dari meja sidang redaksi - mpob.gov.my · pdf fileal-qadr. firman allah swt: ... amalan di...

4
Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah swt, di mana dengan limpah kurnianya Gema Fikrah edisi Ogos 2011 dapat dikeluarkan bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa MPOB 2011/1432 M. Kita juga bersyukur kerana pada 22-24 Julai 2011, seramai 100 anggota MPOB telah bersama-sama menyertai Program Amal PKKIM di Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As -Solihin, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Bersempena kedatangan Ramadan kali ini, PKKIM telah mengaturkan beberapa siri ceramah. Ceramah Israk Mikraj telah diberikan oleh Prof Madya Dr Mohd Arif Kasmo, Ceramah Zakat oleh Ustaz Halim Din dan Ihya Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Datuk Dr Abu Hassan Din Al-Hafiz. Di hari dan di bulan yang mulia ini, kami menyeru supaya kita bersama-sama mengambil segala keberkatan Ramadan al-Mubarak di mana dengannya kita mengharap Allah swt akan memberi maghfirah iaitu keampunan atas segala dosa kita terdahulu dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Amin ya rabbalalamin. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota Islam MPOB terhadap sokon- gan dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan program yang diatur oleh PKKIM. Tidak lupa juga kami mengucapkan Selamat Menyambut Syawal yang bakal menjelang. Akhir sekali, segala komen dan cadangan dapatlah diemelkan kepada [email protected]. Jazakallah khoiron kathiron.. Wassalamualaikum wbt. Dari Meja Sidang Redaksi Aktiviti PKKIM 2011 Sidang Redaksi Gema Fikrah/Al-Hidayah Penaung Tn Hj Ahmad Sidek Stroo Penasihat Samsul Kamal Rosli Editor & Reka Bentuk Zaidiana Mohd Zaid Penyelaras Penerbitan Mohamad Hamizi Sidek Penyumbang Nek Daud Ahmad Mohd Sukri Salleh Mishmishah Mustafa Joriah Puteh Nor Hanin Ayub Mohd Roslan Mohd Noor Abdul Karim Ali Muhammad Noor Mohd Khalid Abd Hamid Hamad Pruf Mustafa Mat Ali Cetakan Zamri Samsuri Tarikh Aktiviti Penceramah/Catatan 10 Februari Pemeriksaan dan Rawatan Terapi Berlandas- kan Al-Quran Ustaz Alfian Al-Azhari, Pusat Rawatan Syifauhadi Tmn Dato Haron, Petaling Jaya 25 Februari Sambutan Maulidur Rasul Ustaz Don Daniyal Don Biyajid Al-Hafiz (KUIS) Tajuk: Peribadi Rasulullah SAW 20 Mei Ceramah Zakat Ustaz Halim Din (Pusat Pungutan Zakat Selangor) 1 Julai Ceramah Israk Mikraj Prof Madya Dr Arif Kasmo (UKM) Tajuk: Israk Mikraj dan Sains 7 Jun Program Ziarah Korporat LZS Menghantar dua orang wakil 15 Julai Taklimat YaPEIM YaPEIM 22-24 Julai Program Amal Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Banting 28 Julai Ceramah Ihya Ramadan Datuk Dr Abu Hassan Din Al-Hafiz Oktober* Kursus Teknik Belajar Al-Quran Al-Baghdadi November* Ibadah Qurban Disember* Ceramah Awal Muharram Januari 2012* Nota: *tentatif Seminar Teknik Bijak Sifir Kaedah SifuTaj

Upload: buinguyet

Post on 20-Mar-2018

243 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dari Meja Sidang Redaksi - mpob.gov.my · PDF fileal-Qadr. Firman Allah swt: ... Amalan di Malam Lailatul Qadar Amalan yang mesti dilakukan pada ... PKKIM Sesi 2010/2012

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah swt, di mana dengan limpah kurnianya Gema

Fikrah edisi Ogos 2011 dapat dikeluarkan bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa MPOB

2011/1432 M.

Kita juga bersyukur kerana pada 22-24 Julai 2011, seramai 100 anggota MPOB telah

bersama-sama menyertai Program Amal PKKIM di Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As

-Solihin, Kanchong Darat, Banting, Selangor.

Bersempena kedatangan Ramadan kali ini, PKKIM telah mengaturkan beberapa siri ceramah.

Ceramah Israk Mikraj telah diberikan oleh Prof Madya Dr Mohd Arif Kasmo, Ceramah Zakat

oleh Ustaz Halim Din dan Ihya Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Datuk Dr Abu Hassan

Din Al-Hafiz.

Di hari dan di bulan yang mulia ini, kami menyeru supaya kita bersama-sama mengambil

segala keberkatan Ramadan al-Mubarak di mana dengannya kita mengharap Allah swt akan

memberi maghfirah iaitu keampunan atas segala dosa kita terdahulu dan dimasukkan ke

dalam syurga-Nya. Amin ya rabbalalamin.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota Islam MPOB terhadap sokon-

gan dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan program yang diatur oleh PKKIM. Tidak

lupa juga kami mengucapkan Selamat Menyambut Syawal yang bakal menjelang. Akhir

sekali, segala komen dan cadangan dapatlah diemelkan kepada [email protected].

Jazakallah khoiron kathiron.. Wassalamualaikum wbt.

Dari Meja Sidang Redaksi

Aktiviti PKKIM 2011

Sidang Redaksi Gema Fikrah/Al-Hidayah

Penaung

Tn Hj Ahmad Sidek Stroo

Penasihat

Samsul Kamal Rosli

Editor & Reka Bentuk

Zaidiana Mohd Zaid

Penyelaras Penerbitan

Mohamad Hamizi Sidek

Penyumbang

Nek Daud Ahmad

Mohd Sukri Salleh

Mishmishah Mustafa

Joriah Puteh

Nor Hanin Ayub

Mohd Roslan Mohd Noor

Abdul Karim Ali

Muhammad Noor Mohd Khalid

Abd Hamid Hamad

Pruf

Mustafa Mat Ali

Cetakan

Zamri Samsuri

Tarikh Aktiviti Penceramah/Catatan

10 Februari Pemeriksaan dan Rawatan Terapi Berlandas-

kan Al-Quran

Ustaz Alfian Al-Azhari, Pusat Rawatan Syifauhadi

Tmn Dato Haron, Petaling Jaya

25 Februari Sambutan Maulidur Rasul Ustaz Don Daniyal Don Biyajid Al-Hafiz (KUIS)

Tajuk: Peribadi Rasulullah SAW

20 Mei Ceramah Zakat Ustaz Halim Din (Pusat Pungutan Zakat Selangor)

1 Julai Ceramah Israk Mikraj Prof Madya Dr Arif Kasmo (UKM)

Tajuk: Israk Mikraj dan Sains

7 Jun Program Ziarah Korporat LZS Menghantar dua orang wakil

15 Julai Taklimat YaPEIM YaPEIM

22-24 Julai Program Amal Rumah Anak Yatim dan Asnaf

As-Solihin, Banting

28 Julai Ceramah Ihya Ramadan Datuk Dr Abu Hassan Din Al-Hafiz

Oktober* Kursus Teknik Belajar Al-Quran Al-Baghdadi

November* Ibadah Qurban

Disember* Ceramah Awal Muharram Januari 2012*

Nota: *tentatif

Seminar Teknik Bijak Sifir Kaedah SifuTaj

Page 2: Dari Meja Sidang Redaksi - mpob.gov.my · PDF fileal-Qadr. Firman Allah swt: ... Amalan di Malam Lailatul Qadar Amalan yang mesti dilakukan pada ... PKKIM Sesi 2010/2012

Program Amal Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Kanchong

Darat, Banting, Selangor pada 22-24 Julai 2011.

Ceramah Ihya Ramadan oleh Ustaz Datuk Dr Abu

Hassan Din Al-Hafiz pada

28 Julai 2011.

Sambutan Maulidur Rasul dengan penceramah Ustaz Don Ceramah Zakat oleh Ustaz Halim Din dari Pusat Pungutan Zakat Selangor

Daniyal Don Biyajid Al-Hafiz pada 25 Februari 2011. pada 20 Mei 2011.

Gambar Sekitar Aktiviti PKKIM 2011

2 Edis i Ogos 2011

Page 3: Dari Meja Sidang Redaksi - mpob.gov.my · PDF fileal-Qadr. Firman Allah swt: ... Amalan di Malam Lailatul Qadar Amalan yang mesti dilakukan pada ... PKKIM Sesi 2010/2012

Info Kehebatan Malam Lailatul Qadar

Lailatul Qadar atau malam al-Qadar telah

diketahui umum sebagai malam yang

amat istimewa buat seluruh umat Islam.

Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah

al-Qadr. Firman Allah swt: "Malam Al-

Qadar lebih baik dari seribu bulan." (Al-

Qadr: 2).

Di malam ini jugalah Nabi saw bersung-

guh-sungguh beribadat melebihi malam-

malam Ramadan yang lain. Disebutkan

di dalam sebuah hadis: Adalah Nabi saw,

beribadat dengan (lebih) bersungguh-

sungguh dan kuat di sepuluh malam tera-

khir Ramadan, tidak sebagaimana

baginda di malam-malam yang

lain." (Riwayat Muslim, no 1175).

"Apabila telah masuk 10 terakhir bulan

Ramadan, maka Nabi menghidupkan ma-

lam, mengejutkan isterinya dan menge-

tatkan kainnya (tidak menyetubuhi ister-

inya kerana amat sibuk dengan ibadat

yang khusus)" (Riwayat Al-Bukhari dan

Muslim).

Malam berkat yang diturunkan padanya

Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh

Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia

sebelum diturunkan kepada Nabi saw

secara berperingkat). Justeru itu, ia disi-

fatkan sebagai malam penuh berkat

dalam ayat 3 surah ad-Dukhan. Pandan-

gan ini adalah sahih dari Ibn Abbas, Qata-

dah, Sai'd Ibn Jubayr, „Ikrimah, Mujahid

dan ramai lagi (Tafsir Al-Baidawi, 5/157;

Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi,

16/126 ).

Dituliskan pada malam tersebut „qadar‟

atau ketetapan bagi hidup, mati, gem-

bira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua ber-

kaitan qadar manusia dan destinasi

mereka pada tahun itu. “Pada malam itu

dijelaskan segala urusan yang penuh hik-

mah, urusan yang besar dari sisi Kami.

Sesungguhnya Kami adalah yang mengu-

tus rasul-rasul (Ad-Dukhan:4-5).

Malam ini terlebih baik dari seribu bulan

untuk beribadat. Perlu difahami bahawa

para ulama berbeza pandangan dalam

pengertian seribu bulan kepada pelbagai

takwilan. Imam Malik dalam al-Muwatta'

membawakan satu hadis Nabi saw yang

memberi makna seribu bulan itu adalah

gandaan sebagai ganti kerana umur

umat zaman ini yang pendek berbanding

zaman sebelum Nabi Muhammad saw

yang amat panjang seperti Nabi Nuh as.

(Al-Muwatta, no 698, 1/321; Al-Jami' Li

Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133;

Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam

Fil Fatawa, dengan pindaan).

Pada malam itu, turunnya para malai-

kat dan ruh (Jibrail as). Hal ini disebut-

kan di dalam al-Quran dari surah al-

Qadr. Manakala, dalam sebuah hadis

disebutkan bahawa pada malam terse-

but, malaikat akan turun dan berjalan

kepada seluruh individu yang sedang

beribadat secara berdiri, duduk, bersolat,

berzikir, serta memberi salam kepada

mereka dan mengaminkan doa mereka

maka Allah akan mengampunkan mereka

kecuali empat kumpulan iaitu peminum

arak, penderhaka ibu bapa, pemutus si-

latur rahim dan individu yang sedang

bermusuhan.

Amalan di Malam Lailatul Qadar

Amalan yang mesti dilakukan pada

malamnya ialah memperbanyakkan

ibadah, membaca Al-Quran, beriktikaf

dan berdoa. Dalam sebuah hadis

daripada Aisyah ra berkata: ”Ya

Rasulullah, Bagaimana kalau saya

bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus

saya ucapkan pada malam itu?'' Baginda

bersabda: Ucapkanlah: ”Ya Allah kami

bermohon padaMu, sesungguhnya

Engkau Maha Pengampun, suka

mengampuni (hamba-hambaMu), maka

ampunilah (dosa-dosa) kami.'' (Riwayat

Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Doa lain bacaan Baginda ialah seperti

berikut yang bermaksud: Wahai Tuhan

kami, anugerahkanlah kepada kami

kebajikan di dunia dan kebajikan di

akhirat, dan peliharalah kami dan siksa

neraka (Al-Baqarah: 201).

Sumber: Dr Amini Amir Abdullah, Universiti Putra Malaysia

([email protected]) dan www.zaharuddin.net.

Mutiara Hadis

Nabi saw

bersabda, "Doa

yang tidak ditolak

bagi orang

berpuasa ialah

ketika dia

berbuka."

(HR Ibn Majah)

3 Edis i Ogos 2011

Page 4: Dari Meja Sidang Redaksi - mpob.gov.my · PDF fileal-Qadr. Firman Allah swt: ... Amalan di Malam Lailatul Qadar Amalan yang mesti dilakukan pada ... PKKIM Sesi 2010/2012

Selamat

memeriahkan

bulan Al-Quran

dengan

memperbanyak-

kan bacaan

Al-Quran.

Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al -Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat al-Bukhari).

Al-Imam al-Nawawi rhm menulis dalam kitabnya Al-Azhar, “Hari-hari yang terbaik untuk membaca Al-Quran adalah pada hari Jumaat, Isnin, Khamis, hari Arafah (9 Zulhijjah) dan 10 hari terakhir bulan

Ramadan. Manakala bulan terbaik adalah bulan Ramadan.”

Tips Pembacaan Al-Quran

Membaca secara lisan menggunakan kaedah ta-

jwid yang betul.

Menghafaz ayat-ayat Al Quran sesuai dengan ke-

mampuan.

Memahami kandungan isi Al-Quran.

Mengamalkan isi dan kandungan Al Quran dalam

kehidupan seharian.

Setiap masa lapang adalah emas! - Masa

sementara menunggu masuk waktu solat, beberapa

minit sebelum memulakan urusan kerja di pejabat

atau semasa waktu rehat yang sebelum ini kita

gunakan untuk makan tengah hari harus

dimanfaatkan sebaiknya untuk membaca Al-Quran.

Bagi yang kurang mahir membaca Al-Quran,

jangan berasa rendah diri dengan kekurangan

tersebut. Apa yang penting, belajar dengan tekun

dan berterusan setiap hari untuk memperbaiki

bacaan atau pun khatam dengan bersendirian atau

khatam dengan cara bertadarus beramai-ramai.

Elakkan rasa bosan atau sekadar mahu khatam

tanpa memahami dan menghayati isi kandungan Al-

Quran.

Sumber: http://kehidupandiMekah.blogspot.com dan majalah Solusi Isu No. 34, Terbitan Telaga

Biru Sdn Bhd.

Sejarah menjelaskan kepada kita bahawa pada bulan Ramadan, Allah menurunkan Al-Quran bagi menjadi petunjuk, penjelas dan furqan kepada manusia. Peristiwa ini diabadikan di dalam Al-Quran, melalui firmanNya: "Bulan Ramadan, iaitu (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran

(sebagai) petunjuk bagi (sekalian) manusia dan sebagai penjelasan daripada petunjuk itu serta

sebagai pembeda (antara yang hak dan yang batil)....."(Al-Baqarah:185). Oleh itu, di antara amalan yang digalakkan oleh Rasullullah saw untuk dilaksanakan di bulan Ramadan adalah

tadarus Al-Quran. Amalan tadarus di bulan Rama-dan bukan hanya membaca ayat-ayat Al-Quran sahaja, tetapi yang paling penting adalah bagai-mana Al-Quran menjadi pedoman, panduan serta standard kehidupan muslimin dalam menjalani kehidupan seharian.

Hadis Berkenaan Al-Quran

Ibnu Mas'ud ra berkata yang bermaksud: "Kami dahulu belajar membaca Al-Quran tidak lebih dari 10 ayat dalam sehari. Kami tidak menambahkan bacaan ayat-ayat itu sebelum kami memahami serta mengamalkannya."

Sabda Rasulullah saw: "Aku tinggalkan dua perkara, apabila kamu sekelian berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan tersesat untuk se-lama-lamanya, iaitu al-Kitab (Al-Quran) dan As-

Sunnah RasulNya".

Ramadan, Bulan Al-Quran

Risalah ini diterbit dan diedarkan oleh Biro Dakwah dan Penerbitan, PKKIM Sesi 2010/2012