th costing v0.3 · pdf filegambar digital, muzik dan dokumen ... pada tahun 2012 dan...

4
33 | Disember 2013 Bil. 42 | CLOUD STORAGE TREND PENYIMPANAN FAIL MASA KINI Rosidah Rashid Institut Koperasi Malaysia (iCOOP) Pengenalan World Wide Web atau web merupakan satu media maklumat global iaitu satu tempat yang pengguna dapat membaca dan menulis melalui komputer yang bersambung ke Internet. Sejajar dengan perkembangan teknologi web ini maka terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal untuk memudahkan pengguna berkongsi maklumat terutamanya pengguna jenis mobile. Salah satu perkhidmatan yang disediakan ialah penyimpanan fail secara online atau cloud storage. Melihat atau mendengar perkataan cloud storage pada kali pertama, mungkin kita terfikir bahawa cloud storage berkaitan dengan cuaca atau awan. Sebenarnya, cloud storage merupakan media penyimpanan secara online. Jika kaedah penyimpanan ini digunakan maka tidak perlu lagi menyimpan fail di cakera keras, CD, atau pun media storan lain. Fail yang disimpan dapat dikelolakan dari mana-mana tempat selagi penggunanya mempunyai capaian ke Internet. Konsep cloud storage sama seperti konsep pelayan fail (file server) di sesebuah pejabat, hanya infrastruktur media storannya dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan cloud storage dan dapat dicapai melalui Internet. Perkhidmatan cloud storage boleh didapati dengan hanya mendaftar di laman webnya. Faedah Cloud Storage Kita tidak boleh menjangkakan bila kemusnahan akan terjadi. Kemusnahan disebabkan oleh bencana alam dan perbuatan manusia merupakan ancaman kepada fail yang disimpan di dalam komputer pada bila-bila masa; kebakaran, banjir, kecurian perkakasan dan perisian komputer, vandalisme atau kerosakan sistem komputer merupakan ancaman yang akan memusnahkan fail- fail di dalam komputer. Fail-fail seperti gambar digital, muzik dan dokumen boleh terpadam di luar kawalan kita seperti terpadam secara tidak sengaja, kerosakan kepada hard disk dan kecurian data yang disimpan di dalam komputer peribadi dan media storan fizikal lain. Sehubungan itu, dengan menggunakan perkhidmatan cloud storage merupakan kaedah terbaik untuk melindungi semua fail tersebut. Faedah menggunakan cloud storage bukan sahaja terhad untuk melindungi fail dari ancaman di atas, malah ia memberikan perkhidmatan yang amat mudah untuk di akses. Perkhidmatan cloud storage memberikan akses kepada hampir semua fail penting dan fail yang selalu digunakan walau di mana kita berada. Kita boleh mencapai, melihat dan mengedit fail yang disimpan sama ada menggunakan telefon pintar atau komputer.

Upload: vodieu

Post on 07-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TH Costing v0.3  · PDF filegambar digital, muzik dan dokumen ... pada tahun 2012 dan merupakan ... pemprosesan teks, lembaran kerja

33 | Disember 2013 Bil. 42 |

CLOUD STORAGETREND PENYIMPANAN FAIL MASA KINI

Rosidah RashidInstitut Koperasi Malaysia (iCOOP)

Pengenalan

World Wide Web atau web merupakan satu media maklumat global iaitu satu tempat yang pengguna dapat membaca dan menulis melalui komputer yang bersambung ke Internet. Sejajar dengan perkembangan teknologi web ini maka terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal untuk memudahkan pengguna berkongsi maklumat terutamanya pengguna jenis mobile. Salah satu perkhidmatan yang disediakan ialah penyimpanan fail secara online atau cloud storage.

Melihat atau mendengar perkataan cloud storage pada kali pertama, mungkin kita terfikir bahawa cloud storage berkaitan dengan cuaca atau awan. Sebenarnya, cloud storage merupakan media penyimpanan secara online. Jika kaedah penyimpanan ini digunakan maka tidak perlu lagi menyimpan fail di cakera keras, CD, atau pun media

storan lain. Fail yang disimpan dapat dikelolakan dari mana-mana tempat selagi penggunanya mempunyai capaian ke Internet. Konsep cloud storage sama seperti konsep pelayan fail (file server) di sesebuah pejabat, hanya infrastruktur media storannya dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan cloud storage dan dapat dicapai melalui Internet. Perkhidmatan cloud storage boleh didapati dengan hanya mendaftar di laman webnya.

Faedah Cloud Storage

Kita tidak boleh menjangkakan bila kemusnahan akan terjadi. Kemusnahan disebabkan oleh bencana alam dan perbuatan manusia merupakan ancaman kepada fail yang disimpan di dalam komputer pada bila-bila masa; kebakaran, banjir, kecurian perkakasan dan perisian komputer, vandalisme atau kerosakan sistem komputer merupakan

ancaman yang akan memusnahkan fail-fail di dalam komputer. Fail-fail seperti gambar digital, muzik dan dokumen boleh terpadam di luar kawalan kita seperti terpadam secara tidak sengaja, kerosakan kepada hard disk dan kecurian data yang disimpan di dalam komputer peribadi dan media storan fizikal lain. Sehubungan itu, dengan menggunakan perkhidmatan cloud storage merupakan kaedah terbaik untuk melindungi semua fail tersebut.

Faedah menggunakan cloud storage bukan sahaja terhad untuk melindungi fail dari ancaman di atas, malah ia memberikan perkhidmatan yang amat mudah untuk di akses. Perkhidmatan cloud storage memberikan akses kepada hampir semua fail penting dan fail yang selalu digunakan walau di mana kita berada. Kita boleh mencapai, melihat dan mengedit fail yang disimpan sama ada menggunakan telefon pintar atau komputer.

Page 2: TH Costing v0.3  · PDF filegambar digital, muzik dan dokumen ... pada tahun 2012 dan merupakan ... pemprosesan teks, lembaran kerja

34 | DimensiKOOP |

DIMENSIKOOP

Ciri-ciri Cloud Storage

Semua perkhidmatan cloud storage memberikan perkhidmatan yang serupa dari segi fungsinya iaitu menyimpan data, mereka boleh dibezakan melalui ciri ke boleh capaian dan sokongan. Memahami tawaran yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan cloud storage merupakan sesuatu yang sangat penting untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan sebagai pengguna individu atau perniagaan. Terdapat beberapa ciri yang patut diteliti terlebih dahulu sebelum menggunakannya, iaitu:

• Ruang simpanan Salah satu perkara penting untuk

dipertimbangkan apabila memilih perkhidmatan cloud storage ialah saiz yang diberikan untuk ruang penyimpanan. Perkhidmatan cloud storage terbaik ialah yang menyediakan ruang simpanan tanpa had dan yuran bulanan yang tetap. Ini bermakna anda boleh menyimpan sebanyak mana fail yang dikehendaki tanpa had masa dan ruang simpanan. Jika saiz atau ruang simpanan bukan menjadi keutamaan, anda boleh memilih perkhidmatan yang memberikan harga terendah.

• Ciri atau antara muka Perkhidmatan cloud storage

hendaklah menyediakan antara muka yang praktikal supaya proses muat naik dan perkongsian fail menjadi mudah. Ciri terpenting yang perlu terdapat pada antara muka cloud storage ialah perkongsian folder, offline syncing (penyelarasan) dan tarikh fail dikemas kini.

• Capaian Perkhidmatan cloud storage mestilah

membenarkan menyimpan semua jenis fail digital dan boleh memuat naik dan memuat turun fail dari pelbagai kategori komputer dan peranti mudah alih. Ia juga boleh dicapai dari pelbagai jenis pelayar web (browser) dan tidak terhad kepada browser tertentu sahaja.

• Keselesaan / mudah guna Mempunyai ciri-ciri mudah guna,

antara muka yang menarik dan

mesra pengguna sudah cukup menjadikan pengguna faham dan tertarik untuk menggunakannya. Proses memuat naik dan memuat turun serta pemasangan yang mudah dan cepat juga menjadikan pengguna selesa.

• Bantuan dan sokongan Perkhidmatan cloud storage yang

mesra pengguna mestilah dibantu oleh bahagian sokongan yang baik. Sumber teknikal yang sentiasa bersedia membantu dan tidak ketinggalan menyediakan tutorial dan maklumat yang komprehensif. Bantuan kepada pelanggan secara terus akan memberikan keyakinan kepada pengguna.

• Keselamatan Dalam dunia digital yang sentiasa

berkembang ke hadapan, penggunaan cloud storage merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Perkhidmatan cloud storage menjadi tulang belakang, kebanyakan pengguna individu dan bisnes memilih untuk menyimpan data secara online berbanding dengan menyimpan di dalam komputer sendiri. Menyimpan data melalui perkhidmatan cloud ctorage jauh lebih murah berbanding dengan menyimpan di dalam komputer sendiri kerana ia tidak memerlukan sebarang perkakasan atau sumber teknikal tetapi melibatkan pembekal ketiga yang akan menjadikan ia sedikit berisiko dan menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan dan privasi. Apabila data atau maklumat berada di Internet, ia terdedah kepada risiko gangguan atau pemalsuan. Perkhidmatan cloud storage mestilah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap data semasa pergerakan dan penyimpanan.

Jenis-jenis Cloud Storage

Cloud storage menjadi pilihan utama untuk perkongsian fail masa kini sama ada untuk kegunaan individu atau bisnes. Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan cloud storage dan mereka ini menyediakan perkhidmatan yang boleh dikatakan serupa. Antara yang popular ialah:

Perkhidmatan cloud storage yang popular dan mempunyai hampir 100 juta pengguna di seluruh dunia. Ia merupakan salah satu pesaing tertinggi dalam pasaran cloud storage. Perkhidmatannya serasi dengan kebanyakan peranti dan sistem pengoperasian. Dikenali kerana mempunyai antara muka yang mudah guna, menawarkan ruang simpanan sebanyak 2GB kepada pengguna peribadi secara percuma. Bagi perkhidmatan berbayar, bayaran yang dikenakan ialah sebanyak US$10 sebulan atau US$99 setahun dengan ruang simpanan sebanyak 50GB, US$20 sebulan atau US$199 setahun dengan ruang simpanan sebanyak 100GB.

Dropbox juga menawarkan tambahan ruang simpanan 500MB untuk setiap pengguna yang memperkenalkan pengguna baru. Kelebihan Dropbox selain boleh berkongsi fail ia juga membenarkan pengguna lain mengedit fail.

Dropbox memiliki aplikasi desktop untuk memudahkan pemindahan fail hanya dengan kaedah drag and drop. Selain itu ia memberi kemudahan memuat naik foto dan video secara automatik.

Google Drive telah dilancarkan pada tahun 2012 dan merupakan penambahbaikan bagi aplikasi google Docs. Google Drive menyediakan ruang simpanan sebanyak 5GB secara percuma dan jika memerlukan ruang simpanan lebih dari 5GB pembayaran akan dikenakan mengikut saiz ruang yang diperlukan. Aplikasi Google Drive juga perlu dipasang di komputer pengguna untuk mewujudkan folder Google Drive. Pengguna hanya perlu

Page 3: TH Costing v0.3  · PDF filegambar digital, muzik dan dokumen ... pada tahun 2012 dan merupakan ... pemprosesan teks, lembaran kerja

35 | Disember 2013 Bil. 42 |

menyimpan fail di dalam folder tersebut dan fail itu akan secara automatik di selaraskan dengan perkhidmatan cloud storage Google Drive. Kelebihan Google Drive ialah:

• Fail yang disimpan di dalam Google Drive akan diintegrasikan dengan Gmail dan Google Apps. Semua pengguna Gmail dan Google Apps boleh berkongsi fail yang disimpan di Google Drive dengan penetapan hak akses yang telah ditentukan. Dengan adanya kemudahan ini, pengguna tidak perlu lagi mengirimkan fail melalui e-mel.

• Fail boleh diedit secara online melalui aplikasi yang disediakan oleh Google Drive seperti aplikasi pemprosesan teks, lembaran kerja dan persembahan.

• Google Drive juga memiliki aplikasi desktop untuk memudahkan pengguna memindahkan fail dari komputer ke Google Drive dengan kaedah drag and drop seperti biasa.

ruang simpanan sebanyak 5GB secara percuma. Bagi perkhidmatan berbayar pula Amazon mempunyai pelbagai kategori harga bergantung kepada saiz ruang simpanan iaitu bermula dengan harga US$20 setahun untuk saiz 20GB sehingga US$1000 untuk saiz 1000GB.

Itulah contoh-contoh perkhidmatan cloud storage yang popular, pada umumnya mempunyai ciri-ciri perkhidmatan hampir sama antara satu sama lain, mungkin terdapat sedikit perbezaan dari segi perkhidmatan yang diberikan, namun perbezaannya tidak terlalu ketara. Terdapat banyak lagi pembekal perkhidmatan cloud storage yang menyediakan perkhidmatan secara berbayar atau percuma.

Sehingga kini terdapat beberapa pembekal yang menyediakan perkhidmatan cloud storage yang mungkin biasa didengar, tetapi pengguna tidak menyedari sama ada perkhidmatan yang diberikan merupakan perkhidmatan cloud storage atau bukan. Antaranya ialah Evernote, Flickr, Picasa, RapidShare, 4Shared dan banyak lagi. Mungkin tanpa disedari kita pernah menggunakan salah satu darinya

Kenapa Cloud Storage?

Menyimpan maklumat yang banyak pada rangkaian atau media storan fizikal seperti pelayan amat mahal. Peranti storan elektronik mempunyai kos yang tinggi, jangka hayat terhad dan memerlukan persekitaran yang sesuai supaya perkakasan tersebut berfungsi dengan baik. Sehubungan itu, kaedah penyimpanan data secara cloud storage menjadi pilihan bagi individu atau perniagaan. Berikut merupakan antara kelebihan cloud storage:

• Kos – Membuat salinan data atau backup bukannya murah, khasnya apabila faktor kos perkakasan yang diperlukan seperti hard disk luaran atau backup tapes. Masa yang diambil secara manual untuk melengkapkan rutin membuat salinan fail juga mendatangkan kos. Cloud storage dapat mengurangkan kos berbanding dengan kaedah backup tradisional dengan

SkyDrive merupakan perkhidmatan cloud storage dari syarikat Microsoft yang mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama dengan perkhidmatan cloud storage lain dan memberikan ruangan simpanan sebanyak 7GB secara percuma.

Amazon sebagai salah satu pembekal perkhidmatan cloud storage terkemuka di dunia tidak mahu ketinggalan dalam menawarkan perkhidmatan cloud storage percuma bagi pelanggannya, sama seperti Google Drive dan Dropbox, Amazon juga memberikan

memberikan ruang yang besar dan yuran bulanan yang murah.

• Ruang maya – Cloud storage merupakan keadaan yang tidak dapat dilihat (tidak berbentuk fizikal), ia tidak mengambil ruang di pejabat atau rumah.

• Keselamatan –Menyimpan maklumat peribadi atau sulit di cloud storage lebih selamat berbanding dengan menyimpannya di dalam komputer peribadi, terutamanya untuk perniagaan dan pengurusan. Dengan menggunakan perkhidmatan cloud sotrage data di enskripsi (disulitkan) semasa penghantaran dan penyimpanan untuk memastikan tiada pengguna yang tidak dibenarkan mempunyai capaian ke atas fail tersebut.

• Automasi – Isu terbesar backup bagi pengguna ialah amalan melakukan backup secara berterusan dan berjadual. Cloud storage menjadikan proses backup yang membosankan dan remeh menjadi lebih mudah melalui automasi. Anda hanya perlu tetapkan waktu dan fail yang ingin dilakukan backup, semuanya akan dilakukan oleh cloud storage secara automatik.

• Capaian – Kini, pengguna menggunakan pelbagai peranti seperti tablet, telefon pintar, netbook dan desktop. Pemindahan fail dari peranti-peranti ini akan menjadi rumit dan menyusahkan. Pengguna boleh menjadikan perkhidmatan cloud storage sebagai pusat penyimpanan fail dan ia boleh dicapai dari semua peranti yang bersambung ke Internet.

• Pelarasan –Semua fail yang disimpan di cloud storage akan dikemas kini secara automatik di semua peranti.

• Perkongsian – Pengguna boleh berkongsi foto atau beratus-ratus dokumen dengan mudah dengan hanya beberapa klik sahaja. Pengeditan fail juga boleh dilakukan oleh pengguna lain dengan syarat

Page 4: TH Costing v0.3  · PDF filegambar digital, muzik dan dokumen ... pada tahun 2012 dan merupakan ... pemprosesan teks, lembaran kerja

36 | DimensiKOOP |

DIMENSIKOOP

mereka mempunyai hak capaian ke atas fail tersebut. Sebarang perubahan ke atas fail seperti tarikh fail diedit dan nama pengguna yang melakukan pengeditan akan dicatatkan.

• Perlindungan – Perkhidmatan cloud storage mempunyai salinan fail yang disimpan di lokasi yang selamat yang secara fizikalnya jauh dari tempat asal. Pengguna boleh mendapatkan fail tersebut jika terjadi sebarang kerosakan atau kehilangan.

Kekurangan

Di samping kelebihan yang boleh didapati dari cloud storage ia juga memiliki beberapa kekurangan seperti berikut:

• Keselamatan - Penyimpanan data di dalam cloud storage memerlukan akaun yang dilindungi oleh kata laluan yang sulit. Jika kata laluan ini jatuh ke tangan pengguna yang tidak bertanggung jawab kemungkinan besar akaun boleh dicapai.

• Sambungan Internet - Gangguan mungkin berlaku semasa mencapai fail dari cloud storage yang mungkin disebabkan oleh masalah sambungan Internet atau pelayan yang tidak berfungsi.

Kesimpulan

Jika dilihat tentang kelebihan perkhidmatan cloud storage dan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang pesat ketika ini, sudah sampai masanya gerakan koperasi membuat transformasi

terhadap pengurusan data dan maklumat. Sudah sampai masanya gerakan koperasi memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan cloud storage ini. Penggunaan cloud storage boleh memudahkan para koperator berkongsi fail dan maklumat. Dari segi operasi pula, ia menjimatkan kos kerana koperasi tidak perlu membeli perkakasan untuk penyimpanan fail dan backup. Ia juga dapat menjimatkan ruang kerana semua fail boleh diletakkan di satu tempat tanpa memerlukan kabinet dan fail yang banyak di samping ia selamat daripada kecurian dan bencana alam.

Rujukan

Linda Xu, (2010). Cloud Storage For Dummies. Australia: John Wily & Sons.

Shelly Cashman, (2012). Enhanced Discovering Computers. Boston: Course Technology.

Charlie Osborne. The top concerns with cloud storage services. Dicapai pada Jan 4,2013 daripada http://www.zdnet.com/the-top-concerns-with-cloud-storage-services-7000007512/

Katie Nielsen. Online storage services: How secure is your data?. Dicapai pada Jan 4,2013 daripada http://online-storage-service-review.toptenreviews.com/online-storage-services-how-secure-is-your-data-.html