kertas kerja shahrul

12
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA, 02500 MATA AYER, PERLIS. KERTAS KERJA “ Projek Melukis Mural di Bilik Kaunseling dan di Sudut- sudut yang Sesuai” Oleh : Mohd Shahrul bin Mat Saad Afiq bin Yaacob Ahmad Farid bin Mohamed Mohd Azril bin Mohd Sabri Program Internship 2012,

Upload: shahrul5689

Post on 25-Jul-2015

176 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja shahrul

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA,

02500 MATA AYER,

PERLIS.

KERTAS KERJA

“ Projek Melukis Mural di Bilik Kaunseling dan di Sudut-sudut yang Sesuai”

Oleh :

Mohd Shahrul bin Mat Saad

Afiq bin Yaacob

Ahmad Farid bin Mohamed

Mohd Azril bin Mohd Sabri

Program Internship 2012,

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Perlis,

Behor Pulai, 01000 Kangar,

Perlis

Page 2: kertas kerja shahrul

1.0 Pendahuluan

Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk

mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru

permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang

berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta

aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah.

Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam

pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan pensyarah pembimbing.

Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan

diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai

profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan.

Dalam menjayakan program internship ini satu projek telah kami kenal pasti

sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan di Sekolah Kebangsaan Guar

Nangka. Projek ini diberi nama “Projek Melukis Mural di Bilik Kaunseling dan

Sudut-sudut yang Sesuai” yang melibatkan kami sendiri iaitu guru-guru pelatih

semester 8 dalam menceriakan satu ruang yang khusus dan mengindahkan

kawasan sekolah dengan kerjasama guru-guru serta murid-murid.

Page 3: kertas kerja shahrul

2.0 Objektif

Melalui projek keceriaan ini, kami berharap akan dapat :-

i. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujuai

oleh pihak sekolah.

ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akuntabiliti dan

integriti dalam melaksanakan tugas.

iii. Menceriakan bilik kaunseling yang sangat penting untuk keselesaan

kaunselor dan klien.

iv. Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik

dan indah.

v. Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap

sekolah.

vi. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme

keguruan secara berterusan.

3.0 Tarikh / Tempoh / Masa

Tarikh : 25 Jun 2012 – 20 Julai 2012

Tempoh : 5 minggu

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Page 4: kertas kerja shahrul

4.0 Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Mohd Shahrul bin Mat Saad

Penyelaras Projek : Afiq bin Yaacob

Timbalan Penyelaras Projek : Ahmad Farid bin Mohamed

Setiausaha : Mohd Azril bin Mohd Sabri

5.0 Pelaksanaan

Kami akan memulakan “Projek Keceriaan Bilik Kaunseling dan Sudut-sudut

yang Sesuai” ini dengan merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek

yang dipersetujui oleh pihak sekolah. Pertama sekali guru-guru pelatih pelatih

semester 8 berjumpa dengan guru pembimbing Internship iaitu Puan

Jamalulhaslina untuk berbincang tentang apakah projek yang sesuai dijalankan

selama sebulan di sekolah. Kami telah memerah idea dan secara bulat suara

bersetuju untuk menceriakan Bilik Kaunseling yang berada di bawah kendalian

En. Isa bin Mat. Selain itu guru pelatih juga berharap dapat membuat beberapa

mural di dinding bangunan sekolah.

Dalam melaksanakan projek kami juga perlu menunjukkan komitmen yang

tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti dan integriti dalam melaksanakan

tugas. Jadi beberapa jawatan telah diwujudkan dan diisi kebanyakannya oleh

guru pelatih seperti pengerusi, penyelaras projek, timbalan penyelaras projek

dan setiausaha untuk memudahkan tugas-tugas diagihkan.

Tugas kami di sekolah ialah menceriakan bilik kaunseling yang sangat

penting untuk keselesaan kaunselor dan klien. Perancangan yang akan dibuat

ialah melukis mural “Selamat Datang ke Bilik Kaunseling”, kata-kata hikmah dan

mural yang sesuai agar dapat mewujudkan suasana yang selesa dan sebagai

terapi untuk tindakan pemulihan dan sebagainya.

Page 5: kertas kerja shahrul

Selain itu kami perlu menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai

kawasan yang cantik dan indah. Jadi ahli-ahli jawatankuasa telah berjumpa,

berbincang membuat rancangan melukis mural dengan guru yang menguruskan

Bilik Pra dan Perpustakaan. Lakaran awal mural dan kapysen telah diberikan

kepada guru-guru berkenaan agar mural yang dicat sesuai dengan tema di bilik

dan sudut yang dipilih.

Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap

sekolah merupakan matlamat yang harus dicapai. Sebelum kami menjalani

Internship guru-guru pelatih seramai 4 orang telah menjalani Praktikal 3 di

Sekolah Kebangsaan Guar Nangka. Sebelum menamatkan perkhidmatan disini

kami perlu meninggalkan sedikit memori dan hasil tangan yang memuaskan.

Justeru, dengan pelaksanaan projek ini diharapkan tujuan dan hasrat guru

pelatih tercapai.

Page 6: kertas kerja shahrul

6.0 Anggaran Perbelanjaan

Anggaran belanjawan projek kami adalah seperti berikut:

Bil Perkara Kuantiti Jumlah

1. Cat Pelaka 10 RM 100

2. Palet 3 RM 10

3. Berus 10 RM 10

JUMLAH BESAR RM 120

7.0 Lakaran Mural di Bilik Kaunseling, bilik Pra Sekolah dan Perpustakaan.

(Rujuk lampiran)

Page 7: kertas kerja shahrul

8.0 Penutup

Di harap melalui projek ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara guru

pelatih dan guru–guru di sekolah ini. Kami juga berharap agar dapat mempelajari

sebanyak mungkin sumber ilmu yang ditemui sepanjang projek dan juga

pengalaman yang amat berharga sebagai panduan menjadi guru sebenar kelak.

Pihak jawatankuasa juga memohon kerjasama dan tindakan dari pihak

pengurusan sekolah supaya mempertimbangkan permohonan Projek Melukis

Mural di Bilik Kaunseling dan Sudut-sudut yang Sesuai ini. Segala kerjasama

dari pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam.

Ulasan :

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan/ tidak meluluskan

program dalam kertas kerja ini.

Disemak oleh,……………………………………….( PUAN JAMALULHASLINA BT FUAD ) Mentor Program Internship,Sekolah Kebangsaan Guar Nangka..

Disediakan oleh ,…………….………………………………(Mohd Azril bin Mohd Sabri)Setiausaha Projek Melukis Mural di Bilik Kaunseling dan Sudut-sudut yang Sesuai,Institut Pendidikan Guru,Kampus Perlis.

.

Page 8: kertas kerja shahrul

Disahkan oleh,

…………..……………………………………………

( PUAN NOORIZAH BINTI SHUID )

GURU BESAR

Sekolah Kebangsaan Guar Nangka

Page 9: kertas kerja shahrul

9.0 Lampiran]

Lukisan awal