terbitan pentadbiran zakat, wakaf dan baitulmal … bantuan zakat, baru-baru ini. buletin al-infaq...

2
MESRA... Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAIJ, Abdul Azim Shamsuddin beramah mesra dengan penerima bantuan zakat, baru-baru ini. buletin Al-Infaq Bil. 4 (sisipan Buletin Majlis) Okt 2016 / 1438 H Terbitan Pentadbiran Zakat, Wakaf dan Baitulmal MAIJ KADAR NISAB ZAKAT: RM 14,663.17 * Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas. * Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat. JOHOR BAHRU - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) mahu amil-amil yang dilantik di negeri ini bertindak sebagai individu pertama menyalurkan bantuan kepada asnaf di kawasan mereka. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Md. Rofiki A. Shamsudin berkata, amil-amil ini juga boleh dianggap individu terpenting kerana mereka merupakan golongan yang menguruskan dua tanggungjawab asas iaitu mengutip dan mengagihkan zakat. “Selain mengutip dan mengagihkan zakat, tujuan MAIJ melantik amil-amil di setiap mukim di negeri ini untuk menjadi orang tengah iaitu penyampai maklumat berkenaan penduduk yang perlu diberikan bantuan zakat.” “Buktinya, dalam tempoh sembilan bulan ini kita berjaya menyelesaikan lebih 1,500 kes berkenaan penduduk di negeri ini yang memerlukan bantuan zakat hasil maklumat daripada amil-amil yang MINDA PENGARANG AGIHAN zakat memberi impak yang signifikan terhadap kualiti hidup asnaf fakir dan miskin khususnya di Johor. Perkara yang paling tinggi tahap kepuasan dan keyakinan masyarakat adalah sikap amil tempatan. Ia menjadi indikator penilai peningkatan kepada kualiti hidup asnaf di negeri ini. Amil yang dilantik oleh institusi zakat mampu untuk mengubah corak pemikiran asnaf. Peranan amil tempatan wajar dipertingkatkan melalui bimbingan dan latihan yang berterusan sebagai usaha memaksimumkan impak agihan zakat. Mereka perlu peka dengan persekitaran dan menyantuni asnaf dengan mesra agar aduan umum berkaitan asnaf dapat ditangani dengan baik dan berkesan. Kesan hasil daripada pengagihan dana zakat yang optimum mampu untuk mengeluarkan golongan asnaf daripada terus dibelenggu oleh kemiskinan dan seterusnya menjadikan mereka sebagai pembayar zakat. - Shafie Mustapha “UKHUWAH ISLAMIAH ASAS PENYATUAN UMMAH” agihan zakat KEPADA PEMBAYAR ZAKAT TERIMA KASIH bantu Maij kesan asnaf AMIL SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu-alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq, Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Johor, Tel 07-228 2999, Fax 07-223 8752 Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 3 bulan sekali. Info Nota Majlis Agama Islam Negeri Johor Sila hubungi : Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752, E-mail: [email protected] Atau Pejabat-Pejabat Agama Daerah JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549) MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209) BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357) SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179) KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542) PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395) KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859) MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946) TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209) KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214) PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105) INGIN BERZAKAT? Kutipan ZAKAT sehingga September 2016 RM188,141,286.17 4 buletin Al-Infaq MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR SOALAN Hari Raya kunjung tiba, saya tiada sumber kewangan bagi membuat persiapan keperluan hari raya, bolehkah saya mohon kepada MAIJ? HARI RAYA JAWAPAN Bagi Asnaf Fakir dan Miskin MAIJ menyediakan bantuan kewangan bagi menyambut perayaan, tujuan adalah bagi memberi kegembiraan kepada mereka dan boleh menyambut hari raya sepertimana orang lain. Permohonan boleh dibuat melalui amil kariah. JAWAPAN Mereka yang terputus belanja di dalam perjalanan akan dibantu melaui peruntukan Ibnu Sabil. Bayaran tambang diberi mengikut jarak perjalanan individu. TERPUTUS BELANJA SOALAN Saya berasal dari Perlis, datang ke negeri Johor bertujuan menziarahi kawan. Dalam masa yang sama beg duit saya hilang dan saya tiada kewangan untuk balik semula ke negeri saya. Agihan ZAKAT sehingga September 2016 ASNAF 2.5% Dari Harta Anda Milik RM210,625,830.51 1 buletin Al-Infaq Maal Hijrah Salam 1438 agihan ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR BAHAGIAN USAHA mengecilkan ruang keciciran golongan yang memerlukan bantuan Zakat JOHOR BAHRU 14 PASIR GUDANG 7 KOTA TINGGI 20 KULAIJAYA 7 MERSING 10 KLUANG 17 SEGAMAT 15 BATU PAHAT 18 MUAR 15 LEDANG 13 PONTIAN 13 2016 mil agihan ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR A Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah SAW. bersabda: “Apabila Amil Zakat mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.” -Hadis Sahih Muslim- Zakat kita bahagiakan mereka MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR mainj_official telegram.me/MainjZakat diberikan kepada MAIJ,” katanya. Menurutnya, selain bancian yang dilakukan oleh amil, MAIJ juga mengharapkan kerjasama pemimpin masyarakat setempat untuk memaklumkan jika ada penduduk di kawasan mereka yang memerlukan bantuan. “Sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai mana-mana bantuan MAIJ adalah melalui sumber wang zakat yang dipungut daripada masyarakat Islam di dalam negeri Johor dan kita berharap berlakunya peningkatan pembayar zakat di masa hadapan,” katanya kepada Buletin Al-Infaq.

Upload: lamtruc

Post on 02-Jul-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terbitan Pentadbiran Zakat, Wakaf dan Baitulmal … bantuan zakat, baru-baru ini. buletin Al-Infaq Bil. 4 (sisipan Buletin Majlis) Okt 2016 / 1438 H Terbitan Pentadbiran Zakat, Wakaf

MESRA... Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAIJ, Abdul Azim Shamsuddin beramah mesra dengan penerima bantuan zakat, baru-baru ini.

buletin

Al-Infaq Bil. 4 (sisipan Buletin Majlis)Okt 2016 / 1438 H

Terbitan Pentadbiran Zakat, Wakaf dan Baitulmal MAIJ

KADAR NISAB ZAKAT:

RM 14,663.17 * Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan

nilai 85 gram emas.* Nisab ialah kadar minima yang

ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.

JOHOR BAHRU - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) mahu amil-amil yang dilantik di negeri ini bertindak sebagai individu pertama menyalurkan bantuan kepada asnaf di kawasan mereka. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Md. Rofiki A. Shamsudin berkata, amil-amil ini juga boleh dianggap individu terpenting kerana mereka merupakan golongan yang menguruskan dua tanggungjawab asas iaitu mengutip dan mengagihkan zakat.

“Selain mengutip dan mengagihkan zakat, tujuan MAIJ melantik amil-amil di setiap mukim di negeri ini untuk menjadi orang tengah iaitu penyampai maklumat berkenaan penduduk yang perlu diberikan bantuan zakat.” “Buktinya, dalam tempoh sembilan bulan ini kita berjaya menyelesaikan lebih 1,500 kes berkenaan penduduk di negeri ini yang memerlukan bantuan zakat hasil maklumat daripada amil-amil yang

MINDA PENGARANGAGIHAN zakat memberi impak yang signifikan terhadap kualiti hidup asnaf fakir dan miskin khususnya di Johor. Perkara yang paling tinggi tahap kepuasan dan keyakinan masyarakat adalah sikap amil tempatan. Ia menjadi indikator penilai peningkatan kepada kualiti hidup asnaf di negeri ini. Amil yang dilantik oleh institusi zakat mampu untuk mengubah corak pemikiran asnaf. Peranan amil tempatan wajar dipertingkatkan melalui bimbingan dan latihan yang berterusan sebagai usaha memaksimumkan impak agihan zakat. Mereka perlu peka dengan persekitaran dan menyantuni asnaf dengan mesra agar aduan umum berkaitan asnaf dapat ditangani dengan baik dan berkesan. K e s a n h a s i l d a r i p a d a pengagihan dana zakat yang optimum mampu untuk mengeluarkan golongan asnaf daripada terus dibelenggu oleh kemiskinan dan seterusnya menjadikan mereka sebagai pembayar zakat.- Shafie Mustapha

“UKHUWAH ISLAMIAH ASAS

PENYATUAN UMMAH” agihan zakat

KEPADA PEMBAYAR ZAKATTERIMA KASIH

bantu Maij kesan asnafAMILSIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu-alukan

sumbangan anda berupa idea dan sumber berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) di mana sahaja. Anda boleh menghubungi kami melalui: Ketua Pengarang Buletin Infaq, Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Johor, Tel 07-228 2999, Fax 07-223 8752

Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 3 bulan sekali.

Info

Nota

Majlis Agama Islam Negeri Johor

Sila hubungi :Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752, E-mail: [email protected]

Atau Pejabat-Pejabat Agama Daerah

JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549)MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209)BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357)SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179)KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542)PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395)KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859)MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946)TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209)KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214)PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105)IN

GIN B

ERZA

KAT?

KutipanZAKAT sehingga September 2016

RM188,141,286.17

4buletinAl-Infaq

MAJLIS AGAMA ISLAMNEGERI JOHOR

SOALANHari Raya kunjung tiba, saya tiada sumber kewangan bagi membuat persiapan keperluan hari raya, bolehkah saya mohon kepada MAIJ?

HARI RAYA

JAWAPANBagi Asnaf Fakir dan Miskin MAIJ menyediakan bantuan kewangan bagi menyambut perayaan, tujuan adalah bagi memberi kegembiraan kepada mereka dan boleh menyambut hari raya sepertimana orang lain. Permohonan boleh dibuat melalui amil kariah.

JAWAPANMereka yang terputus belanja di dalam perjalanan akan dibantu melaui peruntukan Ibnu Sabil. Bayaran tambang diberi mengikut jarak perjalanan individu.

TERPUTUS BELANJA

SOALANSaya berasal dari Perlis, datang ke negeri Johor bertujuan menziarahi kawan. Dalam masa yang sama beg duit saya hilang dan saya tiada kewangan untuk balik semula ke negeri saya.

Agihan ZAKAT sehingga September 2016 ASNAF2.5% Dari Harta

Anda MilikRM210,625,830.511buletin

Al-Infaq

Maal HijrahSalam

1438

agihan ZAKATMAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

BAHAGIAN

USAHA mengecilkan

ruang keciciran golongan yang

memerlukan bantuan Zakat

JOHOR BAHRU

14PASIR

GUDANG7

KOTA TINGGI20

KULAIJAYA7

MERSING10

KLUANG17

SEGAMAT15

BATUPAHAT

18

MUAR15

LEDANG13

PONTIAN13

2016

mil agihan ZAKAT

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

ADari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah SAW. bersabda: “Apabila

Amil Zakat mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu,

maka hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.”

-Hadis Sahih Muslim-

Zakat kita bahagiakan mereka

MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR mainj_official telegram.me/MainjZakat

diberikan kepada MAIJ,” katanya. Menurutnya, selain bancian yang dilakukan oleh amil, MAIJ juga mengharapkan kerjasama pemimpin masyarakat setempat untuk memaklumkan jika ada penduduk di kawasan mereka yang memerlukan bantuan. “Sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai mana-mana bantuan MAIJ adalah melalui sumber wang zakat yang dipungut daripada masyarakat Islam di dalam negeri Johor dan kita berharap berlakunya peningkatan pembayar zakat di masa hadapan,” katanya kepada Buletin Al-Infaq.

Page 2: Terbitan Pentadbiran Zakat, Wakaf dan Baitulmal … bantuan zakat, baru-baru ini. buletin Al-Infaq Bil. 4 (sisipan Buletin Majlis) Okt 2016 / 1438 H Terbitan Pentadbiran Zakat, Wakaf

TERIMA KASIH... Program Ihya’ Aidiladha dan Insaniah bersama penduduk Kampung Gunung Pulai, Kulai anjuran MAIJ.

TAKLIMAT... Peserta Rombongan MAIJ terdiri daripada Amil-Amil Agihan diberi penerangan semasa menyertai lawatan rasmi ke Majlis Agama Islam Melaka.

SELESA ... Setiap peserta Rimbunan Kaseh bukan sahaja disediakan kediaman selesa, bahkan turut diberi peluang bekerja di ladang moden yang dibangunkan, sekali gus mampu menjana pendapatan sekitar RM1,500 sebulan.

SERONOKNYA... Rombongan MAIJ menunjukkan buah ‘Melon Apollo’ hasil usaha petani asnaf MAIM di Ladang Rimbunan Kaseh, Melaka.

Sekitar

KETUA Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf, Ustaz Yosree Ihksan (dua dari kiri) turut turun padang pada majlis serahan bantuan zakat di Muar, baru-baru ini.

GIGIH...Program Insaniah dan Gerak Mesra Bersama Ahli Majlis Perbandaran Muar yang berlangsung di Parit Jamil Darat pada 8 September lalu menjadi sejarah paling bermakna kalangan penerima asnaf yang menerima sumbangan bersumberkan peruntukan zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor.

PENOLONG Pengarah Agihan Zakat MAIJ, Ustaz Azlan Abdullah mengambil peluang menjejak asnaf sempena Program Kaunter Terbuka Agihan Zakat di Dewan Orang Ramai Layang-Layang, Kluang.

PESERTA Lawatan Kerja MAIJ ke Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) disambut oleh Setiausaha MAIM, Muhammad Ikram Ibrahim (lima dari kanan).

SIMPATI... Pegawai MAIJ diiringi pemimpin UMNO, Haj i Salamian Sur ip (kanan) menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Kupang, Gelang Patah, September lalu.

2buletinAl-Infaq 3buletin

Al-Infaq

agihan zakat

penduduk gotong royong lapahekor lembuenam

KULAI- Kira-kira 70 penduduk Kampung Seri Gunung Pulai bersama kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) bergotong-royong melapah daging enam lembu korban sempena sambutan Aidiladha, baru-baru ini. Acara penyembelihan bermula jam 10.00 pagi di Masjid Jamek Kampung Seri Gunung Pulai, di sini. Seekor lembu sumbangan DYMM Sultan Johor, manakala dua ekor daripada Menteri Besar Johor dan Tiga ekor sumbangan dari MAIJ untuk Program Ihya Aidiladha dan Insaniah MAIJ 2016 untuk diagihkan kepada asnaf mukim Kulai. Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf MAIJ, Haji Yoesree Ikhsan. berkata, sumbangan lembu dan daging korban sudah menjadi tradisi MAIJ saban tahun untuk diagihkan kepada asnaf kawasan yang dipilih.

“Tahun ini, MAIJ buat julung kalinya melaksanakan gotong royong dan ibadah korban di daerah Kulai.” Menurutnya lagi, agihan daging dilakukan di perkarangan masjid usai acara melapah selesai dengan setiap penerima mendapat dua kilogram daging. Sementara itu, Aminah Ahmad, 60, berkata beliau terharu kerana disenaraikan sebagai penerima daging korban dan sumbangan bantuan MAIJ berupa makanan harian. “Setiap tahun saya menerima agihan daging korban dan kali ini seronok dapat bersama penduduk kampung melapah daging korban secara bergotong royong,” katanya. Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Haji Kamaruddin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAIJ, Abdul Azim Shamsuddin.

MELAKA - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) mengadakan lawatan dua hari ke Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi berkongsi pengalaman dalam pembangunan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) MAIM serta lawatan ke Projek Rimbunan Kaseh MAIM, baru-baru ini. Seramai 50 Amil Agihan Zakat terlibat sama dalam menjayakan sesi lawatan yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf MAIJ, Haji Yosree Ikhsan. Menurut Haji Yosree Ikhsan, “lawatan tersebut dapat membantu dan mendedahkan kepada Amil Zakat MAIJ dalam mengembangkan usaha dakwah dan agihan zakat menjadi lebih berkesan dan efisien.”

“Program Rimbunan Kaseh adalah satu program transformasi luar bandar kerajaan yang boleh dicontohi oleh MAIJ bagi tujuan membangunkan suatu kawasan luar bandar secara mampan dan pada masa sama berkemampuan mengubah, menambahbaik dan mempertingkat kualiti kehidupan asnaf di Johor, katanya.” Katanya lagi, “MAIJ kini dalam usaha menaik taraf hidup keluarga miskin bagi membolehkan mereka menikmati kualiti hidup yang lebih baik dengan pendapatan tinggi.” Menurutnya, sehingga kini MAIJ membelanjakan sebanyak RM211 juta wang zakat yang dibayar umat Islam di Johor untuk membantu golongan fakir dan miskin, katanya.

usaha menaik taraf hidupMAIJ keluarga miskin Sekitarlawatan MAIM

LAWATAN MAIJ Daerah Kota Tinggi ke rumah mangsa kebakaran, Saad Atan dari Kampung Baru, Teluk Ramunia. Saad merupakan seorang nelayan menerima sumbangan sebanyak RM2,000.