tgs pt q w17

4
Salam noi Dalam link ni ader tip interview W17 http://www.blogtipskerjaya.com/2012/06/temuduga-pembantu-tadbir- kewangan-w17.html Tips Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 MARCH 25, 2013 BY ADMIN LEAVE A COMMENT Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 merupakan jawatan kerajaan dalam kumpulan sokongan II. Untuk tahun 2013, seramai 230 Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 diperlukan di pelbagai kementerian & jabatan. Pihak SPA telah menerima 161,835 permohonan untuk jawatan ini. 1 angka yang cukup besar. Berdasarkan jadual di portal SPA, temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 bakal berlangsung pada 7 April 2013 – 19 April 2013. Bagi yang memohon jawatan ini boleh buat semakan layak temuduga di link berikut : >> http://bit.ly/PembantuTadbirKewanganW17<< Bagi yang layak, tahniah kami ucapkan & gunakan masa yang ada untuk membuat persediaan efektif untuk berjaya dalam seisi temuduga nanti. Seramai 7487 calon dipanggil untuk seisi temuduga bagi ‘bertarung’ merebut 230 kekosongan bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W17 . Saingan cukup SENGIT! Untuk entri kali ini, kami kongsikan tips buat calon temuduga. Tips Persediaan Untuk Calon Temuduga Jawatan Kerajaan : Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

Upload: juznurul

Post on 25-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

TGS PT Q W17

TRANSCRIPT

Page 1: TGS PT Q W17

Salam noi

Dalam link ni ader tip interview W17

http://www.blogtipskerjaya.com/2012/06/temuduga-pembantu-tadbir-kewangan-w17.html

Tips Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17MARCH 25, 2013 BY ADMIN LEAVE A COMMENT

Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 merupakan jawatan kerajaan dalam kumpulan

sokongan II. Untuk tahun 2013, seramai 230 Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

diperlukan di pelbagai kementerian & jabatan. Pihak SPA telah menerima 161,835 permohonan

untuk jawatan ini. 1 angka yang cukup besar.

Berdasarkan jadual di portal SPA, temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred

W17 bakal berlangsung pada 7 April 2013 – 19 April 2013. Bagi yang memohon jawatan ini

boleh buat semakan layak temuduga di link berikut :

 

>> http://bit.ly/PembantuTadbirKewanganW17<<

 

Bagi yang layak, tahniah kami ucapkan & gunakan masa yang ada untuk membuat persediaan

efektif untuk berjaya dalam seisi temuduga nanti. Seramai 7487 calon dipanggil untuk seisi

temuduga bagi ‘bertarung’ merebut 230 kekosongan bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan

W17. Saingan cukup SENGIT! Untuk entri kali ini, kami kongsikan tips buat calon temuduga.

 

Tips Persediaan Untuk Calon Temuduga Jawatan Kerajaan : Pembantu Tadbir Kewangan

Gred W17

 

Asas Temuduga Jawatan Kerajaan

 

Berita baik yang anda perlu ketahui mengenai sesi temuduga adalah terdapat bahagian-

bahagian wajib di dalam temuduga yang jarang berubah dan stereotaip dalam di antara satu

temuduga dengan temuduga yang lain. Jadi bahagian ini memang mudah untuk diskor sekiranya

Page 2: TGS PT Q W17

diketahui oleh para calon. Bahkan inilah salah satu daripada peluang anda untuk menaikkan lagi

peratusan lulus untuk terpilih menjawat jawatan berkenaan.

 

Antara bahagian wajib yang disoal di dalam setiap sesi temuduga kerja kerajaan adalah seperti

memperkenalkan diri, alasan memilih kerja kerajaan, kenapa anda layak diberikan jawatan ini

dan beberapa soalan lagi.

 

 

 

Pengetahuan Khas Bidang Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

 

Soalan seterusnya yang akan diajukan kepada para calon adalah berkenaan pengetahuan khas

mengenai bidang tugas sebagai seorang Pembantu Tadbir Kewangan W17. Pihak kami berani

katakan, tidak lebih daripada 60% daripada calon yang dipanggil menyediakan diri di dalam

bahagian ini. Ini juga peluang yang anda mesti rebut.

 

=>Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

 

Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak

pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

 

Menyediakan gaji kakitangan;

Menyelenggara buku vot;

Membuat kutipan hasil;

Menyediakan baucar bayaran;

Menguruskan pembayaran bil-bil;

Mengeluarkan resit penerimaan bayaran;

Menerima penyata tuntutan elaun-elaun;

Menyelenggara buku tunai dan cerakinan buku tunai;

Menyediakan penyata pemungut/audit;

Mengeluarkan waran peruntukan mengurus;

Menyediakan laporan perbelanjaan;

Mengeluarkan tawaran sebut harga/tender;

Memproses permohonan pinjaman kenderaan/komputer;

Menyediakan surat-menyurat; dan

Lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa

 

Sebagai seorang Pembantu Tadbir Kewangan W17, anda seharusnya pernah mendengar

‘Akta Acara Kewangan 1957′, ‘Arahan Perbendaharaan’ dan ‘Panduan Perbendaharaan

Page 3: TGS PT Q W17

Tatacara Pengurusan Stor’. Cari dan baca kandungan ‘Arahan Perbendaharaan’ seperti di

bawah:

 

a. Bab A

 

- Prosedur Kewangan.

- Kumpulan Wang Disatukan.

- Anggaran Hasil Dan Perbelanjaan.

- Pindah Peruntukan Dan Anggaran Tambahan.

 

b. Bab B

 

- Prosedur Perakaunan.

 

Bahagian I : Mengawal Terimaan, Bayaran dan Menyimpan Wang Awam

 

- Am.

- Terimaan.

- Bayaran.

- Panjar.

- Kebankrapan.

- Cek dan Draf.

- Peti Besi atau Bilik Kebal.

 

Bahagian II : Prosedur Perolehan Bekalan Perkhidmatan dan Kerja

 

- Am.

- Pembelian, Tender dan Kontrak.

- Perabot dan Kelengkapan Pejabat.

- Percetakan dan Alat Tulis.

 

 

c. Bab C Audit, Kehilangan dan Prosedur Hapuskira.

 

 

Baca juga kandungan ‘Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor’ yang merangkumi:

 

- Penerimaan Barangbarang.

- Tuntutan.

- Sistem Penyimpanan Stok.

- Pelupusan Barangbarang.

- Kawalan-kawalan Barang Tak Luak.

Page 4: TGS PT Q W17

 

 

Kemahiran Menggunakan Bahasa Inggeris

 

Jangan tidak tahu, bahasa Inggeris juga diaplikasikan di dalam sesi temuduga kerja sektor

awam. Berdasarkan perkongsian pembaca-pembaca blog ini rata-rata daripada mereka disuruh

memperkenalkan diri dan menyatakan alasan memilih sektor awam di dalam bahasa Inggeris.

Bahkan ada temuduga yang dijalankan 50% dalam bahasa Inggeris.

 

Lakukanlah persediaan terhadap hal-hal yang dibincangkan di atas. Kejayaan tidak datang

dengan mudah. Ia mendambakan usaha dan persiapan yang rapi. Didoakan kejayaan anda dan

selamat menduduki temuduga.