terjemahan metafora dalam hadis...

11
Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 600 TERJEMAHAN METAFORA DALAM HADIS RASULULLAH S.A.W: ANALISIS ASPEK BUDAYA Saifulah bin Samsudin Jabatan Bahasa dan Linguistik Arab Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, MALAYSIA Muhammad Fauzi bin Jumingan (Ph.D) Abdul Rauf bin Hassan (Ph.D) Muhd Zulkifli bin Ismail (Ph.D) Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, MALAYSIA Abstrak Kajian ini menumpukan kepada aspek terjemahan metafora ke dalam bahasa Melayu yang terdapat di dalam hadis Nabi s.a.w dengan penekanan kepada aspek perbezaan budaya bahasa sumber dengan budaya bahasa sasar. Objektif utama kajian ialah menganalisis terjemahan metafora yang berasaskan budaya dalam teks pilihan dengan menggunakan pendekatan terjemahan semantik komunikatif yang diperkenalkan oleh Peter Newmark. Data kajian diambil dari terjemahan hadis- hadis yang terdapat dalam terjemahan kitab Riyadh al-Salihin terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Kata kunci: Terjemahan bahasa Arab-bahasa Melayu, Hadis, Metafora. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pendahuluan Hubungan antara budaya dengan bahasa sesuatu bangsa adalah satu hubungan yang begitu rapat dan tidak dapat dipisahkan. Ungkapan seperti ‘Bahasa jiwa bangsa’ dan الشعر ديوان العرب(Puisi rakaman sejarah bangsa Arab) cukup menggambarkan hubungan yang erat antara budaya sesuatu bangsa dengan bahasa bangsa tersebut serta hasil keseniaannya. Dapat dikatakan bahawa salah satu fungsi bahasa ialah merakam budaya pengguna itu (Ainon Mohd, 2005). Terjemahan sebagai wasilah menyampaikan maklumat dari bahasa sumber kepada bahasa sasar dilihat menghadapi masalah dalam menterjemahkan elemen berunsur budaya yang terdapat dalam bahasa sumber. Ini kerana nilai sesuatu budaya itu berbeza antara satu dengan yang lain (Puteri Roslina Abdul Wahid, 2012) maka jika semakin besar jurang perbezaan antara dua budaya semakin besarlah kesukaran yang dihadapi dalam terjemahan yang meilbatkan teks kedua-duanya. Ilmuan terjemahan telah meletakkan syarat pengetahuan tentang latar belakang budaya bahasa sumber dan bahasa sasar sebagai salah satu keperluan utama buat seorang penterjemah (Puteri Roslina Abdul wahid, 2012) maka kemampuan membuat perbandingan antara dua budaya samada

Upload: trandan

Post on 05-Mar-2018

222 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERJEMAHAN METAFORA DALAM HADIS …worldconferences.net/proceedings/icasic2014/toc/papers_icasic2014/I... · Budaya merupakan satu unsur penting dalam sesebuah masyarakat dan bahasa

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 600

TERJEMAHAN METAFORA DALAM HADIS RASULULLAH S.A.W: ANALISIS ASPEK BUDAYA

Saifulah bin Samsudin Jabatan Bahasa dan Linguistik Arab

Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, MALAYSIA

Muhammad Fauzi bin Jumingan (Ph.D) Abdul Rauf bin Hassan (Ph.D) Muhd Zulkifli bin Ismail (Ph.D)

Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, MALAYSIA

Abstrak Kajian ini menumpukan kepada aspek terjemahan metafora ke dalam bahasa Melayu yang terdapat di dalam hadis Nabi s.a.w dengan penekanan kepada aspek perbezaan budaya bahasa sumber dengan budaya bahasa sasar. Objektif utama kajian ialah menganalisis terjemahan metafora yang berasaskan budaya dalam teks pilihan dengan menggunakan pendekatan terjemahan semantik komunikatif yang diperkenalkan oleh Peter Newmark. Data kajian diambil dari terjemahan hadis-hadis yang terdapat dalam terjemahan kitab Riyadh al-Salihin terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. Kata kunci: Terjemahan bahasa Arab-bahasa Melayu, Hadis, Metafora. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pendahuluan Hubungan antara budaya dengan bahasa sesuatu bangsa adalah satu hubungan yang begitu rapat dan tidak dapat dipisahkan. Ungkapan seperti ‘Bahasa jiwa bangsa’ dan الشعر ديوان العرب (Puisi rakaman sejarah bangsa Arab) cukup menggambarkan hubungan yang erat antara budaya sesuatu bangsa dengan bahasa bangsa tersebut serta hasil keseniaannya. Dapat dikatakan bahawa salah satu fungsi bahasa ialah merakam budaya pengguna itu (Ainon Mohd, 2005).

Terjemahan sebagai wasilah menyampaikan maklumat dari bahasa sumber kepada bahasa sasar dilihat menghadapi masalah dalam menterjemahkan elemen berunsur budaya yang terdapat dalam bahasa sumber. Ini kerana nilai sesuatu budaya itu berbeza antara satu dengan yang lain (Puteri Roslina Abdul Wahid, 2012) maka jika semakin besar jurang perbezaan antara dua budaya semakin besarlah kesukaran yang dihadapi dalam terjemahan yang meilbatkan teks kedua-duanya.

Ilmuan terjemahan telah meletakkan syarat pengetahuan tentang latar belakang budaya bahasa sumber dan bahasa sasar sebagai salah satu keperluan utama buat seorang penterjemah (Puteri Roslina Abdul wahid, 2012) maka kemampuan membuat perbandingan antara dua budaya samada

Page 2: TERJEMAHAN METAFORA DALAM HADIS …worldconferences.net/proceedings/icasic2014/toc/papers_icasic2014/I... · Budaya merupakan satu unsur penting dalam sesebuah masyarakat dan bahasa

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 601

dari aspek persamaan dan perbezaan, dapat membantu penterjemah menghasilkan terjemahan yang mampu menyampaikan unsur budaya bahasa sumber ke bahasa sasar.

Kelihatan penterjemah berada di antara dua persimpangan samada menyampaikan makna di sebalik metafora atau mengekalkan struktur luaran metafora. Kebiasaannya pendekatan yang pertama akan membuatkan sudut impak emosi yang diwakili oleh struktur metafora hilang dalam bahasa sasar. Manakala pendekatan kedua kebiasaannya akan menyebabkan kehilangan impak makna yang dikehendaki dalam bahasa sasar. Kesukaran ini kelihatan lebih mencabar apabila sesuatu metafora bahasa sumber dipengaruhi oleh unsur budaya yang melingkari metafora tersebut. Pendekatan yang mengimbangi kedua keperluan dilihat amat perlu. Sudah pasti cabaran menjadi lebih besar jika teks yang ingin diterjemahkan ialah dari kategori teks keagamaan.

2. Permasalahan Kajian Dari aspek terjemahan, perbezaan budaya antara dua bahasa berbeza mendatangkan kesukaran kepada penterjemah untuk menghasilkan terjemahan terbaik. Perbezaan budaya terkadang menjadi halangan yang paling utama bagi sesuatu terjemahan yang berkualiti berbanding perbezaan linguistik (James Dickins, 2002)

Manakala metafora pula seringkali menjadi fokus utama para penterjemah. Jika permasalahan dasar dalam penterjemahan ialah pemilihan umum metod penterjemahan bagi sesuatu teks, maka penterjemahan metafora pula menjadi masalah khusus yang paling penting dalam terjemahan (Peter

Newmark, 1981). Metafora boleh membangkitkan kesukaran dalam penterjemahan antara mana-mana dua bahasa, di mana fokus bahasa tersebut adalah berbeza samada dari aspek kebudayaan dan aspek linguistik seperti bahasa Inggeris dan Bahasa Arab (James Dickins, 2002). Antara unsur-unsur estetika bahasa yang terdapat dalam hadis Rasulullah s.a.w ialah unsur metafora yang mana merupakan salah satu daripada cabangan ilmu al-Bayan. Beberapa pengkaji seperti Fadl Hassan Abbas telah membincangkan elemen metafora, yang dikenali sebagai al-isti’arah, yang terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. secara terperinci dalam bukunya al-Balaghah: Fununuha wa Afnanuha. Terdahulu Syarif Radiy dalam bukunya al-Majazat al-Nabawiyyah telah terlebih dahulu menghuraikan unsur-unsur balaghah yang terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Berasaskan kenyataan-kenyatan di atas, kajian ringkas ini cuba menyingkap pendekatan terjemahan yang digunapakai oleh penterjemah korpus pilihan ke atas elemen metafora yang berkait dengan budaya bahasa sumber. 3. Objektif Kajian Objektif utama kajian ini ialah untuk: a) Menganalisis kaedah terjemahan metafora dalam teks pilihan dengan penekanan diberikan

kepada aspek budaya. b) Menilai kesesuaian terjemahan metafora beroreantasi budaya dari bahasa Arab ke bahasa

Melayu serta memberikan terjemahan alternatif jika perlu. Ini dilakukan melalui penggunaan prosedur penterjemahan metafora yang dikemukakan oleh Newmark.

Page 3: TERJEMAHAN METAFORA DALAM HADIS …worldconferences.net/proceedings/icasic2014/toc/papers_icasic2014/I... · Budaya merupakan satu unsur penting dalam sesebuah masyarakat dan bahasa

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 602

4. Definisi Berikut adalah definisi bagi sebahagian istilah utama yang digunapakai dalam kajian ini: 4.1 Metafora Metafora boleh didefinisikan sebagai salah satu daripada bahasa figuratif ia bermaksud sepatah perkataan atau frasa digunapakai bukan untuk makna asal. Konsep bukan makna asal ini membawa persamaan atau anologi dengan satu makna lain yang lebih asal dari perkataan atau frasa yang sama.(James Dickins, 2002). Dalam bahasa Arab metafora dipanggil isti’arah dan merupakan salah satu elemen ilmu al-bayan dalam disiplin ilmu Balaghah Arab (Maheram Ahmad, 2008). 4.2 Budaya Budaya merupakan satu unsur penting dalam sesebuah masyarakat dan bahasa pula salah satu unsur budaya. Ia merupakan cara hidup yang merangkumi segala aspek kemasyarakatan seperti idea, perasaan, kepercayaan, lambang, nilai serta bahan kebendaan yang diwarisi turun temurun (Puteri Roslina Abdul Wahid, 2012, hlm: 117) 4.3 Teori Semantik & Komunikatif Terjemahan komunikatif ialah pendekatan terjemahan yang cuba untuk menghasilkan kesan ke atas pembacanya sehampir mungkin dengan kesan yang diperolehi oleh pembaca dari teksnya yang asal. Terjemahan semantik cuba untuk mengemukakan, semampu yang boleh, yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintetik bahasa kedua, makna konteks yang tepat dari teks asal (Newmark: 1981). 5. Metod Kajian Korpus pilihan kajian ini ialah beberapa teks hadis yang di ambil dari terjemahan Kitab Riyadh al-Salihin terbitan Badan Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Jabatan perdana Menteri. Kajian ini berasaskan teori Semantik & Komunikatif yang diperkenalkan oleh Peter Newmark dalam buku beliau Approaches to Translation (1981). Di samping menggunapakai prosedur terjemahan metafora yang gariskan oleh beliau dalam buku tersebut. Ringkasan prosedur ini seperti berikut: 5.1 Mendatangkan padanan metafora secara lafaz dan makna

Ini bermaksud teknik ini menggunakan pendekatan terjemahan katawi (literal), dengan memindahkannya tanpa perubahan atau penggantian ke bahasa sasaran, dengan syarat metafora ini mempunyai tahap penggunaan dan dikenali dalam bahasa sasar. Jika terdapat percampuran budaya yang kuat antara dua bahasa sumber dan sasar maka terjemahan metafora antara dua bahasa akan menjadi lebih senang dan mudah.

5.2 Penggantian bentuk metafora dengan bentuk metafora yang lain

Teknik ini dipraktiskan dengan membawa bentuk metafora yang lain dalam bahasa sasar yang bertepatan dengan bentuk metafora asal dari aspek makna tetapi berbeza dari aspek lafaz. Teknik ini boleh digunapakai oleh penterjemah jika teknik terjemahan katawi menyebabkan nilai metafora serta makna yang asal menjadi lemah.

Page 4: TERJEMAHAN METAFORA DALAM HADIS …worldconferences.net/proceedings/icasic2014/toc/papers_icasic2014/I... · Budaya merupakan satu unsur penting dalam sesebuah masyarakat dan bahasa

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 603

Oleh itu penterjemah tidak boleh menterjemah bentuk-bentuk metafora ini secara katawi, tetapi dia hendaklah mencari bentuk metafora yang baharu dalam bahasa sasar yang membawa maksud yang sama jika dia ingin memelihara makna metafora yang terdapat di dalam bahasa asal.

5.3 Terjemahan metafora dengan simili

Pendekatan ini dianggap teknik yang agak senang untuk mengelakkan berlakunya pertembungan metafora dengan mengekalkan struktur asal, khususnya jika tidak memberikan kesan emosi dalam teks sasar, ini kerana dari aspek hakikatnya simili adalah lebih jelas daripada metafora.

5.4 Penterjemahan metafora dengan perbandingan campur maksud

Penukaran metafora kepada maknanya dibuat dengan menganalisis kandungannya dan menghuraikan elemennya, ini berasaskan konsep bahawa sesuatu gambaran itu mempunyai pelbagai sudut. Kemudian dipisahkan aspek faktor emosi dari aspek faktor realiti, dalam erti kata lain mengurangkan unsur hiperbola dengan kadar bersesuaian.

5.5 Penukaran metafora kepada pengertian

Dalam situasi tertentu penterjemah yang memindahkan sesuatu bentuk gambaran gemar menjelaskannya dengan membuat penambahan huraian kepada bentuk gambaran itu. Pendekatan ini boleh dianggap sebagai penyelesaian yang agak sederhana, ia menghimpunkan antara dua teknik terjemahan, komunikatif dan semantik, kerana ia mensasarkan pembaca dalam bidang dan bukan dalam bidang. Penterjemah boleh menggunakan teknik ini ketika mendapati terjemahan metafora tidak efektif dan tidak jelas.

5.6 Pelesapan

Pendekatan ini bermaksud tidak menterjemahkan lansung metafora di mana penterjemah membuang metafora yang terdapat pada teks asal dengan syarat ia merupakan tambahan atau tidak punya nilai dalam teks dengan syarat penterjemah menilai terlebih dahulu apakah yang penting dan apakah yang tidak di dalam teks asal berasaskan objektif utama teks.

5.7 Metafora yang sama digabungkan dengan pengertian

Melalui tujuh prosedur ini, pengkaji akan menganalisis terjemahan yang telah dibuat serta mendatangkan terjemahan cadangan jika perlu.

Tidak dapat dinafikan hadis Rasulullah s.a.w bukanlah seperti mana-mana ujaran yang diungkapkan oleh manusia biasa. Sudah pasti untuk menghuraikan setiap lafaz yang sukar difahami lebih-lebih lagi apa yang diklasifikasikan oleh para muhaddithin (ulama hadis) sebagai gharib al-hadith memerlukan kepada rujukan yang bersesuaian dalam bidang hadis. Walaupun dalam konteks menterjemah metafora telah digariskan beberapa prosedur oleh para penterjemah khususnya Peter Newmark dalam tulisan-tulisan beliau, namun peranan syarah (huraian) hadis oleh para muhaddithin (ulama hadis) tidak boleh dikesampingkan.

Page 5: TERJEMAHAN METAFORA DALAM HADIS …worldconferences.net/proceedings/icasic2014/toc/papers_icasic2014/I... · Budaya merupakan satu unsur penting dalam sesebuah masyarakat dan bahasa

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 604

6. Analisis Dan Dapatan 6.1 Contoh 1 - Bab Takut, Hadis No. 406

وح ق لا أن تئط ...(. أطت السماء ) إن أرى ماال ت رون ، Terjemahan:

“Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu tidak dapat lihat, langit telah berbunyi dan sepatutnyalah dia berbunyi…”

Ulasan:

Metafora yang terdapat dalam hadis ini ialah frasa أط ت الس ماء . Ibn Allan (1995, j:2, hlm: 244)

meriwayatkan pandangan Ibn Aqbaris yang perpandangan bahawa frasa ini ialah metafora, ia menyamakan langit dengan seekor unta yang berbunyi tanpa menyebut musyabbah bihi (unta) tetapi sekadar menyebut lazim bagi unta iaitu tempat duduknya yang akan mengeluarkan suara bila unta bergerak.

Ibn Manzur (2003, j:1) meriwayatkan kata-kata al-Jauhari yang menyatakan bahawa األط طط ialah

suara haiwan tunggangan atau unta jika mempunyai bebanan yang berat. al-Imam al-Nawawi

menyatakan bahawa أط ت atau األط طط bermaksud suara haiwan tunggangan, makna metafora ini

bermaksud malaikat yang rajin beribadah yang terlalu banyak di langit menyebabkan ia menjadi berat dan berbunyi.

Metafora ini jelas menggambarkan budaya kehidupan bangsa Arab yang begitu hampir dengan unta sebagai haiwan tunggangan. Penggunaan satu aspek yang berkaitan dengan pergerakan serta suara unta untuk menggambarkan makna metaforikal bagi kehebatan malaikat beribadah, sehingga menyebabkan langit berbunyi sudah pasti satu corak metafora yang asing bagi budaya Melayu.

Terjemahan yang diberikan ialah “…langit telah berbunyi…”. Ini dengan menggunakan pendekatan

mengekalkan maksud literal frasa metafora ini. Kata kerja أط yang bermaksud ‘bersuara (unta)’ dikekalkan tanpa perubahan, teks sumber secara semantik menyandarkan suara itu kepada langit juga tidak ditukarkan.

Dari aspek teknik terjemahan ialah dengan menghasilkan imej yang sama dalam bahasa sumber ke bahasa sasar. Pada pandangan pengkaji pendekatan ini bersesuaian kerana dapat difahami dengan baik namun ciri budaya dalam bahasa sumber yang telah dinyatakan, tidak kelihatan.

Page 6: TERJEMAHAN METAFORA DALAM HADIS …worldconferences.net/proceedings/icasic2014/toc/papers_icasic2014/I... · Budaya merupakan satu unsur penting dalam sesebuah masyarakat dan bahasa

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 605

6.2 Contoh 2 - Bab Menyatakan Besederhana di dalam Mengerjakan Amal Ibadah, Hadis No. 145

)... واستعطن وا بالغدوة والروحة وشيء من الدلة ( .Terjemahan:

“…serta mintalah pertolongan melakukan amalan dengan mengerjakannya di waktu pagi, petang atau di suatu waktu di akhir malam (kerana tubuh badan menjadi segar dan cergas pada waktu-waktu ini).”

Ulasan:

Frasa ة واستعطن وا بالغدوة والروحة وشيء من الدل merupakan metafora dalam hadis ini di mana السالك استعانة

(penggunaan ahli ibadah) diumpamakan seperti استعانة املسافر (penggunaan musafir).

Ibn Allan (1995, j:2, hlm: 286-287) menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w mengumpamakan seorang yang beribadah dengan menggunakan waktu-waktu segar untuk sampai kepada maksud ibadahnya dengan seorang yang bermusafir dengan memilih waktu-waktu segar tunggangannya untuk sampai kepada tempat tujuan.

Ibn Manzur (2003, j.10) menghuraikan bahawa perkataan استعان digunakan oleh orang Arab dalam

bentuk أعنته إعانة ia juga dalam bentuk استعنت tanpa menggunakan partikel tambahan dan dalam

bentuk استعنت به iaitu dengan menggunakan partikel jar ب. Kedua-dua maksud struktur ini ialah

meminta pertolongan dari seseorang (Larus, 1991, hlm: 354)

Imam al-Nawawi turut menghuraikan frasa ini dengan menyifatkan ia adalah metafora (isti’arah) dan tamsil. Beliau menghuraikan bahawa rasulullah menyuruh umat Islam beramal mentaati Allah pada masa sihat dan hati yang lapang di mana kita dapat menikmati ibadah tanpa rasa jemu, dapat mencapai matlamat ibadah sebagai mana seorang musafir yang bijak berjalan pada waktu-waktu ini dan berehat pada waktu yang lain lantas dapat sampai ke tempat tujuan tanpa rasa kepenatan (al-Nawawi).

Dalam contoh ini budaya bangsa Arab dalam bermusafir jelas ditonjolkan. Pemilihan waktu bermusafir yang bersesuaian dengan ekologi padang pasir yang panas terik mewakili budaya ini.

Metafora ini diterjemahkan dengan “…serta mintalah pertolongan melakukan amalan dengan mengerjakannya di waktu pagi, petang atau di suatu waktu di akhir malam…”. Pendekatan terjemahan yang digunapakai ialah terjemahan semantik dan komunikatif di mana penterjemah

mengekalkan makna denotatif bagi perkataan استعطنوا (mintalah pertolongan)dengan melakukan

penambahan huraian selepasnya “melakukan amalan dengan mengerjakannya”. Prosedur terjemahan metafora yang digunakan ialah terjemahan metafora dengan percampuran maksud iaitu pendekatan keempat yang digariskan Newmark.

Page 7: TERJEMAHAN METAFORA DALAM HADIS …worldconferences.net/proceedings/icasic2014/toc/papers_icasic2014/I... · Budaya merupakan satu unsur penting dalam sesebuah masyarakat dan bahasa

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 606

Jelas, laras bahasa terjemahan yang bersifat semantik ini tidak menyerlahkan ciri metaforikal yang berkait dengan budaya musafir bangsa Arab. Pembaca bahasa sasar tidak dapat mengaitkan terjemahan ini dengan perumpamaan orang yang memilih waktu segar untuk beribadah dengan budaya pemilihan waktu bermusafir pada waktu-waktu tertentu. Pada pandangan pengkaji terjemahan “serta mintalah pertolongan” yang terlalu semantikal ini juga agak sukar untuk difahami oleh umum pembaca sasar.

Pengkaji menyarankan teknik kelima saranan Newmark iaitu penukaran metafora kepada pengertian dengan terjemahan cadangan: “…beramallah secara istiqamah pada waktu pagi, petang atau pada suatu waktu di akhir malam…”. Walaupun unsur metafora telah hilang namun kehendak asal metafora tersebut dapat difahami oleh pembaca sasar.

6.3 Contoh 3 - Bab Menyembahyangkan Jenazah, Hadis No. 929

...(. قرياط ) من شهد النازة حت ي صلي علطها ف له

Terjemahan:

“Sesiapa yang melawat orang yang meninggal dunia kemudian menyembahyangkannya nescaya orang tersebut memprolehi satu qirat (satu pahala yang besar)”

Ulasan:

Penggunaan metafora dalam teks ini terdapat pada kata nama ق رياط. Badr al-din al-Aini (Umdah al-

Qari, 2001, j:8, hlm: 182) menyatakan bahawa lafaz ini adalah isti’arah dan tamthil di mana yang dimaksudkan dengan qirat ialah nilai balasan yang hanya diketahui oleh Allah manakala nabi menjelaskannya dengan menyamakan nilai qirat itu dengan bukit Uhud. Nilai metafora pada perkataan ini ialah dengan menyamakan sesuatu yang abstrak, ganjaran pahala, dengan sesuatu yang dapat dikenalpasti, ukuran timbangan, kerana persamaan dari sudut ketinggian kuantiti.

Qirat dari segi bahasa menurut ibn Manzur (2002, j:12, hlm:73) ialah ukuran timbangan yang

dimaklumi, iaitu menyamai satu دان ق (satu perduabelas dirham), adapun perkataan ق رياط yang

disebut dalam hadis pengurusan jenazah huraian nilainya disebut dalam hadis itu iaitu menyamai gunung Uhud. Jelas di sini nilai sukatan qirat adalah elemen budaya bangsa Arab yang asing bagi pembaca sasar sudah pasti menimbulkan kesukaran untuk memahaminya.

Perkataan ق رياط mewakili salah satu aspek budaya sosial masyarakat Arab iaitu aspek ekonomi yang

mana ia merupakan nilai sukatan dalam timbangan. Terjemahan unsur ini ke dalam bahasa Melayu sudah tentu menimbulkan kesukaran kerana asingnya penggunaan perkataan ini.

Penterjemahan metafora ini dalam bahasa sasar berbunyi: “satu qirat (satu pahala yang besar)”.

Perkataan ق رياط dikekalkan secara transliterasi tanpa menukarkan perkataan itu kepada makna

literalnya iaitu satu sukatan timbangan. Tetapi penambahan terjemahan turut dibuat dengan

Page 8: TERJEMAHAN METAFORA DALAM HADIS …worldconferences.net/proceedings/icasic2014/toc/papers_icasic2014/I... · Budaya merupakan satu unsur penting dalam sesebuah masyarakat dan bahasa

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 607

menambah keterangan dalam kurungan iaitu: (satu pahala yang besar). Pendekatan ini dilihat sepadan dengan teknik terjemahan keempat Newmark iaitu terjemahan metafora diikuti dengan maksudnya.

Hasilnya dalam teks terjemahan ini (bahasa sasar) terdapat dua terjemahan bagi ق رياط yang pertama

maksudnya secara umum iaitu ‘satu pahala yang besar’, manakala terjemahan kedua adalah berdasarkan huraian Rasulullah s.a.w pada hujung hadis ini iaitu ‘nilainya menyamai gunung Uhud’.

Terjemahan kedua bagi huraian nilai قرياط dilihat lebih terperinci.

Pengkaji berpendapat bagi metafora ini lebih sesuai digunakan pendekatan mengekalkan imej metafora yang sama dalam bahasa sasar, dengan menggunakan pendekatan memindahkan perkataan tersebut secara transliterasi, tanpa membuat sebarang penjelasan maksud. Ini kerana lafaz ini diulang sekali lagi oleh penutur (Rasulullah s.a.w), di bahagian akhir hadis ini, dengan tujuan menjelaskan maksudnya.

6.4 Contoh 4 - Bab Larangan Memuji Secara Langsung Terhadap Individu Yang Dikhuatiri Terkesan Dengan Sifat Tercela, Hadis No. 1788

، أو قطعت م ظهر الرج ل ( .)...أهلكت م Terjemahan:

“Engkau telah merosakkan lelaki itu dan engkau juga mematahkan punggungnya”.

Ulasan:

Matafora dalam hadis ini pada frasa:

قطعت م ظهر الرج ل

Muhammad Bi’lu (1979, h: 135) menyatakan bahawa frasa ini adalah metafora kerana rasulullah s.a.w menyamakan kemusnahan agama seseorang dengan kematian melalui cara pemenggalan kepala atau pemotongan bahagian belakangnya.

Perkataan قطع dihuraikan sebagai عض فصالإبانة بعض أجزاء الرم من ب (memisahkan sebahagian juzuk

sesuatu benda daripada bahagiannya yang lain) (Ibn Manzur, 2003, j:12, hlm:139). Apabila perkataan

(الكاه ل) ia bermaksud anggota atas belakang badan (ظه ر الرج ل) digunakan untuk manusia الظهر seseorang sehinggalah bahagian bawah punggung (أدىن العجز). (Ibn Manzur, 2003, j:9, hlm: 198)

Page 9: TERJEMAHAN METAFORA DALAM HADIS …worldconferences.net/proceedings/icasic2014/toc/papers_icasic2014/I... · Budaya merupakan satu unsur penting dalam sesebuah masyarakat dan bahasa

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 608

Maksud frasa metafora ini ialah menyatakan kemusnahan dan kebinasaan kerana orang yang dipenggal lehernya sudah tentu akan mati, begitu juga orang yang dipotong belakangnya (al-Asqalani, 1986, j4, hlm: 492). Ibn Allan(1996, j:4, hlm:550) pula menyatakan kebinasaan di sini ialah

kebinasaan agama (ه ال ال دين) kerana orang yang dipuji-puji akan merasa takjub kepada diri sendiri

dan merasa takbur, lebih baik dari orang lain, sudah pasti kedua-dua sifat ini menghancurkan seseorang yang memilikinya.

Metafora ini menunjukkan budaya berfikir bangsa Arab yang mengkhususkan perbuatan memotong bahagian belakang manusia (pemilihan penterjemah: punggung) mewakili kebinasaan (kematian) seseorang.

Pendekatan terjemahan adalah secara mengekalkan maksud literal frasa ini. Terjemahan dalam bahasa sasar adalah seperti berikut:

“…engkau juga mematahkan punggungnya”.

Perkataan قطع diterjemahkan dengan ‘mematahkan’ manakala الظهر dikhususkan untuk ‘punggung’.

Teknik terjemahan ialah dengan mengekalkan imej yang sama dari bahasa sumber ke dalam bahasa sasar. Terjemahan ini menghasilkan terjemahan yang sukar difahami oleh pembaca sasar kerana elemen budaya pematahan bahagian belakang (punggung) seseorang adalah metafora yang asing bagi pembaca bahasa melayu, khususnya untuk menggambarkan kebinasaan seseorang.

Pengkaji mencadangkan teknik terjemahan metafora yang sama digabungkan dengan pengertian. Kelebihan teknik ini dapat mengekalkan gambaran asal metafora dari teks sumber yang merupakan satu elemen budaya bahasa yang unik bagi bangsa Arab. Dalam masa yang sama memastikan metafora ini difahami dengan baik melalui penjelasan yang diberikan. Terjemahan cadangan:

“kamu telah memotong belakang badan lelaki itu (memusnahkan agamanya dengan pujian yang melampau)”.

6.5 Contoh 5 - Bab Berbuat Baik Kepada Kedua-Dua Ibu Bapa dan Memelihara Hubungan Silaturrahim, Hadis No. 317

، ث رغم أنف من أدر أبويه عند الكرب، رغم أنف ) ا، فلم يدخل النة ( .، ث رغم أنف ا أو كاله أحد ه

Terjemahan:

“Hinalah kemudian hinalah kemudian hinalah (bagi) mereka yang sempat hidup bersama dengan salah seorang daripada ibubapanya atau kedua-duanya sekali ketika mereka tua sedangkan dia tidak dapat masuk syurga (dengan sebab itu).

Page 10: TERJEMAHAN METAFORA DALAM HADIS …worldconferences.net/proceedings/icasic2014/toc/papers_icasic2014/I... · Budaya merupakan satu unsur penting dalam sesebuah masyarakat dan bahasa

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 609

Ulasan:

Metafora dalam hadis ini terdapat pada frasa رغم أنف . Ibn Allan (1995, j:2, hlm:125,) menyatakan

bahawa frasa ini digunakan untuk mengisyaratkan kepada kehinaan seolah-olah seseorang itu dipenuhi dengan tanah pada hidungnya sehingga memalukannya.

Dari aspek makna kamus frasa ini terdiri daripada dua patah perkataan رغم dan أنف. Ibn Manzur

(2002, Jil.6) manyatakan bahawa perkataan ini bererti الكره (tidak menyukai atau paksaan). Beliau

mengulas lagi bahawa bangsa Arab berkata: أرغم هللا أنفه bermaksud Allah melekatkan hidungnya

dengan tanah merupakan bentuk penggunaan yang asal kemudian ia digunapakai untuk menunjukkan kehinaan dan kelemahan. Jelas metafora ini dipengaruhi oleh budaya bangsa Arab yang meletakkan kekotoran pada hidung bagi menunjukkan situasi kehinaan seseorang.

Metafora ini telah diterjemahkan dalam korpus kajian dengan maksud ‘hinalah’. Pendekatan terjemahan yang digunapakai secara komunikatif. Makna asal perkataan tidak dikekalkan. Sudah tentu pengekalan makna asal akan menimbulkan kesukaran kepada pembaca sasar untuk memahami makna yang dikehendaki oleh metafora ini. Budaya bahasa Melayu tidak menggunakan hidung yang dicalit dengan tanah sebagai satu metafora kepada kehinaan seseorang. Perpindahan kepada makna metaforikal disebalik frasa ini adalah bertepatan.

Teknik ini bertepatan dengan teknik yang disarankan oleh Newmark dalam prosedur terjemahan metafora yang kelima iaitu penukaran kepada pengertian metafora. Pengkaji berpendapat bahawa pendekatan dan teknik ini bersesuaian bagi metafora tersebut

7. Kesimpulan Setelah meneliti contoh-contoh di atas, kajian ringkas ini mendapati beberapa kesimpulan seperti berikut: a) Penterjemah korpus kajian menggunakan pelbagai teknik dalam mendatangkan terjemahan

metafora beroreantasi budaya yang terdapat dalam hadis kitab tersebut. Namun secara asas teknik terjemahannya dapat dibahagikan kepada dua samada semantik atau komunikatif. Teknik terjemahan yang digunapakai juga mengikut sebahagian prosedur yang diusulkan oleh Newmark.

b) Penterjemahan metafora yang beroreantasikan budaya bahasa sumber menimbulkan kesukaran

kepada penterjemah. Frasa seperti رغم أنف, والروحة استعطنوا بالغدوة serta قطعتم ظهر الرجل

memerlukan penterjemah membuat pilihan samada mengekalkan makna semantik, atau makna komunikatif yang akan menyebabkan elemen metaforikal bahasa sumber hilang. Pendekatan gabungan kedua-duanya seperti yang dicadangkan Newmark pada prosedur terjemahan metafora yang ketujuh, kelihatan bersesuaian untuk mencapai kedua-dua maksud tersebut.

c) Terjemahan secara semantik bagi metafora أطت dengan teknik pengekalan imej yang sama ke

dalam bahasa sasar . Manakala pengekalan metafora قرياط pula secara transliterasi (pengekalan

Page 11: TERJEMAHAN METAFORA DALAM HADIS …worldconferences.net/proceedings/icasic2014/toc/papers_icasic2014/I... · Budaya merupakan satu unsur penting dalam sesebuah masyarakat dan bahasa

Proceeding of the International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization iCasic 2014 (e-ISBN 978-967-11768-4-9), 4-5 March 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 610

imej yang sama ke bahasa sasar) kelihatan lebih sesuai dalam konteks korpus pilihan, berasaskan pengulangan yang berlaku pada akhir teks hadith tersebut.

d) Kesemua contoh yang dipilih jelas menunjukkan terdapatnya kesukaran bagi penterjemah untuk

menterjemahkan elemen metafora yang berasaskan unsur budaya. Keanjalan teori Semantik dan Komunikatif dilihat dapat meminimakan kewujudan masalah tersebut, khususnya melalui prosedur terjemahan metafora yang digariskan oleh Newmark.

Rujukan

Ainon Mohd, Abdullah Hassan, 2005, Teori dan Teknik Terjemahan, PTS Professional Publishing.

Ali al-Jarim dan Mustafa Amin, 1979, al-Balaghah al-wadihah, al-bayan-al-ma’ani-al-badi’, Lubnan- Dar al-Ma’arif Al- Asqalani, Ahmad bin ali bin Hajar, 1997, Fath al-Bari sharh Sahih al-Bukhari, Riyadh-Maktabah al-Salam. Al-Aini , Badr al-din Mahmud bin Ahmad, 2001, Umdah al-Qari Sharh Sahih al-Bukhari, Dar al-Kutub al-ilmiah, Lubnan

Ibn Manzur, Muhammad bin Mukarram, 2003, Lisan al-Arab, Dar Sadir.

James Dickins, Sandor Hervey & Ian Higgins, 2002, Thinking Arabic Translation, London: Routledge. Khalil al-Nahwi, 1991, al-Mu’jam al-Arabi al-Asasi, Larus. Maheram Ahmad. 2009. Permasalahan Terjemahan Arab Melayu: Satu Analisis Teks Sastera. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia Majdi Hj Ibrahim, 2009, al-Tarjamah bayn al-Arabiyyah wa al-Malayuwiyyah: al-nazariyat wa al-mabadi’, IIUM Press.

Muhammad bin Allan al-siddiqi, 1995, Dalil al-Falihin li Turuq Riyadh al-Salihin, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut Lubnan

Muhammad bi’lu, 1979, Min Balaghat al-Sunnah, Shari’ al-Suq al-Taufiqiyat: Matbaat Atlas Peter Newmark, 1981, Approaches to Translation. Pergamon Press. Peter Newmark, 2006, Terj: Hassan Ghazzalah, al-Jami’ fi al-tarjamah, (A Textbook of Translation), Beirut: Dar wa Maktabah Hilal. Puteri Roslina Abdul Wahid, 2012, Meneroka Penterjemahan Bahasa Melayu, Penerbit Universiti Malaya. Terjemahan Riyadh al-Salihin, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri