan) oleh Al-Qastalani.

Demikianlah, sehingga kinipara ulama’ terus menulisSirah Ar-Rasul SAW dengancara moden yang sesuaidengan citarasa semasa..

Antara kitab Sirah moden yang terkenal ialah “Nur Al-Yaqin fi Sirah

Sayyid Al-Mursalin” olehSyeikh Muhammad Al-Kudhori.

25Tarbiyah Made Easy!!

Page 26: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Kitab Sirah moden terkini yangpaling mendapat sambutan dikalangan para ulama’ danmasyarakat adalah “Ar-RahiqAl-Maktum” yang telah ditulisoleh Syeikh Sofiyurrahman Al-Mubarakfuri daripada India.

Kitab ini telah dianugerahkan“Kitab Sirah Terbaik” olehRabithah ‘Alam Islami.

26Tarbiyah Made Easy!!

Page 27: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

“KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL”

BAHAGIAN 1

Objektif Khusus:

Selepas mengkaji bahagian ini, mutarabbidapat:

1. Mengetahui sebahagian kehidupanRasulullah SAW semasa kecil &remajanya.

2. Menentukan beberapa pemangkinyang membantu & memberi kesandalam pendidikan baginda.

3. Membandingkan di antara kehidupanbaginda dengan kehidupan pemuda-pemuda lain di Makkah.

4. Mengkaji sebab Rasulullah SAWpergi ke gua Hira’ sebelumdibangkitkan (al-Bi’thah).

5. Mengetahui bahawa berfikir tentangmakhluk ciptaan Allah SWT dengabtujuan untuk mengetahui kekuasaanAllah SWT adalah Ibadah.

Page 28: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

1. KELAHIRAN MUHAMMAD SAW

Nabi Muhammad SAW dilahirkan daripada keluargaterbaik di kalangan keluarga Arab; iaitu Bani Hasyim.

Bani Hashim merupakan keturunan Quraisy yangpaling mulia, nasab tidak tercemar. Nenek moyangbaginda semuanya lahir dari perkahwinan yang sah.

Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggidi kalangan bangsa Arab.

Salsilah Keluarga Nabi Muhammad SAW

28Tarbiyah Made Easy!!

Page 29: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Daripada al-’Abbas RA, daripada RasulullahSAW, baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini; laluDia menciptakan aku daipada sebaik-baik makhluk &daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia).

Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baikkumpulan di antara dua kumpulan (Arab & bukanArab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan akudaripada sebaik-baik kabilah (Quraisy).

Kemudian Dia meneliti pemilihan keluarga-keluargasecara rapi, maka Dia menciptakan aku daripadasebaik-baik keluarga (Bani Hasyim).

Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehinggadipilih menjadi Rasul & penutup segala nabi) &sebaik-baik keluarga di kalangan mereka (keturunannenek moyang baginda tiada yang lahir daripadapenzinaan, sebaliknya melalui pernikahan yang sah).

Riwayat at-Tirmidzi dengan sanad yang sohih

29Tarbiyah Made Easy!!

Page 30: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Oleh disebabkan nasab yang mulia ini, RasulullahSAW tidak berhadapan dengan isu keturunannyadicela oleh musyrikin Quraisy.

Akhirnya, mereka terpaksa mereka-reka isu lainuntuk mencela baginda SAW; contohnya ahli sihir,gila dan sebagainya.

Pengajaran & Pedoman

Sudah menjadi kebiasaan, masyarakat akanmempelekehkan seseorang yang tidak dikenalilatarbelakang dan keturunannya.

Ketika Rasulullah SAW mengirimkan surat kepadaHercules (Maharaja Rom) menyeru keislamanmereka; soalan pertama beliau kepada Abu Sufianadalah; “Bagaimana keturunan Muhammad dalammasyarakat kamu?”

Abu Sufian menjawab (ketika itu belum beriman):“Dia daripada keturunan kami yang paling mulia.”

Jika Da’I berada di kedudukan yangmulia di kalangan masyarakat, orangramai lebih tertarik untuk mendengarseruannya.

30Tarbiyah Made Easy!!

Page 31: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Selesai Hercules mendengar jawapan tentang diriRasulullah SAW, beliau berkata kepada Abu Sufian:

“Aku tanyakan kepadamu, bagaimanakah keturunannya?Kamu mendakwa bahawa dia daripada keturunan kamuyang paling mulia.

Demikianlah, Allah hanya memilih nabi daripada golonganyang mulia dalam kaumnya; dan mempunyai keturunanyang baik.”

Benar, Islam tidak meletak apa-apa nilai padakemuliaan nasab seseorang, namun ia bermanfaatbagi memangkin penerimaan masyarakat terhadapmesej yang disampaikan oleh Da’I.

Sabda Rasulullah SAW:

“Mereka yang terpilih semasa jahiliyah, adalah jugaterpilih semasa Islam, sekiranya mereka memahami.”

Hadis Riwayat al-Bukhari

31Tarbiyah Made Easy!!

Page 32: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

2. ZAMAN KANAK-KANAK MUHAMMAD SAW

Muhammad SAW membesar sebagai anak yatim.Bapa baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketikaibunya, Aminah baru 2 bulan mengandungkannya.

Apabila baginda berusia 6 tahun, Aminah pulameninggal dunia. Maka, sejak kecil baginda merasaipahit maung kehilangan kasih sayang ibubapa.

Selepas itu, baginda dipelihara oleh datuknya, AbdulMutollib. Ketika berumur 8 tahun, datuk bagindapula meninggal dunia.

Dengan itu, baginda dipelihara pula oleh bapasaudaranya, Abu Tolib sehinggalah dewasa.

Al-Quran menyebutkan hal keyatiman bagindadi dalam firman Allah SWT:

Y Z [ \ ] Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, laluDia memberikan perlindungan?

(Ad-Dhuha 93: 6)

32Tarbiyah Made Easy!!

Page 33: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Baginda menjadi lebih belas simpati kepada anakyatim, orang miskin & mereka yang diseksa. Inimelahirkan usaha untuk berlaku adil, melakukankebajikan & mengasihi golongan tersebut.

Setiap Da’I memerlukan aset peri kemanusiaan ini,sehingga kita mampu merasai kesengsaraan orangyang lemah & susah.

Tiada cara yang lebih berkesan dalam membekalkanaset peri kemanusiaan ini, kecuali dengan mengalamisendiri kesulitan yang dirasai oleh mereka.

Ketabahan menanggung keperitananak yatim atau kesusahan hidupsemasa kecil, membuatkan RasulullahSAW lebih peka dan sensitif dengannilai-nilai kemanusiaan yang mulia.

Kanak-kanak Gaza berjalan di atas runtuhan

rumah mereka selepasdibom oleh tentera Israel.

Tercabarkah perikemanusiaan kita?

33Tarbiyah Made Easy!!

Page 34: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Nabi SAW menghabiskan 4 tahun pertama kanak-kanaknya di padang pasir perkampungan Bani Saad.

Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmaniyang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani danmampu menunggang kuda di usia yang masih kecil.

Bakat-bakat baginda ini terasah dalam kemurniandan keheningan padang pasir, di bawah kilauansinaran matahari dan udara yang bersih.

Pengajaran & Pedoman

Hidup dalam suasana yang hampirkepada fitrah semulajadi dan jauhdaripada kehidupan yang kompleksakan membentuk kemurnian fikiran,kekuatan akal, tubuh badan dan jiwasejahtera. Pemikiran juga mudahdibentuk.

Pemilihan bangsa Arab sebagai tempat bermulanyaIslam bukanlah secara kebetulan. Bahkan keranamereka lebih berjiwa murni, berfikiran sejahtera &berakhlak kukuh.

Mereka lebih cekal menanggung kesukaran dalamperjuangan berbanding bangsa bertamadun yangberjiran dengan mereka (Rom & Parsi).

34Tarbiyah Made Easy!!

Page 35: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Keunggulan Muhammad SAW terserlah sejak kecillagi. Wajahnya menampakkan kecerdikan danmenimbulkan kasih sayang bagi yang melihatnya.

Dalam majlis Abdul Mutollib, baginda duduk di atastilam datuknya itu. Kanak-kanak lain tiada yangberani duduk di atasnya.

Ketika bapa-bapa saudaranya cuba menarik baginda,datuknya berkata: “Biarkan cucuku ini. Demi Allah, diamemiliki keistimewaan.”

35Tarbiyah Made Easy!!

Page 36: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

3. ZAMAN REMAJA MUHAMMAD SAW

Pada awal zaman remajanya, Muhammad SAWmengembala kambing untuk penduduk Makkahdengan upah 2 Qirat (iaitu 1/24 Dinar).

Sabda Baginda SAW:

“Semua Nabi yang diutuskan Allah pernahmengembala kambing” Maka para Sahabat RAbertanya kepadanya: “Kau juga ya Rasulullah?”

Lantas Baginda menjawab: “Aku juga begitu. Akupernah mengembala kambing untuk pendudukMakkah dengan upah beberapa Qirat.”

Pengajaran & Pedoman

Urusan sara hidup bagi para Da‘Ibergantung kepada usahanya sendiridan sumber pencarian yang mulia.

Seorang Da’i tidak akan mengemis &meminta-minta (malah berhelah untukmengaut keuntungan dunia), sehinggamerendahkan harga diri ke tahap hina.

36Tarbiyah Made Easy!!

Page 37: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Muhammad SAW tidak menyertai rakan-rakansebayanya bersuka ria dan berpoya-poya.

Pernah baginda teringin untuk menyaksikannyanyian di majlis perkahwinan sebuah rumah diMakkah, namun Allah memeliharanya denganmenidurkannya.

Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnyamenyembah berhala, makan sembelihan untukberhala, minum arak dan berjudi. Juga tidak pernahcelupar atau berkata kesat.

Pengajaran & Pedoman

Kehidupan Da’I yang lurus semasaremaja & perjalanan hidup yang baik,lebih menjamin kejayaannya dalamdakwah.

Ini kerana, dia tidak akan berhadapandengan orang yang akan mencemuh &mengungkit keperibadiannya (yaknisebelum menerima tarbiyah).

Benar, Allah SWT sentiasa menerima taubat hamba-hamba yang kembali kepada-Nya. Namun, reputasiyang baik tetap memainkan peranan penting dalampenerimaan seruan dakwah.

37Tarbiyah Made Easy!!

Page 38: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

4. KECERDIKAN MUHAMMAD SAW

Sejak mumayyiz lagi, Muhammad SAW sudahterkenal mempunyai akal yang matang &pandangan yang bernas.

Buktinya ialah dalam peristiwa peletakkan HajarulAswad ke tempatnya di Kaabah. Ceritanya begini:

Suatu ketika dinding Kaabah retak akibat banjir.Maka diputuskan agar ia diruntuhkan & dibinasemula.

Ketika sampai ke peringkat meletakkan HajarulAswad semula ke tempatnya, setiap Kabilahberebut untuk mendapatkan penghormatan ini.

Pertelingkahan sampai ke tahap saling mengancamuntuk berperang, sehinggalah mereka bersetujuuntuk merujuk kepada orang pertama yangmemasuki pintu Bani Syaibah (antara pintu Kaabah)sebagai hakim.

Dan ternyata orang yang pertama memasukinyaadalah Muhammad SAW. Mereka berkata: “Iniadalah Al-Amin! Kami rela dengan hukumannya.”

Sebagai penyelesaian, Baginda SAW memutuskanagar dibentangkan kain selendangnya, kemudiandiletakkan Hajarul Aswad di atasnya.

38Tarbiyah Made Easy!!

Page 39: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Baginda menyuruh setiap wakil Kabilah untukmemegang hujung selendang dan mengangkatnyake tempat letak.

Seterusnya, Baginda mengambil dan meletakkanHajarul Aswad dengan tangannya sendiri.

Semua pihak berpuas hati dan Allah selamatkanpenduduk Makkah dari berlakunya pertumpahandarah melalui kecerdikan Baginda SAW.

Gambaran semulaperistiwa perletakkan

Batu Hajarul Aswad olehwakil setiap kabilah.

Pengajaran & Pedoman

Orang yang cerdik dan cerdas amatdiperlukan untuk memegang tampukdakwah & kepimpinannya.

Jika orang jahil yang memimpin, iaakan memberi kesan buruk kepadakeputusan, gagasan & strategi dakwah.

39Tarbiyah Made Easy!!

Page 40: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

5. KEJUJURAN MUHAMMAD SAW

Muhammad SAW dikenali sebagai seorang yangjujur & amanah di kalangan kaumnya. Bagindadigelar oleh kaumnya sebagai al-Amin.

Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepatijanji, kehidupan yang lurus & reputasinya yangamat baik.

Hal ini telah menarik minat seorang Khadijah bintiKhuwalid untuk menawarkan baginda agarmemperniagakan barang dagangannya ke kotaBusra, di Syam.

Sekembalinya ke Makkah, Baginda membawabanyak keuntungan dalam perniagaan tersebut.

Maisarah, hamba lelaki Khadijah menceritakansikap amanah & ikhlas baginda dalam berniaga.

Sehingga akhirnya, keperibadian Muhammad SAWmenarik hati Khadijah RHA untuk melamarbaginda sebagai suami.

Maka, dalam usia 25 tahun,Muhammad SAW berkahwindengan Khadijah RHA.

Gambar Hiasan

40Tarbiyah Made Easy!!

Page 41: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

6. PENGALAMAN BERMUSAFIR

Muhammad SAW keluar bermusafir daripadaMakkah sebanyak 2 kali.

Pertama, bersama bapa saudaranya, Abu Tolibketika berusia 12 tahun.

Kedua, ketika membawa barang dagangan Khadijahke Syam ketika berumur 25 tahun.

Pengajaran & Pedoman

Pengalaman berkelana, bergaul denganorang ramai, memahami adab, situasi& masalah mereka memberi kesanbesar terhadap kejayaan dakwah.

Da’I hendaklah hidup & berinteraksibersama mad’u, fahami masalahmereka, lalu meyelesaikannya secarapaling berhikmah.

41Tarbiyah Made Easy!!

Page 42: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Jika ingin mengislah golongan beragama, Da’I perluhidup bersama mereka di masjid, di majlis & dalammasyarakat mereka.

Jika ingin mengislah golongan buruh & peladang,Da’I mesti hidup dengan mereka di kilang &kampung. Makan minum & bermasyarakat dipersekitaran mereka.

Begitulah jika ingin mengislah sesuatu kaum ataumasyarakat, dia perlu hidup bersama sehinggabenar-benar memahami latarbelakang mereka. Agardakwah & islah dapat dilakukan secara berstrategi &diterima baik oleh mereka.

Gambar HiasanDa’I perlu hidup & berinteraksi bersama

mad’unya.

42Tarbiyah Made Easy!!

Page 43: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

7. BERKHALWAH DI GUA HIRA’

Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Rasul,Allah SWT telah menimbulkan rasa cinta padaMuhammad SAW untuk berkhalwah di Gua Hira’.

Gua Hira’ terletak di sebuah bukit berdekatandengan Makkah, di barat laut Makkah.

Baginda berkhalwah di Gua Hira’ selama sebulan(iaitu sepanjang bulan Ramadahan).

Di sini, baginda merenung & berfikir mengenaitanda-tanda kebesaran Allah SWT, serta kehebatankekuasaan-Nya.

Khalwah ini berterusan sehinggalah turunnyawahyu & Al-Quran kepada baginda.

Gua Hira’

43Tarbiyah Made Easy!!

Page 44: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Dari semasa ke semasa, seorang Da‘Imestilah mempunyai waktu untukbersendiri dengan Allah SWT.

Dalam tempoh ini, ruhnya berhubungdengan Allah SWT. Agar jiwanyadibersihkan daripada akhlak tercela &kehidupan yang kacau.

Di sini juga, Da’I bermuhasabah diri dari kecuaian &kesilapan dalam cara, manhaj & jalannya, sertamendekatkan diri (zikrullah) kepada Allah SWT.

Tahajjud & qiamullail di penghujung malammerupakan suatu khulwah (bersendirian) bagi seorangDa’I. Ia adalah kelazatan yang tidak diketahui kecualioleh orang-orang yang Allah muliakan dengannya.

Ibrahim bin Adham berkata:

“Kelazatan yang kami kecapi, jika diketahui oleh raja-raja,pasti mereka akan memerangi kami demi memperolehinya.”

44Tarbiyah Made Easy!!

Page 45: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

“PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH”

BAHAGIAN 2

Objektif Khusus:

Selepas mengkaji bahagian ini, mutarabbidapat:

1. Menerangkan permulaan wahyuditurunkan kepada Rasulullah SAW.

2. Menjelaskan strategi awal dakwahbaginda & mencontohinya.

3. Mengetahui kesan pederitaanRasulullah SAW apabila sahabat-sahabatnya diseksa orang-orang kafir.

4. Mentafsirkan arahan Rasulullah SAWkepada para sahabat untuk berhijrahke Habsyah.

Page 46: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

1. WAHYU PERTAMA DI GUA HIRA’

Jibril AS datang membawawahyu pertama kepadaMuhammad SAW ketikabaginda berusia 40 tahun.

Peristiwa ini berlaku padahari Isnin, 17 Ramadhan.

Imam Bukhari meriwayatkan daripadaUmmul Mukminin; Aishah RHA:

Perkara pertama yang mula-mula berlaku kepadaRasulullah SAW ialah mimpi baik semasa tidur.Baginda hanya bermimpi melihat ia datangseperti cahaya subuh.

Kemudian ditimbulkan kepada Baginda rasacinta untuk berkhulwah. Baginda punberkhulwah di Gua Hira’.

Baginda beribadah di dalamnya untuk beberapamalam sebelum pulang untuk menemuikeluarganya bagi mengambil bekalan untukkhulwah seterusnya. Kemudian Baginda kembalilagi menemui Khadijah RHA, mengambilbekalan yang seumpamanya.

46Tarbiyah Made Easy!!

Page 47: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Sehinggalah wahyu kebenaran diturunkan kepadaBaginda ketika berada di Gua Hira’.

Malaikat (Jibril) datang menemui Baginda serayaberkata, “Bacalah!” Baginda berkata, “Aku tidaktahu membaca.”

Baginda menceritakan:

Maka dia memegang dan memeluk aku sehinggaaku merasa kepenatan. Dia berkata lagi,“Bacalah.” Maka aku berkata, “Aku tidak tahumembaca.”

Maka dia memegang dan memeluk aku untuk kalikedua sehingga berasa penat.

Kemudian dia melepaskan aku. Dia berkatakembali, “Bacalah.” Maka aku berkata, “Aku tidaktahu membaca.”

Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kaliketiga. Kemudian dia melepaskan aku serayaberkata:

47Tarbiyah Made Easy!!

Page 48: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

“Bacalah dengan Nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).

Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.

Dia mengajarkan manusia apa yang tidakdiketahuinya.”

(Al-‘Alaq 96: 1 - 5)

^ _ ` a b c

K L M N O P

Q R S T U

V W X Y

] \ [ Z

48Tarbiyah Made Easy!!

Page 49: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Dalam konteks Rasulullah SAW, Allah SWT telahmengilhamkan kepadanya rasa cinta untukberkhulwah & beribadah kepada Allah SWT.

Ini merupakan suatu proses pembersihan &persediaan rohani untuk memikul bebanan Risalah.

Tatkala Allah SWT ingin mendorongseseorang hamba-Nya agar berdakwahkepada kebaikan & pengislahan, makaDia mencampakkan ke dalam hatinya,rasa benci kepada kesesatan &kerosakan yang dilakukan olehmasyarakat.

Setelah peristiwa di Gua Hira’ itu, baginda teruspulang ke rumah dalam keadaan gementar.

Nabi SAW mendapatkan Khadijah RHA lalu berkata,“Selimutkan aku, selimutkan aku!”

Baginda menceritakan apa yang telah berlaku &berkata, “Aku bimbangkan diriku.”

49Tarbiyah Made Easy!!

Page 50: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Lantas Khadijah RHA berkata, “Tidak mungkin! DemiAllah, Allah tidak akan sekali-kali menghinamu. Kamumenyambungkan silaturrahim, menanggung pihak yanglemah, memberi pendapatan kepada yang tidak berharta,memuliakan tetamu & menolong mereka yang benar.”

Kemudian, Khadijah RHA mengajak Nabi SAWmenemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin AbdulUzza (sepupu Khadijah).

Beliau seorang pendeta Nasrani yang sudah tua &buta. Beliau boleh menulis dalam bahasa Ibrani &menuliskan Injil dalam bahasa tersebut.

Setelah mendengar cerita Rasulullah SAW, Waraqahberkata: “Dia adalah Namus (pembawa wahyu, Jibril)yang pernah turun kepada Nabi Musa AS. Alangkahbaiknya kalau aku masih muda remaja & kuat. Semoga akumasih hidup ketika kaum kamu mengusirmu keluar.”

Lalu Rasulullah SAW bertanya, “Adakah mereka akanmengusir aku keluar?” Dia berkata, “Ya. Tiada seoranglelaki yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa,pasti akan dimusuhi. Sekiranya aku sempat dengan hariitu, aku akan menolongmu semampuku.”

Tidak lama kemudian Waraqah meninggal dunia.Sementara wahyu pula terhenti buat seketika.

50Tarbiyah Made Easy!!

Page 51: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Nabi SAW hanya mendapat kepastian kenabiannyasetelah melihat datangnya Jibril AS, juga setelahditegaskan oleh Waraqah bin Naufal.

Nabi Muhammad SAW tidak bercita-cita menjawat tugas kenabian & tidakpernah mengimpikannya.

Jika baginda bercita-cita perolehkenabian, pasti baginda tidak takut &gementar ketika terima wahyu.

51Tarbiyah Made Easy!!

Page 52: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

2. DAKWAH SECARA RAHSIA

Di antara orang yang paling awal beriman denganNabi SAW adalah:

Khadijah binti Khuwalid RHA (isteri) Ali bin Abi Tolib RA (sepupu, 10 tahun) Zaid bin Harithah RA (bekas hamba, anak angkat) Abu Bakar As-Sidiq RA (sahabat karib) Bilal bin Rabah (hamba)

Kemudian wahyu terhenti seketika. Ulama berselisihpendapat tentang masa terhentinya wahyu (palinglama 3 tahun, paling singkat 6 bulan). Menurutpenulis, 6 bulan adalah paling sohih.

Oleh sebab itu, Nabi SAW bersusah hati & kecewa,bimbang jika Allah SWT telah membencinya. Setelahitu, turunlah wahyu yang kedua.

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Jabir RA,daripada Nabi SAW:

Ketika aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba akumendengar satu suara dari langit. Aku mengangkatpandanganku. Rupa-rupanya ia adalah malaikat yangtelah datang kepadaku di Gua Hira’. Malaikat itusedang duduk di atas kerusi di antara langit & bumi.

52Tarbiyah Made Easy!!

Page 53: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Aku merasa takut kepadanya, lantas aku pulang.Aku berkata, “Selimutkan aku!” Maka AllahTaala menurunkan:

“Wahai orang yang berselimut!

Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran(kepada manusia).

Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlahkebesaran-Nya.

Dan pakaianmu, maka hendaklah kau bersihkan.

Dan segala kejahatan, maka hendaklah kau jauhi.

(Al-Muddathir 74: 1-5)

« ª ©

~ } |

ے ¡ ¢

¥ ¤ £

¨ § ¦

53Tarbiyah Made Easy!!

Page 54: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Setelah itu, wahyu pun turun secara berterusan.Rasulullah SAW mula mendakwahkan Islam secararahsia kepada golongan yang dipercayai kerasionalanakalnya selama 3 tahun.

Hasilnya seramai kira-kira 30 orang memeluk Islamdi kalangan lelaki dan wanita.

Pengajaran & Pedoman

Jika dakwah & islah menjadi satuperkara yang janggal pada mentaliti &kepercayaan masyarakat, Da’I tidakperlu segera untuk menyampaikannyadengan lantang.

Da’I terlebih dahulu perlu membina sekumpulankader yang mengimani dakwah ini, serta sanggupberkorban apa sahaja untuk menegakkannya.

Langkah ini juga agar keselamatan dan kelangsungandakwah terjamin (jika tidak, akan dihancurkansebelum ia menjadi kuat).

54Tarbiyah Made Easy!!

Page 55: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

3. DAKWAH SECARA BERTERUS TERANG

Selepas 3 tahun dakwah secara rahsia, Allah SWTmemerintahkan agar Nabi SAW mula berdakwahsecara terang-terangan melalui firman-Nya:

“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apayang diperintahkan kepadamu, dan janganlah kauhiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrikitu.” (Al-Hijr 15: 94)

Ekoran dakwah secara berterus-terang ini, makabermulalah peringkat ujian apabila musyrikinmenyakiti orang-orang Islam. Malah Nabi SAWjuga turut disakiti mereka.

Dalam fasa ini, orang-orang mukmin berhimpunsecara rahsia di rumah Al-Arqam bin Abi ArqamRA untuk mendalami Islam.

./01234

55Tarbiyah Made Easy!!

Page 56: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Da’I mestilah berada bersama-samapara mad’unya secara berkala dalamjangkamasa tertentu agar dapatmempertingkatkan keimanan merekaterhadap Islam & jalan dakwah.

Da’I perlu merahsiakan pertemuan tersebut, jikadikhuatiri keselamatan gerakannya terancam & akanmembangkitkan penindasan golongan batil.

Suatu ketika, Nabi SAW diperintahkan untukmemberi amaran kepada keluarga terdekatnya.

Baginda SAW berdiri di Bukit Sofa dan menyeruseluruh keluarga Quraisy agar beriman kepadaAllah dan meninggalkan penyembahan berhala.

Abu Lahab menengking baginda, “Celaka kamu,adakah untuk ini kamu mengumpulkan kami?” LaluAllah melaknat Abu Lahab dan isterinya di dalamsurah Al-Lahab.

Liqa’ tarbawi mingguanmerupakan salah satu wasilah

untuk membina Iman, mendalamiIslam & mengenal jalan dakwah.

56Tarbiyah Made Easy!!

Page 57: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Dakwah Nabi SAW telah mengejutkanorang Arab dengan perkara yang asingbagi mereka.

Mereka bimbang jika dakwah tersebutdibiarkan, ia akan memperbodohkanpemikiran mereka, membongkarkankecacatan tuhan-tuhan mereka & orangArab akan meninggalkan agama nenekmoyang mereka.

Oleh demikian, mereka menyanggah keras daningin menghapuskan dakwah Islam bersama parapengikutnya.

Penentangan ini merupakan jawapan sejarahterhadap dakwaan orientalis & pejuang kebangsaanbahawa dakwah Rasulullah SAW mewakili cita-cita& aspirasi Arab ketika itu.

Jika dakwah baginda berorientasikan kebangsaanArab, sudah pastilah ia mendapat sambutan tanpasebarang tentangan daripada bangsa Quraisy.

57Tarbiyah Made Easy!!

Page 58: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

4. PENENTANGAN MUSYRIKIN

Musyrikin Quraisy ingin mengambil tindakanterhadap Rasulullah SAW, namun Abu Tolibmelindungi baginda.

Selepas mereka beredar, Abu Tolib memintaRasulullah SAW agar mengendurkan dakwahnya.

Namun, baginda menjawab dengan ucapan yangmasyhur:

“Demi Allah, wahai bapa saudaraku! Jika merekaletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan disebelah kiriku agar aku tinggalkan urusan ini, sekali-kali aku tidak akan tinggalkannya, sehinggalah Allahmemenangkannya atau aku binasa kerananya!”

Selepas peristiwa itu, musyrikin semakin hebatmenyakiti Rasulullah SAW dan para Sahabat RA.Sehingga ada yang syahid diseksa dalam usahamempertahankan keimanan; iaitu Sumayyah RHA& Yasir RA.

58Tarbiyah Made Easy!!

Page 59: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Gambaran semulapenyeksaan terhadap Bilal bin

Rabah RA yang diletakkan batubesar di atas dada, di tengah

terik matahari.

Apabila melihat keteguhan orang-orang mukmin,musyrikin membuat keputusan untuk berundingdengan Nabi SAW.

Lalu mereka menawarkan:

harta sebanyak mana yang baginda mahu, atau melantik Nabi SAW sebagai raja mereka.

Namun, semuanya ditolak oleh baginda.

Pengajaran & Pedoman

Walaupun musyrikin menyeksa &menindas orang-orang mukmin,mereka tetap teguh dengan akidahmereka. Ini adalah bukti kejujuraniman & keikhlasan keyakinan mereka.

59Tarbiyah Made Easy!!

Page 60: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Ia juga menunjukkan ketinggian jiwa & rohani orang-orang mukmin. Bagi mereka, kesakitan & kematian dijalan Allah adalah satu kerehatan serta ketenanganyang akan menghantar mereka kepada redha-Nya.

Da’I hendaklah mengambil berat pada kaumkerabatnya dan berusaha mengislahkan mereka. Jikamereka menolak, Da’I sudah ada perlepasan daripadatanggungjawab itu.

Sebaik-baiknya, keluarga dijadikan pendokongdakwah yang utama, atau sekurang-kurangnya tidakmenentang dakwah.

Penolakkan baginda terhadap tawaran Quraisymembuktikan kebenaran & kesucian dakwah yangdibawanya.

Dakwah Islam tidak berorientasi keduniaan. Da’Ilebih redha dengan Allah & syurga-Nya daripadasegala pangkat, kemegahan dan harta dunia.

Syeikh Ahmad Yasin & Dr Abdul Aziz ar-Rantisi, 2 orang pejuang yang telah

syahid dalammemperjuangkan kebebasan

Islam di bumi Palestin.

60Tarbiyah Made Easy!!

Page 61: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

5. HIJRAH KE HABSYAH

Melihatkan kedegilan & penyeksaan berterusanmusyrikin Quraisy terhadap orang-orang Islam,Nabi SAW menganjurkan agar para Sahabat RAberhijrah ke Habsyah.

Sabda Baginda SAW kepada Sahabat RA:

“(Bagaimana) kalau sekiranya kamu keluar ke bumiHabsyah? Di sana ada seorang raja yang tidakmenzalimi sesiapa yang tinggal di negerinya. (Kamutinggal di sana) sehinggalah Allah menjadikan untukkamu jalan keluar kepada kesulitan kamu ini.”

Dengan itu, seramai 12 orang lelaki dan 4 orangperempuan berhijrah buat kali pertama ke Habsyah.

Namun, selepas pengislaman Umar RA & khabarkejayaan Islam, mereka pulang semula ke Makkah.

Tapi ternyata khabar kejayaan Islam di Makkah itupalsu. Kemudian mereka pergi semula ke Habsyahbersama orang-orang Islam lain. Kali ini seramai 83orang lelaki dan 11 orang wanita telah berhijrah.

61Tarbiyah Made Easy!!

Page 62: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Apabila Jamaah dalam bahaya (nyawaatau ancaman fitnah kepada peganganakidah), Da’I mestilah menyediakansuatu tempat yang selamat daripadapercerobohan golongan batil tersebut.

Perintah berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali jugamenunjukkan ikatan agama sesama golonganberagama (samawi).

Lakonan semula ketika An-Najashi; Raja Habsyah yang beragama Kristian menerima

kedatangan umat Islam yang berhijrah.

An-Najashi akhirnya memeluk Islam & saling mengutus surat dengan Rasulullah SAW.

62Tarbiyah Made Easy!!

Page 63: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

7. PEMBOIKOTAN

Selanjutnya musyrikin bertindak memboikotRasulullah SAW, Bani Hasyim dan Bani Muttolib.

Musyrikin sepakat tidak berjual beli, bernikah &bergaul dengan mereka. Juga tidak menerimasebarang penjanjian damai.

Pemboikotan ini berlangsung antara 2 hingga 3tahun. Nabi SAW dan orang-orang yang bersamabaginda berhadapan dengan kesulitan yang sangatteruk hasil pemboikotan tersebut.

Akhirnya boikot ini berhasil ditamatkan denganusaha tokoh-tokoh Quraisy yang rasional.

Gambaran suasana pemboikotan terhadap umat Islam, Bani Hasyim & Bani Mutollib oleh musyrikin Quraisyyang menyaksikan kesusahan sehingga menyebabkan

kesakitan pada wanita, kanak-kanak & orang tua.

63Tarbiyah Made Easy!!

Page 64: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Para pendokong kebatilan tidak mudahmenyerah kalah kepada pendokongkebenaran.

Setiap kali gagal, mereka pasti akanmencipta pelbagai cara lain. Hal iniakan berterusan, sehinggalah kebenaranberhasil mengalahkan kebatilan.

64Tarbiyah Made Easy!!

Page 65: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

“SELEPAS HIJRAH KE HABSYAH HINGGA HIJRAH KE MADINAH”

BAHAGIAN 3

Objektif Khusus:

Selepas mengkaji bahagian ini, mutarabbidapat:

1. Memahami kesan Tahun Kesedihanterhadap Dakwah Nabi SAW.

2. Menyelami usaha keras Nabi SAWdalam mendakwahkan Islam hinggake Thaif.

3. Mengetahui hikmah bagi peristiwaIsra’ Mikraj kepada baginda danumat Islam.

4. Mentafsirkan usaha dakwah NabiSAW kepada kabilah Arab lainsemasa musim haji.

Page 66: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

1. TAHUN KESEDIHAN (TAHUN KE-10 KERASULAN)

Abu Tolib, bapa saudara Nabi SAW yang semasahayatnya kuat mempertahankan baginda, telahmeninggal dunia dalam keadaan tidak beriman.

Nabi SAW bersungguh-sungguh mendesak agarAbu Tolib bersyahadah ketika terbaring nazak,namun dia enggan kerana bimbang mendapat maludaripada kaumnya.

Lalu, turunlah wahyu yang melarang baginda &orang beriman daripada meminta keampunan bagiorang musyrik yang telah meninggal dunia.

Nabi SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati &mengampuni kamu. Aku akan terus memohonkeampunan untukmu sehinggalah Allah menegahku.”

Gambaran suasanaketika Abu Tolibsedang nazak, di

samping Nabi SAW, beliau dikerumunioleh para pemuka

musyrikin Quraisy

66Tarbiyah Made Easy!!

Page 67: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

3456789:;<=>?@A

BCDEFGTidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orangyang beriman, meminta ampun bagi orang-orangmusyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri,sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orangmusyrik itu adalah ahli neraka

(At-Taubah 9: 113)

Sebelum ini, musyrikin Quraisy tidak berjayamenyakiti diri Nabi SAW kerana hormat & gerunterhadap Abu Tolib.

Namun, dengan ketiadaannya mereka mula beranibertindak kasar kepada baginda.

Pengajaran & Pedoman

Kadang-kala terdapat kaum kerabatDa'I yang tidak bersamanya, tetapibertindak melindunginya. Situasiseperti ini, amat memberi faedahkepada dakwah ketika ia masih lemah.

67Tarbiyah Made Easy!!

Page 68: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Sentimen kabilah & kekeluargaan boleh digunakanoleh Da’I untuk melindungi dakwah selagi mana tidakseiringan melakukan kemungkaran bersama mereka.

Isteri tercinta Nabi SAW, Khadijah RHA jugameninggal dunia pada tahun yang sama.

Beliau banyak memainkan peranan meringankankerungsingan & kesedihan Nabi SAW dalammenghadapi permusuhan musyrikin Quraisy.

Khadijah RHA juga telah banyak menginfaqkan hartabendanya demi dakwah.

Dengan ketiadaan kedua-dua insan yang dikasihibaginda ini, tekanan dan perbuatan menyakiti NabiSAW semakin hebat.

Pengajaran & Pedoman

Isteri solehah yang beriman dengankebenaran dakwah & perjuangan akanpermudahkan banyak kesulitan yangdialami oleh Da’I.

Isteri solehah akan meringankan kerungsingan Da’I &mrmbangkitkan semangatnya untuk meneruskandakwah, serta teguh di atas jalannya.

68Tarbiyah Made Easy!!

Page 69: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

2. DAKWAH KE THAIF

Selepas kematian Abu Tolib & Khadijah, Nabi SAWkeluar menuju ke Thaif.

Baginda ke sana dengan harapan akan mendapatsambutan baik & sokongan kepada dakwah daripadaBani Tsaqif.

Namun, penduduk Thaif menolak dakwah bagindasecara kasar. Kanak-kanak disuruh melontar batu &menyakiti baginda, sehingga berdarahlah jasadnyayang suci.

Baginda berlindung di sebuah kebun, lalu berdoa:

“Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahankekuatanku, sedikitnya kemampuanku & hinanya akupada pandangan manusia.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Kau-lah Tuhangolongan yang lemah & Kau juga Tuhan-ku. Kepadasiapa Kau serahkan aku?

69Tarbiyah Made Easy!!

Page 70: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajahbengis, atau kepada musuh yang menguasaiurusanku? Jika Kau tidak murka kepadaku, aku tidakpeduli (apa yang menimpa).

Namun, keselamatan daripada-Mu lebih melapangkanaku. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu ataukemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kau berhak untukmencela aku sehingga Kau redha. Tiada kuasa & tiadakekuatan melainkan dengan-Mu.”

Nabi SAW pulang dari Thaif dengan dakwahnyaditolak oleh Bani Tsaqif.

Baginda telah berlindung di sebuah kebun milik adikberadik ‘Utbah & Syaibah, anak-anak lelaki Rabi’ah.

Melihat baginda kepenatansetelah mendapat layanan burukBani Tsaqif, mereka berduamenyuruh Addas (seoranghamba yang beragama Nasrani)agar menghidangkan setangkaianggur kepada baginda.

70Tarbiyah Made Easy!!

Page 71: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Nabi SAW menerima anggur tersebut, lalumengucapkan Bismillah sebelum memakannya.

Addas tertarik mendengar kalimah tersebut, keranatiada sesiapapun di kalangan kaum itu mengucapkansebegitu.

Setelah berdialog dengan Nabi SAW, Addas punmemeluk Islam.

Pengajaran & Pedoman

Pemergian Nabi SAW ke Thaif setelahpenduduk Makkah memusuhi dakwahmerupakan bukti kekentalan tekaddalam jiwanya untuk sebarkan Islam.

Ini juga adalah bukti bahawa baginda tidak berputusasa dalam menghadapi penolakan manusia terhadapdakwah Islam.

Ketika dakwah di tempat sendiri ditolak & dimusuhi,maka Da’I perlu mencari medan-medan baru yangberpotensi untuk dakwah.

Seorang Da’I tidak mudahberputus asa jika

dakwahnya ditolak. Sebaliknya terus mencaripeluang di medan baru.

71Tarbiyah Made Easy!!

Page 72: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Tindakan penduduk Thaif menghasut kanak-kanakagar melontar batu pada Nabi SAW menunjukkanbahawa kejahatan itu sama sahaja walau di mana iaberada (bergantung kepada kaum yang jahil untukmenyakiti Da’I).

Berdarahnya kaki Nabi SAW akibat disakiti padahalbaginda seorang yang mulia, menjadi bukti terhadappenindasan & kesakitan yang akan ditanggung Da’Idalam berdakwah.

Doa baginda semasa di dalam kebun menegaskankejujurannya dalam berdakwah serta keazamannyadalam perjuangan, meskipun berhadapan denganpelbagai kesulitan.

Da’I hanya mengharapkan keredhaan Allah SWTdalam berdakwah. Jika mendapat sengsara, Da’I akankembali kepada Allah SWT & memohon kekuatandaripada-Nya.

Doa ini juga tunjukkan bahawa perkara yang palingditakuti oleh Da’I adalah kemurkaan Allah SWT,bukannya kemurkaan makhluk.

72Tarbiyah Made Easy!!

Page 73: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

3. PERISTIWA ISRA’ & MI’RAJ

Peristiwa ini merupakan salah satu mukjizat NabiSAW yang berlaku pada tahun ke-10 kenabian (atauselepasnya).

Pada malam itu, Nabi SAW diisra’kan daripadaMasjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Kemudianbaginda dimi’rajkan ke langit yang tinggi.

Pendapat yang sohih oleh Jumhur Ulama’ bahawaIsra’ & Mikraj ini berlaku melibatkan roh & jasadNabi SAW.

Pada malam itu, baginda menerima kefardhuansolat 5 waktu yang diwajibkan ke atas setiap orangIslam yang baligh & berakal.

Nabi SAW kembali ke rumahnya di Makkah padamalam itu juga.

Gambar Hiasan

73Tarbiyah Made Easy!!

Page 74: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Esoknya, Nabi SAW menceritakan kepada kaumQuraisy mukjizat tersebut, namun merekamemperlekeh dan mempersenda baginda.

Namun, Abu Bakar RA segera membenarkanbaginda & diikuti oleh orang-orang beriman.

Pengajaran & Pedoman

Peristiwa Isra’ & Mi’raj ini mempunyaibanyak hikmah, di antaranya ialah:

Pertama, mengaitkan isu Masjidil Aqsa & kawasan disekitarnya dengan dunia Islam.

Seolah-olah Isra’ ini menjelaskan bahawa usahamempertahankan tanah Palestin sebenarnya mewakiliusaha mempertahankan Islam itu sendiri.

Setiap orang Islam wajib mempertahan &membebaskannya daripada penjajahan musuh Islam.

74Tarbiyah Made Easy!!

Page 75: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Kedua, menjadi simbol ketinggian kedudukan orangIslam & lambang kewajipan mengangkat dirinyamengatasi hawa nafsu & syahwat dunia.

Dia mestilah menjadi insan terunggul di kalanganseluruh manusia. Samada dari dari segikedudukannya yang tinggi, visinya yang mulia &sikapnya yang sentiasa berlegar dalam lingkungannilai-nilai yang mithali untuk selama-lamanya.

Ketiga, juga menunjukkan bahawapenerokaan angkasa & keluardaripada tarikan graviti bumiadalah boleh diusahakan dengankemajuan ilmu sains & teknologi.

Sebuah roket dilancarkan oleh NASA dalamusaha penerokaan angkasa lepas mereka.

Keempat, kefardhuan Solat semasa Isra’ & Mikrajmenunjukkan hikmah dalam pensyariatannya. Solatadalah mi’raj (anak tangga) untuk kita menemui AllahSWT. Ketika manusia sibuk & tenggelam denganhawa nafsu, solat mendorong mereka mengingatikebesaran, kekuasaan & keesaan-Nya.

Solat juga mengajar manusia agar memimpin bumi inidengan jalan kebaikan & ketinggian, dengan carameningkatkan kesucian & ketinggian ruh.

75Tarbiyah Made Easy!!

Page 76: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

4. DAKWAH PADA MUSIM HAJI

Pada musim Haji, Nabi SAW menemui kabilah-kabilah Arab yang datang untuk berhaji di Makkah.

Baginda mengajak mereka kepada Islam & menyeruagar mereka meninggalkan penyembahan berhala.

Ketika di Aqabah (salah satu tempat melontarjamrah), Nabi SAW bertemu dengan rombonganAus & Khazraj (daripada Madinah).

Baginda terus berdakwah pada mereka, lalu merekamenerima Islam.

7 orang ini kemudiannya pulang ke Madinah, lalumenceritakan perihal pertemuan tersebut & tentangIslam yang mereka anuti.

Tahun berikutnya (tahun ke-12 kerasulan) 12 oranglelaki Ansor datang ke Makkah pada musim Haji.

Gambar Hiasan. Suasana khemah-khemah

di musim haji sekitartahun 1950-an.

76Tarbiyah Made Easy!!

Page 77: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Bai’ah Aqabah I berlangsung di antara Nabi SAW& 12 orang dari Madinah tersebut.

Baginda mengutuskan bersama mereka Mus’ab binUmair RA ke Madinah. Beliau bertugasmembacakan Al-Quran & mengajar Islam di sana.

Berkat dakwah beliau, Islam berkembang luas disana. Hingga pada tahun ke-13 kerasulan, 70 oranglelaki & 2 wanita Ansor datang pada musim Haji.

Bai’ah Aqabah II pula berlangsung secara rahsia.Mereka berbaiah untuk menolong, menyokong &mempertahankan Nabi SAW seperti merekamempertahankan wanita & anak-anak mereka.

Nabi SAW memilih 12 orang Naqib (ketua)daripada kalangan mereka sebagai wakil kaummereka.

Masjid Bai’at; dibangun pada zaman Dinasti ‘Abbasiyahdi tempat terjadinya Bai’ah Aqabah.

77Tarbiyah Made Easy!!

Page 78: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Da’I tidak sepatutnya membataskandakwah dalam lingkungan &persekitaran dirinya sahaja. Bahkandia perlu pergi ke tempat di manamasyarakat berhimpun untukmemperkenalkan Dakwah.

Jika dakwah ditolak oleh kaum sendiri, Da’I tidakboleh berputus asa. Mungkin Allah SWT telahsediakan kelompok lain yang menyambut dakwah,disebabkan usaha Da’I dalam kesempatan tertentu.

Keimanan 7 orang Ansor di Aqabah telah menjadisebab masuknya Islam ke Madinah. Kemudian Islamberkembang dengan pesat di Madinah denganpengutusan Mus’ab bin Umair RA.

Siapa sangka, hasil peristiwa itu mengubah corakdakwah baginda sehingga berhasil membangunkanDaulah Islam yang pertama.

Melalui Daulah ini Islam terus kukuh menentangkesyirikan manusia, & menyebarkan hidayah diseluruh pelusuk Tanah Arab & Dunia.

78Tarbiyah Made Easy!!

Page 79: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

“HIJRAH HINGGA NABI STABIL DI MADINAH”

BAHAGIAN 4

Objektif Khusus:

Selepas mengkaji bahagian ini, mutarabbidapat:

1. Memahami sebab-sebab hijrah NabiSAW & umat Islam ke Madinah.

2. Menjelaskan rancangan musyrikinMakkah untuk menghalang penerusandakwah Islam.

3. Mentafsirkan strategi yang digunakanketika hijrah Nabi SAW ke Madinah.

4. Menjelaskan peranan masjid di zamanNabi SAW & membandingkan denganhari ini.

5. Mentafsirkan tindakan-tindakan NabiSAW sebaik sahaja baginda tiba diMadinah.

6. Memahami prinsip-prinsip asas NegaraIslam seperti tercatat di dalam PiagamMadinah.

Page 80: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

1. SEBAB-SEBAB HIJRAH KE MADINAH

Kaum musyrikin Quraisy mendapat tahu tentangkeislaman sekumpulan penduduk Yathrib.

Lantaran itu mereka sengaja meningkatkan seksaanterhadap orang-orang Islam.

Nabi mengarahkan para Sahabat RA agar berhijrahke Madinah. Kebanyakannya berhijrah dengandengan sembunyi-sembunyi.

Umar al-Khattab RA sahaja yang mengisytiharkanhijrahnya. Beliau berkata, “Sesiapa yang mahu ibukehilangan anaknya, esok tunggulah aku di wadi ini!”

Namun, tiada seorang pun yang berani keluarmenyahut cabarannya itu.

Gambaran hijrah Umar al-Khattab RA bersama anaknyaAbdullah RA, tanpa sesiapa berani menghalang.

80Tarbiyah Made Easy!!

Page 81: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Jika seorang Mukmin yakin dengankekuatan yang dimilikinya, dia tidakperlu menyembunyikan tindakannya.

Bahkan, dia hendaklah menyatakandengan lantang pendiriannya hinggamenggerunkan hati musuh-musuhAllah SWT.

Recep Tayyib Erdogan hafizahullah (semoga Allah menjaganya) ialah salah seorang pemimpin dunia Islam

masa kini yang lantang dalam percakapan & tindakannya.

Gambar: Erdogan mengkritik keras kezaliman Isrealkepada penduduk Gaza di hadapan Shimon Peres, Presiden

Israel ketika berforum di World Economic Forum 2009.

81Tarbiyah Made Easy!!

Page 82: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

2. RANCANGAN MEMBUNUH NABI SAW

Musyrikin Makkah yakin bahawa orang Islam telahmemperoleh kekuatan & perlindungan di Madinah.

Dengan itu, jika Bani Manaf (keluarga baginda) inginmenuntut bela, mereka terpaksa berhadapan denganseluruh kabilah di Makkah.

Para pemuda itu berkumpul di muka pintu rumahbaginda di malam hijrah. Mereka menunggu NabiSAW keluar untuk dibunuh, namun dengan bantuanAllah SWT, baginda berjaya keluar berhijrah.

Mereka pun bersidang di Dar An-Nadwah, bagimemikirkan langkah membunuh Nabi SAW.

Akhirnya, diputuskan bahawa setiap kabilahmenghantar seorang pemuda yang kuat sebagaiwakil. Mereka akan membunuh Nabi SAW denganserentak.

Gambaran persidangan musyrikin di Dar an-Nadwah

82Tarbiyah Made Easy!!

Page 83: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Apabila golongan batil berputus asauntuk menyekat dakwah, & ketikaorang-orang beriman terselamat darigenggaman, mereka akan cubamembunuh pelopor dakwah tersebut.

Mereka yakin dengan membunuhDa’I, maka dakwah akan terkubur.Mereka amat benci pada kebenaran &gembira jika ia dihapuskan.

Dua orang pejuang yang syahid dibunuh oleh musuhIslam demi menguburkan dakwah Islam. Namun,darah mereka malah menyuburkan lagi benih-benihperjuangan.

Imam Hasan al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin

Syeikh Ahmad Yasin, pengasas gerakan HAMAS

83Tarbiyah Made Easy!!

Page 84: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

3. PERSIAPAN BERHIJRAH NABI SAW

Nabi SAW meminta Ali bin Abi Tolib RA untuktidur di tempat tidurnya.

Beliau juga disuruh memulangkan barang-barangamanah orang Quraisy yang disimpan bagindapada keesokan paginya.

Nabi SAW meninggalkan rumahnya tanpa disedaripara pemuda yang ingin membunuhnya, & pergi kerumah Abu Bakar RA.

Abu Bakar RA telah mengupah Abdullah binUraiqit ad-Daili, seorang musyrik untuk menjadipenunjuk jalan ke Madinah melalui jalan lain,bukan jalan biasa ke Madinah.

Gambaran kegemparan musyrikin Quraisy apabila mendapatiAli RA yang tidur menggantikan Nabi SAW.

84Tarbiyah Made Easy!!

Page 85: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Kerelaan Ali RA untuk tidur di tempatNabi SAW menunjukkan bahawaseorang kader yang jujur & ikhlassanggup mengorbankan nyawa untukkeselamatan pimpinannya.

Ini kerana, keselamatan dakwah banyak bergantungkepada keselamatan para pemimpin. Jika pemimpinterkorban, dakwah akan melemah.

Orang musyrik menyerahkan barang milik merekauntuk disimpan oleh Nabi SAW, sedangkan padamasa yang sama memusuhi baginda. Inimembuktikan bahawa dalam jiwa musuh-musuhdakwah, mereka masih yakin dengan kejujuran &ketulusan Da’I.

Mereka yakin bahawa perjalanan kehidupan Da’Iitu lebih baik, namun buta hati, sikap keras kepala& kepentingan peribadi mendorong mereka terusmemerangi & memasang tipudaya.

85Tarbiyah Made Easy!!

Page 86: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

4. HIJRAH NABI SAW & ABU BAKAR RA

Nabi SAW & Abu Bakar as-Siddiq RA keluarberhijrah pada hari Khamis, 1 Rabiul Awwal, tahunke-53 kelahiran baginda.

Hanya Ali RA & keluarga Abu Bakar sahaja yangmengetahui mengenai hijrah tersebut.

Anak-anak perempuan Abu Bakar; Asma’ RHA &Aisyah RHA menyediakan bekalan untuk merekaberdua.

Asma’ digelar Dzatun Nitoqain (perempuan yangpunyai 2 tali pinggang) kerana telah mengoyakkansebahagian tali pinggangnya untuk mengikatkarung makanan.

Gambaran semula peranan Asma’ RHA semasa hijrah Nabi SAW & Abu Bakar RA

86Tarbiyah Made Easy!!

Page 87: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Dengan bantuan Abdullah bin Uraiqit, merekamenghala ke Yaman hingga tiba di Gua Thur, lalubersembunyi di situ selama 3 malam.

Anak lelaki Abu Bakar, Abdullah RA ditugaskanmenjadi pengintip di Makkah. Beliau berpagidengan orang Makkah untuk mengetahuirancangan jahat mereka, lalu memaklumkan padaNabi SAW pada waktu petangnya.

Pengajaran & Pedoman

Hijrah Nabi SAW bukannya melarikandiri kerana pengecut atau takut mati,sebaliknya sebagai suatu tindakandemi masa depan dakwah & stretegimelawan musuh.

Pemimpin bertindak sebegitu untuk mengerakkansemula Islah dengan lebih agresif & aktif di medanyang lain.

87Tarbiyah Made Easy!!

Page 88: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Peranan wanita sangatpenting dalam gerakanDakwah & Islah. Suatugerakan akan melangkahperlahan & kurang efektifsehinggalah kaum wanitamenyertainya.

Ini kerana wanita lebih halus emosinya & lebih kuatdesakannya. Jika mereka yakin dengan sesuatu,mereka tidak akan menghiraukan segala kesusahan &berusaha untuk menyebarkan keyakinan itu kepadasuami, anak-anak & adik-beradiknya.

Peranan pemuda seperti Abdullah bin Abu Bakar RAmemberi pengaruh besar kepada kejayaan dakwah.Mereka ada tonggak bagi dakwah ini.

Dakwah Nabi SAW telahdisambut oleh generasipara pemuda. Para SahabatRA rata-rata merupakanpemuda yang berani &sanggup berkorban harta,jiwa & raga untukmenegakkan Ad-Din Islam.

Peranan pemuda & pemudi jika digabungkan bakalmenunjang kejayaan dakwah yang luar biasa.

88Tarbiyah Made Easy!!

Page 89: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Kiamat seolah berlaku kepada musyrikian Quraisysetelah Nabi SAW terselamat daripada usahamembunuhnya.

Mereka mengejar ke segenap penjuru sehinggalahtiba di Gua Thur. Mereka begitu hampir denganpersembunyian Nabi SAW sehingga Abu Bakardapat lihat kaki-kaki mereka di luar.

Abu Bakar berkata, “Demi Allah, ya Rasulullah! Jikasalah seorang dari mereka melihat ke tempat letakkakinya, nescaya dia akan melihat kita.”

Nabi SAW mententeramkannya seraya bersabda,“Ya Abu Bakar, kau sangka kita berdua, sedangkan Allahadalah yang ketiga!”

Akhirnya, para pengejaritu pergi meninggalkanGua Thur selepas melihatsarang burung & labah-labah di pintu gua.

Mereka yakin bahawa tidak mungkin ada orangyang dapat memasuki gua tanpa merosakkan sarangtersebut.

89Tarbiyah Made Easy!!

Page 90: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Ini membenarkan janji Allah SWT dalam firman-Nya

Sesungguhnya Kami tetap membela sertamempertahankan Rasul-rasul Kami & orang-orangyang beriman dalam kehidupan dunia ini, & pada saatbangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat).

(Ghafir 40: 51)

56789:;<=>?@

Pengajaran & Pedoman

Para Da'I hendaklah sentiasa yakinakan penjagaan Allah SWT terhadappara du’at dan kekasih-Nya.

Di Gua Thur, Allah SWT telahmenolong kekasih-Nya denganmenutup pandangan musyrikin daribenar-benar melihat ke dalam gua.

90Tarbiyah Made Easy!!

Page 91: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Dan juga firman-Nya

Sesungguhnya Allah membela orang-orang yangberiman.

(al-Hajj 22: 38)

ÏÐÑÒÓÕÔ

Kerisauan Abu Bakar RA akan keselamatan NabiSAW menunjukkan bahawa seorang kader yangjujur sentiasa bersama pemimpinnya walau ketikadikelilingi bahaya.

Jawapan baginda pula menunjukkan ketenanganseorang Rasul yang benar. Adakah ketenangan inimampu terbit daripada seorang yang menipu &menyamar sebagai Rasul?

Pemuka Quraisy telah menawarkan sejumlah besarharta kekayaan bagi sesiapa yang mampumembunuh atau menawan Nabi SAW.

Seruan itu telah disahut oleh Suraqah bin Malik binJu’sham yang segera berangkat untuk menjejakikedua orang buruan tersebut.

91Tarbiyah Made Easy!!

Page 92: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Suraqah berjaya mengejar mereka berdua di jalanpantai Laut Merah. Suraqah segera mendekatimereka, tetapi tiba-tiba kaki kudanya terbenam kedalam pasir.

Dia mencuba sebanyak 3 kali supaya kudanyamenuju ke arah Nabi SAW, tapi kudanya enggan.

Akhirnya Suraqah sedar & yakin bahawa didepannya itu adalah Rasul Allah SWT. Lantas diaberiman & meminta baginda janjikan sesuatuuntuknya.

Nabi SAW menjanjikan 2 gelang tangan Kisra Parsikepadanya. Suraqah lalu kembali ke Makkahseolah-olah tidak berlaku apa-apa.

Gambaran Suraqah bin Malik; seorang pakar menunggangkuda yang dijatuhkan ketika cuba mengejar Nabi SAW.

92Tarbiyah Made Easy!!

Page 93: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Peristiwa kegagalan Suraqah binMalik mendekati Nabi SAW menjadibukti akan kenabian baginda &sokongan Allah SWT terhadapdakwahnya.

Janji Nabi SAW kepada Suraqah RA juga satu lagimukjizat. Manusia yang lari dari kaumnya dengantidak memiliki apa-apa mustahil akan janjikangelang Kisra Parsi jika dia bukan Nabi yangmendapat wahyu.

Janji baginda kepada Suraqah RA ini telah tertunaipada zaman Khalifah Umar Al-Khattab RA. Umarsendiri yang pakaikan pada Suraqah di hadapanpara Sahabat RA.

Janji Nabi SAW ketika hijrah, tertunai dengantersungkurnya kerajaan Kisra Parsi di tangan tentera Islam.

93Tarbiyah Made Easy!!

Page 94: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

5. NABI SAW TIBA DI MADINAH

Nabi Muhammad SAW & Abu Bakar RA tiba diMadinah pada 12 Rabiul Awwal.

Para penduduk Madinah telah lama menantikedatangan baginda, mereka keluar pada setiappagi untuk menanti.

Apabila melihat Nabi SAW, mereka amat gembira& kanak-kanak mendendangkan nasyid diiringipaluan gendang-gendang.

Mereka meninggalkan segala pekerjaan semata-mata untuk menyambut kehadiran Nabi SAW &Abu Bakar RA.

Gambarankegembiraan yang

tidak terhinggaumat Islam di

Madinah tatkalamelihat ketibaan

Nabi SAW & Abu Bakar RA

94Tarbiyah Made Easy!!

Page 95: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Penduduk Madinah amat bergembiradengan kehadiran Nabi SAW diMadinah, ini tidak pelik keranabaginda telah menyelamatkan merekadaripada kegelapan jahiliyah kepadacahaya kebenaran Islam.

Orang Yahudi juga pada zahirnya turut bermanismuka menyambut Nabi SAW, namun di dalam hatimereka dengki kerana kehilangan kuasa.

Kita bakal melihat nantibagaimana kaum Yahuditelah menggunakan segalatipu daya untuk melaga-lagakan di antara umatIslam, malah berusaha untukmembunuh Nabi SAW.

Orang Yahudi merupakan ‘musuhdalam selimut’ bagi dakwah &

umat Islam di Madinah.

95Tarbiyah Made Easy!!

Page 96: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

5. MASJID-MASJID TERAWAL DALAM ISLAM

Sebelum tiba di Madinah, Nabi SAW singgah diQuba’, iaitu sebuah kampung di selatan Madinah,kira-kira 2 batu dari Madinah.

Baginda membina masjid pertama dalam Islam disitu & tinggal selama 4 hari.

Seterusnya, baginda bertolak ke Madinah pada hariJumaat. Waktu Zohor masuk ketika mereka diperkampungan Bani Salim bin ‘Auf.

Baginda membina sebuah masjid, berkhutbah &bersolat Jumaat pertama dalam sejarah Islam di situ.

Masjid Quba’ kini

Masjid Jum’ah kini

96Tarbiyah Made Easy!!

Page 97: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Di Madinah, Nabi SAW memilih tempat untabaginda berhenti duduk untuk dijadikan masjid.

Tanah itu dimiliki oleh 2 kanak-kanak yatim Ansor.Kanak-kanak itu ingin berikan tanah itu secarapercuma, namun Nabi SAW berkeras untukmembelinya.

Akhirnya, tanah itu dijual dengan harga 10 dinardan Abu Bakar RA membayarnya.

Nabi SAW & para Sahabat RA sama-sama membinamasjid An-Nabawi. Dindingnya dari batu bata &atapnya dari pelepah kurma yang diletak di atasbatang-batang kurma.

97Tarbiyah Made Easy!!

Page 98: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Ibadah dalam Islam berperananmembersihkan jiwa, mensucikanakhlak & menjalinkan ukhuwahsesama umatnya.

Ketika hijrah ke Madinah, jelas pada kita bahawaNabi SAW akan membina masjid di tempatpersinggahannya. Juga ketika tiba di Madinahbaginda segera membina masjid.

Ini menunjukkan kepentingan & peranan masjiddalam Islam. Solat berjemaah menjadi lambangkesatuan saf perjuangan & matlamat, serta kerjasamaumat Islam dalam kebajikan & ketaqwaan.

Masjid di zaman Nabi SAW menjadi pusatpengurusan negara, sidang pembicaan masalahumat, pusat pentarbiyahan generasi Islam & medanpelancaran ketumbukan tentera Islam.

Hari ini masjid hanya dikenali sebagai tempatdilaksanakan ritual-ritual keagamaan. Da’Ihendaklah membangun semula generasi Rabbaniyang akan sentiasa mengimarahkan masjid-masjidtersebut.

98Tarbiyah Made Easy!!

Page 99: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

6. MEMPERSAUDARAKAN MUHAJIRIN & ANSOR

Setelah membina masjid, langkah kedua Nabi SAWialah mempersaudarakan pula di antara kaumMuhajirin (daripada Makkah) dengan kaum Ansor(daripada Madinah).

Baginda menjadikan bagi setiap seorang Muhajirin,saudaranya daripada kalangan Ansor.

Kaum Ansor membawa saudara Muhajirin merekake rumah masing-masing & membahagikan hartabenda. Malah ada yang sanggup menceraikan isteriuntuk dikahwini oleh saudaranya.

Pengajaran & Pedoman

Proses persaudaraan ini merupakanbukti paling jelas tentang keadilanmanusiawi & akhlak yang membinadalam Islam.

99Tarbiyah Made Easy!!

Page 100: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Muhajirin sanggup meninggalkan tanah air & hartabenda mereka demi meraih keredhaan Allah SWT.Mereka datang tanpa saki baki dunia.

Ansor pula kaya dengan hasil tanaman, harta &perusahaan mereka. Oleh itu, seorang saudara perlumenanggung saudaranya, sanggup berkongsikesenangan dengan mereka.

Apakah wujud keadilan sosial di dunia ini yangmenyamai kedudukan persaudaraan ini?

Rukun Usrah yang 3; iaitu Taaruf, Tafahum & Takaful merupakan suatu manifestasi terhadap pembinaan

Ukhuwwah Islamiyah yang praktikal.

100Tarbiyah Made Easy!!

Page 101: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

7. PIAGAM MADINAH

Nabi SAW kemudiannya mematerai satu piagambertulis yang mengandungi dasar persaudaraanantara Muhajirin dan Ansor.

Terdapat juga dasar kerjasama antara orang Islamdengan orang bukan Islam.

Antara lain kandungan piagam tersebut adalahpernjian untuk berbaik-baik dengan Yahudi, sertamengakui hak mereka dalam agama & harta benda.

Terkandung juga prinsip dasar Negara IslamMadinah seperti prinsip:

Kemanusiaan, Keadilan Sosial, Toleransi Agama Kerjasama demi Kemaslahatan Masyarakat.

Gambaran tatkala Piagam Madinah dibacakan kepadapara penduduk di Madinah.

101Tarbiyah Made Easy!!

Page 102: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Di sini, disebutkan beberapa prinsip umum yangterkandung dalam piagam bersejarah yang abadi ini:

Isi Kandungan Piagam Madinah:

1. Kesatuan umat Islam tanpa sebarang diskriminasiantara mereka.

2. Persamaan warga-warga umat Islam dari segi hak& kemuliaan.

3. Umat Islam perlu saling bahu membahu kecualidalam kezaliman, dosa & permusuhan.

4. Penyertaan umat dalam menentukan bentukhubungan dengan musuh-musuh mereka. Seluruhorang Islam perlu mempunyai satu pendirianterhadap musuh mereka.

5. Penubuhan masyarakat di atas sistem yang terbaik& teguh.

6. Membenteras pemberontak negara & pengganggugugat sistem awam di samping kewajipan agartidak membantu mereka.

7. Hak perlindungan kepada sesiapa yang inginhidup bersama orang Islam, apabila diamenjalinkan hubungan baik, bekerjasama, tidakmenzalimi & mencerobohi hak orang Islam.

102Tarbiyah Made Easy!!

Page 103: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

8. Bukan Islam mempunyai hak dalam agama danharta mereka. Mereka tidak dipaksa memelukagama Islam & harta mereka tidak boleh dirampas.

9. Bukan Islam mesti memberi sumbangan kepadapembiayaan negara sebagaimana orang Islammemberi sumbangan.

10. Bukan Islam mesti bekerjasama dengan orangIslam untuk menghalang bahaya yang menggugatentiti negara melalui penentangan terhadap setiappencerobohan.

11. Bukan Islam juga mestilah turut serta menanggungkos peperangan selagi mana negara berada dalamkeadaan perang.

12. Negara mestilah membantu bukan Islam yangdizalimi sebagaimana ia menolong setiap orangIslam yang dicerobohi.

13. Orang Islam & bukan Islam tidak boleh sama sekalimelindungi musuh-musuh negara & konco-koncomereka.

14. Jika kemaslahatan umat terletak pada perdamaian,semua warga wajib menerima perdamaian.Samada orang Islam mahupun bukan Islam.

103Tarbiyah Made Easy!!

Page 104: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

15. Seseorang tidak dihukum dengan sebab dosa ataukesalahan orang lain. Seorang penjenayahsebenarnya melakukan jenayah terhadap diri &keluarganya sendiri.

16. Kebebasan bergerak dalam negara & kebebasanuntuk keluar negara adalah terpelihara di bawahperlindungan negara.

17. Tiada perlindungan kepada orang yang berdosa &orang yang zalim.

18. Masyarakat ditegakkan di atas dasar kerjasamadalam kebajikan dan taqwa, bukan dalam dosa &permusuhan.

19. Prinsip-prinsip di atas dipelihara oleh duakekuatan:

Kekuatan maknawi (spiritual) iaitu: Keimananrakyat kepada Allah, merasakan muraqabah-Nya(pemerhatian Allah) terhadap mereka &penjagaan-Nya kepada sesiapa yang berbuatbaik & setia.

Kekuatan maddiyyah (material) iaitu:Kepimpinan negara yang diwakili oleh NabiMuhammad SAW.

104Tarbiyah Made Easy!!

Page 105: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Pengajaran & Pedoman

Dasar Keadilan Sosial menjadi asaskepada tegaknya Negara Islam.

Begitu juga asas hubungan antaraorang Islam dengan bukan Islam.Bukan Islam hidup aman damaiselagi mereka berbaik-baik & tidakmengancam keselamatan negara.

Slogan Negara Islam adalah prinsip kebenaran,keadilan, kerjasama dalam kebajikan & ketaqwaan,bekerja untuk kebajikan manusia, & menolakpenindasan golongan kejahatan kepada masyarakat.

Pada hari ini, prinsip-prinsip tersebut bertepatandengan prinsip yang membentuk negara &menaungi manusia.

Melalui prinsip-prinsip ini, umat Islam akan berjayamerealisasikan pembinaan masyarakat yang palingkuat, sempurna, bahagian & progresif.

Walaubagaimanapun, adalah menjadi maslahah bagikita untuk memastikan negara dibina di atas asas-asas Islam. Mengabaikan kemaslahatan ini, berertimengundang kerosakan & kebinasaan.

105Tarbiyah Made Easy!!

Page 106: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Firman Allah SWT:

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduknegeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akanmembuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yangmelimpah-limpah berkatnya, dari langi & bumi…

(Al-A’raf 7: 96)

! " # $ % & ' ( ) * + ,

106Tarbiyah Made Easy!!

Wallahu a’lam

Page 107: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

Tarbiyah Made Easy!! 107

SEKIAN

Nantikan siri kedua ebook ini yang bakal membahaskankisah-kisah peperangan Nabi SAW & peristiwa-peristiwa

penting sehingga kewafatan baginda.

Terima kasih.

EbookTarbiyah.Com“Tarbiyah Made Easy!!”

Page 108: (Sebelum Kerasulan hingga Awal FasaMadinah)ebooktarbiyah.com/wp-content/uploads/ebooks/Sirah_Nabawiyah_Buk… · Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu para Nabi dan

AKAD PEMBELIAN

1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOKINI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHANISI KANDUNGAN EBOOK.

2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOKINI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN:

RM4.50 SAHAJA KEPADAAKAUN MAYBANK 164799081505

(AZRAAI BIN AHMAD)[email protected]

Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website EbookTarbiyah.Com

3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOKINI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA.

4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGISALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANGKEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZINBERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH.

5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI,AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKADPEMBELIAN INI.

SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT.

108Tarbiyah Made Easy!!