terbit pada sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · shahrul zaman yahya serta pega ......

11
MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 3 FEBRUARI 2018 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Hari hitam dagangan bebas MUKA 3 MPOB lancar buku tanam semula sawit MUKA 9 Oleh FadzilGhazali [email protected] Bagan Datuk T imbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengecam negara yang berselindung di sebalik alasan kemampanan untuk mengambil tindakan memboikot minyak sawit Malaysia. Beliau berkata, negara terbabit pandai melakukan pelbagai usaha pemasaran supaya Malaysia mem- beli barangan mereka, tetapi pada masa sama enggan membeli bara- ngan dari negara ini. “Bagaimanapun, Malaysia bukan negara yang boleh diper- kotak-katikkan,” katanya berucap merasmikan Program Hello Komo- diti Bagan Datuk di Dewan Dato’ Mohamed Jamrah, Sungai Sumun, dekat sini, baru-baru ini. Turut hadir, Menteri Perusa- haan, Perladangan dan Komo- diti, Datuk Seri Mah Siew Keong; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk K Yogees- varan; Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup yang juga Penge- rusi Jawatankuasa Sumber Manu- sia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya serta Pega- wai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin. EU mahu henti guna bio bahan api sawit Ahmad Zahid berkata demiki- an ketika mengulas tindakan Kesatuan Eropah (EU) yang kini dalam proses memberhentikan penggunaan bio bahan api sawit sebagai bahan api di EU menje- lang tahun 2021. EU juga sedang dalam usaha merangka undang-undang meng- import hanya minyak sawit yang mempunyai pensijilan mampan. Ahmad Zahid berkata, tindakan negara sedemikian pasti akan memberi kesan dan menjejaskan pendapatan lebih 500,000 pekebun sawit di seluruh negara jika ia dite- ruskan. “Mesyuarat Kabinet minggu lalu yang dipengerusikan Perdana Men- teri, Datuk Seri Najib Razak, memu- tuskan kerajaan akan mengkaji semula pembelian barangan dari mana-mana negara yang mem- boikot penggunaan sawit. “Untuk tempoh Januari hingga November 2017, eksport produk berasaskan komoditi berjumlah RM129.1 bilion atau 15.1 peratus daripada keseluruhan penda- patan eksport negara. Daripada jumlah itu, sejumlah 55.4 peratus atau RM71.5 bilion disumbangkan sektor sawit,” katanya. Ahmad Zahid berkata, sektor komoditi adalah tulang belakang utama yang mana ia bukan saja menyumbang meningkatkan pen- dapatan negara, bahkan turut menjadi antara kegiatan ekonomi rakyat. “Sehubungan itu, kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan masa depan sektor minyak sawit negara terpe- lihara,” katanya. Tingkat kesedaran awam Selepas menyampaikan ucapan perasmian beliau, Ahmad Zahid turut melawat tapak pameran Program Hello Komoditi Bagan Datuk yang disediakan agensi MPIC seperti MPOB, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Getah Malaysia dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia. Program Hello Komoditi anju- ran MPIC sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap sektor komoditi negara dan menghebahkan kepada pihak berkepentingan mengenai perkem- bangan industri serta bantuan diberikan kerajaan untuk pengu- saha industri komoditi negara. Tindakan EU jejas pendapatan pekebun kecil dan industri sawit TPM selar diskriminasi sawit Fakta nombor RM129.1 BILION jumlah eksport produk berasaskan komoditi untuk tempoh Januari hingga November 2017 RM71.5 BILION jumlah eksport disumbangkan sektor sawit untuk tempoh Januari hingga November 2017 Ahmad Zahid ketika merasmikan Hello Komoditi Bagan Datuk.

Upload: dangnguyet

Post on 14-May-2018

281 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · Shahrul Zaman Yahya serta Pega ... sember 2019 dan dijangka mampu mem - perkukuhkan pegangan pasaran sedia ada di negara

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT

− SABTU − 3 FEBRUARI 2018

Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan

Hari hitam dagangan bebas

≤ MUKA 3

MPOB lancar buku tanam semula sawit

≤ MUKA 9

Oleh [email protected]

Bagan Datuk

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengecam negara

yang berselindung di sebalik alasan kemampanan untuk mengambil

tindakan memboikot minyak sawit Malaysia.

Beliau berkata, negara terbabit pandai melakukan pelbagai usaha pemasaran supaya Malaysia mem­beli barangan mereka, tetapi pada masa sama enggan membeli bara ­ngan dari negara ini.

“Bagaimanapun, Malaysia bukan negara yang boleh diper­kotak­katikkan,” katanya berucap merasmikan Program Hello Komo­diti Bagan Datuk di Dewan Dato’ Mohamed Jamrah, Sungai Sumun, dekat sini, baru­baru ini.

Turut hadir, Menteri Perusa­haan, Perladangan dan Komo­diti, Datuk Seri Mah Siew Keong; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk K Yogees­varan; Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Kushairi

Din; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup yang juga Penge­rusi Jawatankuasa Sumber Manu­sia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya serta Pega­wai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin.

EU mahu henti guna bio bahan api sawitAhmad Zahid berkata demiki­an ketika mengulas tindakan Kesatuan Eropah (EU) yang kini da lam proses memberhentikan peng gunaan bio bahan api sawit se bagai bahan api di EU menje­lang tahun 2021.

EU juga sedang dalam usaha merangka undang­undang meng ­import hanya minyak sawit yang mempunyai pensijilan mampan.

Ahmad Zahid berkata, tindakan negara sedemikian pasti akan memberi kesan dan menjejaskan pendapatan lebih 500,000 pekebun

sawit di seluruh negara jika ia dite­ruskan.

“Mesyuarat Kabinet minggu lalu yang dipengerusikan Perdana Men­teri, Datuk Seri Najib Razak, memu­tuskan kerajaan akan mengkaji semula pembelian barangan dari mana­mana negara yang mem­boikot penggunaan sawit.

“Untuk tempoh Januari hingga November 2017, eksport produk berasaskan komoditi berjumlah RM129.1 bilion atau 15.1 peratus daripada keseluruhan penda­patan eksport negara. Daripada jumlah itu, sejumlah 55.4 peratus atau RM71.5 bilion disumbangkan sektor sawit,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, sektor komoditi adalah tulang belakang utama yang mana ia bukan saja menyumbang meningkatkan pen ­dapatan negara, bahkan tu rut menjadi antara kegiatan eko nomi rakyat.

“Sehubungan itu, kerajaan akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan masa depan sektor minyak sawit negara terpe­lihara,” katanya.

Tingkat kesedaran awamSelepas menyampaikan ucapan perasmian beliau, Ahmad Zahid turut melawat tapak pameran Program Hello Komoditi Bagan Datuk yang disediakan agensi MPIC seperti MPOB, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Getah Malaysia dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.

Program Hello Komoditi anju­ran MPIC sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap sektor komoditi negara dan menghebahkan kepada pihak berkepentingan mengenai perkem­bangan industri serta bantuan diberikan kerajaan untuk pengu­saha industri komoditi negara.

Tindakan EU jejas pendapatan pekebun kecil dan industri sawit

TPM selar diskriminasi sawit

Fakta nombor

RM129.1 BILIONjumlah eksport produk berasaskan komoditi untuk tempoh Januari hingga November 2017

RM71.5 BILIONjumlah eksport disumbangkan sektor sawit untuk tempoh Januari hingga November 2017

Ahmad Zahid ketika merasmikan Hello Komoditi Bagan Datuk.

Page 2: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · Shahrul Zaman Yahya serta Pega ... sember 2019 dan dijangka mampu mem - perkukuhkan pegangan pasaran sedia ada di negara

Siew Keong bergambar bersama warga MPIC pada Majlis Perhimpunan Kementerian Perusahaan Perladangan danKomoditi (MPIC) 2018, di Putrajaya, baru-baru ini.

2

Oleh Noor Asmawati Abdul Samadwatie@mp ob.gov.my

Pu t ra j aya

Menteri Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi, DatukSeri Mah Siew Keong menya-

sarkan kawasan tanaman sawit seluasdua juta hektar akan mempunyaipensijilan Minyak Sawit Mampan Ma-laysia (MSPO) menjelang akhir 2018.

Beliau berkata, pensijilan MSPO ada-lah satu daripada strategi menanganiisu getir yang diwujudkan ParlimenKesatuan Eropah (EU) dengan melu-luskan resolusi mengaitkan pemba-ngunan industri sawit dengan kemus-nahan alam sekitar dan habitat hi-dupan liar.

Katanya, sepanjang tahun lalu, se-luas hampir 520,000 hektar tanamansawit dan 50 kilang pemprosesan sawitmendapat pensijilan MSPO, berban-ding hanya kira-kira 220,000 hektar dan21 kilang pemprosesan sawit pada ta-hun 2016.

“Dalam hal ini, MSPO menjadi antara

strategi untuk menangani isu berke-naan, selain menjadi asas bagi pen-jenamaan minyak sawit Malaysia.

“Justeru, untuk tahun ini, Kemen-terian Perusahaan Perladangan dan Ko-moditi (MPIC) menyasarkan jumlah ke-luasan tanaman dengan pensijilan MS-PO bertambah kepada dua juta hektar,”katanya berucap di Majlis Perhimpu-nan Kementerian Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi (MPIC) 2018, disini, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Da-tu Nasrun Datu Mansur, Ketua Setia-usaha MPIC, Datuk K Yogeesvaran danketua pengarah agensi serta ketua pe-gawai eksekutif majlis di bawah MPIC.

Pelaksanaan skim adalah mandatoriSiew Keong berkata, pelaksanaan skimini adalah mandatori menjelang 31 Di-sember 2019 dan dijangka mampu mem-perkukuhkan pegangan pasaran sediaada di negara EU, China dan India sertamenembusi pasaran baharu yang ber-

potensi mencapai sasaran eksport sawitberjumlah RM83 bilion pada 2020.

Beliau berkata, tahun lalu penuhbermakna buat industri sawit keranamenyambut ulang tahun ke-100 ke-cemerlangan sawit negara.

Katanya, industri sawit sebagai pe-nyumbang terbesar pendapatan eks-port negara melalui sektor komoditi.

“Sepanjang Januari hingga November2017, sektor sawit menyumbang RM71.5bilion, meningkat 16 peratus berban-ding tempoh sama pada tahun 2016.

“Sektor komoditi masih kekal sebagaitulang belakang ekonomi negara danmenjadi antara penyumbang eksportterbesar bagi tahun 2017.

“Bagi tempoh Januari hingga No-vember 2017, jumlah pendapatan eks-port direkodkan adalah sebanyakRM129.1 bilion atau 15.1 peratus da-ripada keseluruhan pendapatan eks-port negara,” ka t a nya .

Siew Keong berkata, nilai ini me-ningkat 16.5 peratus berbandingRM110.8 bilion yang direkodkan padaJanuari hingga November 2016.

Beliau berkata, jumlah pendapataneksport ini melebihi sasaran MPIC un-tuk tahun 2017 iaitu sebanyak RM128bilion dan melebihi jumlah keseluru-han pendapatan eksport bagi 2016 iaitusebanyak RM122.6 bilion.

“Industri komoditi akan terus re-levan dan menjadi khazanah negarayang paling bernilai bukan saja padahari ini, tetapi pada masa depan.

“Saya menyeru semua pihak teru-tama seluruh warga MPIC melipat gan-dakan usaha demi kepentingan lebih1.2 juta pekebun kecil komoditi dansektor komoditi secara keseluruhan-nya ,” ka t a nya .

Sasar 2 juta hektar sawitmampan pensijilan MSPO, 2018

Ke arahp engeluaranminyak sawitmampan olehpekebun kecil danindustri menjelang31 Disember 2019

Justeru, untuk tahun ini,Kementerian PerusahaanPerladangan dan Komoditi(MPIC) menyasarkan jumlahkeluasan tanaman denganpensijilan MSPO bertambahkepada dua juta hektar”

Mah Siew Keong,Menteri Perusahaan Perladangandan Komoditi

Industri sawit Malaysia diunjur terus menyerlahpada tahun 2018 kesan prestasi baik dari segipengeluaran minyak sawit mentah (MSM), pe-ngukuhan harga dan peningkatan nilai eksportpada tahun 2017.

Harga MSM didagangkan pada tahap tertinggi iaituRM3,268 satu tan pada bulan Januari 2017. Hargapurata tahunan MSM meningkat kepada RM2,783 satutan tahun 2017 berbanding RM2,653 satu tan padatahun 2016 berikutan kenaikan harga minyak sayuran

dan minyak mentah Brentdi pasaran antarabangsa.

Pengeluaran MSM me-ningkat sebanyak 15 peratuskepada 19.92 juta tan ber-banding 17.32 juta tan pada2016 disebabkan oleh per-tambahan jumlah buah tan-dan segar (BTS) yang dipro-ses sebanyak 17.7 peratus.Hasil BTS meningkat seba-nyak 12.4 peratus kepada17.89 tan sehektar berban-ding 15.91 tan sehektar pada2016 disebabkan pemulihanpengeluaran BTS kesan fe-nomena El Nino.

Sejumlah 454 kilang mi-nyak sawit beroperasi padatahun 2017 dengan kapasitimemproses 112.19 juta tansetahun. Namun kadar pe-

rahan minyak (OER) mengalami penurunan 2.3 pe-ratus kepada 19.72 peratus pada tahun 2017 ber-banding 20.18 peratus pada tahun sebelumnya.

Kuantiti eksport minyak sawit meningkat sebanyak3.2 peratus kepada 16.56 juta tan pada 2017 ber-banding 16.05 juta tan pada 2016 berikutan per-mintaan yang tinggi, terutamanya dari Arab Saudi,Iran, Pakistan dan Filipina. India mengekalkan ke-dudukannya sebagai pasaran eksport minyak sawitMalaysia terbesar kali keempat berturut-turut sejaktahun 2014 dengan jumlah eksport sebanyak 2.02 jutatan atau 12.2 peratus daripada jumlah keseluruhaneksport minyak sawit pada 2017. Ini diikuti olehKesatuan Eropah sebanyak 1.99 juta tan (12.0 peratus),China 1.92 juta tan (11.6 peratus), dan Pakistan 1.02juta tan (6.2 peratus).

Pada tahun 2018, pengeluaran minyak sawit men-tah (MSM) dijangka meningkat sebanyak 2.9% kepada20.50 juta tan berbanding 19.92 juta tan pada tahun2017. Eksport minyak sawit pula dijangka naik 5.1peratus kepada 17.40 juta tan dan pendapatan eksportproduk sawit akan meningkat 2.6 peratus kepadaRM80 bilion.

Di sebalik prestasi cemerlang yang dikecapi industrisawit negara pada tahun lalu dan dijangka berterusanpada tahun 2018, tidak dinafikan cabaran yang perludihadapi juga semakin getir.

Terbaru tindakan Parlimen Kesatuan Eropah (EU)yang meluluskan dua resolusi masing-masing pada 4April 2017 dan 17 Januari 2018 yang mewajibkanpensijilan mampan untuk semua eksport sawit ke EUmenjelang 2020 dan sekatan penggunaan minyaksawit dalam bio bahan api mulai tahun 2021. MenteriPerusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk SeriMah Siew Keong menyifatkan tindakan ini sebagaiamalan aparteid tanaman dan merupakan hari hitambagi dagangan bebas dan adil.

Tindakan diskriminasi terhadap minyak sawit iniadalah bagi menafikan dagangan secara bebas dansaksama yang sepatutnya diberi kepada semua mi-nyak sayuran yang digunakan dalam adunan biobahan api. Sekatan ke atas minyak sawit ini bukanberkaitan isu kemampanan sahaja tetapi lebih kepadapolisi melindungi peladang minyak bijian Eropah.

Perkembangan ini merupakan satu cabaran barukepada industri sawit negara terutama dari segikemampanan. Bagi menanganinya, usaha untuk pe-laksanaan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia(MSPO) sedang giat dijalankan oleh MPIC bersamaMPOB dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia(MPOCC) ke arah pensijilan sepenuhnya menjelangtahun 2020. kushairi@mp ob.gov.my

Page 3: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · Shahrul Zaman Yahya serta Pega ... sember 2019 dan dijangka mampu mem - perkukuhkan pegangan pasaran sedia ada di negara

SA BT U 3F E B RUA R I 20183 3

Hari hitam dagangan bebas, adil

Prestasi cemerlang industrisawit 2017, prospek 2018

Pada 17Januari 2018Parlimen EUm e l u l u s ka np engharamanminyak sawitdalam bio bahanapi mulai 2021

Siew Keong ketika berucap merasmikan R&O Seminar 2018 di Putrajaya.

Kushairi ketika membentangkan kertas kerja pada R&O Seminar 2018di Putrajaya.

Oleh Fadzil Ghazali dan Da-yang Nazrima [email protected] dan da-yang@mp ob.gov.my

Pu t ra j aya : Industri sawit negaradijangka akan terus menyerlahpada tahun 2018 berikutan pres-tasi baik dari segi pengeluarandan jumlah serta nilai eksport.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk DrAhmad Kushairi Din berkata pe-ngeluaran minyak sawit mentah(MSM) dijangka meningkat 2.9 pe-ratus kepada 20.50 juta tan ber-banding 19.92 juta tan pada tahun2017.

Eksport minyak sawit pula di-jangka naik 5.1 peratus kepada17.40 juta tan dan pendapatan me-lalui eksport ini akan meningkat2.6 peratus kepada RM80 bilion.

Stok minyak sawit yang beradapada tahap 2.73 juta tan pada hu-jung Disember, 2017 dijangka turun15.8 peratus kepada 2.30 juta tanpada tahun ini, kata Kushairi se-masa membentang kertas kerja be-liau di Palm Oil Economic Reviewand Outlook (R&O) Seminar 2018,di sini baru-baru ini.

R&O Seminar adalah programtahunan anjuran MPOB untuk me-nyebar maklumat terkini menge-nai industri sawit serta industri

minyak dan lelemak global kepadapihak berkepentingan.

Mengenai harga MSM untuk 2018pula, Kushairi berkata faktor-faktormempengaruhi harga komoditi initermasuk tahap pengeluaran mi-nyak sawit, kadar matawang Ring-git berbanding Dolar US dan po-tensi penurunan harga minyak so-ya dan minyak sesawi.

Tahun 2017 telah menyaksikanharga MSM didagangkan pada ta-hap tertinggi iaitu RM3,268 satu tanpada bulan Januari dan di aras

terendah pada RM2,407 satu tanpada Disember lalu.

Harga purata tahunan MSMHarga purata tahunan MSM me-ningkat kepada RM2,783 satu tanuntuk tahun 2017 berbandingRM2,653 satu tan pada tahun 2016berikutan kenaikan harga minyakkacang soya, minyak mentah Brentdan eksport minyak sawit.

Dari segi keluasan tanaman sa-wit pada tahun 2017, dari jumlahkeseluruhan kawasan tanaman

5.81 juta hektar, sebanyak 5.11 jutahektar (88 peratus) adalah di pe-ringkat matang sementara 0.70 jutahektar (12 peratus) masih belummatang. Hasil buah tandan segar(BTS) meningkat 12.4 peratus ke-pada 17.89 tan sehektar pada tahun2017 berbanding 15.91 tan sehektarpada 2016.

Terdapat sejumlah 454 kilang mi-nyak sawit beroperasi pada tahun2017 dengan kapasiti memproses112.19 juta tan setahun. Namunkadar perahan minyak (OER) me-nurun 2.3 peratus kepada 19.72peratus pada tahun 2017 berban-ding 20.18 peratus pada tahun se-b elumnya.

Kuantiti eksport minyak sawittelah meningkat sebanyak 3.2 pe-ratus kepada 16.56 juta tan pada2017 berbanding 16.05 juta tanyang dieksport pada 2016 beriku-tan permintaan yang tinggi, te-rutamanya dari Arab Saudi, Iran,Pakistan dan Filipina.

India masih mengekalkan kedu-dukannya sebagai pasaran eksportminyak sawit Malaysia terbesarbuat kali keempat berturut-turutsejak tahun 2014 dengan jumlaheksport sebanyak 2.02 juta tan atau12.2 peratus daripada jumlah ke-seluruhan eksport minyak sawitpada 2017.

Oleh Noor AsmawatiAbdul Samadwatie@mp ob.gov.my

Le m b a ga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) mengucapkan tahniah ke-pada Timbalan Ketua Setiausaha(Komoditi dan Perladangan) Ke-menterian Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi (MPIC), DatukZurinah Pawanteh dan Ketua Pe-gawai Eksekutif Majlis Minyak Sa-wit Malaysia (MPOC), Datuk Dr.Kalyana Sundram yang dianuge-rah darjah kebesaran PanglimaMahkota Wilayah (PMW) yangmembawa gelaran Datuk sempenaHari Wilayah Persekutuan 2018.

Tahniah juga kepada PengarahBahagian Ekonomi dan Pemba-ngunan Industri MPOB, Balu Nam-biappan yang menerima JohanMahkota Wilayah (JMW).

Penganugerahan ini mengiktirafsumbangan mereka yang berjasakepada Wilayah Persekutuan sertanegara dalam sektor komoditi ter-masuk sawit.

Pe n e ra j uindustri sawitterima pingatsempena HariW i l aya h

Oleh Fadzil Ghazaliafadzilg@mp ob.gov.my

Pu t ra j aya

Menteri Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi,Datuk Seri Mah Siew

Keong menyifatkan tindakan Ke-satuan Eropah (EU) ke atas minyaksawit sebagai amalan aparteid ta-naman dan menjadi hari hitamuntuk dagangan bebas dan adil.

Tahun lalu, Parlimen EU me-luluskan dua resolusi iaitu me-ngenakan pensijilan kemampananuntuk semua eksport sawit ke EUmenjelang 2020 dan mengharam-kan penggunaan minyak sawit da-lam program bio bahan api EU

mulai tahun 2021.“Ini bukan persoalan kemam-

panan tetapi lebih kepada tinda-kan diskriminasi terhadap minyaksawit. Bagaimana mereka bolehmenyalahkan minyak sawit untuks e g a l a nya .

“Ini juga bukan isu kemusnahanhutan tetapi lebih kepada polisiperlindungan untuk peladang mi-nyak bijian Eropah,” katanya se-lepas merasmikan Palm Oil Eco-nomic Review and Outlook (R&O)Seminar 2018 anjuran Lembaga

Minyak Sawit Malaysia (MPOB), disini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Ke-menterian Perusahaan Perladangandan Komoditi (MPIC), Datuk K Yo-geesvaran dan Ketua Pengarah MPOB,Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

R&O Seminar adalah program ta-hunan anjuran MPOB sebagai usa-ha menyampaikan maklumat ter-kini mengenai industri sawit sertaindustri minyak dan lelemak globalkepada pihak berkepentingan.

Siew Keong berkata, dagangan

bebas dan saksama sepatutnya di-beri kepada semua minyak sayu-ran yang digunakan dalam adunanbio bahan api seperti minyak se-sawi dan kacang soya, tetapi EUsememangnya sentiasa ada isu de-ngan minyak sawit.

Beliau berkata, walaupun per-kembangan ini menjadi satu tam-paran kepada industri sawit, na-mun ada juga tanda positif da-ripada kemelut isu sawit di EU.

Katanya, jumlah mereka yangmengundi bersetuju dengan tin-

dakan ke atas minyak sawit inimenurun kepada 429 Ahli Parli-men EU (MEPs) berbanding 640MEPs ketika pengundian asal di-buat pada April 2017.

“Jadi, Malaysia akan terus me-ningkatkan usaha menjelaskan ke-pada Menteri dan SuruhanjayaEropah mengenai kepentingan in-dustri sawit kepada dunia sebelumEU mengambil keputusan meng-haramkan penggunaan minyak sa-wit dalam program bio bahan apiE U,” ka t a nya .

Siew Keong berkata, sebelumtindakan EU ke atas minyak sawitini menjadi undang-undang, iaperlu mendapat mandat daripadaMajlis Menteri EU serta Suruhan-jaya Eropah.

“Kita akan menjelaskan kepadamereka melalui kedutaan kita di 16negara EU. Kita juga akan bertemuwakil EU di pejabat kedutaan me-reka di Malaysia untuk memastikansemua fakta dan maklumat yangbetul mengenai sawit disebarkan.

“Kita juga akan menekankanbantahan kita diketahui EU,” ka -t a nya .

Beliau berkata, jumlah permin-taan EU untuk bio bahan api ber-asaskan minyak sawit mencecah2.8 juta tan setahun dan Malaysiamenyumbang 800,000 tan, mana-kala Indonesia pula sejumlah duajuta tan.

Page 4: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · Shahrul Zaman Yahya serta Pega ... sember 2019 dan dijangka mampu mem - perkukuhkan pegangan pasaran sedia ada di negara

Pekebun kecilraih manfaatkoperasi sawit

Oleh Muhammad AsyrafHussin dan Noor AsmawatiAbdul Samadasyrafhussin@mp ob.gov.mydan [email protected]

Tu n g k u

Pekebun kecil sawit sektardaerah ini meraih manfaathasil penubuhan Koperasi

Penanam Sawit Mampan (KPSM)Daerah Tungku Berhad sejak ta-hun 2014.

KPSM berkenaan yang memu-lakan operasi jualan buah tandan

segar (BTS) sejak akhir tahun 2015kini disertai lebih 100 pekebun ke-cil sekitar daerah ini.

Timbalan Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi, DatukDatu Nasrun Datu Mansur, berkatapenubuhan KPSM adalah langkahstrategik bagi menjamin pemba-bitan pekebun kecil sawit dalammodel ekonomi baharu.

“Pembabitan pekebun kecil da-lam aktiviti koperasi dan perin-dustrian kecil dan sederhana (PKS)dijangka akan memperkukuhkansumber pendapatan.

“KPSM yang menjalankan urusniaga BTS berkelompok dan pem-belian input secara pukal memberikesan langsung dalam peningka-tan pendapatan ahli koperasi.

“Kerajaan menyediakan perun-tukan RM1.12 juta untuk disalurkankepada pekebun kecil bagi penu-buhan koperasi. Di bawah Ranca-ngan Malaysia ke-1 (RMke-11)1, ke-rajaan juga memperuntukkan danasebanyak RM200,000 yang disalurmelalui Lembaga Minyak Sawit Ma-

laysia (MPOB) bagi pembinaan pu-sat timbang BTS yang dikendaliK P S M ,” katanya berucap merasmi-kan Pusat Timbang KPSM DaerahTungku Berhad, baru-baru ini.

Bantuan tanam baharu sawitPada majlis itu, Datu Nasrun turutmenyampaikan bantuan tanam ba-haru sawit dan bantuan integrasiternakan kepada pekebun kecil.

Yang turut hadir, Timbalan Ke-tua Pengarah (Penyelidikan danPembangunan) MPOB, Dr AhmadParveez Ghulam Kadir dan Penge-rusi KPSM Tungku Berhad, DatukMohd Basari Abdul Gapar.

Sehingga akhir tahun lalu, se-banyak 43 KPSM ditubuhkan diseluruh Malaysia iaitu 17 di Se-menanjung, 11 di Sabah dan 15di Sarawak.

Daripada jumlah itu, 25 KPSM diseluruh negara memulakan jualankelompok BTS secara terus ke ki-lang dengan jumlah BTS sebanyak102,612 tan.

Datu Nasrun berkata, KPSM yangmenjalankan jualan terus ke kilangmemberi peningkatan pendapa-tan kepada pekebun kecil seba-nyak 15 peratus lebih tinggi ber-banding jualan kepada peraih.

Projek jalan ladang kebun terus dilaksanaOleh Muhammad AsyrafHussin dan Noor AsmawatiAbdul [email protected] danwatie@mp ob.gpv.my

Tungku: Dalam usaha memaju-kan sosioekonomi kawasan luarbandar, kerajaan melalui pelak-sanaan projek pembangunan me-nyediakan kemudahan infrast-ruktur asas yang memberi man-faat kepada penduduk.

Timbalan Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi, DatukDatu Nasrun Datu Mansur, berkataprojek berkenaan adalah antara ini-siatif kerajaan dalam usaha mem-bangunkan kawasan luar bandarmelalui penyediaan kemudahanasas untuk kegunaan pekebun kecildan penduduk setempat.

Katanya, pembinaan jalan la-dang menghubungkan kawasankebun memberi kemudahan ke-pada penduduk bagi menjalan-kan aktiviti pertanian termasukpenanaman sawit yang memberipeningkatan pendapatan dankualiti hidup masyarakat luarb a n d a r.

“Pelaksanaan projek jalan la-dang pekebun kecil membabitkanpenyelarasan di bawah dua ke-menterian iaitu Kementerian Ke-majuan Luar Bandar dan Wilayah

(KKLW) serta Kementerian Peru-sahaan Perladangan dan Komoditi(MPIC) untuk manfaat pendudukluar bandar.

“Projek pembinaan jalan ladangpekebun kecil membabitkan pem-binaan jalan baharu dan naik tarafjalan sedia ada serta pembinaanpembentung, jambatan dan kerjaberkaitan bagi meningkatkan la-

luan yang menghubungkan jalanutama dengan jalan ladang yangtidak terselia,” ketika berucap me-rasmikan Projek Jalan Pekebun Ke-cil Daerah Tungku, Lahad Datu,baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan KetuaPengarah (Penyelidikan dan Pem-bangunan) Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB), Dr Ahmad Pa-

rveez Ghulam Kadir dan PemimpinPembangunan Masyarakat (PPM)Daerah Tungku, Momen Anghai.

103 projek jalan ladangKatanya, pada tahun lalu, seba-nyak 103 projek jalan ladang pe-kebun kecil diluluskan pelaksana-annya membabitkan anggaran kossebanyak RM15.3 juta dengan jarak

sepanjang 165.67 kilometer.“Daripada jumlah itu, 26 projek

dilaksanakan di Sabah dengan ang-garan kos sebanyak RM6.3 jutaatau 41 peratus daripada kos ke-seluruhan.

“Bagi daerah Tungku, lapan pro-jek jalan ladang pekebun kecilmembabitkan jarak sepanjang11.02 kilometer diluluskan. Limaprojek siap sudah sepenuhnyamembabitkan jarak 6.02 kilometer,manakala tiga lagi projek masihdalam tempoh pelaksanaan.

“Saya yakin pelaksanaan projekini memberi manfaat kepada pen-duduk setempat dan pekebun kecildi daerah Tungku bagi kemudahanpengangkutan hasil pertanian ter-masuk buah sawit.

“Penyediaan kemudahan infra-struktur secara tidak langsungmenyumbang peningkatan pro-duktiviti dan kualiti buah sawitdengan kemudahan bekalaninput pertanian serta kecekapanpenghantaran buah sawit dari ke-bun ke pusat pengumpulan,” ka -t a nya .

Datu Nasrun berkata, pemba-bitan pekebun kecil dalam me-ngusahakan tanaman sawit mem-beri manfaat dalam meningkatkanpendapatan dan taraf sosioeko-nomi serta menyumbang kepadakesejahteraan ekonomi negara.

Jualankelompok, belianpukal tingkatdaya saing urusniaga

Datu Nasrun menyampaikan kupon bantuan integrasi ternakan kepada pekebun kecil sawit.

Datu Nasrun berucap merasmikan Projek Jalan Ladang DaerahTungku, Lahad Datu, Sabah.

4

RM15.3 J U TAko s

Projek Jalan Ladang

165.67 KMj a ra k

26 P RO J E Kdi Sabah

Page 5: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · Shahrul Zaman Yahya serta Pega ... sember 2019 dan dijangka mampu mem - perkukuhkan pegangan pasaran sedia ada di negara

Kerjasama strategilautan biruMPOB, MOMGsektor oleokimia

Majlis interaksi rangkastrategi dan hala tuju

LUKE Finland, MPOB tinjau usaha sama penyelidikanOleh Rafizah Mazlanrafizah@mp ob.gov.my

Ban gi: Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB) menerima kun-jungan delegasi Natural Resour-ces Institute Finland (LUKE) sem-pena rangka lawatan kerja me-reka ke Malaysia baru-baru ini.

LUKE adalah sebuah institut pe-nyelidikan di bawah KementerianPertanian dan Perhutanan Finlandyang bertanggungjawab menjalan-kan penyelidikan dan pembangu-nan (R&D) dalam bidang sumberasli yang boleh diperbaharui danpenghasilan sumber makanan se-cara mampan di negara tersebut.

Delegasi LUKE diketuai Presidendan Ketua Pegawai Eksekutif, Prof DrMari Walls dan diiringi PengarahPenyelidikan Kementerian Pertaniandan Perhutanan Finland serta tigapegawai penyelidik kanan LUKE.

Lawatan kerja tiga hari itu an-taranya bertujuan mempelajari le-bih mendalam mengenai aktivitiR&D yang dijalankan MPOB dan

meningkatkan pemahaman merekamengenai industri sawit Malaysia.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk DrAhmad Kushairi Din ketika ber-temu dengan delegasi LUKE ber-kata, kunjungan berkenaan amatbermakna kerana ia peluang ter-baik MPOB untuk memberi pe-nerangan mengenai kemampananindustri sawit Malaysia serta ke-majuan bidang R&D berkaitan ta-naman sawit dan minyak sawityang diterajui MPOB.

Beliau berkata, pertemuan inimampu memberi pendedahanyang lebih mendalam mengenaikebaikan minyak sawit di sampingberkongsi peranan digalas MPOBdalam memartabatkan industri sa-wit di peringkat antarabangsa me-nerusi bidang R&D dan perkhid-matan disampaikan.

“Delegasi LUKE juga diberi pe-nerangan aktiviti penyelidikan hu-luan yang dijalankan MPOB sepertibidang agronomi dan kesuburantanah, kajian perosak dan agenkawalan biologi, bidang biotekno-

logi dan biak baka serta kemajuanmekanisasi perladangan yang ber-peranan penting dalam usaha me-ningkatkan produktiviti, mengu-rangkan kos dan menghasilkan mi-nyak sawit mampan.

“Turut dibincangkan ialah isukemampanan sawit yang tertum-pu kepada pelaksanaan Skim Pen-sijilan MSPO Minyak Sawit Mam-pan Malaysia (MSPO),” ka t a nya .

Laksanakan pensijilan MSPOMPOB diberi mandat oleh kerajaanbagi melaksanakan pensijilan MS-PO kepada pengusaha tanamansawit termasuk pekebun kecil yangselama ini terikat dengan standardbersifat tidak menyeluruh dan su-kar dicapai.

MSPO menjanjikan sistem yangtelus bagi manfaat pengeluar, pe-kebun, peniaga, pengguna danorang awam.

Delegasi turut dibawa melawatkemudahan penyelidikan yang adadi MPOB seperti makmal kulturtisu dan biak baka.

Peluang ini digunakan sepenuh-nya oleh delegasi untuk berinter-aksi dengan pakar MPOB bagi men-dapatkan maklumat perkemba-ngan dan penyelidikan terkiniterutama mengenai sektor huluanindustri sawit.

Selain itu, LUKE turut dibawamelawat Stesen Penyelidikan

MPOB di Bintulu, Sarawak dandiberi pendedahan mengenai ke-majuan dalam bidang penyelidi-kan gambut tropika.

Lawatan ini berjaya membuka ma-ta delegasi LUKE berhubung komit-men MPOB secara khususnya danMalaysia secara amnya dalam meng-hasilkan minyak sawit mampan.

Ahmad (empat dari kanan) bersama Kushairi (lima dari kanan) bergambar dengan Suresh (tiga dari kanan)dan ahli Exco MOMG di Bangi, baru-baru ini.

Oleh Razmah Ghazalira z m a h @ m o b. g ov. my

Bangi

Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) dan Kumpu-lan Pengeluar Oleokimia

Malaysia (MOMG) memberi tum-puan pada penyelidikan dan isuteknikal industri olekimia padasesi interaksi diadakan di Ibu Pe-jabat MPOB, di sini.

Ahli EXCO MOMG yang diketuaiPengerusinya, Suresh Gunaratnamhadir majlis interaksi dipengeru-sikan Pengerusi MPOB, Datuk SeriAhmad Hamzah dan disertai KetuaPengarah MPOB, Datuk Dr AhmadKushairi Din serta pegawai kananM P O B.

Perbincangan antara MPOB danMOMG bertumpu kepada isu ber-kaitan penyelidikan, isu teknikal

dan industri olekimia sawit dalamn e g a ra .

Hubungan dua halaKerjasama lautan biru (NBOS) an-tara kedua-dua pihak meningkat-kan hubungan dua hala, bertukarmaklumat dan pandangan menge-nai industri oleokimia serta projekusaha sama di antara MPOB danMOMG demi kesejahteraan indus-tri sawit negara.

Ahmad ketika berucap mengalu-alukan kehadiran wakil MOMGberkata, perkongsian maklumatterkini berkaitan pelbagai isu in-dustri oleokimia melalui interaksiseumpama ini diharap dapat me-ningkatkan kualiti penyelidikandan pembangunan (R&D) dalamsektor berkenaan.

Katanya, tindakan susulan dapatdirangka dan dilaksanakan bagimenangani masalah berkaitan, se-

kali gus dapat menyumbang ke-pada peningkatan pendapatan in-dustri sawit.

“Industri oleokimia diakui me-nyumbang pendapatan tambahankepada negara, selain minyak sa-wit.

“Malaysia menyumbang hampir20 peratus kapasiti oleokimia du-nia iaitu 2.67 juta tan pada 2017.Eksport produk oleokimia kinimencecah 2.74 juta tan dengannilai hampir RM20 bilion,” kata -nya .

Eksport oleokimiaAhmad turut menyentuh danaProjek Permulaan (EPP6) di ba-wah Bidang Ekonomi Utama Ne-gara (NKEA) Sawit dan Getahyang disediakan kerajaan bagimembantu industri oleokimiatempatan memberi lebih tum-puan kepada penghasilan terbi-

tan oleokimia bernilai tambahtinggi.

Katanya, industri oleokimia per-lu peka kepada perkembangan re-gulasi di negara luar terutamaEropah, yang boleh memberi im-pak kepada eksport oleokimia ne-g a ra .

Beliau turut mengumumkan ke-mudahan makmal ujian ekotok-sikologi di MPOB yang mendapatpensijilan OECD Good LaboratoryPractice (GLP) (Amalan Baik Mak-mal) yang dapat membantu in-dustri mendaftar produk baharudi Eropah.

Beberapa isu berkaitan projekkolaborasi di antara MPOB danMOMG, isu teknikal mengenai ak-tiviti hiliran dan cabaran yang di-hadapi industri oleokimia turutd i b i n c a n g ka n .

Antaranya, kajian penilaian ki-taran hidup (LCA) asid lemak dan

gliserol serta analisis kandunganracun makhluk perosak dan kan-dungan 3-MCPD (3-monochloro-propane-1,2-diol) serta ester glisidil(GE) dalam produk oleokimia.

Tingkat pasaranSelain projek kolaborasi, MOMGjuga menyuarakan beberapa isuumum termasuk menambah baikspesifikasi Persatuan Penapis Mi-nyak Sawit Malaysia ( PORAM) bagistearin, cukai ke atas minyak sawityang akan dinaikkan negara Ero-pah dan keperluan untuk mening-katkan bekalan minyak isirung sa-wit dalam negara.

MOMG berharap melalui kerja-sama erat dengan MPOB, produkoleokimia Malaysia akan mempu-nyai kelebihan daya saing teru-tama dari segi kualiti, sekali gusmeningkatkan pasaran pada pe-ringkat global.

Delegasi LUKE mendengar penerangan mengenai penyelidikanbioteknologi dan biak baka sawit ketika lawatan ke Ibu Pejabat MPOBdi Bangi.

5

Page 6: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · Shahrul Zaman Yahya serta Pega ... sember 2019 dan dijangka mampu mem - perkukuhkan pegangan pasaran sedia ada di negara

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT 76

Minyak sawit merah dihasil guna teknologi terkini

Biosurfaktan sawit mesra alam

Oleh Nur Sulihatimarsyila Abd Wafti [email protected]

Minyak sawit gentian meso karpa (MSGM) adalah lebihan minyak yang terperangkap dalam meso-karpa (sabut) sawit semasa proses pemera han buah sawit segar di kilang kelapa sawit.

Dianggarkan sebanyak lima hingga tujuh peratus kandungan MSGM dapat hasilkan daripada gentian mesokap.

Kandungan MSGM adalah sangat unik jika dibandingkan

dengan minyak sawit mentah.MSGM telah terbukti kaya

de ngan sumber karotena, pro-vita-min A, vitamin E (tokotrienol dan tokoferol), skualena, sterol dan lesitin sebagai sumber terbaik bagi memenuhi keperluan vitamin harian.

Oleh itu ia amat bersesuaian kepada pengguna yang memen-tingkan pengambilan produk kesihatan yang beasaskan sumber natural dan semulajadi.

Terkini, MSGM mentah dipasar-kan pada harga yang lebih rendah dibandingkan dengan minyak sa- wit mentah dan hanya dipasarkan

ke pasaran makanan haiwan tanpa sebarang penambahbaikan terhadap kualitinya.

Teknologi terbaharuKualiti dan nilai tinggi nutrisi dalam MSGM masih belum ditero-kai. MSGM juga dikenal pasti ber pontesi untuk menghasilkan produk nilai tambah melalui suatu proses lanjutan.

Berdasarkan kepakaran dan pengetahuan terhadap MSGM, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memperkenalkan teknologi terbaharu bagi mengha-silkan olein sawit merah yang kaya

dengan nutrisi fitonutrien daripa-da MSGM menggunakan tekno-logi pemeringkatan berpelarut (Solvent fractionation) yang telah diubahsuai untuk meng hasilkan produk nilai tambah yang berkua-liti tinggi daripada MSGM.

Daripada hasil kajian yang dija-lankan, kandungan karoten di dalam olein sawit merah adalah empat kali ganda lebih tinggi ber-banding minyak sawit mentah.

Antara produk-produk nilai tambah yang dikenal pasti adalah bersesuaian untuk digunakan sebagai bahan pemula atau bahan mentah dalam industri produk

hiliran iaitu industri makanan, farmaseutikal, nutraseutikal dan kosmetik.

Ini secara tidak langsung dapat menjana pendapatan tambahan kepada pengilang sawit sedia ada.

Semasa teknologi ini diper-ke nalkan pada Seminar dan Pameran Teknologi MPOB tahun lalu, pihak industri menyatakan teknologi yang diperkenal dan ditawarkan oleh MPOB ini akan memberi impak positif dan keun-tungan kepada pengilang sawit.

Teknologi yang ditawarkan ini juga dapat meningkatkan nilai tambah untuk MSGM.

KURSUS OPERASIMEKANISASI LADANG (KOML)SESI APRIL 2018

KURSUS OPERASI MEKANISASILADANG (KOML)

� PLASMA telah telah diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi menjalankan Kursus Operasi Mekanisasi Sawit Tahap 2, 3 dan 4.

� Bertujuan untuk melahirkan generasi baru yang berkemahiran tinggi dalam bidang mekanisasi ladang selaras dengan hasrat kerajaan untuk memantapkan modal insan Negara.

OBJEKTIF

� Memberi pendedahan kepada pelatih dari segi teori serta penekanan yang lebih kepada aspek praktikal berkenaan mekanisasi di ladang sawit.

� Bermatlamat untuk melahirkan warga kerja yang cekap dan terlatih.

SYARAT KEMASUKAN

� Warganegara Malaysia� Berumur 17 hingga 55 tahun� Tamat SPM/SPMV atau setaraf dengannya atau

mempunyai pengalaman bekerja di sektor perladangan /penjenteraan ladang sawit.

YURAN

� RM3500. Kemudahan bantuan kewangan boleh diuruskan bagi mereka yang layak

JANGKA MASA KURSUS

� Tahap 2: 6 Bulan� Tahap 3: 12 Bulan� Tahap 4: 18 Bulan(PENGAMBILAN SETIAP APRIL DAN OKTOBER)

LOKASI

KM 137, Lebuh Raya Segamat, KuantanPeti Surat No.24, Pejabat Pos Bandar Tun Razak,

26900 Bandar Muadzam Shah, Pahang

CARA MEMOHON

� Pemohonan hendaklah menggunakan borang yang dilampirkan atau borang yang dimuat turun dari laman web MPOB (www.mpob.gov.my) atau

laman web IMPAC (www.impac.edu.my)� Sertakan bersama satu salinan kad pengenalan

pemohon, salinan sijil SPM/SPM(V) atau yang setaraf yang telah disahkan atau surat pengesahan majikan bagi mereka yang berkenaan

� Tarikh Akhir Permohonan Bagi Sesi April 2018: 02 Mac 2018

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN,SILA HUBUNGI:MOHD SOLAH DERAMAN [email protected]

SITI BALQIS JAAFAR [email protected]: 09-451 4400 samb. 4402/4401 Faks: 09-4514405

IMPAC

Gentian mesokarpa sawit.Minyak sawit merah yang dihasil-kan dari gentian mesokarpa sawit.

Oleh Dr Abdul Rashid M Yatim [email protected]

Surfaktan merupakan mo le -kul yang unik kerana me -miliki dua jenis rangkai

po lar berlawanan, satu rangkai menyukai air dan satu lagi rangkai menyukai minyak.

Oleh sebab itu, surfaktan ber man-faat untuk melarutkan minyak da- lam air. Kerana sifat inilah sur-faktan biasanya ditambahkan seba-gai salah satu bahan dalam pencuci pak aian (detergen), pelembut kain dan cairan pembersih lain untuk menghilangkan kekotoran.

Melarutkan kotoranSurfaktan bekerja melarutkan kotoran berminyak, misalnya daripada makanan, dan mence-gahnya melekat kembali pada pakaian selama proses pencucian. Dengan menggunakan surfaktan larutan detergen boleh lebih mudah terserap ke dalam kain dan me ngangkat kotoran di serat-seratnya.

Surfaktan toksik adalah bahan kimia dalam pembersihan produk yang membantu menggabungkan air dengan minyak dan kotoran supaya mereka dapat dibilas.

Walau bagaimanapun, jika bahan kimia toksik ini menjeja-ki ke dalam air bawah tanah, ia

CARTA ALIRAN PENGHASILANBIOSURFAKTAN BERASASKAN SAWIT

Pensterilan nutrien dan substrat dalam bioreaktor keluli tahan karat dan tangki pengantara

Mencurah inokulum ke dalam bioreaktor dan bermulanya proses penapaian

Kawal kadar udara steril dan suhu prosespenapaian sehingga semua bahan mentah

digunakan dan pengeluaran biosurfaktan stabil

Penuaian bahan penapaian dan proses pengekstrakan Sophorolipid dijalankan

Proses kawalan kualiti dan pembungkusan

Produk penjagaan

diri yang mengunakan biosurfaktan

sawit (Sophorolipid)

sebagai bahan aktif.

menyebabkan kerosakan yang serius kepada ekosistem. Ini sering berlaku apabila kita mem-basuh kenderaan dan barangan lain yang menyalurkan surfaktan ke dalam longkang.

Buat kajian terperinciDi MPOB para penyelidik Bahagian Kemajuan Teknologi Oleokimia (AOTD), iaitu Dr A Rashid Yatim, Dr Yeong Shoot Kian dan Dr Zainab Idris dengan kerjasama Institut Pemba ngunan Biopro-duk (IBD), Universiti Teknologi Malaysia menjalankan kajian bagi menghasilkan surfaktan bera-saskan sawit yang mesra alam.

Jika dalam industri makanan dan minuman, ragi dan bakte-ria diguna kan bagi menghasil- kan produk-produk penapaian

seperti alkohol, tempe, yogurt, kicap dan sebagainya.

Dalam bidang oleokimia, bio-surfaktan dihasilkan menggu-nakan ragi dan bakteria bera-saskan mi nyak sawit atau minyak sayuran.

Hasil penapaian minyak dengan ragi atau bakteria adalah biosurfaktan yang 100% bera-saskan bahan semula jadi.

Justeru, biosurfaktan tidak toksik atau bahaya kepada kehidu-pan akuatik dan tidak merengsa kepada mata dan kulit.

Satu-satunya biosurfaktan yang dihasilkan daripada pena-paian minyak sawit ialah Sopho-rolipid.

Kegunaan sabun adalah terhad kepada pembersihan tetapi Sophorolipid mempunyai

pelbagai aplikasi penjagaan diri dan pembersihan, produk farma-seutikal dan kosmetik.

Penggunaan Sophorolipid dalam produk perindustrian belum lagi dieksploitasi sepe-nuhnya kerana mengeluarannya masih belum setinggi surfaktan yang lain.

Di pasaran semasa, Sophoroli-pid dihasilkan oleh Saraya Che-micals, Jepun; Ivoniks, Jerman; Soliance, Perancis; MG Intobio, Korea Selatan; Synthezyme, Ame-rika Syarikat.

Semak labelDi MPOB, hasil kajian peringkat loji rintis menunjukan bahawa Sophorolipid dapat dihasilkan daripada minyak sawit dengan kualiti dan kuantiti yang tinggi.

Biosurfaktan dihasilkan daripada bahan semula jadi dan selamat kepada pengguna

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan teknologi ini, sila hubungi penyelidik Dr Abdul Rashid M Yatim melalui e-mel [email protected].

Pengeluaran skala pra-komer-sial telah dijalankan MPOB men-dapati hasil yang sangat mengga-lakkan. Hasil keluaran sophoroli-pid biosurfaktan yang diperolehi oleh teknologi penapaian nadi pulsa adalah 26 kg setiap 100 L.

Walau pun artikel ini ditulis bagi menjelaskan mengenai bio-surfaktan sawit, namun dikongsi-kan juga mengenai surfaktan lain yang merbahaya yang ada di pasaran dan pengguna disa-rankan untuk menyemak label bagi surfaktan yang toksik dan bahaya.

Antara surfaktan yang toksik ialah Alkil dimetil benzil ammo-nium klorida, C12-15 pareth ethylbenzene sulfonate, Dimethyl benzyl ammonium chloride,

Lauramidoproplyamine oxide, Surfactan linear, dan Natrium silikat.

Kebanyakan surfaktan ini diperbuat daripada bahan-bahan sintetik yang berasaskan petroki-mia. Surfaktan jenis ini adalah bahaya untuk kesihatan dan memudaratkan alam sekitar.

Page 7: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · Shahrul Zaman Yahya serta Pega ... sember 2019 dan dijangka mampu mem - perkukuhkan pegangan pasaran sedia ada di negara

Pemukiman MPOB rangka pelan 2018

Pe n g ko m e r s i a l a nteknologi sawittingkat ekonomi

Oleh Nor Nazirah A.Rahimnor.nazirah@mp ob.gov.my

Janda Baik

Lembaga Minyak Sawit Malay-sia (MPOB) komited menja-yakan transformasi industri

sawit melalui pelaksanaan pelba-gai projek peyelidikan dan pem-bangunan serta perkhidmatandan kawal selia industri sawit.

“Ini melibatkan komitmen tinggisemua peringkat dalam bidang pe-nyelidikan dan perkhidmatan bagikemajuan industri sawit dari pe-ringkat huluan kepada sektor hi-liran ke arah meningkatkan pen-capaian dan sumbangan ekonomiindustri sawit,” kata Ketua PengarahMPOB, Datuk Dr Ahmad KushairiDin sewaktu berucap merasmikanprogram Pemukiman PengurusanMPOB 2018, di sini baru-baru ini.

Beliau turut menekankan ten-tang pentingnya komunikasi dankerja berpasukan bagi penghasilanidea yang segar, bernas dan ber-i n ova s i .

Program yang berlangsung padaJanuari yang lalu melibatkan pe-gawai atasan MPOB yang diadakandengan matlamat utama untukmenggubal pelan operasi (opera-tional plan) bagi 2018 dan me-ngimbau kembali prestasi 2017.

Kushairi berkata, walaupunprestasi industri sawit 2017 dilihatmengalami proses turun naik,

prestasi keluaran minyak sawitmengalami peningkatan.

Bincang cara terbaiktangani isu perdaganganBeliau juga menyeru semua wargaMPOB tidak hanya memberi tum-puan kepada penyelidikan tetapiturut cakna tentang isu semasaberkaitan sawit serta membincang-kan cara terbaik untuk menanganiisu perdagangan terutamanya da-lam isu kemampanan sawit

“Antara isu yang perlu diberitumpuan adalah berhubung reso-

lusi Eropah, 3-MCPD, penebanganhutan, nutrisi dan sebagainya.

Beliau turut berbesar hati de-ngan pencapaian MPOB yang men-dapat pengiktirafan dalam bidangsaintifik dan pengurusan hasil usa-ha gigih dan kecemerlangan hing-ga menyumbang kepada kemaju-an organisasi dan industri sawit.

Beliau berharap anugerah danpengiktirafan ini akan memberisuntikan dan rangsangan kepadasemua pihak untuk terus gigih men-jana inovasi penyelidikan dan ke-cemerlangan perkhidmatan untuk

kemajuan industri sawit negara.Katanya lagi, pelaksanaan program

MPOB adalah berasaskan strategi se-rampang tiga mata iaitu pendapatantinggi; pembangunan mampan dantambah nilai yang menjurus kepadavisi dan misi MPOB.

“Keupayaan penyelidikan sertaperkhidmatan perlu ditingkatkanuntuk kesejahteraan industri sawitnegara dan kekal relevan seterus-nya menjana pendapatan dan me-nyumbang kepada Keluaran Da-lam Negara Kasar (KDNK) yanglebih signifikan,” ka t a nya .

Komite dj aya ka ntransf ormasimelaluip enyelidikancemerlang

Kushairi bersama pasukan pengurusan menghadiri Pemukiman MPOB 2018.

8

Teknologi penghasilan produkmakanan ayam ‘Palm-based Chi-cken Feed’ hasil penyelidikanMPOB yang diketuai Puan RohayaMohamed Halim, Ketua Unit Pe-ngilangan, menerima pengiktira-fan Anugerah Usahasama Penye-lidikan dan Perniagaan yang me-menangi hadiah wang tunaiRM130,000,00, trofi dan sijil.

Manakala, formulasi produkSantan Sawit, inovasi oleh Dr ZaidaZainal, Pegawai Penyelidik Prinsi-pal MPOB pula dipilih penerimaAnugerah Usahawan Penyelidikyang menerima hadiah wang tunaiRM50,000.00.

Dua teknologi berkenaan adalahantara enam teknologi atau inovasihasil penyelidikan MPOB yang ter-pilih menyertai Tahun Pengkomer-silan Malaysia (MCY 2017).

Teknologi tersebut ialah PalmTouch ® powder detergents; San-

tan Sawit Plus; P456 - 1st MPOBClonal Oil Palm Series MPOB; Nu-tritious Palm-based Chicken Feed;Hydra-Porter: In-field Transpor-ter For Fresh Fruit Bunches Eva-cuation dan Palm Tocotrienol Ri-ch Fraction (TRF) Chewable Tab-let.

Penyelidikan oleh MPOB meng-hasilkan formulasi makanan ayammengguna dedak isirong sawit pre-mium dikenali ‘P U R A F EX’ sebagairamuan utama. Makanan ayamberasaskan sawit mempunyai kan-dungan nutrasi yang tinggi protin,rendah serat dan tempurung sertadiperkaya dengan Vitamin A dan Ebagi tumbesaran ayam.

Guna dedak isirungsawit premiumFormulasi makanan mengguna-kan bahan asas dedak isirung sawitpremium boleh dihadamkan de-ngan baik oleh haiwan monogas-trik seperti ayam, beburung, ikan,udang dan haiwan ruminan se-perti lembu, kambing, kerbau, ku-

da dan rusa.Inovasi penghasilan makanan

ternakan berasaskan sawit yangberkualiti merupakan satu pene-rokaan bidang baharu dalam in-dustri sawit yang menyedia pe-luang peningkatan kegunaan pro-duk sawit dan penghasilan produktambah nilai.

Kejayaan pengeluaran formulasimakanan haiwan membuka pe-luang bagi peningkatan pendapa-tan pemain industri sawit danmenjana kekayaan baharu ekono-mi negara.

Produk isirung sawit dihasilkanbersama minyak sawit mentahmelalui pemprosesan buah sawitdi kilang sawit dan seterusnya di-

hantar ke kilang pelumat isirunguntuk diproses menghasilkan pro-duk minyak isirung sawit dan de-dak isirung sawit.

Ramuan makanan ternakanSelain pengeluar utama minyaksawit, Malaysia juga adalah peng-eksport minyak isirung dan dedakisirung sawit. Minyak isirung sawitdijadikan bahan asas dalam pem-buatan produk makanan, bahanpencuci dan produk industri, ma-nakala dedak isirong sawit digu-nakan sebagai ramuan dalam ma-kanan ternakan bersama bahanlain seperti jagung, serbuk soyadan serbuk ikan.

Dedak isirung sawit yang diha-

silkan oleh 43 buah kilang pelumatisirong di seluruh negara sebaha-gian besar iaitu 90 peratus dieks-port sebagai ramuan makanan hai-wan ruminan kerana kandungannutrsi yang rendah. Haiwan mo-nogastrik seperti ayam dan itiktidak dapat menghadam dedak isi-rung sawit dengan baik keranakandungan serat dan tempurungyang tinggi.

Usahasama MPOB dengan pihakswasta telah berjaya membangun-kan teknologi pembersih awalan(pre-cleaning) bagi mengurangkankandungan tempurung dalam isi-rung sawit untuk menghasilkandedak isirung sawit gred premi-um.

MCY iktiraf teknologi dan buka peluang untuk pengkomersialan.

Oleh Mohd Saufi Awangsaufi@mp ob.gov.my

Page 8: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · Shahrul Zaman Yahya serta Pega ... sember 2019 dan dijangka mampu mem - perkukuhkan pegangan pasaran sedia ada di negara

Laos teroka peluang dagangan sawit Malaysia

Buku 190halamanh i m p u n ka npenulis dalamkalangan pegawaipenyelidik MPOB

Oleh Nor Asliza Semirannorasliza@mp ob.gov.my

Bangi: Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB) menerima kun-jungan delegasi Laos bagi men-jalin kerjasama perniagaan da-lam sektor sawit pada akhir bu-lan lalu.

Lawatan kerja dua hari ke Ma-laysia oleh enam delegasi Laosdisertai wakil Vientiane Indus-trial and Trade Area (VITA) danjuga syarikat Chua City Foods Co.L td .

Delegasi ini yang diketuai NaibPresiden VITA, ThongkhanhVongphrachanh dan Ketua Penga-rah Eksekutif Chua City Foods CoLtd, Theerawat Sophonchaiwatserta pihak pengurusan Chua CityFoods Co. Ltd. dan pegawai kananV I TA .

Lawatan kerja itu bertujuan me-wujudkan jalinan perniagaan da-lam sektor sawit dan mengenalpasti pengeksport minyak sawitMalaysia ke Laos yang berpotensi.

MPOB menerusi Unit KhidmatNasihat Teknikal mengatur bebe-rapa program pemadanan pernia-gaan dengan pembekal minyak sa-wit Malaysia di Lembah Klang danS e l a n go r.

Pengeksport minyak sawit Ma-laysia yang ditemui gembira me-nerima delegasi Laos kerana iamenjadi platform strategik untukmemperluaskan jaringan pernia-gaan ke Laos dan secara tidak lang-sung dapat mempertingkatkanpengeksportan minyak sawit Ma-laysia ke Laos.

Theerawat berkata, syarikatChua City Foods Co Ltd yang jugasyarikat sos ikan berpangkalan diThailand selama 30 tahun berhas-rat memperkembangkan pernia-gaan mereka di Laos.

Beliau berkata, syarikat itu ber-cadang membuka cabang pernia-gaan baharu, iaitu perniagaan mi-nyak masak di Laos.

Pengeluar minyak masakjenama tempatan“Semua minyak masak di Laos ada-lah produk import dari negara ji-ran seperti Thailand dan Vietnam.Jadi, ini peluang keemasan bagikami untuk menjadi pengeluar mi-nyak masak jenama tempatanyang pertama di Laos,” ka t a nyaketika program pemadanan per-niagaan dengan pembekal minyaksawit Malaysia.

Kilang pembungkusan yang se-dang dibangunkan terletak di ka-

MPOB lancar buku tanam semula sawit

Oleh Noor AsmawatiAbdul Samadwatie@mp ob.gov.my

Pu t ra j aya

Buku mengenai penanamansemula sawit bertajuk OilPalm Replanting: Little Steps

to A Giant Leap dilancarkan baru-baru ini sempena perasmianPalm Oil Economic Review & Out-look (R&O) Seminar 2018.

Buku berkenaan dilancarkanMenteri Perusahaan Perladangandan Komoditi, Datuk Seri Mah SiewKeong. Yang turut hadir pada maj-lis itu, Ketua Setiausaha Kemen-terian Perusahaan Perladangandan Komoditi (MPIC), Datuk K Yo-geesvaran dan Ketua PengarahLembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB), Datuk Dr Ahmad KushairiDin.

Buku yang mempunyai 190 ha-laman itu menghimpunkan penu-lis dalam kalangan pegawai pe-nyelidik Lembaga Minyak SawitMalaysia (MPOB).

Kushairi (kanan) menerima kunjungan hormat delegasi Laos di pejabatnya di Bangi.

wasan perindustrian VITA dijang-ka akan beroperasi pada akhir bu-lan ini.

Thongkhanh pula berkata, ChuaCity Foods Co Ltd sedang rancakmencari pembekal minyak sawitMalaysia untuk mereka memasar-kan minyak masak sawit di Laosmenggunakan jenama merekasendiri.

“Pihak kami hanya ingin men-cari pembekal kerana kami yakindengan kualiti minyak sawit Ma-laysia adalah yang terbaik berban-ding minyak sawit keluaran negara

Kushairi dalam kata aluan bukuberkenaan menyatakan kepenti-ngan program tanam semula sawitmendorong kepada penerbitan bu-ku itu.

Buku ini disusun khas bagi me-ngetengahkan maklumat teknikaldan disesuaikan dengan maklumatekonomi berkaitan industri sawit.

Ia turut mengupas mengenaimanfaat ekonomi, pengenalan ke-pada program tanam semula, tek-nik pemulihan yang inovatif, per-belanjaan dan penggunaan bioji-sim sawit.

Skim bantuan tanam semulaSelain itu, perkongsian maklumatmengenai skim bantuan tanam se-mula sawit yang disediakan kera-jaan dan pengalaman pelaksanaanprogram tanam semula oleh FEL-DA, pengurusan stok serta programtanam semula turut dimuatkan da-lam penerbitan MPOB ini.

Buku ini turut memuatkan mak-lumat berkaitan bahan tanamanberkualiti, kos bagi tanam semula,manfaat ekonomi berikutan prog-ram tanam semula dan kesan keatas sosioekonomi sektor pekebunkecil yang terbabit dengan programtanam semula.

Maklumat berkaitan psikologi ta-naman sawit, kaedah pengurusandan tanam semula sawit yang lebihinovatif; nilai ekonomi batang po-kok sawit untuk penghasilan pro-duk komersial serta kesan tanamsemula dari segi kemampanan danalam sekitar turut dikongsi dalampenerbitan ini.

Siew Keong melancarkan buku terbitan MPOB bertajuk ‘Oil Palm Replanting: Little Steps to A Giant Leap’di Putrajaya, baru-baru ini.

lain.“Sebab itu kami datang ke Ma-

laysia untuk mencari pembekalberpotensi bagi menjalin kerjasa-ma perniagaan dengan SyarikatChua City Foods Co. Ltd,” ka t a nya .

Delegasi Laos ini juga turutmembuat kunjungan hormat keatas Ketua Pengarah MPOB, DatukDr Ahmad Kushairi Din ketika la-watan ke Ibu Pejabat MPOB.

Kushairi berkata, beliau menga-lu-alukan kedatangan delegasiLaos ke Malaysia dan MPOB untukmeneroka peluang perniagaan ba-

haru di antara kedua-dua negaradalam sektor pengeksportan mi-nyak sawit Malaysia ke Laos.

“Melalui program pemadananperniagaan di antara delegasi Laosdan pengeksport minyak sawit Ma-laysia, diharapkan jalinan pernia-gaan di antara kedua-dua negaraini dapat diwujudkan, seterusnyadapat meningkatkan jumlah eks-port minyak sawit Malaysia keLaos.

“Pada tahun lalu, Malaysiamengeksport 940 tan minyak sawitolein bertapis ke Laos,” ka t a nya .

Buku singkap usahasaintis, kerajaan dan industrisawit menyumbang kepadaKeluaran Dalam Negara Kasar(KDNK)

Buku Oil Palm Replanting: LittleSteps to A Giant Leap boleh diperolehdengan menghubungi PalmShoppe Malaysia,MPOB Bangi, di talian 03-87694910 ataue-mel [email protected] .

9

Page 9: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · Shahrul Zaman Yahya serta Pega ... sember 2019 dan dijangka mampu mem - perkukuhkan pegangan pasaran sedia ada di negara

Buku papar 100 fakta menarikminyak sawit Malaysia

Majlis Minyak Sawit Ma-laysia (MPOC) baru-baruini menerbitkan sebuah

buku bertajuk 100 Facts on Ma-laysian Palm Oil yang mengan-dungi 100 fakta mengenai minyaksawit Malaysia.

Fakta dalam bentuk infografikyang mudah difahami itu muladihasilkan pada awal tahun laludan dikongsikan dalam media so-sial MPOC bersempena ulang ta-hun ke-100 industri sawit Malaysiabermula pada 1917 oleh seorangberbangsa Perancis, Henri Faucon-n i e r.

Beliau memulakan penana-man pokok sawit secara komer-sial di Tennamaram, Batang Ber-juntai (kini dikenali sebagai Bes-tari Jaya), Selangor.

Pelbagai fakta dihasilkan diba-hagikan di bawah tajuk berbeza,iaitu sejarah, minyak sawit Ma-laysia, pokok sawit, kesihatan, nu-trisi, aplikasi dalam makanan, ole-kimia dan kelestarian.

Antara yang menarik ialah se-jarah menunjukkan pokok sawitmula diperkenalkan di Malaysiasebagai tanaman hiasan, mana-kala Taib Andak pula adalah ka-wasan pertama dalam rancangan

FELDA yang ditanam kelapa sa-wit.

Bebas kolesterolDari segi kandungan, minyak sawitMalaysia adalah bebas kolesterol,tiada GMO dan tiada lemak ber-bahaya trans. Disebabkan ia mem-punyai vitamin E tokotrienol yanglebih tinggi nilai antioksidannyaberbanding vitamin E tokoferol,penggunaannya dalam industripembuatan makanan, memboleh-kan produk makanan tahan lebihlama.

Minyak sawit merah pula adalahminyak sawit yang melalui satuproses penapisan berbeza, yangmengekalkan kandungan tinggi vi-tamin A karotenoid. Ini menye-babkan minyak itu berwarna ke-m e ra h a n .

Minyak sawit Malaysia lebih sta-bil pada suhu tinggi, malah me-nunjukkan kadar serapan minyaklebih rendah ke dalam makanandigoreng. Kombinasi dua kebaikanini, ditambah pula harganya yangberpatutan, menjadikan ia pilihanindustri penggorengan.

Minyak ini juga neutral dari segirasa, membolehkan cef dan tukangmasak menggunakannya tanpa gu-sar minyak sawit akan mempe-ngaruhi rasa masakan.

Bekalan berterusanKeupayaan negara untuk memas-tikan bekalan minyak sawit Ma-laysia yang berterusan memenu-hi permintaan dunia sepanjangtahun adalah disebabkan tana-man sawit bukan tanaman ber-mu s i m .

Malah, tanaman sawit boleh hi-

dup antara 25 hingga 30 tahunsebelum perlu ditanam semula ke-rana pokok yang semakin tua, ter-lalu tinggi dan sukar untuk diraihh a s i l nya .

Minyak sawit juga adalah separapejal secara semula jadi. Sifat pen-ting ini membolehkan pengilangmakanan menggunakannya tanpaperlu dihidrogenasi untuk kepe-jalan, sekali gus mengelak peng-hasilan asid lemak trans.

Lebih istimewa, minyak sawitboleh dicampur dengan minyakmengandungi lemak tidak tepu ba-gi menghasilkan lemak bebast ra n s .

Selain sebagai minyak masak,terdapat pelbagai kegunaan lainminyak sawit Malaysia dalampembuatan makanan. Antaranyauntuk penghasilan marjerin, le-lemak, vanaspati, aiskrim, peng-gantian lemak tenusu dan peng-ganti mentega koko.

Pelbagai kegunaanLemak berasaskan sawit membo-lehkan produk coklat memiliki ki-lauan cantik, mudah cair di dalammulut dan tampil rangup.

Kepelbagaian penggunaan, kan-dungan nutrisi tinggi, bekalanyang mencukupi dan berterusanserta harga berpatutan menjadi-kan minyak sawit Malaysia satukemestian bukan sahaja untuk ke-gunaan dapur profesional, tetapiuntuk kegunaan pengguna di ru-mah.

Semua yang disebutkan dan ba-nyak lagi fakta lain boleh didapatidalam buku terbitan MPOC ini. Silalayari www.palmoiltv.org untukmelihat semua 100 fakta.

Inf ografikmudah difahamid i ko n g s idalam mediasosial MPOC

10

Antara infografik yang dipaparkan dalam buku 100 Facts on Malaysian Palm Oil.

Page 10: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · Shahrul Zaman Yahya serta Pega ... sember 2019 dan dijangka mampu mem - perkukuhkan pegangan pasaran sedia ada di negara

Sudah terang lagi bersu-luh, semakin hari kita

semakin menghampiri am - bang 2020. Keadaan ini me -nandakan titik permu la an pelbagai cabaran dan rin -tangan yang bakal meng -hambat dunia yang dilingka-ri kemajuan sains dan tekno-logi terutama dalam industri pertanian dan perladangan sawit.

Hal ini menyumbang ke - san positif di samping me -matangkan industri sawit negara dalam meningkatkan integriti industri ke tahap lebih berprestij. Penanaman sawit yang mula diperkenal-kan pada tahun 1917 menja-di propaganda nasional bagi membasmi kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar di mana Lembaga Kemajuan Tanah Persekutu-an (FELDA) membuka kawa-san baharu untuk diteroka dan ditanam dengan sawit sekitar tahun 1960an.

Kemodenan revolusi kae dah penanaman sawit menjadikan pengeluaran meningkat dari semasa ke semasa.

Namun begitu, cabaran serta rintangan dalam me -majukan industri perusa-haan sawit adalah suatu me -dium bagi para penyelidik dan pihak industri negara melakukan lonjakan pradig-ma ke arah memartabatkan industri sawit menjadi lebih profesional dan pengurusan secara matang serta menye-luruh.

Antara cabaran yang menjadi penyuntik seman-gat pihak industri untuk terus kekal mengatur stra-tegi bernas dalam sektor sawit adalah scenario eko-nomi global. Pertumbuhan ekonomi yang perlahan di

negara pengimport memer-lukan kajian semula strate-gi pemasaran semasa bagi memastikan akses pasaran berterusan bagi minyak sawit Malaysia.

Cabaran berikutan penu-runan permintaan produk sawit ini mewujudkan ker-jasama yang lebih berinisi-atif antara pelbagai pihak dalam industri sawit untuk

menerokai dan mengem-bangkan bidang bahan api berasaskan sawit (biofuel) sehingga ke pasaran global.

Usaha ini menggandakan pendapatan eksport sekali gus mewujudkan industri sawit yang lebih matang.

Cabaran lain yang mem-beri impak positif dalam industri sawit adalah wujudnya pelbagai isu men-sabotaj industri sawit. Con-tohnya, pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) men-gaitkan pembangunan sawit tidak mampan serta mence-markan alam sekitar.

Tohmahan dan persepsi negatif ini ditepis dengan pengenalan skim pensiji-lan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi me -mastikan industri sawit di -kendali secara mampan dan tidak menjadi penyebab ke -musnahan alam sekitar.

Pengenalam MSPO adalah antara lima anjakan trans-formasi yang digariskan oleh Perdana Menteri Malaysia semasa sambutan 100 tahun industri sawit.

Ia merupakan visi ba gi melahirkan lebih ra mai professional dalam in dus tri sawit di samping me ning-katkan produktiviti dan kualiti minyak sawit negara.

Secara tuntasnya pelba-gai cabaran yang dihadapi mematangkan pembangu-nan dan melonjakkan penca-paian industri sawit negara.

Konklusinya, cabaran yang ditempuhi mema-jukan negara Malaysia kea rah memperkukuhkan kece-merlangan industri sawit menjelang tempoh akan datang dalam menempuh perjalanan bagi mencapai misi Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Peraduan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah dan awam di seluruh negara. Karangan adalah me -

ngenai industri sawit negara dan antarabangsa berpandukan tajuk yang diberikan di bawah:

PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT BULAN FEBRUARI 2018

KEPUTUSAN PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT BULAN JANUARI 2018

Kategori 1: Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)Tajuk: “Industri sawit mampan jamin pengeluaran minyak berkualiti. Bincangkan”.

Kategori 2 – AwamTajuk: “Pelaksanaan pensijilan sawit mampan jamin pasaran peringkat antarabangsa. Bincangkan”.

Tiga pemenang utama bagi setiap kategori akan menerima;− Hadiah Pertama : RM250− Hadiah Kedua : RM200− Hadiah Ketiga : RM150

Esei yang berjaya mendapat tempat pertama akan disiarkan dalam Berita Sawit keluaran bulan MAC 2018 akan datang.

PEMENANG KATEGORI 1Pelajar Sekolah Menengah Hadiah Pertama Muhammad Alif Imran Nor HamdanSMK Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Hadiah Kedua Aida Afifah Mohd ArithSMK Jalan Bandar,Pasir Gudang, Johor

Hadiah KetigaPuteri Nurafiqah Mohd RasidSMK Jalan BandarPasir Gudang, Johor

PEMENANG KATEGORI 2Awam

Hadiah Pertama Nur Anis Izzati RohizamParit Raja,Batu Pahat, Johor

Hadiah Kedua Muhammad Azri Mat ArsadSungai Mati,Tangkak, Johor

Hadiah KetigaNur Habibah NormanJalan Yadi,Klang, Selangor

Syarat Penyertaan − Kategori 1: Terbuka kepada pelajar sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5− Kategori 2: Terbuka kepada dewasa berusia 18 tahun ke atas. − Bukan kakitangan MPOB.− Panjang esei di antara 500 - 700 patah kata− Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah (Kategori 1 sahaja), alamat rumah, nombor telefon, alamat email (jika ada) nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan sertakan sekeping gambar ukuran pasport.− Keputusan juri adalah muktamad.− Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Februari 2018.− Hantarkan penyertaan ke alamat: Peraduan Mengarang Esei Berita SawitIbu Pejabat MPOB, 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangoru/p: Noor Asmawati Abdul Samad (Unit Komunikasi Korporat)Email: [email protected]

Dalam era globalisasi, Ma laysia melakukan

pel bagai inisiatif untuk me ningkatkan ekonomi negara. Antara sektor yang membantu meningkatkan aktiviti ekonomi negara adalah sektor pertanian. Industri sawit merupakan salah satu sumber utama penyumbang pendapatan kepada sektor pertanian. Dalam masa sama, indus-tri sawit turut menghadapi cabaran daripada negara luar dan dalam negara hing ga memaksa kerajaan Malaysia memerah idea untuk mengatasi halangan tersebut.

Antara cabaran yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia adalah pelanca-ran kempen anti minyak sawit yang dilakukan oleh Kesatuan Eropah (EU). Hal ini telah menjejaskan harga minyak sawit mentah. Secara tidak langsung, ia telah menganggu sumber pendapatan rakyat Malaysia terutamanya kepada peke-bun kecil yang bergantung sepenuhnya kepada sawit.

Antara tindakan yang di- lakukan oleh Kesatuan Eropah (EU) adalah membu-ruk-burukkan minyak sawit dengan meletakkan label ‘tanpa minyak sawit’ pada produk yang dikeluarkan. Mereka turut menyatakan pengambilan minyak sawit menyebabkan peningka-tan tahap kolestrol dalam tubuh badan. Ini menye-babkan pengguna membeli dan menggunakan minyak sayur lain yang diusahakan oleh Kesatuan Eropah (EU).

Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau menegaskan bahawa Malaysia perlu terus berge-

rak ke depan dengan menga-daptasi pensijilan mampan serta amalan pertanian ter-baik selain menjenamakan minyak sawit dengan cemer-lang.

Selain itu, persaingan yang berlaku di antara ne -gara pengeluar minyak sa -wit. Bukan sahaja Malaysia yang giat mengusahakan industri sawit malah seba-hagian negara Barat turut terlibat seperti Brazil, Ecua -dor dan Guatemala. Hal ini sedikit sebanyak meng -ganggu kelancaran aktiviti perdagangan mi nyak sawit negara.

Negara pengimport akan mengambil peluang un tuk membuat pilihan dan memilih negara yang me -nawarkan harga dan kualiti minyak yang terbaik.

Pihak MPOB telah men-jalankan aktiviti penyeli-dikan dan pembangunan (R&D) terhadap sawit dan memperkenalkan for mu la terbaru dalam me ning-katkan kualiti sawit seperti usaha pembiak bakaan yang efektif yang dapat menghasilkan kandungan minyak dengan kualiti ter-baik. Penghasilan benih

yang berkualiti juga mem-pengaruhi kadar pengha-silan minyak sawit. Sete-lah mencapai matlamat, produk tersebut akan diko-mersialkan di peringkat antarabangsa di mana ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri daripada negara pengeluar yang lain. Jelaslah bahawa Malaysia memiliki tahap pemikiran yang tinggi untuk bersaing dan menempatkan diri dalam industri ini bersama dengan negara-negara luar.

Seterusnya, industri sawit mempraktikkan ama -lan pertanian yang lestari bagi mewujudkan suasana yang sihat kepada negara. Malaysia mempunyai ke -luasan hutan sebanyak 55.3% berbanding negara maju lain yang mempunyai kurang 50%. Pihak industri memanfaatkan sepenuhnya penggunaan tanah bagi me ngelakkan pencemaran alam berlaku.

Oleh itu, tidak ter dapat peningkatan ketara aktiviti pembersihan tanah untuk menanam pokok sawit.

Kesimpulannya, Malay-sia menghadapi pelbagai cabaran untuk kekal dalam industri sawit di persada dunia. Kerajaan melaksa-nakan pelbagai inisiatif dan menyusun strategi bagi me -ngatasi masalah yang ditim-bulkan oleh pelbagai pihak bagi melihat kehancuran industri sawit negara.

Kerjasama perdagangan dan teknikal diwujudkan dengan pelbagai negara yang sekali gus menjalin hu bungan diplomatik dan meningkatkan hubungan dua hala anatara Malaysia dengan negara-negara ter-babit.

Muhammad Alif Imran Nor Hamdan SMK Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 1 - PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Nur Anis Izzati Rohizam Parit Raja, Batu Pahat, Johor

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 2 - AWAM

Pelbagai cabaran matangkan industri sawit negara

Industri sawit negara gagah harungi cabaran untuk kekal di persada dunia

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT 3 FEBRUARI 2018 − SABTU 11

Secara tuntasnya pelbagai cabaran yang dihadapi mematangkan pembangunan dan melonjakkan pencapaian industri sawit negara”

Page 11: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan - mpob.gov.my · Shahrul Zaman Yahya serta Pega ... sember 2019 dan dijangka mampu mem - perkukuhkan pegangan pasaran sedia ada di negara