ramadhan yang dirindui.. - mpob.gov.my · pdf filememperbanyakkan doa semasa berpuasa dan...

4
Ramadan kini tiba. Hati mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksimum mungkin di bulan yang berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan amal. Kita memasuki bulan berkat di mana pahala dilipat kali gandakan bagi mereka yang mengharap ganjaran dan keredhaan Allah swt. Dari Qutaibah, dari Ismail bin Jaafar dari Abi Suhail, dari ayahnya dari Abu Hurairah ra sabda Rasulullah saw bermaksud,"Apabila datang Ramadan,dibukakan pintu- pintu syurga." (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari). Dengan berpuasa, kita menahan diri dari makan,minum, hubungan suami isteri, menjaga lidah, pemandangan dan hati hanya semata-mata kerana Allah. Oleh itu, Allah sendiri yang akan membalasnya. Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa- dosanya yang telah lalu." (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari). Di dalam Ramadan, kita seharusnya melipat ganda- kan ibadah solat kita, dan lebih membiasakan diri kita mendampingi surau, masjid dan para jemaah di dalamnya yang beriman. Ramadan adalah bulan Al- Quran di mana Al-Quran diturunkan Allah swt pada bulan tersebut. Jibril menyemak bacaan dan hafazan Al-Quran Nabi saw juga di bulan ini. Oleh itu, kita jadikanlah bulan ini bulan yang lebih meriah bagi kita bersama Al-Quran, dengan membacanya dan melaksanakan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya. Ramadan juga adalah bulan bersedekah, berkasih sayang sesama umat Islam dan makhluk Allah swt. Perbanyakkanlah bersedekah dan menjamu orang lain di bulan ini. Ramadan adalah bulan iktikaf, iaitu berada di masjid untuk memberi tumpuan sepenuhnya beribadah khusus kepada Allah swt. Iktikaf membersihkan hati dan akhlak kita, kerana kita berdamping dengan rumah Allah swt dan dapat tenang bermuhasabah dan menilai diri kita yang sering alpa dan tergoda. Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik buat kita dan lebih baik dari tahun lepas. Hingga pada akhir Ramadhan nanti, kita akan mendapat rahmat (belas kasih Allah swt), maghfirah dan itqum minannar (selamat dari api neraka). Ya Allah terimalah puasa, solat terawih, qiamullail dan iktikaf kami di bulan yang mulia ini. Ya Allah, terimalah juga ibadah dan taqarrub hati dan diri kami kepada-MU. Amin. Sabda Rasulullah saw bermaksud, "Sesiapa yang mendirikan (solat dan ibadah) di malam lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang berpuasa Ramadhan yang Dirindui.. Imam Al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tingkatan: Puasa Umum - Puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum dan menahan keinginan berjimak. Puasa Istimewa (Puasa Khusus) - Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara yang dilarang. Puasa Paling Istimewa (Puasa Khusus Al-Khusus) - Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah puasa tertinggi kedudukannya di sisi Allah swt dan merupakan amalan para rasul, nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah. Sumber:Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd dan www.iluvislam.com. Tingkatan Puasa PENERBITAN BIL. (06) JULAI 2011

Upload: vukiet

Post on 04-Mar-2018

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ramadhan yang Dirindui.. - mpob.gov.my · PDF fileMemperbanyakkan doa semasa berpuasa dan ketika ... menguatkan daya ... dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama

Ramadan kini tiba. Hati

mukmin tidak sabar lagi

untuk mengambil peluang

semaksimum mungkin di

bulan yang berkat ini

demi mendapatkan bekalan

iman dan meningkatkan

amal. Kita memasuki bulan

berkat di mana pahala dilipat

kali gandakan bagi mereka

yang mengharap ganjaran

dan keredhaan Allah swt.

Dari Qutaibah, dari Ismail bin

Jaafar dari Abi Suhail, dari

ayahnya dari Abu Hurairah ra

sabda Rasulul lah saw

bermaksud,"Apabila datang

Ramadan,dibukakan pintu-

pintu syurga." (Hadis sahih

riwayat Al-Bukhari). Dengan

berpuasa, kita menahan diri

dari makan,minum, hubungan

suami isteri, menjaga lidah,

pemandangan dan hati hanya

semata-mata kerana Allah.

Oleh itu, Allah sendiri yang

a k a n m e m b a l a s n y a .

Ramadan dengan penuh

iman dan mengharap

g a n j a r a n A l l a h ,

d i a m p u n k a n d o s a -

dosanya yang telah

lalu." (Hadis sahih riwayat

Al-Bukhari).

Di dalam Ramadan, kita

seharusnya melipat ganda-

kan ibadah solat kita, dan

lebih membiasakan diri kita

mendampingi surau, masjid

dan para jemaah di

dalamnya yang beriman.

Ramadan adalah bulan Al-

Quran di mana Al-Quran

diturunkan Allah swt pada

bulan tersebut. Jibril

menyemak bacaan dan

hafazan Al-Quran Nabi saw

juga di bulan ini. Oleh itu,

kita jadikanlah bulan ini

bulan yang lebih meriah bagi

kita bersama Al-Quran,

dengan membacanya dan

melaksanakan ajaran-ajaran

yang terkandung di

dalamnya.

Ramadan juga adalah bulan

bersedekah, berkasih sayang

sesama umat Islam dan

makhluk Allah swt.

Perbanyakkanlah bersedekah

dan menjamu orang lain di

bulan ini.

Ramadan adalah bulan

iktikaf, iaitu berada di masjid

untuk memberi tumpuan

sepenuhnya beribadah

khusus kepada Allah swt.

Iktikaf membersihkan hati

dan akhlak kita, kerana kita

berdamping dengan rumah

Allah swt dan dapat tenang

bermuhasabah dan menilai

diri kita yang sering alpa dan

tergoda.

Semoga Ramadan pada tahun

ini merupakan Ramadan yang

terbaik buat kita dan lebih

baik dari tahun lepas. Hingga

pada akhir Ramadhan nanti,

kita akan mendapat rahmat

(belas kasih Allah swt),

maghfirah dan itqum

minannar (selamat dari api

neraka). Ya Allah terimalah

puasa, solat terawih,

qiamullail dan iktikaf kami di

bulan yang mulia ini. Ya

Allah, terimalah juga ibadah

dan taqarrub hati dan diri

kami kepada-MU. Amin.

Sabda Rasulullah saw bermaksud,

"Sesiapa yang mendirikan (solat

dan ibadah) di malam lailatul

qadar dengan penuh iman dan

mengharap ganjaran Allah,

diampunkan dosa-dosanya yang

telah lalu. Sesiapa yang berpuasa

Ramadhan yang Dirindui..

Imam Al-Ghazali membahagikan puasa kepada tiga tingkatan:

Puasa Umum - Puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada

makan, minum dan menahan keinginan berjimak.

Puasa Istimewa (Puasa Khusus) - Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan

kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara yang dilarang.

Puasa Paling Istimewa (Puasa Khusus Al-Khusus) - Merangkumi puasa umum dan puasa

istimewa. Disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah

puasa tertinggi kedudukannya di sisi Allah swt dan merupakan amalan para rasul, nabi, para sahabat,

para wali dan golongan ahli ibadah.

Sumber:Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd dan www.iluvislam.com.

Tingkatan Puasa

PENERBITAN BIL. (06) JULAI 2011

Page 2: Ramadhan yang Dirindui.. - mpob.gov.my · PDF fileMemperbanyakkan doa semasa berpuasa dan ketika ... menguatkan daya ... dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama

Bulan Ramadhan dianggap sebagai bulan „bonus' dari Allah swt sebagai rahmat bagi hamba-

hamba-Nya. Gandaan pahala di bulan dan ketika berpuasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan

hadis Qudsi yang menyebut, "Setiap amalan anak Adam digandakan pahalanya kepada

10 hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah swt: Kecuali puasa, sesungguhnya ia

adalah khas untuk-Ku dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka

meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya kerana-

Ku" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

1. Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2. Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan

50 ayat al-Quran secara sederhana).

3. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

4. Memperbanyakkan doa semasa berpuasa dan ketika hampir berbuka.

5. Menyegerakan berbuka puasa selepas pastinya masuk waktu maghrib.

6. Digalakkan untuk berbuka dengan beberapa biji rutab (kurma basah) atau tamar (kurma

kering) sebagai mengikuti sunnah Nabi saw dan jika tiada kedua-duanya, mulakan dengan

meneguk air.

7. Amat disunatkan untuk menyedekahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk

orang ramai terutamanya orang miskin.

8. Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah atau bersendirian.

9. Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi).

10. Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat memohon keampunan kepada Allah swt.

11. Memperbanyakkan melakukan amalan sunat lain seperti berqiamullail (solat sunat tasbih,

taubat, hajat, dan witir), solat sunat rawatib, berzikir, berselawat dan menghadiri majlis

ilmu.

12. Meninggalkan dan menjauhi segala perbuatan maksiat dan kemungkaran kerana ia boleh

menghapuskan ganjaran pahala berpuasa. Kawal diri dengan menjaga pancaindera,

membersihkan hati, menjaga pemikiran, sabar dan ikhlas dalam beribadat.

Sumber: www.zaharuddin.net

Mereka yang berpuasa akan mendapat

balasan syurga.

Doa orang yang berpuasa dimakbulkan

Allah swt.

Orang yang berpuasa mendapat dua

kegembiraan iaitu semasa berbuka dan

apabila bertemu dengan Allah pada hari

kiamat kelak.

Orang yang berpuasa mendapat

pemeliharaan Allah swt.

Mari Memaksimumkan Bonus

Ramadhan

Ganjaran Berpuasa Ramadhan Caption describing picture

Caption describing picture

“Kawal diri dengan

menjaga pancaindera,

membersihkan hati,

menjaga pemikiran,

sabar dan ikhlas dalam

beribadat.”

2 B i l . (06), Ju la i 2011

Orang yang berpuasa disertai dengan

menjauhi segala larangan semasa

berpuasa dan mengerjakan amal

ibadah sunat seperti bertahlil,

bertasbih dan seumpamanya akan

dibina mahligai yang indah di syurga.

Setiap kali sujud orang yang berpuasa

Ramadhan dikurniakan 1700

kebajikan, dibinakan mahligai di

syurga dan 70 000 malaikat memohon

keampunan baginya dari pagi hingga

petang.

Sumber: Amalan dan Kelebihan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

Oleh Ustaz Ahmad Zulaili Zamri. Terbitan Penerbitan Seribu Dinar

Sdn Bhd.

Page 3: Ramadhan yang Dirindui.. - mpob.gov.my · PDF fileMemperbanyakkan doa semasa berpuasa dan ketika ... menguatkan daya ... dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama

Manfaat Puasa dari Sudut Kesihatan

Kewajiban Zakat Fitrah

Puasa membantu detoksifikasi atau

pengeluaran toksik daripada badan dan

mencergaskan semula organ-organ utama

seperti hati, kelenjar pencernaan dan buah

pinggang. Peningkatan prestasi organ-

organ itu menunjukkan pencergasan

semula sudah berlaku. Apabila seseorang

yang menderita penyakit yang berkaitan

dengan buah pinggang, pencernaan dan

hati, dia boleh mempertimbangkan terapi

puasa asalkan dilakukan dengan

pengawasan doktor.

Puasa mencegah dan mengubati kesan

radikal bebas serta menangani penyakit

yang berpunca daripada nutrisi berlebihan.

Puasa juga dapat dimanfaatkan bagi

menangani penyakit-penyakit yang berikut

dengan pengawasan doktor seperti sakit

jantung, buah pinggang, barah, hipertiroid,

pelemakan hati, hepotitis kronik, darah

tinggi, kegemukan, kencing manis, masalah

pada prostat, asid di dalam urat yang

berlebihan dan kolestrol yang berlebihan.

Air kencing dan najis orang yang

berpuasa mengandungi toksik

organophosphate. Ini membuktikan puasa

membantu detoksifikasi. Ketika berpuasa,

toksik yang disimpan di dalam sel-sel

adipose atau lemak dikeluarkan dengan

pantas.

Bagi orang yang berpuasa, kekurangan

pengambilan makanan menyebabkan

metabolisme dan bekalan tenaga

menurun. Bagi memenuhi keperluan

tenaga, badan melakukan autolisis atau

pemecahan sel-sel. Oleh sebab sel lemak

adalah sel yang paling berkesan

menghasilkan tenaga, maka sel-sel lemak

dipecahkan terlebih dahulu. Sel lemak

mengandungi toksik seperti DDT. Apabila

sel pecah, toksik itu dikeluarkan daripada

tubuh. Inilah yang dinamakan proses

detoksifikasi.

Sumber: 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah oleh Dr Mohammad Ali Toha.

Terbitan PTS Millenia Sdn Bhd.

matahari terbenam atau

anak yang dilahirkan

selepas matahari terbenam

malam satu Syawal itu

tidak wajib zakat fitrah

baginya.

Zakat fitrah wajib bagi seseo-

rang dan orang-orang yang

ditanggungnya sepert isteri-

nya, anak-anak yang belum

baligh dan ibu-bapanya. Jika

dia mempunyai masalah dan

tidak mampu membayar zakat

fitrah untuk dirinya dan tang-

gungannya, tanggungannya

boleh menunaikan zakat fitrah

untuk diri mereka dan juga

untuknya dengan keizinannya.

KADAR ZAKAT FITRAH

Kadar zakat fitrah yang wajib

dikeluarkan bagi setiap orang

ialah satu sa‟ atau 2.3 kg

Zakat fitrah adalah sebagai

penyuci orang yang berpuasa

dari perkataan keji dan buruk

yang mereka lakukan sewaktu

berpuasa dan untuk menjadi

makanan kepada orang yang

miskin.

SYARAT WAJIB ZAKAT

FITRAH

1. Islam.

2. Me mp uny a i s e s ua t u

(makanan, harta atau

wang) yang lebih dari

keperluan diri sendiri dan

keperluan orang yang di-

tanggung nafkahnya untuk

satu hari siang dan malam

Eidul Fitri.

3. Dapat menemui dua masa

iaitu akhir Ramadhan dan

awal Syawal. Orang yang

m e n i n g g a l s e b e l u m

makanan asas sesebuah

negeri di mana seorang itu

berada. Di Malaysia, makanan

asas adalah beras.

Mutiara Hadis

Nabi Muhammad saw

bersabda dalam hadis

berkenaan bulan

Ramadhan, yang antaranya

bermaksud: “…..Celakalah

seseorang yang apabila

masuk bulan Ramadhan,

dia berpuasa pada siangnya

dan solat pada malamnya,

kemudian apabila

meninggal tidak diampuni

dosanya dan masuk

neraka...” (Hadis sahih

riwayat Al-Bukhari).

3 B i l . (06), Ju la i 2011

MASA PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah boleh ditunaikan sepanjang bulan Ramadhan tetapi sebelum bermulanya solat Eidul Fitri. Jika ia dibayar selepas solat Eidul Fitri, ia akan menjadi sebagai sedekah biasa sahaja. Zakat fitrah di-tunaikan di tempat seseorang itu berada apabila tiba waktu Maghrib di akhir Ramadhan. Jika pada masa tersebut dia berada dalam perjalanan dan

tidak ada orang yang layak menerimanya, maka hendak-lah dikeluarkan zakat fitrah-nya apabila dia tiba di tempat yang ditujui itu.

Sumber:http://www.e-zakat.com.my.

Page 4: Ramadhan yang Dirindui.. - mpob.gov.my · PDF fileMemperbanyakkan doa semasa berpuasa dan ketika ... menguatkan daya ... dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang

yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma

menyumbang tenaga serta merta kepada si

pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat

dan menunaikan sembahyang maghrib dan

terawih. Apabila badan segar dan bertenaga, ia

menghalang kita makan berlebihan mengikut

nafsu.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta

garam galian yang menghentikan tindak balas luar

biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus

kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh

membawa kepada pengeluaran sel darah putih

secara berlebihan.

Kurma juga merupakan penawar dalam perubatan

tradisional untuk mengatasi masalah insomnia.

Bagi mereka yang mengalami masalah batuk,

kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan

gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan

gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus

menghentikan batuk.

Mengambil 100 g kurma boleh menurunkan kadar

kolesterol darah dengan mencegah penyerapan

lemak atau kolesterol dalam usus besar sehingga

kadar kolesterol darah menurun.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan

sebagaimana firman Allah swt, “Kemudian Kami

tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur

untuk kamu. Di sana kamu memperoleh buah-

buahan yang banyak dan sebahagiannya untuk

kamu makan.” (Al-Mukminun:19).

Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma

bersandarkan sabda Rasulullah saw yang

bermaksud, “Rumah yang tiada kurma seperti

rumah yang tidak mempunyai makanan.”

Kulit kurma yang mengandungi serat amat baik

untuk mencegah barah usus besar kerana ia

melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan

C kurma amat tinggi dan banyak mengandungi

potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem

saraf. Susu, yogurt dan makanan laut juga

mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak

mengumpul toksik di dalam badan dan tidak

memudaratkan. Sebaliknya, ia merangsang selera

makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk

golongan yang mengalami sembelit, lemah otot,

sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta

menguatkan daya ingatan.

Mengikut pendapat pakar perubatan, kurma kaya

dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk

wanita sama ada semasa hamil atau selepas

bersalin.

Khasiat Kurma

Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu

memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh

serta mencergaskan minda dan membantu

tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu

melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan

daripada penyakit barah, merawat buah pinggang

dan mencuci hati.

Kalium yang terdapat dalam kurma membantu

jantung untuk bekerja secara teratur,

mengaktifkan kontraksi otot dan membantu

mengatur tekanan darah, dan ini sangat baik untuk

membantu mereka yang mengalami hipertensi

(tekanan darah tinggi).

Vitamin A dan niasin dalam kurma membantu dalam

membentuk dan memelihara kulit agar tetap sihat.

Tanin yang tinggi dalam kurma bekerja secara

perubatan sebagai agen pembersih di dalam tubuh.

Salsilat dalam kurma berfungsi untuk

mengurangkan dan menghilangkan rasa sakit atau

demam, serta sebagai anti-keradangan dan anti-

kesakitan dan mencegah pembekuan darah.

Sumber: http://kehidupandimekah.blogspot.com dan http://hasbiedaud.wordpress.com

Risalah ini diterbit dan diedarkan oleh Biro Dakwah dan Penerbitan, PKKIM Sesi 2010/2012