sistem analisis keputusan kelestarian pemprosesan …

13
PTA-FTSM-2019-028 SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN MINYAK SAWIT BERASASKAN WEB Dayini Binti Abdul Jalal Dr. Syaimak Binti Abdul Shukor Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sistem analisis kelestarian pemprosesan minyak sawit berasaskan web ini dibangun untuk membantu pembuat keputusan dalam industri pemprosesan minyak sawit membuat analisis dan mengetahui tahap kelestarian sesebuah kilang. Data-data yang diperolehi daripada pembuat keputusan akan dikira menggunakan kaedah Analitik Hierarki Proses (AHP). Keputusan yang terhasil membolehkan pembuat keputusan memilih sama ada ingin mengekalkan keadaan kilang tersebut ataupun membuat perubahan melalui program pemuliharaan. Program pemuliharaan hanya perlu dijalankan sekiranya keputusan yang diperolehi menunjukkan mereka perlu melalui program pemuliharaan tersebut. 1 PENGENALAN Sistem analisis kelestarian pemprosesan minyak sawit dapat membantu memberikan keputusan kepada pemegang taruh atau pekerja dalam industri pemprosesan minyak sawit sama ada mahu mengekalkan keadaan atau membuat penambahbaikan kaedah pemprosesan mereka yang melibatkan ciri-ciri alam sekitar. Dalam projek ini, keperluan untuk menambahbaik sistem Analisis Kelestarian Minyak Sawit (AKMinS) yang sedia ada kepada sistem analisis pemprosesan minyak sawit berasaskan web adalah untuk memudahkan pembuat keputusan untuk membuat penilaian kelestarian dengan lebih baik dan cekap. Begitu juga supaya pihak pembuat keputusan boleh membuat sebarang penilaian kelestarian dalam waktu yang singkat. Dengan

Upload: others

Post on 25-Oct-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN …

PTA-FTSM-2019-028 �

SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN MINYAK SAWIT BERASASKAN WEB

Dayini Binti Abdul Jalal

Dr. Syaimak Binti Abdul Shukor

Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Sistem analisis kelestarian pemprosesan minyak sawit berasaskan web ini dibangun

untuk membantu pembuat keputusan dalam industri pemprosesan minyak sawit

membuat analisis dan mengetahui tahap kelestarian sesebuah kilang. Data-data yang

diperolehi daripada pembuat keputusan akan dikira menggunakan kaedah Analitik

Hierarki Proses (AHP). Keputusan yang terhasil membolehkan pembuat keputusan

memilih sama ada ingin mengekalkan keadaan kilang tersebut ataupun membuat

perubahan melalui program pemuliharaan. Program pemuliharaan hanya perlu

dijalankan sekiranya keputusan yang diperolehi menunjukkan mereka perlu melalui

program pemuliharaan tersebut.

1 PENGENALAN

Sistem analisis kelestarian pemprosesan minyak sawit dapat membantu memberikan

keputusan kepada pemegang taruh atau pekerja dalam industri pemprosesan minyak

sawit sama ada mahu mengekalkan keadaan atau membuat penambahbaikan kaedah

pemprosesan mereka yang melibatkan ciri-ciri alam sekitar. Dalam projek ini,

keperluan untuk menambahbaik sistem Analisis Kelestarian Minyak Sawit (AKMinS)

yang sedia ada kepada sistem analisis pemprosesan minyak sawit berasaskan web

adalah untuk memudahkan pembuat keputusan untuk membuat penilaian kelestarian

dengan lebih baik dan cekap. Begitu juga supaya pihak pembuat keputusan boleh

membuat sebarang penilaian kelestarian dalam waktu yang singkat. Dengan

Page 2: SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN …

PTA-FTSM-2019-028 �

kemudahan sambungan internet yang mudah dicapai, laman web sistem analisis

kelestarian pemprosesan minyak sawit lebih mudah untuk diakses.

2 PENYATAAN MASALAH Industri pemprosesan minyak sawit semakin mendapat sambutan dari pengguna, oleh

itu, sistem AKMinS diguna pakai untuk menganalisis kelestarian. Sistem AKMinS

menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2013 dengan Visual Basic untuk

Aplikasi (VBA). Dengan data yang sedia ada, Excel mampu menghasilkan graf dan

pelbagai data visual yang lain dengan mudah. VBA pula digunakan untuk fungsi

komunikasi dalam bahasa Excel dan meletakkan pengekodan untuk mencipta kotak

dialog, arahan kepada pembuat keputusan, butang dan pelbagai fungsi untuk

komunikasi yang lain.

Namun, Excel tidak menyediakan ciri-ciri memasukkan data secara automatik.

Pembuat keputusan perlu memasukkan data secara manual lalu mengambil masa yang

lama. Selain itu, untuk menjadi pakar dalam penggunaan Excel, ianya memerlukan

banyak latihan. Pembuat keputusan yang tidak biasa dengan ciri-ciri Excel,

bergantung kepada kefahaman pembuat keputusan sendiri dan kemahiran yang ada

dalam Excel terutamanya apabila melibatkan pengiraan. Sekiranya tahap kemahiran

pembuat keputusan dalam memakai Excel terbatas, maka, ciri-ciri Excel yang

sebenarnya banyak dan meluas, tidak dapat digunakan dalam tahap maksimum. Akhir

sekali, Excel sudah lazim dengan ciri-ciri untuk menghadam nombor dengan cepat.

Kesilapan kecil yang berlaku ketika memasukkan data atau formula, boleh membawa

kepada permasalahan yang lebih kompleks.

3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian adalah membuat penambahbaikan ke atas kerangka kerja

Analisis Kelestarian Minyak Sawit (AKMinS) yang telah dibina dengan

membangunkan sistem analisis kelestarian pemprosesan minyak sawit berasaskan

web.

Page 3: SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN …

PTA-FTSM-2019-028 �

4 METOD KAJIAN

Sistem ini menggunakan metodologi air terjun yang mengandungi 4 fasa aktiviti

berbeza. Fasa-fasa aktiviti tersebut adalah seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1 Metodologi Air Terjun

4.1 Fasa Analisis

Proses mengenal pasti masalah dan mengumpulkan informasi tentang keperluan

sistem analisis kelestarian pemprosesan minyak sawit yang akan dibina melalui

pembacaan jurnal atau laman web.

4.2 Fasa Sistem dan Reka Bentuk Perisian

Melibatkan rupa bentuk sistem atau reka bentuk struktur perisian yang akan

dibangunkan sama ada dari segi struktur sistem atau fungsi yang ada dalam sistem

analisis kelestarian minyak sawit tersebut. Sebagai contoh Rajah Kes Guna (use case

diagram), Carta Alir (Flow Chart), Rajah Aliran Data (Data Flow Diagram) dan Rajah

Entiti Hubungan (Entity-Relationship Diagram).

4.3 Fasa Implementasi dan Pengujian

Page 4: SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN …

PTA-FTSM-2019-028 �

Sistem analisis kelestarian minyak sawit yang dibangunkan diimplementasikan, dan

diuji bagi memastikan segala permasalahan dapat diatasi dan objektif tercapai. Fasa

ini menguji kebolehan sistem yang dibangunkan di laman web sama ada mampu

mencapai tahap yang diperlukan.

4.4 Fasa Operasi dan Pemeliharaan Sistem

Sistem yang telah diuji akan memulakan operasi membuat penilaian analisis

kelestarian. Sepanjang operasi sistem tersebut, sistem ini akan sentiasa dipantau

mengikut waktu bagi mencari isu-isu yang timbul sewaktu beroperasi dan memelihara

fungsi sistem tersebut daripada kerosakan.

5 HASIL KAJIAN

Bab ini memperihalkan tentang hasil Sistem Analisis Keputusan Kelestarian

Pemprosesan Minyak Sawit (SAKKPMS) berasaskan web yang telah dibangunkan.

SAKKPMS mempunyai antara muka yang mudah difahami oleh pengguna.

Secara dasarnya, SAKKPMS bermula dengan log masuk untuk pengguna sama ada

“Admin” atau “Pembuat Keputusan”. Admin hanya menguruskan sistem ini dengan

membuat penambahan atau memadam senarai tema, indikator dan sub-indikator yang

berkaitan. Manakala pembuat keputusan akan bermula dengan memilih sebagai pakar

penilai ke berapa yang menggunakan SAKKPMS. Seterusnya, pembuat keputusan

akan di bawa ke halaman perbandingan indikator. Pembuat keputusan hanya perlu

memilih tema dan indikator yang lebih penting mengikut penilaian kepakaran

masingmasing. Selepas itu, pembuat keputusan boleh memasukkan nilai pemberat

dengan menggunakan skala, mengikut panduan yang telah dinyatakan.

Selepas selesai membuat penilaian, pembuat keputusan boleh mendapatkan hasil

keputusan penilaian di akhir proses melalui penjanaan laporan keputusan keseluruhan.

Laporan keputusan keseluruhan akan menyatakan sama ada program pemuliharaan

perlu dijalankan ataupun tidak, dan pembuat keputusan hanya perlu membuat pilihan

untuk melaksanakan.

Page 5: SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN …

PTA-FTSM-2019-028 �

Rajah 2 menunjukkan paparan Log Masuk bagi setiap pembuat keputusan pada

awal proses sebelum pembuat keputusan mula membuat penilaian. Pembuat keputusan

perlu memasukkan ‘Nombor ID’ dan ‘Kata Laluan’ bagi mereka yang telah

mendaftar.

Rajah 2 Paparan Log Masuk

Rajah 3 merupakan halaman untuk admin menguruskan senarai tema, indikator dan

sub-indikator. Fungsi penambahan dan memadam tema, indikator ini adalah untuk

meningkatkan tahap fleksibiliti sistem analisis keputusan ini.

Page 6: SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN …

PTA-FTSM-2019-028 �

Rajah 3 Paparan penambahan dan padam Tema dan Indikator

Rajah 4 menunjukkan pengguna perlu memilih bilangan pembuat keputusan yang

keberapa. Pengguna boleh memilih kedudukan masing-masing seperti Pembuat

Keputusan 1, Pembuat Keputusan 2 atau Pembuat Keputusan 3.

Rajah 4 Pemilihan bilangan pembuat keputusan

Rajah 5 menunjukkan halaman untuk pembuat keputusan membuat penilaian dengan

memilih tema yang lebih penting dan diikuti dengan mengisi nilai perbandingan

menggunakan pemberat iaitu skala 1 hingga 9. Halaman untuk membuat penilaian

indikator dan sub-indikator adalah sama seperti paparan dalam Rajah 5.

Page 7: SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN …

PTA-FTSM-2019-028 �

Rajah 5 Halaman untuk pembuat keputusan membuat penilaian

Rajah 6 menunjukkan “Panduan Membuat Penilaian” bagi pembuat keputusan yang

masih baharu atau yang keliru untuk melakukan penilaian.

Rajah 6 Paparan untuk Panduan Membuat Penilaian

Rajah 7 menunjukkan “pop-up” sekiranya pembuat keputusan menekan “Panduan

Membuat Penilaian” dalam Rajah 6.

Page 8: SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN …

PTA-FTSM-2019-028 �

Rajah 7 Paparan “pop-up” untuk panduan

Paparan hasil keputusan merupakan paparan setelah pembuat keputusan selesai

membuat penilaian (Rajah 5). “Kedudukan Keutamaan” dalam rajah 8 menunjukkan

tema yang mana satu perlu diambil berat dan perhatian dengan lebih teliti dengan

meletakkan tema yang mempunyai pemberat paling tinggi pada kedudukan yang

pertama.

Rajah 8 Paparan Keputusan keseluruhan

Page 9: SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN …

PTA-FTSM-2019-028 �

Daripada kedudukan “Kedudukan Keutamaan” ini juga, pembuat keputusan boleh

membuat keputusan sama ada mahu menjalankan program pemuliharaan dengan

melihat lajur “Program Pemuliharaan” dalam Rajah 9. Pemberat yang melebihi nilai

0.3 akan disarankan untuk menjalankan program pemuliharaan.

Rajah 9 Penentuan program pemuliharaan

Bagi pembuat keputusan yang inginkan keputusan mereka disimpan, mereka boleh

menekan butang “Simpan Keputusan” (Rajah 8). Rajah 10 menunjukkan paparan

untuk pembuat keputusan sebelum disimpan dalam bentuk pdf.

Rajah 10 Paparan simpan fail dalam bentuk pdf

Page 10: SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN …

PTA-FTSM-2019-028 �

Pengujian sistem dilakukan untuk melihat, menilai dan juga mengesan ralat yang

timbul sepanjang sistem ini dibangunkan. SAKKPMS fokus kepada pengujian

kebolehgunaan sistem ini berfungsi seperti yang dicadangkan tanpa melibatkan

penilaian daripada pengguna. Pengujian terhadap pengguna tidak dapat dilakukan atas

sebab kekangan masa dari pihak pakar. Pengujian sistem ini mempunyai empat

langkah iaitu pengujian modul, pengujian integrasi, pengujian pengesahan dan

pengujian prestasi sistem.

Pengujian modul adalah untuk menguji tahap keberkesanan setiap setiap

modul secara berasingan. Rajah 4.20 menunjukkan salah satu contoh dalam pengujian

modul dalam mengeluarkan arahan atau amaran sekiranya pembuat keputusan

membuat kesilapan ketika memasukkan ID atau kata laluan. Pengujian ini boleh

dilakukan dengan tiga jenis pengujian iaitu pengujian input, data dan output.

Pengujian ini juga bertujuan untuk memastikan setiap butang atau pautan berfungsi

dengan baik.

Selepas menjalankan pengujian modul, pengujian integrasi perlu dilakukan

dengan menggabungkan modul-modul yang telah diuji sebelum ini. Tujuan pengujian

integrasi ini adalah untuk menguji sama ada modul-modul tersebut boleh bergabung

dengan baik dan dapat berjalan dengan lancar. Penggabungan antara pangkalan data

dan struktur pembinaan SAKKPMS yang dibuat dalam perisian Sublime Text 3 boleh

membangunkan satu laman web yang boleh berinteraksi antara satu sama lain.

Sebagai contoh, pengguna baharu mendaftar sebelum log masuk ke dalam sistem.

Data yang diisi oleh pengguna baharu tersebut disimpan ke dalam pangkalan data

setelah pengguna menekan butang “Login” (Rajah 2).

Pengujian pengesahan bertujuan untuk memastikan semua spesifikasi fungsian

yang dibangunkan dapat beroperasi dengan sempurna mengikut keperluan pengguna.

Selain daripada modul identiti log masuk pembuat keputusan, modul yang lain juga

perlu diuji untuk mengelakkan sebarang ralat daripada berlaku dan maklumat yang

dipaparkan dalam sistem adalah benar dari pangkalan data yang digunakan.

Dalam pengujian prestasi sistem, ia melibatkan kesemua modul yang ada, jadi

pengujian ini hanya dapat dijalankan setelah kesemua pengujian yang lain telah

Page 11: SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN …

PTA-FTSM-2019-028 �

dilakukan. Dalam pengujian ini, data sebenar amat penting bagi membolehkan sistem

berjalan dengan lancar. Semua pengujian terhadap kesemua pautan dan fungsi yang

ada dalam laman web perlu diuji bagi memaparkan pautan yang betul dan mengikut

urutan yang sesuai. Kebolehan sistem untuk memproses data juga perlu diuji agar

dapat memastikan segala paparan data adalah asli dan dihubungkan dengan pangkalan

data yang digunakan.

6 KESIMPULAN

Sistem ini merupakan sistem yang dibangun untuk mencadangkan penambahbaikan

berdasarkan kerangka kerja AKMinS. Dengan adanya SAKKPMS ini, para pengguna

dapat membuat penilaian dan membuat keputusan dengan mudah dan cepat dengan

bantuan perkhidmatan web.

Secara dasarnya, SAKKPMS telah berjaya dibangunkan dengan menepati

objektif yang ditetapkan iaitu membangunkan SAKKPMS ini berasaskan web

berpandukan kerangka kerja penilaian kelestarian (AKMinS) yang telah dibina.

Sistem ini juga berjaya dibangunkan dengan menepati skop yang ditetapkan seperti:

1) Membangunkan sistem menggunakan perisian Sublime Text 3, pangkalan data

dalam perkhidmatan web iaitu PHPMyAdmin dan kawalan server XAMPP.

2) Penggunaan sistem beroperasi dengan sambungan internet.

Setiap kelebihan yang ada pasti tidak akan dapat menutup kelemahan yang

timbul. Antara kelemahan yang wujud dalam SAKKPMS ini adalah mempunyai

senarai kriteria dan alternatif yang piawai hanya ditetapkan untuk satu jenis

pemprosesan tertentu sahaja iaitu minyak sawit. Setiap jenis pemprosesan yang lain

pasti mempunyai kriteria dan alternatif yang berbeza-beza. Jadi, untuk mendapatkan

kriteria dan alternatif yang piawai bagi pemprosesan yang lain adalah sukar dan

memerlukan kaji selidik yang banyak.

Secara keseluruhan, projek ini ialah pembangunan Sistem Analisis Keputusan

Kelestarian Pemprosesan Minyak Sawit berasaskan web berpandukan kerangka kerja

Page 12: SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN …

PTA-FTSM-2019-028 �

AKMinS. SAKKPMS ini beroperasi dalam tahap memuaskan. Sistem ini berjaya

dibangunkan berasaskan web dan menepati objektif yang telah ditetapkan pada awal

peringkat.

7 RUJUKAN

Khim, N.G. 2018. Kerangka Kerja Analisis Kelestarian Bagi Industri Pemprosesan

Minyak Sawit. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nee, O.C. 2009. Pembangunan Perkhidmatan Web Menggunakan SOAP Bagi Sistem

E-LELONG Kereta. Tesis Sarjana Muda. Fakulti Teknologi dan Sains

Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hau, W.K. 2009. Sistem Pra-pemprosesan Data Berasaskan Web. Tesis Sarjana

Muda. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Hazimah Khasmuni. 2013. Erti Sebenar Kelestarian. Jurnal (atas talian).

http://hazimah8691.blogspot.com/2013/09/erti-sebenar-kelestarian.html.

Septermber 2013.

Anon. Entity-Relationship Diagram (ERD). Jurnal (atas talian).

https://www.techopedia.com/definition/1200/entity-relationship-diagram-erd.

Firoz Nurkalam. 2010. Apa itu MYSQL, Apache dan PHP? Jurnal (atas talian).

https://zoyi.wordpress.com/2010/10/30/apa-itu-mysqlapache-dan-php/ Oktober

2010.

McCormick, M. 2016. 11 Disadvantages of Using Excel To Manage Your Pricing.

Jurnal (atas talian). https://blog.blackcurve.com/11-disadvantages-of-using-

excel-to-manage-your-pricing. Julai 2016.

Page 13: SISTEM ANALISIS KEPUTUSAN KELESTARIAN PEMPROSESAN …

PTA-FTSM-2019-028 �

Ramdani. 2012. SPK: Keputusan dan Pengambilan Keputusan (Pengertian, Fase- fase

dan Proses Pengambilan Keputusan). Jurnal (atas talian).

https://irpantips4u.blogspot.com/2012/11/spk-keputusan-dan-pengambilan-

keputusan.html. November 2012.

Asja, M. 2013. Pengantar Penggunaan AHP (Analytical Hierarchy Process) dalam

Pengambilan Keputusan. Jurnal (atas talian).

http://mawardisyana.blogspot.com/2013/04/pengantar-penggunaan-ahp-

analytical.html. April 2013.

Ermie Dharlya, Aslina Saad. 2013. Sistem Maklumat Pengurusan dalam Talian di

Sekolah dalam konteks Malaysia. Jurnal. https://www.researchgate.net/

publication/314283785_Sistem-Maklumat_Pengurusan_dalam_talian_

di_sekolah_dalam_konteks_Malaysia. November 2013.

Majlis Guru Besar Selangor. 2016. Cara Baharu Menentukan Ranking Dalam SAPS.

Jurnal (atas talian). http://mgbselangor.blogspot.com/2016/06/cara-baharu-

menentukan-ranking-dalam.html.�Jun 2016.

Yaakup, A. 2008. Kriteria Serakan Bandar/ Serakan Guna Tanah. Laporan Akhir

Penyelidikan. Jabatan Perancangan Bandar Dan Wilayah, Fakulti Alam Bina,

Universiti Teknologi Malaysia.