theory of constraints moral

15
3.0 Theory Of Constraints (TOC) Theory of Constraints (TOC) telah dicipta oleh Dr. Eliyahu M. Goldratt (1947-2011), teori ini merupakan satu teknik proses pemikiran yang logik dan sistematik yang digunakan dalam mengenal pasti dan mencari jalan untuk mengatasi halangan atau masalah pada seseorang individu, kumpulan atau organisasi dari mencapai matlamat yang ingin dicapai. Teori ini boleh digunakan di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Terdapat tiga teknik yang boleh diaplikasikan iaitu: TOC bermula dengan penerimaan bahawa sesuatu situasi mengandungi masalah yang perlu diselesaikan. Situasi ini dilihat dari 3 aspek: TO C Teknik awan Teknik sebab dan akibat Teknik mencita - citakan kejayaa n

Upload: izzat-najmi

Post on 31-Dec-2015

108 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

Page 1: Theory of Constraints Moral

3.0 Theory Of Constraints (TOC)

Theory of Constraints (TOC) telah dicipta oleh Dr. Eliyahu M. Goldratt (1947-2011),   teori ini

merupakan satu teknik proses pemikiran yang logik dan sistematik yang digunakan dalam

mengenal pasti dan mencari jalan untuk mengatasi halangan atau masalah pada seseorang

individu, kumpulan atau organisasi dari mencapai matlamat yang ingin dicapai. Teori ini boleh

digunakan di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Terdapat

tiga teknik yang boleh diaplikasikan iaitu:

TOC bermula dengan penerimaan bahawa sesuatu situasi mengandungi masalah yang perlu diselesaikan. Situasi ini dilihat dari 3 aspek:

TOC

Teknik awan

Teknik sebab dan akibat

Teknik mencita-citakan

kejayaan

Apakah yang perlu diubah? (mengenal pasti situasi)

Ini adalah pernyataan masalah

Apakah perubahan yang berlaku? ( mengenal pasti

penyelesaian masalah)

Ini adalah penyelesaian masalah

Bagaimana mengendalikan perubahan (cara

melaksanakan penyelesaian)

Ini adalah cara pelaksanaan penyelesaian masalah

Page 2: Theory of Constraints Moral

Kebaikan penggunaan teknik TOC

Kebaikan yang murid akan peroleh dari teknik TOC adalah:

1. Berupaya untuk menganalisis masalah dari pelbagai sudut

2. Berupaya untuk berfikir akan kesan yang akan diterima daripada tindakan yang diambil

oleh mereka. ini membuatkan mereka mampu memilih tindakan yang baik untuk diri

mereka

3. Berupaya untuk memahami apa yang telah dipelajari oleh mereka dengan

menggunakan hubungan yang logik di antara data yang diterima

4. Berupaya untuk menetapkan matlamat dan membina saru rancangan atau pelan untuk

mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Contoh penggunaan teknik TOC

mengenal pasti situasimengenal pasti

penyelesaian masalah

cara melaksanakan

penyelesaian

Konflik PeribadiDiri sendiri menyelesaikan

konflikGunakan Teknik Awan

Pemahaman kandungan

data tidak mendalam

Pemahaman yang lebihmendalam

Gunakan Teknik Awan

Kelakuan yang negatif

Kebolehan memikir tentang

akibat daripada sesuatu

kelakuan

Gunakan Teknik Sebab dan

Akibat

Hanya mampu menghafal

kandungan sesuatu bahan

Memahami kandungan melalui

cara sebab dan akibat

Gunakan Teknik Sebab danAkibat

Tiada berkebolehanmenentukan dan mencapai

matlamat

Mengatasi cabaran-cabaran

bagi mencapai matlamatmelalui perancangan

strategik

Gunakan Teknik Mencita-citakan

Kejayaan

Page 3: Theory of Constraints Moral

Perbezaan di antara penggunaan ketiga-tiga teknik ini dapat dilihat apabila ia diaplikasikan di

dalam satu situasi yang sama.

Situasi yang diberi adalah:

Seorang murid telah menghadapi satu konflik, iaitu untuk dia berjaya di dalam peperiksaan, dia

perlu membuat ulang kaji. Namun begitu untuk mengulang kaji pelajaran dengan selesa dia

memerlukan badan yang sihat dan bertenaga, maka untuk mendapatkan badan yang sihat

murid tersebut perlu bersenam, namun murid itu risau jika dia bersenam, dia akan menjadi

terlalu penat ketika mengulang kaji pelajaran.

Oleh itu, apabila teknik-teknik pemikiran TOC ini diaplikasikan kepada dilema yang sedang

dihadapi murid tersebut, perbezaan di antara ketiga-tiga teknik ini akan dapat dilihat. Jika murid

tersebut ingin menggunakan teknik awan, murid tersebut perlu mempunyai dua kehendak

seperti:

Teknik awan

Teknik ini digunakan apabila terdapatnya sesuatu kejadian, idea dan situasi yang bertentangan

dengan kehendak seseorang. Konflik yang timbul biasanya berbentuk internal atau dalaman

yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan lebih dari satu

pihak. Penyelesaian terbaik dicari bagi memenuhi kedua-dua kehendak dan mencapai

matlamat yang ingin dicapai.

Teknik ini akan menganalisis segala maklumat berkenaan dengan sesebuah masalah secara

adil dengan memfokuskan kepada 5 soalan. Proses ini menggunakan gambar rajah iaitu 5

kotak yang dihubungkan dengan anak panah. Setiap kotak akan mengandungi jawapan kepada

persoalan yang ditanya untuk membantu seseorang individu itu untuk melihat dengan jelas

situasi yang sedang dihadapi olehnya. Nombor pada setiap kotak menandakan urutan kotak

atau awan yang akan dibina dahulu. Pada kotak yang pertama dan kedua, konflik, masalah

atau kehendak perlu dikenal pasti. Pada kotak ketiga dan keempat pula keperluan yang ingin

dicapai oleh individu itu dikenal pasti. Pada kotak yang terakhir, iaitu pada kotak yang kelima

adalah pengenalpastian matlamat bersama.

Page 4: Theory of Constraints Moral

Apakah yang dikehendaki?

Apakah matlamat yang ingin dicapai?

Mengapa kehendak ini diperlukan?

Mengapa kehendak ini diperlukan?

Apakah kehendak yang lain?

konflik

1

5

4

3

2

Mahu bersenam

Ingin mengulang kaji pelajaran dengan

selesa

Tidak mahu letih kerana ingin

mengulang kaji pelajaran

Mengelakkan dari jatuh sakit kerana ingin

mengulang kaji pelajaran

Tidak mahu bersenam

konflik

Kehendak 1

Keperluan 2Kehendak 2

Keperluan 1

Matlamat bersama

Page 5: Theory of Constraints Moral

Faedah menggunakan teknik awan

Membolehkan pemahaman terhadap sesebuah masalah dari sudut pandangan yang

berbeza

Menambahkan sifat tanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat

Menghasilkan inisiatif dalam menyelesaikan masalah sendiri

meningkatkan kebolehan dalam menambah baik jalan penyelesaian yang sedia ada dan

membina jalan penyelesaian yang baru.

Mudah digunakan walaupun untuk kanak-kanak yang masih kecil

Teknik sebab dan akibat

Teknik ini menerangkan bagaimana sesebuah tingkah laku, idea atau kejadian yang dilakukan

akan mengakibatkan kesan-kesan yang tertentu. Teknik pemikiran ini akan membuatkan

individu itu dapat menganalisis hubungan di antara setiap maklumat dengan menggunakan

kesan sebab dan akibat yang diterima. Setiap maklumat yang terdapat di dalam gambar rajah

kotak akan dihubungkan dengan kenyataan “jika, maka”

Teknik ini akan membuatkan murid-murid berfikir secara menyeluruh akan kesan yang akan

diterima oleh mereka berdasarkan dari perlakuan yang dilakukan oleh mereka. jika murid-murid

dengan sendirinya dapat mengenal pasti hubungan di antara sebab dan akibat dari perlakuan

mereka, mereka sendiri akan memilih perlakuan yang betul dan bertanggungjawab. Dengan ini

murid –murid bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka sendiri

malah ia juga dapat mengelakkan dari berlakunya konflik dengan orang lain.

Kesan positif atau negatif yang diterima

Gagal di dalam peperiksaan

maka

Kesan yang diterima

Page 6: Theory of Constraints Moral

Faedah menggunakan teknik sebab dan akibat

Membolehkan murid memahami mengapa mereka perlu mengubah tingkah laku mereka

yang tidak diingini

Membolehkan murid-murid untuk menukar tingkah laku mereka yang tidak diingini

secara sendiri tanpa perlu ditunjukkan kepada mereka perlakuan yang sepatutnya

dilakukan oleh mereka.

Membuatkan murid-murid menjadi lebih bertanggungjawab terhadap kelakuan mereka

sendiri

Membentuk tabiat berfikir dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan

Teknik mencita-citakan kejayaan

.... ....

Akibat yang diterima

....

Sebab sesuatu berlaku

Akibat yang diterima

Sebab sesuatu berlaku

Jika ia dilakukan

maka

maka

Tidak dapat menjawab peperiksaan

Badan menjadi lemah dan kurang bertenaga

Akan jatuh sakit

badan menjadi tidak sihat

Jika tidak bersenam

maka

maka

Sebab berlaku

Perkara yang dilakukan

Akibat diterima

Akibat diterima

Sebab berlaku

Sebab berlaku

Page 7: Theory of Constraints Moral

Teknik ini merupakan satu teknik pemikiran yang memerlukan seseorang individu itu untuk

merancang dengan sistematik dan secara kolobratif untuk menyelesaikan masalah dengan

menghadapi cabaran-cabarannya dengan memikirkan langkah-langkah yang dapat digunakan

dengan cara yang sistematik dan logik.

Langkah pertama dalam menggunakan teknik adalah dengan menganalisis tentang apakah

matlamat yang ingin dicapai oleh seseorang individu. Setelah matlamat yang ingin dicapai

dapat dikenal pasti dan dinyatakan secara jelas, halangan-halangan yang akan dihadapi oleh

individu dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan perlu dikenal pasti. Seterusnya adalah

dengan memikirkan langkah-langkah (Intermediate Objective) yang perlu dilaksanakan bagi

mengatasi segala halangan yang telah dikenal pasti

Matlamat

Halangan Langkah-langkah

Matlamat : ingin mencapai kejayaan di dalam peperiksaan

Halangan Langkah-langkah

Jatuh sakit dan tidak larat untuk mengulang

kaji

Bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat

Tidak larat untuk mengulang kaji pelajaran

kerana keletihan selepas bersenam

Memakan makanan tambahan seperti vitamin,

spirulina dan pelbagai produk kesihatan yang

lain

Faedah menggunakan teknik mencita-citakan kejayaan

Page 8: Theory of Constraints Moral

Memastikan bahawa matlamat yang ingin dicapai difahami dengan jelas

Menyediakan satu titik fokus tentang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi

mencapai matlamat yang telah ditetapkan

Meningkatkan komunikasi di antara individu

Dapat menghasilkan pelan yang konkrit dan senang untuk diikut

Meningkatkan penglibatan dan komitmen di antara ahli kumpulan di dalam satu tugasan

Dapat menyingkirkan langkah-langkah yang membazirkan waktu dan tenaga untuk

mencapai matlamat yang telah ditetapkan

Perbincangan

Hasil dari pemerhatian yang telah dibuat. Kita dapat melihat bahawa setiap teknik yang

digunakan, diaplikasikan dengan cara yang berbeza walaupun ianya diaplikasikan pada satu

situasi yang sama dan membawa kepada matlamat yang hampir sama. Kita dapat melihat

bahawa hanya teknik awan sahaja yang dapat membuatkan individu itu memahami konflik yang

dihadapinya secara menyeluruh, dengan melihat masalah ini dari sudut pandangan yang

berbeza, iaitu dari sudut pandangan orang yang bersenam dan sudut pandangan orang yang

tidak bersenam. Murid tersebut dapat melihat bahawa, dari sudut pandangan yang berbeza ini

terhasilnya keperluan yang berbeza tetapi ianya membawa kepada matlamat yang sama. Ini

membolehkan individu itu melihat bahawa dari sudut pandangan yang berbeza mempunyai

kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri. Oleh itu, melalui teknik ini murid tersebut

memerlukan soalan tambahan yang akan merangsang pemikirannya untuk mencipta satu jalan

penyelesaian yang mudah seperti membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah ini

dengan memilih langkah yang lebih penting dari langkah yang lain ataupun mencari

penyelesaian ‘win-win’ ke arah tercapai nya matlamat bersama.

Manakala apabila murid ini menggunakan teknik sebab dan akibat pula. Murid tersebut hanya

melihat dari satu perspektif sahaja, berbeza dari teknik awan. Apabila murid itu memilih satu

perlakuan, murid tersebut akan berfikir dan menginferens tentang apakah akibat yang akan

diterima oleh murid tersebut jika ia memilih perlakuan ini. Contoh yang dapat ditunjukkan ialah,

jika murid itu tidak bersenam apakah akibat yang mungkin akan diterima oleh murid tersebut

dan bagaimanakah akibat yang diterima oleh murid itu terjadi. Di sini, murid akan memahami

apakah tingkah laku yang ingin dilaksanakan oleh mereka itu, akan memberikan impak yang

positif atau negatif kepada kehidupan mereka. jika ia memberikan impak yang negatif kepada

Page 9: Theory of Constraints Moral

mereka, murid tersebut akan mengubah tingkah laku nya dengan sendiri tanpa menerima

arahan dari orang lain. malah, mereka akan turut memahami, mengapa mereka perlu

mengubah tingkah laku mereka yang tidak diingini ini. Hasilnya murid akan memilih tingkah laku

atau perlakuan yang akan membawa kebaikan kepadanya.

Jika murid tersebut menggunakan teknik mencita-citakan kejayaan, kita dapat melihat bahawa

kaedah pemikirannya agak berbeza dari teknik-teknik yang sebelumnya. Seperti teknik awan

dan sebab dan akibat. Ianya berbeza kerana teknik mencita-citakan kejayaan ini memulakan

teknik penyelesaian masalah dengan mengenal pasti apakah, kehendak atau perlakuan yang

ingin dilakukan oleh murid itu berbeza dengan teknik lain yang dimulakan dengan mengenal

apakah kehendak murid tersebut dan sama ada kehendak atau perlakuan yang ingin dilakukan

oleh murid tersebut akan membawa mereka ke arah matlamat yang ingin dicapai ataupun tidak.

Ianya berbeza dengan teknik mencita-citakan kejayaan yang memerlukan murid tersebut untuk

mengenal pasti apakah matlamat yang ingin dicapai oleh mereka terlebih dahulu dan apakah

cabaran-cabaran yang mungkin akan dihadapi murid tersebut dan bagaimanakah caranya

murid tersebut untuk menghadapi cabaran yang telah dinyatakan. Ini akan membuatkan murid

memahami akan matlamat yang ingin dicapai dengan jelas, dan matlamat yang telah ditetapkan

itu akan menjadi satu titik fokus kepada pembinaan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan

bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh murid.

Apa yang pasti ketiga-tiga teknik ini akan membuatkan murid-murid dapat melihat secara jelas

akan matlamat yang ingin dicapai oleh mereka dan membina satu rancangan untuk mengatasi

masalah yang dihadapi. Di sini juga ia mampu mengubah sikap murid menjadi seseorang yang

berfikir terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu tindakan dan menjadi seorang yang

bertanggungjawab dalam membuat keputusan dan melaksanakannya

Teknik ini juga dapat memberi peluang dan ruang kepada murid-murid untuk menjadi lebih

produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk merancang langkah-langkah

penyelesaian dengan sistematik bagi mengatasi dan menghadapi cabaran ke arah pencapaian

matlamat yang telah ditetapkan.

4.0 Refleksi

Page 10: Theory of Constraints Moral

Apa yang saya peroleh berdasarkan dari apa yang telah dipelajari dan dari pengalaman yang

sedia ada, kaedah penyelesaian masalah dan Theory Of Constraints (TOC) yang mempunyai

pelbagai teknik yang amat sesuai digunakan di dalam kehidupan seharian manusia sebagai alat

pemikiran yang digunakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan mengaplikasikan

kaedah dan teori ini, seseorang manusia itu perlu berfikir secara kreatif dan kritis semasa

membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya dan bertanggungjawab

terhadap keputusan yang telah dibuat.

Setiap kaedah dan teknik ini telah menyediakan satu garis panduan bagaimana untuk

memahami masalah yang di hadapi mengenali apakah matlamat yang ingin dicapai dan

merancang langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang dihadapi untuk mencapai matlamat

yang diingini. Walaupun setiap kaedah dan teori ini mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk

menyelesaikan masalah, namun setiap kaedah dan teknik ini mempunyai kelebihannya yang

tersendiri dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh itu, kita perlu bijak dan tahu

bilakah masanya untuk mengaplikasikan kaedah dan teori ini pada situasi yang sesuai.

Sebagai contoh saya dapat menyimpulkan bahawa kaedah penyelesaian masalah dan teknik

mencita-citakan kejayaan adalah kaedah yang lebih sesuai untuk digunakan dalam

menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat. Hal ini demikian kerana kedua-dua kaedah ini

memerlukan pengguna itu sedar dengan jelas akan matlamat yang ingin dicapainya dan kaedah

dan teknik ini juga mengehendaki pengguna untuk menyediakan satu atau lebih jalan

penyelesaian bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna. Ini amat berguna kerana

hasil dari penggunaan kaedah dan teknik ini satu pelan konkrit yang mudah untuk digunakan

akan terhasil dan pengguna boleh terus mengikuti pelan itu untuk menyelesaikan masalah yang

dihadapi.

Manakala teknik sebab dan akibat lebih sesuai digunakan apabila seorang pengguna ingin

mengetahui sama ada tindakan atau perlakuannya akan membawa akibat atau kesan yang

positif atau negatif kepada kehidupannya. Teknik ini sesuai digunakan dalam mengubah tingkah

laku pengguna yang membawa masalah kepada pengguna untuk mencapai matlamat yang

ingin dicapai. Dengan menggunakan teknik ini, pengguna dapat melihat dan memahami

bahawa tingkah laku nya yang hanya memberi impak negatif dalam kehidupannya dan akan

membuat keputusan untuk mengubahnya demi untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai.

Teknik awan pula sesuai digunakan apabila pengguna ingin melihat sesuatu masalah secara

menyeluruh dan dari sudut pandangan yang berlainan dan ini akan memberi pengguna

Page 11: Theory of Constraints Moral

pemahaman yang lebih mendalam terhadap masalah yang dihadapinya. Teknik awan ini juga

sesuai digunakan dalam menyelesaikan konflik dalaman kerana teknik ini akan menganalisis

segala maklumat berkenaan dengan sesebuah masalah secara adil dan ini akan membantu

pengguna untuk melihat dengan jelas situasi yang sedang dihadapi olehnya dalam membuat

pilihan yang tepat untuk menyelesaikan konflik yang dihadapinya.

Dari pemerhatian yang dibuat secara menyeluruh, saya dapat melihat bahawa kesemua kaedah

dan teknik ini memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis dari pengguna, malah teknik dan

kaedah ini juga menggalakkan perbincangan dengan orang lain bagi mendapatkan jalan

penyelesaian yang lebih baik. Kaedah dan teknik ini juga boleh diaplikasikan dalam pelbagai

cara seperti dalam menyelesaikan masalah, membuat pertimbangan moral, digunakan dalam

pendidikan dan pengajaran sebagai alat untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini

ataupun dengan menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid, malah ia juga boleh

digunakan di dalam pentadbiran ataupun dalam sesebuah organisasi dalam meningkatkan

prestasi dan sebagainya.

Akhir kata, teknik ini amat berguna dan berfaedah kepada seorang bakal guru kerana ianya

mampu memberikan impak yang besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang

akan disertai oleh guru dan murid-murid.